Download - Pelbagai Kaedah Mengajar Lagu
-
8/18/2019 Pelbagai Kaedah Mengajar Lagu
1/2
Kaedah Mengajar Lagu
Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-
kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning).
Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk.
Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory)
murid. Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah
a! Kaedah keseluruhan lagu
b! Kaedah baris demi baris
c! Kaedah solfege
Kaedah Keseluruhan Lagu
"esuai untuk mengajar lagu pendek.
#angkah-langkah
a! Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.
b! $uru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik.
c! Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan %okal
a,e,i,o,u! berulang-ulang.
d! Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya.
e! Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.
Kaedah Baris Demi Baris
Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran
lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti
dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi
keseluruhan lagu.
#angkah-langkah
a! Memperdengar keseluruhan lagu.
b! Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming.
c! Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris demi baris.
d! Mengikut guru menyanyi lirik baris demi baris.
e! Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.
f! Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.
-
8/18/2019 Pelbagai Kaedah Mengajar Lagu
2/2
Kaedah Solfege Dengan Isyarat Tangan
Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan bacaan
notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d&! digunakan sebagai sebutan pic.
Kaedah ini digunakan untuk sistem 'do& bergerak (movable 'do&! yang mana pic 'do&
bergantung kepada nada lagu. Misalnya dalam nada major-minor, pic 'do& ialah not
. Manakala bagi nada D major-minor, pic 'do& ialah not D.
)syarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk
membantu pengajaran secarasolfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat
tangan membantu perkembangan inner-hearing sambil melihat notasi muzik.