Download - Peranan Masjid Pada Zaman Rasulullah s
Peranan masjid pada zaman Rasulullah s.a.w ialah
Pusat Ibadat seperti menunaikan solat berjamaah
Pusat pendidikan seperti penyebaran ilmu
Pusat sosial seperti menjadi tempat pertemuan dan perpaduan
Pusat pemerintahan dan pentadbiran
Pusat dakwah
5. Nyatakan masjid dalam Islam ?
PUSAT IBADAT Tempat solat berjamaah , solat sunat & membaca al-Quran
PUSAT
KEMASYARAKAT
AN
Pelbagai aktiviti & program kemasyarakatan diadakan di masjid seperti
majlis akad nikah, gotong royong, kenduri dan lain-lain
PUSAT PENDIDIKA
N &
ILMU
PENGETAHUAN
Pengajaran & pembelajaran diadakah dimasjid seperti belajar fardu ain
& kuliah-kuliah ilmu untuk semua peringkat
PUSAT EKONOMI Terdapat koperasi masjid yang diasaskan untuk meningkatkan penguasaan
ekonomi umat Islam
PUSAT POLITIK Masjid juga dijadikan pusat pentadbiran & polotik bemi memestikan
masyarakat hidup bersatu padu & harmoni
PUSAT SENI Kegiatan kesenian diadakan di Masjid-masjid. Dinding-dinding masjid di
letakkan tulisan khat& . Binaan masjid yg indah mempamirkan
kehalusan seni tamadun Islam
BAHAGIAN SIRAH & TAMADUN ISLAM
PELAJARAN 25 : KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W. DI MADINAH
Unit 2 : PERSAUDARAAN ANTARA MUHAJIRIN & ANSAR
BAB 2
1. Siapakah Muhajirin dan Ansar ?
Golongan Muhajirin ialah : Pengikut Rasulullah s.a.w yang berhijrah dari Mekah ke Madinah
Golonga Ansar ialah : Penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam terdiri dari kaum Aus & Khazraj.
( mereka membantu perjuangan Rasulullah di Madinah )
2. Bagaimanakah cara Rasulullah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar ?
Cara Rasulullah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar ialah
Keluarga angkat iaitu setiap muhajirin
bersaudara angkat dengan golongan Ansar
Memperkenalkan sistem saudara angkat iaitu
setiap Muhajirin mempunyai saudara angkat
dari golongan Ansar
3. Terangkan pengorbanan yang dilakukan oleh Muhajirin dan Ansar
Pengorbanan yang dilakukan oleh Muhajirin ialah
Meninggalkan keluarga , harta & tanah air ( Mekah ) demi menyahut seruan hijrah
Bergadai nyawa & mengharungi pelbagai penderitaan semasa dalam perjalanan hijrah
Menghadapi kesusahan & keperitan untuk memulakan kehidupan baru di Madinah
Pengorbanan yang dilakukan oleh Ansar ialah
Menghulurkan bantuan harta, tenaga & tempat tinggal kepada Muhajirin
Menawarkan isteri & anak untuk dikahwini
Memberi perlindungan kpd Muhajirin
Sama-sama berjuang untuk mempertahankan Islam
4. Berikan 3 asas perpaduan dalam Islam.
Asas perpaduan dalam Islam ialah
Patuh kpd Allah & Rasul ( berasaskan Kesatuan akidah )
Mengamalkan cara hidup Islam
Mengutamakan kepentingan agama lebih dari kepentingan yang lain
Matlamat yang jelas untuk mencapai keredaan Allah
5. Bagaimakah cara untuk mengekalkan perpaduan dalam masyarakat majmuk ?
Cara untuk mengekalkan perpaduan dalam masyarakat majmuk ialah
Hormat menghormati antara satu sama lain
Amalkan ziarah menziarahi
Bekerjasama & saling Bantu membantu dalam kebajikan
Bersikap toleransi
6. Nyatakan faktor perpecahan dalam masyarakat Islam ?
Faktor perpecahan dalam masyarakat Islam ialah
Tidak menghayati ajaran al-Quran & Hadis
Mempunyai sifat mazmumah ( keji/ buruk ) seperti individualistik, iri hati & hasad dengki
Mengikut kehendak hawa nafsu
Sombong , enggan menerima kebenaran & tidak mengaku kesilapan diri sendiri
Kurang didikan agama