![Page 1: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/1.jpg)
NURUL NAJIHAH BINTI MOHAMED SHUKRI
PERANG SAUDARA
DIBENTANG OLEH
PN HJH MAIZATUL FADZILAHDIBIMBING OLEH
1861-1865
![Page 2: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/2.jpg)
HASIL PEMBELAJARAN
Membincangkan sistem pemerintahan negara persekutuan pada abad ke-18 dan 19
![Page 3: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/3.jpg)
PENGENALAN
• Perang saudara berlaku antara negeri-negeri utara dengan negeri-negeri selatan Amerika Syarikat.
• Perang ini melibatkan 22 buah negeri utara Amerika Syarikat dengan 11 buah negeri di Selatan Amerika Syarikat.
• Gabungan negeri-negeri utara dikenali sebagai Kesatuan Amerika Syarikat manakala negeri-negeri selatan dinamakan Gabungan Negeri-Negeri Amerika.
• Perang Saudara ini berlanjutan selama empat tahun, iaitu dari tahun 1861 hingga 1865.
![Page 4: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/4.jpg)
MASALAH HAMBA ABDI
![Page 5: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/5.jpg)
MASALAH HAMBA ABDI
• Amalan perhambaan bermula sejak orang Inggeris mengasaskan petempatan di Amerika.
• Pembukaan ladang-ladang kapas dan tembakau menyebabkan tuan-tuan tanah memerlukan hamba abdi untuk bekerja di ladang.
• Hamba abdi dari Afrika (orang Negro) digunakan untuk bekerja di ladang-ladang di selatan Amerika.
• Dalam pada itu, lahir kesedaran untuk menghapuskan amalan perhambaan di Amerika.
![Page 6: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/6.jpg)
MASALAH HAMBA ABDI
• Pada tahun 1859, John Brown memimpin pemberontakan hamba di bahagian selatan Amerika.
• Parti Republik turut berjuang untuk menghapuskan amalan perhambaan di Amerika Syarikat.
• Pada tahun 1861, Abraham Lincoln yang mengetuai Parti Republik dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-16.
• Beliau menentang amalan perhambaan dan berjaya menghapuskan amalan ini pada tahun 1863.
• Tindakan Abraham Lincoln membasmi amalan perhambaan mencetuskan Perang Saudara.
![Page 7: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/7.jpg)
NEGERI-NEGERI SELATAN MENARIK DIRI DARIPADA KESATUAN AMERIKA SYARIKAT
![Page 8: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/8.jpg)
NEGERI-NEGERI SELATAN MENARIK DIRI DARIPADA KESATUAN AMERIKA SYARIKAT
• Tindakan Abraham Lincoln membasmi amalan perhambaan menyebabkan negeri-negeri selatan menarik diri daripada Kesatuan Amerika Syarikat.
• Pada tahun 1861, tujuh buah negeri selatan membuat keputusan untuk berpisah daripada Kesatuan Amerika Syarikat.
• Negeri yang paling awal berpisah daripada Kesatuan Amerika Syarikat ialah Carolina Selatan.
![Page 9: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/9.jpg)
• Selepas negeri itu, negeri-negeri seperti Virginia, Georgia, Carolina Utara, Florida, Alabama, Mississippi, Louisiana, Tennessee, Arkansas dan Texas memutuskan untuk berpisah.
• Pada 4 Februari 1861, negeri-negeri tersebut menubuhkan kerajaan baharu yang dipanggil Gabungan Negeri-Negeri Amerika.
• Jefferson Davis telah dilantik sebagai Presiden Gabungan Negeri-Negeri Amerika.
NEGERI-NEGERI SELATAN MENARIK DIRI DARIPADA KESATUAN AMERIKA SYARIKAT
Jefferson Davis
![Page 10: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/10.jpg)
PERBEZAAN ANTARA NEGERI-NEGERI UTARA DAN NEGERI-NEGERI SELATAN
![Page 11: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/11.jpg)
PERBEZAAN ANTARA NEGERI-NEGERI UTARA DAN NEGERI-NEGERI SELATAN
• Terdapat perbezaan yang amat ketara antara negeri-negeri utara dan selatan Amerika Syarikat.
KEKAYAAN
AGAMA
KEHIDUPAN
BAHASA ASPEK
![Page 12: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/12.jpg)
Penduduk di negeri-negeri Selatan melibatkan diri dengan pertanian
![Page 13: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/13.jpg)
Penduduk di negeri-negeri utara terlibat dalam perusahaan
![Page 14: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/14.jpg)
TIDAK BERPUAS HATI TERHADAP UNDANG-UNDANG KERAJAAN PUSAT
![Page 15: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/15.jpg)
TIDAK BERPUAS HATI TERHADAP UNDANG-UNDANG KERAJAAN PUSAT
• Negeri-negeri selatan tidak berpuas hati dengan undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan pusat.
• Mereka berpendapat undang-undang tersebut digubal untuk melindungi kepentingan penduduk di negeri-negeri utara.
• Negeri-negeri selatan membantah tindakan kerajaan pusat mengenakan cukai yang tinggi terhadap barang-barang import.
• Mereka berpendapat tindakan tersebut boleh meningkatkan harga barang-barang yang diimport.
• Langkah ini turut menjejaskan kedudukan negeri-negeri selatan yang bergantung kepada barang import.
![Page 16: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/16.jpg)
PERJALANAN PERANG SAUDARA
![Page 17: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/17.jpg)
Tercetus apabila tentera negeri-negeri selatan menyerang Fort Sumter pada 12 April 1961.
Tentera negeri selatan dipimpin Robert Lee dan Jonathan Jackson.
PERJALANAN PERANG SAUDARA
Robert E. Lee Thomas J. 'Stonewall' Jackson
![Page 18: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/18.jpg)
PERJALANAN PERANG SAUDARA
Tentera negeri utara dipimpin oleh Jeneral Ulysses Grant, Thomas Sheridan dan Jeneral William Sherman.
Namun demikian, selepas tahun 1862, tentera-tentera utara mula mengukuhkan kedudukan mereka.
Ulysses S. Grant
Pada peringkat permulaan, iaitu antara tahun 1861-1863, tentera selatan memperoleh kemenangan dalam medan peperangan.
![Page 19: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/19.jpg)
PERJALANAN PERANG SAUDARA
Tentera utara memiliki beberapa kelebihan. Antaranya ialah :-
• Bilangan penduduk yang ramai, seramai 19 juta orang. Sementara itu, penduduk selatan hanya seramai 9 juta orang.
• Terdapat lebih 100 ribu buah syarikat luar di negeri-negeri utara. Kewujudan industri memudahkan mereka membuat senjata.
• Pihak utara mengawal rangkaian jalan kereta api utama.
![Page 20: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/20.jpg)
JULAI 1863
Pertempuran terakhir dalam perang saudara ini berakhir di Gettysburg.
PERJALANAN PERANG SAUDARA
SEPTEMBER 1862
Tentera selatan pimpinan Jeneral Lee mengalami kekalahan di Maryland.
![Page 21: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/21.jpg)
PERJALANAN PERANG SAUDARA
• Dalam peperangan tersebut, tentera selatan pimpinan Jeneral Lee seramai 100 ribu orang telah berperang dengan 90 ribu orang tentera pihak utara.
• Tentera selatan dikalahkan oleh tentera utara.
• Dianggarkan lebih kurang 40 ribu orang terbunuh di kedua-dua belah pihak.
• Selepas peperangan tamat, Abraham Lincoln telah membuat ucapan yang temasyur yang dikenali ‘Ucapan Gettysburg’
• Ucapan tersebut berkahir dengan kata-kata “...kerajaan daripada rakyat, oleh rakyat, bagi rakyat tidak akan lenyap dari muka bumi...”
![Page 22: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/22.jpg)
PERJALANAN PERANG SAUDARA
• Selepas kekalahan di Gettysburg, negeri-negeri di selatan tidak dapat membaiki kedudukannya.
• Pada 9 April 1865, Jeneral Lee telah menyerah diri kepada Jeneral Ulysses Grant di Appomatox.
• Peristiwa tersebut menandakan Perang Saudara di Amerika pun berakhir.
![Page 23: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/23.jpg)
KESAN PERANG SAUDARA
![Page 24: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/24.jpg)
KESAN PERANG SAUDARA
• Perang saudara menyebabkan lebih setengah juta orang Amerika terbunuh.
• Pada tahun 1865, amalan perhambaan telah dihapuskan di seluruh Amerika Syarikat.
• Perang ini menyebabkan negeri-negeri utara dan selatan bersatu semula.
• Pada 14 April 1865, Abraham Lincoln telah ditembak mati oleh seorang penyokong pihak selatan, iaitu John Wilkes Booth.
• Selepas tahun 1865, Amerika Syarikat mengalami pembangunan pesat dalam bidang sosial dan ekonomi.
![Page 25: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/25.jpg)
KESAN PERANG SAUDARA
• Amerika Syarikat menghadapi cabaran dalam menyatukan masyarakat yang berbilang bangsa.
• Selain orang Inggeris, Sepanyol, dan Perancis, terdapat pendatang-pendatang dari Itali, Greece, Rusia dan Poland.
• Dalam usaha untuk menyatukan rakyat berbilang bangsa dan keturunan, bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar.
• Usaha untuk menyatukan masyarakat Amerika Syarikat dijalankan secara berperingkat-peringkat.
• Amerika Syarikat membangun sebagai sebuah negara yang bersatu yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
![Page 26: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/26.jpg)
KESIMPULAN
• Walaupun tercetusnya perang saudara di Amerika Syarikat namun perang ini dapat menyelamatkan Amerika Syarikat daripada berpecah kepada dua.
• Perang ini juga menyebabkan negeri-negeri utara dan selatan Amerika bersatu dan seterusnya menjadikan Amerika sebuah negara yang pesat dalam bidang ekonomi dan sosial.
![Page 27: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/27.jpg)
SUMBER
• Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955)
• https://en.wikipedia.org/wiki/American_Civil_War
• http://www.historylearningsite.co.uk/causes-american-civil-war.htm
• http://www.civilwar.org/
• http://www.craighighschool.org/Portals/0/Academic/Social%20Studies/Ulrich/Causes%20of%20Civil%20War.pdf
![Page 28: Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)](https://reader037.vdocuments.pub/reader037/viewer/2022102322/547e521cb4af9f006b8b45ab/html5/thumbnails/28.jpg)
SEKIANTERIMA KASIH