1 •• 1 DALAM NEGERI UTUsAN MALAYSIA· JUMAAT 28 OGOs 2015
1111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111
10,500 peserta semarakkan Hari I<ebangsaan KUALA LUMPUR 27 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka bakal merakamkan sejarah tersendiri dengan penyertaan lebih 10,500 peserta yang sedia mempamerkan persembahan sempena acara tahunan negara itu.
Setiausaha Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Datuk Kamis Samin berkata, untuk acara persembahan, terdapat tiga komponen akan ,berlangsung iaitu ketibaan pembesar . negara, persembahan padang dan juga perbarisan dan perarakan.
Menurut Kamis yang juga Sekretariat lawatankuasa Perarakan dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2015, pertunjukan udara turut diadakan dengan bilangan penyertaan aset ,daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bertambah berbanding tahun sebelumnya.
"Antara aset yang terlibat adalah helikopter, pesawat pejuang MIG, pesawat pengangkut baharu TUDM MOO dan lain-lain lagi yang pastinya memberi keistimewaan buat semua pengunjung di Dataran Merdeka pada hari sambutan nanti.
"Pelbagai agensi kerajaan dan anggota pasukan keselamatan turut terlibat dalam peibarisan di samping Kontinjen daripada pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO);' katanya keUka ditemui selepas selesai acara raptaisambutan Hari Kebangsaan 2015 di sini hari ini.
Acara perarakan dan perbarisan dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi selepas bacaan ikrar oleh lima ikon terpilih serta beberapa persembahan padang olehAngkatan Tentera
PESERTA membawa Jalur Gembilang bersaiz besar melalui pentas utama semasa raptai sempena Hari Kebangsaan
di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI
Malaysia (ATM) dan pelajar sekolah. Menurut Kamis, latihan acara
petsembahan padang yang disertai pelajar daripada beberapa sekolah telah bermula sejak sebulan lalu.
"Latihan di Dataran Merdeka telah bermula 24 Ogos, manakala raptai penuhnya akan diadakan pada 28 dan 29 Ogos dan berehat sehari .
sebeltim tibanya hari kemuncak pada 31 Ogos nanti;' katanya.
Sementara itu, Diana Bong Siong Lin yang merupakan atlet wusyu negara berkata, pemilihannya selaku salah seorang pembaca ikrar secara tidak langsung telah memberi pengiktirafan yang tinggi kepada ahli sukan terutamanya bagi
sukan wusyu. "Saya berharap dengan sambu
tan pada kali ini rakyat Malaysia pelbagai kaum dapat bersatu sehati dan sejiwa bagi meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara;' katanya yang bakal berdepan Kejohanan Dunia Wusyu di lakarta pada November ini.
ANGGOTA tentera 10 Briged Para giat menjalani latihan dalam
acara raptai sempena Hari Kebangsaan yang bertemakan
'Sehati Sejiwa' di pataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.
PESERTA, Hassan Yang Ashari (depan) bersemangat dengan
memakai baju khas Jalur Gem,ilang mengibarkan bendera ketika
menjalani raptai Hari Kebangsaan 201S di Dataran Merdeka,
Kuala Lumpur, semalam, - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF
••••• " , .. " " ••• JJ IIUIIIIIIIII 1111 IIIJIIIIIIII IUI'U 111111111111111111111111 UIIII III IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIILIIII UIJLlIl II •••• " .. • .. ••• • ••••·•• •· ,~
PESERTA bersemangat untuk menjayakan sambutan Hari Kebangsaan yang
bertemakan 'Sehati Sejiwa' ketika menjalani raptai di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI
ANGGOTA Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut menyertai acara raptai
sempena Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.
- UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF