PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
MATEMATIK TINGKATAN TIGA BERTAJUK TRIGONOMETRI
MENGGUNAKAN PENDEKATAN TUTORIAL
NURUL AIN BAHYAH BINTI BAHARUDDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER MATEMATIK TINGKATAN TIGA BERTAJUK TRIGONOMETRI MENGGUNAKAN PENDEKATAN TUTORIAL
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya, NURUL AIN BAHYAH BINTI BAHARUDDIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh,
__________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: NO. 23, JLN. KEMULIAAN 20, EN. SHAHARUDDIN MD SALLEH TAMAN UNIVERSITI, Nama Penyelia 81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR
Tarikh: 6 MEI 2009 Tarikh: 6 MEI 2009
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik).”
Tandatangan : …………………….........................
Nama Penyelia : Encik Shaharuddin bin Md. Salleh
Tarikh : 6 Mei 2009
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
MATEMATIK TINGKATAN TIGA BERTAJUK TRIGONOMETRI
MENGGUNAKAN PENDEKATAN TUTORIAL
NURUL AIN BAHYAH BINTI BAHARUDDIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2009
ii
“Saya akui bahawa kajian bertajuk ‘Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan
Komputer Matematik Tingkatan Tiga Bertajuk Trigonometri Menggunakan Pendekatan
Tutorial” ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………….........................
Nama Pelajar : Nurul Ain Bahyah binti Baharuddin
Tarikh : 6 Mei 2009
iii
DEDIKASI
Istimewa buat insan-insan yang disayangi…
Abah, Umi, serta adik-adik,
BAHARUDDIN MOHD. SHARIF
LORNIAH ABDULLAH
TAWFIQ, HANNA, FARID, FARRIS dan SYAFIQ
Doa dan restu kalian mengiringi setiap langkah perjalananku.
Rakan-rakan seperjuangan,
Teman di kala suka dan duka,
Yang banyak membantu serta berkongsi idea.
Tidak lupa buat insan yang sentiasa memberi sokongan
serta dorongan tanpa pernah mengenal erti jemu.
Terima kasih semua…
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…
Syukur Alhamdulillah, dengan limpah dan kurniaNya dapatlah akhirnya saya
menyiapkan juga Projek Sarjana Muda dengan sempurna sebagai melengkapi syarat
untuk menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia ini.
Sekalung penghargaan saya buat semua yang terlibat dalam proses penghasilan
projek ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terutama sekali buat penyelia
saya, Encik Shaharuddin Md. Salleh, yang sudi memberi tunjuk ajar kepada saya serta
membantu saya menyelesaikan masalah berkaitan projek saya ini. Jutaan terima kasih
diucapkan.
Tidak lupa juga buat ibu, bapa serta ahli keluarga yang banya memberi sokongan
serta dorongan untuk saya menyiapkan projek ini. Buat teman-teman seperjuangan yang
tidak kedekut berkongsi idea serta pandangan. Akhir sekali, semoga projek ini dapat
membantu yang lain mendapatkan idea yang lebih bernas.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Penggunaan teknologi yang semakin luas dewasa ini memberi ruang dan peluang
bagi menghasilkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam
tajuk Trigonometri bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan Tiga. Perisian PBK
berkonsepkan tutorial ini dibangunkan berdasarkan kepentingannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Elemen visualisasi diterapkan bagi memberikan
kesan yang positif dalam aktiviti P&P. Visualisasi dapat membantu pelajar yang sangat
lemah dan bersifat sederhana dalam meningkatkan daya keupayaan kognitif mereka
(Norasikin dan Zawawi, 2005). Perisian PBK ini juga untuk membantu pelajar dalam
memahami konsep pembelajaran serta mengukuhkan maklumat sedia ada mereka.
Berdasarkan Model Reka Bentuk Hannafin & Peck, PBK ini dibangunkan dengan
menggunakan Macromedia Authorware 7 yang merupakan perisian yang utama dan
disokong dengan perisian lain iaitu Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS3, Sound
Forge 7.0 dan Microsoft Office. Gabungan perisian-perisian ini dapat menghasilkan
pelbagai media seperti grafik, teks, animasi, audio dan interaktiviti untuk menghasilkan
suatu sistem pembelajaran multimedia yang interaktif bagi mengekalkan tumpuan pelajar.
Bersesuaian dengan pendekatan yang diguna, terdapat pelbagai jenis media yang dapat
membantu menterjemahkan isi pembelajaran ke bentuk yang lebih mudah difahami.
Dengan terhasilnya PBK ini diharapkan dapat membantu pelajar memahami serta
menguasai konsep Trigonometri.
vi
ABSTRACT
The emergence of technology uses giving some spaces and chances to develop
and produce an education courseware about Trigonometry for Mathematics Form Three
subject. According to the importance of computer in teaching and learning process in
school, the tutorial type of educational courseware was developed by include visual
elements to give some positive effects in teaching and learning activities. Visualisation
can help weak students to increase their cognitive ability (Norasikin dan Zawawi, 2005).
The purpose of this education courseware development is in order to help students
understanding their learning concepts and also strengthen their existence information.
Based on Systematic Instructional Design Model by Hannafin & Peck, this educational
courseware was developed by using the main authoring language software, which was
Macromedia Authorware 7 supported with other software such as Flash Professional 8,
Adobe Photoshop CS3, Sound Forge 7.0 and Microsoft Office. The combination of all
this software can produce the variety of media there are graphic, text, animation, audio
and interactivity for produce an interactive multimedia education system to preserve
students’ focus. According to the approach using, there are a lot of media that will help to
translate the learning contents to the simply to understand. Hopefully, this education
courseware will help students to understand and powering their Trigonometry concepts.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Projek 8
1.5 Persoalan Projek 9
viii
1.6 Rasional Projek 9
1.7 Kepentingan Projek 11
1.7.1 Pelajar 11
1.7.2 Guru 12
1.7.3 Sekolah 12
1.7.4 Kementerian Pelajaran 13
1.7.5 Ibu Bapa 13
1.8 Skop Projek 14
1.9 Batasan Projek 14
1.10 Definisi Istilah 15
1.10.1 Perisian 15
1.10.2 PBK 15
1.10.3 Multimedia 16
1.10.4 Tutorial 16
1.10.5 Teori Konstruktivisme 17
1.10.6 Teori Kognitif 17
1.10.7 Visualisasi 18
1.10.8 Trigonometri 18
1.11 Penutup 19
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 20
2.2 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer 22
2.2.1 PBK Latih Tubi 24
2.2.2 PBK Tutorial 24
2.2.3 PBK Simulasi 25
2.2.4 PBK Jenis Permainan 26
2.2.5 PBK Jenis Penyelesaian Masalah 26
ix
2.3 Kelebihan PBK dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran 27
2.4 Teknologi Multimedia dalam Pendidikan 28
2.4.1 Video 31
2.4.2 Grafik 31
2.4.3 Audio 32
2.4.4 Teks 33
2.4.5 Animasi 33
2.5 Teori Pengajaran dan Pembelajaran dalam PBK 34
2.5.1 Teori Kognitif 34
2.6 Aplikasi Konsep Visualisasi dalam PBK 37
2.7 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer 38
2.7.1 Pembelajaran Aktif 39
2.7.2 Pembelajaran Anjal 39
2.7.3 Pembelajaran Reflektif 40
2.7.4 Pembelajaran Bersepadu 40
2.7.5 Pembelajaran Koperatif 41
2.7.6 Pembelajaran Kolobratif 41
2.8 Aplikasi Multimedia dalam Perisian PBK Matematik 42
2.9 Kesan PBK dalam Pendidikan 43
2.10 Penutup 44
BAB 3 REKA BENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan 45
3.2 Model Reka Bentuk Perisian 46
3.2.1 Fasa Analisa Keperluan 47
3.2.1.1 Menganalisis Pelajar 48
3.2.1.2 Menganalisis Maklumat dan Isi Pelajaran 48
x
3.2.1.3 Menyatakan Objektif 49
3.2.1.4 Menganalisis Keperluan Perkakasan 50
3.2.1.5 Menganalisis Keperluan Perisian 51
3.2.1.6 Menganalisis Pendekatan yang
Digunakan 52
3.2.2 Fasa Reka Bentuk 52
3.2.2.1 Isi Kandungan 53
3.2.2.2 Reka Bentuk Antaramuka 54
3.2.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 54
3.2.4 Fasa Penilaian dan Pengulangan 55
3.3 Carta Alir Perisian 56
3.4 Reka Bentuk Aplikasi 56
3.4.1 Reka Bentuk Informasi 57
3.4.2 Reka Bentuk Interaksi 58
3.4.3 Reka Bentuk Antara Muka 59
3.4.3.1 Grafik 60
3.4.3.2 Animasi 60
3.4.3.3 Video 60
3.4.3.4 Teks 61
3.4.3.5 Audio 61
3.5 Penutup 62
BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 63
4.2 Reka Bentuk Perisian 64
4.2.1 Muka Depan Perisian 66
4.2.2 Menu Utama Perisian 68
4.2.3 Skrin Isi Pelajaran 69
4.2.3.1 Paparan Nota 70
xi
4.2.3.2 Paparan Tutorial 73
4.2.4 Skrin Latihan 74
4.2.4.1 Paparan latihan 75
4.2.4.2 Paparan Ujian 76
4.2.4.3 Paparan aktiviti 80
4.2.5 Skrin Keluar Perisian 82
4.3 Penutup 84
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 85
5.2 Perbincangan 86
5.3 Masalah-Masalah yang Diahadapi Semasa
Pembangunan Perisian 88
5.3.1 Kekurangan Kepakaran 89
5.3.2 Kekangan Masa 89
5.3.3 Kekurangan Sumber Bahan 90
5.4 Kelebihan Perisian 91
5.5 Kelemahan Perisian 92
5.6 Kesimpulan 92
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 93
5.7.1 Menjalankan Kajian 93
5.7.2 Penambahan Elemen Multimedia 94
5.7.3 Penambahan Set Soalan 94
5.7.4 Menjalankan Pengujian Perisian 95
5.8 Penutup 95
BIBLIOGRAFI 96
LAMPIRAN 102
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Model Reka Bentuk Hannafin & Peck 47
4.1 Paparan Persembahan Montaj 66
4.2 Paparan Sistem log in 67
4.3 Paparan Objektif 68
4.4 Paparan Menu Utama 69
4.5 Paparan Menu Nota 70
4.5 Paparan Bahagian 1 71
4.6 Paparan Bahagian 2 72
4.7 Paparan Galeri 73
4.8 Paparan Tutorial 74
4.9 Paparan Latihan 75
4.10 Paparan Penyelesaian Soalan 76
4.11 Paparan Ujian Kertas 1 77
4.12 Paparan Ujian Kertas 2 77
4.13 Paparan Respon Positif 78
4.14 Paparan Respon Negatif 78
4.15 Paparan Laporan Ujian 79
4.16 Paparan Laporan 80
xiii
4.17 Paparan Aktiviti 1 81
4.18 Paparan Aktiviti 2 81
4.19 Paparan Aktiviti 3 82
4.20 Paparan Tetingkap Keluar Perisian 83
4.21 Paparan Kredit Pembangun 84
xv
SENARAI SINGKATAN
CAI - Computer-Assisted Instruction
CAL - Computer-Assisted Learning
CBI - Computer-Based Instruction
CMI - Computer-Managed Instruction
ComIL - Computer Intergrated Learning System
DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MSC - Multimedia Super Corridor
NCTM - National Council Teachers of Mathematics
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Komputer dan teknologi maklumat memang tidak dapat dipisahkan. Bila disebut
sahaja tentang komputer pasti kita mengaitkannya dengan kemodenan serta kecanggihan
teknologi maklumat yang kian berkembang di negara ini, tapi disebalik kemajuan
teknologi maklumat itu antara sedar dan tidak sedar ia sedikit sebanyak turut
mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan di sekitar kita. Setiap hari kita tidak akan
terlepas daripada pengaruh teknologi di mana seluruh kehidupan kita bergantung kepada
keupayaan teknologi ini. Kepentingan teknologi maklumat tidak dapat kita pertikaikan
lagi kerana ia terbukti cukup berkesan dipraktikkan dalam pelbagai bidang kerana begitu
interaktif (Rio, 1996). Begitu juga halnya dalam bidang pendidikan di negara kita di
mana aspek teknologi maklumat ini telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai
salah satu inisiatif ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif
terhadap perkembangan teknologi.
2
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia atau KPM (1997), budaya persekolahan
seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang
berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi
terkini. Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan merancang
pelbagai projek pendidikan berbantukan teknologi berkomputer. Antaranya adalah projek
hasil kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Syarikat MIMOS Berhad iaitu
sistem ComIL (Computer Intergrated Learning System). Pada 15 April 1997 pula,
Multimedia Super Corridor (MSC) atau dikenali juga Koridor Raya Multimedia telah
diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri kita yang ke empat, Tun Dr. Mahathir
Mohamad setelah menyedari kepentingan dan potensi sistem maklumat dan multimedia.
Berikutan dengan itu, Sekolah Bestari telah dirancang dan telah dilaksanakan
pada tahun 1999. Kemunculan Sekolah Bestari di Malaysia telah menyebabkan
berlakunya perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Baharuddin et al., 2001). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka
ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan
kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang
peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di
rumah dengan mereka yang kurang berada (KPM, 1997). Penggunaan teknologi
multimedia dalam bidang pendidikan juga membolehkan informasi dalam jumlah yang
besar disalurkan untuk kegunaan pelajar. Informasi tersebut pula dapat dicapai serta
digunakan mengikut masa dan tempat yang ditetapkan oleh pelajar itu sendiri (Albion,
1998).
Penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
mengekalkan memori jangka panjang pelajar terhadap pelajaran mereka. Menurut Dale
(1946) yang telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran manusia yang
mana disebut sebagai ‘Cone of Experience’, beliau memperjelaskan bahawa kesan media
yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman
3
pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah. Melalui media juga dapat mengawal
disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana penggunaan pelbagai
elemen multimedia dapat mengurangkan kebosanan pelajar di dalam kelas. Komputer
merupakan satu media pengajaran berbentuk multimedia yang menggabungkan pelbagai
media yang ada. Keupayaan komputer dalam pendidikan adalah disebabkan oleh
kecekapannya sama ada sebagai satu pengeluaran atau satu alat persembahan (Asniza,
2003). Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer atau PPBK yang
diaplikasikan dalam bidang pendidikan adalah antara media yang digunakan dalam
pendidikan dengan menerapkan elemen multimedia seperti grafik, animasi, video, audio
dan teks. Menurut Zaidatun Tasir (2003), kehadiran komputer serta teknologi moden
yang berkaitan dengannya dalam bidang pendidikan dapat meringankan beban serta
kekangan yang wujud dalam pembelajaran tradisi.
Oleh itu, penggunaan komputer turut diterapkan dalam matapelajaran matematik
di mana terdapat kajian yang mendapati pelajar yang sukar untuk memahami konsep
dalam topik tertentu untuk subjek matematik dapat mengatasinya dengan bantuan PPBK
sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Ghamdi (1987) dan Lim et al. (2003). Jadi, dalam
konteks pendidikan matematik, proses pengajaran dan pembelajaran matematik yang
lebih berkesan dan efektif dapat diwujudkan dengan memberi penekanan terhadap
beberapa konsep iaitu dengan menitikberatkan konsep kelas matematik sebagai proses
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan konsep pengajaran dan
pembelajaran yang bukan lagi berpusatkan kepada guru tetapi lebih berpusatkan kepada
pelajar (Esah, 2003).
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and
Landersman, 1992; Al Ghamdi, 1987) didapati pelajar yang menggunakan komputer
dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli
matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian
komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar
4
memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Pencapaian
pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara. Kumpulan yang
belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam
jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sesetengah pelajar pastinya akan berasa tidak semangat bila waktu pelajaran
matematik di sekolah. Ini disebabkan oleh kesukaran sesetengah pelajar itu memahami
serta menguasai sesuatu konsep dalam matapelajaran matematik tersebut (Maznah,
2000). Walaupun mereka menyedari bahawa subjek matematik penting namun mereka
tidak dapat lari dari mempelajarinya sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah
menengah. Ciri matematik yang bersifat abstrak menyebabkannya menjadi salah satu
mata pelajaran yang kurang digemari dan sukar difahami oleh pelajar (Catherine Kho
Ching Yuen, 1997). Menurut Maznah (2000) pula, ciri matematik yang kebanyakannya
mempunyai konsep yang saling berkait secara berhierarki, di mana pemahaman sesuatu
konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain adalah
antara punca pelajar menghadapi masalah kesukaran memahami matematik.
Keadaan ini dapat dilihat dalam prestasi pelajar dalam topik Trigonometri. Di
mana ketidakfahaman mereka dalam konsep topik ini semasa di Tingkatan 3
menyebabkan mereka bertambah keliru apabila mereka akan mempelajari
kesinambungan topik ini di Tingkatan 4. Mereka mengalami kesukaran dalam mengingati
penggunaan konsep sinus, kosinus dan tangen kerana tiada penggunaan pendekatan yang
sesuai untuk topik ini. Ini akan menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk
5
mempelajari topik-topik seterusnya yang berkaitan dengan tajuk trigonometri itu. Situasi
berlainan juga timbul di kalangan guru di mana mereka turut mengalami kesukaran untuk
menyampaikan konsep topik trigonometri kepada para pelajar kerana tiada bahan bantu
mengajar yang mampu menyampaikan konsep topik ini dengan lebih terperinci dan
mampu membuatkan pelajar tertarik untuk mempelajarinya.
Menurut Krutetskii (1976), terdapat beberapa komponen kesukaran dalam
penyelesaian masalah trigonometri. Antara kesukaran tersebut ialah kesukaran untuk
mengenalpasti, memahami, mengingati komponen-komponen ruang dalam dimensi 2
matra, 3 matra dan sebagainya. Selain itu, mereka mengalami kesukaran untuk
memahami, membentuk, menghuraikan, mengingati komponen logik dalam trigonometri.
Pelajar juga menghadapi kesukaran untuk memahami, mengingati, menterjemah maksud-
maksud dan istilah-istilah, melakukan operasi lanjutan terhadap simbol-simbol dan istilah
tersebut. Seterusnya pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah trigonometri dengan
cepat, cekap dan kemas.
Pelajar masih menganggap topik trigonometri ini susah untuk diingati dan
difahami walaupun guru telah menggunakan strategi mneumonik untuk disematkan
dalam memori mereka. Ini disebabkan mereka masih tidak dapat mengaitkan formula
yang diberi dengan konsep sinus, kosinus dan tangen tersebut. Sehingga sekarang guru-
guru masih memikirkan strategi yang sesuai untuk menyampaikan konsep topik ini
kepada pelajar mengikut teori dan pendekatan yang sesuai dengan tahap pemikiran dan
kematangan para pelajar itu sendiri.
Disebabkan itu, pembangun mengambil inisiatif ini untuk membantu para guru
serta pelajar-pelajar dengan membangunkan sebuah perisian pembelajaran berbantukan
komputer (PBK) berbentuk tutorial dalam topik trigonometri dengan menggunakan
konsep visualisasi yang secara jelasnya dapat menunjukkan serta mengaitkan konsep
6
pembelajaran topik ini dengan sesuatu imej serta grafik tertentu. Pelajar pasti akan lebih
tertarik dengan paparan imej bergerak semasa penyampaian atau penerangan tentang
topik tersebut. Jika selama ini pelajar didedahkan dengan pembelajaran secara tradisi
iaitu dengan menggunakan papan hitam, sudah tiba masanya pelajar-pelajar mengalami
sendiri pengalaman belajar menggunakan peralatan berteknologi komputer di dalam
kelas. Mungkin dahulu keadaan kelas yang agak membosankan akan bertukar ceria dan
aktif. Dengan PBK tutorial ini juga, pengguna dapat mempelajari konsep sesuatu
pelajaran secara berulang dengan menyediakan jumlah latihan yang banyak.
Namun begitu, penggunaan perisian PBK tidak lengkap jika tiada pendekatan
serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan ketika pembangunannya.
Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan serta bersesuaian dengan
mereka. Oleh itu, strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai perlu digunakan dalam
perisian, untuk memastikan bahawa kehendak dan gaya bagi semua pelajar dipenuhi. Ini
boleh dilakukan dengan mempelbagaikan gaya mengikut kesesuaian topik, subtopik, dan
sebagainya. Menurut Tarter (1990), bagi pelajar dalam lingkungan 15-17 tahun, mereka
mempunyai kebolehan yang berbeza-beza sama ada baik, sederhana dan lemah dalam
akademik. Dengan ini, visual, grafik, ikon, contoh dan analogi yang digunakan perlulah
selari dengan umur pelajar tersebut (Muna, 2007).
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Adams (1977), salah satu faktor yang menyebabkan para pelajar tercicir
dan mengalami kesulitan serta kesusahan terhadap pembelajaran matematik ialah kerana
mereka tidak memahami konsep dan kaedah matematik itu sendiri yang dianggap susah.
7
Permasalahan itu turut berlaku kepada pelajar dalam topik trigonometri yang diseabkan
oleh salah faham serta kekeliruan tentang konsep yang hendak disampaikan. Mereka juga
mengalami masalah untuk mengaitkan konsep dengan formula-formula yang terlibat
untuk diingati. Akhirnya, mereka turut mengalami masalah yang lebih rumit apabila
melangkah ke topik trigonometri. Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Koh Lee
Ling (1990), pelajar-pelajar sekolah menengah menghadapi masalah dalam menguasai
konsep dan kemahiran-kemahiran asas dalam trigonometri dan tidak mempunyai
pengetahuan terhadap sejarah perkembangan trigonometri. Dari segi aplikasi pula
didapati pelajar-pelajar lemah untuk menggunakan maklumat seperti fakta, rumus dan
identiti-identiti dalam trigonometri bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan
trigonometri.
Oleh sebab itu, inisiatif diambil bagi membangunkan perisian pembelajaran
berbantukan komputer bagi topik trigonometri ini untuk membantu para pelajar
menguasai konsep mengikut pendekatan serta strategi pembelajaran yang sesuai
mengikut tahap mereka. Dengan penggunaan perisian PBK, pelajar dapat terlibat lebih
aktif dalam proses pembelajaran menerusi tutorial dan latihan yang lebih menarik (Lim et
al., 2003). Peningkatan pemahaman konsep melalui kaedah pembelajaran berbantukan
komputer ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar disamping dapat mengekalkan daya ingatan
pelajar terhadap formula yang diberikan. Ini kerana komputer dapat memberi
pembelajaran secara berulang-ulang. Pembelajaran secara berulang akan memberikan
kesan atau ingatan yang lebih baik dari sebelumnya (Clement, 1994).
Penggunaan perisian PBK juga dapat membantu serta memudahkan guru
menjalankan proses pangajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru akan bertindak
sebagai pemudahcara terhadap pelajar sekiranya mereka memerlukan bantuan dalam
pembelajaran mereka. Guru tidak lagi menggunakan kaedah tradisi yang biasa digunakan
kecuali untuk beberapa keadaan tertentu yang memerlukan penerangan terperinci
mengenai sesuatu konsep. Menurut Nik Aziz Nik Pa (1992), corak pengajaran tradisional
8
juga antara masalah yang menyebabkan pelajar kini kurang berkemahiran di dalam
Matematik. Guru masih memegang peranan lapuk sebagai penyampai ilmu, manakala
murid masih menjalankan peranan pasif sebagai penerima ilmu.
Menurut Lim et al. (2003), pelajar lebih suka kepada pendekatan pembelajaran
melalui multimedia daripada kaedah tradisional. Hasil dapatan kajiannya juga
menunjukkan kelebihan penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran memberi peluang kepada pelajar mempelajari sesuatu kemahiran mengikut
kebolehan, minat dan kecenderungan masing-masing. Pelajar yang mempunyai masalah
dalam mengingat serta menghafal pelajaran yang mengandungi banyak elemen teks boleh
diatasi dengan penggunaan elemen-elemen visualisasi seperti grafik, animasi dan video.
Keupayaan visualisasi pelajar yang tinggi dapat membantu pelajar membentuk konsep
baru dan seterusnya boleh menganalisis pembelajaran pada aras yang berikutnya. Ini
disokong oleh kajian M. Daud Hamzah (1999) yang menunjukkan proses visualisasi
merupakan antara keterampilan berfikir yang perlu ada dalam diri pelajar.
1.4 Objektif Projek
Secara khususnya, objektif projek pembangunan perisian pembelajaran
berbantukan komputer ini adalah untuk:
i. Mereka bentuk perisian PBK bertajuk trigonometri berdasarkan konsep tutorial
dengan menerapkan elemen visualisasi mengikut sukatan mata pelajaran
Matematik KBSM Tingkatan 3.
9
ii. Menjadi alternatif kepada bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang boleh
diguna pakai di sekolah.
1.5 Persoalan Projek
Beberapa persoalan mengenai projek pembangunan perisian berbantukan
komputer dibincangkan berdasarkan objektif projek. Antaranya adalah:
i. Adakah kriteria-kriteria rekabentuk perisian dipenuhi dalam pembangunan
perisian ini?
ii. Apakah strategi pembelajaran yang sesuai diterapkan ke dalam perisian ini?
iii. Sejauh manakah keberkesanan teori pembelajaran yang digunakan dalam
pembangunan perisian ini?
iv. Adakah perisian ini dapat memenuhi kehendak pelajar dan guru dalam
mempelajari konsep ini?