Download - Pengenalan PA
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan
turun-temurun (sejak dahulu) di dalam sesuatu masyarakat sehingga merupakan hukum dan
peraturan yg harus dipatuhi dan kematian bermaksud perihal mati. Terdapat pelbagai adat
kematian yang telah diturunkan oleh nenek moyang kita. Setiap adat yang diamalkan
mempunyai maksudnya yang tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat kematian
masyarakat India.
See more at: http://ekamus.dbp.gov.my/Search.aspx?
spec=false&type=1&cari=adat#sthash.IzS3QLkV.dpuf
Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala
mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak dipasang dinyalakan. Serbuk
suci atau thiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Kaki dan tangan mayat
perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada.
Duit syiling diletakkan di atas dahi. Lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Lagu-
lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan
sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman.
Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau
halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja
boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau
sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan
menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula
akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum
dimandikan dan minyak digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir.
Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat.
Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan
tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah
berumur. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi
mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan
diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.
Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur
barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat
akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang
dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras
yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat. Sebelum
dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang
diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum
perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan
pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si
mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neipantham.
Nei bermaksud minyak sapi dan pantham adalah obor. Beberapa batang kayu kecil akan
dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan
dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam
sebanyak tiga kali. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang
terdekat akan memberi sari atau dhoti kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan
ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna
adudaiya shivanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah
direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam
sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat
dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada
periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung
melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang
yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki
mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut
yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan
rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng,
biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-
bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri.
Rumah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur. Lampu minyak dinyalakan
dibekas tempat pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi
untuk membersihkan diri selepas upacara pengebumian dijalankan. Makanan yang terdiri
daripada sayur-sayuran atau haiwan yang tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli
keluarga si mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan lampu minyak sentiasa
dinyalakan. selain itu debu suci dan garam disertakan. Kemudian ahli-ahli keluarga
dikehendaki menyentuh garam dan menyapu pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air
yang berada di dalam baldi digunakan untuk mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah
upacara pengkebumi. Bagi mereka yang membawa kollic catti akan pulang ke rumah untuk
melakukan upacara kollic catti. Pembawa kollic catti hendaklah mandi di sungai atau kolam
dan kemudian barulah boleh masuk ke rumah. Ini adalah menunjukkan tamatnya
upacara kollic catti.
Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan harinya. Air mawar
terlebih dahulu disiram pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu
bahagian kepala dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala abu yang lain dimasukkan
ke dalam periuk yang berasingan. Abu yang telah dimasukkan ke dalam periuk akan
disembahyangkan oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam pengurusan abu mayat di
kalangan masyarakat India, iaitu samada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam kain
kuning dan dilepaskan ke laut.
Masyarakat India seperti juga masyarakat lain akan berkabung selepas berlakunya sesebuah
kematian. Tempoh mula berkabung sama ada lapan atau enam belas hari selepas kematian.
sekiranya mereka berkabung selepas lapan hari kematian, saudara-mara dan sahabat-handai
akan berkumpul di rumah si mati dengan membawa pelbagai jenis juadah tradisional
termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua ini dibawa untuk dipersembahkan
kepada si mati. Gambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau dinding dan
kemudian dikalungkan dengan bunga yang menarik. Di sisi gambar tersebut pula dinyalakan
lampu minyak dan bunga ditabur. Kemudian upacara sembahyang dimulakan dengan
meminta Tuhan supaya melindungi si mati. pada masa yang sama nyanyian lagu-lagu suci
dimainkan. setelah itu makanan dihidangkan kepada para tetamu.
Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaari iaitu hari
bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si mati dihias
dengan cantik dan seorang sami dijemput untuk upacara sembahyang. Batu-bata diikat
dengan benang dan dibalut dengan kain merah dan dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian
batu tersebut dibasahkan dengan air, susu, air kelapa muda dan air mawar. Upacara basahan
batu-bata itu dinamakan sebagai kal niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada masa yang
sama lagu-lagu suci dimainkan. Upacara sembahyang dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap
kali sembahyang, makanan dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang pertama
dilakukan pada pukul sebelas malam. Sembahyang yang kedua dilakukan pada pukul dua
belas malam dan yang ketiga pada awal pagi.
Hari berikutnya sami tersebut mengambil rumput dan membuat bentuk seperti keranda.
Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh si mati sentiasa dalam
keadaan tenang dan aman. Selesai upacara bersembahyang, sami tersebut akan dibayar
dengan upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini,
berakhirlah upacara karumaari.
http://www.slideshare.net/tlc1025/adat-tradisional-masyarakat-di-malaysia