Penemuan Effective Microorganisma (EM)
Berdasarkan fak ta yang bo leh d ipe ro leh i
dari laman web http://en.wikipedia.org/wiki/
Effective_Microorganisms EM merupakan teknologi
yang diasaskan oleh Dr. Teruo Higa, seorang
Professor dari Universiti Ryukyus, Okinawa, Jepun.
Beliau adalah professor hortikultur yang sebelum ini
banyak menggunakan bahan kimia dalam tanaman,
tetapi menyedari kemudiannya bahawa kesan kimia
boleh membahayakan kehidupan manusia. Kajian
demi kajian terus dijalankan mengenai keberkesanan
EM dan memasarkan produk ini ke seluruh dunia. EM
mula dibawa masuk ke pasaran dalam tahun 1982.
Effective Microorganisma (EM)
Effective Microorganisma (EM) adalah gabungan
mikroorganisma berfaedah yang biasanya banyak
terdapat dalam makanan. EM terdiri daripada 3 unsur
utama iaitu bakteria phototropik, bakteria asid laktik
dan ragi (yis). Peranan ketiga-tiga unsur utama ini
adalah seperti berikut:
Bakteria Phototropik
Bakteria ini berfungsi untuk memproses dan
menguraikan gas yang merbahaya seperti ammonia
dan hidrogen sulfat dengan menggunakan cahaya
matahari dan haba tanah bagi menukarnya kepada
gas-gas yang tidak
b e r b a u . B a h a n -
bahan berguna yang dihasilkan
dari proses ini akan
menggalakkan pertumbuhan pokok.
Bakteria Asid Laktik
Bakteria ini berperanan untuk menggalakkan
penapaian dan pengkomposan bagi menyahkan
kesan sampingan bahan organik. Bakteria ini
mengeluarkan asid laktik sebagai pendinding atau
penghalang mikro merbahaya yang boleh
menyebabkan penyakit kepada tumbuhan.
Ragi atau Yis
Ragi atau yis berperanan mengeluarkan hormon dan
enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk
meningkatkan pengaktifan sel dan akar.
Faedah Kegunaan EM
Penggunaan EM dalam pertanian memberikan
banyak faedah dan menguntungkan. Oleh kerana EM
menggunakan mikroorganisma, maka ia
menggalakkan penghasilan tanaman yang selamat
dimakan.
2
EM mampu menghasilkan baja organik dari bahan
lebihan tanaman, makanan dan rumpai serta mampu
mengekalkan kesuburan tanah. Ia memberi kesan
yang positif kepada tanah dengan memperbaiki
keadaan fizikal dan biologi tanah serta meningkatkan
kebolehan bagi pertumbuhan tanaman.
Selain itu, EM dapat mengurangkan penggunaan baja
kimia yang mahal bagi menghasilkan tanaman yang
bermutu tinggi. EM juga terbukti dapat menggalakkan
penunasan dan tumbesar tanaman serta dapat
menambah ketahanan tumbuhan dari serangan
penyakit dan serangga.
Kegunaan EM bukan hanya terhad kepada tanaman
semata-mata. EM boleh juga digunakan dalam
projek-projek pertanian lain seperti ternakan ayam,
ternakan ikan dan undang, serta rawatan reban ayam
dan kandang ternakan babi.
Perkembangan Teknologi EM di Pertubuhan
Peladang
Teknologi ini telah mula diperkenalkan kepada
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johor Bahru
Selatan sejak Jun 2004. PPK ini telah menjalankan
penyelidikan ke atas teknologi EM terhadap beberapa
projek pertanian di bawah seliaannya dan lain-lain
projek seperti berikut:
· Ternakan Ayam Daging - JUN 03
· Ternakan Ikan Laut - FEB 04
· Ternakan Ikan Dalam Kolam -
JUN 04 (secara tertutup)
· Ternakan Ikan Keli Dalam Kolam -
JUN 04 (secara tertutup)
· Ternakan Udang Harimau - JUL 04
(secara tertutup) PPK Mersing Selatan
PPK Johor Bahru Selatan telah mengorak langkah
lebih jauh bersama dengan Fakulti Sains Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) dengan mengadakan MOU
dalam tugas menjalankan penyelidikan dan
pembangunan EM ini secara lebih ilmiah sejak Jun
2004.
Faedah-Faedah Yang Ditemui
Dari segi alam sekitar, didapati bahawa persekitaran
berada dalam keadaan baik. Bilangan lalat di
kawasan penggunaan EM kurang 7 ekor bagi setiap
kaki persegi berbanding keadaan biasa sebanyak 15
ekor.
EM memberi kesan menggalakkan kepada industri
ternakan ayam. Hasil penggunaan EM di PPK Johor
Baharu Selatan, kadar kematian ayam purata 2.3%
sahaja berbanding 5% kebiasaannya. Selain itu, ia
dapat mengurangkan kos (FRC 1.9) berbanding
sebelumnya (FRC 2.0). Penghasilan daging ayam
adalah 100% organik dan bebas Antibiotik.
3
Transformasi pertanian sering dikaitkan dengan
penggunaan teknologi yang mampu
meningkatkan pengeluaran hasil dan menjana
pulangan menguntungkan kepada pengusahanya
tetapi disebalik teknologi tersebut terdapat perkara-
perkara yang menyokong kejayaannya.
Pertubuhan peladang (PP) yang terlibat secara
langsung menjadikan sepuluh perkhidmatan yang
disediakan kepada ahli peladang sebagai teras bagi
membolehkan transformasi pertanian mencapai
matlamatnya. Sebenarnya sepuluh perkhidmatan
yang diberi kepada ahli peladang memang telah
menjadi amalan PP sejak dahulu dan kini ianya
diperkemaskan lagi agar lebih relevan dengan
transformasi pertanian.
Sepuluh jenis perkhidmatan yang disediakan oleh PP
untuk ahli, khusus yang ingin terlibat dalam program
pengeluaran makanan kebanyakkan terdapat di
pertubuhan peladang negeri dan pertubuhan
peladang kawasan. Perkhidmatan tersebut ialah:
Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
Pengurusan PP hendaklah mengurus dan
membangun sumber manusia yang ada di PP.
Pembangunan sumber manusia ini hendaklah
dirancang dengan teliti dan selari dengan matlamat
PP dan aspirasi kerajaan. Antara bidang yang mesti
diberi tumpuan adalah perancangan projek, latihan
menambah kemahiran dan pengetahuan, motivasi,
penyelidikan dan pembangunan perkhidmatan akaun
dan rekod ladang.
Bekalan Ladang
Perkhidmatan bekalan ladang untuk peladang perlu
disediakan dengan teratur dan lengkap. Mereka juga
perlu diberi penerangan yang jelas mengenai cara
penggunaannya. Penyediaan perkhidmatan ini pasti
dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan hasil
pengeluaran. Antara perkhidmatan bekalan ladang
yang perlu disediakan ialah benih/bahan tanaman,
baja, kimia pertanian dan alat-alat kelengkapan
ladang.
Infrastruktur Ladang
Keperluan infrastruktur ladang perlu juga disediakan
oleh PP. Sekiranya tidak berkemampuan, PP
hendaklah berurusan dengan agensi-agensi kerajaan
yang terlibat supaya menyediakannya. Infrastruktur
ladang yang disediakan seperti sistem pengairan,
perparitan dan jalan ladang.
Mekanisasi/Automasi Ladang
Perkhidmatan ini penting, terutama bagi
menggantikan penggunaan tenaga buruh yang ramai.
Di samping itu penggunaannya juga dapat
mempercepatkan sesuatu proses pengeluaran seperti
penyediaan tanah, penanaman, penuaian dan lain-
Iain lagi. Antara perkhidmatan mekanisasi/automasi
yang disediakan oleh PP adalah penyediaan tanah,
penuaian dan amalan ladang.
Teknologi Lepas Tuai
Perkhidmatan ini perlu diberikan oleh PP supaya
peladang tidak mengalami banyak kerugian sebaliknya
memberi pulangan yang lebih terhadap usaha-usaha
yang dijalankan. Perkhidmatan yang diberikan dapat
4
meningkatkan keprihatinan peladang terhadap projek-
projek yang dijalankan. Antara perkhidmatan teknologi
lepas tuai yang dijalankan oleh PP adalah
mengumpul, membersih, menyusun, menggred dan
memproses serta penyimpanan.
Pemasaran
PP juga perlu mengada dan menjadi agen pemasar
produk-produk peladang. Perkhidmatan ini perlu
dijalankan dengan sempurna supaya dapat memberi
peluang yang baik kepada peladang dan juga PP.
Antara perkhidmatan pemasaran yang dilaksanakan
oleh PP adalah mengumpul hasil dari ladang ke pusat
pengumpulan, pengangkutan, maklumat pasaran,
ruang pemasaran dan peruncitan.
Pemprosesan
Perkhidmatan ini perlu diberi perhatian oleh PP kerana
dapat menyokong perkhidmatan pemasaran dan juga
dapat memberi nilai tambah kepada produk-produk
yang dikeluarkan oleh peladang. Di samping itu,
perkhidmatan ini dapat mewujudkan perusahaan kecil
dan sederhana di peringkat unit peladang dan
membuka peluang pekerjaan. Antara aktiviti
pemprosesan adalah pembangunan produk,
pembuatan produk, pembangunan pasaran dan
pengedaran.
Pembiayaan
Pembiayaan amat penting dalam melaksanakan
sesuatu projek. Oleh itu, perkhidmatan ini perlu
disediakan oleh PP untuk peladang. Dengan adanya
perkhidmatan ini para peladang dapat meneruskan
projek-projek yang dijalankan dan menceburi bidang
baru dalam pertanian. Sekiranya PP tidak
berkeupayaan, pembiayaan projek untuk peladang
perlu disalurkan kepada institusi tertentu. Dalam
perkara ini PP perlu mencari, merancang dan
menyedia maklumat yang diperlukan oleh institusi bagi
mempastikan pembiayaan projek untuk peladang
diluluskan.
Pengembangan dan Khidmat Nasihat
Perkhidmatan ini perlu disalurkan kepada peladang
secara berterusan supaya mereka dapat maklumat
terkini dalam bidang pertanian. Dengan adanya
khidmat nasihat ini, para peladang dapat merancang
pengeluaran makanan secara bersistematik dan
menggunakan teknologi terkini. Antara perkhidmatan
perkembangan yang perlu diberi tumpuan adalah
pemindahan teknologi, sistem pengurusan ladang
serta teknik penjimatan kos dan menambah
produktiviti.
Pusat Sumber
PP hendaklah menjadi pusat sumber untuk kegunaan
ahli peladang dan penduduk setempat. PP hendaklah
memberikan tumpuan kepada perkhidmatan yang
mempunyai nilai tambah. Antara perkhidmatan yang
diberi oleh pusat sumber PP adalah data kegunaan
tanah, maklumat pasaran, maklumat zoning dan
sistem pengurusan maklumat. Dengan adanya pusat
sumber, PP boleh menjadi perantara dengan pihak
5
tertentu demi kemajuan dan kepentingan peladang.
Di samping sepuluh perkhidmatan yang tersenarai di
atas, PP juga yang berperanan sebagai agen
perubahan dalam proses transformasi pertanian.
Pertubuhan peladang kawasan (PPK) yang terlibat
secara langsung perlu memainkan peranan yang
penting melalui tindakan dan program berikut:
⟨ PPK membangunkan projek contoh berskala
besar yang dipanggil flagship projects.
⟨ PPK membangunkan peladang contoh, peladang
ushawan, innovators dan pelanggan tetap.
⟨ PPK melaksanakan program pemindahan
teknologi daripada projek-projek yang berjaya
kepada ahli-ahli.
⟨ PPK mengembleng ahli peladang untuk terlibat
dalam projek pengeluaran makanan.
⟨ PPK membangun program-program komunikasi
(TV, fliers, lawatan dan lain-Iain).
⟨ Mengadakan program-program untuk peladang
muda.
⟨ PPK membangunkan pusat sumber.
Antara pelan tindakan yang boleh dijadikan panduan
oleh pengurusan PP dalam melaksanakan program
transformasi pertanian di peringkat PPK, ialah:
⟨ Membuat semakan perkara-perkara yang
terdapat di kawasan PPK.
⟨ Memilih proses transformasi yang sesuai dengan
keadaan yang terdapat di kawasan operasi PPK.
⟨ Mengembleng peladang-peladang untuk
melaksanakan projek yang dirancang.
⟨ Menentukan faktor-faktor kejayaan yang utama
bagi memudahkan proses penilaian dan
pengesanan.
⟨ Mewujudkan sistem pengesanan dan kawalan
yang berkesan.
⟨ Membangunkan pelan perniagaan bagi projek
yang diputuskan.
Tranformasi pertanian memerlukan komitmen yang
jitu daripada PP supaya segala program dan
rancangan yang diatur dapat berjalan dengan lancar
dan berkesan. Maka, PP perlu memperlengkapkan
diri dan bersedia menjadi agen transformasi pertanian
yang diutarakan oleh kerajaan supaya dapat
mewajahbarukan sektor pertanian dan memberi
manfaat kepada negara, PP dan peladang.
6
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yakin
menjadi peneraju pembangunan Pertubuhan
Peladang (PP) yang unggul dan cemerlang dalam
RMK-9. Semua PP akan dibangunkan sebagai
pemberi perkhidmatan yang berkesan ke arah
mewujudkan ahli peladang komersial.
Ini selaras dengan matlamat penubuhan LPP pada
14 Februari 1973 di bawah Akta Lembaga Pertubuhan
Peladang 1973 (Akta 110) untuk menjadi pendaftar,
penyelia dan pemaju PP yang diwujudkan melalui Akta
Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) dan Koperasi
Asas Tani (KAT) yang diwujudkan melalui Akta
Syarikat Koperatif 1948.
Bagi memastikan penubuhannya mengikut matlamat
terdapat 3 fungsi yang dimainkan oleh LPP, iaitu:
i. Pendaftar
ii. Agensi Pengurusan
iii. Agensi Pembangunan
Dalam menjadikan LPP sentiasa peka terhadap fungsi
yang diperuntukan, LPP mempunyai bidang kuasa
tertentu di bawah fungsi-fungsi tersebut. Bidang kuasa
itu ialah:
Bidang kuasa di bawah fungsi pendaftar:
- Mendaftar Pertubuhan Peladang (PP)
- Menyelia dan mengawal aktiviti PP dan
Koperasi Asas Tani (KAT)
- Mengaudit Akaun PP dan KAT
- Membatal Pendaftaran PP dan KAT
- Menyedia Pendidikan dan Latihan Ahli
Bidang kuasa di bawah agensi pengurusan:
- Menyediakan anggota di LPP dan PP.
- Melatih anggota untuk meningkatkan
tahap profesionalisme.
- Melatih peladang-peladang dalam
bidang kemahiran, teknikal dan
perundangan.
- Memberi khidmat nasihat.
Bidang kuasa di bawah agensi pembangunan:
- Merancang program-program pembangunan
PP bagi meningkatkan taraf ekonomi dan
sosial PP dan ahlinya.
- Menyediakan bantuan sokongan
• Pembiayaan
• Infrastruktur
• Kejenteraan, pengangkutan
• Lepas tuai
• Pemasaran
• Pemprosesan
• Kursus/latihan
• ICT
- Memperkukuhkan aktiviti PP
Sebagai sebuah agensi pembangunan Kerajaan,
teras pembangunan LPP dalam RMK-9 adalah untuk
7
menyokong pelaksanaan DPN3, dasar dan halatuju
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta
dasar-dasar semasa kerajaan. Ini akan dilaksanakan
dengan memberikan penekanan kepada pelaksanaan
transformasi pertanian di PP.
Semua PP diberi peranan untuk menggembleng
peladang-peladang, menyelaras dan meningkatkan
tahap perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan
oleh peladang dalam usaha meningkatkan
pengeluaran pertanian dan pendapatan peladang.
LPP telah menetapkan 11 strategi bagi mencapai
matlamat yang ditetapkan. Strategi pembangunan
LPP dalam RMK-9 adalah seperti berikut:
• Memobilisasi dan memodenkan 200,000 ahli
PP menjadi peladang moden.
• Pembangunan projek berpandukan Pelan
BOT (Balance of Trade) Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani secara
Komersial melalui pengwujudan 10,000
peladang usahawan.
• Penglibatan PP sepenuhnya dalam
pengurusan rantaian pembekalan dengan
penekanan kepada kegiatan nilai ditambah.
• Pelaksanaan Pelan Operasi melalui
pergerakan PP tiga peringkat.
• Pelaksanaan piawai dan penekanan kepada
kualiti, daya maju dan daya saing bagi
mencapai pelan BOT.
• Penggunaan teknologi untuk meningkatkan
hasil dan mengurangkan kos pengeluaran.
• Memaksimumkan penggunaan tanah.
• Meningkatkan tahap profesionalisme tenaga
pengurusan.
• Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
peladang untuk mengusahakan ladang-ladang
secara perniagaan.
• Memperkukuhkan peranan institusi peladang.
• Menggalakkan penyertaan swasta melalui
usahasama dengan PP.
Sebanyak 14 subprogram pembangunan terdiri
dari 10 projek sambungan dan 4 projek baru akan
dilaksanakan dalam RMK-9. Status program yang
akan dilaksanakan dalam RMK-9 dan perakuan
peruntukan pembangunan LPP dalam tahun 2006
adalah bagi projek sambungan dan projek baru.
Dalam projek sambungan penekanan diberi
terhadap perkara yang dirancang dan telah
dilaksanakan seperti:
• Pengeluaran Bahan Makanan Asas
• Pembangunan Peladang
• Pembangunan Sumber Manusia
• Pembangunan Pertubuhan Peladang Di
Sabah
• Kemudahan Pemasaran Pertubuhan
Peladang
• Kemudahan Asas Institusi
• Pembangunan Projek Padi 10 Metrik Tan
• Ladang Integrasi
• Pemulihan Ladang
• Perusahaan Kecil dan Sederhana
Manakala untuk projek baru beberapa perkara telah
dikenalpasti untuk dilaksanakan iaitu:
• Pembangunan Usahawan Peladang
• Perkhidmatan Kejenteraan Ladang
8
• Transformasi dan Pemodenan Peladang
• Pembangunan Pertanian Kawasan
Sementara itu, LPP telah berjaya melaksanakan
program-program pembangunan dalam RMK-8
dengan penekanan diberikan kepada program
peningkatan pengeluaran makanan asas.
Pencapaian RMK-8 LPP
Lembaga Pertubuhan Peladang menerima
peruntukan daripada Kerajaan sebanyak
RM193,656,552 bagi melaksanakan program/projek/
aktiviti pembangunan sepanjang tempoh Rancangan
Malaysia Kelapan (RMK-8).
Peruntukan digunakan adalah untuk memberi faedah
langsung kepada Pertubuhan Peladang dan ahli-
ahlinya. Pencapaian perbelanjaan berbanding
peruntukan diterima (RM 192,935,062) adalah
sebanyak 99.63%.
LPP berjaya menggembleng dengan cekap dan
berkesan sumber-sumber dari kerajaan, pertubuhan-
pertubuhan peladang (PP) dan ahli peladang.
Program-program yang dilaksanakan berjaya
meningkatkan kegiatan ekonomi PP dengan isipadu
perkhidmatan perniagaan mencapai RM1.4 bilion
pada tahun 2004 dan meningkat kepada RM1.63
bilion dalam tahun 2005.
Dengan peruntukan yang disediakan dalam RMK-9
untuk sektor pertanian, LPP yakin dapat
membangunkan PP agar lebih berdaya saing dalam
kegiatan ekonomi disamping ahli mendapat manfaat
daripada perubahan yang dilaksanakan.
9
Sektor pertanian dan industri asas tani perlu
mengalami transformasi untuk menjadikan sektor
ini lebih moden, dinamik dan berdaya saing. Usaha-
usaha seperti berikut sedang dilaksanakan oleh
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Untuk mentransformasikan sektor pertaniansepenuhnya pelbagai proses perlu dilalui dandilakukan walaupun secara beransur-ansur dankadangkala mengambil masa. Proses bagi mencapaimatlamat dan sasaran yang diterangkan di bawahperlu diberi perhatian dalam menjayakan transformasipertanian.
Transformasi Ladang
Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkanproduktiviti dan kos pengeluaran tinggi. Program untukmemperolehi faedah berskala seperti projekkelompok, pemuliharaan tanah terbiar secara estet/kelompok, Taman Kekal Pengeluaran Makanan danProjek 10 Tan Padi telah pun dilaksanakan. Dalamskim-skim ini, Amalan Pertanian Baik (GoodAgriculture Practices) digalakkan supaya keluaranpertanian yang dihasilkan adalah berkualiti danselamat dimakan. Program Plantation IntegrationAreas (TAC) juga dilaksanakan bagimengoptimumkan penggunaan kawasan perladanganbagi menjanakan hasil sampingan dengan ternakanlembu.
Transformasi Tenaga Buruh Kepada PenggunaanMekanisasi, Otomasi Dan Teknologi
Negara perlu meningkatkan tahap dan prosespengeluaran daripada terlalu bergantung kepadatenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologidan berasaskan ilmu pengetahuan. Programpemindahan teknologi dan cara tanaman yang barubagi meningkat produktiviti telah dilaksanakan. Ini
termasuk program inkubator dan belia tani bagimelahirkan usahawan tani, program fertigasi tanamanpertanian dan sistem ternakan ayam secara tertutup(closed house system). Di dalam pembangunanperikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahapteknologi dilaksanakan melalui program pen culture,akuakultur secara nukleus, open sea cage culture danmengurangkan kehilangan hasil akibat post harvest.
Pengurusan Ladang Yang Moden
Program latihan dan kemudahan akan dipertingkatkanbagi memastikan peladang dibekalkan dengankemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkanproduktiviti manakala pakar-pakar dan pekerjapengembangan yang terlibat dalam aktiviti bimbingandan latihan dilengkapkan pengetahuan dan kepakaranbagi membantu masyarakat tani. Untuk mencapaitujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri AsasTani sedang berusaha meningkatkan pengembangandan khidmat nasihat teknikal. Inkubator-inkubator bagimemberi latihan tambahan juga telah dibina untukmemberi latihan kepada golongan sasar di ladangsebenar.
Dayasaing Lebih Tinggi
Kualiti produk yang rendah dan tidak seragammenyebabkan hasil pertanian negara tidak dapatbersaing di pasaran global. Dengan harga yang tinggidi pasaran domestik dan jangkaan lambakan hasilpertanian dari luar negara yang lebih murah berikutanpembukaan pasaran di bawah pelaksanaan WTO danAFTA, hasil pertanian negara akan menghadapipersaingan yang tinggi. Sehubungan itu, hasilpertanian negara perlu berkualiti dan mematuhipiawaian keselamatan makanan antarabangsa bagimembolehkan hasil pertanian dieksport mahupundipasarkan di dalam negara. Konsep jaminan kualitidaripada ladang ke meja hidang akan diamalkansecara meluas melalui skim akreditasi serta kawalselia
PROSES TRANSFORMASI DALAMSEKTOR PERTANIAN
10
dan pemeriksaan veterinar yang ketat di ladang
ternakan, kilang makanan haiwan, rumah
penyembelihan, kilang pemprosesan, stesen
kuarantin di pintu masuk ke dalam negara.
Mempelbagaikan Pulangan Pelaburan
Masalah pulangan terhadap pelaburan yang rendah
dan lambat dapat diatasi dengan memberi tumpuan
kepada aktiviti integrasi tanaman-ternakan,
intercropping, mixed farming dan juga marinovasi.
Aktiviti pemprosesan hiliran juga merupakan satu
usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi
masyarakat tani dan menambahkan pendapatan
mereka dalam mengeluarkan produk yang diproses
yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi.
Pengezonan (zoning)
Selaras dengan pendekatan pembangunan pertanian
berasaskan produk, pembangunan secara sektoral
melalui pengezonan kawasan pengeluaran pertanian
akan dilaksanakan. Ini bertujuan bagi membolehkan
pembangunan pertanian secara kelompok dapat
dihasilkan supaya faedah perbandingan (comparative
advantage) diperolehi. Zon-zon pengeluaran ini
termasuklah zon perindustrian akuakultur (ZIA), zon-
zon tanaman, zon-zon pengeluaran ternakan di
kawasan integrasi ladang (TAC). Pengwujudan zon-
zon ini akan membolehkan para pengusaha
meningkatkan hasil mereka kerana keadaan agro-
klimatik yang sesuai untuk aktiviti tertentu. Selain
daripada itu, ia juga membolehkan kerajaan
menumpukan khidmat sokongan mengikut jenis
aktiviti pertanian yang dilaksanakan di kawasan
tertentu.
Insentif Untuk Projek Pengeluaran Makanan
Kerajaan juga menyediakan insentif istimewa bagi
projek pengeluaran makanan seperti yang
diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Di bawah insentif ini, syarikat-syarikat yang
11
mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran
makanan layak mendapatkan insentif khas selain
daripada insentif-insentif lain seperti taraf perintis,
insentif untuk menggalakkan eksport dan sebagainya.
Latihan
Pusat Latihan Pertanian Negara
dipertanggungjawabkan bagi merancang, menyelaras
dan menilai program latihan kemahiran selaras
dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
(NOSS) bagi melahirkan pekerja dan usahawan tani
yang berpengetahuan dan berkemahiran. Selain
daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani juga sedang membina Kolej Pertanian di Kedah
di samping meningkatkan taraf 40 institusi sedia ada
supaya dapat memberikan latihan yang lebih baik
kepada golongan sasar.
Kemudahan Infrastruktur
Sebagai usaha untuk meningkatkan khidmat
sokongan kepada sektor pertanian, kerajaan juga
sedang berusaha meningkatkan kemudahan
infrastruktur serta khidmat sokongan di sektor
pertanian. Dalam hal ini, kemudahan-kemudahan
seperti saliran dan pengairan serta jalan ladang akan
diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke masa.
Selain itu, kemudahan pemasaran seperti pusat
pengumpulan dan pengedaran produk pertanian juga
disediakan bertujuan untuk meningkatkan
keberkesanan rangkaian pemasaran produk
pertanian dari ladang ke pasaran.
Berdasarkan kesemua proses tersebut, transformasi
pertanian mampu dicapai sepenuhnya jika proses
dilalui dan diterima oleh setiap organisasi yang
terlibat. Golongan sasar yang menjadi tumpuan utama
perlu diberi pendedahan tentang perlunya
transformasi pertanian kerana ia bukan sahaja dapat
merubah ekonomi mereka malah persepsi
masyarakat terhadap sektor pertanian yang dulunya
dianggap mundur turut berubah.
Penaung
Y. Bhg. Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad
Penasihat
Y. Bhg. Tuan Haji Arpan Shah bin Satu
Ketua Pengarang
Y. Bhg. Tuan Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail
Edisi Internet
Haninah bte Abd. Rahman
Diterbitkan Oleh:
Lembaga Pertubuhan Peladang,Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50990 Kuala Lumpur.
Penyunting
Azizan bin OthmanRohman bin Jasmani
Grafik/Illustrator
Rohman bin JasmaniKamaruzzan bin Hanif
Berita Transformasi Elektronik
boleh dilayari di
http://www.lpp.gov.my