0
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM
SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR)
DI SMKA DAN SABK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
CYBERJAYA 2014
1
KATA ALU-ALUAN Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat serta keizinan-Nya telah memungkinkan usaha bagi pelaksanaan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) bagi semua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh negara yang mula diperkenalkan dari tahun 2007 hingga kini. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersungguh-sungguh dalam usaha menjayakan pelaksanaan program ini. Semoga segala usaha tersebut diberi ganjaran sebaik-baiknya disisi Allah SWT. Sesungguhnya, usaha membangun Modal Insan melalui kaedah mendidik, mengajar, membentuk dan membimbing pelajar di sekolah merupakan tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berteraskan kepada prinsip ini, Bahagian Pendidikan Islam KPM mengambil inisiatif memperkenalkan satu program khusus ke arah pembentukan sahsiah pelajar dari semasa ke semasa. Hasilnya, program SUMUR ini dilaksanakan di semua SMKA dan SABK seluruh negara dan matlamat pelaksanaannya dilihat sejajar dengan anjakan ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 yang memberi penekanan untuk “Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai”. Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa agar segala usaha kita ini akan mendapat keredhaan Allah SWT. Sekian, terima kasih
Hj Abdullah bin Md Din Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia
2
LATAR BELAKANG
1. Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan cetusan idea YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Hasrat ini telah disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.
2. Matlamat program ini adalah untuk; melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain; sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat; mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian; mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisma.
3. Program SUMUR telah dilancarkan oleh YB Dato’ Noh bin Omar, Timbalan Menteri
Pelajaran Malaysia pada 29 Oktober 2007 di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor.
4. Susulan daripada itu, sepuluh (10) buah sekolah rintis telah dipilih bagi
melaksanakannya iaitu; SMKA Maahad Muar, Johor; SMKA Sultan Muhammad, Melaka; SMKA Nibong Tebal, Pulau Pinang; SMKA Naim Lil-Banat, Kelantan; SMKA Sheikh Hj Othman Wahab, Sarawak; SABK Imtiaz Dungun, Terengganu; SABK SAM Tanjung Karang, Selangor; SABK Maahad Al-Aziz, Parit Perak; SABK SMA Al-Maarif, Kuantan Pahang dan SABK SMA Al-Nahdah, Yan Kedah.
5. Mesyuarat Pengurusan Bahagian Pendidikan Islam Bil.2/2010 pada 8 Februari
2010 telah memutuskan bahawa program SUMUR ini diserahkan kepada Operasi Dakwah BPI KPM dan telah dilaksanakan bermula tahun 2010 di semua SMKA dan SABK.
6. Aktiviti pelaporan berpusat telah dilaksanakan pada tahun 2012 melibatkan semua
SMKA dan SABK di enam (6) zon meliputi zon utara, zon tengah, zon selatan, zon timur, zon Sabah dan zon Sarawak.
7. Manakala bagi tahun 2013 pula, program SUMUR telah berjaya dilaksanakan di
semua sekolah kelolaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM iaitu 56 buah SMKA dan 159 buah SABK. Aktiviti pemantauan juga turut dilaksanakan di beberapa buah sekolah terpilih di seluruh negara bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan sebagaimana dirancang.
3
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SUMUR
1. Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) ini berada di bawah Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid dan merangkumi semua aktiviti sekolah. Penyelaras program SUMUR di peringkat sekolah pula perlu dilantik di kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI).
2. Program SUMUR ini terkandung di dalamnya empat (4) modul utama iaitu Modul Mutadayyin, Modul Berbudi Bahasa, Modul Jati Diri dan Modul Penampilan Diri.
3. Semua pelajar hendaklah diberitahu dan diperjelaskan secara terperinci tentang
pelaksanaan setiap modul supaya mereka faham dan menyedari bahawa sesuatu modul tersebut sedang berlangsung dan mereka turut terlibat dalam pelaksanaan modul tersebut. Pernyataan-pernyataan dalam bentuk banner dan bunting perlu dipamer sepanjang setiap modul itu berlangsung.
4. Proses penilaian bagi setiap modul adalah berdasarkan kumpulan-kumpulan kecil
pelajar (usrah) bagi meringan tugas guru. Guru (murabbi) perlu mengesahkan penilaian berdasarkan borang yang telah disediakan.
5. Usrah WAJIB dilaksanakan pada kadar minimum sekali sebulan di semua sekolah
SMKA dan SABK sama ada di sekolah yang mempunyai asrama atau tiada asrama. Pihak sekolah perlu menubuhkan satu badan contohnya Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR/BDK) untuk menguruskan program usrah ini.
6. Penilaian murid hendaklah dibuat sebanyak empat (4) kali iaitu dua minggu sekali
bagi tempoh dua bulan setiap modul itu berlangsung. 7. Penyelaras program SUMUR sekolah perlu menghantar peratus dapatan daripada
penilaian murid bagi setiap modul yang dilaksanakan secara berkala iaitu 4 kali setahun (April, Jun, Ogos dan November) dengan mengisi Borang Pelaporan yang dijana dalam MS Excel. Laporan keseluruhan pelaksanaan program SUMUR dalam bentuk ‘hard copy’ pula perlu dihantar kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM pada bulan November bagi tahun semasa.
8. Bagi tujuan pengurusan fail pula, pihak sekolah perlu menyediakan enam (6) fail
utama merangkumi :
a) Fail Panduan Pelaksanaan Program SUMUR b) Fail Induk c) Fail Aktiviti d) Fail BADAR/BDK e) Fail Penilaian Pelajar f) Fail Pemantauan
9. Sebarang kesulitan pada pelaksanaan program ini hendaklah dirujuk kepada penyelaras program SUMUR di BPI KPM.
4
5
MODUL A : MUTADAYYIN
6
MODUL B : BERBUDI BAHASA
7
MODUL C : JATI DIRI
8
MODUL D : PENAMPILAN DIRI
9
PERINCIAN MODUL SUMUR
MODUL 1 CIRI-CIRI AKTIVITI PELAKSANAAN
PENILAIAN ULASAN FEB - MAC
SOLAT BERKUALITI 1. Kempen Islah-Tazkirah –Mutadaiyin Awal program
Pertengahan Februari Minggu Ketiga
Pemantauan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah
1. Solat di awal waktu 2. Ceramah (1 x)
2. Solat berjemaah 3. Buletin
3. Solat sunat 4. Qiamullail
MUTADAYYIN
TADARUS AL-QUR’AN 1. Tadarus Al-Qur’an secara halaqah atau berpasangan.
(2 hari seminggu). Borang muhasabah diri
1. Bacaan secara tartil 2. Bengkel Tahsin Qiraati
2. Istiqamah membaca Al-Qur’an
3. Bacaan secara disemak
AMALAN ZIKIR DAN DOA BERTERUSAN
1. Buletin bulanan
Awal program Februari mingggu kedua
Hafazan zikir dan doa selepas solat
1. Basahi lidah dengan zikir dan doa
2. Ceramah kelebihan Zikir
2. Mulakan pekerjaan dengan iringan doa.
10
MODUL 2 CIRI-CIRI AKTIVITI PERLAKSANAAN PENILAIAN CATATAN
BERBUDI BAHASA
1. Hormat menghormati
من كان ي ؤمن باهلل والي وم اآلخر فاليكرم جاره )احلديث(
”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah ia menghormati jiran tetangganya”
لم أخو المسلم ال يظلمه وال يذله )احلديث(المس
” Seseorang Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya keseorangan ketika saudaranya memerlukan”
- kempen : * Ciri-ciri kempen memiliki 5 1 :
i. Informasi ii. Inovasi iii. Ilmiah iv. Intelek v. Islamik
Cadangan aktiviti :
i. Perasmian / Penutup ii. Sebaran Maklumat
(Reach Out) iii. Kempen 5 S
- Senyum - Salam - Sapa - Sopan - Sayang
iv. Sentuhan Jibril ” Sentuhan lima saat lebih bermakna daripada pertuturan 5 minit”
v. Mentor Mentee
APRIL - MEI - Penilaian Rakan sebaya - Penilaian Naqib (Mentor pelajar) - Penialain Guru Instrument rujuk lampiran
- awal dan akhir
program
- Sepanjang program
2. Tolong menolong
(92)سورة الفتح:
” Muhammad itu adalah utusan Allah dan
orang-orang yang bersama dengan dia
adalah keras terhadap orang-orang kafir,
tetapi berkasih sayang sesama mereka”
- Banner
Contoh :-
هم مثل هم وت راح السد، إذا ت رى المؤمني ف ت وادهر استكى منه عضو تداعى له سائر السد بالس
ى ما ال ت راه العي ال يأ سى عليه الفؤاد واحلم ()احلديث
”What the eyes sees not the heart
rues not
- Pemplet
- “Guruku ibubapaku”
- “ Kami sayang guru”
Seminggu Sekali
11
3. Mengenang budi / Menghargai
)سورة إبراهيم(
7. Dan (ingatlah juga) , tatkala Tuhanmu
memaklumkan; ” Sesungguhnya jika kamu
bersyukur , pasti kami akan menambah
(nikmat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari (nikmat-Ku), Maka
Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
)ال يشكر اهلل من ال يشكر الناس )احلديث(
”Orang yang tidak bersyukur kepada
manusia adalah orang yang tidak
bersyukur kepada Allah”
- Tayangan Clip Video
- Tayangan Filem / Drama
Cth :
i. Anakku Sazali
ii. Si Tanggang
iii. Siri Al- Hidayah
iv. Mutiara Hati
v. Cikgu Limau Kasturi
:
1. Sijil penghargaan
2. Perkongsian pengalaman
3. Cenderamata
4. Bertukar hadiah
- Waktu perhimpunan
rasmi
- Sebulan sekali untuk
tayangan filem
4. Laras Bahasa
كل مقام مقالل
18. Dan janganlah kamu memalingkan
mukamu dari manusia (karena sombong)
dan janganlah kamu berjalan di muka
bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah
tidak menyukai orang-orang yang
sombong lagi membanggakan diri.
19. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan
[1182] dan lunakkanlah suaramu.
Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah
suara keledai
(38وق ولوا للناس حسنا )سورة البقرة
ش فح ب الفحش وال الت إيكم والفحش فإن اهلل ت عال ال ي
()احلديث
” Waspadalah kamu dari kata-kata yang
kotor kerana sesungguhnya Allah tidak
suka kepada kata-kata kotor dan perilaku
yang cabul”
ا إن لمزح وال أق ول إال حق
)احلديث(
” Aku pun turut bergurau senda, tetapi aku
tidak mengatakan sesuatu, melainkan yang
benar belaka”
- Kaedah Penyampaian Lisan
i. Forum
ii. Tazkirah ringkas
iii. Nadwah (seminar)
iv. Multaqa (Rollcall)
v. Sumbang saran
vi. Ceramah
Mengikut kesesuaian
masa
- Persembahan
i. Pentoman
ii. Coral Speaking )كالم مجاعي(
iii. Lakonan
iv. Sajak/ Puisi
- Poster
i. Pertandingan
ii. Iklan di kelas dan sudut-
sudut pameran
قال احلكماء:
إن الكالم لفي الفؤاد وإمنا جعل اللسان على الفؤاد دليل
- Lagu / Nasyid berkaitan
budi bahasa
- Tokoh Pelajar
- Berdasarkan kepada penilaian
Mengikut kesesuaian
masa
Waktu senggang
Cth :-
i. Sebelum
perhimpunan
ii. Waktu rehat
iii. Waktu balik
iv. Waktu koku
v. Majlis penutup program
12
MODUL 3 CIRI-CIRI AKTIVITI PELAKSANAAN
PENILAIAN ULASAN JUN - JULAI
JATI DIRI
1. Berkeyakinan Usrah Sepanjang Tahun Borang soal-selidik
2. Sabar dan tabah Gotong-royang 1 hari Penilaian selepas program
3. Tetap pendirian Forum Hari Kebesaran Pemantauan
4. Semangat juang Pameran 1 hari
13
MODUL 4 CIRI-CIRI AKTIVITI PELAKSANAAN
PENILAIAN ULASAN OGOS - SEPT
PENAMPILAN DIRI
1. Pemakaian: 1. Kempen:
Sepanjang Program
Penampilan Diri Tunjuk
cara berpakaian
Borang soal-selidik
i) Kemas - Banner
ii) Bersih -Poster
iii) Sesuai mengikut
keadaan, tempat dan
majlis
-Pamplet
2. Adab: 2. Bengkel:
Bengkel Adab diberikan
kepada pelajar-pelajar
yang terpilih dan pelajar-
pelajar tersebut
menerangkan semula
kepada pelajar-pelajar lain
dalam LDK.
Pantauan secara
berterusan dan
penilaian diberikan
berdasarkan kriteria-
kriteria berikut:
i) Adab bercakap - Ceramah i- Kefahaman
ii) Adab menuntut ilmu -LDK ii-Penglibatan
iii) Adab bergaul iii-amalan
3. Kepemimpinan: 3. Pengucapan Tazkirah / ucapan oleh
pelajar sebelum kelas
bermula mengikut giliran
setiap hari persekolahan.
Dinilai oleh guru yang
mengajar bagi masa
pertama kelas tersebut.
i) Bijak membuat
keputusan Awam:
ii) Boleh berkomunikasi
dengan baik
4. Sikap Positif dan
Proaktif
4. Anugerah Pelajar
Mithali
Penilai berdasarkan
pencapaian keseluruhan
ciri-ciri yang
dikehendaki.
i) Aktif di dalam
aktiviti dalam / luar
kelas
ii) Suka membantu guru
dan pelajar lain
14
PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROGRAM SUMUR
BIL AKTIVITI JAN FEB MAR
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1 Surat Siaran Pelaksanaan SUMUR dari BPI KPM kepada SPI JPN dan Sekolah SMKA dan SABK
2 Mesyuarat Jawatankuasa SUMUR dan BADAR sekolah dan Perancangan Takwim SUMUR dan BADAR
3 Pelantikan AJK SUMUR dan BADAR sekolah
4 Pelancaran SUMUR dan Modul Mutadayyin peringkat sekolah
5 Pelaksanaan Modul Mutadayyin peringkat sekolah
6 Penilaian Program Mutadayyin oleh Naqib
7 Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Program Mutadayyin oleh Murabi dan Naqib
15
BIL AKTIVITI APRIL MEI
1 2 3 4 1 2 3 4
8 Pelaporan Modul Mutadayyin oleh sekolah kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM dalam Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel
9 Pelancaran dan pelaksanaan Modul Berbudi Bahasa peringkat sekolah
10 Penilaian Program Berbudi Bahasa oleh Naqib
11 Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Program Berbudi Bahasa oleh Murabi dan Naqib
16
BIL AKTIVITI JUN JULAI
1 2 3 4 1 2 3 4
12 Pelaporan Modul Berbudi Bahasa oleh sekolah kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM dalam Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel
13 Pelancaran dan pelaksanaan Modul Jati Diri peringkat sekolah
14 Penilaian Modul Jati Diri oleh Naqib
15 Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Modul Jati Diri oleh Murabi dan Naqib
17
BIL AKTIVITI OGOS SEPTEMBER
1 2 3 4 1 2 3 4
16 Pelaporan Modul Jati Diri oleh sekolah kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM dalam Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel
17 Pelancaran dan pelaksanaan Modul Penampilan Diri peringkat sekolah
18 Penilaian Modul Penampilan Diri oleh Naqib
19 Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Modul Penampilan Diri oleh Murabi dan Naqib
18
BIL AKTIVITI OKTOBER NOVEMBER
1 2 3 4 1 2 3 4
20 Pihak sekolah menyiapkan dokumentasi dalam bentuk ‘hard copy’ untuk dihantar kepada SPI JPN pada bulan November tahun semasa
21 Pelaporan Modul Penampilan Diri oleh sekolah kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI dalam Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel
22 Pihak sekolah menghantar dokumentasi pelaporan program SUMUR sepanjang tahun dalam bentuk ‘hard copy’ kepada SPI JPN
23 Pihak SPI JPN memilih pelaporan terbaik bagi 2 SMKA dan 2 SABK mewakili setiap negeri untuk dihantar ke BPI KPM
24 Pihak SPI JPN menghantar pelaporan terbaik mewakili negeri kepada BPI KPM
19
BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR MODUL A : MUTADAYYIN
20
BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR MODUL B : BERBUDI BAHASA
21
BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR MODUL C : JATI DIRI
22
BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR MODUL D : PENAMPILAN DIRI