Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 1 of 46
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
o Pengenalan
Perbelanjaan kerajaan merupakan salah satu pemboleh ubah yang penting dalam identity
belanjawan fiskal dan perakaunan pendapatan negara. Justeru, kajian ini menaksir arah hubungan
jangka pendek dan jangka panjang antara komposisi perbelanjaan kerajaan pusat (yang merupakan
saiz kerajaan) dengan pertumbuhan ekonomi. Ini bererti analisis turut mengambil kira kewujudan
perubahan komponen perbelanjaan tidak simetri mengikut kitaran perniagaan. Menerusi aplikasi
model Vector Autoregressif (VAR), dapatan keseluruhan membuktikan teori Keynes wujud dalam
jangka panjang di Malaysia, yang bererti pendapatan negara dominan dipengaruhi oleh jumlah
perbelanjaan kerajaan. Namun, didapati banyak komponen perbelanjaan awam dipengaruhi oleh
pendapatan negara, lantas ini mencerminkan wujud hukum Wagner dalam jangka pendek.
Malaysia merupakan salah sebuah negara ASEAN yang mengalami pertumbuhan ekonomi yang
tinggi. Keajaiban ini bermula dalam tahun 1980an berikutan tindakan kerajaan membangunkan
sektor perindustrian serta mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur menerusi kerjasama dan
gandingan ekonomi dengan negara Asia termaju iaitu Jepun. Seterusnya, usaha kerajaan
meliberalisasi sektor domestik bagi menarik kemasukan pelaburan asing pula dilihat telah
merancakkan lagi pertumbuhan output dalam tahun 1990an. Namun begitu, jika diperhalusi arah
aliran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga semasa, didapati berlaku turun
naik dalam kadar pertumbuhan KDNK. Sebagai contoh bagi kes pertumbuhan tahunan, kadar
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 2 of 46
pertumbuhan KDNK meningkat daripada 4.99 peratus pada 1970 kepada 9.76 peratus pada 1972,
kemudian ia mencapai tahap puncak dalam tahun 1973 (31.67 peratus) dan selepas itu kadar
pertumbuhan KDNK merosot hingga 1975 (-2.3 peratus). Begitu juga dengan pertumbuhan KDNK
dalam era 1980an yang mana kadar pertumbuhan KDNK ini meningkat dari 1981 (8.08 peratus)
sehingga 1983 (11.76 peratus), mencapai puncak pada 1984 (13.74 peratus) dan kemudiannya
merosot pada 1985 (-2.52 peratus) dan 1986 (-7.68 peratus). Namun, secara keseluruhannya, kadar
pertumbuhan output Malaysia memuncak pada akhir 1980an hingga pertengahan 1990an, dan
kemudiannya ia semakin menurun hingga tahun 2000an berikutan daripada krisis kewangan yang
melanda negara pada akhir 1997 dan 2008. Di samping itu, kadar pertumbuhan KDNK Malaysia ini
juga mempunyai arah aliran seperti flying geese. Ini disebabkan dalam tahun-tahun 1970anhingga
pertengahan tahun 1980an, kadar pertumbuhan output berbeza-beza atau mencapah (convergence)
dari tahun ke setahun. Hanya selepas 1986, kadar pertumbuhan output semakin menumpu
(divergence) atau hanya wujud perbezaan kecil dalam kadar pertumbuhan output antara tahun.
Kertas kerja ini akan mengupas berkenaan pelaburan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia
dalam melaksanakan projek-projek mega dan bagaimana projek-projek terbabit dapat memberi
kesan atau impak dalam pelaburan yang telah dijalankan.
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 3 of 46
o 1.0 Projek Greater KL/Klang Valley Enjin Pertumbuhan Ekonomi Negara
o DEFINISI NKEA GREATER KL/KV
Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) Greater KL/KV melangkaui sempadan WP Kuala
Lumpur. Ia ditakrifkan sebagai kawasan yang meliputi 10 munisipaliti, di mana setiap
satu ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan: DB Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan
Putrajaya, MB Shah Alam (MBSA), MB Petaling Jaya (MBPJ), MP Klang (MPK), MP Kajang,
MP Subang Jaya (MPSJ), MP Selayang, MP Ampang Jaya (MPAJ) dan MD Sepang.
Kawasan metropolitan Greater KL/KV lebih kecil berbanding dengan Kelompok Bandar
Kecil Kebangsaan.
Kuala Lumpur seperti yang didefinisikan dalam Pelan Fizikal Negara (National Physical
Plan) edisi semakan terkini. Ia menumpukan pengelompokan ekonomi yang paling padat
dalam Kelompok Bandar Kecil, termasuk kawasan penting seperti Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur. Pada tahun 2010, penduduk Greater KL/KV adalah
sebanyak kira-kira 6 juta orang, dengan sumbangan sebanyak kira-kira RM263 bilion
kepada PNK negara. Dalam erti kata lain, 20% daripada penduduk negara
menyumbangkan 30% PNK negara, lantas mengesahkan bahawa Greater KL/KV
sememangnya enjin pertumbuhan ekonomi negara dan oleh itu patut diambil kira
sebagai NKEA. Sila lihat Gambarajah 1.1.
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 4 of 46
Gambarajah 1.1 : Kerajaan Tempatan yang terlibat dalam Projek KL Greater
o Prestasi bandaraya utama amat mustahak
Antara semua ekonomi bandar yang terdapat di Malaysia, Greater KL/KV sehingga kini
merupakan ekonomi bandar yang terbesar. Greater KL/KV merupakan penyumbang terbesar
bagi PNK per kapita pada masa ini dan juga bagi tahun 2020, dengan lebih 7 kali ganda
berbanding dengan Johor Bahru, bandaraya kedua terbesar, dan lebih 2.5 kali berbanding
sektor industri terbesar, iaitu minyak, gas dan tenaga. Pada dekad akan datang, sasaran
Greater KL/KV adalah untuk mencatat pertambahan penduduk dan PNK masing-masing
sebanyak 5 dan 10% setahun. Perubahan sebanyak satu peratus terhadap sasaran ini akan
memberikan impak yang besar terhadap keseluruhan ekonomi Negara.
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 5 of 46
o 2.0 Produktiviti Bandar memang penting
Faktor penghijrahan biasa dari kampung ke bandar sahaja tidak mencukupi untuk mencapai
aspirasi Greater KL/KV . Produktiviti bandar adalah lebih penting, dan pada peringkat global,
ia berbeza antara satu bandaraya dengan yang lain. Saiz, bentuk dan corak kepadatan
penduduk bandaraya menentukan cara penggunaan tenaga dan sumber lain, dan juga hasil
daripada faktor berdaya huni. Banyak daripada hasil tersebut terjana daripada hubung
kaitan antara corak kepadatan dengan infrastruktur pengangkutan. Faktor ini menentukan
kecekapan dan kelancaran pengendalian harian sesebuah bandaraya. Selain itu, penyediaan
perkhidmatan asas seperti sistem pembetungan, pengurusan sisa pepejal, bekalan elektrik
dan air perlulah mencukupi untuk memenuhi permintaan yang didorong oleh jumlah
penduduk. Oleh itu, cabaran bagi Greater KL/KV adalah untuk menggabungjalinkan kuasa
pembandaran sambil membentuknya untuk memaksimumkan produktiviti bandar dan pada
masa yang sama menyasarkan keberkesanan dan tarikan daya boleh huni.
o 3.0 Bandaraya hebat perlu mempunyai ciri boleh berdaya huni
Pilihan seseorang untuk menetap di sesuatu tempat adalah berdasarkan pertimbangan
bahawa tempat berkenaan memenuhi keperluan kehidupan dirinya. Dalam ekonomi global
dan serba mudah alih ini, golongan profesional boleh memilih untuk tinggal dan bekerja di
tempat yang mereka rasakan sesuai. Persaingan untuk mendapatkan tenaga mahir bukan
sahaja berlaku antara negara bahkan antara bandaraya. Bandaraya yang ceria dan berdaya
huni merupakan daya penarik bagi golongan berkemahiran tinggi. Lazimnya, bandaraya
mewah mempunyai beberapa penunjuk boleh berdaya huni. Ini termasuklah tersedianya
kemudahan asas seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan keselamatan selain
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 6 of 46
keupayaan untuk memenuhi pelbagai tuntutan kebudayaan dan kehendak lain masyarakat
yang semakin canggih. Oleh itu, sambil pembandaran semakin giat dijalankan, Greater KL/KV
perlu menumpukan pada usaha untuk memperbaik aspek daya huninya.
o 4.0 Cabaran bagi Greater KL/KV
Greater KL/KV telah pun terlakar di dalam peta dunia sebagai salah sebuah bandaraya ikonik
di Asia Tenggara. Ia cukup terkenal dengan mercu tanda terkemuka dunia seperti Menara
Berkembar dan acara antarabangsa seperti perlumbaan Formula One, serta ciri pelbagai
kaum dan warisannya. Greater KL/KV juga dianugerahkan dengan sumber alam semula jadi
yang kaya - seperti tepian sungai, kawasan hijau dan hutan belantara simpanan. Pelaburan
secara berkala dalam infrastruktur telah menyediakan rangkaian perhubungan jalan raya
yang baik serta perkhidmatan asas seperti air dan elektrik yang berkualiti tinggi. Jelas sekali,
Greater KL/KV mempunyai potensi yang sangat besar. Walau bagaimanapun, persoalan
tetap timbul. Pertama, bagaimanakah ia boleh menjadi lokasi pilihan syarikat besar di rantau
ini? Kedua, bagaimanakah kita boleh menukar aliran keluar kemahiran, dan menarik kembali
tenaga mahir terbaik ke bandaraya ini? Ketiga, bagaimanakah kita boleh mempercepatkan
kadar pertumbuhan ekonomi agar kita dapat keluar daripada ekonomi berpendapatan
sederhana? Sekiranya kita tidak berjaya untuk menangani segera cabaran yang ada, Greater
KL/KV menghadapi risiko ketinggalan jauh di belakang bandaraya lain di rantau ini yang
sedang pesat membangun. Antara cabaran tersebut termasuk:
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 7 of 46
o 5.0 Persaingan sengit daripada bandaraya Negara jiran
Greater KL/KV bukan merupakan lokasi pilihan utama syarikat multinasional dan golongan
professional yang mencari tapak di Asia atau juga di Asia Tenggara. Dalam hal ini, Malaysia
ketinggalan di belakang negara pesaingnya dalam usaha menarik syarikat asing. Terdapat
kira-kira 1,600 syarikat asing yang beroperasi di Malaysia berbanding dengan 4,000 syarikat
di Beijing, 6,000 syarikat di Singapura dan 17,000 syarikat di Shanghai. Malah bagi sektor
yang Malaysia dianggap sebagai pesaing yang baik, seperti kewangan Islam, pun kita tidak
begitu dominan, jika dilihat dari segi penyertaan pemain utama global.
o 6.0 Faktor boleh berdaya huni ketinggalan di belakang banyak bandaraya lain di Asia
Pada hari ini, Greater KL/KV berada pada kedudukan ke-79 daripada 130 bandaraya dalam
indeks boleh berdaya huni EIU, dan berada di tempat ke-10 daripada 31 bandaraya Asia
yang dibuat perbandingan. Oleh itu kita perlu memperbaiki pelbagai dimensi daya boleh
huni, termasuk keselamatan, penjagaan kesihatan, pendidikan, kebudayaan dan
persekitaran.
o 7.0 Pengangkutan awam masih lagi tidak mencukupi
Pengangkutan awam di Greater KL/KV adalah sesak, tidak bersepadu dan tidak andal. Jalan
raya semakin sesak dari hari ke hari. Mod pengangkutan awam hanya mencakupi 12% (data
tahun 2009), setelah merosot daripada 34% pada tahun 1985 dan 20% pada tahun 1997.
Kawasan metropolitan utama lain seperti Singapura, Hong Kong dan Tokyo, lazimnya
mempunyai bahagian mod pengangkutan awam lebih tinggi, melebihi 50%.
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 8 of 46
o 8.0 Banyak kekayaan semula jadi masih belum diterokai sepenuhnya
Gombak yang tercemar sememangnya tidak banyak mempunyai potensi, sama ada dari segi
nilai komersial mahupun sebagai destinasi yang boleh merancakkan aktiviti di bandaraya.
Selain itu, Greater KL/KV mungkin akan kehilangan kawasan semula jadi dan kawasan
hijaunya yang kaya, sekiranya pembangunan di kawasan bandar tidak dikawal dengan baik.
o 9.0 Aspirasi Greater KL/KV
Kedinamikan ekonomi dan aspek daya boleh dihuni perlu seiring. Aspirasi Greater KL/KV
boleh dirumuskan sebagai 20-20 menjelang tahun 2020 – iaitu, untuk menjadi satu-satunya
bandaraya yang akan mencapai secara serentak kedudukan 20 teratas dari segi
pertumbuhan ekonomi bandaraya (seperti yang didefinisikan mengikut kadar pertumbuhan
keluaran dalam negeri kasar bandaraya) sambil menjadi antara 20 bandaraya teratas di
dunia sebagai bandaraya paling berdaya huni menjelang tahun 2020. Ini merupakan cabaran
yang besar, memandangkan tiada bandaraya lain yang sentiasa dapat mencapai sasaran ini.
Dari segi sejarah, kebanyakan bandaraya cenderung untuk berkembang dahulu dan setelah
itu baru menangani isu kebolehdayahunian, seperti yang berlaku di London, New York, dan
baru-baru ini di Shanghai. Sebaliknya, sebilangan bandaraya yang tinggi daya huninya secara
relatif kekal kecil, seperti Copenhagen, Vancouver dan Zurich. Greater KL/KV akan terus
memajukan aspek pertumbuhan seiring dengan daya boleh huninya. Membangunkan
Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi Aspirasi ekonomi
bagi Greater KL/KV adalah untuk meningkatkan sumbangannya kepada PNK sebanyak 2.5
kali, iaitu daripada RM258 bilion kepada kira-kira RM650 bilion setahun. Langkah ini boleh
menaikkan bahagiannya kepada PNK, daripada kira-kira 30% daripada PNK negara kepada
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 9 of 46
kira-kira 40%, lantas menjana kadar pertumbuhan dinamik sebanyak 11% setahun. Berkaitan
dengan ini, aspirasi tambahan
meliputi:
• Menaikkan PNK per kapita sebanyak hampir dua kali, daripada RM40,000 kepada
RM70,000 setahun;
• Mencapai kedudukan 20 teratas dalam kajiselidik Liveability Index EIU. Lebih
nyata, ini bermakna mengatasi bandaraya lain seperti Seoul (kedudukan ke-58 pada
tahun 2010), Singapura (ke-53 pada tahun 2010), dan Hong Kong (ke-31 pada tahun
2010);
• Menambah bilangan penduduk daripada 6 juta kepada 10 juta orang, dengan
fokus pada meningkatkan kumpulan tenaga mahir asing daripada 9% kepada 20%
daripada penduduk, khususnya bagi tenaga mahir bernilai tinggi; dan
• Mewujudkan 553,000 lagi peluang pekerjaan, selain jumlah pekerjaan yang akan
diwujudkan secara khusus oleh NKEA lain.
o 10.0 Sembilan EPP bagi Menjana Impak PNK sebanyak RM193.0 bilion
Sembilan EPP, dengan berlandaskan empat dimensi, telah dikenal pasti untuk merealisasikan
aspirasi Greater KL/KV . EPP ini, digabungkan kesemuanya, berpotensi untuk menambah
sumbangan sebanyak RM193.0 bilion kepada PNK. Selain daripada sembilan EPP ini, satu
pemboleh EPP diperlukan untuk menyokong pertumbuhan penduduk. Pemboleh EPP ini
tidak akan menghasilkan impak ke atas PNK, namun memerlukan pembiayaan awam
sebanyak RM4.0 bilion.
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 10 of 46
o Dimensi 1: Greater KL/KV sebagai daya penarik
Greater KL/KV akan menjadi lokasi pilihan bagi syarikat dan golongan profesional. MNC
antarabangsa dan serantau yang dinamik, serta peneraju yang semakin penting dalam
subsektor sasaran akan digalakkan untuk menempatkan ibu pejabat global atau serantau
mereka di Greater KL/KV . Ini bukan sahaja akan merangsangkan aktiviti ekonomi yang lebih
giat bahkan mewujudkan permintaan terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Sehubungan itu, langkah ini akan disokong oleh program imigresen tempatan dan luar untuk
menambah penduduk Greater KL/KV kepada 10 juta orang menjelang tahun 2020, dengan
tumpuan pada pekerjaan bernilai tinggi.
• EPP 1: Menarik 100 firma paling dinamik di dunia dalam sektor yang diutamakan; dan
• EPP 2: Menarik campuran kumpulan tenaga mahir tempatan dan luar yang sesuai.
o Dimensi 2: Sistem perhubungan Greater KL/KV yang lebih cekap
Sistem perhubungan Greater KL/KV dengan pihak luar dan dalam negeri akan menjadi lebih
baik. Keterhubungan serantau akan dipercepatkan melalui penggunaan sistem keretapi
berkelajuan tinggi (HSR) untuk menghubungkan Greater KL/KV dengan Singapura. Contoh
daripada seluruh dunia membuktikan bahawa manfaat daripada sistem perhubungan
berkelajuan tinggi akan membolehkan kedua-dua kawasan metropolitan mendapat manfaat
yang besar daripada aktiviti ekonomi yang lebih giat melalui rangkaian hubungan yang
penting ini. Pada masa sama, hubungan antara bandaraya akan menjadi lebih kukuh dengan
adanya sistem transit aliran berkapasiti tinggi (MRT). Memandangkan penduduk Greater
KL/KV dijangka bertambah seperti yang dirancang, sistem pengangkutan dalam bandar akan
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 11 of 46
mengalami kesesakan yang lebih teruk. Oleh itu, MRT bersepadu amat penting disediakan
bagi memastikan kelancaran hubungan.
• EPP 3: Menghubungkan dengan Singapura melalui sistem keretapi laju; dan
• EPP 4: Membina sistem transit aliran berkapasiti tinggi bandar yang bersepadu.
o Dimensi 3: Tempat-tempat baharu Greater KL/KV
Greater KL/KV akan menjadi tempat yang ceria dan menarik untuk dihuni. Destinasi baharu
berpotensi tinggi dalam kawasan Greater KL/KV akan dikenal pasti sebagai tarikan dan
ditambahbaik bagi meningkatkan daya boleh dihuni penduduk dan menarik pelancong dan
pendatang dari luar untuk melawat dan berpindah ke Greater KL/KV . Pertama, Pusat
Bandaraya KL dianugerahi dua batang sungai dan tepian air yang indah, yang akan
dieksploitasi sebagai pusat perniagaan dan komersial. Meskipun banyak yang perlu
dilakukan untuk memulihara sungai dan membangunkan semula kawasan sekitarnya, sungai
tersebut mempunyai potensi yang amat besar untuk mempertingkatkan daya boleh dihuni
dan daya tarikan Greater KL/KV . Kedua, Bandaraya KL ketinggalan di belakang oleh
bandaraya terkemuka yang lain dari segi kawasan hijaunya (hanya 12 meter persegi kawasan
hijau bagi setiap penduduk berbanding standard WHO sebanyak 16 meter persegi bagi
setiap penduduk). Justeru, langkah untuk menambah keluasan kawasan hijau adalah penting
untuk memperbaiki keseluruhan kualiti hidup bandaraya itu. Ketiga, Greater KL/ KV kaya
dengan aset semula jadinya yang boleh dimanfaatkan untuk menjadi pusat tarikan
(contohnya, kawasan Penjara Pudu lama dengan pintu gerbangnya yang ikonik, stesen
keretapi lama KTM dan Chinatown). Pembangunan semula yang strategik dengan takrifan
sempadan yang cukup jelas berpotensi untuk membolehkan lebih banyak tempat
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 12 of 46
dibangunkan sebagai ikon dalam Greater KL/KV , lantas menambah keceriaan kehidupan dan
daya tarikannya.
• EPP 5: Memulihara Sungai Klang untuk dijadikan pusat warisan dan komersial bagi
Greater KL/KV ;
• EPP 6: Menghijaukan Greater KL/KV bagi memastikan setiap warganya dapat menikmati
kawasan hijau yang cukup luas; dan
• EPP 7: Mewujudkan tempat dan daya tarikan ikonik.
o Dimensi 4: Penambahbaikan perkhidmatan di Greater KL/KV
Greater KL/KV akan berfungsi dengan lancar dan cekap. Kekurangan dan lowongan dalam
perkhidmatan asas seperti rangkaian tempat pejalan kaki, pengurusan sisa pepejal,
pembetungan dan kebersihan bandaraya perlu ditangani bagi memastikan bandaraya dapat
berfungsi dengan baik dan berdaya huni. Antara perkhidmatan yang diperlukan untuk
membangunkan bandar yang benar-benar cekap dan boleh berdaya huni, dua faktor
keutamaan telah dikategorikan sebagai EPP. Pertama, laluan pejalan kaki sekitar kawasan
Pusat Bandaraya Kuala Lumpur nyata tidak mencukupi dan tidak bersepadu. Menangani isu
ini bukan sahaja akan meningkatkan daya boleh dihuni tetapi juga menggalakkan lagi potensi
sector pelancongan dan komersial. Memandangkan penduduk Greater KL/KV akan
bertambah lebih 65% dalam masa 10 tahun akan datang, adalah penting untuk memastikan
proses dan pengurusan pengutipan sisa pepejal yang mantap disediakan.
• EPP 8: Membina rangkaian pejalan kaki yang komprehensif; dan
• EPP 9: Membangunkan ekosistem pengurusan sisa pepejal yang cekap.
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 13 of 46
Selain EPP tersebut, pertumbuhan minimum, peluang perniagaan dan kesan penggandaan
akan menjana peningkatan PNK sebanyak hampir RM200 bilion.
o 11.0 GREATER KL/KV SEBAGAI DAYA PENARIK
Greater KL/KV perlu menjadi daya penarik bagi firma dinamik dan tenaga mahir global.
Justeru, inisiatif pencarian yang proaktif akan dilancarkan untuk menarik firma dan tenaga
mahir sedemikian untuk mencapai aspirasi ini.
• EPP 1: Menarik 100 Firma Paling Dinamik Dunia dalam Sektor Keutamaan
o Rasional
Saiz adalah penting. Di Greater KL/KV hari ini, 4% syarikat teratas menjana 79% daripada
jumlah pendapatan dan 10% syarikat teratas menggaji 63% daripada jumlah pekerja. Usaha
untuk merangsang lagi aktiviti ekonomi banyak bergantung pada keupayaan bandaraya
untuk menarik firma asing utama atau syarikat multinasional (MNC). Dengan hasrat untuk
menggandakan PNK per kapita, bentuk pelaburan langsung asing yang digalakkan ke negara
ini seharusnya bukan lagi bentuk pelaburan yang menumpukan pada pekerja bergaji rendah,
tetapi seharusnya pelaburan yang mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tambah lebih
tinggi. Oleh yang demikian, kita perlu menarik firma terkemuka dunia dan paling dinamik
untuk membuka ibu pejabat mereka di bandaraya ini, terutamanya MNC yang berkaitan
dengan sector keutamaan bagi Greater KL/KV . Dengan menarik 100 firma sedemikian, ia
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 14 of 46
akan dapat menyumbangkan PNK sehingga sebanyak RM40 bilion setahun kepada Greater
KL/KV. Nilai yang dapat dijana daripada Greater KL/KV adalah jelas: kumpulan tenaga mahir
yang besar dengan kecekapan berbahasa Inggeris yang tinggi, lokasi strategik di tengah-
tengah rantau Asia yang pesat berkembang, infrastruktur yang cukup baik, kos hidup yang
lebih rendah berbanding dengan bandaraya pesaing seperti Singapura dan Hong Kong selain
persekitaran yang berdaya huni. Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan kelebihan
berbandingnya, Malaysia perlu membuat pembaikan yang nyata, khususnya dalam
memudahkan urusan untuk menjalankan perniagaan, misalnya dari segi berapa hari
diperlukan untuk memulakan perniagaan, kadar cukai syarikat dan indeks perlindungan
pelabur. Dari segi kualiti ruang, firma dan aktiviti ekonomi yang akan menumpukan pada
kelompok ekonomi merentas landskap Greater KL/KV yang ditunjukkan dalam Carta 5-5.
Semua kelompok ini akan dilengkapi dengan kemudahan dan sistem perhubungan bertaraf
dunia. Kelompok ekonomi ini membentuk sebahagian daripada tawaran yang lebih tinggi
kepada syarikat sasaran.
o Tindakan
Sektor keutamaan ekonomi Greater KL/KV telah pun dikenal pasti berdasarkan sumbangan
semasa dan sumbangan akan datang kepada PNK, dan sektor ini termasuk perkhidmatan
kewangan, perkhidmatan perniagaan, pendidikan, pelancongan dan runcit. Pada tahun
2009, gabungan kesemua sektor ini menyumbangkan 41% kepada jumlah PNK Greater KL/KV
. Bagi setiap subsektor ini, syarikat telah dikenal pasti dari seluruh dunia, dengan lokasi
sebilangan MNC sasaran yang menarik telah diketahui (berpandukan hasil pendapatan).
Antaranya termasuk institusi kewangan Islam di Timur Tengah seperti Bank Melli di Iran dan
Dubai Islamic Bank di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Syarikat ini akan mendapat manfaat
daripada Malaysia, memandangkan negara ini merupakan negara Islam, dan juga
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 15 of 46
kedudukannya yang strategik di rantau Asia yang pesat membangun. Usaha untuk menarik
syarikat sedemikian termasuk menawarkan insentif menarik kepada MNC, pemasaran
proaktif kepada MNC yang diutamakan, memperkukuhkan golongan tenaga mahir tempatan
dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
o Menawarkan pakej insentif yang menarik bagi Ibu Pejabat MNC.
Kami akan membaiki kriteria sedia ada bagi Ibu Pejabat Operasi, yang kini menikmati
pengecualian cukai antara 5 hingga 10 tahun. Penambahan yang mungkin boleh dibuat
terhadap kriteria bagi kelayakan status Ibu Pejabat Operasi MNC termasuk: jumlah aset
syarikat induk perlu melebihi RM300 juta, modal berbayar minimum RM5 juta daripada
syarikat induk, mengekalkan rangkaian syarikat besar di luar Malaysia dan mengekalkan 50%
kumpulan pekerja mahir sepanjang tempoh insentif tersebut dengan penggunaan definisi
yang jelas bagi guna tenaga mahir berdasarkan pensijilan.
o Mempromosikan Greater KL/KV secara proaktif kepada MNC yang diutamakan.
Satu pasukan pemasaran dan kumpulan pelaksanaan yang khusus akan membina dan
menyelenggarakan satu pangkalan data syarikat keutamaan tinggi untuk menyesuaikannya
dengan buku pemasaran yang dibina khusus bagi menyediakan panduan setempat untuk
pemindahan lokasi ke Greater KL/KV .
o Memperkukuh kumpulan tenaga mahir tempatan dengan menekankan kepada
peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula.
Antara usaha berkaitan ialah memulakan Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian dan
memperluas Skim Pengurusan Peningkatan Nilai Siswazah.
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 16 of 46
o Mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
Kami akan memanfaatkan inisiatif yang didorong oleh PEMUDAH sehingga kini dan juga
inisiatif yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Antara contohnya ialah
memperkenalkan proses mendapatkan lesen melalui jendela tunggal menerusi portal e-
Kerajaan bagi kerajaan tempatan dan negeri, menyatupadukan perkhidmatan antara agensi
dan mengurangkan prosedur yang diperlukan kepada tiga prosedur sahaja dalam masa tiga
hari, yang kini boleh dilakukan dengan pelancaran nombor pengenalan syarikat Malaysia
yang standard (MyCoID). Satu entiti yang menumpukan pada usaha menarik syarikat
sedemikian ke Greater KL/KV akan ditubuhkan. Entiti ini akan dikenali sebagai Invest KL,
dengan misi untuk memastikan Greater KL/ KV menjadi destinasi pelaburan serantau paling
utama, dengan menarik syarikat yang mempunyai kepentingan pada peringkat serantau dan
berfokus global, serta mencipta perniagaan bertaraf dunia dan peluang kerjaya bagi warga
Greater KL/KV . Skop dan mandat yang dicadangkan bagi organisasi.. Entiti ini akan
bertanggungjawab kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar;
namun sebahagian daripada pejabatnya akan bertempat di Lembaga Kemajuan Pelaburan
Malaysia (MIDA) untuk memanfaatkan sinergi dalam infrastruktur dan keupayaan yang kini
terletak di MIDA. Sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan, tugas dan tanggungjawab yang
khusus dan terperinci bagi Invest KL, model interaksi dengan MIDA dan agensi lain yang
berkaitan (seperti Perbadanan Pembangunan Multimedia), pengambilan kakitangan dan
keperluan dana, serta sasaran yang ditetapkan dari awal, merupakan antara perkara yang
perlu didefinisikan menjelang akhir tahun 2010 oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar hasil perbincangannya dengan MIDA.
o Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang diperlukan adalah sebanyak RM82.2 bilion.
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 17 of 46
o Impak
EPP ini akan menjana PNK tambahan sebanyak RM41.4 bilion setahun dan mewujudkan
hampir 234,000 pekerjaan menjelang tahun 2020.
EPP 2: Menarik Kumpulan Tenaga Mahir Tempatan dan Luar yang Sesuai
o Rasional
Aktiviti ekonomi dalam Greater KL/KV yang lebih giat akan menambah jumlah pekerjaan
daripada 2.5 juta pada tahun 2010 kepada 4.2 juta menjelang tahun 2020. Ini didorong oleh
kombinasi pertumbuhan pekerjaan minimum dan jumlah pekerjaan yang diwujudkan oleh
12 projek NKEA, yang mempunyai bahagian pekerjaan yang tinggi dalam Greater KL/KV .
Jumlah pekerjaan yang didorong khusus oleh EPP Greater KL/KV dan peluang perniagaan
mencakupi kira-kira 553,000 peluang pekerjaan baharu. Secara keseluruhan, tambahan
peluang pekerjaan yang dijangka terhasil akan dapat menyumbangkan sebanyak RM118.2
bilion PNK setahun kepada bandaraya ini menjelang tahun 2020.
Bagi memenuhi permintaan pekerjaan, penduduk Greater KL/KV perlu bertambah daripada
6 juta orang pada tahun 2010 kepada 10 juta menjelang tahun 2020. Ini merupakan
kenaikan nyata dalam kadar pertumbuhan sebanyak 5.6% setahun berbanding anggaran
pertumbuhan semasa antara 1.9 hingga 2.9%. Perubahan yang nyata dalam pertumbuhan
penduduk ini mungkin agak tinggi, namun bukan tidak pernah dicapai. Contohnya, sepanjang
tempoh tahun 1999 hingga 2009, Shenzhen tumbuh pada kadar purata 7.1% setahun.
Pertambahan penduduk sebanyak 4 juta orang di Greater KL/KV terdiri daripada
pertumbuhan penduduk sebanyak 1.6 juta orang, dan jumlah selebihnya daripada
penghijrahan dari dalam dan luar negara. Daripada jumlah pendatang sebanyak 2.5 juta
orang yang dijangka berpindah ke Greater KL/KV , 20% daripadanya dijangka datang dari luar
negara, iaitu ekspatriat dan juga masyarakat Malaysia di luar negara (diaspora Malaysia).
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 18 of 46
o Tindakan
Dari perspektif permintaan, lima sektor guna tenaga keutamaan telah dikenal pasti bagi
Greater KL/KV , iaitu pendidikan, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan,
pelancongan dan peruncitan. Dari sudut penawaran pula, sasaran dari segi geografi telah
ditetapkan bagi mengenal pasti negara yang menjadi tumpuan tinggi diaspora Malaysia
seperti di Singapura, UK, AS, Australia dan Kanada, yang diduduki oleh lebih 700,000 rakyat
Malaysia, dan negara seperti India, China, Jepun dan UK yang merupakan Negara asal bagi
hampir 50% tenaga mahir di Malaysia hari ini. Usaha menarik tenaga mahir yang ramai ini
memerlukan gabungan faktor seperti mewujudkan persekitaran yang terbaik untuk tempat
tinggal, tempat bekerja dan tempat beriadah, serta langkah khusus yang diambil secara
proaktif untuk menarik mereka.
o Menubuhkan Malaysia Hall di bandaraya keutamaan
sebagai tempat yang mudah bagi masyarakat Malaysia di luar negara berkumpul selain
menjadi saluran untuk meningkatkan kesedaran akan peluang yang ada di tanah air, dan
juga sebagai pusat sehenti untuk membantu rakyat Malaysia yang sedang dalam proses
untuk kembali semula ke Malaysia.
o Menggunakan personality terkemuka di Malaysia
seperti Perdana Menteri untuk mengenal pasti 100 individu teratas dari kalangan diaspora
Malaysia. Contohnya, mengutus surat persendirian kepada kesemua individu tersebut dan
menggariskan tiga perkara yang mereka boleh sumbangkan untuk pembangunan negara
(contohnya, menyokong pelaburan dalam bidang pendidikan).
o Menjejak dan berhubung dengan 5,000 individu diaspora Malaysia paling menarik
dan juga terkenal pada peringkat antarabangsa kerana sumbangan besar mereka dalam
bidang masing-masing, termasuk individu yang mempunyai nilai aset bersih yang tinggi,
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 19 of 46
pengusaha berpotensi tinggi dan ahli akademik terkemuka. Kami akan menggunakan
khidmat agensi pencari bakat yang akan menggalakkan individu tersebut untuk kembali
berkhidmat di Malaysia.
o Meningkatkan perkhidmatan consular di bandaraya keutamaan
supaya perkhidmatan pantas lagi cekap dapat ditawarkan kepada individu keutamaan tinggi
yang memenuhi kriteria asas, seperti profesion atau nilai bersih mereka.
o Mewujudkan anugerah untuk mengikitraf rakyat Malaysia bertaraf dunia
Sepertimana anugerah World Class New Zealand. Anugerah tersebut diadakan untuk
mengiktiraf dan meraikan pencapaian cemerlang rakyat New Zealand yang berjaya dan juga
rakan New Zealand yang membantu mempertingkat reputasi negara tersebut di persada
antarabangsa.
o Menubuhkan enjin carian pekerjaan dalam talian
khusus untuk diaspora Malaysia sasaran dan warga asing yang berminat untuk berpindah ke
Malaysia, seperti portal Jobs@Singapore yang ditubuhkan oleh Contact Singapore dan Kea
Global Talent Centre untuk New Zealand.
o Menggunakan khidmat university terkemuka bagi memperkukuh hubungan alumni
dan menanamkan minat untuk berpindah ke Malaysia.
o Memberikan status Pemastautin Tetap
kepada anggota keluarga terdekat ekspatriat yang telah mendapat status pemastautin
tetap.
o Melanjutkan tempoh visa pelajar kepada graduan asing
sehingga selepas tamat pengajian bagi memberikan tempoh lanjutan kepada mereka
supaya boleh bekerja di negara ini. Inisiatif untuk menarik tenaga mahir akhirnya akan
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 20 of 46
menjadi tanggungjawab Talent Corporation (Perbadan Bakat), dan mekanismenya
adalah seperti yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Seperti
terkandung dalam Bab 3, perbadanan tersebut akan mula beroperasi pada awal tahun
2011. Talent Corporation akan bekerjasama rapat dengan Invest KL dan MIDA untuk
membangunkan perspektif komprehensif berhubung dengan permintaan terhadap
tenaga mahir untuk dijadikan asas bagi membuat senarai keutamaan seterusnya, selain
terus membangunkan dan melaksanakan inisiatif menarik tenaga mahir.
o Pembiayaan
Jumlah pembiayaan tambahan yang diperlu dianggarkan sebanyak RM18 juta dari tahun
2011 hingga 2020, dan kebanyakan daripadanya adalah untuk membiayai penubuhan
Malaysia Hall dan pusat sehenti yang serupa di bandaraya antarabangsa.
o Impak
EPP ini akan menjana PNK tambahan sebanyak RM118.2 bilion setahun menjelang tahun
2020.
o SISTEM PERHUBUNGAN GREATER KL/KV YANG LEBIH CEKAP
Sesebuah bandaraya terkemuka dunia perlu mempunyai saluran fizikal untuk menarik jutaan
orang dan untuk membawa mereka bergerak di dalam kawasan bandar. Sistem
perhubungan ke hab lain dan keterhubungan di Greater KL/KV adalah sama penting untuk
pembangunan bandar dan meningkatkan produktiviti penduduk bandar. Dua EPP akan
digunakan untuk mengurangkan kesesakan sistem hubungan antara Greater KL/KV dengan
bandaraya lain dan juga di dalam Greater KL/KV sendiri.
EPP 3: Menghubungkan dengan Singapura melalui Sistem Keretapi Berkelajuan Tinggi
o Rasional
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 21 of 46
Greater KL/KV dan Singapura boleh dikatakan bandaraya global sebenar. Cadangan
penggunaan sistem keretapi berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Greater KL/KV
dengan Singapura akan menghubungkan dua kelompok ekonomi terbesar di Asia Tenggara
serta menjana pertumbuhan ekonomi di bandaraya berhampiran Malaysia. Kini, lebih 9.2
juta perjalanan dibuat setiap tahun antara kedua-dua bandaraya ini, dengan perjalanan
darat mencakupi bahagian terbesar sebanyak 68% daripadjumlah perjalanan. Perkhidmatan
HSR pada amnya akan mentransformasikan laluan Greater KL/KV –Singapura dengan
menjadikan perjalanan harian sebagai alternatif yang berdaya maju. Perjalanan dari pintu ke
pintu hanya akan mengambil masa antara 1.5 hingga 2 jam, lantas meletakkan laluan ini
dalam kategori perjalanan harian. Ini merupakan penjimatan lebih dua jam jika dibandingkan
dengan perjalanan melalui udara, iaitu kaedah perjalanan terpantas yang terdapat pada hari
ini.
o Menjadikan Greater KL/KV sebagai lokasi pilihan perniagaan.
Greater KL/KV akan menjadi suatu alternatif yang menarik bagi sektor perniagaan selain
Singapura, kerana kos guna tenaganya yang rendah. Contohnya dalam sektor perkhidmatan
hari ini, kos guna tenaga di Singapuadalah kira-kira dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi
berbanding dengan Greater KL/KV .
o Mentransformasikan kaedah perjalanan kita.
Permintaan perjalanan akan meningkat dengan nyata berdasarkan keputusan awal kajian
yang dijalankan. Kajiantersebut menunjukkan bahawa akan terdapat kenaikan permintaan
sebanyak tiga hingga enam kali ganda baperjalanan untuk tujuan perniagaan dan libur (Carta
5-10). Di bandaraya lain, permintaan yang bertambah untuk perjalanan telah mempengaruhi
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 22 of 46
pengkhususan dalam perniagaan selain membuka peluang perniagaanbagi firma lebih kecil,
seperti dalam kes Paris dan Lille di Perancis selepas perkhidmatan TGV berkelajuan tinggi
diperkenalkan di kedua-dua bandaraya tersebut. Kenaikan permintaan terhadap perjalanan
untuk tujulibur adalah positif bagi Malaysia, dengan anggaran kenaikan antara RM2 hingga
RM5 bilion dalam jumlah perbelanjaan pelancongan bersih setiap tahun.
o Mencergaskan kembali pasaran hartanah.
Permintaan terhadap hartanah Greater KL/KV akan bertambah tinggi untuk menyamai
pencapaian Negara serantau lain. Hari ini, harga hartanah di Greater KL/KV dinilai lima kali
lebih rendah berbanding dengan unhartanah yang sama di Singapura.
o Meningkatkan produktiviti pekerja.
Penjimatan besar dalam masa perjalanan akan meningkatkan produktiviti pekerja.
Pengembara perniagaan amenghargai penjimatan masa perjalanan. Secara keseluruhan,
produktiviti pekerja dijangka meningkat dengapengembara perniagaan bukan hanya
menjimatkan antara 2 hingga 2.5 jam setiap perjalanan, bahkan dapat bekerja degan selesa
sepanjang perjalanan ke tempat kerja apabila menggunakan perkhidmatan HSR.
o Pelan tindakan
Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan
bersama-sama memacu peringkat permulaan inisiatif ini. Khususnya, agensi ini akan
menyediakan kertas kajian semula terperinci mengenai kewajaran inisiatif ini, yang akan
dimuktamadkan menjelang akhir tahun 2010. Hasil kajian ini akan dibentangkan kepada
Jemaah Menteri untuk kelulusan. Langkah pertama dalam menggunakan HSR ialah
mengesahkan kes bagi sistem keretapi. Ini memerlukan langkah melihat kembali kes bagi
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 23 of 46
HSR, menjelaskan pilihan untuk mengoptimumkan modal swasta yang membiayai potensi
pembangunan hartanah, mengenal pasti peluang sekitar pengurusan nilai untuk
mengurangkan kos keseluruhan inisiatif ini serta memperjelas model operasi pilihan. Kajian
semula ini akan siap pada akhir tahun 2010, dengan keputusannya dikemukakan kepada
Jemaah Menteri untuk kelulusan. Pada peringkat itu dan dengan andaian ia mendapat
maklum balas positif, kami akan memulakan perbincangan dan rundingan dengan pihak
Singapura.
o Pembiayaan
Projek ini dianggarkan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM16.5 billion.
o Impak
EPP ini akan menjana PNK tambahan sebanyak RM6.2 bilion setahun dan mewujudkan
sebanyak 29,000 peluang pekerjaan dalam pasaran guna tenaga langsung dan tidak langsung
menjelang tahun 2020.
EPP 4: Membina Sistem Transit Aliran Berkapasiti Tinggi Bandar yang Bersepadu o Rasional
Sistem pengangkutan awam Greater KL/KV sedang menghadapi tekanan yang hebat, setelah
hamper satu dekad berlalu, tidak ada pelaburan yang besar dibuat terhadap kapasiti
keretapi bandar. Di bawah Program Transformasi Kerajaan, inisiatif Bidang Keberhasilan
Utama Negara untuk Pengangkutan Awam Bandar akan meningkatkan kapasiti keretapi
bandar yang sedia ada, terutamanya menerusi pelaburan dalam peralatan pengangkutan.
Walau bagaimanapun, terdapat keperluan untuk memperluas liputan penduduk yang tinggal
dalam lingkungan jarak yang membolehkan mereka mengakses sistem keretapi yang cekap.
Melangkah ke hadapan, aspirasi Greater KL/KV untuk mencapai 50% bahagian penumpang
yang menggunakan mod pengangkutan awam tahun 2020 perlu disokong menerusi
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 24 of 46
peningkatan dari segi liputan perkhidmatan dan kapasiti keretapi bandar. Sistem MRT yang
dicadangkan akan merentang sejauh 141 kilometer dengan tiga buah laluan utama
memberikan perkhidmatan dalam radius sejauh 20 kilometer dari pusat bandar. Sistem ini
diunjurkan berupaya membawa sehingga 2 juta penumpang pada tahun 2020, memberikan
perkhidmatan kepada 11% perjalanan keseluruhan dalam Greater KL/KV dan 64% daripada
perjalanan masuk dan keluar ke Pusat Bandaraya KL.
Selain memberikan kelegaan terhadap masalah kesesakan dan peningkatan ketercapaian
kepada landskap pengangkutan Greater KL/KV , sistem MRT akan memberikan sumbangan
secara langsung kepada aspirasi PNK negara. Sebagai sebuah projek infrastruktur terbesar
yang pernah dilaksanakan oleh Malaysia, projek tersebut dianggarkan akan mengambil
130,000 pekerja apabila pembinaan mencecah puncak kerancakannya dengan impak
penggandaan yang nyata dalam industri yang berkaitan.
o Tindakan
Pendekatan yang disyorkan bagi sistem MRT menandakan peralihan asas dalam pandangan
kita terhadap pengangkutan awam – iaitu menukar persepsi yang sekadar melihat sistem
MRT sebagai penggerak jumlah besar manusia semata-mata, kepada persepsi yang melihat
wujudnya peluang perniagaan berdaya maju, yang mempunyai pembangunan komersial
bernilai tinggi yang memanfaatkan pergerakan jumlah besar manusia. Empat wahana utama
akan memastikan bahawa projek ini bakal menghasilkan sebuah sistem MRT bertaraf dunia,
dengan nilai tertinggi untuk dinikmati oleh orang ramai dan pada masa yang sama,
memberikan pulangan yang sewajarnya kepada sektor swasta.
o Serlahkan kuasa sector swasta.
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 25 of 46
Wahana ini membentuk peranan dan peruntukan risiko yang jelas merentas sektor awam-
swasta berdasarkan prinsip PPP (perkongsian awam swasta) yang terbaik sambil pada masa
sama mengenal pasti peluang bagi sektor swasta memberikan sumbangan dalam
mengurangkan beban perbelanjaan awam keseluruhan. Sebagai contohnya, dalam sistem
MTRC Hong Kong, pelaburan modal dalam infrastruktur keretapi lazimnya diberi subsidi
silang dengan pemberian hak pembangunan hartanah yang diberikan kepada MTR bagi
kawasan bersebelahan dengan stesen. Pelaksanaan strategi yang sama bagi MRT Greater
KL/KV memerlukan pengenalan hak milik strata yang membolehkan pembangunan hartanah
komersial dilakukan di atas tanah yang diperuntukkan bagi hak laluan MRT.
o Berikan nilai yang lebih baik, lebih pantas
dengan membuat gesaan terhadap pengurusan nilai pada setiap peringkat pelaksanaan:
bermula daripada reka bentuk hingga kepada operasi. Usaha untuk mengoptimumkan
nilai dalam projek berintensif modal besar yang sama, seperti projek Metro di Jepun,
telah menghasilkan penjimatan kos sebanyak 22% (secara purata) hingga 40%
(pembinaan landasan yang baharu). Mendapatkan nilai pada setiap peringkat proses
bermula daripada perancangan, reka bentuk, pemerolehan hingga kepada pembinaan
adalah penting untuk menghasilkan jenis dan skala penjimatan yang serupa dengan
projek Metro di Jepun bagi sistem MRT Greater KL/KV .
o Menyepadukan sistem sepenuhnya dengan kepesatan dan bentuk pembangunan
Greater KL/KV.
Sistem MRT perlu direka bentuk untuk menyampaikan perkhidmatan kepada pembangunan
komersial sedia ada (permintaan perjalanan sedia ada) dan juga pembangunan baharu
utama yang akan datang (permintaan masa hadapan) seperti pembangunan Institut
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 26 of 46
Penyelidikan Getah Sungai Buloh, Pusat Matrade dan Kuala Lumpur International Financial
District. Memastikan integrasi sepenuhnya stesen MRT dan penjajaran dengan
pembangunan baharu yang akan datang bukan sahaja mampu mengumpul jumlah manusia
yang besar dan berkualiti malah mempermudahkan peningkatan nilai pembangunan
hartanah pada masa hadapan.
o Menyampaikan visi
menerusi proses perundingan dengan orang ramai yang dilakukan secara produktif untuk
memahami perkara yang mustahak bagi bakal pelanggan transit berkapasiti tinggi. Ini
bertujuan memperoleh maklumat tentang aspek reka bentuk dan pelaksanaan yang
dihasratkan selain memberikan maklum balas secara proaktif terhadap kebimbangan orang
ramai menerusi persepsi yang dipacu oleh pendekatan vendor. Untuk melaksanakan MRT,
sebahagian besar kerja telah dilaksanakan oleh penyokong sektor swasta pemula. Kerajaan
pula, dalam tempoh lima bulan yang akan datang, akan mengesahkan cadangan ini di
samping menjalankan kajian terperinci untuk menggunakan empat wahana tersebut bagi
mengurangkan keperluan perbelanjaan awam sambil pada masa sama memaksimumkan
faedah bagi orang ramai daripada sistem ini. Hasil kajian terperinci ini akan dibentangkan
kepada Jemaah Menteri pada akhir tahun 2010, dan pada peringkat itu keputusan akan
dibuat berkaitan dengan kaedah pelaksanaan.
o Pembiayaan
Unjuran awal menunjukkan keperluan pembiayaan keseluruhan berjumlah lebih kurang
RM47 bilion. Ini terdiri daripada kos infrastruktur sebanyak RM36 bilion dengan
kemungkinan tambahan RM2 bilion untuk tujuan mempercepatkan pemerolehan tanah.
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 27 of 46
Untuk pelaburan seterusnya, lebih kurang RM9 bilion diperlukan untuk aset operasi syarikat,
seperti peralatan pengangkutan.
o Impak
Potensi impak PNK hasil daripada penggunaan MRT diunjurkan dalam lingkungan RM21.3
bilion setahun pada tahun 2020. Hampir 20,000 pekerjaan juga akan diwujudkan dalam guna
tenaga langsung dan tidak langsung.
o TEMPAT BAHARU GREATER KL/KV
Bandaraya di serata pelosok dunia sering ditunjangi oleh tempat ikonik yang wujud di
bandaraya itu. Tempatini meningkatkan daya boleh huni bandar dan lazimnya menjadi
tempat tumpuan utama bagi aktiviti kerja dan riadah para penghuni bandar pada siang hari.
Selain itu, dengan kunjungan oleh penduduk tempatan dan juga para pelawat ke tempat ini,
sudah pastinya akan merangsang aktiviti ekonomi.
EPP 5: Memulihara Sungai Klang untuk dijadikan Pusat Warisan dan Komersial bagi
Greater KL/KV
o Rasional
Tepian Sungai Klang barangkali merupakan aset semula jadi Greater KL/KV yang tidak
digunakan dengan sebaik-baiknya. Sungai Klang mempunyai segala ramuan untuk menjadi
tepian air yang segar dan hidup. Kepentingan unsur sejarah, pusat budaya dan lokasi dalam
lingkungan pusat bandar mempunyai potensi ekonomi dan daya boleh huni yang begitu
besar sekali untuk direalisasikan. Sebilangan besar bandaraya berdaya huni yang menduduki
tempat teratas mempunyai tepian air atau sungai yang dimanfaatkan untuk tarikan ekonomi
dan daya boleh huni. Contoh bandar termasuklah Vancouver, Melbourne, Auckland,
Genevadan Seoul.
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 28 of 46
o Tindakan
Pemuliharaan sungai melibatkan pembangunan semula beberapa buah lokasi di sepanjang
10 kilometer sungai, di samping program pembersihan sungai yang dilaksanakan dengan
intensif. Sebanyak 10 nod aktiviti ekonomi sepanjang Sungai Klang dan Sungai Gombak telah
dikenal pasti, sebagaimana yang digambarkan dalam Carta 5-12. Bagi setiap nod, di samping
pengindahan tebing sungai dan penambahbaikan keterhubungan, pembangunan pelbagai
kegunaan akan digalakkan untuk meningkatkan aktiviti peruncitan, pilihan kediaman dan
tempat bagi aktiviti libur seperti taman dan kawasan hijau.
Bagi setiap nod ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melakarkan pelan
pembangunan terperinci dengan penumpuan pada pembangunan bercampur, pendefinisian
yang optimum bagi setiap unsur dan bakal struktur PPP untuk pembangunan semula.
Pada masa yang sama, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Jabatan Pengairan dan Saliran
dan DBKL sedang menjalankan kajian terperinci terhadap langkah pembersihan sungai yang
bakal memulakan pelaksanaannya pada akhir tahun 2010 atau awal 2011. Aspirasinya
adalah untuk menambah baik kualiti air kelas semasa, iaitu Kelas III (yang didefinisikan
sebagai tidak selamat untuk sentuhan badan) kepada Kelas IIB (yang didefinisikan sebagai
lebih selamat untuk kegunaan rekreasi dengan sentuhan badan). Inisiatif pembersihan
utama termasuklah menaik taraf sistem pembetungan sedia ada untuk mengurangkan
bahan pencemaran daripada memasuki sistem sungai, menguatkuasakan dasar setinggan
sifar menerusi kerjasama dengan DBKL dan pihak berkuasa tempatan lain, menaik taraf
sistem pengairan untuk mengelakkan banjir dan menguatkuasakan panduan mengenai sisa
air buangan ke atas penduduk, kilang dan ruang perniagaan komersial di sepanjang sungai.
Semua inisiatif ini akan dilaksanakan bersamasama dengan Kerajaan Negeri Selangor,
mengambil kira bahawa aktiviti huluan adalah penting untuk memastikan kualiti air hiliran di
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 29 of 46
KL. Melaksanakan sebarang pembangunan semula bandar pada skala dan skop yang
sedemikian besar sesungguhnya merupakan usaha yang mengambil masa bertahun-tahun
dan melibatkan pelbagai fungsi. Pembangunan semula ini akan diuruskan oleh satu pihak
berkuasa berkanun kecil tetapi amat professional yang diwujudkan di bawah undang-undang
Persekutuan. Pihak berkuasa tersebut akan memacu perancangan induk tapak dan
pempakejan tapak pembangunan kepada para pemaju, perancangan dan penyelarasan
pembersihan sungai, penambahbaikan pembangunan semula unsur warisan dan budaya,
proses perundingan dengan orang ramai, pemasaran keseluruhan serta aspek kewangan dan
perundangan EPP. Pihak Berkuasa ini perlu diwujudkan secara rasmi pada akhir tahun 2011,
tertakluk pada jadual perundangan. Sementara itu, inisiatif ini akan dipacu oleh sebuah
Majlis Pembangunan Bersama (Joint Development Council atau JDC) yang ditaja oleh Menteri
Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dengan penyelarasan oleh DBKL. JDC
tersebut akan memainkan peranan sebagai penyelaras dan menjalankan peranan menerusi
keupayaan dan kuasa para peserta dalam empat pasukan petugas: pewujudan pihak
berkuasa; pembersihan dan pengindahan sungai; perancangan dan pembangunan dan
pemasaran. Ini akan mencetuskan momentum bagi usaha pemuliharaan seiring dengan
pewujudan pihak berkuasa rasmi yang akan memacu inisiatif ini dalam tempoh jangka
panjang.
o Pembiayaan
Untuk mencapai sasaran EPP ini, perbelanjaan modal sebanyak RM17.9 bilion diperlukan,
dengan RM14.3 bilion daripadanya ditandakan sebagai bahagian pelaburan swasta dalam
pembangunan hartanah.
o Impak
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 30 of 46
Potensi impak PNK hasil daripada pemuliharaan dan pembangunan semula nod yang dikenal
pasti di sepanjang Sungai Klang dianggarkan berjumlah hampir RM4.3 bilion setahun pada
tahun 2020. Peluang pekerjaan pula dianggarkan sebanyak 17,000 menjelang tahun 2020.
Impak ini dipacu terutamanya oleh kegiatan ekonomi yang meningkat di sepanjang tepian
sungai, potensi pelancongan yang meningkat dan hartanah yang bertambah nilai.
EPP 6: Penghijauan Greater KL/KV untuk Memastikan Setiap Penduduknya Menikmati
Kawasan Hijau yang Mencukupi
o Rasional
Untuk menjadi sebuah bandaraya berdaya huni yang berada di kedudukan 20 teratas di
dunia, Bandaraya Kuala Lumpur perlu meningkatkan dengan nyata kawasan hijaunya. Pada
hari ini, jumlah keluasan kawasan hijau bagi setiap orang di pusat bandar hanyalah 12 meter
persegi. Ukuran tersebut bukan sahaja lebih rendah daripada standard WHO, iaitu 16 meter
persegi setiap orang, malah juga jauh ketinggalan di belakang bandaraya berdaya huni dunia
yang terkemuka, seperti Vancouver yang mempunyai keluasan 22 meter persegi seorang.
Berdasarkan trajektori pertumbuhan penduduk, keluasan kawasan hijau bagi setiap orang
bakal merosot kepada hanya separuh daripada standard WHO iaitu sebanyak 8 meter
persegi seorang pada tahun 2020. Fokus EPP adalah tertumpu dalam pusat bandar Kuala
Lumpur memandangkan kawasan di luar bandaraya mempunyai kawasan hijau yang
mencukupi. Penghijauan bandar akan menambah baik daya boleh huni melalui pewujudan
persekitaran kehidupan yang selesa dan penyediaan kawasan untuk aktiviti rekreasi yang
sihat. Malah, penghijauan bandar akan meningkatkan nilai hartanah kerana kawasan yang
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 31 of 46
lebih hijau lazimnya mendapat harga yang tinggi. Yang lebih penting lagi, penghijauan
mewujudkan persekitaran yang lestari, dengan suhu dalam Bandar direndahkan dan
pelepasan gas rumah hijau dikurangkan.
o Tindakan
Bandaraya yang lebih hijau boleh dicapai menerusi tiga inisiatif utama
o Menerima pakai dasar pembangunan berfokuskan hijau
dalam pembangunan semula Kerajaan dan swasta. Keperluan ruang kosong sebanyak 30%
akan diutamakan untuk kawasan hijau. Ini bakal merangkumi pembangunan semula utama
Kerajaan yang keluasannya melebihi 40.5 hektar seperti TUDM Sg. Besi dan sebarang tanah
di bawah bidang kuasa Unit Perkongsian Awam Swasta di bawah Jabatan Perdana Menteri
(Unit Kerjasama Awam Swasta, UKAS), Media City Angkasapuri, rizab infrastruktur yang tidak
digunakan dan tanah yang dimiliki oleh entiti swasta yang akan dibangunkan semula.
o Menggunakan kaedah pelanskapan yang kreatif,
termasuk penanaman pokok berdaun tebal, penghijauan pada atap bangunan dengan
penanaman rumput dan pokok , dan pelanskapan menegak. Secara taktikalnya, DBKL akan
memperluas inisiatif penanaman pokok semasa daripada 25,000 batang pokok kepada
100,000 batang pokok, dengan penekanan terhadap pokok yang rimbun dan berdaun lebat
untuk membangkitkan pemandangan indah dan suasana koridor hijau. Menerusi langkah
menghijaukan atap bangunan, 150,000 meter persegi daripada atap bangunan yang tidak
digunakan akan dimanfaatkan untuk memperbanyakkan kawasan hijau. Menerusi
pelanskapan menegak, yang mana tumbuhan hijau ditanam secara menegak dan pada
struktur tergantung, sehingga 20% permukaan hijau tambahan dapat dihasilkan bagi
struktur yang ditransformasikan.
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 32 of 46
o Menyepadukan taman dan menggalakkan aktiviti luar.
Ini bukan sahaja akan memperbaik lagi tanggapan terhadap bandaraya hijau malah secara
langsung menyumbang kepada PNK menerusi aktiviti komersial. Sistem taman bersepadu
akan diwujudkan untuk meliputi semua bandar dalam segala rupa bentuk saiznya, boulevard
(jalan berhias), pelanskapan laluan dan kawasan terbuka awam, di mana kawasan terbuka
berbeza di dalam bandar dihubungkan menerusi denai hijau. Visinya adalah supaya orang
ramai boleh berjalan merentasi bandar tanpa perlu meninggalkan denai hijau. Di samping
itu, usaha akan dibuat secara proaktif untuk menarik acara dianjurkan di taman itu,
termasuk penganjuran acara orang ramai (seperti konsert, pertunjukan, pertandingan sukan)
dan juga penganjuran acara persendirian (seperti perkahwinan, sambutan hari lahir, dan
majlis korporat).
o Pembiayaan
Pembiayaan keseluruhan yang diperlukan adalah sebanyak RM149 juta dari tahun 2010
hingga 2020, disebabkan oleh kenaikan keperluan pembiayaan bagi inisiatif penanaman
pokok.
o Impak
Potensi impak PNK dianggarkan sebanyak hampir RM1 bilion setiap tahun, dan penciptaan
sebanyak 3,000 pekerjaan menjelang tahun 2020.
EPP 7: Mewujudkan Tempat dan Tarikan Ikonik
o Rasional
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 33 of 46
Semua bandaraya tersohor di dunia memiliki tarikan unik masing-masing yang memberikan
definisi ciri dan identiti tersendiri bandaraya tersebut. Eiffel Tower dan Seine River
menghiasi kota Paris, Broadway dan Statue of Liberty melatari kota New York sementara
Oriental Pearl dan Bund mewarnai kota Shanghai – semua nama masyhur tersebut
merupakan tarikan yang terjalin rapi dengan identiti bandaraya masingmasing. Pada hari ini,
pembayangan Greater KL/KV mungkin terjalin utuh dengan Menara Berkembar
PETRONASdan Bangunan Sultan Abdul Samad. Walau bagaimanapun, Greater KL/KV
mempunyai potensi yang besar untuk memanfaatkan secara lebih meluas lagi tapak warisan
sedia ada yang boleh dipulihara dan dibangunkan semula menerusi penghayatan sejarah dan
warisan Greater KL/KV , serta keyakinan untuk menjadi sebuah bandaraya kosmopolitan dan
global pada masa hadapan. Tambahan pula, tempat ikonik ini juga menjana aktiviti ekonomi
yang lebih tinggi menerusi aktiviti penginapan hotel yang lebih lama, hasil runcit daripada
pelancong dan warga tempatan yang bertambah serta guna tenaga yang meningkat.
o Tindakan
Sebagai permulaan, tiga tarikan keutamaan telah disyorkan di dalam pusat bandar, dengan
memanfaatkan aset warisan Greater KL/KV yang amat bernilai.
o Muzium warisan jalan kaki segi tiga
menghubungkan tapak budaya dan sejarah sekitar kawasan Masjid Jamek – Dataran
Merdeka – Dayabumi – Pasar Budaya menerusi laluan pejalan kaki rasmi – sebuah kembara
pengalaman menelusuri sejarah KL yang bertunjangkan tapak warisan yang mempunyai ciri
keunikan tersendiri. Matlamatnya adalah untuk mempamerkan tempat budaya dan warisan
kota yang kaya, yang dilengkapi dengan kiosk interaktif di tapak utama, pameran yang hidup
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 34 of 46
dan aktiviti runcit bertumpukan budaya menerusi satu rangkaian laluan pejalan kaki yang
diteduhi dengan baik.
o Koloni kesenian Pasar Budaya,
di mana bangunan Pasar Budaya sedia ada akan ditransformasikan dan direka bentuk
semula menjadi sebuah kompleks yang mempunyai studio seni hidup. Projek tersebut, iaitu
sebuah PPP antara DBKL dengan pemilik sedia ada (Kha Seng Textile), akan mereka bentuk
pakej insentif untuk menarik artis terkenal dan memperuntukkan kawasan bagi pertunjukan
langsung dan acara pendidikan. Dengan fokus terhadap peruncitan kebudayaan dan libur
kelas atasan, kawasan sekitar juga akan dicergaskan semula menerusi pewujudan sesiaran
pejalan kaki dan penempatan semula kedai kraftangan dan cenderamata sedia ada ke
kawasan di sekitar Pasar Budaya.
o Penjara Pudu
yang dibina pada tahun 1895, mempunyai Pintu Gerbang Penjara Pudu sebagai
perlambangan sejarah bandaraya kita yang kaya. Tapak ini menghadirkan peluang untuk
menggarap sejarah tradisi berusia 115 tahun dengan kecemerlangan seni bina moden. Tapak
seluas 7.9 hektar tersebutakan ditransformasikan menjadi sebuah pembangunan yang
menggabungkan kediaman, pejabat dan komponen runcit, dan diserlahkan dengan tarikan
kebudayaan dan rekreasi. Tarikan ikonik seperti Muzium Kesenian Moden untuk menandingi
muzium bertaraf dunia seperti Guggenheim di New York atau Tate Modern di London,
dewan konsert atau amfiteater terbuka akan dibangunkan di tapak ini. Pembangunan itu
pula akan dihubungkan dengan baik dengan laluan pejalan kaki bandar, monorel dan laluan
aliran transit ringan dengan stesen bersebelahan. DBKL akan mengenakan keperluan untuk
memastikan bahawa semua bangunan dibangunkan sebagai bangunan hijau, dan beberapa
bahagian bangunan asal Penjara Pudu dipulihara (contohnya pintu gerbang ikonik). Selain
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 35 of 46
itu, pembangunan perlu menyediakan 30% ruang kosong yang boleh diakses oleh orang
ramai. Pembangunan tersebut juga akan diberikan kenaikan dalam nisbah plot sebanyak
20%. Tapak tambahan lain di Greater KL/KV yang mempunyai potensi untuk menjadi tempat
ikonik termasuklah seperti stesen KTM lama dan China Town. Bagi tapak ini, DBKL akan
menetapkan kriteria pembangunan yang ketat termasuk keperluan 30% ruang terbuka, dan
sebagai gantinya pemaju diberi 10% lagi nisbah plot di kawasan keseluruhan. Di samping itu,
DBKL sedang menentukan keperluan tarikan ikonik yang sejajar dengan warisan tapak
tersebut. Untuk mengurangkan bebanan awam dan memanfaatkan kepakaran komersial,
usaha pembangunan akan dipacu menerusi perkongsian dengan sektor swasta untuk
bersama-sama mereka bentuk dan membina tarikan bertaraf dunia, terutamanya untuk
lokasi yang dimiliki oleh pihak swasta seperti Pasar Budaya.
o Pembiayaan
Keperluan pembiayaan keseluruhan bagi dua tarikan utama adalah sebanyak RM240 juta
dari tahun 2010 hingga 2020 dengan sektor swasta memberikan sumbangan sebanyak 50%.
o Impak
Potensi impak PNK dianggarkan kira-kira RM460 juta setiap tahun dengan penciptaan
hampir 13,000 pekerjaan menjelang tahun 2020.
o PERKHIDMATAN LEBIH BAIK GREATER KL/KV
Dengan kebanjiran syarikat antarabangsa dan tenaga mahir di Greater KL/KV ,
keterhubungan yang ditambah baik dan destinasi baharu bagi warga tempatan dan
pelancong, perkhidmatan utama seperti rangkaian laluan pejalan kaki dan pengurusan sisa
pepejal perlu ditambah baik untuk memastikan pertumbuhan mampan jangka panjang.
Berdasarkan perbincangan dengan pihak berkuasa dan pemilik yang berkaitan,
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 36 of 46
perkhidmatan lain yang diperlukan untuk pertumbuhan (seperti perumahan, tenaga elektrik,
air dan kumbahan) akan diuruskan dan tidak lagi menjadi halangan yang nyata kepada
Greater KL/KV .
EPP 8: Mewujudkan Rangkaian Pejalan Kaki yang Menyeluruh
o Rasional
Berdasarkan tinjauan pendapat orang ramai yang dijalankan oleh Seranta Awam, Greater
KL/KV bukanlah sebuah kota yang mesra pejalan kaki, kerana pada masa ini ia mempunyai
reka bentuk yang tidak cekap, penyelenggaraan yang teruk dan ketercapaian yang lemah.
Penduduk tempatan dan para pelancong jarang menemui hubungan antara bangunan,
sebaliknya sering mendapati kesinambungan yang lemah dalam laluan pejalan kaki dan
kekurangan akses bagi golongan kurang upaya dan warga tua. Di samping impak langsung
terhadap daya boleh huni, nilai rangkaian pejalan kaki yang menyeluruh akan ditingkatkan
dengan nyata sekiranya ia disepadukan dengan pembangunan utama lain di dalam bandar.
Menghubungkan laluan pejalan kaki dengan sistem MRT akan membantu menambah baik
aliran lalu lintas masuk dan keluar dari stesen, menambah baik keterhubungan antara nod
transit dan meningkatkan aktiviti peruncitan sama ada di stesen MRT atau berhampiran
dengannya. Menghubungkan laluan pejalan kaki dengan Sungai Klang yang dipulihara akan
mendorong pelancong dan warga tempatan melawat pusat bandar dan menggalakkan
aktiviti komersial dan libur di sepanjang tebing sungai.
o Tindakan
Pada masa ini, DBKL dan sektor swasta telah memulakan program untuk membina 4.5
kilometer perhubungan laluan pejalan kaki berbumbung dan bertingkat di pusat bandar,
dengan jangkaan program bakal disiapkan pada pertengahan tahun 2012. DBKL akan
menyempurnakan dua set laluan pejalan kaki pada akhir tahun 2011. Yang pertama
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 37 of 46
menghubungkan antara Berjaya Times Square dengan Pavilion. Yang kedua menghubungkan
Jalan Perak dan Pavilion dengan Crowne Plaza dan Jalan P. Ramlee serta menghubungkan
Jalan Sultan Ismail dengan Jalan Pinang. Selain itu, Syarikat Prasarana Nasional Berhad
(SPNB) akan menyempurnakan enam hubungan di pusat bandar pada akhir tahun 2010
sebagai sebahagian daripada program pelaburan pengangkutan awamnya yang meluas.
Usaha yang diterajui oleh PETRONAS pula untuk menyempurnakan laluan pejalan kaki
bertingkat di sekitar kawasan KLCC akan disiapkan pada tahun 2011. Pada masa yang sama,
sebuah pelan jangka panjang akan dibangunkan oleh DBKL untuk mengadakan sebuah
rangkaian laluan pejalan kaki sepenuhnya di seluruh Bandaraya KL sepanjang 45 kilometer.
Pelaksanaan koridor yang diperluaskan ini akan bermula pada tahun 2012 dan dijangka siap
pada tahun 2014. Terdapat tiga fasa untuk pelan menyeluruh tersebut.
• Fasa 1: Laluan utama sejauh 3 kilometer dari Dataran Merdeka ke Jalan Tunku
Abdul Rahman, yang berakhir di kawasan Chow Kit. Ini akan
memberikan perkhidmatan kepada jumlah pejalan kaki yang besar di
beberapa tempat di bandar yang mempunyai aktiviti komersial
utama;
• Fasa 2: Laluan pejalan kaki primer sejauh 14 kilometer bagi lalu lintas pejalan kaki
antara lokasi utama dengan nod transit; dan
• Fasa 3: Laluan sekunder yang menghubungkan laluan pejalan kaki utama (9
kilometer) dan memperluas liputan perkhidmatan pejalan kaki ke seluruh
pusat bandar (16 kilometer).
Untuk mewujudkan rangkaian pejalan kaki yang cekap, DBKL dan pihak berkuasa tempatan
yang relevan akan mendapatkan secara proaktif pandangan orang ramai dan mengambil kira
pandangan tersebut dalam seluruh proses reka bentuk, melaksanakan analisis kos yang
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 38 of 46
terperinci untuk menjimatkan kos pembinaan dan menyepadukan reka bentuk untuk
dihubungkan dengan pembangunan utama yang lain (contohnya MRT, pemuliharaan Sungai
Klang, ruang perniagaan runcit).
o Pembiayaan
Keperluan pembiayaan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM105 juta dari tahun 2011
hingga tahun 2020 untuk menyiapkan keseluruhan rangkaian laluan pejalan kaki.
o Impak
Potensi impak PNK dianggarkan lebih kurang RM6 juta setiap tahun
EPP 9: Membangunkan Sistem Pengurusan Sisa Pepejal yang cekap
o Rasional
Sistem pengurusan sisa pepejal di Greater KL/KV yang ada sekarang tidak dapat bertahan
lama, disebabkan oleh empat faktor kebimbangan utama. Pertama, jumlah sampah
terkumpul dijangka meningkat daripada 10,000 tan sehari kepada 17,000 tan sehari
menjelang tahun 2020, melebihi keupayaan menampung harian tempat pembuangan
sampah yang dirawat. Kedua, kadar kitar semula iaitu pada 11% (pada tahun 2009) masih
lagi jauh ketinggalan di belakang negara maju seperti Singapura, kadarnya pada 57%, dan
Denmark, pada 42%. Ketiga, kadar bayaran bagi pengurusan sisa pepejal mencakupi
bahagian yang tinggi, iaitu kira-kira 60% daripada jumlah kutipan cukai tanah isi rumah dan
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 39 of 46
ini menjadi beban yang besar bagi perbelanjaan pihak berkuasa tempatan. Akhirnya,
perkhidmatan pengutipan sampah pepejal dan fungsi pembersihan yang tidak memuaskan
hati telah menyebabkan aduan yang diterima bertambah, contohnya, DBKL, secara purata
menerima 45 aduan sehari berhubung dengan kedua-dua perkhidmatan tersebut.
Melangkah ke hadapan, pengurusan sampah pepejal dan perkhidmatan pembersihan awam
yang cekap amat penting untuk menyokong corak pembangunan pesat di Greater KL/KV
Tindakan Usaha memperbaik pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pembersihan
awam akan tertumpu pada empat kaedah utama.
o Menyemak bayaran pengurusan sampah pepejal.
Cara pengeluaran bil dan kutipan bayaran tidak menghuraikan dengan jelas kos berkaitan
dengan pengurusan sisa pepejal. Melangkah ke hadapan, pengeluaran bil secara langsung
akan diperkenalkan supaya premis akan dikenakan bayaran berasingan bagi pengutipan dan
pengurusan sisa pepejal. Kini, kos pengurusan sisa pepejal mencakupi bahagian yang besar
daripada belanjawan pihak berkuasa tempatan. Contohnya, cukai taksiran DBKL kini adalah
RM367 bagi setiap isi rumah, dan dua-pertiga daripada pendapatan ini disalurkan semata-
mata untuk pengurusan sisa pepejal. Melangkah ke hadapan, tariff bayaran pengurusan sisa
pepejal akan mencerminkan kos, dibezakan, dan dikaitkan dengan jumlah sampah yang
dibuang, bagi memberikan insentif pengurangan pengumpulan sampah sejajar dengan
prinsip orang yang mencemarkan alam sekitar perlu membayar. Prinsip yang telah
digunakan dengan jayanya di luar negara termasuk kes di sebuah kawasan perbandaran di
Belgium yang menyaksikan kadar pengumpulan sampah menjadi stabil berikutan
pelaksanaan tarif berbeza dan kadar kitar semula yang tinggi pada kirakira 75%.
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 40 of 46
o Meningkatkan pelaksanaan 3R - mengurangkan, mengguna semula dan mengitar
semula.
Inisiatif yang dilaksanakan akan membentuk ekosistem kitar semula bagi mencapai kadar
kitar semula pada 40% menjelang tahun 2020, berbanding dengan sasaran yang ditetapkan
pada 22%. Pengasingan mandatori sampah akan dikuatkuasakan (contohnya, pemungut
sampah akan hanya mengutip sampah yang telah diasingkan) menjelang tahun 2012.
Melalui langkah pengasingan sampah di rumah, inisiatif utama kitar semula untuk
mengurangkan jumlah sampah yang dihantar ke tempat pembuangan sampah boleh
dilaksanakan, seperti pengomposan dan penghadaman anaerobik (anaerobic digestion) bagi
sampah organic (45% daripada jumlah sampah terkumpul).
o Mencari pilihan rawatan sisa pepejal.
Pada masa sekarang, kebanyakan sampah dibuang di tempat isian sanitari dan isian bukan
sanitari. Melangkah ke hadapan, faktor kekurangan tanah dan keprihatinan tentang alam
sekitar lantas memerlukan cara rawatan sampah alternatif. Kerajaan akan menyemak pilihan
yang ada seperti tanah isian sanitari dan pembakaran (insinerasi), serta kemudahan rawatan
mekanikal-biologikal. Sementara Kerajaan perlu membuat keputusan mengenai pilihan
teknologi rawatan, sebarang pelaburan dalam rawatan sampah pada masa akan datang
perlu dibuat secara PPP. Melalui cara tersebut, pemilihan pelabur swasta akan dibuat secara
tender terbuka, dengan tempoh masa kontrak ditentukan berdasarkan prestasi yang boleh
diterima.
o Memastikan prestasi pemegang konsesi pengurusan sampah dan pembersihan awam
adalah baik.
Di bawah proses persekutuan, perkhidmatan pengutipan sampah akan disediakan di bawah
tempoh konsesi jangka panjang 22 tahun. Kontrak juga akan mengandungi penalti yang
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 41 of 46
sesuai dan wajar terhadap syarikat dengan prestasi yang buruk (dan bukan hanya potongan
bayaran), dan pada masa yang sama, ganjaran akan diberikan bagi prestasi yang baik.
Kontrak juga perlu memberikan kefleksibelan kepada Kerajaan untuk selalu menyemak tarif
bagi memastikan kadar yang dikenakan adalah adil dan wajar. Pembiayaan Keperluan
pembiayaan keseluruhan sepanjang tempoh tahun 2011 hingga 2020 dianggarkan berjumlah
RM3.5 bilion, satu bahagian yang besar daripada jumlah ini adalah melalui pelaburan sektor
swasta daripada inisiatif penswastaan fungsi pengutipan dan rawatan sisa. Impak Potensi
Impak PNK dianggarkan kira-kira RM157 juta setiap tahun.
o PEMBIAYAAN
Cabaran 20-20 pada tahun 2020 NKEA Greater KL/KV merupakan satu cabaran yang amat
besar, dan akan memerlukan jumlah pembiayaan yang besar. Pembiayaan ini akan dicapai
menerusi model perkongsian awam-swasta.
o Tinjauan Keseluruhan terhadap Keperluan Pembiayaan
Aspirasi 20-20 merupakan cabaran yang amat getir. Meningkatkan PNK KL sebanyak tiga kali
ganda pada tahun 2020 dan bergerak lebih tinggi dalam kedudukan, iaitu daripada bandar
yang menduduki tempat ke-79 kepada antara 20 teratas dalam Indeks Daya Boleh Huni EIU
akan menjadi suatu tugasan yang amat besar. Meskipun sektor swasta akan membiayai 66
peratus daripada keperluan pembiayaan merentasi kesemua sembilan EPP, Kerajaan terus
kekal memainkan peranan penting dalam menyumbangkan sebahagian pelaburan,
terutamanya dalam infrastruktur perkhidmatan awam untuk mewujudkan sebuah
persekitaran yang menarik dan kondusif bagi pemupukan aktiviti ekonomi yang dinamik dan
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 42 of 46
inovatif. EPP Greater KL/KV memerlukan pembiayaan kumulatif berjumlah RM172 bilion dari
tahun 2011 hingga 2020.
o 12.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pendapatan negara dominan dipengaruhi oleh jumlah
perbelanjaan kerajaan. Senario ini sebenarnya menggambarkan kepentingan peranan yang
dimainkan oleh perbelanjaan kerajaan persekutuan untuk menjana pertumbuhan ekonomi
jangka masa panjang, terutama sekali menerusi projek penyediaan infrastruktur yang akan
memberi manfaat terhadap semua negeri di Malaysia. Namun, disebabkan pelaksanaan
projek sebegini kebiasaannya memakan masa yang lama, maka dua perkara harus diteliti.
Pertama, perancangan bagi projek-projek ini perlulah dibuat secara teliti oleh tenaga pakar
dan profesional terutama sekali dari aspek peruntukan kos dengan mengambil kira
pergerakan tingkat harga di pasaran. Pemilihan projek pula perlulah dilakukan dengan
berasaskan kepada keutamaan, yang mana projek yang dilihat berstatus ‘kritikal’ perlu
diutamakan. Kedua, apabila sesuatu projek itu telah dilaksana, maka perlu ada
jawatankuasa daripada kalangan pakar dan profesional yang akan memantau perjalanan
projek tersebut sehingga ia berjaya diselesaikan dan memberi manfaat kepada kumpulan
sasaran. Perlu ditegaskan di sini bahawa kegagalan projek-projek pembangunan yang
dibiayai oleh perbelanjaan kerajaan akan merugikan banyak pihak kerana kegagalan projek
tersebut disiapkan bererti belanja yang telah diperuntukkan atas projek tersebut secara
automatik akan menjadi tidak produktif walaupun sektor tersebut merupakan sektor yang
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 43 of 46
produktif. Melalui projek Greater KL/KV pelaburan yang akan dilakukan oleh kerajaan akan
menjana perkembangan ekonomi Negara dan meningkatkan sumbangannya kepada PNK
sebanyak 2.5 kali, iaitu daripada RM258 bilion kepada kira-kira RM650 bilion setahun.
Langkah ini boleh menaikkan bahagiannya kepada PNK, daripada kira-kira 30% daripada PNK
negara kepada kira-kira 40%. Pelaburan ini amat penting dalam menjana perkembangan
ekonomi Negara setrerusnya menjadi pemankin kepada negara berpendapatan tinggi.
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 44 of 46
o 13.0 KERATAN AKHBAR PROJEK GREATER KL
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 45 of 46
Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013
MS 46 of 46
o 13.0 RUJUKAN
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/home/443-berita/8508-greater-kl-lembah-klang-bakal-
jana-rm100-bilion.html
http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2330%3Atransit-aliran-
pantas-wujud-130000-pekerjaan&catid=150%3Anews&Itemid=624&lang=my
http://www.infodesa.gov.my/web/guest/arkib/keratan-akhbar/-/asset_publisher/G9nd/content/10-
lagi-projek-etp-bakal-diumum;jsessionid=FF3F3556C480BC7ACE6A3EC4F42B73F1?redirect=%2Fw
http://www.utusan-malaysia-online.com/najib-garis-empat-dimensi-aspirasi-greater-kl
http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/521fb206a8dbd0a34825697400224def/49ebf6b9d73e42e54
8257937000d1d78?OpenDocument