Download - Pengembangan Dan Penyempitan Makna
Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur.
Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang
lama. Contohnya ‘berlayar’, dahulu ulu digunakan
dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai
layar, sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau
perairan dengan alat apa saja disebut ‘berlayar’ . Dahulu
kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan biologi, sekarang
semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya
disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang dianggap sama
darjatnya disebut ‘saudara’.
Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan
makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang
mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian
menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada
makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97)
menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah
kata ialah proses perubahan makna kata
daripada makna yang lebih luas kepada makna yang
lebih khusus atau spesifik.
Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ’ahli’ juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.