PEKELILING PERKHIDMATAN
BIL. 6 TAHUN 2005
DASAR & OBJEKTIF LATIHAN “Menyedari pentingnya usaha-usaha
pembangunan sumber manusia dalam sektor awam, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah menetapkan setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri / dilengkapi dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan”
TAKRIF PERKARA DEFINISI
Kursus Jangka Panjang Kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi dua belas bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, am dan cuti akademik
Kursus Jangka Sederhana
Kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi tiga bulan tetapi tidak melebihi dua belas bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, am dan cuti akademik
Kursus Jangka Pendek Kursus sepenuh masa termasuk lawatan sambil belajar, seminar atau bengkel yang tempohnya tidak melebihi tiga bulan termasuk hari kelepasan mingguan, am dan cuti akademik
Samb. PERKARA DEFINISI
Latihan Proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, latihan semasa bekerja dan program mentoring/coaching atau seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi
Pembelajaran Berterusan
Proses mendapatkan ilmu pengetahuan sepanjang hayat yang melibatkan tiga elemen utama iaitu latihan, pembelajaran dan pembangunan diri
STRATEGI PELAKSANAAN
“Ketua Jabatan hendaklah memastikan anggota masing-
masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-
kurangnya tujuh hari setahun”
PELAKSANAAN
kepada semua kakitangan
TETAP sahaja.
Walaupun kakitangan kontrak tidak tertakluk kepada perlaksanaan 7 hari berkursus, tetapi digalakkan untuk menghadiri latihan terutama yang bersifat teknikal bagi menambah kompetensi, pengetahuan dan kemahiran pegawai.
KATEGORI LATIHAN BIL PROGRAM LATIHAN JENIS AKTIVITI
1 Latihan
i. Kursus; ii. Seminar; iii. Konvensyen; iv. Bengkel/Workshop v. Forum vi. Simposium vii.Kolokium viii.Lawatan Rasmi/Korporat/Sambil belajar; & ix. Klinik Kaunseling; dan x. Lain-lain nama program yang memenuhi
definisi latihan
2 Sesi Pembelajaran i. Sesi Pembelajaran PTM / PROSPEK; ii. Sesi Pembelajaran di peringkat
Kementerian/Jabatan, Bhgn, Caw. & Seksyen;
iii. Sesi Perkongsian ilmu di peringkat Kementerian/Jabatan, Bhgn, Caw. & Seksyen;
BIL PROGRAM LATIHAN JENIS AKTIVITI
iv. Program “Executive Talk” anjuran INTAN atau program yang seumpamanya;
v. Perhimpunan Bulanan Kementerian/ Jabatan, Bhg dan Caw.;
vi. Program Penerapan Nilai-nilai Murni dan Ceramah-ceramah khas pada bulan Ramadhan;
vii. Program Sambutan / Program Khas- Sambutan Bulan-bulan Islam/ Perayaan yang mengandungi ucapan/ceramah/forum;
viii. Pertemuan Mentor dan Mentee; ix. Sesi perbincangan / perkongsian idea
Pengurusan Tertinggi / Tetamu Jemputan Khas; Pembentangan Kertas Kerja di Seminar, Konvensyen, Simposium, Persidangan; dan
x. Sesi kaunseling Persidangan; dan
BIL PROGRAM LATIHAN JENIS AKTIVITI
xi. Menyampaikan ceramah di dalam Kursus/Bengkel (Modul yang pertama kali dibentangkan atas tajuk yang sama sahaja diambil kira)
3 Pembelajaran Kendiri i. Penggunaan portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) – www.epsa.intan.my ;
ii. Penggunaan portal e-pembelajaran yang diiktiraf oleh Jabatan/Kerajaan;
iii. Penggunaan Pangkalan Repositori Ilmu Sumber Manusia (PRISMA-HRMIS);
iv. Pembacaan buku ilmiah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (buku biasa/bentuk fizikal @ e-book); dan
v. Pembacaan Jurnal Ilmiah/ Laporan/ Kajian dan lain-lain bahan ilmiah secara fizikal @ maya (virtual). Sebaiknya bahan yang dibentangkan mendapat persetujuan pegawai penyelia.
PROGRAM YANG BOLEH DIAMBIL KIRA SEBAGAI
LATIHAN/KURSUS DI MPOB
BIL JENIS PROGRAM PENERANGAN
1 Perjumpaan Profesional & Saintifik
Taklimat dari Ketua Pengarah
2 Mesyuarat Bahagian (mengambil masa sehingga 1 @ 2 hari)
Perbincangan mengenai tugas atau masalah di dalam unit bersama Pengarah Bahagian
3 Perbincangan Unit / Kumpulan
Perbincangan mengenai tugas atau masalah di dalam seksyen/ kumpulan bersama Ketua Unit
4 Latihan secara percuma anjuran “supplier equipment”
Latihan berkenaan dengan barang/mesin yang baru dibeli
5 Perhimpunan Bulanan MPIC Taklimat dari YB Menteri
6 PAC Meeting Membincangkan mengenai penyelidikan baru yang akan dijalankan
7 Viva Meeting Membentangkan mengenai hasil penyelidikan yang telah dijalankan
SAMBUNGAN….
BIL JENIS PROGRAM PENERANGAN
8 Ceramah : Keutuhan Kesihatan & Keselamatan PUSPANITA PKKIM MPIC Latihan Menembak/Sentap, Fire Drill dan lain-lain
Program Nilai-nilai Murni yang memberikan motivasi atau pengetahuan selain dari tugas harian
9 Latihan Sangkutan di unit / bahagian lain (“work attachment”)
Mempelajari proses kerja yang berlainan dengan tugas harian
10 Pembentangan Kertas Kerja Membentangkan kertas kerja penyelidikan semasa seminar atau persidangan di dalam / luar MPOB
11 “On the job training” – sekurang-kurangnya 3 hari
Mempelajari berkenaan dengan kaedah/ cara/ proses/ kerja/ alatan/ mesin yang baru/lain daripada kerja harian/semasa
Semua Pegawai/Kakitangan MPOB dikehendaki supaya mengisi Buku Log Latihan yang telah diedarkan dengan merekod apa jua bentuk latihan yang telah dijalani dan
Kemukakan kepada UPIPP apa-apa jua latihan seperti yang telah direkodkan di atas pada setiap bulan bagi tujuan rekod latihan.
Maklumat boleh dihantar kepada :
[email protected] / [email protected] /
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada :