Download - PENGAJARAN BERPASANGAN.2
PENGAJARAN BERPASANGAN
NAMA : NUR NADRAH HASFINIE HASANUDDIN
NAMA PASANGAN PRAKTIKUM : RAHIM NANANG
KURSUS DAN AMBILAN : PISMP BAHASA MELAYU SJKT AMBILAN JANUARI 2012
TARIKH : 22 APRIL 2014
MASA: 11.10 – 12.10 PAGI
TAHUN :3
KEKUATAN
Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan ialah mengenai tema
pengguna bijak yang bertajuk berjimat cermat amalan mulia. Tajuk ini sangat menarik
kerana mempunyai perkaitan dengan kehidupan seharian murid dan dapat melatih
murid untuk lebih berjimat dalam kehidupan sebenar. Semasa set induksi, guru
menunjukkan tabung yang berisi duit di dalamnya. Murid diminta untuk meneka barang
yang dibawa oleh murid dan bertanyakan sama ada mereka memiliki tabung di rumah
atau tidak . Sesi soal jawab diteruskan dengan bertanyakan tujuan menabung. Tajuk ini
menarik perhatian murid kerana majoriti mereka mempunyai tabung di rumah masing –
masing . Murid membaca secara mekanis mengenai petikan teks yang diberikan oleh
guru. Murid dapat membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Murid tertarik
dengan permainan bahasa yang dijalankan untuk menambahkan pemahaman murid
dalam penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk.
KELEMAHAN
Murid – murid pemulihan dan linus sukar mengikut perkembangan pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan. Sekiranya guru tidak berada di kumpulan mereka,
murid tersebut akan membuat kerja masing – masing dan tidak menghiraukan aktiviti
yang diberikan oleh guru. Mereka memerlukan bimbingan yang lebih dan perhatian
secukupnya. Murid pemulihan dan linus juga sukar membezakan ayat tunggal dan ayat
majmuk yang diajarkan. Kaedah pengajaran perlu dibuat penambahbaikan agar semua
ahli dalam kelas tersebut dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan.
CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN
Sebagai cadangan mengatasi masalah ini ialah semasa langkah 1 sehingga
langkah 2, murid Linus dan pemulihan hendaklah dicampurkan dalam kumpulan murid
yang berkebolehan dan pemikiran aras tinggi. Murid boleh berkolaborasi dengan rakan
– rakan untuk bertanyakan soalan. Hal ini menyukarkan guru sekiranya perhatian hanya
diberikan kepada mereka disebabkan jumlah murid yang berpengetahuan aras rendah
dan murid yang lemah ramai. Murid yang lemah tidak akan terasa terasing apabila
bergabung dengan murid – murid lain. Selain itu, murid ini akan kembali dalam
kumpulan mereka apabila langkah pemulihan dan pengayaan dilaksanakan. Semasa
guru memberikan latihan kepada murid lain, guru boleh memberi tumpuan dan
bimbingan sepenuhnya kepada murid yang lemah.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :