PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES
DEWAN RAKYATHouse of Representatwes
PARLIMEN KELAPAN
Eighth Parliament
PENGGAL EMPATFourth Session
Jilid IV Bil. 24 Hari Selasa 12hb Julai, 1994
KANDUNGAN
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)
RANG UNDANG-UNDANG DIDAWA KE DALAM MESYUARAT (Ruangan 37)
RANG UNDANG-UNDANG:
Rang Undang-uodang Perbekalan Tarabahan (1994) 1994 (Ruangan 37)Jawatankuasa:
Jadual —
Maksud B. 7 (Ruangan 77)Maksud B. 14 (Ruangan 105)Maksud B. 17 (Ruangan 132)
USUL-USUL:
Anggaran Pembangunan (Tambahan) (Bil.2) 1994 (Ruangan 37)
Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripadaPeraturaa Mesyuarat (Ruangan 135)
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN:
Masalah Tanah Perkuburan Cina- Y.B. Tan Kok Wai (Sungai Besi) (Ruangan 135)
Permohonan Permit untuk Perayaan TokongMemerlukan Pendaftaran- Y.B. Tuan Lim Hock Seng (Bagan) (Ruangan 139)
DR.12.7.94
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
Selasa, 12hb Julai, 1994
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
D 0 A
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
PENJAJA DI WILAYAH PERSEKETUAN KUALA LUMPUR -MASALAH SAINGAN DAN MODAL
1. Tuan Mohamed Kamal bin Hussain minta Perdana Menteri menyatakanapakah rancangan tindakan DBKL bagi mengatasi sejumlah 40,000masyarakat penjaja di Wilayah Persekutuan kepada permasalahanberikut:-
(a) persaingan dari penj aj a-penj aj a as ing bukan warganegara;dan
(b) memberikan kemudahan perbankan aeperti pinjaman perniagaanyang sukar diperolehi.
Apakah tindakan-tindakan Kerajaan bagi membantu masyarakat penjajasecara keseluruhannya di negara ini memandangkan perlesenan danpenguatkuasaan terletak di bawah Majlis-majlis Tempatan, tindakanKerajaan bercadang menubuh sebuah Jabatan khusus bagi mentadbir danmembantu penjaja di negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Drs.
. Suleiman bin Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan
yang mulia ini, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekarang
terdapat lebih kurang 40,000 orang penjaja berlesen dan tidak*
berlesen termasuk penjaja asing bukan warganegara. Kehadiran
penjaja asing bukan warganegara ini telah menjadi satu persaingan
DR.12.7.94 -2-
kepada penjaja warganegara. Bagi membanteraskan persaingan dari
kehadiran penjaga bukan wargagnegara ini, Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur telah mengambil beberapa tindakan seperti berikut:
(i) mengadakan operasi penguatkuasaan sama ada
bersendirian atau bersepadu dengan lain-lain
agensi ke atas penjaja-penjaja bukan warganegara;
(ii) merampas/maenyita barang-barang dan peralatan
jualan mereka dan tindakan -mengeluarkan
notis-notis kesalahan; dan
(iii) membatalkan Permit Sementara/Lesen yang telah
dikeluarkan, mengeluarkan notis-notis kesalahan dan
merampas/menyita barang-barang jualan dan peralatan ke
atas penjaja tempatan yang didapati menyewakan atau
membenarkan gerai mereka digunakan oleh penjaja bukan
warganegara.
Untuk makluman Dewan, kemudahan pinjaman-pinjaman kewangan ada
diberikan kepada penjaja-penjaja yang berlesen oleh bank-bank swasta
yang telah dipilih melalui pihak Credit Guarantee Corporation
Malaysia Berhad (CGC).
Pihak Kerajaan juga melalui Kementerain Perumahan dan Kerajaan
Tempatan mempunyai perancangan dan peruntukan bagi membantu
masyarakat penjaja keseluruhannya melalui Pihak Berkuasa Tempatan.
Di antara program yang telah dan sedang dilaksanakan ialah:
(i) menempatkan semula penjaja-penjaja dari kawasan-kawasan
yang kurang sesuai ke satu kawasan atau korapleks penjaja
yang lebih sesuai; dan
DR.12.7.94 -3-
(ii) mengadakan peruntukan bagi menyediakan tempat-tempat
penjaja di kawasan-kawasan yang dikenal pasti mempunyai
potensi perniagaan yang baik.
Di samping itu, Pihak Berkuasa Tempatan juga mengadakan
pengawasan dan tunjuk ajar untuk memaatikan tnakanan di gerai-gerai
yang dikendalikan dengan baik untuk menjamin supaya ianya bersih dan
tidak dikotori oleh penyakit-penyakit berjangkit.
Pihak Kerajaan setakat ini, belum membuat keputusan untuk
menubuhkan sebuah Jabatan khusus bagi raentadbir dan membantu penjaja
di negara ini.
Tuan Liew Ah Kim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dari
segi penguatkuasaan, bukan sahaja tindakan kasar tetapi juga Jabatan
Penjaja merampas barang-barang yang dipunyai oleh penjaja-penjaja
yang tidak berlesen berlaku baru-baru ini seperti kejadian di
kawasan Brickfields. Mengapa perikemanusiaan tidak diberi terhadap
penjaja-penjaja yang tidak berlesen yang sebenarnya mereka menjaja
selatna 5 tahun ataupun lebih. Tetapi pihak yang berkuasa tidak
langsung memikir ataupun menimbang perraohonan mereka untuk
mendapatkan lesen untuk menjaja. Adakah pihak Kerajaan mengubah
sikap tentang penjaja-penjaja orang tempatan atau warganegara?
Itulah soalan saya.
DR.12.7.94 -4-
Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, tindakan
perlu dibuat jika terdapat kesalahan yang dilakukan oleh pihak
penjaja. Sebab kalau tidak dikawal keadaan Bandaraya Kuala Lumpur
ini akan menjadi kelam-kabut. Jadi, sama ada kasar ataupun keras
yang dibuat oleh pihak Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
tidak dapatlah kita membuat ukuran tetapi tindakan yang sewajarnya
telah pun diambil mengtkut undang-undang yang ada di Pihak Berkuasa
Tempatan.
Bagi penjaja-penjaja yang tidak diberi lesen walaupun sudah
lama menjaja, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Seputeh, lesen
penjaja ini diumpamakan seperti geran tanah. Apabila kita sudah
memberi lesen kepada penjaja amat sukar apabila kita ingin menarik
balik. Lesen ini diberi kepada kawasan atau tempat yang bersesuaian
yang tidak mengganggu-gugat aliran pembangunan Kuala Lumpur.
DR.12.7.94 - 5 -
PROJEK RUMAH KOS RENDAH DI KELANTAN
2. Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak minta Menteri Kewanganmenyatakan:
(a) apakah ia sedar Kerajaan Pusat tidak berlaku adil terhadapKerajaan Kelantan kerana masih belum meluluskan pinjamanRM24.3 juta untuk projek pembinaan rumah kos rendah diKelantan yang dicadangkan untuk dibina dalam RancanganMalaysia Keenam; dan
(b) ketidaktanggungjawapan Kerajaan Pusat menyebabkan KerajaanNegeri Kelantan belum dapat melaksanakan (9) sembilanprojek membabitkan 1,019 unit ruraah di seluruh negeri.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Dr. Afifudin
bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, permohonan pinjaman berjumlah
RM24.3 juta yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kota
Bharu untuk sembilan projek perumahan di Kelantan masih lagi dalam
perhatian Kerajaan Persekutuan. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat
DR.12.7.94 - 6 -
sedia maklum, pada 15hb Jun, 1994, Kerajaan Negeri Kelantan
mempunyai tunggakan pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan sebanyak
kira-kira RM457 juta. Perkara ini perlu diberi perhatian sebelum
permohonan pinjaman baru dari Kerajaan Negeri Kelantan diberi
pertimbangan.
Kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan sembilan
projek rumah kos rendah sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang
Berhormat, tidak sewajarnya dipersalahkan kepada Kerajaan
Persekutuan. Sebagai alternatif kepada pinjaman dari Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menggunakan
peruntukannya sendiri jika ia benar-benar hendak membantu rakyatnya.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kita selalu mendengar
saranan-saranan mengenai ketidaktanggungjawapan Kerajaan Persekutuan
terhadap Kerajaan Negeri Kelantan seperti apa yang disebut di dalam
soalan ini, Berdasarkan apa yang saya jawab tadi, apakah Kerajaan
Negeri Kelantan juga tidak menunjukkan sifat ketidaktanggungjawapan
terhadap Kerajaan Persekutuan? Hutang lama perlu dibayar sebelum
hutang batu dipinta. Inilah kaedah hutang piutang, Tuan Yang
di-Pertua. [Tepuk]
Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak: Tuan Yang di-Pertua,
soalan tambahan. Apakah Kerajaan Kelantan sahaja yang perlu
membayar hutang yang dibuat oleh Kerajaan BN semasa memerintah
negeri Kelantan? Bagaimana dengan Kerajaan-kerajaan lain yang masih
belum selesai pembayaran hutang kepada pihak Kerajaan Pusat?
Mengapa mereka boleh diberikan pinjaman? [Diganggu]
DR.12.7.94 - 7 -
Dan, insya Allah, bagi Kerajaan Negeri Kelantan untuk
melaksanakan 9 projek ini ada jalan-jalan lain. Kami tidak
bergantung sepenuhnya tetapi wajib bagi pihak Kerajaan Pusat di
bawah semangat Perjanjian Persekutuan yang dimeteraikan pada tahun
1948. Mungkin Yang Berhormat perlu rujuk balik ke sejarah supaya
Kerajaan Pusat haruslah memberi semangat kepada perjanjian itu.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya
sedar mengenai semangat perjanjian itu, Semangat perjanjian itu
tidak termasuk di dalam hutang kepada projek-projek ekonomi. lanya
berdasarkan kepada item-item yang disebut di dalam
Perlembagaan, [Tepuk] iaitu tax kepala, jalan Federal dan juga
pembayaran untuk pengeluaran-pengeluaran eksport. la tidak termasuk
dalam projek-projck ekonomi.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat mengenai Kerajaan-kerajaan
Negeri lain, ingin saya nyatakan di sini bahawa pada tahun sudah,
Kerajaan Negeri Kelantan membayar RMO - tidak bayar langsung! Pada
hal tahun 1992, Kerajaan-kerajaan Negeri lain membuat bayaran
scbanyak RM352.76 juta. [Tepukl Kelantan - kosong. [Ketawal Pada
tahun 1993, Kerajaan-kerajaan Negeri lain juga membayar sebanyak
RM337.70 juta. Kelantan - kosong.
Mengenai dcngan soalan apakah Kerajaan BN dahulu yang meminjam
dan tidaklah perlu dibayar balik oleh Kerajaan sekarang, itu adalah
satu hujah yang tidak patut diterima oleh akal kerana, Tuan Yang
di-Pertua, segala hutang yang diambil oleh Kerajaan Barisan Nasional
dahulu, adalah untuk digunakan ke atas pembiayaan projek-projek
DR.12.7.94 - 8 -
ekonomi yang mengeluarkan, pendapatan. Tidak ada hutang yang diberi
oleh Kerajaan Persekutuan. yang digunakan untuk projek sosial. Maka
projek-projek ekonomi ini seperti pembinaan Hotel Perdana, pembinaan
benda-benda lain yang mengeluarkan hasil perlu dikenakan pembayaran
balik.
Jadi, tidaklah kena pada tempatnya untuk Ahli Yang Berhormat
dari Kota Bharu mengatakan bahawa ini diambil oleh Kerajaan dahulu,
pada hal pada masa sekarang di dalam pemerintahan APU sekali pun,
projek-projek itu mengeluarkan wang ataupun membawa pembalikan.
kepada pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional dahulu.
Jadi, soal itu tidak timbul kerana Kerajaan Negeri Kelantan boleh
membayar butang daripada pembalikan kepada pelaburan yang dibuat
dahulu.
Tuan Haji Ibrahim bin Alit: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin
bertanya Setiausaha Parlimen, apakah mengikut Islam, seseorang yang
mengamalkan Islam, kalau dia berhutang, orang lain tidak bayar
hutang, dia tidak payah bayar hutang. ApakaH itu mengikut ajaran
Islam?
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,
sebagai seorang Islam, saya pun diajar dahulu, jikalau saya sebagai
seorang Islam berhutang daripada seorang yang lain walaupun ianya
bukan Islam, wajib saya membayar hutang itu balik. [Tepuk]
DR.12.7.94 - 9 -
RTM - PENYIARAN HARGA BARANGAN PENGGUNA
3. Tuan G. Palanivel minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri danHal Ehwal Pengguna menyatakan adakah Kementeriannya mempertimbangkanuntuk tnerabuat rundingan dengan RTM bagi menyiarkan hargabarang-barang pengguna, terutamanya keperluan harian dan bahan-bahanmakanan melalui siaran radio dan televisyen dalam semua bahasa bagimengumumkan kedudukan harga barang.
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna [Dr. Sak Cheng Lum]: Tuan Yang di-Pertua, untuk
makluman Yang Berhormat, Kementerian ini telah pun bekerjasama
dengan Kementerian Penerangan untuk menyiarkan harga barang-barang
pengguna kegunaan harian seperti ikan, sayur-sayuran, daging ayam,
telur dan sebagainya melalui radio dan televisyen. Makluman ini
disiarkan melalui RTM dan TV3 serta Radio 3 setiap hari.
Kementerian berpendapat Kementcrian. Penerangan adalah lebih sesuai
dan arif untuk menentukan tnasa dan saluran untuk menyiarkan maklumat
berkenaan.
Datuk Maidom P. Pansait Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Saya biasa mengikuti harga barang-barang pengguna yang disiarkan di
radio dan TV3 dan apa yang saya dapati ialah Sabah tidak ada di
dalam senarai itu. Jadi, di sini saya ingin tahu apakah sebabnya
maka Sabah tidak termasuk di dalam senarai barangan pengguna?
Adakah negeri itu tidak terletak di bawah bidang kuasa Kementerian
berkenaan?
DR.12.7.94 - 10 -
Dr. Sak Cheng Lum: Tuan Yang di-Pertua, buat peringkat
pertama, memang adalah benar bahawa maklumat berkenaan harga
barangan hanya dikutip daripada 5 pusat iaitu Kuala Lumpur, Kuala
Terengganu, Kuching, Johor Bahru dan Alor Setar. Ini tidak bermakna
bahawa Kementerian tidak mengambil berat tentang keperluan untuk
menyibarkan maklumat harga di Sabah. Akan tetapi di peringkat
Sabah, memang Bahagian Penguatkuasa sendiri juga ada mengutip harga
barangan tertentu dan maklumat harga barangan ini, walaupun tidak
disiarkan melalui TV dan radio pada masa sekarang, maklumat itu
boleh diperolehi oleh para pengguna di beberapa pusat di Sabah.
Tuan G. Palanivel: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya
ingin tahu daripada Kementerian tersebut, sejauh manakah pengumuman-
pengumuman. tersebut telah menjayakan hasrat untuk mengwujudkan,
dengan izin, "a price conscious consumer" ataupun sikap ambil tahu
harga di kalangan. pengguna-pengguna?
Dr. Sak Cheng Lum: Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk menyebar-
kan maklumat-maklumat barangan pengguna kegunaan harian seperti apa
yang dijalankan pada masa sekarang adalah merupakan sebagai
sebahagian dari usaha untuk meningkatkan kesedaran pihak pengguna
dan juga ianya merupakan sebahagian daripada program pendidikan
pengguna.
DR.12.7.94 - 11 -
Jadi, harga barangan atau pusat-pusat maklumat harga yang telah
ditubuhkan mecmberi panduan harga kepada mereka yang berminat.
Adalah menjadi harapan Kementerian dan Kerajaan bahawa melalui
Inilah maka dapat kita meningkatkan kesedaran antara para pengguna
bahawa mereka harus bermaklumat dan dengan maklumat yang lengkap ini
maka mereka boleh menjalankan perbandingan harga apabila mereka
membeli-belah.
Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
Tuan Sim Kwang Yang.
[Soalan No. 4 - Y.B. Tuan Sim Kwang Tang tidak hadir.]
PASUKAN KADET BOMBA PENUBUHAN DI SEKOLAH
5. Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood minta Menteri Pendidikanmenyatakan:-
(a) Kementerian mana satukah yang bertanggungjawab samaada Kementerian Pendidikan Malaysia atauKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalampenubuhan pasukan kadet bomba Malaysia disekolah-sekolah;
(b) sila jelaskan adakah satu Akta penububan atauperlindungan bertanggungjawab terhadap perjalananpasukan kadet bomba Malaysia. Jika tiada, siapakahyang bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkinanberlaku ke atas pelajar semasa menjalani latihankebombaan; dan
(c) setakat ini sebanyak manakah peruntukan kewanganuntuk membekalkan alat-alat kelengkapan sepertiuniform dan sebagainya diperuntukkan untuk pasukankadet bomba Malaysia. Jika tiada, mengapakah unitberuniform yang lain seperti kadet tentera dankadet polis mendapat peruntukan melalui Kementerianberkenaan.
DR.12.7.94 - 12 -
Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr. Fong Chan Onn]: Tuan
Yang di-Pertua,
(a) semua permohonan untuk penubuhan pasukan kadet bomba di
sekolah-sekolah adalah dibuat melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia. Permohonan ini kemudiannya akan
dipanjangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia di
bawah Kemetiterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk
mendapat sokongan dan kelulusan.
(b) Semua kegiatan ko-kurikulum sckolah termasuk kegiatan
pasukan kadet bomba adalah tertakluk kepada
peraturan-peraturan di dalam Ordinan Pendidikan 1952 di
bawah seksyen 92 iaitu mengenai penubuhan persatuan dan
kelab di sekolah. Sebagaimana juga pengurusan kegiatan
persatuan atau kelab lain, pihak sekolah bertanggungjawab
untuk menentukan setiap kegiatan yang dijalankan mestilah
menyediakan langkah-langkah keselamatan terletbih dahulu.
Pelajar-pelajar yang berminat untuk mendapatkan
perlindungan insurans boleh memperolehinya melalui
sekolah. Seorang guru dilantik untuk mengawal perjalanan
kegiatan dan menentukan pelajar-pelajar yang terlibat
menepati kehendak langkah-langkah yang dibentuk.
(c) Kementerian Pendidikan tidak menyediakan peruntukan
kewangan untuk membekalkan peralatan serta kelengkapan
kepada mana-mana pasukan kadet yang ditubuhkan di
sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun, Jabatan Bomba
DR.12.7.94 - 13 -
membekalkan peralatan dan kelengkapannya bagi tujuan
latihan kepada pasukan kadet bomba sekolah.
Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kadet
bomba ini boleh digunakan oleh pihak awam sekiranya berlaku
kebakaran? Apakah tugas-tugas yang mereka boleh mainkan untuk
memadamkan kebakaran?
Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, memang apabila
terjadi kemalangan khususnya kebakaran dan sebagainya dan kalau
pasukan bomba di sekolah itu bersedia, memang pasukan tersebut akan
memberi pertolongan, bantuan dan sebagainya. Tetapi sebagai pasukan
untuk memberi latihan juga, kita perlukan mereka dari segi bantuan
sahaja. Memang untuk menjaga kejadian tragedi seperti kebakaran dan
sebagainya, kita haruslah berserah nasib kepada bomba-bomba yang ada
tenaga prohfesional.
MINYAK KELAPA SAWIT - HASIL KAJIAN SAINTIFIK
6. Dr. Nawawi bin Mat Awin minta Menteri Perusahaan Utamamenyatakan:-
(a) sama ada beliau sedar bahawa dalam media tertentudi Australia yang popular, terdapat nasihat kepadapengguna supaya menggunakan minyak makan yang baikuntuk jantung laitu "mono-unsaturated" (seperti."sunflower") dati "polyunsaturatcd" (seperti"soyabean") dan mengelakkan "saturated" iaituminyak kelapa dan minyak kelapa sawit dan menberiamaran bahawa minyak kelapa sawit disenaraikan se-bagai "vegetablc oil" dalam label barang-barangmakanan;
(b) sama ada benar dakwaan yang dibuat mengenai bahayaminyak kelapa sawit kepada kesihatan; dan
(c) jika tidak benar, apakah tindakan yang telah atauakan diambil untuk memperbetulkan kenyataan-kenya-taan seperti itu, berasaskan kaji-selidiksaintifik.
DR.12.7.94 - 14 -
Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Dato' Haji Tengku Mahmud
bin Tengku Mansor]: Tuan Yang di-Pertua,
(a) saya sedar bahawa media popular Australia ada menasihatkan
para pengguna negara berkenaan tentang pemakanan dan
hubungan dengan risiko penyakit jantung. Nasihat-nasihat
ini adalah berpandu kepada nasihat dari Australia Heart
Association dan American Heart Association yang mana telah
mencadangkan untuk meningkatkan lagi pengunaan minyak
sayuran yang kaya dengan asid "mono-unsaturated and
polyunsaturated". Walau bagaimanapun, nasihat ini tidak
memberi amaran secara langsung ke atas kegunaan minyak
sawit tetapi ada pihak-pihak tertentu yang cuba menyatakan
minyak sawit sebagai minyak "saturated". 01 eh itu tidak
digalakkan penggunaannya.
(b) Dakwaan bahawa minyak sawit membahayakan kesihatan adalah
tidak benar.
(c) Bagi membetulkan keadaan ini, beberapa tindakan telah
diambil antaranya PORIM dan MPOPC telah menemui Australian
National Heart Foundation (ANHF) dan National Food
Authority (NFA) serta Jabatan Perdagangan dan Hal Ehwal
Luar Australia untuk menerangkan tentang minyak sawit
dengan menunjukkan hasil-hasil kajian saintifik berhubung
dengan kebaikan minyak makan itu.
Selain dari itu, seminar-seminar pemakanan juga telah
dianjurkan untuk ahli-ahli pemakanan, pengusaha makanan
DR.12.7.94 - 15 -
dan ketua-ketua eksekutif di Australia agar mercka
memahami tentang khasiat makanan sawit.
Di samping itu, Kementerian melalui agensinya PORIM telah
menjalankan 82 kajian mengenai khasiat pemakanan minyak
sawit di dalam dan di luar negeri. Di Australia, PORIM
telah menjalankan kajian pemakanan dengan kerjasama agensi
Australia seperti Commonwealth Scientific Industrial
Research (CSIRO) atau Medical Centre, Monash University
dan University of Sdyney. Hasil dari kajian-kajian itu
menunjukkan bahawa kesan minyak sawit ke atas paras
kolestrol dan lipo protein adalah setaraf dengan minyak
zaitun dan minyak bijian rape (rape-seed oil). Semua
tnaklumat dari penyelidikan ini telah diterbitkan dalam
jurnal-jurnal saintifik antarabangsa dan telah disampaikan
kepada pihak-pihak tertentu di Australia.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Sebenarnya mereka ini membuat dakwaan begini oleh kerana
mereka yang menanam "soyabean" dan "sunflower". Jadi, adakah pihak
Kementerian mencadangkan supaya kita juga menanam "sunflower" dan
"soyabean" agar mereka mengatakan "soyabean" dan "sunflower" tidak
baik selepas kita mengeluarkan produksi yang besar. Itu soalan
pertama.
Yang kedua, adakah kita bercadang untuk membuat research
mendalam berhubung minyak yang dikeluarkan dari "sunflower" iaitu
"mono-unsaturated" dan "soyabean" iaitu "polyunsaturated" supaya
DR.12.7.94 - 16 -
kita tahu "ingredient" daripada pengeluaran itu dan membuat label
semula apabila benda-benda itu di"market" ataupun dijual di dalam
negara kita ini?
Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Hansor: Tuan Yang
di-Pertua, apa yang ditimbulkan ialah bukan soal-soal saintifik.
Ini adalah soal-soal iri hati atau soal yang berkaitan dengan
politik. Jadi, saya rasa tidak mungkin kita terpaksa menanam kacang
soya atau "sunflower" dan sebagainya. Tetapi yang pentingnya kita
terpaksa berdiri teguh atas kajian saintifik yang disokong oleh
pihak saintis-saintis bukan sahaja dari negara kita sebagaimana yang
saya terangkan tadi tetapi termasuk juga dari Amerika Syarikat
sendiri seperti mana American Heart Association dan National
Institute of Health di Amerika telah mengesyorkan pengambilan minyak
tepu, mono tak tepu dan poly tak tepu seimbang. Minyak sawit
merupakan satu-satunya minyak sayuran yang mempunyai kandungan
lemak tepu dan tak tepu yang seimbang iaitu 50% tepu dan 50% lemak
tak tepu. Cuma 39% leraak mono tak tepu dan 11% lemak poly tak
tepu.
Jadi, pendek kata dari segi saintifiknya, kita memang boleh ke
depan dengan sesiapa sahaja. Jadi, oleh sebab itu, saya rasa
kajian-kajian menunjukkan bahawa minyak sawit adalah mengatasi dari
segi mutu dan kualiti jika dibandingkan dengan minyak-minyak
sebagaimana yang ditanam di Amerika atau di Australia.
DR.12.7.94 - 17 -
Tuan Abdul Malek Munip: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan,
Saya mendengar khabar daripada teman-teman ahli saintis di Universtti
Malaya bahawa minyak kelapa sawit ini banyak mengandungi yitarain E
yang jadi perangsang paling hebat dalam bidang tertentu ia menjadi
satu unsur 'aphrodisiac'. Pernahkah ianya dieksploit oleh
pengiklan-pengiklan kita?
Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang
di-Pertua,' memang benar apa yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat
bahawa kita telah berjaya mengeluarkan vitamin E dari minyak sawit,
terutama sekali kepada mereka yang banyak menggunakan tenaga, semacam
Ahli-ahli Yang Berhormat patutlah makan vitamin E. [Ketawa] Jadi,
sehingga ini tidak ada satu-satu pihak pun yang mengeksploitasikan
penemuan ini, malah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kalau
berkehendakkan minyak ini dengan harga berpatutan, silalah dapatkan.
dari PORIM, kita sudah berjaya. Insya Allah, siapa makan, mukanya
merah dan wajahnya berseri. [Ketawa]
GENERASI MUDA - KE ARAH CARA HIDUP BERSIH DAN POSITIF
7. Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad minta Menteri Belia dan Sukanmenyatakan huraian terperinci terhadap usahanya mewujudkan cara hidupbersih dan positif di kalangan generasi muda Malaysia mutakhir.
Menteri Belia dan Sukan [Tuan Haji Abdul Ghani bin Othman]:
Tuan Yang di-Pertua, penekanan terkini oleh Kementerian Belia dan
Sukan ialah tertumpu kepada pembentukan nilai-nilai murni ke arah
DR.12.7.94 - 18 -
menjadikan generasi muda supaya lebih bersatu, mempunyai nilai moral
lagi makmur dalam meninggikan martabat bangsa, Hal ini penting kerana
generasi muda dapat dianggap sebagai khazanah negara. Matlamat
tersebut menjadi garis panduan kepada Kementerian dalam usahanya untuk
mengisi usaha-usaha pembangunan belia. Ini juga adalah selaras dengan
keperluan dan hasrat Dasar Belia Negara dan Dasar Sukan Negara.
Menyedari beberapa masalah yang dihadapi oleh generasi muda
sekarang, maka Kementerian Belia dan Sukan teiah merangka tindakan
seperti berikut:-
Program Karisma;
- Gerakan Briged Muda; dan
Program Rakan Sukan.
Karisma adalah satu program bertujuan untuk melahirkan gaya hidup
berkualiti. la raenampilkan 16 gaya hidup mengikut cita rasa generasi
muda, la diolah berlandaskan rasional untuk mencetuskan kesedaran
memikat imaginasi dan membawa penyertaan generasi muda ke arah gaya
hidup berkualiti untuk diri sendiri dan untuk masyarakat seluruhnya.
Briged Muda merupakan satu gerakan swadaya yang bertujuan untuk
mewujudkan kumpulan teras yang dapat menggerakkan arus pembangunan
belia, memeriahkan suasana masyarakat di peringkat akar umbi,
membanteras gejala sosial negatif dan mendokong nilai-nilai murni.
Briged Muda membawa tema 'Penggerak Wawasan' bermotto 'Bina Diri Bina
Negara'. Ia berteraskan nilai-nllai keimanan, keilmuan, kemahiran,
kenegaraan, kemasyarakatan dan keyakinan diri.
Ahli Briged Muda akan dilatih melalui empat komponen wajib, iaitu
bina negara, bina disiplin, bina kepimpinan dan bina nilai tambah.
DR.12.7.94 - 19 -
Mereka juga akan dilatih dengan salah satu daripada empat komponen
elektif, seperti kesenian dan kebudayaan, kemasyarakatan, sukan dan.
rekreasi dan komponen keagamaan yang merentas semua program yang
dianjurkan. Setiap Briged Muda akan mengandungi 150 ahli yang berumur
di antara 18 hingga 30 tahun dan akan meliputi daerah, bandar, kota,
kawasan perumahan, kawasah industri, ladang dan kawasan pembangunan
tanah.
Rakan Sukan merupakan program gandingan tenaga lima kumpulan
pembangunan sukan, iaitu kepimpinan Kerajaan, swadaya persatuan sukan,
pihak korporat dan atlit untuk memeriahkan sukan di peringkat akar
umbi, di peringkat negeri dati kebangsaan, Rakan Sukan membawa tema
'Kemeriahan Menuju Kecemerlangan' dan motto 'Bersama Membina'.
Sehingga kini 11 syarikat terkemuka telah bersetuju menaja 10
jenis sukan di mana perjanjian persefahaman akan dimeteraikan pada 1hb
Ogos, 1994 di mana Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri akan hadir untuk menyaksikannya.
Dr Kua Kia Soong; Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu selain
daripada sukan dan briged-briged yang digalakkan oleh Kementerian,
adakah Kementerian juga menggalakkan usaha-usaha seperti boleh memupuk
golongan pemuda yang lebih kritikal, yang lebih ada aktiviti seperti
ke arah yang boleh memupuk satu masyarakat yang lebih kritikal dan
kreatif, seperti yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri?
Yang kedua, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu kita
bagaimana nasihat-nasihat atau pendirian yang diambil oleh Kementerian
atau diwujudkan dalam Kementerian, adakah pendirian sosiologis atau
saintis-saintis sosial diambil kira oleh Kementerian dalam
aktiviti-aktiviti tersebut?
DR.12.7.94 - 20 -
Tuan Haji "Abdul Ghani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, dalam
gaya hidup, ada kepelbagaiannya. Di antara gaya hidup yang dianjurkan
oleh Kementerian Belia dan Sukan ialah kategori seperti berikut:
Gaya hidup belia berilmu, sebagai contoh. Maka di antara program
yang terkandung di dalam gaya hidup belia berilmu ialah Kementerian
Belia dan Sukan bersama-sama dengan Perpustakaan Negara menganjurkan
program ke arah membaca, sebagai contoh.
Ada satu lagi gaya hidup, iaitu gaya hidup reka cipta yang
membawa satu kerjasama (networking) di antara Kementerian Belia dan
Sukan dan persatuan seperti 'minds' dan juga dengan pihak Kementerian
Pendidikan supaya menganjurkan program-program yang berkaitan dengan
inovasi, kreativiti dan reka cipta.
Ada juga gaya hidup dalam kategori belia bermaklumat, sebagai
contoh.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, apa Yang Berhormat dari Petaling Jaya
sebutkan sebentar tadi sebenarnya adalah terangkum dalam kategori gaya
hidup yang berbagai-bagai sebegitu rupa sehinggakan mana satu gaya
hidup yang diminati kecenderungan belia yang berkenaan, maka dia akan
memilih mengikut kecenderungan masing-masing, tetapi yang kita
pastikan ialah berguna untuk diri dia dan berguna untuk masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, sama ada kami di Kementerian Belia dan Sukan
mendengar pandangan daripada sosiologis, psikologis dan sebagainya,
ingin saya maklumkan di sini bahawa dalam proses mengolah program dan
gerakan yang diketengahkan ini, yang diterima oleh pihak Kerajaan
untuk dilaksanakan, kami di Kementerian Belia dan Sukan tidak
jemu-jemu sepanjang enam bulan ini mendengar semua pihak, daripada
DR.12.7.94 - 21 -
tujuh universiti yang berkaitan dengan tajuk-tajuk seperti Belia dan
Keluarga, Belia dan Agama, Belia dan Media, Belia dan Rakan Sebaya dan
berbagai-bagai, sehinggakan sampai pada hari ini pun kita menganjurkan
penyelidikan berterusan mengenai perkara-perkara yang menentukan
sistem nilai masyarakat muda Malaysia.
Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin maklumkan di
sini bahawa selain mendengar daripada pandangan-pandangan yang
mempunyai kepakaran, karai juga mendengar pandangan-pandangan rintihan
daripada generasi muda itu sendiri tidak kira sama ada generasi muda
datang daripada sekolah, yang datang daripada kampus-kampus
universiti, daripada kumpulan pekerja-pekerja kilang, mereka yang
mewakili kawasan pembangunan tanah, daripada flat-flat - supaya kita
sebenarnya mendekati dengan sentimen, harapan dan masalah mereka.
Jadi, yang diolah ini adalah selepas mendengar pandangan-pandangan
daripada semua pihak.
Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin
bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, apabila muncul
Barisan Karisma, Briged Muda dan Rakan Sukan, di manakah relevan
ketiga-tiga perkara ini dengan Program Induk Belia Negara yang
mempunyai berbagai kategorinya, seperti belia sejagat, belia sihat dan
macam-macam lagi?
Yang keduanya, bagairaanakah Karisma, Briged Muda dan Rakan Sukan
ini kedudukannya di dalam Dasar Belia Negara dan Dasar Sukan Negara?
DR. 12.7.94 - 22 -
Yang ketiganya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu di dalam
penggubalan kumpulan-kumpulan ini, adakah Kementerian Belia dan
Sukan juga mendapat 'feedback' ataupun kajian ke kampung-kampung
tradisi dan bagaimanakah perkara ini akan dilaksanakan oleh kerana
saya tahu Kementerian Belia dan Sukan adalah satu Kementerian yang
sekarang ini masih lagi tertunggu-tunggu keputusan daripada Jabatan
Perkhidmatan Awam untuk menambahkan kakitangan? Dengan melihat
perkara-perkara yang baik ini, saya mungkin akan berasa amat kecewa
sekiranya perkara ini tidak terlaksana sebagaimana juga Program
Induk Belia Negara yang tidak terlaksana, oleh kerana kekurangan
kakitangan di peringkat akar umbi? Dan saya mendapat tahu sama ada
benar atau tidak, pihak JPA masih lagi belura meluluskan kewujudan
jawatan-jawatan tambahan yang diperlukan untuk melaksanakan seluruh
dasar-dasar untuk belia dan sukan.
Tuan Haji Abdul Ghani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua,
seperti Yang Berhormat dari Parit Sulong sedia maklum, dalam
Kerajaan adanya kesinambungan dari segi dasar dan juga adanya
penerusan dari segi program yang hendak dilaksanakan. Oleh yang
demikian, Tuan Yang di-Pertua, dari segi Dasar Belia Negara dan
Pelan Induk Belia Negara, ianya diterjemahkan dalam bentuk program,
dalam bentuk gerakan, Karisma, Briged Muda dan Rakan Sukan.
DR 12.7.94 - 23 -
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh diandaikan bahawa dasar dan
pelan sebelum daripada ini merupakan pendirian Kerajaan dan
panduan kepada Kementerian Belia dan Sukan, maka program-program
dan gerakan yang dimajukan, yang mutakhir kali ini adalah dalam
bentuk program-program di peringkat pelaksanaan sehingga ke akar
umbi.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan rasa bimbang Yang
Berhormat dari Parit Sulong.
Yang pertama, saya maklumkan bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan
Awara sudah pun menambahkan satu jumlah jawatan lebih kurang 40
jawatan baru untuk dimuatkan di Kementerian Belia dan Sukan.
Yang kedua, ingin saya maklumkan di sini, Tuan Yang di-Pertua,
bahawa daripada sumber Kerajaan, kewangan pun telah ditambah untuk
peringkat pelaksanaannya.
Yang ketiga, contoh yang terakhir gaya hidup mencintai alam, di
mana kita melancarkan gaya hidup mencintai gunung di Kuala Pilah
iaitu gunung Angsi pada hari Ahad yang lalu. lanya adalah kerjasama
di antara Jabatan Belia Daerah Kuala Pilah dengan Pejabat Daerah dan
Jabatan-jabatan Kerajaan yang ada di Kuala Pilah. Ini bermakna
bahawa Jabatan Belia di peringkat daerah bukan sahaja mendapat
sokongan daripada Jabatan-jabatan yang berkenaan, tetapi dapat juga
menggerakkan Persatuan-persatuan Belia di peringkat akar umbi.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai tenaga 'kepegawaian' dan juga
pembiayaannya, saya berpendapat jika sekiranya program ini dapat
DR. 12.7.94 - 24 -
dilaksanakan dengan jayanya, maka masalah-masalah yang berbangkit
pada masa-masa yang lalu, mengenai dua perkara tersebut, saya
percaya akan dapat diatasi dengan pertimbangan yang sewajarnya
daripada pihak Kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Oag Tee Keat]: Yang Berhormat
Dato' Haj i Mohammad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim.
Dato' Haji Mohammad Abu Bakar bin Rautiu Ibrahim: Tuan Yang
di-Pertua, sebelum saya kemukakan soalan saya, ada sedikit pindaan
kepada bahagian (b), iaitu perkataan 'Persekutuan' digantikan dengan
perkataan 'persendirian'. Jadi, yang (b) sepatutnya berbunyi:
"(b) aehingga Jun 1994 berapakan jumlah telefon awam dan
persendirian di seluruh negara....."
Tuan Yang di-pertua, soalan yang ke-8.
DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA SEHINGGA TAHUN 2000
8. Dato' Haj i Mohammad Abu Bakar bin Rautia Ibrahim mintaMenteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan:
(a) apakah dasar telekomunikasi negara sehingga tahun 2000;
(b) sehingga Jun 1994 berapakah jumlah telefon awam danpersendirian di seluruh negara dan beri pecahan mengikutnegeri-negeri; dan
(c) berapakah jumlah bakal pengguna yang belum dapatdibekalkan dengan telefon dan apakah sebab-sebabnya.
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Dato' Seri S. Samy
Vellu]: Tuan Yang di-Pertua,
DR.12.7.94 - 25 -
(a) secara ringkasnya Dasar Telekomunikasi Negara
menjelang tahun 2000 ialah menjadi penggerak
utama ke arah negara ' intelligent' dan ber-
informasi tinggi dan menyokong pencapaian
Dasar Pembangunan Negara iaitu Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional. Secara terperinci, DTN
menggariskan objektif makro dan mikro dan
strategi-strategi khusus untuk meningkat lagi
liputan, mutu dan produktiviti perkhidmatan-
perkhidmatan telekomunikasi melalui persaingan
yang efisien dan kompetitif untuk faedah
pengguna, pengusaha dan negara. Penjelasan
secara panjang lebar boleh diperolehi daripada
dokumen DTN yang telah dilancarkan oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri pada 17hb Mei,
1994 yang lalu.
(b) Sehingga bulan Mei, 1994 jumlah telefon awam
yang telah dipasang di seluruh negara ialah
sebanyak 15,558. Pecahan mengikut negeri-negeri
adalah seperti berikut:
DR 12.7.94 - 26 -
Negeri Jumlah Telefon Awam Yang Dipasan
Sabah 569
Sarawak 933
Johor 2,714
Melaka 1,015
Negeri Sembilan 1,040
Selangor 1,760
Wilayah Persekutuan 10
Kelantan 726
Pahang 977
Terengganu 685
Kedah 1,278
Perak 2,762
Perlis 466
Pulau Pinang 623
Jumlah 15,558
(c) Jumlah bakal pengguna yang belum dapat
dibekalkan bagi perkhidmatan telefon sehingga
bulan Mei 1994 ialah 133,116. Jumlah ini adalah
berkurangan jika dibanding dengan Disember 1993
iaitu 141,700.
DR 12.7.94 - 27 -
Sebab-sebab perkhidmatan tidak dapat dibekalkan adalah seperti
berikut:
(i) tiada kabel;
(ii) tiada talian ibusawat; dan
(iii) lokasi yang belum ada infrastruktur telekomunikasi.
Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, Telekom Malaysia
sedang dalam perlaksanaan untuk menambahkan talian-talian kabel dan
lain-lain usaha bagi mengatasi masalah tersebut di atas. Telekom
Malaysia telah merancang untuk melaksanakan 'service on demand',
dengan izin, (perkhidmatan diberi bila dipohon) pada masa-masa akan
datang.
Tuan Lim Kit Siang: Tuan Yang di-Pertua, apa guna Yang
Berhormat Menteri bercakap mengenai Dasar Telekomunikasi Tahun 2000,
untuk mencipta satu masyarakat 'intelligent' dan berinformasi
tinggi,apabila Kementerian Yang Berhormat tidak boleh memastikan
perkhidmatan dalam industri telekomunikasi kini ialah 'cekap dan
efisien'? Semacam sekarang CELCOM, mereka yang ada handphone
nampaknya tidak ada handphone, unintelligibl bukan intelligent
society', 'unintelligible', tidak boleh diguna oleh kerana 'jam'.
Kenapa satu Kementerian yang boleh memandang begitu jauh sehingga
tahun 2000, tetapi tidak boleh libat masalah di hadapan? Dan supaya
CELCOM yang menggunakan kod '010' sebenarnya boleh digunakan,
bolehkah masalah ini diatasi sekarang?
DR 12.7.94 - 28 -
Kedua, untuk mengadakan satu masyarakat 'intelligent' dan
berinformasi tinggi, adakah Kerajaan rela untuk membenarkan
'Satellite Antenna'? Memandangkan bahawa ada 23,000 satellite disk
di Sabah dan Sarawak, bukankah masanya sudah sampai untuk Kerajaan
mengambil suatu pendirian yang berani untuk membenarkan satellite
disk di sini? Dan kalau ini dibenarkan, bukankah ini bermakna
memaksa RTM dan TV3 akan mempertingkatkan mutu program-program
mereka dan inipun satu perkembangan yang baik ke arah satu
masyarakat yang 'intelligent1 dan berinformasi tinggi?
DR.12.7.94 - 29 -
Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman
Ketua Pembangkang saya auka menjelaskan sedikit berkenaan sejarah
telekomunikasi dalam tanah air ini. Pada masa dahulu kita mempunyai
750,000 telefon sahaja dan hari ini kita mempunyai 3 juta telefon.
Ini menunjukkan satu kemajuan yang tertinggi. Ini menunjukkan kita
mengambil kira masa depan dan nasib orang yang ada di dalam tanah
air kita.
Kedua, berkenaan dengan CELCOM. Apabila sahaja Yang Berhormat
memegang telefon daripada CELCOM, dia kata telefon itu tidak
berapa sesuai untuk digunakan oleh kerana tidak dapat dipanggil
melalui telefon itu. Suka saya menjelaskan kepada Yang Berhormat,
negara ini ialah negara yang sedang membangun dan telah mengaturkan
beberapa rancangan baru tetapi ini ada kaitan dengan dasar
telekomunikasi negara oleh kerana dasar akan memberi satu garis
panduan untuk maaa depan macam mana kita akan mengatur
telekomunikasi kita, hubungan kita bukan sahaja di dalam tanah air
kita tetapi juga dengan negara-negara yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, suka saya menjawab berkenaan dengan
masalah yang dihadapt oleh CELCOM iaitu CELCOM sedang menjalankan
perkhidmatan mereka dalam sistem Enalog, Banyak di antara
negara-negara bukan sahaja Malaysia bahkan negara-negara membangun
seperti United States, Amerika Syarikat, negara-negara European
Community yang raengandungi 17 buah negara yang bergabung untuk
mengadakan satu sistera telekomunikasi. Saya sendiri mempunyai satu
DR.12.7.94 - 30 -
telefon dan bila saya pergi ke negara France setengah jam pun saya
tidak dapat membuat panggilan. Adakah ini bererti negara itu tidak
membangun?
Tuan Yang di-Pertua, saya suka menasihatkan Ketua Pembangkang
iaitu tiap-tiap kali kita memegang telefon bukan bererti bahawa
sebelum kita panggil kita boleh dapat. Kita mesti panggil! Walau
bagaimanapun kita ada rancangan baru iaitu CELCOM sudah membelanja
lebih daripada' RM600 juta untuk menukar sistem enalog kepada digital
dan tidak lama lagi kita akan mengadakan digital syetera. Dalam
tempoh dua belas bulan digital akan digunakan di seluruh negara
tetapi dan CELCOM tiap-tiap hari menambah dan menambah dan
menambah. [Ketawa]
Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, penambahan itu bukanlah percuma,
kita kena belanja berjuta-juta ringgit. Jadi, saya mintalah supaya
bersabar sedikit. Berkenaan dengan satelit, saya tldak mahu
mengambil tindakan sekarang. Kalau saya ambil tindakan, faedah akan
sampai kepada DAP [Ketawa].
Tuan Lim Kit Siang: Lepas election?
Dato' Seri S. Samy Vellu: Ya. Lepas electionlah. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuau Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
jangan berdialog.
Dato Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, tindakan telah
diambil oleh Kementerian saya. Yang pertama, kita telah menghantar
notis kepada semua pengguna-pengguna yang sedang menggunakan satelit
itu tanpa lesen. Jadi, selepas kita dapat tahu nama, alaraat 20,000
orang dan tiap-tiap rumah kita kena tulis, kena beri notis dan baru
DR.12.7.94 - 31 -
kita mendapat jawapan. Ini akan mengambil masa yang panjang. Oleh
kerana itu bila saya dapat kumpulkan semua maklumat berkenaan dengan
pengguna-pengguna itu dan selepas itu baru kita arabil tindakan ke
atas mereka. Ini bukan 'election promise'.
Seorang Ahli: After electionl
Dato' Seri S. Samy Vellu: Tidak! Election pun kita tidak tahu
bila. [Ketawa] Barangkali Ahli Yang Berhormat tahu. Saya tidak tahu
bila election tetapi saya akan ambil tindakan. Untuk makluman Ketua
Pembangkang, Jemaah Menteri sendiri telah memutus untuk mengambil
tindakan ke atas tiap-tiap orang tetapi maklumat-maklumat yang
diterima setakat ini hanya 2,000 hingga 3,000 orang sahaja dan ada
banyak lagi yang kita belum mendapat apa-apa keterangan berkenaan
dengan mereka. Selepas ini kita mesti mengambil tindakan.
Tuan Haji Badruddin bin Amlruldin: Tuan Yang di-Pertua, soalan
pertama, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri, kenapakah
Jabatan Telekom ataupun Telekom tidak dapat mensyaratkan kadar
sewaan telefon di antara bandar dan luar bandar? Kita dapati sewaan
di luar bandar lebih mahal daripada bandar.
Keduanya, perkhidmatan (service) kepada luar bandar juga agak
lambat dan lemah. Lagi satu, bilakah pihak Telekom dapat
menyelesaikan keseluruhan masalah pembekalan telefon bagi luar
bandar dl seluruh negara, terutama sekali bagi negeri Kedah
khususnya Jerai dan Pasir Mas.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi, saya sudah hendak habis.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan.Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
dua cukuplah.
Tuan Haji Badruddin bin Amiruldins Terima kasih, saya hendak
DR.12.7.94 - 32 -
cuba. Kalau tidak boleh, tidak apalah.
Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, kadar sewa
kepada pengguna-pengguna telefon akan diselaraskan tidak lama lagi.
Mengapa penduduk-penduduk di luar bandar membayar lebih sewa
daripada penduduk-penduduk di bandar, ini adalah oleh kerana di
bandar ada beberapa banyak ibu sawat tetapi di luar bandar kita kena
tarik talian daripada ibu sawat yang jauh. Jadi, kalau rumah itu
jauh maka sewanya pun tinggi, jauh rumah sewanya tinggi. Kalau
rumah tidak jauh sewa tidak tinggi.
Yang kedua, berkenaan dengan bilakah seraua rumah-rumah di luar
bandar boleh dibekalkan dengan telefon, suka saya menjawab kepada
Ahli-ahli Yang Berhormat dari Jerai dan Pasir Mas, kedua-dua kawasan
pun kita mesti beri apabila selesai sahaja pemasangan semua
kabel-kabel di luar bandar yang berharga lebih daripada RM1.6
bilion. Selepas itu kita akan dapat sejumlah 7 juta telefon baru.
Jadi, satu rumah kita boleh beri dua atau tiga telefon pun boleh
juga. [Ketawa]
JABATAN IMIGRESEM - TINDAKAN TERHADAP ADUAN KETIDAKBERKESANAN
9. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:
(a) tindakan yang telah diambil terhadap. aduanketidakberkesanan di dalam Jabatan Imigresen bukan sahajaoleh Timbalan Perdana Menteri tetapi juga oleh orang awam;dan
(b) mengapakah selama ini tidak diambil sebarang tindakanwalaupun aduan-aduan terhadap ketidakberkesanan danketidaksopanan kakitangan Jabatan Imigresen telah wujudbertahun-tahun.
DR.12.7.94 - 33 -
Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Tuan Ong Ka
Ting]: Tuan Yang di-Pertua,
(a) Kebanyakan aduan terhadap Jabatan Imigresen Malaysia ialah
mengenai kesesakan orang ramai di kaunter-kaunter
permohonan pasport Malaysia. Orang ramai terpaksa datang
terlalu awal dan berulang kali, susah untuk orang ramai
untuk mendapat nombor giliran, orang ramai terpaksa
menunggu lama di kaunter-kaunter permohonan dan bayaran
dan Jabatan Imigresen Malaysia tidak dapat melayani setiap
pemohon yang hadir pada hari yang sama dan sebagainya.
Masalah sistem kerja, kekurangan kakitangan dan
ruang pejabat serta beban tugas yang bertambah dengan
pesat adalah di antara faktor~faktor yang dikenalpasti
menyebabkan ketidakcekapan tersebut. Walau
bagaimanapun, untuk mengatasi masalah-masalah tersebut,
Jabatan Imigresen Malaysia antara langkah terbaru telah
memperkenalkan pendekatan baru sistem kaunter
permohonan pasport sebagai projek printis pada 4hb
Julai, 1994 di tiga Pejabat Imigresen di Lembah Kelang
iaitu:
(i) Ibu Pejabat Imigresen Kuala Lumpur;
(ii) Pejabat Imigresen Shah Alam; dau
(iii) Pejabat Imigresen Pelabuhan Kelang.
Melalui pendekatan baru ini, pemohon yang datang di
Pejabat Imigresen sebelum jam 3.30 petang pada hari Isnin
DR.12.7.94 - 34 -
hingga Khamis dan 11.30 pagi pada hari Jumaat dan Sabtu
akan diberi nombor giliran dan seterusnya dilayan pada
hari yang sama.
Melalui pendekatan baru ini, kesulitan orang ramai
untuk mendapatkan nombor giliran akan dapat diatasi oleh
kerana semua pemohon yang hadir pada masa yang ditetapkan
pada hari yang sama akan dilayan di mana semua
kaunter-kaunter permohonan akan dibuka sehingga semua
permohonan yang telah diberi nombor giliran dilayan
walaupun melepasi waktu bekerja biasa, iaitu kakitangan
Jabatan Imigresen terpaksa bekerja lebih masa sehingga
selesai semua kerja pada hari yang tersebut.
Waktu bekerja dan jumlah permohonan yang diterima
adalah mengikut kehadiran orang ramai yang datang sebelum
waktu-waktu yang ditetapkan. Ini adalah satu sistem yang
berbeza dengan sistera yang lama di mana sistem lama
mengikut kuota-kuota yang ditetapkan. Sekiranya sistem
ini terbukti dan berjaya mengurangkan atau mengatasi
masalah yang dihadapi oleh orang ramai, Jabatan Imigresen
akan mengekal dan menggunakan sistem yang sama 'di semua
Pejabat-pejabat Imigresen di seluruh negara.
(b) Dakwaan Ahli Yang Berhormat Ini adalah tidak benar.
Selain daripada penyelesaian yang telah saya jelaskan di
atas tadi, Jabatan Imigresen Malaysia juga dari masa ke
semasa memberi kursus secara formal atau tidak formal
kepada kakitangan kaunter untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan.
DR.12.7.94 - 35 -
Dr. Kua Kia Soong: Tuan Yang di-Pertua, selain daripada apa
yang dikatakan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, bukan sahaja
ketidakcekapan kakitangan kaunter tetapi juga ketidaksopanan dan
kekasaran pegawai-pegawai di Jabatan Imigresen telah dilaporkan
dalam surat khabar Barisan Nasional juga. Masalah aduan
ketidakberkesanan di Jabatan Imigresen ini adalah satu aduan yang
begitu lama walaupun ada slogan "Bersih, Cekap dan Amanah" telah
dikenali sejak 1981. Adakah Kerajaan pernah buat satu siasatan dan
analisa yang serius untuk mengetahui bagaimana penyakit birokrasisme
berleluasa dalam jabatan tersebut selama ini? Kalau tiada, mengapa,
dan kalau ada, adakah tindakan diambil ke atas Pengarah-pengarah.
atau Pengetua-pengetua yang bertanggungjawab?
Yang kedua, adakah Kementerian sedar bahawa ramai orang yang
ada suarai atau isteri rakyat Malaysia yang layak dapat PR, sampai
hari ini permohonan mereka belum lagi dilayani. Bolehkah Setiausaha
Parlimen memberitahu Dewan yang raulia ini bilakah masalah ini akan
diatasi?
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, secara ringkasnya
Kerajaan Barisan Nasional apabila Kerajaan buat sesuatu yang baik,
dia kata itu Kerajaan kita semua, terraasuk Kerajaan DAP. Tetapi
bila ada sesuatu yang dia ingat tak puas hati, dia kata itu Kerajaan
Barisan Nasional. Itulah selalunya cara strategi mereka. Kerajaan
Barisan Naaional yang disebutkannya, sebenarnya sudah berjaya selama
ini mempertingkatkan mutu perkhidraatan, memperluaskan perkhidraatan
dan memberikan perkhidmatan yang dahulunya tidak mungkin, tetapi
sekarang sudah mungkin. Apa yang penting dia tak sebut ialah negara
DR.12.7.94 - 36 -
kita sudah membangun begitu pesat, Sehingga hari ini begitu ramai
rakyat kita sudah mampu keluar negeri, mengambil pasport sudah 10
kali ganda jika dibandingkan dengan dahulu. Kejayaan ini semuanya
nampak. Cuma apabila segelintir kakitangan awam kalau sekiranya
sikapnya tidak sopan ataupun sesuatu yang tidak diingini oleh Ketua
Jabatan berlaku, dia kata itu adalah kecuaian Kerajaan. Saya ingin
memberitahu kepada Ahli Yang Berhormat, sebenarnya Kerajaan selama
ini memandang serius terhadap apa-apa penyelewengan ataupun sikap
kakitangan yang tidak sopan. Sebagai satu contoh, sejak tahun 1993
hingga Jun, 1994 seramai 40 orang pegawai ataupun kakitangan Jabatan
Imigresen telah diambil tindakan tatatertib, kerana berbagai
kesalahan termasuk tidak cekap dan tidak sopan semasa menjalankan
tugas.
Untuk kes Permit Masuk ataupun PR bagi isteri asing, oleh
kerana permohonan itu melibatkan banyak langkah semak-menyemak dan
juga latar belakang pemohon di luar negeri dan juga di dalam negeri
dan sebagainya, ianya mengambil masa lebih panjang daripada
permohonan biasa. Walau bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri juga
mengambil perhatian supaya kalau sekiranya kita boleh singkatkan
lagi masa peraerosesan, kita akan cuba memperbaiki sistem ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Masa untuk
pertanyaan-pertanyaan Jawab Mulut sudah pun cukup.
[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan
bagi. Pertanyaan No. 4 dan 10 hlngga 71 akan dimasukkan dalam naskah
bercetak kelak]
DR.12.7.94 - 37 -
RANG DNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG KUMPULAH WANG SIMPANANKERETAPI TAHAH MELAYU (PEMBUBARAN) 1994
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk menansuhkan Ordinan
Kumpulan Wang Simpanan Keretapi Tanah Melayu 1952 untuk membubarkan
Kmpulan Wang Simpanan Keretapi Tanah Melayu yang ditubuhkan di bawah
Ordinan itu, untuk memindahkan semua hartanya kepada Keretapi Tanah
Melayu Berhad dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara
lain yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalara Mesyuarat oleh
Timbalan Menteri Pengangkutan; dibaca kali yang pertama; akan
dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UHDANG-UNDAHG PERBEKALAN TAMBAHAN(1994) 1994
Bacaan Kali Yang Kedua
DAN
USUL
ANGGARAH PEMBANGUNAN (TAMBAHAN)(BIL.2) 1994
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula
perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang
Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang" dan "Bahawa
Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah
Majlis:
DR.12.7.94 - 38 -
Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) AktaKumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawawang tambahan sebanyak Ringgit Malaysia Satu ratusempat puluh lima juta, dua ratus sembilan puluh tigaribu, empat ratus dua puluh (RM145,293,420) diperuntuk-kan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahunkewangan 1994, untuk menampung sejumlah Ringgit MalaysiaSatu ratus empat puluh lima juta, dua ratus sembilanpuluh tiga ribu erapat ratus dua puluh (RM145,293,420)bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek)seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan keduapenyata Anggaran Perbelanjaan Perabangunan Tambahan Kedua1994 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun1994 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud danButiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelasdan keduabelas penyata tersebut. [11hb Julai, 1994]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Kementerian
diminta jawab.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Dr. Afflfudin
bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima
kas ih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Tanj ong dan Pas ir Mas
yang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Tambahan)(Bil.2)
1994 yang dibentangkan kelmarin.
Yang Berhormat dari Tanjong membuat beberapa dakwaan mengenai
penyalahgunaan kuasa, korupsi dan penyelewengan di dalam FELCRA:
mempersoalkan apa yang dikatakan 'Golden Handshake ' oleh PNB kepada
Dato ' Khalid Ahraad, bekas Pegawai Eksekutifnya; meminta supaya
Kerajaan jangan golongkan atau liquidate Mercantile Insurance
sebelum Dewan Rakyat meluluskan pindaan kepada Akta Insurans;
meminta geran tetap tahunan untuk Chinese Independent Schools, dan
juga pengecualian cukai untuk semua penderma kepada sekolah-sekolah
ini, iaitu bukan sahaja kepada apa yang didakwa penderma yang
memberinya melalui MCA dan meminta Kerajaan memberi arahan kepada
semua MDKT supaya jangan membuat profiteering apabila menjual
dokumen-dokumennya.
DR.12.7.94 - 39 -
Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab satu persatu mengenai
semua perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari
Tanjong itu.
Pertama, Tuan Yang di-Pertua, ialah mengenai dengan isu-isu di
bawah FELCRA. Adalah tidak benar dakwaan Yang Berhormat Ketua
Pembangkang yang mengatakan bahawa FELCRA telah mengutip keuntungan
berlebih sebanyak RM162 juta daripada 30,000 peserta-peserta.
Mengikut apa yang ditunjuk di dalam imbangan kira-kira FELCRA tahun
1992, kutipan yang diperbuat daripada peserta-peserta'ialah sebanyak
RM278 juta dan dari jumlah itu sebanyak RM175 juta dibayar kepada
pihak Perbendaharaan dan bakinya sebanyak RM103 juta masih lagi
berada di dalarn akaun FELCRA.
Pada hakikatnya, Tuan Yang di-Pertua, kedudukan pembayaran
hutang oleh FELCRA kepada pihak Perbendaharaan adalah mengikut masa
dan tidak tertunggak sesen pun. Wang sejumlah RM103 itu adalah
digunakan oleh FELCRA untuk menentukan j ika terdapat
kejatuhan-kejatuhan barga komoditi, pihak peserta tidak perlu
menanggung beban hutang pada masa harga komoditinya rendah. Ini
sudah tentu akan memastikan bahawa peserta-peserta dapat melunaskan
hutang dengan lebih awal walaupun ada masalah ketidaktentuan di.
dalam harga-harga pasaran. Seperti Yang Berhormat sedia maklum,
komoditi yang dikeluarkan oleh peserta-peaerta FELCRA ialah getah
dan kepala sawit, yang terdedah kepada turun-naik harga pasaran di
dalam pasaran dunia. Wang yang berlebihan ini memainkan peranan
sebagai penimbal.
DR.12.7.94 - 40 -
Tuan Yang di-Pertua, wujudnya perbezaan di antara pengutipan
dari peserta-peserta dan bayaran balik kepada Perbendaharaan adalah
disebabkan oleh perbezaan perjanjian di dalam transaksi. Pertama
ialah perjanjian di antara FELCRA dengan peserta. Kedua ialah
perjanjian di antara FELCRA dengan Kerajaan, iaitu Perbendaharaan.
Perjanjian di antara FELCRA dengan Kerajaan melibatkan
pembayaran balik hutang FELCRA kepada Kerajaan pada tahun ke-XI
projek dijalankan. Tetapi di dalam perjanjian di antara FELCRA
dengan peserta, ianya selalu dikenakan bayaran kurang daripada
jangka masa 11 tahun tertakluk kepada keadaan sesuatu projek, iaitu
berasaskan kepada 'the ability to pay', dengan izin, oleh
peserta-peserta. Kadangkala, Tuan Yang di-Pertua, peserta mula
membayar pada tahun yang kelima projek, iaitu 6 tahun sebelum FELCRA
membayar balik kepada Kerajaan, Inilah sebabnya terdapat perbezaan
yang mana wang perbezaan itu digunakan untuk FELCRA sebagai
penimbal.
Ahli Yang Berhormat dari Tanjong juga membangkitkan masalah apa
yang dikatakan penyalahgunaan kuasa, korupsi dan penyelewengan di
dalam FELCRA.
'Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menafikan bahawa gejala ini
berlaku secara menyeluruh seperti apa yang diimplikasikan di dalam
ucapan Yang Berhormat kelmarin. Sememangnyalah dua orang kakitangan
FELCRA telah ditahan untuk disoal siasat oleh BPR oleh kerana
disyaki melakukan amalan rasuah. Tetapi ini tidaklah membayangkan
kedudukan kepada keseluruhan organisasi FELCRA ini.
DR.12.7.94 - 41 -
Ingin saya menyatakan di sini, bahawa pihak Ibu Pejabat FELCRA*
mengadakan peraturan-peraturan pemberian sebutharga dan tender
mengikut kadar yang tertentu kepada Pejabat FELCRA negeri. Dakwaan
Ahli Yang Berhormat yang mengatakan bahawa pegawai-pegawai FELCRA di
Selangor dan di Pahang menyalahi peraturan tender adalah tidak benar
kerana penawaran-penawaran dibuat adalah mengikut peraturan-
peraturan sebutharga dan juga tender,
Tuan Yang di-Pertua, contohnya di Selangor 79 kontrak-kontrak
jumlah harganya RM4.8 juta dan tiap-tiap satu kontrak ialah RM50,000
ke bawah telah diagihkan melalui Koperasi Peserta-Peserta FELCRA.
Sememangnyalah koperasi mengagih-agihkan pula kepada kontraktor-
kontraktor kecil yang disenaraikan di dalam panel koperasi sendiri.
Setakat ini sejumlah RM1.2 juta telah dibayar di atas kerja-kerja
yang disempurnakan.
Tuan Yang di-Pertua, ...
Tuan Lim Kit Siang: [Bangun]
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Ya!
Tuan Lim Kit Siang: Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat
Setiausaha Parlimen, mungkin dia tak tahu oleh kerana ini bukan
dalam Kementerian Kewangan bahawa ada pakatan di antara pegawai-
hR.12.7.94 - 42 -
pegawai FELCRA dengan koperasi-koperasi dalam keputusan tender-
tender ini dan juga dengan orang-orang yang saya namakan semalam
dalam pemberian kontrak-kontrak - pecah kontrak-kontrak di bawah
angka RM50,000 dan jawapan daripada FELCRA ialah mungkin 'tidak',
.Sebenarnya adalah dipecahkan dan kalau Yang Berhormat Setiausaha
Parlimen mahu saya boleh beri senarai bagaimana projek-projek lebih
daripada RM50.000 atau RM200,000 atau RM500,000 dipecah kepada item
item supaya setiap itera kurang daripada RM50,000.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, perkara
yang dibawa oleh Ahli Yang Berhormat itu telah saya bertanya kepada
pihak FELCRA dan ini telah dinafikan, Jikalau Ahli Yang Berhormat
mempunyai bukti-bukti yang cukup, sila bawa kepada saya ataupun
terus kepada pihak-pihak yang berkuasa yang lain untuk disiasat
selanjutnya. Jadi, apa yang saya dapat ialah satu penafian yang
ianya berlaku sepertimana yang didakwa oleh Ahli Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang: Tuan Yang dt-Pertua, ini menunjukkan semua
penafian ini tak benar!
Dato' Dr. Affifudia bin Haji Omar: Terima kasih!
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang dilakukan oleh FELCRA
adalah satu mekanisme pengagihan kontrak melalui Koperasi
Peserta-Peserta FELCRA dan juga kepada kontraktor-kontraktor kecil
dengan tujuan mewujudkan satu sistem pengagihan yang adil dan
DR.12.7.94 - 43 -
saksama. Tidak ada apa-apa penyelewengan yang dilakukan dan ini
tidak disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat di dalara ucapannya.
Jikalau dilihat secara objektif tanpa penyelewengannya seperti Ahli
Yang Berhormat kata kalau kita tengok secara objektif, mekanisme
ini adalah mekanisme yang baik untuk membina masyarakat
kontraktor-kontraktor kecil agar mereka dapat memajukan usaha
masing-masing tanpa ada amalan-araalan pilih kasih. Sebenarnya,
jikalau ianya tidak adalah apa yang dikatakart oleh Ahli Yang
Berhormat tadi, Ahli Yang Berhormat dari Tanjong sepatutnya
menyokong mekanisme ini.
Dr. Tan Seog Giaw: [Bangun]
Timbalaa Yaag di-Pertua [Tuan Oag TeC Keat]: Yang Berhormat,
Kepong bangun.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, setahu Yang Berhormat,
apakah dasar untuk membuat tender di dalam sesuatu projek. Misalnya
jikalau projek itu RM2 juta adakah dasarnya untuk memecahkan kepada
20 projek dan adakah dasarnya untuk membuat pecahan ini kemudian
diberi kepada satu kontraktor sahaja. Apakah maksudnya kita buat?
Jadi, misalnya di'Sungai Kelambu 2, dia pecah kepada lt 2, 3, 4, 5,
6, 7, 8 - ada 44,000 sahaja, ada 120,000, ada 1,900,000 dan sebagai-
nya. Pecah kepada 9 dan kemudian beri kepada satu kontraktor
sahaja, mengapa kita mesti pecah kepada sembilan? Kemudian beri
kepada satu koperasi, satu kontraktor? Adakah itu amalan yang ber-
teraskan kepada dasar Kementerian Kewangan? Banyak lagilah ada,
kalau hendak satu persatu!
DR.12.7.94 - 44 -
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, soal
dasar memberi kontrak itu terletak kepada kemahuan/kehendak Kerajaan
pada sesuatu masa. Saya diberitahu oleh pihak FELCRA bahawa
pemecahan kontrak-kontrak ini kepada pakej adalah untuk menyenangkan
dan juga mempercepatkan projek. Soal yang kita perlu persoalkan,
apakah berlaku 'collaboration' yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat
dari Tanjong itu. Adakah berlaku kita kata penyelewengan, itu yang
perlu kita persoalkan. Jikalau ianya berlaku adanya penyelewengan,
kita harus mengambil tindakan yang sepatutnya.
Soal pemecahan kontrak-kontrak ini adalah soal 'implementa-
tion', dengan izxn, jikalau pihak Kementerian ataupun mana-mana
agensi memerlukan pemecahan sebegini dengan. sebab tertentu,
Perbendaharaan akan meluluskan permohonan untuk tujuan itu.
Jadi, ini mengikut satu 'implementation strategy' yang dipakai
oleh FELCRA ataupun mana-mana agensi.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, saya mengakui ini tidak
kena mengena dengan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen dia pun tak
tahu apa yang berlaku di FELCRA.
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw: Kadang-kala dia tahu sedikit - ICOR dan
sebagainya dia tahu sediklt. Tetapi FELCRA itu dia tak tahu -
DR.12.7.94 - 45 -
memang tak tahu. Misalnya di Sungal Lalang, satu projek itu dipecah
kepada 22 dari 4,000 kepada 108,000 - macam mana satu projek dipecah
- itu untuk memudahkan kerja.
Dan satu soalan lagi, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa
ini dipecahkan kemudian tak ada orang yang menyaksikan atau
mengawalseliakan sama ada kerja ini dibuat ataupun dipecah-pecah
begitu sahaja tak ada kerja dibuat! Kebanyakannya tak ada kerja,
dia pecahkan kemudian pergi beri kepada kontraktor - itu sahaja di~
buat - kerja itu untuk memecah kerja untuk memegat. Terima kasih.
Dato' Dr. Affifudin bia Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya
menjawab mengenai dengan dasar - dasarnya ialah kita apabila mana-
mana agensi hendak menjalankan sesuatu projek di dalam implementasi
nya, dia boleh meminta kebenaran untuk memecah ataupun memanggil
tender secara berunding dan lain-lain lagi. Itu adalah dasar!
Tetapi yang pentingnya, yang saya menerima teguran daripada Ketua
Pembangkang lalah kalau ada 'collusion' untuk menipu - itu kita akan
ambil tindakan. Tentang soal 'pecah' Kerajaan tidak ada dasar yang
'hard and fast' mengenai sesuatu 'implementation strategy",
DR.12.7.94 - 46 -
Kalau di tempat Yang Berhormat sebut tadi, FELCRA telah meminta
ataupun menjalankan pelaksanaan sebegitu, dia ada strateginya,
mungkin untuk mempercepatkan kerjanya dan lain-lain lagi. Tetapi•
jikalau di dalam hal pemberian tender ini kepada orang yang disebut
oleh Yang Berhormat dari Tanjong, itu melibatkan. penyelewengan,
salah laku dan kita akan ambil tindakan dan kami menunggu laporan
seterusnya jikalau ada. Kerana saya mendapat laporan daripada
FELCRA tidak ada salah laku. Tetapi kalau Yang Berhormat ada
laporan, silalah beri kepada kami untuk disiasat terus.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Tanjong juga membang-
kitkan soal letak harga gila-gila yang menyebut kes pembinaan tiang
bendera di Lipis yang dikatakan bernilai sebanyak RM99,000. Lagi
satu kes yang disebut oleh Yang Berhormat ialah membina 'ramp'
mencuci kenderaan sebanyak RM99.000 juga, pada hal harga sebenar
adalah RM3,000 sepertimana yang disebut dt dalara ucapan beliau
kelraarin.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tiang bendera yang disebut dan
dikatakan berharga RM99,000 itu adalah jumlah yang termasuk lain-
lain kerja yang saya ingin menyatakan jumlah-jumlah ini seperti
berikut, iaitu di dalam kontrak yang sama dan di dalam sebut harga
yang sama iaitu satu package yang mana Yang Berhormat diberi maklum
bahawa ianya untuk membina tiang bendera sahaja:
(i) Komponen yang pertama ialah membekal dan* fmemasang perangkap nyamuk di rumah kakitangan
seluas 317 meter persegi - RM20,288i
DR.12.7.94 - 47 -
(ii) Komponen yang kedua ialah membina dan menyiapkan
tiga tiang bendera concrete base - 12 meter x
0.76 meter x 4.45 meter, tiang besi iaitu 36
meter x 6 meter dan dicat dengan cat aluminium
- RM3,800;
(iii) Komponen yang ketiga membekal dan memasang
concrete interlocking pavers - 5 meter x 45
meter - depan pejabat bersama dengan tiang
bendera itu - RM60,075
(iv) Komponen yang keempat, membekal dan memasang
lampu panjang di kiri dan kanan gelanggang
badminton di Pejabat Lipis sebanyak 4 batang
pada harga RM3,600 sebatang - RM14,600.
Jumlah Besar RM98,763
Inilah yang dikatakan harga pembinaan tiang bendera sebanyak
RM99,000 itu.
Begitu juga dengan harga-harga yang disebutkan oleh Yang
Berhormat mengenai dengan pembinaan ramp mencuci kereta. Di dalam
pemblnaan ramp mencuci kereta:
(i) Komponen yang pertama ialah membekal dan
memaaang benteng batu-bata setebal 115 nm di
tepi longkang iaitu konkrit - RM17,500;
(ii) Komponen yang kedua, menyambung, membekal,
memasang dan menyiapkan longkang konkrit
berbentuk "V" dengan ukuran 1.2 meter x 0.6
meter x 100 meter - RM12,000^
DR.12.7.94 - 48 -
(iii) Komponen yang ketiga, membekal, memasang dan
menyiapkan sump batu-bata setebal 115 meter,
saiznya 125 meter x 0.91 meter x 0.19 meter
iaitu sebanyak 4 biji - RM8,800;
(iv) Komponen yang keempat, membekal dan membina
pembetung box-culvert 1,2 meter x 0.6 meter x
7.6 meter - RM26,000; dan
(v) Komponen yang kelima, ramp kenderaan jenis besi
dengan asas konkrit 250 mm x 7 meter x 10 meter
- RM35.000;
Jumlah besarnya ialah RM99.300.
Inilah apa yang dikatakan pembinaan ramp untuk mencuci kereta
yang bernilai RM99,000 itu.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan perbelanjaan yang melebihi
peruntukan, saya telah berhubung dengan Ketua Audit Negara yang
mengaku bahawa ianya ada berlaku. Kalau ianya berlaku di dalam 3
projek daripada 50 projek PELCRA, ianya tidaklah merabayangkan bahawa
FELCRA tidak mempunyai kesedaran mengawal budgetnya seperti apa yang
didakwa oleh Yang Berhormat dari Tanjong.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan perkara yang disebut oleh
Yang Berhormat Ahli dari Tanjong ke atas persaraan awal Tuan Haji
Wahid bin Azahari.........
Tuan Lim Kit Siang; [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertu [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
Tanjong bangun.
DR.12.7.94 - 49 -
Tuan Lim Kit Siang: Sebelum Yang Berhormat Setiausaha Parlimen
beralih. kepada tajuk yang lain, memanglah Yang Berhormat Setiausaha
Parlimen menjawab atas laporan daripada FELCRA dan tentulah ini
tidak tepat dan tidak benar. Saya berharap Kementerian Kewangan
boleh mengadakan eatu penyiasatan yang mendalam mengenai
tuduhan-tuduhan yang saya ada buat, yang sangat serius supaya tidak
ada berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dan wang
peserta-peserta FELCRA. Memanglah, kalau mahu adakan satu
penyiasatan yang mendalara dan berkesan, langkah pertama yang perlu
diambil ialah untuk 'suspend' Director General FELCRA dahulu.
Dato" Dr. Afiffudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,
sebenarnya pihak saya dan pthak Perbendaharaan telah meminta Ketua
Audit Negara memberi laporan secepat mungkin mengenai dengan akaun
1993 dan ini sedang dilakukan oleh pihak Ketua Audit Negara yang
akan mengeluarkan laporannya tidak berapa lama nanti dan selepas
laporan itu keluar bolehlah kita melihat dengan lebih terperinci dan
dengan lebih meluas tentang apa yang didakwa oleh Yang Berhormat
dari Tanjoog.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai persaraan Tuan Haji Wahid bin
Azahari, iaitu Timbalan Ketua Pengarah FELCRA, yang mana dikaitkan
dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat kelmarin iaitu beliau
sengaja ditangguhkan persaraannya - sebenarnya adalah tidak tepat.
Cadangan persaraan awal yang dikemukakan oleh Tuan Haji Abdul Wahid
sendiri dalam tahun 1992/1993 ditangguhkan olehnya sendiri atas
saranan yang dibuat oleh FELCRA, iaitu Lembaga Pengarah FELCRA bagi
DR.12.7.94 - 50 -
membantu dalam urusan penyusunan semula FELCRA berasaskan kepada
SSB. 01 eh kerana urusan ini telah pun selesai, beliau telah pun
mengemukakan cadangan persaraannya semula dan bercadang mengakhiri
perkhidmatannya pada 31.12.1994. Permohonannya sedang diproses oleh
FELCRA dan FELCRA tidak bercadang menghalang permohonannya.
Bukanlah beliau disuruh menangguhkan persaraannya lantaran ter-
libat dalam salah-laku seperti yang diimplikasikan. Mengenai
dakwaan Yang Berhormat dari Tanjong ke atas.......
Tuan Lim Kit Siang:[Bangun].
Timbalan Yaug di—Pertu [Tuau Ong Tee Keat]:Yang Berhormat,
Tanjong bangun.
Tuan LIM Kit Siang: Adakah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen
sedar bahawa Encik Wahid sendiri berkata dalam surat khabar bahawa
permohonannya untuk bersara ditangguhkan atas keputuean ACA?
Dato' Dr. Afiffudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, EncikWahid sendiri berkata kepada saya pagi tadi - bukan di atas kehendak
ACA. Jadi, yang mana Yang Berhormat percaya? Surat khabar ataupun
saya? Itu terletak kepada Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang: Kalau begitu mengapa dia memberitahu
suratkhabar mengenai perkara itu?
Dato' Dr. Afiffudin bin Haji Omar: Mengenai ini, saya tidak
pasti apa sebabnya, adakah betul-betul beliau memberitahu surat
khabar ataupun tidak. Jadi, apa yang diberitahu kepada saya oleh
beliau sendiri pagi tadi, ialah apa yang saya jawabkan tadi.
Mengenai dakwaan Yang Berhormat dari Tanjong ke atas PNB yang
memberi apa yang dikatakan "Golden Handshake" kepada Datuk Khalid
Ahmad, bekas Ketua Eksekutifnya, ingin saya menyatakan di sini
bahawa ianya dibuat di atas pertimbangan oleh Lembaga Pengarahnya.
Apabila Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie yang dahulu meninggalkan
kumpulan Guthrie, Lembaga Pengarah Kumpulan Guthrie melantik suatu
Executive Committee, dengan izin untuk menguruskan syarikat itu.
DR.12.7.94 - 51 -
Jawatankuasa ini dipengeruaikan oleh Dato' Khalid kerana PNB
menjadi pemegang saham terbesar Kumpulan Guthrie. Apabila Kumpulan
Guthrie disenaraikan hanya 10% daripada saham-sahamnya dlbeli oleh
pihak awama. Ini melaksakan PNB memberi 'undertaking' kepada pihak
berkuasa untuk menjual 15% daripada saham syarikat itu kepada pihak
awam untuk memenuhi kehendak-kehendak penyenaraian. Pada hanya
RM2.10 sesaham, PNB mendapati amat tukar untuk menjual 15%
saham-saham ini PNB diberi masa tambahan untuk memenuhi kehendak
ini dan penjualan 15% 'trans' ini bermakna menjual sebanyak 150
juta saham-saham. Ini tentu sekali mempengaruhi harga pasaran
secara negatif.
Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, harga saham Kumpulan Guthrie
semenjak 1989 sehingga hujung tahun 1992 adalah di bawah RM2.50
sesaham. Harga ini meningkat apabila Jawatankuasa yang diketuai
oleh Dato' Khalid menjalankan kerjanya dan semenjak penjualan saham
syarikat itu kepada Dato' Khalid. Penjualan saham-saham ini kepada
Dato' Khalid adalah selepas pihak Lembaga Pengarah mendapat nasihat
dari sebuah Merchant Bank yang membuat penilaian bebas ke atas saham
Kumpulan Guthrie. Di atas penilaian bebas inilah, Lembaga Pengarah
membuat keputusan harga sebanyak RM2.50 sesaham yang dijual kepada
Dato' Khalid. Pada kadar harga ini dan, dengan izin, current gross
dividend syarikat Kumpulan Guthrie sebanyak 9 sen sesaham,
pembalikan keuntungan ataupun 'yield' hanyalah 3.6%.
DR.12.7.94 - 52 -
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Tanjong juga
mencadangkan supaya Mercantile Insurance tidak di'liquidate'kan
sebelum Rang Undang-undang Insurans (Pindaan) diluluskan oleh Dewan.
Rakyat pada sesi ini. Mercantile Insurance Sdn. Bhd. sebenarnya
mempunyai kekurangan aset untuk memenuhi juralah tanggungannya iaitu
30 sen kurang dari aset untuk setiap ringgit tanggungannya. Pada
masa ini terdapat satu rebutan daripada sipiutang membuat tuntutan
dibayar balik dan pada masa ini juga terdapat satu rebutan
'garnishing ordere' daripada mahkamah. Kalaulah penyelesaian hutang
ataupun 'liquidation' MISB ditangguhkan, maka mereka yang bersedia
untuk 'garnish' akaun MISB akan dibayar balik 100%. Ini akan
menjadikan jumlah aset berkurangan untuk dibayar kepada lain-lain
sipiutang. Ini adalah tidak adil kerana keutamaan adalah diberi
kepada situntut yang awal. Oleh itu, untuk menjaga kepentingan
semua pihak, MISB patut dilikuidasikan supaya semua sipiutang akan
mendapat pembahagian aset yang sama dan adil.
Tuan Yang di-Pertua.....
Tuan Lim Guan Eng: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Yang Berhormat...
Tuan Lim Guan Eng: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya
tentang MISB di mana ada kira-kira 300,000 mangsa yang terlibat di
atas keputusan secara tergesa-gesa oleh pihak Bank Negara. Adakah
Yang Berhormat sedar, kalau tujuannya adalah untuk memastikan
t>R.12.7.94 - 53 -
keadilan kepada semua pihak khususnya sipenuntut awal seperti yang
dikatakan tadi oleh Yang Berhormat, mengapakah pula mereka hanya
dibenarkan menuntut 70% juga kerana saya ada satu kes di sini di
mana satu kemalangan. yang berlaku pada seorang mangsa di Tampindalama
tahun 1987. Kesnya masuk ke dalam mahkamah tahun 1989 dan
diselesaikan keseluruhannya sebelura 18hb Mei tahun ini, hari
pengumuman oleh Bank Negara tetapi yang dta boleh tuntut juga hanya
70%. Oleh itu, saya rasa ada sedikit percanggahan tentang apa yang
dikatakan tadi oleh Yang Berhormat dengan keadaan sebenarnya.
Yang kedua, tentang 'liquidation araount'. Kalau saya tidak
silap, harap kalau saya tersalah Yang Berhormat boleh betulkan saya,
tetapi untuk syarikat-syarikat inaurans sebelum ini yang telah
diliuidatekan, mereka boleh dibayar 90% mengikut Laporan KBI yang
lepas boleh dibayar 90%. Mengapa pula di geran yang sama hanya 70%
dan akhirnya dari segi moral, dari etika, dari segi
profesionalisme, adakah bctul bagi Bank Negara yang mengambil alih
syarikat insurans ini pada tahun 1951 untuk tiga tahun memberikan
jaminan, menjanjikan bahawa semua tuntutan akan ditanggung 100%
termasuk apabila ia diperbaharui oleh pemegang polisi tanpa sebarang
notis batalkan polisi insurans termasuk mereka yang memperbaharuinya
pada 17hb Mei dan kalau jawapan yang diberikan tiap-tiap kali oleh
Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan bahawa ada 'high-risk motor
insurance pool' semua 'safety neck' yang dibekalkan oleh pihak
Kerajaan, adakah. beliau sedar bahawa untuk memperolehi perlindungan
DR.12.7.94 - 54 -
sebegini, petnegang polisi mestilah merabayar premium satu kali atau
dua kali ganda. Lebih dari apa yang mereka bayar kepada MISB
sungguhpun boleh mendapat tuntutan purata daripada MISB tetapi kena
bayar lagi satu kali ganda atau dua kali ganda. Adakah ini adil dan
patut kerana Bank Negara telah break their promise, dengan lain,
cakap tidak serupa bikin apabila memperbaharui polisi ini. Sekian.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,
mengenai dengan etika sebenarnya sebelum kita pinda Rang
Undang-undang Insurans sebenarnya Ketua Pengarah Insurans iaitu
Gabenor Bank Negara sendiri tidak mempunyai kuasa-kuasa tertentu dan
apabila. pengambilan alih dibuat, pihak Ketua Pengarah hanya
bergantung kepada keupayaan pemilik-pemilik insurans ini, syarikat
ini membayar ataupun mengatasi ketidakcukupan modal.
Mengenai dengan 70% tadi, saya difahamkan bahawa tiap-tiap ada
berlaku kekurangan aset sebanyak 30 sen iaitu nilai aset sebanyak
tiap-tiap ringgit adalah 70 sen sahaja pada masa ini dan ianya
memang menjadi 'shorttalls1 daripada masa Bank Negara mengambil alih
dahulu dan ini telah berlaku dan saya fikir benda yang telah
berlaku, biarlah berlaku dan kita harap dengan adanya pindaan yang
akan diluluskan oleh Dewan Rakyat nanti perkara-perkara ini tidak
akan berulang lagi di hari muka.
DR.12.7.94 - 55 -
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menenpuh....
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Yang Berhormat, Rompin minta jalan.
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Dalam keterangan
Yang Berhormat tadi ada mengatakan kekurangan dari sumber-sumber
modal syarikat yang mana tidak didapati membayar tuntutan-tuntutan
yang dikemukakan. Oleh kerana itu, Kerajaan terpaksa mengambil
alih. Persoalan saya, sudah semestinya syarikat ini tidak dijalan-
kan atau diuruskan dengan baik sehinggakan terpaksa diambil alih dan
sekarang hendak dilaksanakan dengan lebih berat lagi dengan meletak-
kan di bawah apa yang dikatakan tadi. Persoalan saya, adakah
Kerajaan dkan menyiasat orang-orang yang melaksanakan ini, orang
yang membuatkan kebakaran ini supaya menjadikan satu masalah kepada
negara kita dan orang ramai, Adakah Kerajaan membuat sesuatu untuk
mengambil tindakan kepada Ahli Lembaga syarikat ini sebagai contoh?
Dato' Dr. Affifudln bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,
sebenarnya Ketua Pengarah Insurans telah pun mengambil tindakan-
tindakan untuk membuat laporan Polis mengenai tindak-laku oleh
sebilangan pengarah-pengarah syarikat ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang....
Tuan Lim Guan Eng: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Yang Berhormat, Kota Melaka bangun.
Tuan Lim Guan Eng: Tadi Yang Berhormat berkata bahawa tindakan
telah diambil oleh pihak Bank Negara dengan membuat laporan Polis
tetapi saya rasa, mengapakah ia memakan masa yang begitu panjang
supaya tindakan dapat diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab?
DR.12.7.94 - 56 -
Yang kedua, adakah benar kerana saya telah menerima banyak
maklumat dan aduan bahawa mereka yang terlibat dalam Mercantile
sekarang pula telah dibenarkan mengambil alih sebuah syarikat
insurans yang lain, iaitu kumpulan yang bertanggungjawab ke atas
masalah yang berlaku di Mercantile, sekarang pula dibenarkan
memiliki dan menjalankan perniagaan insurans di syarikat insurans
yang lain iaitu Kurnia insurans Sdn. Bhd. Adakah ini benar
berlaku? Kerana ini tanpa notis, saya harap kalau tak ada, Yang
Berhormat boleh menjalankan siasatan dan kalau ini berlaku, adakah.
ini beretika? Kalau pihak yang bertanggungjawab ke atas kerugian
yang begitu besar kepada 300,000 orang, bolebkah mereka pula
mentadbir, memiliki dan menguruskan perniagaan insurans dalam sebuah
syarikat insurans yang lain?
Tentang jawapan soalan saya tadi, Yang Berhormat menjawab tidak
menyeluruh tentang mengapakah seorang penuntut yang telah mendapat
keputusan Mahkamah sebelum pengumuman dibuat oleh Bank Negara pada
18hb Mei 1994 tidak boleh menuntut 100%, tetapi hanya 70%. Adakah
ini adil kepada penuntut atau pemegang polisi?
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,
mengenai dengan pemegang-pemegang Mercantile dibenarkan untuk
mengambil alih suatu syarikat lain iaitu Kurnia, pada pengetahuan
saya tidak benar. Saya sendiri mengetahui kumpulan-kumpulan yang
akan mengambilalih Kurnia bukanlah daripada pihak pemilik
Mercantile Insurance.
DR.12.7.94 - 57 -
Mengenai dengan tindakan yang dilakukan oleh Polis, memang
sebenarnya kes ini di dalam tangan pihak Polis pada masa ini dan
menunggu penyelesaian penyiasatan Polis dan arahan daripada Peguam
Negara untuk tindakan. mahkamah seterusnya.
Mengenai dengan apa yang Yang Berhormat tanya, yang ketiga
tadi, saya fikir dalam keadaan Mercantile sebegini, kalau dapat 70%
pun jadilah dan sekurang-kurangnya ianya tidak hilang 100%, Dalam
keadaan Mercantile yang kerugian beratus-ratus juta ringgit,
something is better Chan nothing. Jadi, itulah yang saya dapat
jawab. Soal adil atau tidak adil itu adalah soal yang susah hendak
kita pertimbangkan. Jadi, something is better than nothing, dengan
izin, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Kit Siang: Tuan Yang di-Pertua.....
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Ya.
Tuan Lim Kit Siang: Bolehkah Yang Berhormat Setiausaha
Parlimen memberitahu bila laporan Polis dibuat oleh Pengarah
Insurans, kerana kita tahu sekarang masalah ini dalam tangan pihak
Polis, tetapi bila laporan dibuat, oleh kerana Mercantile Insurance
diambil alih pada bulan Mac 1991. Bila laporan dibuat? Adakah
laporan dibuat baru-baru ini atau..kita mahu tahu bila ia dibuat
untuk menunjukkan sama ada Bank Negara serius dalara siasatan.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya
tidak boleh memberitahu 'bila' dengan tepatnya, tetapi saya
diberitahu kelmarin oleh Ketua Pengarah Insurans bahawa laporan
telah pun dibuat dan siasatan telah pun dijalankan dan sedang
dijalankan, cuma menunggu tindakan mahkamah seterusnya. Itu yang
DR.12.7.94 - 58 -
saya boleh beritahu. Haribulan bila, saya tidak dapat beritahu
dengan tepat.
Tuan Lim Kit Siang; [Menyampuk]
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Telah pun dibuat. Ya,
boleh. Kalau Yang Berhormat hendak secara terperinci, boleh
diberitahu.
Tuan Lim Guan Eng: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya membuat
satu permintaan bagi pihak semua penuntut dan pemegang polisi MISB
bahawa Kerajaan menyelamatkan syarikat insurans ini kerana saya rasa
jumlah yang terlibat hanya RM383.4 juta, tak sapmai RM400 juta.
Kalau Bank Negara boleh rugi RM30 bilion dalam pasaran tukaran wang
asing, memperjudikan wang sebegitu banyak, saya rasa RM400 juta yang
boleh memberikan faedah kepada satu golongan rakyat yang begitu
besar bukan merupakan satu masalah yang besar kerana saya rasa tak
boleh diterima. Kalau RM30 bilion boleh hilang, angka tak sampai 4%
pun tak boleh dikeluarkan oleh pihak Kerajaan.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, bukan
soal angka dalam hal ini. Kerajaan mesti berhenti - has to stop
somewhere, dengan izin, di dalam penyelamatan syarikat-syarikat
private. Jikalau ianya terus dilakukan, tiap-tiap syarikat private
tidak akan takut rugi. Jadi, inilah yang dipegang oleh pihak
Kerajaan. We have to stop somewhere, dengan izin, di dalam hal
ini. Dahulu kita telah menyelamatkan banyak. Tentang kerugian
adalah dibuat di dalam usaha-usaha Kerajaan untuk menjalankan satu-
satu strategi.
DR.12.7.94 - 59 -
Tentang penyelamatan MISB ini adalah satu perkara yang sepatut-
nya kita hentikan sifat pemurah Kerajaan ini kepada setengah-
setengah perkara yang dilakukan oleh pihak swasta.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Tanjong juga mem-
bangkitkan mengenai dengan harga laporan siasatan Tragedi Highland
Towers terlalu mahal, iaitu RMl.600 satu set dan pihak Majlis
Perbandaran Ampang Jaya mengambil untung dari laporan tragedi
tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya diberitahu bahawa harga yang dikena-
kan itu iaitu RM1,600 ialah harga kos, iaitu harga untuk percetakan
dan MPAJ tidak mengambil sebarang keuntungan dari penjualan laporan
tersebut, iaitu satu naskhah itu RMl,600 kosnya untuk dicetak dan
dikatakan oleh MPAJ, mereka tidak mengambil sesen untung pun dari
penjualan dokumen-dokumen ini.
Tuan Lim Kit Siang: Adakah kos ini termasuk kos inquiry? Yang
pertama. Siapa printer ini yang kalau kos mencetakkan set laporan
itu, siapa printer ini? Tentulah sangat mahal. Saya tidak tahu
Yang Berhormat Setiausaha Parlimen ada lihat laporan itu tidak
begitu memuaskan - tidak boleh dibandingkan dengan BMF Enquiry
Report. BMF Enquiry Report sampai one-fifth. Kenapa begitu mahal?
Dalam BMF Report, kalau tak silap, ada 6000 muka surat; kalau dalam
laporan ini, saya rasa tak sampai 500 muka surat - tak sampai 10%,
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, ini
ialah jawapan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan saya
mengaku saya tidak lihat laporan itu dan kemungkinan ianya mempunyai
komponen-koraponen yang lain, Jadi, saya akan bertanya lagi dan
DR.12..7.94 - 60 -
menyiasat apakah komponen-komponen lain itu kerana inilah yang
diberitahu kepada kita bahawa ia adalah harga kos yang dikenakan ke
atas pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Sekiranya
laporan BMF boleh dibentang di dalam Dewan yang mulia ini, mengapa
laporan. ini tidak boleh? Apakah satu perkara yang begitu
istimewanya? Istimewa kerana kelemahan Kerajaan, saya tahu. Tetapi
mengapa laporan BMF boleh dibentangkan, tetapi laporan MPAJ mengenai
Highland Towers tidak boleh? Aneh binti pelik! [Ketawa]
Seorang Ahli: [Menyampuk]*
Dr. Tan Seng Giaw: Ini mek daripada Kampung Laut, dia tahulah!
Dato' Or. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya
menjawab kepada soalan kos. Soal mengapa ianya tidak dibentangkan
di Dewan ini adalah perkara yang lain. Jadi, saya menjawab mengenai
kos yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Tanjong semalam.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Tanjong akhir sekali
membangkitkan mengenai masalah derma oleh individu kepada Sekolah
Persendirian China ataupun Chinese Independent School supaya
dibenarkan pelepasan cukai pendapatan sekiranya derma itu dibuat
kepada tabung pembinaan sekolah yang telah diluluskan di bawah
Seksyen 44 (6), Akta Cukai Pendapatan 1967.
Tuan Yang d i-Pertua, Pengetua sekolah ataupun Pengerus i
Jawatankuasa Perabinaan Sekolah bolehlah memohon kepada Ketua
Pengarah Jabatan Hasil Dalam Negeri untuk mendapatkan kelulusan yang
dimakaudkan itu.
DR.12.7 .94 - 61 -
Oleh i tu, kalau ada mana-mana pengetua sekolah yang ingin mengut ip
derma untuk tujuan perabinaan ataupun penambahan sekolah ini bolehlah
memohon dan peruntukan untuk diberikan keistimewaan ini ada di dalat
Akta Cukai Pendapatan. Itulah sahaja yang dapat saya menjawab
pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat dari Tanjong.
Tuan Lim Kit Siang: [Baagua]
Dato' Dr. Affifudin bin Baji Omar: Ya?
Tuan Lim Kit Siang: Soalan yang raengenai peruntukan Kerajaan
tetap kepada sekolah-sekolah persendirian Cina.
Dato' Dr. Affifudin bin Haj i Omar: Sebenarnya, Tuan Yang
di-Pertua, Kerajan tidak mempunyai dasar memberi peruntukan tetap
dan apa yang berlarutan kerana Kerajaan tnemberi bantuan satu masa ke
satu masa, Begitu juga yang dikenakan kepada sekolah-sekolah agama
rakyat di luar bandar yang mana pemberian diberi mengikut kehendak
atau mengikut "the need", dengan izin, sekolah itu pada sesuatu
masa. Tidak ada pemberian tetap yang diberikan melainkan ada
kehendak pada sesuatu masa yang diperlukan bantuan ini.
Tuan Lim Kit Siang: Kehendak Kerajaan menghadapi pilihanraya
besar,
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Iaitu kemungkinan pada masa
itu, kehendak kedua-dua belah pihak ada mempunyai manfaatnya
DR.12 .7 .94 - 62 -
sendiri. Mutual benefit .
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Pasir Mas ada
menyentuh beberapa perkara mengenai Rang Undang-undang ini. Saya
menarik perhatian kepada perkara yang dibangkitkan oleh- Yang
Berhormat dari Pasir Mas iaitu mengenai hutan Kerajaan Negeri
Kelantan dengan Kerajaan Pusat pada 31hb Disember, 1993 seperti mana
yang saya sebutkan tadi ialah sebanyak RM827.79 juta. Jumlah hutang
yang sepatutnya dibayar oleh Kerajaan Negeri Kelantan dari tahun
1991 hingga 1994 adalah sebanyak RM228.58 juta tetapi Kerajaan
Negeri Kelantan hanya telah membayar sebanyak RM27.69 juta .
Dakwaan bahawa Kerajaan-kerajaan Negeri lain tidak membayar
hutang mereka adalah tidak benar. Pada tahun 1992, umpamanya,
Kerajaan-kerajaan Negeri telah membuat bayaran balik sebanyak
RM392.76 juta yang mana Kerajaan Negeri Kelantan tidak membuat
apa-apa bayaran. Pada tahun 1993 pula, bayaran balik yang diterima
adalah sebanyak RM337.70 juta tanpa apa-apa bayaran juga daripada
Kerajaan Negeri Kclantan.
Berhubung dengan pinjaman RM80 juta untuk bekalan air di
Kelantan Utara, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pinjaman
tersebut telah diluluskan tetapi pengeluaran telah tidak dibuat.
Pengeluaran pinjaman ini telah tidak dibuat oleh kerana Kerajaan
Persekutuan kurang pasti sama ada Kerajaan Negeri Kelantan yang ada
sekarang akan membuat bayaran balik terhadap pinjaman ini.
Tuan Haji Ibrahim bin Ali: [Bangun]
D R . 1 2 . 7 . 9 4 - 63 -
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:
Yang Berhormat dari Pasir Mas.
Tuan Haji Ibrahin bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin
bertanya Yang Berhormat Setiausaha Parl imen, apabila Kerajaan
Persekutuan memberi sesuatu pinjaman untuk projek. Projek-projek
itu boleh mendatangkan pulangan wang seperti Hotel Perdana, Perdana
Resort dan seumpamanya. Jadi, oleh kerana mereka tidak bayar
hutang, saya percaya ada perjanjian. Apakah tidak mungkin Kerajaan
Pusat mengambil alih semua aset ini kalau tidak bayar hutang?
Sekian, ter ima kasih.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar:Itu adalah satu kemungkinan
di dalara perjanjian hutang-piutang di antara mana-mana pihak.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai prestasi ekonomi Kerajaan Negeri
Kelantan pula, ingin saya nyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa
ianya sangat mengecewakan. Angka-angka petunjuk boleh
membuktikannya. Miaalannya, kadar pertumbuhan tahunan Kelantan
hanyalah sebanyak 5.82 pada tahun 1991, 6.1Z pada tahun 1992 dan 62
pada tahun 1993 iaitu jauh di bawah kadar Keluaran Dalam Negeri
Kasar Nasional iaitu 8.6%.
Dibandingkan dengan negeri Kedah yang dahulunya sama mundurnya
dengan Kelantan, pada tahun 1991, Kedah telah mencatat angka
pertumbuhan sebanyak 9.4% iaitu lebih daripada angka nasional. Pada
tahun 1992 - 9.4% juga dan pada tahun 1993, kadar pembangunan negeri
Kedah adalah 9 .9%.
Sebelum Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah mengambil alih pada
DR.12.7.94 - 64 -
tahun 1990, kadar kemiskinan di Kelantan sedang menurun. Tetapi
selepas Angkatan Perpaduan Ummah memerintah negeri Kelantan, kadar
dan bilangan orang-orang miskin melonjak naik seperti berikut. Saya
mengambil angka daripada zaman pemerintahan Barisan Nasional dahulu.
Pada tahun 1970, kadar kemiskinan di Kelantan ialah 76.1%. pada
tahun 1990 iaitu pada tiga-suku tahun 1990, apabila Kerajaan Barisan
Nasional sedang memerintah, kadarnya ialah 29.9% iaitu penurunan
yang aungguh 'significant1 daripada 76.1% kepada 29.9%.
Bilangannya pula, dari segi bilangan 'absolute'nya iaitu pada
tahun 1970, bilangan orang-orang miskin adalah 116,400 orang. Pada
tahun 1990, tahun akhir Kerajaan Barisan Nasional memerintah ialah
69,300 orang iaitu turun dekat setengah pada 116,000, turun pada
69,000 orang. Tetapi pada tahun 1993, selepas Kerajaan Angkatan
Perpaduan Ummah (APU) memerintah, kadar kemiskinan negeri Kelantan
meningkat dan bilangan orang-orang yang miskin meningkat daripada
69,300, meningkat kepada 70,500 orang. Dan kadar peningkatan
bilangan orang-orang yang teruk kemiskinannya iaitu orang-orang yang
dapat pendapatan PM175 sekeluarga 5 orang ialah daripada 16,700
orang yang pada tahun akhir Barisan Nasional memerintah, ianya naik
kepada 20,900 orang. Inilah apa yang saya makiudkan prestasi
ekonomi yang sangat mengecewakan. Dalam masa 3 tahun, Angkatan
Perpaduan Ummah memerintah, bilangan orang-orang miskin meningkat.
Pada hal sebelum itu, ianya sedang menurun.
Semua negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak
termasuk Sabah, mengalami kenaikan KDNK dan penurunan kadar dan
DR.12.7 .94 - 65 -
bilangan rakyat yang miskin pada tahap yang cukup 'significant ' .
Tuan Haji Badruddin bin Aairuldin: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haj i Juhar bin Haj i Mahiruddin]:
Yang Berhormat dari Jerai bangun.
Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih, Tuan Yang
di-Pertua. Saya minta penjelasan sedikit, Adakah Yang Berhormat
berse tu ju , tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa Kedah, kedudukan
ekonominya begitu baik dan pembangunan di negeri itu baik, adakah
ini menunjukkan bahawa pentadbiran negeri Kedah adalah satu
pentadbiran cekap, pentadbiran yang dilakukan untuk kesejahteraan
dan kebaikan rakyat, Bila tadi Yang Berhonnat mengatakan bahawa
Kerajaan APU bercelaru dari aegi pendapatan dan sebagainya, jadi
bolehkah kita katakan sepatutnya Wakil Rakyat di negeri Kelantan itu
hanya di sebelah pihak Pembangkang patut duduk di negerinya, jaga
negerinya bagi maju dan bangun, tak usah pergi ke kawasan-kawasan
orang dan kerapen macam-macam. Macam di Kedah, mereka masuk, pergi
dan kata Kerajaan mengambil tanah dan menyiksa rakyat dan menindas
rakyat . Tetapi sebenarnya Kerajaan Negeri Kedah adalah berusaha
untuk membangun negeri tersebut. Terima kaaih, Tuan Yang
di-Pertua. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen bersetujukah?
Dato' Dr. Affifudin bin Haj i Omar: Tuan Yang di-Pertua,
jawapannya ' tersel i t ' di dalam apa yang diaebutkan oleh Yang
Berhormat dari Jerai tadi iaitu apa yang berlaku di Kelantan dan apa
yang berlaku di Kedah menunjukkan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri
Kedah adalah aatu pentadbiran yang baik dan dapat menunjukkan
prestasi ekonomi yang baik. Dan saya bersetujulah orang-orang yang
kecewa, yang tidak menunjukkan prestasi yang baik tidak perlu kacau
tempat orang tetapi Yang Berhormat sedia maklum, mereka pergi
menjanjikan syurga ke negeri Kedah. Sebenarnya, syurga adalah hak
Allah Subhanahu Wa-Taala, bukan hak mereka. Itu pun mereka
tersilap.
DR.12 .7 .94 - 66 -
Tuan Yang di-Pertua, negeri Kelantan juga mengalami
penghijrahan keluar tenaga buruh yang produktif semenjak Angkatan
Perpaduan Umraah memerintahnya pada hujung tahun 1990. Ini dapat
dilihat pada angka-angka pe tunjuk ke atas pemohon-peraohon pekerjaan
seper t i berikut:-
Bilangan Pemohon PekerjaanTahun di Kelantan
1991 6,366 orang
1992 3,857 orang
1993 2,542 orang
Selalunya di dalam kacdah ekonomi, dari setahun ke setahun
apabila tenaga buruh keluar daripada sekolah ataupun daripada
latihan, angka ini akan meningkat, di semua negeri ianya meningkat.
Tetapi di Kelantan, ianya menurun. Inl adalah satu petunjuk bahawa
tenaga produktit negeri Kelantan berhijrah ke luar negeri untuk
mencari pekerjaan. Ini adalah merupakan satu pembocoran sumber
ekonomi kepada negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin
bertanya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Sekarang ini semenjak
empat tahun kebelakangan kadar kemiskinan meningkat di Kelantan,
pengangguran meningkat juga dengan begitu hebat. Ini tidak
menunjukkan preatasi dari sebuah negeri yang menggelarkan dan
D R . 1 2 . 7 . 9 4 - 67 -
mengamalkan dasar Islam, Tetapi mengikut dakwaan mereka, mereka
mengatakan mereka tidak dapat meningkatkan taraf hidup rakyat dari
segi pembangunan dan mewujudkan peluang pekerjaan sebab mereka tidak
mendapat sokongan dari Kerajaan Pusat. Apakah dakwaan ini benar?
Sebab, dari segi kemajuan sesebuah negeri bergantung kepada daya
c ip ta , inovasi dan kreativiti seseorang pemimpin dan lebih banyak
memberi tumpuan mentadbir negeri daripada banyak berceramah agama
semata-mata seperti yang berlaku di Kelantan.
Saya minta Yang Berhormat beri penjelasan ini bagi
menghilangkan keraguan dan kekeliruan setengah-setengah pihak sebab
Kelantan sebuah negeri yang kaya dengan hasilnya te tap i meletakkan
kesalahan kepada orang lain. Jadi, ini satu perkara yang perlu
mendapat penjelasan daripada Kerajaan Pusat supaya rakyat Kelantan
tidak terkel i ru kerana mereka meletakkan segala-gala kesalahan di
atas bahu Kerajaan Pusat manakala kita tahu banyak bantuan diberi
kepada Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Pusat termasuk bantuan Yayaaan
Islam Kelantan (YIK) baru-baru ini iaitu sebanyak RM2.3 juta dan
banyak lagi pampasan untuk Pergau dan seumpamanya. Jadi, dari segi
kepirapinan, bolehkah Yang Berhormat huraikan bahawa ada kaitan dari
segi kemajuan ekonomi, penggangguran dan kemiskinan?
Dato' Dr. Affifudin biu Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,
kemunduran negeri Kelantan sebenarnya bukan tidak ada "intervention"
daripada Kerajaan Persekutuan dari segi menyediakan intrastruktur
pembangunan. Sebenarnya, Kerajaan Persekutuan telah memberi banyak
infras t ruktur pembangunan dan juga untuk projek-projek ekonomi yang
DR.12 .7 .94 - 68 -
mengeluarkan pendapatan yang saya katakan tadi. Tetapi kemunduran
negeri Kelantan ialah sebab tidak adanya injection, dengan izin ,
modal dari luar yang bukan dari Kerajaan iaitu mdal yang datang
selepaa Kerajaan mewujudkan infras t ruktur .
Kalau kita lihat angka tunjuk bilangan-bilangan syarikat luar
yang ingin memasuki ke dalam negeri Kelantan dan melabur di negeri
Kelantan, saya tidak ada butir-butir di sini tetapi saya ingat angka
tunjuk ini bahawa pada tahun 1990, angka tunjuk ini adalah tinggi.
Pada tahun 1993, hanya 1/5 sahaja bilangan-bilangan firma luar
negeri termasuk di dalam Malaysia mahupun dari luar Malaysia yang
ingin memasuki negeri Kelantan, Sebab, mereka lari daripada negeri
Kelantan ialah disebabkan dasar-dasar yang dijalankan oleh Kerajaan
Negeri Kelantan yang berlawanan daripada kehendak-kehendak halal
syarikat-syarikat ini untuk mengeluarkan ataupun untuk melabur dan
mendapat laba yang lumayan di negeri itu.
Jadi, apabila Kerajaan Persekutuan mewujudkan banyak mana
sekali pun infras t ruktur , jikalau pemodal-pemodal tidak datang
ataupuan anak-anak Kelantan sendiri tidak mahu balik ke negeri itu
dengan modal, maka tidak akan memberi hasil, tidak akan mendapat
hasil negeri itu dari segi pembangunan ekonominya. Ini adalah
jawapan saya dan ianya adalah disebabkan oleh dasar Kerajaan Negeri
Kelantan sendiri kerana dasar-dasar ini menolak kedatangan
pelabur-pelabur yang ingin melabur di negeri itu.
DR.12 .7 .94 - 69 -
Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
satu lagi. Saya hendak tanya Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat
tidak rasa kesal di waktu Yang Berhormat menjawab masalah Kelantan
ini, Ahli-ahli Parlimen daripada PAS terutamanya Nilam Puri, Rantau
Panjang, Marang dan Kuala Krai, kesemuanyalah yang mengungkit-ungkit
perkara ini dalam ceramah tetapi sekarang sewaktu Yang Berhormat
bercakap, mereka tidak ada dalam Dewan tetapi saya tahu mereka
berada di luar dan tidak mengambil berat. Ini menunjukkan mereka
ini tidak serius dengan kebajikan rakyat Kelantan dan tidak berani
untuk berdepan bagi menentukan fakta yang aebenarnya, sebagaimana
yang mereka gembar—geraburkan di Kelantan.
Dato' Dr. Affifudin bin Haj i Omar: Memang saya merasa kesal
kerana t idak ada perbahasan kerana di dalam Parlimen ini,
seelok-eloknya diadakan perbahasan yang sihat supaya perkara-perkara
yang sebenarnya dapat kita bahaakan di sini agar kita dapat mencapai
the truth, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menyentuh juga perkara yang
dibangkitkan oleh Ahli Parliraen dari Paair Mas mengenai penubuhan
universiti di Kelantan dalam Rancangan Malaysia Ke tu juh . Untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, dalam menimbangkan penubuhan sesebuah
universiti, Kerajaan tidak mengira di mana lokasinya. Faktor
penting yang diambil kira ialah kemampuan kewangan dan kekangan yang
akan dihadapi dari segi tenaga pengajar yang berkelayakan dan
berpengalaman khusus dalam bidang-bidang yang kritikal seperti
DR.12.7.94 - 70 -
perubatan, kejuruteraan serta ekonomi dan pengurusan. Pada masa
ini, di negeri Kelantan sudah pun terdapat Kampus Cawangan Fakulti
Perubatan di Universiti Sains Malaysia, di Kubang Kerian, Kota
Bharu.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Pasir Mas juga
membangkitkan raengenai dengan Jabatan Kebajikan Maayarakat Negeri
Kelantan yang dikatakan membayar bantuan orang-orang tua dan miskin
melalui Pegawai Daerah yang terdiri daripada kakitangan parti
Pembangkang dan pemberiannya dibuat kepada penyokong parti
Pembangkang. Beliau mencadangkan supaya pemberian bantuan ini
dibuat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan. Siasatan dan
pembayaran bantuan bagi orang-orang tua dan roiskin sama ada dari
peruntukan Persekutuan atau Negeri adalah berpandukan kepada
kelayakan yang telah ditetapkan dalara skim-skira bantuan berkenaan
dan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai dan Pembantu Kebajikan
Maayarakat dan tidak melibatkan kakitangan Pejabat Daerah atau
Jajahan.
Bagi skim-skim bantuan Persekutuan, satu kad penerimaan bantuan
yang ada lambang Peraekutuan sedang diedarkan kepada
penerima-penerima bantuan untuk mereka mengetahui sumber
peruntukannya.
Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Saya kurang jelas lagi dengan
penjelasan Yang Berhormat sebab sebagai contoh, ada rumah
orang-orang tua di kawasan saya di Pasir Mas iaitu di Kampung Paya
Ular.
DR.12.7 .94 - 71 -
Apabila orang-orang tua ini meninggal dunia, kita ganti dengan
orang-orang tua yang lain yang boleh menduduki rumah tersebut dan
mereka mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi
yang datang membuat pengesahan ialah Penghulu-penghulu Kerajaan Negeri
dan mereka mendapat pengesahan daripada Pegawai Jajahan. Saya minta
perkara ini disemak kembali untuk menghilangkan kekel i ruan, sebab
sokongan-sokongan perlu mendapat daripada Pejabat Jajahan (Distr ic t
O f f i c e ) .
Dato' Dr Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, ini akan
kita ambil ingatan dan akan diperbetulkan. Tuan Yang di-Pertua, saya
ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Yang Berhormat dari
Pasir Mas yang dengan usahanya aendiri telah mewujudkan Yayasan
Orang-orang Tua di kawasannya. Saya telah melihat dengan sendiri
yayasan ini dan ianya adalah satu projek yang cukup murni.
Mengenai dengan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang
Berhormat mengapa yayasan tidak dibenar mendaftar untuk mengemukakan
permohonan-permohonan saham-saham yang diperuntukkan oleh MITI.
Jawapannya ialah MITI secara dasarnya tidak menolak permohonan
daripada mana-mana yayasan, termasuk yayasan Pasir Mas untuk berdaf ta r
bagi mendapatkan saham-saham bumiputera asalkan tujuan yayasan-yayasan
ini ditubuhkan adalah untuk kepentingan bumiputera dan penglibatannya
di dalam pembelian atau penjualan saham tidak bercanggah dengan
Undang-undang Kecil penubuhannya. Malah telah ada di MITI senarai
yayasan-yayasan negeri yang berdaftar dan telah pernah diperuntukkan
DR.12 .7 .94 - 72 -
sahara. Oleh itu, Yang Berhormat bolehlah mendaftar Yayasan Pasir Mas
dengan pihak MITI dan akan diperuntukkan saham apabila sampai masanya
nanti.
Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Terima kasih, Yang Berhormat
Setiausaha Parlimen. Tetapi untuk makluman, saya sudah menghantar dua
kali permohonan tersebut, malah kepada Yang Berhorraat Menter i saya
hantar dua kali dan diberi tahu bahawa tidak perlu mendapat
pendaf taran. Tetapi kalau tidak mendapat pendaftaran, bagaimana
yayasan kita boleh dipertimbang untuk menerima saham-saham kalau kita
buat permohonan? Ini boleh disemak dengan pejabat Yang Berhormat
Menteri yang kita hantar malah dengan tangan, saya hantar sendiri
sekali. Ini untuk makluraan sahajalah, for record purpose. Sekian,
terima kasih.
Dato' Dr Affifudin bin Haj i Omar: Tuan Yang di-Pertua, di
sebelah kiri saya ialah Setiausaha Parlimen MITI, dia jawab tadi
bahawa dia akan siasat mengenai dengan Yayasan Pasir Mas.
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab mengenai
dengan perkara yang dibangkitkan.. . . .
Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:
Jerai bangun.
Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih, Yang Berhormat
Dato' Setiausaha Parlimen, orang Kedah dengan orang Kedah kena beri
laluan ya? Berkenaan dengan MITI ini, sebab Yang Berhormat tadi
bercakap sedikit mengenai MITI. Sungguhpun saya tak sempat hendak
berbincang dengan Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan
DR.12.7.94 - 73 -
Antarabangsa dan Industri ini, saya difahamkan untuk seseorang itu
memiliki saham yang akan dipasarkan, ia memerlukan edahnya setahun di
dalam syarikat berkenaan. Tetapi kita dapati ada juga setengah-
setengah golongan itu, tak tahulah kalau 'axceptional cases' atau
sebagainya, diberi saham walaupun dia tidak menduduki dalam sysrikat
tersebut dalara jangka masa edah setahun. Jadi, apakah peraturan yang
sebenarnya? Adakah 'one year' dia melibatkan diri dalam ayarikat
tersebut atau didaftarkan dengan syarikat tersebut selama setahun
ataupun walaupun tak cukup setahun, dia dapat juga saham dalam pasaran
terbuka ini? Jadi, saya minta kalau boleh Kementerian Kewangan dan
MITI tentulah mereka bekerjasama sebab kedua-dua Kementerian ini
mengeluarkan saham. Ini penjelasan saya minta, Terima kaaih.
Dato' Dr Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,
sebagaimana yang dijawab oleh Setiausaha Parlimen MITI semalam, dalam
bahasa Kedah 'kelmarin', peraturannya ialah setahun, selepas
pendaftaran setahun. Pendaftaran boleh dibuat bila-bila masa dan
pemberian pun bila-bila masa. Itu jawapan yang dibuat semalam ataupun
kelmarin.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali mengenai dengan pemilihan 23
kontraktor di Kelantan untuk membina sekolah-sekolah daripada
sebahagian peruntukan RM2,000 juta. Untuk makluman Yang Berhormat,
kontrak-kontrak Kerajaan adalah diberi kepada kontraktor-kontraktor
secara tender terbuka ataupun kontrak rundingan. Pemilihan
kontraktor-kontraktor adalah berasaskan kepada kriteria-kriteria
seperti berikut:-
DR.12.7 .94 - 74 -
(i) berwibawa dan mempunyai rekod pelaksanaan kontrak-kontrak
Kerajaan yang baik; dan
(ii) sebut harga ataupun tawaran harga yang paling menarik dan
munasabah.
Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja jawapan saya kepada
perkara-perkara yang dibangkitkan oleh kedua-dua Ahli Yang Berhormat,
iaitu Ahli Yang Berhormat dari Tanjong dan juga Ahli Yang Berhormat
dari Pasir Mas yang telah membahaskan Rang Undang-undang ini kelmarin.
Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua Ahli
Yang Berhormat ini dan jikalau ada mana-mana jawapan yang saya tidak
dapat beri dengan sepenuhnya, insya Allah, aaya akan cuba
memberikannya secara terperinci apabila Yang Berhormat menghubungi
saya nanti . Sekian. [Tepuk]
Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada
Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang
ini dibacakan kali yang kedua sekarang hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bahawa Usul
di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan
Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis
hendaklah disetujukan.
DR.12.7 .94 - 75 -
Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Diputuskan,
Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa
sebuah-buah Majl is :
Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3)Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuatketetapan bahawa wang tambahan sebanyak RinggitMalaysia Satu ratus empat puluh linta ju ta , duaratus sembilan puluh tiga ribu, empat ratus duapuluh (RM145,293,420) diperuntukkan daripadaKumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan1994, untuk menampung sejumlah Ringgit MalaysiaSatu Ratus empat puluh lima juta, dua ratussembilan puluh tiga ribu empat ratus dua puluh(RM145,293,420) bagi Maksud-roaksud danButiran-butiran (Projek-projek) seperti yangdinyatakan dalam ruang pertama dan keduapenyata Anggaran Perbelanjaan PembangunanTambahan Kedua 1994 yang dibentangkan sebagaiKertas Perintah 13 Tahun 1994 dan yangdisenaraikan di sebelah Maksud-maksud danButiran-butiran (Projek-projek) dalam ruangkesebelas dan keduabelas penyata tersebut .
Majlis bersidang dalara Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
4.47 ptg.
Dato' Dr Affifudin bin Haji Omar: Tuan Pengerusi, saya mohon
mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM249,550,950
yang diperuntukkan dalara Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua
DR.12.7 .94 - 76 -
1994 bagi Maksud-maksud Bekalan B. 7, B.14, B.17, B.36, B.42, B.44,
B.49 dan B.53 untuk Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan yang
berkenaan dijadikan Jadual. Dan wang sejumlah tidak lebih daripada
RM145,293,420 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan
Pembangunan (Tarabahan)(Bil.2) Tahun 1994 bagi Maksud-maksud
Pembangunan P.20, P.25, P.28, P.49 dan P.52 untuk
Kementerian-kementerian yang berkenaan seperti yang di tunjukkan dalam
penyata yang dibentangkan sebagai Kertaa Perintah 13 Tahun 1994
dijadikan Anggaran Perbelanjaan.
Tuan Pengerusi, saya telah pun menerangkan tentang keperluan bagi
mengadakan peruntukan-peruntukan tarabahan dalam Anggaran Perbelanjaan
Mengurus Tahun 1994 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun
1994 kelmarin. Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai
cadangan-cadangan Anggaran Tambahan ini adalah juga diberi dalara
Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah
12A Tahun 1994 bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 1994
dan Kertas Perintah 13A Tahun 1994 bagi Anggaran Perbelanjaan
Pembangunan Tambahan Kedua 1994. Oleh itu, saya tidak berhajat hendak
memberi apa-apa penerangan tambahan lagi.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri [Datuk S. S. Subramaniam): Tuan Pengerusi, saya mohon
menyokong.
DR.12.7 .94 - 77 -
Maksud B.7 [Jadual] -
Tuan Pengerual [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ahli-ahli
Yang Berhormat, saya suka mengingatkan bahawa dalam Jawatankuaaa ini
saya mohon kerjasama agar dapat menghadkan perbahasan kepada 15 minit
tiap-tiap seorang dan minta perbahasan itu ditujukan kepada tajuk yang
berkaitan.
Kepala Bekalan B .7 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk
dibahas. Bayan Baru.
4.49 ptg.
Tuan Ahmad bin Nor [Bayan Baru]: Tuan Pengerusi, saya ingin
merujuk kepada B.7 dan saya dapati bahawa setiap kali tambahan ia
melibatkan Jabatan Perdana Menter i dan kali ini diminta sa tu tambahan
aebagai Kumpulan Wang Pusingan Pinjaraan Kenderaan Bermotor dan
Koroputer bagi Institut Hal Ehwal Mari t im Malaysia.
Tuan Pengerusi , kita amat hairan apabila pihak Kerajaan,
khususnya Jabatan Perdana Menteri tidak begitu menekankan soal
masalah-masalah dalaman yang dihadapi oleh kakitangan Kerajaan.
DR. 12.7.94 - 78 -
Saya bimbang peruntukan yang disediakan dan tambahan yang telah
diminta tidak akan mendatangkan manfaat yang sebaik-baiknya,
walaupun berjuta-juta ringgit wang rakyat terpakaa dibelanjakan.
Tuan Pengerusi .....
Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Haj i Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ya, dia
bangun Yang Berhormat.
Tuan Ahmad bin Nor: .... saya ingin merujuk kepada masalah
dalaman.
Tuan Pengeruai [Tuan Haj i Juhar bin Haji Mahiruddin]: Parit
Sulong sudah bangun awal ya! Minta jalan.
Tuan Ahmad bin Nor: Saya belum sentuh apa pun lagi. Apa?
Tuan Ruhanie bin Haj i Ahmad: Minta jalan! Straight to the
point!
Tuan Ahmad bin Nor: Apa hendak minta jalan? Tidak ada apa
yang saya cakap lagi.
Tuan Ruhanie bin haji Ahmad: Cakap puaing-pusing sahaja!
Tuan Ahmad bin Nor: Apa pusing? Introduction [Ketawa]
Tuan Lim Kit Siang: 'Parit' lagi!
Tuan Pengerusi [Tuan Haj i Juhar bin Haji Mahiruddin]: Sila
Teruskan, Yang Berhormat.
DDR 12.7.94 - 79 -
Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: [Menyampuk]
Tuan Ahmad bin Nor: Nanti saya panggil 'longkang sulong' lagi
susah. Kalau "parit" itu boleh tahan lagi [Ketawa].
Tuan Pengerusi, saya tidak mahu buangkan masa. Masalah
dalaman dalam perkhidmatan awam amat ketara dan tidak begitu
diambil berat oleh Jabatan Perdana Menteri , khususnya berhubung
dengan Sistem Saraan Baru. Dalara Sistem Saraan Baru, banyak
rungutan telah dibuat oleh pegawai dan kakitangan perkhidmatan
awara. Walaupun. . . .
Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Keluar tajuk.
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ya, Yang
Berhormat,
Tuan Ahmad bin Nor: Apa tajuk?
Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Ini bukan SSB.
Tuan Ahmad bin Nor: Apa yang keluar tajuk? Saya berbincang
masalah tambahan kepada Jabatan Perdana Menteri .
Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Ini kita bukan bincang tajuk.
You tidak baca, bercakap macara 'burung tiung ' .
Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Pengerusi , . . . .
Tuan Pengerusi [Tuan Haj i Juhar bin Haj i Mahiruddin]: Yang
Berhormat, dalam huraian Maksud B.7 ini.....
Tuan Ahmad bin Nor: Ya.
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:
...tambahan sebanyak RM900,000 dikehendaki untuk
DR 12.7.94 - 80 -
mewujudkan Kumpulan Wang Pusingan Pinjaman Kenderaan Berraotor dan
Komputer.
Tuan Ahmad bin Nor: Yalah ini Perbelanjaan Mengurus.....
Tuan Pengeruai [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang
Berhormat.....
Tuan Ahmad bin Nor: .. . bi la Mengurus saya terpaksa sentuh
perkara-perkara lain....
Tuan Pengeruai [Tuan Haj i Juhar bin Haj i Mahiruddin]: Jangan
sentuh jauh daripada huraian....
Tuan Ahmad bin Nor: Saya hendak menentukan bahawa jumlah yang
diperuntukan ini dibelanja dengan begitu baik dan licin.
Tuan Pengerusi [Tuan Haj i Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ya , Yang
Berhormat tidak dapat Yang Berhormat.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Batang
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Pengerusi....
Tuan Ahmad bin Nor: Hendak apa?
Tuan Pengerusi [Tuan Baji Juhar bia Haji Mahiruddin]: Hendak
minta jalan?
Wan Junaidi bin Tuanku JaaEar: Yang Berhormat, kita ini.....
Tuan Ahmad bin Nor: Jangan bawa tabiat Parit Sulong!
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tidak, ini bukan Parit" Sulong.
Parit Sulong dengan Batang Lupar sama juga, tetapi kawasan Batang
Lupar besar sedikit.
Tuan Pengerusi [Tuan Haj i Jubar bin Haji Mahiruddin]: Ya,
DR. 12.7.94 - 81 -
hendak apa Yang Berhormat?
Tuan Ahmad bio Nor: Apa dia?
Tuan Pengerusi [Tuan Haj i Juhar bin Haj i Mahiruddin]: Minta
point of orderkah atau minta jalan Yang Berhorraat?
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ini Point of Order .
Tuan Pengerusi [tuan Haji Juhar bin Haj i Mahiruddin]: Ya.
Tuan Ahmad bia Nor: Apa Point of Order?
Wan Junaidi bln Tuanku Jaafar: Sebab dia bercakap keluar
ta juk.
Tuan Ahmad bia Nor: Yang k eberapa cakaplah dahulu?
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Keluar tajuk, Point of Order
3 6 ( 6 ) .
Tuan Ahmad bin Nor: Apa itu?
Beberapa Ahli DAP: Boo!
Tuan Lim Kit Siang: Mana ada 36(6)?
Wan Junaidi bia Tuanku Jaafar: Bukan. . . . .
Tuan Pengerusi [Tuan Haj i Juhar bin Haj i Hahiruddin]: Yang
Berhormat.. . .
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Pengerusi, sebenarnya kita
di dalam Barisan Nasional. Saya hendak sebut 6, tetapi saya sebut 1
tadi. Sebenarnya saya ikut dta dahulu.
Sekarang 36(6) sebab keluar tajuk.
Tuan Pengerusi [Tuan Haj i Juhar bin Haj i Mahiruddin]: Yang
Berhormat Bayan Baru, minta berucap mengikut apa yang telah
dr 12.7.94 - 82 -
diperuntukan, pecahannya ada ditempatkan di sini ya. Sekarang
dalam Jawatankuasa Yang Berhormat.
Tuan Ahmad bin Nor: Ya, Tuan Pengerusi, saya memang hendak
menyentuh, tetapi sebelum itu saya hendak menyentuh ten tang . . . . .
Seorang Ahli: Tidak boleh.
Tuan Ahmad bin Nor: Apa ini? Saya memang hendak sentuh ini.
Saya tidak boleh sentuh yang lain? Tidak ada introduction!
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Raji Mahiruddin]: Yang
Berhormat . . . .
Tuan Lim Kit Siang: Orang yang kendalikan ini.... [Menyampuk]
Tuan Pengerusi [Tuan Baji Juhar bin Baji Mahiruddin]: Yang
Berhormat beri dia satu barislah. Sila teruskan.
Tuan Ahmad bin Nor: Ya, saya boleh teruskan, jangan ganggu.
Tuan Lim Kit Siang: Orang yang.... [MenyampukJ
Tuan Ahmad bin Nor: Sebelum saya menyentuh secara khusus
berhubung dengan RM900,000 yang telah diperuntukkan bagi tujuan yang
saya maksudkan tadi, saya ingin menyentuh dahulu tentang kedudukan
masalah dalaman yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Perdana
Menteri, iaitu berhubung dengan Sistem Saraan Baru. Ramai di
kalangan kakitangan perkhidmatan awam tidak berpuas hati dengan
DR 12.7.94 - 83 -
kedudukan Sistem Saraan Baru khususnya berhubung dengan Sistem
Penilaian Tahunan kakitangan Kerajaan.
Kedua, berhubung dengan pergerakan gaji tahunan yang dibuat
secara Melintang, Menegak, Mendatar dan Statik. Kalau
masalah-masalah ini tidak diselesaikan, saya rasa apa juga lain-lain
kemudahan seperti memperuntukkan pinjaman kenderaan bermotorlah,
untuk membeli komputerlah, inilah yang ada kaitan, tidak faham?
Pahara tak sekarang Parit Sulong apa yang saya hendak cakap?
Tuaa Ruhanie bin Haji Ahmad: Apa burung t iung?
Tuan Ahmad bin Nor: Kalau ini kemudahan yang kita bendak beri
ini sia-sia, sebab-sebab masalah-masalah dalaman banyak, yang perlu
dit i t ik berat , yang perlu diberi keutamaan daripada peruntukan ini.
Kalau saya kata 'bodoh' marah. Inilah yang saya hendak maksudkan.
Jadi, wang yang seumpama ini tidak begitu menarik selagi Kerajaan
t idak mahu menyelesai masalah-masalah yang telah dibangkitkan oleh
kakitangan perkhidmatan awam berhubung dengan Sistem Saraan Baru.
Tuan Pengerusi , perkara ini bukan lagi satu perkara baru,
walaupun pihak Kerajaan khususnya Ketua Setiausaha Negara pernah
mengatakan bahawa Sistem Saraan Baru adalah merupakan sistem dalam
perkhidmatan awam yang baru dan perlu diberi masa untuk
dilaksanakan. Pada hal kita lihat Sistem Saraan Baru (SSB) ini
telah dilaksanakan pada awal tahun 1992 dan sekarang harapir 2 tahun
lebih, pada hal masalah-masalah yang wujud di bawah Sistem Saraan
Baru ini tidak lagi dapat diselesaikan.
Dr 12.7.94 - 84 -
Baru-baru ini akhbar Berita Harian sendiri telah membuat
kajian mendalam berhubung dengan Sistem Saraan Baru ini, dan
didapati major i t i pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan awam
tidak berpuas hati tentang kedudukan Sistem Saraan Baru ini,
khususnya berhubung dengan sistera penilaian tahunan dan pergerakan
gaji tahunan.
Wan Junaidi bia Tuaaku Jaafar: [Bangun]
Tuan Ahmad bin Nor: Adalah amat menghairan dalara sistem
pergerakan gaji tahunan, Tuan Pengerusi . . . .
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: On a point of order .
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang
Berhorma t , nampaknya ada lagi point of order.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Apa ini, kalau satu minit
bolehlah, dua minit keluar tajuk ini.
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Saya
minta. . .
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ini soalan. Apa nama tajuk
ini? Dalam committee ini kita biarlah ada specific question.
Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, Institut Maritim Kebangsaan.
Ini sahaja bukan soalan SSBkah, Special Branchkah, CIDkah sini.
Kalau perkara itulah dibangkitkan, kita boleh boleh bincang macam
dasar juga. Kalau tidak faham tanyalah.
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang
Berhormat Bayan Baru, saya ada meraberi peluang untuk mukadimah,
Dr 12,7.94 - 85 -
sekarang ini kembali kepada ta juk , Yang Berhormat.
Seorang Ahli: Burung tiung mana t a h u -
Tuan Peugerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Pinjaman
Kenderaan Bermotor dan Kompute r .
Tuan Ahmad bin Nor: Y a , Tuan Pengerusi. Saya baru bercakap
bukan sampai 5 rainit lagi berhubung dengan SSB, tetapi ada
gangguan. Walaupun demikian, saya membuat kesirapulan, saya meminta
supaya pihak Jabatan Perdana Menteri untuk mel ihet semula dan
mengkaji dengan secara yang serius berhubung dengan segala rungutan,
kompelin yang telah dikemukakan oleh kakitangan-kakitangan
perkhidmatan awam berhubung dengan masalah SSB. Begitu juga dengan
lain-lain masalah yang berhubung dengan perkhidmatan awam.
Tuan Pengerusi, berhubung dengan Pinjaraan Kenderaan Bermotor
dan Komputer. Saya ingin tahu dengan secara yang lebih terperinci
golongan kakitangan perkhidmatan khususnya mereka yang di dalam
Inatitut Hal Ehwal Maritim Malaysia, yang akan mendapat keistimewaan
ataupun kemudahan dalam membuat pinjaman kenderaan ini.
Begitu juga saya ingin tahu, golongan manakah di dalam
perkhidmatan ini, yang akan mendapat kemudahan pinjaman untuk
membeli komputer. Apakah syarat-ayaratnya, dan apakah bentuk faedah
yang mungkin akan dikenakan kepada mereka yang meminjam untuk
membeli kenderaan ataupun yang akan meminjam untuk membeli komputer?
DR. 12.7.94 - 86 -
Tuaa Pengerusi, selain daripada itu saya ingin tahu apakah
syarat-syarat Pinjaman Kenderaan Bermotor yang dikenakan kepada
pegawai-pegawai tertinggi di dalam agensi ini? Kerana baru-baru ini
kita telah dengar bagaimana satu isu yang begitu menjadi kontroversi
berhubung dengan kenderaan yang telah diberi kepada Ketua Hakim
Negara, kemud ian telah d ij ual kepada agens i motor (second-hand
dealer), dan selepaa itu dijual pula kepada Ketua Eksekutif MBf
Kerana kita hendak tahu hal ini seraua, kalau tidak kepada
pegawai-pegawai tertinggi dtkenakan syarat peraturan yang berbeza.
Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Jubar bin Haj i Mahiruddin]: Parit
Sulong, minta jalan ya!
Tuan Ahmad bia Nor: ... dengan pegawai-pegawai yang rendah.
Apa hendak itu?
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Minta
jalan!
Tuan Ahmad bin Nor: Parit Sulong hendak apa?
Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: 'Bodoh' tidak boleh ajar ini!
Tuan Pengerusi, orang kata dia terkeluar daripada tajuk, Tuan
Pengerusi diara sahaja.
Tuan Abmad bin Nor: Saya hendak kena beri contoh.
Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Awal-awal sudah keluar tajuk.
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang
Berhormat...
Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Kemudian keluar tajuk, straight
DR 12.7.94 - 87 -
to the point. You sudah tanya apa dia punya kriteria, hendak beli
komputer, hendak beli kereta cukuplah. Apa hendak menghabiskan masa
- bodoh tidak boleh 'ajak' orang Kedah kata.
Tuan Ahmad bin Nor: Parit Sulong hendak aj ar orang, dia
sendiri otak parit, kalau otak parit jangan suruh orang lain otak
parit.
Tuan Ruhanie bia Haji Ahmad: Orang Kedah kata 'bodoh tidak
boleh ajak'. Boss you kata 'parit' , you tiung, serupa tiung tiada
gigi. [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Minta
bertenanglah Yang Berhormat. Teruskan, Yang Berhormat ada 5 minit.
Tuan Ahmad bin Nor: 5 minit? Sudah habiskah?
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haj i Mahiruddin]: 5 minit.
Tuan Ahmad bin Nor: 5 minit lagi ya. [Ketawa]
Tuan Pengerusi, saya raaa orang yang otak selut, yang datang
daripada parit roemang dia otak selut. Kalau buat macam mana pun dia
selut, dia terus berlumur dengan selut otaknya. Kalau elok itu
masuk DAP kita boleh kikis keluarkan semua selut itu. Duduk dalam
UMNO lagi selut.
Tuan Pengerusi, kita perlu......
D R . 1 2 . 7 . 9 4 - 88 -
Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Hahiruddin]: Yang
Berhormat, Ahli Yang Berhormat Arau minta jalan.
Tuan Shahidan bin Kassim: Point of order 36(6). Saya ingat
ini tidak elok! Kita jangan bermesra dengan perkataan-perkataan
kotor dan kasar. [Ketawa] Tak baik menuduh orang selut dan
sebagainya, sebab kita manusia. Manusia yang bermaruah di Parlimen
ini, yang menggubal polisi tidak elok bercakap macam itu! Orang
dengar, malu kita. Tolonglah tarik bal ik l Tidak elok buat macam
itu! Saya tidak rela perkara-perkara saperti ini sebab sekarang ini
saya sudah sampai ke umur yang darah saya naik tinggi sedikit. Saya
keluar karang, saya tampar baru tahu! [Ketawa]
Tuan Pengerusi, saya sudah terkotor balik. Saya minta maaf .
Saya tidak akan buat begitu lagi tetapi saya minta supaya Tuan
Pengerusi tolong kawal supaya perkataan-perkataan yang boleh
merosakkan nama baik Ahli-ahli Parlimen tidak disebut. Tolong, Tuan
Pengerusi!
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Saya
minta kepada seraua Ahli Yang Berhormat untuk mengawal diri masing-
masing. Nampaknya hari ini Yang Berhormat Arau cukup lerabut
perkataannya. [Ketawa) Tetapi kita kena patuhlah, kemungkinan
'mood'nya tengah baik!
Tuan Ahmad bin Nor: Terima kasih. Kalau Ahli Yang Berhormat
Arau selalu bersifat sedemikian dan menasihatkan rakan-rakannya
seperti Ahli dari Parit Sulong yang berlumur dengan selut itu, saya
DR.12.7.94 - 89 -
percaya masalah ini tidak akan berulang lagi. Kita pun boleh
berlembut daripada itu kerana kita dididik secara lembut. Di
sebabkan ada orang-orang UMNO yang hendak menunjukkan 'kema kepala"
dan 'angkuh' , kita terpaksa berbuat demikian kerana itulah sifat-
sifae yang berlawanan yang perlu kita tunjuk.
Tuan Pengeruai, saya rasa dalam soal pinjaman sama ada untuk
tujuan kenderaan dan lain-lain yang telah disediakan kepada pegawai-
pegawai dalam perkhidmatan awam, ia seharusnya dibuat secara yang
sama, secara yang standard. Sama ada pegawai itu pegawai berjawatan
tertinggi mahupun pegawai yang berjawatan biasa, syarat-syarat yang
akan dikenakan atau yang dikawal ke atas pinjaman-pinjaman berkenaan
itu hendaklah dibuat mengikut peraturan yang telah dicetapkan. Kita
tidak mahu mendengar bahawa pinjaman-pinjaman ini ada perbezaan di
antara yang di atas dengan yang di bawah.
Saya juga ingin tahu selain daripada pinjaman untuk kenderaan
bermotor, adakah pula setengah-setengah daripada pegawai tertinggi
di dalam agensi ini diberi kereta jabatan yang percuma? Jika
sekiranya mereka ini menikmati kenderaan yang percuma ataupun
kenderaan jabatan, adakah juga mereka ini dibenarkan membuat
pinjaman ke atas kenderaan yang digunakan untuk kegunaan
persendirian?
Tuan Pengerusi, di samping itu jika sekiranya kenderaan ini
adalah kenderaan jabatan, saya ingin mengingatkan pihak Kerajaan
bahawa penggunaan ke atas kenderaan-kenderaan jabatan ini hendaklah
dikawal dengan cara yang rapi. Kita tidak mahu ada penyalahgunaan
DR.12.7.94 - 90 -
kuasa dan salah guna ke atas kenderan-kenderaan yang telah
disediakan oleh jabatan. Dengan itu saya ucapkan terima kasih.
Tuan Pengeruai [Tuan Haj i Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang
Berhormat Arau.
5.06 ptg.
Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Pengerusi, saya mengucapkan
terima kasih kerana diberikan peluang untuk membahaskan mengenai
Maksud B.7 - Jabatan Perdana Menteri. Cuma persoalan saya kepada
pihak yang --enyediakan Kertas ini supaya perincian di buat di
mana-mana untuk membolehkan kita berbincang dengan lebih khusus
mengenai tajuk ini. Masalahnya, RM900,000 ini diberikan untuk
tujuan pinjaman kenderaan berraotor dan juga komputer. Jadi,
sekarang kita tidak tahu untuk komputer banyak mana. Saya cari di
mana-mana dalam Kertas ini saya tidak jumpa. Jadi, saya ingat
itulah sebabnya kawan-kawan saya terpusing tajuk. Ini termasuklah
Yang Berhormat yang telah diberi gelaran tadil Saya tidak mahu
memberi gelaran dan saya tidak gembira berbuat demikian walaupun
kadang-kadang Yang Berhormat berbuat deraikian.
Saya telah bercakap dengan panjang lebar berhubung dengan SSB
dan juga KSN. Yang menjadi masalah saya ialah, bila saya bercakap
dan selepas itu DAP bercakap, jadi, saya susah untuk hendak ulang
balik. Walau bagaimanapun, tolonglah tengokkan kerana mereka ini
juga adalah pegawai yang terlibat berhubung dengan SSB yang sekarang
ini dipertikaikan dengan hebatnya di seluruh negara.
Tuan Ahmad bin Nor: [Menyampuk]
Tuan Shahidan biu Kassim: Mukaddimah!
DR.12.7.94 - 91 -
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Itu baru
mukaddimah. Beri dia peluang mengemukakan mukaddimahnya.
Tuan Ahmad bin Nor: [Menyampuk]
Tuan Shahidan bin Kassim: Ini contoh. Contohl
Tuan Ahmad bin Nor: Ini awak sentuh SSB juga!
Tuan Shahidan bin Kassim: Tadi kamu bendak supaya berani
diambil tindakan atau pun katnu hendak supaya kamu dapat publisiti?
Sekarang ini saya tidak peduli kepada publisiti tetapi saya hendak
supaya tindakan diambil, Sekurang-kurangnya apa yang saya cakapkan
adalah sealiran dengan kamu! Allahuakhbar! Tak faham! Saya rasa
mereka ini hanya seronok publisiti. Saya tidak hendak itu seraua.
Yang saya hendak ialah supaya Kerajaan memberi perhatian sebab yang
terlibat ialah pegawai-pegawai Kerajaan. Saya minta supaya sistem
SSB ini diberi perhatian. KSN tolonglah beri perhatian sedikit
supaya sambungan bekerja dua tahun lagi ini dapat memberi perhatian
habis-habiaan.
Saya sedar bahawa permainan sukan golf dan sebagainya adalah
penting untuk kesihatan tetapi berilah perhatian sedikit kepada SSB
sebab banyak pegawai-pegawai Kerajaan yang tidak puas hati. Cukup
setakat itu dan saya berpuas hati sebab dapat menyebutkan perkara
itu di sini. Saya harap lebih perhatian dapat diberikan kepada
masalah SSB yang sekarang ini menjadi rungutan banyak ketua-ketua
jabatan dan juga menjadi rungutan setengah daripada mereka yang
berada dalam Kerajaan dan di kalangan politik.
Tuan Pengerusi, keduanya berhubung dengan kenderaan bermotor.
Ini saya hendak bertanya, sebab saya pernah menjadil pegawai Kerajaan
DR.12.7.94 - 92 -
tetapi tinggi sedikit daripada pegawai Kastam. Dahulu pernah ada
disebut tentang claim untuk motorbot - ada claira motorbot. Adakah
motorbot ini dimasukkan dalam senarai yang boleh kita beli? Dan dia
punya bentuk pinjaman itu macam mana? Sebab pegawai Maritim ini dia
kena melawat laut, melawat kapal. Adakah mereka ini dibenarkan
membeli kenderaan berpiotor dalam air? Kenderaan berraotor yang
disebutkan di sini mungkin kenderaan bermotor di atas darat, Sama
ada mereka ini dibenarkan membeli motorbot ataupun kenderaan air
yang bermotor. Kalau kenderaan yang bermotor, saya hendak bertanya
kepada Yang Berhormat, pinjaman itu dalam bentuk mana? Harga
kenderaan di darat berlainan dengan harga kenderaan di laut.
Sebagai contoh, [menunjukkan katalog bot] macam ini, cuba
tengok, bot ini cantik, ya! Ahli Bayan Baru hendak beli. Jadi,
saya hendak tunjuk katalognya. Bot ini nampaknya kecil tetapi
harganya RM90,000. Kalau kenderaan Proton Saga - saya terlupa
harganya sebab saya beli kereta second hand. Jadi, saya tidak tahu
- RM40,000. Kalau sekiranya hendak diberi pinjaman kepada kenderaan
air yang mempunyai rootor, berapa pinjaman yang dibenarkan? Kalau
Maritim ini, saya ingat banyak menggunakan perjalanan air sebab dia
terpaksa melawat dari masa ke semasa sebuah kapal research Malaysia
yang mungkin berada di tengah laut dengan menggunakan bot-bot yang
disediakan oleh pihak Institut sendiri. Kadang-kadang mungkin bot
tidak mencukupi dan sebagainya, jadi mereka terpaksa menggunakan
kenderaan sendiri yang kadang-kadang kalau disewa harganya mahal.
Jadi, saya hendak tanya, bagaimana bentuk pinjaman yang boleh
diberikan kepada pegawai-pegawai yang mereka rasa mereka lebih
DR.12.7. 94 - 93 -
berminat untuk membeli kenderaan air yang bermotor jika dibandingkan
dengan kenderaan darat yang bermotor? Sebenarnya tajuk ini amat
susah untuk dibincangkan sebab Ahli-ahli Yang Berhormat mula
menghadkan tajukrtajuk yang khusus...
Tuan Ahmad bin Nor: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ahli
Yang Berhormat Bayan Baru minta jalan, Yang Berhormat.
Tuan Shahidan bin Kassim: Ya.
Tuaa Ahmad bin Nor: Tuan Pengerusi, saya ingin minta
penjelasan daripada Ahli Yang Berhorraat Arau. Yang Berhormat Arau
mengatakan bahawa dia ini adalah bekaa pegawai perkhidmatan awam.
Saya pun bersetujulah dan saya pun tahu. Saya ingin tahu, selama
dia berada dalara perkhidmatan awam dan dengan pengalaman beliau
sendiri adakah dia sedar bahawa dalam apa juga bentuk arahan, atau
pekeliling atau apa juga ketetapan yang telah dibuat, tidak pernah
kita dengar bahawa Kerajaan memberi pinjaman untuk kenderaan air
bermotor. Tidak pernah kita dengar lagi! Tidak tahulah mungkin
idea ini satu perkara baru! Mungkin barangkali dia hendak jadi ejen
bot, sebab itu dia bawa katalog dan tunjuk kepada semual Saya raaa
dia ada kepentingan agaknya! Ini kot, kotlah! Bukan saya tuduh,
saya tanya sahaja. Kalau ada kepentingan, sila isytiharkan. Adakah
dia sedar bahawa pinjaman kenderaan air bermotor tidak pernah
wujud. Sekian, terima kaaih.
DR.12.7.94 - 94 -
Tuan Shahidan bin Kassim: Itu sebab saya kata tadi, dia Pegawai
Kastam. Saya pegawai PTD, kerja di Treasury, hebatkah tidak?
Tentulah tajuk yang saya cakap itu ada hubung kait. Saya pernah
come across, pegawai-pegawai tolong perbetulkanlah - di Sarawak,
kalau saya tak silap, ada tuntutan untuk enjin sangkut, ada. Saya
terlupa berapa kiraannya. Ada, Berapa?
Tuan James Jimbun Anak Pungga: Ada.
Tuan Shahidan bin Kassim: Very good, tengok orang Sarawak boleh
buktikan. Sebab itu saya kata, kalau tak pandai, jangan bercakap.
Tadi saya sudah cuba hendak jadi orang baik, sekarang sudah jadi
jahat balik, nakal balik - susah. Tiap-tiap orang hendak jadi baik,
kalau kawan dengan DAP akan jadi jahat semula, inilah akibatnya.
Saya memang hendak jadi baik tadi, sebab besok saya hendak anjurkan
Majlis taklimat tentang Al-Arqam, jadi saya pun jadi baik hari ini.
Tiba-tiba dia mengajar saya jadi jahat. Saya tak mahu kata dia
'bodoh' dan sebagainya, itu bahasa yang tak tepat, tak elok. Sebab
kalau anak-anak dengar tak syok, mujur tak ada orang.
Kita tahu Yang Berhormat kurang arif, jadi Yang Berhormat tak
payah bercakaplah. Yang Berhormat cakap pula seolah-olah roacam
orang mabuk - wah! dengan begitu semangat bertanya, adakah pernah -
mana. Kalau tak ada asas, tak usah bercakap. Ini Arau dia fesyen
itu, kalau tidak ada asas tak bercakap. Memang perangai saya dari
dahulu, daripada kecil sampai besar , itu sebab dia boleh j adi
manusia berwibawa. [Ketawa]
DR.12 .7 .94 - 95 -
Saya hendak bertanya supaya boleh dipert imbangkan, kalau tak
ada, maka diadakan, sebab ini berhubung dengan pegawai-pegawai
Maritim. Di Sarawak ada pinjaman ini, ada tuntutan tentang itu.
Saya tak pasti sama ada pinjaman untuk beli enjin sangkut atau untuk
apa. Sebab di Sarawak mereka terpaksa berulang-alik menggunakan
sungai. Semasa saya ke r j a di Treasury, saya melawat Sarawak, tidak
ada jalan. Saya pergi ke Kapit naik bot, Yang Berhormat. Kita
terpaksa buat tun tu tan elaun motorbot . Itu yang saya hendak cerita
sebab saya tahu, maka saya cakap.
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Saya hendak minta
penjelasan, adakah Yang Berhormat dari Bayan Baru hendak bertanya
kepada Arau, mungkin Bayan Baru tak tahu sebab DAP pun hanya
bergerak kononnya membela orang bandar , t e t ap i di luar bandar dia
tak pernah pergi , ke sungai-sungai dia tidak pernah pergi. 01 eh
kerana itu, dia tidak tahu skim-skim bantuan yang per lu diadakan
untuk membangun dan membela orang di luar bandar seperti yang
tinggal di muara sungai atau di kuala sungai. Ini menunjukkan
bahawa kalaulah DAP seperti Yang Berhormat dari Bayan Baru memper-
juangkan naaib orang-orang kampung di luar bandar, aebenarnya hanya
perjuangan mulut sahaja tetapi bukan daripada hati.
Tuan Shahidan bin Kaasim: Tepat sekali Rompin bercakap. DAP!
mana ada bukti DAP pernah menang di kawasan luar bandar, tunjuk pada
saya, mana dia. Mana dia pemimpin DAP dari luar bandar , tak ada.
Dia curi raakan di Kuala Lumpur. Kita bangunkan Kuala Lumpur, dia
pergi cari makan, dia kata dia buat pembangunan. Kita terpaksa
bangunkan Kuala Lumpur sebab ibu negara. Jadi, dia ambil kesempatan
bahawa Kuala Lumpur ini kerana DAP bangkang menyebabkan Kuala Lumpur
hebat membangun dan sebagainya.
DR.12.7.94 - 96 -
Tuan Ahmad bin Nor: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Haj i Juhar bin Haji Mahiruddin]: Bayan
Baru minta jalan, Yang Berhormat.
Tuan Shahidan bin Kassim: Dia hanya curi makan di Kuala Lumpur.
Jadi, kita boleh gelar DAP parti pencuri makan di kawasan bandar,
betulkah tidak? Orang yang memperjuangkan nasib luar bandar ialah
parti Barisan Nasional.
Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Pengerusi, orang-orang bandar ini
memang bernasib baik kerana ada DAP. Kerana ada DAP ini mereka rasa
- tetapi kuranglah, tetapi mereka boleh diputarbelit, dikelirukan.
Saya tak mahu kata ditipu, nanti tak baiklah kata ditipu. Sebenar-
nya itulah orang-orang kampung, orang-orang luar bandar bernasib"
kurang baik kerana masih ada pemimpin-pemimpin politik yang boleh
mengelirukan mereka, yang boleh pesongkan fikiran mereka hendak undi
semata-mata, sebab itu maka hidup di luar bandar, tetapi di dalara
bandar tidak ada chance. Orang-orang di bandar banyak yang ber-
pendidikan, banyak fikiran terbuka dan tahu menilai sama ada DAP
baikkah atau UMNO baikkah, sebab itu UMNO tak ada chance langsung
pijak kawasan bandar.
Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Pengerusi, kalau orang politik
bertanya Yang Berhormat, nahas, terutamanya Barisan Nasional.
Sekarang ini DAP kalau dia hendak pergi ke luar bandar, dia tak
boleh pusing sebab dia rasa dia memang tewas, dia tak boleh tipu,
maka dia pasang PAS dan S.46. Itu sebab dia masuk bawah APU.
Sebenarnya yang menipu dan sebagainya depa inilah, depa tu-lah, tak
payah sebutlah. Mereka ini yang menipu dan memesong pemikiran
rakyat, membuat tafsiran yang salah, raengeluar hukum-hukum baru dan
sebagainya. DAP sendiri tak boleh pergi ke luar bandar dia pasang
DR.12.7.94 - 97 -
kaki, dia bubuh nama APU. Walaupun tuduhan tentang PAS dengan
GERAKAN berjumpa di Jakarta sama ada benar atau tidak kita tak tahu.
Tetapi kalau tidak ada angin, macam mana pokok bergoyang.
Jadi, sebenarnya saya hendak beritahu Yang Berhormat dari Eayan
Baru walaupun DAP bernasib baik kerana dapat memang di bandar,
tetapi DAP tak boleh cipu luar bandar, DAP telah bercanggah dengan
S.46 dan PAS. Mana boleh DAP buat macam itu. Kawan baik, tak boleh
buat macam itu, tak baik. Sebab walaupun APU tak boleh memerintah
sampai bila-bila, tecapi cakaplah dalara bahasa yang mudah "sentiasa
bersama." Kalau apa yang PAS bercakap, DAP bercakap macam PAS.
Kalau S.46 bercakap, 5.46. S.46 pun dahulu macam UMNO. Tetapi bila
masuk PAS, dia sudah jadi ustaz dan sebagainya. Dia tak mengerti
hudud pun, dia cakap pasal hudud. Tuan Pengerusi, saya hendak
menerangkan - macam PM bercakap betul, tepat sekali, tidak pernah
silap.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Jadi, aaya hendak bertanya apakah boleh peraturan dibuat untuk
membolehkan kenderaan bermotor di darat dan kenderaan bermotor di
air ini disamakan dalam bentuk itu. Kalau Proton Saga harganya
berapa, bot yang boleh mereka beli di air harganya bersesuaian.
Sayd bukan ej en motorbot dan sebagainya, saya declare saya punya
interest, aaya tak berminat pun. Tetapi saya minat motorbot ini,
itu sebab saya bawa benda ini untuk hendak tunjuk. Sebab DAP dia
kata tak berminat, tetapi banyak rakan-rakannya menggunakan motorbot
ini. Saya hendak beritahu sebab ada Ahli-ahli DAP yang berminat
benda-benda luxury ini, dia kata jangan beritahu pada member lain,
nanti dia arabil tindakan pada saya. Setiausaha Agung garang sedikit
kadang-kadang dekat pilihanraya. Betul Tuan Pengerusi, sebab semua
DR.12.7.94 - 98 -
orang takut sekarang. Kecuali yang tak takut hanya Yang Berhormat
dari Kota Melaka, sebab dua beranak mana boleh takut.
Tuan Pengerusi, saya minta supaya kalau peraturan tidak ada,
peraturan diadakan untuk membolehkan pegawai-pegawai ini supaya
dapat bekerja dengan lebih baik lagi dan prestasi mereka lebih
ceraerlang, walaupun SSB kadang-kadang menghantui mereka. Sebab saya
sudah beritahu dahulu SSB ini kadang-kadang timbul masalah dari segi
kenaikan pangkat.
Kalau dahulu senang cerita, sebab dia melalui proses biasa,
tetapi jarang orang boleh pertikai. Tetapi yang ini susah, sebab
kuasa ketua jabatan begitu hebat. Kadang-kadang saya sudah
beritahu, bukan saya anti pertubuhan ini, tetapi saya menyokong.
Kadang-kadang ada orang yang baik dengan PUSPANITA dan sebagainya,
jadi tahu sahajalah pengaruh isterinya hebat; kalau pegawai Kerajaan
pererapuan, pengaruh suaminya hebat - tetapi PUSPANITA ahlinya cuma
iateri sahaja bukan? Jadi, kadang-kadang dia ada hubung kait.
Walaupun benda ini saya tak patut bercakap, tetapi pegawai-
pegawai Kerajaan cakap. Saya kasihan, beraimpati dengan mereka
supaya sesuatu dapat dibuat untuk memulihkan keadaan. Saya bukan
hendak tegur dengan keras kepada KSN, tetapi saya kata buat sesuatu.
Jangan marah pada saya. Saya tahu ada pegawainya beritahu kepada
KSN, jumpa saya tengok mukanya masara, janganlah masam, ambil
tindakan cukup. Kita hanya hendak minta supaya benda ini jadi elok.
Bila elok, negara elok; bila negara elok, seraua orang sokong Barisan
Nasional, DAP tak laku. Jadi, Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Tuan Pengerusi: Batang Lupar.
DR. 12.7.-94 - 99 -
5.18 ptg.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Saya tidak akan
keluar daripada tajuk, Tuan Pengerusi. Saya tidak akan menyentuh
soal SSB walaupun saya bersetuju apa yang rakan saya dari Arau
sebutkan tadi dengan kata-kata yang manis, yang halus dan tidak
menyakitkan perasaan pegawai-pegawai Kerajaan. Jadi, janganlah kita
membuat sangkaan jahat kepada pegawai-pegawai Kerajaan, kerana
mereka tidak dibenar bercakap di sini, Tuan Pengerusi. Kalau
dibenar bercakap di sini, mungkin dia pun boleh bertawan di sini
dengan kita, sama ada dengan DAP atau siapakah.
Jadi, saya akan tetap mengikut tajuk dan membahaskan soalan-
soalan yang dibangkitkan di sini, iaitu Kumpulan Wang Pusingan
Pinjaman Kenderaan Bermotor. Satu soalan terlebih dahulu, iaitu
soalan yang pertama, berapa banyakkah daripada peruntukan yang
dikhaskan di sini untuk Kumpulan Wang Pinjaman Kenderaan Bermotor
dan berapa banyakkah untuk komputer bagi Institut Hal Ehwal Maritim
Malaysia (MIMA), kerana saya hendak menyentuh soalan tadi, iaitu
pinjaman kenderaan yang bermotor. Ini bukan bincang, tetapi soalan,
kerana dalam Jawatankuasa ini kita tidak boleh bincang sangat.
Macam Arau tadi dia bangkit soalan yang telah dibangkitkan oleh
pihak DAP.
DR.12.7.94 -100-
Jadi, persoalan yang saya hendak bangkitkan di sini dengan
khusus juga macam mana saudara saya daripada Arau bercakap tadi di
Sarawak memang kita menggunakan sungai yang banyak. Jadi adakah
peruntukan khas dibuat? Kita boleh tuntut kalau travelling meng-
gunakan bot di Sarawak tetapi persoalaunya kalau pegawai-pegawai
kita yang berkhidmat di hulu, ditempat-tempat yang mana sungai
adalah terapat yang popular sekali di Sarawak untuk perhubungan.
Kalau di kawasan saya Batang Lupar ini tiga batang sungai. Orang
Sarawak kata 'batang' ini - sungai, yang 'parit' itu kecil sedikit-
lah. Jadi, Batang Sadong sebelah selatannya, di tengahnya Batang
Lupar dan di hujung lagi Batang Saribas - tiga sungai yang besar.
Di sungai yang besar itu banyak perahu-perahu dan motorbot, guru-
guru kita pun ada, pegawai-pegawai Kerajaan selalu berulang-alik
menerusi sungai dan di pesisiran Laut China Selatan di kawasan
Batang Lupar.
Jadi, adakah peruntukan untuk membeli bot kepada pegawai-
pegawai yang berkenaan? Itu soalan yang kedua.
Soalan yang seterusnya, berbangkit kepada persoalan komputer
Institut Hal Ehwal Maritim Malaysia (MIMA) ini ialah kalau kita
pandang dalam Kementerian Ini juga ada pihak Polis DiRaja Malaysia
dapat RM49 juCa untuk koraputer, yang MIMA ini cuma dapat sebahagian
daripada RM900,000 ini. Jadi, soalan saya adakah peruntukan yang
DR.12.7.94 -101-
dikhaskan oleh pihak Kerajaan ini mencukupi? Oleh kerana masalah
komputer ini, saya memang tahu sedikit - banyak tidak! Cuma tahu
sedikit soalan komputer. Kalau kita beli kompucer untuk meng-
komputerisasikan program jabatan-jabatan yang berkenaan ataupun
badan-badan yang berkenaan dan kalau satu peringkat nanti kita
dapati yang kornputcr ini belum mencukupi untuk peruntukan daripada
masa sekarang ke masa yang akan datang, kalau kita upgrade dia, ber-
kehendakkan kepada wang yang besar.
Jadi, adakah peruntukan yang dikhaskan di sini mencukupi?
Kerana upgrading ini lebih mahal daripada membeli daripada asal,
kadang-kadang kalau komputer yang berlainan kalau brand itu tak
keluar lagi, komputer yang asal tak boleh bercakap dengan komputer
yang baru, jadi they cannot speak the same language, dengan izin.
Jadt, kita kenalah daripada awal kita rancangkan supaya komputer
yang kita beli daripada masa sekarang mencukupi kehendak kita
mungkin kepada dekad yang akan datang, sekurang-kurangnya ke dekad
tahun 2000.
Jadi, persoalan saya adakah mencukupi dan sejauh manakah rangka
planning pihak MIMA ini untuk mempergunakan komputer dan apakah
kalau belum cukup ataupun hendak diupgraded pada masa-masa yang akan
datang dan bagaimana?
Tuan Pengerusi, dengan itu, saya memang tidak pernahlah mem-
buang masa Dewan dengan begitu sahaja kerana masa kita berharga.
Terima kasih.
DR.12.7.94 -102-
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
5.25 ptg.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Meateri [Dato' Wong See
Wah]: Tuan Pengerusi, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih
kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di
dalam tajuk ini.
Pertama, saya mengucapkan terima kasih juga kepada Ahli Yang
Berhormat dari Bayan Baru yang telah menimbulkan masalah mengenai
syarat-syarat perraohonan untuk pinjaman kenderaan dan komputer ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Institut Hal Ehwal Maritim
Malaysia hanya telah ditubuhkan pada tahun 19hb Julai 1993, maknanya
pertubuhan ini hanya berumur satu tahun sahaja. Dan dalam satu
tahun ini kerja-kerja telah dijalankan untuk persiapan jabatan untuk
pengambilan kakitangan dan sebagainya. MIMA ini adalah satu
pertubuhan yang didaftarkan sebagai sebuah syarikat berhad menurut
jaminan oleh Kerajaan untuk mengendalikan tanggungjawab yang diberi-
kan berdasarkan kepada:-
(i) Memorandum and Articles of Association of
Malaysian Institute of Maritime Affair, dengan
Lziii; dan
(ii) Akta Syarikat 1965.
Sama ada kakitangan MIMA ini akan menikmati kemudahan-kemudahan
pinjaman seperti yang dinikmati oleh kakitangan Kerajaan yang lain,
agensi-agensi yang lain, jawapannya ialah, ya; iaitu ia akan
DR.12.7.94 -103-
menerima segala kemudahan pinjaman sama ada untuk kenderaan bermotor
ataupun komputer sama dengan kakitangan-kakitangan Kerajaan yang
lain yang menikmati kemudahan ini.
Saya ucapkan terima kasih kepada Arau kerana telah membuat
cadangan
Tuan Ahmad bin Nor: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Ya, silal
Tuan Ahmad bin Nor: Saya ingin tahu Yang Berhormat mengatakan
tadi bahawa MIMA ini ditubuh dan didaftar sebagai syarikat sdn. bhd.
- kalau tak salah saya difahamkan tadi. Jadi, bagaimanakah per-
aturan-peraturan yang dikenakan kepada perkhidmatan awam dalam segi
kemudahan pinjaman kenderaan dan komputer ini dapat dilaksanakan
dalam sebuah syarikat walaupun syarikat itu milik Kerajaan 100%?
Kerana dia mungkin mempunyai lain-lain syarat perkhidmatan, lain-
lain cara daripada perkhidmatan awama am. Bagaimanakah ini dapat di-
laksanakan dalam sesebuah syarikat yang didaftarkan di bawah .sdn.
bhd. itu?
Dato' Wong See Wah: Tuan Pengerusi, Syarikat MIMA ini memang
menentukan syarat-syarat seperti yang dilaksanakan dan ditentukan
dan untuk perkhidmatan awam. Dan saya rasa RM900,000 yang ditentu-
kan ini adalah untuk tabung pusingan untuk tujuan ini yang dilulus-
kan yang dijangka akan berpusing selaraa boleh bertahan untuk
pinjaman kepada kakitangan MIMA ini selama lima tahun.
DR.12.7.94 -104-
Tuan Pengerusi, untuk menjawab soalan daripada Arau, cadangan-
nya ialah supaya dapat dipecahkan - saya ucapkan terima kasihlah dan
kita akan mengambil kira. Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat
iaitu untuk koraputer perantukan sebanyak RM150,000 adalah dikhaskan
dan untuk kenderaan berraotor peruntukannya ialah sebanyak RM750,000.
Saya ucapkan terima kasih dan akan diambil ingatan supaya akan
dipecahkan di atas tajuk ini dan juga cadangan supaya sama ada akan
diberikan pinjaman untuk supaya dapat diberi pinjaman kepada kaki-
tangan MIHA untuk memiliki kenderaan bermotor lauCan dan ini akan
diambil ingatan*
Bagi Ahli Yang Berhormat dari Batang Lupar laitu komputer
RM900,000 ini digunakan untuk apa - telah saya jawabl Sama ada cukup
untuk koraputer ini? Yang sebenarnya tabung pusingan ini adalah ber-
tujuan untuk pinjaman aahaja dan sama ada tabung ini adalah untuk
kelengkapan pejabat itu - ini adalah peruntukan yang berlainan dan
peruntukan ini adalah cukup untuk melengkapi koraputer, untuk
kegunaan penyelidikan dan kegunaan jabatan itu - tidaklah sama
dengan tajuk ini.
Tuan Pengerusi, saya rasa saya telah raenjawab semua persoalan.
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhorraat, raasalahnya ialah
bahawa wang sejumlah RM900,000 untuk Maksud B.7 di bawah Jabatan
Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetuju-
kan.
Masalah dikemuka bagi dipuCuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM900,000 untuk Maksud B.7 diperintahkan jadi
sebahagian daripada Jadual Pertama.
DR.12.7.94 - 105 -
Makaud B.14 [Jadual] -
Tuan Pengerusi: Kepala Bekalan B.14 di bawah Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka untuk di bahas. KoCa
Melaka.
5.30 ptg.
Tuan Lim Guan Eng [Kota Melaka]: Tuan Pengerusi, saya merujuk
kepada cambahan sebanyak 1̂ 155,200,000 yang dikchcndaki untuk
pcrbelanjaan menampung pcnyelcnggaraan dan membaiki longkang dan
parit di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negara serta untuk
raerabiayai pembinaan projek-projek kccil pihak Berkuasa Tempatan bagi
meningkatkan keraudahan awara dan sosio-ekonorai raasyarakat.
Tuan Pcngerusi, dt sini saya hcndak raerujuk kepada RM50 juta
yang diperuntukkan oleh Kabinet untuk memulihkan keadaan longkang-
longkang dan parit-parti di keseraua 143 Kcrajaan TcmpaCan di negara
kita. Saya amat terkejut dengan satu jawapan oleh Yang Berhormat
Timbalan Mcntcri bahawa jumlah yang diminta oleh 86 Kerajaan
Tempatan yang setakat ini raenghantar maklumat dan gambar-gambar
tcntang longkang-longkang dan parit-parit, hanyalah bcrjumlah
setakat lebih kurang RM130 juta dan kalau kesemuanya menghantar
laporan yang lengkap, tidak akan mclebihi RM200 juta.
Di sini saya hendak bertanya, sama ada dari segi kriteria untuk
membolehkan pihak Kerajaan Tempatan menghantar permohonan. Adakah
mereka dihadkan jumlah yang mereka boleh memohon kerana kalau tidak
DR.12.7.94 - 106 -
silap saya, di Kuala Lumpur sahaja, untuk metnulihkan keadaan
longkang dan parit yang sangaC tcruk dan mengakibatkan kckerapan
banjir, saya rasa RM200 juta itu mungkin Cidak cukup. Takkan
keseraua Kerajaan Tempatan - 86 buah, hanya $100 juta lcbih. Sebab
itu, saya amat hairan dan tidak berapa percaya bahawa RM50 juta -
sungguhpun Vang Berhormat Timbalan Menteri raengakui tidak mencukupi,
tetapi yang dirainta dan dipohon hanya seCakat RM130 juta lebih,
kalau tidak silap saya, daripada jawapan yang diberi oleh Yang
Berhormat Timbalan Menteri.
Di sini, saya berharap Yang Berhormat Timbalan MenCcri bolehlah
memberikan jawapan yang lebih menyeluruh dan saya pun mesti
mengucapkan tahniah tentang kerajinan beli.au tentang perkara ini,
sckurang-kurangnya beliau bertanggungjawab untuk mcnghadiri Parlimen
dan memberikan jawapan kepada Ahli-ahli yang berrainat tentang
perkara ini, bukan scperti bossnya yang tidak berani datang
langsung. Mungkin inilah yang raenunjukkan sebab mengapa Kerajaan
Tempatan tidak layan langsung arahan dia.
UnCuk memcnuhi. tanggungjawab beliau, mungkin gelaran KcraenCcrian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan harus ditukar menjadi Kemcnterian
Longkang yang lcbih sesuai kepada Yang Bcrhormat Mentcri sekarang -
Yang Berhormat Mentcri Longkang, yang sekarang ini dia tidak boleh
bincang tentang rumah kos rendah, dia hanya bincang longkang
sahaja. Rumah kos rendah sckarang tanggungjawab Yang Amat Berhormat
Timbalan Perdana Mcnteri, yang lebih gigih tentang masalah ini.
Tidak seperti Yang Bcrhormac Menteri yang tidak berupaya langsung
untuk membina lebih banyak rumah k,os rendah ataupun memenuhl sasaran
yang tclah ditetapkan.
DR.12.7.94 - 107 -
Tuan Pengerusi, oleh sebab itu di sini, saya sekali lagi ingin
meminta plhak Kerajaan menambah peruntukan yang ditetapkan, Kalau
Yang Berhormat Tirabalan Menteri merasa bahawa peruntukan RM200 juta
yang ia sebutkan tempoh hari - cukup, bolehkah kita membuatkan
perraohonan sebagai menunjukkan terapat-tempat l.ain, di raana longkang
dan parit perlu dibina? Kerana memang RM500 juta yang saya cadang-
kan ini, saya rasa pun mumgkin tidak cukup. Saya tidak tahu sama
ada Majlis Pcrbandaran Melaka - Bandaraya Bersejarah, ada menghantar
perroohonan, tctapi mengikut surat khabar sudah hantar. Tetapi ada-
kah ntereka menghantar perraohonan untuk mengatasi masalah banjir
kilat yang sering dihadapi oleh Bandaraya Melaka kebelakangan ini
dan berapakah juralah yang akan diminta? Kerana mengikut satu
anggaran yang dibuat oleh beberapa jurutera tentang masalah
perparitan di Bandaraya Melaka, bukan di semua negeri Melaka, saya
rasa, raungkin, kalau untuk mcngatasi masalah perparitan, sckurang-
kurangnya RM20 juta.
Oleh sebab itu, saya hcndak bertanya sama ada satu had (ceiling)
dikenakan, supaya sctiap Kerajaan Tempatan tidak boleh memohon
lebih. Apakah kriteria yang ditetapkan, dan sama ada di dalam
perkara ini juga jika pihak Ketnenterian membenarkan cadangan oleh
orang awara di raana pihak Kerajaan Tcmpatan telah gagal dalam usaha
racngatasi masalah raercka, bolehkah penduduk orang awara atau pcnduduk
di kawasan yang sering mengalami banjir kilat? Bolehkah mereka
menghantar permohonan tcrus secara langsung kepada Yang Berhormat
Timbalan Menteri atau pihak Kcmenterian supaya masalah mercka bolch
diatasi?
DR.12.7.94 - 108 -
Tuan Pengerusi, di. sini saya rasa Yang Berhormac Timbalan
Menteri pun tahu, Ahli-ahli Majlis Tcmpatan memang tidak
bertanggungjawab atau tidak berasa bertanggungjawab untuk mengatasi
tnasalah para penduduk. Inilah sebabnya saya mencadangkan, kalau
mereka tidak menunaikan tanggungjawab mereka, potongtah gaji
mereka, Potong sampai habis dan gunakan wang ini unCuk projek
pembangunan yang meraanfaatkan rakyat. Seperti di Melaka, Majlis
Perbandaran Melaka, Bandaraya Bersejarah, ada 25 Ahli Majlis.
Sctiap tahun perbelanjaan mereka meningkat lebih daripada RM100,000.
Bukan sepcrti yang dikatakan oleh Yang Berhorraat Tirabalan Menteri -
satu balan untuk satu orang hanya RM400. 25 orang - berapa? RMAOO
x 25 - RM10,000. Sebulan RM10,000 - setahun - RMUO.OOO. Tatnbah
lagi kemudahan atau extra lawatan ke luar negeri secara percuma.
Ini mungkin RM85.000. Satu Cahun kena belanja RM200,000 untuk
setiap orang yang Cidak dipilih oleh rakyat langsung.
Kalau jumlah wang ini. bolch digunakan untuk rakyat, buat projek
kecil dan bina longkang, saya rasa ini akan mendatangkan facdah yang
lebih besar, Kalau mereka tidak mengikut arahan yang dikeluarkan
oleh pihak Keraenterian, mengapa tidak bolch potong gaji mcrcka?
Atau pecatkan mcrcka yang tidak berkcsan langsung! Ini yang berlaku
di Bandaraya Mclaka. Tidak bcrkesan langsung - sungguhpun Kctua
Mcnteri Melaka tclah melantik seorang Penolong Khas - ini tentu
untuk menghadapi pilihanraya besar, Cctapi tidak ada sebarang
cindakan yang diambil untuk mengatasi masalah banjir kilat.
DR.12.7.94 - 109 -
Inilah sebab, Tuan Pengerusi, saya rasa pihak Keraenterian"
kenalah tunjuk taring sedikit kerana tanpa menunjukkan bahawa pihak
Kementerian begitu serius, mereka ini t idak takut kerana raereka
dilaneik oleh Kerajean Negeri. Keraenterian Perumahan dan Kerajaan
Terapatan tidak boleh melakukan apa-apa ke atas mereka kerana
perlantikan bukan di bawah kuasa pihak Kementerian tetapi di bawah
kuasa pihak Negeri. Yang penting mereka ini pandai bodek Ketua
Menteri Melaka atau Ketua Mcnteri negeri tertentu tentu boleh kena
lantik. Jadi, macam mana 'Menteri Longkang1 boleh mendapaC aokongan
atau kerjasama dari Ahli-ahli Majlis Kerajaan TempaCan?
Lagi satu, demi raemaatikan kewibawaan pihak Kementerian dan
bahawa arahan dipatuhi. Saya rasa...
Tuan Yim Chee Chong; [Bangun]
Tuan Pengeruai: Ada yang bangun, Yang Berhorraat.
Tuan Lim Guan Eng: Siapa?
Tuan Pengeruai: Sereraban bangun.
Tuan Yim Chee Chong: Tuan Pengerusi.,,.
Tuan Pengerusi: Nanti sekejap. Tunggu dia beri jalan dahulu.
Tuan Yim Chee Chong: Tuan Pengerusi, tentang 'Menteri
Longkang'. Adakah jawatan 'Menteri Longkang1 di dalam Kabinet? Ini
pada hemat saya adalah sangkaan jahat.
Selain daripada itu, Yang Berhormat Kota Melaka mengatakan
tentang "tidak berkesan* Cadi. Biasanya 'berkesan1 tetapi pihak
Pembangkang terutama dari DAP yang raengatakan 'tidak berkesan'
adalah kerana untuk 'political mileage1.
DR.12 .7 .94 - 110 -
Tuan Pengerusi: Jadi, apa soalannya?
Tuan Yim Chee Chong: Soalannya, Tuan Pengerusi, tentang
'Menteri Longkang1. 'Menteri Longkang1 ini pada heraat saya adalah
sangkaan jahat. Itu aahaja, minta tarik baliklah. Sekian, teriraa
kasih.
Tuan Pengerusi: Ya, sila teruskan.
Tuan Lim Guan Eng: Terima kasih Yang Berhormat dari Seremban.
Mungkin ini penggal terakhirlah, jadi hendak cari 'chance1 untuk
berucap. [Ketawa] Tidak apalah. Saya rasa, ini cadangan saya
tentang Kementerian yang saya rasa cidak berkeaan. Oleh sebab itu
saya cadangkan nama ini ditukar kepada 'Menteri Longkang1 kerana dia
ini pandai jaga longkang sahaja. Mungkin Yang Berhormat Tirabalan
Menteri boleh kekal dipanggil Yang Berhormat Tirabalan Menteri
Peroraahan dan Kerajaan Tempatan teCapi hujah aaya tadi, aoalan utaraa
raengapa Ahli Majlis Kerajaan Terapatan tidak seriua dengan
tanggungjawab mereka keratia mereka tidak dipilih oleh rakyat .
Mereka dilantik. Oleh kerana mereka tidak dipilih oleh rakyat,
apabila rakyat berjurapa mereka tentang masalah ini, raereka cidak
ambil.,. .
Tuan Yim Chee Chong: [Bangun]
Tuan Lim Guan Eng: Apa hendak lagi?
Tuan Yim Chee Chong; Saya hendak minta penjelaaan tentang
perkara ' t idak seriua1 . Pada hemat saya, saya adalah sangat serius
berkhidraat unCuk rakyat.
Tuan Peageruai: Nanti dahulu, Yang Berhorraat. Hendak tninta,
kena tunggu dia orang beri kebenaran dahulu.
DR.12.7.94 - 111 -
Tuan Yim Chee Choog: Ya, saya hendak minta kebenaran.
Tuan Pengerusi: Ya, kasihankan dia. [Ketawa] Ya, sila.
Tuan Tim Chee Chong: Tentang ' tidak serius1 . Ini pada hemat
saya adalah sangkaan jahat juga. Biasanya mereka kuat kerja untuk
rakyat tetapi DAP kata 'tidak aerius1 juga bermakna Cidak
berkhidmat. Sebenarnya adalah berkhidmat, bersiap sedia, berkhidmat
untuk rakyat. Jadi, ' t idak serius' ini pada hemat saya adalah untuk
'political mileage1 DAP sahaja dalam Dewan ini. Itu sahaja. Teritna
kasih.
Tuan Pengerusi: Kota Melaka, raasa Yang Berhorraat sudah hampir
cukup.
Tuan Lim Guan Eng: Saya pun tidak mahu buang masa tetapi saya
rasa Yang Berhorraat dari Seremban kena balik dan rujuk kamuslah.
Apa makna ' ser ius 1 , Apa raakna ' t idak1 . Kalau tidak faham saya rasa
mungkin boleh tanya Tuan Pengerusi. Dia boleh ajar sedikit.
Tuan Yim Chee Chong: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat dari Seremban, cukuplah.
Tuan Llm Guan Eng: Saya tidak mahu . . .
Tuan Pengeruai: Yang Berhorraat Kota Melaka, sila.
Tuan Lim Guan Eng: Saya harap Yang Berhormat Seremban pun
boleh fahara raengapa Menteri ini sepatutnya dipanggil 'Menteri
Longkang1 kerana dia raemang tidak serius, meraang tidak
bertanggungjawab, meroang tidak berkesan. Sebab itu, Tuan Pengerusi,
selagi pihak Keraenterian tidak raerapunyai sebarang kuasa ke atas Ahli
DR.12,7 .94 - 112 -
Majlia Kerajaan Tempatan yang tidak berjiwa rakyat kerana tidak
dipilih oleh rakyat tetapi dilantik oleh ahli politikus atas khidmat
mereka ke atas kerjaya pemimpin-pemirapin sama ada parti UMNO, MCA
atau MIC. Bukan kerana perkhidmatan mereka ke atas rakyat .
Masalah rakyat tidak akan diambil berat langsung dan ini jelas
ketara dalam raasalah longkang di tnana arahan dikeluarkaj» oleh pihak
Keraenterian, Kerajaan Terapatan tidak arnbil kisah. Sangat raalu bila
seorang Menteri kena raengakui dalara suratkhabar bahawa arahan ini
tidak dipatuhi oleh lebih dari separuh Kerajaan Tempatan di negara
kita. Bukankah ini menunjukkan Menteri ini meraang tidak guna?
Oleh sebab itu saya rasa, Tuan Pengerusi, saya harap bahawa
perkara ini janganlah menjadikan sebagai satu habuan kerana
menjelang pilihan raya umum. Saya harap Kerajaan lebih seriua
menghadapi masalah banjir kilat yang raenjadi-jadi ekoran perabangunan
yang dibenarkan berlaku tanpa memastikan bahawa infrastruktur
longkang atau perparitan dibina terlebih dahulu. Ini sering
berlaku.
Saya tahu Yang Berhorraat Timbalan Menteri telah berkata bahawa
benda ini adalah dalam kajian tetapi saya harap, sungguhpun dalam
kajian bolehlah raembuat penemuan, rumusan dengan tepat supaya
masalah ini boleh diatasi.
Begitu juga mengenai masalah kerjasama. Kadangkala apa yang
berlaku ialah perparitan atau longkang yang sewajarnya tidak dibina
kerana terdapat penyelewengan di Kerajaan Terapatan dan saya tahu
DR.12.7.94 - 113 -
pihak Kementerian akan berkata sekali lagi bahawa raereka tidak
diberi kuasa dalam bidang ini. Oleh sebab itu, memandangkan bahawa
Kerajaan Tempatan tidak dipilih oleh rakyat, bolehkah Yang Berhormat
atau pihak Kementerian mencadangkan bahawa sekurang-kurangnya untuk
memasCikan akauntabiliti, Majlis Kerajaan Tempatan juga terpaksa
menjawab kepada soalan yang dicimbulkan oleh Dewan Rakyat, bukan
sahaja di Dewan Undangan Negeri. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi: Parit Sulong.
6.47 ptg.
Tuaa Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong]; Terima kasih, Tuan
Pengerusi. Saya raerujuk kepada Maksud B.14 - Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan khusuanya mengenai perbelanjaan tarabahan
sebanyak RM55,200,000.00. Yang pertaraanya RM50 juta untuk menampung
perbelanjaan bagi menyelenggara dan raembaiki longkang dan parit
dalam kawasan Pihak Berkuasa Terapatan di seluruh negara.
Dalam konteks ini, Tuan Pengerusi, saya cuma merujuk kepada
maaalah banjir kilat dan banjir tidak kilat di pekan Batu Pahat di
raana Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
juga datang dari terapat yang saraa dengan saya. Saya ingin bertanya,
berapa banyakkah peruntukan yang telah diberikan kepada Majlis
Daerah Batu Pahat Barat untuk mengatasi raasalah banjir kilat dan
masalah longkang-longkang yang kurang sempurna dalam Majlis Daerah
tersebut.
DR.12.7 .94 - 114 -
Dalam konteka yang sama juga, saya ingin menegur bahawa masalah
longkang ataupun saliran yang tidak berfungai di daerah Batu Pahat
atau Majlis Daerah Batu Pahat Barat mungkin bukan sahaja disebabkan
oleh masalah longkang yang tidak sempurna tetapi juga adalah akibat
daripada araalan, daripada minda dan roentaliti penduduk daerah itu
sendiri iaitu di pekan itu sendiri di mana masalah 'cleanliness'
ataupun kebersihan nampaknya menjadi masalah yang sekundar, raasalah
yang ' s econdary* . Sarapah-sampah dibuang di dalara longkang begitu
aahaja tetapi yang diburukkan adalah Kerajaan dan juga Majl is
Daerah. Lepas itu juga masalah mentalit i sesetengah pihak yang
dipertanggungjawabkan raengenai kebersihan bandar. Bagaimanakah cara
mereka memberaihkan bandar? Adakah dengan penuh sukarela, dengan
penuh dedikasi ataupun secara sambil lewa dan sebarangan sahaja.
Jadi, di dalam raengatasi masalah banjir kilat di Batu Pahat (
roesti ada beberapa strategi yang berbagai dimensi. Pertaraanya,
merabaiki longkang. Yang keduanya, membaiki rainda masyarakat
penduduk Majlis Daerah itu sendiri dan yang ketiga juga, merabaiki
minda sesetengah pekerja yang sarabil lewa di dalara memberaihkan
kawasan jagaan mereka.
Saya amat terhiris j iwa apabila mendengar saudara saya dari
Kota Melaka berbicara mengenai Ahli-ahli Majlis Daerah. Tuan
Pengerusi, saya pernah raenjadi seorang Ahli Majlis Daerah selaraa 6
tahun di Majlis Daerah Batu Pahat Barat. Sejak dahulu sarapai hari
ini saya masih lagi bercerita mengenai longkang. Walaupun Abli dari
Tanjong seraalam dengan 'reraarks1 yang "degradetori1 dan anaknya hari
ini raemburuk-burukkan dan merendah-rendahkan seorang Menteri kepada
taraf longkang tetapi Ahli Majlis Daerah adalah ahli . yang
berdedikasi.
DB.12.7.94 - 115 -
Mereka bukannya ahli yang tidak berj iwa rakyat. Tetapi DAP
sentiasa merendah-rendahkan Ahli Majlis Daerah sekadar untuk
memenuhi obsolete struggle - perjuangan yang kuno. Perjuangan yang
raeminta supaya Kerajaan liberalise jawatan melalui Majlis Daerah
supaya dipertandingkan, supaya boleh dijadikan jentera kepada DAP
merasuk dan juga meracuni masyarakat yang duduk di dalam mana
Majlis-majlis Daerah yang sekali gus dan secara tidak langsung
adalah masyarakat yang sebilangan besarnya adalah bukan Metayu. Itu
sahaja.
Jadi, kalau saudara daripada Kota Melaka kata hendak potong
gaji dan sebagainya, perkata ini tidak relevan. Saya sendiri
sewaktu saya menjadi ahli Majlis Daerah, kita berbicara mengenat
berbagai-bagai masalah. Kita dibahagikan kepada masalah trafik,
masalah pelan dan pembangunan bandar, roasalah kesihatan, masalah
kebersihan, raasalah cukai, budget dan sebagainya. Jadi, jangan
mengatakan dengan secara semberono, secara sweeping, secara lidah
yang tidak bertulang mengatakan ahli Majlis Daerah yang tidak
bertanggungjawab, ahli yang hanya kaki bodek, ampu bodek macam PAP.
Perkara ini tidak benar. Kalau sekiranya DAP tergolong sebagai
ahlt yang benar-bcnar mahu mencerminkan orang yang bertanggungjawab,
mereka harus bercakap secara bertanggungjawab juga. Oleh kerana
saya dapat melihat, sebagat seorang ahli Majlis Daerah, setiap bulan
dia terpaksa menghadiri meayuarat pre-council, full-council, masalah
Jawatankuasa - RM300 sebulan diungkitl Ini tidak betul.
DR.12.7.94 - 116 -
Saya harap pihak Kerajaan akan metnberhentikan obsolete struggle
ini, pihak DAP ini, once and for all. Oleh kerana saya rasa metnang
inilah satu perjuangan yang langsung tidak berprinsip apabila
mengatakan tadi, ahli-ahli Majlis Daerah tidak bertanggungjawab;
ahli-ahli Majlis Daerah tidak berjiwa rakyat; ahli-ahli Majlis
Daerah kaki ampu; ahli-ahli Majlis Daerah tidak menjalankan tugas;
ahli-ahli Majlia Dacrah tidak menghormati arahan dan sebagainy*.
Perkara ini tidak betul» Tuan Pengerusi. Mentaliti minda DAP
harus dibetulkan. Kalau ttdak, merekalah yang berminda longkang,
merekalah yang lcbih buruk dari longkang, jiwa mereka lebih kotor
dari longkang. Terirna kasih*
Tuan Pengcruii; Kepong. Lepas itu Mentcri menjawab. Cukuplah
ya. Kita dalam Jawatankuasa esok sehari sahaja lagi ya, mengikut
Peraturan Mesyuarat.
5.54 ptg.
Dr. Tan Seng Ciaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, tidak banyak
Kementerian, Makaud pun tak banyak sebab beaok kita akan habis lebih
awal.
Tuan Pengerusi, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat
Tirabalan Menteri bahawa pihak Kementeriannya telah racngarahkan semua
145 Pihak Berkuaaa untuk menubahkan satu pasukan pctugas bagi
merabersihkan sernua longkang di negara ini. Dengan yang demikian,
bolehkab Yang Berhormat menjelaskan bahawa berapakah Pihak Berkuasa
sekarang yang mematuhi arahan tersebut?
Dengan peruntukan yang dipinta hari ini sebanyak RM50 juta,
saya ada mendengar bahawa pihak Yang Berhormat Menteri pun ada
DR.12.7.-94 - 117 -
mengatakan bahawa sekiranya ada Pihak Berkuasa yang tidak menyertai
clogged drain operations, mereka akan dihukum tidak akan diberi
bantuan daripada RM50 juta yang begitu kecil. Saya setuju dengan
Yang Berhormat dari Kota Melaka yang mengatakan ini satu jumlah
wang yang begitu kecil yang tak dapat mengatasi masalahnya. Bolehkah
Yang Berhorraat menerangkan berapa Pihak Berkuasa yang telah enggan
ataupun mungkir untuk berbuat demikian dan seterusnya dihukum tidak
menerima bantuan daripada dana yang begitu kecil itu.
Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri
telah mengumumkan satu program penyelenggaraan nasional dana
. tambahan RMl.B bilion. Adakah pihak Kementeriannya hendak meminta
lebih peruntukan daripada dana tambahan ini - RMl.8 bilion? Saya
boleh beri satu contoh. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
pembersihan longkang pada tahun 1990 sebanyak RM4 juta digunakan;
1991 sebanyak RM4 juta; 1992 sebanyak RM6 juta; 1993 sebanyak RMB
juta; dan tahun inl scbanyak RM5 juta.
Sehingga kalau kita perhatikan sama ada di Sentul ataupun di
Kepong, longkang dt dalam itu memang airnya bertakung. Kebanyakan
sampah-sarap ada di dalam longkang sekarang. Dengan adanya clogged
drain operations sekarang, kita dapati keadaan tidak berubah.
Memang satu faktor utama ialah kekurangan kesedaran sivik orang
ramai. Itu saya setuju. Bukan 100% kesalahan Kementerian ataupun
Pihak Berkuasa. Itu saya setuju dan kita perlu bersama-sama untuk
memberi latihan ataupun pendidikan kepada orang ramai. Saya setuju
juga.
Tetapi walau bagaimanapun, daripada segi pcruntukan untuk
pembersihan longkang di Wilayah Persekutuan ini dengan RM5 juta
DR.12.7.94 - 118 -
hingga RM8 juta setahun tak mencukupi. Tambahan pula sistem yang
digunakan sekarang tak dapat mengatasi masalah. Misalnya dalam
tahun 1994, seramai 13 kontraktor telah dilantik untuk melaksanakan
kerja pembersihan longkang di aeluruh Wilayah Persekutuan di maana
3 daripadanya telah dilantik untuk membuat kerja perbersihan di
Kepong. Di Kepong sahaja, 3 kontrak untuk kerja pembersihan di
Kepong ialah sebanyak lebih kurang RM700,000, Bagi saya, 3
kontraktor itu tidak begitu berkesan.
Saya pun khuatir juga bagaimana sistem perlantikan
kontraktor-kontraktor ini, 13 kontraktor di Wilayah Peraekutuan,
termasuk 2 atau 3 di kawasan Sentul. Mengapa mereka diberi kontrak,
walhal mereka tak boleh menjalankan kerja dengan baik? Apakah
sistera tender yang digunakan? Malangnya Yang Berhormat "parit yang
aulong" tak ada. Ini kita berdebat dengan berasaskan kepada
fakta-fakta, dengan lebih bertanggungjawab.
Saya berharap pihak Kementerian dapat memberi penjelasan yang
telah saya pinta tadi dan ada daripada jawapan Yang Berhormat
Timbalan Menteri pada 5hb Julai mengenai perkhidmatan pembetungan,
Yang Berhormat telah mengatakan bahawa kontraktor-kontraktor swasta
yang membersihkan enap cemar tangki septik ada setengah-setengahnya
itu membuangkan kurabahan ini ke dalam longkang, kerana itulah yang
disebutkan.
DR.12.7.94 - 119 -
Kalau itulah dakwaan Yang Berhormat, apakah tindakan yang diambil
sekarang? Selain daripada melalui Indah Water Consortium mengutip;
kerana dia kata, inilah salah satu alasan pihak kontraktor swasta
yang mengenakan bayaran lebth KM100 hingga RM150 setiap kali ia mem-
bersihkan kecemaran tangki septik dan kemudian kumbahan ini dibuang
ke dalam longkang ataupun sungai-sungai yang berhampiran. Memang
setengah-setengah kontraktor int tidak bertanggungjawab. Saya meng-
akui dan bersetuju tetapi apakah tindakan yang diambil?
Dan sekarang tiap-tiap rumah dikutip bukan RM2 sampai RM10.
Kalau kita lihat, saya ada terima banyak aduan, termasuk Ahli Yang
Berhormat dari Sungat Besi, Seputeh dan Kota Melaka, semualah ada
tulis di sini. [Menunjukkan ocnaral] Banyak aduan mengenai
perkhidmatan pembetungan yang dikutip melalui Jabatan Bekalan Air
. (Bil JBA). Kadar itu bukan sekadar RM2 hingga RM10.
Pada tahun yang lepas, Tuan Pengerusi, pihak kami telah
membantah kerana kaini menyedari bahawa cara untuk memberi kontrak
kepada Indah Water Consortium Sdn. Bhd. (IWK) itu tidak begitu tepat
dan cara-cara yang dikutip sekarang, saya ada terima dt sint,
banyak aduan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri berusaha
untuk mengurangkan sungutan, rungutan. dan aduan daripada orang
ramai! Kita terpaksa terima hakikat sekarang iaitu IWK akan
DR.12,7.94 - 120 -
menjalankan tugas untuk selama 28 tahun kontraknya. 28 tahun dan
tiap-tiap bulan ada kutip. Bolehkah Yang Berhorraat Timbalan Menteri
memastikan semua kutipan ini tidak lebih daripada RM10 yang telah
pun dijanjikan supaya 3ungutan dan rungutan-rungutan yang kami
herima boleh dikurangkan? Itu yang penting sekali,
Akhir sekali, saya bersetuju dengan Yang Berhormat dari Kota
Melaka, kita perlu mendapat peruntukan yang lebih daripada RMl.8
milion. Mungkin kita pinta RM500 juta ataupun RM1 bilion untuk
membersihkan longkang di seluruh negara dan juga memberi pendidikan
kepada orang ramai sebagai satu langkah yang positif untuk
menyelesaikan masalah kita bersama-sama. Pihak DAP pun bertanggung-
jawab, Bukan itu tidak bertanggungjawaban kita. Kita sanggup
memberi bantuan juga dari segi pendidikan untuk meningkatkan
kesedaran sivik. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi: Diminta Yang Berhormat Timbalan Menteri
menjawab.
6.04 ptg.
Timbalan Menteri Peruntahan dan Kerajaan Tempatan [Tuan Haji
Daud bin Dato' Haji Taha]: Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya
mengucapkan teriraa kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Kota
Melaka, Parit Sulong dan Kepong kerana telah membuat pandangan-
pandangan dan cadangan-cadangan dalam perbahasan mengenai perkara
peruntukan ini.
Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya ingin menj elaskan
DR.12.7.94 - 121 -
bahawasanya peruntukan yang dimaksudkan ini ialah peruntukan awal -
RM50 juta. Sesungguhnya, Kementerian akan berusaha untuk mendapat-
kan peruntukan-peruntukan yang lebih besar daripada ini dan setakat
ini Kementerian telah pun menerima permohonan-permohonan daripada 86
Majlis Tempatan mengenai peruntukan-peruntukan yang dipohon. Dan
selain daripada itu, Kementerian juga telah membuat anggaran-
anggaran yang membabitKan lebih 36 lagi Majlis Tempatan. Jadi,
jumlah besar yang diperkirakan peruntukan ialah 122 Majlis Tempatan
yang membabitkan RM149 juta lebih. Kementerian sedang menunggu
peruntukan yang diperlukan yang akan dipohon oleh sebahagian yang
lain, daripada Majlis Tempatan yang belum lagi menghantarkan
permohonan mereka ataupun peruntukan yang diperlukan.
Tuan Pengerusi, saya rasa terkilan dan sangat dukacita kepada
Ahli' Yang Berhormat dari Kota Melaka kerana yang pertama, beliau
agak emosi dalam perbahasan mengenai peruntukan ini. Yang pertama,
saya ingin menjelaskan bahawasanya setiap ahli Majlis Daerah ataupun
Pihak Berkuasa Tempatan terdiri daripada mereka yang bertanggung-
j awab.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari
Parit Sulong kerana telah menjelaskan pengalaman beliau sebagai ahli
Majlis Daerah dan menjelaskan bagaimana tanggungjawab seorang ahli
Majlis Daerah. Saya percaya Ahli Yang Berhormat dart Kota Melaka
tidak pernah menjadi ahli Majlia Daerah. Mungkin sebab itu, tidak
tahu bagaimana tanggungjawab dan apa-apa yang perlu/telah dilakukan
oleh ahli-ahli Majlis Dacrah tidak dapat disangkal bahawasanya
setiap Majlis Tempatan, setiap Majlis Daerah sekarang ini telah pun
DR.12.7.94 - 122 -
membuat perubahan-perubahan yang besar, Kalau kita lihat dahulu,
Majlis-majlis Tempatan dalam keadaan yang begitu buruk, kotor, tidak
indah dan tidak bersih tetapi sekarang ini, dari segi seluruh
negara, kalau kita melibat dan melawat dan membuka mata dan kepala
kita, pasti kita boleh melihat perubahan yang jelas dan besar taitu
kecantikan, keindahan dan keberaihan yang dapat kita lihat. Bahkan
kita mendapat pujian bukan sahaja daripada warganegara yang
sememangnya jelas, prihatin dan boleh memberikan pandangan yang
positif tetapi juga orang-orang luar negara dan pclancong-pelancong
yang memuji kebersihan negara kita. Cuma yang mereka risaukan ialah
mengenai tandas awam dan hal ini, kita pun mengambil perhatian
berat. Oleh sebab itu, rasa saya terkilan supaya Ahli Yang
Berhormat dari Kota Melaka, jangan lagi membuat tuduhan-tuduhan yang
terlalu kesat kepada ahli-ahli Majlis Daerah.
Tuan Pengerusi, saya ingin menjelaskan mengenai perkara-perkara
yang dimaksudkan ataupun yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang
Berhormat. Yang pertama, Ahli Yang Berhormat dari Kota Melaka.
Sebenarnya, tidak ada had yang kita kenakan kepada Pihak Berkuasa
Tempatan untuk membuat pertimbangan mengenai peruntukan-peruntukan
ini. Mereka bebas. Bahkan, misalnya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur
membuat permohonan sebanyak RM27,250,000 untuk keperluan membersih-
kan perparitan dan longkang di Bandaraya Kuala Lumpur.
Begitu juga bagi Majlis Bandaraya Melaka yang membuat
permohonan sebanyak RM13,750,250. Majlis Daerah Alor Gajah membuat
permohonan sebanyak RM2,476,000 manakala Majlis Daerah Jasin membuat
DR.12.7.94 - 123 -
permohonan sebanyak RM2,641,000. Majlis Bandaraya Johor Bahru
membuat permohonan sebanyak RM14,150,000. Jadi, jelas mereka tidak
dihadkan dan mereka membuat permohonan-permohonan seperti mana yang
mereka perlukan. Jadi, sebab itu saya rasa mereka lebih mengetahui.
Mereka lebih faham mengenai kedudukan perparitan dan kebersihan
dalam kawasan-kawasan mereka, Pastilah orang awam boleh membuat
cadangan dan menulia kepada Pihak Berkuasa Tempatan mencadangkan
keperluan-keperluan tempat-tempat mereka. Tetapi saya rasa Pihak
Berkuasa Tempatan telah pun mengkaji dan telah pun membuat perkiraan
mengenai peruntukan-peruntukan yang diperlukan untuk membersihkan
dan mencantikkan bandar, membersihkan serta mengatasi masalah banjir
di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
DR.12.7.94 - 124 -
Sepertimana yang saya sebutkan tadi, Ahli Majlis Daerah
sebenarnya sekarang ini berbeza daripada masa-masa yang lalu.
Bahkan mereka lebih sibuk, lebih serius dan lebih bertanggungjawab.
Mereka diberikan tanggungjawab untuk melihat kawasan-kawasan
tertentu, merabuat laporan-laporan, membuat perkiraan-perkiraan serta
juga tanggungjawab yang diberikan oleh Yang di-Pertua supaya mereka
lebih prihatin dengan tugas sebagai Ahli Majlis. Mereka bukan
sahaja diberikan tugas sebagai Wakil Rakyat, tetapi juga mereka
diberikan tugas sebagai 'supervisor' dan untuk melihat bagaimana
keberkesanannya kcrja-kcrja yang dibuat oleh pcgawai-pegawai dan
juga kontraktor-kontraktor yang diberikan tanggungjawab untuk
membersih dan mencantikkan bandar.
Tuan Fong Kui Lun: [Bangun]
Tuaa Pengcrusi: Klang bangun Yang Berhormat.
Tuan Fong Kui Lun: Minta penjelasan. Saya ingin bertanya
Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Yang Berhormat Timbalan
Menteri sedar hari ini Malay Mail 12hb Julai 1994, tentang MPK
Klang, "Klang Council taken to task over drains - Taman Eng Ann
residents annoyed". Adakah Yang Berhormat sedar bahawa Majlis
Perbandaran Klang sikapnya, khususnya Ahli Majlis tidak mengambil
keutamaan untuk membersihkan semua longkang-longkang di taman-taman
yang telah disebut di akhbar hari ini. Apakah tindakan Yang
Berhormat Timbalan Menteri terhadap MPK?
DR.12.7.94 -125-
Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha: Tuan Pengerusi, Majlis
Daerah Klang memerlukan peruntukan untuk melaksanakan tugas
membersihkan bandar Klang. Peruntukan yang dipohon ialah sebanyak
RM1.75 juta. Ini bermakna mereka memerlukan kewangan untuk
melaksanakan tanggungjawab tersebut. Sebab itu, Kementerian akan
memberikan perhatian. Sebenarnya, perkara-perkara seperti ini ialah
perkara yang baik bagi rakyat dan baik bagi Kerajaan kerana Kerajaan
prihatin. Perkara-perkara ini akan diambil perhatian.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Ya, Batang Lupar bangun Yang Berhormat.
Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha: Sudah pukul 6.15, Tuan
Pengerusi.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya ada satu soalan sahaja
Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi: Hendak beri jalan atau tidak?
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya ingin hendak bercakap
tadi tetapi tidak dapat. Jadi, oleh kerana saya pandangkan RM50
juta untuk seluruh negara, adakah ini termasuk Sabah dan Sarawak?
Kalau ada, berapakah permohonan daripada Sarawak dan macam manakah
mengkriteriakan majlis-majlis di Sarawak kerana Sarawak itu sama
besar dengan Semenanjung?
Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha: Tuan Pengerusi, RM50 juta
ialah peruntukan awal. Tetapi Pihak Berkuasa Tempatan di Sarawak
dan di Sabah walaupun mereka tidak tertakluk di dalam Akta Kerajaan
Tempatan seperti mana negeri-negeri lain di Persekutuan, mereka juga
DR.12.7.94 -126-
telah membuat perraohonan untuk mendapatkan peruntukan untuk
membersihkan perparitan dan longkang di kawasan-kawasan mereka.
Misalnya, Sabah telah membuat permohonan untuk 12 Majlis Tempatan
manakala Sarawak pula telah membuat permohonan untuk 13 Majlis
Tempatan. Saya tidak tahu Majlis Daerah mana Yang Berhormat
terlibat, Walau bagaimanapun, ada 13 Majlis Daerah yang membuat
permohonan.
Tuan Pengerusi: Tanjong.
Tuan Lim Kit Siang: Penjelasan. Tadi Yang Berhormat Timbalan
Menteri berkata bahawa Majlis Perbandaran Klang (MPK) ada memohon
RM1.7 juta daripada amaun ini. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan
Menteri memberitahu berapa sudah dipohon oleh Majlis Perbandaran
Pulau Pinang (MPPP)? Daripada semua permohonan-permohonan yang ada
dibuat daripada semua Kerajaan Tempatan - 143, berapakah jumlah
daripada semua permohonan-permohonan? Berapa kali lebih daripada
RM50 juta?
Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha: Yang Berhormat tadi tidak
ada di dalam Dewan, saya sudah jelaskan. Yang pertama, saya hendak
menjawab mengenai Pulau Pinang. Seberang prai memohon RMl,025,000
manakala Pulau Pinang memohon RMl,100,000. Keseluruhan yang
dicadangkan setakat ini untuk 122 Pihak Berkuasa Tempatan ialah
RM149,000,111. Dijangkakan sekiranya keseluruhan Majlis-majlis
Tempatan membuat permohonan, mungkin RM200 juta - jadi empat kali
ganda.
Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Ya, Jerai bangun Yang Berhormat.
DR.12.7.94 -127-
Tuan Haji Badruddin bia Amiruldin: Sekali sahaja. Tuan
Pengerusi, saya difahamkan kita ada dua. Satu, Majlis Perbandaran
dan satu lagi Majlis Daerah. Majlis Perbandaran ini, hasil pintunya
banyak kerana kawasannya luas, dalam kawasan pembangunan yang telah
sedia ada. Jadi, kutipan hasil pintu, lain-lain lesen dan
sebagainya itu telah mereka dapat banyak.
Tetapi Majlis Daerah, sebagai contoh Majlis Daerah Yan,
kadang-kadang rumput sudah naik sampai takat pinggang, tetapi main
dengan duit tidak cukup. Dia tidak boleh hendak cebas rumput.
Jadi, saya berterima kasih kepada Kementerian kerana saya dapat juga
sedikit-sedikit, bila 'mai' Kementerian, pujuk-pujuk dapatlah buat
stesen bas dan sebagainya. Tetapi boleh atau tidak Kementerian ini
kita tengok sama dari sudut pendapatan tiap-tiap Majlls Daerah
Tempatan. Katalah macam longkang, kita hendak kutip duit hasil
pintu, kedai pun dok ada lebih kurang dalam tidak sampai 100 buah.
Setahun hendak boleh berapa Tuan Pengerusi? Itu pun 'jenuh'
berambat. Jadi, beri banyak sedikit kepada Majlis-majlis Daerah
ini. Majlis Perbandaran hasilnya sudah banyak, macam Bandaraya ini,
bcrjuta kutipan hasil daripada cukai pintunya.
Jadi, saya ingat kalau boleh pihak Kementerian tolong sama
sebab ramai orang Melayu ini dok di luar. Mereka ini maklumlah
marhaen. Jadi, kalau tengok parit tersangkut, kemudian 'bus stand'
pun tidak ada. Kadang-kadang Tuan Pengerusi, di kawasan saya,
kasihan. Apabila musim hujanlah, basah habis budak-budak ini hendak
pergi sekolah. Saya mintalah kalau boleh Kementerian, beri lebih
sedikit.
DR.12.7.94 -128-
Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha: Tuan Pengerusi,
keperluan-keperluan pihak berkuasa tempatan dipertimbangkan mengikut
permohonan. Sekiranya, termasuk dalam kriteria-kriteria yang boleh
diluluskan dan peruntukan atau kewangan pun ada, pasti ia akan
dipertimbangkan dan diberikan.
Seperti mana Yang Berhormat telah sebutkan tdi, Yang Berhormat
telah pun mendapat peruntukan bantuan daripada Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan. Untuk makluraan Yang Berhormat, Majlis Daerah
Yan telah membuat permohonan scbanyak RMl,047,700. Sekiranya
Kementerian Kewangan memberikan peruntukan ini, Majlis Daerah Yan
akan mendapat pertimbangan, insya Allah.
Saya berterima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Parit
Sulong kerana telah membangkitkan tugas dan tanggungjawab Ahli
Majlis Daerah, dapat membantu saya menjelaskannya. Mengenai perkara
yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, Majlis Batu pahat Barat telah
membuat permohonan sebanyak RM398,000 untuk keperluan pembersihan
parit dan longkang.
Mengenai banjir yang sentiasa wujud di Batu Pahat, peruntukan
RM398,000 pastinya tidak boleh menyelesaikan raasalah banjir di Batu
Pahat. Yang pertama, Batu Pahat ialah sebuah bandar yang lebih
rendah daripada sungai. Oleh sebab itu, kalau pun hendak
memnyelesaikan masalah-masalah ini, ianya memerlukan peruntukan yang
lebih besar, yang diperkirakan lebih kurang beberapa tahun yaag lalu
ialah untuk peruntukan sebanyak RM30 juta.
DR.12.7.94 -129-
Saya difahamkan projek Johor Bahru yang kedua akan mengambil
kira untuk menyelesaikan masalah banjir yang sentiasa wujud di Batu
Pahat ini. termasuk pelaksanaan yang dibuat sekarang untuk
mendalamkan sungai, Sungai Sirapang Kiri, Sungai Simpang Kanan dan
juga membuat perubahan-perubahan dari. segi perairan, dan juga
membina parit-parit dan longkang-longkang yang lebih besar, yang
lebih dalam, yang baru dan juga membina lebih banyak lagi
pintu-pintu air. Dengan itu, dapat mengawal perjalanan air semasa
bah besar dan sebagainya.
Saya berterima kasih dengan Ahli Yang Berhormat dari Parit
Sulong dan juga Kepong kerana telah menyarankan supaya rakyat
bertanggungjayab dan bekerjasama dalam hal kebersihan. Kerana
sesungguhnya perkara-perkara yang dapat kita lakukan tidak boleh
menjadi berpanjangan dengan kekesanannya, sekiranya rakyat
menyalahgunakan perparitan dan longkang untuk digunakan membuang
sampah dan sebagainya.
DR.12.7.94 - 130 -
Sebab itulah kursus-kursus sivik yang dianjurkan oleh Kerajaan
sepatutnya dipertekankan iaitu masalah tanggungjawab rakyat untuk
kebersihan negara, Negara Bersih Rakyat Sihat.
Saya telah pun menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan oleh
Ahli Yang Berhormat dari Kepong raengenai berapa banyak Majlis Daerah
yang telah menghantar rancangan-rancangan kebersihan ataupun keperluan
yang diminta oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaaa Tempatan kepada
Pihak Penguasa Tempatan. Setakat ini 86 Majlis Daerah atau Pihak
Penguasa Tempatan yang telah menghantar laporan-laporan mengenai
perparitan dan longkang di kawasan masing-masing dan 57 lagi belum.
Kita pasti akan mengambil tindakan kepada mereka sekiranya mereka
tidak dapat menghantarnya kepada Kementerian menjelang akhir bulan
Julai ini, kita akan menyiarkan nama-nama Majlis Daerah berkenaan
dalam akhbar dan pastinya kita tidak akan memberikan peruntukan RM50
juta. Kita juga akan mempertimbangkan tindakan yang lebih berat lagi
supaya mereka sedar bahawasanya Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan ada juga taring seperti mana yang disebut oleh Ahli Yang
Berhormat dari Kota Melaka....
Tuan Lim Guan Eng: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Kota Melaka bangun, Yang Berhorraat.
Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha: Saya ingat sudah cukuplah,
saya sudah jawab semua.
Tuan Pengerusi: Ya, dia tak beri jalan, Yang Berhormat dari
Kota Melaka.
DR.12.7.94 - 131 -
Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha: Saya ingat sudah
cukuplah.....
Tuan Lim Guan Eng: Satu kali......
Tuan Haji Daud bia Dato' Haji Taha: Selepas ini saya hendak
jawab Ucapan Penangguhan lagi.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, dia tak benarkan.
Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha: Yang Berhormat dari Kota
Melaka sudah banyak bercakap. Saya hendak baca tulisan saya ini.
[Ketawa]
Mengenai pembetungan yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat
dari Kepong, kos yang akan dibayar oleh tuan-tuan punya rumah doraestik
ataupun rumah persendirian memanglah dijangkakan kurang daripada RM10
dan tidak akan lebih daripada RM10. Tetapi bagi kawasan-kawasan
komersil dan perindustrian, sememang dijangkakan ia menjadi lebih
mahal dan lebih tinggi kerana mereka mendapat keuntungan daripada
kebersihan dan wujudkan pembetungan ini. Bi masa-masa yang lalu
walaupun mereka menggunakan septic tank dan sebagainya, mereka tidak
langsung bertanggungjawab membersihkan pencemaran-pencemaran yang
keluar. Dengan adanya pembetungan yang dicadangkan oleh Indah Water
Consortium ini, maka kepastiannya ialah cecairan ataupun kekotoran
yang keluar daripada septic tank dan juga tempat-tempat keluar najis
ini akan menjadi bersih dan pencemaran akan dapat dielakkan.
Tuan Pengerusi, akhirnya saya sekali lagi.....
Dr Tan Seng Giaw: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Kepong bangun, Yang Berhormat.
Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha: Saya mengucapkan terima
DR.12.7.94 - 132 -
kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Kota Melaka, Ahli Yang Berhormat
dari Parit Sulong dan Ahli Yang Berhormat dari Kepong kerana telah
membangkitkan perkara-perkara yang disebutkan. Sekiranya ada perkara
yang dibangkitkan tidak saya sentuh dalam perkara ini, ia akan dikaji
oleh pihak Kementerian dan pegawai. Sekiranya boleh dilaksanakan dan
sesuai, ianya akan dilaksanakan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat! masalahnya ialah
bahawa wang sejumlah RM55,200,000 untuk Maksud B. 14 di bawah
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tetnpatan jadi sebahagian daripada
Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM55,200,000 untuk Maksud B.14 diperintahkan jadi
sebahagian daripada Jadual.
Maksud B.17 [Jadual] -
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala B.17 di bawah
Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk dibahas. Arau.
6.25 ptg.
Tuan Shahidan bin Kassim [Arau]: 15 rainit, ya?
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat berucap sehingga jara 6.28 petang
dan sambung esok ya?
Tuan Shahidan bin Kassim: Ya, esok sambung. Saya bercakap 3
minit.
Tuan Pengerusi, yang pertama saya sendiri dan semua rakan-rakan
dalam backbencher bersetuju menyokong usaha-usaha Kementerian untuk
membanteraskan budaya lepak dengan mengamabil kira di bawah Maksud B.17
iaitu latihan-latihan yang akan diberikan kepada belia-belia. Program
DR.12.7.94 - 133 -
Karisma, Briged Muda dan juga Rakan Sukan amat baik, tetapi sebagai
peringatan kepada seraua pihak, ini sebagai contohnya. Saya sebagai
Pengerusi PEMADAM Negeri Perlis dan juga Ahli Jawatankuasa PEMADAM
Malaysia dan pernah bertanding sebagai Naib Presiden PEMADAM kalah
dengan Encik Lee Lam Thye.
Saya hendak beritahu Tuan Pengerusi, Tan Sri tahu daun kesom?
Batang ubi kayu Tan Sri tahu? Okay. Daun kesom ini orang tak tahu.
Siapa yang tahu daun kesom?
Beberapa Ahli: Tahut
Tuan Shahidan bin Kassim: Tahu. Tetapi tahukah bahawa benda
ini sebenarnya bahaya?
Beberapa Ahli: Tak tahul
Tuan Shahidan bin Kassim: Tak tahu. Tetapi bila Ketua Polis
Terengganu umum bahawa daun kesom ini boleh menyebabkan orang
ketagihan, orang sudah mula cuba. Akhirnya, penagih daun kesom sudah
ramai sekarang, Tuan Pengerusi.
Selepas itu, hidu gam. Siapa tahu hidu gam ini bahaya?
Seorang Ahli: Tahu!
Tuan Shahidan bin Kassim: Tidak, sebelum ini tak tahu kan?
Bila PEMADAM pergi publicise sedikit, Tuan Pengerusi, mula-mula 13
orang menghidu gam. Bila kita sebut penghidu gam ini bahaya, sekarang
sudah jadi berpuluh ribu penghidu gara. Budak-budak Darjah Enam,
Tingkatan Satu hidu gam.
Kes hidu gam ini, Tuan Pengerusi, ada anak seorang kaya di Pulau
Pinang, tak payah sebut nama, harta banyak, anak seorang dan anaknya
hidu gam. Hidu gam ini, bila hidu, kepala berasap. Jangan tulis,
DR.12.7.94 - 134 -
publisiti tak boleh. Kalau tulis, nanti ramai orang hidu lagi. Bila
kepala kita berasap, dia tak boleh diubati lagi. Kalau macam
ketagihan dadah, dia masuk ke dalam saluran darah. Tetapi hidu gam,
kepala berasap dan budak ini akhirnya meninggal dunia. Harta banyak,
anak seorang, habis, orang kaya di Pulau Pinang, saya tak payah sebut
siapa dia. Dia ini asalnya orang biasa dan di rumah dia ada buat
lambang 'tong tahi', aebab dia bekas angkut tahi, tetapi dia jadi
kaya-raya, tetapi anak seorang. [Ketawa]
Kemudian, batang ubi kayu, Tuan Pengerusi, kita celup dengan air
teh. Orang kata, tak tahu apa. Tetapi bila kita pergi publicise, di
antara benda-benda yang menyebabkan ketagihan ialah seperti berikut,
sekarang sudah ada mula budak-budak sekolah pergi ambil batang ubi
kayu, celup dengan air teh, jadi mabuk 'ghayan', macam orang mabuk
kenduri, dia naik syeikh, Itulah batang ubi kayu, Tuan Pengerusi.
Lepae itu.....
Tuan Pengerusi: Ya, saya ingat cukuplah, Yang Berhormat,
sambung esok. [Ketawa]
Tuan Shahidan bin Kassim: Ya.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
DR.U.7.94 - 135 -
USUL
WAKTU MESYUAKAT DAN URDSAN YANG DIBEBASKANDARIPADA PERATURAN MESYUARAT
6.28 ptg.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
[Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir]: Tuan Yang di-Pertua, saya
mohon mencadangkan iaitu:
Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Majlis Mesyuarat
ini ditangguhkan sekarang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Raja Dato' Ariffin
bin Raja Sulaiman]|: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Masalah Tanah Perkuburan Cina
6.30 ptg.
Tuan Tan Kok Wai [Sungai Besi]: Tuan Yang di-Pertua, saya ada
mengemukakan soalan dalam sidang Dewan Rakyat pada 26hb April, tahun
ini bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya sama ada
Kerajaan akan meraberi pampasan kepada Kwan Tong Cemetery, Jalan
Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur dengan menyediakan tapak gantian
selepas Kerajaan mengambil balik dua lot tanah daripada cemetery,
iaitu tanah bagi pembinaan jalan penghubung antara Taman Connought dan
Bandar Tun Razak pada tiga tahun yang lalu. Yang kedua, tanah yang
dimiliki oleh cemetery di Jalan Lapangan Terbang Lama bagi projek
menaik taraf dan pembesaran jalan.
Jawapan Menteri kepada saya ialah tanah perkuburan Kwan Tong
untuk pembinaan jalan di Taman Connought ke Bandar Tun Razak tidak
dirizab untuk tapak perkuburan. Bagi tanah di Jalan Lapangan Terbang
Lama terlibat dalam projek menaik taraf Jalan Istana-Jalan Lapangan
Terbang Lama meskipun tanah itu dirizab untuk perkuburan, Kerajaan
tidak bercadang untuk menggantikannya dengan kawasan tanah yang lain.
DR. 12.7.94 - 136 -
Saya, malah penduduk keturunan Cina dalam Kuala Lumpur tidak puas
hati akan penjelasan itu. Masyarakat keturunan Cina seluruh
negara menghadapi masalah kekurangan tapak pcrkuburan Cina, apatah
lagi tapak-tapak yang ada diambil untuk tujuart pembangunan seperti
yang dihadapi oleh Kwan Tong Cemetery, Kuala Lumpur. Tapak-tapak
yang diambil itu dianggar boleh memuatkan lebih 20,000 raayat.
Masyarakat Cina memerlukan tanah perkuburan untuk menempatkan
mayat, sedangkan tapak-tapak yang ada tidak mencukupi ketrana sudah
penuh. Jika berlaku kematian, Kwan Tong Cemetery menggunakan tanah
paya, tetapi tanah paya sangat rendah, mudah dibanjiri dan juga
sudah habis digunakan.
Bagi mayat bayi, mereka juga perlukan kubur berasingan, juga
sudah penuh. Inilah gambaran secara ringkas betapa masalah
ketiadaan tanah perkuburan untuk masyarakat Cina sudah menjadi
masalah besar seluruh negara seperti di Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala
Lumpur. Sungguhpun kini wujudnya beberapa tempat perkuburan
swasta, tetapi harga tanah adalah tinggi dan diluar kemampuan
kebanyakan keluarga si mati.
Masyarakat Cina berpendapat bahawa Kerajaan hendaklah meng-
horraati hak si raati supaya ia dikuburkan secara baik. Langkah
Kerajaan tidak mahu memberi gantian tanah lain, bagi tapak yang
DR 12.7.94 - 137 -
diambil bagi projek seperti yang dihadapi oleh Kwan Tong Cemetery
adalah tidak adil dan menafikan hak rakyat dan simati untuk mendapat
pengkebumian yang sempurna.
Kerajaan perlu sedar bahawa tanah yang diambil ialah untuk
projek pembinaan jalan seperti di Taman Connought, Bandar Tun Razak,
jalan di situ dibina kerana hendak menjayakan projek kutipan tol
di Jalan Cheras oleh METRAMAC, iaitu satu projek swasta, akibat
tunjuk perasaan beramai-ramai rakyat terhadap kutipan tol di Cheras.
Mengapa hanya membantu projek penswastaan sahaja tanpa memberi
bantuan kepada Kwan Tong Cemetery denggan memberi pampasan atau
gantian tapak seperti yang mereka minta?
Begitu juga di Jalan Lapangan Terbang Lama di mana sebahagian
tapak dirizabkan untuk tanah perkuburan, sepatutnya digantikan
dengan tapak lain. Saya berharap Kerajaan patut menimbang semula
keputusan ini dengan mencarikan dan menawarkan tapak perkuburan baru
yang sesuai.
Saya berharap Kerajaan dapat melaksanakan dasar yang liberal
supaya memperuntukan tanah-tanah yang sesuai dalam Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur dan negeri-negeri latn bagi menggantikan
tanah-tanah yang diambil oleh Kerajaan. Sekian, terima kasih.
6.33 ptg.
Timbalan Menteri Peruraahan dan Kerajaan Tempatan [Tuan Haji
Daud bin Dato' Haji Taha]: Tuan Yang di-Pertua, masalah untuk tanah
kubur adalah di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri. Pihak Berkuasa
DR 12.7.94 - 138 -
Tempatan mentadbir tapak kubur hanya selepas ianya diberi oleh
Kerajaan Negeri kepada pihak Pihak Berkuasa Tempatan.
Dalam mengendalikan projek menaikan taraf Jalan Istana Negara
Salak Selatan, Kementerian Kerja Raya telah mendapati bahawa
terdapat 21 buah kubur yang perlu dipindahkan ke tempat lain, Pihak
tanah perkuburan Kwan Tong telah meminta tanah ganti atau peruntukan
untuk membeli tanah ganti.
Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan telah memohon
pandangan dari Jabatan Peguam Negara mengenai kedudukan tanah rizab
ini, dan Jabatan Peguam Negara telah menyatakan bahawa Pihak
Berkuasa Negeri mempunyai kuasa dan budi bicara untuk membatalkan
tanah rizab pada bila-bila masa asalkan peruntukan Seksyen 64(2)
Kanun Tanah Negara dipatuhi.
Status rizab tidak memberi sebarang hak atau 'rights' kepada
pengawal rizab berkenaan untuk menuntut pampasan, kerana ianya bukan
tanah hak bermilik ataupun alienated land, sebagaimana yang
diperuntukan oleh Land Acquisition Act. Akuan yang nyata pengawal
rizab bukanlah tuan tanah tersebut. Walau bagaimanapun, adalah
difahamkan bahawa Kementerian Kerja Raya ada membuat bayaran kos
pengalihan kubur-kubur yang terlibat kepada pengawal rizab atas
dasar perikemanusiaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan mengenai tanah
kubur ini. Ini adalah keperluan yang dihadapi bersama oleh
masyarakat Islam dan bukan Islam, kerana tanah perkuburan semakin
lama semakin sukar, kerana tanah semakin mahal dan tanah dalam
DR 12.7.94 - 139 -
bandar-bandar semakin berkurangan.
Sebenarnya tidak ada pilih kasih dalam hal menentukan tanah
perkuburan, kerana ada juga di masa yang lalu tanah perkuburan
Islam yang diambil oleh Kcrajaan untuk keperluan pembangunan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat dari Bagan.
Permohonan Permit Untuk Perayaan Tokong Memerlukan Pendaftaran
6.35 ptg.
Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Tuan Yang di-Pertua, baru-baru
ini pihak Polis Butterworth telah memberi arahan bahawa permohonan
permit untuk Persatuan atau Badan-badan Ibadat untuk mengadakan
upacara perayaan tokong seperti jamuan makan malam, bermain wayang
tokong dan perarakan hanya boleh dikemukakan oleh badan-badan yang
telah berdaftar dcngan Pendaftar Pertubuhan sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, pada biasanya sesiapa pun yang ingin
mengadakan upacara seperti yang terscbut di atas boleh
dipertimbangkan oleh pihak Polis Butterworth.
Kebanyakan pertubuhan atau kuil-kuil agama Hindu dan Buddha di
kawasan Butterworth tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Kuil-kuil atau pertubuhan ini kecil dan tidak menggaji kerani untuk
merekodkan segala kegiatan dan dokumen-dokumen, tambahan pula
ahlt-ahli jawatankuasa selalu bertukar dan jarang tetap, maka ini
akan menimbulkan kesulitan mengumumkan dokumen-dokumen tahunan
kepada Pendaftar Pertubuhan.
PR 12.7.94 - 140 -
Tuan Yang di-Pertua, dalam sebuah negara yang berbilang kaum,
agama dan bahawa, kepercayaan agama adalah bebas seperti termaktub
dalamm Perlembagaan. Lagi pun amalan ini tidak dilaksanakan oleh
Polis di daerah-daerah yang lain, mengapa di daerah Butterworth
sahaja? Arahan Polis Butterworth ini tidak boleh diterima oleh
orang ramai. Saya minta Menteri Dalam Negeri campur tangan dalam
hal ini. Sekian.
6.37 ptg.
Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Tuan Ong Ka
Ting]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengucapkan terima kasih
kepada Ahli Yang Berhormat dari Bagan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, semua pejabat Polis di
peringkat daerah adalah diberi tugas untuk mempertimbangkan dan
memproses apa-apa permohonan. Dan seterusnya jika memenuhi segala
syarat mengeluarkan permit kepada mana-mana peraatuan atau rumah
ibadat seperti kuil atau tokong yang ingin mengadakan upacara
perarakan dan perayaan secara besar-besaran, sekiranya persatuan
atau rumah-rumah ibadat tersebut berdaftar dengan Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan.
Sebelum raemproaes sesuatu permohonan untuk mendapatkan permit
tersebut, pihak Polis akan membuat penyiasatan yang rapi mengikut
undang-undang negara ini, di samping itu faktor keselamatan
diambll kira dalam memproseakan sesuatu permohonan tersebut. Walau
bagaimanapun, selama ini pihak Polis pada peringkat daerah atau
DR 12.7.94 - 141 -
negeri sentiasa menjalankan, tugaa dengan memastikan segala kegiatan
agama yang dijalankan adalah tidak menjejaskan keselamatan dan
ketenteraman awam.
Biasanya pihak-pihak penganjur upacara perayaan yang memohon
permit untuk perarakkan adalah raereka yang berdaftar dengan
Pendattar Pertubuhan. Ada kalanya sesetengah kuil atau tokong yang
telah wujud lama, walaupun tidak berdaftar hendak menjalankan
upacara perayaan dalam kawasan kuil dan tokongnya masing-masing, dan
didapati cara perayaannya tidak menganggu lalu-lintas atau
mendatangkan apa-apa kesan yang boleh menjejaakan keselamatan dan
ketenteraman awam setempat, dan pihak-pihak penganjur adalah terdiri
daripada penduduk-penduduk yang bertanggungjawab dan rekodnya baik.
Mereka ini selalunya tidak dikenakan syarat-syarat yang ketat oleh
pihak Polis, walaupun ianya tidak berdattar. Inilah adalah satu
budi bicara Polis di tempat-tempat yang berkenaan.
Lazinjnya pihak Polis tempatanlah yang lebth mahir dengan
keadaan keselamatan setempat dan raereka mengawasi keadaan kegiatan
agama dengan mengambil kira keselamatan dan mereka mengadakan
fleksibiliti dengan sewajarnya. Tetapi kalau sesuatu tempat itu
sudah wujud ketegangan ataupun ada masalah-masalah keselamatan,
maka pihak Polis sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hati. Walau
bagaimanapun, perkara yang telah dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat
DR 12.7.94 - 142 -
dari Bagan akan diberi perhatian oleh Kementerian dengan
sewajarnya. Setakat itu yang dapat saya jelaskan. Sekian, terima
kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yaag Berhormat, berbalik
kepada usul iaitu mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3) Majlis
Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.
Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Tuan Yang di-Pertua: Mesyuarat ditangguhkan hingga pukul 2.30
petang besok,
Dewan ditangguhkan pada pukul 6.40 petang.