1
PENGESYORAN KLON LGM 2013
2
Pengenalan
Pengesyoran Klon LGM 2013 adalah pengesyoran daripada Lembaga Getah Malaysia (LGM)
kepada pengusaha getah nasional berhubung klon getah terkini yang terbukti prestasinya di
kawasan percubaan lapangan. Pengesyoran ini disediakan selepas penilaian di lapangan,
perbincangan dengan pakar-pakar dari pelbagai bidang getah dan akhirnya dialog bersama wakil-
wakil industri getah. Adalah diharapkan melalui pengesyoran ini sasaran produktiviti getah
negara iaitu 2,000 kg/ha/tahun dapat dicapai menjelang 2020.
Definisi
Kumpulan 1 terdiri daripada klon-klon dengan data hasil sekurang-kurangnya lima tahun pada
panel BO-1 dengan purata hasil minimum 1,500 kg/ha/tahun yang diperoleh dari Percubaan Klon
Skala Besar di pelbagai persekitran. Klon-klon dalam Kumpulan 1 juga mempunyai ciri-ciri
sekunder yang diingini iaitu kulit asal yang tebal, boleh dibuka toreh pada lima tahun
penanaman, kecederaan akibat kerosakan angin yang rendah, rintang terhadap kekeringan kulit
dan rintang terhadap penyakit-penyakit daun yang utama.
Kumpulan 2 terdiri daripada klon-klon baharu yang berpotensi dengan purata hasil minimum
1,800 kg/ha/tahun berdasarkan data hasil tiga tahun pertama di Percubaan Klon Skala Besar di
pelbagai persekitaran.
Anak benih adalah bahan tanaman yang ditanam daripada biji benih yang diperolehi dari kebun
biji benih.
Pokok Penanti adalah anak benih getah yang digunakan untuk penggandaan klon melalui
cantuman mata tunas.
3
PENGESYORAN KLON LGM 2013
Pada dasarnya, klon-klon dikelaskan kepada dua kumpulan.
Kumpulan 1
Klon-klon Kumpulan 1 disyorkan untuk penanaman secara komersil di estet dan kebun kecil
tanpa sekatan ke atas keluasan tanaman dan bilangan klon. Kumpulan 1 terdiri daripada lima
klon dengan purata hasil minimum 1,500 kg/ha/tahun dan isipadu batang minimum 0.3
m3/pokok. Kumpulan ini terdiri dari klon:
RRIM 928, RRIM 2001, RRIM 2002, PB 260 dan PB 350
Kumpulan 2
Kumpulan 2 terdiri daripada empat klon dengan purata hasil minimum 1,800 kg/ha/tahun dan
isipadu batang minimum 0.3m3/pokok. Oleh kerana maklumat prestasi klon di pelbagai
persekitaran dan ciri-ciri sekunder adalah terhad, penanaman klon ini tidak melebihi 40%
daripada jumlah kawasan tanaman dan penanaman adalah di dalam blok monoklonal. Kumpulan
ini terdiri dari klon:
RRIM 2007, RRIM 2023, RRIM 2024 dan RRIM 3001
Anak benih
Kebun biji benih adalah kawasan yang diasingkan sekurang-kurangnya 1.3 km daripada pokok
getah yang lain yang mana biji benih ini boleh dikutip untuk penanaman. Kini Sime Darby Bhd
mengekalkan satu kebun biji benih iaitu PBIG GG 9. Anak benih ini tidak disyorkan untuk
pekebun kecil kerana hasil dan pertumbuhan yang tidak seragam.
Pokok penanti
Pokok-pokok penanti yang disyorkan dalam “RRIM Planting Recommendations 1992 – 1994”
masih boleh diguna pakai. Pokok-pokok penanti yang disyorkan adalah:
Pokok penanti yang terbukti berprestasi tinggi: PB5/51 dan RRIM 623
Pokok penanti yang terbukti berprestasi tinggi di dalam skala yang terhad berdasarkan ujian
di peringkat awalan: GT 1, RRIM 901, RRIM 712, RRIM 605, PB 217 dan PB 235
Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari
kawasan poliklonal, kawasan percubaan klon dan kebun biji benih.
4
Klon RRIM 600 tidak disyorkan sebagai pokok penanti kerana masalah genetik kuning. Biji
benih siri RRIM 2000 boleh digunakan sebagai pokok penanti untuk tujuan cantuman. Hanya
anak benih yang sihat digunakan sebagai pokok penanti.
Bahan Tanaman bagi Penghasilan Kayu Getah untuk Penanaman Hutan Getah
Penekanan di dalam bidang pembiakbakaan getah menjurus kepada penghasilan klon dengan
tumbesaran yang cepat bagi menghasilkan klon yang tinggi lateks dan kayu. Klon-klon yang
disyorkan adalah klon-klon yang terdapat dalam Kumpulan 1 dan Kumpulan 2. Lanjutan itu,
RRIM 2025 yang tidak terdapat dalam Kumpulan 1 ataupun Kumpulan 2 boleh ditanam di
ladang hutan getah disebabkan pertumbuhannya yang cergas dan isipadu batang yang tinggi.
CIRI-CIRI KLON
Klon-klon Kumpulan 1
Purata hasil klon Kumpulan 1 dalam gram/pokok/torehan (g/t/t) diberikan dalam Jadua1. Data
adalah berdasarkan hasil torehan untuk lima tahun pertama dari Percubaan Klon Skala Besar.
Julat purata hasil adalah dari 50.0 g/t/t untuk PB 260 hingga 55.3 g/t/t untuk RRIM 2001 dan PB
350.
JADUAL 1. HASIL PURATA (G/T/T) KLON-KLON KUMPULAN 1
Klon Tahun Torehan
Purata 1 2 3 4 5
RRIM 928 42.9 58.7 58.8 61.6 47.2 53.8
RRIM 2001 45.6 54.0 53.0 57.5 66.5 55.3
RRIM 2002 43.8 53.7 55.0 54.1 65.2 54.4
PB 260* 39.3 47.5 54.8 53.4 54.9 50.0
PB 350* 54.4 54.8 53.5 59.7 54.1 55.3
Sistem torehan: S/2 d3 6d/7. Bilangan hari torehan: 93. Pokok sehatar: 370.
Data Percubaan Klon Skala Besar
* Sistem torehan: S/2 d3 6d/7. Bilangan hari torehan: 90. Pokok sehatar: 327.
Data Percubaan Klon Skala Besar
5
Purata hasil produktiviti kawasan kg/ha/tahun diberikan di Jadual 2. Data adalah berdasarkan
hasil torehan untuk lima tahun pertama dari Percubaan Klon Skala Besar. Julat purata hasil
adalah dari 1,525 kg/ha/tahun untuk PB 350 hingga 1,983 kg/ha/tahun untuk RRIM 2002.
JADUAL 2. HASIL PURATA DALAM KG/HA/TAHUN KLON-KLON KUMPULAN 1
Klon Tahun Torehan
Purata 1 2 3 4 5
RRIM 928 1429 1955 1958 2051 1572 1793
RRIM 2001 1023 1744 1726 1703 2586 1756
RRIM 2002 1249 1974 1986 2004 2701 1983
PB 260* 1119 1470 1886 1773 1776 1605
PB 350* 1269 1537 1562 1545 1712 1525
Sistem torehan: S/2 d3 6d/7. Bilangan hari torehan: 93. Pokok sehatar: 370.
Data Percubaan Klon Skala Besar
* Sistem torehan: S/2 d3 6d/7. Bilangan hari torehan: 90. Pokok sehatar: 327.
Data Percubaan Klon Skala Besar
Purata ukur lilitan tahunan dan kadar tambahan ukur lilitan sebelum torehan diberikan dalam
Jadual 3. Ukur lilitan tertinggi selepas enam tahun penanaman ialah 53.4 cm untuk PB 260
manakala ukur lilitan terendah ialah 46.4 cm untuk PB 350. PB 260 mencapai purata ukur lilitan
untuk penorehan pada tahun kelima penanaman manakala klon-klon lain dalam kumpulan ini
mencapai purata ukur lilitan lebih daripada 45.0 cm selepas enam tahun penanaman. Julat kadar
pertambahan ukur lilitan sebelum torehan ialah dari 8.3 cm/tahun untuk PB 350 hingga 11.9
cm/tahun untuk PB 260.
JADUAL 3. PURATA UKUR LILITAN TAHUNAN DAN PERTAMBAHAN UKUR
LILITAN SEBELUM TOREHAN KLON KUMPULAN 1
Klon Tahun Penanaman (cm) Pertambahan Ukur Lilitan (cm/tahun)
2 3 4 5 6 Sebelum Torehan
RRIM 928 13.4 23.0 35.8 44.1 48.0 8.7
RRIM 2001 13.9 23.4 33.3 41.1 47.5 8.4
RRIM 2002 15.1 25.9 36.6 44.7 50.5 8.9
PB 260 15.4 28.4 43.3 51.0 53.4 11.9
PB 350 13.1 22.2 34.6 42.4 46.4 8.3
6
Maklumat beberapa ciri sekunder yang penting bagi klon Kumpulan 1 diberikan dalam Jadual 4.
Klon yang dikategorikan dalam kumpulan ini memiliki sekurang-kurangnya empat ciri sekunder
yang diingini dengan skor minima “4=baik” untuk ciri pokok dan sekurang-kurangnya “rendah”
untuk tahap keparahan penyakit. Kriteria pengskoran ciri-ciri sekunder ini dijelaskan di dalam
Jadual 5 dan Jadual 6. Indeks keparahan penyakit daun Oidium, Colletotrichum dan
Corynespora diberikan dalam Gambarajah 1 hingga Gambarajah 3.
JADUAL 5. KRITERIA UNTUK PENGSKORAN CIRI-CIRI SEKUNDER
Ciri Skor
1 2 3 4 5
Ketebalan kulit asal semasa buka-
toreh (mm) ≤ 4.9 5.0-5.4 5.5-5.9 6.0-6.4 ≥ 6.5
Peratus populasi mencapai
ukurlilitan 45 cm (170 cm daripada
tanah) pada 60 bulan selepas
penanaman (%)
≤ 49.9 50.0-59.9 60.0-69.9 70.0-79.9 ≥ 80.0
Peratus populasi mengalami
kerosakan akibat serangan angin
(%)
≥ 40 30-39 20-29 11-19 ≤ 10
Peratus kekeringan keseluruhan (%) ≥ 40 30-39 20-29 11-19 ≤ 10
5-Sangat baik, 4-Baik, 3-Sederhana, 2-Kurang baik, 1-Teruk
JADUAL 4. CIRI-CIRI SEKUNDER PENTING KLON-KLON KUMPULAN 1
Ciri-ciri Sekunder RRIM
928
RRIM
2001
RRIM
2002 PB 260 PB 350
Ketebalan kulit semasa buka-toreh 5 5 4 2 4
70% populasi mencapai ukur lilitan 45 cm
(170 cm dari dasar) pada 60 bulan selepas
penanaman di ladang
5 5 4 4 5
Populasi mengalami kerosakan angin (%) 4 4 4 4 4
Kekeringan pokok (%) 4 4 4 2 4
Kerintangan terhadap penyakit cendawan
angin N L N L N
Kerintangan terhadap Oidium* M M M M M
Kerintangan terhadap Colletotrichum* M M L M VL
Kerintangan terhadap Corynespora* N L N N N
5=Sangat baik, 4=Baik, 3=Sederhana, 2=Kurang baik, 1=Teruk, N=Tiada, VL=Sangat Rendah,
L=Rendah, M=Sederhana, S=Parah.
* Data ujian di makmal
7
JADUAL 6. KRITERIA UNTUK PENGSKORAN PENYAKIT GETAH
Penyakit Keparahan
Tiada
Sangat
Rendah Rendah Sederhana Parah
Sangat
Parah
Cendawan angin (%
jangkitan)
Tiada
jangkitan - < 1 1-10 > 10 -
Corynespora (%
jangkitan)
Tiada
jangkitan - < 10 10-50 > 50 -
Oidium (indeks
keparahan)
Tiada
jangkitan 0.1-1.0 1.1-2.0 2.1-3.0 3.1-4.0 4.1-5.0
Colletotrichum (indeks
keparahan)
Tiada
jangkitan 0.1-1.0 1.1-2.0 2.1-3.0 3.1-4.0 4.1-5.0
Gambarajah 1: Indeks keparahan penyakit daun Corynespora
8
Gambarajah 2: Indeks keparahan penyakit daun Oidium
Gambarajah 3: Indeks keparahan penyakit daun Colletotrichum
9
Isipadu kayu untuk klon Kumpulan 1 diberikan dalam Jadual 7. Semua klon di dalam kumpulan
ini mempunyai isipadu batang melebihi 0.30 m3/pokok pada umur pokok seperti yang
dinyatakan.
Ciri-ciri daun dan biji klon-klon Kumpulan 1 diberikan di dalam Jadual 8 bagi tujuan identifikasi
klon.
JADUAL 7. ISIPADU KAYU KLON KUMPULAN 1
Klon Umur (Tahun) Isipadu Kayu (m3/pokok)
RRIM 928 21 0.59
RRIM 2001 17 0.41
RRIM 2002 17 0.44
PB 260 20 0.37
PB 350 19 0.33
10
JADUAL 8: CIRI-CIRI DAUN DAN BIJI KLON DI DALAM KUMPULAN 1
Klon Ciri-ciri daun dan biji Daun Biji
RRIM 928
Daun – Elliptikal lebar, hijau tua, bersinar,
licin. Tip akuminat, pangkal daun kuneat,
tepi daun beralun, keratan rentas bentuk U.
Daun bersentuh
Biji – bulat, saiz sederhana. pudar, perang
muda. Pergoresan warna perang di bahagian
dorsal. Ventral sedikit beralur. Bahagian pipi
ternaik. Posterior yang tertekan.
RRIM 2001
Daun – Obovate, hijau tua, bersinar, licin. Tip
kuspidat lebar, pangkal daun atenuat. Tepi
daun licin. Keratan rentas rata. Daun
berpisah.
Biji – segi empat, saiz sederhana, perang
muda, bersinar, Dorsal rata dengan
pergoresan perang. Alur yang dalam pada
ventral dengan pipi yang ternaik. Posterior
yang tertekan.
11
Klon Ciri-ciri daun dan biji Daun Biji
RRIM 2002
Daun- elliptical lebar, hijau muda, dull, licin.
Tip kuspidat lebar, pangkal daun obtuse. Tepi
daun licin. Keratan rentas bentuk U. Daun
bertindih.
Biji – bentuk kuboid, saiz sederhana, perang
tua dan bersinar. Pergoresan perang dengan
ridge yang jelas. Ventral dengan sedikit beralur
dan pipi ternaik. Posterior sedikit tertekan.
PB 260
Daun – elliptical lebar, hijau muda, sedikit
bersinar, licin. Tip akuminat. Pangkal daun
kuneat. Tepi daun bergelombang, keratan
rentas bentuk bot. Daun bertindih
Biji- bulat, saiz sederhana, bersinar, perang
muda, pergoresan warna perang pada dorsal.
Ventral dengan pipi yang ternaik. Posterior
yang tertekan.
12
Klon Ciri-ciri daun dan biji Daun Biji
PB 350
Daun - bulat, hijau muda, dull, licin. Tip
kuspidat. Pangkal daun obtuse. Tepi daun
beralun. Keratan rentas rata. Daun bertindih.
Biji – bentuk segi empat, saiz sederhana,
bersinar, perang tua, pergoresan warna perang
pada dorsal, ventral sedikit beralur, pipi yang
ternaik, posterior yang tertekan.
13
Klon Kumpulan 2
Purata hasil klon Kumpulan 2 dalam g/t/t diberikan dalam Jadual 9. Data adalah berdasarkan
hasil purata lateks pada tiga tahun pertama daripada Percubaan Klon Skala Besar. Julat purata
hasil adalah daripada 49.4 g/t/t untuk RRIM 2002 hingga 72.9 g/t/t untuk RRIM 2007.
JADUAL 9. PURATA HASIL DALAM G/T/T KLON KUMPULAN 2
Klon Tahun Torehan
Purata 1 2 3
RRIM 2007 63.5 73.6 81.6 72.9
RRIM 2023 54.1 63.1 59.5 58.9
RRIM 2024 40.7 52.5 55.0 49.4
RRIM 3001 45.6 63.8 55.5 55.0
Sistem torehan: S/2 d3 6d/7. Bilangan hari torehan: 93. Pokok sehatar: 370.
Data Percubaan Klon Skala Besar
Purata hasil dalam kg/ha/tahun bagi klon-klon Kumpulan 2 diberikan dalam Jadual 10. Data
adalah berdasarkan hasil purata lateks pada tiga tahun pertama daripada Percubaan Klon Skala
Besar. Julat purata hasil adalah daripada 1,998 kg/ha/tahun untuk RRIM 2023 hingga 2,331
kg/ha/tahun untuk RRIM 2007.
JADUAL 10. PURATA HASIL DALAM KG/HA/TAHUN KLON KUMPULAN 2
Klon Tahun Torehan
Purata 1 2 3
RRIM 2007 1904 2568 2522 2331
RRIM 2023 1559 2238 2198 1998
RRIM 2024 1466 2266 2282 2005
RRIM 3001 1699 2639 2491 2276
Sistem torehan: S/2 d3 6d/7. Bilangan hari torehan: 93. Pokok sehatar: 370.
Data Percubaan Klon Skala Besar
Purata ukur lilitan tahunan dan kadar pertambahan ukur lilitan sebelum torehan diberikan dalam
Jadual 11. Ukur lilitan tertinggi selepas enam tahun penanaman ialah 56.3 cm untuk RRIM
3001 manakala ukur lilitan terendah ialah 48.9 cm untuk RRIM 2007. Kedua-dua klon ini
mencapai purata ukur lilitan untuk penorehan pada tahun kelima manakala dua klon selebihnya
mencapai ukur lilitan melebihi 45.0 cm selepas enam tahun penanaman. Julat purata
pertambahan ukur lilitan adalah daripada 9.1 cm/tahun untuk RRIM 2023 hingga 10.6 cm/tahun
untuk RRIM 3001.
14
JADUAL 11. PURATA UKUR LILITAN TAHUNAN DAN PERTAMBAHAN UKUR
LILITAN SEBELUM TOREHAN KLON KUMPULAN 2
Klon Tahun penanaman (cm)
Pertambahan Ukur Lilitan
(cm/tahun)
2 3 4 5 6 Sebelum torehan
RRIM 2007 16.9 29.3 38 45.9 48.9 9.7
RRIM 2023 13.3 23.1 34.6 41.5 49.6 9.1
RRIM 2024 14.7 25.1 36.2 43.8 51.3 9.2
RRIM 3001 16.8 27.5 39.7 48.6 56.3 10.6
Purata isipadu kayu bagi klon-klon Kumpulan 2 diberikan dalam Jadual 12. Semua klon di dalam
kumpulan ini menunjukkan purata isipadu batang licin pada 0.3 m3/pokok pada umur pokok
seperti yang dinyatakan kecuali bagi RRIM 2007 di mana ia menunjukkan isipadu batang pada
0.2 m3/pokok selepas 14 tahun penanaman.
15
JADUAL 12. ISIPADU TUAL KLON KUMPULAN 2
Klon Umur (Tahun) Isipadu Kayu (m3/pokok)
RRIM 2007 14 0.20
RRIM 2023 14 0.35
RRIM 2024 14 0.52
RRIM 3001 21 0.60
Ciri-ciri daun dan biji klon-klon Kumpulan 2 diberikan di dalam Jadual 13 bagi tujuan
identifikasi klon.
16
JADUAL 13: CIRI-CIRI DAUN DAN BIJI KLON DI DALAM KUMPULAN 2
Klon Ciri-ciri daun dan biji Daun Biji
RRIM 2007
Daun – elliptical memanjang, hijau, sederhana
bersinar, licin. Tip aristat, pangkal daun tirus.
Tepi daun bergelombang. Keratan rentas bentuk
U. Daun berpisah.
Biji – segi empat, saiz sederhana, licin, bersinar,
warna perang. Dorsal yang rata dengan ridge
yang jelas, pergoresan warna perang yang tebal
pada anterior. Ventral dengan pipi yang ternaik
dan tertekan di posterior.
RRIM 2023
Daun – elliptical lebar, hijau muda, sederhana
bersinar, licin. Tip akuminat, pangkal daun kuneat.
Tepi daun beralun. Keratan rentas bentuk U. Daun
berpisah.
Biji – bentuk kuboid. Saiz sederhana, perang muda
dan bersinar. Ridge yang jelas pada dorsal dengan
pergoresan warna perang. Ventral dengan pipi yang
ternaik dan beralur dalam, posterior tertekan.
17
RRIM 2024 Daun – elliptical lebar, hijau tua, bersinar, stiff.
Tip kuspidat, pangkal daun obtuse, Tepi daun
licin. Keratan rentas rata. Daun berpisah.
Biji – segi empat, saiz sederhana, perang muda
dan bersinar. Dorsal dengan ridge yang jelas
dan pergoresan warna perang. Ventral dengan
pipi yang rata dan sedikit beralur, posterior
tertekan.
RRIM 3001
Daun - ellitikal memanjang, hijau tua, bersinar,
licin. Tip akuminat, pangkal daun kuneat. Tepi
daun licin. Keratan rentas bentuk U. daun
berpisah.
Biji - rectangular, saiz sederhana, perang tua
dan bersinar. Dorsal yang rata dengan ridge
yang tidak jelas. Ventral dengan pipi yang
ternaik dan posterior yang tertekan.
18
PEMETAAN PENYAKIT DAN KEROSAKAN ANGIN DI KAWASAN-KAWASAN
PENANAMAN BERLAINAN
Kawasan-kawasan penanaman getah di Semenanjung Malaysia dipetakan berdasarkan
berlakunya penyakit-penyakit daun pada tahun 2010 (Gambarajah 4 – 7) dan kerosakan angin
yang teruk (Gambarajah 5 - 6). Penyakit luruhan daun Corynespora telah dilaporkan di Johor,
Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pahang dan Kelantan. Penyakit luruhan daun sekunder
Oidium dan Colletotrichum dilaporkan di semua negeri di Semenanjung Malaysia. Penyakit
hawar daun Fusicoccum hanya dilaporkan di negeri Johor dan Perak. Kerosakan angin yang
teruk dilaporkan di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor manakala kerosakan
angin yang sederhana dilaporkan di negeri Perak, Kedah, Kelantan, Pahang, Terengganu dan
Johor. Peta taburan penyakit dan kerosakan angin boleh digunakan sebagai panduan untuk
pemilihan klon yang ingin ditanam (Gambarajah 8- 9).
Syor Penanaman Getah LGM 2003 Pengesyoran Klon MRB 2013
Gamabarajah 4: Pemetaan penyakit luruhan daun Corynespora di Semenanjung Malaysia
Luruhan daun Corynespora
Phytophthora
Corynespora
19
Syor Penanaman Getah LGM 2003 Pengesyoran Klon MRB 2013
Gambarajah 5: Pemetaan penyakit luruhan daun Oidium di Semenanjung Malaysia
Oidium SLF
Oidium
20
Syor Penanaman Getah LGM 2003 Pengesyoran Klon MRB 2013
Gambarajah 6: Pemetaan penyakit luruhan daun Colletotrichum di Semenanjung Malaysia
Colletotrichum secondary leaf fall
Colletotrichum
21
Pengesyoran Klon MRB 2013
Gambarajah 7: Pemetaan penyakit hawar daun Fusicoccum di Semenanjung Malaysia
Penyakit hawar daun Fusicoccum
22
Gambarajah 8: Pemetaan kelajuan angin di Semenanjung Malaysia
Kelajuan angin (m/s)
22-24
26-28
30-32
34-36
38-40
24-26
28-30
32-34
36-38
> 40
23
Gambarajah 9: Tahap kerosakan angin di Semenanjung Malaysia
Kerosakan angin yang teruk
Kerosakan angin yang sederhana
24
25
KESIMPULAN
Di dalam Pengesyoran Klon LGM 2013, lima klon disyorkan dalam Kumpulan 1 dan
empat klon disyorkan dalam Kumpulan 2. Pengusaha getah disyorkan hanya menanam klon-
klon yang tulen dan berkualiti tinggi dalam Kumpulan 1 dan Kumpulan 2. Penanaman klon
Kumpulan 2 seharusnya kurang daripada 40% daripada jumlah kawasan bertanam dalam blok
monoklonal. Amalan pertanian yang baik diperlukan untuk mencapai potensi hasil klon-klon
yang disyorkan.
26
APENDIKS
KAWASAN TINJAUAN UNTUK PENYAKIT DAUN UTAMA DI MALAYSIA
Tarikh Kawasan Catatan
12 – 18 April 2010 Kota Tinggi, Johor Tinjauan dilakukan terhadap
penyakit daun utama di
Malaysia:
- Penyakit daun
Corynespora
- Penyakit luruhan daun
sekunder Oidium dan
Colletotrichum
- Penyakit hawar daun
Fusicoccum
19 – 25 April 2010 Kerling Estate, Selangor
Tanjung Malim, Selangor
Bukit Jelai, Negeri Sembilan
Bukit Pilah, Negeri Sembilan
Air Songsang, Melaka
Bukit Senggeh, Melaka
Segamat, Johor
Kluang, Johor
27 – 30 April 2010 Gua Musang, Kelantan
K. Gris
Kerilla
Besut, Terengganu
5 – 10 Julai 2010 Hulu Renggol, Pahang
Kuala Lipis, Pahang
Jerantut, Pahang
Chenor, Pahang
Jengka 8, Pahang
Maran, Pahang