PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN MODEL KONSTRUKTIF NEEDHAM LIMA FASA BAGI TAJUK
PENGENALAN KEPADA FIZIK DALAM MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN EMPAT
ROHAIDA BINTI ABDUL HAMID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA
BERASASKAN MODEL KONSTRUKTIF NEEDHAM LIMA FASA
BAGI TAJUK PENGENALAN KEPADA FIZIK DALAM MATA
PELAJARAN FIZIK TINGKATAN EMPAT.
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya : ROHAIDA BINTI ABDUL HAMID
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institut pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT
TERHAD TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 )
Disahkan oleh _____________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 4, JLN SRI PERKASA 1/8, TAMAN TAMPOI UTAMA, PM DR RIO SUMARNI SHARIFFUDIN 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR. NAMA PENYELIA Tarikh: ______________________ Tarikh: ______________________
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN MODEL KONSTRUKTIF NEEDHAM LIMA FASA BAGI TAJUK
PENGENALAN KEPADA FIZIK DALAM MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN EMPAT
ROHAIDA BINTI ABDUL HAMID
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PM DR RIO SUMARNI SHARIFFUDIN
Tarikh :
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : ROHAIDA BINTI ABDUL HAMID
Tarikh :
iii
Teristimewa buat ayahanda, bonda dan kakanda tercinta...
Terima kasih atas segalanya,
Kasih sayang dan perhatian yang kalian berikan
Memberikan ku kekuatan untuk terus berdiri
Satu ketika menganyam angan
yang kini menjadi kenyataan.
Buat yang disayangi dan menyayangi...
Terima kasih atas segalanya,
Kasih sayang yang tersulam
Akan membuat dunia indah di bawahnya
Dan manusia lebih menghargai sesama mereka.
Buat sahabat sejati....
Terima kasih atas segalanya,
Terima kasih kerana kalian sudi menemani
Di sepanjang perjuangan ini.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha
Penyayang kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga buat penyelia projek iaitu
PM Dr Rio Sumarni binti Shariffudin di atas segala bimbingan, nasihat serta
dorongan yang diberikan dalam usaha untuk menghasilkan projek ini. Tidak lupa
buat En. Mohd Ali bin Ibrahim yang banyak membantu terutamanya dari segi
pemilihan isi kandungan. Segala teguran dan ilmu yang dicurahkan akan dijadikan
panduan di masa hadapan.
Penghargaan ikhlas juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan dan
semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan projek ini. Moga segala usaha serta bantuan yang dihulurkan mendapat
balasan baik dari Maha Pencipta.
v
ABSTRAK
Projek ini bertujuan untuk membina suatu perisian pendidikan bagi mata
pelajaran Fizik khusus untuk pelajar Tingkatan Empat. Perisian ini boleh digunakan
sebagai alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara online dalam
bahasa Inggeris bagi tajuk Pengenalan Kepada Fizik. Keseluruhan isi kandungan
perisian ini disusun berdasarkan huraian sukatan pelajaran Fizik (KPM,2006).
Pembinaan perisian ini menggunakan model ADDIE (analysis, design, develop,
implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam
pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai media seperti grafik,
teks, dan animasi dalam satu laman web yang interaktif, menarik dan berkesan.
Antara muka yang mesra pengguna membolehkan pengguna menggunakan perisian
ini dengan mudah. Di samping itu, pengguna dapat membina ilmu pengetahuan
sendiri melalui aktiviti pembelajaran berdasarkan pendekatan Model Konstruktif
Needham 5-Fasa. Aktiviti pembelajaran merangkumi nota, aktiviti saintifik, latih tubi
dan tutorial. Perisian ini telah diuji ke atas 10 orang pelajar sekolah menengah.
Penilaian formatif juga dijalankan oleh pengkaji sendiri di samping 10 orang
pensyarah dan guru fizik yang berpengalaman. Perisian diubahsuai berdasarkan
pendapat dan cadangan konstruktif yang diberi oleh penilai tersebut. Maklumat dari
penilaian formatif oleh guru menunjukkan perisian prototaip ini adalah memuaskan
dari segi isi kandungan, pedagogi dan teknikal.
vi
ABSTRACT
The aim of this project was to produce an educational website for Physics
subject especially for form four students. This website may be used as an online
teaching and learning tool in physics for the topic Introduction To Physics. The
contents of the website are designed according to the Syllabus and Curricuum
Specifications (KPM, 2006). The website was developed based on the ADDIE model
(analysis, design, develop, implement and evaluation) and fully utilized SwishMax
Application as a tool to integrate several media such as graphics, text and animation
to produce an attractive and effective multimedia interactive website. User friendly
interface enables the user to use this courseware easily. The users can also construct
their knowledge through constructivist approach using Needham 5 Phase Model. The
learning activities include notes, scientific activities, practices and tutorial. This
website has been tested on 10 secondary school students. A formative evaluation was
carried out by the developer herself and ten lecturers and experienced Physics
teachers. The website was modified based on opinions and constructive suggestions
given by the evaluators in the formative evaluation phase. Consequently, information
from the formative evaluation shows that this courseware seemed satisfactory in
terms of the content, pedagogical and technical aspects.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN
STATUS TESIS
JUDUL
PENGAKUAN PENYELIA i
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Penyataan Masalah 5
1.3 Objektif Projek 6
1.4 Rasional Projek 7
1.5 Kepentingan Projek 8
1.6 Skop Projek 9
viii
1.7 Definisi Istilah 9
1.7.1 Pembinaan 9
1.7.2 Perisian Multimedia 10
1.7.3 Konstruktivisme 10
1.7.4 Model Konstruktif Needham Lima Fasa 11
1.8 Rumusan 11
2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 12
2.1 Teori Pembelajaran 13
2.1.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 14
2.1.1.1 Strategi Lima Fasa Needham 17
2.2.2 Teori Pembelajaran Kontekstual 19
2.2 Penggunaan Teori Pembelajaran Ke Atas 23
Reka Bentuk Perisian Multimedia
2.2.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 24
2.2.2 Teori Pembelajaran Kontekstual 26
2.3 Kajian Terhadap Pembelajaran Sains 27
2.3.1 Pembelajaran Sains Tanpa Penggunaan 28
PBK (Tradisional)
2.3.2 Pembelajaran Sains Dengan Penggunaan PBK 30
2.4 Rumusan 32
3 METODOLOGI
3.0 Pengenalan 33
3.1 Pembinaan Perisian 34
3.1.1 Fasa Analisis 35
3.1.2 Fasa Reka Bentuk Perisian 36
ix
3.1.3 Fasa Pembangunan Perisian 37
3.1.4 Fasa Perlaksanaan 37
3.1.5 Fasa Penilaian 37
3.1.5.1 Soal Selidik Penilaian Perisian 38
3.1.5.2 Pengelasan Min dan Pertimbangan 40
3.2 Perkakasan Yang Digunakan 40
3.3 Perisian Yang Digunakan 41
3.3.1 Perisian Bahasa Pengarangan 41
3.3.2 Perisian Grafik 43
3.3.3 Perisian Animasi 43
3.4 Reka Bentuk Perisian 43
3.4.1 Reka Bentuk Informasi 44
3.4.2 Reka Bentuk Interaksi 45
3.4.3 Reka Bentuk Antara Muka 46
3.5 Penyebaran Perisian 48
3.6 Rumusan 48
4 PEMBINAAN PERISIAN
4.0 Pengenalan 49
4.1 Carta Alir Perisian 50
4.1.1 Carta Alir Isi Pelajaran 51
4.1.2 Carta Alir Aktiviti 52
4.1.3 Carta Alir Latihan Pengukuhan 53
4.2 Papan Cerita 54
4.2.1 Pengenalan 55
4.2.2 Menu Utama 56
4.2.3 Isi Pelajaran 58
4.2.3.1 Do You Know 60
4.2.3.2 Your Ideas 62
4.2.3.3 Your Teacher’s Ideas 63
4.2.3.4 Where To Apply 64
x
4.2.3.5 What Are Your Thought 65
4.2.4 Aktiviti 67
4.2.5 Panduan Pembelajaran 69
4.2.6 Latihan Pengukuhan 70
4.2.7 Glosari 72
4.2.8 Bantuan 74
4.3 Penilaian Perisian 74
4.3.1 Kriteria Penilaian Perisian 76
4.3.2 Kumpulan Penilai 76
4.3.3 Skala Dan Tahap Kesesuaian 77
4.3.4 Hasil Penilaian 78
4.3.4.1 Penilaian Kumpulan Pelajar 79
4.3.4.2 Penilaian Kumpulan Pakar 80
4.3.4.3 Penilaian Keseluruhan 80
4.4 Rumusan 81
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.0 Pengenalan 82
5.1 Perbincangan 83
5.1.1 Faktor Kepakaran 84
5.1.2 Faktor Teknikal 85
5.2 Rumusan 85
5.3 Cadangan 87
5.4 Cadangan Reka Bentuk Lanjutan 88
5.5 Penutup 89
RUJUKAN 90
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Soal Selidik Penilaian Perisian 38
3.2 Spesifikasi Peralatan Pembangunan
Perisian Dan Main Balik 41
4.1 Senarai Subtopik Beserta Objektif 59
4.2 Perubahan Skala 77
4.3 Penentuan Tahap Kesesuaian 77
4.4 Hasil Penilaian Kumpulan Pelajar 78
4.5 Hasil Penilaian Kumpulan Pakar 78
4.6 Hasil Penilaian Keseluruhan 79
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model 34
ADDIE
3.2 Paparan Tetingkap Alat Pengarangan 42
SwishMax Applications
3.3 Carta Alir Perisian Yang Dicadangkan 47
3.4 Struktur Heirarki 47
4.1 Carta Alir Perisian 50
4.2 Carta Alir Isi Pelajaran 52
4.3 Carta Alir Aktiviti 53
4.4 Carta Alir Latihan Pengukuhan 54
4.5 Paparan Pengenalan 55
4.6 Paparan Menu Utama 57
4.7 Paparan Isi Pelajaran 57
4.8 Paparan Isi Pelajaran: Do You Know 61
4.9 Paparan Isi Pelajaran: Your Ideas 62
4.10 Paparan Isi Pelajaran: 63
Your Teacher’s Ideas
4.11 Paparan Isi Pelajaran: Where To Apply 64
4.12 Paparan Isi Pelajaran: What Are Your 65
Thought
4.13 Paparan Maklum Balas Betul 66
4.14 Paparan Maklum Balas Salah 66
4.15 Paparan Aktiviti 68
4.16 Paparan Aktiviti : Measurements Is Fun 68
xiii
4.17 Paparan Panduan Pembelajaran 69
4.18 Paparan Latihan Pengukuhan 71
4.19 Paparan Soalan 71
4.20 Paparan Maklum Balas 72
4.21 Paparan Glosari 73
4.22 Paparan Bantuan 73
4.23 Paparan About Us 75
4.24 Paparan Bantuan Pengguna 75
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan salah satu cara
untuk mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan yang berpotensi untuk
mengoptimakan keberkesanan proses pembelajaran. Penggunaannya dalam
pembelajaran bukanlah merupakan satu situasi baru bagi komuniti pendidikan di
negara Malaysia. Kemajuan sains dan teknologi pada masa kini bukan sahaja
membantu dari segi kepantasan komunikasi tetapi juga mengenai kecekapan dan
teknik pembelajaran yang mampu digunakan supaya pengajaran seseorang guru itu
menjadi lebih berkesan dan pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna.
Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke
arah mewujudkan masyarakat berteknologi. Perkembangan teknologi mutimedia
yang menekankan unsur-unsur pembelajaran interaktif menjanjikan potensi besar
dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat dan juga cara
menyesuaikan setiap maklumat yang diperolehi dengan pengetahuan sedia ada
(Jamalludin dan Zaidatun, 2003).
2
Malah, penggunaan multimedia dalam pendidikan juga mampu menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa aktif, di samping memperbaiki minat
seseorang untuk belajar (Shankar dan Raman dalam Lilia Halim, 2002). Elemen-
elemen dalam multimedia yang membolehkan proses pembelajaran menjadi lebih
efektif mampu menyokong penggunaan pelbagai sensor (multi-sensory) serta
merangsang penggunaan pelbagai deria manusia.
Namun begitu, aplikasi teknologi multimedia perlu disepadukan dengan teori-
teori pembelajaran bagi membekalkan beberapa aktiviti pembelajaran yang sesuai
dalam usaha merealisasikan potensi pelajar secara menyeluruh. Gagne (1985)
mendefinisikan tujuan teori dalam pembinaan perisian ialah untuk mewujudkan satu
perhubungan yang seimbang antara tatacara arahan dengan kesan ke atas proses
pembelajaran. Pembinaan konsep pembelajaran yang mantap serta seiring dengan
matlamat negara akan menjadi landasan kepada reka bentuk sesuatu perisian PBK
yang lebih efektif dan mampu menjana pemikiran pelajar.
Oleh itu, pendekatan penggunaan teori pembelajaran memainkan peranan
penting dalam menentukan keberkesanan pembelajaran dalam bidang pendidikan.
Bednar, et. al dalam Jamalludin (2003) menyokong pernyataan ini dengan
menyatakan bahawa proses membangunkan bahan pembelajaran sama ada yang
berbentuk konvensional ataupun yang memanfaatkan teknologi moden seharusnya
berasaskan teori-teori pembelajaran. Bahan pembelajaran yang efektif hanya berjaya
dihasilkan apabila ianya dibina dengan mengambil kira asas teori pembelajaran
dalam reka bentuknya.
Secara umumnya, setiap bahan pengajaran perlu mempunyai perancangan,
persediaan dan strategi penyampaian yang menarik bersesuaian dengan pelajar.
Menurut Salihan Siais dalam Mohd. Yusuf Arshad (1994), keberkesanan
pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Sains khususnya adalah bergantung
kepada guru, bahan pengajaran serta kemudahan yang disediakan. Elemen-elemen
ini amat penting bagi mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif serta bukan
3
sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa hadapan.
1.1. Latar Belakang Masalah
Salah satu cabaran yang dihadapi oleh negara kita pada masa kini adalah
bilangan pelajar yang memilih bidang Sains semakin merosot. Ketika ini, hanya
20% sahaja pelajar yang memilih bidang sains dan teknologi, manakala selebihnya
memilih bidang sastera (Wan Salihin dan Mohd Yusof, 1996). Sains bukan sahaja
merupakan satu aspek penting dalam pengalaman harian seseorang tetapi juga
merupakan satu gerak balas kepada sifat ingin tahu manusia serta keinginan manusia
untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Namun begitu, masih ramai pelajar yang gagal untuk menguasai mata
pelajaran ini dengan baik serta tidak dapat memahami konsep atau idea seperti yang
dikehendaki dan seterusnya menyebabkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran
Sains menurun. Perkara ini berlaku kerana pelajar sukar memahami suatu konsep
yang diajar sehingga menimbulkan pelbagai konsep alternatif (Shaharom Noordin,
1995). Memandangkan kebanyakan idea Sains adalah abstrak, maka proses
pengajaran konsep dan idea Sains yang abstrak ini seringkali bercanggah dengan
pemikiran logik pelajar.
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan pelajar seolah-olah “takut”
untuk mempelajari mata pelajaran Sains. Faktor utama yang menyebabkan
berlakunya keadaan ini ialah isi pelajaran yang seolah-olah jauh dari kenyataan
sehari-hari. Pada umumnya, pelajar akan berminat dengan mata pelajaran yang
mereka rasa mampu memenuhi citarasa berkaitan dengan kemahuan serta mudah
difahami (Hurlock, 1972). Ini menjelaskan bahawa pelajar akan kurang berminat
4
dengan mata pelajaran yang mereka rasa tiada kaitan dengan pengalaman mereka,
membosankan dan seterusnya menganggap mata pelajaran Sains sebagai satu praktis
akademik semata-mata untuk lulus peperiksaan sahaja.
Selain itu, penyampaian bahan pengajaran yang kurang menarik dan tidak
mampu mengaitkan konsep Sains dalam kehidupan harian menyebabkan pelajar
menganggap mata pelajaran ini amat sukar difahami. Bahan pembelajaran yang
terlalu berorientasikan peperiksaan, tidak kreatif serta lebih bercorak e-book tidak
mampu menarik minat serta perhatian pelajar untuk mempelajari Sains (Ng Soo
Boon dalam Poh Swee Hiang, 2002) serta mengaplikasikannya ke dalam kehidupan
seharian mereka.
Banyak kajian yang telah melaporkan masalah umum dalam pembelajaran
Sains di sekolah. Misalnya satu kajian oleh Singh, Marimuthu dan Mukhrjee (1990)
yang mendapati bahawa sebahagian besar pengajaran dan pembelajaran berlaku
secara chalk and talk dan satu kajian lain mengenai kesaratan proses interaksi guru-
murid di bilik darjah yang berlaku pada aras kognitif yang rendah (Wan Salihin dan
Mohd Yusof, 1996). Jumlah pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas juga
menyebabkan pelajar yang kurang aktif menjadi semakin pasif. Sehubungan dengan
itu, kaedah pengajaran yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran
mempunyai kesan yang besar dari segi tahap kefahaman serta penguasaan pelajar
terhadap ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan.
Sehingga kini, penggunaan komputer menjadi semakin ketara dan mendesak
(Zulkifli Mohamed, 1996). Penggunaan multimedia dalam persekitaran
pembelajaran mampu menggalakkan pelajar berfikir secara kritikal, menyelesaikan
masalah, lebih mahir dalam mencari dan menyusun maklumat serta bermotivasi
dalam pembelajaran. Apabila pelajar berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti
pembelajaran secara aktif, mereka akan mendapati proses pembelajaran lebih
menyeronokkan serta memberi kepuasan berbanding proses pembelajaran yang
dilalui secara pasif (Fry dan Coe dalam Jamalludin, 2003).
5
Namun begitu, perisian kursus yang berkualiti tinggi serta menepati piawaian
pendidikan sukar dihasilkan. Apa yang sering berlaku adalah pembangunan sesebuah
perisian hanya bertumpu kepada nilai komersil iaitu kualiti hanya dinilai berdasarkan
kualiti media yang digunakan dan bukannya pada kualiti nilai pembelajaran serta
perubahan tingkah laku yang pelajar ingin capai (Jamalludin dan Zaidatun, 2003).
Selain itu juga, pembelajaran melalui komputer pada hari ini lebih tertumpu
kepada kaedah tutorial dan latih tubi yang bersifat objektif. Kaedah pembelajaran
berbantukan komputer yang lebih ‘cerdik’ diperlukan bagi mengatasi masalah
maklum balas di luar dugaan.
1.2. Pernyataan Masalah
Menurut Bloom dalam T. Subahan (1999), pembelajaran yang tidak
sempurna di peringkat awal akan menyebabkan pembelajaran yang tidak sempurna
di peringkat susulan. Maka, penguasaan konsep-konsep asas terutamanya dalam
mata pelajaran Fizik amat penting bagi menjamin kesinambungan pengetahuan
pelajar di peringkat yang lebih tinggi.
Namun begitu, pencapaian pelajar yang nyata amat lemah dalam mata
pelajaran Fizik khususnya mungkin menyebabkan hasrat negara untuk melahirkan
masyarakat berbudaya sains tidak akan tercapai. Sifat kurang minat terhadap mata
pelajaran Fizik serta mind setting pelajar yang menyatakan Fizik itu sukar perlu
diubah.
6
Bahan pembelajaran yang terlalu berorientasikan peperiksaan dan tidak
mampu menarik minat pelajar terhadap pembelajaran juga akan menyebabkan situasi
ini menjadi lebih kritikal. Perkara ini akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai
motivasi untuk mempelajari sains dengan lebih mendalam.
Selain itu, perisian multimedia yang lebih mementingkan nilai komersil
berbanding isi kandungan serta perubahan tingkah laku yang ingin dicapai perlu
diperbaiki agar pelajar dapat belajar dengan lebih aktif dan tidak terlalu bergantung
kepada guru serta buku teks.
1.3. Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
i. membina satu perisian multimedia merangkumi lima subtopik dalam
bab Pengenalan Kepada Fizik bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan
Empat.
ii. menilai perisian multimedia yang dihasilkan di kalangan guru dan
pelajar.
7
1.4. Rasional Projek
Dalam mata pelajaran Fizik, Pengenalan Kepada Fizik adalah merupakan
salah satu topik yang wajib dipelajari dan dikuasai oleh pelajar khususnya dalam
aliran sains fizikal. Namun begitu, kebanyakan perisian kursus yang terdapat di
pasaran kurang menjurus kepada topik ini dan lebih bercorak e-book.
Oleh itu, perisian ini dibina dengan tujuan untuk memberi kefahaman kepada
pelajar mengenai konsep-konsep dalam topik ini melalui pendedahan kepada
pembelajaran kendiri menggunakan Model Konstruktif Needham Lima Fasa (Poh
Swee Hiang, 2000).
Terdapat lima subtopik yang telah dipilih dalam tajuk Pengenalan Kepada
Fizik bagi tujuan pembinaan perisian ini iaitu Apakah Itu Fizik, Kuantiti Asas dan
Kuantiti Terbitan, Kuantiti Skalar dan Kuantiti Vektor, Pengukuran serta Penyiasatan
Saintifik . Subtopik-subtopik ini dipilih berdasarkan kepada tajuk pembelajaran yang
terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan Empat KBSM yang
memerlukan pelajar untuk mensintesiskan pengetahuan yang diperolehi dengan
mencantum serta menyepadukan idea-idea yang diperolehi menjadi satu pengetahuan
yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.
Dengan itu, perisian multimedia yang dibina dapat membantu pengguna
mengenalpasti, menguasai dan memahami sesuatu konsep pada bahagian yang sukar
dipelajari dan aspek yang pasif dalam pembelajaran menggunakan buku teks serta
berupaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang berbentuk pelbagai
pancaindera dan sesuai untuk penciptaan manusia yang pelbagai tahap kognitif dan
gaya pembelajarannya. Tambahan pula, penggunaan multimedia dalam pendidikan
adalah satu alternatif penyampaian bahan pengajaran yang menarik dan berkesan
kerana wujudnya gabungan beberapa elemen penting seperti animasi, bunyi, video,
grafik, dan teks yang ternyata mampu merangsang pemikiran dan minat pengguna.
8
Selain itu, penggunaan Model Konstruktif Needham Lima Fasa mampu
menyokong permintaan pembelajaran masa kini yang semakin kompleks serta
menyokong pemikiran atau aras kognitif yang lebih tinggi di kalangan pelajar
(Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Teori ini juga semakin banyak memberi kesan ke
atas proses mereka bentuk instruksi serta menentukan bagaimana sesuatu
persekitaran pembelajaran perlu disediakan (Tam dalam Jamalludin, 2003).
1.5. Kepentingan Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu :
i. menambah perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK)
dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat bagi membantu pelajar
dalam memahami konsep-konsep abstrak khususnya bagi tajuk
Pengenalan Kepada Fizik dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan
Empat.
ii. menambah bilangan perisian multimedia yang berunsurkan
pendidikan dalam bahasa Inggeris bagi membantu guru-guru
menyampaikan isi pelajaran dengan lebih mudah.
iii. sebagai bahan bantu mengajar kepada guru-guru Fizik khususnya
dalam pengajaran topik Pengenalan Kepada Fizik bagi mata pelajaran
Fizik Tingkatan Empat.