i
PENJENAMAAN PRODUK BUAH PALA
KAJIAN KES: SYARIKAT SHENG HIANG
LIM SIOK SYAN
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
(Seni Reka Grafik)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
ii
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN
JUDUL : PENJENAMAAN PRODUK BUAH PALA (KAJIAN KES : SYARIKAT SHENG
HIANG)
SESI PENGAJIAN: SESI 1 2006/2007
Saya LIM SIOK SYAN
mengaku membenarkan tesis/ Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat
Akedemik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaranantara institusi pengajian tinggi
5. *sila tandakan
SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah
keselamatan atau kepentinagn seperti termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD ( Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan
oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan
_______________________ _______________________________
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh: Tarikh:
Alamat Tetap :
31-A Kampung Tiong,
73400 Gemas,
Negeri Sembilan.
Catatan: *Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/
organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan
sebagai SULIT atau TERHAD
iii
Projek bertajuk ‘Penjenamaan Produk Buah Pala. Kajian kes : Syarikat Sheng
Hiang’ telah disediakan oleh Lim Siok Syan dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni
Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan
dengan Kepujian Teknologi Seni Reka.
Diterima untuk diperiksa oleh:
___________________________
Encik Sylvester Wielding Jussem
Tarikh:
_____________________
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan setinggi-setinggi terima kasih kepada Fakulti Seni Gunaan
dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak, kerana memberi peluang untuk memulakan dan
menyiapkan tesis ini dalam tempoh masa yang telah ditentukan. Saya berasa amat bangga
kerana dapat membuat projek tertentu dan dorongan para pensyarah di Fakulti Seni
Gunaan dan Kreatif sehinggalah tamatnya kajian saya ini.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penyelia
Utama, Encik Sylvester Wielding Jussem yang telah banyak membantu serta sentiasa
memberi bimbingan, teguran dan ajaran sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.
Selain itu, saya ingin mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada
Penyelia kedua saya iaitu Cik Salmiah Binti Abdul Hamid yang banyak membantu dan
membimbing saya dalam menghabiskan projek saya. Pensyarah. Tidak lupa juga saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-syarah Teknologi Seni Reka Grafik
yang lain, iaitu Profesor Madya Ahmad Khiri, En. Louis Ringah Kanyan, Encik Mastika
Hj. Lamat, Puan Siti Shukhaila bt Shaharuddin dan Encik Ahmad Azaidi Abdul Manaf.
Saya juga ingin sampaikan penghargaan kepada Profesor Khairul Aidil Azlin Abdul
Rahman dan Cik Norhayati (Mentor). Mereka telah banyak memberikan dorongan dan
teguran mengenai projek yang dilaksanakan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada juruteknik yang banyak membantu
dan memberi kerjasama semasa projek saya dijalankan. Saya amat berterima kasih ke atas
bantuan yang dihulurkan dan komitmen yang diberikan.
Jutaan terima kasih kepada En. Chung, Marketing Executive syarikat Sheng Hiang
yang telah memberi kerjasama yang baik kepada saya ketika proses mengumpulkan
v
maklumat yang diperlukan dalam projek ini. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang
pernah menolong saya semasa menjalankan kajian ini. Saya amat berterima kasih dan
menghargai bantuan yang telah dihulurkan.
Setinggi-tinggi penghargaan saya hadiahkan kepada ibu bapa saya. Mereka telah
banyak memberi sokongan kepada saya dalam menangani masalah yang dihadapi.
Dengan pengalaman serta panduan yang telah saya perolehi sepanjang tempoh
melaksanakan kajian ini, saya akan praktikkannya demi kepentingan pada masa akan
datang. Saya akan sentiasa mengingati jasa dan bantuan serta ajaran yang diberi oleh
pensyarah-pensyarah dan sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang
telah membantu saya.
vi
ISI KANDUNGAN
Halaman Tajuk i
Borang Pengesahan Status Laporan ii
Pengesahan dan Tandatangan Penyelia iii
Penghargaan iv
Kandungan vi
Senarai Lampiran viii
Abstrak ix
Abstract x
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang 3
1.3 Jenama 4
1.3.1 Kesan Jenama 6
1.3.2 Ciri-ciri Jenama 7
1.3.3 Faktor-faktor Penting Dalam Membangunkan Jenama 8
1.4 Penjenamaan 11
1.5 Promosi 12
1.6 Penyataan Masalah 13
1.7 Objektif Kajian 13
1.8 Hipotesis 14
1.9 Skop Kajian 14
BAB 2 METODOLOGI
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kaedah Primer 16
2.2.1 Wawancara 16
2.2.2 Fotografi 17
vii
2.2.3 Pemerhatian 17
2.2.4 Borang Soal Selidik 17
2.3 Kaedah Sekunder 18
2.3.1 Buku dan Artikel 18
2.3.2 Internet 19
2.4 Strategi Analisa Jenama 19
2.5 Limitasi Kajian 21
2.6 Kajian Lepas 22
BAB 3 HASIL DAPATAN KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Analisa Jawapan Soal Kaji Selidik 24
3.3 Wawancara 36
3.4 Pemerhatian 37
3.5 Perbincangan 38
3.6 Kesimpulan 39
BAB 4 CADANGAN
4.1 Pengenalan 40
4.2 Jenama 40
4.3 Periklanan 41
4.3.1 Periklanan Luaran 42
4.3.2 Periklanan Persinggahan 44
4.3.2 Majalah 45
4.3.4 Risalah 46
4.3.5 Flyers 47
4.3.6 Teaser 47
4.3.7 Festival Advertisement 48
4.4 Promosi 49
4.5 Konsep 53
4.6 Sasaran 53
4.7 Perletakan 54
viii
4.8 Unique Selling Proposition 54
4.9 Kesimpulan 55
BAB 5 KESIMPULAN 56
BIBLIOGRAFI 57
LAMPIRAN 59
Lampiran A : Perkembangan Idea Logo 59
Lampiran B : Periklanan Televisyen 60
Lampiran C : Gambar-gambar berkenaan 61
Lampiran D : Borang soal selidik 64
Lampiran E : Soalan bagi Syarikat Sheng Hiang 65
ix
ABSTRAK
Buah pala merupakan produk tempatan tradisional Penang, Malaysia. Penjenamaan
merupakan satu proses menukarkan satu produk dan syarikat menjadi satu jenama.
Penjenamaan membantu dalam memberi penjelasan atau berkomunikasi dengan pengguna
tentang produk atau servis yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat. Kajian ini dibuat untuk
mewujudkan satu jenama baru dan identiti baru produk buah pala Syarikat Sheng Hiang.
Penjenamaan baru ini adalah untuk memperkenalkan produk buah pala kepada orang ramai
dan mewujudkan satu identiti yang lebih baik yang dapat menyakinkan pengguna. Selain itu,
kempen periklanan dan promosi akan dijalankan dalam usaha membangun dan
memperkenalkan jenama baru “Richmeg”. “Richmeg” adalah penjenamaan baru bagi produk
buah pala syarikat Sheng Hiang dan ia adalah kombinasi perkataan “rich” dengan “nutmeg”
yang membawa makna buah pala kaya dengan pelbagai vitamin dan nutrisi. Konsep yang
digunakan dalam periklanan adalah keseronokan, keceriaan dan meriah. Konsep ini
digunakan berpadanan dengan sasaran pengguna pengkaji iaitu golongan muda.
x
ABSTRACT
The nutmeg products are one of the local traditional legacies of Penang, Malaysia.
Branding is a process which transforms a product or a company to become a brand.
Branding helps in translating and communicates with the consumers about the products or
the services offered by a company. The purpose of my research is to create a brand identity
for Sheng Hiang’s nutmeg product. The main goal of rebranding the product is to create a
better brand image to make consumer more confident on it. Thus, new advertising campaigns
and promotions will be executed in promoting the new “Richmeg” brand. “Richmeg” is
aimed to be a new brand for nutmeg products in which the name is the combination of the
word rich and nutmeg. The name conveyed the meaning of richness in vitamins and nutrition
from the nutmeg. The main idea applied in the advertising is to show the feeling of happiness,
warmth, and harmonious. This concept is well suited for the targeted group, which is the
youth.
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Buah pala atau nama saintifiknya adalah Myristica fragrans Houtt merupakan biji
benih kepada pokok pala. Pokok buah pala akan bertumbuh sehingga 60 kaki tinggi. Ia
memerlukan masa sepanjang 7 tahun untuk bertumbuh buahnya dan buahnya boleh
bertumbuh selama 90 tahun. Kebanyakan buah pala berbentuk telur dan lebih kurang 20mm-
30mm panjang 15mm-18mm lebar.
Ahli falsafah di zaman Roman bernama Pliny menyebut tentang penggunaan dan
penanaman buah pala pada abad pertama. Ahli kesusasteraan India turut mengesyorkan
penggunaan buah pala untuk mengatasi masalah nafas buruk, sakit kepala, dan deman. Satu
penulisan Arab juga menyatakan penggunaan buah pala sebagai bahan yang meningkatkan
nafsu dan sebagai ubat penyakit perut. Pedagang-pedagang dari timur membawa tumbuhan
buah pala ke bahagian selatan Eropah pada abad ke-6, sehinggalah penggunaannya meluas ke
Itali dan Denmark pada abad ke-12. Orang Portugis jumpa pokok buah pala di kepulauan
Molucca dan terus monopoli perdagangan dalam bidang ini sehinggalah penjajahan orang
Belanda pada tahun 1602. Satu perbuatan yang silap oleh pegawai-pegawai Belanda iaitu
kurang menggalakkan penanaman pokok buah pala. Pada tahun 1800, penanaman buah pala
tersebar ke Barat Indies, Trinidad dan Grenada oleh orang dari British. Buah pala diadakan
di beberapa negara seperti Grenada di Caribbean, India, Indonesia, Sri Lanka dan Malaysia.
Pengeluar terbesar buah pala ialah Indonesia, diikuti dengan Grenada (Barat Indies) dan Sri
Lanka. Kegunaan buah pala bukan sahaja terhad untuk masakan rempah ala-Barat, malah ia
2
sejenis ramuan penting dalam campuran rempah wangi, seumpamanya garam masala di India,
masakan kari di Indonesia, Malaysia dan India. Akan tetapi, buah pala jarang digunakan
dalam masakan di sekitar Sri Lanka, tetapi banyak digunakan dalam penghasilan gula-gula
tradisional di Belanda.
Buah pala boleh digunakan untuk membuat produk-produk minyak, yang mempunyai
fungsi-fungsi perubatan tertentu, jam, biskut, makanan ringan, minuman, minyak sapu, dan
lain-lain. Minyak buah pala boleh didapatkan daripada penyedihan buah pala. Minyak ini
tidak berwarna atau kuning muda. Ia digunakan sebagai minyak rasa semulajadi dalam
membuat makanan, minuman dan gula-gula. Minyak ini juga digunakan dalam industri
farmasi dan bahan bersolek.
Dalam ilmu kedoktoran tradisional, buah pala dan minyak buah pala digunakan untuk
mengubati penyakit seperti sistem pencernaan dan penyakit sistem saraf. Selain itu, ia juga
digunakan untuk sakit sengal-sengal tulang, rasa loya, gastroenteritis, kesenakan, cirit-birit
kronik, terapeutik aroma terapi, antiseptik bakteria, anti toksin, penguat daya tahanan badan
dan masalah pencernaan. Ia juga boleh digunakan semasa persediaan untuk kelahiran bayi,
biasanya urutan dilakukan tiga minggu sebelum kelahiran di bahagian abdomen. Bau buah
pala juga dapat melegakan hati dan membantu melepaskan tekanan seseorang. Negara
Indonesia merupakan Negara yang mengeluarkan paling banyak bauh pala. Negara yang
kedua banyak ialah Caribbean.
3
1.2 Latar Belakang
Buah pala didapati di Malaysia sejak 100 tahun yang lalu. Buah pala banyak
ditumbuhkan di Balik Pulau, Penang. Ia juga merupakan salah satu produk tempatan
tradisional di Penang, Malaysia. Penang merupakan salah satu tempat perlancongan yang
amat terkenal di Malaysia. Pelancong yang melancong ke Penang terdiri daripada pelancong
tempatan dan pelancong asing. Produk tempatan adalah sangat penting bagi sesuatu tempat
perlancongan. Produk tempatan boleh membantu dalam usaha memajukan suatu tempat
perlancongan. Pada masa kini produk buah pala juga amat disukai orang ramai tidak kira
golongan, kaum, dan tempat asal. Terdapat banyak syarikat yang menjual produk buah pala.
Antaranya yang amat popular adalah syarikat Cheong Kim Chuan, syarikat Sheng Hiang dan
syarikat Sin Hoe Huat. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah penjenamaan terhadap
syarikat Sheng Hiang.
Syarikat Sheng Hiang adalah sebuah syarikat yang menjual pelbagai jenis makanan
tempatan Penang termasuklah produk buah pala. Syarikat Sheng Hiang telah diadakan di
Penang selama 11 tahun yang terdapat di Kimberley Street, Penang and New Land, Penang.
Terdapat pelbagai produk tempatan yang dijual oleh syarikat Sheng Hiang. Produk yang
dijual termasuk minuman, biskut, minyak sapu, makanan ringan dan lain-lain yang
merupakan produk tempatan Penang. Produk buah pala merupakan suatu produk yang
berpotensi untuk berkembang ke pasaran yang lebih luas. Dengan jenama yang tidak padan
dan tidak dapat berkomunikasi dengan para pelanggan maka pasarannya hanya berhenti ke
satu tahap sahaja. Dalam usaha mengembangkan produk buah pala syarikat ini, jenama dan
logo perlu bersifat zaman sekarang (contemporary) dan menghasilkan tanggapan pertama
terhadap sesebuah syarikat, produk ataupun sesuatu perkhidmatan tersebut. Jenama yang
4
unik, memberi ingatan yang mendalam, dan berjaya menyentuh pengguna dari segi psikologi
akan menjadi pilihan kepada pengguna.
Sasaran utama bagi syarikat Sheng Hiang ialah pelancong tidak kira dari negeri lain
ataupun dari negara yang lain. Didapati bahawa kesemua seni reka produk adalah direka oleh
syarikatnya sendiri. Pembungkusan yang tidak konsisten akan mengelirukan pengguna. Logo,
jenama, pembungkusan, persekitaran kedai dan juga promosi merupakan elemen yang
penting dalam membangunkan sesebuah syarikat dan juga penting dalam usaha memperbaiki
imej syarikat tertentu.
1.3 Jenama
Jenama dapat dilihat pada produk yang berjaya di pasaran. Jenama adalah gabungan
antara satu set idea dan harapan. Ia bergantung kepada bagaimanakah ia berinteraksi dengan
pengguna berkenaan syarikat, produk dan perkhidmatan pada setiap masa. Jikalau kurangnya
kesedaran dan tiada pengurusan yang efektif terhadap jenama, maka pengguna dan pesaing
akan mendefinasikan jenama tersebut mengikut apa yang dipamerkan terhadap jenama
tersebut. Ini bermaksud, jenama tersebut haruslah aktif dalam memajukan kedudukannya
maka pengguna akan tahu kenapa mereka memilih syarikat atau produk dan perkhidmatan
berbanding dengan pesaing-pesaing yang ada.
Menurut Scott Bedbury (2001) dalam buku “A Brand New World” menyatakan
bahawa jenama merupakan hasil tambahan kesan-kesan sesuatu produk sama ada baik atau
buruk, berjaya atau gagal, yang mendapat anugerah atau tidak, serta komen-komen pengguna
5
yang baik atau buruk. Segala kesannya yang baik dan buruk memberi impak terhadap sesuatu
jenama. Ia merupakan konsep psikologi di minda pengguna untuk selama-lamaya.
Menurut Aaker dan Joachimsthaler (2000) dalam buku “Brand Leadership”, jenama
bukanlah sekadar produk, ia sesuatu yang lebih dari itu. Produk merangkumi skop produk,
ciri-ciri produk, kualiti atau nilai, kegunaan, kelebihan dari segi fungsi. Manakala jenama
mempunyai semua ciri-ciri tersebut dan beberapa ciri yang lain. Antaranya kaitan organisasi,
personality jenama, simbol, hubungan antara jenama dan pelanggan, kelebihan untuk
ekspresi diri, kelebihan dari segi emosi, imaginasi pengguna dan Negara asal.
Merujuk kepada Joep Cornelisse (2004) dalam buku “Corporate Communication”
menyatakan “brand is the set of physical attributes of a product or service, together with the
beliefs and expectations surrounding it. It is a unique combination which the name or logo of
the product or service should evoke in the mind of the audience”. Joep Cornelisse
menyatakan bahawa jika sesuatu jenama ingin menampat hati pelanggan, ia perlu
menumpukan perhatian terhadap ciri-ciri fizikalnya bersama-sama dengan meningkatkan
kepercayaan dan kejangkaan terhadap jenama tersebut.
Menurut Alina Wheeler (2003) dalam buku Designing Brand Identity – A Complete
Guide to Creating, Building, and Maintaining Strong Brands menunjukkan bahawa “Brand
is the promise, the big idea, and expectations that reside in each customer‟s mind about a
product, service or company”. Persepsi pelanggan ke atas jenama sesuatu produk,
perkhidmatan dan syarikat bergantung kepada janji, idea utama dan jangkaan yang dijamin
oleh sesuatu jenama.
Menurut Alina Wheeler (2003) dalam buku Designing Brand Identity – A Complete
Guide to Creating, Building, and Maintaining Strong Brands menyatakan penjenamaan
6
selalu dikaitkan sebagai satu jalinan emosi. Pengguna tertarik kepada sesuatu jenama tertentu
kerana percaya terhadapnya. Seterusnya membina ketaatan membeli produk dan sentiasa
yakin terhadap jenama tersebut. Selain itu, jenama memberi maksud terhadap sesuatu produk
dan menunjukkan ciri-ciri yang tersendirinya.
1.3.1 Kesan Jenama
Merujuk kepada Temporal (2000) dalam buku “Branding in Asia”, menyatakan
bahawa penggunaan jenama, simbol atau logo yang konsisten membolehkan jenama tersebut
mudah dikenalpasti dan diingati oleh pengguna.
Jenama dan logo yang baik akan menghasilkan tanggapan pertama terhadap sesebuah
syarikat, produk ataupun sesuatu perkhidmatan tersebut. Kedudukan yang jelas akan
menerangkan apakah perniagaan yang dijalankan oleh sesebuah syarikat, apakah faedah yang
akan diperolehi dan mengapa ia lebih penting daripada pertandingan. (Avis We Try Harder)
“A brand is a person‟s gut feeling about a product, service, or company. It‟s a Gut
Feeling because we‟re all emotional, intuitive beings, despite our best efforts to be rational.
Each person creates his or her own version of it. While companies can‟t control this process,
they can influence it by communicating the qualities that make this product different than
that product.” Menurut Marty Neumeier (2003) dalam buku “The Brand Gap”. Jenama yang
berjaya akan memberikan seseorang berasa kesungguhan terhadap produk, perkhidmatan dan
syarikat. Jenama memainkan psikologi yang terpenting dalam reka bentuk mengingatkan
pengguna terhadap produknya.
Jenama yang teguh dapat dikaitkan dengan penghasilan manfaat atau faedah dimana
nilai pemegang saham dicipta, serta membangkitkan kesedaran di antara kalangan pengguna,
7
pekerja dan juga peniaga tentang kebaikan dan faedah yang bakal dicapai dalam urusniaga
tersebut. Dengan perkataan lain, jenama teguh membina kepercayaan yang mendalam
terhadap sesebuah syarikat disebabkan kualiti yang unggul.
Jenama-jenama yang berjaya hari ini bukan sahaja menjual produk ataupun servis
mereka tetapi mereka menjual gaya hidup dan berjaya menyentuh pengguna dari segi
psikologi. Kata kunci bagi sesuatu jenama itu untuk berjaya adalah kepuasan pengguna. Ini
adalah kerana kuasa terletak pada pengguna dan pengguna berhak membuat pilihan.
Pengguna menentukan jenama mana yang menjadi pilihan berdasarkan kepuasan mereka.
Pelanggan yang berpuas hati dan percaya pada sesuatu jenama akan menjadi pelanggan yang
setia lalu menggunakan jenama tersebut dengan kerap dan ini dikenali sebagai „brand
loyalty‟.
1.3.2 Ciri-Ciri Jenama
Jenama yang tulen mempunyai ciri-ciri tersendiri yang unik, dan sering dikaitkan
dengan sifat-sifat yang konsisten, segar dan tulus. Jenama yang tulen boleh memberikan
impak yang mendalam dan ingatan yang mendalam. Ia juga dapat menunjukkan personaliti
dengan jelas dan dapat membezakan antara satu jenama dengan yang lain disebabkan
keunikan dan perbezaannya.
Jenama yang baik perlu mempunyai ciri-ciri tersebut:
Dapat mencerminkan imej syarikat dengan positif.
Senang disebut dan senang diingat.
Unik
8
Tidak menggunakan nama yang telah ada dalam pasaran.
1.3.3 Faktor-faktor Penting Dalam Membangunkan Jenama
Menurut Professor David Jobber, terdapat 7 faktor penting dalam membangunkan
jenama dengan berjaya. Iaitu: Quality, positioning, repositioning, long-term perspective,
internal marketing, credibility and well-blended communications.
Quality
Quality adalah elemen yang paling penting dalam membina jenama yang baik. Selain itu,
ciri-ciri penting yang harus diutamakan adalah mengetahui atau memahami keperluan dan
kehendakan pengguna. Kajian statistik menunjukkan bahawa jenama yang berkualiti boleh
9
merangkumi pasaran yang lebih besar dan mendapat keuntungan yang lebih tinggi
berbanding dengan pesaing-pesaingannya.
Positioning
Positioning adalah bagaimana sesebuah syarikat menentukan arah satu jenama dalam minda
pengguna. Selain itu, ia merupakan persepsi yang ingin disampaikan kepada pelanggan.
Positioning dapat dilaksanakan melalui beberapa faktor, ia termasuk jenama, imej,
perkhidmatan jaminan produk, pembungkusan dan lain-lain.
Repositioing
Repositioing ini berlaku apabila sesuatu jenama ingin menukarkan arah haluannya dalam
pasaran. Fenomena ini berlaku apabila sesuatu jenama telah mencapai tahap kematangan dan
kemunduran.
Communication
Communication memainkan peranan penting dalam membangunkan sesuatu jenama dengan
berjaya. Komunikasi adalah untuk menarik perhatian orang ramai terhadap suatu jenama
seterusnya membangunkan personaliti jenama dan memupuk persepsi pelanggan terhadap
jenama itu.
10
First-mover Advantage
First-mover Advantage bermakna jenama pertama yang berjaya dalam sesuatu pasaran dapat
menampat hati sasaran pasarannya sebelum pesaing-pesaing yang lain memasuki pasaran
tersebut.
Long-term Perspective
Long-term Perspective merupakan salah satu faktor yang penting dalam membangunkan
sesuatu jenama disamping menarik perhatian pelanggan dan menyampaikan mesej jenama
tersebut serta membina ketaatan pengguna. Langkah ini mengambil masa yang panjang. Oleh
itu, syarikat tersebut perlu melabur dalam usaha membangunkan jenamanya walaupun
terpaksa menggunakan untung jangka masa pendeknya.
Internal Marketing
Internal Marketing sesuatu jenama harus dipasarkan secara dalaman sebelum dipasarkan di
luar. Melalui cara ini, jenama tersebut dapat memahami kedudukan pasarannya dan
pencapaiannya. Ini menjadi faktor yang penting untuk syarikat yang menawarkan
perkhidmatan. Oleh itu, latihan-latihan yang intensif adalah penting untuk memastikan
kepuasan dan ketaatan pelanggannya.
11
1.4 Penjenamaan
Penjenamaan merupakan satu proses menukarkan satu produk dan syarikat menjadi
satu jenama. Pandangan, fikiran, tanggapan, dan kesedaran orang ramai merupakan ciri-ciri
yang penting untuk satu jenama yang berjaya. Penjenamaan membantu dalam menjelaskan
atau berkomunikasi dengan pengguna apakah produk atau servis yang dijalankan oleh
sesebuah syarikat.
Branding is about making an emotional connection. People fall in love with brands
because they trust them, develop strong loyalties, buy them, and believe in their superiority.
The brand is shorthand: it stands for something and demonstrates it.” (Alina Wheeler, (2003)
Designing Brand Identity – A Complete Guide to Creating, Building, and Maintaining Strong
Brands)
Menurut Hamisah Hamid (2002), penjenamaan merupakan strategi yang paling
berkesan dalam bersaing dalam pasaran yang semakin banyak pesaing ini. Selain itu,
penjenamaan juga dapat menambahkan keuntungan sesebuah syarikat sebanyak 50 peratus
atau meningkat sebanyak 200 atau 300 peratus.
Berner dan Kiley (2005) dalam artikel “Global Brand”, telah menyenaraikan 100
jenama yang diiktiraf sebagai „Best Global Brand 2005‟. Setiap orang kenal akan Coca-Cola,
Nokia, Microsoft dan Mc Donald‟s, jenama tersebut merupakan antara jenama yang berada
di 10 tangga teratas di dalam dunia. Menurut kedua-dua penulis, jenama yang berjaya berada
di atas merupakan jenama yang mempunyai cara pemasaran yang berlainan dan sentiasa
dapat memenuhi kehendak pelanggan.
12
1.5 Promosi
Menurut Rosli Salleh (2002) dalam buku “Rujukan Asas Pemasaran” promosi
merupakan salah satu elemen di dalam pemasaran campuran. Ianya boleh didefinasikan
sebagai komunikasi yang digunakan oleh pemasar-pemasar untuk memberitahu,
menggalakkan dan menyakinkan pembeli-pembeli yang berpotensi supaya mencuba dan
menbeli keluaran yang dipasarkan.
Promosi memainkan peranan penting dalam memperkenalkan dan memasarkan
sesuatu jenama. Lamb, Hair dan McDaniel (2004) dalam buku “Marketing” mendefinisikan
promosi sebagai komunikasi oleh pemasar dengan tujuan memberitahu, memujuk dan
mengingatkan bakal pembeli tentang sesuatu produk dengan tujuan mempengaruhi pendapat
ataupun tindak balas. Promosi merupakan salah satu elemen dalam strategi pemasarn jenama.
Elemen-elemen tersebut dikenali sebagai “Four P„s‟ yang mewakili produk, harga, tempat
dan promosi. “Promotion: this embraces plans for advertising and also for promotions.
Publicity and public relations are included among the below-the –line activities. The brand
advertising strategy is the foundation for the brand‟s above-the-line programme”, (Jones,
2005). Berdasarkan pendapat Jones diatas, periklanan, promosi dan jenama saling berkaitan
antara satu sama lain.
Promosi dan periklanan memainkan peranan yang penting dalam pasaran untuk
menyampaikan maklumat dan informasi produk atau perkhidmatan kepada pengguna.
Promosi dan periklanan bertujuan untuk memujuk dan menyakinkan sasaran pengguna.
13
1.6 Penyataan Masalah
Masalah yang didapati ialah tidak mempunyai satu jenama dan logo yang komersil
dan sesuai bagi produk buah pala syarikat Sheng Hiang. Produk buah pala merupakan suatu
produk yang berpotensi untuk berkembang ke pasaran yang lebih luas. Ia adalah suatu buah
yang amat unik yang dapat menghasilkan pelbagai jenis produk. Dengan tidak mempunyai
satu jenama yang dapat berkomunikasi dengan para pelanggan maka pasarannya hanya
berhenti ke satu tahap sahaja. Ini adalah sebab utama ramai pengguna tidak tahu akan jenama
ini walaupun syarikat ini telah ditubuh selama 11 tahun.
Cara promosi yang tidak berkesan. Promosi yang dijalankan hanya melalui potongan
harga terhadap pembelian pada hari yang tertentu. Kekurangan periklanan bagi produk buah
pala juga merupakan salah satu sebab yang menyebabkan orang ramai tidak kenal akan
produk ini.
1.7 Objektif kajian
1. Membuat analisa terhadap syarikat Sheng Hiang.
2. Mengenalpasti kelemahan atau masalah produk buah pala syarikat Sheng Hiang.
3. Mewujudkan jenama dan logo produk buah pala syarikat Sheng Hiang yang sesuai
dengan zaman sekarang, mudah dikenal pasti, mudah diingat dan dapat menyakinkan
pengguna.
4. Mengadakan pelbagai promosi untuk membangun dan mempromosikan jenama
produk buah pala dan memperkenalkannya kepada orang ramai.
14
1.8 Hipotesis
Jenama berada dimana-mana dan mempengaruhi kehidupan kita. Begitu besar kuasa
penjenamaan hari ini sehingga agak sukar untuk sesuatu produk itu dipasarkan tanpa jenama.
Menurut buku Marty Neumeier (2003) dalam buku „Brand Gap‟, menyatakan bahawa
jenama yang berjaya akan memberikan seseorang berasa kesungguhan terhadap produk,
perkhidmatan dan syarikat. Jenama memainkan psikologi yang terpenting dalam reka bentuk
mengingatkan pengguna terhadap produknya.
Produk buah pala merupakan produk tradisional tempatan Penang. produk tempatan
adalah sangat penting bagi suatu tempat perlancongan. Untuk membangunkan sesuatu
syarikat, penjenamaan adalah sangat penting.
Penyelidikan dijalankan ke atas jenama produk buah pala syarikat Sheng Hiang.
Kelemahan akan didapati dan pengkaji akan menghasilkan jenama dan logo yang dapat
menggambarkan produk dan mudah disebut serta mudah diingat oleh pengguna. Jenama akan
menyakinkan pengguna untuk membeli produk sesebuah syarikat kerana jenama bagaikan
suatu sijil yang mengesahkan produk dan dipercayai oleh pelanggan. Ini juga akan
memperbaiki imej syarikat tersebut dan juga membantu membangunkan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) serta membantu memajukan bidang perlancongan Penang, Malaysia.
1.9 Skop Kajian
Skop kajian bertujuan untuk menentukan ruang lingkup sesuatu kajian supaya kajian
tidak terlalu meluas. Kajian akan dijalankan di sekitar Penang terutamanya tempat-tempat
yang ramai pelancong. Kajian tertumpu kepada jenama produk buah pala syarikat Sheng