P3117 Keusahawanan ( i )
MODUL P 3117 KEUSAHAWANAN
GRID KURIKULUM Grid kurikulum ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang sedang digunakan di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.
TOPIK UNIT Pengenalan kepada Keusahawanan. 1Isu Keusahawanan 2 3Pemilihan Idea dan Peluang Perniagaan 4 5Rancangan Perniagaan 6 7Milikan Perniagaan 8 9Khidmat Sokongan 10
UNIT 1 : Pengenalan kepada Keusahawanan (1 jam) 1.1 Definisi usahawan dan keusahawanan 1.2 Perbezaan konsep usahawan dan peniaga 1.3 Kompetensi usahawan berjaya UNIT 2 : Isu Keusahawanan (2 jam) 2.1 Klasifikasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) 2.2 Etika perniagaan 2.3 Tanggungjawab sosial usahawan kepada pelanggan, kakitangan, pembekal, pesaing,
masyarakat dan negara. 2.4 Peranan dan kepentingan usahawan kepada diri, masyarakat dan negara UNIT 3 : Isu Keusahawanan: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (1 jam) 3.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 3.2 Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam keusahawanan UNIT 4 : Pemilihan Idea dan Peluang Perniagaan : Sumber dan Proses ( 1 jam ) 4.1 Sumber idea perniagaan. 4.2 Proses menjana dan mengenalpasti idea perniagaan. UNIT 5 : Pemilihan Idea dan Peluang Perniagaan : Pemilihan Idea ( 2 jam ) 5.1 Mengkaji dan memilih idea perniagaan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 Keusahawanan ( ii )
UNIT 6 : Rancangan Perniagaan: Pengenalan ( 1 jam ) 6.1 Maksud Rancangan Perniagaan 6.2 Kepentingan Rancangan Perniagaan. 6.3 Ciri-ciri Rancangan Perniagaan yang baik UNIT 7 : Rancangan Perniagaan: Format ( 2 jam ) 7.1 Penyataan misi dalam Rancangan Perniagaan 7.2 Format dan kandungan Rancangan Perniagaan. UNIT 8 : Milikan Perniagaan: Faktor dan Tatacara ( 1 jam ) 8.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi milikan perniagaan. 8.2 Tatacara memulakan perniagaan dari segi perundangan. UNIT 9 : Milikan Perniagaan: Alternatif ( 2 jam ) 9.1 Alternatif memulakan perniagaan. 9.2 Kelebihan dan kelemahan setiap alternatif UNIT 10 : Khidmat Sokongan ( 2 jam ) 10.1 Khidmat sokongan dan agensi yang terlibat:-
10.1.1 Kewangan 10.1.2 Latihan pengurusan dan keusahawanan 10.1.3 Teknologi
10.1.4 Lokasi dan ruang niaga 10.1.5 Pemasaran 10.1.6 Penyelidikan dan mengenalpasti projek 10.1.7 Maklumat
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 Keusahawanan ( iii )
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL 1. Modul ini dibahagikan kepada 10 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang sama. 2. Muka surat dinomborkan berdasarkan kepada kod subjek, unit dan halaman
Contoh :-
P3117 / Unit 1 / 7
Kod Subjek Unit Halaman
3. Pada permulaan unit, objektif am dan objektif khusus dinyatakan. 4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan simbol berikut:
OBJEKTIF Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus setiap pembelajaran.
INPUT Input mengandungi maklumat yang akan dipelajari.
AKTIVITI Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti dan melaksanakan arahan yang diberikan.
MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam aktiviti.
PENILAIAN KENDIRI Penilian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 Keusahawanan ( iv )
MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam penilaian kendiri.
5. Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan. 6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit sebelumnya dan
yakin dengan pencapaian anda. PERNYATAAN TUJUAN Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar kursus sijil dan diploma di Jabatan Perdagangan. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep sesuatu unit ke arah pembelajaran kendiri atau bimbingan daripada pensyarah. PRA-SYARAT KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN Pra-syarat untuk mengikuti modul ini adalah lulus dalam mata pelajaran Pengurusan Perniagaan, Perakaunan Awalan dan Pemasaran I di semester sebelumnya di Politeknik. OBJEKTIF AM Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat :- • memahami konsep usahawan dan keusahawanan. • didedahkan kepada isu-isu keusahawanan semasa di Malaysia • mengetahui kaedah yang sistematik bagi mendapatkan idea yang kreatif serta memilih
perniagaan yang sesuai. • mengetahui perlaksanaan dan kawalan perniagaan serta penyediaan rancangan
perniagaan • membuat pemilihan milikan perniagaan yang sesuai dan mengetahui tatacara
penubuhan perniagaan • mengetahui bantuan-bantuan dan khidmat sokongan keusahawanan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 Keusahawanan ( v )
RUJUKAN 1. Jain, P.C (Ed.), (1998) Handbook for New Entrepreneurs, Entrepreneurs
Development Institute of India, Delhi Oxford University Press. 2. Pusat Pembangunan Usahawanan Malaysia (MEDEC),1998 Keusahawanan,
MEDEC Institut Teknologi Shah Alam. 3. Kao, W.Y. dan Tan, W. L., (2001) Entrepreneursip and Enterprise 4. Developmant in Asia, Prentice Hall, Singapore. 5. Kaplan, J. M. (2001) Getting Started in Enterpeneurship, John Wiley & Sons, Inc.
United States of America. 6. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, (1999) Panduan
Pengguna (Edisi Kedua), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur.
7. Bank Pembangunan Malaysia Berhad, (1998) Menyediakan Rancangan Perniagaan, Kuala Lumpur.
8. Steinhoff, D. dan Burgess, J.F, Small Business Management Fundamentals, McGraw-Hill International Edition, Singapore, (Sixth Edition), 1993.
9. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Habibah Elias, (1998) Keusahawanan dan Motivasi Diri, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
10. Mohd. Salleh Hj. Din, Abu Bakar Hj. Hamed, Abd. Isa Ismail, Aini Hayati Mohamed, Hanissah Abd. Razak dan Salniza Md. Salleh, (1997) Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kuala Lumpur.
11. Ab.Aziz Yusof, (2001) Usahawan dan Keusahawanan : Satu Penilaian, Prentice Hall, Malaysia.
12. Mohd.Khairuddin Hashim dan Syed Azizi Wafa, (2002) Small and Medium Sized Enterprises in Malaysia: Development Issues, Prentice Hall, Malaysia.
SOAL SELIDIK MODUL OLEH PELAJAR
Tajuk Modul : _________________________ Kod Modul : _____________
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 Keusahawanan ( vi )
Nama Pelajar : _______________________ No. Pendaftaran: ____________ Kursus : ____________________________________ Nama Penulis Modul : ______________________________ Sila gunakan skala berikut untuk penilaian anda.
4 Sangat setuju 3 Setuju 2 Tidak setuju 1 Sangat tidak setuju Arahan : Tandakan √ pada ruangan skor yang dipilih.
Bil ELEMEN PENILAIAN SKALA
A. FORMAT 1 2 3 4 1 Susun atur muka surat adalah menarik. 2 Saiz font yang digunakan adalah senang untuk dibaca.
3 Saiz dan jenis gambar serta carta yang digunakan sesuai dengan input.
4 Carta dan gambar senang dibaca dan difahami.
5 Jadual yang digunakan tersusun dengan teratur dan mudah difahami.
6 Teks input disusun dengan cara yang mudah difahami. 7 Semua ayat berbentuk arahan dipamerkan dengan jelas. B. ISI KANDUNGAN 1 2 3 4
8 Saya faham semua objektif dengan jelas. 9 Saya faham pada idea yang disampaikan.
10 Cara persembahan idea adalah menarik. 11 Semua arahan yang diberikan mudah difahami.
12 Saya boleh melaksanakan semua arahan yang diberikan dalam unit ini.
13 Soalan dalam aktiviti adalah mudah dijawab. 14 Saya boleh menjawab soalan-soalan dalam penilaian kendiri. 15 Maklum balas boleh membantu mengenalpasti kesilapan saya. 16 Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami. 17 Gaya penulisan menarik. 18 Saya boleh mengikuti unit ini dengan mudah. 19 Unit ini memudahkan saya mempelajari & memahami topik ini. 20 Penggunaan modul ini menarik minat saya.
BIODATA PENULIS MODUL P3117 KEUSAHAWANAN
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 Keusahawanan ( vii )
Nama : MAHZAM BEE BT. IBRAHIM Alamat : Jabatan Perdangangan Politeknik Ungku Omar Jalan Raja Musa Mahadi 31400 Ipoh, Perak. Telefon : 05-5471390(Pejabat) e-mail : [email protected] Kelulusan : MSc in Entrepreneurial Studies(Stirling,UK) Jawatan : Pensyarah Nama : SHAMSURI BT. MIOR KHALID Alamat : Jabatan Perdangangan Politeknik Ungku Omar Jalan Raja Musa Mahadi 31400 Ipoh, Perak. Telefon : 05-5471390(Pejabat) e-mail : surisha11.Yahoo.Com. Kelulusan : Bacct(Hons) (UUM) Diploma Pendidikan,UKM Jawatan : Pensyarah Nama : RUSLIN BT. OHN@ADBULLAH Alamat : Jabatan Perdangangan Politeknik Ungku Omar Jalan Raja Musa Mahadi 31400 Ipoh, Perak. Telefon : 05-5471390(Pejabat) e-mail : [email protected] Kelulusan : BBA. Hons (UIAM) Diploma Pendidikan, IPDA Jawatan : Pensyarah
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 Keusahawanan ( viii )
MODUL POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PP 33111177
KEUSAHAWANAN
Mahzam Bee bt. Ibrahim ( PUO ) Shamsuri bt. Mior Khalid (PUO) Ruslin bt Ohn @ Abdullah ( PUO )
.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 1
Keusahawanan 1/23
UNIT 2 : ISU KEUSAHAWANAN
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Mendedahkan pelajar kepada isu-isu
keusahawanan semasa di Malaysia.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :
Mengklasifikasikan Industri Kecil dan Sederhana ( IKS ).
Mengenalpasti dan mengaplikasi etika perniagaan.
Mengenalpasti tanggungjawab sosial dalam keusahawanan
terhadap : pelanggan, kakitangan, pembekal, pesaing,
masyarakat dan negara.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 2
Keusahawanan 2/23
2.0 INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA ( IKS )
Pengenalan
Industri Kecil dan Sederhana merupakan sejenis perindustrian yang bertaraf
tempatan. Ia bertanggungjawab dalam membekalkan peralatan dan komponen
kepada syarikat besar tempatan dan juga kepada syarikat multinasional di
peringkat antarabangsa. Ia memainkan peranan sebagai tulang belakang kepada
pembangunan ekonomi negara dan juga sebagai tapak untuk mengasah bakat
keusahawanan yang dimiliki oleh seseorang.
Definisi Industri Kecil dan Sederhana ( IKS )
Terdapat pelbagai definisi yang diberi mengikut aspek-aspek tertentu sesuatu
jenis perniagaan seperti nilai output, jumlah pekerja yang diupah, saiz aset tetap,
modal, jualan dan sebagainya. Sesebuah negara menggunakan saiz piawai dan
kriteria yang berbeza sebagai pengukur dan pentafsiran IKS. Mengikut Lembaga
Pembangunan Ekonomi Singapura telah mendefinisikan Industri Kecil dan
Sederhana sebagai sebuah syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 30%
daripada jumlah ekuiti tempatan dan jumlah aset pelaburan tetap yang tidak
melebihi S$8 juta ( bagi sektor pengeluaran ) dan mempunyai bilangan pekerja
sepenuh masa yang tidak melebihi 50 orang pekerja ( bagi sektor industri
perniagaan atau perkhidmatan ).
Di Malaysia, sebuah agensi telah ditubuhkan dengan objektif untuk
membangunkan dan mengkordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan
Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana ( Small and Medium Industries
Development Corporation @ SMIDEC ). Menurutnya, IKS dalam sektor
perkilangan didefinisikan sebagai syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan
tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 3
Keusahawanan 3/23
Jadual 2.1 : Bilangan pekerja dan nilai jualan IKS
Industri
Bil.Pekerja Tetap ( orang )
Nilai Jualan Tahunan (RM)
IKS 150 RM25 juta
Sederhana 51-150 RM10 – RM25 juta
Kecil 50 RM10 juta
Sumber : SMIDEC
Manakala menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
di dalam laporannya pada tahun 1994 telah mendefinisikan IKS dari sudut
jumlah modal seperti berikut :-
Jadual 2.2 :- Jumlah modal IKS
Industri Jumlah modal (RM)
Kecil Kurang daripada RM500,000
Sederhana RM500,000 hingga RM2.5 juta
Sumber : MITI
Peranan dan sumbangan IKS penting kepada negara. Di antara peranan IKS
adalah :-
• Menjadi teras kepada proses perindustrian negara
• Menjadi penyokong serta pelengkap kepada pembangunan sektor
perindustrian
• Meningkatkan daya saing negara
Pada keseluruhannya, IKS memainkan peranan yang penting dalam mencapai
Wawasan 2020
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 4
Keusahawanan 4/23
AKTIVITI 2a.
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
2a – 1 Apakah yang dimaksudkan dengan Industri Kecil dan Sederhana?
……………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………..
2a – 2 Berdasarkan kepada definisi yang diberi oleh Perbadanan Pembangunan IKS,
syarat minima bilangan pekerja dan nilai jualan tahunan bagi perniagaan adalah :-
Industri
Bil.Pekerja Tetap ( orang )
Nilai Jualan Tahunan (RM)
IKS
Sederhana Kecil
2a – 3 Layari laman web www.smidec.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang
Industri Kecil dan Sederhana.
Laman web lain yang berkaitan dengan IKSadalah www.mara.gov.my dan
www.bpmb.globalden.com.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 5
Keusahawanan 5/23
MAKLUM BALAS 2a
2a - 1. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bermaksud:-
• perniagaan yang mempunyai pekerja tetap seramai 150 orang.
• perniagaan yang mempunyai nilai jualan tahunan RM 25 juta
• entiti perniagaan dengan modal berbayar tidak kurang daripada RM 2.5 juta.
2a – 2
Industri
Bil.Pekerja Tetap ( orang )
Nilai Jualan Tahunan (RM)
IKS 150 RM25 juta
Sederhana 51-150 RM10 – RM25 juta
Kecil 50 RM10 juta
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 6
Keusahawanan 6/23
2.1 ETIKA PERNIAGAAN
Pengenalan
Etika berasal daripada perkataan bahasa Inggeris ‘ethic’ yang bermakna sikap
dan adat yang menentukan tingkahlaku manusia. Etika menurut Velasquez M.G
ialah suatu aktiviti yang mengkaji standard moral seseorang atau masyarakat dan
persoalan bagaimana standard tersebut diamalkan atau digunakan dalam
kehidupan dan sama ada standard tersebut baik atau tidak baik. Manakala dalam
kebanyakan kamus mendefinisikan etika sebagai prinsip-prinsip yang mengawal
tingkahlaku individu atau kumpulan.
Secara kesimpulannya boleh dikatakan etika sebagai kajian ke atas nilai dan
moral yang dilaksanakan dalam sesebuah masyarakat dan juga tentang baik atau
tidak baik nilai tersebut. Prinsip etika perlu dihormati, disanjungi dan
dipertahankan oleh setiap usahawan. Etika mencakupi tanggungjawab sosial
kerana etika memberi satu kerangka yang menyeluruh. Nilai etika merupakan
suatu yang subjektif dan bergantung kepada tanggapan masyarakat terhadapnya.
Maksud Etika Perniagaan
Etika perniagaan adalah prinsip-prinsip moral dan standard kelakuan perniagaan
yang dapat diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan. Ia merupakan
satu set nilai dan peraturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di
dalam operasi perniagaan. Pada kebiasaannya pihak kerajaan, orang ramai,
pesaing dan individu menentukan apa yang boleh diterima umum. Sebagai
contoh, seorang usahawan yang beretika pada kebiasaannya adalah seorang yang
jujur dan amanah.
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 7
Keusahawanan 7/23
Pada 8 November 1983, Etika Amalan Perniagaan Malaysia ( EAPM ) telah
dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Etika ini
merupakan usaha kerajaan untuk menimbulkan satu kesedaran di kalangan para
peniaga supaya mereka mempunyai tanggungjawab moral dan sosial. Etika ini
diwujudkan kerana desakan pergerakan yang menyatakan terdapatnya
peningkatan berbagai amalan perniagaan yang tidak sihat supaya perkhidmatan
yang tidak memuaskan dan pembaziran barangan dalam pasaran.
Etika perniagaan adalah penting kerana ia akan menyesuaikan perniagaan
dengan nilai dan jangkaan masyarakat. Usahawan dan perniagaan dijangka
mematuhi Akta dan Undang-Undang tempatan. Selain daripada peraturan dan
akta perniagaan, keputusan beretika dapat menguatkan perhubungan dan
kepercayaan dalam dunia perniagaan. Keputusan perniagaan yang tidak beretika
bukan sahaja menghilangkan kepercayaan pelanggan tetapi juga melemahkan
perniagaan hari kelak.
Contoh keadaan perniagaan yang tidak beretika adalah seperti sesetengah
penjual yang mengenakan harga yang berlainan terhadap pelanggan yang
berlainan. Ini biasa berlaku di pasar malam atau kedai runcit. Ini dikatakan
kurang beretika dan dilarang oleh undang-undang.
Terdapat 5 amalan perniagaan yang bertanggungjawab di Malaysia. Antaranya:
i. Golongan usahawan harus mengenal dan menerima hak-hak pengguna.
ii. Tugas memastikan etika perniagaan yang jujur dan wajar adalah
bertanggungjawab utama golongan usahawan.
iii. Sebarang pernyataan lisan atau tuduhan yang tidak benar, mengelirukan, menipu
atau yang memburuk-burukkan saingannya secara palsu atau tawaran jualan
barangan atau perkhidmatan yang tidak jujur dan seharusnya dikeluarkan.
iv. Pernyataan yang mengelirukan atau butir-butir maklumat amat penting yang
ditinggalkan atau dikaburkan adalah tidak dibenarkan.
v. Semua amalan perniagaan hendaklah mematuhi prinsip persaingan yang adil,
khususnya dari segi syarat-syarat, pengiklanan, cara pengedaran dan penjualan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 8
Keusahawanan 8/23
Seorang usahawan yang beretika tidak bermakna Ia seorang yang lemah atau
menjadi mangsa masyarakat. Tetapi ianya akan menyebabkan usahawan menjadi
seorang yang tabah dan mematuhi nilai dan kepercayaan yang kukuh.
Penghayatan terhadap isu-isu etika merupakan satu tanggungjawab sosial yang
akan mengukuhkan kedudukan perniagaan dari segi kewangan, meningkatkan
kesetiaan pelanggan dan sokongan masyarakat terhadap perniagaan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 9
Keusahawanan 9/23
AKTIVITI 2b.
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
2b - 1. Berikan definisi etika perniagaan.
……………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………….
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 10
Keusahawanan 10/23
MAKLUM BALAS 2b
2b - 1. Definisi etika perniagaan :-
• merujuk kepada prinsip-prinsip moral dan standard kelakuan perniagaan yang
dapat diterima oleh komuniti usahawan dan dunia perniagaan.
• ia memfokus kepada standard dan peraturan yang menjaga kelakuan individu
atau kumpulan.
• menimbulkan satu kesedaran di kalangan para peniaga supaya mereka
mempunyai tanggungjawab moral dan sosial.
• diadakan untuk menyesuaikan firma dengan nilai dan jangkaan masyarakat.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 11
Keusahawanan 11/23
2.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM KEUSAHAWANAN TERHADAP
PELANGGAN, KAKITANGAN, PEMBEKAL, PESAING,
MASYARAKAT DAN NEGARA.
Pengenalan
Persoalan yang selalu dikemukakan kepada kita ialah “Apakah
sumbangan anda kepada negara”. Salah satu cara kita boleh menyumbang
kepada negara ialah dengan menceburkan diri dalam dunia keusahawanan.
Usahawan memikul tanggungjawab sosial yang penting untuk memastikan
kemakmuran negara dan kejayaan perniagaan. Di samping itu usahawan juga
memainkan peranan yang penting kepada pelanggan dan masyarakat.
Tanggungjawab sosial dalam keusahawanan terhadap:
PELANGGAN
a) Dapat memenuhi citarasa, keperluan dan kehendak mengikut permintaan
pelanggan.
b) Memberi perkhidmatan yang baik, cekap, jujur serta layanan yang memuaskan
hati pelanggan.
c) Menyediakan kemudahan sampingan seperti pengangkutan barangan yang
ditempah oleh pelanggan.
d) Memberi diskaun niaga kepada pelanggan yang membeli barangan secara pukal.
e) Kemudahan belian kredit kepada pelanggan yang mempunyai pendapatan yang
sederhana.
f) Menerima komen dan cadangan dari pelanggan dengan hati yang terbuka bagi
memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan lagi mutu keluaran.
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 12
Keusahawanan 12/23
KAKITANGAN
a) Sentiasa menjaga kebajikan kakitangan
b) Memberi gaji yang secukupnya
c) Tidak menindas dan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kakitangan
d) Mengadakan kursus dan latihan kepada kakitangan
e) Memberi ganjaran seperti bonus, elaun dan kemudahan am seperti cuti khas, cuti
sakit dan lain-lain lagi.
f) Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pekerja yang berdedikasi dan
beretika.
PEMBEKAL
a) Mengeratkan hubungan baik dengan pembekal (muhibbah)
b) Menjelaskan hutang kepada pembekal pada tempoh yang ditetapkan.
c) Berkongsi pendapat, pengalaman dan menghasilkan idea-idea baru yang
berkaitan dengan perniagaan.
d) Mendapatkan barangan pada harga yang berpatutan daripada pelanggan.
PESAING
a) Mengamalkan persaingan secara sihat.
b) Berkongsi pendapat antara satu sama lain iaitu bagaimana cara untuk
menyediakan atau memberi perkhidmatan yang terbaik.
c) Bekerjasama antara satu sama lain untuk menghasilkan atau mencipta barang
yang boleh memberi faedah dan membuat pembaharuan atau pengubahsuaian
produk yang sedia ada bagi menarik perhatian pelanggan.
d) Dengan mengamalkan persaingan yang sihat antara usahawan dengan pesaing
maka akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat yang
memerlukan pekerjaan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 13
Keusahawanan 13/23
MASYARAKAT
a) Memenuhi kehendak masyarakat yang keinginannya tidak terhad.
b) Mencipta sesuatu yang baru dan ubahsuai sesuatu produk yang sedia ada.
c) Mempelbagaikan pilihan masyarakat, melalui penghasilan pelbagai produk
secara kreatif dan inovatif.
d) Mengeluarkan barangan yang berkualiti dan bermutu tinggi kepada masyarakat.
e) Sentiasa peka kepada permintaan atau kehendak masyarakat terhadap sesuatu
produk.
NEGARA
a) Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk
b) Membantu meninggikan taraf hidup penduduk
c) Mewujudkan lebih banyak kemudahan infrastruktur kepada penduduk
d) Meningkatkan taraf ekonomi dan menambahkan pendapatan negara.
e) Mempelbagaikan ekonomi negara agar tidak bergantung kepada suatu sektor
ekonomi sahaja.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 14
Keusahawanan 14/23
AKTIVITI 2c.
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya
2c - 1. Terangkan secara terperinci peranan yang dimainkan oleh usahawan dalam
membangunkan ekonomi negara.
2c- 2 Bagaimana usahawan dan pesaing boleh bekerjasama dalam dunia perniagaan
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 15
Keusahawanan 15/23
MAKLUM BALAS 2c
2c - 1. Usahawan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
ekonomi negara. Tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan dan kemakmuran
negara datang daripada sumbangan para usahawan. Usahawan dapat
mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat melalui pembukaan kilang-
kilang atau mengembangkan perniagaan mereka. Dengan ini, negara dapat
mengurangkan masalah pengangguran dalam membantu pertumbuhan ekonomi
melalui penggunaan tenaga manusia dengan sepenuhnya.
Disamping itu, usahawan dapat memenuhi kehendak dan keperluan asas
penduduk tempatan dengan mengeluarkan barangan dan mengeksportkannya ke
luar negara, contohnya bijih timah, kelapa sawit dan makanan ke luar negara
untuk memperolehi pertukaran mata wang asing. Bagi usahawan yang kreatif
dan inovatif akan mengeluarkan barangan atau memperkenalkan ciptaan baru
bagi memenuhi kehendak-kehendak masyarakat. Masyarakat juga dapat
menikmati kemudahan-kemudahan hasil daripada pengubahsuaian barangan
lama kepada bentuk yang lebih praktikal oleh usahawan yang inovatif
Usahawan juga membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat dan
memajukan negara. Peluang pekerjaan yang banyak membolehkan masyarakat
menggunakan pendapatan yang diperolehi untuk memenuhi keperluan dan
kehendak mereka. Usahawan yang membuka kilang-kilang dapat meninggikan
taraf hidup masyarakat yang tinggal disekitarnya dengan menyediakan
kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan telefon awam. Peranan-peranan
yang diberikan di atas menunjukkan usahawan memainkan peranan yang besar
dalam pembangunan ekonomi negara. Sumbangan usahawan adalah berbagai
bentuk dan membawa kemajuan kepada negara secara keseluruhannya.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 16
Keusahawanan 16/23
2c - 2. Dalam dunia perniagaan, usahawan dan pesaing merupakan dua pihak
yang saling berkaitan serta akan menentukan sama ada perniagaan itu
berkembang atau sebaliknya. Persaingan yang sihat antara usahawan akan
mewujudkan semangat keusahawanan diantara kedua-dua pihak bagi
memaksimakan keuntungan disamping dapat berkongsi pendapat untuk
menyediakan atau memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Pesaing dan usahawan juga boleh bekerjasama untuk menghasilkan atau
mencipta produk yang boleh memberikan faedah serta membuat pembaharuan
atau pengubahsuaian produk yang sedia ada itu bagi menarik perhatian
pelanggan dengan berobjektifkan keuntungan. Kedua-dua pihak ini boleh
bekerjasama untuk mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat
terutama sekali individu yang menganggur. Dengan ini, usahawan dan pesaing
dapat bergabung tenaga untuk menstabilkan ekonomi negara agar lebih kukuh.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 17
Keusahawanan 17/23
2.3 PERANAN DAN KEPENTINGAN USAHAWAN KEPADA DIRI,
MASYARAKAT DAN NEGARA
PELUANG UNTUK MENGAWAL NASIB SENDIRI
Peluang memiliki perniagaan sendiri sememangnya impian bagi setiap individu yang
bergelar usahawan. Ushawan yang memiliki perniagaan sendiri bebas memainkan
peranan dalam usaha untuk mencapai matlamat peribadi. Sekira ia ingin berjaya dalam
hidup ia boleh berusaha dengan lebih gigih lagi. Misalannya seorang
usahawan yang memerlukan tambahan modal untuk membesarkan
perniagaannya ia boleh berkerja lebih masa atau menjual barang
dengan harga yang lebih murah supaya ia mendapat jualan yang
banyak dan keuntungan dapat ditingkatkan. Berbagai-bagai cara dapat
dilakukan oleh beliau oleh itu ia dapat mengawal nasibnya sendiri.
PELUANG UNTUK MENCAPAI POTENSI YANG SEBENAR
Untuk mencapai matlamat yang diimpikan seorang usahawan harus
menggunakan semua potensi, kemahiran dan ketrampilan yang dimiliki
untuk menghadapi sebarang halangan dan rintangan untuk mencapai
hasratnya. Di sini juga ia akan bertindak diluar jangkaannya sendiri.
Tercapai atau tidak matlamatnya selalunya tidak begitu penting setelah
ia berusaha melakukan yang terbaik. Ia akan berpuas hati dan merasa gembira apabila
segala potensi yang ada telah digunakan.
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 18
Keusahawanan 18/23
PELUANG UNTUK MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN
Mendapat untung sememangnya salah satu matlamat seorang usahawaan dalam
menjalankan perniagaan. Pulangan selalunya menjadi ganjaran kepada usaha yang
gigih. Dalam banyak keadaan keuntungan menunjukkan kejayaan dan mencerminkan
kerajinan, kepintaran dan kreativiti terhadap perniagaan nya.
PELUANG UNTUK MENYUMBANG KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA
Anda telah mempelajari peranan yang telah dimain untuk oleh usahawan terhadap
masyarat dan negara dalam input yang lepas. Walau bagaimanapun perlu diingatkan
sekali lagi peranan usahawan terhadap masyarakat dan negara amat
besar. Seorang usahawan yang berjaya akan menjadi contoh kepada
masyarakat dan ia juga dapat mengharumkan nama negara kerana
usaha–usaha murni yang telah ditunjukkan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 19
Keusahawanan 19/23
AKTIVITI 2d.
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya
2d. 1 Sekiranya anda seorang usahawan nyatakan peranan yang boleh anda mainkan
untuk diri anda, masyarakat dan negara.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 20
Keusahawanan 20/23
MAKLUM BALAS 2d
2d.1 Peranan yang boleh dimainkan oleh anda terhadap diri, masyarakat dan negara
ialah
• Dapat mengawal nasib sendiri
• Dapat mencapai atau menggunakan potensi diri yang maksimun
• Dapat memperoleh keuntungan
• Dapat menjadi contoh kepada masyarakat
• Dapat memberi peluang-peluang pekerjaan
• Dapat menawarkan pelbagai produk
• Dapat mengharumkan nama negara dengan kejayaan yang dicipta.
• Dapat mnebantu negara meningkatkan taraf ekonomi penduduk dan negara.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 21
Keusahawanan 21/23
PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan.
Sila cuba semua soalan dalam Penilaian kendiri ini dan semak
jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada
masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
SEMOGA BERJAYA.
Sila isikan perkataan dalamtempat kosong di bawah:-
1. Etika bermaksud pengajian tentang moral dan___________.
2. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pekerja yang berdedikasi dan
beretika adalah salah satu tanggungjawab sosial usahawan kepada
______________
3. _______________ merujuk kepada daya pemikiran untuk mencipta sesuatu yang
baru
4. Usahawan hendaklah sanggup dan berani menghadapi sebarang ________
perniagaan untuk memperolehi keuntungan.
5. ______________ adalah nilai sesuatu barangan dalam dunia perniagaan.
6. Usahawan dapat membantu mengurangkan masalah __________ di Malaysia.
7. ______________ ujuan utama seseorang usahawan dalam jangka masa panjang.
8. IKS adalah ringkasan bagi _____________________
9. Usahawan yang beretika pada kebiasaannya adalah seorang usahawan
______________ dan _____________.
10. Terdapat berapa amalan etika pernigaan yang bertanggungjawab di
Malaysia.________.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 22
Keusahawanan 22/23
MAKLUM BALAS
Adakah anda telah mencuba dahulu soalan penilaian kendiri?
Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.
Jawapan bagi silang kata adalah seperti berikut :-
1. NILAI
2. KAKITANGAN
3. INOVATIF
4. RISIKO
5. HARGA
6. PENGANGGURAN
7. UNTUNG.
8. INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
9. JUJUR , AMANAH
10.LIMA
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 2 / 23
Keusahawanan 23/23
TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari Unit 2. Sekarang anda boleh pergi ke unit 3 pula.
FAKTA PENTING :-
1. Industri Kecil dan Sederhana ialah Syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.
2. Etika perniagaan : Prinsip-prinsip moral dan standard kelakuan perniagaan yang dapat diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan
3. Syarikat Industri Kecil dan Sederhana boleh
dikenalpasti melalui jenis keluarannya, bentuk organisasi, jumlah modal, lokasi, ciri umum pekerja dan teknologi yang digunakan.
4. Usahawan mempunyai tanggungjawab social terhadap
pelanggan, kakitangan, pembekal, pesaing, masyarakat dan Negara.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 3 / 1
Keusahawanan 1 / 14
UNIT 3 : ISU KEUSAHAWANAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar mengetahui kemudahan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
keusahawanan.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :
Membincangkan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
keusahawanan (ICT)
Mengaplikasikan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam keusahawanan
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 3 / 2
Keusahawanan 2 / 14
3.1 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Pengenalan
Cuba anda jawab persoalan-persoalan di bawah ini:
Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi maklumat dan komunikasi? Adakah
usahawan perlukan teknologi ini? Dan bagaimanakah kemudahan teknologi
maklumat boleh digunakan oleh usahawan?
Maksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT
(Information and Communication Technology) adalah satu set komponen yang
saling berhubungan yang boleh mengumpul, memproses, menyimpan dan
mengagihkan maklumat.
Dalam ICT, terdapat tiga aktiviti iaitu input, pemprosesan dan output. Input
adalah data mentah dari dalam atau persekitaran organisasi. Pemprosesan berlaku
apabila input mentah ini ditukar ke bentuk yang lebih bermakna kepada organisasi
dan output ialah apabila data yang diproses dipindahkan kepada manusia atau
individu lain yang memerlukannya.
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 3 / 3
Keusahawanan 3 / 14
Kepentingan ICT kepada usahawan
Berikut adalah beberapa kepentingan ICT kepada usahawan
• ICT boleh menarik jumlah pelanggan yang besar dari seluruh dunia. Ini hanya
berlaku sekiranya syarikat membangunkan laman webnya dalam internet yang
boleh dilayari oleh berjuta orang dari seluruh pelusuk dunia.
• Melalui ICT, syarikat dapat ‘dilawati’ untuk masa yang panjang; iaitu 24 jam
sehari dan 7 hari seminggu untuk sepanjang tahun, tanpa sebarang masalah
perbezaan zon masa.
• ICT dapat memberi gambaran dan imej syarikat yang kukuh (well-established)
kerana pelanggan dapat berkomunikasi dengan syarikat tanpa perlu melihat
lokasi fizikal syarikat. Imej syarikat yang kukuh ini penting untuk mendapat
keyakinan pelanggan berurusan dengan syarikat.
• Syarikat dapat menjimatkan pelbagai kos pengurusan. Kos mengurus seperti
bayaran bil telefon, kos perjalanan dan lain-lain kos pengurusan dapat
dikurangkan kerana penggunaan kemudahan internet jauh lebih rendah daripada
kos perbelanjaan secara tradisional.
• ICT dapat membantu usahawan menyebarkan maklumat perniagaan untuk
kegunaan organisasi dan pihak luar seperti pelanggan dan orang ramai dengan
lebih berkesan dan perbelanjaan yang lebih murah dan pantas daripada kaedah
tradisional.
• Syarikat dapat menjimatkan ruang menyimpan fail. Dengan menyimpan
maklumat syarikat dalam sistem maklumat secara sistematik, ruang simpanan fail
di pejabat dapat dikurangkan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 3 / 4
Keusahawanan 4 / 14
Aktiviti 3a
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
3a - 1 Terangkan maksud teknologi maklumat dan komunikasi.
…………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………... …………………………………………………………………………………..
.
3a - 2. Bincangkan kepentingan ICT kepada usahawan masa kini.
………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………..
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 3 / 5
Keusahawanan 5 / 14
MAKLUM BALAS 3a
3a - 1. Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and
Communication Technology) adalah satu set komponen yang saling
berhubungan yang boleh mengumpul, memproses, menyimpan dan
mengagihkan maklumat.
3a - 2 Kepentingan ICT kepada usahawan masa kini ialah :-
a) Dapat menarik jumlah pelanggan yang besar dari seluruh dunia.
b) Syarikat dapat ‘dilawati’ sepanjang masa; iaitu 24 jam sehari dan 7 hari
seminggu sepanjang tahun.
c) Memberi gambaran dan imej syarikat yang kukuh (well-established)
d) Menjimatkan pelbagai kos pengurusan.
e) Membantu menyebarkan maklumat perniagaan untuk kakitangan
dalam syarikat dan pihak luar
f) Dapat menjimatkan ruang menyimpan fail
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 3 / 6
Keusahawanan 6 / 14
3.2 Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Terdapat beberapa kemudahan yang tersedia dalam ICT. Usahawan boleh
menggunakan kemudahan-kemudahan ini bagi membantu perniagaan dalam era
globalisasi sekarang.
3.2.1 Internet
Internet merupakan satu rangkaian antarabangsa yang menghubungi lebih 20 juta
orang dari 100 buah negara di seluruh dunia. Ia dianggap sebagai lebuhraya
maklumat. Internet adalah satu sistem komunikasi yang murah dan menyediakan
pelbagai jenis komunikasi untuk berhubung dengan ramai orang di seluruh
pelusuk dunia. Kadar bayaran adalah murah dan mengambil masa yang singkat
berbanding dengan komunikasi secara tradisional.
Melalui internet, usahawan boleh mendapat banyak jenis kemudahan. Di
antaranya ialah mel elektronik atau “e-mail”, forum “on-line”, perbualan
(chatting) dan tawaran maklumat melalui katolog perpustakaan. Mel elektronik
berfungsi seperti mel biasa, iaitu komunikasi secara bersurat dari seorang individu
kepada seorang individu lain atau beberapa individu lain. Walaupun begitu,
kelebihan ketara mel elektronik ialah maklumat yang disampaikan melaluinya
mengambil masa yang amat singkat dan kadar bayaram yang murah berbanding
dengan mel biasa. Di samping itu ianya lebih terjamin dapat sampai kepada
penerima.
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 3 / 7
Keusahawanan 7 / 14
Forum “on-line” membolehkan seseorang membahas sesuatu isu dengan
seseorang lain dari seluruh dunia manakala usahawan boleh menggunakan
perbualan atau “chatting” untuk perbualan interaktif secara langsung dengan
seseorang lain dari seluruh dunia.
3.2.2 Mel Elektronik
• Untuk memasar dan menjual produk dan perkhidmatan syarikat
Pemasaran dan penjualan produk syarikat masa kini boleh dijalankan melalui
laman web perniagaan dalam internet. Syarikat boleh menyampaikan maklumat
tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat
melalui laman web yang dibangunkan terlebih dahulu oleh
syarikat dan boleh dihubungi melalui mel elektronik atau
e-mail . Syarikat General Electric sebagai contoh,
mendapati laman webnya telah dihubungi lebih kurang
12,000 kali sebulan bertanyakan tentang produk GEC.
Usahawan perlu melihat ini sebagai satu media yang amat
baik untuk memasarkan produk atau perkhidmatan syarikat sekiranya produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan sesuai untuk pasaran dunia. Lebih luas kawasan
geografi pelanggan, maka lebih sesuai dan berkesan produk dan perkhidmatan
dipasarkan melalui laman web. Contohnya syarikat dalam industri pelancongan
yang mempunyai asas pelanggan dari seluruh pelusuk dunia.
Penjualan produk pula boleh dilakukan secara perdagangan elektronik atau
e-dagang. Perkhidmatan internet yang lebih murah daripada perbelanjaan
komunikasi secara tradisional akan dapat menjimatkan perbelanjaan
berkomunikasi syarikat seperti bil telefon dan faksimili selain daripada ianya
lebih selamat kepada kedua-dua pihak. Bayangkan betapa mudahnya pelanggan
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 3 / 8
Keusahawanan 8 / 14
boleh membuat tempahan tiket penerbangan atau tempahan tiket ke pertandingan
bola sepak dunia dan sebagainya.
• Untuk meningkatkan komunikasi dan penyelarasan kakitangan dalam
syarikat (intranet)
Komunikasi merupakan aktiviti penting dalam mana-mana organisasi. Bagi
sebuah syarikat besar, komunikasi di antara pengurusan dengan staf di semua
lokasi akan menjadi lebih berkesan dan menjimatkan perbelanjaan dengan
penggunaan mel elektronik. Kaedah berkomunikasi ini akan menjadi lebih perlu
dalam era globalisasi khususnya untuk tujuan penyelarasan apabila terdapat
kakitangan yang bertugas di kawasan-kawasan yang terpencil di mana sistem
pengangkutan dan komunikasi amat berkurangan.
Maklumat yang terkini dan tepat amat diperlukan oleh usahawan. Fungsi internet
seterusnya ialah menyediakan katalog perpustakaan yang “on-line” untuk
pengguna mendapatkan maklumat dari pengkalan data yang disediakan oleh
badan korporat, kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Melalui internet,
syarikat boleh menyimpan, mendapatkan kembali, membentuk dan
mempamerkan maklumat dengan menggunakan “server”. Syarikat boleh
menggunakan kemudahan ini pada bila-bila masa untuk mendapat manfaat
kepada syarikat. Sebagai contoh lama web dilayari untuk mendapat maklumat
tentang prosidur dan peraturan menubuhkan perniagaan di luar negara. Usahawan
juga boleh menyebarkan maklumat produk atau perniagaannya dalam web untuk
dilayari oleh sesiapa sahaja yang memerlukannya.
Usahawan yang bijak akan menggunakan kemudahan ini kerana maklumat
syarikat boleh disampaikan kepada berjuta orang di seluruh dunia. Selain daripada
itu usahawan juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat untuk keperluan dan
kepentingan syarikat dengan hanya melayari web pada bila-bila masa tanpa perlu
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 3 / 9
Keusahawanan 9 / 14
keluar dari rumah atau pejabat. Mereka juga boleh muat turun maklumat
(download) untuk bacaan dan kegunaan pada masa lain. Ia memerlukan masa
yang panjang dan perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan maklumat secara
tradisional.
3.2.3 Perisian Komputer
Perisian komputer merujuk kepada arahan-arahan terperinci yang mengawal
operasi sesuatu sistem yang digunakan oleh komputer. Terdapat pelbagai perisian
dalam pasaran yang telah disediakan bagi membantu memudahkan tugas-tugas
pengurusan perniagaan. Di antara perisian ini adalah:
• Sistem Perakaunan Berkomputer
• Sistem Maklumat Sumber Manusia
(HRIS)
• “Payroll and wages”
• CAD/ CAM ( computer aided design/
computer aided manufacturing )
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 3 / 10
Keusahawanan 10 / 14
Aktiviti 3b Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
Jelaskan kepada bapa anda, seorang usahawan, yang memiliki resort pelancongan
di Pulau Redang, Pulau Duyung dan Pulau Ketam, bagaimana ia dapat
menggunakan kemudahan ICT untuk keperluan perniagaannya.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 3 / 11
Keusahawanan 11 / 14
MAKLUM BALAS 3b
Jawapan anda hendaklah sekurang-kurangnya menjelaskan perkara-perkara berikut:
a) Untuk berkomunikasi dengan pelanggan
Bapa perlu bangunkan laman web yang menarik dan menjelaskan produk dan
aktiviti-aktivi menarik yang ditawarkan oleh resort-resort ini. Sediakan ruang
untuk bakal pelanggan berkomunikasi melalui mel elektronik yang sentiasa
dikemaskini.
b) Untuk berkomunikasi dengan kakitangan dan sesama kakitangan berkomunikasi
sesama mereka dari lokasi yang berbeza
Bapanya boleh berkomunikasi secara mel elektronik. Komunikasi ini dapat
menjimatkan perbelanjaan dan lebih pantas daripada mel biasa.
c) Untuk mendapatkan maklumat untuk kemajuan perniagaan
Maklumat boleh diperolehi dengan melayari laman web organisasi kerajaan,
syarikat-syarikat atau lain-lain yang terdapat dalam internet.
d) Untuk kemudahan dan memperkemaskan maklumat dan data-data syarikat. Bapa
boleh mendapatkan perisian-perisian yang sesuai dengan keperluannya seperti
perakaunan, HRIS, CAD/CAM dan lain-lain perisian yang boleh didapati di
pasaran.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 3 / 12
Keusahawanan 12 / 14
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam Penilaian Kendiri ini dan semak semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. SEMOGA BERJAYA Soalan
Anda dikehendaki melayari laman web w.w.w.yahoo.com untuk melaksanakan
perkara-perkara berikut:
a) dapatkan maklumat tentang cara pendaftaran perniagaan di Malaysia
b) dapatkan maklumat tentang peluang-peluang perniagaan di Malaysia.
c) dapatkan maklumat tentang pembelian suatu produk atau perkhidmatan melalui
internet
d) dapatkan maklumat tentang jenis-jenis produk yang ditawarkan oleh sesebuah
syarikat melalui laman web
PENILAIAN KENDIRI
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 3 / 13
Keusahawanan 13 / 14
Adakah anda telah cuba menjawab soalan kendiri ? Sila semak jawapan anda:
a) anda perlu layari laman web Pendaftar Syarikat Malaysia
b) anda perlu layari laman web MITI atau sebarang organisasi perniagaan di
Malaysia
c) anda perlu layari laman web seperti Smart Shop dan lain-lain yang sesuai
d) anda perlu layari laman web mana-mana syarikat.
MAKLUM BALAS
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 3 / 14
Keusahawanan 14 / 14
TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari Unit 3.
Sekarang anda boleh pergi ke unit 4 pula.
FAKTA PENTING :- 1. Teknologi maklumat dan komunikasi banyak
membantu usahawan masa kini dalam memajukan
perniagaan
2. Contoh alat-alat komunikasi ICT adalah internet, mel
elektronik dan lain-lain
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 1
Keusahawanan 1/17
UNIT 4 : PEMILIHAN IDEA DAN PELUANG PERNIAGAAN:
SUMBER DAN PROSES
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar mengetahui kaedah yang
sistematik bagi mendapatkan idea yang kreatif
serta memilih perniagaan yang sesuai.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :
mengenalpasti sumber-sumber idea perniagaan:
mengenalpasti proses untuk menjana dan mengenalpasti
idea perniagaan
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 2
Keusahawanan 2/17
4.1 Pengenalan
Unit ini membincang sumber idea untuk suatu perniagaan dan proses menana, dan
mengenalpasti idea perniagaan.
Tahukah anda bagaimana kita boleh dapatkan idea perniagaan?
Sebelum suatu perniagaan beroperasi, pemilik perlu menentukan apakah produk atau
perkhidmatan yang akan dijual kepada pelanggan. Tanpa ada tawaran produk atau
perkhidmatan, perniagaan tidak mungkin wujud. Produk atau perkhidmatan yang telah
dipilih ini adalah idea perniagaan.
Andaikan anda seorang bakal usahawan. Cuba jawab soalan-soalan berikut:
• Apakah produk atau perkhidmatan yang hendak dijual kepada pelanggan?
• Adakah produk atau perkhidmatan ini boleh mendatangkan keuntungan?
Jika anda ingin menjadi seorang usahawan, anda hendaklah sentiasa berwaspada terhadap
produk-produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan
pelanggan. Setiap orang yang menceburi bidang perniagaan pasti inginkan keuntungan.
Oleh itu, setiap bakal usahawan mestilah dapat mengenalpasti dan memilih idea
perniagaan yang mampu mencapai hasrat ini, iaitu mendapat keuntungan.
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 3
Keusahawanan 3/17
4.2 Sumber idea perniagaan
Sebenarnya idea perniagaan boleh didapati dari pelbagai sumber dan boleh lahir pada
bila-bila masa. Ada orang mendapat idea secara tidak dirancang seperti semasa membaca
surat khabar atau majalah. Ada yang mendapat idea semasa melakukan hobi, contohnya
semasa berkebun, melancong, berbual, dan sebagainya. Walau bagaimanapun idea
perniagaan boleh juga didapati melalui usaha-usaha yang sistematik seperti mendapatkan
maklumat daripada sumber primer dan sumber sekunder.
4.2.1 Sumber primer
Sumber primer adalah maklumat yang diperolehi melalui tinjauan untuk sesuatu tujuan
tertentu. Suatu tinjauan dibuat dengan mengumpul maklumat daripada sejumlah
responden yang dipilih dan kemudian merumuskan jawapan-jawapan yang diterima
daripada responden ini.
Tinjauan boleh dijalankan secara formal dan tak formal. Contoh tinjauan yang formal
adalah menemubual sejumlah penduduk di sesuatu kawasan. Tinjauan boleh juga
dilakukan dengan mendapatkan orang ramai menjawab soalselidik
berhubung dengan sesuatu perkara. Melalui tinjauan sedemikian,
seseorang mungkin memperolehi maklumat tentang peluang
memulakan satu perusahaan baru di kawasan yang ditinjau.
Maklumat daripada tinjauan yang tak formal diperolehi dengan lebih mudah jika
dibandingkan dengan tinjauan formal. Sebagai contoh, idea perniagaan boleh ditinjau
melalui perbualan dengan rakan atau ahli keluarga.
Terdapat dua kaedah untuk mendapatkan idea perniagaan melalui sumber primer, iaitu
kaedah pemerhatian dan kaedah soalselidik. Soalselidik diberi kepada responden secara
bertulis atau secara lisan, iaitu temubual telefon atau temubual secara bersemuka.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 4
Keusahawanan 4/17
4.2.2 Sumber sekunder
Sumber sekunder terdiri daripada maklumat yang diperolehi daripada sumber yang sedia
ada akibat daripada lain-lain tinjauan atau rekod yang telah dibuat untuk kegunaan pihak
lain. Terdapat ratusan sumber sekunder dalam pasaran yang boleh dirujuk bagi
mengenalpasti idea perniagaan.
Idea perniagaan daripada sumber ini boleh diperolehi dengan
merujuk rekod-rekod dalaman syarikat, badan-badan kerajaan dan
lain-lain sumber luar seperti kajian perpustakaan, internet dan
sebagainya. Contoh bahan-bahan yang boleh dirujuk di
perpustakaan adalah buku, penerbitan perniagaan, jurnal, majalah,
kajian-kajian ilmiah dan lain-lain. Dalam era ICT , teknologi maklumat dan komunikasi,
internet menjadi semakin penting untuk dirujuk bagi mendapatkan idea perniagaan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 5
Keusahawanan 5/17
AKTIVITI 4a.
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
4a.1 Namakan sumber-sumber utama untuk mendapat idea perniagaan?
a) …………………..
b) ……………………
4a.2 Berikan kaedah-kaedah untuk mencari idea perniagaan melalui sumber-sumber di
atas.
a)………………………………………………………………………………
b)……………………………………………………………………………..
4a.3 Cadangkan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk mengenalpasti samada
idea perniagaan anda boleh dijalankan.
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 6
Keusahawanan 6/17
MAKLUM BALAS 4a
4a.1 a) sumber primer
b) sumber sekunder
4a.2 a) sumber primer- pemerhatian
soalselidik
b) sumber sekunder - sumber dalaman syarikat atau badan kerajaan rujukan di
perpustakaan dan melayari internet
4a.3 a) sumber primer
- soalselidik untuk mendapatkan peratus responden yang perlukan produk atau
perkhidmatan. Peratus yang perlukan mestilah lebih besar daripada yang tidak
memerlukan.
- pemerhatian terhadap sambutan masyarakat terhadap produk atau
perkhidmatan serupa yang sudah ada dalam pasaran.
b) sumber sekunder
- kajian perpustakaan untuk mendapatkan maklumat demografi penduduk,
peraturan dan perundangan berhubung dengan idea perniagaan yang dirancang.
- Layari internet untuk mendapat maklumat terkini berhubung dengan idea
perniagaan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 7
Keusahawanan 7/17
4.3 Proses menjana dan mengenalpasti idea perniagaan.
Idea perniagaan boleh dijana dan dikenalpasti melalui langkah-langkah berikut:
• Melihat persekitaran
• Melihat kemampuan diri
• Mengenalpasti nilai masyarakat
Unit ini akan hanya membincang langkah pertama iaitu melihat persekitaran, langkah
seterusnya akan diterangkan dalam Unit 5.
4.3.1 Persekitaran
Idea perniagaan boleh dijana dengan mengenalpasti keperluan dan kehendak manusia
dalam kehidupan seharian. Keperluan dan kehendak terdiri daripada produk dan
perkhidmatan.
Keperluan adalah perkara-perkara asas yang mesti dimiliki dan digunakan oleh anggota
masyarakat. Contohnya makanan, pakaian dan tempat perlindungan. Kehendak pula
adalah keinginan manusia terhadap sesuatu yang lebih sempurna daripada keperluan dan
boleh memberi kepuasan kepada seseorang individu atau masyarakat. Kehendak biasanya
dipengaruhi oleh budaya, tahap pendidikan, keperibadian dan kemampuan individu atau
masyarakat. Sebagai contoh, setiap orang perlukan rumah untuk tempat tinggal, tetapi
pemaju-pemaju perumahan menyediakan pelbagai jenis rumah di negara ini kerana
adanya kehendak pelanggan yang berbeza. Biasanya orang yang berpendapatan tinggi
berkehendakkan rumah mewah di kawasan yang eksklusif. Ada pula orang-orang yang
hendakkan rumah jenis sederhana dan ada permintaan terhadap rumah murah kerana
kemampuan yang berbeza.
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 8
Keusahawanan 8/17
Oleh kerana kehendak dan keperluan manusia adalah berbagai dan tidak terhad, maka
banyaklah idea perniagaan boleh dijana.
Idea perniagaan boleh dijana dengan melihat faktor-faktor persekitaran seperti berikut:
• struktur penduduk, pendapatan dan citarasa
• data import dan eksport
• sumber tempatan dan penemuan teknologi
• rantaian industri
• undang-undang dan peraturan kerajaan
• rancangan pembangunan kerajaan dan swasta
• masalah sosial setempat
• media massa dan media elektronik
Struktur penduduk, pendapatan dan citarasa
Maklumat tentang struktur penduduk, pendapatan dan citarasa di sesuatu kawasan dapat
membantu seseorang mengenalpasti idea perniagaan. Ini disebabkan oleh kehendak dan
keperluan adalah berbeza apabila struktur, tingkat pendapatan dan citarasa berubah.
Contohnya ada kehendak-kehendak dan keperluan golongan remaja berbeza daripada
kehendak dan keperluan kanak-kanak atau orang tua dalam banyak perkara.
Tingkat pendapatan seseorang mempengaruhi kuasa belinya. Jika tingkat pendapatan
meningkat, pengguna menjadi lebih mampu kerana kuasa beli meningkat.
Dengan ini idea perniagaan perlu sesuai dengan tingkat pendapatan yang
telah meningkat.
Citarasa penduduk berubah dari semasa ke semasa. Contohnya, masyarakat di
Malaysia semakin gemar makan di luar seperti di restoran berbanding dengan
makan di rumah dan citarasa remaja Malaysia terhadap makanan segera
semakin meningkat. Maklumat tentang perkara ini boleh membantu seseorang
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 9
Keusahawanan 9/17
mendapatkan idea perniagaan yang sesuai dengan struktur penduduk, tingkat pendapatan
dan citarasa masyarakat.
Data import dan eksport
Corak permintaan terhadap import dan eksport boleh memberi maklumat tentang
peluang perniagaan. Permintaan terhadap sesuatu barang import yang meningkat dari
tahun ke tahun menunjukkan adanya peluang untuk menawarkan barang ini sebagai
gantian import. Jika jumlah eksport sesuatu barang meningkat dari semasa ke semasa,
maka produk atau perkhidmatan tersebut mempunyai permintaan yang tinggi di luar
negara dan bakal usahawan mempunyai peluang menawarkannya untuk eksport.
Sumber tempatan dan penemuan teknologi
Bakal usahawan boleh merujuk kepada sumber tempatan yang samada masih belum
diterokai atau masih banyak boleh diusahakan bagi mengenalpasti idea perniagaan. Idea
perniagaan dapat dikenalpasti dengan meninjau sumber tempatan yang ada. Contohnya
tanah liat yang terdapat di sesuatu kawasan boleh diusahakan untuk menghasilkan produk
seperti pasu bunga, seramik dan sebagainya. Air terjun dan keindahan alam semulajadi di
sesuatu kawasan adalah sumber tempatan yang boleh diterokai untuk mengenalpasti idea
perniagaan Di samping itu, penemuan teknologi terbaru boleh dianalisis untuk membantu
memajukan sumber tempatan..
Rantaian industri
Bakal usahawan boleh merujuk kepada industri-industri yang ada untuk mengenalpasti
sesuatu perniagaan dengan meninjau keperluan input-input daripada industri lain atau
industri yang sama terhadap output. Ini mewujudkan interaksi atau rantaian industri.
kehendak dan keperluan huluan dan hiliran industri-industri tersebut. Sebagai contoh bagi
industri pelancongan di Malaysia, beberapa produk atau perkhidmatan boleh dijadikan
input dan pelengkap kepada industri ini seperti perhotelan, pengangkutan, restoran dan
lain-lain.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 10
Keusahawanan 10/17
Undang-undang dan peraturan kerajaan.
Bakal usahawan boleh mengenalpasti idea perniagaan dengan merujuk kepada undang-
undang dan peraturan yang sedia ada. Contohnya; penguatkuasaan penggunaan topi
keledar kepada penunggang dan pembonceng motosikal menyebabkan meningkatnya
permintaan untuk topi keledar dan ia adalah satu idea perniagaan; iaitu samada
mengeluarkan atau memasarkan topi keledar.
Rancangan pembangunan kerajaan dan swasta
Program pembangunan kerajaan dan swasta secara tidak langsung menawarkan banyak
peluang perniagaan kepada bakal usahawan. Peluang boleh tinjau dalam usaha membantu
merealisasikan rancangan pembangunan berkenaan. Seseorang boleh mencari peluang
perniagaan daripada rancangan-rancangan ini. Contohnya pembangunan kompleks
kerajaan di Putera Jaya memungkinkan pelbagai produk dan perkhidmatan diperlukan
untuk membangunkan projek tersebut. Selain daripada itu, dengan terlaksananya
kompleks tersebut, wujud pelbagai kehendak dan keperluan masyarakat di kawasan ini
yang boleh dijadikan idea perniagaan.
.
Masalah sosial setempat
Masalah sosial di sesuatu kawasan boleh menyebabkan wujudnya peluang perniagaan
sekiranya produk atau perkhidmatan yang bakal ditawarkan itu boleh mengurangkan
atau menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Contohnya tempat penjagaan
kanak-kanak untuk ibu-ibu yang bekerja boleh menyelesaikan masalah dan ini adalah
suatu idea perniagaan yang baik.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 11
Keusahawanan 11/17
Media massa dan media elektronik
Pengiklanan dan maklumat-maklumat dalam surat khabar, majalah dan internet adalah
sumber yang boleh dirujuk untuk mendapatkan idea perniagaan. Contohnya pengiklanan
sebuah syarikat yang memerlukan wakil jualan adalah satu peluang
perniagaan. Melalui media masa, idea perniagaan boleh tercetus dengan
melihat contoh-contoh perniagaan yang dijalankan di tempat lain.
Maklumat tentang keperluan bahan mentah oleh sebuah syarikat adalah
peluang perniagaan ynag boleh diusahakan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 12
Keusahawanan 12/17
AKTIVITI 4b.
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
4b.1 Nyatakan langkah-langkah yang sistematik untuk menjana idea perniagaan.
……………….………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
4b.2 Senaraikan faktor-faktor persekitaran yang boleh dilihat untuk
mengenalpasti idea untuk perniagaan baru.
…………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………...
4b.3 Bagaimanakah boleh anda mengenalpasti idea perniagaan melalui:
a) rancangan pembangunan kerajaan dan swasta
b) media massa dan media elektronik
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 13
Keusahawanan 13/17
MAKLUM BALAS 4b
4b.1.
• melihat persekitaran
• melihat kemampuan diri
• mengenalpasti nilai masyarakat
4b.2
• Struktur penduduk, pendapatan dan citarasa
• Data import dan eksport
• Sumber tempatan dan penemuan teknologi
• Rantaian industri
• Undang-undang dan peraturan kerajaan
• Rancangan pembangunan kerajaan dan swasta
• Masalah sosial setempat
• Media massa dan media elektronik
4b.3 a) Rancangan pembangunan kerajaan dan swasta
• Meninjau produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh program-
program pembangunan ini
• Meneliti kehendak dan keperluan masyarakat yang akan berada di
kawasan pembangunan tersebut.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 14
Keusahawanan 14/17
b) Media massa dan media elektronik
• Rujuk iklan-iklan dalam surat khabar, majalah dan internet sama ada
dari tempatan atau luar negara bagi mengenalpasti produk atau
perkhidmatan yang diperlukan
• Rujuk media cetak dan media elektronik untuk mengenalpasti produk
atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat lain.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 15
Keusahawanan 15/17
PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan.
Sila jawab semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak
jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada
masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
SEMOGA BERJAYA
1. Anda mendapat maklumat tentang pembangunan rangkaian Kolej Komuniti
di seluruh negara mulai tahun 2001. Senaraikan idea-idea perniagaan yang
sesuai dijalankan untuk projek tersebut.
2. Pilih satu daripada senarai di atas dan berikan kaedah pengumpulan maklumat
bagi mengukuhkan alasan mewujudkan perniagaan tersebut.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 16
Keusahawanan 16/17
MAKLUM BALAS
Adakah anda telah cuba menjawap soalan penilaian kendiri?
Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.
1. Senarai idea perniagaan
- cadangan perniagaan untuk membangunkan projek
- membekalkan bahan binaan
- menyediakan kemudahan infrastruktur
- membekalkan keperluan
- untuk keperluan kolej komuniti
- membekal alat-tulis
- perabot dan kelengkapan
- penyelenggaraan
- lain-lain yang sesuai
2. Kaedah pengumpulan maklumat
Sumber primer – soalselidik, temubual, pemerhatian
Sumber sekunder- maklumat daripada laporan ekonomi, kementerian-kementerian yang
terlibat seperti kementerian pendidikan, kementerian kewangan dll.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 4 / 17
Keusahawanan 17/17
TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari Unit 4. Sekarang anda boleh pergi ke unit 5 pula.
FAKTA PENTING :-
1. Sumber idea perniagaan terdiri daripada sumber
primer dan sumber sekunder 2. Idea perniagaan dijana dengan mengenalpasti
kehendak dan keperluan masyarakat, melihat persekitaran, diri dan nilai masyarakat.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 1
Keusahawanan 1/17
UNIT 5 : PEMILIHAN IDEA DAN PELUANG PERNIAGAAN: PEMILIHAN IDEA
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar memilih idea perniagaan yang paling sesuai dengan diri
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :
Menyenarai dan memilih keserasian idea perniagaan dengan
diri
Mengenal pasti daya kemungkinan idea di peringkat awal
Memilih idea perniagaan yang paling sesuai
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 2
Keusahawanan 2/17
5.0 Pengenalan
Dalam memilih peluang-peluang perniagaan, anda harus membuat satu penilaian kendiri sebelum membuat komitmen. Penilaian kendiri ini perlulah berdasarkan kepada pengalaman, pengetahuan, kemahiran, kemampuan kewangan dan minat.
5.1 Memilih idea perniagaan
5.1.1 Menilai keserasian idea dengan diri: pengalaman, pengetahuan dan kemahiran, modal dan minat
a) Pengalaman yang dimiliki
Biasanya, seseorang usahawan itu menjalankan perniagaan yang sesuai dengan pengalaman yang dimiliki terutamanya berkaitan dengan pengalaman kerjaya. Sebagai contoh seorang guru sekolah rendah yang mempunyai pengalaman luas mengenai pendidikan awal kanak-kanak meletakkan jawatan dan menceburi dalam bidang yang hampir sama dengan kerjayanya yang sebelum ini, iaitu membuka sebuah taman asuhan kanak-kanak. Begitu juga dengan seorang tukang masak yang mempunyai kemahiran dalam masak memasak, boleh membuka sebuah kedai makan.
b) Pengetahuan Selalunya pengalaman yang dimiliki seseorang tidak mencukupi untuk menjalankan perniagaan. Usahawan perlu melengkapkan dirinya dengan pengetahuan terutama dalam apa yang perlu dilakukan untuk perniagaan yang diceburi. Misalnya seorang pakar masakan, apabila membuka sebuah restoran, ia bukan sahaja perlu mengetahui tentang cara penyediaan makanan, tetapi juga cara menguruskan perniagaan, menyediakan akaun, mengatur jadual pekerja serta mengendali pelanggan. Walaupun diketahui ia boleh mengupah pekerja lain melakukan kerja untuk ia tetapi adalah lebih baik jika usahawan itu melakukan sendiri supaya ia dapat mengetahui segala perjalanan perniagaannya dan dengan itu tidak mudah ditipu.
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 3
Keusahawanan 3/17
c) Kemahiran Selain dari pengalaman dan pengetahuan diri, ia mestilah kemahiran atau cekapan melakukan kerja dalam bidang yang dipilih. Kemahiran ini selalunya lahir dari pengalaman dan pengetahuan. Kelebihan ini adalah sesuatu yang sukar dimiliki. Contohnya, tukang ukir yang mahir dapat menghasilkan ciptaannya dalam tempoh yang singkat dan bermutu tinggi. Kemahiran merupakan aset yang sangat penting kerana tidak semua orang memiliki kelebihan ini.
d) Kemampuan modal
Kemampuan modal seseorang usahawan menentukan sebesar mana
perniagaan itu boleh dijalankan. Dalam erti kata lain, perniagaan yang hendak dibuka perlulah sesuai dengan kemampuan kewangan yang ada. Sekiranya seseorang itu mempunyai impian untuk membuka perniagaan besar dan memerlukan modal yang berjumlah jutaan ringgit, mungkin keinginan itu terpaksa dipendamkan dahulu sekiranya ketiadaan modal yang mencukupi. Oleh itu modal adalah perkara-perkara asas yang perlu difikirkan sebelum
meneruskan idea untuk membuka sesebuah perniagaan. Walau bagaimanapun sekiranya kemampuan modal itu terhad, seseorang bolehlah
membuka perniagaan secara kecil-kecilan dengan menggunakan sumber modal yang sedia ada. Dia mestilah bersabar dan terus berusaha dengan lebih lagi demi cita-citanya. Ramai usahawan yang berjaya bermula dari usaha secara kecil-kecilan. Usaha yang begini selalunya lebih berhasil kerana berpeluang melihat kelemahan dan kelebihan yang dihadapi semasa menjalankan perniagaan tersebut. Ketiadaan modal yang mencukupi bukanlah penghalang untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 4
Keusahawanan 4/17
e) Minat Ramai usahawan terutamanya golongan muda, mula menceburi dalam dunia perniagaan disebabkan oleh minat. Minat adalah sesuatu perkara yang harus diambil kira secara serius kerana minat dapat memberi keyakinan dan rasa tanggungjawab yang lebih ke atas perniagaan yang akan dimajukan. Oleh kerana minat, seseorang itu akan menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kerjanya. Ia akan berkerja lebih masa semata-mata kerana minat.
5.1.2 Menilai penerimaan masyarakat
Keserasian idea dengan nilai masyarakat setempat perlu diberi perhatian yang serius sebelum memulakan operasi perniagaan. Peluang perniagaan perlu diselaraskan supaya tidak bertentangan dengan nilai masyarakat setempat. Contohnya, disko dan tempat perjudian yang dibuka di kampung Melayu adalah bertentangan dengan nilai masyarakat Melayu yang beragama Islam. Idea ini tidak sesuai dijalankan walupun ia sah dari segi undang-undang.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 5
Keusahawanan 5/17
AKTIVITI 5a.
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
5.a.1 Anda perlu memilih perniagaan yang dicadangkan berdasarkan keserasian idea perniagaan dengan diri anda. Anda perlu menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’. JENIS PERNIAGAAN
PENGALAMAN
PENGETAHUAN
KEMAHIRAN
KEMAMPUAN MODAL RM_________
MINAT
JUMLAH KELEBIHAN
YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK
A)
B)
C)
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 6
Keusahawanan 6/17
MAKLUM BALAS 5a
5.a.1 Latihan yang mudah ini bertujuan untuk membantu anda menentukan perniagaan yang akan anda ceburi. Sekiranya jawapan anda lebih banyak ‘tidak’ maka anda perlulah menimbang semula idea perniagaan anda dan jika anda menjawab lebih banyak ‘ya’, anda boleh meneruskan kajian tentang perniagaan anda.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 7
Keusahawanan 7/17
5.2. Menilai daya Kemungkinan idea di peringkat di peringkat awal: aspek undang-undang, pesaing, keperluan modal dan risiko. Selepas penilaian idea bersesuaian dengan diri, maka perlulah anda melihat dari sudut lain pula. Sudut yang perlu dibincangkan kali ini ialah dari aspek undang-undang, pesaing, keperluan modal dan risiko.
5.2.1 Undang-undang
Idea-idea yang dicadangkan perlulah sah di sisi undang-undang. Adakalanya sesebuah perniagaan itu dapat menghasilkan keuntungan yang tinggi, tetapi ianya tidak sah di sisi undang-undang. Contohnya dalam penjualan CD cetak rompak. Walaupun perniagaan ini boleh mengaut untung dengan cepat dan banyak tetapi ianya salah di sisi undang-undang. Pemilik kedai sentiasa tidak tenang semasa membuka perniagaan tersebut kerana khuatir Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri akan datang ke kedai mereka dan merampas aset-aset syarikat tersebut. Sekiranya rampasan dilakukan, pemilik akan mengalami kerugian maka perniagaan terpaksa ditutup. Bukan itu sahaja, pemilik kedai akan didenda dan dikenakan hukuman. Implikasi dari perniagaan yang tidak sah ini ialah ianya tidak dapat didaftarkan dan seterusnya tidak
layak memohon bantuan kewangan dari mana-mana institusi kewangan. Perniagaan yang begini
sememangnya tidak ada jalan penyelesaian. Oleh itu anda perlu memastikan perniagaan anda sah disisi
undang-undang sekiranya ingin melihat kejayaan.
5.2.2 Pesaing
Faktor pesaing perlulah difikirkan juga oleh usahawan dalam menentukan jenis perniagaan yang hendak diceburi. Sekiranya anda memilih idea perniagaan yang masih belum dimonopolikan oleh orang lain, ini akan menyebabkan perniagaan boleh dikawal dan dimajukan oleh pengusaha. Contohnya sistem televisyen seperti Astro adalah perniagaan permonopolian yang mana tiada peniaga lain boleh membuat perniagaan begini sewenang-wenangnya
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 8
Keusahawanan 8/17
sebelum mendapat kelulusan. Selain dari sistem televisyen, sistem pengangkutan seperti LRT, komuter dan lain-lain dimonopolikan oleh syarikat-syarikat yang besar. Jika anda memilih untuk membuka perniagaan yang berdaya saing, anda perlulah membuat kajian yang lebih lagi, dengan mencari kelebihan perniagaan yang anda boleh berikan supaya anda dapat bersaing di pasaran bebas.
5.2.3 Risiko
Usaha yang seterusnya adalah untuk mengenalpasti risiko yang bakal dihadapi dengan mengambil kira peratusan kejayaan dan kegagalan
daripada kajian–kajian terperinci yang dilakukan. Berdasarkan kepada kajian ini,
usahawan boleh mempertimbangkan atau membuat keputusan samada untuk meneruskan perniagaan tersebut atau
sebaliknya. Risiko yang bakal dihadapi oleh seorang usahawan biasanya berdasarkan kepada
beberapa faktor utama di antaranya adalah:
Susah atau senang untuk memasuki sesuatu bidang perniagaan Besar atau kecil modal yang akan dilaburkan
Banyak atau sidikit kadar keuntungan yang akan diperolehi
Mampukah melakukanya dengan sumber tenaga yang ada
Adakah produk ini berpotensi untuk menembusi pasaran
Pada amnya terdapat dua jenis risiko yang besar dan perlu diberikan perhatian sebelum dan semasa menjalankan perniagaan.
a) Risiko perniagaan
Risiko yang boleh dipindahkan kepada pihak lain seperti pihak insurans. Contohnya kerugian akibat daripada kebakaran dan kecederaan pekerja.
Risiko yang boleh dikawal oleh usahawan tetapi tidak
100% seperti kualiti barang dan kerosakan jentera.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 9
Keusahawanan 9/17
Risiko yang tidak boleh dikawal oleh usahawan seperti kemelesetan ekonomi, bencana alam dan kejatuhan nilai matawang.
b) Risiko kewangan
Tahap kecairan wang tunai. Jika tahap kecairan wang tunai tinggi, ini bermakna peluang untuk membuat keuntungan adalah rendah. Sebaliknya, perniagaan akan menghadapi masalah dalam pembayaran hutang jangka pendek jika tahap kecairan wang tunai rendah.
Pinjaman. Kadangkala pinjaman adalah perlu untuk meningkatkan saiz perniagaan dengan cepat. Jika usahawan ingin membuat pinjaman maka ia perlu sanggup dan mampu untuk membayar hutang beserta faedahnya sekali.
Kredit. Sekiranya pelanggan atau penghutang
tidak membayar kredit yang telah diberikan maka ia merupakan satu belanja hutang lapuk kepada perniagaan. Oleh itu berhati-hati dalam memberikan hutang.
Tukaran wang asing . Risikonya tinggi kerana nilai mata
wang tidak tetap dan boleh berubah-ubah pada bila-bila masa. Risiko ini akan dihadapi lebih-lebih lagi kepada usahawan yang menjalankan perniagaan import dan eksport.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 10
Keusahawanan 10/17
5.2.4 Keperluan Modal
Dalam usaha mencari modal untuk melancarkan sesebuah perniagaan, seseorang usahawan akan menghadapi banyak masalah sepertimana pemilik-pemilik kedai kecil. Modal yang diperlukan untuk memulakan sesuatu urusniaga merupakan modal yang berisiko tinggi kerana para pelabur dalam urusniaga tidak pasti keadaan yang akan dihadapi. Banyak urusniaga gagal kerana menghadapi masalah kekurangan modal. Pelabur mungkin akan mengalami kerugian atau kehilangan modal jika perniagaan ini mengalami kegagalan. Tetapi sekiranya perniagaan ini berjaya, mereka akan menerima ganjaran yang besar. Terdapat tiga jenis modal asal yang diperlukan dalam urusniaga iaitu modal tetap, modal kerja, dan modal tumbuh.
a) Modal tetap
Modal tetap ialah modal yang digunakan untuk membeli aset-aset tetap. Aset ini digunakan untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan. Misalnya bangunan, tanah, peralatan yang tidak ditukarkan ke dalam wang tunai pada operasi perniagaan biasa.
b) Modal kerja
Modal kerja merupakan tabung sementara urusniaga. Ia adalah modal yang akan digunakan untuk menbiayai operasi normal jangka pendek. Modal kerja biasanya digunakan untuk membeli inventori, membayar bil-bil dan juga digunakan semasa kecemasan.
c) Modal tumbuhan
Modal tumbuhan adalah berbeza dari modal kerja. Ia tidak berkaitan dengan keadaan turun naik urusniaga. Modal ini diperlukan apabila sesuatu urusniaga yang berkembang atau mengubah arah tujunya
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 11
Keusahawanan 11/17
AKTIVITI 5b.
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
5.b.1 Menilai ciri-ciri keusahawan pada diri anda
Perwatakan anda Soalan Ya Tidak 1) Adakah anda suka menjadi ketua? ____ ____ 2) Adakah anda membuat keputusan sendiri? ____ ____ 3) Adakah anda suka kepada persaingan? ____ ____ 4) Adakah anda mempunyai kekuatan untuk mengurus kerja ____ ____
dengan sendiri dan berdisiplin? ____ ____ 5) Adakah anda seorang perancang yang baik? ____ ____ 6) Adakah anda mempunyai hubungan komunikasi yang baik
dengan semua orang? ____ ____
Keadaan diri anda
Soalan 7) Adakah anda sanggup berkerja 10-15 jam sehari? ____ ____ 8) Adakah anda sanggup meninggalkan perkerjaan anda yang lebih terjamin? ____ ____ 9) Adakah keluarga anda memberi sokongan yang
padu kepada anda? ____ ____ 10) Adakah anda bersedia untuk menanggung kerugian? ____ ____
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 12
Keusahawanan 12/17
Kemahiran dan pengalaman Soalan
11) Adakah anda mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam mengendalikan perniagaan tersebut? ____ ____
12) Adakah anda boleh menilai keupayaan dan kemahiran pekerja-pekerja anda? ____ ____
13) Adakah anda mempunyai pengalaman sebagai seorang pengurus atau penyelia? ____ ____
14) Adakah anda pernah berkerja dalam bidang yang sama dengan perniagan yang bakal anda buka?
15) Adakah anda pernah memasuki mana-mana sekolah pengurusan perniagaan? ____ ____
16) Bolehkah anda menangguhkan cadangan membuka perniagaan sehingga anda mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang cukup ? ____ ____
Kajian Anda Soalan
17) Adakah perniagaan anda sah di sisi undang-undang? ____ ____ 18) Adakah masyarakat di sekitar perniagaan anda bersetuju dengan pembukaan perniagaan anda? ____ ____ 19) Sanggupkah anda mengalami kerugian? ____ ____ 20) Adakah anda mempunyai modal yang mencukupi? ____ ____ 21) Sekiranya anda tidak mempunyai modal yang mencukupi,
Ada atau tidak pelabur-pelabur yang berminat untuk melabur dalam perniagaan anda? ____ ____
22) Sudahkah pelabur-pelabur dalam perniagaan anda mengetahui risiko yang akan ditanggung oleh mereka? ____ ____
5b.2 Kemukakan idea perniagaan anda di dalam kelas dan bincangkan idea anda
bersama-sama rakan yang memilih bidang perniagaan yang sama. Anda diminta merujuk kepada kaedah-kaedah yang telah dipelajari dalam bab ini. Antara perkara-perkara yang perlu dilihat adalah berdasarkan pengalaman, pengetahuan, kemahiran, kemampuan modal, dan minat. Selain dari itu anda juga diminta menilai penerimaan masyarakat dan daya kemungkinan idea di peringkat awal dari aspek undang-undang, pesaingan, keperluan modal dan risiko.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 13
Keusahawanan 13/17
MAKLUM BALAS 5b
5b.1 Sekiranya jawapan ‘ya’anda melebihi dari 12 soalan, anda seharusnya meneruskan kajian anda terhadap perniagaan yang telah dipilih. Sekiranya jawapan ‘tidak’ anda melebihi dari separuh anda mungkin perlu memikirkan semula idea tersebut. Walau bagaimanapun pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran boleh diperolehi dari masa ke semasa. Penilaian ini hanyalah sebagai panduan dalam usaha untuk menjadi seorang usahawan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 14
Keusahawanan 14/17
PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan.
Sila cuba semua soalan dalam Penilaian kendiri ini dan semak
jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada
masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
SEMOGA BERJAYA
Kajian Kes Sofiah sukakan kerjanya di sebuah kolej tempatan, tetapi ia menghadapi dua masalah. Pertama, memegang jawatan sebagai pengurus pemasaran adalah sesuatu yang menarik tetapi gaji yang diterima tidak mencukupi. Kedua ia berkerja dengan Irfan, seorang usahawan yang berjaya di mana boleh melakukan dua kerja serentak dengan jayanya
Suatu hari ketika membaca suratkhabar, Sofiah tertarik dengan satu iklan berkenaan perniagaan francais berkaitan dengan mendidik kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun untuk mengeja dan menulis dengan menggunakan komputer. Iklan itu menyatakan ia hanya perlu
membawa sebuah komputer ke tadika atau pusat jagaan kanan-kanak sebagai alat bantuan mengajar. Sistem ini memerlukan beliau mencari ibubapa yang berminat menghantar anak mereka untuk
belajar selama 30 minit dua kali seminggu. Sofiah percaya sistem ini dapat membantu anaknya Karina untuk belajar. Oleh itu ia menghubungi syarikat berkenaan. Dalam beberapa hari, Sofiah menerima jawapan daripada syarikat. Semakin dibaca semakin menarik. Beliau cuba mententeramkan diri supaya ia dapat berfikir secara rasional. Sebagai pelaburan awal ia memerlukan RM12 000 dan beliau mempunyai jumlah mencukupi. Sekiranya dipersetujui, Sofiah akan diberi maklumat tambahan untuk mengendalikan perniagaan. Selepas beberapa perbincangan, Sofiah diberi dua kawasan yang strategik untuk menjalankan perniagaannya. Ia juga akan menerima bahan mengajar dan maklumat mengenai cara pengajaran. Beliau diberikan latihan mengenai untuk cara mengajar, bagaimana untuk menarik ibubapa menerima program ini. Oleh kerana Sofiah memerlukan modal tambahan, ia bercadang meminjam daripada syarikat francais tersebut. Walau bagaimanapun bapa saudaranya, bersetuju untuk meminjamkan RM25 000 dengan 9 % faedah dan perlu dibayar dalam masa lima tahun.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 15
Keusahawanan 15/17
Soalan: 1. Adakah Sofiah menunjukkan ciri-ciri seorang usahawan? Apakah
alasan anda?
2. Bagaimanakah cara untuk menasihati Sofiah berkenaan dengan peluang perniagaan ini?
3. Adakah anda fikir ia akan berjaya?
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 16
Keusahawanan 16/17
MAKLUM BALAS
Adakah anda telah cuba menjawab soalan penilaian kendiri ?
Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.
1. Ya. Sofiah seorang yang berpandangan jauh, mempunyai keyakinan diri, rajin, berani mengambil risiko, bertanggungjawab dan suka besaing. 2 Anda boleh menasihati Sofiah untuk membuat penilaian kendiri dengan merujuk kepada: pengalaman, pengetahuan kemahiran, kemampuan modal dan minat yang ia ada. Anda boleh juga menerangkan tapisan awal seperti merujuk kepada faktor perundangan, pesaing, keperluan modal dan risiko yang akan dihadapi olehnya. 3. Memandangkan kepada sifat-sifat yang telah ditunjukkan oleh Sofiah, saya berkeyakinan penuh beliau boleh menjadi seorang usahawan
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 5 / 17
Keusahawanan 17/17
TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari Unit 5. Sekarang anda boleh pergi ke unit 6 pula.
FAKTA PENTING :-
1. Idea perniagaan perlu sesuai dengan diri dan nilai
masyarakat 2. Usahawan perlu menilai idea dari aspek undang-
undang, pesaing, keperluan modal dan risiko.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 1
UNIT 6 : RANCANGAN PERNIAGAAN: PENGENALAN
OBJEKTIF
Objektif Am : Membolehkan pelajar mengetahui perlaksanaan dan
kawalan perniagaan serta penyediaan Rancangan
Perniagaan.
Objektif Khusus : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :
Menjelaskan maksud Rancangan Perniagaan.
Mengenalpasti kepentingan Rancangan Perniagaan.
Menjelaskan ciri-ciri Rancangan Perniagaan yang baik.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 2
6.0 Pengenalan
Cuba baca dan teliti maklumat yang dibentangkan di bawah ini;
Apabila Pengarah Urusan sebuah syarikat perisian komputer baru di Bandaraya Ipoh
mengunjungi seorang juru bank untuk memohon pembiayaan modal sebanyak
RM500 000, ia menyerahkan Rancangan Perniagaan syarikatnya untuk diteliti oleh
juru bank tersebut. Dalam satu keadaan yang lain pula, semasa pengerusi sebuah
kilang kad plastik ingin membentuk satu set matlamat lima tahun untuk syarikatnya,
dia telah terlebih dahulu merujuk kepada ramalan kedudukan kewangan dalam
Rancangan Perniagaan syarikatnya dan dalam keadaan yang ketiga pula, sebelum
pasukan pengurusan sebuah syarikat dari Pulau Pinang cuba menarik minat pelabur
asing menanam modal dalam projek perniagaan mereka, mereka telah memastikan
bahawa Rancangan Perniagaan yang bakal ditunjukkan kepada bakal pelabur ini
adalah yang terbaik.
Dalam ketiga-tiga keadaan di atas, pihak-pihak yang mewakili perniagaan masing-
masing sedar akan kepentingan Rancangan Perniagaan dalam usaha mencapai
sesuatu tujuan samada untuk mendapatkan pembiayaan modal, menetapkan matlamat
perniagaan atau untuk menarik minat pelabur-pelabur menanam modal untuk projek
perniagaan
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 3
Rancangan Perniagaan adalah satu dokumen bertulis di antara 25 hingga 40 muka
surat yang menerangkan tentang:
• Perniagaan atau projek yang akan dijalankan; hala tuju perniagaan dan
bagaimana ia akan berkembang secara menyeluruh
• Kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada
masa hadapan untuk membangunkan perniagaan serta
• Ramalan-ramalan, jangkaan-jangkaan dan cara perlaksanaan strategi
perniagaan.
Sesetengah pihak menggunakan nama-nama lain untuk Rancangan Perniagaan. Di
antaranya adalah pelan induk perniagaan, kertas kerja, kertas projek atau prospektus.
Rancangan Perniagaan merupakan peta yang akan menentukan arah tuju syarikat dan
strategi bagaimana kejayaan dicapai oleh usahawan.
6.1 MAKSUD RANCANGAN PERNIAGAAN
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 4
AKTIVITI 6a.
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
6a - 1 Terangkan maksud Rancangan Perniagaan kepada seorang rakan anda yang
belum pernah melihatnya.
Rancangan Perniagaan adalah …………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………
….………………………………………………………………………………
…………..………………………………………………………………………
……………………..……………………………………………………………
……………………………..…………………………………..………………
………………………………………
6a.2 Apakah maklumat-maklumat yang boleh didapati dalam Rancangan
Perniagaan?
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 5
MAKLUM BALAS 6a
6a.1 Maksud Rancangan Perniagaan:-
sebuah dokumen bertulis yang memberi keterangan berkenaan perniagaan atau
projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh.
6a.2 Maklumat dalam Rancangan Perniagaan
Perniagaan secara keseluruhan, hala tujunya dan bagaimana ia akan
berkembang
• Kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada
masa hadapan untuk membangunkan perniagaan
• Ramalan-ramalan, jangkaan-jangkaan dan cara perlaksanaan strategi
perniagaan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 6
6.2 KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Pada bahagian awal unit ini, kepentingan Rancangan Perniagaan kepada pihak
perniagaan telah pun dikenalpasti. Walau bagaimanapun, Rancangan Perniagaan
bukan sahaja penting kepada pihak-pihak seperti di dalam contoh tersebut tetapi ia
juga amat penting kepada pihak-pihak lain sama ada dari dalam perniagaan mahu pun
pihak-pihak yang berkepentingan di luar perniagaan.
6.2.1 Kepentingan Rancangan Perniagaan Kepada Usahawan
Memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai idea
perniagaan atau projek perniagaannya dengan teliti, secara objektif dan
kritis.
Memberi gambaran samada projek yang dicadangkan berdaya maju atau
tidak
Membantu usahawan membuat anggaran keperluan dan pengagihan
sumber perniagaan dengan baik dan berkesan
Menyedarkan usahawan akan masalah-masalah yang mungkin timbul
dalam melaksanakan projek perniagaan.
Menjadikan garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian
Membuat ramalan-ramalan jualan, perbelanjaan dan aliran wang tunai
perniagaan
Menerangkan tugas dan tanggung jawab kakitangan serta kehendak dan
jangkaan perniagaan
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 7
Menilai prestasi perniagaan
Merancang pembangunan produk baru
Menjadikan asas cadangan bagi pemohonan pembiayaan
6.2.2 Kepentingan Rancangan Perniagaan Kepada Pihak Luar
Juru bank atau pegawai bank
Untuk menilai potensi cadangan projek berhubung dengan permohonan
pembiayaan perniagaan
Pembekal
Untuk mendapat gambaran yang jelas akan idea dan kedudukan kewangan
perniagaan bagi tujuan menilai sama ada akan memberi kemudahan kredit
atau tidak
Kakitangan
Untuk memahami matlamat dan tujuan perniagaan bagi membolehkan
mereka melakukan kerja-kerja seperti yang diharapkan oleh perniagaan dan
bagi meyakinkan pekerja untuk terus bekerja dengan perniagaan
Pelanggan
Bagi menilai kemampuan perniagaan samada dapat menawarkan produk atau
perkhidmatan yang lebih selamat dan menyakinkan jika proses pembuatannya
terjamin dari segi keselamatan dan kesihatannya.
Pelabur
Untuk menilai maklumat perniagaan dan memberi keyakinan yang tinggi
kepada bakal pelabur atau pelabur untuk membuat pelaburan dengannya.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 8
AKTIVITI 6b.
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
6b-1 Nyatakan 5 kepentingan Rancangan Perniagaan kepada usahawan.
i…………………………………………………………………………………
ii…………………………………………………………………………………
iii…………………………………………………………………………………
iv…………………………………………………………………………………
v…………………………………………………………………………………
6b-2 Apakah kepentingan Rancangan Perniagaan kepada pihak-pihak berikut:
i. Juru bank / Institisi Kewangan
………………………………………………….…………………………………. .……………………………………………………….…………………………… ii. Kakitangan perniagaan
.……………………………………………………………………….…………… ……...……………………………………………………………………………. ii. Pembekal:
………….………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………. iv. Pelanggan:
……………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………….
v. Pelabur
.………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………….
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 9
6b-1 Kepentingan Rancangan Perniagaan kepada Usahawan:
• Memberi peluang untuk melihat dan menilai idea perniagan atau
projek perniagaan dengan teliti, objektif dan kritis.
• Memberi gambaran samada projek yang dicadangkan berdaya maju atau
tidak
• Membantu membuat anggaran keperluan dan pengagihan sumber
perniagaan dengan baik dan berkesan
• Menyedarkan masalah-masalah yang mungkin timbul dalam
melaksanakan projek perniagaan.
• Menjadikan garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian
• Membantu dalam membuat ramalan-ramalan jualan, perbelanjaan dan aliran
tunai perniagaan
• Menerangkan tugas dan tanggung jawab kakitangan serta kehendak dan
jangkaan perniagaan.
• Menilai prestasi perniagaan.
• Merancang pembangunan produk baru
• Menjadikan asas cadangan bagi sesuatu pembiayaan
MAKLUM BALAS 6b
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 10
6b-2 Kepentingan Rancangan Perniagaan kepada pihak-pihak berikut ialah :-
i. Jurubank:
Untuk menilai potensi cadangan projek sebelum membuat keputusan meluluskan
permohonan pembiayaan oleh usahawan atau tidak
ii. Kakitangan:
Untuk mereka fahami matlamat dan tujuan perniagaan bagi membolehkan mereka
melakukan kerja-kerja yang diharapkan oleh perniagaan dan bagi meyakinkan mereka
untuk terus bekerja dengan perniagaan.
iii. Pembekal
Untuk mendapat gambaran yang jelas akan idea dan kedudukan perniagaan bagi
tujuan sama ada boleh memberi kemudahan kredit atau pun tidak
iv. Pelanggan
Bagi menilai kemampuan perniagaan samada dapat menawarkan produk atau
perkhidmatan seperti yang dikehendaki atau tidak
v. Pelabur
Untuk menilai maklumat perniagaan samada sesuai membuat pelaburan bagi
mendapat keuntungan atau sebaliknya.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 11
6.3 CIRI ASAS RANCANGAN PERNIAGAAN YANG BAIK
Setiap Rancangan Perniagaan yang baik perlu mematuhi syarat asas berikut:
• Fakta dan maklumat yang digunakan adalah benar dan terkini, yang diperolehi
daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti rekod dan data dalaman
perniagaan, statistik kerajaan, data penyelidikan pemasaran dan lain-lain.
• Maklumat atau data yang dikumpul dianalisis secara terperinci dan berasas
• Maklumat dan data-data yang berubah dari semasa ke semasa diubahsuai dan
dikemaskini.
• Mempunyai satu set penyata kewangan: proforma aliran tunai,akaun penamat
• Memberi fokus kepada keperluan pengguna. Penyediaan Rancangan Perniagaan
hendaklah mengambil kira tujuan ianya disediakan, contohnya untuk memohon
pinjaman bank, untuk mendapatkan sesuatu tender dan sebagainya.
• Mempamerkan penyelarasan semua fungsi atau aktiviti perniagaan.. Contohnya jika
ramalan pendapatan perniagaan adalah RM1 juta, maka bahagian pemasaran,
pengeluaran, kewangan, sumber manusia dan lain-lain aktiviti perniagaan bertindak
sebagai ‘satu pasukan’ bagi mendapatkan sebanyak RM1 juta.
• Menunjukkan keazaman, komitmen dan kecekapan usahawan atau pengurus terbabit
• Mempunyai pelan tindakan (action plan) yang jelas dan boleh dilaksanakan.
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 12
AKTIVITI 6c.
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya
Sediakan senarai semak untuk membantu anda menghasilkan Rancangan Perniagaan
yang baik.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 13
MAKLUM BALAS 6c
Senarai semak Rancangan Perniagaan
Tandakan ( / ) di dalam ruang yang disediakan di bahagian kanan jadual ini.
1. Menggunakan fakta dan maklumat yang benar dan terkini
2. Data dianalisis secara terperinci dan berasas
3. Pengubahsuain data dan maklumat yang berubah
4. Menyediakan satu set penyata kewangan:Proforma aliran tunai dan
akaun penamat.
5. Fokus kepada keperluan pengguna
6. Ada penyelarasan semua fungsi syarikat
7. Keazaman, komitmen dan kecekapan usahawan dipamerkan
8. Rancangan tindakan (action plan) jelas dan boleh dilaksanakan
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 14
PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam Penilaian Kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada masalah yang
timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
SEMOGA BERJAYA Nyatakan sama ada kenyataan-kenyataan berikut Benar (B) atau Salah (S):
_______ 1. Rancangan Perniagaan adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan
kedudukan untung dan rugi perniagaan.
_______ 2. Rancangan Perniagaan disediakan hanya apabila pinjaman bank diperlukan
_______ 3. Rancangan Perniagaan mengandungi maklumat perniagaan secara menyeluruh.
_______ 4. Kakitangan syarikat perlukan Rancangan Perniagaan sebagai panduan
menjalankan tugas seperti yang diharapkan oleh majikan.
_______ 5. Semasa menyediakan Rancangan Perniagaan, penulis mestilah mengambil kira
siapa yang akan menggunakannya.
_______ 6. Bakal pelabur perlu menyemak Rancangan Perniagaan sebagai usaha supaya tidak
tersalah membuat pelaburan mereka.
_______ 7. Pengusaha sebuah perniagaan kedai runcit tidak perlu menyediakan Rancangan
Perniagaan.
_______ 8. Rancangan Perniagaan disediakan untuk perniagaan besar yang pendapatan
tahunannya melebihi RM1 juta.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 15
_______ 9. Salah satu daripada kepentingan Rancangan Perniagaan kepada usahawan adalah
ia dijadikan sebagai rujukan dalam membuat keputusan dan mengurus perniagaan.
_______ 10. Rancangan Perniagaan dapat menjamin kejayaan perniagaan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 16
MAKLUM BALAS
Adakah anda telah cuba menjawap soalan penilaian kendiri?
Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.
Sila semak jawapan anda:
Kenyataan yang Betul No. 3, 4, 5, 6, dan 9
Kenyataan yang Salah No 1, 2, 7, 8 dan 10
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 6 / 17
TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari Unit 6. Sekarang anda boleh pergi ke unit 7 pula.
FAKTA PENTING :- 1. Rancangan Perniagaan adalah penting dalam usaha mencapai sesuatu tujuan sama ada untuk mendapatkan pembiayaan modal, menetapkan matlamat perniagaan atau bagi menarik minat pelabur-pelabur menanam modal untuk projek perniagaan 2. Ia juga amat penting kepada pihak-pihak lain sama ada dari dalam perniagaan mahu pun pihak-pihak yang berkepentingan di luar perniagaan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 1
Keusahawanan 1 /21
UNIT 7 :RANCANGAN PERNIAGAAN : FORMAT
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar mengetahui
kepentingan penyataan misi dan penyediaan
Rancangan Perniagaan.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :
Menerangkan kepentingan penyataan misi dan membinanya
dalam Rancangan Perniagaan.
Menerangkan format dan kandungan Rancangan Perniagaan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 2
Keusahawanan 2 /21
7.1 Pengenalan
Sebelum orang-orang bijak memulakan satu perjalanan yang jauh, mereka
membuat perancangan. Pada amnya, lebih jauh suatu perjalanan, lebih
terperinci perancangan dibuat.
Setiap perniagaan dianggap akan memulakan satu perjalanan yang jauh dan
dengan itu memerlukan penyataan misi. Penyataan misi memberi fokus
kepada matlamat jangka panjang yang diinginkan. Perniagaan yang tidak
mempunyai penyataan misi akan terdedah kepada pembaziran sumber dan
masa kerana cuba menjalankan operasi perniagaan tanpa arah. Penyataan
misi dibangunkan untuk membuat penentuan kedudukan perniagaan dalam
pasaran dan ke arah manakah yang ingin dituju.
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 3
Keusahawanan 3 /21
Penyataan Misi
Pada amnya, maklumat di dalam penyataan misi adalah seperti berikut :-
Alasan perniagaan diwujudkan
Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
Klien atau pelanggan perniagaan
Kawasan geografi pemasaran
Kelebihan kompetitif produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Contoh penyataan misi adalah seperti berikut :-
Syarikat Waja Sdn.Bhd. mendapat keuntungan dengan mengeluar dan
memasarkan sistem penghawa dingin yang unik untuk bangunan-bangunan
kediaman dan komersial. Ia menggunakan teknologi angkasa lepas yang
dapat menjimatkan sehingga 50% kos tenaga elektrik. Sasaran pelanggan
syarikat adalah arkitek, jurutera bangunan, pemaju perumahan dan bangunan
komersial dan lain-lain pengguna di Malaysia dan rantau Asia.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 4
Keusahawanan 4 /21
Aktiviti 7a
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
7a. 1 Nyatakan samada kenyataan berikut Betul (B) atau Salah (S).
i. ……….. Penyataan misi diperlukan oleh perniagaan yang baru
sahaja.
ii. ……….. Penyataan misi membantu operasi fokus kepada
matlamat perniagaan.
iii. ……….. Penyataan misi dapat mengurangkan pembaziran
sumber perniagaan.
iv. ……….. Penyataan misi membuat penentuan kedudukan
perniagaan dalam pasaran dan ke arah mana ingin
dituju.
7a. 2 Tuliskan satu penyataan misi untuk sebuah butik pakaian wanita bagi
pelanggan yang berpendapatan sederhana dan tinggi.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 5
Keusahawanan 5 /21
MAKLUM BALAS 7a
7a - 1
i. ……S….. Penyataan misi diperlukan oleh perniagaan yang baru
sahaja.
ii. ……B….. Penyataan misi membantu operasi memberi fokus
kepada matlamat perniagaan.
iii. ……B….. Penyataan misi dapat mengurangkan pembaziran
sumber perniagaan.
iv. ……B….. Penyataan misi membuat penentuan kedudukan
perniagaan dalam pasaran dan ke arah mana ingin
dituju.
7a - 2 Contoh: Butik Shan mendapat keuntungan dengan memberi perkhidmatan
menjahit dan menghias pakaian eksklusif wanita, mengikut corak fesyen
terkini untuk pakaian ke pejabat dan ke majlis formal. Sasaran pelanggan
butik ini adalah wanita yang berpendapatan sederhana dan tinggi dan isteri-
isteri orang-orang kenamaan dan lain-lain di sekitar kawasan Kuala Lumpur
dan Petaling Jaya.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 6
Keusahawanan 6 /21
7.2 Format Rancangan Perniagaan
Suatu Rancangan Perniagaan ditulis untuk sesuatu tujuan seperti yang
diterangkan dalam Unit 6. Perbezaan tujuan menulis Rancangan Perniagaan
mengakibatkan kepada kelainan dalam format satu Rancangan Perniagaan
daripada yang lain. Di antaranya, institusi kewangan mempunyai format
rancangan perniagaan mereka tersendiri. Namun demikian, isi kandungannya
tetap sama, cuma bezanya mungkin dari segi persembahannya.
Rancangan Perniagaan yang formal mengandungi perkara-perkara berikut:-
i. Isi kandungan
ii. Ringkasan Eksekutif atau Abstrak
iii. Pengenalan
iv. Tujuan
v. Latar belakang perniagaan
vi. Latar belakang pemilik
vii. Latar belakang projek
viii. Rancangan Organisasi
ix. Rancangan Pemasaran
x. Rancangan Pengeluaran atau Operasi
xi. Rancangan Kewangan
xii. Jadual Perlaksanaan Projek
xiii. Rumusan
xiv. Lampiran / Dokumen Sokongan
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 7
Keusahawanan 7 /21
7.2.1 Penerangan Kandungan Rancangan Perniagaan
i. Isi Kandungan
menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama muka surat.
ii. Ringkasan Eksekutif/ Abstrak
menonjolkan perkara-perkara penting dalam rancangan perniagaan.
ianya hendaklah dapat menimbulkan minat pembaca untuk meneliti
kandungan rancangan perniagaan yang telah disediakan.
iii. Pengenalan
menyatakan jenis perniagaan.
lokasi perniagaan
tarikh perniagaan dijalankan
latarbelakang dan corak industri perniagaan yang diceburi. (maklumat
perlu disokong dengan fakta-fakta yang sebenar dan realistik)
iv. Tujuan
Nyatakan dengan jelas tujuan penyediaan rancangan perniagaan.
Contohnya untuk memohon sejumlah pembiayaan modal atau tapak
perniagaan dari Bank Pembangunan Malaysia Bhd. dan sebagainya.
v. Latar Belakang Perniagaan
Memberikan maklumat-maklumat berikut:-
nama perniagaan
alamat perniagaan
alamat surat menyurat (jika berlainan)
nombor telefon
bentuk perniagaan
kegiatan utama
tarikh mula atau hendak memulakan perniagaan
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 8
Keusahawanan 8 /21
nombor pendaftaran perniagaan
modal permulaan
nama bank
nombor akaun bank
vi. Latar Belakang Pemilik
Maklumat-maklumat pemilik atau setiap pekongsi berikut hendaklah
dinyatakan:-
Nama penuh
Nombor kad pengenalan
Umur
Jantina
Alamat tetap
Nombor telefon
Taraf perkahwinan
Kursus yang pernah dihadiri
Kemahiran
Pengalaman
Pekerjaan sekarang
Perniagaan lain yang pernah diceburi (jika ada)
vii. Latar Belakang Projek
Nyatakan maklumat lanjut mengenai lokasi perniagaan seperti:-
Kedudukan fizikal projek
Bangunan (jenis struktur, keadaan, bentuk, saiz dan nilai bangunan)
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 9
Keusahawanan 9 /21
viii. Rancangan Organisasi/ Pentadbiran
Menyatakan misi dan objektif organisasi
Persembahkan struktur organisasi dalam bentuk carta organisasi.
Jadual Jawatan dan bilangan tenaga pekerja.
Contoh:
Bil. Jawatan Bil.Pekerja
1. Pengurus Besar 1
2. Kerani 3
3 Jurujual 10
Jadual Huraian Tugas.
Contoh:
Jawatan Tanggungjawab utama
Pengurus Kewangan 1. Menyediakan Belanjawan Tahunan
perniagaan.
2. Menyediakan Laporan Kewangan
perniagaan
3. Mengawal dan mengurus penggunaan
sumber perniagaan.
4. Menyelaras lejar personal di bahagian
kewangan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 10
Keusahawanan 10 /21
Jadual Imbuhan Balas Jasa pekerja.
Contoh:
Jawatan Bil Gaji
bulanan
KWSP PERKESO Jumlah
Pengurus
Besar
1 RM5000 RM650 RM100 RM5750
Pengurus
Kewangan
1 RM2500 RM325 RM50 RM2875
Jumlah RM8625
Senarai Perabot dan Keperluan Pejabat
Contoh:
Jenis Bil. Harga (RM)
Komputer 2 8000
Pencetak 2 1000
Mesin fotostat 1 5000
Jumlah 14000
Senarai Perbelanjaan Pentadbiran
Contoh:
Perkara Perbelanjaan
Harta
Perbelanjaan
Bulanan
Lain-lain
perbelanjaan
Gaji dan Imbuhan
Balas Jasa
RM8625
Perabot dan Keperluan
Pejabat
RM14000
Sewa RM2000
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 11
Keusahawanan 11 /21
ix. Rancangan Pemasaran
Penerangan produk /perkhidmatan yang ditawarkan dengan
mengaitkannya dengan kehendak dan keperluan pengguna.
Profil pelanggan iaitu kumpulan sasaran pelanggan.
Saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau Ringgit Malaysia atau
kedua-duanya sekali.
Pesaing-pesaing utama di kawasan pasaran. Senaraikan status
kekuatan serta kelemahan mereka dan nyatakan bahagian syer pasaran
yang dicadangkan dan pesaing-pesaing utama.
Ramalan jualan bulanan untuk tahun pertama perniagaan dan
ramalan jualan tahunan untuk tahun ke 2 dan ke 3. Nyatakan bentuk
jualan samada secara tunai, kredit atau kedua-duanya sekali.
Strategi pemasaran yang akan digunakan bagi mencapai jualan yang
diramalkan. Contoh strategi barangan, strategi harga, strategi promosi
dan stratgei edaran.
Butiran perbelanjaan pemasaran.
Contoh:
Perkara Perbelanjaan
Harta (RM)
Perbelanjaan
Bulanan (RM)
Lain-lain
Belanja (RM)
Kenderaan RMxxxx
Promosi RM xxxx
Insurans RM xxx
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 12
Keusahawanan 12 /21
x. Rancangan Pengeluaran/Operasi
Bahagian ini hanya perlu disediakan bagi perniagaan berbentuk pemprosesan
atau pengeluaran.
Proses pengeluaran dalam bentuk carta aliran proses
Unit pengeluaran atau jam operasi perniagaan dengan berpandukan
ramalan jualan dalam Rancangan Pemasaran.
Keperluan bahan bulanan dalam satu jadual.
Contoh :
Jenis Bahan Kuantiti
digunakan
Stok
simpanan
Harga seunit
(RM)
Jumlah belian
(RM)
Pasir 10000 tan 500 tan RM xxx RM xxxx
Nyatakan anggaran belian bulanan bahan untuk tahun pertama dan
anggaran belian tahunan bahan untuk tahun ke 2 dan ke 3.
Senarai jawatan dan jumlah tenaga pekerja operasi serta imbuhan
mereka.
Contoh:-
Jawatan Bil Gaji bulanan KWSP PERKESO Jumlah
Operator
pengeluaran
20 RM xxx RM xx RM xx RM xx
Senarai mesin dan peralatan dalam jadual seperti berikut:
Jenis Pembekal Harga seunit Bil. Jumlah harga
Mesin jahit Kedai Heong RM xx 3 RM xxx
Lakaran susun atur ruang operasi dan nyatakan faktor-faktor utama
yang diambil kira dalam merancang susun atur tersebut.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 13
Keusahawanan 13 /21
Pelan lokasi tempat aktiviti pengeluaran atau operasi.
Overhed operasi yang merangkumi kemudahan bekalan air, elektrik,
telefon dan lain-lain yang menjadi penggerak operasi.
Senarai semua butir perbelanjaan operasi dalam satu jadual.
Contoh:
Perkara Perbelanjaan
Harta
Perbelanjaan
Bulanan
Perbelanjaan lain
Mesin RM xxx
Gaji RM xxx
xi. Rancangan Kewangan
Bahagian ini adalah mustahak kerana ia mempunyai semua maklumat
kewangan yang terkandung dalam Bahagian Pentadbiran, Pemasaran dan
Operasi. Maklumat ini perlu untuk :
Menyediakan Kos Perlaksanaan Projek bagi mengetahui jumlah
keseluruhan kos yang akan terlibat dalam memulakan projek.
Merancang bagi mendapatkan sumber-sumber kewangan bagi
membiayai perlaksanaan projek tersebut. Dengan itu perlulah
disediakan Sumber Pembiayaan Projek.
Meramal dan mengetahui kedudukan kewangan perniagaan dengan
menyediakan Proforma Aliran Wang Tunai.
Meramal dan mengetahui untung/rugi perniagaan di akhir tempoh
perakaunan dengan menyediakan Proforma Untung Rugi.
Meramal dan mengetahui keseluruhan kedudukan kewangan pada
akhir tahun perakaunan dengan menyediakan Proforma Kunci Kira-
Kira.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 14
Keusahawanan 14 /21
Menyediakan Jadual Susutnilai Aset Tetap, Jadual Bayaran Balik
Pinjaman (jika ada) dan Jadual Bayaran Ansuran Sewa Beli (jika
ada).
xii. Jadual Perlaksanaan Projek
Jadual ini disediakan untuk menunjukkan peringkat-peringkat kejadian yang
akan berlaku terhadap perniagaan apabila perniagaan dilaksanakan. Pada
kebiasaannya ia menunjukkan kemajuan operasi daripada peringkat idea
kepada kenyataan. Jadual ini dipersembahkan dengan menggunakan carta
yang akan menunjukkan dengan jelas kesemua aktiviti-aktiviti yang akan
dibuat, bila aktiviti itu akan dilakukan dan bagaimana pula kaitan di antara
aktiviti-aktiviti.
xiii. Rumusan
Berikan kenyataan yang menyakinkan pihak-pihak tertentu mengapakah
projek ini perlu diteruskan atau pinjaman perlu diberi atau lesen perlu
diluluskan dan sebagainya.
xiv. Lampiran Dokumen Sokongan
Sekiranya ada, perlu disertakan dokumen-dokumen bagi menyokong sesuatu
kenyataan yang dinyatakan dalam badan utama Rancangan Perniagaan.
Contohnya seperti Memorandum dan Tatacara Persatuan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 15
Keusahawanan 15 /21
Aktiviti 7b
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
7b - 1 Nyatakan tujuan disediakan perkara berikut di dalam Rancangan
Perniagaan.
i. Ringkasan Eksekutif/Abstrak
……………………………………………………………………… ……………………………………………………………………… ……………………………………………………………………… ……………………………………………………………………… ………………………………………………………………………
ii. Jadual Perlaksanaan Projek
……………………………………………………………………… ……………………………………………………………………… ……………………………………………………………………… ………………………………………………………………………
iii. Proforma Untung Rugi Perniagaan
……………………………………………………………………… ……………………………………………………………………… ……………………………………………………………………… ………………………………………………………………………
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 16
Keusahawanan 16 /21
MAKLUM BALAS 7b
7b - 1
i. Ringkasan Eksekutif mengandungi perkara-perkara penting dalam
rancangan perniagaan. Ianya mestilah dapat menimbulkan minat pembaca
untuk meneliti kandungan Rancangan Perniagaan tersebut.
ii Jadual Perlaksanaan Projek disediakan untuk menunjukkan peringkat-
peringkat kejadian yang akan berlaku terhadap perniagaan apabila perniagaan
dilaksanakan.
iii. Proforma Untung Rugi Perniagaan disediakan untuk mengetahui
untung rugi perniagaan pada akhir tahun kewangan perniagaan tersebut.
Untung/Rugi akan diperolehi dengan membandingkan jumlah penerimaan
dengan jumlah perbelanjaan perniagaan itu.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 17
Keusahawanan 17 /21
Penilaian Kendiri
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam
penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas
yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang
dengan pensyarah anda.
SEMOGA BERJAYA.
Kajian kes
En.Adib bercadang untuk membuka perniagaan lukisan khat. Lokasi tapak projek
yang dicadangkan ialah di Jalan Puteri Hang Li Po, Melaka. Kawasan ini
mempunyai banyak kemudahan seperti pasaraya, bank, pejabat pos dan terletak
berhampiran dengan kawasan pelancongan.
Perniagaan ini akan diuruskan oleh En.Adib sendiri yang bertindak sebagai
Pengurus Besar syarikat sambil dibantu oleh isterinya, Puan Jasni yang bertindak
sebagai Pengurus Pentadbiran. Syarikat ini mempunyai bahagian pemasaran,
pentadbiran dan operasi.
Sebagai Pengurus Besar syarikat, ia akan menerima gaji permulaan sebanyak
RM1 500 sebulan. Isterinya pula menerima gaji sebanyak RM1 200 sebulan.
En.Adib perlu menyumbang 13% daripada gaji tetap tahunan sebagai KWSP.
Untuk membantu kerja-kerja perkeranian dan perakaunan, En.Adib bercadang
untuk mengambil seorang lulusan politeknik di dalam bidang perakaunan dengan
gaji permulaan sebanyak RM600 sebulan. Dianggarkan belanja bulanan telefon
untuk kegunaan pentadbiran perniagaan ialah RM200.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 18
Keusahawanan 18 /21
En.Adib akan memerlukan perabot dan peralatan pejabat dan anggaran kos belian
aset-aset tetap itu disenaraikan seperti berikut:
Butir-butir Unit Kos seunit (RM) Jumlah kos
o Meja berlaci
o Kerusi
o Mesin taip
o Almari fail
o Peti keselamatan
o Pendingin hawa
2
6
1
2
1
1
250
50
500
150
1000
1000
500
300
500
300
1000
1000
En.Adib akan membawa masuk komputer peribadinya yang bernilai RM4000.
SOALAN:-
i. Cadangkan satu carta organisasi yang sesuai untuk Adib Sdn.Bhd.
ii. Senaraikan perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain
perbelanjaan untuk bahagian pentadbiran.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 19
Keusahawanan 19 /21
MAKLUM BALAS
Adakah anda telah mencuba dahulu soalan penilaian kendiri?
Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.
Cadangan jawapan soalan:-
Pengurus Besar (En.Adib)
Bhg.Pentadbiran ( Pn.Jasni )
Bhg.Pemasaran (En.Adib)
Bhg. Operasi (En.Adib)
Kerani Pentadbiran
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 20
Keusahawanan 20 /21
ii. Jadual Perbelanjaan Bahagian Pentadbiran.
Butir-butir Perbelanjaan
Harta
Perbelanjaan
Bulanan
Lain-lain
Perbelanjaan.
Gaji - Pengurus Besar
- Pengurus Pentadbiran
- Kerani
KWSP (13%)
Telefon
Peralatan pejabat
Komputer
RM3600
RM4000
RM1500
RM1200
RM600
RM429
RM200
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 7 / 21
Keusahawanan 21 /21
TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari Unit 7. Sekarang anda boleh pergi ke unit 8
pula.
FAKTA PENTING :-
1. Penyataan misi memberi fokus kepada matlamat jangka panjang yang diinginkan.
2. Isi kandungan Rancangan Perniagaan terdiri
daripada isi kandungan, ringkasan eksekutif, pengenalan, tujuan, latar belakang perniagaan, latar belakang pemilik, latar belakang projek, rancangan organisasi, rancangan pemasaran, rancangan operasi, rancangan kewangan, jadual perlaksanaan projek, rumusan dan lampiran.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 8 / 1
Keusahawanan 1 /14
UNIT 8 : MILIKAN PERNIAGAAN: FAKTOR DAN TATACARA
8.1 Pengenalan
Setelah anda berjaya mengenalpasti dan memilih idea perniagaan yang sesuai
dilaksanakan, anda perlu pula membuat satu lagi keputusan penting iaitu
menentukan bagaimana perniagaan ini akan distruktur mengikut perundangan yang
sedia ada di Malaysia. Anda mestilah berfikir dengan mendalam dan membuat
perancangan rapi sebelum memilih jenis struktur dan milikan perniagaan yang
terbaik untuk perniagaan yang bakal dijalankan.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilikan Perniagaan
Sebelum memulakan sebarang perniagaan, perkara-perkara berikut perlu diteliti;
• Apakah jenis milikan perniagaan yang terdapat di Malaysia?
• Apakah implikasi setiap jenis milikan perniagaan?
• Apakah keperluan tatacara perundangan?
• Apakah pengaruh setiap jenis milikan?
• Mengapakah pemilihan jenis milikan perniagaan dianggap penting?
• Apakah bentuk milikan perniagaan yang terbaik?
Dalam memilih sesuatu milikan perniagaan, seorang usahawan atau bakal
usahawan perlu ingat bahawa tidak ada satu bentuk milikan perniagaan yang
“terbaik”. Apa yang dianggap “terbaik” bergantung kepada keperluan seseorang
pemilik atau bakal pemilik perniagaan yang berkenaan.
Persoalan-persoalan berikut boleh dijadikan panduan bagi menentukan bentuk
yang terbaik untuk perniagaan anda.
• Adakah anda merancang untuk memperkembangkan perniagaan di masa
had
• Berapakah keperluan modal untuk memulakan permiagaan dan untuk masa
hadapan?
• Setakat manakah anda berkehendakkan tahap kawalan dalam proses membuat
keputusan perniagaan anda kehendaki? Adakah anda sanggup berkongsi idea
dan potensi keuntungan perniagaan dengan orang lain yang boleh membantu
membangun dan menjayakan perniagaan?
• Apakah pertimbangan percukaian yang dianggap penting? Apakah sumber
pendapatan yang ada dan bagaimanakah ia dilindungi?
• Sekiranya perniagaan gagal, sejauh manakah anda sanggup bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap hutang-hutang yang ditinggalkan oleh perniagaan?
• Adakah penting perniagaan diteruskan sekiranya anda tidak berkemampuan
atau meninggal dunia?
• Siapakah yang akan mendapat manfaat tunggal atau yang paling besar
daripada hasil kejayaan perniagaan? Sanggupkah anda mengambil semua
risiko dan dengan itu mengaut semua keuntungan jika berjaya?
• Bolehkan anda mematuhi peraturan dan prosidur birokrasi berkaitan dengan
pemilikan perniagaan?
• Apakah reaksi anda terhadap peraturan kerajaan dan keperluan-keperluan
dokumentasi?
Jawapan anda kepada persoalan-persoalan di atas perlu dirujuk kepada tiga jenis
milikan perniagaan iaitu milikan tunggal, perkongsian dan syarikat sendirian
berhad. Anda hendaklah mengambil kira faktor-faktor kelebihan dan kekurangan
setiap jenis milikan perniagaan ini.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 8 / 2
Keusahawanan 2 /14
8.2 Jenis-jenis Milikan Perniagaan dan Ciri-cirinya.
8.2.1 Pengenalan
Rahmah seorang agen insurans ingin berhenti kerja dan menceburkan diri dalam
bidang perniagaan. Persoalan yang timbul padanya ialah apakah jenis perniagaan
yang wajar dia tubuhkan yang dapat menjanjikan pulangan yang lumayan. Tiada
siapa pun, termasuk usahawan
boleh memberitahu seseorang ( yang ingin menyertai bidang perniagaan ) jenis
perniagaan apakah yang patut disertainya. Seorang bapa yang berjaya sebagai
usahawan pun tidak boleh menyuruh anak-anaknya memilih bidang yang
disertainya kecuali anak itu benar-benar berminat atau terpaksa. Beberapa persoalan
perlu difikirkan oleh Rahmah sebelum dia memilih jenis perniagaan yang dia ingin
tubuhkan. Dia mesti mengetahui jenis milikan perniagaan yang ada serta kelebihan
dan kelemahan setiap jenis.
Milikan perniagaan di Malaysia dapat dikategorikan kepada 4 jenis
( Rajah 8.1 ) iaitu:-
i. perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
( Pindaan 1978 ) dan kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.
ii. perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965
iii. perniagaan yang ditubuhkan dibawah Akta Koperasi 1948
iv. perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dan Enakmen Kerajaan
Negeri.
Bagi tujuan ini, hanya perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 dan Akta Syarikat 1965 sahaja yang akan dibincangkan. Ini adalah
kerana kebanyakan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia adalah berbentuk
sedemikian.
8.2.2 Jenis perniagaan
Jenis perniagaan yang boleh ditubuhkan ialah :-
Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat Berhad iaitu Syarikat Sendirian Berhad
dan Syarikat Awam Berhad.
Rajah 8.1 : Milikan Perniagaan di Malaysia
Perkongsian
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978)
Dan
Kaedah-Kaedah Pendaftaran
Perniagaan 1957
Milikan tunggal I
Syarikat Berhad dengan Saham
Syari
Sya
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 8 / 3
Keusahawanan 3 /14
8.2.2.1 8.2.2.2 Milikan Tunggal
Seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 mentakrifkan perniagaan tunggal
sebagai sebuah perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari segi
kewangannya dan pengurusannya dikendalikan oleh seorang individu sahaja. Ia
lazimnya melibatkan perniagaan secara kecil-kecilan. Berikut adalah ciri-ciri
sebuah perniagaan tunggal :-
Bil. Ciri-ciri Huraian
1. Milikan Perniagaan tunggal dimiliki dan dikendalikan oleh seorang sahaja.
2. Penubuhan Perniagaan ini ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan
1956 (Pindaan 1978).
3. Pendaftaran Perniagaan ini paling mudah didaftarkan.
4. Modal Ia memerlukan modal yang kecil.
5. Agihan Keuntungan dan kerugian Pemilik akan memiliki dan menanggung semua keuntu
kerugian yang diperolehi dari perniagaannya.
6. Hayat perniagaan Hayat perniagaan ini tidak terjamin. Pembubaran akan be
berlaku bencana ke atas pemilik.
Contoh milikan tunggal adalah seperti perniagaan tukang jahit, salon kecantikan, kedai runcit
dan kedai dobi.
Kelebihan Perniagaan Tunggal
1. Perniagaan bentuk ini mudah diuruskan kerana semua keputusan boleh
dibuat dengan cepat oleh pemilik. Dia tidak perlu berunding dengan
pihak lain.
2. Proses penubuhan dan pembubarannya adalah mudah.
3. Keuntungan perniagaan akan menjadi hak pemilik secara
keseluruhannya.
4. Perniagaan ini tidak tertakluk kepada peraturan dan perundangan
kerajaan. Sebagai contoh penyata kewangan perniagaan yang dihantar
kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak perlu diaudit dan diterbitkan
dalam akhbar.
Kekurangan Perniagaan Tunggal
IIAkta Syarikat 1965
IIIAkta Koperasi 1948
Syarikat Berhad dengan Jaminan
Syarikat Tidak Berhad
Syarikat Asing
IVAkta Parlimen atau Enakmen
Kerajaan Negeri
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 8 / 4
Keusahawanan 4 /14
1. Modal perniagaan adalah terhad iaitu setakat yang termampu oleh
pemilik perniagaan.
2. Tanggungan perniagaan tidak terhad kepada modal yang telah
dilaburkan dalam perniagaan. Harta peribadi boleh diguna untuk
membayar balik tanggungan yang ada.
3. Perkembangan perniagaan terhad kepada keupayaan pemilik.
4. Hayat perniagaan bergantung kepada usia dan kecekapan pemilik.
8.2.2.3 Perniagaan Perkongsian.
Menurut seksyen 3, Akta Perkongsian, mentakrifkan perkongsian sebagai
perhubungan yang wujud di antara orang-orang yang menjalankan perniagaan
bersama bagi mendapatkan keuntungan.
Bil. Ciri-ciri Huraian
1.
Milikan
Perniagaan ini dimiliki oleh lebih daripada seorang dan tidak melebihi
20 orang. Walau bagaimanapun bagi perniagaan berbentuk
profesional seperti khidmat guaman, akauntan dan arkitek,
keahliannya boleh meningkat sehingga 50 orang.
2.
Penubuhan
Ianya mestilah didaftarkan menurut Akta Pendaftaran Perniagaan
1956. Penubuhan perniagaan ini mesti mematuhi perkara-perkara
yang tertakluk di bawah Akta Perkongsian 1961. Selain dar
untuk mengelak daripada berlakunya sebarang kekelir
perselisihan faham, antara rakan kongsi adalah baik jika
Surat Ikatan Perkongsian atau Kontrak Perjanjian.
3.
Pendaftaran
Penubuhan perniagaan adalah mudah dan ringkas.
4.
Modal
Rakan kongsi menjalankan perniagaan bersama dan berkong
Jumlah sumbangan modal oleh rakan kongsi ditentukan berd
perbincangan antara mereka.
5
Agihan Keuntungan dan Kerugian
Perniagaan.
Berdasarkan kepada Akta Perkongsian 1961, semua keuntu
kerugian yang diperolehi oleh mereka mesti dibahagikan se
rata diantara rakan kongsi. Selain daripada itu, nisbahn
ditentukan melalui persetujuan antara rakan kongsi.
6
Hayat perniagaan
Hayat perniagaan ini tidak terjamin. Ianya boleh dibubarkan
seorang rakan kongsi meninggal dunia, bersara, ata
mahkamah atau tamat sesuatu kontrak.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 8 / 5
Keusahawanan 5 /14
Kelebihan Perniagaan Perkongsian
1. Mudah ditubuhkan.
2. Lebih mudah mendapat pembiayaan kredit.
3. Sumber modal lebih banyak daripada milikan tunggal.
4. Risiko perniagaan disebarkan.
5. Beban cukai pendapatan adalah rendah.
6. Pembahagian kerja dan pengkhususan diwujudkan.
7. Liabiliti terhad bagi pekongsi berhad. ( mengikut jumlah modal rakan
kongsi)
Kekurangan Perniagaan Perkongsian
1. Tindakan seseorang pekongsi boleh melibatkan semua pekongsi.
2. Modal masih terhad.
3. Kewujudan pekongsian tidak kekal.
4. Liabiliti adalah tidak terhad.
5. Mudah berlakunya perselisihan antara rakan kongsi.
6. Mudah berlaku salah guna kuasa.
8.2.2.3 Syarikat Berhad
Syarikat Berhad yang dibincangkan di sini ialah Syarikat Berhad menurut saham.
Ianya terdiri daripada dua jenis iaitu Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam
Berhad.
Syarikat Sendirian Berhad
Bil. Ciri-ciri Huraian
1.
Milikan
Syarikat ini boleh dibentuk oleh 2 orang dan maksimum se
orang sahaja.
2.
Penubuhan
Penubuhan perniagaan ini mesti mematuhi perkara-perk
tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965. Syarikat mesti men
perkataan “Sdn.Bhd” atau “Sendirian Berhad” di pe
namanya.
3.
Pendaftaran
Penubuhan perniagaan adalah lebih sukar jika dibandingka
perniagaan lain. Prosedur penubuhan mestilah mematuhi
perkara yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965. Ia m
nama asing di atas namanya sendiri.
4.
Modal
Modal yang terkumpul bagi Syarikat Sdn.Bhd adalah lebih
dibandingkan dengan jenis perniagaan lain. Modal dikumpul
pernerbitan saham. Syarikat dilarang membuat pelawaa
orang ramai untuk mohon beli sebarang saham.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 8 / 6
Keusahawanan 6 /14
Bil. Ciri-ciri Huraian
5
Agihan keuntungan dan kerugian
Segala keuntungan syarikat adalah hak milik syarikat. Pemegang
saham akan memperolehi agihan keuntungan syarikat menerusi
pembayaran dividen
6.
Hayat perniagaan
Jangkahayat perniagaan ini lebih terjamin. Ianya tidak bergantung
kepada ahli-ahli di mana perniagaan akan tetap wujud walaupun
berlaku perubahan ataupun kematian ahli.
Kelebihan Syarikat Sendirian Berhad
1. Mudah mendapatkan sumber kewangan melalui pertukaran hakmilik
saham atau dari institusi kewangan.
2. Semua pemegang saham dilindungi undang-undang.
3. Pemegang saham tidak dibebankan dengan pengurusan perniagaan.
Tanggungan ahli-ahli syarikat adalah terhad kepada modal syarikat yang
disumbangkan.
4. Jangkahayat perniagaan tidak bergantung kepada usia ahli-ahlinya.
5. Mempunyai potensi yang lebih luas untuk berkembang.
6. Syarikat boleh mendakwa dan didakwa atas namanya kerana ianya
merupakan entiti yang berasingan.
Kekurangan Syarikat Sendirian Berhad
1. Saham syarikat tidak boleh dijualbeli di pasaran saham.
2. Syarikat tertakluk kepada cukai perniagaan syarikat.
3. Penyata Kewangan syarikat perlu diaudit oleh juruaudit bertauliah yang
dilantik dan dokumen-dokumen mestilah lengkap dan dikemaskinikan.
4. Orang ramai boleh mengetahui hal ehwal kewangan syarikat.
5. Kos penubuhan yang tinggi.
6. Syarikat ini perlu mematuhi semua peruntukan dalam Akta Syarikat
1965.
Syarikat Awam Berhad
Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat
Sendirian Berhad. Perbezaannya ialah dari segi pemilikan perniagaan. Tidak ada
hadnya bagi mereka yang ingin menjadi ahli atau pemegang saham bagi syarikat
jenis ini. Menurut peruntukan undang-undang, dihujung setiap nama Syarikat
Awam Berhad mesti ditulis nama “Berhad”. Pemegang saham bebas menjual dan
membeli saham di pasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari sesiapa.
Perkara-perkara lain seperti penubuhan, pendaftaran syarikat, agihan keuntungan
dan jangkahayat perniagaan adalah sama seperti Syarikat Sendirian Berhad.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 8 / 7
Keusahawanan 7 /14
Kelebihan Syarikat Awam Berhad.
1. Mudah mengumpul modal yang banyak menerusi penerbitan saham
kepada orang ramai.
2. Kewujudan perniagaan adalah lebih kekal.
3. Saham-saham syarikat mudah dipindah milik.
4. Aktiviti perniagaan boleh dijalankan secara besar-besaran. (ekonomi
bidangan)
5. Liabiliti yang ditanggung oleh ahli adalah terhad.
Kekurangan Syarikat Awam Berhad
1. Penubuhan syarikat awam berhad adalah lebih rumit dan mahal.
2. Pengurusan perniagaannya adalah lebih rumit. Ini adalah kerana ianya
dikawal ketat oleh undang-undang.
3. Milikan dan pengurusan adalah terpisah.
4. Hal ehwal syarikat terdedah kepadapengetahuan umum.
5. Menanggung cukai yang tinggi.
Aktiviti 8b
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
8b-1 Sesuaikan penyataan di bawah :-
8b- 2 Nyatakan samada penyataan di bawah adalah Benar (B) atau Salah (S).
a. …………. Bagi perkongsian bank, broker saham atau
institusi
kewangan bilangan pekongsi tidak boleh melebihi 10 orang.
b. …………. Dalam Syarikat Sendirian Berhad, setiap pemegang
saham menanggung liabiliti yang terhad setakat jumlah modal
yang dilaburkannya sahaja.
c. …………. Pemilik perniagaan tunggal perlu mengurus dan
membuat keputusan bersendirian.
Penyataan Jenis Perniagaan
a. Tertakluk kepada Akta Syarikat Perniagaan Tung b. Modal terhad Perkongsian
c. Ahli 2 hingga 20 orang Syarikat Sendiria
Berhad. d. Dimiliki oleh orang persendirian. Syarikat Awam
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 8 / 8
Keusahawanan 8 /14
d. …………. Setiap pemegang saham Syarikat Awam Berhad
mempunyai liabiliti yang tidak terhad.
MAKLUM BALAS 8b
8b- 1
8b – 2 Nyatakan samada pernyataan di bawah adalah Benar (B) atau Salah (S).
a. …S………. Bagi perkongsian bank, broker saham atau institusi kewangan,
bilangan pekoingsi tidak boleh melebihi 10 orang.
b. …B………. Dalam Syarikat Sendirian Berhad, setiap pemegang saham
menanggung liabiliti yang terhad setakat jumlah modal yang
dilaburkannya sahaja.
c. ……B……. Pemilik perniagaan tunggal perlu mengurus dan membuat
keputusan bersendirian.
d. ……S……. Setiap pemegang saham Syarikat Awam Berhad mempunyai
liabiliti yang tidak terhad.
8.3 Prosedur Pendaftaran Perniagaan
Terdapat prosedur-prosedur tertentu untuk mendaftar perniagaan-perniagaan di
Malaysia.
8.3.1 Pendaftaran Milikan Tunggal dan Perkongsian
Pertama: Pemohon mengisi dan mengemukakan Borang ‘A’(P.NA 1)
Borang Carian Nama Perniagaan
Borang ini dikemukakan sebagai permohonan meluluskan nama dan
jenis perniagaan yang dikemukakan.
Pemohon hendaklah memilih nama perniagaan yang sesuai
Nama yang dipilih perlulah seratus peratus dalam Bahasa Melayu atau
Inggeris dan memenuhi keperluan Pendaftar Perniagaan
Larangan dikenakan ke atas penggunaan nama-nama yang
menggunakan perkataan “Kebangsaan”, “ASEAN”, “DiRaja” dan
sebagainya. Contoh nama perniagaan tunggal: Restoran
Halimah, Perabot Zamani Enterprise atau Kedai Gambar Setia
Contoh nama perniagaan Perkongsian: Tan dan Rakan-Rakan
INPUT
Pernyataan Jenis Perniagaan
a. Tertakluk kepada Akta Syarikat Perniagaan Tunggal b. Saham tidak mudah dijualbeli. Perkongsian
c. Ahli 2 hingga 20 orang Syarikat Sendirian Berhad. d. Dimiliki oleh orang persendirian. Syarikat Awam Berhad.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 8 / 9
Keusahawanan 9 /14
Kedua: Pemohon mengisi dan mengemukakan Borang P.NA 1A
Untuk Mendaftarkan Perniagaan
Pemohon hendaklah mengemukakan maklumat-maklumat dan
butir-butir peribadi
Untuk perniagaan perkongsian, maklumat semua rakan kongsi
perlu diisi.
Ketiga: Untuk mendapatkan Sijil Akuan Pendaftaran -Borang D
Kebiasaannya, sijil akuan pendaftaran dikeluarkan dalam masa tujuh hari
selepas Borang A dihantar. Sijil ini perlu dipamer di alamat perniagaan.
Kegagalan berbuat demikian membolehkan pemilik perniagaan didenda.
Permohonan perlu dibuat untuk memperbaharui sijil ini setiap tahun dengan
menggunakan Borang D.
Perubahan maklumat dalam perniagaan – Borang B (P.NA 2)
Bagi pemilik yang ingin mengubah sebarang maklumat dalam Borang A seperti
nama, alamat dan jenis perniagaan, ia hendaklah mengisi Borang B (P.NA 2) dan
memaklumkan dalam tempoh tujuh hari ianya berlaku.
8.3.2 Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad
Pertama: Membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran mengguna nama
perniagaan yang dicadangkan – Borang 13A
Permohonan perlu dibuat untuk mencadangkan nama syarikat dengan menggunakan
Borang 13A dalam dua salinan kepada Pendaftar Syarikat.
Nama yang dicadangkan mestilah seratus peratus dalam Bahasa Melayu atau
Inggeris dan tidak melebihi 50 huruf termasuk perkataan ‘Sendirian Berhad’.
Kedua: Menyediakan dokumen-dokumen penubuhan berikut sebaik sahaja nama
syarikat diluluskan oleh Pendaftar Syarikat- dokumen ini hendaklah
dikemukakan dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh kelulusan nama.
1. Tataujud Syarikat - Dokumen yang memaklumkan berkenaan
aktiviti syarikat serta kuasa dan batasannya.
2. Tataurusan Syarikat- Dokumen yang menggariskan polisi pengurusan
dalaman serta hak dan tanggungjawab Lembaga
Pengarah
3. Borang 6 - Perakuan Berkanun pematuhan segala peraturan
4. Borang 24 - Borang pecahan saham yang diperuntukkan
5. Borang 44 - Pemberitahuan alamat pejabat yang didaftarkan
6. Borang 48A - Perakuan Berkanun sebelum perlantikan menjadi
seorang pengarah atau penaja.
7. Borang 49 - Penyata butir-butir Pengarah, Pengurus dan
Setiausaha Syarikat
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 8 / 10
Keusahawanan 10 /14
8. Borang 9 - Sijil Akaun Perbadanan
Pemohon hendaklah membuat bayaran pendaftaran- jumlah bayaran ini
bergantung kepada Modal Saham yang dibenarkan
Aktiviti 8c
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
8c-1 Jelaskan prosedur untuk mendaftar perniagaan milikan tunggal
…………………………………………………………….. …………………………………………………………….. …………………………………………………………….. …………………………………………………………….. …………………………………………………………….. …………………………………………………………….. ……………………………………………………………..
8c-2 Sila nyatakan keperluan borang berikut :-
i. Borang P.N.A 1: ………………………………… ………………………………… …………………………………
ii.Borang D …………………………………
………………………………… …………………………………
iii.Borang 13A ………………………………… ………………………………… ………………………………
8c – 3 Bilakah Sijil Pendaftaran perniagaan milikan tunggal perlu
diperbaharui?
………………………………………………………………….
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 8 / 11
Keusahawanan 11 /14
MAKLUM BALAS 8c
8c-1 Prosedur mendaftar perniagaan milikan tunggal:-
Langkah I : Mengisi dan mengemukakan Borang ‘A’(P.NA 1)
Borang Carian Nama Perniagaan.
Langkah II : Mengisi dan mengemukakan Borang P.NA 1A
Mendaftarkan Perniagaan .
Langkah III: Mendapatkan Sijil Akuan Pendaftaran -Borang D
Langkah IV : Pendaftaran perubahan-perubahan maklumat dalam
perniagaan – Borang B (P.NA 2)
8c-2 i. Borang P.N.A 1: Borang carian nama perniagaan.
ii.Borang D : Borang untuk mendapat Sijil Akuan Perdaftaran.
iii.Borang 13A : Borang untuk mendapatkan kebenaran mengguna nama
perniagaan yang dicadangkan.
8c.3 setahun sekali.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 8 / 12
Keusahawanan 12 /14
PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam
penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas
yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang
dengan pensyarah anda.
SEMOGA BERJAYA.
Soalan :
En.Tajuddin bercadang untuk memulakan perusahaan memproses makanan untuk
ternakan ayam. Ia telah menyimpan sebahagian daripada pendapatan bulanannya
sebagai Eksekutif Pemasaran sejak beberapa tahun yang lalu. Dengan bantuan rakan
karibnya En. Hassan, seorang pegawai di Kementerian Pembangunan Usahawan,
En.Tajuddin mendapati perusahaan yang ingin diceburi ini memerlukan modal
permulaan sebanyak RM200 000. Jumlah ini lebih tinggi daripada wang
simpanannya. Ia memerlukan sekurang-kurangnya RM120 000. En.Tajuddin yang
arif tentang industri makanan ayam ini mempunyai perancangan untuk meluaskan
pasaran makanan ke seluruh negara. Walau bagaimanapun, sekiranya perniagaan ini
menghadapi kegagalan, En.Tajuddin tidak sanggup untuk menanggung keseluruhan
hutang perniagaan ini.
En.Tajuddin telah meminta nasihat rakan karibnya untuk mencadangkan jenis
milikan perniagaan yang sesuai dipilih.
Soalan:
1. Cadangkan jenis milikan perniagaan yang sesuai kepada En.Tajuddin.
Beri alasan anda.
2. Apakah kelebihan dan kekurangan menubuhkan perniagaan jenis
perkongsian untuk perniagaan En.Tajuddin.
3. Sekiranya En.Tajuddin membuat keputusan untuk menubuhkan Syarikat
Sendirian Berhad dalam perusahaan ini, jelaskan tatacara untuk
pendaftaran syarikat ini.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 8 / 13
Keusahawanan 13 /14
MAKLUM BALAS
Adakah anda telah mencuba dahulu soalan penilaian kendiri?
Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.
1. En.Tajuddin boleh menubuhkan perniagaan berbentuk Syarikat Sendirian Berhad.
Alasan:-
a. Membantu mengumpul modal perniagaan melalui pelaburan saham.
Modal ini dapat ditambahkan dari masa ke semasa.
b. Liabiliti perniagaan tidak perlu ditanggung sepenuhnya oleh pemegang
saham.
c. Dapat menarik minat pekerja atau kakitangan yang berkemahiran kerana
hayat perusahaan ini lebih terjamin.
2. Kelebihan penubuhan perniagaan perkongsian:-
a. Asas sumber modal lebih banyak daripada milikan tunggal.
b. Tugas dan tanggungjawab mengurus perniagaan dapat dikongsi dengan
rakan kongsi.
c. Dapat gabung kepakaran, idea dan kemahiran pekongsi.
d. Lebih murah untuk didaftarkan.
Kekurangan penubuhan perniagaan perkongsian:-
a. Liabiliti perniagaan tidak terhad.
b. Hayat perniagaan bergantung kepada semangat kerjasama di antara
pekongsi.
c. Boleh berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa.
d. Kurang keyakinan pekerja berkualiti dalam perusahaan ini.
3. Tatacara untuk mendaftar Syarikat Sdn.Bhd. :-
a. Membuat permohonan bagi mendapat kebenaran mengguna nama yang
dicadang dengan menggunakan Borang 13A.
b. Menyedia dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pendaftaran
syarikat.
Tataujud Syarikat - 2 salinan
Tataurusan Syarikat - 2 salinan
Surat Akuan Berkanun mengenai pematuhan segala peraturan
(Borang 6) – 2 salinan
Borang pecahan saham yang diperuntukkan ( Borang 24 ) – 2
salinan.
Pemberitahuan alamat pejabat yang didaftarkan (Borang 44)
Akaun Berkanun sebelum perlantikan menjadi Pengasas atau
Pengarah (Borang 48A)
Penyata butir-butir Pengarah, Pengurus dan Setiausaha
Syarikat (Borang 49)
Bayaran pendaftaran
Sijil Akaun Perbadanan (Borang 9)
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 8 / 14
Keusahawanan 14 /14
TAHNIAH !
Anda telah tamat mempelajari Unit 8. Sekarang anda boleh pergi ke unit 9 pula
FAKTA PENTING :-
1. Tidak ada satu bentuk milikan perniagaan yang terbaik. Ianya bergantung kepada keperluan seorang pemilik atau bakal pemilik.
2. Jenis milikan perniagaan di Malaysia tertakluk kepada Peruntukan Akta-Akta.
3. Pendaftaran perniagaan perlu mengikuti prosedur yang telah ditetapkan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 9 / 1
Keusahawanan 1 / 14
UNIT 9 : MILIKAN PERNIAGAAN : ALTERNATIF
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar membuat pemilihan milikan
perniagaan yang sesuai.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :
Mengenalpasti alternatif memulakan perniagaan.
Menubuhkan perniagaan baru. Membeli perniagaan yang sudah wujud. Menjalankan perniagaan francais.
Menentukan kelebihan dan kekurangan setiap alternatif.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 9 / 2
Keusahawanan 2 / 14
9.0 Pengenalan Ahmad adalah seorang jurutera yang ingin menceburkan diri dalam dunia keusahawanan. Persoalan yang timbul ialah bagaimanakah dia boleh memulakan perniagaannya. Adakah dia mesti memulakan perniagaan semuanya dari awal atau membeli perniagaan yang sudah wujud atau secara francais. Semua persoalan ini mesti difikirkan dengan teliti kerana setiap tindakan yang hendak diambil perlu diberi pertimbangan sebelum membuat keputusan. 9.1 Alternatif Memulakan Perniagaan Seseorang yang ingin menceburkan diri dalam dunia keusahawanan boleh memilih sama ada :-
i. Menubuhkan perniagaan yang baru ii. Membeli perniagaan yang sudah wujud. iii. Menjalankan perniagaan francais.
9.2 Menubuhkan perniagaan yang baru. Seseorang boleh memulakan perniagaannya sendiri dengan mengenalpasti peluang perniagaan yang terdapat disekelilingnya. Untuk memulakan perniagaan sendiri, seseorang itu harus mempunyai minat, kebolehan, modal, pengalaman dan pengetahuan. Ini adalah penting kerana dia akan membuat semua tugas sendiri. Semua perkara bermula dari mencari modal, lokasi, pelanggan, pembekal, bangunan, barangan dan lain-lain lagi perlulah dilakukan oleh usahawan tersebut. 9.2.1 Kebaikan menubuhkan perniagaan yang baru.
a. Bebas membuat keputusan sendiri iaitu dari segi memilih lokasi, jenis produk atau perkhidmatan yang akan dipasarkan, mengupah pekerja, memilih pembekal dan lain-lain lagi.
b. Mempunyai peluang untuk membuat pilihan kemudahan fizikal iaitu sama ada mencari dan memilih kemudahan fizikal yang memenuhi cita rasa atau membina bangunan sendiri.
c. Mempunyai kebebasan untuk memilih lokasi yang strategik untuk memulakan perniagaan.
d. Mempunyai peluang untuk membangunkan imej perniagaan kerana dapat mengetahui perasaan dan citarasa pelanggan apabila berurusniaga secara bersemuka dengan mereka.
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 9 / 3
Keusahawanan 3 / 14
9.2.2 Kelemahan menubuhkan perniagaan yang baru. a. Usahawan perlu berusaha lebih untuk mencari dan menarik pelanggan untuk
berurusniaga dengan mereka. b. Suatu usaha yang mengambil masa yang lama. Ini adalah kerana banyak
aktiviti dan perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan dari peringkat awal seperti mencari lokasi yang strategik, memasang mesin, mencari pembekal, mengupah dan melatih pekerja dan sebagainya .
c. Perniagaan baru tidak mempunyai sebarang rekod perniagaan. Usahawan hanya boleh membuat andaian mengenai jualan, perbelanjaan dan keuntungan.
9.3 Membeli perniagaan yang sudah wujud Cara lain bagi seseorang yang hendak menceburkan diri dalam perniagaan adalah dengan membeli perniagaan yang sudah wujud. Dengan kata lain, pengambilalihan perniagaan boleh dilakukan. Pengambilalihan adalah cara yang paling mudah dan ringkas untuk memulakan perniagaan. Ini adalah kerana perniagaan itu sudah mempunyai rangkaian pelanggan, struktur pentadbiran dan jaringan pembekal. Dengan cara ini, perniagaan boleh dimulakan dengan lebih cepat, mudah dan murah. Pengambilalihan boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu dengan membeli perniagaan yang sudah wujud dan mewarisi perniagaan keluarga. Pada peringkat awal, mengambil alih perniagaan yang sedia ada dapat mengelakkan banyak rintangan yang dihadapi oleh usahawan baru. Namun demikian, risikonya tetap wujud.
9.3.1 Kebaikan membeli perniagaan yang sudah wujud.
a. Perniagaan ini mempunyai pelanggan yang sedia ada iaitu yang sudah biasa membeli produk atau perkhidmatan dari perniagaan tersebut.
b. Perniagaan mempunyai rekod yang terbukti menunjukkan jumlah jualan, perbelanjaan dan keuntungan dari rekod perniagaan yang lepas.
c. Perhubungan sudah diwujudkan antara pihak bank dan pembekal. Ini dapat menjimatkan masa usahawan.
d. Usahawan tidak perlu melatih pekerja kerana perniagaan tersebut mempunyai pekerja yang terlatih mengenai produk, perkhidmatan dan pelanggan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 9 / 4
Keusahawanan 4 / 14
9.3.2 Kelemahan membeli perniagaan yang sudah wujud a. Perniagaan yang diambil alih mungkin mempunyai reputasi yang buruk di
kalangan pelanggan dan pembekal. Oleh kerana itu, usahawan yang baru perlu berusaha keras untuk menaikkan nama dan reputasi perniagaan tersebut.
b. Usahawan yang mengambilalih perniagaan yang sedia ada mungkin terpaksa mengubahsuaikan bangunan, membaiki atau menggantikan peralatan. Pemeriksaan kemudahan fizikal perniagaan perlu dilakukan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 9 / 5
Keusahawanan 5 / 14
AKTIVITI 9a.
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
9a – 1 Nyatakan 3 cara bagaimana seseorang boleh menceburkan diri dalam dunia keusahawanan.
i. ………………………………………………………………….
ii. ………………………………………………………………….
iii. ………………………………………………………………….
9a – 2 Huraikan perbezaannya antara menubuhkan perniagaan yang baru dengan
membeli perniagaan yang sudah wujud.
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 9 / 6
Keusahawanan 6 / 14
MAKLUM BALAS 9a
9a – 1 3 cara bagaimana seseorang boleh menceburkan diri dalam dunia
keusahawanan.
i. menubuhkan perniagaan baru
ii. membeli perniagaan yang sudah wujud.
iii. Menjalankan perniagaan francais.
9a – 2 Perbezaannya antara menubuhkan perniagaan yang baru dengan membeli
perniagaan yang sudah wujud.
Kelebihan menubuhkan perniagaan baru :-
i. Bebas membuat keputusan sendiri. ii. Mempunyai peluang untuk membuat pilihan kemudahan fizikal.
iii. Mempunyai kebebasan untuk memilih lokasi yang strategik untuk memulakan perniagaan.
iv. Mempunyai peluang untuk membangunkan imej perniagaan
Kelemahan membeli perniagaan yang sudah wujud:-
i. Perniagaan yang diambil alih mungkin mempunyai reputasi yang buruk di kalangan pelanggan dan pembekal.
ii. Usahawan yang mengambilalih perniagaan yang sedia ada mungkin terpaksa mengubahsuaikan bangunan, membaiki atau menggantikan peralatan. Pemeriksaan kemudahan fizikal perniagaan perlu dilakukan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 9 / 7
Keusahawanan 7 / 14
9.4 Menjalankan perniagaan francais Berdasarkan kepada Undang-Undang Tubuh bagi Persatuan Francais Malaysia (Akta penubuhan 1966 ), mendefinisikan francais sebagai suatu perniagaan pengedaran secara bersistem yang menggunakan jenama yang sama dan dengan kaedah pengurusan yang seragam dan tersusun berlandaskan satu format perniagaan. Fry ( 1993 ) pula menyatakan francais sebagai satu sistem perniagaan yang memberi hak kepada individu atau pengedar setempat untuk memasarkan perkhidmatan atau produk. Semua syarikat francais di Malaysia mesti mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Akta Francais 1998. Terdapat dua pihak yang terlibat dalam perniagaan francais iaitu francaisor dan francaisi. Francaisor ialah pemberi francais yang memiliki dan mengeluarkan sesuatu produk. Manakala francaisi ialah penerima francaisor yang menjual produk berlandaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh francaisor. Definisi di atas menjelaskan bahawa perniagaan francais melibatkan dua pihak yang diikat dengan kontrak yang telah dipersetujui bersama. Satu perjanjian mengenai syarat francais akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Sistem operasi serta segala hal berkaitan penubuhan dan pengurusan perniagaan akan diberikan oleh francaisor kepada francaisi.. Francaisor akan memberi kebenaran atau hak kepada francaisi yang secara relatifnya bersaiz lebih kecil bagi menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang telah ditentukan dalam satu jangka masa dan tempat tertentu untuk proses mengedarkan barang atau perkhidmatan yang sedia wujud. Daripada urusniaga ini, francaisor akan menerima royalti daripada francaisi Terdapat dua bentuk struktur perniagaan francais iaitu :-
i. Francais yang dibawa masuk dari luar negara.
Merujuk kepada rajah 9.1, struktur ini membabitkan perniagaan milik asing yang melibatkan tiga pihak iaitu pengeluar francais, pemegang francais ( bagi sesuatu negara ) dan penerima francais. Bantuan dalam penyediaan produk akan diberi oleh pengeluar francais kepada pemegang francais yang dilantik di Malaysia. Kemudian, ia akan melantik pula wakil yang dikenali sebagai penerima francais untuk membuka cawangan francais ini. Contoh perniagaan francais dari luar negara ialah McDonald, Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken dan lain-lain lagi.
INPUT
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 9 / 8
Keusahawanan 8 / 14
Rajah 9.1 : Struktur francais luar negara
Pemilik francais ( luar negara )
Francaisor ( dalam negara ) Francaisi Francaisi Francaisi
ii. Francais tempatan.
Rajah 9.2 : Strktur francais tempatan
Francaisor ( tempatan ) Francaisi Francaisi Francaisi
Francais tempatan ( rajah 9.2 ) ini hanya melibatkan dua pihak sahaja iaitu pemegang francais dan penerima francaisor. Contoh perniagaan milik tempatan ialah Pusat Servis EON, Habib Jewels, Merry Brown dan Kedai Buku Popular. Secara kesimpulannya pelbagai peluang telah disediakan oleh perniagaan francais kepada usahawan yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Perniagaan ini lebih mudah dibentuk dan dijalankan kerana penggunaan teknik pemasaran, imej, populariti, pengetahuan dan reputasi yang telah stabil dan teruji oleh francaisor. Ia merupakan salah satu cara bagi francaisor mengembangkan perniagaan yang mana tidak mungkin ia mampu untuk melakukannya sendiri kerana terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Manakala bagi pihak francaisi, ia akan mendapat hak untuk menjual produk syarikat francaisor atau mengeluarkan produk dengan menggunakan tanda dagang atau paten yang telah dicipta, diperkenal dan dibangunkan oleh francaisor.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 9 / 9
Keusahawanan 9 / 14
9.4.1 Kebaikan menjalankan perniagaan francais
a. Latihan pengurusan disediakan oleh francaisor dan ini membantu mengatasi masalah kekurangan pengalaman pihak francaisi.
b. Bantuan kewangan dan panduan untuk memperolehi pinjaman daripada bank boleh didapati dari francaisor.
c. Francaisor akan sentiasa memberi bantuan walaupun perniagaan telah diwujudkan.
d. Francaisi tidak perlu berusaha lebih untuk mendirikan reputasinya kerana pelanggan telahpun biasa dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
9.4.2 Kelemahan menjalankan perniagaan francais a. Sebarang tindakan yang dibuat oleh francaisi akan menjejaskan nama baik
francais. b. Francaisi mempunyai kawalan terhad dalam perniagaannya. Beberapa
keputusan tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan awal daripada francaisor. Contohnya masa dan hari perniagaan serta produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Berdasarkan pada rekod yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menunjukkan sehingga tahun 2000, terdapat 82 jenis perniagaan francais dan 604 francaisi di negara ini. Daripada keseluruhan produk francais yang diniagakan, 53% daripadanya terdiri daripada produk tempatan dan 47% pula merupakan produk luarnegeri. Semua syarikat francais di Malaysia tertakluk kepada Akta Francais 1998 yang telah dikuatkuasakan mulai 8 Oktober 2000. Untuk mendapat maklumat tambahan mengenai francais, anda boleh melayari laman web seperti www.kpun.gov.my dan www.mara.gov.my
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 9 / 10
Keusahawanan 10 / 14
AKTIVITI 9b.
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
9b - 1 Apakah yang dimaksudkan dengan perjanjian francais.
………………………………………………………………….
………………………………………………………………….
………………………………………………………………….
………………………………………………………………….
………………………………………………………………….
………………………………………………………………….
9b - 2 Huraikan perbezaannya antara francais yang dibawa masuk dari luarnegara
dengan francais tempatan.
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 9 / 11
Keusahawanan 11 / 14
MAKLUM BALAS 9b
9b – 1 Perjanjian francais ialah perjanjian antara pemilik francais dengan penerima
francais. Francaisi akan dibenarkan untuk menjual barang-barang francais
dengan sokongan francaisor dengan syarat-syarat tertentu. Francaisi perlu
membayar royalti kepada francaisor. Latihan, imej, jenama, sistem operasi serta
segala hal berkaitan pengurusan perniagaan akan diberikan oleh francaisor
kepada francaisi.
9b – 2 Francais yang dibawa dari luar negara melibatkan 3 pihak iaitu pengeluar francais,
pemegang francais ( bagi sesebuah negara ) dan penerima francais. Pemegang
francais akan mengurus dan mengawal semua perniagaan francais di negara
mereka. Manakala francais tempatan melibatkan francaisor dan francaisi yang
berada di negara sendiri sahaja.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 9 / 12
Keusahawanan 12 / 14
PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan.
Sila cuba semua soalan dalam Penilaian kendiri ini dan semak
jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada
masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
SEMOGA BERJAYA.
Habibah ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Dia berminat untuk
mengambilalih perniagaan Kedai Roti dan Kek yang berada di kawasan tempat
tinggalnya. Persoalan yang timbul ialah adakah wajar dia mengambil alih perniagaan
tersebut atau memulakan perniagaan itu dari awal.
Habibah telah berjumpa dengan anda. Anda sebagai seorang yang mempunyai
pengetahuan mengenai keusahawanan perlu menasihatkannya.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 9 / 13
Keusahawanan 13 / 14
MAKLUM BALAS
Adakah anda telah cuba menjawap soalan penilaian kendiri?
Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.
Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan oleh Habibah sebelum dia membuat keputusan
samada untuk mengambil alih perniagaan Kedai Roti dan Kek atau memulakan perniagaan
sendiri.
Kelebihan mengambil alih perniagaan :-
i. Pelanggan, pembekal, kemudahan fizikal dan nama baik telah sedia ada bagi
perniagaan tersebut.
ii. Pekerja telah sedia ada dan tidak perlu memberi latihan kepada mereka.
iii. Nama baik perniagaan telah wujud di kalangan penduduk setempat dan Habibah
hanya perlu meneruskan perniagaan tersebut dari tangan pemilik lamanya.
Kelemahan memulakan perniagaan sendiri :-
i. Melibatkan banyak kerja bermula dari proses penubuhan sehinggalah kepada
mencari pelanggan.
ii. Habibah perlu berusaha keras untuk memperkenalkan perniagaannya kepada orang
ramai dalam mewujudkan nama baik ( goodwill ) perniagaannya.
iii. Perlu memikirkan lokasi yang strategik dan kemudahan fizikal bagi perniagaannya.
Dicadangkan kepada Habibah agar dia memgambil alih perniagaan Kedai Roti dan Kek daripada
memulakannya perniagaan itu sendiri.
http://modul2poli.blogspot.com/
P 3117 / Unit 9 / 14
Keusahawanan 14 / 14
TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari Unit 9. Sekarang anda boleh pergi ke unit 10 pula.
FAKTA PENTING :-
1. Seseorang bakal usahawan boleh memulakan perniagaan dengan cara menubuhkan perniagaan itu sendiri atau membeli perniagaan yang sedia ada atau perniagaan francais.
2. Perniagaan francais melibatkan francaisor dan
francaisi.
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 / Unit 10 / 1
Keusahawanan 1 / 12
UNIT 10 : KHIDMAT SOKONGAN
OBJEKTIF
Objektif Am : Membolehkan pelajar mengetahui bantuan-bantuan dan khidmat sokongan keusahawanan.
Objektif Khusus : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :
Mengenalpasti khidmat sokongan keusahawanan dan agensi terlibat.
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 / Unit 10 / 2
Keusahawanan 2 / 12
10.0 PENGENALAN KEPADA KHIDMAT SOKONGAN Tahukah anda bidang keusahawanan telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara?. Oleh itu Kerajaan Malaysia memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha memastikan industri keusahawanan ini terus berdaya maju, mampu bersaing di peringkat tempatan dan antarabangsa serta boleh bertindak sebagai industri sokongan kepada industri besar negara ini. Dengan pengetahuan tentang khidmat sokongan ianya akan membantu pemilik menjalankan perniagaan dengan lancar. Kemudahan sokongan atau sistem sokongan ialah Terdapat tujuh bentuk kemudahan sokongan keusahawanan yang akan dibincangkan dalan modul ini iaitu:
10.1.1 Kewangan 10.1.2 Latihan pengurusan dan keusahawanan 10.1.3 Teknologi 10.1.4 Lokasi dan ruang niaga 10.1.5 Pemasaran 10.1.6 Penyelidikan dan mengenalpasti projek 10.1.7 Maklumat
10.1.1 Kewangan Bantuan kewangan disediakan oleh institusi kewangan yang bertujuan memberi pinjaman kepada usahawan untuk melaksanakan sesuatu perniagaan. Kemudahan ini meliputi pembinaan tapak kilang, pembelian peralatan pejabat, pembelian mesin dan juga untuk digunakan sebagai modal pusingan. Antara institusi kewangan yang menawarkan kemudahan kewangan ini ialah bank perdagangan, bank-bank saudagar dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
INPUT
kemudahan kemudahan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan dan Swasta dalam membantu melaksanakan dan mengembangkan enterprais
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 / Unit 10 / 3
Keusahawanan 3 / 12
Rajah 10.1 Jenis Pembiayaan dan Agensi-agensi yang terlibat JENIS PEMBIAYAAN AGENSI
Perniagaan Am, Pertanian dan Perindustrian
MIDF MARA Bank Pembangunan Malaysia Bank Industri Malaysia Bank Pertanian Malaysia
Pembiayaan Semula Kredit Syarikat Jaminan semula kredit Eksport Berhad. Bank-bank perdagangan Agensi Kewangan
Berbagai Skim Jaminan Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad
Program Pembangunan Luar Bandar
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Tabung Usahawan Baru Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui: Maybank Berhad
10.1.2 Latihan Pengurusan dan Keusahawanan
Program ini bertujuan untuk melatih usahawan supaya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang yang diceburi serta berpengetahuan dalam bidang pengurusan. Program ini juga memberi semangat dan galakan dalam usaha meningkatkan golongan usahawan.
Antara agensi-agensi yang terlibat ialah
• MEDEC ( Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia ) • ICDU(Unit pelarasan dan Perlaksanaan, Jabatan
Perdana Menteri) • MARA ( Majlis Amanah Rakyat ) • PDPN (Pusat Daya Pengeluaran Negara) • MARDI(Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) • SIRIM(Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia) • dan pihak institusi kewangan.
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 / Unit 10 / 4
Keusahawanan 4 / 12
10.1.3 Teknologi Usahawan boleh menambahkan pengetahuan teknikal mereka yang sedia ada dengan mengikuti kursus pendidikan yang disediakan. Selain dari itu, mereka akan dapat mempelajari berkenaan teknologi yang terkini terutama di dalam bidang pembuatan dan pengurusan.Teknologi ini biasanya di sampaikan oleh tenaga pengajar mahir dan terlatih dengan menggunakan peralatan-peralatan moden dari dalam dan luar negara. Pemindahan teknologi moden ini sangat penting dalam usaha mewujudkan budaya saing selaras dengan perkembangan ekonomi negara kita. Antara agensi yang terlibat ialah
• SIRIM ( Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia ) • MARA • MARDI • PORIM(Institut Minyak Kelapa Sawit Malaysia) • FRIM(Institut Penyelidikan Hutan Malaysia) • JKJ(Jabatan Kilang dan Jentera) • Jabatan Perkhidmatan Haiwan • Kementerian Pendidikan Pusat Latihan Belia Dusun Tua • Institusi Pengajian Tinggi.
10.1.4 Lokasi dan ruang niaga Agensi yang terlibat dalam menyediakan lokasi dan ruang niaga untuk para usahawan adalah seperti
• MARA • UDA • PKEN ( Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri )
Agensi-agensi ini memberi perkhidmatan penyediaan tapak
lokasi perniagaan bersesuaian dengan corak perniagaan atau pun perusahaan yang akan dimajukan. Kemudahan ini dapat membantu usahawan di dalam mengurangkan masalah ruang niaga dan tapak industri di kawasan strategik dan berdaya maju.
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 / Unit 10 / 5
Keusahawanan 5 / 12
10.1.5 Pemasaran Pemasaran ialah apa sahaja usaha yang dijalankan bagi melariskan dan meningkatkan barangan jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam perusahaan. Agensi berkenaan akan memberi khidmat sokongan kepada usahawan dalam mengedar, mempromosi dan memasar barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh usahawan di dalam dan luar negeri. Antara agensi yang terlibat adalah seperti:-
• FAMA • PERNAS EDAR • MATRADE ( Pusat Perdagangan Luar Malaysia ) • MITI ( Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa)
10.1.6 Penyelidikan dan Mengenalpasti Projek Terdapat beberapa agensi yang membantu usahawan dalam menjalankan penyelidikan dan kajian. Penyelidikan dan kajian dilakukan termasuklah kajian kemungkinan projek, kajian pemasaran serta penyelidikan berkaitan dengan teknologi.
Antara agensi yang terlibat ialah:- • MARDI • SIRIM. • Institutsi Pengajian Tinggi
10.1.7 Maklumat Bantuan maklumat ditawarkan kepada usahawan dalam bentuk peluang-peluang perniagaan, perangkaan, penemuan-penemuan baru, teknologi, penyelidikan dan sebagainya. Kebanyakan jabatan atau agensi mempunyai pusat sumber atau perpustakaan yang mengandungi koleksi maklumat untuk kegunaan awam. Antara agensi yang menyediakan kemudahan ialah :-
• MITI • MARDI ( Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ) • SIRIM • MIDA ( Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia ) • FRIM
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 / Unit 10 / 6
Keusahawanan 6 / 12
AKTIVITI 10a. Ujikan Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
10a.1 Lengkapkan rajah di bawah dengan menyatakan bentuk-bentuk sokongan yang terdapat di Malaysia.
10a.2. Namakan agensi-agensi kerajaan dan syarikat swasta yang sesuai di ruangan kosong yang disediakan.
i. En. Daud ingin menambah ilmu pengetahuannya dalam bidang pengurusan perniagaan
--------------------------------------------------------------------------------------------- ii. Usahawan boleh memohon pembiayaan kewangan daripada siapa?
---------------------------------------------------------------------------------------------
iii. Tapak dan ruang niaga disediakan oleh siapa ?
--------------------------------------------------------------------------------------------
U S AH A W A N
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 / Unit 10 / 7
Keusahawanan 7 / 12
10a.3 Sekiranya anda seorang usahawan, adakah anda memerlukan khidmat sokongan yang
ditawarkan ? Sekiranya anda memerlukannya terangkan bagaimana skim ini dapat membantu anda.
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 / Unit 10 / 8
Keusahawanan 8 / 12
MAKLUM BALAS 10a 10a.1
10a.2
i. MEDEC, Kementerian Pembangunan Usahawan. ii. MIDF, MARA, Bank Perdagangan iii. MARA, UDA.
10a.3 Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan sokongan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan pihak swasta anda diminta melayari laman web pihak-pihak berikut: Bantuan teknikal:
• MIMOS – Institut Sistem Mikroelektrik Malaysia • JKJ – Jabatan Kilang dan Jentera • SIRIM – Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia
Bantuan maklumat
• MITI – Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa • ICDU – Unit Pelarasan dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri • MATRADE – Pusat Perdagangan Luar Malaysia
TEKNOLOGI K E W A N G A N
P E M A S A R A N
U S AH A W A N
L A T I H A N
PENYELIDIKAN
M A K L U M A T
LOKASI I
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 / Unit 10 / 9
Keusahawanan 9 / 12
Bantuan Latihan dan Pengurusan • MARA – Majlis Amanah Rakyat • MATRADE – Pusat Perdagangan Luar Malaysia • MIDA – Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
Bantuan Kewangan
• MIDF – Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia • BPMB – Bank Pembangunan Malaysia • CGC – Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad
Bantuan infrastruktur
• KPU – Kementerian Pembangunan Usahawan • MARDI – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Perindustrian Malaysia • KPLB – Kementerian Pembangunan Luar Bandar
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 / Unit 10 / 10
Keusahawanan 10 / 12
PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang
dengan pensyarah anda.
SEMOGA BERJAYA.
En.Awang mempunyai minat untuk menceburkan diri dalam dunia keusahawan. Dia mempunyai modal yang mencukupi untuk menubuhkan perniagaan tetapi memerlukan bantuan dan sokongan dalam memajukan lagi perniagaannya itu. En. Awang telah bertemu dengan anda untuk mendapatkan nasihat berkaitan dari agensi manakah yang dia boleh memohon bantuan. Sila nasihatkan En. Awang.
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 / Unit 10 / 11
Keusahawanan 11 / 12
MAKLUM BALAS
Adakah anda telah cuba menjawap soalan penilaian kendiri ? Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.
En. Awang boleh mendapatkan bantuan dan kemudahan sokongan dari pelbagai agensi.
i. Bantuan pemasaran – MITI, MATRADE atau MARA ii. Bantuan infrastruktur – SIRIM, MARDI, MARA, PKEN. iii. Bantuan Maklumat – MITI, MATRDAE, MARDI, MIDA, SIRIM iv. Bantuan latihan pengurusan dan keusahawanan – MEDEC, v. Bantuan teknologi – SIRIM, MARA vi. Lokasi dan ruang niaga – MARA, UDA
http://modul2poli.blogspot.com/
P3117 / Unit 10 / 12
Keusahawanan 12 / 12
TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari modul ini.
FAKTA PENTING :-
1. Khidmat sokongan ialah kemudahan kemudahan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan dan Swasta dalam membantu melaksanakan dan mengembangkan enterprais
2. Bantuan sokongan yang disediakan adalah dari segi kewangan, latihan, teknologi, lokasi , pemasaran, penyelidikan dan maklumat.
http://modul2poli.blogspot.com/