Download - Pengenalan Masyarakat Sikh
AMALAN DAN BUDAYA MASYARAKAT SIKH
By: Fadhil Ismail
OBJEKTIF
Untuk mempelajari tentang amalan dan budaya kaum sikh
Dapat memupukkan semangat perpaduan di antara kaum
Memberi penjelasan lebih terperinci tentang masyarakat sikh kepada umum
PENGENALAN
Sikhisme adalah salah satu agama yang terbesar di dunia.
Berkembang pada abad ke 16 dan 17 di India
Berasal daripada perkataan sikh bermaksud “murid” atau “pelajar”
Berasal daripada daerah Punjab, India. Dapat dikenal dengan name akhir
“singh” dan “kaur”
Sepuluh Guru Sikh
Guru Nanak Dev
Guru Angad Dev
Guru Amar Das
Guru Ram Das
Guru Arjan Dev
Guru Har Gobind
Guru Har Rai
Guru Har Krishan
Guru Tegh Bahadur
Guru Gobind Singh
Konsep Keagamaan Sikh
Agama Sikhisme bukan terhad kepada bangsa Punjabi sahaja.
Upacara masuk agama ini dipanggil Amrit Sanskar.
Mereka yang ingin masuk agama ini harus meminum air ‘Amrit’.
Sikh menyamakan Tuhan dengan ‘kebenaran’ atau ‘Sach’
Sikh berpegang kuat kepada kitab suci ‘Granth Sahib’ juga dikenali sebagai ‘Bani’
Kepercayaan asas Sikhisme terdapat didalam ‘Japji’ atau dikenali sebagai ‘mool mantra’.
Sikhisme menerima teori ‘karma’. Sikhisme menafikan pemujaan sungai
dan dewa. ‘Gurdwara’ merupakan simbol suci Sikh
Contoh-contoh
Faktor Perpindahan Sikh ke Asia Tenggara
Faktor ekonomi Kekurangan tanah Pertambahan penduduk Kekurangan tanah Bencana alam
Kedatangan Sikh di Malaysia
Mengguna perkhimatan orang sikh untuk menjaga keselamatan
Pada peringkat awal penghijrahan, tertumpu di perak.
Pada kurun ke 20, mereka telah berkhimat di sektor kerajaan mahupun swasta
Pengawal keselamatan, sektor pertanian, buruh dan peminjam wang
PAKAIAN TRADISIONAL
Pakaian tradisional bagi lelaki :- Kurta merupakan pakaian
untuk majlis-majlis rasmi- Ia merupakan kemaja labuh
dan diperbuat daripada kain
kapas.
Turban/serban- Penganut sikh dilarang memotong rambut dan memakai serban agar yang panjang mudah diurus.- Ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan wajib dipakai.- Kain tersebut adalah sepanjang 5 meter dan ia berbentuk lonjong, tebal dan seragam.
Pakaian tradisional bagi perempuan :- Pakaian salwar kameez atau dikenali sebagai
baju punjabi.- Ia merupakan blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang longgar dan dipadankan bersama
selendang.
PERAYAAN VAISAKHI
Vaisakhi adalah pesta menuai kuno di Punjab. Ia juga menandakan bermulanya tahun menuai baru dan musim suria baru.
Merupakan perayaan utama dalam kalender Sikh sempena memperingati penubuhan Khalsa pada tahun 1699.
Vaisakhi jatuh pada bulan Vaisakhi di dalam kalender Nanakshahi, iaitu bersamaan dengan 14 April
ADAT-ADAT PERKAHWINAN
Terdapat beberapa upacara yang perlu dilakukan sebelum dan selepas istiadat perkahwinan dilangsungkan
Mayian, Mehndi, Jago, Janj Depature, Janj Arrival(milni), Gurdwara, Sagan, Doli Depature dan Pani Waar
Dalam bangsa sikh, tidak diwajibkan untuk melakukan mangani (pertunangan)
Mayian adalah majlis dimana pengantin perempuan akan ditemani ahli keluarganya.
Pengantin akan duduk dibangku yang dipanggil “phati” dan sehelai sari “chadar” diapungkan di atas kepalanya.
Ibu pengantin perempuan akan meletakkan duit syiling dibawah tapak kaki pengantin.
Ibu pengantin prempuan akan melangkah “phati” selepas upacara mayian selesai
Tujuannya adalah untuk menolak bala dan segala kekotoran yang ada pada pengantin
Mehndi dilakukan selepas upacara mayian .
Wakil daripada pihak perempuan akan melukis “henna” di tapak tangan perempuan.
Diiringi lagu mehndi. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri si
pengantin. Jago adalah majlis untuk tetamu yang
hadir semasa majlis perkahwinan Jugo adalah tarian bertujuan untuk
menjemput pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.
Dalam tarian itu, seorang perempuan akan membawa “jugo” diletakkan diatas kepala dan dinyalakan lilin di atasnya.
Tujuan jugo adalah untuk memeriahkan majlis perkahwinan tersebut.
Janj depature adalah pengantin lelaki ditemani pengapitnya dipakaikan pengantin.
apabila pengantin lelaki sampai, keluarga perempuan akan menyambut dengan gurauan.
Ini dinamakan janj arrival/milni
Adik pengantin perempuan akan meminta sedikit wang dan pengantin lelaki akan menguntin reben sebelum masuk rumah pengantin.
Tujuannya adalah untuk memesrakan hubungan antara pengantin lelaki dan ipar-duainya.
Kaum sikh juga diberi penerangan ringkas.
Upacara ini dibuat di Gurdwara. Pasangan pengantin akan duduk
berhadapan dengan sikhiah( paderi)
Doli departure adalah dimana ahli keluarga kedua-dua pihak akan berpelukan selepas upacara gurdwara
Sebelum pengantin keluar rumah perempuan dan masuk rumah lelaki, mereka harus meminta restu dari ayah dan ibu mereka.
Pengantin akan duduk dan menyaksikan tarian bhangra dan kesemua ahli keluarga akan menari tarian secara berpasangan.
Ini adalah upacara pani waar.
ADAT-ADAT KELAHIRAN
Seseorang ahli keluarga sikh yang mendapat cahaya mata sulung, bayi tersebut akan dijaga oleh nenek dan datuk mereka selama 40 hari.
Pantang larang keluarga sikh menyamai kaum melayu.
Ibu bayi tersebut tidak dibenarkan minum minuman sejuk kerana memudaratkan kesihatan.
Selepas sebulan dijaga oleh nenek dan datuk bayi tersebut, mereka akan memangil seorang paderi untuk membaptismkan bayi mengunakan air suci
Tujuannya untuk menghindari atau membuang roh jahat yang ada dalam badan bayi.
Nama bayi diberi berdasarkan pembukaan kitab suci sikh.
ADAT-ADAT KEMATIAN
Bangsa sikh mengurus mayat dengan membakar mayat.
Lelaki akan dipakaikan dengan pakaian putih dan serban
Perempuan dipakaikan baju pengantin dan disolek dengan cantik
Iyanya bertujuan untuk kelihatan cantik sebelum mengadap tuhan.
Mayat yang telah dibakar akan dibiarkan sehari dan keesokannya baru dibenarkan untuk mengambil abu mayat.
Abu mayat akan diletakan dalam bekas tanah liat dan dibalut dengan kain merah.
Bekas tersebut akan dilepaskan ke laut.
Pada hari abu dilepaskan, mereka tidak dibenarkan menyalakan api.
Hari ke 10 atau 14 akan diadakan kenduri dan bacaan doa untuk si mati akan dibaca sepanjang kenduri diadakan.
MAKANAN TRADISIONAL Roti
- Roti diperbuat daripada tepung gandum dan ianya amat senang untuk dibuat.- Ia juga dikenali sebagai chappati.
Sabhi dan daal- Sabhi dan daal merupakan sejenis
juadah untuk vegeterian dan non- vegeterian.
- Sabhi merupakan sayur-sayuran yang dimasak bersama-sama dengan
kacang daal.
Manisan- Manisan dikenali sebagai makanan hidangan pencuci mulut yang diperbuat daripada gula, susu, tepung garam, dan minyak sapi.- Antara contoh manisan seperti laddo, jallebi, gulab jaman dan halwa.