PERBANDINGAN SELIAAN DAN BIMBINGAN PENSYARAH DAN
GURU PEMBIMBING TERHADAP GURU PELATIH UTM
SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI 2002/03
NORAZMIRA MUHAMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : ________________ 2003/2004
Saya __________ ___________
mengaku membenarkUniversiti Teknologi
1. Tesis adalah hak 2. Perpustakaan Un
sahaja. 3. Perpustakaan dib
pengajian tinggi 4. **Sila tandakan
SULI
TERH
TIDA
_________________
(TANDANGAN PE
Alamat tetap: _____________
_____________
_____________
_____________
105, JALAN M
CHERANG R
16700 PASIR
KELANTAN
Tarikh: _
CATATAN: * P ** J
bS
♦ TesataSar
__________________________________________ NORAZMIRA MUHAMAD (800701-03-5026)
(HURUF BESAR)
an tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
milik Universiti Teknologi Malaysia. iversiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
enarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi . ( √ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau T kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
AD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi atau badan penyelidikan dijalankan)
K TERHAD
Disahkan oleh
_______ ____________________________
NULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
_______________
_______________
_______________ ____________________________
_______________ Nama penyelia
ASJID AL-TAQWA,
UKU,
PUTEH,
.
TN. HJ. MEOR IBRAHIM KAMARUDDIN
_
_______________________ Tarikh: _____________________ SEPTEMBER 2003 SEPTEMBER 2003PERBANDINGAN SELIAAN DAN BIMBINGAN PENSYARAH DAN GURU PEMBIMBING TERHADAP GURU PELATIH UTM SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI 2002/03.
√
otong yang tidak berkenaan ika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi erkenaan dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ULIT atau TERHAD. is dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,
u disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek jana Muda (PSM).
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Sains).”
Tandatangan : …………………………………………….. Nama Penyelia : TN. HJ. MEOR IBRAHIM KAMARUDDIN Tarikh : SEPTEMBER 2003
iii
PERBANDINGAN SELIAAN DAN BIMBINGAN PENSYARAH DAN
GURU PEMBIMBING TERHADAP GURU PELATIH UTM SEMASA
LATIHAN MENGAJAR SESI 2002/03
NORAZMIRA MUHAMAD
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
SEPTEMBER, 2003
iv
“Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya..”
Tandatangan : …………………………………….. Nama Penulis : NORAZMIRA MUHAMAD Tarikh : SEPTEMBER 2003
v
DEDIKASI
Teristimewa buat mak dan ayah serta keluarga yang sentiasa disayangi,
terima kasih kerana sentiasa mendoakan diri ini,
Khas buat suami tercinta... terima kasih atas dorongan dan kesabaranmu dalam mendidik
diri ini untuk menjadi insan solehah.....
Buat teman seperjuangan, persahabatan ini adalah suatu perjalanan
yang takkan berakhir...terima kasih segala-galanya.
vi
PENGHARGAAN
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya, iaitu Tuan Haji Meor Ibrahim Bin
Kamaruddin yang banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya di sepanjang
usaha saya menyiapkan kajian ini sehingga kajian ini siap dijalankan.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah yang sentiasa
mencurahkan ilmu, rakan-rakan seperjuangan serta tidak lupa juga buat mereka yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha saya menjalankan kajian
ini sehingga peringkat akhir.
Sekian, terima kasih.
Norazmira Muhamad
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
vii
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membuat perbandingan seliaan dan
bimbingan antara pensyarah dan guru pembimbing terhadap guru pelatih semasa latihan
mengajar sesi 2002/03. Tiga aspek yang diambil kira dalam perbandingan ini ialah
perbandingan dalam aspek perancangan persediaan mengajar, perlaksanaan pengajaran
dan penilaian pengajaran. Setiap aspek dilihat berdasarkan komponen kemahiran yang
terdapat di dalamnya. Seramai 41 orang responden yang dipilih merupakan guru-guru
pelatih daripada kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains), SPN. Analisis
kajian dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS 10.0 bagi mendapatkan
kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan seliaan dan bimbingan terhadap
guru pelatih oleh kedua-dua pensyarah dan guru pembimbing semasa latihan mengajar
2002/03 dalam aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran berada pada tahap yang
baik. Bagaimanapun, daripada aspek penilaian pengajaran, guru pelatih mendapati
seliaan dan bimbingan pensyarah pembimbing berada pada tahap sederhana. Sementara
guru pembimbing berada pada tahap baik. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk
tindakan dan sebagai kajian lanjutan.
viii
ABSTRACT
The aim of this study is to compare the differences in supervision of practical
teaching between lecturers and mentors. Three aspects were assessed in this study:
teaching preparation, implementation and evaluation. Each aspect was observed based
on appropriate skills. 41 SPN final year students were involved in this study. The SPSS
software version 10.0 was used to determine frequency, percentage and mean. The result
of the study shows that supervision by both lecturers and mentors were good in two of
the aspects, namely preparation and implementation of teaching. However, analysis
shows the supervision by the lecturers on the evaluation of teaching is at a typical an
average level. Meanwhile, the mentors were at a good level. A number of suggestions
were given at the end of this study.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN i
PENGESAHAN STATUS TESIS ii
JUDUL iii
PERAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xv
LAMPIRAN xvii
BAHAGIAN SATU
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
x
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 12
1.8.1 Bimbingan 13
1.8.2 Pensyarah pembimbing 13
1.8.3 Guru pembimbing 13
1.8.4 Guru pelatih 14
1.8.5 Latihan mengajar 14
1.8.6 Penyeliaan 14
BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Latihan Mengajar 16
2.3 Guru Pelatih 18
2.4 Pensyarah pembimbing 20
2.5 Guru Pembimbing 20
2.6 Konsep pengajaran dan pembelajaran 22
2.7 Penyeliaan latihan mengajar 25
2.7.1 Penyeliaan klinikal 27
2.7.2 Sebelum pengajaran; 27
Perancangan dan penulisan
persediaan mengajar
2.7.3 Semasa pengajaran; penyampaian 27
pengajaran
2.7.4 Selepas pengajaran; bimbingan 29
xi
dan perbincangan
2.8 Perancangan dan persediaan mengajar 30
2.8.1 Rancangan kerja bagi tempoh latihan 32
mengajar
2.8.2 Rancangan kerja mingguan 32
2.8.3 Rancangan kerja harian/ persediaan 32
mengajar
2.8.4 Objektif pengajaran 35
2.8.5 Bahan bantu mengajar 36
2.8.6 Pengetahuan sedia 37
2.8.7 Perlaksanaan pengajaran 37
2.8.7.1 Pengenalan 38
2.8.7.2 Penyampaian 39
2.8.7.3 Catatan 42
2.8.7.4 Penutup pengajaran 42
2.8.8 Tugasan 43
2.8.9 Refleksi kendiri 44
2.8.10 Catatan Guru pelatih 45
2.9 Penutup 45
2.10 Kesimpulan 46
BAHAGIAN TIGA BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 47
3.2 Rekabentuk Kajian 47
3.3 Sampel Kajian 48
3.4 Prosedur Kajian 48
xii
3.5 Sumber Kajian 49
3.6 Instrumen Kajian 50
3.7 Analisis Data 55
3.8 Kesimpulan 56
BAHAGIAN EMPAT BAB IV ANALISIS DATA DAN KESIMPULAN
4.1 Pengenalan 57
4.2 Bahagian A : Analisis latar belakang 58
responden
4.2.1 Jantina dan Bangsa 58
4.2.2 Sesi Mengajar 59
4.3 Bahagian B; Analisis Persoalan Kajian 59
4.3.1 Analisis seliaan dan bimbingan 60
pensyarah pembimbing terhadap
guru pelatih dalam aspek
perancangan persediaan mengajar
4.3.2 Analisis seliaan dan bimbingan 62
guru pembimbing terhadap guru
pelatih dalam aspek perancangan
persediaan mengajar
4.3.3 Analisis keseluruhan perbandingan 65
seliaan dan bimbingan pensyarah
dan guru pembimbing dalam aspek
perancangan persediaan mengajar
4.3.4 Analisis seliaan dan bimbingan 67
pensyarah pembimbing terhadap
xiii
guru pelatih dalam aspek
perlaksanaan pengajaran
4.3.5 Analisis seliaan dan bimbingan 72
guru pembimbing terhadap guru
pelatih dalam aspek perlaksanaan
pengajaran
4.3.6 Analisis perbandingan seliaan 77
dan bimbingan pensyarah dan
guru pembimbing terhadap guru
pelatih dalam aspek perlaksanaan
pengajaran
4.3.7 Analisis seliaan dan bimbingan 80
pensyarah pembimbing terhadap
guru pelatih dalam aspek penilaian
pengajaran
4.3.8 Analisis seliaan dan bimbingan 82
guru pembimbing terhadap guru
pelatih dalam aspek penilaian
pengajaran
4.3.9 Analisis perbandingan seliaan 82
dan bimbingan pensyarah dan
guru pembimbing terhadap guru
pelatih dalam aspek penilaian
pengajaran
4.4 Kesimpulan 84
xiv
BAHAGIAN LIMA
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 85
5.2 Perbincangan 86
5.2.1 Seliaan dan bimbingan pensyarah 86
dan guru pembimbing terhadap
guru pelatih dalam aspek perancangan
persediaan mengajar.
5.2.2 Seliaan dan bimbingan pensyarah 88
dan guru pembimbing terhadap guru
pelatih dalam aspek perlaksanaan
pengajaran
5.2.3 Seliaan dan bimbingan pensyarah 89
dan guru pembimbing terhadap guru
pelatih dalam aspek perlaksanaan
pengajaran
5.3 Cadangan-cadangan 91
5.4 Cadangan untuk kajian lanjutan 92
5.5 Kesimpulan 93
SENARAI RUJUKAN 95
LAMPIRAN 101
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Nombor item yang terdapat pada Bahagian B (i) 52
yang merangkumi aspek perancangan persediaan
dan penilaian pengajaran.
3.2 Nombor item yang terdapat pada Bahagian B (ii) 53
yang merangkumi aspek perancangan persediaan
dan penilaian pengajaran.
3.3 Nombor soalan yang merangkumi aspek perlaksanaan 54
Pengajaran yang terdapat pada Bahagian B(i) dan
Bahagian B (ii).
3.4 Skala Likert 51
3.5 Pengkelasan Pemeringkatan Skala Likert 55
3.6 Skor min bagi menentuksn sempadan antara setuju 56
dan tidak setuju
4.1 Taburan responden mengikut jantina 58
4.2 Taburan responden mengikut sesi mengajar 59
sewaktu latihan mengajar
4.3 Nilai min hasil analisis maklumbalas responden 60
dalam aspek perancangan persediaan mengajar
terhadap pensyarah pembimbing
4.4 Nilai min hasil analisis maklumbalas responden 60
dalam aspek perancangan persediaan mengajar
terhadap guru pembimbing
xvi
4.5 Perbandingan nilai min antara pensyarah dan guru 66
pembimbing bagi setiap komponen dalam aspek
perancangan persediaan pengajaran
4.6 Perbandingan nilai min antara pensyarah dan guru 67
pembimbing dalam aspek perancangan persediaan
pengajaran
4.7 Min seliaan dan bimbingan pensyarah pembimbing 71
terhadap guru pelatih dalam setiap aspek/komponen
perlaksanaan pengajaran
4.8 Min seliaan dan bimbingan guru pembimbing 76
terhadap guru pelatih dalam setiap aspek/
komponen perlaksanaan pengajaran
4.9 Perbandingan nilai min selian dan bimbingan 77
Antara pensyarah dan guru pembimbing terhadap
guru pelatih bagi setiap komponen dalam
aspek perlaksanaan pengajaran
4.10 Perbandingan nilai min antara pensyarah 79
dan guru pembimbing bagi setiap komponen
dalam subkomponen penyampaian dalam
aspek perlaksanaan pengajaran
4.11 Perbandingan nilai min keseluruhan antara 79
pensyarah dan guru pembimbing dalam
aspek perlaksanaan pengajaran
4.12 Perbandingan nilai min seliaan dan bimbingan 81
antara pensyarah dan guru pembimbing
dalam aspek penilaian
4.13 Perbandingan keseluruhan nilai min antara 83
pensyarah dan guru pembimbing dalam
aspek penilaian pengajaran terhadap guru pelatih
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set soal selidik 102
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Program latihan mengajar bukan lagi perkara baru dalam program pendidikan
perguruan . Program latihan mengajar yang kebanyakan dijalankan di Malaysia adalah
berpaksikan susunan harmonis antara teori dan amalan pendidikan serta pembinaan
perhubungan yang kukuh antara pensyarah di institusi pendidikan guru serta guru
pembimbing di sekolah dalam rangka kerjasama bagi menyuburkan perkembangan guru
pelatih di bawah pengawasan mereka (Garten, 1994; Robbins & Skilling, 1996; Whitty,
1997; Medyes & Nyilasi, 1997; Jones, Reid & Bevins, 1997).
Dari segi sejarah pendidikan perguruan, latihan mengajar pada mulanya adalah
berasaskan model perantisan (Cruick Shank dan Arnaline, 1986; dalam Hasyim , 1989).
Di dalam model ini guru pelatih dianggap sebagai perantis yang perlu menjalani
kemahiran mengajar di bawah tunjuk ajar dan kawalan seorang guru yang mahir selama
satu jangka masa yang telah ditetapkan, kawalan yang dimaksudkan di sini adalah
kawalan daripada guru pembimbing dan penyelia pembimbing (pensyarah). Perantis
(guru pelatih) perlu menjadikan penyelianya sebagai model atau contoh yang perlu
diikuti.
Program latihan mengajar telah bermula di United Kingdom sekitar tahun 1980-
an dianggap dapat mengatasi banyak masalah pokok yang melemahkan kualiti guru
pelatih (Brooks, 2000). Paras kepuasan melalui pendekatan ini meningkat secara
2 mendadak antara tahun 1980-an dan 1990-an apabila kursus-kursus yang ditawarkan
semakin menjurus ke arah tuntutan profesional dan praktis. Walau bagaimanapun,
pelaksanaannya mempunyai implikasi kewangan yang agak membebankan bagi
menampung peningkatan perbelanjaan guru sekolah (pembimbing) yang terlibat
(Furlong, 2000).
Di Australia, program latihan mengajar sedang berkembang pesat melalui
pertambahan institusi yang terlibat dalam program latihan mengajar dan latihan
internship. Pelaksanaan program ini telah meningkatkan rasa tanggungjawab guru
pembimbing untuk memimpin, membimbing dan menyelia perkembangan profesion
guru pelatih. Tugas khusus guru-guru berkenaan adalah untuk menyelia latihan
mengajar, membimbing guru pelatih menguasai amalan mengajar yang berkesan,
memberi penjelasan terhadap hubungan antara teori dan praktis, memperkenalkan guru
pelatih kepada peranan yang lebih luas di dalam sekolah dan juga di dalam komuniti,
mencerap pelatih, menilai pengajaran, dan menilai serta melaporkan prestasi latihan
mengajar guru pelatih. Secara keseluruhannya guru pembimbing bertanggungjawab
untuk menyokong dan menyuburkan perkembangan profesional pelatih di sekolah
(Sinclair, 1997). Dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini, jelas menunjukkan untuk
melahirkan bakal guru yang benar-benar berkualiti memerlukan komitmen yang tinggi
daripada banyak pihak terutama sekali daripada pembimbing yang membimbing guru
pelatih berkenaan, di samping menyediakan latihan yang berkualiti kepada pembimbing
untuk membimbing guru pelatih.
Sebenarnya, kejayaan program latihan mengajar adalah amat bergantung kepada
penglibatan pembimbing yang mempunyai kebolehan untuk membuat tunjuk cara teknik
pengajaran yang sesuai di dalam kelas kepada guru pelatih, mempunyai kemahiran
mencerap dan membimbing pelatih, dan berkebolehan untuk mengemukakan cadangan
penambahbaikan pengajaran pelatih. Kejayaannya juga dikaitkan dengan peranan
pembimbing yang dapat membantu pelatih melalui sokongan moral dan teknikal ketika
menjalani latihan mengajar (Collins dan Kayser, 1994). Secara khusus, kebolehan
3 pembimbing menyebarkan maklumat yang sesuai dengan kemahiran dan amalan
pendidikan yang berkesan mengikut tahap pencapaian pelajar di dalam kelas turut
meningkatkan tahap pengajaran pelatih.
Dalam melaksanakan pembangunan rakyat yang berkaliber, institusi pendidikan
memainkan banyak peranan penting di mana didikan yang secukupnya daripada
pelbagai aspek sama ada dalam aspek kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah mahupun
ilmu yang berbentuk kerohanian adalah pemangkin kepada generasi yang serba boleh.
Kelahiran generasi yang bijak merupakan pemaju kepada pembangunan di samping
menjadi tampuk kepada pemerintahan negara suatu hari nanti. Sehubungan dengan itu,
pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk
mencapai hasrat tersebut.
Seperti yang terungkap di dalam Prinsip Pendidikan Negara, empat aspek yang
diberi perhatian sebagai garis panduan yang harus dipupuk dalam diri pelajar ialah
pembinaan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Masalahnya, sejauhmanakah keempat-
empat aspek tersebut telah berjaya dibina dan adakah insan yang dilahirkan oleh institusi
pendidikan ini mampu untuk menghadapi persaingan sengit, lebih-lebih lagi untuk
berhadapan dengan negara-negara yang sudah maju sekarang. Keperluan kejayaan
dalam kehidupan semestinya bertitik tolak daripada keupayaan intelek para pelajar untuk
mengatur strategi berfikir dalam menyatakan masalah-masalah dengan jelas,
menyelesaikan isu-isu, menentukan tindakan yang paling efektif dan berkeupayaan
untuk mencari penyelesaian yang baru.
Dalam arus teknologi yang kian bertambah pesat ini, tanpa kita sedari bidang
pendidikan merupakan satu-satunya elemen yang tidak boleh tidak, terlibat secara
langsung dalam melahirkan generasi penyambung untuk terus memajukan negara selaras
yang dihasratkan oleh negara hari ini. Oleh itu, seperti mana yang diketahui umum
pendidik merupakan satu-satunya agen perubahan yang boleh memberi kemajuan
kepada negara kerana, pada mereka terletak harapan generasi hari ini untuk maju dan
menjana wawasan.
4
Latihan mengajar merupakan titik awal kepada individu yang memilih bidang
perguruan sebagai profesion. Bakal guru sepatutnya melaksanakan Latihan Mengajar
secara licin dan sempurna bagi menghadapi dan menyelesaikan pelbagai cabaran dan
kesukaran yang pasti akan ditempuh berulang-ulang di sepanjang kerjaya intelek ini.
Dalam konteks ini, latihan mengajar perlu diusahakan dan dilaksanakan dengan sebaik
mungkin. Malah, sebagai bakal guru terdapat pelbagai tindakan yang perlu dihalusi
sebelum, semasa dan selepas latihan mengajar dilaksanakan. Permasalahan yang timbul
tidak mungkin dapat dilakukan dengan seragam dan adil jika hanya bergantung kepada
logik sahaja. Oleh sebab itulah, guru pelatih memerlukan pembimbing untuk dijadikan
panduan serta rujukan di sepanjang mereka menjalani latihan mengajar. Oleh itu,
perlaksanaan penyelia bersekutu yang telah dijalankan oleh pihak Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia tidak boleh dipertikaikan, malah wajar diteruskan
sebagaimana yang ada hari ini.
Latihan Mengajar merupakan satu latihan amali untuk guru pelatih
mempraktikkan segala teori dan kaedah yang telah dipelajari (Meor Ibrahim, 2003).
Latihan ini juga merupakan satu syarat yang mesti dipenuhi oleh guru pelatih yang
mengikuti kursus perguruan di Universiti Teknologi Malaysia di samping sebagai
memenuhi syarat untuk memperoleh ijazah dalam pengkhususan yang telah diikuti.
Pihak Jawatankuasa Pengurusan Latihan Mengajar merupakan pihak yang
bertanggungjawab penuh terhadap pelaksanaannya pada sesi yang terdahulu. Latihan
Mengajar tidak akan dilaksanakan tanpa tujuan, tetapi dilaksanakan bertujuan untuk
membentuk bakal guru yang berkualiti dan sistematis. Antara objektif latihan mengajar
di Universiti Teknologi Malaysia mengikut Panduan Latihan Mengajar ialah ;
i. Memberi latihan kepada bakal guru mengajar di sekolah.
ii. Memberi pendedahan kepada bakal-bakal guru tentang profesion
perguruan serta tanggungjawabnya.
iii. Memberi bimbingan serta menilai kebolehan guru pelatih menjalankan
tugas seperti mana yang dikehendaki oleh etika profesion perguruan.
5
Berdasarkan objektif di atas, jelas bahawa untuk menghasilkan bakal guru yang
benar-benar berkualiti serta mampu menghasilkan generasi yang berkualiti memerlukan
perancangan yang sebegitu rupa, anjakan paradigma guru hari ini memberi impak
kepada generasi akan datang.
1.2. Latarbelakang Masalah
Pengalaman pertama seseorang penting dalam sebarang aktiviti hidup. Ini
termasuk juga dalam profesion perguruan. Latihan mengajar bagi guru pelatih adalah
suatu pendidikan awal dalam penghidupan seseorang pendidik. Pengetahuan akademik
yang ada pada setiap individu itu belum cukup untuk menjadi seorang guru. Pengalaman
dan amalan praktikal dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu alat yang paling
penting untuk guru menyampaikan ilmu yang tersimpan di dada mereka pada pelajar.
Keberkesanan penyampaian pengetahuan tersebut adalah hasil sebenar kerja mereka.
Latihan Mengajar telah diterima umum, khususnya di Universiti Teknologi
Malaysia sebagai salah satu rancangan yang penting dan perlu dalam Program
Perguruan. Perubahan yang ketara dari segi personaliti guru pelatih berlaku semasa
latihan mengajar. Perubahan dan perkembangan yang berlaku ini adalah dalam suasana
yang nyata iaitu di sekolah. Segala pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh
sewaktu latihan mengajar biasanya memberi kesan yang mendalam dan menjadi ingatan
sepanjang hayat bagi kebanyakan guru.
Profesion perguruan sebenarnya mempunyai nilai murni yang tinggi. Bagi
merealisasikan profesion perguruan ini dengan baik bukanlah suatu pekerjaan yang
mudah. Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu
mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan nilai
diri atau suka memilih pekerjaan (Hedderdorf, 1971).
6
Seorang guru yang baik harus mempunyai ciri-ciri profesional seperti personaliti
dan persiapan diri, pandai membimbing, berdedikasi, jujur, ikhlas, beretika serta telah
mempelajari pelbagai aspek pendidikan termasuk psikologi, sosiologi, falsafah,
pedagogi,teknologi dan sebagainya. Guru perlu mempunyai kebolehan yang mendalam
dan luas dalam psikologi pendidikan, sosiologi pendidikan dan falsafah pendidikan,
pengkaedahan dalam sesuatu mata pelajaran dan kemahiran mengajar pelajar di
peringkat sekolah rendah, menengah ataupun tinggi (Othman, 1999). Walau
bagaimanapun, sebelum menempuh alam pekerjaan sebenar sebagai seorang guru,
pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan
menjalani satu program latihan mengajar. Program Latihan Mengajar merupakan
komponen terpenting yang mesti dijalani oleh guru pelatih dalam kursus perguruan.
Program ini juga bertujuan untuk melahirkan bakal guru yang dapat menyesuaikan diri
dan benar-benar bersedia menempuh alam pekerjaan sebenar.
Latihan mengajar merupakan satu komponen yang harus diteruskan bagi
melahirkan guru-guru yang benar-benar berkualiti, berketerampilan dan beriltizam serta
mempunyai ketahanan diri, bersikap positif, mempunyai nilai-nilai dan budi pekerti
yang mulia , selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru. Dalam konteks ini guru pelatih
dianggap sebagai apprentices yang menjalani latihan di bawah kawalan dan bimbingan
pensyarah serta guru terlatih (guru pembimbing) yang mahir dan berpengalaman
(Meor Ibrahim, 2002). Bagi mencapai matlamat ini setiap guru pelatih perlu di bimbing
bersama oleh pensyarah dan practitioners yang berpengalaman, dengan menggunakan
konsep penyeliaan bersekutu , melalui pendekatan klinikal (Meor Ibrahim, 2002). Di
sini, konsep penyeliaan bersekutu merujuk kepada penyeliaan yang dijalankan oleh dua
orang penyelia, iaitu ;pensyarah serta guru pembimbing
Sebagai practitioners yang berada di sekolah, guru terlatih lebih arif mengenai
murid dan suasana bilik darjah sebenar, dan dengan ini dapat memberi bimbingan
berterusan yang lebih berkesan. Di samping memberi bimbingan, kebolehan serta
kemampuan pelatih sebagai seorang guru akan turut dinilai seperti mana yang
7 dikehendaki oleh etika profesion perguruan. Penilaian dan pemberian markah (terhadap
persediaan, pengajaran dan sahsiah guru pelatih) adalah bertujuan untuk memastikan
sistem tersebut dapat berjalan dengan lancar dan berkesan; di samping untuk
memastikan guru pelatih memperoleh segala kemahiran asas yang berkaitan.
Berdasarkan penulisan Jawatankuasa Latihan Praktik, Fakulti Pendidikan UTM,
(2003), semua guru pelatih Ijazah Sarjana Muda yang mengikuti program pendidikan
disyaratkan menjalani Latihan Mengajar selama dua belas 12 minggu. Tempoh ini
terbahagi kepada dua (2) bahagian, iaitu bahagian pertama melibatkan latihan mengajar
selama enam (6) minggu pada akhir tahun tiga pengajian dan enam (6) minggu lagi ialah
bahagian ke dua pada akhir tahun empat pengajian di Universiti Teknologi Malaysia.
Guru pelatih dikehendaki menjalani Latihan Mengajar mengikut tarikh yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Latihan Praktik Fakulti Pendidikan.
Penglibatan pensyarah serta guru pembimbing sangat penting sebagai penunjuk
cara dan juga pembimbing yang membimbing seta memberi panduan kepada guru
pelatih menjalani latihan mengajar. Ini kerana guru pelatih masih lagi hijau dalam dunia
perguruan, sebelum ini mereka masih lagi dalam dunianya sebagai seorang pelajar,
tetapi dalam satu waktu masa yang singkat guru pelatih ini terpaksa merubah segala
penampilan diri untuk menjadikan dirinya seorang yang lebih profesional serta matang
dalam mengani masalah serta membuat keputusan untuk pelajarnya, terutamanya yang
melibatkan pengajaran. Kerana sewaktu dalam latihan mengajar guru pelatih diibaratkan
sebagai acuan yang akan mendidik pelajarnya, dan pada masa ini juga, guru pelatih
adalah setaraf dengan guru-guru yang lain dalam memberi didikan kepada pelajar
walaupun pada ketika ini guru pelatih hanyalah seorang “guru pelatih”.
Seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini, latihan mengajar merupakan
program yang bertujuan memberi pendedahan, pengalaman dan kemahiran mengajar di
dalam situasi sebenar. Pensyarah serta guru pembimbing berperanan penting dalam
usaha membentuk dan membimbing guru pelatih yang akan menempuh alam pekerjaan
8 yang sebenar. Mereka juga berperanan sebagai penyokong serta penghubung di antara
pihak sekolah dengan guru pelatih. Selain itu, penglibatan mereka dalam memberi
seliaan dan bimbingan kepada guru pelatih merupakan penilaian terhadap tahap
pencapaian dan prestasi guru pelatih. Sistem penilaian dan penggredan yang teratur akan
melahirkan guru pelatih yang berketerampilan.
Sebenarnya, matlamat penyeliaan dan bimbingan bertujuan memberikan
bimbingan yang berterusan ke arah perkembangan nilai-nilai profesion perguruan. Di
samping itu, unsur-unsur penilaian secara klinikal turut ditekankan sepanjang tempoh
latihan mengajar. Penyeliaan bersekutu yang telah dijalankan di Universiti Teknologi
Malaysia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada guru pelatih, khususnya
perbezaan pendekatan yang diberikan oleh kedua-dua pembimbing (pensyarah dan guru)
terhadap guru pelatih.
Terdapat banyak perbezaan seliaan yang dilakukan antara pensyarah dan guru
pembimbing terhadap guru pelatih dalam sesi latihan mengajar. Ini termasuk dalam sesi
penilaian yang dilakukan terhadap guru pelatih dalam sesi latihan mengajar yang lepas.
Berdasarkan Panduan Latihan Mengajar, peranan pensyarah pembimbing dalam seliaan
terhadap guru pelatih adalah;
a. mengadakan perjumpaan dengan guru pelatih sebelum bermulanya sesi
latihan mengajar.
b. memerhatikan sesi latihan mengajar dan mencatatkan kelemahan serta
kekuatan guru pelatih dalam buku laporan penyeliaan selepas sesuatu
pengajaran. Hasil catatan pencerapan akan diserahkan kepada guru
pelatih dan dibincangkan.
c. memberikan bimbingan dan tunjuk ajar berasaskan pencerapan klinikal
bagi meningkatkan mutu pengajaran guru pelatih.
d. membuat penilaian mengenai mutu pengajaran guru pelatih dengan
berpandukan format yang telah ditetapkan.
9
e. mematuhi kekerapan minimum penyeliaan untuk bilangan guru pelatih
yang ditetapkan.
f. Mengawasi disiplin guru pelatih sepanjang tempoh latihan mengajar.
g. Membimbing dan menilai guru pelatih di dalam menghasilkan projek
Latihan Mengajar.
Manakala tugas guru pembimbing pula dibahagikan berdasarkan kepada aspek;
a. Orientasi
b. Pengajaran dalam bilik darjah.
c. Penilaian.
d. Perkembangan profesional.
e. Kegiatan Ko-kurikulum
1.3. Pernyataan Masalah
Pensyarah serta guru pembimbing mempunyai peranan yang penting dalam
membantu guru pelatih untuk menjalankan latihan mengajar di sekolah. Bimbingan serta
pengalaman yang diberikan oleh mereka sedikit sebanyak turut membantu bakal guru
mempersiapkan diri serta keyakinan yang tinggi untuk menjalankan pengajaran dengan
berkesan di dalam bilik darjah. Kajian yang telah dijalankan untuk menjawab persoalan
sejauh manakah pensyarah serta guru pembimbing telah membimbing guru pelatih
dalam membuat persediaan mengajar, menyampaikan pengajaran, dan melaksanakan
penilaian pengajaran? Kajian ini juga turut mengkaji apakah ciri-ciri yang diperlukan
oleh guru pelatih terhadap pensyarah serta guru pembimbing dalam membantunya
mempersiapkan diri menjalankan latihan mengajar.
10
Dalam setiap sesi latihan mengajar yang dilalui, guru pelatih akan diselia oleh
dua (2) orang penyelia yang mana terdiri daripada pensyarah serta pembimbing.
Penyeliaan yang dilakukan sedikit sebanyak akan dapat membantu guru pelatih
mempersiapkan diri ke arah merealisasikan seperti mana Falsafah Pendidikan Guru iaitu
untuk melahirkan guru yang berkualiti;berketerampilan dan beriltizam serta mempunyai
ketahanan diri, bersikap positif, serta mempunyai nilai-nilai dan budi pekerti yang mulia.
Dengan itu, permasalahan yang timbul ialah sejauh manakah guru pelatih ini telah di
bimbing dan didedahkan dengan situasi peranan guru sama ada sebelum, semasa atau
selepas mengajar. Serta apakah yang sebenarnya yang diinginkan oleh guru pelatih ini
terhadap bimbingan pensyarah serta guru pembimbing dalam membantu mereka
mempersiapkan diri menjadi seorang guru yang berperanan penuh dalam aktiviti
pengajaran yang disampaikan.
1.4. Objektif Kajian
Antara objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk membuat perbandingan
seliaan dan bimbingan antara pensyarah dan guru pembimbing dalam aspek;
i. membuat perancangan persediaan mengajar,
ii. perlaksanaan pengajaran, dan
iii. penilaian pengajaran.
11 1.5. Persoalan Kajian
Terdapat tiga bentuk bimbingan yang harus dititik beratkan oleh setiap penyelia
ke atas guru pelatih semasa sesi latihan mengajar, iaitu penilaian dilakukan dari aspek
penulisan rancangan pengajaran (persediaan), perlaksanaan pengajaran, dan sahsiah
(Meor Ibrahim, 1997). Dalam kajian ini, persoalan yang wujud adalah; apakah terdapat
perbezaan seliaan dan bimbingan antara pensyarah dan guru pembimbing terhadap guru
pelatih dalam aspek ;
i. membuat perancangan persediaan mengajar.
ii. perlaksanaan pengajaran, dan
iii. penilaian pengajaran.
1.6. Kepentingan Kajian
Kajian ini meninjau pandangan guru pelatih Fakulti Pendidikan terhadap
penyeliaan serta bimbingan pensyarah serta guru pembimbing dalam aspek yang telah
dinyatakan dalam bahagian ( 1.5 ) semasa mereka dalam sesi latihan mengajar. Kajian
ini akan dapat memberikan data mengenai tanggapan guru pelatih serta kehendaknya
terhadap penyelia yang membimbing mereka semasa menjalani latihan mengajar. Hasil
kajian yang diperoleh dapat digunakan sebagai :
i. Persiapan bagi pihak sekolah serta pihak Fakulti Pendidikan UTM untuk
menyediakan guru pembimbing serta pensyarah pembimbing bagi
meningkatkan keyakinan diri guru pelatih bagi sesi latihan mengajar
yang akan datang.
ii. Panduan dan persiapan bagi pihak sekolah serta panduan guru
pembimbing untuk penyeliaan guru pelatih pada sesi akan datang.
12
iii. Memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti penyeliaan latihan mengajar
melalui bengkel yang biasanya diadakan sebelum bermula sesi latihan
mengajar terhadap pihak Fakulti pendidikan UTM
iv. Kajian oleh pihak sekolah serta pihak Fakulti Pendidikan UTM terhadap
keberkesanan bentuk penyeliaan yang telah dijalankan selama ini.
v. Kajian oleh pihak maktab-maktab perguruan ( mengikut kesesuaian
Secara am, kajian ini dapat membantu dalam sistem penyeliaan guru khasnya
untuk Fakulti Pendidikan, UTM serta pihak tertentu yang berkaitan agar dapat mengenal
pasti tahap kelemahan sistem penyeliaan yang telah dijalankan seterusnya memperbaiki
kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan semasa dalam penyeliaan. Justeru,
diharapkan sesi penyeliaan akan datang dapat diperbaiki kelemahannya dan
dipertingkatkan lagi kualiti demi untuk melahirkan bakal guru yang profesional.
1.7 Batasan Kajian
Kajian yang akan dijalankan ini adalah terbatas kepada beberapa perkara seperti
berikut;
i. Terbatas kepada persoalan kajian sahaja.
ii. Terbatas kepada guru pelatih yang sedang menjalani latihan mengajar
pada sesi 2002/03 sahaja.
iii. Menggunakan borang soal-selidik yang akan disediakan berdasarkan
aspek bimbingan guru pembimbing serta pensyarah pembimbing ke
atas guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar di sekolah sesi
2002/03 sahaja.
iv. Kejituan kajian adalah bergantung kepada kejujuran guru pelatih
menjawab soalan soal-selidik dengan jujur dan ikhlas.
13 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Bimbingan
Menurut Kamus Dewan (1996), bimbingan (guidance) membawa maksud
sebarang panduan, tunjuk ajar, dan pimpinan daripada seseorang . Di sini
bimbingan adalah berdasarkan kepada bimbingan pensyarah pembimbing serta
guru pembimbing di sekolah yang membuat penyeliaan terhadap guru pelatih
Fakulti Pendidikan UTM. Bimbingan yang dimaksudkan ialah bimbingan secara
klinikal, di samping membuat penilaian perancangan pengajaran, serta membina
sahsiah guru pelatih
1.8.2 Pensyarah Pembimbing
Pensyarah pembimbing terdiri daripada pensyarah atau tutor yang dilantik oleh
Fakulti Pendidikan UTM untuk menjalankan tugas penyeliaan latihan mengajar
(Meor Ibrahim, 1997).
1.8.3 Guru Pembimbing
Guru pembimbing bermaksud guru terlatih yang berpengalaman dalam bidang
sains, lebih tahu dan arif dengan keadaan sekolah, kurikulum dan murid tempat
guru pelatih menjalani latihan mengajar. Oleh itu mereka akan dapat membantu
guru pelatih menghadapi realiti yang wujud di sekolah. Antara aspek yang harus
di bimbing ialah pengajaran (perancangan, perlaksanaan dan penilaian) dan ke
arah meningkatkan profesionalisme guru termasuk menilai dan melaksanakan
kegiatan ko-kurikulum.
14 1.8.4 Guru Pelatih
Guru pelatih di sini membawa maksud semua pelajar Fakulti Pendidikan UTM
yang menjalani latihan mengajar pada sesi 2002/03. Dalam kajian ini, guru
pelatih adalah terdiri daripada pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Sains), 4 SPN.
1.8.5 Latihan Mengajar
Suatu kursus di mana guru pelatih diarahkan mengajar dalam situasi sebenar iaitu
di sekolah. Di sini mereka akan mempraktikkan segala teori, kaedah, kemahiran
dan kefahaman yang telah dipelajari di bilik kuliah dalam situasi sebenar.
1.8.6 Penyeliaan
Penyeliaan adalah segala tindakan dan perlakuan yang dirancang untuk
mempengaruhi tingkah laku pengajaran guru. Ia dilakukan untuk memastikan
guru pelatih melaksanakan tugas seperti yang telah ditentukan, dan untuk
mengesan kekuatan dan kelemahan guru pelatih.
( Latihan Mengajar,1999:Panduan Untuk Penyelia)
BAB II
SOROTAN PENULISAN
2.1. Pengenalan
Profesion perguruan memerlukan asas pengetahuan yang luas tentang sesuatu
bidang ilmu dan juga latihan. Segala kemahiran tentang kaedah mengajar perlu diketahui
dengan mendalam untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat
pelbagai keadaan dan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran, dan kebanyakannya
sukar untuk diselesaikan secara rutin. Oleh itu, guru perlu menggunakan kebijaksanaan
mereka berdasarkan pengalaman serta pengetahuan untuk menyelesaikan masalah
pengajaran dan pembelajaran dalam konteks yang berlainan.
Konsep penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih tertumpu
kepada proses pencerapan pengajaran dalam bilik darjah. Penyeliaan dalam konteks ini
berkait rapat dengan pengawalan, dan pengawalan dapat ditakrifkan sebagai satu proses
untuk menentukan atau menjamin supaya kegiatan-kegiatan organisasi terarah kepada
pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Jika tidak, langkah pembetulan atau
pemulihan perlu diambil.
Dalam perkembangan pendidikan profesional masa kini, penyeliaan telah
menjadi fokus utama dalam proses latihan dan pendidikan guru. Ini termasuk dua jenis
penyeliaan di sekolah iaitu, penyeliaan ke atas kakitangan dan penyeliaan pengajaran
(Rahimah, 1986). Penyeliaan kakitangan diperlukan ke atas kakitangan pentadbiran dan
penyelenggaraan sekolah. Manakala, penyeliaan pengajaran ialah penyeliaan ke atas
16
guru-guru yang terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Namun begitu, kajian ini hanya tertumpu kepada penyeliaan pengajaran.
Menurut Berlimer (1984), Joyle,et.al (1984) dalam Knoll (1987) telah
menegaskan bahawa program latihan guru akan menjadi lebih berjaya jika melibatkan
amalan sebenar dalam situasi terkawal. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa sistem
latihan mengajar yang telah dijalankan di UTM ini turut mendapat persetujuan serta
sokongan daripada pendapat yang terdahulu.
2.2. Latihan Mengajar
Latihan mengajar merupakan satu siri pengalaman praktik yang sistematis yang
berasaskan sekolah dengan tujuan membantu guru pelatih menjadi guru yang profesional
dan bersepadu (Rohani, 1994; Othman, 1999). Semasa latihan mengajar guru pelatih
ditempatkan di sekolah untuk mencuba serta mempraktikkan teori-teori dan kemahiran-
kemahiran mengajar yang diperolehi di sepanjang kursus di universiti. Justeru itu, yang
diutamakan dalam latihan mengajar ialah latihan di samping penyeliaan serta bimbingan
pensyarah dan guru pembimbing . Melalui latihan mengajar, guru pelatih dapat
menyelesaikan masalah semasa pengajaran bagi meningkatkan prestasi menjadi seorang
guru yang inovatif dan berkemahiran.
Latihan mengajar merupakan aktiviti yang dilaksanakan secara profesional untuk
membantu guru pelatih menguasai kemahiran di bidang berkaitan serta memupuk sikap
dan nilai-nilai keguruan yang dihasratkan (Buletin Pendidikan, 1995).
Sebagai seorang guru yang berkualiti bukan sahaja guru yang pandai mengajar
dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidangnya. Perkara yang turut penting
yang perlu ada pada seorang guru ialah dapat membentuk peribadinya agar ia dapat
dijadikan contoh kepada pelajarnya kelak. Guru merupakan model bagi pelajar. Malah,
latihan mengajar hendaklah dapat mengeluarkan guru yang bukan sahaja menghayati
17
profesion perguruan , tetapi turut mempunyai sikap untuk membentuk peribadi mulia di
kalangan pelajar (Abdul Raof dan Subahah,1991).
Proses melatih guru-guru memerlukan kaedah, teknik dan pendekatan mengajar
yang sistematik (Hasyim, 1989). Ini bertujuan untuk melengkapkan guru-guru pelatih
dengan asas pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang guru di
samping mendorong mereka meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik kuliah.
Mengikut Mok dan Lee (1988), latihan mengajar merujuk kepada situasi apabila
seseorang guru pelatih itu dihantar ke sekolah untuk mencuba dan mempraktikkan
kemahiran mengajar dan memainkan peranan sebagai seorang guru. Di sini jelas
menunjukkan bahawa aspek praktik serta kemahiran pengetahuan yang telah dipelajari
menjadi fokus utama serta tumpuan yang sangat ditekankan kepada guru pelatih.
Latihan mengajar adalah landasan awal bagi guru pelatih mendapatkan
pengalaman di sekolah terutamanya pengalaman mengajar, mengenali suasana
persekolahan yang sebenar dan yang berkaitan dengan persekolahan (Md. Sood, 1988).
Di sini menjelaskan bahawa latihan mengajar bertujuan untuk melatih seseorang
menjadi guru. Melalui program latihan mengajar, guru pelatih diberi peluang untuk
mengguna serta mempraktikkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari
ke dalam suasana bilik darjah sebenar. Dalam konteks ini, guru pelatih di anggap
sebagai apperentis yang menjalani latihan di bawah kawalan bimbingan guru terlatih
yang mahir dan berpengalaman, dalam suatu jangkamasa tertentu (misalnya 12 minggu,
sebagaimana yang dipraktikkan oleh Fakulti Pendidikan,UTM).
Menurut Abdul Aziz (1988), dalam latihan mengajar perkara yang harus
diutamakan ialah latihan bukan penilaian. Walaupun matlamat terakhir latihan mengajar
adalah penilaian, tetapi beliau berpendapat demikian kerana komponen penilaian bukan
satu komponen yang terpenting dalam latihan mengajar. Oleh itu, guru pelatih harus
diberi peluang untuk mencuba, berlatih dan mengeksperimen pelbagai kemahiran supaya
mereka akan menjadi seorang guru yang cekap dan efektif.
18
2.3. Guru Pelatih
Juriah (1994), dalam kajian projek Sarjana Muda, beliau mengemukakan bahawa
guru pelatih perlu menguasai perkaedahan pengajaran amali dan teori yang mantap bagi
menghasilkan pengajaran yang menarik dan berkesan. Ini kerana, perkaedahan
pengajaran yang berkualiti akan memberi kekuatan terhadap keberkesanan pembelajaran
pelajar di dalam bilik darjah.
Dalam perlaksanaan pengajaran di bilik darjah, biasanya guru pelatih kurang
mengambil berat tentang penilaian dalam perlaksanaan pengajaran kerana mereka lebih
mementingkan kepada perlaksanaan/penyampaian isi pelajaran. Kebanyakan guru
pelatih hanya menggunakan soalan-soalan SPM yang lalu untuk menilai pelajarnya
tanpa memikirkan tujuan dan kegunaan penilaian tersebut dilakukan.
Berdasarkan tinjauan dan pengalaman Abdul Raof dan Subahah (1991), didapati
guru pelatih secara umum tidak mengambil berat tentang persediaan dan cara
mengendalikan ujian atau peperiksaan atau berusaha menggunakan prinsip-prinsip
pengukuran dan penilaian yang telah digunakan.
Kebanyakan guru pelatih kurang merancang dan mengolah pengajarannya
dengan teliti (Abu Hassan, 1999). Ini kerana, guru pelatih masih lemah terutama dalam
penguasaan isi pengajaran, merancang kaedah atau teknik dalam amali dan penggunaan
kaedah atau pendekatan pengajaran.
Menurut Saedah (1982), dalam Aini (1991), guru pelatih mesti berkebolehan dan
berkeyakinan untuk menyebarkan ilmu dan kemahiran. Kebolehan dan keyakinan ini
penting terutama semasa berada dalam bilik darjah. Ini kerana guru sememangnya
bertanggungjawab penuh terhadap pengajarannya serta bilik darjah pada masa tersebut.
Menurut Robiah (1994), guru pelatih masih lemah dan kurang mahir dengan
teknik untuk mengajar. Antaranya ialah teknik pertalian antara teknik pengajaran.
Keadaan ini menunjukkan bahawa guru pelatih masih memerlukan bimbingan
terutamanya daripada guru pembimbing mereka serta pensyarah pembimbing dari UTM
19
sendiri untuk menjadikan guru pelatih lebih merasa peranannya ketika mengajar dalam
bilik darjah.
Menurut Kamarudin (1986), terdapat beberapa kelemahan pelatih semasa
menjalani latihan mengajar. Aspek terpenting ialah dari segi penyampaian pengajaran
secara teori dan amali dalam bilik darjah. Semasa menyampaikan isi pelajaran ada
pelatih yang kurang menguasai isi pelajaran dan tidak faham proses sebenarnya yang
berlaku, kelas amali tidak dikendalikan dengan cara yang teratur dan sistematik dan cara
kerja amali kurang jelas.
Pengalaman mengajar merupakan suatu pengalaman yang unik dan bermakna
dalam tempoh perkhidmatan seseorang guru kerana mereka akan menghadapi pelbagai
pengalaman dan suasana persekitaran yang baru. Menurut Md Ariff (1980), dalam
Kamaruddin (1986), guru pelatih yang menjalani latihan mengajar akan mengalami
suasana yang baru dan banyak perkara akan mempengaruhi mereka, ini termasuk juga
persekitaran yang dihadapi oleh mereka ketika dalam latihan mengajar.
Melalui latihan mengajar guru pelatih akan dapat membina dan menyuburkan
kefahaman mengenai profesion perguruan dengan lebih jelas. Ini kerana latihan
mengajar memainkan peranan yang penting untuk membentuk guru yang berdedikasi,
berkaliber dan komited dengan tugas sebagai guru (Md. Sood, 1988). Kualiti guru dan
pendidikan yang mereka perolehi akan menentukan kualiti pengajaran dan pembelajaran
(Robiah, 1994). Ini kerana guru memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu
sistem pendidikan. Mereka bertanggungjawab melahirkan pelajar-pelajar yang
berpotensi, seimbang dan harmonis secara bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.
20
2.4. Pensyarah Pembimbing
Latihan mengajar, satu program yang bertujuan memberikan pendedahan,
pengalaman dan kemahiran mengajar di dalam situasi sebenar (Meor Ibrahim, 1997).
Pensyarah pembimbing berperanan penting dalam usaha membentuk dan membimbing
guru pelatih yang akan menempuh alam pendidikan yang sebenar. Mereka juga
berperanan sebagai penyokong serta penghubung di antara pihak sekolah dengan guru
pelatih. Selain itu, pensyarah pembimbing juga merupakan penilai kepada pencapaian
dan prestasi guru pelatih. Sistem penilaian dan penggredan yang teratur akan melahirkan
guru pelatih yang berketerampilan.
Pensyarah pembimbing terdiri daripada pensyarah atau tutor yang dilantik oleh
Fakulti Pendidikan, UTM untuk menjalankan tugas penyeliaan Latihan Mengajar.
Menurut Panduan Latihan Mengajar, pensyarah pembimbing berperanan dalam
memahami sistem dan proses pelaksanaan latihan mengajar serta berusaha
menjayakannya, membuat penilaian mengenai mutu pengajaran guru pelatih dengan
berpandukan format yang ditetapkan sewaktu pengajaran, mengadakan hubungan baik
dan mesra dengan pengetua dan semua yang terlibat dengan latihan mengajar serta
membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru pelatih.
2.5. Guru Pembimbing
Menurut Ismail (1989), dalam Kertas Kerja Laporan Latihan Mengajar yang
bertajuk “Latihan Mengajar: Di mana Kita Sekarang dan Di mana Seharusnya Kita
Berada” menyatakan bahawa :
“Guru pelatih ialah seorang yang sedang menjalani latihan dan ia memerlukan
bantuan serta tunjuk ajar daripada orang yang berpengalaman. Orang yang
boleh membantu guru pelatih ini ialah penyelia latihan mengajar. Ia di
21
harapkan akan dapat membantu dan menunjukkan jalan untuk meningkatkan
kebolehan dan kemampuan mengajar dan pertumbuhan diri guru pelatih.”
Penyelia ialah seorang pembantu, jurutunjuk, orang kepercayaan, dan penyelesai
masalah kepada guru pelatih. Penyelia juga merupakan agen perubahan kerana ia
diharapkan akan dapat melakukan perubahan terhadap guru pelatih. Perubahan yang
perlu berlaku pada guru pelatih ialah dari segi tingkah laku mengajar. Kejayaan untuk
melakukan perubahan bergantung kuat kepada proses penyeliaan yang dijalankan.
Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Yarger dan Joyce (1977); dalam Jauyah
(1998), menyatakan keberkesanan sesuatu program latihan guru sangat bergantung
kepada mutu dan komitmen tenaga pengajar.
Di England dan Wales, 64% daripada institusi yang mengambil bahagian dalam
satu kajian menggunakan dua orang penyelia pendidikan dan seorang lagi penyelia mata
pelajaran. Namun begitu kepentingan guru sekolah untuk dilibatkan dalam penyeliaan
telah mula disedari apabila 72% daripada guru pelatih memaklumkan bahawa guru
sekolah yang membantu mereka telah memberi kesan yang lebih mendalam jika
dibandingkan dengan penyelia daripada universiti (Yates, 1982).
Tugas guru selaku penyelia bersekutu boleh dikumpulkan kepada lima kategori
iaitu orientasi, pengajaran dalam bilik darjah, penilaian terhadap pengajaran guru
pelatih, perkembangan profesional dan kegiatan kokurikulum (Latihan Mengajar;
Panduan Untuk Penyelia, 1999).
Sikap dan kemahiran penyelia mengendalikan penyeliaan klinikal berperanan
untuk membina semangat pelatih ke arah menjadi guru yang profesional dan berprestasi
tinggi (Robiah, 1992).
Guru pembimbing merupakan model kepada guru pelatih . Jika mereka inginkan
guru pelatih bersikap profesional, mengkritik dan menilai diri sendiri, maka guru
pembimbing perlu menunjukkan sikap yang sama (Abdul Aziz, 1988). Ini jelas
menunjukkan bahawa guru pembimbing memberi pengaruh yang besar terhadap
22
perkembangan profesion perguruan guru pelatih, guru pembimbing dianggap sebagai
‘role-model’ bagi guru pelatih
Seorang penyelia yang berkualiti seharusnya berkebolehan membimbing,
menyelaraskan masalah dalam bilik darjah dan memberi tunjuk cara kaedah mengajar,
memberi kerja kursus yang berkaitan dengan bidang kursus dan berkebolehan
mengendalikan alat bantu mengajar (Juriah, 1994).
2.6. Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran.
Pengajaran yang berkesan seharusnya mengandungi maklumat pengajaran seperti
lisan, kecerdikan atau kebolehan, sikap dan kemahiran psikomotor seperti mana yang
terdapat dalam kajian kognitif yang dijalankan oleh ahli psikologi dan pakar pengajaran
dan pembelajaran (Baharuddian, 2000). Pengajaran berkesan seharusnya menarik
perhatian pelajar, ia juga dapat membantu pelajar menumpukan terhadap idea atau aspek
penting berkaitan apa yang dipelajari, boleh mengingati dan dapat menterjemahkan
semula maklumat yang diperolehi pada bila-bila masa yang diperlukan.
Prinsip-prinsip pengajaran seharusnya diaplikasikan sebaik mungkin dalam
penilaian sumatif atau sekurang-kurangnya mestilah meliputi strategi pengajaran,
motivasi dan jenis-jenis pembelajaran seperti kecerdikan, maklumat lisan, sikap dan
kemahiran psikomotor.
Pengajaran adalah satu sistem tindakan yang bertujuan untuk menggerakkan
pembelajaran (Abu Hassan, et al 1994). Proses pengajaran melibatkan penyusunan dan
manipulasi sesuatu keadaan di mana terdapat rintangan atau halangan yang perlu diatasi
oleh individu. Pengkonsepan seseorang individu akan berubah semasa proses
pengajaran, di samping penambahan pengetahuan baru. Jadi, tujuan pengajaran ialah
memberi kemahiran yang diperlukan oleh individu bagi melakukan tugas pembelajaran.
Proses pengajaran melibatkan beberapa aktiviti termasuk menyusun (bahan dan aktiviti),
membimbing, merangsang dan menilai pembelajaran pelajar.
23
Sebenarnya pengajaran yang berkesan bergantung kepada kemampuan seseorang
guru merancang episod pembelajaran ke arah matlamat pendidikan yang dikehendaki.
Tugas utama guru adalah menyediakan aktiviti pembelajaran yang terancang untuk
pelajar (bukan hanya “memindahkan’ pengetahuan). Guru perlu memilih bahan yang
hendak disampaikan kemudian menyesuaikannya dengan latar belakang atau aras
pencapaian pelajar, menyediakan keadaan dan aktiviti yang sesuai bagi membantu
pembelajaran pelajar, mengawal pencapaian pelajar, di samping bertindak sebagai
sumber maklumat dan kemahiran.
Proses pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar berhadapan dengan tugasan
(atau masalah) yang telah biasa ditemui: termasuk tujuan, keinginan, kepercayaan,
emosi, dan sebagainya. Pembelajaran yang bermakna akan membantu pelajar memahami
sesuatu konsep dengan mudah , di samping membantu mengekalkan pengingatan yang
lebih lama (Abu Hassan, 1994). Sebelum memasuki bilik darjah, pelajar telah
mempunyai idea atau kepercayaan tersendiri mengenai fenomena semulajadi; melalui
pengalaman harian mereka atau pengalaman di bilik darjah sebelum ini. Semasa proses
pembelajaran, pelajar terlibat secara aktif menyesuaikan konsep yang sedia wujud di
dalam menghadapi situasi baru. Proses ini melibatkan pelajar menstrukturkan kembali
konsep asal yang dipegang, sama ada dengan cara mengubahsuai atau membuang
konsep (asal) tersebut, di samping menerima pengetahuan baru. Secara ringkas, pelajar
hanya akan mempelajari sesuatu konsep jika beliau boleh mensepadukan konsep baru
tersebut dengan pengetahuan yang sedia wujud dalam mindanya.
Pengajaran dan pembelajaran merupakan dua proses yang bebas (Abu Hassan
dan Meor Ibrahim, 1997). Pembelajaran bukan hasil langsung yang diperolehi pelajar
hasil daripada pemberian maklumat yang dilakukan oleh guru terhadap pelajar, tetapi
pembelajaran adalah suatu proses yang melibatkan susunan-susunan yang tertentu yang
mana pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan yang dimiliki dalam semua keadaan.
Pembelajaran juga boleh berlaku tanpa pengajaran.
24
Penguasaan sesuatu pengetahuan tidak menjamin seseorang itu sebagai seorang
guru, seterusnya boleh mengajar. Tugas guru bukan hanya sebagai “penyampai
maklumat”, malah jauh lebih rumit lagi. Di samping memberi maklumat, proses
pengajaran turut melibatkan aktiviti sampingan seperti menyoal, memberi penerangan
dan penjelasan, mendengar (pandangan dan komen pelajar) memberi galakan dan
sebagai fasilitator kepada aktiviti lain yang berkaitan.
Pengajaran yang berkesan melibatkan proses mendapatkan maklum-balik
daripada pelajar melalui pelbagai kaedah, sama ada secara formal (menyoal, ujian dan
peperiksaan) atau tak formal (komen, teguran dan sebagainya).
Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (1997), keberkesanan sesuatu
pengajaran adalah amat bergantung kepada sama ada guru menyediakan atau tidak
perkara-perkara berikut;
i. rancangan pelajaran yang mempunyai matlamat dan objektif yang jelas
dan sesuai, dengan mengambilkira keadaan dan latar belakang pelajar
dalam pelajaran lalu atau akan datang,
ii. isi kandungan, kaedah dan struktur pelajaran yang sesuai dengan
pembelajaran yang dikehendaki pelajar,
iii. bahan, sumber dan bahan bantu yang sesuai dan boleh berfungsi dengan
baik,
iv. aktiviti dan pendekatan yang sesuai dengan melibatkan pelajar, yang
bertujuan untuk memudahkan pemahaman, di samping mengekalkan
perhatian dan minat pelajar.
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mempunyai keterampilan dan
keiltizaman yang tingi dalam mengendalikan tugas hariannya yang sangat mencabar.
Dalam proses pengajaran, guru seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas dalam
mengendalikan isi pelajaran, bersedia sebelum masuk ke dalam bilik darjah, mengetahui
pengetahuan sedia yang berkait dengan topik yang akan diajar dan memilih kaedah
terbaik bagi membantu pembelajaran pelajar. Semasa proses pengajaran, guru perlu
25
mengubahsuai bahan dan aktiviti pengajaran bergantung kepada tingkah laku dan
kebolehan pelajar, di samping mengekalkan suasana bilik darjah yang menggalakkan
pembelajaran. Pengajaran yang berkesan melibatkan proses penilaian pemahaman
pelajar secara berterusan, formatif dan sumatif. Selain daripada itu, guru perlu
mempunyai kemahiran berkomunikasi bagi membolehkan pelajar mengikuti
pengajarannya dengan lebih mudah dan berkesan. Latihan mengajar yang dilalui oleh
guru pelatih merupakan masa yang paling sesuai untuk memperoleh dan memantapkan
lagi segala kemahiran yang asas ini.
2.7. Penyeliaan Latihan Mengajar.
Menurut Panduan Latihan Mengajar 2003, matlamat penyeliaan bertujuan
memberi bimbingan yang berterusan ke arah perkembangan nilai-nilai profesion
perguruan. Di samping itu, unsur-unsur penilaian secara developmental turut ditekan
sepanjang tempoh latihan mengajar. Penyeliaan latihan mengajar juga merupakan satu
proses yang bertujuan untuk meningkatkan mutu pengajaran guru pelatih. Peningkatan
mutu pengajaran pula akan mempengaruhi dan memberi kemudahan kepada pelajar
untuk belajar. Penyeliaan walaupun secara rasmi merupakan subsistem dalam organisasi
pendidikan yang diwujudkan khusus untuk berhubung terus dengan pengajaran, tetapi ia
juga mempengaruhi dan memberi kesan kepada pembelajaran pelajar (Lovel & Wiles,
1983). Menyedari akan kepentingan penyeliaan yang mempengaruhi guru dan juga
pelajar, maka ia perlu dilaksanakan sebaik mungkin supaya mencapai matlamat yang
ditentukan dan memberi kesan yang mendalam. Penyeliaan yang menepati matlamat
yang berkesan boleh dilakukan melalui satu proses yang sistematik.
Di Amerika Syarikat, penyeliaan latihan mengajar secara tradisi melibatkan tiga
pihak iaitu, guru pelatih, guru sekolah dan penyelia dari universiti (Yee,1986, Mc Intyre,
1984; dalam Othman (1999)).
26
Aspek penilaian kurang diberi penekanan dan bimbingan dalam penyeliaan
latihan mengajar oleh pihak sekolah dan penyeliaan ( Pusat Pendidikan et al, 1989). Satu
kajian telah dijalankan oleh Hazil (1995), menunjukkan semua pelatih bersetuju bahawa
bimbingan dapat memberi manfaat dan faedah kepada mereka. Antara faedah bimbingan
yang ditekankan ialah dapat menunjukkan kaedah pengajaran yang baik, mengenal pasti
kelemahan dalam pengajaran serta dapat menunjukkan cara pengajaran yang jelas. Di
samping itu, bimbingan juga dapat memberikan keyakinan untuk mereka (guru pelatih)
mengajar dengan baik.
Penyeliaan dan penilaian latihan mengajar melalui pendekatan klinikal yang
menekankan hubungan guru pelatih dengan penyelia secara selesa dan membina akan
dapat mempertingkatkan lagi proses pengajaran di bilik darjah (Ahamat Bachik dan
Hazil, 1999).
Melalui proses penyeliaan ini, kemahiran pengajaran dan profesionalisme guru
pelatih dapat dipertingkatkan bagi membolehkan berlangsungnya proses pembelajaran
yang optimum. Di samping itu sikap, sifat dan tingkahlaku guru pelatih akan digilap
untuk menjadi guru yang berwibawa. Banyak dapatan kajian menunjukkan tugas yang
berat ini lebih berkesan dilaksanakan oleh guru terlatih yang berada di sekolah,
berbanding dengan penyelia dari universiti atau institusi perguruan (Abu Hassan dan
Meor Ibrahim, 1997). Kekangan jarak, masa dan ‘pengalaman mengenai suasana bilik
darjah semasa’ menghalang penyelia dari UTM, untuk membimbing dan membantu
guru pelatih secara berterusan. Sebaliknya, guru terlatih yang berada di sekolah dapat
menjalankan tugas ini secara ‘sepenuh masa’.
Pembimbing perlu mempunyai kemahiran yang tingi dalam bidang pendidikan,
khususnya yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pembimbing juga perlu tahu serta mampu menggunakan teknik penyeliaan dan penilaian
yang baik dan berkesan, selaras dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara.
Pembimbing merupakan orang yang bertanggungjawab membentuk guru pelatih
menjadi seorang guru yang berwibawa.
27
Sistem penyeliaan latihan mengajar yang dipraktikkan di UTM, sejak lebih dari
dua dekad yang lalu, menggunakan khidmat dua orang penyelia bagi setiap orang guru
pelatih. Penyelia-penyelia tersebut perlu mahir dalam salah satu daripada bidang berikut
sama ada dalam bidang pengkhususan (iaitu matapelajaran yang diajar ) atau pedagogi;
atau kedua-dua sekali (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 1997). Melalui sistem dua
penyelia/pembimbing ini guru pelatih akan dibimbing dengan lebih baik dan berkesan,
selaras dengan objektif penyeliaan latihan mengajar. Setiap penyelia atau pembimbing
perlu membimbing guru pelatih dalam semua aspek pengajaran, bermula daripada
perancangan dan penulisan persediaan mengajar sehingga kepada penyampaian
pengajaran yang sebenar di dalam bilik darjah atau makmal.
2.7.1. Penyeliaan Klinikal.
Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (1997), proses penyeliaan latihan
mengajar yang dipraktikkan oleh Fakulti Pendidikan, UTM adalah secara klinikal yang
melibatkan tiga peringkat iaitu ;
i. sebelum pengajaran,
ii. semasa pengajaran,
iii. selepas pengajaran.
2.7.2. Sebelum pengajaran : Perancangan dan Penulisan Persediaan Mengajar.
Pada peringkat ini, pensyarah pembimbing (penyelia) digalakkan untuk membuat
pertemuan awal dengan guru pelatih sebelum berlangsung pengajaran di bilik darjah.
Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk memberi semangat dan perangsang kepada
guru pelatih supaya lebih yakin untuk menjalankan pengajaran. Melalui pertemuan awal
ini, guru pelatih diberi peluang untuk berbincang dengan pensyarah pembimbing
mengenai sebarang kemusykilan mengenai perancangan dan pengajaran yang hendak
dilakukan. Dalam pertemuan awal ini, pensyarah pembimbing akan;
28
i. menyemak rancangan mengajar yang disediakan oleh guru pelatih di
dalam buku Persediaan Mengajar.
ii. Memastikan semua bahagian (kecuali tandatangan dan catatan pelatih)
ditulis dengan lengkap dan sempurna. ( Sistem penyeliaan latihan
mengajar di UTM memerlukan guru pelatih merancang dan menulis
persediaan mengajar dengan lengkap selewat-lewatnya sehari sebelum
pengajaran),
iii. menyemak ketepatan dan kesesuaian bahan, isi kandungan (fakta, konsep,
prinsip, dan sebagainya) dan aktiviti yang hndak disampaikan.
iv. memastikan segala peralatan dan pendekatan yang akan digunakan adalah
sesuai.
v. mengadakan perbincangan ringkas serta komen positif untuk mengatasi
masalah yang mungkin timbul.
Di samping itu, pembimbing juga dikehendaki membuat penilaian berdasarkan;
i. kesesuaian objektif pengajaran (10%),
ii. perancangan pengajaran yang melibatkan isi pelajaran (20%),
iii. susunan dan peralatan/ makmal (20%).
2.7.3. Semasa pengajaran : Penyampaian pengajaran.
Semasa pengajaran berlangsung, pensyarah pembimbing perlu melihat
bagaimana guru pelatih melaksanakan segala perancangan di dalam bilik darjah/
makmal sebenar. Dalam bahagian penyampaian ini, objektif pengajaran yang dirancang
akan dijadikan sebagai kayu ukur untuk melihat pencapaian pelajar terhadap objektif
pengajaran yang telah dirancang.
Beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh pensyarah pembimbing dalam
melihat perlaksanaan pengajaran guru pelatih adalah;
29
i. kesesuaian bahan pengajaran ( isi pelajaran, peralatan dan sebagainya)
dengan objektif,
ii. kesesuaian faktor masa untuk melaksanakan setiap aktiviti yang
dirancang,
iii. cara penyampaian guru di dalam bilik darjah seperti menunjukkan minat
semasa mengemukakan soalan kepada pelajar dengan menggunakan nada
suara serta mimik muka yang bersesuaian. (Melibatkan penggunaan
hubungan mata (eye contact), gerak isyarat (gesture), cara percakapan,
bahasa dan nada suara yang sesuai).
iv. mengawal kemajuan pelajar dan membantu pelajar yang menghadapi
masalah,
v. pengaplikasian guru pelatih untuk mewujudkan suasana pembelajaran
yang ceria dan menyeronokkan serta berupaya untuk menunjukkan
keyakinan yang tinggi, bersemangat, tenang dan ceria,
vi. penggunaan peralatan dan papan hitam yang sesuai dan berkesan
terhadap pembelajaran pelajar.
Pembimbing juga harus melihat aspek penyampaian guru pelatih semasa
penyampaian pengajaran serta memberi komen positif yang membina yang ditulis di
dalam Buku Laporan Penyelia dan Buku Persediaan Mengajar. Komen serta cadangan
ini akan digunakan oleh pembimbing semasa sesi perbincangan selepas proses
pengajaran.
2.7.4. Selepas pengajaran : Bimbingan dan Perbincangan.
Selepas sesuatu pengajaran selesai, pensyarah pembimbing perlu
membincangkan semua aspek penyampaian yang telah dilakukan oleh guru pelatih. Ini
meliputi perancangan, penulisan dan penyampaian pengajaran.
30
2.8. Perancangan dan Persediaan mengajar.
Rancangan pelajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran-pembelajaran
untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah. Setiap rancangan pelajaran mencerminkan
falsafah pendidikan yang dianuti guru, pengertian tentang tujuan pendidikan,
pengetahuan tentang pelajar, pengetahuan tentang bahan pengajaran yang akan
disampaikan dan kebolehannya untuk menggunakan kaedah pendekatan yang berkesan
(Meor Ibrahim, 1997).
Sebelum mengajar, guru pelatih perlu merancang pengajarannya terlebih dahulu.
Tujuan utama membuat rancangan pengajaran ialah untuk menjamin tercapainya
pembelajaran oleh pelajar. Semasa membuat perancangan, guru perlu membuat
keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif yang perlu dicapai pelajar, serta
motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif pengajaran yang
telah dirancang. Perancangan pengajaran ini perlu mengambil kira latarbelakang dan
pencapaian pelajar. Guru hendaklah memastikan segala bahan dan peralatan yang perlu
untuk menjalankan aktiviti pengajaran-pembelajaran tersedia dan boleh berfungsi
dengan baik.
Sesuatu rancangan pelajaran yang dibuat hendaklah berdasarkan sukatan
pelajaran . Unit-unit sumber dari sukatan pelajaran perlu diubahsuai menjadi unit –
pengajaran. Semasa membuat rancangan pelajaran, guru perlu sensitif terhadap tahap
pencapaian dan kemasukan pelajar yang berbeza, dan bersedia untuk membuat ubahsuai
selaras dengan pencapaian mereka. D samping itu, guru perlu menentukan kaedah
pendekatan pengajaran yang sesuai, dengan berpandukan kepada sukatan pelajaran.
Segala buku teks dan rujukan yang sesuai dengan sukatan pelajaran hendaklah juga
ditentukan guru. Senarai nama buku teks dan buku rujukan yang digunakan oleh guru
pelatih hendaklah ditulis di dalam buku Persediaan Mengajar.
31
Bagi mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang, tugas utama yang perlu
dilakukan oleh guru sebelum memulakan sesuatu pengajaran adalah menyediakan
aktiviti pembelajaran yang berkesan. Secara umum, terdapat empat unsur utama yang
terlibat dalam merancang dan menyediakan sesuatu pelajaran :
i. memilih topik yang sesuai, mengikut sukatan pelajaran, sebagaimana
yang telah dibuat dalam rancangan skim kerja,
ii. menggaris atau menyenaraikan objektif pengajaran yang perlu dicapai
oleh pelajar,
iii. menyediakan semua ‘props’ yang diperlukan : bahan (isi pelajaran),
aktiviti, contoh, peralatan dan sebagainya,
iv. mengawal dan menilai pencapaian pelajar semasa dan selepas pengajaran
yang bertujuan untuk menilai sama ada objektif yang dirancang telah
dicapai atau tidak.
Setiap guru pelatih UTM yang menjalani program latihan mengajar dikehendaki
membuat rancangan pengajaran, mengikut format sebagaimana yang terdapat dalam
buku persediaan latihan mengajar. Terdapat tiga jenis perancangan yang perlu dibuat
oleh guru pelatih semasa mengikuti program latihan mengajar (Abu Hassan, 1994), iaitu;
i. Rancangan kerja bagi tempoh latihan mengajar ( 6 atau 12 mingu ).
ii. Rancangan kerja mingguan dan
iii. Persediaan mengajar harian.
2.8.1. Rancangan kerja bagi tempoh latihan mengajar.
Menurut Abu Hassan (1999), setiap guru pelatih perlu menyediakan rancangan
skim kerja untuk 12 (atau 6) minggu dalam tempoh latihan mengajar. Ini adalah
bertujuan supaya guru pelatih tahu serta dapat membuat perancangan yang rapi terhadap
pengajarannya sepanjang latihan mengajar. Dalam ruangan rancangan skim kerja, guru
pelatih perlu menulis nama mata pelajaran yang diajar, tajuk besar dan sub tajuk yang
32
akan dilibatkan dalam tempoh latihan mengajar, dan menganggarkan bilangan minggu
yang diperlukan ( dengan menyatakan tarikh) bagi mengajar setiap tajuk.
2.8.2. Rancangan kerja mingguan.
Rancangan skim kerja untuk tempoh latihan mengajar perlu diperincikan untuk
pengajaran satu minggu. Semasa membuat perancangan kerja mingguan, guru pelatih
perlu menyatakan segala peralatan untuk setiap pengajaran. Pancangan kerja mingguan
hendaklah ditulis sebelum bermulanya sesuatu minggu pengajaran.
2.8.3. Rancangan kerja harian/ persediaan mengajar.
Berdasarkan rancangan kerja mingguan, guru pelatih perlu menyediakan
rancangan kerja harian, yang juga dikenali sebagai Persediaan Mengajar. Rancangan
kerja harian merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan
dilaksanakan guru, dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai, dalam proses
penyampaian sesuatu unit pelajaran. Ringkasnya, persediaan mengajar merupakan
rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh guru dan pelajar dalam satu atau dua
waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru pelatih perlu
menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti guru-
pelajar yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah di cerap.
Persediaan mengajar hendaklah dibuat berdasarkan Sukatan Pelajaran, dengan
cara mengubahsuaikannya kepada unit pengajaran. Semasa merancang sesuatu
pengajaran, guru pelatih perlu memikirkan perkara berikut:
i. Apakah perkara yang perlu dipelajari pelajar? (kemahiran, fakta, konsep,
sikap, nilai dan sebagainya; di mana melibatkan aspek kognitif,
psikomotor dan afektif).
33
ii. Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai pelajar? (merangkumi objektif
pengajaran)
iii. Apakah urutan yang paling sesuai untuk tajuk dan tugasan yang
dirancang?
iv. Apakah kaedah penyampaian yang paling sesuai digunakan supaya
objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan berkesan?
v. Bagaimanakah cara terbaik untuk menilai pengajaran (guru) dan
pembelajaran (pelajar) ?
Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama ;
i. Objektif pengajaran (yang perlu dicapai pelajar)
ii. Isi pelajaran (termasuk konsep, prinsip,fakta dan sebagainya); dan
iii. Aktiviti guru-pelajar.
Perkaitan antara objektif- isi pelajaran –aktiviti, perlu dinyatakan dengan jelas.
Dalam konteks ini, objektif diibaratkan sebagai suatu soalan (misalnya, apakah yang
perlu dipelajari pelajar?), di mana jawabnya akan diberikan oleh isi pelajaran (misalnya,
pelajar perlu mempelajari......). manakala, bahagian aktiviti (guru-pelajar mencadangkan
bagaimana atau apakah langkah/ tindakan (kaedah) yang perlu diambil bagi menjawab
persoalan yang dikemukakan.
Mengikut format persediaan mengajar UTM, guru pelatih perlu menulis dua jenis
maklumat;(a) maklumat pengenai pelajar dan perkara yang akan diajar dan (b) maklumat
mengenai aktiviti guru-pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat
yang berkaitan dengan pelajar dan perkara yang akan diajar termasuk;
- nama matapelajaran,
- tingkatan,
- kedatangan,
- tarikh,
- masa : bermula ..... hingga.... ,
34
- tajuk (tajuk besar dan subtajuk), dan
- tempat.
Sebenarnya, menurut Meor Ibrahim (2000), maklumat pertama kurang penting tetapi ia
perlu dinyatakan dalam persediaan mengajar sebagai rekod untuk rujukan pada masa
akan datang.
Maklumat kedua yang perlu ditulis dalam persediaan mengajar merangkumi:
- objektif,
- bahan bantu mengajar (BBM),
- pengetahuan sedia ada,
- perlaksanaan pengajaran;
+ Pengenalan,
+ Penyampaian :
i. isi pelajaran,
ii. kefahaman,
iii. kemahiran,
iv. aktiviti guru-pelajar,
v. catatan,
+ Penutup pengajaran.
• tugasan,
• refleksi kendiri, dan
• Catatan guru pelatih
Segala maklumat ini memberi kesan secara langsung terhadap proses pengajaran-
pembelajaran.
35
2.8.4. Objektif pengajaran.
Menurut Abu Hassan (1999), objektif pengajaran merujuk kepada pengetahuan
dan kemahiran yang perlu dicapai atau dikuasai pelajar selepas sesuatu sesi pengajaran-
pembelajaran. Objektif pengajaran merupakan komponen terpenting bagi sesuatu
rancangan pengajaran, di mana merupakan asas pemilihan bahan dan peralatan
pengajaran, pengetahuan asas berkaitan yang diperlukan (iaitu pengetahuan sedia ada),
isi pelajaran (pernyataan , fakta, konsep, prinsip, dan sebagainya); di samping
mencadangkan aktiviti guru-pelajar yang sesuai dalam proses pengajaran-pembelajaran.
Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada:
i. Hasil yang akan diperolehi pelajar(iaitu, pemusatan kepada pelajar),
ii. Prestasi atau tingkah laku pelajar yang boleh dilihat atau diukur, selepas
mengikuti sesuatu sesi pengajaran,
iii. Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku.
Di samping itu, objektif pengajaran hendaklah melibatkan;
a. perkara yang masih belum dikuasai oleh pelajar,
b. masa bilakah objektif tersebut hendak dicapai (misalnya di akhir
pengajaran),
c. kesinambungan dengan pengalaman pelajaran terdahulu,
d. maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang dikehendaki,
dinyatakan dengan jelas (misalnya, apakah kemahiran intelektual yang
harus dilaksanakan).
Objektif yang dipilih hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:
- mudah (untuk dicapai pelajar)
- sesuai (dari segi tahap pencapaian pelajar dan peruntukan masa)
- realistik (boleh atau mampu untuk dilaksanakan),
- jelas (dari segi maksud, dengan menggunakan laras bahasa yang
betul),
36
- tepat (berkaitan degan apa yang dikehendaki), dan
- disusun (mengikut urutan yang betul serta sesuai, daripada yang
mudah kepada yang sukar).
2.8.5. Bahan Bantu Mengajar.
Bahan bantu mengajar adalah sebarang peralatan yang digunakan untuk
membantu guru menyampaikan isi pelajaran secara berkesan, supaya mudah difahami
atau diikuti pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesuatu pengajaran dapat
menarik perhatian pelajar dan meningkatkan minat mereka untuk mengikuti pengajaran
tersebut. Menurut Hazil (1991), penggunaan bahan bantu dalam pengajaran adalah
peting bagi membantu pelajar ;
• mengikuti pengajaran dengan penuh minat,
• memfokaskan kepada perkara yang di ajar,
• melihat struktur asas sesuatu konsep dengan jelas,
• memvisualisekan konsep atau gagasan yang abstrak, dan
• menyusun serta menggabungkan segala aspek yang dipelajari secara
global, misalnya, melalui peta konsep, dan sebagainya.
Menurut Meor Ibrahim (2000), sesuatu bahan bantu yang digunakan guru perlu
mempunyai ciri-ciri berikut;
• sesuai dengan tajuk,
• berkait dengan objektif pengajaran,
• selaras dengan kebolehan pelajar,
• menarik,
• dipelbagaikan, sesuai dengan perbezaan pelajar,
• tersusun, kemas dan tepat, mudah (iaitu tidak terlalu rencam atau
mengelirukan), dan
• tulisan jelas dan saiznya sesuai.
37
2.8.6. Pengetahuan sedia ada.
Pengetahuan sedia ada merupakan salah satu eleman penting dalam perancangan
persediaan mengajar. Menurut Abu Hassan (1994), semasa merancang sesuatu
pengajaran, guru perlu sedar dan sensitif dengan tingkah laku kemasukan pelajar. Ini
kerana, pengetahuan sedia merupakan pengetahuan, kebolehan da kemahiran yang telah
sedia dikuasai pelajar yang berkaitan dengan tajuk yang akan diajar. Perkaitan antara
pengetahuan sedia ada dengan tajuk adalah penting untuk memastikan kesinambungan
proses pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi berkesan jika pelajar berhadapan
dengan tugasan yang telah biasa ditemui, ini termasuk tujuan, keinginan, kepercayaan,
emosi dan sebagainya.
Menurut Meor Ibrahim (2000), pengetahuan sedia ada merupakan kemahiran
tara-bawah (sub-ordinate skills) terhadap kemahiran baru yang lebih rencam yang akan
dipelajari. Sebelum mempelajari tajuk asid misalnya, pelajar perlu menguasai beberapa
konsep asas seperti proton, menderma, larutan berair dan sebagainya. Sekiranya pelajar
tidak menguasai konsep ini, sudah pasti amat sukar bagi guru untuk mencapai objektif
pengajaran.
2.8.7. Perlaksanaan pengajaran.
Setiap proses pengajaran-pembelajaran melibatkan tiga peringkat, iaitu
pengenalan, penyampaian dan penutup. Setiap episod pengajaran ini perlu dijalankan
secara terancang dan tersusun, supaya minat serta penglibatan pelajar dapat dikekalkan
di sepanjang proses pengajaran-pembelajaran. Tumpuan utama dalam setiap peringkat
ini adalah mengarah kepada pencapaian objektif yang dirancang.
38
2.8.7.1.Pengenalan.
Pengenalan berperanan sebagai montaj (montage) dalam sesuatu persembahan (
sama ada secara audio atau visual). Menarik atau tidaknya sesuatu pengajaran
bergantung kepada cara guru menggunakan (kira-kira) 5 minit pengajarannya.
Bahagian pengenalan memainkan peranan penting untuk menarik dan
mengekalkan minat serta mewujudkan motivasi pelajar, seterusnya mengambil bahagian
secara aktif dalam proses pengajaran-pembelajaran. Sebelum menyampaikan konsep
atau fakta, guru perlu melibatkan fikiran atau menarik minat pelajar terlebih dahulu.
Pengajaran berbentuk stereotaip, di mana guru terus menulis tajuk dan mengajar apabila
masuk ke dalam bilik darjah, biasanya membosankan kerana pelajar masih belum
bersedia untuk mengikuti pelajaran dan tidak jelas kepentingan tajuk yang akan
dipelajari.
Berbagai pendekatan boleh digunakan oleh guru untuk melibatkan fikiran dan
menarik minat pelajar terhadap pelajaran yang akan diajar. Misalnya, guru pelatih boleh
memulakan pengajaran dengan membuat cerita ringkas atau membincang isu semasa
yang berkaitan. Sebagai contoh, bagi mengajar tajuk Halaju (matapelajaran Fizik), guru
boleh memulakan pengajaran dengan mengaitkan Pertandingan Lumba Kereta Formula
One (F1) yang berlangsung di Litar Sepang suatu ketika dulu, seterusnya mengaitkan
halaju dengan keadaan kereta lumba yang pelajar tahu, sudah semestinya bermula
daripada halaju yang perlahan kepada halaju yang lebih laju. Di sini, pelajar boleh
mengaitkan pernyataan yang guru berikan dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan
guru. Walau bagaimanapun, guru perlu mengubah tajuk perbincangan seandainya bahan
yang dibincangkan tidak dapat mempengaruhi fikiran atau minat pelajar.
Tegasnya, minat, keperluan dan pengalaman pelajar boleh diguna sebagai asas
untuk memulakan sesuatu pengajaran. Kemungkinan guru memulakan pengajarannya
dengan mengaitkan pelajaran dengan pengalaman harian mereka, atau dengan
pengetahuan sedia ada pelajar (melalui kuiz, soal-jawab atau perbincangan ringkas),
mengemukakan isi semasa yang berkaitan dengan tajuk, mengaitkan dengan minat dan
39
kegunaannya dalam kehidupan harian, menunjukkan tayangan video, wayang gambar
atau filmstrip, atau lain-lain kaedah pendekatan yang sesuai.
Berdasarkan Panduan Latihan Mengajar (2002), komponen terpenting yang perlu
ada atau dilibatkan dalam bahagian pengenalan dikenali sebagai INTRO, yang merujuk
kepada I- interest, N- need, T- topic, R- rating dan O- objective. Berdasarkan singkatan
tersebut, sebelum memulakan sesuatu pengajaran, guru perlu menarik minat pelajar
terlebih dahulu (interest), dengan menyatakan mengapa mereka perlu belajar perkara
tersebut (need), diikuti dengan pernyataan tajuk (topic) yang akan diajar (tulis di papan
hijau) serta skop atau had bidang yang perlu dipelajari (ratings), dan akhir sekali
menyatakan objektif (objective, sebaik-baiknya ditulis di papan hijau) apakah yang perlu
dikuasai pelajar. Melalui kaedah INTRO ini minat, sikap , pemahaman dan kemahiran
pelajar dapat dipertingkatkan dengan lebih berkesan.
2.8.7.2. Penyampaian.
Sebahagian besar masa pengajaran guru tertumpu dalam bahagian penyampaian;
merangkumi segala langkah yang perlu diambil atau dilakukan untuk mencapai objektif
pengajaran (Meor Ibrahim, 2000). Penyampaian merupakan pengajaran sebenar, di mana
segala konsep, prinsip, fakta dan kemahiran yang berkaitan dengan tajuk yang akan
disampaikan kepada pelajar. Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru
menggunakan segala kemahirannya, melalui peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan
tertentu yang sesuai untuk menyampaikan bahan pengajaran. Semasa proses
penyampaian guru perlu melibatkan pelajar secara aktif serta memberi bimbingan dan
menilai pembelajaran mereka, selaras dengan objektif pengajaran.
Semasa proses penyampaian ini guru perlu memberi perhatian kepada perkara berikut;
i. diajar daripada yang mudah kepada yang sukar atau rencam,
ii. melibatkan pelajar secara aktif,
iii. menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai untuk
membantu memudahkan pemahaman pelajar,
40
iv. menggunakan kaedah dan pendekatan yang paling berkesan,
v. menilai prestasi pelajar dengan menggunakan teknik menyoal
yang sesuai dan berkesan,
vi. setiap langkah / isi pelajaran hendaklah difahami dan dikuasai
pelajar terlebih dahulu, sebelum pindah kepada langkah/ isi
pelajaran yang berikutnya.
Sebelum guru membenarkan pelajar memulakan sesuatu eksperimen, misalnya,
pastikan mereka telah tahu dengan jelas tentang prosedur melakukan eksperimen
tersebut, di samping mengetahui segala langkah-langkah keselamatan dan langkah-
langkah ketelitian yang perlu diambil. Semasa pelajar melakukan eksperimen,
pemerhatian yang teliti tentang kebiasaan dan teknik-teknik yang digunakan pelajar
membantu guru menilai pembelajaran mereka. Guru boleh melihat kesalahan yang
dilakukan pelajar, sama ada semasa di meja atau di papan tulis. Dengan cara
membetulkan kesalahan mereka, rintangan untuk mempelajari konsep atau idea utama
pelajaran dapat diatasi secara langsung.
Keperibadian guru seperti perwatakan (termasuk keceriaan , bersemangat, sifat
kekawanan, dan sebagainya), cara pertuturan, nada suara, bahasa atau gerak isyarat,
memainkan peranan pening untuk menarik dan mengekalkan minat pelajar di sepanjang
proses penyampaian (Meor Ibrahim, 2000). Pertuturan yang terlalu cepat atau tidak
jelas, dengan penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan tahap pelajar akan
menghambat pembelajaran.
Menurut Abu Hassan (1997), bahagian penyampaian sesuatu pelajaran
mengandungi lima komponen penting iaitu;
i. isi pelajaran,
ii. kefahaman,
iii. kemahiran,
iv. aktiviti guru/ pelajar, dan
v. catatan.
41
2.8.7.2.1. Isi pelajaran.
Isi pelajaran merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau yang perlu
disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Guru perlu menyatakan segala isi pelajaran yang
akan disampaikan selaras dengan objektif pengajaran (Meor Ibrahim, 2000). Isi
pelajaran yang disediakan perlu sesuai dengan tajuk dan disusun mengikut tertib
perkembangan pelajaran.
2.8.7.2.2. Kefahaman.
Kefahaman melibatkan aspek celik akal (insight) yang diperolehi pelajar
mengenai tajuk yang dipelajari di sepanjang proses pengajaran-pembelajaran. Aspek
kefahaman melibatkan domain kognitif dan afektif. Ini berbeza dengan objektif
pengajaran, kefahaman memberi tumpuan kepada aspek dalaman (intrinsic), misalnya
memahami, mengetahui, mengingati, menghargai, menyedari dan sebagainya. Ia juga
tidak boleh diukur pada masa itu. Aspek kefahaman yang ditulis hendaklah selaras
dengan objektif pengajaran.
2.8.7.2.3. Kemahiran.
Kemahiran melibatkan kebolehan pelajar untuk melakukan sesuatu dengan
menggunakan teknik yang betul dan selamat. Aspek kemahiran melibatkan domain
psikomotor. Dalam mata pelajaran sains, kemahiran merujuk kepada kemahiran saintifik
yang perlu diterap atau dikuasai pelajar di sepanjang proses pengajaran-pembelajaran.
Aspek kemahiran yang ditulis hendaklah selaras dengan objektif pengajaran.
2.8.7.2.4. Aktiviti guru- pelajar.
Aktiviti guru/pelajar melibatkan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh
guru/pelajar (sama ada berbentuk hands-on atau minds-on) di sepanjang proses
42
pengajaran-pembelajaran, demi mencapai objektif pengajaran. Semua aktiviti guru dan
pelajar perlu dirancang dengan kemas dan tersusun, mengikut urutan objektif dan isi
pelajaran. Di mana, perlu penggunaan bahan bantu mengajar dan soalan (penilaian)
penting hendaklah dicatat. Aktiviti yang dirancang perlu melibatkan pelajar secara aktif
bagi membolehkan mereka memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai tajuk.
Elakkan daripada menulis aktiviti yang berpusatkan kepada guru.
2.8.7.3. Catatan.
Catatan merangkumi sebarang ulasan yang dibuat terhadap isi pelajaran,
kefahaman, kemahiran atau aktiviti guru/pelajar atau yang berkaitan dengan strategi
pengajaran yang akan dilaksanakan. Guru pelatih boleh menggunakan ruangan dalam
bahagian ini untuk menulis aspek afektif (misalnya nilai murni), aspek kemahiran
saintifik, kemahiran berfikir, bentuk penglibatan pelajar (misalnya perbincangan
kumpulan), penggunaan bahan bantu mengajar (misalnya transparensi), peruntukan
masa bagi setiap aktiviti dan sebagainya, di sepanjang proses pengajaran-pembelajaran.
2.8.7.4. Penutup pengajaran.
Pada peringkat akhir sesuatu pengajaran, guru perlu memberi pengukuhan
terhadap pembelajaran pelajar, dengan membuat rumusan atau kesimpulan mengenai
apa yang telah diajar. Di samping itu, bahagian penutup juga bertujuan untuk
mendapatkan maklumbalas mengenai prestasi pelajar ke arah pencapaian objektif yang
dirancang. Segala konsep, prinsip, fakta atau kemahiran penting yang telah dibincang
hendaklah dinyatakan kembali. Sebaik-baiknya pelajar diarah membuat kesimpulan
dengan dibimbing melalui beberapa soalan kunci. Dari soalan dan gerakbalas pelajar,
guru dapat mengukur atau menilai tahap pencapaian mereka terhadap pencapaian
objektif pengajaran. Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu (a) penutup kognitif,
dan (b) penutup sosial.
43
(a) Penutup kognitif.
- Banyak aktiviti yang boleh digunakan oleh guru sebagai penutup
kognitif sesuatu pengajaran, antaranya termasuk merumus dan
mengulas segala fakta penting dengan menggunakan kaedah
pemetaan konsep, melukis gambarajah berkait, atau dengan
melibatkan perkaitan perkataan, mencadangkan aktiviti melibatkan
perkaitan perkataan, mencadangkan aktiviti susulan, menjalankan
aktiviti pengukuhan dengan menggunakan teknik soal-jawab dan
sebagainya.
(b) Penutup sosial.
- Penutup sosial ialah menimbulkan perasaan pencapaian pelajar,
memberi peneguhan positif, mewujudkan perasaan ingin tahu dan
belajar, mengaitkan apa yang telah dipelajari dengan pelajaran akan
datang dan sebagainya.
2.8.8. Tugasan
Di akhir setiap pelajaran, guru perlu memberikan beberapa soalan atau kerja
rumah sebagai mengukuh, meneguhkan atau memperkayakan pemahaman pelajar
terhadap tajuk yang dipelajari. Pelajar boleh diarahkan untuk membuat laporan
eksperimen atau membuat sesuatu projek yang berkaitan dengan tajuk, sama ada secara
individu atau kumpulan , atau meminta mereka bersedia (membaca atau mencari bahan)
untuk pelajaran akan datang.
Hasil tugasan hendaklah berbentuk penulisan yang boleh didokumenkan, untuk
dinilai. Guru perlu menyatakan dengan jelas tarikh (bukannya hari) untuk pelajar
menghantar tugasan. Ini penting bagi membolehkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut
dengan sempurna, dalam jangkamasa yang ditetapkan.
44
2.8.9. Refleksi kendiri
Refleksi kendiri merupakan salah satu bahagian yang msti ditulis oleh guru
pelatih setelah selesai sesi pengajaran. Dalam bahagian ini, guru pelatih dikehendaki
menganalisis serta menilai keberkesanan pengajaran (dari segi kekuatan dan
kelemahan), demi mempertingkatkan profesion mereka. Penilaian yang dibuat
merangkumi aspek perancangan dan penyampaian pengajaran serta tingkah laku pelajar
sebagai reaksi terhadap kaedah pengajaran yang digunakan, terutamnya dari segi
pencapaian objektif dan kemajuan pelajar. Melalui penilaian kendiri guru dapat
mengatasi segala kelemahan serta dapat meningkatkan ketrampilan dan dapat
memperkembangkan “professional judgement” mereka (Meor Ibrahim, 2000). Proses
penilaian refleksi kendiri dapat membatu guru menjadi lebih peka, bersistem dan kritis
terhadap profesion perguruan.
Menurut Buku Panduan Latihan Mengajar (2000), beberapa persoalan yang
boleh digunakan oleh guru pelatih untuk membuat refleksi kendiri adalah;
i. Adakah pelajar terlibat secara aktif di sepanjang proses
pengajaran-pembelajaran?
ii. Adakah bahan pengajaran sesuai dengan aras pencapaian
pelajar?Adakah bahan pengajaran mencukupi? Tidak
mencukupi?
iii. Adakah guru berjaya menarik minat pelajar hingga ke akhir
pengajaran? Jika tidak, mengapa?
iv. Adakah pelajar mencapai semua objektif pengajaran yang
dirancang? Jika tidak, mengapa?
v. Adakah guru berjaya menyampaikan pengajarannya dalam
masa yang diperuntukkan? Jika tidak, mengapa?
45
Segala maklumat dan ulasan mengenai pengajaran yang ditulis dalam bahagian
ini dapat membantu guru pelatih merancang, seterusnya menyampaikan pelajaran akan
datang dengan lebih berkesan.
2.8.10. Catatan guru pelatih.
Menurut Buku Panduan Latihan Mengajar, catatan pelatih melibatkan aspek
pengurusan yang mengganggu perancangan-pengajaran guru pelatih. Catatan boleh
dibuat dalam berbagai bentuk, misalnya terdapat gangguan pengajaran disebabkan oleh
pihak sekolah mengadakan latihan kebakaran, mesyuarat guru, gangguan elektrik, dan
sebagainya.
Segala maklumat dan ulasan yang ditulis dalam aspek pengurusan ini dapat
membantu guru pelatih supaya lebih peka semasa merancang, serta menyampaikan
pelajaran yang akan datang dengan lebih berkesan.
2.9. Penutup.
Kepentingan persediaan mengajar tidak boleh dipertikaikan bagi setiap orang
guru. Persediaan pengajaran yang terancang dapat meningkatkan keyakinan guru untuk
mengajar, di samping dapat membantu guru menilai pembelajaran pelajar di akhir
pengajaran dengan lebih berkesan (Abu Hassan, 1994). Melalui penulisan persediaan
mengajar, kompetensi dan komitmen guru pelatih turut dinilai, seterusnya dibimbing ke
arah melahirkan guru yang profesional.
Sebelum mengajar, guru seharusnya perlu merancang pengajarannya, dengan
mengambil kira segala aspek yang berkaitan iaitu; objektif, pengetahuan sedia, bahan
(isi pelajaran dan peralatan), dan aktiviti yang bersesuaian dengan tajuk yang akan
diajar. Segala pengetahuan, kemahiran serta nilai yang perlu dikuasai dan diterap kepada
46
pelajar digariskan terlebih dahulu dengan jelas,pada peringkat awal perancangan.
Semasa merancang pengajaran, guru perlu memberi tumpuan kepada aktiviti yang akan
dijalankan pelajar, bagi memberi peluang kepada mereka memperolehi pengetahuan dan
kemahiran, melalui pengalaman sebenar secara hands-on dan minds-on. Aktiviti
pengajaran-pembelajaran yang dicadang hendaklah mempunyai perkaitan jelas dengan
setiap objektif pengajaran dan isi pelajaran, berasaskan pengetahuan sedia ada pelajar
2.10. Kesimpulan.
Persoalan yang dibincangkan di sini adalah perbandingan seliaan dan bimbingan
pensyarah serta guru pembimbing terhadap guru pelatih UTM dalam latihan mengajar
sesi 2002/03. guru pelatih sebagai orang yang baru di dalam perguruan memerlukan
bimbingan dan panduan untuk mereka terus maju dalam profesion ini. Untuk menjadi
guru bukanlah perkara yang susah tetapi untuk menjadi guru yang berketrampilan,
berdedikasi serta mengikuti kehendak falsafah pendidikan negara memerlukan
pengorbanan yang besar daripada banyak pihak terutama sekali orang yang lebih
berpengalaman daripada diri mereka, iaitu pembimbing mereka. Oleh itu, komitmen
daripada pensyarah dan juga guru pembimbing amat diharapkan oleh guru pelatih agar
bakat mereka boleh digilap melalui seliaan dan bimbingan yang berterusan.
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1. Pengenalan
Dalam bab ini, terdapat beberapa aspek yang telah ditekankan, ini adalah
termasuk kriteria-kriteria yang berkaitan dengan reka bentuk, sampel, instrumen, serta
prosedur kajian dan kaedah analisis data. Aspek ini telah diberi perhatian yang khusus
serta akan dihuraikan secara terperinci.
3.2. Rekabentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif. Kaedah yang digunakan
dalam kajian ini adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik.
Borang soal selidik diedarkan bertujuan untuk mendapat maklumat berkaitan dengan
keberkesanan seliaan serta bimbingan pensyarah dan guru pembimbing terhadap guru
pelatih UTM sewaktu menjalani latihan mengajar pada sesi Latihan Mengajar 2002/03
baru-baru ini.
Kajian ini melibatkan proses menganalisis data deskriptif hasil maklum balas
daripada soal selidik yang dilakukan ke atas guru pelatih yang menjalankan latihan
mengajar tersebut. Kajian ini memberi penekanan kepada permasalahan yang dikaji iaitu
48 aspek yang merangkumi objektif kajian. Perlaksanaan kajian ini turut membantu untuk
membuat rumusan berkaitan aspek yang dikaji.
3.3. Sampel Kajian
Seramai 41 orang guru pelatih kursus 4 SPN yang sedang menuntut di UTM
dilibatkan dalam kajian ini. Sampel adalah penuntut tahun akhir yang sedang mengikuti
kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) yang juga telah menjalani latihan
mengajar pertama selama enam minggu pada sesi 2002/03 dan akan menjalani latihan
mengajar kedua selama enam minggu pada akhir semester dua pada Mac 2004 nanti.
Semua responden juga didapati telah mengikuti subjek Asas Pedagogi, Pengajaran
Mikro dan Kaedah Mengajar Sains Teras di mana subjek-subjek ini mendedahkan
kepada mereka kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran termasuk juga pengetahuan
asas berkaitan latihan mengajar. Sampel ini juga turut di selia oleh dua orang penyelia
yang terdiri daripada pensyarah serta guru pembimbing.
3.4. Prosedur Kajian Kajian ini berlandaskan kepada prosedur yang telah ditetapkan supaya objektif
kajian tercapai. Oleh itu kajian ini merangkumi aspek yang melibatkan perbandingan
antara pensyarah dan guru pembimbing dalam membuat seliaan dan bimbingan terhadap
guru pelatih semasa latihan mengajar 2002/03.
Pada awal kajian, prosedur kajian telah melibatkan kaedah perbincangan yang
dilakukan bersama penyelia mengenai masalah yang ingin dikaji iaitu meliputi
mengenalpasti masalah, tajuk dan objektif kajian, seterusnya kajian dilakukan dengan
cara mengumpul maklumat berkaitan masalah, mengenalpasti responden, merancang
49 kaedah yang digunakan untuk menganalisis data dan mendokumenkan semua maklumat
yang berkaitan.
Kajian ini dijalankan dengan cara mengedarkan borang soal selidik kepada
responden pada suatu masa yang telah ditetapkan. Sebelum kajian ini dijalankan
responden diberi taklimat ringkas berkenaan dengan penyelidikan sebelum diberi borang
soal selidik serta diarahkan untuk menandakan pada pilihan jawapan yang tepat terhadap
pernyataan yang diberi. Responden diberi masa selama 35 minit untuk menjawab setiap
set borang soal selidik yang diberi. Set borang soal selidik yang telah lengkap di tanda,
dikumpulkan untuk tujuan menganalisis serta penyemakan.
3.5. Sumber Kajian
Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, kajian ini telah melibatkan dua cara
dalam proses untuk mengumpul maklumat yang diperlukan iaitu ;
1. sumber bagi penyelidikan ini adalah responden yang terdiri sekumpulan pelajar 4
SPN UTM. Responden adalah terdiri daripada guru pelatih yang telah menjalani
latihan mengajar buat kali pertama selama 6 minggu,
2. sumber rujukan yang telah digunakan untuk membantu dalam usaha menjalankan
kajian ini yang mana sumber-sumber yang tersebut adalah dalam bentuk buku,
makalah, jurnal dan tesis yang terdahulu. Setiap sumber yang digunakan ini
dinyatakan dan disenaraikan di bahagian rujukan.
50
3.6 Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk set soal selidik. Menurut
Mohd Najib (2003), data dan maklumat yang diperolehi melalui soal selidik adalah lebih
tepat. Kaedah ini juga dapat menjimatkan kos, masa dan senang untuk mendapat
kerjasama daripada responden serta dapat menghasilkan item-item yang konsisten dan
boleh dipercayai (Sulaiman, 2002).
Borang soal selidik ini terdiri daripada 230 item, yang mana item ini telah
dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian B(i) dan Bahagian B(ii). Manakala
Bahagian A pula mengandungi maklumat berkenaan latar belakang responden. Secara
keseluruhan borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian sepertimana di
bawah.
Bahagian A:
Bahagian ini mempunyai maklumat berkenaan latar belakang responden seperti
tahun kursus,jantina, bangsa, sesi mengajar ( pagi atau petang ) dan nama sekolah
tempat latihan mengajar.
Bahagian B ;
Bahagian ini mengandungi maklumat berkenaan seliaan dan bimbingan
pensyarah serta guru pembimbing terhadap guru pelatih semasa menjalani latihan
mengajar. Bahagian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
i. maklum balas guru pelatih terhadap seliaan dan bimbingan daripada
pensyarah pembimbing semasa latihan mengajar, dan
ii. maklum balas guru pelatih terhadap seliaan dan bimbingan daripada guru
pembimbing semasa latihan mengajar.
Tiga aspek yang terlibat dalam kajian ini adalah persediaan perancangan,
51
perlaksanaan dan penilaian pengajaran. Sebanyak 230 item telah dilibatkan pada
bahagian ini, yang mana 115 item terdapat pada Bahagian B (i) dan 115 item pada
Bahagian B (ii). Setiap item ini dibahagi mengikut komponen dan sub komponen yang
ada dalam setiap aspek. Keseluruhan item yang ada ditunjukkan sepertimana jadual 3.1,
3.2, dan 3.3.
Dalam bahagian ini, responden dikehendaki menandakan jawapan mereka
berdasarkan Skala Likert. Menurut Najib (2003), Skala Likert digunakan untuk memberi
peluang kepada responden untuk menandakan jawapan mereka tentang sesuatu
kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain. Skala
Likert yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti Jadual 3.4 di bawah ;
Jadual 3.4: Skala Likert
Skala Likert Maklum Balas
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Kurang Setuju
4 Setuju
5 Sangat Setuju
52
Jadual 3.1 : Nombor item yang terdapat pada Bahagian B (i) yang merangkumi
aspek perancangan persediaan dan penilaian pengajaran.
Aspek yang dikaji Perancangan Persediaan Mengajar Objektif Isi pelajaran Aktiviti
Penilaian
1 5 4 107 2 8 6 108 3 9 7 109
18 10 13 110 19 11 15 111 20 12 21 112 28 14 23 113
16 24 114 17 25 115 22 26
Nombor Soalan
27
Jadual 3.2 : Nombor item yang terdapat pada Bahagian B (ii) yang merangkumi
aspek perancangan persediaan dan penilaian pengajaran.
Aspek yang dikaji
Perancangan Persediaan Mengajar Objektif Isi pelajaran Aktiviti
Penilaian
116 120 119 222 117 123 121 223 118 124 122 224 133 125 128 225 134 126 130 226 135 127 136 227 143 129 138 228
131 139 229 132 140 230 137 141
Nombor Soalan
142
53
Jadual 3.3 : Nombor soalan yang merangkumi aspek perlaksanaan pengajaran yang terdapat pada Bahagian B (i) dan Bahagian B(ii).
Bahagian B (i) mewakili pensyarah, dan Bahagian B(ii), mewakili guru.
Perlaksanaan Pengajaran (pensyarah pembimbing) Penyampaian
Pengenalan Isi Pelajaran Kefahaman Kemahiran Aktiviti Penutup Pensyarah Guru
Pensyarah
Guru
Pensyarah Guru
Pensyarah Guru Pensyarah Guru
Pensyarah Guru
39 154 29 144 31 146 36 151 30 145 96 21140 155 32 147 33 148 45 160 42 157 97 21277 192 41 156 34 149 53 168 44 159 98 213
101 216 43 158 35 150 54 169 46 161 99 214102 217 48 163 37 152 55 170 47 162 100 215103 218 49 164 38 153 61 176 52 167 105 220
50 165 56 171 66 181 58 173 106 221 51 166 57 172 67 182 59 174
1 7 96 51 8 06 81 8 36 01 7 5
80 195 73 188 69 184 62 177
85 200 84 199 79 194 63 178
89 204 86 201 81 196 70 185
91 206 87 202 83 198 71 186
88 203 94 209 72 187
90 205 104 219 74 189
92 207 75 190
93 208 76 191
95 210 78 193
82 197
55 3.7 Analisis Data Data -data yang telah di kumpul di analisis mengikut setiap item dengan
menggunakan perisian SPSS 10.0 for Window (Statistical Package For Social Science)
berdasarkan kepada skor kekerapan, peratus dan min. Analisis data dibuat mengikut
bahagian-bahagian yang terdapat dalam soal selidik iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Bagi Bahagian A, analisis dipersembahkan dalam bentuk jadual untuk
mendapatkan maklumat jantina, bangsa, sesi mengajar, tahun kursus dan jenis sekolah
sampel semasa menjalani latihan mengajar.
Bahagian B pula, analisis dibuat mengikut setiap item berdasarkan persoalan
kajian. Untuk menganalisis setiap item , kekerapan skor mengikut Skala Likert bagi
setiap item diperolehi serta nilai min setiap item dicari. Bagi memudahkan lagi kerja-
kerja penyelidikan, kaedah pengkelasan skala pemeringkatan Skala Likert 5 kepada 3
kategori telah dilakukan. Skala pemeringkatan merupakan alat untuk mengukur suatu
kuantiti yang sukar diukur secara objektif (Sulaiman, 2002). Jadual 3.5 menunjukkan
skala pemeringkatan skala Likert.
Jadual 3.5 : Pengkelasan skala pemeringkatan skala Likert.
Likert Tindak Balas
1 & 2 Tidak Setuju
3 Kurang Setuju
4 & 5 Setuju
Nilai sempadan antara tanggapan setuju dan tidak setuju ialah kurang setuju
ataupun nombor 3 dalam soal selidik. Bagi menentukan nilai sempadan antara setuju dan
tidak setuju ini, skor min seperti dalam jadual 3.6 telah digunakan.
56
Jadual 3.6 : Skor min bagi menentukan sempadan antara tanggapan setuju dan
tidak setuju.
Bil Skor Julat Skor Min Status Sempadan
1 & 2 1.00 - 2.99 Tidak Setuju/ Lemah
3 3.00 - 3.99 Kurang Setuju/ Sederhana
4 & 5 4.00 - 5.00 Setuju / Baik
Huraian analisis dibuat berpandukan kepada hasil yang diperolehi mengikut setiap
aspek yang di kaji merangkumi komponen serta subkomponen bagi setiap bahagian dan
juga setiap persoalan kajian.
Di samping itu, perisian SPSS 10.0 for Window juga digunakan untuk
mendapatkan perkaitan (crosstabulation) bagi pecahan bahagian bagi Bahagian B (i)
dengan Bahagian B (ii).
3.8 Kesimpulan
Bab ini menyentuh perkara-perkara yang telah dilakukan sepanjang kajian ini
dijalankan. Penggunaan sampel kajian digunakan untuk melihat hasil maklumbalas
sampel kajian terhadap seliaan dan bimbingan pensyarah dan guru pembimbing terhadap
guru pelatih semasa latihan mengajar dalam aspek sepertimana yang dinyatakan dalam
bahagian (1.4) pada bab satu.
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1. Pengenalan
Bab ini membincangkan hasil dapatan kajian yang telah diperolehi dari borang soal
selidik yang telah diedarkan kepada pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Sains), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor mengenai perbandingan seliaan dan
bimbingan pensyarah dan guru pembimbing terhadap guru pelatih UTM semasa menjalani
latihan mengajar. Dalam bahagian ini analisis telah dilakukan berdasarkan item dan subtajuk
dalam borang soal selidik yang telah diedarkan.
Maklumat dan data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian “SPSS
10.0 for windows(Statistical Packages for The Social Sciences)” dengan menggunakan
analisis deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min bagi setiap
subtajuk.
Analisis bahagian A bertujuan untuk mendapatkan maklumat demografi responden.
Manakala analisis di bahagian B adalah berdasarkan kepada persoalan kajian; iaitu adakah
wujud perbezaan seliaan dan bimbingan pensyarah serta guru pembimbing terhadap guru
pelatih dalam aspek ;
i. membuat persediaan mengajar,
ii. perlaksanaan pengajaran, dan
iii. penilaian pengajaran.
58 4.2. Bahagian A : Analisis Latar Belakang Responden
Dalam analisis bahagian A, item-item latarbelakang yang dianalisis ialah jantina,
bangsa dan sesi mengajar sewaktu dalam latihan mengajar.
Jadual 4.1 : Taburan responden mengikut jantina dan bangsa.
Komponen Jumlah Bangsa Lelaki Perempuan
Bilangan Peratus (%) Bilangan Peratus (%) Bilangan Peratus (%) Melayu 2 4.9 19 46.3 21 51.2
Cina - - 14 34.1 14 34.1 India - - 2 4.9 2 4.9
Lain-lain - - 4 9.8 4 9.8 Jumlah 2 4.9% 39 95.1% 40 100%
4.2.1. Jantina dan Bangsa
Jadual 4.1 menunjukkan taburan responden mengikut jantina dan bangsa. Secara
keseluruhan seramai 39 orang ( 95.1%) daripada jumlah keseluruhan responden adalah
perempuan. Jumlah ini menunjukkan bilangan responden perempuan jauh melebihi bilangan
responden lelaki dengan jumlah responden lelaki seramai 2 orang (4.9%) sahaja. Berdasarkan
analisis yang telah dijalankan, responden berbangsa Melayu mencatatkan jumlah bilangan
tertinggi dengan jumlah responden seramai 21 orang (52.2%) dengan jumlah responden
lelaki seramai 2 orang (4.9%) dan perempuan seramai 19 orang (46.3%). Ini diikuti pula
bilangan responden Cina seramai 14 orang ( 34.1%), lain-lain bangsa yang terdiri daripada
bumiputera Sabah dan Sarawak 4 orang (9.8%) dan responden berbangsa India seramai 2
orang (4.9%) yang mana setiap responden bangsa terdiri daripada perempuan.
59 4.2.2. Sesi Mengajar
Jadual 4.2 : Taburan responden mengikut sesi mengajar sewaktu latihan mengajar.
Sesi Mengajar Bilangan Peratus (%) Pagi 33 80.48
Petang 8 19.51 Jumlah 41 100%
Jadual 4.2 di atas menunjukkan taburan responden mengikut sesi mengajar sewaktu
latihan mengajar 6 minggu. Berdasarkan jadual tersebut, seramai 32 orang responden (80%)
mengajar pada sesi pagi, manakala 8 orang responden (20%) pula mengajar pada sesi petang.
Ini jelas menunjukkan bahawa kecenderungan responden untuk mengajar tingkatan 4 lebih
tinggi berbanding kecenderungan responden mengajar dalam tingkatan 2.
4.3. Bahagian B ; Analisis Persoalan Kajian
Bahagian ini menerangkan tentang hasil dapatan kajian dan penjelasan berdasarkan
keputusan dan analisis terhadap seliaan dan bimbingan pensyarah dan guru pembimbing
terhadap guru pelatih semasa latihan mengajar sesi 2002/03. Sebanyak 230 item dalam
bentuk soal-selidik yang dipecahkan kepada dua bahagian iaitu (a) seliaan dan bimbingan
daripada pensyarah pembimbing terhadap guru pelatih, dan (b) seliaan dan bimbingan
daripada guru pembimbing terhadap guru pelatih.
Borang soal selidik ini juga digunakan dengan tujuan untuk mengetahui maklumbalas
daripada responden terhadap persoalan-persoalan yang ingin dikupas. Item-item tersebut
dikemukakan berdasarkan objektif kajian dan ditaburkan secara rawak.
Dalam bahagian ini, analisis dilakukan dengan melihat purata nilai min yang
diperolehi hasil maklum balas responden. Di samping analisis terhadap setiap item, jumlah
item juga dibahagikan kepada aspek-aspek yang dikaji yang terdapat dalam objektif kajian.
60 Setiap aspek yang dikaji mempunyai bilangan item yang berbeza dan dianalisis berdasarkan
nilai min.
4.3.1. Analisis seliaan dan bimbingan pensyarah pembimbing terhadap guru pelatih
dalam aspek perancangan persediaan mengajar
Bahagian ini menerangkan hasil kajian berkaitan dengan seliaan dan bimbingan
pensyarah pembimbing terhadap guru pelatih dalam aspek perancangan persediaan mengajar
semasa latihan mengajar sesi 2002/03. Bahagian ini juga turut menghuraikan analisis
komponen persediaan mengajar yang merangkumi objektif, isi pelajaran dan aktiviti guru-
pelajar. Hasil analisis dinyatakan sepertimana jadual 4.3.
Jadual 4.3 : Nilai min hasil analisis penilaian guru pelatih dalam aspek perancangan
persediaan mengajar terhadap pensyarah pembimbing.
N = 41 Perancangan Persediaan Mengajar (pensyarah pembimbing)
Objektif Isi pelajaran Aktiviti Nombor Soalan
Min
Nombor Soalan
Min
Nombor Soalan
Min
1 4.35 5 4.25 4 4.27 2 4.48 8 3.83 6 4.27 3 4.40 9 3.87 7 3.97 18 4.40 10 3.40 13 4.4 19 4.15 11 3.55 15 3.37 20 4.13 12 3.80 21 4.30 28 4.13 14 4.00 23 4.45
16 4.05 24 4.47 17 4.02 25 4.42 22 4.45 26 4.33 27 4.08
Min objektif = 4.29 Min isi pelajaran = 3.94 Min aktiviti = 4.23
Min keseluruhan = 4.15
Jadual 4.3 menunjukkan nilai min bagi setiap item yang di analisis daripada maklum
balas responden (guru pelatih) terhadap seliaan dan bimbingan yang diterima daripada
61 pensyarah pembimbing dalam aspek perancangan persediaan mengajar semasa latihan
mengajar sesi 2002/03. Seramai 41 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Dalam
aspek ini, terdapat 28 item telah dibina dalam borang soal selidik. Item-item ini telah
dipecahkan kepada komponen perancangan persediaan mengajar secara rawak iaitu 7 item
(item 1, 2, 3, 18, 19, 20 dan 28) untuk komponen objektif, 11 item (item 5, 8, 9, 10, 11, 12,
14, 16, 17, 22 dan 27) untuk komponen isi pelajaran dan 10 item ( item 4, 6, 7, 13, 15, 21, 23,
25 dan 26) untuk komponen aktiviti pelajar-guru.
Bahagian ini melibatkan analisis nilai min yang dihasilkan oleh setiap item. Bagi
analisis komponen objektif nilai min item 1 ialah 4.35, item 2 ialah 4.48, item 3 ialah 4.40,
item 18 ialah 4.40, item 19 ialah 4.15, manakala item 20 dan 28 pula adalah 4.13. Setiap
item dalam komponen ini menunjukkan nilai min 4.00 ke atas, serta keseluruhan komponen
memberi nilai min 4.29. Ini menunjukkan bahawa secara purata responden bersetuju bahawa
pensyarah pembimbing mereka telah membimbing serta memberi seliaan dengan baik
sewaktu latihan mengajar.
Komponen dua dalam perancangan persediaan mengajar adalah isi pelajaran.
Terdapat 11 item yang mewakili komponen ini yang telah disusun secara rawak dalam
borang soal selidik. Dalam analisis yang telah dilakukan, min item 5 memberi nilai 4.25, item
8 adalah 3.83, item 9 memberi nilai 3.87, item 10 adalah 3.40, item 11 pula adalah 3.55, item
12 adalah 3.80, item 14 adalah 4.00, manakala item 16 pula adalah 4.05, item 17 memberi
nilai 4.02, seterusnya item 22 adalah 4.45, dan 27 memberi nilai min 4.08. Walaupun secara
kasar nilai min bagi komponen ini menunjukkan nilai 4.00 ke atas, tetapi secara
keseluruhannya nilai min bagi komponen ini adalah 3.94. Berdasarkan keseluruhan nilai min
ini, jelas menunjukkan bahawa responden (guru pelatih) berada dalam keadaan berkecuali
untuk menilai seliaan dan bimbingan pensyarah pembimbing dalam komponen ini. Walau
pun nilai min komponen ini menghampiri nilai 4.00, komponen ini tetap dikelaskan kepada
berkecuali dengan membuat kesimpulan bahawa pensyarah pembimbing telah membuat
seliaan serta memberi bimbingan yang sederhana terhadap responden (guru pelatih) sewaktu
latihan mengajar sesi 2002/03.
62
Aktiviti guru-pelajar merupakan komponen tiga dalam aspek perancangan persediaan
mengajar. Komponen ini mempunyai 10 item yang disusun secara rawak dalam borang soal
selidik. Dalam analisis komponen ini, nilai min bagi item 4 dan 6 adalah 4.27, item 7
memberi nilai 3.97, item 13 adalah 4.40, item 15 memberi nilai min 3.37, item 21 adalah
4.30, item 23 adalah 4.45, item 24 memberi nilai 4.47, item 25 adalah 4.42 dan item 26
memberi nilai 4.33. Secara keseluruhan komponen ini memberi nilai min 4.32, nilai ini
menunjukkan bahawa secara purata responden (guru pelatih) bersetuju bahawa pensyarah
pembimbing telah memberi penekanan terhadap komponen aktiviti guru-pelajar dengan baik
semasa membuat seliaan dan bimbingan terhadap mereka.
Merujuk kepada jadual 4.3, keseluruhan nilai min bagi aspek perancangan persediaan
mengajar adalah 4.15. Nilai ini menunjukkan responden (guru pelatih) bersetuju bahawa
secara keseluruhan pensyarah pembimbing telah memberi bimbingan yang baik terhadap
mereka sewaktu latihan mengajar sesi 200/03.
4.3.2. Analisis Seliaan dan bimbingan guru pembimbing terhadap guru pelatih dalam
aspek perancangan persediaan mengajar
Bahagian ini membincangkan dapatan kajian hasil analisis maklum balas responden
(guru pelatih) terhadap seliaan dan bimbingan guru pembimbing dalam aspek perancangan
persediaan mengajar semasa latihan mengajar sesi 2002/03. Nilai min yang diperolehi hasil
analisis ini ditunjukkan sepertimana jadual 4.4;
63 Jadual 4.4 : Nilai min hasil analisis maklumbalas responden (guru pelatih) dalam aspek
perancangan persediaan mengajar terhadap guru pembimbing.
N = 41 Perancangan Persediaan Mengajar (guru pembimbing)
Objektif Isi pelajaran Aktiviti Nombor Soalan
Min Nombor Soalan
Min Nombor Soalan
Min
116 4.38 120 4.33 119 4.35 117 4.35 123 3.83 121 4.37 118 4.43 124 3.97 122 4.43 133 4.27 125 3.70 128 4.40 134 4.15 126 3.83 130 4.00 135 4.10 127 3.92 136 4.44 143 4.28 129 4.08 138 4.54
131 4.13 139 4.38 132 4.23 140 4.46 137 4.38 141 4.42 142 4.26
Min objektif = 4.28 Min isi pelajaran = 4.06 Min aktiviti = 4.38
Min keseluruhan = 4.24
Sepertimana item yang terdapat dalam maklumbalas terhadap pensyarah
pembimbing, item maklumbalas terhadap guru pembimbing turut melibatkan 28 item.
Berdasarkan jadual di atas, aspek perancangan persediaan mengajar telah dipecahkan kepada
3 komponen utama iaitu komponen objektif, isi pelajaran dan aktiviti guru-pelajar. Setiap
komponen dalam aspek ini mempunyai beberapa item yang telah disusun secara rawak dalam
borang soal selidik. Di sini, komponen objektif mempunyai 7 item (116, 117, 118, 133, 134,
135 dan 143), isi pelajaran mempunyai 11 item ( item 120, 123, 124, 125, 126, 127, 129, 131,
132, 137 dan 142) dan aktiviti guru-pelajar 10 item ( 119, 121, 122, 128, 130, 136, 138, 139,
140 dan 141).
Komponen satu dalam aspek ini adalah objektif. Nilai min item 116 adalah 4.38, item
117 adalah 4.35, item 118 adalah 4.43, item 133 adalah 4.27, item 134 adalah 4.15, item 135
adalah 4.10 manakala item 143 pula memberi nilai min 4.28. Berdasarkan nilai-nilai min
yang telah diperolehi, didapati bahawa keseluruhan nilai min bagi komponen ini adalah 4.28.
64 Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa responden (guru pelatih) bersetuju menyatakan bahawa
guru pembimbing mereka telah membuat seliaan serta memberi bimbingan yang baik semasa
latihan mengajar dengan menekankan komponen objektif dam aspek perancangan persediaan
mengajar.
Komponen dua dalam aspek ini pula adalah isi pelajaran. Dalam aspek ini, nilai min
juga dinilai bagi setiap item. Nilai min bagi item 12 adalah 4.33, item 123 adalah 3.83, item
124 adalah 3.97, item 125 adalah 3.70, item 126 adalah 3.83, item 127 adalah 3.92, item 129
adalah 4.08, item 131 adalah 4.13, item 132 adalah 4.23, item 137 adalah 4.38 manakala item
142 memberi nilai min 4.26. Secara keseluruhan, purata min bagi komponen ini adalah 4.06.
Berdasarkan nilai min yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa responden (guru pelatih)
bersetuju dengan pernyataan yang menyatakan bahawa guru pembimbing mereka telah
membuat seliaan serta memberi bimbingan yang baik dengan menekankan komponen isi
pelajaran dalam aspek perancangan persediaan mengajar.
Dalam komponen tiga aspek ini adalah komponen aktiviti guru-pelajar, analisis
komponen ini dinilai mengikut nilai min yang dihasilkan. Bahagian ini mempunyai 10 item
yang telah di analisis. Nilai min bagi item 119 adalah 4.35, item 121 adalah 4.37, item 122
adalah 4.43, item 128 adalah 4.40, item 130 adalah 4.00, item 136 adalah 4.44, item 138
adalah 4.54, item 139 adalah 4.38, item 140 adalah 4.46 dan item 141 adalah 4.42. Manakala
purata analisis memberi nilai min 4.38. Nilai min ini memberi kesimpulan kepada pernyataan
bahawa responden (guru pelatih) telah bersetuju menyatakan bahawa guru pembimbing
mereka telah membuat seliaan serta memberi bimbingan yang baik semasa latihan mengajar
dengan menekankan komponen aktiviti guru-pelajar dalam aspek perancangan persediaan
mengajar
Secara keseluruhannya nilai min dalam aspek perancangan persediaan mengajar
adalah 4.24, nilai min ini sebenarnya dipengaruhi oleh nilai-nilai min komponennya iaitu
komponen objektif adalah 4.28, nilai min bagi isi pelajaran adalah 4.06 dan nilai min bagi
aktiviti guru-pelajar adalah 4.38.
65
Berdasarkan nilai-nilai min yang telah diperolehi daripada analisis ini, hal ini jelas
menunjukkan bahawa responden (guru pelatih) bersetuju bahawa guru pembimbing mereka
telah membuat seliaan dan memberi bimbingan yang baik dalam aspek perancangan
persediaan mengajar yang terdiri daripada komponen objektif, isi pelajaran dan aktiviti guru-
pelajar.
4.3.3. Analisis keseluruhan perbandingan seliaan dan bimbingan pensyarah dan guru
pembimbing terhadap guru pelatih dalam aspek persediaan mengajar
Bahagian ini memberi hasil dapatan kajian perbandingan antara pensyarah dan guru
pembimbing dalam aspek perancangan persediaan pengajaran berdasarkan nilai min.
Bahagian ini turut menjawab persoalan satu iaitu apakah wujud perbezaan seliaan dan
bimbingan pensyarah dan guru pembimbing terhadap guru pelatih dalam aspek membuat
persediaan mengajar. Untuk menjawab bahagian ini, kajian dibuat dengan meneliti tiga
komponen utama yang terlibat dalam aspek ini iaitu objektif, isi pelajaran dan aktiviti guru-
pelajar. Perbandingan maklumbalas antara pensyarah dan guru pembimbing di lihat
berdasarkan nilai min keseluruhan yang dihasilkan hasil analisis maklumbalas responden
terhadap borang soal selidik yang telah diedarkan.
Perbandingan nilai min hasil analisis yang telah dilakukan ditunjukkan sepertimana
jadual 4.5.
66 Jadual 4.5: Perbandingan nilai min antara pensyarah dan guru pembimbing bagi setiap
komponen dalam aspek perancangan persediaan pengajaran.
N = 41 Perancangan Persediaan Pengajaran
Komponen Objektif Isi Pelajaran Aktiviti guru-pelajar.
Pensyarah pembimbing
Guru pembimbing
Pensyarah pembimbing
Guru Pembimbing
Pensyarah pembimbing
Guru pembimbing
Nilai Min 4.29 4.28 3.94 4.06 4.23 4.38
Min Keseluruhan ; (a) pensyarah pembimbing = 4.15, (b) guru pembimbing = 4.24
Berdasarkan jadual 4.5 di atas, perbezaan nilai min hasil analisis dipersembahkan
dalam bentuk perbezaan nilai min bagi setiap komponen. Sepertimana yang telah dinyatakan
sebelum ini, perancangan persediaan mengajar melibatkan 3 komponen utama iaitu objektif
pengajaran (objektif), isi pelajaran dan aktiviti guru-pelajar.
Merujuk kepada jadual 4.5, nilai min bagi komponen objektif pensyarah pembimbing
adalah 4.29 manakala guru pembimbing pula adalah 4.28. Komponen isi pelajaran memberi
nilai min 3.94 bagi pensyarah pembimbing dan 4.06 bagi guru pembimbing. Nilai ini
memberi perbezaan yang cukup ketara antara keduanya dengan jumlah perbezaan sebanyak
0.12 menjadikan kelas penilaian terhadap mereka turut berubah. Manakala bagi komponen
aktiviti guru-pelajar pula nilai min yang diperolehi oleh pensyarah adalah 4.23 dan guru
pembimbing adalah 4.38.
Namun begitu, walau pun nilai-nilai min bagi komponen –komponen ini memberi
nilai min yang berbeza bagi setiap komponen dan kumpulan. Secara keseluruhannya, nilai ini
turut mempengaruhi nilai min bagi aspek yang dikaji serta memberi kesimpulan terhadap
nilai min yang diperolehi. Jadual 4.6 di bawah menunjukkan perbandingan min keseluruhan
dalam aspek perancangan persediaan mengajar bagi pensyarah dan guru pembimbing.
Berdasarkan jadual tersebut nilai min bagi pensyarah pembimbing adalah 4.15, manakala
67 guru pembimbing pula adalah 4.24. Nilai ini telah memberikan perbezaan sebanyak 0.09.
Walaubagaimanapun, kedua-dua nilai min ini memberi kesimpulan bahawa responden (guru
pelatih) bersetuju bahawa pensyarah dan guru pembimbing mereka telah membuat seliaan
dan memberi bimbingan terhadap mereka dengan baik semasa latihan mengajar 2002/03
dalam aspek perancangan persediaan mengajar.
Jadual 4.6: Perbandingan nilai min antara pensyarah dan guru pembimbing dalam aspek
perancangan persediaan pengajaran.
Perancangan Persediaan Mengajar Pensyarah
pembimbing Guru pembimbing Nilai Min
4.15
4.24
4.3.4. Analisis Seliaan dan bimbingan pensyarah pembimbing terhadap guru pelatih
dalam aspek perlaksanaan pengajaran
Bahagian ini menerangkan dapatan kajian hasil analisis seliaan dan bimbingan
pensyarah pembimbing dalam aspek perlaksanaan pengajaran yang dijalankan ke atas
responden (guru pelatih) melalui borang soal-selidik yang diedarkan. Maklumbalas
responden telah dianalisis berdasarkan purata nilai min. Dalam analisis ini, aspek
perlaksanaan pengajaran telah dipecahkan kepada 3 subkomponen iaitu, (i) pengenalan,
(ii) penyampaian dan (iii) penutup (sila rujuk jadual 4.7).
Merujuk kepada jadual 4.7 , aspek perlaksanaan pengajaran mengandungi 3
subkomponen utama yang mana telah dinyatakan sebelum ini. Subkomponen satu dalam
aspek ini adalah pengenalan. Subkomponen ini mengandungi 6 item ( item 39, 40, 77, 101,
102 dan 103) yang telah disusun secara rawak dalam borang soal selidik. Hasil analisis yang
telah dijalankan, item 39 memberi nilai min 4.20, manakala nilai min item 40 adalah 4.45,
item 77 adalah 4.55, item 101 adalah 4.27, item 102 adalah 4.23 dan item 103 memberi nilai
min 4.25. Secara purata, keseluruhan nilai min bagi komponen pengenalan adalah 4.33. Oleh
itu, berdasarkan nilai min ini dapat dibuat kesimpulan bahawa responden (guru pelatih)
bersetuju bahawa pensyarah pembimbing mereka telah membuat seliaan serta memberi
68 bimbingan yang baik semasa latihan mengajar dalam aspek perlaksanaan pengajaran dengan
memberi penekanan terhadap subkomponen pengenalan.
Penyampaian merupakan subkomponen dua dalam aspek perlaksanaan pengajaran.
Berdasarkan jadual 4.7, subkomponen penyampaian mempunyai 4 komponen utama.
Komponen tersebut terdiri daripada (i) isi pelajaran, (ii) kefahaman, (iii) kemahiran dan (iv)
aktiviti guru-pelajar. Analisis dilakukan ke atas setiap komponen dan item untuk
mendapatkan nilai min. Dalam subkomponen penyampaian, komponen isi pelajaran
mengandungi 13 item, kefahaman mengandungi 18 item, kemahiran mengandungi 15 item
dan aktiviti mengandungi 19 item.
Bagi komponen isi pelajaran, nilai min hasil analisis adalah 4.10. Nilai ini diperolehi
melalui analisis yang dijalankan ke atas setiap item. Dalam komponen ini, nilai min bagi item
29 adalah 3.93, item 32 adalah 4.20, item 41 adalah 3.90, item 43 adalah 4.22, manakala item
48 adalah 4.25. Item 49 memberi nilai min 4.13, item 50 adalah 4.03, item 51 adalah 3.58,
item 64 adalah 4.38, item 80 adalah 4.40, item 85 adalah 4.27, item 89 adalah 4.46 dan
item 91 memberi nilai min 4.40.Berdasarkan keseluruhan nilai min ini dapat disimpulkan
bahawa responden (guru pelatih) bersetuju menyatakan bahawa pensyarah pembimbing telah
membuat seliaan serta memberi bimbingan yang baik dengan menekankan komponen isi
pelajaran dalam subkomponen penyampaian dalam aspek perlaksanaan pengajaran.
Komponen kefahaman merupakan komponen dua dalam subkomponen penyampaian.
Hasil analisis item dalam komponen ini yang terdiri daripada 18 item (item 31, 33,34, 35, 37,
38, 56, 57, 65, 73, 84, 86, 87, 88, 90, 92, 93 dan 95) yang disusun secara rawak dalam borang
soal selidik menghasilkan nilai min 4.14. Nilai ini adalah hasil analisis setiap item yang mana
nilai min bagi item 31 adalah 3.88, item 33 adalah 4.28, item 34 adalah 3.92, item 35
memberi nilai min 3.55, item 37 adalah 4.18, item 38 adalah 4.22, item 56 adalah 3.78, item
57 adalah 3.92, item 65 adalah 4.28, item 73 adalah 4.18, item 84 adalah 3.97, item 86 adalah
4.55, item 87 adalah 4.60, item 88 adalah 4.50, item 90 adalah 4.25, item 92 adalah 4.05, dan
item 93 memberi nilai min 4.15 manakala item terakhir adalah 95 memberi nilai min 4.27.
Oleh itu, berdasarkan keseluruhan nilai min dapat dibuat kesimpulan bahawa responden
69 (guru pelatih) bersetuju dengan menyatakan bahawa pensyarah pembimbing mereka telah
membuat seliaan serta memberi bimbingan dengan baik semasa latihan mengajar dengan
menekankan komponen kefahaman.
Komponen tiga dalam subkomponen penyampaian adalah kemahiran. Terdapat 15
item (item 36, 45, 53, 54, 61, 66, 68, 69, 79, 81, 83, 94 dan 104) telah dibina dalam
komponen ini. Nilai min bagi item 36 adalah 3.87, item 45 adalah 3.78, item 53 adalah 4.00,
item 54 adalah 3.80, item 55 adalah 3.88, item 61 adalah 4.27, item 66 adalah 4.33, item 67
adalah 4.28, item 68 adalah 4.23, item 69 adalah 4.08, nilai min bagi item 79 adalah 4.18,
item 81 adalah 4.30, manakala item 83 pula adalah 3.97, item 94 adalah 4.20 dan item 104
adalah 4.30. Analisis keseluruhan bagi komponen ini memberi nilai min 4.12. Nilai min ini
menunjukkan bahawa responden (guru pelatih) bersetuju dengan menyatakan bahawa
pensyarah pembimbing mereka telah membuat seliaan serta memberi bimbingan dengan baik
semasa latihan mengajar dengan menekankan komponen kemahiran.
Aktiviti guru-pelajar juga merupakan komponen empat dalam subkomponen
penyampaian dan merupakan komponen empat. Terdapat 19 item (item 30, 42, 44, 46, 47,
52, 58, 59, 60, 62, 63, 70, 71, 72, 74, 75, 76, 78 dan 82) telah dibina dalam komponen ini.
Nilai min bagi item 30 adalah 4.18, item 42 adalah 4.28, item 44 adalah 3.65, item 46 adalah
3.70, item 47 adalah 3.88, item 52 adalah 3.73, item 58 adalah 4.25, item 59 adalah 4.32,
item 60 adalah 4.30, item 62 adalah 4.18, item 63 adalah 4.30, item 70 adalah 4.00, item 71
adalah 4.15, item 72 adalah 4.25, item 74 adalah 4.18, item 75 dan 78 memberi nilai min
4.15, item 76 adalah 4.18, dan item 82 adalah 4.08. Secara kasar didapati bahawa
kebanyakan item dalam komponen ini memberi nilai min 4.00 ke atas. Namun terdapat juga
beberapa item yang memberi nilai min antara 3.00 hingga 3.99. Julat ini menggambarkan
bahawa item tersebut memberi respons yang sederhana bagi responden. Berdasarkan nilai-
nilai min tersebut didapati bahawa nilai min keseluruhan hasil analisis adalah 3.78. Nilai ini
memberi gambaran kepada pernyataan bahawa responden (guru pelatih) memberi respons
yang sederhana terhadap seliaan dan bimbingan pensyarah pembimbing dalam komponen
aktiviti guru-pelajar.
70
Namun begitu, walaupun komponen aktiviti guru-pelajar memberi nilai min 3.78,
nilai ini tidak mempengaruhi keseluruhan bagi nilai min subkomponen penyampaian. Ini
kerana dalam analisis yang telah dijalankan secara terperinci, purata nilai min bagi
subkomponen penyampaian memberi nilai 4.03. Ini dapat disimpulkan bahawa responden
(guru pelatih) bersetuju menyatakan bahawa pensyarah pembimbing mereka telah membuat
seliaan dan memberi bimbingan yang baik semasa latihan mengajar dengan memberi
penekanan terhadap subkomponen penyampaian dalam aspek perlaksanaan pengajaran.
Subkomponen tiga dalam aspek perlaksanaan pengajaran adalah penutup.
Subkomponen ini mempunyai 7 item ( item 96, 97, 98, 99, 100, 105 dan 106) yang telah
disusun secara rawak dalam borang soal selidik. Nilai min yang dihasilkan oleh item 96
adalah 4.25,item 97 adalah 4.05, item 98 adalah 4.10, item 100 adalah 3.87, item 105 adalah
4.45 dan item 106 adalah 4.20. Secara purata, keseluruhan subkomponen ini memberi purata
nilai min 4.13. Berdasarkan nilai min ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa responden (guru
pelatih) bersetuju dengan menyatakan bahawa pensyarah pembimbing mereka telah membuat
seliaan dan memberi bimbingan yang baik semasa latihan mengajar dengan menekankan
aspek penutup dalam aspek perlaksanaan pengajaran.
Berdasarkan huraian yang dinyatakan di atas, melalui jadual 4.7 didapati bahawa min
keseluruhan bagi aspek perlaksanaan pengajaran adalah 4.16. Nilai ini diperolehi daripada
purata nilai-nilai min berdasarkan subkomponen perlaksanaan pengajaran. Oleh itu,
berdasarkan nilai min tersebut dapat disimpulkan, responden (guru pelatih) bersetuju dengan
menyatakan bahawa pensyarah pembimbing mereka telah memberi seliaan serta bimbingan
yang baik dalam menekan aspek perlaksanaan pengajaran sewaktu latihan mengajar.
71
Jadual 4.7: Min bimbingan dan seliaan pensyarah pembimbing terhadap guru pelatih dalam setiap aspek/komponen perlaksanaan pengajaran.
Perlaksanaan Pengajaran (pensyarah pembimbing) Penyampaian
Pengenalan Isi Pelajaran Kefahaman Kemahiran Aktiviti Penutup Nombor soalan Min
Nombor soalan Min
Nombor soalan Min
Nombor soalan Min
Nombor soalan Min
Nombor soalan Min
39 4.20 29 3.93 31 3.88 36 3.87 30 4.18 96 4.2540 4.45 32 4.20 33 4.28 45 3.78 42 4.28 97 4.0577 4.55 41 3.90 34 3.92 53 4.00 44 3.65 98 4.10
101 4.27 43 4.22 35 3.55 54 3.80 46 3.70 99 3.95102 4.23 48 4.25 37 4.18 55 3.88 47 3.88 100 3.87103 4.25 49 4.13 38 4.22 61 4.27 52 3.73 105 4.45
50 4.03 56 3.78 66 4.33 58 4.25 106 4.20 51 3.58 57 3.92 67 4.28 59 4.32 64 4.38 65 4.28 68 4.23 60 4.30 80 4.40 73 4.18 69 4.08 62 4.18 85 4.27 84 3.97 79 4.18 63 4.30 89 4.46 86 4.55 81 4.30 70 4.00 91 4.40 87 4.60 83 3.97 71 4.15 88 4.50 94 4.22 72 4.25 90 4.25 104 4.30 74 4.18 92 4.05 75 4.15 93 4.15 76 4.18 95 4.27 78 4.15 82 4.08 4.33 4.1 4.14 4.12 3.78 4.13
Min pengenalan = 4.33 Min penyampaian = 4.03 Min penutup = 4.12 Min keseluruhan = 4.16 N = 41
72
4.3.5. Analisis seliaan dan bimbingan guru pembimbing terhadap guru pelatih dalam
aspek perlaksanaan pengajaran
Bahagian ini menghuraikan dapatan kajian hasil analisis seliaan dan bimbingan guru
pembimbing terhadap responden (guru pelatih) dalam aspek perlaksanaan pengajaran semasa
latihan mengajar 2002/03. Sepertimana yang terdapat dalam analisis terhadap pensyarah
pembimbing (sila rujuk huraian 4.3.4), bahagian ini turut melibatkan subkomponen serta
komponen yang sama sepertimana yang ada didalamnya. Bahagian ini turut dianalisis
berdasarkan purata nilai min.
Berdasarkan jadual 4.8, terdapat 78 item telah dilibatkan dalam bahagian ini. Setiap
item telah di susun secara rawak mengikut subkomponen dan komponen dalam borang soal
selidik.
Merujuk kepada jadual 4.8 , aspek perlaksanaan pengajaran mengandungi 3
subkomponen utama iaitu (i) pengenalan, (ii) penyampaian dan (iii) penutup. Subkomponen
satu dalam aspek ini adalah pengenalan. Subkomponen ini mengandungi 6 item (item 154,
155, 192, 216, 217 dan 218) yang telah disusun secara rawak dalam borang soal selidik.
Hasil analisis yang telah dijalankan, item 154 memberi nilai min 4.20, item 155 adalah 4.45,
manakala nilai min item 192 dan 218 memberi nilai min 4.40 dan item 216 dan 217 adalah
4.25. Secara purata, keseluruhan nilai min bagi subkomponen pengenalan adalah 4.33. Oleh
itu, berdasarkan nilai min ini dapat dibuat kesimpulan bahawa responden (guru pelatih)
bersetuju bahawa guru pembimbing mereka telah membuat seliaan serta memberi bimbingan
yang baik semasa latihan mengajar dalam aspek perlaksanaan pengajaran dengan memberi
penekanan terhadap subkomponen pengenalan.
Penyampaian merupakan subkomponen dua dalam aspek perlaksanaan pengajaran.
Berdasarkan jadual 4.8, subkomponen penyampaian mempunyai 4 komponen utama.
Komponen tersebut terdiri daripada (i) isi pelajaran, (ii) kefahaman, (iii) kemahiran dan (iv)
aktiviti. Analisis dilakukan ke atas setiap komponen dan item untuk mendapatkan nilai min.
Dalam subkomponen penyampaian, komponen isi pelajaran mengandungi 13 item,
73
kefahaman mengandungi 18 item, kemahiran mengandungi 15 item dan aktiviti
mengandungi 19 item.
Bagi komponen isi pelajaran, nilai min hasil analisis adalah 4.10. Nilai ini diperolehi
melalui analisis yang dijalankan ke atas setiap item bagi komponen. Dalam komponen ini,
nilai min bagi item 144 adalah 4.10, item 147 adalah 4.27, item 156 adalah 4.05, item 158
adalah 3.95, manakala item 163 adalah 4.18. Item 164 memberi nilai min 3.95, item 165
adalah 3.95, item 166 adalah 3.58, item 179 adalah 4.28, item 195 adalah 4.23, item 200
adalah 4.25, manakala item 204 dan 206 memberi nilai min 4.10. Keseluruhan nilai min
komponen isi pelajaran ini telah memberi gambaran kepada seliaan dan bimbingan yang baik
telah dilakukan oleh guru pembimbing terhadap responden (guru pelatih) semasa latihan
mengajar.
Komponen kefahaman merupakan komponen dua dalam subkomponen penyampaian.
Hasil analisis item dalam komponen ini yang terdiri daripada 18 item (item 146, 148, 149,
150, 152, 153, 171, 172, 180, 188, 199, 201, 202, 203, 205, 207, 208 dan 210) yang disusun
secara rawak dalam borang soal selidik menghasilkan nilai min 4.14. Nilai ini adalah hasil
analisis setiap item yang mana nilai min bagi item 146 adalah 3.95, item 148 adalah 4.33,
item 149 adalah 4.20, item 150 memberi nilai min 3.38, item 152 adalah 4.25, item 153
adalah 4.22, item 171 adalah 3.78, item 172 adalah 4.08, item 180 adalah 4.25, item 188
adalah 4.30, item 199 adalah 3.90, item 201 dan memberi nilai 4.40, item 203 adalah 4.35,
item 205 adalah 4.23, item 207 dan 208 memberi nilai min 4.13 dan item terakhir adalah 210
memberi nilai min 4.21. Oleh itu, berdasarkan nilai min ini dapat dibuat kesimpulan bahawa
responden (guru pelatih) bersetuju dengan menyatakan bahawa guru pembimbing mereka
telah membuat seliaan serta memberi bimbingan dengan baik semasa latihan mengajar
dengan menekankan komponen kefahaman dalam subkomponen penyampaian dal aspek
perlaksanaan pengajaran
Komponen tiga dalam subkomponen penyampaian adalah kemahiran. Dalam
komponen ini terdapat 15 item ( item 151, 160,160, 168, 169, 170, 176, 181, 182, 183, 184,
194, 196, 198, 209 dan 219) telah dibina dan disusun secara rawak dalam borang soal selidik.
74
Nilai min bagi item 151 adalah 4.02, item 160 adalah 3.98, item 168 adalah 3.78, item 170
adalah 3.83, item 176 adalah 4.43, item 181 adalah 4.38, item 182 adalah 4.32, item 183
adalah 4.25, item 184 adalah 4.03, item 194 adalah 4.18, nilai min bagi item 196 adalah
4.28, item 198 adalah 4.00, manakala item 209 pula adalah 4.10 dan item 219 adalah 4.22.
Analisis keseluruhan bagi komponen ini memberi nilai min 4.12. Nilai min ini menunjukkan
bahawa responden (guru pelatih) bersetuju dengan menyatakan bahawa guru pembimbing
mereka telah membuat seliaan serta memberi bimbingan dengan baik semasa latihan
mengajar dengan menekankan komponen kemahiran dalam subpenyampaian yang terdapat
dalam aspek perlaksanaan pengajaran.
Aktiviti guru-pelajar juga merupakan komponen empat dalam subkomponen
penyampaian. Terdapat 19 item (145, 157, 159, 161, 162, 167, 173, 174, 175, 177, 178, 185,
186, 187, 189, 190, 191, 193 dan 197) telah dibina dalam komponen ini yang mana nilai min
bagi item 145 adalah 4.17, item 157, 178 adalah 4.33, item 159 dan 161 memberi nilai min
adalah 3.80, item 162 adalah 3.90, item 167 adalah 3.83, item 173, 174 dan 186 memberi
nilai min 4.38, item 175 adalah 4.45, item 177 adalah 4.23, item 185 adalah 4.30, item 187
adalah 4.27, item 189 dan 191 adalah 4.20, item 190 dan 193 adalah 4.15 dan item 197
adalah 4.23. Secara kasar didapati bahawa terdapat beberapa item yang memberi nilai min
antara 3.00 hingga 3.99. Julat ini menggambarkan bahawa item tersebut memberi respons
yang sederhana bagi responden. Berdasarkan nilai-nilai min tersebut didapati bahawa nilai
min keseluruhan hasil analisis adalah 3.78. Nilai ini memberi gambaran kepada pernyataan
bahawa responden (guru pelatih) memberi respons sederhana terhadap seliaan dan bimbingan
guru pembimbing dalam komponen aktiviti guru-pelajar.
Namun begitu, walaupun komponen aktiviti guru-pelajar memberi nilai min 3.78,
nilai ini tidak mempengaruhi keseluruhan bagi nilai min subkomponen penyampaian. Ini
kerana dalam analisis yang telah dijalankan secara terperinci, purata nilai min bagi
subkomponen penyampaian memberi nilai 4.17. Ini dapat disimpulkan bahawa responden
(guru pelatih) bersetuju menyatakan bahawa guru pembimbing mereka telah membuat
seliaan dan memberi bimbingan yang baik semasa latihan mengajar dengan memberi
penekanan terhadap subkomponen penyampaian dalam aspek perlaksanaan pengajaran.
75
Subkomponen tiga dalam aspek perlaksanaan pengajaran adalah penutup.
Subkomponen ini mempunyai 7 item ( item 211, 212, 213, 214, 215, 220 dan 221) yang telah
disusun secara rawak dalam borang soal selidik. Berdasarkan jadual 4.7 nilai min yang
dihasilkan oleh item 211 adalah 4.18, item 212 adalah 3.97 item 213 adalah 4.21, item 214
adalah 4.00, item 215 adalah 4.10, item 220 adalah 4.27 dan item 221 adalah 4.17. Secara
purata, nilai min keseluruhan adalah 4.13. Berdasarkan nilai min ini, dapat disimpulkan
bahawa responden (guru pelatih) bersetuju dengan menyatakan bahawa guru pembimbing
mereka telah membuat seliaan dan memberi bimbingan yang baik semasa latihan mengajar
dengan menekankan subkomponen penutup dalam aspek perlaksanaan pengajaran.
Berdasarkan huraian di atas, melalui jadual 4.8 di dapati bahawa min keseluruhan
bagi aspek perlaksanaan pengajaran adalah 4.17. Nilai ini diperolehi daripada purata nilai-
nilai min yang terdiri daripada nilai min pengenalan, penyampaian ( termasuk subkomponen
isi pelajaran, kefahaman, kemahiran dan aktiviti) serta penutup. Oleh itu, berdasarkan nilai
min ini dapat disimpulkan bahawa responden (guru pelatih) bersetuju dengan pernyataan
bahawa guru pembimbing mereka telah memberi seliaan serta bimbingan yang baik dengan
menekankan aspek perlaksanaan pengajaran sewaktu latihan mengajar sesi 2002/03.
76
Jadual 4.8 : Min bimbingan dan seliaan guru pembimbing terhadap guru pelatih dalam setiap aspek/komponen perlaksanaan
pengajaran. Perlaksanaan Pengajaran (guru pembimbing)
Penyampaian Pengenalan Isi Pelajaran Kefahaman Kemahiran Aktiviti
Penutup
Nombor soalan Min
Nombor soalan Min
Nombor soalan Min
Nombor soalan Min
Nombor soalan Min
Nombor Soalan Min
154 4.20 144 4.10 146 3.95 151 4.02 145 4.17 211 4.18155 4.45 147 4.27 148 4.33 160 3.98 157 4.33 212 3.97192 4.40 156 4.05 149 4.20 168 3.78 159 3.80 213 4.21216 4.25 158 3.95 150 3.38 169 3.83 161 3.80 214 4.00217 4.25 163 4.18 152 4.25 170 3.83 162 3.90 215 4.10218 4.40 164 3.95 153 4.22 176 4.43 167 3.83 220 4.27
165 3.95 171 3.78 181 4.38 173 4.38 221 4.17 166 3.58 172 4.08 182 4.32 174 4.38 179 4.28 180 4.25 183 4.25 175 4.45 195 4.23 188 4.30 184 4.03 177 4.23 200 4.25 199 3.90 194 4.18 178 4.33 204 4.10 201 4.40 196 4.28 185 4.30 206 4.10 202 4.40 198 4.00 186 4.38 203 4.35 209 4.10 187 4.27 205 4.23 219 4.22 189 4.20 207 4.13 190 4.15 208 4.13 191 4.20 210 4.21 193 4.15 197 4.23 4.33 4.1 4.14 4.12 3.78 4.13
Min pengenalan =4.33 Min penyampaian pengajaran = 4.04 Min penutup = 4.13 Min keseluruhan = 4.17 N= 41
77
4.3.6. Analisis keseluruhan perbandingan seliaan dan bimbingan pensyarah dan guru
pembimbing terhadap guru pelatih dalam aspek perlaksanaan pengajaran
Bahagian ini memberi hasil dapatan kajian perbandingan antara pensyarah dan guru
pembimbing dalam aspek perancangan perlaksanaan pengajaran berdasarkan nilai min.
Bahagian ini turut menjawab persoalan dua iaitu apakah wujud perbezaan seliaan dan
bimbingan antara pensyarah dan guru pembimbing terhadap guru pelatih dalam aspek
perlaksanaan mengajar. Untuk menjawab persoalan ini, kajian turut dibuat dengan meneliti
tiga subkomponen yang terlibat dalam aspek ini iaitu pengenalan, penyampaian dan penutup.
Manakala subkomponen penyampaian pula dipengaruhi oleh empat komponen dalam
penentuan perlaksanaan pengajaran iaitu (i) isi pelajaran, (ii) kefahaman, (iii) kemahiran dan
(iv) aktiviti guru-pelajaran. Perbandingan maklumbalas antara pensyarah dan guru
pembimbing di lihat berdasarkan nilai min keseluruhan yang diperolehi hasil analisis
maklumbalas responden terhadap borang soal selidik yang telah diedarkan.
Perbandingan nilai min hasil analisis yang telah dilakukan ditunjukkan sepertimana
jadual 4.9 di bawah;
Jadual 4.9 : Perbandingan nilai min seliaan dan bimbingan antara pensyarah dan guru
pembimbing terhadap guru pelatih bagi setiap komponen dalam aspek
perlaksanaan pengajaran .
N =41 Perlaksanaan Pengajaran
Komponen Pengenalan Penyampaian Penutup
Pensyarah
pembimbing Guru
pembimbing Pensyarah
pembimbing Guru
pembimbing Pensyarah
pembimbing Guru
pembimbing Nilai min 4.33 4.33 4.03 4.04 4.13 4.13
Jadual atas menunjukkan perbezaan nilai min seliaan dan bimbingan antara pensyarah
dan guru pembimbing terhadap guru pelatih mengikut komponen dalam aspek
78
perlaksanaan pengajaran. Merujuk kepada jadual 4.9, min bagi komponen pengenalan bagi
pensyarah pembimbing adalah 4.33, dan nilai ini juga merupakan nilai bagi guru
pembimbing. Berdasarkan nilai min tersebut, jelas menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan
yang wujud dalam menentukan nilai min bagi pensyarah dan guru pembimbing. Dan ini
dapat disimpulkan bahawa responden (guru pelatih) bersetuju untuk menyatakan bahawa
pensyarah dan guru pembimbing telah membuat seliaan dan memberi bimbingan baik dengan
menekankan komponen pengenalan dalam aspek perlaksanaan pengajaran.
Penyampaian merupakan komponen dua bagi aspek perlaksanaan pengajaran. Hasil
maklumbalas responden menunjukkan bahawa nilai min bagi pensyarah pembimbing adalah
4.03, nilai ini telah memberi perbezaan sebanyak 0.01 kepada penilaian terhadap guru
pembimbing menjadikan nilai bagi guru pembimbing adalah 4.04. Walaupun terdapat
perbezaan nilai min sebanyak 0.01 antara pensyarah dan guru pembimbing, nilai ini tetap
memberi kesimpulan bahawa kedua-dua pensyarah dan guru pembimbing telah membuat
seliaan dan memberi bimbingan yang baik sewaktu latihan mengajar.
Komponen tiga dalam aspek perlaksanaan pengajaran adalah penutup. Hasil analisis
yang telah dijalankan menunjukkan bahawa responden bersetuju menyatakan bahawa kedua-
dua pensyarah dan guru pembimbing mereka telah membuat seliaan dan memberi bimbingan
dengan menekankan komponen penutup dalam aspek perlaksanaan pengajaran dengan baik
dengan purata min 4.13.
Jadual 4.10 menunjukkan perbandingan nilai min bagi maklumbalas responden
terhadap pensyarah dan guru pembimbing dalam subkomponen penyampaian. Secara
keseluruhannya, nilai min bagi keempat-empat komponen ini memberi nilai min antara julat
4.00 hingga 4.99. Walaupun begitu, komponen aktiviti guru-pelajar memberi nilai min 3.78.
Ini menunjukkan bahawa pensyarah dan guru pembimbing tidak memberi penekanan
terhadap komponen ini dalam subkomponen penyampaian pengajaran. Namun begitu,
keseluruhan nilai min bagi subkomponen menunjukkan nilai min yang positif bagi pensyarah
dan guru pembimbing dalam seliaan dan bimbingan terhadap guru pelatih.
79
Maklumat berkaitan huraian di atas ditunjukkan sepertimana jadual 4.10 di bawah;
Jadual 4.10: Jadual perbandingan nilai min antara pensyarah dan guru pembimbing bagi
setiap komponen dalam subkomponen penyampaian dalam aspek
perlaksanaan pengajaran.
Komponen penyampaian Isi pelajaran Kefahaman Kemahiran Aktiviti
Komponen Pensyarah Guru Pensyarah Guru Pensyarah Guru Pensyarah Guru Min 4.33 4.10 4.14 4.14 4.12 4.22 3.78 3.78
Analisis keseluruhan perbandingan seliaan dan bimbingan antara pensyarah dan guru
pembimbing ditunjukkan sepertimana yang terdapat pada jadual 4.11. Berdasarkan jadual
tersebut, nilai min bagi pensyarah pembimbing adalah 4.16. Dalam analisis ini, wujud
perbezaan nilai min sebanyak 0.01 menjadikan nilai min bagi guru pembimbing 4.17. Kedua-
dua nilai ini menunjukkan bahawa seliaan dan bimbingan pensyarah serta guru pembimbing
positif terhadap guru pelatih dalam aspek perlaksanaan pengajaran.
Jadual 4.11: Jadual perbandingan nilai min keseluruhan antara pensyarah dan guru
pembimbing dalam aspek perlaksanaan pengajaran.
Perlaksanaan Pengajaran
Pensyarah pembimbing Guru pembimbing Nilai Min
4.16
4.17
80
4.3.7. Analisis seliaan dan bimbingan pensyarah pembimbing terhadap guru pelatih
dalam aspek penilaian pengajaran
Dalam bahagian ini, huraian akan lebih ditekankan terhadap dapatan kajian hasil
analisis seliaan dan bimbingan pensyarah pembimbing terhadap guru pelatih dalam aspek
penilaian pengajaran semasa latihan mengajar.
Terdapat 9 item ( 107, 108, 109, 110, 111, 112, 113, 114 dan 115) dalam soal selidik
yang disusun secara rawak. Setiap item dalam bahagian ini dianalisis untuk mendapatkan
purata nilai min. Nilai min bagi item 107 adalah 3.35, nilai min bagi item 108 adalah 3.43,
item 109 adalah 3.03, item 110 adalah 3.79, item 111 adalah 3.59, item 112 adalah 3.90, item
113 adalah 4.18, item 114 adalah 4.22 dan bagi item 115 adalah 3.79. Berdasarkan nilai min
bagi item-item ini, secara purata hasil analisis mendapati keseluruhan nilai min bagi aspek
penilaian pengajaran adalah 3.70. (Rujuk jadual 4.12)
Nilai min ini merupakan julat bagi nilai min yang sederhana. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa pensyarah pembimbing tidak memberi penekanan yang tinggi dalam
aspek ini. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa responden telah memberi penilaian secara
berkecuali atau sederhana terhadap seliaan dan bimbingan pensyarah pembimbing terhadap
mereka dalam aspek penilaian pengajaran semasa latihan mengajar.
81
Jadual 4.12 : Perbandingan nilai min bimbingan dan seliaan antara pensyarah dan guru pembimbing dalam aspek penilaian.
Penilaian Pengajaran
Pensyarah pembimbing Guru pembimbing Nombor soalan Min
Nombor Soalan Min
107 3.35 222 3.57108 3.43 223 3.40109 3.03 224 3.43110 3.79 225 3.83111 3.59 226 3.93112 3.90 227 4.22113 4.18 228 4.15114 4.22 229 4.35115 3.79 230 4.27
Min keseluruhan (pensyarah pembimbing) = 3.70
Min keseluruhan (guru pembimbing) = 4.00
82
4.3.8. Analisis seliaan dan bimbingan guru pembimbing terhadap guru pelatih dalam
aspek penilaian pengajaran
Bahagian ini menerangkan dapatan kajian hasil analisis seliaan seliaan dan bimbingan
guru pembimbing terhadap guru pelatih dalam aspek penilaian pengajaran semasa latihan
mengajar.
Sepertimana yang terdapat dalam bahagian analisis terhadap pensyarah pembimbing
(sila rujuk 4.3.7) terdapat 9 item ( 222, 223, 224, 225, 226, 227, 228, 229 dan 230) dalam
soal selidik yang disusun secara rawak. Setiap item dalam bahagian ini dianalisis untuk
mendapatkan purata nilai min. Dalam aspek penilaian pengajaran nilai min bagi item 222
adalah 3.57, nilai min bagi item 223 adalah 3.40, item 224 adalah 3.43, item 225 adalah 3.83,
item 226 adalah 3.93, item 227 adalah 4.22, item 228 adalah 4.15, item 229 adalah 4.35 dan
bagi item 230 adalah 4.27. Berdasarkan nilai min bagi item-item ini, secara purata hasil
analisis mendapati keseluruhan nilai min bagi aspek penilaian pengajaran adalah 4.00. ( sila
rujuk jadual 4.12)
Berdasarkan nilai min tersebut, dapat disimpulkan bahawa responden (guru pelatih)
bersetuju dengan pernyataan bahawa guru pembimbing mereka telah membuat seliaan dan
memberi bimbingan yang baik dengan menekankan aspek penilaian pengajaran sewaktu
latihan mengajar sewaktu latihan mengajar sesi 2002/03.
4.3.9. Analisis keseluruhan perbandingan seliaan dan bimbingan pensyarah dan guru
pembimbing terhadap guru pelatih dalam aspek penilaian pengajaran
Bahagian ini membincangkan dapatan kajian hasil yang dijalankan ke atas guru
pelatih berkaitan dengan maklumbalas terhadap pensyarah dan guru pembimbing dalam
aspek penilaian pengajaran. Analisis bahagian ini juga merupakan kesinambungan hasil
analisis bagi bahagian (4.3.7) dan bahagian (4.3.8). Bahagian ini turut menjawab persoalan
83
tiga iaitu, apakah terdapat perbezaan seliaan dan bimbingan antara pensyarah dan guru
pembimbing terhadap guru pelatih dalam aspek penilaian pengajaran.
Jadual 4.13 menerangkan perbandingan purata nilai min bagi seliaan dan bimbingan
antara pensyarah dan guru pembimbing terhadap guru pelatih dalam aspek penilaian
pengajaran.
Jadual 4.13: Perbandingan keseluruhan nilai min antara pensyarah dan guru pembimbing
dalam aspek penilaian pengajaran terhadap guru pelatih.
Penilaian Pengajaran Pensyarah
pembimbing Guru pembimbing
Nilai Min
3.70
4.00
Merujuk kepada jadual 4.13, nilai min bagi pensyarah pembimbing adalah 3.70.
Manakala bagi guru pembimbing pula adalah 4.00. Berdasarkan purata nilai min bagi
pensyarah dan guru pembimbing ini didapati terdapat perbezaan yang amat ketara dengan
perbezaan purata sebanyak 0.60. Bagi kedua-dua nilai min ini, dapat disimpulkan bahawa
responden bersetuju menyatakan bahawa guru pembimbing mereka telah membuat seliaan
serta memberi bimbingan yang baik dengan menekankan aspek penilaian pengajaran semasa
latihan mengajar. Manakala bagi pensyarah pembimbing pula telah membuat seliaan serta
memberi bimbingan yang sederhana terhadap guru pelatih dalam aspek penilaian pengajaran
semasa latihan mengajar 2002/03.
84
4.4. Kesimpulan
Berdasarkan hasil analisis yang telah dilakukan didapati bahawa nilai min
keseluruhan aspek yang dikaji memberi julat antara 4.00 hingga 4.99. Nilai ini menunjukkan
bahawa pensyarah serta guru pembimbing telah membuat seliaan serta memberi bimbingan
dengan baik dalam semua aspek yang dikaji. Namun begitu, aspek penilaian pengajaran telah
memberi nilai min kurang daripada 4.00 bagi pensyarah pembimbing. Oleh sebab itu, aspek
ini dikelaskan sebagai seliaan dan bimbingan yang sederhana daripada pensyarah
pembimbing terhadap guru pelatih.
BAB V
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1. Pengenalan Bab ini membincangkan dan membuat kesimpulan terhadap hasil dapatan kajian yang
diperolehi di dalam Bab IV. Perbincangan ini adalah meliputi ketiga-tiga objektif kajian.
Berdasarkan objektif pertama adalah perbandingan seliaan dan bimbingan antara pensyarah
dan guru pembimbing dalam aspek perancangan persediaan mengajar. Dalam objektif
pertama, perbincangan akan lebih tertumpu kepada komponen perancangan persediaan
mengajar yang terdiri daripada objektif, isi pelajaran dan aktiviti guru-pelajar. Dalam objektif
dua pula akan dibincangkan perbandingan seliaan dan bimbingan antara pensyarah dan guru
pembimbing dalam aspek perlaksanaan pengajaran, bahagian turut dibincangkan bersama
komponen serta sub komponen yang mempengaruhi dalam aspek ini. Manakala objektif tiga
pula adalah untuk membuat perbandingan seliaan dan bimbingan pensyarah dan guru
pembimbing dalam aspek penilaian pengajaran. Bahagian ini akan memberi penjelasan
kepada setiap analisis yang telah dilakukan.
Perbincangan terhadap hasil dapatan kajian ini kemudiannya dikaitkan dan disokong
dengan pendapat kajian-kajian yang terdahulu. Di samping itu beberapa saranan atau
cadangan untuk kajian yang akan datang juga turut dibincangkan dalam bab ini.
86
5.2 Perbincangan
Bahagian ini membincangkan perkara yang meliputi objektif kajian bagi menjawab
persoalan kajian yang telah dijalankan.
5.2.1 Seliaan dan bimbingan pensyarah dan guru pembimbing terhadap guru pelatih
dalam aspek perancangan persediaan mengajar
Berdasarkan daripada analisis yang dilakukan, keseluruhan min bagi seliaan dan
bimbingan pensyarah pembimbing terhadap guru pelatih adalah 4.15. Manakala min bagi
seliaan dan bimbingan guru pembimbing adalah 4.24. Didapati bahawa kedua-dua nilai min
tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dan dikelaskan sebagai positif terhadap seliaan
dan bimbingan terhadap guru pelatih. Pembimbing merupakan ‘role-model’ bagi yang di
bimbing. Gray dan Gray (1985) melaporkan bahawa guru pelatih memerlukan bantuan dalam
aspek perancangan dan pengendalian pelajar. Ini adalah kerana guru pelatih memerlukan
panduan untuk menjalankan tugas yang dianggap baru dalam bidang mereka.
Persediaan mengajar merupakan satu perkara penting yang wajib dilakukan oleh
setiap guru. Dalam aspek ini, guru pelatih diberi penilaian secara langsung dan perlu diberi
perhatian dari semasa ke semasa. Dalam perkara ini, pembimbing adalah orang yang
bertanggungjawab dalam memberi bimbingan serta tunjuk ajar terhadap guru pelatih untuk
membuat persediaan mengajar. Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (1997), guru
pembimbing sememangnya mempunyai tanggungjawab secara langsung untuk memberi
bimbingan dan tunjuk ajar serta menilai guru pelatih. Oleh itu, pensyarah dan guru
pembimbing seharusnya membuat seliaan serta memberi bimbingan yang sewajarnya
terhadap guru pelatih.
87
Walaupun begitu, aspek ini bergantung kepada tiga komponen utama yang
mempengaruhinya iaitu (i) objektif, (ii) isi pelajaran dan (iii) aktiviti guru-pelajar.
Berdasarkan hasil dapatan kajian , pensyarah pembimbing telah membuat seliaan dan
memberi bimbingan yang baik dalam kesemua komponen ini , iaitu komponen objektif
(min= 4.29) dan aktiviti guru-pelajar (min=4.33). Namun begitu, dapatan kajian daripada
komponen isi pelajaran (min=3.94) memberi hasil yang sederhana terhadap seliaan dan
bimbingan daripada pensyarah pembimbing. Pensyarah pembimbing tidak sedekat guru
pembimbing dengan guru pelatih semasa latihan mengajar, ini kerana pensyarah hanya ada
bersama guru pelatih semasa tempoh seliaan sahaja. Namun begitu, sepatutnya komponen ini
harus ditekankan juga dalam perancangan persediaan mengajar. Menurut Abu Hassan dan
Meor Ibrahim (1997), pembimbing mempunyai tanggungjawab secara langsung untuk
memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta menilai guru pelatih. Ini kerana pada waktu ini
(latihan mengajar), sepatutnya bimbingan yang mencakupi semua aspek perlu diberi kepada
guru pelatih.
Min guru pembimbing dalam seliaan serta bimbingan terhadap guru pelatih dalam
aspek perancangan mengajar adalah baik dengan nilai min 4.24. Secara keseluruhan guru
pelatih telah memberi respons yang baik terhadap seliaan dan bimbingan guru pembimbing
dalam aspek ini dengan mencatatkan nilai min bagi komponen objektif (min=4.28), isi
pelajaran (min= 4.06) dan aktiviti guru-pelajar (min=4.38). Berdasarkan nilai-nilai min ini
didapati bahawa guru pembimbing telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dalam
aspek perancangan persediaan mengajar.
Tahap ini seharusnya dikekalkan oleh guru pembimbing untuk penyeliaan pada sesi
akan datang. Menurut Nagel dan Smith (1997), tanggungjawab sebagai pembimbing adalah
penting kerana mereka boleh mempengaruhi dan membentuk personaliti dan pengetahuan
guru-guru masa depan.
Untuk menjawab persoalan satu, iaitu adakah terdapat perbezaan seliaan dan
bimbingan pensyarah dan guru pembimbing terhadap guru pelatih. Hasil kajian mendapati
bahawa berdasarkan min yang dihasilkan, tidak terdapat perbezaan antara kedua pembimbing
88
ini dalam seliaan dan bimbingan yang dilakukan. Hasil kajian juga mendapati kedua-dua
pembimbing ini telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sewaktu sesi latihan
mengajar 2002/03 terhadap guru pelatih dengan menekankan aspek perancangan persediaan
mengajar.
5.2.2 Selian dan bimbingan pensyarah dan guru pembimbing terhadap guru pelatih
dalam aspek perlaksanaan pengajaran
Tidak dinafikan lagi bahawa, dalam tempoh latihan mengajar, perlaksanaan
pengajaran merupakan tulang belakang kepada penilaian yang akan dijalankan penyelia. Ini
kerana, pada waktu ini guru pelatih akan mengaplikasikan ke dunia sebenar (bilik darjah)
segala bentuk perancangan yang telah dilakukan atau dirancang..
Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan, responden telah memberi maklumbalas
yang baik terhadap seliaan dan bimbingan pensyarah dan guru pembimbing dalam aspek ini
dengan min keseluruhan bagi pensyarah pembimbing adalah 4.16, manakala bagi guru
pembimbing pula adalah 4.17. Namun begitu, berdasarkan hasil dapatan dalam setiap
komponen aspek ini , di dapati komponen pengenalan (min=4.33), penyampaian(min=4.03)
dan penutup (min=4.13) bagi pensyarah pembimbing. Ini jelas menunjukkan bahawa
pensyarah pembimbing telah melakukan seliaan dan bimbingan yang baik dalam setiap
komponen dalam aspek ini. Manakala bagi guru pembimbing pula, komponen pengenalan
(min=4.33), penyampaian (min=4.04, dan penutup (min=4.13) dalam aspek ini.
Nilai-nilai min tersebut menunjukkan bahawa kedua-dua pembimbing telah membuat
seliaan dan bimbingan dengan baik dalam aspek ini terhadap guru pelatih. Pensyarah dan
guru pembimbing merupakan orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan
kemahiran tentang pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada keadaan sebenar (Abu
Hassan, 1997). Mungkin faktor inilah menjadi aset penting untuk mereka membantu guru
pelatih menyampaikan pengajaran dengan baik dan berkesan.
89
Respons yang positif ini juga akan lebih berkesan sekiranya guru pelatih turut
memainkan peranannya dengan aktif dalam proses latihan mengajar. Dengan itu, guru
pelatih yang di katakan sebagai perantis perlu mempelajari kemahiran mengajar di bawah
tunjuk ajar dan kawalan seorang guru yang mahir dalam satu jangkamasa yang telah
ditetapkan (Cruickshan & Armaline, 1986; dalam Zulkifli (1998)).
Dalam pada itu, untuk menjawab persoalan dua kajian, didapati bahawa tidak ada
perbezaan antara seliaan dan bimbingan antara pensyarah dan guru pembimbing dalam aspek
ini berdasarkan nilai min. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kedua-dua pembimbing ini
telah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan terhadap guru pelatih dengan
baik. Dapatan ini juga bertepatan dengan kenyataan yang dikemukakan oleh Hasyim (1989)
yang menyatakan bahawa proses melatih guru-guru memerlukan pendedahan kaedah, teknik
dan pendekatan mengajar untuk melengkapkan guru pelatih dengan pengetahuan dan
kemahiran agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.
Oleh itu, tahap ini harus dikekalkan serta diharapkan agar terus dapat ditingkatkan
lagi untuk sesi latihan mengajar yang akan datang agar kualiti guru pelatih terus dapat
diperbaiki dan diperkembangkan sebelum mereka menempuh alam pekerjaan sebenar,.
5.2.3 Seliaan dan bimbingan pensyarah dan guru pembimbing terhadap guru pelatih
dalam aspek penilaian pengajaran
Pendidikan hari ini dan masa depan memerlukan guru-guru dan pengurus-pengurus
pendidikan di semua peringkat lebih bersemangat, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi
serta mampu berkembang seiring dengan peredaran zaman dan kemajuan teknologi
maklumat yang kian menuju ke hadapan, malah sentiasa bertambah dan berubah
(Sufean,1993). Untuk mencapai hasrat ini, pendidikan awal bagi seorang pendidik adalah
penting untuk menjamin kualiti yang akan dilaksanakan. Oleh itu, latihan mengajar yang
90
mempunyai aspek penilaian amat penting untuk mengetahui setakat mana tahap pengajaran
guru pelatih.
Berdasarkan hasil analisis yang dijalankan, secara keseluruhan didapati bahawa min
seliaan dan bimbingan aspek ini oleh kedua-dua pembimbing adalah baik. Namun begitu,
maklum balas responden terhadap seliaaan dan bimbingan oleh pensyarah pembimbing telah
memberi nilai min 3.70, manakala bagi guru pembimbing pula adalah 4.00. Terdapat
perbezaan sebanyak 0.30 dalam nilai min yang memberikan persepsi berbeza terhadap
seliaan dan bimbingan antara keduanya.
Nilai min yang dihasilkan didapati bahawa pensyarah pembimbing kurang
menekankan aspek penilaian terhadap guru pelatih dalam seliaan dan bimbingannya. Ini
terbukti melalui maklumbalas responden yang memberi nilai min 3.70. Kajian yang
dijalankan oleh Abdul Raof dan Subahah (1991), mendapati bahawa guru pelatih umumnya
tidak mengambil berat tentang penilaian. Hal ini terjadi kerana kurangnya penekanan yang
diberikan oleh pembimbing dalam aspek tersebut melalui kajian ini.
Untuk menjawab persoalan tiga, iaitu adakah terdapat perbezaan seliaan dan
bimbingan antara pensyarah dan guru pembimbing dalam aspek penilaian pengajaran, dapat
disimpulkan bahawa kajian aspek ini menunjukkan bahawa guru pembimbing telah
memainkan peranan mereka ke arah membantu guru pelatih melakukan penilaian pengajaran
mereka. Manakala pensyarah pembimbing pula memberi penekanan yang sederhana dalam
aspek ini. Namun begitu seliaan dan bimbingan dalam aspek ini seharusnya dipertingkatkan
lagi dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanan penilaian guru pelatih terhadap
pengajaran mereka. Aspek penilaian yang seharusnya ditekankan adalah meliputi penilaian
dalam bilik darjah seperti memberi latihan dan penilaian berbentuk ujian misalnya ujian
bulanan.
91
5.3 Cadangan-cadangan
Berdasarkan dapatan kajian, di sini dikemukakan beberapa cadangan yang boleh
dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Walaupun dapatan kajian ini adalah baik,
tetapi terdapat beberapa kelemahan yang mana kelemahan ini masih boleh diperbaiki serta
mempertingkatkan kelemahan yang wujud.
5.3.1 Guru pembimbing perlu menilai kembali peranan mereka semasa sesi latihan
mengajar dengan meneliti skop bidang tugas penyelia bersekutu dalam Buku Panduan
Latihan Mengajar, Panduan untuk Penyelia. Kelemahan yang paling ketara yang
perlu diperbaiki adalah komponen aktiviti guru-pelajar dalam subkomponen
penyampaian dalam aspek perlaksanaan pengajaran.
5.3.2 Pensyarah pembimbing juga berperanan penting dalam seliaan dan bimbingan
terhadap guru pelatih semasa latihan mengajar. Pensyarah merupakan orang yang
dekat sewaktu di Universiti. Oleh itu, pensyarah pembimbing harus memperbaiki
seliaa dan bimbingan nya dalam (i) komponen isi pelajaran dalam aspek perancangan
persediaan mengajar, (ii) komponen aktiviti guru-pelajar dalam subkomponen
penyampaian dalam aspek perlaksanaan pengajaran, dan (iii) aspek penilaian
pengajaran.
5.3.3 Fakulti pendidikan UTM sebagai pihak yang menentukan objektif latihan mengajar
perlu;
(i) memastikan semua guru yang terlibat dalam latihan mengajar menghadiri
taklimat yang dianjurkan. Program taklimat ini juga perlulah
diperkemaskan pengisisannya agar guru benar-benar memahami konsep,
tatacara dan penentuan, serta tanggungjawab mereka bagi mencapai
matlamat latihan mengajar.
92
(ii) memastikan guru-guru (pembimbing) yang dipilih mempunyai kelayakan
dan ciri-ciri yang telah ditetapkan. Antaranya kelayakan akademik,
ikhtisas, pengalaman dan mengikut keutamaan yang ditetapkan.
(iii) memberi penekanan kepada aspek yang lemah serta khusus iaitu dalam
melibatkan aktiviti guru-pelajar.
(iv) mengikut bilangan waktu penyeliaan di samping menaikkan bayaran elaun
kepada guru pembimbing.
5.3.4 Guru pelatih sebagai pihak ketiga yang diselia dan dibimbing juga perlu memainkan
peranan. Antaranya mereka perlulah mempunyai inisiatif untuk mewujudkan
hubungan yang baik antara pensyarah dan guru pembimbing serta sentiasa berbincang
dan bertukar-tukar fikiran. Setiap teguran yang diberikan perlulah diambil perhatian
kerana sememangnya peranan pensyarah serta guru pembimbing ialah untuk
membantu mengatasi pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh guru pelatih. Selain
itu, guru pelatih yang telah diberikan tanggungjawab oleh pensyarah atau guru
pembimbing mereka perlulah menjalankan amanah tersebut dengan sebaiknya.
Tempoh latihan mengajar merupakan tempoh yang paling sesuai untuk melatih guru
pelatih menjadi seorang guru yang sebenarnya.
5.4 Cadangan untuk kajian lanjutan
Latihan mengajar memerlukan suatu kurikulum latihan yang berstruktur dan digubah
secara kolektif oleh pakar-pakar dalam pendidikan guru (Sufean, 1993). Oleh itu, latihan
mengajar merupakan satu bidang yang amat menarik untuk dikaji pada masa akan datang.
Masih banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan dengan latihan mengajar,terutamanya untuk
institusi pendidikan di Malaysia. Beberapa garis panduan yang dicadangkan untuk kajian
lanjutan, antaranya adalah :
93
(i) Responden yang dipilih untuk kajian hanya terdiri daripada pelajar Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan (Sains) sahaja. Ini tidak memberi gambaran yang
menyeluruh. Oleh itu, untuk kajian akan datang, dicadangkan agar kajian ini tidak
hanya tertumpu kepada satu-satu kursus sahaja, tetapi melibatkan lebih daripada
satu kursus atau pun melibatkan IPT-IPT lain.
(ii) Satu kajian harus dijalankan untuk melihat persepsi pensyarah atau guru
pembimbing terhadap guru pelatih semasa latihan mengajar. Ini bertujuan untuk
melihat dari persepsi pensyarah dan guru pembimbing tentang seliaan dan
bimbingan yang dilakukan terhadap guru pelatih.
5.5 Kesimpulan
Berpandukan kepada dapatan min bagi tiap-tip persoalan kajian, didapati bahawa
maklumbalas responden (guru pelatih) terhadap bimbingan pensyarah dan guru pembimbing
mereka pada keseluruhannya adalah baik. Daripada aspek yang dikaji, dua aspek iaitu
perancangan persediaan mengajar dan perlaksanaan pengajaran memberi nilai min yang baik
bagi kedua-dua pihak, iaitu pensyarah dan guru pembimbing. Manakala penilaian pengajaran
pula memberikan nilai min yang sederhana bagi pensyarah pembimbing dan baik bagi guru
pembimbing. Berdasarkan dapatan kajian ini, pensyarah pembimbing seharusnya mengambil
inisiatif lain untuk mempertingkatkan seliaan dan bimbingan dalam aspek penilaian
pengajaran pada sesi akan datang supaya dapat melahirkan guru yang benar-benar
memahami falsafah yang dianuti pendidikan guru.
Kesimpulannya, kajian ini telah mencapai objektifnya iaitu :untuk membuat
perbandingan seliaan dan bimbingan antara pensyarah dan guru pembimbing dalam aspek;
94
ii. membuat perancangan persediaan mengajar,
iii. perlaksanaan pengajaran, dan
iv. penilaian pengajaran.
Mengajar merupakan pekerjaan yang melibatkan intelek dan tindakan profesional
(Mok Soon Sang, 1994). Oleh itu, seorang guru terlatih hendaklah mempunyai pengetahuan
yang luas, kemahiran dalam kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah yang
elok dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan mengajar untuk menjamin keberkesanan dalam
pengajaran.
Guru juga memainkan peranan yang amat penting dalam pencapaian akademik
pelajar di mana menurut Abdul Rahim (Utusan Malaysia, 1998) dalam Adam (2002),
menegaskan bahawa guru akan lebih berkesan di sekolah dan bilik darjah jika sekiranya guru
dapat menguasai beberapa aspek antaranya guru mestilah mempunyai pengetahuan mengenai
mata pelajaran yang diajar, kaedah mengajar teori-teori dan amalan bilik darjah, pengurusan
bilik darjah, psikologi dan sosiologi pendidikan serta mempunyai pengetahuan terkini yang
berkaitan dengan pendidikan. Oleh itu, guru bukan berfungsi sebagai penyampai
pengetahuan yang sedia ada, malah perlu menggunakan pengetahuan tersebut untuk
mendapatkan pengetahuan baru. Oleh itu, para pembimbing merupakan orang yang boleh
membentuk guru pelatih untuk menjadi guru, sepertimana yang diharapkan.
Berdasarkan analisis perbandingan seliaan pensyarah dan guru pembimbing. Ketiga-
tiga aspek yang dikaji menunjukkan bahawa keseluruhan seliaan dan bimbingan yang
dilakukan oleh kedua-duanya menunjukkan tahap yang baik. Jika cara penyeliaan ini terus
ditingkatkan, tidak mustahil suatu masa nanti akan dapat melahirkan guru sepertimana yang
diharapkan negara.
95
SENARAI RUJUKAN
Adam Othman (2000).”Faktor yang Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Aliran
Vokasional di Sekolah Menegah Teknik Balik Pulau.” Projek Sarjana Muda,
Universiti Teknologi Malaysia.
Aini Mamat (1991).”Mengenal pasti Masalah Guru-guru Pelatih Kemahiran Hidup
Semasa Mangikuti Latihan asas Perguruan di Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim , JB.” UTM; Tesis.
Abu Hassan, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mazlan Hj. Osman, Mohamad Bilal Ali
dan Mohd Salleh Abu (1994). “ Perbandingan Kesediaan, Keupayaan serta
Kesesuaian Guru Pelatih yang Mengikuti Latihan Ikhtisas Perguruan di Universiti
Teknologi Malaysia Melalui Dua Program Yang Berbeza : Diploma Lepas Ijazah
dan Pra-Siswazah (Secara Integrasi).” Dibentangkan dalam “Seminar Latihan
Keguruan Antara Universiti ke 9.” Bangi.
Abu Hassan, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohamad Bilal Ali dan Mohd Salleh
Abu (1994). “Penilaian Penyeliaan Latihan Praktik Mengajar Dari Perspektif
Guru Pelatih.” Dibentangkan dalam “Seminar Latihan Keguruan Antara
Universiti ke 9.” Bangi.
Abu Hassan Kassim (1999). “Kurikulum Sains Sekolah Malaysia” Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Aziz B. Sultan (1988). “Latihan Mengajar: Penilaian atau Penyeliaan?”
Jurnal Pendidikan Guru.4.
96
Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md. Din,
Mohamad Haron ( 1992 ). “ Panduan Latihan Mengajar” Cetakan Pertama. Hulu
Kelang: dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Raof Dalip & Subahah Mohd Meerah (1991).”Isu-isu Latihan Mengajar “.
Petaling Jaya, Fajar Bakti.
Brooks (2000). “V. In the lion’s den? Pupils and school-based initial teacher training.”
Educational Studies, Carfax Publishing), Vol. 26 Issue 1, p101.
Buletin Pendidikan (1995). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Calderhead, J. & Shorrock, S.B (1997). ‘Understanding teacher education’. London The
Palmer Press.
Collins, P. Kayser, & Tours (1994).” R.C. Bridging the gaps : An interdependent model
for educating accountable practitioners”. Journal of Social Work Education.
Dr. Baharuddin Aris, Noraffandy Yahya, Jamaluddin Hj. Harun, Zaidatun Tasir (2000).
“Siri Modul Pembelajaran; Teknologi Pendidikan.” Jabatan Multimedia
Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Dr. Rosini Abu, DR. Ramlah Hamzah, Dr. Rohani Ahmad Tarmizi, Prof. Madya Dr.
Kamariah Hj. Abu Bakar, Tuan Hj. Azali Mahbar (2001). “ Persepsi Guru Pelatih
Terhadap Penyeliaan Pensyarah dan Guru Pembimbing.” Dibentangkan dalam
“International Conference On Challenges and Prospect In Teacher Education.”
Shah Alam.
Furlong (2000). “Lesson From the English Experiment. Theory into Practice.”J.School
Mentors and University Tutors. Vol. 39.
97
Garten, T.R. (1994). “Preparing mentors of the first-year teachers: Practitioner/professor
collaborative Experienc. Teaching Education.
Gray, M.A & Gray M.M (1985). “Synthesis of Research on Mentoring Beginning
Teachers.” Journal of Educational Leadershhip.
Haji Kamaruddin Hussin, Hazil Abdul Hamid (1991). “Prinsip Asas Kurikulum
dan Pengajaran” Cetakan Pertama. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Hamidah Baba (1999). “Kepimpinan dan Perkembangan Professional di Sekolah:
Bagaimana untuk Mempromosi Teknik-teknik bagi Pembelajaran Profesional
yang Efektif”. Cetakan Pertama. Pulau Pinang: Rhythm Distributor Sdn.Bhd.
Hasyim Othman (1989). “Persepsi guru-guru Terlatih terhadap Kursus Khas Pengajaran
Bahasa Melayu”, Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Master.
Hedderdorf, R. (1971), “Profesionalism and Personality Type Among Student
Teachers.” Journal of Teacher Education. ms 310-313.
Ismail Kailani (1989). “Bengkel Maklum Balas Latihan Mengajar: Di Mana Kita
Sekarang dan Di Mana Seharusnya Kia Berada”. UTM.
Juriah Long(1994). “Keberkesanan Pengajaran Bahasa Melayu oleh Guru Pelatih UKM
Dari Perspektif Pelatih dan Pelajar-pelajar Sekolah.” Dibentangkan pada
JKLLAU di UKM pada 15-16 Januari 1994.
Jones, L, Reid, D. & Bevins, S.(1997) .” Teachers’ perception of mentoring in a
collaborative model of initial teacher training.” Journal of Education for
Teaching. 23(3), 253-261.
Kamaruddin Hj. Husin, (1986). “Panduan Latihan Mengajar”. KL: Longman Malaysia
98
Sdn.Bhd.
Kamus Dewan (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Knoll,M.K (1987). “Supervision for Better Instruction:. New York: PrentileHall.
Meor Ibrahim Bin Kamaruddin (2003). “ Panduan Latihan Mengajar.” Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). “Reka bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan “
Universiti Teknologi Malaysia.
Mok Soon Sang (1994).” Latihan Mengajar untuk Maktab Perguruan Kuala-Lumpur.”
Kumpulan Budiman.
Mook Soon Sang dan Lee Shok Mee(1988). “Latihan Mengajar untuk Maktab perguruan
Kuala Lumpur.” Kumpulan Budiman.
McNeely, S.L (1997). “ Observing Students and Teachers Through Objective
Strategies” 1st Edition. United States: Northeastern Illinois University.
Medyes, P & Nyilasi, E.(1997) “Pair teaching in preservice teacher education.” Foreign
Language Annals. Page 352-368.
Nagel N.G & Smith, C.R (1997) Working with Student Teachers. Teaching for
Excellence 17 (2). 1-2.
Noran Fauziah Yaakub, Ahmad Mahdzan Ayob (1993). “Guru Dan Perguruan”
Edisi Ke-2.Ampang:Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Norris, G.H, Philips, E.L (1972). “Analysis and Modification of Classroom
99
Behavior”. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
Omoto,S.O (1979). “Hints on Teaching Practice” 1st Edition. London: Macmillan
Basic Books In Education.
Othman Idris (1999). “Mengkaji Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perlakuan dan
Pencapaian Guru pelatih Dalam Latihan Mengajar Peringkat Akhir di Sebuah
Maktab Perguruan di Malaysia.” Universiti Malaya.: Tesis Sarjana Mudaa.
Prof. Madya Dr. Abu Hasan Bin Kassim, Meor Ibrahim bin Kamaruddin ( 1997 ).
“Penyelia dan Penyeliaan Pengajaran Guru Pelatih: Perancangan dan
Penyampaian Pengajaran.
Pullias,E.V, James D.Young (1982). “Guru Adalah Segala-Galanya” Cetakan Ke-
2. KL: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahimah Ahmad. (1986). Penyeliaan klinikal: “Satu Pendekatan terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah.” Kertas kerja yang dibentangkan dalam
persidangan Tahunan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan , Pulau-Pinang.
Robbins, V & Skilling (1996). “M.J. University and Public School Collaboration :
Developing more Effective Teacher throungh Field-Based Teacher Preparation
and New Teacher Support Programs.” Paper at the annual meeting of the
Association for Supervision and Curriculum Development, 51st , New Orleans,
L.A. ERIC ED404315.
Robiah Sidin, (1994). “Pendidikan di Malaysia” KL:Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Rosnani Hasyim (1998). “Teacher training and Work Success: A case Study of
the Effectiveness of the International Islamic University Malaysia (IIUM)
Diploma in Education Programmed.” 1st Edition. Kuala Lumpur:
100
Embun Muhibbah Sdn.Bhd.
Rowie, Shaw (1992). “Teacher Training In Secondary Schools.” 1st Edition. Britain:
Kogan Page Educational Management Series.
Runyan, C; White, V; Hazel, L & Hedges(1998). “ D.A. Seamless system of professional
development from preservice to tenured teaching.” Paper presented at Annual
Meeting of the American Association of Collegess for Teacher Education, 50th,
new Orleans, LA. ERIC ED417167.
Sinclair (1997). “Redefining the role of the university lecturer in school-based teacher
education.” Asi-Pacific Journal of Teacher Education. Vol.25.
Sufean Hussin (1995). “ Pengajaran Nilai dalam Kurikulum.” Edisi ke-2, Kuala-Lumpur:
Fajar bakti Sdn. Bhd.
Sulaiman Ngah Razali (2002). “Analisis Data Dalam Penyelidikan Pendidikan.”Edisi ke-
2, Hulu Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Whitty (1997). “G Teacher education in England and Wales : Some finding from the
Project.” Paper at the Annual Meting of the american Educational Research
Association, Chicago. ERIC ED408245.
Yates,J.W(1980).”Student Teaching:Result Of A Recent Survey.” Educational Research.
Vol 24
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1993). “Pentadbiran Pendidikan” Cetakan ke-3.
KL: Academe Art and Printing Services Sdn.Bhd
Zulkifli Mohamad (1998). “Teknologi Makmal dalam Pendidikan: Cabaran kepada
Profesion Perguruan.” Jurnal pendidikan UTM. 3:6-14
101
LAMPIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SKUDAI, JOHOR.
BORANG SOAL SELIDIK
Soalselidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai
“PERBANDINGAN SELIAAN DAN BIMBINGAN PENSYARAH DAN GURU PEMBIMBING TERHADAP GURU PELATIH UTM SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI 2002/03”
Soalselidik ini terdiri daripada 2 bahagian:
Bahagian A : Maklumat diri pelajar
Bahagian B : i. Maklum balas pelajar terhadap seliaan dan bimbingan daripada
pensyarah pembimbing.
ii. Maklum balas pelajar terhadap seliaan dan bimbingan daripada guru
pembimbing.
Anda dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian.
Sila jawab soalan yang disediakan dengan jujur dan ikhlas,
tiada jawapan yang betul atau salah.
Masa untuk menjawab adalah selama 35 minit.
Semua maklumat yang diberi akan dirahsiakan dan dianalisis serta digunakan
untuk tujuan penyelidikan.
Terima kasih di atas masa dan kerjasama anda.
Penyelidik
NORAZMIRA BINTI MUHAMAD. Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan (Sains)
Universiti Teknologi Malaysia.
BAHAGIAN A
MAKLUMAT DIRI
ARAHAN : Sila isikan ruangan kosong yang disediakan dengan maklumat yang tepat
dan jujur.
Tandakan ( / ) di dalam petak yang disediakan.
1. TAHUN KURSUS : ( ) Tiga
( ) Empat
2. JANTINA : ( ) Lelaki
( ) Perempuan
3. BANGSA : ( ) Melayu
( ) Cina
( ) India
( ) Lain-lain
3. SESI MENGAJAR : ( ) Pagi
( ) Petang
4. TEMPAT LATIHAN MENGAJAR
________________________________________________________________
BAHAGIAN B
Arahan: Sila beri respon kepada pilihan yang paling sesuai dengan diri anda dengan
membulatkan simbol skala pilihan jawapan seperti di bawah :
( 1= Sangat bersetuju, 2= Bersetuju, 3= Kurang setuju, 4= tidak bersetuju, 5= Sangat tidak bersetuju ) i. Maklum balas guru pelatih terhadap seliaan dan bimbingan daripada
pensyarah pembimbing.
Seliaan dan bimbingan pensyarah pembimbing terhadap guru pelatih dalam aspek; a. Perancangan Pengajaran.
Dalam sesi latihan mengajar yang lepas, pensyarah pembimbing memastikan saya ;
1. membuat persediaan mengajar dengan 1 2 3 4 5
terperinci dan lengkap. 2. menulis objektif pengajaran dengan eksplisit. 1 2 3 4 5
3. memilih pengetahuan yang bersesuaian 1 2 3 4 5
dengan objektif pengajaran.
4. memilih kemahiran yang bersesuaian 1 2 3 4 5
dengan objektif pengajaran.
5. menepati keperluan isi pelajaran sukatan 1 2 3 4 5
pelajaran (perincian kurikulum)
6. menunjukkan aktiviti guru dan pelajar dalam 1 2 3 4 5
pengajaran berpusatkan pelajar.
7. melakukan kaedah pengajaran yang sesuai 1 2 3 4 5
dengan aktiviti guru dan pelajar.
8. merancang pengajaran berasaskan penerapan 1 2 3 4 5
nilai murni.
9. melakukan penilaian terhadap setiap peringkat 1 2 3 4 5
perkembangan isi pelajaran.
10. merancang Kemahiran Berfikir secara Kritis 1 2 3 4 5
dan Kreatif (KBKK) dan disepadukan dalam
pengajaran.
11. membuat perancangan dalam aspek kemahiran 1 2 3 4 5
manipulatif dalam pengajaran.
12. membuat perancangan dalam aspek kemahiran 1 2 3 4 5
proses sains dalam pengajaran.
13. merancang dan menyediakan bahan bantu 1 2 3 4 5
mengajar (BBM) dalam pengajaran.
14. merancang beberapa soalan untuk pelajar di 1 2 3 4 5
sepanjang pengajaran.
15. merancang aktiviti berkumpulan. 1 2 3 4 5
16. merancang penutup pengajaran dengan tepat 1 2 3 4 5
dan ringkas.
17. menjalankan aktiviti susulan yang sesuai dengan 1 2 3 4 5
objektif pengajaran dalam pengajaran.
18. membuat perancangan masa yang sesuai 1 2 3 4 5
dengan isi pelajaran.
19. memilih kaedah yang sesuai dengan topik 1 2 3 4 5
yang diajar.
20. melakukan langkah-langkah pengajaran 1 2 3 4 5
kaedah yang dipilih dilaksanakan dengan
dengan teratur dan jelas.
21. melibatkan pelajar dengan aktif dalam aktiviti 1 2 3 4 5
pengajaran yang dilaksanakan.
22. menyampaikan isi pelajaran selaras dengan 1 2 3 4 5
objektif.
23. mengaplikasikan set induksi yang dapat 1 2 3 4 5
menarik perhatian pelajar terhadap topik
yang diajar.
24. merancang set induksi yang menunjukkan 1 2 3 4 5
perkaitan dengan tajuk yang hendak diajar.
25. mampu merangsang pelajar melalui set induksi. 1 2 3 4 5
26. melibatkan interaksi antara guru pelajar dalam 1 2 3 4 5
melaksanakan set induksi.
27. membuat perkaitan isi pelajaran yang diajar 1 2 3 4 5
dengan kejadian atau persekitaran
pelajar sebagai induksi.
28. membuat pengenalan bersesuaian dengan 1 2 3 4 5
tempoh pengajaran serta masa.
b. Perlaksanaan Pengajaran.
Dalam sesi latihan mengajar yang lepas, pensyarah pembimbing memastikan saya ;
29. menerangkan idea-idea mengikut urutan 1 2 3 4 5
yang jelas.
30. menunjukkan pengajaran aktiviti guru pelajar 1 2 3 4 5
berasaskan pengajaran berpusatkan pelajar.
31. menggunakan bahasa dengan fasih, baku dan 1 2 3 4 5
jitu dalam pengajaran.
32. menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan 1 2 3 4 5
tepat dalam pengajaran.
33. menggunakan arahan yang jelas dalam 1 2 3 4 5
pengajaran.
34. mengemukakan soalan-soalan yang sesuai 1 2 3 4 5
dengan masa.
35. mengemukakan soalan meliputi pelbagai 1 2 3 4 5
aras berdasarkan Aras Domain Kognitif
Taksonomi Bloom.
36. menyebarkan soalan ke seluruh kelas. 1 2 3 4 5
37. memberi respons terhadap setiap soalan 1 2 3 4 5
dan jawapan yang diberi pelajar.
38. memberi galakan terhadap pelajar untuk 1 2 3 4 5
menyoal dan menjawab soalan.
39. memberi rangsangan berbentuk soalan 1 2 3 4 5
kepada pelajar.
40. menekankan aspek interaksi guru-pelajar 1 2 3 4 5
dalam bilik darjah.
41. menggunakan soalan berbentuk; kenapa, 1 2 3 4 5
mengapa, dan bagaimana untuk menjana
pemikiran pelajar.
42. mampu mengawal kelas dan disiplin pelajar. 1 2 3 4 5
43. menggunakan lisan positif selepas pelajar 1 2 3 4 5
memberi respons, seperti memberi pujian
dan menggunakan jawapan pelajar dalam
penerangan.
44. menggunakan gerak isyarat positif dan negatif 1 2 3 4 5
yang sesuai.
45. sentiasa mendampingi pelajar dengan cara 1 2 3 4 5
berdiri di sisi, masuk hampir ke tengah kelas
atau bersama dalam kumpulan pelajar sewaktu
sesi pengajaran berlangsung.
46. mengelakkan daripada menggunakan lisan 1 2 3 4 5
negatif seperti menyatakan perkara kurang
tepat atau tidak betul.
47. menyebut nama pelajar seorang demi seorang 1 2 3 4 5
untuk memberi jawapan terhadap soalan
yang diajukan.
48. mengulang-ulang isi pelajaran yang penting 1 2 3 4 5
untuk perhatian pelajar.
49. menerapkan nilai murni seperti yang 1 2 3 4 5
dikehendaki dalam sukatan mata
pelajaran dan nilai yang berkaitan
dengan mata pelajaran.
50. menerapkan nilai yang sesuai dengan tajuk 1 2 3 4 5
dan situasi pembelajaran.
51. memberi maksud nilai secara langsung 1 2 3 4 5
dalam pengajaran.
52. menerapkan nilai murni melalui aktiviti- 1 2 3 4 5
aktiviti pembelajaran.
53. menggunakan jenis kemahiran berfikir yang 1 2 3 4 5
sesuai dengan tajuk.
54. menggunakan pendekatan pengajaran yang 1 2 3 4 5
sesuai dengan jenis kemahiran berfikir yang
dipilih.
55. menggunakan teknik pengajaran yang sesuai 1 2 3 4 5
dengan jenis kemahiran berfikir yang dipilih.
56. menggunakan soalan berbentuk 1 2 3 4 5
“inquiry teaching” untuk merangsang pelajar.
57. menggalakkan pelajar supaya sentiasa 1 2 3 4 5
bertanya untuk mengukuhkan kefahaman
mereka.
58. menggunakan pelbagai jenis bahan bantu 1 2 3 4 5
mengajar.
59. menggunakan BBM sesuai dengan objektif 1 2 3 4 5
pengajaran.
60. telah menggunakan BBM untuk membantu 1 2 3 4 5
pengajaran.
61. menggunakan strategi pengajaran berasaskan 1 2 3 4 5
BBM.
62. menggunakan BBM berdasarkan kreativiti 1 2 3 4 5
saya mencipta untuk menarik minat pelajar.
63. efektif dalam penggunaan BBM. 1 2 3 4 5
64. menggunakan BBM secara sistematik 1 2 3 4 5
berdasarkan topik yang diajar.
65. membuat susunan nota, gambarajah dan ruang 1 2 3 4 5
pada papan kapur dengan teratur dan kemas.
66. menggunakan saiz yang sesuai untuk saiz 1 2 3 4 5
lukisan dan gambarajah atau ilustrasi besar
yang boleh digunakan dalam pengajaran saya.
67. menggunakan bahan seperti kad manila, 1 2 3 4 5
peta gantung dan ilustrasi lain pada papan
kapur dengan berkesan.
68. menggunakan nota dan ilustrasi dalam 1 2 3 4 5
persembahan untuk membantu menonjolkan
konsep pembelajaran dengan jelas.
69. menggunakan papan kapur/tulis secara 1 2 3 4 5
optimum dalam pengajaran.
70. boleh memberi arahan dengan tegas kepada 1 2 3 4 5
pelajar dalam aktiviti berkumpulan.
71. menggunakan arahan-arahan untuk aktiviti 1 2 3 4 5
kumpulan dengan lebih jelas.
72. mengawas perjalanan aktiviti berkumpulan 1 2 3 4 5
supaya berjalan lancar.
73. memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada 1 2 3 4 5
kumpulan yang memerlukan sewaktu
pengajaran.
74. melakukan aktiviti berkumpulan menepati 1 2 3 4 5
masa yang telah ditetapkan /dianggarkan.
75. menjalankan aktiviti berkumpulan dengan 1 2 3 4 5
penglibatan yang aktif daripada pelajar.
76. memperuntukkan masa yang bersesuaian 1 2 3 4 5
untuk melakukan aktiviti berkumpulan
dengan tempoh yang diberi.
77. menggunakan set induksi yang bersesuaian 1 2 3 4 5
serta mampu merangsang pelajar.
78. mengutamakan langkah keselamatan 1 2 3 4 5
sewaktu melakukan aktiviti amali
bersama pelajar.
79. mahir dalam mengendalikan pengajaran 1 2 3 4 5
di makmal.
80. memberi penekanan terhadap objektif yang 1 2 3 4 5
ingin disampaikan dengan jelas dan tepat.
81. membuat persediaan awal sebelum melakukan 1 2 3 4 5
eksperimen bersama pelajar dengan cara
melakukan dahulu sehari sebelum eksperimen
dijalankan.
82. sentiasa memberi perhatian terhadap 1 2 3 4 5
aspek keselamatan pelajar dalam
mengendalikan kelas amali.
83. menggunakan pendekatan (kaedah/teknik) 1 2 3 4 5
yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar
dalam mengendalikan kelas amali.
84. menggunakan kaedah yang inovatif, kreatif 1 2 3 4 5
serta mampu merangsang pelajar untuk
menjalankan aktiviti amali.
85. telah memberi arahan yang jelas dan tepat 1 2 3 4 5
serta mampu merangsang pelajar setelah
habis sesi kelas amali.
86. menggunakan suara yang kuat dan terang 1 2 3 4 5
didengar hingga ke bahagian belakang kelas.
87. menggunakan intonasi suara yang bersesuaian 1 2 3 4 5
dalam membuat penegasan dan menarik
perhatian pelajar.
88. menggunakan suara yang jelas dan sesuai 1 2 3 4 5
dengan bahasa yang digunakan.
89. mampu memberi penerangan jelas terhadap 1 2 3 4 5
pembelajaran
90. meningkatkan lagi mutu suara dalam 1 2 3 4 5
pengajaran.
91. menggunakan intonasi suara yang bersesuaian 1 2 3 4 5
dengan isi pelajaran yang ditekankan dalam
pengajaran.
92. menguasai bahasa dengan baik dalam 1 2 3 4 5
pengajaran.
93. menggunakan bahasa yang bersesuaian 1 2 3 4 5
dalam pengajaran.
94. menggunakan bahasa yang fasih dan lancar 1 2 3 4 5
dalam pengajaran.
95. menggunakan bahasa yang mudah difahami 1 2 3 4 5
oleh pelajar.
96. membuat rumusan berdasarkan isi penting 1 2 3 4 5
pelajaran dalam menutup pengajaran.
97. menutup pengajaran dengan menyoal 1 2 3 4 5
pelajar seperti mengadakan kuiz tentang
isi-isi penting pelajaran.
98. menutup pengajaran dengan memberi 1 2 3 4 5
peneguhan positif terhadap pelajar.
99. menutup pengajaran dengan membangkitkan 1 2 3 4 5
rasa ingin tahu terhadap pelajar.
100. memberi respons rasa puas hati terhadap 1 2 3 4 5
pencapaian di kalangan pelajar.
101. menunjukkan penampilan diri dan ketokohan 1 2 3 4 5
diri serta daya kepimpinan yang sesuai
sebagai seorang guru.
102. menunjukkan kesediaan menerima teguran. 1 2 3 4 5
103. mempunyai disiplin diri yang teguh. 1 2 3 4 5
104. sentiasa meningkatkan kemahiran 1 2 3 4 5
sosial/berinteraksi.
105. sentiasa meningkatkan lagi kesungguhan 1 2 3 4 5
dan keceriaan sewaktu dalam pengajaran.
106. meningkatkan lagi hubungan dengan pelajar. 1 2 3 4 5
c. Penilaian Pengajaran.
Dalam sesi latihan mengajar yang lepas, pensyarah pembimbing memastikan saya ;
107. menggubal soalan-soalan objektif, struktur 1 2 3 4 5
dan esei mengikut aras-aras Kognitif
Taksonomi Bloom.
108. membina skema pemarkahan untuk menilai 1 2 3 4 5
tahap kefahaman pelajar dalam ujian
yang dijalankan.
109. membuat analisis dengan mencari min dan 1 2 3 4 5
sisihan piawai lazim.
110. memberi latihan kepada pelajar pada akhir 1 2 3 4 5
pengajaran.
111. menyimpan rekod terdahulu pelajar melalui 1 2 3 4 5
guru mata pelajaran yang diambil alih.
112. mengetahui tahap prestasi pelajar yang diajar. 1 2 3 4 5
113. membuat penilaian terhadap pengajaran saya 1 2 3 4 5
114. menutup pengajaran yang telah dijalankan 1 2 3 4 5
dengan cara memberi soalan kepada
pelajar untuk menilai kefahaman mereka.
115. mengetahui bahawa pelajar telah memahami 1 2 3 4 5
objektif pengajaran yang telah dilakukan.
ii. Maklum balas guru pelatih terhadap seliaan dan bimbingan daripada guru pembimbing.
Seliaan dan bimbingan guru pembimbing terhadap guru pelatih dalam aspek;
a. Perancangan Pengajaran.
Dalam sesi latihan mengajar yang lepas, guru pembimbing memastikan saya ;
116. membuat persediaan mengajar dengan 1 2 3 4 5
terperinci dan lengkap. 117. menulis objektif pengajaran dengan eksplisit. 1 2 3 4 5
118. memilih pengetahuan yang bersesuaian 1 2 3 4 5
dengan objektif pengajaran.
119. memilih kemahiran yang bersesuaian 1 2 3 4 5
dengan objektif pengajaran.
120. menepati keperluan isi pelajaran sukatan 1 2 3 4 5
pelajaran (perincian kurikulum)
121. menunjukkan aktiviti guru dan pelajar dalam 1 2 3 4 5
pengajaran berpusatkan pelajar.
122. melakukan kaedah pengajaran yang sesuai 1 2 3 4 5
dengan aktiviti guru dan pelajar.
123. merancang pengajaran berasaskan penerapan 1 2 3 4 5
nilai murni.
124. melakukan penilaian terhadap setiap peringkat 1 2 3 4 5
perkembangan isi pelajaran.
125. merancang Kemahiran Berfikir secara Kritis 1 2 3 4 5
dan Kreatif (KBKK) dan disepadukan dalam
pengajaran.
126. membuat perancangan dalam aspek kemahiran 1 2 3 4 5
manipulatif dalam pengajaran.
127. membuat perancangan dalam aspek kemahiran 1 2 3 4 5
proses sains dalam pengajaran.
128. merancang dan menyediakan bahan bantu 1 2 3 4 5
mengajar (BBM) dalam pengajaran.
129. merancang beberapa soalan untuk pelajar di 1 2 3 4 5
sepanjang pengajaran.
130. merancang aktiviti berkumpulan. 1 2 3 4 5
131. merancang penutup pengajaran dengan tepat 1 2 3 4 5
dan ringkas.
132. menjalankan aktiviti susulan yang sesuai dengan 1 2 3 4 5
objektif pengajaran dalam pengajaran.
133. membuat perancangan masa yang sesuai 1 2 3 4 5
dengan isi pelajaran.
134. memilih kaedah yang sesuai dengan topik 1 2 3 4 5
yang diajar.
135. melakukan langkah-langkah pengajaran 1 2 3 4 5
yang dipilih dilaksanakan dengan
dengan teratur dan jelas.
136. melibatkan pelajar dengan aktif dalam aktiviti 1 2 3 4 5
pengajaran yang dilaksanakan.
137. menyampaikan isi pelajaran selaras dengan 1 2 3 4 5
objektif.
138. mengaplikasikan set induksi yang dapat 1 2 3 4 5
menarik perhatian pelajar terhadap topik
yang diajar.
139. merancang set induksi yang menunjukkan 1 2 3 4 5
perkaitan dengan tajuk yang hendak diajar.
140. mampu merangsang pelajar melalui set induksi. 1 2 3 4 5
141. melibatkan interaksi antara guru pelajar dalam 1 2 3 4 5
melaksanakan set induksi.
142. membuat perkaitan isi pelajaran yang diajar 1 2 3 4 5
dengan kejadian atau persekitaran
pelajar sebagai induksi.
143. membuat pengenalan bersesuaian dengan 1 2 3 4 5
tempoh pengajaran serta masa.
b. Perlaksanaan Pengajaran.
Dalam sesi latihan mengajar yang lepas, guru pembimbing memastikan saya ;
144. menerangkan idea-idea mengikut urutan 1 2 3 4 5
yang jelas.
145. menunjukkan pengajaran aktiviti guru pelajar 1 2 3 4 5
berasaskan pengajaran berpusatkan pelajar.
146. menggunakan bahasa dengan fasih, baku dan 1 2 3 4 5
jitu dalam pengajaran.
147. menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan 1 2 3 4 5
tepat dalam pengajaran.
148. menggunakan arahan yang jelas dalam 1 2 3 4 5
pengajaran.
149. mengemukakan soalan-soalan yang sesuai 1 2 3 4 5
dengan masa.
150. mengemukakan soalan meliputi pelbagai aras 1 2 3 4 5
berdasarkan Aras Domain Kognitif
Taksonomi Bloom.
151. menyebarkan soalan ke seluruh kelas. 1 2 3 4 5
152. memberi respons terhadap setiap soalan 1 2 3 4 5
dan jawapan yang diberi pelajar.
153. memberi galakan terhadap pelajar untuk 1 2 3 4 5
menyoal dan menjawab soalan.
154. memberi rangsangan berbentuk 1 2 3 4 5
soalan kepada pelajar.
155. menekankan aspek interaksi guru-pelajar 1 2 3 4 5
dalam bilik darjah.
156. menggunakan soalan berbentuk; kenapa, 1 2 3 4 5
mengapa, dan bagaimana untuk menjana
pemikiran pelajar.
157. mampu mengawal kelas dan disiplin pelajar 1 2 3 4 5
158. menggunakan lisan positif selepas pelajar 1 2 3 4 5
memberi respons, seperti memberi pujian
dan menggunakan jawapan pelajar dalam
penerangan.
159. menggunakan gerak isyarat positif dan negatif 1 2 3 4 5
yang sesuai.
160. sentiasa mendampingi pelajar dengan cara 1 2 3 4 5
berdiri di sisi, masuk hampir ke tengah kelas
atau bersama dalam kumpulan pelajar sewaktu
sesi pengajaran berlangsung.
161. mengelakkan daripada menggunakan lisan 1 2 3 4 5
negatif seperti menyatakan perkara kurang
tepat atau tidak betul.
162. menyebut nama pelajar seorang demi 1 2 3 4 5
seorang untuk memberi jawapan terhadap
soalan yang diajukan.
163. mengulang-ulang isi pelajaran yang penting 1 2 3 4 5
untuk perhatian pelajar.
164. menerapkan nilai murni seperti yang 1 2 3 4 5
dikehendaki dalam sukatan mata pelajaran
dan nilai yang berkaitan dengan mata
pelajaran.
165. menerapkan nilai yang sesuai dengan tajuk 1 2 3 4 5
dan situasi pembelajaran.
166. memberi maksud nilai secara langsung dalam 1 2 3 4 5
pengajaran.
167. menerapkan nilai murni melalui aktiviti- 1 2 3 4 5
aktiviti pembelajaran.
168. menggunakan jenis kemahiran berfikir yang 1 2 3 4 5
sesuai dengan tajuk.
169. menggunakan pendekatan pengajaran yang 1 2 3 4 5
sesuai dengan jenis kemahiran berfikir
yang dipilih.
170. menggunakan teknik pengajaran yang sesuai 1 2 3 4 5
dengan jenis kemahiran berfikir yang dipilih.
171. saya menggunakan soalan berbentuk 1 2 3 4 5
“inquiry teaching” untuk merangsang pelajar.
172. menggalakkan pelajar supaya sentiasa 1 2 3 4 5
bertanya untuk mengukuhkan kefahaman
mereka.
173. menggunakan pelbagai jenis BBM. 1 2 3 4 5
174. menggunakan BBM sesuai dengan objektif 1 2 3 4 5
pengajaran.
175. telah menggunakan BBM untuk membantu 1 2 3 4 5
pengajaran.
176. menggunakan strategi pengajaran berasaskan 1 2 3 4 5
BBM.
177. menggunakan BBM berdasarkan kreativiti 1 2 3 4 5
saya mencipta untuk menarik minat pelajar.
178. efektif dalam penggunaan BBM. 1 2 3 4 5
179. menggunakan BBM secara sistematik 1 2 3 4 5
berdasarkan topik yang diajar.
180. membuat susunan nota, gambarajah dan ruang 1 2 3 4 5
pada papan kapur dengan teratur dan kemas.
181. menggunakan saiz yang sesuai untuk saiz 1 2 3 4 5
lukisan dan gambarajah atau ilustrasi besar
yang boleh digunakan dalam pengajaran saya.
182. menggunakan bahan seperti kad manila, peta 1 2 3 4 5
gantung dan ilustrasi lain pada papan kapur
dengan berkesan.
183. menggunakan nota dan ilustrasi dalam 1 2 3 4 5
persembahan untuk membantu menonjolkan
konsep pembelajaran dengan jelas.
184. menggunakan papan kapur/tulis secara 1 2 3 4 5
optimum dalam pengajaran.
185. boleh memberi arahan dengan tegas kepada 1 2 3 4 5
pelajar dalam aktiviti berkumpulan.
186. menggunakan arahan-arahan untuk aktiviti 1 2 3 4 5
berkumpulan dengan jelas.
187. mengawas perjalanan aktiviti berkumpulan 1 2 3 4 5
supaya berjalan lancar.
188. memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada 1 2 3 4 5
kepada kumpulan yang memerlukan sewaktu
pengajaran.
189. melakukan aktiviti berkumpulan menepati 1 2 3 4 5
masa yang telah ditetapkan /dianggarkan.
190. menjalankan aktiviti berkumpulan dengan 1 2 3 4 5
penglibatan yang aktif daripada pelajar.
191. memperuntukkan masa yang bersesuaian 1 2 3 4 5
untuk melakukan aktiviti berkumpulan
dengan tempoh yang diberi.
192. menggunakan set induksi yang bersesuaian 1 2 3 4 5
serta mampu merangsang pelajar.
193. mengutamakan langkah keselamatan 1 2 3 4 5
sewaktu melakukan aktiviti amali
bersama pelajar.
194. mahir dalam mengendalikan pengajaran 1 2 3 4 5
di makmal.
195. memberi penekanan terhadap objektif yang 1 2 3 4 5
ingin disampaikan dengan jelas dan tepat.
196. membuat persediaan awal sebelum melakukan 1 2 3 4 5
eksperimen bersama pelajar dengan cara
melakukannya sehari sebelum eksperimen
dijalankan.
197. sentiasa memberi perhatian terhadap aspek 1 2 3 4 5
keselamatan pelajar dalam mengendalikan
kelas amali.
198. menggunakan pendekatan (kaedah/teknik) 1 2 3 4 5
yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar
dalam mengendalikan kelas amali.
199. menggunakan kaedah yang inovatif, kreatif 1 2 3 4 5
serta mampu merangsang pelajar untuk
menjalankan aktiviti amali.
200. telah memberi arahan yang jelas dan tepat 1 2 3 4 5
serta mampu merangsang pelajar setelah
selesai sesi kelas amali.
201. menggunakan suara yang kuat dan terang 1 2 3 4 5
sehingga dapat dengar ke bahagian
belakang kelas.
202. menggunakan intonasi suara yang bersesuaian 1 2 3 4 5
untuk menarik perhatian pelajar dalam
membuat penegasan.
203. menggunakan kejelasan suara yang bersesuaian 1 2 3 4 5
dengan bahasa.
204. mampu memberi penerangan dengan jelas 1 2 3 4 5
terhadap mengajaran
205. meningkatkan mutu suara dalam pengajaran. 1 2 3 4 5
206. menggunakan intonasi suara yang bersesuaian 1 2 3 4 5
dengan isi pelajaran yang ditekankan
dalam pengajaran.
207. menguasai bahasa dengan baik dalam 1 2 3 4 5
pengajaran.
208. menggunakan bahasa yang bersesuaian 1 2 3 4 5
dalam pengajaran.
209. menggunakan bahasa yang fasih dan 1 2 3 4 5
lancar dalam pengajaran.
210. menggunakan bahasa yang mudah difahami 1 2 3 4 5
oleh pelajar.
211. membuat rumusan berdasarkan isi penting 1 2 3 4 5
pelajaran dalam menutup pengajaran.
212. menutup pengajaran dengan menyoal 1 2 3 4 5
pelajar seperti mengadakan kuiz tentang
isi-isi penting pelajaran.
213. menutup pengajaran dengan memberi 1 2 3 4 5
peneguhan positif terhadap pelajar.
214. menutup pengajaran dengan membangkitkan 1 2 3 4 5
rasa ingin tahu terhadap pelajar.
215. memberi respons rasa puas hati terhadap 1 2 3 4 5
pencapaian di kalangan pelajar.
216. menunjukkan penampilan ketokohan diri serta 1 2 3 4 5
daya kepimpinan yang sesuai sebagai
seorang guru.
217. menunjukkan kesediaan menerima teguran. 1 2 3 4 5
218. mempunyai disiplin diri yang teguh. 1 2 3 4 5
219. sentiasa meningkatkan kemahiran 1 2 3 4 5
sosial/berinteraksi.
220. sentiasa meningkatkan lagi kesungguhan 1 2 3 4 5
dan keceriaan sewaktu dalam pengajaran.
221. meningkatkan hubungan dengan pelajar. 1 2 3 4 5
c. Penilaian Pengajaran.
Dalam sesi latihan mengajar yang lepas, guru pembimbing memastikan saya ;
222. menggubal soalan-soalan objektif, struktur 1 2 3 4 5
dan esei mengikut aras-aras Kognitif
Taksonomi Bloom.
223. membina skema pemarkahan untuk menilai 1 2 3 4 5
tahap kefahaman pelajar dalam ujian yang
dijalankan.
224. membuat analisis dengan mencari min dan 1 2 3 4 5
sisihan piawai lazim.
225. memberi latihan kepada pelajar pada akhir 1 2 3 4 5
pengajaran.
226. menyimpan rekod terdahulu pelajar 1 2 3 4 5
melalui guru mata pelajaran yang
diambil alih.
227. mengetahui tahap prestasi pelajar yang diajar. 1 2 3 4 5
228. membuat penilaian sendiri prestasi 1 2 3 4 5
pengajaran saya.
229. menutup pengajaran yang telah dijalankan 1 2 3 4 5
dengan cara memberi soalan kepada pelajar
untuk menilai kefahaman mereka.
230. tahu bahawa pelajar dapat memahami 1 2 3 4 5
objektif pengajaran yang telah
dilakukan.