Download - Perakaunan STPM
Bab 1 Persamaan Perakaunan dan Kunci kira-kira
Modal satu jumlah wang yang disumbangkan oleh pihak pemilik perniagaan bagi tujuan menjalankan urusniaga supaya memperolehi untung
Aset harta benda yang dimiliki oleh pihak perniagaan bagi membantunya menjalankan urusniaga.
Liabiliti liabiliti ialah jumlah tanggungan atau hutang yang perlu dijelaskan atau dibayar balik oleh perniagaan
Persamaan Perakaunan : - 1. modal = aset 2. modal + liabiliti = aset
Kunci kira-kira satu penyata yang menunjukkan kedudukan modal, liabiliti dan aset pada satu titik masa tertentu.
Bab 2 Sistem Catatan untuk Aset & Liabiliti
Sistem Catatan Bergu satu sistem yang diwujudkan untuk merekodkan urusniaga perniagaan secara bersusun dan bersistematik dimana setiap satu urusniaga berlaku , catatan dibuat dua kali, satu kali di bahagian debit sesuatu skaun dan satu kali lagi di bahagian kredit akaun yang lain dengan jumlah yang sama.
Bab 3 Aset Inventori
Inventori barang niaga yang ada pada sesebuah syarikat
1. Inventori akan bertambah apabila : - i) Belian Berlaku - belian ialah barang-barang dibeli dengan tujuan dijual semula untuk memperoleh untung, mengikut harga beli atau kos beli ii) Pulangan jualan berlaku - pulangan jualan ialah barang-barang dipulangkan
oleh pelangan atau penghutang kerana tidak memuaskan - sebab-sebab pulangan jualan : - a) rosak, cacat atau tidak segar b) salah jenama, saiz atau warna c) salah kualiti d) bekas kosong e) sudah sampai tarikh luput - Pulangan jualan ikut harga jualan selepas tolak diskaun niaga
2. Inventori akan berkurang apabila : - i) Jualan Berlaku - Jualan ialah barang-barang niaga dijual kepada pelanggan untuk memperolehi keuntungan, ikut harga jualan ii) Pulangan Belian berlaku - Pulangan belian ialah barang-barang niaga dipulangkan kepada pembekal kerana tidak memuaskan - Sebab-sebab pulangan belian : - a) rosak, cacat atau tidak segar b) salah jenama, saiz atau warna c) salah kualiti d) bekas kosong e) sudah sampai tarikh luput - Pulangan belian ikut harga belian selepas tolak diskaun niaga diterima.
2 Jenis Urusniaga
1. urusniaga tunai - bayaran dibuat secara serta-merta2. urusniaga kredit - bay boleh ditunggak, ditunda atau berhutang.3. Bab 4 Sistem Catatan Bergu untuk Belanja dan Hasil 4. Belanja
satu jumlah wang yang dibayar oleh syarikat kepada pihak-pihak tertentu sebagai pertukaran mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan untuk menjalankan urusniaga perniagaan contoh : upah & gaji, sewa, kadar bayaran, alat tulis, belanja pos, insurans, belanja am.
5. Akaun belanja mempunyai baki debit Sebab-sebab : a) akaun bank / tunai di kreditkan b) perkhidmatan dan kemudahan diterima masuk ke dalam syarikat c) apabila belanja debit, modal menurun, seterusnya belanja menurunkan modal, jadi belanja di debitkan
6. Hasil / Pendapatan satu jumlah wang yang diterima oleh syarikat daripada pihak-pihak tertentu sebagai pertukaran membekalkan perkhidmatan dan kumudahan contoh: sewa diterima, komisen diterima, faedah diterima
7. Akaun hasil mempunyai baki kredit a) Akaun bank / tunai di debit kan b) Perkhidmatan dan kumudahan dibekalkan oleh syarikat dan dikeluarkan daripada syarikat c) Modal meningkat akaun modal dikreditkan, hasil menambahkan modal, jadi akaun hasil dikreditkan.
8. Bab 5 Mengimbangkan Akaun 9. Akaun-akaun diimbangkan10.1. Akaun perorangan
a) Pemiutang - dagangan ( pembekal barang-barang niaga ) - bukan dagangan ( pinjaman, belanja-belanja hutang ) b) Penghutang - dagangan ( pelanggan-pelanggan yang membeli secara kredit ) * Peruntukan Hutang Lapuk boleh wujud * - bukan dagangan ( hasil belum diterima, pinjaman kepada pekerja ) * Tidak Mungkin ada Peruntukan Hutang Lapuk *
11. Imbangkan akaun dengan baki h/b pada 31/12/1996 dan baki b/b pada 1/ 1 /1997.
12.2. Akaun-akaun aset Imbangkan akaun dengan baki h/b pada 31/12/1996 dan baki b/b pada 1/ 1/ 1997
13.3. Akaun-akaun liabiliti Imbangkan akaun dengan baki h/b pada 31/12/1996 dan baki b/b pada 1/ 1/ 1997
14.4. Akaun-akaun hasil, belanja, modal, ambilan a) Imbangkan akaun dengan baki h/b pada 31/12/1996 & baki b/b pada 1/ 1/ 1997 jika tidak tutup akaun iaitu akaun penamat tidak disediakan
b) Imbangkan akaun dengan baki h/b pada 31/12/1996 & baki b/b pada 31/12/1997 jika akaun diimbangkan dan ditutupkan akaun untuk menyediakan akaun penamat
15.Bab 6 Imbangan Duga 16. Definasi
Satu penyata disediakan pada bila-bila masa, biasanya pada akhit bulan atau akhir tempoh perakaunan bagi menunjukkan keseimbangan jumlah baki-baki di sebelahdebit dan jumlah baki-baki disebelah kredit
17.Tujuan Untuk menyemak urusniaga-urusniaga perniagaan yang telah direkod mematuhi sistem catatan bergu. Jika sistem catatan bergu tidak dipatuhi, imbangan duga tidak akan seimbang
18.Format
Bab 7 Akaun Perdagangan dan Untung Rugi
1. Tempoh Perakaunan satu tempoh jangka masa dipilih untuk mereokd urusniaga perniagaan yang berlaku, biasanya 1 tahun ( 12 bulan) contoh : 1/ 1 / 96 ---> 31/12/96 1/ 4 / 96 ---> 31/ 3 /97 1/ 7 / 96 ---> 30/ 6 /97 1/10/ 96 ---> 30/ 9 /97
2. Dagangan Syarikat beli barang-barang dan jual semula untuk mendapatkan keuntungan.
3. Perkilangan Syarikat buat barang-barang niaga dan jual untuk mendapatkan keuntungan 4. Untung Rugi Keuntungan daripada dagangan dicampur dengan pendapatan-pendapatan lain dan ditolak segala belanja-belanja yang terlibat dalam menjual barang niaga sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Tujuan akaun dagangan dibuka ialah untuk mencari untung atau rugi kasar sementara tujuan akaun untung rugi dibuka ialah untuk mencari untung atau rugi bersih
Objektif untuk menjalankan perniagaan
1. memaksimumkan keuntungan2. meminimumkan kerugian / kos3. Bab 8 Kunci kira-kira 4. Definasi
Satu penyata disediakan untuk menunjukkan kedudukan kewangan syarikat, iaitu baki-baki aset, modal & liabiliti pada satu titik masa tertentu, biasanya pada hari terakhir tempoh perakaunan.
5. 1. Aset Tetap Aset yang paling sukar tukar kepada tunai atau kuasa membeli dengan serta-merta Contoh : Tanah, bangunan atau premises, kenderaan, lekapan & lengkapan
6. 2. Aset Semasa Aset yang lebih mudah ditukarkan kepada tunai atau wujud dalam bentuk kuasa membeli Contoh : Inventori, penghutang, bank, tunai
7. 3. Liabiliti Jangka Panjang Pinjaman atau tanggungan yang melebihi setahun
8. 4. Liabiliti Semasa Hutang atau tanggungan yang kurang daripada setahun Contoh : Pemiutang, overdrag bank.
9. Jenis-jenis Akaun 1. Akaun Perorangan - mewakili perseorangan atau firma yang berurusniaga dengan perniagaan
10.2. Akaun Bukan Perorangan a) Akaun nyata / benar - mewakili harta benda milikan syarikat seperti aset b) Akaun nominal - mewakili hasil dan belanja
11.Bab 9 Akaun Perdagangan dan Untung Rugi serta Kunci kira-kira 1. Angkutan masuk - belanja yang terlibat dalam mengangkut barang-barang niaga dibeli masuk ke dalam perniagaan. 2. Angkutan keluar - belanja yang terlibat mengangkut barang-barang dijual kepada pelanggan
12. Item-item yang mungkin wujud dalam akaun perdagangan
13.
14.Item-item yang mungkin wujud dalam akaun untung rugi
Bab 10 Buku Tunai 2 ruang
Buku Tunai Gabungan akaun tunai dan akaun bank. Ia merupakan buku catatan pertama dan juga buku catatan ke dua. Buku Tunai merekodkan aliran masuk dan keluar tunai
Dukumen-dokumen:-
1. Resir resmi2. Buku cek / keratan cek3. Baucer4. Slip resit
Bentuk / Format Buku Tunai
Penggunaan Ruang Folio
1. Memudahkan rujukan2. Memastikan catatan bergu dilengkapkan3. Menyemak ralat / kesilapan4. Bab 11 Buku Tunai 3 ruang 5. Diskaun Tunai
- satu potongan daripada hutang penghutang. Ia merugikan syarikat dan dicaj kepada akaun untung rugi - biasa diberi dalam peratusan - boleh dijumpai dalam invois jualan sebagai syarat pembayaran - diberi kepada penghutang untuk mengalakkan pembayaran yang lebih capat
6. Contoh : 7 hari - 3 % 14 hari - 2 % 21 hari - 1 % 30 hari - 60 hari <- tempoh kredit diberi kepada penghutang
7.
Bab 12 Jurnal Jualan - buku catatan pertama - juga dikenali sebagai buku jualan harian - merekod jualan kredit sahaja - memperolehi maklumat daripada dokumen-dokumen i) invois jualan (salinan pendua ) ii) nota debit ( salinan pendua ) - untuk tambah nilai jualan - angkutan masuk ditanggung oleh penghutang
Format:
Kegunaan:
1. Meringkaskan catatan dalam akaun jualan2. Memudahkan kerja penyemakan ( ruang folio )3. Memberi maklumat lebih cepat dan mudah4. Memberi maklumat kepada pihak-pihak tertentu, misalnya jurujual5. Membolehkan pembahagian kerja dan kawalan
Diskaun niaga : - satu potongan daripada senarai harga atau katalog diberi kepada pelangan untuk menggelakkan jualan - tidak perlu menyediakan akaun untuknya - biasanya terdapat pada invois sahaja
Bab 13 Jurnal Belian - buku catatan pertama - merekod belian kredit sahaja - memperolehi maklumat daripada dokumen-dokumen i) invois belian diterima (salinan asal ) ii) nota debit di terima (salinan asal )
Format :
Bab 14 Jurnal Pulangan - Buku Catatan Pertama
- Jurnal Pulangan Jualan memperolehi maklumat daripada nota kredit yang dikeluarkan oleh syarikat - Jurnal Pulangan Belian memperolehi maklumat daripada nota kredit yang diterima Bab 15 Susut Nilai Aset Tetap
Definasi:- - keusangan dan kejatuhan nilai aset tetep tiap-tiap tahun disebabkan oleh penggunaannya - kod belanja perkhidmatan yang perlu dicajkan ke akaun untung rugi - nilai sumbangan atau penggunaan aset tetap kepada perniagaan
Sebab-sebab wujudnya susut nilai : -
1. keusangan, kemerisitab fuzukal2. ketinggalan zaman3. ekonomi, jimat-cermat4. hakmilik / hak rekacipta / hak paten5. kehausan - lombong, telaga minyak
Kaedah-kaedah mingira susut nilai : -
(a) Kaedah berasaskan purata i) kaedah garis lurus / ansuran tetap Formula : _____kos asas - nilai bakian tempoh penggunaan = susut nilai setahun
Formula : kos asal aset x peratusan susutnilai = susut nilai setahun
* susut nilai mengikut kaedah ini adalah sama setiap tahun ii) Kaedah unit pengeluaran - membuat peruntukan susut nilai berasaskan unit keluaran yang dihasilkan dalam sesuatu tempoh Formula : _ Kos sebenar - Nilai bakian _ x Output sebenar Anggaran jumlahh output = susut nilai setahun
(b) Kaedah Susut nilai terpecut i) Baki berkurangan Formula : Nilai buku aset x peratusan susut nilai = susutnilai setahun
Nilai buku aset = kos asal aset - peruntukan susut nilai ( nilai bersih ) ( Susut nilai terkumpul )
ii) Kaedah jumlah angka digit tahun usia guna Contoh : tahun usia guna = 10 tahun 1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9 + 10 = 55 Susut nilai tahun pertama = kos aset x _ 10 _ 55 Susut nilai tahun kedua = kos aset x _ 9 _ 55 Susut nilai tahun ketiga = kos aset x _ 8 _ 55 Susut nilai tahun ketujuh = kos aset x _ 4 _ 55
* Nilai bakian = nilai skrap = nilai besi buruk = nilai tolakan *
Asas menentukan Peruntukan Susut Nilai untuk aset-aset dibeli dan dijual i) Asas milikan bulan Apablila aset dibeli, kira bulan selepas dibeli Apablila aset dijual, kira bulan sebelum dijual Contoh : aset dibeli pada 1 / 1 / 95 --- 12 bulan 30/ 6 / 95 --- 6 bulan 1/ 10/ 95 --- 3 bulan aset dijual pada 31/ 3/ 95 --- 3 bulan 31/ 8/ 95 --- 8 bulan 30/ 11/95 --- 11 bulan Tempoh perakaunan ==> 31/12/95
ii) Beli aset, kira susut nilai 1 tahun penuh tidak kira bila dibeli Jual aset, tahun aset dijual susut nilai tidak perlu dikira Contoh : Aset dibeli pada 29 / 3 / 95, 21/11/95, 31/12/95 - susut nilai dikira 1 tahun penuh Aset dibeli pada 27 / 8 / 95, 15/10/95, 31/12/95 - susut nilai tahun '95 tidak perlu dikira
Bab 16 Rekod Catatan Bergu untuk susut nilai
( I ) Kaedah Lama
( II ) Kaedah Baru
Pelupusan / Tolakan Aset
Kaedah moden:
Kaedah lama :
Bab 18 Pelarasan Lain bagi Akaun Akhir
1. Belanja terakru/ terhutang/ tertunggak / belum bayat contoh : sewa dibayar RM 500 dengan cek sewa bulanan RM 50
Catatan Jurnal Dt Kt
Sewa 600 Bank 500 Sewa terakru 100
Untung Rugi 600 Sewa 600
2. Belanja Prabayar / bayar terdahulu contoh : Imbangan Duga menunjukkan baki sewa Dt RM 1400 ( Sewa tahunan RM 1200 )
Catatan Juranal Dt Kt
Sewa 1400 Bank 1400
Untung Rugi 1200 Sewa Prabayar 200 Sewa 1400
3. Hasil / pendapatan terakru/ terhutang /belum terima contoh : Imbangan Duga menunjukkan baki kt akaun komisen diterima RM 1000. Komisen patut di terima RM 1200
Catatan Juranal Dt Kt
Bank 1000 Komisen belum terima 200 Komisen diterima 1200
Komisen diterima 1200 Untung Rugi 1200
4. Hasil / pendapatan diterima terdahulu contoh : Komisen telah diterima RM 300 Komisen patut diterma RM 200
Catatan Juranal Dt Kt
Bank 300 Komisen diterima 300
Komisen diterima 300 Komisen diterima terdahulu 100 Untung Rugi 200
Kesimpulan :
1. Belanja terakru -- baki kredit2. Belanja terdahulu -- baki debit3. Hasil terakru -- baki debit
4. Hasil terdahulu -- baki kredit
Ambilan : Definisi : Barang niaga, perkhidmatan, wang tunai diambil oleh pemilik perniagaan untuk keguanaan sendiri.
Catatan Jurnal Dt Kt
Ambilan xx Belian xx
Ambilan xx Perkhidmatan xx (cth : sewa, insurans, kadar bayaran )
Ambilan xx Bank/ Tunai xx
Jenis-jenis modal 1. Modal terlabur - > modal yang dilaburkan -> tidak dicampur untung atau ditolak rugi atau ambilan 2. Modal digunakan -> Jumlah Aset - Jumlah Liabiliti = modal akhir ( "aset bersih" jika pemilik tunggal ) 3. Modal Kerja -> Jumlah aset semasa - jumlah liabiliti semasa
Bab 19 Perbelanjaan Modal dan Hasil
Perbelanjaan Hasil Pembayaran bagi : - a) membeli inventori untuk dijual semula b) membeli perkhidmatan untuk menjalankan perniagaan Biasanya hanya boleh digunakan sekali sahaja
Perbelanjaan Modal Pembayaran bagi pembelian aset yang digunakan berkali-kali dalam perniagaan
Contoh :
Bab 20 Penyata Penyesuaian Bank
Penyata Bank satu penyata disediakan oleh bank dihantar kepada pemegang akaun semasa bagi menujukkan penerimaan dan pembayaran cek
Penyata Penyesuaian Bank Satu penyata disediakan oleh pemegang akaun semasa untuk menunjukkan sebab-sebab mengapa baki bank pada buku tunai tidak sama dengan baki bank pada penyata bank
Sebab-sebab baki Buku Tunai tidak sama dengan Penyata Bank (I) Cek-cek belum kemuka Cek-cek yang sudah dikredit dalam Buku Tunai tetapi Penyata Bank tidak ada
catatan. Kesan : Baki bank Buku Tunai kurang, baki bank Penyata Bank kebih
(II)Simpanan Belum Kredit Cek-cek yang sudah didebit dalam Buku Tunai tetapi Penyata Bank belum ada catatan. Kesan : Baki bank Buku Tunai lebih, baki bank Penyata Bank kurang
(III)Perintah tetap / Arahan Tetap Arahan diberi oleh syarikat kepada pihak bank untuk membuat beberapa jenis bayaran pada tempoh yang ditetapkan dengan jumlah / amaun yang sama Contoh : Premium insurans, sewa, bayaran ansuran aset tetap, pelaburan. Kesan : Baki bank Buku Tunai lebih, baki bank Penyata Bank kurang
(IV)Caj Bank Belanja yang dikenakan oleh bank, Buku Tunai belum ada catatan Contoh : Caj bank, buku cek, komisen bank Kesan : Baki bank Buku Tunai lebih, baki bank Penyata Bank kurang
(V) Debit langsung Bayaran dibuat terus daripada bank tanpa melalui Buku Tunai, lazimnya bayaran kepada pemiutang Kesan : Baki bank Buku Tunai lebih, baki bank Penyata Bank kurang.
(VI)Pindahan kredit Penerimaan wang yang terus didepositkan kedalam bank tanpa melalui Buku Tunai Contoh : Faedah, dividen, gaji Kesan : Baki bank Buku Tunai kurang, baki bank Penyata Bank lebih.
Mengemaskini Buku Tunai : -
Bab 21 Jurnal
Jurnal Am - merupakan buku catatan pertama - Dokumen-dokumen : - (i) invois beli aset tetap secara kredit (ii) memo (iii) invois untuk jual aset tetap secara kredit
Kegunaan-kegunaan Jurnal Am 1. Merekod belian dan jualan aset tetap secara kredit
2. Merekod pembetulan ralat
3. Merekod catatan pembukaan
4. Merekod pindahan-pindahan lain
Bab 22 Buku Tunai Runcit - merupakan sebuah buku catatan pertama - digunakan untuk merekod bayaran secara kecil-kecilan - memperolehi maklumat daripada : - (i) slip / resit (ii) baucer (iii) bil-bil - memperolehi tunai daripada Buku Tunai
Kegunaannya - meringkaskan catatan dalam Lejar Am - meringkaskan beban Buku Tunai kerana merekod bayaran kecil-kecilan.
Bab 23 Ralat tidak menjejaskan keseimbangan Imbangan Duga
1. Ralat ketinggalan - urusniaga yang tidak dicatat dimana-mana buku Contoh : invois belian RM 1000 sudah hilang Kesan : Belian kurang catat dan pemiutang kurang catat Pembetulan : Dt Akaun Belian Kt Akaun Pemiutang 2. Ralat komisen - salah dari segi nama akaun yang didebit atau dikredit Contoh : penjelasan hutang oleh Ali telah dimasukkan ke dalam akaun Alif Kesan : Baki penghutang Ali bertambah, baki penghutang Alif berkurang Pembetulan : Dt Alif Kt Ali
3. Ralat prinsip / konsep - salah dari segi konsep Contoh : Belanja membaiki bangunan telah didebit ke akaun bangunan Kesan : Baki bangunan lebih catat, baki belanja membaiki bangunan kurang catat Pembetulan : Dt Akaun Belanja membaiki bangunan Kt Akaun Bangunan
4. Ralat berimbang - Jumlah amaun yang salah dibahagian debit secara kebetulan sama dengan jumlah amaun yang salah dibahagian kredit. Contoh : Upah lebih catat RM 100, Jualan lebih catat RM 100 Pembetulan : Dt Akaun Jualan Kt Akaun Upah
5. Ralat pada catatan asal - kesilapan berlaku pada dokumen perniagaan atau buku catatan pertama Contoh : satu invois jualan terlebih tulis RM 10 Kesan : Jualan lebih RM 10, Penghutang lebih RM 10 Pembetulan : Dt Akaun Jualan Kt Akaun Penghutang
6. Ralat terbalik sama sekali - Akaun yang patut didebit telah dikredit dan akaun yang patut dikredit telah didebitkan Contoh : Wang RM 50 dikeluar dari Bank untuk kegunaan pejabat Kesan : Tunai kurang RM 50, Bank > RM 50
Pembetulan : Dt Tunai RM 100 Kt Bank RM 100
*** Nilai dalam pembetulan adalah dua kali ganda daripada nilai asal ***
Bab 24 Akaun Tergantung dan Ralat
1. Salah campur dalam satu akaun contoh : jumlah jualan lebih catat RM 100
Kesan : Imbangan duga bahagian kredit lebih RM 100 Pembetulan : Dt Jualan RM 100 Kt Akaun tergantung RM 100
2. Catatan Bergu tidak lengkap contoh : Belian secara kredit direkod dalam akaun Belian sahaja Kesan : Imbangan Duga bahagian debit lebih catat Pembetulan : Dt Akaun Tergantung Kt Pemiutang
3. Debit satu akaun dengan satu amaun, kt akaun lain dengan amaun yang berlainan contoh : Belian mesin sebanyak RM 1000 direkod dalam akaun mesin RM 1000 tetapi akaun Bank RM 100
Kesan : Imbangan Duga bahagian debit lebih daripada bahagian kredit Pembetulan : Dt Akaun Tergantung RM 900 Kt Akaun Bank RM 900
4. Kedua-kedua akaun didebit atau dikreditkan contoh : Beli alat tulis RM 50 direkod sebagai debit akaun alat tulis dan akaun tunai
Kesan : Imbangan duga bahagian debit melebihi bahagian kredit Pembetulan : Dt Akaun Tergantung RM 100 Kt Akaun Tunai RM 100
Definisi Akaun Tergantung
Satu amaun sengaja diwujudkan semata-semata untuk mengimbangakan imbangan duganya
akaun tergantung adalah satu petunjuk atau amaran bahawa kesilapan-kesilapan telah berlaku pada rekod-rekod urusniaga
Syarikat perlu menyemak dan memeriksa semua urusniaga untuk mengesan ralat dan seterusnya menyelaraskan atau membetulkan ralat tersebut.
Kemudian syarikat perlu menyelaraskan untung rugi, untung bersih dan kunci kira-kira
* Tempat akaun tergantung wujud : - ( i ) Imbangan Duga ( ii ) Kunci Kira-kira
Kesan Ralat ke atas akaun penamat
1. Kunci kira-kira2. Item-item dalam akaun perdagangan3. Hubungan dengan untung kasar4. Hubungan dengan akaun untung rugi5. Hubungan dengan untung bersih6. Bab 26 Nisbah-nisbah Perakaunan 7. Nisbah = bandingan, hubungan8. 1. Margin = Untung Kasar
harga jualan contoh : Margin 50% = 50 100 = 1 2 #
9. Maka setiap RM 2 jualan, untung kasar ialah RM 110.2. Tokokan / markup = Untung kasar
kos barang-barang dijual11. contoh : margin = 30%, berapakan markup?
margin = 30 = Untung Kasar 100 harga jualan
12. oleh kerana 100 - 30 = 70, maka markup = 30 = 3 70 7 #
13.3. Komisen pengurus = % komisen x keuntungan sebelum % komisen + 100% komisen
14. contoh : untung sebelum komisen = RM 8400 peratus komisen = 5%
15. maka Komisen pengurus = 5% x RM 8400 5%+100% = RM 400 #
16. Untung Bersih = RM 8400 - RM 400 = RM 8000 #
17. *** Bukti : RM 8000 x 5% = RM 400 iaitu sama dengan komisen pengurus ***
18.4. Kadar perolehan stok / kadar pusinganti stok / = kos barang- barang dijual Kadar peralaihan stok / kadar pengeluaran stok stok purata ( tingkat inventori yang biasa dipegang pada = bilangan kali setahun setiap tahun )
19. Stok Purata = ( Stok awal + Stok akhir ) 2
20. Contoh : kadar pesinganti stok = 8 kali setahun = 1.5 kali sebulan --> stok barang masuk dan keluar dengan cepat --> mungkin jualan laris, ciri-ciri barang tidak boleh simpan lama