i
_________________________________________________________________________________________
PANDUAN LAPOR DIRI
PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2017
(DIPLOMA)
Panduan ini terdiri daripada 6 bahagian :
a) Maklumat Am
b) Maklumat Lapor Diri
c) Program Minggu Suaikenal (MSK)
d) Maklumat Bayaran dan Tatacara Pembayaran
e) Maklumat Tambahan
f) Lampiran
ARAHAN:
1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam panduan
ini. Fahami, patuhi arahan serta ambil semua tindakan yang berkaitan
sebelum melapor diri.
2. Kegagalan mematuhi arahan di dalam panduan ini akan menyebabkan
pendaftaran anda DITOLAK dan TIDAK DIBENARKAN MELAPOR DIRI.
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
POLITEKNIK PORT DICKSON
JHEP : 06 - 662 2036 / 2014 / 2011 / 2016
Faks : 06 - 662 2027 / 2026
ii
SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI LAPOR DIRI
(untuk rujukan pelajar)
Semak dan tandakan () pada petak yang berkaitan seperti di bawah:
BIL
SENARAI DOKUMEN
()
1
1 Set Borang Pendaftaran (HEP 1-6)
2.1 Maklumat Peribadi Pelajar (HEP 1)
2.2 Laporan Pemeriksaan Kesihatan (HEP 2)
2.3 Kebenaran Ibubapa/Penjaga Untuk Rawatan
Pembedahan (HEP 3)
2.4 Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung (HEP 4)
2.5 Akuan Ibubapa/Penjaga (HEP 5)
2.6 Aku Janji Pelajar (HEP 6)
2
1 Set Borang Asrama (AS 1A, 1B & AS 2)
3.1 Borang Maklumat Peribadi dan Pendaftaran Asrama
(AS 1A & 1B)
3.2 Akuan Pelajar (Dadah) (AS 2)
3 Gambar terbaru (saiz passport)
5 keping : 1 HEP, 4 Asrama
4
Slip Pengesahan Pendaftaran Online (SPMP)
3 salinan : 1 HEP, 1 Asrama, 1 Pelajar (dicetak daripada laman web :
http://spmp.polipd.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp )
5 Surat Tajaan Pendidikan seperti zakat (jika berkaitan)
6 Pas Masuk Kenderaan Pada Hari Lapor Diri
Diletakkan di atas dashboard kereta
iii
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN PERKARA MUKA SURAT
A. MAKLUMAT AM
1. Pengenalan 1
2. Visi 1
3. Misi 1
4. Senarai Program Pelajar Baharu 2
5. Peringatan Umum 3
B. MAKLUMAT LAPOR DIRI
1. Panduan ke Politeknik Port Dickson 4
2. Carta Alir Pendaftaran 5
3. Proses Lapor Diri Pelajar Baharu 6
C. PROGRAM MINGGU SUAIKENAL (MSK)
1. Program MSK dan Etika Pakaian MSK 7
D. MAKLUMAT BAYARAN DAN TATACARA PEMBAYARAN
1. Maklumat Bayaran 8
2. Tatacara Pembayaran 9
3. Prosedur Tuntutan Balik Bayaran Yuran 11
E. MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Kemudahan Asrama 12
2. Tajaan Pendidikan 13
3. Kriteria Gambar dan Etika Berpakaian 15
F. LAMPIRAN
1. Pelan Lokasi Ke Politeknik Port Dickson 17
2. Pelan Lokasi Dalam Kampus Politeknik Port Dickson 18
3. Pas Masuk Kenderaan Pada Hari Lapor Diri 19
4. Contoh Slip Pengesahan Pendaftaran Online (SPMP) 20
5. Prosedur Pengurusan Borang 21
6. Borang Pendaftaran (HEP 1-6) 22
7. Borang Kamsis / Asrama (AS 1A, 1B & AS 2) 32
8. Tatacara Pendaftaran Online 36
1
A - MAKLUMAT AM
PENGENALAN
Politeknik Port Dickson (PPD) mula beroperasi pada tahun 1990 dan merupakan
politeknik yang ke-6 daripada 36 buah politeknik yang terdapat di seluruh Malaysia.
Setelah lebih dua dekad beroperasi di Teluk Kemang, kini Politeknik Port Dickson
menawarkan 1 program peringkat Ijazah, 14 program peringkat Diploma dan 2 program
peringkat Pra Diploma.
Politeknik Port Dickson terdiri daripada 6 jabatan akademik iaitu Jabatan Kejuruteraan
Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
(JKM), Jabatan Perdagangan (JP), Jabatan Pengajian Am (JPA), Jabatan Matematik,
Sains dan Komputer (JMSK) dan 2 jabatan sokongan akademik iaitu Jabatan Hal
Ehwal Pelajar (JHEP) dan Jabatan Sukan, Ko-kurikulum dan Kebudayaan (JSKK).
VISI PPD
Menjadi institusi TVET unggul bertaraf global.
MISI PPD
Menghasilkan graduan TVET berkualiti, holistik dan seimbang serta berciri keusahawanan yang memenuhi keperluan negara.
Membangun dan melestarikan kerjasama pintar dengan pihak berkepentingan dalam dan luar negara.
Memberi manfaat kepada masyarakat melalui pendidikan, penyelidikan dan inovasi.
2
AMBA & ETIKA BN
3
PERKARA CATATAN
PEMBAYARAN
YURAN
i. Semua yuran perlu dijelaskan sebelum melapor diri
di Politeknik Port Dickson.
ii. Sila rujuk dan membawa bersama Maklumat Bayaran
dan Tatacara Pembayaran Yuran sebelum pergi ke
Bank Islam.
iii. Yuran Pengajian dan Yuran Asrama dibayar melalui
Cash Deposit Machine (CDM) / ATM sahaja.
iv. Bayaran Pendaftaran dibayar melalui KAUNTER
BANK ISLAM SAHAJA.
v. Pembayaran secara PERBANKAN INTERNET
‘ONLINE TRANSFER’ TIDAK DIBENARKAN.
vi. Bagi urusan pembayaran yuran, pelajar tidak perlu
membuka akaun Bank Islam. Pembukaan akaun
Bank Islam hanya untuk pelajar yang ingin memohon
pinjaman PTPTN.
vii. Sebarang kesilapan ketika membuat bayaran adalah
di bawah tanggungjawab ibubapa dan pelajar sendiri.
COP PENGESAHAN /
PERMOHONAN
SURAT
PENGESAHAN
PELAJAR
(bagi urusan
pengeluaran KWSP,
zakat, bantuan
kewangan yang lain
dan sebagainya)
i. Pelajar boleh membuat permohonan di
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) bermula
pada 28 November 2017 (Selasa).
ii. Surat berkenaan akan disiapkan dalam
tempoh 14 hari bekerja.
iii. Pelajar akan dimaklumkan melalui panggilan
telefon atau sms.
SALINAN
SURAT TAWARAN
POLITEKNIK
Pelajar wajib membuat beberapa salinan Surat Tawaran
Kemasukan ke Politeknik untuk simpanan sendiri dan
untuk kegunaan lain pada masa akan datang.
4
B – MAKLUMAT LAPOR DIRI
Pelajar dinasihatkan membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya
urusan pada hari lapor diri berjalan dengan lancar.
PANDUAN KE POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)
Kampus Politeknik terletak lebih kurang 14 km dari Bandar Port Dickson. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur atau Melaka menuju ke arah Seremban melalui Lebuhraya Utara-Selatan, anda perlu keluar dari lebuhraya tersebut apabila sampai di Plaza Tol Port Dickson. Dengan berpandukan papan tanda, anda akan memasuki Lebuhraya Seremban-Port Dickson. Lebuhraya sepanjang 23 km itu berakhir di bulatan Sunggala, yang mana ia akan membawa anda menuju ke Km 9 Jalan Pantai. Seterusnya berpandukan papan tanda, sila ikuti arah menuju ke ‘TELUK KEMANG’. Apabila anda sampai di Pekan Teluk Kemang, sila teruskan perjalanan anda untuk sejauh 4 km lagi di mana tersergam bangunan PPD di sebelah kiri jalan.
Sekiranya anda dari Melaka menuju ke Port Dickson melalui Linggi atau Tanjung Agas, maka anda akan menemui PPD di sebelah kanan jalan sebelum anda sampai di Pekan Teluk Kemang.
** Rujuk Pelan Lokasi ke Politeknik Port Dickson dalam ruangan Lampiran.
PERINGATAN SEBELUM MELAPOR DIRI
a) Tawaran pengajian ini adalah tertakluk kepada kesahihan maklumat dalam
permohonan online dengan dokumen asal yang dikemukakan. Jabatan
Pendidikan Politeknik berhak menarik balik tawaran atau memberhentikan
pengajian anda di PPD pada bila-bila masa sekiranya terdapat percanggahan
maklumat.
b) Pastikan telah membuat semua pembayaran yuran dan telah mendaftar secara
online di http://spmp.polipd.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp
c) Pastikan telah melengkapkan semua borang pendaftaran dan dibawa semasa
melapor diri di Politeknik Port Dickson.
d) Tarikh dan Masa Lapor Diri
Pelajar dikehendaki melapor diri mengikut tarikh, masa dan tempat yang
telah dimaklumkan di dalam Arahan Lapor Diri Pelajar Baharu Politeknik
Port Dickson.
Jika pelajar yang ditawarkan kamsis tetapi tidak melapor diri pada tarikh yang
ditetapkan tanpa sebarang makluman kepada Unit Asrama, maka tawaran
kamsis tersebut akan terbatal dengan sendirinya.
5
CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR BAHARU (DIPLOMA)
19 NOVEMBER 2017 (AHAD)
8.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
MULA
HANTAR BORANG ASRAMA DI
BLOK KAMSIS/ASRAMA MASING-MASING
TERIMA KUNCI BILIK
MASUK KE BILIK ASRAMA MASING-MASING
TAMAT
6
PROSES LAPOR DIRI PELAJAR BAHARU (DIPLOMA)
19 NOVEMBER 2017 (AHAD)
MASA / TEMPAT / AKTIVITI
8.30 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Di Blok Kamsis/Asrama Masing-Masing
Kaunter Semakan Dokumen Asrama Oleh AJK Asrama
4 keping gambar berukuran passport
1 salinan Slip Pengesahan Pendaftaran Online (SPMP)
Borang Asrama (AS 1A, 1B & AS 2)
Dapatkan kunci bilik masing-masing
PROGRAM MINGGU SUAI KENAL (MSK) BERMULA
(Rujuk Jadual MSK yang diedarkan pada hari lapor diri)
2.30 Petang – 4.30 Petang
Pusat Islam
Sesi Kutipan Dokumen HEP Oleh AJK Hal Ehwal Pelajar (HEP)
MAKLUMAN TAMBAHAN
Ibu bapa boleh mula beredar meninggalkan Politeknik Port Dickson setelah selesai urusan pendaftaran asrama pelajar baharu.
Semua pelajar beragama Islam wajib menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di Pusat Islam.
1 keping gambar
1 salinan Slip Pengesahan Pendaftaran Online (SPMP)
Borang Pendaftaran (HEP 1-6)
7
C – PROGRAM MINGGU SUAIKENAL (MSK)
PROGRAM MINGGU SUAIKENAL (MSK) (19 NOV 2017 – 24 NOV 2017)
Wajib dihadiri oleh semua pelajar baharu yang melapor diri pada 19 Nov 2017.
Program MSK bermula pada petang hari lapor diri.
Sila rujuk aturcara Minggu Suaikenal yang akan diedarkan pada hari lapor diri.
Pakaian seragam bagi Program MSK perlu dipakai bermula 20 Nov 2017 (Isnin).
Semua pelajar baharu dikehendaki membawa pakaian seperti di bawah untuk keseragaman semasa mengikuti program MSK.
ETIKA BERPAKAIAN BAGI PROGRAM MSK
Jantina / Agama Islam Bukan Islam
Lelaki Baju kemeja lengan panjang – warna putih
Seluar dan kasut – warna hitam
Perempuan
Baju Kurung
– warna putih
Kain, tudung dan kasut
– warna hitam
Baju Kemeja lengan panjang
– warna putih
Kain atau skirt dan kasut
– warna hitam (skirt hendaklah
melepasi paras lutut)
** sama seperti pakaian sekolah.
Contoh pakaian MSK :
8
D - MAKLUMAT BAYARAN & TATACARA PEMBAYARAN
(DIPLOMA)
3 jenis yuran yang perlu dijelaskan sebelum membuat pendaftaran online:
JENIS YURAN LELAKI PEREMPUAN KAEDAH
BAYARAN
1. YURAN PENGAJIAN
RM200
RM200
CASH DEPOSIT
MACHINE (CDM) /
ATM BANK ISLAM 2. YURAN ASRAMA
RM60
RM630
3. BAYARAN PENDAFTARAN /
BAYARAN PELBAGAI
Merangkumi : t-shirt, beg, baju korporat, insurans berkelompok, yuran aktiviti jabatan akademik, sukan, kelab dan persatuan, ko-kurikulum, peperiksaan
RM600
RM600
KAUNTER
BANK ISLAM
SAHAJA
** PERINGATAN :
PEMBAYARAN SECARA PERBANKAN INTERNET
‘ONLINE TRANSFER’ TIDAK DIBENARKAN.
Rujuk Tatacara Pembayaran sebelum membuat pembayaran
yuran untuk mengelakkan berlaku kesilapan.
Sila buat pendaftaran online selepas 24 jam pembayaran
yuran. Pastikan kesemua yuran telah dijelaskan sebelum
membuat pendaftaran online.
TEMPOH BAYAR YURAN TARIKH/HARI
TARIKH MULA 23/10/2017 (ISNIN)
TARIKH AKHIR 17/11/2017 (JUMAAT)
MAKLUMAN TAMBAHAN :
Pelajar Tajaan (seperti Zakat, ATM, TNB)
Sila fakskan surat tajaan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), PPD
(06-662 2027 / 2026) dengan kadar segera sebelum dibenarkan untuk membuat
pendaftaran online. Sila maklumkan juga nama pelajar, no. kad pengenalan dan
no. telefon pelajar untuk memudahkan urusan.
9
A. TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN & YURAN ASRAMA
Cara 1 : Cash Deposit Machine (CDM) Bank Islam
1. Pergi ke mesin Cash Deposit Machine BIMB di mana-mana cawangan.
2. Pilih menu pilihan Urusniaga, pilih YURAN IPT.
3. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar
4. Pilih bayaran yang ingin dibuat berdasarkan no.bil.
5. Masukkan duit ke dalam slot dan sahkan transaksi.
6. Transaksi selesai dan ambil resit.
7. Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.
NILAI JENIS YURAN
RM200 YURAN PENGAJIAN
RM630 YURAN ASRAMA PELAJAR PEREMPUAN
RM60 YURAN ASRAMA PELAJAR LELAKI
Rujukan :
No.bil bermula dengan (06) adalah kod
bagi Politeknik Port Dickson.
10
Cara 2 : ATM Bank Islam
(Pembayar perlu mempunyai akaun BIMB dan baki akaun yang mencukupi)
1. Pergi ke mana-mana terminal ATM BIMB di mana-mana cawangan.
2. Pilih menu pilihan Urusniaga, pilih LAIN-LAIN
3. Pilih menu PEMBAYARAN BIL/YURAN IPT
4. Pilih menu YURAN IPT
5. Buat Pengesahan Pemilik Akaun
6. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar
7. Pilih bayaran yang ingin dibuat
8. Sahkan Transaksi/Pembayaran
9. Transaksi selesai dan ambil resit
10. Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.
PERINGATAN
** Sila Patuhi Tatacara Pembayaran Yang Telah Ditetapkan. Sebarang kecuaian
atau kesilapan adalah di bawah tanggungjawab ibubapa dan pelajar sendiri.
11
B. TATACARA PEMBAYARAN BAYARAN PENDAFTARAN/PELBAGAI
Bayar Kepada : KOPERASI POLITEKNIK PORT DICKSON BERHAD
No. Akaun : 05-049-01-001500-2
Kaedah Bayaran : Di KAUNTER Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sahaja.
Jumlah Bayaran : Rujuk Maklumat Bayaran.
PERINGATAN
** Sila Patuhi Tatacara Pembayaran Yang Telah Ditetapkan. Sebarang kecuaian
atau kesilapan adalah di bawah tanggungjawab ibubapa dan pelajar sendiri.
Contoh Slip Bank Bayaran Pendaftaran :
Petunjuk :
1. Nama Pelajar
2. No Akaun Koperasi PPD : 05-049-01-001500-2
3. Jumlah Bayaran : Rujuk Maklumat Bayaran
4. Bayar Kepada : KOPERASI POLITEKNIK PORT DICKSON BERHAD
5. Jenis Bayaran : BAYARAN PENDAFTARAN
6. No. Tel. Pelajar
7. No. Kad Pengenalan Pelajar
(Sila simpan salinan Slip Pembayaran yang dikembalikan oleh pihak bank
sebagai bukti pembayaran)
6
7
1
2
4
3
5
12
C. PROSEDUR PERMOHONAN TUNTUTAN BALIK BAYARAN YURAN
(Sekiranya Mempunyai Kesilapan Pembayaran Yuran Sahaja)
Tempoh permohonan tuntutan bermula pada 28 November 2017 (Selasa)
hingga 21 Disember 2017 (Khamis).
TUNTUTAN YURAN PENGAJIAN / YURAN ASRAMA
Permohonan dibuat melalui Pegawai Pengambilan dan Data,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) sahaja.
Pelajar perlu mengemukakan :
i. Borang permohonan tuntutan balik yuran – diperolehi di JHEP
ii. Surat rasmi tuntutan balik yuran
iii. Salinan kad pengenalan (perlu disahkan)
iv. Salinan surat tawaran kemasukan ke Politeknik (perlu disahkan)
v. Resit asal pembayaran yuran yang jelas dan terang
(perlu ditampal pada kertas A4)
- Sekiranya resit pembayaran sudah kabur/tidak jelas,
sila dapatkan surat bukti pembayaran daripada pihak bank
beserta cop dan pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah
pada bukti pembayaran berkenaan.
vi. Salinan penyata akaun bagi mana-mana akaun bank pelajar
yang aktif (perlu disahkan)
Permohonan akan dipanjangkan kepada Bahagian Kewangan,
Jabatan Pendidikan Politeknik, Putrajaya.
Tempoh pembayaran balik mengambil masa lebih kurang 6 bulan.
Pembayaran balik yuran akan dibayar terus ke dalam akaun pelajar.
TUNTUTAN BAYARAN PENDAFTARAN/PELBAGAI
Permohonan dibuat melalui Pejabat Pengurusan Koperasi
Politeknik Port Dickson Berhad sahaja.
No. Tel : 06-662 8257
13
E – MAKLUMAT TAMBAHAN
KEMUDAHAN DI ASRAMA / KAMSIS (KAMPUS SISWA/SISWI)
Semua pelajar baharu ditawarkan asrama bagi semester pertama.
Bagi semester selanjutnya, pelajar perlu membuat permohonan melalui
Unit Kamsis sekiranya masih berminat untuk tinggal di asrama.
Dua buah kafetaria disediakan untuk pelajar kamsis membeli makanan dan minuman. Semua perbelanjaan ditanggung oleh pelajar sendiri.
Setiap bilik asrama disediakan katil, tilam, almari dan meja belajar.
Peralatan tambahan yang perlu dibawa :
Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan
2 helai kain selimut
2 helai kain cadar untuk tilam
berukuran 1m x 2m (warna bebas)
Bantal dan sarung bantal
Langsir berukuran 1 ½ meter tinggi
Keperluan harian seperti bakul
sampah, penyapu, baldi dan
sebagainya.
2 helai kain selimut
2 helai kain cadar untuk tilam
berukuran 1m x 2m (warna bebas)
Sarung bantal
Keperluan harian seperti bakul
sampah, penyapu, baldi dan
sebagainya.
Senarai Blok Kamsis/Asrama :
LELAKI PEREMPUAN BLOK A, B, C, D, E, F, G, H, J, K dan L
BLOK S (KOLEJ KEDIAMAN SI RUSA – 10 TINGKAT)
Untuk maklumat lanjut berkaitan kamsis/asrama, boleh hubungi:
Unit Asrama/Kamsis : 06-662 2032 / 1762.
14
TAJAAN PENDIDIKAN
Pinjaman pendidikan ini terpulang kepada pelajar samaada ingin memohon atau
tidak. Penaja utama bagi pelajar Politeknik Port Dickson ialah Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pelajar boleh mula memohon
pinjaman PTPTN sebelum atau selepas melapor diri di politeknik.
Bagi pelajar yang ingin memohon pinjaman lain, pelajar boleh merujuk kepada
senarai penaja dan layari laman web yang berkenaan untuk maklumat lanjut.
Tarikh Permohonan PTPTN
KELOMPOK TEMPOH
PERMOHONAN
TARIKH SEMAKAN
STATUS PERMOHONAN
KELOMPOK 1 1 NOV 2017 – 30 NOV 2017 10 DIS 2017
KELOMPOK 2 1 DIS 2017 – 30 DIS 2017 10 JAN 2018
15
SENARAI PENAJA PINJAMAN DAN BIASISWA
PINJAMAN
Bil Nama Penaja Laman Web
1 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
http://www.ptptn.gov.my
2 Yayasan Negeri Sembilan http://www.yns.gov.my/v6/
3 Yayasan Terengganu http://www.ytrg.terengganu.gov.my
4 Yayasan Sarawak http://yayasansarawak.org.my
5 Yayasan Sabah http://www.ysnet.org.my
6 Yayasan Pahang http://www.yp.org.my
7 Yayasan Selangor http://www.yayasanselangor.org.my
8 Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor
http://www.selangor.gov.my
9 Yayasan Perak http://www.yayasanperak.com.my
10 Yayasan Wilayah Persekutuan http://www.yayasanwp.org
11 Yayasan Pelajaran Johor http://www.ypj.gov.my/v1/
12 Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) www.yakin.kelantan.gov.my
13 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)
http://www.felda.net.my/index.php/bantuan-pinjaman-pendidikan
14 Majlis Amanah Rakyat (MARA) http://www.mara.gov.my/
BIASISWA
Bil Nama Penaja Laman Web
1 Bahagian Biasiswa KPTM (Untuk pelajar OKU sahaja)
https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/
2 Yayasan KUOK Berhad http://www.kuokfoundation.com
3 Penajaan/Pinjaman JPA http://www.jpa.gov.my
4 Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) www.jakoa.gov.my
5 Dermasiswa Koperasi Politeknik Port Dickson
Bergantung kepada Iklan dari Koperasi PPD setiap semester
16
KRITERIA GAMBAR
PELAJAR LELAKI PELAJAR PEREMPUAN
- Berukuran passport
- Gambar yang terkini
- Baju berkolar
- Berambut pendek
- Tidak mewarnakan rambut
- Tidak memakai perhiasan diri
- Penampilan yang kemas
- Berukuran passport
- Gambar yang terkini
- Bertudung (pelajar beragama Islam)
- Baju berkolar (pelajar bukan beragama Islam)
- Tidak mewarnakan rambut
- Penampilan yang kemas
ETIKA BERPAKAIAN
i) Pada Hari Lapor Diri
Pelajar lelaki Pelajar Perempuan
Baju berkolar
Seluar slack
Berkasut
Rambut pendek
Pakaian sopan seperti baju kurung (Islam)
dan baju berkolar (Bukan Islam)
Bertudung (Islam)
Berkasut
ii) Ke Kuliah / Semasa Berada Di Dalam Kampus Politeknik Port Dickson
17
18
F - LAMPIRAN
PELAN LOKASI KE POLITEKNIK PORT DICKSON
19
PELAN LOKASI DALAM KAMPUS
POLITEKNIK PORT DICKSON
KOLEJ
KEDIAMAN
SI RUSA
0
PAS MASUK KENDERAAN LAPOR DIRI PELAJAR BAHARU
SESI DISEMBER 2017
19 NOVEMBER 2017 (AHAD) 8.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
BLOK _____
Nota : 1. Sila tulis blok asrama/kamsis yang ditawarkan dengan merujuk kepada Slip Pengesahan Pendaftaran Online (SPMP) yang diperolehi setelah selesai mendaftar secara online.
2. Sila pamerkan PAS KENDERAAN ini di atas “dashboard” / di bahagian hadapan kenderaan anda.
SILA TERUS KE BLOK KAMSIS / ASRAMA YANG BERKENAAN
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Politeknik Port Dickson www.polipd.edu.my
1
CONTOH SLIP PENGESAHAN
PENDAFTARAN ONLINE (SPMP) DAN
RUJUKAN BLOK KAMSIS / ASRAMA
NO. PENDAFTARAN RASMI (bagi Sesi Disember 2017) : 06XXX17F2XXX
Makluman :
Slip Pengesahan Pendaftaran Online (SPMP) hanya akan diperolehi setelah
selesai mendaftar secara online.
Pastikan pelajar mendapat blok kamsis yang betul mengikut jantina masing-
masing.
SENARAI BLOK KAMSIS/ASRAMA :
Blok Kamsis Pelajar Lelaki : BLOK A, B, C, D, E, F, G, H, J, K dan L
Blok Kamsis Pelajar Perempuan : BLOK S (KOLEJ KEDIAMAN SI RUSA)
Contoh Penerangan No. Bilik Kamsis
M101 M adalah blok kamsis M 101 adalah bilik di aras 1
No. Pendaftaran adalah no. pendaftaran rasmi yang akan digunakan oleh pelajar sepanjang pengajian di PPD.
Contoh : 06DKA13F1001
2
PERKARA CATATAN
BORANG PENDAFTARAN
(HEP 1-6) &
BORANG ASRAMA
(AS 1A, 1B & AS 2)
i. Borang perlu dicetak menggunakan kertas putih saiz A4.
ii. Sila pastikan cetakan tidak dilakukan pada muka
hadapan dan belakang pada helaian yang sama.
iii. Dilarang mencetak borang berkenaan menggunakan
kertas terpakai.
iv. Borang perlu dilengkapkan dan dibawa pada hari lapor
diri.
BORANG MAKLUMAT
PERIBADI
(HEP 1)
i. Pastikan melengkapkan semua maklumat yang
diperlukan bagi pelajar, ibu/bapa dan maklumat waris.
ii. Sila nyatakan status pelajar samaada anak yatim atau
tidak berkenaan.
iii. Pastikan maklumat pekerjaan dan pendapatan ibu/bapa
yang diberikan adalah betul.
iv. Waris terdiri daripada selain ibu/bapa pelajar seperti
adik-beradik, ibu saudara/bapa saudara dan sebagainya.
LAPORAN
PEMERIKSAAN
KESIHATAN PELAJAR
(HEP 2A-2D)
i. Pemeriksaan kesihatan dan x-ray (HEP 2) boleh
dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.
ii. Filem x-ray tidak perlu dibawa pada hari lapor diri.
SAKSI PADA
BORANG PENDAFTARAN
(HEP 3 - HEP 5)
Saksi terdiri daripada:
i. Pegawai kerajaan gred 41 dan ke atas (seperti Pengetua,
Guru Besar, Pen. Kanan SMK dan sebagainya)
ii. Ketua Kampung / Penghulu
iii. Pastikan hanya individu yang layak yang
menandatangani ruangan saksi.
AKU JANJI PELAJAR
(HEP 6)
i. Ruangan saksi perlu dikosongkan.
ii. Saksi pada HEP 6 terdiri daripada Pegawai
Politeknik Port Dickson sahaja.
1
BORANG-BORANG
PENDAFTARAN
(HEP 1-6)
HEP 1 – BORANG MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR
HEP 2 – LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN
HEP 3 – KEBENARAN IBUBAPA / PENJAGA UNTUK RAWATAN PEMBEDAHAN
HEP 4 - IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG
HEP 5 - AKUAN IBU/BAPA/PENJAGA
HEP 6 – AKU JANJI PELAJAR
2
HEP 1
BORANG MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR
Maklumat Pelajar
1. Nama Pelajar : _________________________________________________
2. No. Kad Pengenalan : ___________________________
3. Tarikh Lahir : __________________
4. Jantina : __________________
5. Bangsa : __________________
6. Agama : __________________
7. No. Tel (Pelajar) : ___________________________
8. Status Pelajar Anak Yatim : Yatim Yatim Piatu Tidak Berkenaan
Maklumat Ibubapa/Penjaga
1. Nama Ibubapa/Penjaga : _______________________________________________
2. Alamat surat menyurat : ________________________________________________
________________________________________________
________________________________________________
3. Poskod : ___________ 4. Bandar : __________________________
5. Negeri : ___________________________________
6. No Tel (rumah) : _______________________
7. No Tel (bimbit) : _______________________
8. Pekerjaan Ibubapa/penjaga : _________________________________________
9. Pendapatan sebulan Ibubapa/Penjaga : RM _______________
Maklumat Waris (selain Ibubapa/Penjaga)
1. Nama Waris : _________________________________________________
2. Hubungan dengan Pelajar : __________________________________
3. Alamat : _________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
4. Poskod : ____________ 5. Bandar : _________________________
6. Negeri : ___________________________________
7. No. Tel (rumah) : ______________________
8. No. Tel (bimbit) : ______________________
3
HEP 2A
LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN / REPORT OF MEDICAL EXAMINATION
BAHAGIAN A :
1. Nama Pelajar / Name : _________________________________________________
2. No. Kad Pengenalan / Identity Card No. : ________________________________
3. Tarikh Lahir / Birth Date : ________________
4. Umur / Age : ________________
5. Jantina / Gender : Lelaki / Male Perempuan / Female
6. Status / Status : Bujang / Single Berkahwin / Married
7. No. Tel (Pelajar) / Phone No. Student : _____________________________________
8. Kursus Pengajian / Course of Study : ______________________________________
9. Nama Penuh Politeknik / Name of Polytechnic : POLITEKNIK PORT DICKSON
10. Nama Penuh Penjaga / Name of Guardian : _________________________________
11. Alamat Surat Menyurat / Postal Address : _________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
12. No. Telefon Rumah Ibubapa/Penjaga/ House Telephone No. : ___________________
13. No. Telefon Bimbit Ibubapa/Penjaga / Handphone No. : ________________________
14. No. Telefon Pejabat Ibubapa/Penjaga/ Office Telephone No. : ___________________
4
HEP 2B
BAHAGIAN B : Sila tandakan (√ ) dalam kotak berkenaan / Please tick (√ ) the
relevant box.
PENGAKUAN PERIHAL PENYAKIT SENDIRI DAN KELUARGA
(Certification of Own And Family Illness)
Jenis Penyakit/Ailments or
illness
Sendiri
(Self)
Keluarga
(Family)
Kalau “ada” nyatakan rawatan
yang diterima/ If “yes” please
state treatment received
Penyakit Teruk
(Serious Illness)
Pembedahan (Surgery)
Batuk Kering (Tuberculosis)
Kencing Manis (Diabetes)
Penyakit Otak (Mental Illness)
Penyakit Jantung
(Heart Disease)
Lelah(Asthma)
Alahan/Allergy
Penagihan Dadah
(Drug Addiction)
HIV (AIDS)
Kanser (Cancer)
Buah Pinggang
(Kidney Disease)
Kecacatan Anggota
(Deformities)
Lain-lain Penyakit (Others)
Saya dengan ini mengaku segala maklumat yang dilengkapkan di Bahagian A dan B
adalah benar.
(I hereby certify that the above information that have been given in part A and B are
correct)
__________________________ ________________
Tandatangan Pemohon Tarikh (Date)
(Signature of Candidate)
5
HEP 2C
BAHAGIAN C : (Untuk dilengkapkan oleh doktor yang memeriksa / To be completed by
examining doctor)
1. Pemeriksaan Umum / General Examinations
a) Tinggi/Height : _____ cm b) Berat/Weight : _____ kg c) Nadi/Pulse : ____ seminit
d) Tekanan Darah/Blood Pressure : ________ (mmHg)
2. Pemeriksaan Anggota Tubuh / Examination of Body
(Sila tandakan √ dalam kotak berkenaan / Please tick √ the relevant box ) :
Jenis Pemeriksaan
(Types of Examining)
Kanan
(Right)
Kiri
(Left)
Catatan
(Statement)
Penglihatan mata tanpa kacamata/Unaided vision
Penglihatan mata dengan kacamata/Aided vision
Fundoscopy
Penglihatan warna/Colour Blindness
Jenis Pemeriksaan
(Types of Examining) NORMAL ABNORMAL
Catatan
(Statement)
Pemeriksaan telinga/Examination of Ears
Ruang mulut/Oral Cavity
Jantung/Heart
Sistem respiratori/Respiratory system
* X-Ray
Abdomen & Rongga Hernia/Abdomen & Hernial
Orifices
Sistem Saraf /Nervous System
Organ Penghadaman/Digestive Organ
Keadaan dan Kecerdasan Otak/Mental Condition
and Intelligence
Rangka Tulang dan Sendi/Skeleton Bones and
Joints
Kulit/Skin
Kecacatan/Deformities
Sistem Muskuloskeletal/Musculoskeletel System
Pemeriksaan Air Kencing/Examination of Urine :
a) Gula/Sugar
b) Albumin
Lain-lain/Others
* Pemeriksaan Kesihatan dan X-ray boleh dilakukan di Hospital Kerajaan atau
Swasta.
** Filem x-ray TIDAK PERLU dibawa pada hari lapor diri.
6
HEP 2D
BAHAGIAN D : PENGESAHAN DOKTOR / CERTIFICATION BY DOCTOR
(Sila tandakan √ di dalam kotak berkenaan/Please tick √ the relevant box)
Saya mengesahkan bahawa pada hari ini (tarikh/date : _________) telah memeriksa
individu yang bernama / I certify that I have examined the person stated below :
Nama Penuh /Name : _____________________________________________________
No. Kad Pengenalan/Identity Card No. : _______________________________
dan mendapati bahawa beliau / and found that he/she :
Tidak mengidap apa-apa penyakit dan disahkan sihat / Good health condition
Mengidap penyakit / Has Disease :
________________________________________________
Sedang menerima rawatan / Undergoing treatment :
________________________________________________
Tandatangan Doktor/Signature :
………………………………………………..……
Nama / Name :
Tarikh / Date :
Kelulusan & Cop rasmi
Klinik/ (Qualification
& official stamp of
clinic)
7
HEP 3
KEBENARAN IBUBAPA/PENJAGA UNTUK RAWATAN PEMBEDAHAN
Pengarah,
Politeknik Port Dickson
71050 Si Rusa
Negeri Sembilan
Saya ___________________________________________________________________
(Nama Ibu/Bapa/Penjaga)*
Nombor Kad Pengenalan : __________________________ ibu/bapa/penjaga* kepada
pelajar bernama ______________________________________________ yang
ditawarkan pengajian / sedang belajar di POLITEKNIK PORT DICKSON dengan ini
memberi kuasa kepada tuan atau wakil tuan untuk menandatangani kebenaran bagi pihak
saya jika pada pandangan doktor, calon ini memerlukan rawatan bius (anesthesia)
atau/dan pembedahan, sedangkan saya tidak dapat hadir pada masa yang diperlukan.
Saya juga tidak akan mendakwa atau mengambil sebarang tindakan terhadap
POLITEKNIK PORT DICKSON sekiranya berlaku sebarang kemungkinan yang timbul
daripada prosedur tersebut.
Dalam masa kecemasan, pihak tuan boleh menghubungi saya sepertimana maklumat
berikut :
1. Telefon Rumah : _______________________
2. Telefon Bimbit : _______________________
3. Telefon Pejabat : _______________________
4. Telefon waris/jiran : _______________________
5. Telefon Balai Polis / Penghulu : _______________________
Ketua Kampung/Penggawa*
Disahkan oleh : Disaksikan oleh :
_________________________ ______________________________
Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga* Tandatangan & Cop Saksi
Nama : ___________________ Nama : ______________________
No. K/P : ___________________ No. K/P : ______________________
Tarikh : ___________________ Tarikh : ______________________
* potong mana yang tidak berkaitan.
** Saksi: Kakitangan Kerajaan Kumpulan A (Gred 41 dan ke atas) / Penghulu /
Ketua Kampung.
8
HEP 4
IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG
A. IKRAR DAN PENGAKUAN
Bahawa sesungguhnya saya _______________________________________________________________
No. Kad Pengenalan _______________________ dengan ini :
1. Berikrar akan mengikuti segala peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh POLITEKNIK
PORT DICKSON dari masa ke semasa sepanjang pengajian saya.
2. Berikrar tidak akan melibatkan diri dalam apa jua aktiviti yang akan mencemarkan nama baik
POLITEKNIK PORT DICKSON sepanjang pengajian saya.
3. Mengaku bahawa saya tidak pernah diberhentikan pengajian oleh mana-mana institusi pengajian tinggi
awam atau swasta atas sebab KESALAHAN TATATERTIB atau JENAYAH.
Jika saya didapati melanggar ikrar atau pengakuan tersebut, saya sedia menerima sebarang hukuman yang
diputuskan oleh POLITEKNIK PORT DICKSON, termasuk diberhentikan pengajian pada bila-bila masa.
Saya atau ibubapa atau penjaga saya atau mana-mana pihak tidak akan membuat sebarang bantahan ke
atas hukuman yang diambil terhadap saya.
B. LEPAS TANGGUNG
1. Saya sebagai seorang pelajar Politeknik perlu mengikuti semua aktiviti pembelajaran dan kokurikulum
yang berkaitan sepanjang pengajian saya di Politeknik. Aktiviti ini termasuk juga latihan industri, lawatan
sambil belajar dan sebarang aktiviti di bawah anjuran Politeknik dari masa ke semasa.
2. Saya faham bahawa semasa menjalani semua aktiviti pembelajaran dan kokurikulum yang berkaitan,
sekiranya berlaku kecederaan pada diri saya dan/atau kehilangan atau kerosakan pada harta benda,
ianya adalah tanggungjawab saya sendiri. Saya dan ibubapa/penjaga saya tidak akan membuat
sebarang aduan, bantahan dan tuntutan yang terbit daripada aktiviti tersebut. Maka dengan ini saya
melepaskan tanggungan POLITEKNIK PORT DICKSON dan Kementerian Pendidikan Malaysia dan
wakil-wakilnya, kakitangan dan pekerja-pekerja daripada dan terhadap segala tindakan dan tuntutan
yang terbit daripada aktiviti tersebut.
Selepas membaca maklumat / keterangan perkara A dan B di atas, saya sepertimana nama dan no kad
pengenalan yang tercatat di atas, amat jelas, faham serta bersetuju dengan semua peraturan yang
dicatit/dinyatakan di dalam perenggan/perkara A dan B.
Dipersetujui oleh : Disaksikan oleh :
_______________________ _____________________________
Tandatangan Pelajar Tandatangan & Cop Saksi
Tarikh : ________________ Nama : ___________________________
No. K/P : ___________________________
Tarikh : ___________________
Disahkan oleh :
__________________________
Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga*
Nama : ___________________________
No. K/P : ___________________________
Tarikh : ___________________
* potong mana yang tidak berkenaan.
** Saksi: Kakitangan Kerajaan Kumpulan A (Gred 41 dan ke atas) / Penghulu /
Ketua Kampung.
9
HEP 5
AKUAN IBU/BAPA/PENJAGA
Saya _________________________________________________________________________
(Nama Ibu/Bapa/Penjaga)*
Nombor Kad Pengenalan : __________________________ ibu/bapa/penjaga* kepada pelajar
bernama _______________________________________________ bersetuju dan berjanji
bahawa kami tidak akan membuat bantahan atas sebarang tindakan yang diambil oleh
POLITEKNIK PORT DICKSON terhadap anak/jagaan saya berhubung dengan kes-kes
pelanggaran peraturan-peraturan bertulis Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 (Akta 174) serta pindaan-pindaannya.
Disahkan oleh : Disaksikan oleh :
_________________________ ______________________________
Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga* Tandatangan & Cop Saksi
Nama : ___________________ Nama : ______________________
No. K/P : ___________________ No. K/P : ______________________
Tarikh : ___________________ Tarikh : ______________________
*potong mana yang tidak berkaitan
** Saksi: Kakitangan Kerajaan Kumpulan A (Gred 41 dan ke atas) / Penghulu /
Ketua Kampung.
10
HEP 6
AKU JANJI PELAJAR
Saya_________________________________________________ No. Kad Pengenalan ____________________
dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang-undang, kaedah-kaedah,
peraturan-peraturan dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar POLITEKNIK PORT DICKSON, yang
selepas ini disebut sebagai “Institusi” yang dibuat dari semasa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar
Institusi. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain:-
(a) akan mematuhi subseksyen 10(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) untuk tidak menjadi
ahli, atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau
mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah
mana-mana undang-undang, sama ada ianya di dalam Institusi atau di bawah Akta Institusi-Institusi Pelajaran
(Tatatertib) 1976, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri
Pendidikan;
(b) akan mematuhi subseksyen 10(3) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 untuk tidak menyatakan atau
berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-
mana parti atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana
pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram;
(c) akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib am sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah
Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 termasuklah :-
(i) tidak akan melanggar peruntukan berhubung dengan larangan-larangan am, yang antara lain termasuklah:-
1. tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan dan nama baik
Institusi, mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Institusi;
2. tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada ketenteraman atau keselamatan awam,
akhlak, kesopanan atau tatatertib; dan
3. tidak akan melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada di dalam
atau di luar kampus;
(ii) peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah, latihan amali, pakaian dan penampilan diri,
menduduki peperiksaan, sekatan mengenai penggunaan teks kuliah;
(iii) peruntukan berkenaan dengan mengorganisasi perhimpunan, penggunaan pembesar suara, panji-panji dan
plakad-plakad;
(iv) peruntukan berkenaan dengan penerbitan, pembahagian dan pengedaran dokumen-dokumen;
(v) peruntukan berkenaan dengan aktiviti pelajar di luar kampus dan penglibatan pelajar dalam apa-apa
pekerjaan
(vi) peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minum atau memiliki minuman keras, memiliki bahan lucah,
memiliki dan menggunakan dadah dan racun; dan
(vii) peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus, kawasan larangan dan kad pelajar;
(d) akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatertib asrama sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-
kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 dan
(e) akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib lalulintas jalan sebagaimana yang dinyatakan dalam
Kaedah-kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976.
Saya sesungguhnya faham bahawa sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam undang-undang,
kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau arahan tersebut, maka tindakan boleh diambil ke atas saya menurut
peruntukan undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau arahan berkenaan, termasuklah disingkirkan
daripada Institusi.
_______________________ __________________________________
Tandatangan Pelajar Tandatangan & Cop Saksi
Nama Pelajar : ________ Nama Saksi : ___________________________
No. Pendaftaran : ____________________________ Jawatan : ___________________________
Program : ____________________________ Tarikh : ___________________________
Tarikh : _________________________
* Saksi pada HEP 6 : Pegawai Politeknik Port Dickson sahaja.
11
BORANG KAMSIS /
ASRAMA
(AS 1A, 1B & AS 2)
AS 1A & 1B : BORANG MAKLUMAT PERIBADI
AS 2: AKUAN PELAJAR (DADAH)
12
AS 1A
BORANG MAKLUMAT PERIBADI DAN PENDAFTARAN ASRAMA
(Sila serah kepada Petugas di Kaunter Asrama ketika mendapatkan kunci bilik)
1. Nama Penuh :
2. No. Kad Pengenalan :
3. Tarikh Lahir : 4. Jantina :
5. Umur : Tahun 6. Kumpulan Darah :
7. Bangsa : 8. Agama :
9. No Telefon Pelajar : ___________________________
10. Jenis Penyakit Yang Pernah / Sedang dihadapi :
11. Nama Ibu/Bapa/Penjaga :
12. Alamat Ibu/Bapa/Penjaga :
13. No. Telefon Ibu/Bapa/Penjaga :
14. Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga : ___________________
15. Pendapatan Sebulan : RM ___________
16. Nama saudara mara yang tinggal berdekatan dan boleh dihubungi semasa kecemasan :
a. Nama : ______________________________
Alamat : _______________________________
______________________________________
______________________________________
No. Telefon : ___________________________
Hubungan dengan pelajar : ________________
a. Nama : ______________________________
Alamat : _______________________________
______________________________________
______________________________________
No. Telefon : ___________________________
Hubungan dengan pelajar : ________________
13
AS 1B
17. Ikrar Pelajar
Saya No. K/P : _____________________
Mengaku akan mematuhi segala Peraturan Asrama Politeknik Port Dickson dan segala
arahan dari masa ke semasa baik secara lisan atau pun bertulis yang telah, sedang dan
akan diberikan semasa tinggal di Asrama dan juga sedia menerima hukuman sekiranya
saya didapati melanggar peraturan Asrama tersebut.
Tarikh : _______________________
(Tandatangan Pelajar)
18. Pengakuan Ibu/Bapa/Penjaga
Saya No. K/P : _____________________
Sebagai ibubapa / penjaga kepada pelajar tersebut berjanji akan menjelaskan segala
bayaran Asrama yang akan dikenakan pada masa yang ditetapkan. Saya juga memberi
kebenaran kepada pihak berkuasa Asrama untuk mengambil sebarang tindakan yang
perlu bersabit dengan kesalahan yang dilakukan oleh anak / jagaan saya semasa tinggal
di Asrama.
Dipersetujui oleh : Disaksikan oleh :
_________________________ _____________________________
Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga* Tandatangan & Cop Saksi
Nama : ___________________ Nama : ______________________
No. K/P : ___________________ No. K/P : ______________________
Tarikh : ___________________ Tarikh : ______________________
** Saksi: Kakitangan Kerajaan Kumpulan A (Gred 41 dan ke atas) / Penghulu /
Ketua Kampung.
14
AS 2
AKUAN PELAJAR ( DADAH )
Saya __________________________________________ No. K/P _______________________
Dengan sesungguhnya rela diberhentikan dari belajar di Politeknik Port Dickson dengan serta
merta tanpa mengikut peruntukan Akta 174, jika didapati terlibat dalam salah satu daripada
perkara berikut :
a) Disahkan oleh Pegawai Perubatan bahawa saya telah menyalahgunakan dadah.
b) Didapati memiliki pada diri saya atau di tempat penginapan saya najis dadah merbahaya
oleh pihak Politeknik Port Dickson atau pihak Polis.
c) Politeknik mendapati laporan dari Polis bahawa saya telah menyalahgunakan dadah.
d) Ditangkap dan ditahan oleh pihak Polis kerana kes-kes bersabit dengan dadah.
______________________ _____________________________
(Tandatangan Pelajar) (Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga)
Tarikh : Nama :
No. K / P :
Tarikh :
_____________________________________________________________________________
AKUAN IBU / BAPA / PENJAGA
Saya ibu / bapa / penjaga pelajar bersetuju dan berjanji tidak akan membuat bantahan atau
rayuan atas pemecatan / pemberhentian dari belajar yang dibuat oleh pihak Politeknik Port
Dickson akibat penglibatan anak / jagaan saya dalam kes-kes tersebut di atas.
____________________ _____________________________
(Tandatangan Pelajar) (Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga)
Nama :
Tarikh : Tarikh :
1
TATACARA PENDAFTARAN ONLINE
PELAJAR BAHARU MELALUI
SPMP
(SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PELAJAR)
2
LANGKAH-LANGKAH : 1. Taipkan URL di bawah pada pelayar web:
http://spmp.polipd.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp 2. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan No KP Calon. Kemudian,
klik pada butang Teruskan.
3. Panduan untuk langkah seterusnya dipaparkan.
a) Skrin di bawah dipaparkan apabila calon masih belum membuat apa-apa
bayaran yuran.
3
b) Skrin di bawah dipaparkan apabila calon telah membuat bayaran yuran.
Untuk membuat pendaftaran online, pada langkah 4, klik pada butang
Teruskan Untuk Pendaftaran.
4. Seterusnya, skrin maklumat pendaftaran online dipaparkan. Klik pada butang
Cetak Slip untuk mencetak Slip Pengesahan Pendaftaran Online.
: ALI BIN ABU
: 880105045101
4
5. Proses pendaftaran online calon berjaya dan seterusnya calon dikehendaki mencetak slip pengesahan pendaftaran online untuk dibawa pada hari lapor diri di Politeknik Port Dickson.
Contoh Slip Pengesahan Pendaftaran Online
: ALI BIN ABU
: 880105045101
5
LAMPIRAN A
Paparan sekiranya calon masih belum membuat bayaran yuran / data bayaran bermasalah.
LAMPIRAN B
Paparan sekiranya calon telah membuat bayaran yuran. (Paparan di bawah sebagai contoh sahaja)
: ALI BIN ABU
: 880105045101
: ALI BIN ABU
: 880105045101