-
8/2/2019 Pendidikan Khas Di Malaysia Dan Pendidikan Khas Di Luar Negara
1/8
Pendidikan Khas Di Malaysia dan Pendidikan Khas di Luar Negara
riamarteen2010 on February 6th, 2012. UnderADHD/ADD,Bahan Rujukan,Pendidikan Khas ( Learning
Disability)
Sejarah
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang
membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurangupaya penglihatan dan pendengaran.
menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas.
Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah
Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak kanak buta.
Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-
kanak pekak.
Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis
dan mengira pada tahap umurnya)bermula pada tahun 1978.
Manakala program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988
apabila buat pertama kali
Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, KualaLumpur.
Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak
buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.
Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan PendidikanKhas
1. Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu
mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan
Pendidikan Untuk Semua di Jomtien, Thailandyang menekankan:
Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upayamenuntut perhatian khusus. Langkah-
langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori
orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.
2. Pada tahun 1959, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak
Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat
penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi
seberapa normal yang mungkin .
Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I
(Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan
pendidikan yang khas untuk murid murid yang kurang upaya.
http://www.ceritarasahati2.com/2012/02/06/pendidikan-khas-di-malaysia-dan-pendidikan-khas-di-luar-negara/http://www.ceritarasahati2.com/2012/02/06/pendidikan-khas-di-malaysia-dan-pendidikan-khas-di-luar-negara/http://www.ceritarasahati2.com/category/adhdadd/http://www.ceritarasahati2.com/category/adhdadd/http://www.ceritarasahati2.com/category/adhdadd/http://www.ceritarasahati2.com/category/bahan-rujukan/http://www.ceritarasahati2.com/category/bahan-rujukan/http://www.ceritarasahati2.com/category/bahan-rujukan/http://www.ceritarasahati2.com/category/pendidikan-khas-learning-disability/http://www.ceritarasahati2.com/category/pendidikan-khas-learning-disability/http://www.ceritarasahati2.com/category/pendidikan-khas-learning-disability/http://www.ceritarasahati2.com/category/pendidikan-khas-learning-disability/http://www.ceritarasahati2.com/category/pendidikan-khas-learning-disability/http://www.ceritarasahati2.com/category/pendidikan-khas-learning-disability/http://www.ceritarasahati2.com/category/bahan-rujukan/http://www.ceritarasahati2.com/category/adhdadd/http://www.ceritarasahati2.com/2012/02/06/pendidikan-khas-di-malaysia-dan-pendidikan-khas-di-luar-negara/ -
8/2/2019 Pendidikan Khas Di Malaysia Dan Pendidikan Khas Di Luar Negara
2/8
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan
169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas
kepada perkembangan PendidikanKhas di Malaysia. Perakuan ini menyebut;
Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-
kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab
pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu
penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah
terus digalakkan.
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan
penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas
masing-masing mengenai kanak kanak
kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah
Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh.
Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan:
Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan,
bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.
Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang
upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.
Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-
kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko.
Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus
mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen
40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia
pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada
masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh
persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini,
kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehinggamereka berumur 19 tahun.
41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan:
(a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan muridyang menerima
pendidikan khas;(b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;
(c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagipendidikan murid
dalam setiap kategori sekolah khas; dan
(d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagimaksud topik ini.
Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khasyang ditubuhkan di bawah perenggan
34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendahatau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.
-
8/2/2019 Pendidikan Khas Di Malaysia Dan Pendidikan Khas Di Luar Negara
3/8
.Jabatan Pendidikan Khas
Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah
Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam
mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang
diketuai oleh seorang KetuaPenolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktobertahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama
dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkan Jabatan in imenjalankan tanggungjawabnya
seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan
Pendidikan Khas.
Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran masyarakat terhadap
pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnya pendidikan ini. Objektif
menaik taraf JabatanPendidikan Khas ialah untuk:
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan keperluan Khas Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan khas. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar
dengan keperluan khas.
Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.
Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas terbahagi kepada tiga
bahagian dan satu unit:
(a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar
- Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan pendidikan khas dengan
menetapkan peraturan dan perundangan mengenai pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan
dan kajian dan membuat perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas.
(b) Bahagian Pengurusan Sekolah
Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan menyelaras kurikulum
dan kokurikum.
(c) Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu
Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru dan memberi khidmat bantu
kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat disamping merancang, mengurus dan mentadbir pusat
sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan Braille).
(d) Unit Pengurusan
Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui perbelanjaan kewangan
-
8/2/2019 Pendidikan Khas Di Malaysia Dan Pendidikan Khas Di Luar Negara
4/8
berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran
maklumat dan penggunaan media elektronik.
Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua pendekatan
1. Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.2. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,
bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa
rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempohpelajar bagi
pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun
maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan (Jabatan
Pendidikan Khas, 2004,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah
penglihatan dan 25
sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran .Jumlah pelajar di sekolah pendidikan
khas bermasalah penglihatan ialah 337 berbanding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas
bermasalah pendengaran. Terdapat kira kira
99 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatanberbanding dengan 531 guru
pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran di seluruh negara.
Secara umum, pada tahun 2002 daripada jumlah pelajar yang mengikuti program pendidikan khas yangdikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 70% terdiri daripada pelajar bermasalah
pembelajaran, 25% bermasalah pendengarandan 5% bermasalah penglihatan.
Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas
Setakat ini kita perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usaha KementerianPendidikan Malaysia
menyediakan pendidikan khas. Selain Kementerian Pendidikan,pendidikan khas juga dikendalikan oleh
pelbagai organisasi, persatuan dan badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-
Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat
di negara kita.
Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata pelbagai pihak
terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti
dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak
kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang
berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan
-
8/2/2019 Pendidikan Khas Di Malaysia Dan Pendidikan Khas Di Luar Negara
5/8
kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan
Kerajaan yangterlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:
Persatuan Kanak-kanak Spastik(Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk
kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.
Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluankhas kemahiran hidup
serta kemahiran sosial.
Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-
6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun.
Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yangkomited kepada kebajikan
kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini
mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam
Malaysia.
PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA
Seperti juga di Malaysia, pada peringkat permulaannya pelaksanaan pendidikan khas di barat, khususnya
di Britain dan di Amerika tidak begitu mendapat perhatian.
Namun, berbanding di Malaysia perkembangan dan pembangunan di negara barat lebih cepat dan maju.
Perbincangan seterusnya difokuskan di Britain dan Amerika supaya anda dapatmembandingkan
perkembangan dan pembangunannya dengan apa yang berlaku di Malaysia.
Di Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila Akta Pendidikan 1996
diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan.
Manakala di Britain pengumuman Warnock Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas.
Kedua-dua negara tersebut mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia yang
kesannya amat besar dari aspek pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan
khas. Dalam hal ini, selain daripada kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas, peranan undang-
undang atau polisi pemerintahmerupakan penggerak utama untuk membangunkan pendidikan khas.
Sebagai perbandingan, kita akan teliti secara umum perkembangan dan pembangunan pendidikan khas
di Amerika dan di Britain.
Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat
Michael ialah seorang kanak-kanak autistik yang berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasabeliau di sekolah rendah dan sekolah menengah. Beliau telahmemasuki universiti dan memperolehi
ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang kurang upaya. Michael terdiri
daripada ramai orang kurang upaya yang berjaya akibat daripada kelulusan undang undang terkenal
pada tahun 70-an.
-
8/2/2019 Pendidikan Khas Di Malaysia Dan Pendidikan Khas Di Luar Negara
6/8
Pada29 Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat meluluskan Public Law 94-142 yang
dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat (Education for All
Handicapped Children Act). Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu di antara umur 3
hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalampersekitaran yang seberapa boleh tidak
menghalang perkembangan intelek mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri
(Amerika Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak
sertamemenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya serta keluarga mereka.
Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang upaya dibenarkan belajar bersama dengan kanak-
kanak normal atau biasa. Bagaimana pun, sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan
didapati dia tidak akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap sekolah
disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas.
Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggilAkta Pendidikan
Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94-476) atau lebih dikenali
dengan singkatan IDEA. Undang-undang ini menunjukkan betapa penting hak orang kurang upaya
dilindungi. Antara yang ditekankan ialah:
Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate public education). Hal ini bermakna
tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke atas kanakkanak khas terhadap persekolahan mereka.
Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada sistem percukaian negara, yang
kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak-kanak ini. Pendidikan bagi kanak-kanak khas
dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalangkan mereka untuk berkembang
(Educate children in the least restrictive environment). Hal ini membawa pengertian bahawa
tidak ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan
pendidikan khas.
Kanak kanak khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanak kanakbiasa. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai pendidikaninklusif
Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaianpendidikan (Protection against discrimination in testing). Penilaian pendidikan dilaksanakan
dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-
kanak khas hendaklah mengambil kiraciri-ciri yang ada pada kanak-kanak khas dan hendaklah
disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka.
Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap murid.Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyaikanak-kanak khas untuk melibatkan
diri dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini
tidak diberikan penumpuan sebelum ini.
Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru pendidikan khas
dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagisetiap murid khas dengan mengikut
prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh
-
8/2/2019 Pendidikan Khas Di Malaysia Dan Pendidikan Khas Di Luar Negara
7/8
murid khas dalam satu-satu jangka masa tertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah
denganmengambil kira potensi dan kekurangan seseorang kanak-kanak khas. Dalam hal ini konsep
kolaboratif dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa,
kaunselor dan guru, terlibat sama dalam merancang pendidikan murid-murid khas. Sebelum IDEA,
ramai kanak-kanak seperti Michael tidak diberi peluang pendidikan Contohnya, pada tahun 1970, hanya
seorang daripada lima kanak-kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah.
Kebanyakkan negeri-negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan
kanak-kanak pekak, buta, kecelaruan emosi atau kerencatmental menghadiri sekolah biasa. Oleh kerana
IDEA, kini program intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-kanak kurang upaya
dan pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan belia menerima
pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan mereka.
Lebih ramai pelajar kurang upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan masingmasing yang
dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurang upaya yang belajar dalam kelas atau bangunan
terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama dengan pelajar lain. IDEA dilihat sebagai satu
pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih
khusus. Melalui akta ini juga konseppendidikan untuk semua dan pendemokrasian pendidikan
diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam
perancangan keperluan pendidikan anak-anak mereka. Di samping itu konsep kolaborasi
dalampendidikan yang membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan
masa depan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan dalam pelaksanaan
pendidikan khas di sesetengah negara lain.
Perkembangan Pendidikan Khas di Britian
Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock ditubuhkan dengantujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. LaporanWarnock yang diumumkan pada 1978
banyak mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun
cadangan-cadangan yang dikemukan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi laporan
Warnockdijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan-cadangan yang dikemukan
dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun berikutnya.
Umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanakkanak berkeperluan
khas adalah berasaskan kepada pengasingan iaitu kanak kanak berkeperluan khas belajar di sekolah
khas yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini
menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanakbiasa yang dikenali sebagai integerasi atau inklusif diperluaskan. Konsepintegrasi atau inklusif
menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan
berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa.
Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada
negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan
kepentingan peranan ibu bapa dalam
-
8/2/2019 Pendidikan Khas Di Malaysia Dan Pendidikan Khas Di Luar Negara
8/8
pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-kanak 1989 (Childrens Act, 1989) memperkukukan
pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.
Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan
oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep koloboratif iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai
pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahlipsikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli
patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak kanak berkeperluan
khas. Apa yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam
menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep
integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa
dalam sekolah dan kelas yang sama.
Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira
cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika.
Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang
dilaksanakan oleh kerajaan terhadappendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.