Download - Pentaksiran kuliah 1
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
TOPIK 1
KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
1.0 SINOPSIS
Tajuk ini memberi pengetahuan kepada anda mengenai kepentingan pentaksiran
dalam pendidikan pemulihan. Bagi membantu kefahaman anda akan didedahkan
tentang definisi, konsep dan kepentingan pentaksiran kepada guru. Seterusnya akan
menerangkan cara-cara untuk mengumpul maklumat sebelum melaksanakan
pentaksiran di dalam bilik darjah.
1.1 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini anda dapat ;
1. Mengetahui maksud dan konsep pentaksiran.
2. Mengetahui proses dan peranan pentaksiran dalam pendidikan pemulihan.
3. Mengetahui pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat.
1
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
1.3 KERANGKA TAJUK
1.4 PENGENALAN
Pentaksiran pembelajaran merupakan satu proses dokumentasi yang melibatkan
pengistilahan pengukuran tentang pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan.
Pentaksiran memberi tumpuan terhadap pembelajaran individu, persekitaran
pembelajaran (bilik darjah, bengkel atau kumpulan pembelajaran), institusi terlibat
atau sistem pembelajaran atau pun pendidikan secara amnya. Menurut Academic
Exchange Quarterly (2008) “Pembelajaran merujuk kepada sesuatu unsur teori atau
empirikal (termasuklah kajian kes, pembelajaran portfolio, kajian ekspliratori atau
kajian eksperimen) yang menerangkan persediaan dan kecenderungan pelajar, cara
belajar dan tahap motivasi pelajar, hasil pembelajaran dan keluasan pembelajaran
dalam konteks pendidikan.
2
PENTAKSIRANDALAM PENDIDIKAN
KONSEP PENTAKSIRAN
MAKSUDPENTAKSIRAN
PROSES PENTAKSIRAN
KEGUNAAN PENTAKSIRAN
CARA PENGUMPULAN MAKLUMAT
REKOD LAMA
SAMPEL KERJA
PENGUJIAN
PEMERHATIAN
SOAL SELIDIK
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Sebelum seseorang pengajar merancang hala tuju pengajaran dan
menjalankan aktiviti darjah atau kuliah, pengajar hendaklah mengetahui atau
meramalkan pemikiran pelajar dengan maksud, apakah yang akan difikirkan oleh
pelajar ?. Persoalan yang perlu difikirkan pengajar adalah, apakah yang benar dan
betul untuk murid dan pelajarnya. Proses ini melibatkan bukan sahaja sama ada
“adakah murid atau pelajar mempunyai jawapan yang betul atau salah”. Akan tetapi
lebih bermaksud dengan keupayaan membayangkan secara jelas dan terang serta
memahami gambaran dan pola-pola yang dibentuk pada minda mereka secara
teratur atau tersusun agar lebih bermakna daripada perspektif pelajar atau murid
(Earl, 2003).
1.5 KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada
pendidikan khas. Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan khas berkait rapat
dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran. Maklumat
diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid.
Dengan itu, guru dapat menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid. Guru memerlukan maklumat yang dikumpul melalui cara pengujian
atau kaedah lain untuk melaksanakan pengajaran dan langkah-langkah yang
dianggap wajar dapat dilaksanakan dan seterusnya akan menilai keberkesanan
perancangan dan pengajarannya
Menurut Nitko (2001), pentaksiran bermaksud suatu proses mengumpulkan
maklumat tentang pelajar, kurikulum dan program serta dasar pendidikan. Membuat
keputusan terhadap pelajar termasuk menguruskan peraturan bilik darjah,
menempatkan pelajar mengikut program pendidikan yang berbeza-beza, melakukan
penggredan kepada mereka, memberi panduan kepada mereka, membantu mereka
memilih peluang-peluang pendidikan yang sesuai dengan prestasi dan kebolehan
mereka.
Pentaksiran dalam bilik darjah bermaksud proses mengumpulkan dan
mentafsirkan maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan-keputusan yang
3
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran (Mohamad Sahari Nordin, 2008).
Menurut Salvia dan Ysseldyke (2001), pentaksiran sebagai satu proses mengumpul
dan menilai data atau maklumat untuk tujuan membuat keputusan dan menilai data
atau maklumat untuk tujuan membuat keputusan tentang murid, terutamanya dalam
aspek keperluan pengajaran dan pembelajarannya. Ia termasuklah ujian, temu bual,
pemerhatian, sampel-sampel kerja dan apa juga maklumat yang harus diperoleh
bagi membantu membuat keputusan yang munasabah dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Konsep pentaksiran merangkumi istilah-istilah berikut yang perlu difahami
terlebih dahulu;
i. Pengujian – satu kaedah penilaian kemajuan dan penentuan keperluan
murid.
ii. Penilaian – proses yang menggunakan maklumat atau data untuk
membuat keputusan
iii. Peperiksaan – pentadbiran alat/ instrumen ujian dalam jangka masa,
tempat dan suasana yang formal.
iv. Pengukuran – skor pencapaian yang diperoleh untuk mengukur prestasi
individu
Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh
dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan
kewibawaan institusi pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti tinggi mempunyai
tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.
1.5.1 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan pentaksiran merujuk kepada hasil pentaksiran yang sama bagi
setiap kohort murid. Terdapat pelbagai faktor yang boleh memberi kesan kepada
4
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
kebolehpercayaan seperti soalan yang kabur, terlalu banyak pilihan dalam kertas
soalan. Secara tradisinya, kebolehpercayaan pentaksiran berasaskan kepada
berikut ;
i) Kestabilan sementara : ujian yang dilakukan adalah membandingkan dua
atau lebih peristiwa yang berasingan.
ii) Kesamaan bentuk : jawapan murid memperlihatkan bentuk yang berbeza
walaupun kandungan ujian adalah sama.
iii) Ketekalan dalaman : jawapan ujian tekal merentasi soalan. Contohnya - jika
soalan berkaitan dengan sikap terhadap penggunaan teknologi, seharusnya
ketekalan jawapan adalah berbentuk seperti “saya gembira menggunakan
komputer” atau “ saya tidak meminati komputer”
1.5.2 Kesahan
Kesahan adalah ukuran di mana apa yang ditentukan untuk diukur. Contohnya,
adalah tidak sah jika menguji kemahiran memandu hanya menggunakan ujian
bertulis sahaja. Pentaksiran pemanduan akan lebih sah jika ada kombinasi ujian
terhadap pemanduan seperti melalui ujian bertulis (untuk uji pengetahuan
pemanduan) dan ujian sebenar pemanduan (untuk uji apa yang pemandu perlu buat
semasa memandu) kesahan pentaksiran adalah gauged melalui bukti ujian
mengikut kategori berikut;
i) Kandungan - adakah kandungan ujian mengukur objektif yang telah
ditetapkan?
ii) Kriteria – adakah skor korelat dengan ujian rujukan (contoh: adakah skor
yang tinggi terhadap ujian bacaan murid tahun 4 bertepatan dengan jangkaan
kemahiran membaca bagi tahun 5 dan seterusnya)
iii) Konstruk – adakah pentaksiran correspond dengan pembolehubah yang
signifikan?
5
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
1.6 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
Pentaksiran dalam pendidikan pemulihan menggunakan prinsip yang sama dengan
pentaksiran dalam kelas normal. Dalam kebanyakan kes, pentaksiran yang
digunakan adalah sama seperti pentaksiran pendidikan normal iaitu pemerhatian ke
atas tingkah laku murid, membuat penilaian kemajuan murid dan seterusnya mereka
bentuk program/ strategi pengajaran berdasarkan maklumat yang telah diperoleh.
Merujuk dalam http://specialed.about.com/od/assessment/a/Aandee.htm iaitu
satu laman web pendidikan khas, matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk
kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan
guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam
pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki
kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat
adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.
Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam
satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan
data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan
beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut
menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan
untuk penempatan.
Pentaksiran dalam pendidikan pemulihan adalah untuk memberi maklumat
dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti
membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca
masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan
penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Keperluan untuk
mempelajari kemahiran asas adalah amat penting bagi proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Hal ini disebabkan, ia akan membantu murid untuk
mempelajari setiap mata pelajaran dengan lebih mudah dan cepat jika mereka mahir
dalam menguasai kemahiran asas. Terdapat beberapa komponen dalam kemahiran
asas. Antaranya ialah kemahiran 3M dan kemahiran pengurusan diri.
6
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Kemahiran 3M ialah membaca, menulis dan mengira. Terdapat beberapa
kepentingan mempelajari kemahiran ini. Pertama, kemahiran ini adalah asas utama
dalam setiap pembelajaran. Setiap murid seharusnya mempunyai kemahiran untuk
membaca, menulis dan mengira supaya mereka dapat menjalankan segala proses
P&P dengan berkesan. Menguasai kemahiran membaca membolehkan mereka
membaca maklumat dan latihan yang diberikan oleh guru. Mereka juga dapat
mencari bahan-bahan pembelajaran dan melakukan ulang kaji pelajaran dengan
mudah. Selain itu, penguasaan dalam kemahiran menulis pula membolehkan murid
untuk menulis nota pelajaran dan melakukan latihan yang diberikan oleh guru.
Seterusnya, kemahiran mengira bukan sahaja penting bagi mata pelajaran yang
melibatkan pengiraan tetapi ia juga penting dalam kehidupan seharian mereka.
Kemahiran pengurusan diri pula merujuk kepada keupayaan dalam
menguruskan diri sendiri. Hal ini meliputi kemampuan dalam membersihkan diri
sendiri, memakai pakaian tanpa bantuan, makan dengan cara yang betul dan
mampu memenuhi kehendak asas diri seperti membuang air. Kepentingan
kemahiran ini adalah supaya murid dapat menjaga keperibadian diri sendiri dan
berupaya menguruskan diri sendiri tanpa pertolongan orang lain.
Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian
untukberinteraksi di rumah, sekolah dan bersama-sama masyarakat. Sesetengah
pendidik merujuk kemahiran sosial sebagai keupayaan sosial individu yang mampu
mencapai kejayaan tanpa mengganggu orang lain. Selain itu, kemahiran sosial juga
dapat dikatakan sebagai pengumpulan tingkah laku seseorang yang
membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat beberapa aspek
dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran asertif,
kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi. Tujuan
pentaksiran kemahiran sosial adalah untuk mengenal pasti murid yang mempunyai
kelemahan dalam bersosial. Prosedur pentaksiran kemahiran sosial yang biasa
digunakan di luar negara ialah (a) pengukuran sosiometrik, (b) penilaian oleh guru,
(c) ujian ’role play’ dan (d) pemerhatian langsung. Penguasaan dalam kemahiran
sosial adalah amat penting kerana ia membantu murid dalam proses P&P dan
kehidupan seharian mereka.
7
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
1.7 MAKSUD PENTAKSIRAN
Pentaksiran dalam pendidikan adalah proses dokumentasi yang mana sering
mengguna pakai istilah pengukuran, pengetahuan, kemahiran, sikap dan
kepercayaan. Pentaksiran boleh berfokus kepada seseorang murid, komuniti
sekolah (kelas,bengkel atau kumpulan), institusi atau keseluruhan sistem
pendidikan.
Pentaksiran didefinisi sebagai proses pengumpulan maklumat untuk
mengenal pasti masalah dan membuat sesuatu keputusan keputusan (Salvia dan
Ysseldyke 2007). Ia melibatkan pengumpulan maklumat mengenai kekuatan dan
bidang keperluan yang perlu diberi perhatian.
Terdapat beberapa istilah yang selalu digunakan oleh para profesional untuk
menjelaskan jenis pentaksiran yang dilakukan. Jenis-jenis pentaksiran terdiri
daripada yang berikut:
a. Pentaksiran berterusan
b. Pentaksiran informal/ formal
c. Pentaksiran portfolio
d. Pentaksiran subjektif/ objektif
e. Pentaksiran penempatan
f. Pentaksiran diagnostik
g. Pentaksiran pencapaian
h. Pentaksiran kecekapan
i. Pentaksiran kemajuan
j. Pentaksiran formatif/ sumatif
8
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Ujian-ujian yang sering digunakan dalam jenis-jenis pentaksiran di atas
didefinisikan dalam jadual berikut:
Istilah Maksud
Ujian standard / ujian
formal
Merupakan ujian yang telah siap dibina dan penguji hanya
mentadbirkan ujian dengan mengikut arahan dan prosuder
yang disediakan. Ujian tersebut mempunyai skor yang dicapai
oleh orang lain (norma) supaya perbandingan prestasi dapat
dibuat.
Ujian tidak formal Ujian yang dibina oleh guru. Ia tidak mempunyai arahan dan
prosuder pentadbir yang standard.
Ujian kumpulan Ujian yang boleh ditadbir secara sekumpulan orang.
Ujian individu Ujian yang hanya boleh ditadbir kepada seseorang murid
dalam satu masa. Contohnya : WISC-III
Ujian berdasarkan
kurikulum
Ujian yang dijalankan berdasarkan isi kandungan kurikulum
yang digunakan di sekolah.
Ujian formatif Ujian yang dijalankan untuk menguji penguasaan kemahiran
oleh murid semasa sesuatu unit masih / sedang diajar oleh
guru. Ujian dijalankan dengan kerap.
Ujian sumatif Ujian yang merumuskan pencapaian murid selepas satu unit
pengajaran telah dilakukan. Biasanya satu gred akan
diberikan sebagai tanda tahap pencapaian murid.
Ujian saringan Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti kanak-kanak
9
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
yang berisiko menghadapi masalah. Ditadbirkan kepada
semua murid, termasuk murid normal.
Ujian diagnostik Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti dengan lebih
terperinci masalah yang dihadapi oleh murid. Selepas ujian
diagnostik dijalankan, jenis dan ciri-ciri masalah yang
dihadapi dapat diketahui.
Ujian “speed” Ujian yang perlu dihabiskan dalam masa yang agak terhad.
Ujian “power” Ujian yang memberi masa yang agak lama untuk dihabiskan.
Biasanya item agak sukar sedikit.
Dalam kehidupan seharian murid di sekolah, guru sebenarnya melaksanakan
pentaksiran tidak formal. Ia berlaku setiap hari di mana murid tidak mengetahui yang guru
membuat pemantauan kemajuan murid. Menurut Overton (1992), pentaksiran tidak formal
melibatkan penggunaan kaedah yang tidak standard bagi menilai kemajuan seperti
senarai semak, kerja rumah murid, kuiz, projek kumpulan, temu bual murid, pemerhatian
tingkah laku murid, dan ujian-ujian yang dibina sendiri oleh guru. Ia tidak diberi skor
pemarkahan atau gred. Pentaksiran tidak formal memberi peluang kepada guru membuat
pemantauan berterusan ke atas murid yang bermasalah dalam akademik dan murid
berkeperluan khas. Pentaksiran formal berkaitan dengan dokumen bertulis seperti ujian
atau peperiksaan yang direkodkan. Ia diberi skor pemarkahan atau gred untuk
menunjukkan pencapaian murid.
Pentaksiran sumatif dan formatif sering merujuk kepada konteks pembelajaran.
Pentaksiran sumatif dilakukan dalam situasi sebenar murid dan bertujuan untuk
mengukur hasil pembelajaran serta pelaporannya kepada murid, ibu bapa dan
pentadbir. Manakala pentaksiran formatif dilakukan dalam situasi sebenar dan
diguna oleh guru sebagai panduan kaedah pengajaran akan datang.
10
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Pentaksiran diagnostik biasanya adalah berbentuk pentaksiran formatif. Ia
mengukur pengetahuan dan kemahiran semasa murid bagi tujuan mengenal pasti
kesesuaian pembelajaran. Pentaksiran kendiri adalah bentuk pentaksiran diagnostik
di mana melibatkan murid membuat pentaksiran terhadap diri mereka.
Pentaksiran (sumatif/formatif) sering dikategori juga sebagai subjektif atau
objektif. Pentaksiran objektif adalah bentuk soalan di mana satu jawapan betul.
Pentaksiran subjektif adalah bentuk soalan yang mempunyai jawapan betul lebih
daripada satu (atau lebih daripada satu cara untuk memperoleh jawapan betul).
Terdapat pelabagai jenis soalan objektif dan subjektif. Jenis soalan objektif
termasuklah jawapan betu;/ salah, aneka pilihan, soalan pelbagai respon dan
padanan. Soalan subjektif melibatkan soalan berbentuk huraian dan esei.
LATIHAN 1
Ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria merupakan ujian yang digunakan secara meluas oleh pra professional dan guru-guru dalam pentaksiran dan penilaian murid-murid bermasalah pembelajaran. Namun, guru-guru di Malaysia kurang didedahkan kepada ujian-ujian tersebut. Ini disebabkan ujian tersebut kurang dibina dan dijual di pasaran di Malaysia. Walau bagaimanapun, sebagai seorang guru pendidikan khas anda perlu faham apakah maksud kedua-dua ujian tersebut
Huraikan ciri-ciri kedua-dua ujian itu dan buat banding beza antara keduanya. Bagi membantu guru, perbandingan boleh dikaji dari aspek cara pembinaan ujian, arahan dan prosedur pentadbiran, cara penskoran dan pentafsiran skor. Bentangkan tugasan anda ini dalam sesi tutorial nanti.
1.7 PROSES PENERIMAAN, PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
PENDIDIKAN PEMULIHAN
Menurut Airasian (1991), ramai orang membuat tanggapan bahawa perkataan
pentaksiran bilik darjah membawa imej pelajar mengambil ujian kertas-dan-pensel,
guru menskor jawapan dan memberikan gred sepadan dengan prestasi yang
ditunjukkan. Menurut Cizek (1993), penaksiran bilik darjah meliputi satu kaedah dan
sumber yang luas digunakan oleh guru untuk mengumpul, menginterpretasi dan
mensintesis maklumat tentang pelajar. Pentaksiran seharusnya bertolak dari bilik
11
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
darjah yang bermula dengan penaksiran tidak formal, dilaksanakan oleh guru pada
hari pertama sekolah lagi dan diakhiri dengan membuat keputusan tentang
penggredan dan promosi/ ulangan bagi seseorang pelajar.
Menurut Principles for Fair Students Assessment Practices for Educatioan in
Canada (1993), pentaksiran sebagai satu proses mengumpul dan menginterpretasi
maklumat yang boleh digunakan untuk ;
(i) Memaklumkan pelajar atau ibu bapa mereka tentang kemajuan
terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan perlakuan
yang sepatutnya telah dipelajari atau dikuasai.
(ii) Memaklumkan kepada mereka yang terlibat dalam membuat
keputusan pendidikan (pengajaran, perancangan kurikulum, dasar dan
pembentangan program ) tentang pelajar.
Di negara kita, semua sekolah menggunakan kertas dan pensel untuk
mentaksir dan menilai pelajar mereka. Dalam situasi ini, guru akan mengajar dan
membuat ujian terhadap apa yang diajar. Guru akan membina satu ujian,
mentadbirkan ujian berkenaan, menskor ujian, merekod markah yang diperoleh ke
dalam buku rekod pelajar, memulangkan kertas ujian kepada pelajar untuk semakan
dan guru akan mencapurkan semua skor dari pelbagai mata pelajaran pelajar
secara kerseluruhan. Keadaan ini akan menimbulkan beberapa masalah dalaman.
Ujian bilik darjah umumnya menguji kemahiran aras rendah dalam domain kognitif.
Kebanyakan item/ soalan yang dibina kurang menggunakan Jadual Penentuan Ujian
(JPU), lantaran itu pengujian hanya dibuat pada aras pengetahuan dan kefahaman
sahaja (Bhasah Abu Bakar, 2003: 6-7).
Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa.
Guru yang mengajar kelas pemulihan khas merupakan guru yang terlatih di institusi
yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti,
maktab-maktab perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam
negara atau luar negara. Hasilnya guru pemulihan khas mempunyai kepakaran yang
khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah.
12
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang
dijalankan juga menjurus kepada kelemahan murid. Keluasan kelas pemulihan khas
adalah bergantung kepada kekosongan bilik darjah. Peringkat awal pelaksanaan
ada kelas pemulihan khas hanya terdiri daripada satu ‘bay’ atau berada di lorong
laluan. Tetapi kini kelas pemulihan khas telah mengalami transformasi dan
mempunyai kelengkapan yang terbaik bagi menghasilkan kelas yang kondusif yang
mampu menjana perubahan kepada murid-murid pemulihan bagi mengatasi
kelemahan mereka.
Bagi tujuan penempatan, pentaksiran penempatan perlu dilakukan ke atas
murid berkeperluan khas. Pentaksiran penempatan adalah untuk menentukan
keupayaan murid berkeperluan khas pada permulaan pembelajaran. Prosedur
penempatan murid pemulihan dapat diringkaskan seperti dalam carta alir berikut ;
Carta Alir Proses Program Pemulihan
13Kelas Biasa / Tindakan Susulan
Pengajaran & Pembelajaran
PenilaianPenilaian
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Pencalonan danPengumpulan
Maklumat
Ujian Saringan
Sudah Menguasai 3M Belum menguasai
Kemahiran 3M
Ujian Diagnostik Dan
Ujian Pengamatan
Analisa Ujian DiagnostikDan
Ujian Pengamatan
Penyediaan Rancangan Pengajaran
Sudah Menguasai
Kemahiran 3M
Latihan 2
14
Belum menguasaiKemahiran 3M.MeneruskanPengajaranPemulihan
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Rajah 1 di atas menunjukkan carta alir proses penempatan murid bermasalah pembelajaran ke dalam kelas pemulihan. Huraikan secara terperinci carta alir tersebut.
Prosedur penempatan murid dalam kelas pemulihan seperti dalam rajah 1,
memperlihatkan kemahiran tinggi yang sangat diperlukan untuk membuat penilaian
secara global, tepat dan praktikal ke atas seseorang kanak-kanak. Perkembangan
kemahiran tersebut memerlukan pengetahuan yang tinggi terhadap komponen-
komponen berikut;
Pengumpulan : Proses pengenalpastian dan pengumpulan maklumat
daripada pelbagai sumber mengenai latar belakang kanak-kanak seperti
rekod kemajuan sekolah, pemerhatian, maklumat ibu bapa dan laporan
guru.
Analisis : Pemprosesan dan pemahaman ke atas corak pendidikan, sosial,
perkembangan, persekitaran, perubatan dan sejarah emosi kanak-kanak.
Penilaian : Penilaian akademik, intelektual, psikologi, emosi, persepsi,
bahasa, kognitif dan perkembangan perubatan kanak-kanak bagi
menentukan kekuatan dan kelemahannya.
Penentuan : Penentuan ke atas kemungkinan ketidakupayaan
berdasarkan pengetahuan terhadap kriteria yang mewakili kategori-
kategori.
Cadangan : Cadangan khususnya kepada penempatan dan program
pendidikan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa, guru dan pihak sekolah.
Latihan 3
15
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Seorang murid bermasalah pembelajaran baru ditempatkan di sekolah anda. Apakah yang anda harus lakukan ke atas murid tersebut bagi mengenal pasti status keupayaannya dalam pengamatan. Bina item ujian yang berkaitan dengan pengamatan murid tersebut.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan
Pelaksanaan pendidikan pemulihan telah dijalankan secara intensif sejak
tahun 80’an tetapi pelaksanaan program masih lagi tidak dapat dijalankan dengan
berkesan kerana pelbagai masalah yang akan dibincangkan kemudian. Mulai tahun
2007, Kementerian Pelajaran mula memberi perhatian serius bagi menjayakan
program pemulihan melalui arahan-arahan dan surat-surat pekeliling berikut ;
i. Arahan pelaksanaan program pendidikan pemulihan.
Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5):
’Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu’.
ii. Surat-surat pekeliling berkaitan pelaksanaan program pendidikan
pemulihan
Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985.
“Guru Khas Pendidikan Pemulihan”.
16
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986.
“Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986”.
Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989.
“Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di
Sekolah-Sekolah Rendah”.
1.8 KEGUNAAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
Pentaksiran merupakan satu istilah yang kini berleluasa digunakan dalam sistem
pendidikan masa kini. Umumnya pentaksiran melibatkan membuat keputusan
berdasarkan kepada sesuatu peraturan dan piawaian. Pentaksiran merupakan
sebahagian daripada proses pembelajaran. Mengintegrasi strategi pentaksiran yang
baru (seperti pentaksiran bestari) ke dalam kurikulum dan proses pembelajaran
merupakan satu lompatan konsep yang begitu praktikal yang sedang berlaku.
Sehubungan itu, pentaksiran dan penilaian merupakan satu proses berterusan yang
digabungkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada asasnya, pentaksiran berperanan dalam :
1.8.1 Kebertanggungjawapan
Penaksiran dapat menyokong perjalanan sistem pendidikan dan
berkomunikasi dengan orang ramai tentang harapan mereka terhadap intitusi
pendidikan yang diwujudkan. Orang ramai perlukan satu kriteria
kebertanggungjawapan yang boleh diukur dan sekolah dikehendaki dapat
menepati piawaian yang ditetapkan itu.
17
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
1.8.2 Pensijilan
Pelajar menunjukkan kecekapan mereka dalam sesuatu bidang pembelajaran
dan guru menentukan tahap pencapaian pelajar berbanding dengan kriterian
yang telah ditetapkan itu. Pelajar kemudiannya dinilai dan keputusan
diperoleh tentang sama ada pelajar berkenaan boleh diberikan sijil, dinaikkan
ke kelas selanjutnya atau dimasukkan ke kelas pemulihan.
1.8.3 Pemulihan
Pentaksiran juga boleh digunakan untuk mencari punca kelemahan dan
membantu pelajar berkenaan meningkatkan prestasi atau memperbaiki lagi
kaedah pengajaran yang dibuat.
1.8.4 Memotivasikan Pelajar
Penaksiran juga dapat memotivasikan pelajar untuk belajar. Mereka akan
terus menghabiskan tugasan yang diberikan kerana terdapat ganjaran untuk
tugasan berkenaan. Bila pelajar dapat melaksanakan tugasan dengan
cemerlang, mereka diberikan pengiktirafan di atas pencapaian mereka.
Tujuan umum pentaksiran dalam bilik darjah ialah untuk mengintegrasikan
pengukuran dan penilaian dengan pengajaran sehingga membantu meningkatkan
mutu pembelajaran dan pengajaran. Tujuan ini adalah berbeza daripada tujuan
amalan pengukuran dan penilaian tradisional, di mana tujuan ujian dan peperiksaan
adalah untuk mengetahui ‘apa’ yang berjaya dicapai oleh pelajar dan menetapkan
gred pencapaian. Oleh itu, ujian dan peperiksaan hanya penting diadakan pada
akhir sesuatu unit pelajaran atau pada penghujung semester. Namun, penaksiran
dalam kelas, adalah untuk mendapatkan maklumat bagi mengukuhkan
pembelajaran dan pengajaran.
Selain itu pentaksiran dalam pendidikan pemulihan sebagai kaedah untuk
pembelajaran. Tujuannya adalah untuk membolehkan pendidik dan guru
mendapatkan informasi bagi tujuan mengubahsuai dan mempelbagaikan aktiviti
18
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran jenis ini memaklumkan cara dan kaedah
kebiasaan (idiosinkratik) pembelajaran pelajar dan cara mengenal pasti corak dan
kaedah serta jalan yang diambil oleh pelajar. Oleh itu, pentaksiran ini juga
memerlukan reka bentuk yang teliti daripada pendidik atau guru agar informasi
hasilan keputusan dapat menentukan bukan sahaja sesuatu yang diketahui oleh
pelajar tetapi turut mendapat pandangan mendalam tentang bagaimana, bila dan
sama ada pelajar boleh mengaplikasikan apa yang mereka tahu atau pelajari.
Dengan itu, para guru dapat menggunakan informasi dan maklumat ini bagi
menyalurkan dan menyasarkan arahan dan sember maklum balas kepada pelajar
bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran mereka.
Peranan selanjutnya adalah pentaksiran sebagai proses untuk pembelajaran.
Pentaksiran ini memberi fokus atau tumpuan terhadap peranan pelajar sebagai
penghubung yang kritikal antara pentaksiran dengan pembelajaran. Apabila pelajar
bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran dan berupaya menjadi pentaksir yang
kritikal, biasanya mereka memahami dan berupaya mengesan informasi dan
maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklmuat kepada pengetahuan
berkaitan dan menggunakannya untuk tujuan pembelajaran. Proses ini memerlukan
pendidikan dan guru membantu dan membimbing pelajar membina, mempraktikkan
atau mengamalkan dan berpuas hati dengan hasilan refleksi serta analisis kritikal
yang dijalankan oleh pelajar.
Peranan berikutnya adalah pentaksiran kepada pembelajaran. Pentaksiran ini
berbentuk sumatif secara semula jadi dan digunakan untuk memastikan apa yang
diketahui dan apa yang boleh pelajar lakukan, mendemonstrasikan sama ada
mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta
kebiasaannya menunjukkan bagai mana mereka ditempatkan atau diletakkan dan
dihubungkaitkan dengan yang lain.
Selain itu, pentaksiran dalam bilik darjah adalah proses mengumpulkan
maklumat tentang pembelajaran dan pengajaran secara berterusan. Proses ini
melibatkan dua aktiviti yang dikenali pengukuran dan penilaian. Pengukuran
membolehkan guru membandingkan pencapaian antara pelajar. Penilaian pula,
merupakan aktiviti menetapkan nilai terhadap perkara yang diukur. Aktiviti ini
19
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
melibatkan tindakan membuat pertimbangan tentang kualiti iaitu sifat-sifat yang
diingini dan sebaliknya pada sesuatu aspek pencapaian tertentu.
Pentaksiran bertujuan untuk mengumpul bukti pembelajaran. Setiap individu
yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza terhadap maklumat yang
diperoleh mengenai pembelajaran. Sehubungan itu, tujuan pentaksiran boleh
dikategori berdasarkan keperluan individu seperti berikut;
i. Murid – memerlukan maklum balas mengenai pencapaian mereka.
Oleh itu, murid mengetahui di mana tahap pencapaian terbaik yang
telah dilakukannya dan dimana tahap usaha yang perlu
ditingkatkannya.
ii. Guru – memerlukan maklumat mengenai kefahaman murid bagi
membolehkannya untuk membuat keputusan yang bijak terhadap apa
dan bagaimana pengajaran yang perlu ditambahkan.
iii. Ibu bapa – memerlukan maklumat mengenai kemajuan belajar anak.
Dengan itu, ibu bapa dapat mengetahui bidang mana yang anak
mereka memerlukan sokongan tambahan dalam pembelajaran.
iv. Pentadbir sekolah – memerlukan maklumat mengenai pembelajaran
murid bagi membolehkan mereka memberi sokongan tambahan
kepada guru dan murid jika diperlukan.
v. Pembuat dasar – perlu mengetahui pencapaian murid sebagai
pendekatan menguji status pentaksiran dalam pendidikan peringkat
negeri/ negara. Maklumat yang diperoleh membolehkan mereka
mengetahui tahap peruntukan/program tambahan untuk tujuan
penambahbaikan.
Justeru itu, pentaksiran adalah bersepadu dan berkaitan dengan kurikulum
dan pengajaran seperti dalam rajah 2 berikut;
20Pentaksiran
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Rajah 2
Kesimpulan : Guru yang berkualiti menggunakan bukti dalam pembelajaran
(pentaksiran) untuk memberitahu apa yang telah mereka ajarkan (kurikulum) dan
bagaimana mereka mengajara (pengajaran).
Dalam pendidikan pemulihan, terdapat banyak keputusan yang perlu di buat
oleh guru dan ahli profesional lain yang terlibat dalam perkhidmatan kepada murid
terbabit. Keputusan perlu dibuat dengan teliti supaya pengajaran dan perkhidmatan
yang disediakan adalah wajar dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh
mereka. Antara keputusan yang perlu dibuat termasuk ;
Siapakah antara murid di sekolah yang mungkin menghadapi masalah dan
perlu disediakan dengan pendidikan pemulihan?
Apakah jenis masalah yang dihadapi oleh seseorang murid? Apakah
kelemahan-kelemahan dan kekuatan-kekuatan murid tersebut? Prestasi
dalam bidang apakah yang dijejaskan oleh masalah-masalah yang
dihadapinya?
Apakah jenis penempatan pendidikan yang sesuai disediakan? Apakah
kemahiran yang perlu diajar kepada kepada murid? Apakah perkhidmatan-
perkhidmatan khusus yang sesuai disediakan untuk membantunya mencapai
kemahiran-kemahiran pada tahap yang optimum?
Adakah nampak keberkesanannya selepas pengajaran dan perkhidmatan
disediakan?
21
Kurikulum Pengajaran
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Adakah program pengajaran yang telah disediakan perlu diteruskan atau
digantikan dengan sesuatu program yang baru?
Berehatlah sambil minum-minum, sebelum anda memulakan kuliah seterusnya.
1.9 PELBAGAI CARA MENGUMPUL MAKLUMAT
Pentaksiran dalam bilik darjah mengandungi pelbagai maklum balas dan kaedah
perbincangan yang mengukur dan menilai kualiti proses pembelajaran. Pentaskiran
bilik darjah merangkumi pelbagai opsyen yang luas daripada rekod pengucapan dan
pemerhatian (anecdotal notes) murid sehinggalah ke peringkat pentadbiran ujian
piawai. Apa-apa pun bentuk kaedah yang dijalankan, pentaksiran bilik darjah yang
efektif menyediakan maklum balas dan motivasi yang diperlukan murid untuk
berjaya dalam pembelajaran. Aspek utama yang perlu diberi perhatian dalam aktiviti
penilaian ialah ;
i. Objektif ujian
ii. Jadual Penentuan Ujian
iii. Penilaian item
iv. Penapisan dan penyuntingan/ edit item
v. Bentuk soalan – bertulis, lisan dlln
vi. Pentadbiran ujian
vii. Pemeriksaan keputusan/ laporan
viii. Rekod prestasi
Bagi menterjermahkan tujuan tersebut secara konkrit dalam amalan bilik
darjah, proses pentaksiran perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilaikan dengan
teliti. Semasa merancangkannya, guru perlu memberi pertimbangan sama ada
22
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
usaha itu dapat menghasilkan jawapan yang positif kepada soalan-soalan seperti
berikut ;
1. Adakah proses pentaksiran yang dirancangkan bertujuan untuk
memperbaiki prestasi pelajar dan tidak sekadar untuk mengaudit
tingkat pencapaian ?
2. Adakah proses pentaksiran itu berpotensi mengukur dan menilai
sesuatu prestasi secara meluas dan mendalam ?
3. Adakah proses pentaksiran itu mampu mengesan perubahan dan
kemajuan pencapaian ?
4. Adakah maklumat yang dikumpulkan dapat digunakan untuk mengenal
pasti kelemahan-kelemahan pembelajaran dan pengajaran secara
konkrit?
5. Adakah maklumat yang dikumpulkan berpotensi membantu guru
daripada aspek membuat keputusan-keputusan tentang strategi
pengajaran ?
6. Adakah keputusan-keputusan yang berdasarkan maklumat daripada
proses penaksiran itu dapat mengatasi kelemahan pembelajaran dan
pengajaran ?
7. Adakah proses penaksiran itu dapat memaklumkan pelajar tentang
‘apa’ yang penting dan diharapkan daripada mereka ?
8. Adakah proses penaksiran itu berupaya merangsang dan
memotivasikan pelajar untuk berusaha menguasai pengetahuan dan
kemahiran yang diajarkan ?
9. Adakah maklumat daripada penaksiran itu dapat menggambarkan
prestasi pelajar dalam keadaan suasana hidup yang realistik iaitu
prestasi sebenar di luar konteks bilik darjah ?
Teknik pentaskiran dalam bilik darjah atau Classroom Assesment
Techniques (CATs) juga dikenali dengan nama penyelidikan bilik darjah atau
penyelidikan tindakan, merupakan siri peralatan dan amalan yang direka bagi
membantu guru memberi maklumat yang tepat berkaitan dengan kualiti
pembelajaran murid. Maklumat yang dikumpulkan bukanlah untuk tujuan
pemarkahan atau penggredan atau penilaian guru. Sebaliknya maklumat ini
23
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
digunakan untuk memudahkan dialog antara murid dengan guru terhadap proses
pembelajaran dan bagaimana untuk memperbaiki atau meningkatkan pembelajaran.
CATs menyediakan murid dan guru dengan maklumat proses dalaman tentang
bagaimana dan sejauh manakah murid mempelajari apa-apa juga yang kurikulum
inginkan. Tiga persoalan utama yang dipersoalkan melalui CATs iaitu ;
1. Apakah keperluan pengetahuan dan kemahiran yang sedang anda
cuba sampaikan ?
2. Bagaimanakah anda tahu yang murid sedang mempelajari
daripadanya ?
3. Bagaimanakah anda boleh membantu murid belajar dengan baik ?
Proses pentaksiran bilik darjah memberi anggapan bahawa murid
memberikan maklum balas yang awal dan ingin selalu dimaklumkan. Mereka juga
memerlukan penilaian terhadap kualiti pembelajaran dan mereka sedia membantu
guru untuk mempertingkatkan kekuatan pengajaran. Langkah asas proses
pentaksiran ini ialah ;
1. Pilih satu matlamat pembelajaran untuk ditafsir.
2. Pilih satu teknik pentaksiran yang akan digunakan.
3. Jalankan teknik yang dipilih.
4. Analisis data dan kongsi hasilan dengan murid.
5. Beri maklum balas terhadap data yang diperoleh.
Pentaksiran (CATs) ini membekalkan murid dengan ‘menu’ atau peralatan
penilaian iaitu ;
1. Menyemak latar belakang murid.
2. Mengenal pasti kekeliruan murid.
3. Membolehkan murid untuk menilai tahap pembelajaran sendiri.
4. Menentukan gaya pembelajaran murid.
5. Membina dan menyasarkan kemahiran tertentu.
24
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Oleh itu, aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian hendaklah dirancang,
diselenggarakan, dianalisis, ditafsirkan dan dimaklumkan kepada pihak-pihak yang
berkepentingan khasnya pelajar dengan menggunakan prosedur yang sah dan
boleh dipercayai.
Sebagai guru pemulihan, anda harus memahami segala aspek yang
mendalam berkaitan dengan murid. Oleh yang demikian, pentaksiran dan penilaian
yang selalu dijalankan oleh guru di sekolah bertujuan untuk mendapatkan maklumat
berkaitan:
Kemahiran kognitif ;
o Kecerdasan
o Memori
Kemahiran motor ;
o Motor kasar
o Motor halus
Kemahiran persepsi ;
o Persepsi visual
o Persepsi auditori
Kemahiran akademik ;
o Bacan
o Tulisan
o Matematik
Kemahiran bahasa ;
o Bahasa eskpresif
o Bahasa reseptif
Tingkah laku
Keadaan sosio-emosi
25
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Maklumat yang dikumpul berdasarkan kepada aspek–aspek di atas, akan
memberi satu gambaran yang komprehensif berkaitan murid, dan menunjuk arah
tentang jenis bantuan dan pengajaran yang perlu disediakan. Dengan demikian,
guru boleh merancang satu program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan
individu setiap orang murid. Seseorang guru yang berkesan akan selalu
berpandukan kepada maklumat pentaksiran untuk mengendali murid di sekolah.
Guru- guru pendidikan pemulihan perlu membiasakan diri dengan pelbagai
cara mengumpul maklumat untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan proses
pengajaran-pembelajaran dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid
berkeperluan khas. Maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan-keputusan
dalam pelaksanaan pendidikan khas atau pemulihan boleh didapati daripada
pelbagai sumber seperti :
Rekod dan laporan berkaitan ;
o Latar belakang keluarga
o Kesihatan murid
o Prestasi akademik dahulu
o Minat murid
Sampel kerja ;
o Analisis ralat
o Kualiti kerja
Pengujian ;
o Ujian rujukan norma
o Ujian rujukan kriteria
o Inventori tidak formal
o Kuiz
o Probe
26
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
o Analisis tugaan
Pentaksiran portfolio
Pemerhatian
Senarai semak
Skala pengkadaran
Temubual
1.10 SUMBER-SUMBER MAKLUMAT
Terdapat pelbagai sumber yang digunakan bagi mendapat maklumat untuk guru
sebelum melaksanakan pentaksiran.
1.10.1 Rekod dan laporan
Seseorang murid bermasalah pembelajaran sudah pasti telah menjalani pelbagai
jenis pentaksiran sebelum dia masuk ke sekolah. Laporan-laporan yang dibuat oleh
para profesional akan memberi banyak maklumat berkaitan murid yang boleh
digunakan oleh guru pendidikan khas. Guru pendidikan khas perlu merujuk kepada
laporan-laporan tersebut untuk mendapat satu gambaran yang lebih menyeluruh
berkaitan murid.
1.10.2 Rekod Lama
Merujuk kepada sesuatu peristiwa yang signifikan. Ini termasuklah tingkah laku yang
diperhatikan, latar di mana tingkah laku berlaku dan intrepretasi tentang peristiwa.
Rekod akan lebih bermakna apabila ;
i. Ia menumpukan kepada peristiwa/ perkara yang bermakna.
ii. Ia direkodkan sebaik sahaja insiden selesai.
iii. Ia mengandungi maklumat yang mencukupi untuk mudah difahami
kemudian.
iv. Perlakuan yang diperhatikan dan intrepetasinya diasingkan
1.10.3 Sampel kerja
27
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampel-sampel
kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di sekolah.
Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru pendidikan khas perlu membuat
analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam
mata pelajaran yang dipelajari. Selain itu, memerlukan pelajar melakukan tugasan
sebenar yang mewakili keseluruhan tugasan yang diukur. Sampelan tugasan
biasanya termasuk elemen yang paling penting dalam keseluruhan tugasan dan
dilakukan dalam keadaan yang terkawal.
Contoh ;
- Menaip surat
- Menggunakan computer dalam menganalisis masalah
- Membaiki alat
1.10.4 Pengujian
Mengikut R.M. Gagne dalam bukunya The Conditions of Learning, pengujian ialah
suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang
individu. Dalam sesebuah kelas, pengujian ini digunakan untuk mengukur
perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pelajar-pelajar.
Ia merupakan suatu alat pengukuran dengan tujuan mendapat maklumat tentang
pencapaian pelajar-pelajar dalam aspek kognitif, psikomotor ataupun efektif.
Pengujian ini memerlukan pelajar menunjukkan secara eksplisit seperti
menjawab soalan secara lisan atau bertulis atau mendemostrasikan, perubahan
tingkah laku berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dipelajarinya.
Ujian pencapaian adalah mekanisme yang digunakan untuk mengukur dan
menilai pencapaian pelajar. Ujian pencapaian adalah berkaitan dengan objektifan
pengajaran, iaitu ‘apa’ yang telah diajarkan dalam subjek, kursus atau kurikulum
tertentu. Ujian ini bertujuan untuk mentaksirkan (1) sejauh mana pelajar menguasai
isi pelajaran yang telah diajarkan, (2) kualiti atau gred yang dicapai, (3) perubahan
28
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
dan kemajuan pembelajaran, (4) keberkesanan strategi pengajaran dan (5) sama
ada pelajar telah bersedia untuk mengikuti konsep-konsep dan kemahiran-
kemahiran yang lebih luas dan mendalam. Dua bentuk ujian yang digunakan iaitu
ujian bertulis dan ujian prestasi.
Ujian-ujian yang sering digunakan bagi murid-murid kelas pemulihan atau
khas ialah ;
1. Ujian saringan
2. Ujian diagnostik
Ujian saringan merupakan satu instrument pengukuran disediakan secara
menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-
kemahiran asas murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti murid-murid
program kelas pemulihan khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah
dan memerlukan bantuan pemulihan khas.
Ujian diagnostik dianggap penting dalam kelas khas bagi membantu guru
mengesan aspek kelemahan dan kelebihan yang dimiliki oleh murid. Ujian ini
mengesan masalah-masalah yang dialami oleh murid-murid ketika belajar dan
mengenal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai kemahiran tertentu.
Guru pemulihan boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan
mentadbirkan ujian-ujian kepada murid. Pengujian boleh ditadbirkan dengan
pelbagai cara mengikut apakah tujuan sebenarnya guru. Nama yang diberikan
kepada sesuatu ujian biasanya menunjukkan tujuannya.
Ujian rujukan kriteria : Ujian untuk mengukur sama ada kemahiran yang telah
diajar
boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid.
Ujian rujukan norma : Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu
ujian dengan pencapaian orang yang telah mengambil
ujian yang sama.
Kuiz : Ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu pelajaran
telah
29
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
disampaikan untuk menguji sama ada murid telah
memahami apa yang telah diajar.
Probe : Jika seorang guru ingin tahu sama ada murid boleh
menjalankan sesuatau tugasan atau ujian dalam keadaan
yang lain, dia boleh memberi tugasan atau ujian yang
sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti
memberi penyampaian yang berlainan. Guru telah
sebenarnya menjalankan “ probe”.
1.10.5 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para profesional
atau guru untuk mengumpul maklumat, khususnya berkaitan tingkah laku seseorang
murid. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk
merekodkan hasil pemerhatian. Kaedah yang popular dalam membuat pemerhatian
ialah dengan menggunakan berbagai-bagai cara catatan bergantung kepada
objektif. Seseorang guru boleh membuat pemerhatian dari jauh atau berada
bersama di dalam kumpulan respondennya.
Teknik pemerhatian boleh digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri
perkembangan murid daripada aspek afektif dan psikomotor khasnya bagi mata
pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Muzik dan Pendidikan Jasmani. Aktiviti
pemerhatian tingkah laku murid harus dibuat ke atas perlakuan mereka semasa di
dalam dan di luar bilik darjah. Jenis alat pemerhatian yang sering digunakan untuk
merekod prestasi murid melalui aktiviti pemerhatian ialah ;
i. Senarai semak
ii. Skala kadar
Senarai semak digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri tingkah laku murid
yang ada tidak ada. Di dalam senarai semak, ciri-ciri tingkah laku murid hendaklah
dinyatakan dengan mudah dan jelas serta mengikut tertib.
Skala kadar merujuk kepada selain daripada merekodkan tingkah laku murid
yang telah diperhatikan pula, menunjukkan darjah pencapaian tingkah laku yang
30
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
ditunjukkan oleh murid berkenaan. Darjah pencapaian ini lazimnya dinyatakan
dengan 5-mata iaitu (1) sangat buruk (2) buruk (3) sederhana (4) baik dan (5) sangat
baik. Di samping darjah pencapaian 5-mata tersebut, alat skala tersebut hendaklah
mengandungi ciri-ciri tingkah laku yang utama serta disusun mengikut terttib.
Bagi tugasan yang kecil/ mudah, pemerhatian secara informal mungkin boleh
dijalankan. Bagi tugasan yang lebih komprehensif, pemerhatian perlu lebih
sistematik bagi meningkatkan keobjektifan dan kegunaannya kemudian.
Pemerhatian biasanya dibantu oleh senarai semak atau skala kadar.
1.10.6 Temubual
Guru pendidikan khas boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan
menemubual ibu bapa, penjaga, guru-guru yang lain atau rakan sebaya murid.
Kaedah temubual sesuai digunakan untuk tujuan ini.
1.10.7 Soal Selidik
Borang soal selidik merupakan satu alat penyelidikan yang kerap digunakan dalam
kajian tinjauan. Soal selidik selalu digunakan untuk mengetahui sikap seseorang
dengan menggunakan soalan-soalan bebas-jawab (terbuka), senarai semak atau
skala kadar. Soalan bebas-jawab ialah soalan isikan tempat kosong; soalan senarai
semak ialah soalan jenis Thurston di mana subjek hanya memberi jawapan dengan
menanda salah satu pilihan jawapan; dan soalan skala kadar menggunakan kaedah
Lokert di mana responden memilih jawapan daripada satu kontinuun (esktrem ke
ekstrem).
Tujuan borang ini untuk mendapat maklumat tentang latar belakang
responden. Sekiranya borang soal selidik diedarkan secara sendiri oleh pengkaji
kepada kumpulan sasaran, maka pengkaji dapat menjelaskan tujuan kajian dan
menerangkan sebarang kekeliruan dalam soal selidik yang ditimbulkan oleh pihak
responden. Soalan-soalan yang ditulis mestilah memberi makna yang sama kepada
responden.
31
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
1.11 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, proses pentaksiran dapat menghasilkan maklumat-
maklumat yang berguna untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran
sekiranya aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian dilakukan secara tepat dan
sistematis. Pentaksiran sangat penting kepada guru dalam bilik darjah bagi
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran khasnya kepada murid-murid
pemulihan. Sehubungan itu, guru perlu memilih kaedah dan prosedur yang sesuai
bagi membantu melaksanakan penaksiran dengan berkesan dan mencapai
matlamat ditetapkan.
Latihan 2
TOPIK 2 MENTAKSIR KEBOLEHAN PEMBELAJARAN ASAS
32
Rujukan pada satu fail individu murid. Di bahagian depan fail biasanya terdapat borang yang merekodkan butir-butir peribadi dan latar belakang murid. Kaji format borang itu dan bandingkan dengan suatu borang lain yang disediakan dalam buku pentaksiran. Buat penambahbaikan borang yang digunakan di sekolah dan jelaskan apa yang telah anda lakukan dan kenapa anda lakukan.
Rujuk juga kepada beberapa laporan kesihatan/ perubatan murid. Adakah laporan yang diberikan dapat membantu anda dalam perancangan pengajaran anda? Beri komen atau cadangan yang bermanfaat berkaitan bagaimana laporan kesihatan/ perubatan murid boleh dibuat supaya ia akan menjadi lebih berguna kepada guru.
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
2.0 SINOPSIS
Dalam bab terdahulu, anda telah didedahan dengan konsep, definisi, kepentingan
pentaksiran dan kepelbagaian cara untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat.
Topik ini pula, akan memberi pengetahuan kepada anda mengenai proses
pentaksiran melibatkan pentaksiran pengamatan daripada aspek penglihatan,
pendengaran, kinestetik, taktil dan haptic. Maklumat mengenai pentaksiran ini
diperoleh melalui pemerhatian, tembu bual/ selidik, sampel kerja dan pengujian.
2.1 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini anda dapat ;
4. Mengetahui masalah-masalah murid dalam pembelajaran peringkat asas.
5. Mentaksir kebolehan pembelajaran asas murid-murid melalui proses
pengamatan, konsepsualisasi dan orgasnisasi dan pemprosesan maklumat.
6. Merancang pengajaran dan pembelajaran melalui pentaksiran dan intervensi
melalui pentaksiran yang dijalankan.
2.2 KERANGKA TAJUK
33
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
2.3 PENGENALAN
Proses pembelajaran akan berlaku dengan melibatkan tiga proses kognitif iaitu
proses penumpuan, pengamatan dan tanggapan. Terdapat hubungan fungsi-fungsi
organ deria dengan fungsi mental dalam proses pembelajaran. Pengalaman-
pengalaman yang diperoleh melalui deria dikenali sebagai perasaan iaitu apa yang
kita rasai. Perasaan ini dihantar kepada otak melalui system saraf supaya diproses
dan difahami. Segala fungsi mental yang terlibat dalam proses yang dialami dikenali
sebagai proses kognitif. Dalam semua mata pelajaran, pelajar sentiasa belajar
membentuk pelbagai konsep sama ada konsep konkrit ataupun konsep abstrak.
Pembentukan konsep-konsep ini berasaskan pembentukan pelbagai pengamatan.
Pengamatan hanya terbentuk apabila ada penumpuan pelajar pada perkara yang
dipelajarinya, sedangkan penumpuan hanya berlaku apabila ada kesedaran pelajar
pada rangsangan yang diterimanya. Secara mudahnya, penumpuan, pengamatan
dan tanggapan merupakan tiga proses kognitif yang saling mempengaruhi antara
satu sama lain.
2.3. MENTAKSIR KEBOLEHAN PEMBACAAN ASAS
34
MENTAKSIR KEBOLEHAN PEMBELAJARAN ASAS
MAKSUD MATLAMATCARA PENTAKSIRAN
PEMERHATIAN TEMUBUAL/ SOAL SELIDIK
PENGUJIAN SAMPEL KERJA
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Pentaskiran untuk pembelajaran oleh guru bertujuan untuk mendapatkan informasi
bagi mengubahsuai dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pentaskiran jenis ini memerlukan cara dan kaedah kebiasaan (indiosinkratik)
pembelajaran pelajar dan mengenal pasti corak dan kaedah serta jalan yang diambil
oleh pelajar. Kebolehan murid-murid menguasai pembelajaran asas dipengaruhi
oleh :
i. Pengamatan
ii. Konsepsualisasi dan Organisasi
iii. Kepantasan Pemprosesan Maklumat
2.3.1. Melalui Pengamatan
Proses pengamatan membolehkan seseorang itu memahami apa yang sedang
berlaku dalam persekitarannya. Beberapa orang yang memerhatikan perkara yang
sama mungkin memberi tafsiran berbeza mengenainya. Oleh itu, pengertian mereka
berbeza. Dengan demikian, setiap orang mempunyai perilaku yang berbeza.
Penglihatan tidak berlaku dalam mata. Mata hanya alat yang membantu proses
pengamatan. Kebanyakan orang tersalah anggap berkaitan dengan pengamatan.
Pengamatan pada mereka hanya melibatkan apa yang dapat dilihat dengan mata,
sedangkan sebenarnya pengamatan melibatkan keseluruhan pancaindera manusia.
Hilgard dan Artkinson (1975) mentakrifkan pengamatan sebagai proses yang
membawa kepada kesedaran manusia pada benda-benda ataupun objek-objek,
pada kualiti ataupun pertalian yang berlaku melalui organ-organ deria. Walaupun
sifat-sifat objek yang diamati itu dirakamkan oleh mental seperti gambaran asalnya,
pentafsiran orang yang mengamatinya dipengaruhi oleh pengalaman-pengalaman
lampaunya dan ini menyebabkan proses pengamatan itu bukanlah semata-mata
merakamnkan secara pasif apa yang sedang dialami oleh organ-organ deria itu.
Menurut Child D. dalam bukunya Psychology and the Teacher, penganalisisan
perasaan secara dalaman yang dilakukan oleh otak atau mental dipanggil
pengamatan. Bagi Malcom Hardy dan Steve Heyes (1985), maklumat yang datang
daripada organ-organ deria perlu terlebih dahulu diorganisasikan dan
diinterpretasikan sebelum dapat difahami dan proses ini dinamakan pengamatan.
35
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Tidak semua maklumat yang masuk dalam organ pancaindera pada suatu masa
dirasakan secara sedar.
Kebolehan seseorang murid dalam pembelajaran asas dipengaruhi oleh
pengamatan yang melibatkan penglihatan, pendengaran, kinestetik, taktik dan
haptic. Pengamatan penglihatan merujuk kepada kebolehan membezakan atau
mengasingkan secara visual akan persamaa dan perbezaan yang ada pada objek-
objek. Pengamatan visual ini meliobatkan deria pengliahatan iaitu mata. Mata
merupakan elemen penting dalam membuat pengamatan khususnya yang
mempunyai kaitan dengan apa yang dapat dilihat. Deria mata mampu mengesan
warna, bentuk, saiz, pola, kedudukan dan sebagainya. Banyak kajian yang
dijalankan mendapati, pengamatan visual merupakan aspek yang paling penting.
Melaluinya, suatu yang dicerap oleh sensori dapat diukur sama ada member makna
kepadanya atau tidak.
Beberapa kajian bertujuan membuktikan kewujudan ingatan ikonik dijalankan.
Kajian awal dilakukan oleh Sperling (1960), melalui eksperimen yang dikenali
sebagai Eksperimen Sperling. Melalui eksperimen ini, Sperling menunjukkan
tayangan selama kira-kira 0.05 saat iaitu beberapa set sembilan huruf seperti yang
berikut kepada subjeknya ;
R G C
L X N
S B J
Selepas itu, subjek diminta mengingat dan melaporkan sebanyak mungkin
huruf daripada setiap set. Keputusan eksperimen ini menunjukkan secara purata
subjek dapat mengingati empat ataupun lima huruf sahaja daripada setiap set.
Selain daripada huruf yang diingati dan dilaporkan itu, subjek juga menyatakan
mereka melihat huruf-huruf lain. Bagaimanapun, subjek mendapati beberapa huruf
yang pernah dilihat itu pudar dengan begitu cepat sebelum sempat ia dilaporkan.
Keputusan ini memberikan penjelasan kegagalan subjek melaporkan semula
36
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
sembilan huruf apabila mereka diminta berbuat demikian. Masa melebihi satu saat
diperlukan bagi subjek melaporkan kesemua sembilan huruf. Selepas meninjau,
mengecam dan melaporkan empat ataupun lima huruf, subjek mendapati huruf lain
yang belum dilaporkan itu pudar daripada ingatan kederiaan mereka.
Pengamatan pendengaran melibatkan deria pendengaran iaitu bunyi.
Manusia dapat membezakan pelbagai bunyi yang wujud di dunia ini. Malah dengan
maklumat-maklumat bunyi-bunyian ini, manusia dapat mencipta pelbagai variasi
bunyi yang bernada tinggi, sederhana dan rendah. Kebolehan manusia
mengekalkan maklumat dalam ingatan ekoik dikaji oleh Darwin, Turbey dan Crowder
(19772), melalui teknik laporan separa seperti yang direka bentuk oleh Sperling
melalui kajiannya berkaitan dengan ingatan Ekonik. Melalui eksperimen ini, Darwin
dan rakannya mengemukakan tiga set angka berlainan daripada tiga arah berlainan
kepada sekumpulan subjek iaitu daripada kiri, kanan dan hadapan. Selepas ketiga-
tiga set dikemukakan, mereka mengemukakan pula satu tanda saran (dalam bentuk
rangsangan penglihatan) menyatakan kedudukan set angka yang perlu diulang
sebut oleh subjek. Sekiranya tanda saran itu dikemukakan selepas sahaja angka
dibunyikan, kebanyakan subjek dapat mengulangi dengan tepat angka yang diterima
daripada arah yang diisyaratkan melalui tanda saran.
Pengamatan kinestetik melibatkan deria rasa, baud an sentuhan. Ia penting
sebagai pengimbang kepada pengamatan auditori dan visual.
2.2.2. Kepantasan Pemprosesan Maklumat
Secara umumnya, kepantasan pemprosesan maklumat dipengaruhi oleh tiga
komponen iaitu ;
i. Deria (Sensory Register)
ii. Ingatan Jangka Pendek
iii. Ingatan Jangka Panjang
i. DERIA
37
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Melibatkan keseluruhan deria – penglihatan, pendengaran, sentuhan dan
bau.
Mempengaruhi kepada pengamatan dan penanggapan.
ii. INGATAN JANGKA PENDEK
Komponen di mana maklumat terhad disimpan selama beberapa saat sahaja
7 (+/- 2) item/chunk
Apabila melebehi had – maklumat baru akan mengganti maklumat lama
(lupaan berlaku)
Dikenali sebagai ingatan aktif (working memory)
Menerima maklumat dari deria & Ingatan Jangka Panjang
iii. INGATAN JANGKA PANJANG
Penyimpanan yang kekal
Tiga bahagian ingatan jangka panjang
Ingatan Episodik – Penyimpanan imej
Ingatan Semantik - Penyimpanan fakta, konsep, prinsip, kemahiran
penyelesaian masalah, strategi pembelajaran
-Disimpan secara ‘schemata’
Ingatan Prosedural – Bagaimana membuat sesuatu
Kebolehan dan kepantasan dalam pemprosesan maklumat dapat dilihat dalam
Carta 1 di bawah.
CARTA 1
38
PKP 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kepada kepantasan
dalam pemprosesan maklumat iaitu ;
i. Pengalaman
ii. Kejelasan Tugasan
iii. Jangkaan
iv. Penumpuan
Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan dengan tajuk di atas
di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
39