Download - Pengenalan
1.0 PENGENALAN
Pakar dalam pendidikan jasmani seperti Gallahue,D.L., 1996, Gabbard, C.
LeBlanc, B. & Lowy., 1994 dan Burton, 1977 membahagikan pergerakan asas
kepada 3 jenis iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan
pergerakan manipulative. Pergerakan akan menyebabkan seseorang berubah
kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan yang menyebabkan
keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut
bergerak dan beredar dan merupakan pergerakan lokomotor. Ia merupakan dasar
yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Manakala
pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula
dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Ia lebih tertumpu kepada pergerakan
bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar dan tidak
mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Perbezaan antara lokomotor dan
bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot
kasar seperti melompat dan berjalan. Manakala bukan lokomor pula merupakan
kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.
Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi
dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan
kecil atau besar dan disebut pergerakan manipulatif. Pergerakan-pergerakan ini
dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun
dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam
melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan
deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan.
Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman
konsep-konsep pergerakan serta menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu
aspek ruang yang merupakan kawasan yang digunakan semasa melakukan
pergerakan, aspek masa yang merujuk kepada kelajuan pergerakan yang
dilakukan, aspek beban yang merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut,
ringan dan tenang, dan aspek aliran yang merupakan beberapa pergerakan
dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin.
Dalam kerja kursus ini, terdapat satu ujian amali tentang pergerakan
lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor serta pergerakan manipulatif. Saya
bebas memilih 10 jenis pergerakan lokomotor dan 10 jenis pergerakan bukan
lokomotor. Saya perlu melakukan pergerakan-pergerakan tersebut dengan alatan
tangan saya iaitu tali untuk menerusi litar yang ditentukan. Pergerakan-pergerakan
yang dilakukan oleh saya perlu mempunyai variasi dalam aliran, susunan dan aras
pergerakan.
2.0 MATLAMAT
Pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor
diperlukan untuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas.
Terdapat beberapa matlamat untuk belajar dan mengadakan ujian pergerakan
lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor serta pergerakan manipulatif iaitu:
a) Memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor.
b) Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak.
c) Mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas
dengan elemen-elemen pergerakan (ruang, masa, kuasa).
d) Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.
e) Memperkembangkan kanak-kanak dalam aspek kognitif, psikomotor dan efektif.
f) Mempraktiskan kanak-kanak dalam aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan
sosial (JERIS).
3.0 OBJEKTIF
Pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor diajar bertujuan untuk
membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi
kegiatan jasmani yang tersusun dan membantu murid-murid mengenali
kepentingan pergerakan asas. Terdapat beberapa objektif iaitu:
a) Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian
tubuh badan.
b) Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang
baik.
c) Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu
ruang, masa, beban dan aliran.
d) Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
e) Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.
f) Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui
pergerakan.
g) Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan.
h) Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
4.0 TARIKH
Ujian amali pergerakan asas dijalankan pada
5.0 MASA
Ujian amali pergerakan asas bermula pada pukul dan jangka masa yang
diperlukan untuk menghabiskan ujian ini ialah
6.0 TEMPAT
Ujian amali ini dijalankan dalam gimnasium.
7.0 KUMPULAN SASARAN
Pergerakan asas ini sesuai untuk semua tahap 2 murid-murid sekolah rendah iaitu
tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.