PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF MENGGUNAKAN
PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN SENARIO BAGI TAJUK
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM
FARIDAH BINTI MOHAMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN SENARIO BAGI TAJUK PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM
SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008
Saya : FARIDAH BINTI MOHAMAD
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan
dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar
yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : PUAN NORASYKIN BT MOHD ZAID
(NAMA PENYELIA) 2669 JALAN TELAGABATU SEBERANG MARANG 21600, MARANG TERENGGANU
Tarikh : 02 MEI 2008 Tarikh : 02 MEI 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)”.
Tandatangan : _____________________________
Nama Penyelia : PN. NORASYKIN BT MOHD ZAID
Tarikh : 02 MEI 2008
i
PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF
MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN
SENARIO BAGI TAJUK PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA
BERASASKAN CD-ROM.
FARIDAH BINTI MOHAMAD
Tesis ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2008
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : _______________________________
Nama Penulis : FARIDAH BINTI MOHAMAD
Tarikh : 02 MEI 2008
iii
Buat yang teristimewa,
Ayahanda yang dikasihi Mohamad bin Embong
Bonda yang disayangi Yahana bt Othman
Abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik yang diingati Roslan, Suhaimi, Marlina,
Liza, Asiah, Muhammad Yusof dan Muhammad Amirul
Anak saudara yang disayangi Ahmad Asyraf, Ariesya Saffiyah, Ammar Aqashah,
Afiq Aqashah dan Irfan Mukhriz
Yang banyak membantu Mohd Rashidi Ahmad dan rakan-rakan seperjuangan
Segala pengorbanan kalian sumber inspirasi bagiku untuk meneruskan perjuangan.
Kejayaan ini adalah hadiah buat kalian.
Sekian, terima kasih.
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
projek yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah
ditetapkan. Di kesempatan ini, pembangun ingin merakamkan sejuta penghargaan
ikhlas buat penyelia projek, Pn. Norasykin binti Mohd Zaid yang telah banyak
membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi
dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh pembangunan ini
dijalankan.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa tersayang dan juga adik beradik yang
sentiasa memberi sokongan dan semangat bagi membangunkan Projek Sarjan Muda
ini.
Akhir sekali, pembangun ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan
jayanya.
Semoga Allah memberkati semua.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Penggunaan teknologi multimedia pada masa kini telah menjadi suatu
keperluan dalam usaha membangun dan memperkembangkan bidang pendidikan.
Sehubungan itu, pembangunan modul multimedia interaktif bagi kursus
Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM dihasilkan dengan
kombinasi beberapa eleman multimedia seperti penggunaan teks, grafik, audio dan
animasi. Selain itu, pembangunan modul pembelajaran ini dapat membantu dan
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Model rekabentuk pengajaran
ADDIE telah digunakan sebagai panduan dalam merekabentuk modul pembelajaran
ini. Modul ini mengaplikasikan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Senario
(Scenario Based Learning) dan menggunakan teori konstriktivisme bagi menjana
pemahaman serta pemikiran pelajar dalam tajuk tersebut. Modul ini dibangunkan
menggunakan perisian Macromedia Authoware 7.0 sebagai platform pembangunan,
di samping penggunaan perisian Macromedia Flash MX 2004, Adobe Photoshop CS
dan Sound Forge 7.0, sebagai perisian sokongan bagi menghasilkan modul
pembelajaran yang lebih menarik. Dengan terhasilnya modul multimedia interaktif
ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dan secara tidak langsung
menambahkan koleksi bahan rujukan yang diterbitkan oleh Fakulti
vi
ABSTRACT
The use of multimedia technology nowadays has become an essential with
the aim to develop and expand our education field. In conjunction with that, the
development of an interactive multimedia module for Pembangunan Perisian
Multimedia Berasaskan CD-ROM course was done with the combination of
interactive multimedia elements such as text, graphic, audio and animation. This
interactive module can assist and ease the teaching and learning process. Apart from
that, ADDIE instructional design model has been used as a guideline in constructing
this interactive learning module. This module also implements Scenario Based
Learning approach and constructivism theory in order to generate a fine
comprehension and clear thoughts among students in the topic. This interactive
module has been developed using Macromedia Authorware 7.0 as a development
platform, together with the usage of other supporting software namely Macromedia
Flash MX 2004, Adobe Photoshop CS and Sound Forge 7.0 in order to produce an
attractive module. This module will be beneficial for both students and faculty. For
instance, it would be help in increasing student’s achievement n provide
supplementary learning materials.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN
xiv
SENARAI LAMPIRAN 80
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 5
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 6
1.6 Kepentingan Projek 7
1.6.1 Pelajar 7
1.6.2 Pensyarah 7
viii
1.6.3 Fakulti 8
1.7 Skop Projek 8
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Modul 9
1.8.2 Multimedia 9
1.8.3 Pengajaran 10
1.8.4 Pembelajaran 10
1.8.5 Interaktif 10
1.8.6 CD-ROM 11
1.9 Penutup 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Modul 14
2.2.1 Prinsip-Prinsip Modul 16
2.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer 16
2.4 Keberkesanan PBK Dalam Pendidikan 18
2.5 Strategi Pengajaran dalam Perisian Multimedia 19
2.5.1 Latih Tubi 19
2.5.2 Tutorial 20
2.5.3 Simulasi 20
2.5.4 Permainan 20
2.5.5 Penyelesaian Masalah 21
2.6 Teori Pembelajaran 21
2.6.1 Teori Konstruktivisme 22
2.6.2 Implikasi Teori Konstruktivisme dalam P&P 23
2.7 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Senario 26
2.8 Multimedia 29
2.8.1 Teks 30
2.8.2 Grafik 30
2.8.3 Video 30
2.8.4 Audio 31
ix
2.8.5 Animasi 31
2.8.6 Hypermedia 31
2.9 Penggunan Multimedia dalam Pendidikan 32
2.10 Kelebihan Multimedia Dalam Pendidikan 32
2.11 Proses Pembangunan Modul Interaktif 33
2.12 Penutup 36
BAB 3 REKABENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Model ADDIE 38
3.2.1 Fasa Analisis 38
3.2.1.1 Analisis Terhadap Pengguna 39
3.2.1.2 Pemilihan Skop dan Tajuk 39
3.2.1.3 Analisis Terhadap Persekitaran
Pembelajaran 39
3.2.2 Fasa Rekabentuk 40
3.2.2.1 Objektif Pengajaran 40
3.2.2.2 Pemilihan Strategi Pengajaran 41
3.2.3 Fasa Pembangunan 41
3.2.4 Fasa Perlaksanaan 42
3.2.5 Fasa Penilaian 43
3.3 Pemilihan Perisian 43
3.3.1 Perisian Pengarangan 43
3.3.2 Perisian Sokongan 44
3.3.2.1 Adobe Photoshop CS 45
3.3.2.2 Sound Forge 7.0 45
3.3.2.3 Macromedia Flash MX 2004 45
3.4 Carta Alir Perisian 46
3.5 Penutup 48
x
BAB 4 HASIL REKABENTUK PERISIAN
4.1 Pengenalan 49
4.2 Pakej dan Cara Penggunaan Modul Multimedia 49
4.3 Struktur Asas dan Kandungan Modul Multimedia 50
4.4 Ikon Permulaan 51
4.5 Permulaan Modul Multimedia 51
4.6 Menu Utama (menu) 53
4.6.1 Sepintas Lalu 54
4.6.2 Model Rekabentuk Instruksi (senario 1) 55
4.6.3 Pengurusan Projek Multimedia (senario 2) 59
4.6.4 Glosari 61
4.6.5 Latihan 62
4.6.6 Bantuan 63
4.6.7 Kredit 64
4.6.8 Keluar 66
4.7 Ciri-ciri multimedia Dalam Modul Multimedia 66
4.7.1 Teks 67
4.7.2 Warna 67
4.7.3 Grafik 67
4.7.4 Animasi 68
4.7.5 Audio 68
4.8 Penutup 69
xi
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 70
5.2 Rumusan Perisian 70
5.3 Masalah-Masalah yang Dihadapi Semasa Proses
Pembangunan Perisian 71
5.3.1 Pemilihan Strategi 72
5.3.2 Menghasilkan Rekabentuk Yang Sesuai 72
5.3.3 Mengintergrasikan Elemen Multimedia
Dengan Lebih Efektif 72
5.4 Kelebihan Perisian 73
5.5 Kelemahan Perisian 74
5.6 Cadangan 74
5.7 Kesimpulan 75
5.8 Penutup 76
RUJUKAN 77
xii
SENARAI RAJAH
No. Rajah Tajuk Muka
Surat
2.1 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 34
3.1 Carta Alir Perisian – Menu Utama 47
4.1 Antaramuka Montaj Intro (i) 52
4.2 Antaramuka Montaj Intro (ii) 53
4.3 Antaramuka Antaramuka Paparan Menu Utama 54
4.4 Antaramuka Antaramuka Paparan Sepintas Lalu 55
4.5 Antaramuka Paparan Senario 1
(Model Rekabentuk Instruksi) 56
4.6 Antaramuka Senario 1- Perpustakaan 56
4.7 Antaramuka Senario 1 – E-learning 57
4.8 Antaramuka Senario 1 – Internet 57
4.9 Antaramuka Senario 1- Pensyarah 58
4.10 Antaramuka Senario 1- Kawan 58
4.11 Antaramuka Paparan Senario 2 59
4.12 Antaramuka Senario 2-Paparan Dialog 60
4.13 Antaramuka Senario 2-Paparan Dialog
- Paparan Konsep Projek 60
4.14 Antaramuka Paparan Glosari 61
4.15 Antaramuka Paparan Latihan 62
4.16 Antaramuka Paparan Latihan – Soalan 1 63
4.17 Antaramuka Paparan Bantuan 64
4.18 Antaramuka Paparan Kredit (i) 65
4.19 Antaramuka Paparan Kredit (ii) 65
xiii
4.20 Antaramuka Paparan Keluar 66
xiv
SENARAI SINGKATAN
ABM Alat bantu mengajar
CD Cakera padat (Compact Disc)
CD-ROM Compact Dics-Read Only Memory
FP Fakulti Pendidikan
IT Information Technology
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
MSC Multimedia Super Coridor
PBK Pengajaran Berbantukan Komputer
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
SBL Scenario Based Learning
UTM Universiti Teknologi Malaysia
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di negara kita merupakan satu bidang yang sangat dititik beratkan
oleh kerajaan. Mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010,
kementerian telah memperuntukkan sejumlah wang bagi program pendidikan untuk
menjayakan beberapa teras pembaharuan dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu
salah satunya membangunkan modal insan negara. Modal insan yang berkualiti
merupakan elemen kritikal bagi mencapai misi nasional negara serta melahirkan
warganegara yang produktif, mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dan
bertanggungjawab selaras dengan wawasan negara. Pembangunan modal insan akan
dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi pemerolehan pengetahuan dan
kemahiran atau modal intelek serta memiliki sikap, nilai dan etika positif melalui
pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.
Proses pengajaran dan pembelajaran telah bermula sejak kita lahir tanpa kita
sedari. Proses tersebut sentiasa berjalan secara formal atau tidak formal di mana
sahaja. Falsafah pendidikan kebangsaan menyatakan:
’pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
2
dari segi intelek, rohani, emosi jasmani dan sahsiah berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan’.
(Falsafah Pendidikan)
Ini adalah bertujuan melahirkan generasi bijak pandai yang akan menerajui negara
merentas dunia global dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang
teguh, maju dan bersatu padu walaupun terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang
harus dihadapi.
Bagi merealisasikan pernyataan tersebut, semua pihak harus bekerjasama
menyumbang tenaga bagi menghasilkan produktiviti yang cemerlang. Usaha
menjamin kualiti pendidikan di negara kita bukan semata-mata merupakan tugas
individu atau jabatan tertentu, tetapi ia merupakan tugas ahli masyarakat. Ini selaras
dengan teras keenam di dalam pelan induk pembangunan pendidikan iaitu
meningkatkan kecemerlangan institusi pendidikan negara. Salah satu usaha yang
dilakukan ialah dengan menyediakan bahan pembelajaran yang bermutu dan
berkesan. Bahan pembelajaran yang bermutu akan memberi kesan yang besar dalam
sistem pendidikan negara. Ini kerana, ia mampu menarik minat pelajar untuk terus
belajar serta meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan.
Salah satu bahan pembelajaran yang dianggap bermutu dan berkesan ialah
modul interaktif berasaskan multimedia. Modul telah diterima pakai oleh masyarakat
sejak dahulu lagi. Menurut Sidek Mohd Naoh et al. (2005), modul ialah satu unit
pengajaran dan pembelajaran yang membincangkan sesuatu tajuk tertentu secara
sistematik dan berturutan bagi memudahkan pelajar belajar secara bersendirian bagi
menguasai sesuatu unit pembelajaran dengan mudah dan tepat. Namun ia sering
mendapat saingan dari media elektronik selaras dengan ledakan teknologi maklumat
masa kini.
Oleh itu, jika modul dihasilkan berasaskan multimedia, ia mungkin akan
memberi impak yang positif kepada pelajar dan pengguna. Multimedia merupakan
3
sesuatu yang dinamik maka apabila ianya diserap ke dalam bidang pendidikan maka
lahirlah satu konsep yang dinamakan edutaiment (education + entertainment)
(Jamalludin, 2000). Maka lahirlah banyak aplikasi multimedia yang bercorak
edutainment terutamanya bagi pelajar-pelajar muda dan remaja.
Pendekatan pembelajaran berasaskan multimedia mampu memindahkan
sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran
baru yang lebih menarik (Jamalludin, 2000). Para pelajar boleh belajar mengikut
kesesuaian masa serta dapat menikmati keseronokan menerokai pembelajaran dan
memperkembangkan pengetahuan sedia ada. Di samping meningkatkan minat
terhadap kemahiran, ia juga mampu mencungkil daya kreativiti dan inovasi mereka
dengan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari untuk menghasilkan teknologi
baru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Setiap program di bawah kendalian Jabatan Multimedia dan Jabatan Sains
Sosial perlu mendaftar kursus Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-
ROM dengan kod SPM 4332. Kursus ini adalah bertujuan memberi pengalaman
kepada pelajar membangunkan perisian multimedia pendidikan bagi satu tajuk dalam
mana-mana mata pelajaran di sekolah. Pembangunan tersebut adalah berasaskan
kepada gabungan teori dan kemahiran yang telah dikembangkan dalam kursus-kursus
terdahulu. Namun, kursus ini masih tidak mempunyai modul khusus untuk dijadikan
modul P&P dan bahan rujukan elektronik. Keadaan ini mendatangkan banyak
masalah kepada pelajar.
Terdapat banyak bahan rujukan yang berkaitan dijual dipasaran hari ini.
Namun yang menjadi masalah para pelajar ialah buku rujukan tersebut tidak
disekelompokkan mengikut kursus SPM 4332 yang digariskan oleh Jabatan
Multimedia Fakulti Pendidikan. Keadaan ini mengakibatkan pelajar terpaksa
merujuk kepada bilangan rujukan yang banyak dan kadang kala tidak mendapat
4
sumber rujukan yang bertepatan. Secara tidak langsung, pelajar juga menjadi tidak
yakin apabila hendak membuat tugasan dan terutama sekali apabila hendak membuat
persediaan mengulangkaji bagi peperiksaan. Dengan terhasilnya modul multimedia
interaktif bagi matapelajaran Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-
ROM dapat memberikan pelajar bahan rujukan yang berkualiti serta kandungan yang
menepati silibus.
Kebanyakan bahan rujukan yang terdapat di pasaran tidak mempunyai
kepelbagaian bentuk dan hanya berunsurkan teks semata-mata, namun pelajar
mempunyai pelbagai cara untuk belajar. Oleh kerana bahan rujukan dalam bentuk
CD-ROM kurang atau tidak terdapat di pasaran, pelajar perlu membawa bahan
rujukan yang agak berat tersebut apabila menghadiri kuliah atau membuat tugasan
berkumpulan. Penghasilan modul multimedia interaktif ini secara tidak langsung
dapat membantu pelajar kerana ia merupakan bahan rujukan yang sangat fleksibel.
Selain itu, bahan rujukan tersebut kurang menarik kerana menyampaikan isi
pembelajaran secara teks linear. Ini secara tidak langsung mengakibatkan
pembelajaran menjadi tidak menarik dan tidak menyeronokkan. Pembelajaran juga
lebih berpusat kepada peperiksaan bukannya untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Oleh itu, bahan pembelajaran yang menerapkan unsur atau elemen multimedia perlu
bagi menarik minat pelajar. Menurut Mohd Bilal Ali et al. (2002), kebanyakan
penyelidikan telah membuktikan bahawa pengajaran berbantukan komputer yang
dirancang dengan teliti mampu mempertingkatkan pengetahuan dan mengubah sikap
pelajar.
Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, pembangun ingin membangunkan
satu modul multimedia interaktif bagi kursus ini dalam bentuk CD-ROM. Modul ini
mengandungi elemen multimedia bagi menarik minat pelajar untuk belajar secara
seronok dan berkesan. Selain menjanjikan keseronokan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, multimedia juga memudahkan banyak proses penyaluran ilmu
(Jamalludin, 2000). Ini terutamanya bagi program-program pendidikan jarak jauh
atau separuh masa yang mana pelajar dan pendidik tidak dapat bertemu secara
bersemuka sepanjang masa.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Memandangkan masih tidak terdapat modul khusus untuk kursus SPM 4332,
maka wajar bagi saya menyediakan sebuah modul khusus bagi kursus ini. Tajuk yang
dipilih untuk penghasilan modul ini ialah Modul Multimedia Interaktif
Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan senario Bagi Tajuk
Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan . Penghasilan modul multimedia ini
adalah bertujuan untuk beberapa mengatasi masalah berikut :
i. ketiadaan modul khusus untuk kursus SPM 4332
ii. tiada kepelbagaian dalam penyediaan bahan rujukan sedangkan pelajar
mempunyai pelbagai cara untuk belajar
Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar sedikit sebanyak mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar yang mengambil kursus SPM 4332.
Gangguan-gangguan tersebut boleh mengakibatkan proses P&P menjadi tidak
berkesan. Dengan terhasilnya Modul Multimedia Interaktif Pembangunan Perisian
Multimedia Berasaskan CD-ROM boleh mengurangkan beberapa masalah yang
dihadapi oleh para pelajar yang mendaftar matapelajaran ini. Maklumat seperti isi
pelajaran mudah disampaikan dan difahami kerana modul ini mengikut silibus yang
ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran juga
menjadi lebih menarik dan efektif kerana modul pembelajaran yang dihasilkan
adalah lebih menarik berbanding buku rujukan bercetak yang berbentuk teks linear.
1.4 Objektif Projek
Pembangunan projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah
modul pembelajaran interaktif berasaskan multimedia untuk kegunaan para pelajar
dan pensyarah bagi kursus Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM
(SPM 4332). Objektif projek ini ialah:
6
i. membangunkan modul multimedia interaktif berdasarkan pendekatan
Scenario Based Learning.
ii. menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran dengan
menggabungkan elemen-elemen multimedia mengikut huraian sukatan
pelajaran Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan, UTM.
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk
Pembangun memilih 3 tajuk pertama bagi kursus pembangunan berasaskan
CD-ROM kerana ia merupakan subtajuk yang penting. Pelajar yang mendaftar
kursus ini perlu memahami 3 subtajuk pertama sebelum melangkah ke subtajuk
seterusnya. Subtajuk ini merupakan pendahuluan atau pengenalan kepada sesuatu
pembangunan perisian multimedia berasaskan CD-ROM.
PBK memudahkan para pelajar belajar di mana sahaja serta dapat
memudahkan proses pembelajaran para pelajar. Perisian multimedia yang berasaskan
pendekatan SBL merupakan sesuatu yang positif dalam perkembangan pendidikan
terkini di negara kita. Hal ini menunjukkan bahawa pendekatan SBL ini merupakan
satu kaedah pembelajaran yang efektif dan berkesan untuk dipraktikkan, bukan
sahaja di peringkat sekolah, malahan di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu,
perisian multimedia yang mengandungi gambar, grafik, animasi, audio dan video
turut membantu pelajar memahami dan mengingati apa yang dipelajari dengan lebih
baik. Modul pembelajaran ini juga membantu pelajar dari segi membuat persediaan
awal atau pra bacaan sebelum mengikuti waktu kuliah yang sebenar. Ini
membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah dengan adanya sumber bacaan
awal.