Download - PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
OBJEKTIF
Objektif bagi topik ini adalah seperti berikut :
1. Memahami tentang kepentingan menggunakan bahan-bahan di pusat
sumber secara berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran.
2. Langkah-langkah menggalakkan penggunaan pusat sumber yang
berkesan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar.
3. Peri mustahaknya bahan-bahan pusat sumber dikaitkan dengan
keperluan kurikulum dan kokurikulum.
4. Mengenal pasti masalah –masalah penggunaan pusat sumber dan
cara mengatasi
(Sukatan Pelajaran Pengurusan Pusat Sumber ,1990)
1.0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan aset penting di dalam mengolah dan
menentukan hala cara pembangunan negara. Oleh itu dalam sistem
pendidikan negara kita kerap berlakunya perubahan demi perubahan bermula
dari Penyata Razak 1936 lagi. Ini diikuti pula oleh kelahiran Akta Pendidikan
1956 yang mencerminkan keinginan untuk menemukan nilai-nilai baru atau
keinginan untuk mewujudkan keberkesanan sistem pendidikan negara.
Sehubungan dengan itu kaedah pendidikan juga perlu berubah dengan
keperluan semasa.Aktiviti pembelajaran di sekolah mestilah ke arah membina
iklim pembelajaran yang selesa selain mengurangkan ketegangan emosi
pelajar.
1
Justeru,pendekatan pendidikan yang bercorak tradisional
menggunakan “talk and chalk” tidak lagi sesuai dan tidak berupaya
mewujudkan pembelajaran yang mencabar.( Abdul Rafie Mahat , 1999). Oleh
itu para pendidik perlu mempunyai pengetahuan tentang penggunaan pusat
sumber secara efektif.
Melalui penggunaan pusat sumber secara berkesan , guru-guru dan
pelajar-pelajar akan turut terlibat secara aktif dalam aktiviti percambahan ilmu
pengetahuan melalui penggunaan koleksi media terkini yang disediakan di
pusat sumber.
2.0 DEFINISI KONSEP
2.1 Penggunaan PSS
Menurut Kamus Dewan (1991) , penggunaan adalah bermaksud
perihal menggunakan sesuatu. Rabiah (1988) merumuskan penggunaan
pusat sumber sebagai proses mencari , membaca dan membuat rujukan bagi
memperolehi maklumat untuk tujuan pembelajaran dan pengetahuan am.
Manakala menurut Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan ,(1998) ,
penggunaan pusat sumber adalah bermaksud menggunakan bahan-bahan di
pusat sumber untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan di kalangan guru–guru dan murid–murid.
Bahan-bahan yang boleh digunakan oleh guru-guru dan murid-murid
adalah termasuk alat dan bahan media seperti bahan cetak dan bahan bukan
cetak. Manakala menurut Jamaludin Badusah, Muhammad Hussain dan Abd .
Rasid Johar (2000) mengkategorikan bahan-bahan yang boleh digunakan
oleh guru dan pelajar di pusat sumber kepada dua kategori bahan iaitu bahan
bukan elektronik seperti buku , majalah , akhbar , model , papan flanner dan
sebagainya. Satu kategori lagi ialah bahan elektronik seperti radio , TV
Pendidikan , perakam pita , video , projektor overhead (OHP) , pita slaid ,
kompuer dan sebagainya.
2
Jelasnya penggunaan pusat sumber adalah merupakan satu elemen
penting yang perlu diberi perhatian bagi membolehkan proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. Ini penting bagi memastikan
pusat sumber memberi sumbangan ke arah melahirkan budaya ilmu dan
budaya penyelidikan di kalangan pengguna-penggunanya.
Seterusnya dengan penggunaan pusat sumber yang efektif sama ada
di kalangan guru atau pelajar sudah tentu akan dapat mempertingkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
2.2 Pusat Sumber Sekolah
Menurut Kassim Abbas (1990) pusat sumber adalah merupakan pusat
yang mengumpul , menyebarkan berbagai-bagai maklumat dalam beberapa
bilik atau bangunan khas yang diuruskan secara sistematik oleh kakitangan
media yang terlatih untuk memberi berbagai-bagai perkhidmatan bagi
mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
Manakala menurut Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) ,
Kementerian Pendidikan Malaysia (1999) pula , pusat sumber ditakrifkan
sebagai satu tempat yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan serta
koleksi P&P yang diuruskan secara sistematik .Menerusinya pusat sumber
memberi maklumat , khidmat dan peluang bagi mengukuhkan kaedah dan
pendekatan P&P untuk menguasai kemahiran bagi keperluan individu serta
memperingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat
berfikir , berilmu , gemar membaca , celik maklumat dan budaya maju serta
berupaya meraih kecemerlangan menerusi pendidikan sepanjang hayat.
Dalam ledakan maklumat , konsep pusat sumber kini telah berubah
iaitu di takrifkan sebagai satu tempat yang mengedarkan perkhidmatan dan
kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran secara
sistematik dalam pelbagai sumber , sama ada bercetak atau elektronik ,
memberi khidmat pemerolehan maklumat dan komunikasi dengan cepat dan
3
tepat serta mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan
masyarakat celik maklumat dan berdaya maju selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk menanam asas pendidikan seumur hidup
serta mengembangkan lagi potensi murid ( Abdul Rafie , 1999).
Oleh itu pusat sumber dilihat bukan sahaja sebagai tempat
memperolehi , mengumpul , mengelola dan menyimpan sumber pendidikan
tetapi juga merupakan satu punca pergerakan dan aktiviti ke arah
melaksanakan kaedah P&P yang berkesan di kalangan guru-guru.
3.0 KEPENTINGAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
Terdapat pelbagai kepentingan daripada penggunaan pusat sumber di
kalangan guru–guru dan pelajar-pelajar (Siti Hajar & Kamaruddin,1996).
Kepentingan penggunaannya boleh dirumuskan seperti berikut :
3.1 Kepentingan Kepada Guru
3.1.1 Mewujudkan pendidikan yang lebih produktif. Guru-guru yang
menggunakan bahan-bahan daripada pusat sumber terutamanya
penggunaan teknologi pendidikan boleh mempercepatkan kadar
pengajaran mereka . Oleh itu ,guru akan mempunyai masa yang
lebih untuk menjalankan kerja-kerja perancangan dan penyelidikan.
3.1.2 Dapat mengaitkan pelajar dengan kehidupan sebenar. Guru-
guru dapat mendedahkan pelajar –pelajar dengan gambaran
sebenar melalui penggunaan media elektronik seperti TV
Pendidikan , alat perakam dan sebagainya.
3.1.3 Menjadikan pendidikan lebih seimbang dan bersepadu. Melalui
penggunaan pusat sumber , guru-guru berpeluang
mengembangkan potensi pelajar--pelajar mereka seluas-luasnya.
4
Ini bagi membolehkan pelajar-pelajar dapat melibatkan diri secara
aktif terutama dalam meneroka pelbagai ilmu pengetahuan yang
dapat diperoleh melalui penggunaan kemahiran belajar yang
dipupuk dan dikembangkan secara berterusan.
3.1.4 Memartabatkan profesion keguruan ke arah merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru-guru yang berdamping
dengan pusat sumber akan memperolehi pelbagai maklumat yang
kemudian dapat disebarkan di dalam bilik darjah.Selain itu, mereka
mempunyai inisiatif untuk mengubahsuai kaedah pengajaran dan
peka kepada keperluan pelajar.
3.1.5 Mewujudkan pengajaran yang lebih berkesan. Penggunaan
kaedah pengajaran yang pelbagai dapat membantu guru
menyampaikan pengajaran dengan lebih menarik dan efektif dan
seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berjaya.Guru-guru boleh mengurus kelas masing-masing dengan
bantuan komputer daripada urusan pentadbiran hinggalah hal-hal
pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Kepentingan kepada Pelajar
3.2.1 Membimbing pelajar ke arah memupuk budaya penyelidikan.Melalui pusat sumber, pelajar mendapat peluang
untuk menguasai dan menambahkan kemahiran pendidikan dan
mengkaji dalam konteks mata pelajaran yang berlainan dan
pada tahap kesukaran yang berbeza-beza.
3.2.2 Dapat mewujudkan pembelajaran kendiri.Melalui
penggunaan pusat sumber pelajar akan dibimbing untuk
menjalani kegiatan belajar yang lebih berkesan dan
menyeronokkan.Pelajar-pelajar juga boleh menggunakan segala
5
bahan bahan dan kemudahan yang disediakan di pusat sumber
untuk belajar sendiri dan seterusnya melahirkan pelajar yang
bertanggungjawab , berdisiplin , berdikari serta meningkatkan
kemahiran pembelajaran kendiri.
3.2.3 Melahirkan pelajar yang kritis , kreatif dan inovatif. Pelajar
yang menggunakan pusat sumber secara tekal dan
memanfaatkan bahan-bahan di pusat sumber dengan
sepenuhnya akan berpeluang mengumpulkan pengetahuan dan
kemahiran yang lebih sempurna. Pelajar-pelajar berkenaan
akan menjadikan diri mereka orang yang berpengetahuan ,
kreatif dan inovatif.
3.2.4 Memupuk budaya kerja secara berpasukan. Guru-guru boleh
membimbing pelajar-pelajar merancang , mengkaji dan
menyelidik secara berkumpulan bagi mewujudkan kerjasama di
antara pelajar.
3.2.5 Dapat mempraktikkan kemahiran belajar , mengesan dan menyebarkan maklumat. Kemahiran ini dapat diperolehi
melalui bahan-bahan di pusat sumber dan digunakan dalam
aktiviti pembelajaran mereka.
3.2.6 Dapat Memperoleh Maklumat Terkini. Melalui penggunaan
teknologi multimedia dan teknologi maklumat , pelajar-pelajar
boleh mendapatkan maklumat terkini dalam masa yang singkat
serta menjimatkan wang dan tenaga. Pelajar tidak perlu
dibebankan dengan membawa sebuah beg berisi buku-buku
teks lagi, tetapi hanya dengan membuka fail , menyimpan dan
mencetak maklumat yang tersimpan di dalam komputer, mereka
boleh memperoleh ilmu pengetahuan yang pelbagai.
6
Rajah 1 : Pengurusan yang sistematik menarik minat pelajar ke pusat sumber.
4.0 LANGKAH-LANGKAH KE ARAH MEWUJUDKAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER YANG BERKESAN ( EFEKTIF)
Untuk memastikan pusat sumber dapat digunakan secara
optimum di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar, maka beberapa langkah
penting perlu dilaksanakan.Di antara langkah-langkah tersebut ialah :
4.1 Pusat sumber mempunyai koleksi bahan yang mencukupi dan
sesuai serta relevan dengan kurikulum sekolah.Pusat sumber
perlu mengandungi bahan bercetak , bahan bukan bercetak ,
bahan elektronik dan bahan bukan elektronik.
4.2 Mempunyai rekod penggunaan yang sistematik untuk
perkhidmatan berikut :
7
- Bilik tayangan
- TV pendidikan
- Radio
- OHP
- Projektor slaid
- Karel
- Pinjaman kelompok
- Pinjaman BBM
- Fail tegak
- Fail gambar
- Fail risalah dan jurnal
4.3 Mengadakan kursus dalaman kepada guru-guru dan pelajar-
pelajar tentang kemahiran menggunakan pusat sumber.Kursus
yang boleh dijalankan adalah seperti :
- Orientasi penggunaan pusat sumber.
- Pengendalian teknologi pendidikan
- Kemahiran membuat rujukan
- Kemahiran membaca
- Kemahiran membuat bibliografi
- Kemahiran mengesan maklumat
4.4 Meningkatkan perkhidmatan pusat sumber dengan lebih
berkesan.
- Perkidmatan perpustakaan
- Perkhidmatan TV Pendidikan
- Perkhidmatan Peminjaman Radio
- Perkhidmatan Alat Pandang Dengar
- Perkhidmatan Khas
8
4.5 Aktiviti galakan dan promosi ke arah mengimarahkan
(memakmurkan) pusat sumber.
- Keceriaan
- Aktiviti P&P
- Galakan membaca
- Pertandingan seperti kuiz , bercerita dan sebagainya
- Penghasilan bahan
- Kerja Projek
- Pameran
4.6 Berfungsi sebagai nadi kurikulum bagi semua pelajaran.
- Perlaksanaan P&P oleh semua panitia dengan kerjasama
pusat sumber
- Laporan kemajuan aktiviti setiap panitia
- Bengkel dan kursus dalaman setiap panitia
- Aktiviti dan perancangan tahunan setiap panitia.
4.7 Pengurusan dan pentadbiran pusat sumber yang cekap
- Penyelaras yang bertanggungjawab dan berwibawa.
- Struktur organisasi yang berkesan
- Perancangan kemas dan teratur meliputi perancangan
jangka pendek dan jangka panjang.
- Sumber kewangan yang mencukupi
4.8 Program khas pusat sumber
- Minggu orientasi pusat sumber
- Minggu atau Hari Pusat Sumber
9
4.9 Penilaian berterusan
- Penilaian penting dilakukan dengan tujuan untuk mengukur
sejauh mana objektif dan matlamat yang telah ditetapkan
seiring dengan program dan aktiviti di samping menentukan
keberkesanan sesuatu rancangan itu.
- Penilaian penting untuk menentukan pusat sumber yang
berkesan.Ini boleh dilakukan dengan penglibatan semua
warga sekolah.
5.0 MASALAH DAN KEKANGAN DALAM PENGGUNAAN PSS
5.1 Kekurangan Kemudahan Fizikal
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Hishamuddin ( 1998 )
menunjukkan kadar penggunaan PSS adalah sangat rendah di kalangan
guru-guru sekolah menengah. Di antara halangan besar dalam penggunaan
PSS adalah berpunca daripada kelengkapan fizikal yang kurang memuaskan.
Ini termasuklah kekurangan perkakasan/bahan, jadual penggunaan yang
tidak sistematik, masalah pengurusan PSS , kekurangan bilik-bilik khas
seperti bilik tayangan, bilik alat pandang dengar,bilik kerja, bilik gelap, bilik
komputer, bilik kalis bunyi dan sebagainya.
Cara Mengatasi:
a) Kerjasama daripada Kementerian Pendidikan untuk membina
bangunan PSS yang kekal dengan memasukkan bilik-bilik khas
dalam pelan pembinaan.
b) Mewujudkan konsep PSS terbuka sekiranya saiz PSS yang
disediakan adalah kecil. Konsep PSS terbuka membahagikan PSS
kepada tiga ruang iaitu ruang untuk bahan bercetak, ruang tayangan
dan ruang alat pandang dengar.
10
c) Mempunyai ruang-ruang tambahan seperti kaunter edaran, bacaan
utama, rak bahagian buku , ruang majalah dan akhbar , ruang
pameran, ruang belajar kendiri, ruang kegiatan dan lain-lain.
5.2 Wujudnya sikap negatif di kalangan guru-guru
Kajian yang dijalankan oleh Ng Wai Kong ( 1979) dan Nordin ( 1986)
mendapati adanya guru-guru yang tidak pernah menggunakan bahan-bahan
sumber dalam proses P&P. Malah ada bahan-bahan dari PSS yang
dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan terbiar atau tidak digunakan
sepenuhnya. Kajian oleh Saleha Hussin ( 1987 ) turut menyokong kajian oleh
Ng Wai Kong ( 1979 ) dan Nordin ( 1986 ) iaitu sebahagian besar guru
mempunyai sikap yang negatif terhadap penggunaan bahan teknologi dari
PSS . Sikap ini adalah disebabkan kebanyakan guru mengalami “ burnout”.
Selain itu, guru juga mempunyai sikap yang negatif terhadap bahan teknologi
pendidikan adalah disebabkan wujudnya sindrom “teknofobia” iaitu takut
menggunakan media terutama media elektronik.
Cara Mengatasi
a) Perubahan sikap guru supaya lebih positif
b) Menanamkan rasa keyakinan dan komited
c) Guru perlu inovatif dan kreatif
5.3 Kekurangan guru media yang terlatih/ mahir
Kemudahan PSS mungkin kurang digunakan sekiranya ramai guru
yang masih belum mahir menggunakan peralatan teknologi dan perkakasan
di PSS tersebut. Keadaan ini lebih ketara sekiranya tiada seorang guru pun
yang dihantar mengikuti kursus dalam perkhidmatan, sedangkan sekolah itu
mempunyai kemudahan PSS yang memuaskan. Sebagai contoh, guru yang
tidak cekap mengendalikan alat pandang dengar biasanya tidak bersedia
11
untuk menggunakan alat tersebut dalam pengajarannya. Kajian yang
dijalankan oleh Rokiah dan Kamarudin ( 1999) menyatakan sebahagian besar
guru dikatakan kurang mahir menggunakan alatan teknologi seperti projektor
overhead, perakam video dan projektor slaid. Alat ini memerlukan kemahiran
teknikal untuk menggunakannya. Oleh itu, guru-guru kurang menggunakan
peralatan tersebut.
Cara Mengatasi
a) Mengadakan kursus dalaman / bengkel / seminar mengenai
pengggunaan PSS dengan lebih efektif.
b) Memberi bimbingan, tunjuk ajar dan kaedah menggunakan
media teknologi pendidikan .
5.4 Guru Masih Menggunakan Kaedah Konvensional
Guru-guru masih terikat dengan kaedah konvensional ( tradisional) . Kajian
yang dijalankan oleh Rokiah dan Kamarudin ( 1999 ) menunjukkan bahawa guru-guru
masih mementingkan penggunaan buku teks dan terikat dengan kaedah “Talk and
Chalk” dalam proses P&P di sekolah. Ini menyebabkan PSS tidak digunakan secara
optimum oleh guru-guru. Langkah ini sudah tentu akan memberi kesan kepada pelajar
kerana mereka tidak dapat mempelbagaikan pengetahuan dan mereka akan cepat
berasa bosan dengan pengajaran yang disampaikan. Amalan ini amat merugikan
pelajar-pelajar kerana tanpa menggunakan BBM dan kemudahan PSS, sudah tentu
guru-guru tidak dapat menyampaikan konsep-konsep yang abstrak untuk difahami
oleh pelajar.
Cara Mengatasi
a) Guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan
menggunakan berbagai-bagai media pendidikan.
b) Insentif atau ganjaran khas perlu diberi kepada guru-guru yang
menggunakan teknologi pendidikan dalam proses P&P.
12
c) Guru perlu mengutamakan kepentingan pelajar lebih daripada
kepentingan sendiri seperti yang tercatat dalam Piagam
Pelanggan.
5.5 Masalah Kewangan
Masalah kewangan bukan sahaja membantutkan penubuhan PSS
tetapi juga perkembangan dan kemudahan yang perlu disediakan di PSS. Hal
sedemikian ini sudah tentu menjejaskan penggunaannya yang lebih efektif di
kalangan guru dan pelajar. Setakat ini sekolah-sekolah tidak diberi bantuan
khas atau “special grant” untuk menubuh dan melengkapkan kemudahan di
PSS. Sebaliknya, PSS hanya mendapat peruntukan kewangan daripada
kerajaan melalui wang suwa, wang perpustakaan dan pelbagai. Di samping
itu, PSS juga boleh mendapatkan peruntukkan daripada PIBG, aktiviti-aktiviti
khas yang dianjurkan oleh sekolah serta lain-lain.
Cara Mengatasi
a) Mendapat sumber kewangan melalui projek-projek khas.
b) Sumbangan daripada orang ramai / masyarakat setempat dan PIBG.
5.6 Kurang Sokongan Daripada Masyarakat
Sokongan daripada semua pihak amat penting untuk menggalakkan
perkembangan dan penggunaan PSS yang berkesan. Akan tetapi bukanlah
mudah untuk mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat terutama di
kalangan golongan yang taraf sosio-ekonominya rendah. Begitu juga
sokongan yang diterima daripada golongan yang tinggi taraf sosio-
ekonominya , dikatakan tidak begitu memuaskan. Hal ini mungkin disebabkan
sesetengah ibu bapa menganggap bahawa tanggung jawab menyediakan
kemudahan pendidikan adalah merupakan tanggung jawab kerajaan amnya,
dan sekolah khususnya. Oleh itu, usaha ke arah meningkatkan penggunaan
PSS sudah tentu mendapat halangan.
13
Cara Mengatasinya
a) Penerangan kepada masyarakat setempat tentang kepentingan
penggunaan PSS.
b) Melibatkan masyarakat setempat dalam aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh PSS.
6.0 RUMUSAN
Memandangkan keperluan pendidikan negara yang kian mencabar serta
perkembangan pesat teknologi maklumat, maka PSS seharusnya turut
berubah supaya menjadi lebih efektif dan dinamik. Oleh yang demikian , bagi
memastikan wujudnya penggunaan PSS yang efektif, beberapa aspek
penting perlu diberi perhatian. Aspek-aspek tersebut ialah pengurusan yang
lebih sistematik, pelbagai kemudahan dan peralatan yang bercirikan teknologi
masa kini, aktiviti-aktiviti galakan dan promosi, kursus-kursus dalaman/
bengkel / seminar ke arah meningkatkan penggunaan PSS, program-program
khas PSS dan sebagainya. Perubahan yang dibuat ini pastinya akan dapat
meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar .
Ini seterusnya membolehkan PSS berfungsi sebagai pemangkin
kecemerlangan akademik.
14
BIBLIOGRAFI
Abdul Rafie Mahat .1999 . “Pusat Sumber Sekolah Era Digital” . Dlm Persidangan Kebangsaan Pusat Sumber Sekolah AnjuranBahagian Teknologi Pendidikan . Kementerian Pendidikan Malaysia . Pulau Pinang : Hotel Copthorne Orchid . 19 – 23 April.
Hishamuddin bin Yahaya . 1998 . “Penggunaan Pusat Sumber Sekolah Dan Hubungannya Dengan Pengamatan Guru-guru di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Baling Kedah” . Dlm Kertas Projek Program Sarjana Pengurusan . Sintok : Universiti Utara Malaysia .
Jamaludin Badusah , Muhammad Hussin , Abd . Rasid Johar . 2000 .Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran .Banting : AJM Publishing Enterprise.
Kamus Dewan . 1991 . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka .
Kassim Abbas . 1990 . Pusat Sumber Sekolah : Struktur dan Organisasi . Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn . Bhd.
Siti Hajar Hj. Abdul Aziz & Kamaruddin Hj. Husin . 1996 . Pusat Sumber Sekolah (Untuk Sekolah Rendah dan Menengah) : Subang Jaya :Kumpulan Budiman Sdn . Bhd .
Sukatan Pelajaran Pengurusan Pusat Sumber Sekolah : Satu Garis Panduan Untuk Kursus Dalam Pendidikan . 1990 . Kementerian Pendidikan Malaysia , BTP.
15
KANDUNGAN
BIL. TAJUK
MUKA
SURAT
OBJEKTIF 1
1.0 PENGENALAN 1-2
2.0 DEFINISI KONSEP 2
2.1 Penggunaan PSS 2-3
2.2 Pusat Sumber Sekolah 3-4
3.0 KEPENTINGAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER 4
3.1 Kepentingan Kepada Guru 4-5
3.2 Kepentingan Kepada Pelajar 5-6
4.0 LANGKAH-LANGKAH KE ARAH MEWUJUDKAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER YANG BERKESAN
7-9
5.0 MASALAH DAN KEKANGAN DALAM PENGGUNAAN PSS
10
5.1 Kekurangan Kemudahan Fizikal 10-11
5.2 Wujudnya Sikap Negatif di Kalangan Guru 11
5.3 Kekurangan Guru Media Yang Terlatih/Mahir 11-12
5.4 Guru Masih Menggunakan Kaedah Konvensional 12-13
5.5 Masalah Kewangan 13
5.6 Kurang Sokongan Daripada Masyarakat 13-14
6.0 RUMUSAN 14
BIBLIOGRAFI
16