PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016
TEKS UCAPAN
YANG BERUSAHA TUAN HAJI
ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
12 MEI 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Rosnah binti
Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Puan Hasnah binti
Hussin
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati
Sejiwa.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan berkat limpah
kurniaNya, dapat kita bersama-sama
4
dalam Majlis Perhimpunan Bulanan
Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat
bagi bulan Mei 2016 pada pagi yang
berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
warga kerja Bahagian Khidmat
Pengurusan (BKP) kerana telah
mengatur dan menganjurkan Majlis
Perhimpunan Bulanan kita pada pagi
ini dengan begitu baik sekali.
5
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[PENEMPATAN & PEMANGKUAN
PEGAWAI SAINS GRED KHAS C VK7 &
C52]
3. Saya rasa belum terlewat bagi saya
untuk mengucapkan tahniah kepada
Tuan Haji Ahmad Latfi bin Mahamud
dan Dr. Cornelia Charito Siricord atas
pemangkuan ke Pegawai Sains Khas
C VK7. Seperti semua sedia maklum,
Tuan Haji Ahmad Latfi telah
ditempatkan sebagai Pengarah
6
Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan
Johor, manakala Dr. Cornelia pula
ditempatkan sebagai Pengarah
Bahagian Forensik di Kimia Ibu
Pejabat.
4. Saya juga ingin mengucapkan syabas
dan tahniah kepada 2 orang pegawai
atas pemangkuan ke Pegawai Sains
Gred C52 berkuatkuasa pada 1 Jun
nanti iaitu Encik Saiful Fazamil bin
Mohd. Ali dan Dr. Vanitha A/P
Kunalan.
7
Hadirin sekalian,
[PERSARAAN BULAN MEI 2016]
5. Pada bulan Mei ini, beberapa orang
pegawai akan bersara, mereka
adalah:
Dr. Kamarruddin bin Asri (Pengarah
Bahagian Forensik) : 1 Mei
Encik Mohd. Yusni bin Abu Kassim
(Pembantu Operasi N14) : 31 Mei
6. Setinggi penghargaan dan ucapan
ribuan terima kasih diucapkan pada
8
yang bersara pada bulan ini. Jasa
anda semua pada Jabatan Kimia
Malaysia tidak akan dilupakan.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[LAWATAN RASMI TIMBALAN MENTERI
MOSTI]
7. Untuk makluman, YB Datuk Dr. Abu
Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan
Menteri MOSTI telah mengadakan
lawatan rasmi ke JKMC Bintulu pada 5
Mei dan JKMC Sibu pada 6 Mei yang
9
lepas. Saya juga turut serta dalam
sesi lawatan tersebut.
Hadirin sekalian,
[LAWATAN KERJA KP KIMIA KE JKM
CAWANGAN BINTULU, SIBU, PULAU
PINANG & KEDAH]
8. Saya sendiri turut mengadakan
lawatan kerja ke empat cawangan
Jabatan Kimia pada bulan Mei ini.
Cawangan yang terlibat adalah
cawangan Bintulu (5 Mei), Sibu (6
10
Mei), Pulau Pinang dan juga Kedah (9
Mei).
9. Lawatan ini bertepatan dengan
saranan KSN supaya semua ketua
jabatan turun padang untuk melihat
sendiri keadaan kakitangan masing-
masing ke arah memberi
perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Langkah ini bertujuan menjaga
kebajikan penjawat awam dalam
melaksanakan tugas.
11
10. Dalam lawatan ini, saya dapat melihat
sendiri keadaan cawangan dan
beramah mesra dengan kakitangan
Kimia cawangan. Lawatan ini juga
membolehkan sistem terbuka
dijalankan, sebagai contoh, ruang
diberi kepada semua warga Kimia
untuk bersua muka dan memberi idea
atau menyatakan sebarang masalah
terus kepada saya.
11. Terima kasih kepada semua yang
telah memberi kerjasama dalam sesi
12
lawatan ini terutamanya yang memberi
pandangan semasa sesi dialog
diadakan. Pihak pengurusan akan
cuba untuk mengambil tindakan atas
segala pandangan yang diutarakan.
[MAJLIS DIALOG ANTARA JKMC KEDAH
BERSAMA PELANGGAN]
12. Pada 20 April 2016 yang lalu, JKMC
Kedah telah mengadakan Majlis
Dialog JKMC Kedah Bersama
Pelanggan Seksyen Alam Sekitar &
13
Air 2016 bertempat di Aula Perdana,
JKMC Kedah.
13. Seramai 15 orang pelanggan dari
agensi-agensi sekitar negeri Kedah
dan Perlis dan 3 orang pegawai sains
dari JKMC Pulau Pinang telah
menyertai sesi dialog ini. Antara
agensi pelanggan yang terlibat ialah
Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan
Pengairan & Saliran (JPS), Jabatan
Kesihatan Negeri (JKN) dan Lembaga
Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
14
14. Tujuan program ini diadakan adalah
untuk menambahbaik penyampaian
perkhidmatan Jabatan Kimia Malaysia
dalam membantu pelanggan
melaksanakan program-program
berhubung dengan keselamatan air
dan alam sekitar. Penganjuran dialog
ini juga dapat mengeratkan hubungan
dan kerjasama strategik di antara
JKMC Kedah dan para pelanggan.
15
[Karnival Creativity & Science4U 2016]
15. Pada bulan Mei ini, JKMC Sabah telah
dan akan terlibat dalam dua siri
program Karnival Creativity &
Science4U yang berlangsung di negeri
Sabah:
Kompleks Sukan, Kota Belud,
Sabah pada 6 – 7 Mei 2016
Dewan Tun Hamdan, Tamparuli,
Sabah pada 17 – 18 Mei 2016
16
16. Karnival ini merupakan anjuran
Kementerian Sains, Teknologi &
Inovasi (MOSTI). Karnival ini
dianjurkan bagi merangsang kreativiti
dan meningkatkan minat pelajar dalam
bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik (STEM).
17. JKMC Sabah telah dijemput menyertai
pameran dan menganjurkan
pertandingan CSI (Crime Scene
Investigation).
17
18. Tahniah kepada Pengarah serta
semua pegawai dan kakitangan JKMC
Sabah atas kerjasama dan usaha
gigih mereka dalam menjayakan
program ini.
[PROGRAM SEJIWA SENADA 2016]
19. Untuk makluman, JKMC Kuching,
Sarawak pula telah terlibat dengan
dua (2) siri Program Sejiwa Senada
iaitu:
Dewan Suarah, Kota Samarahan
(15-17 April)
18
“Grand Finale” di Metro City,
Kuching (21-24 April)
20. Pameran tersebut mendapat
sambutan dari segenap lapisan
masyarakat. Tujuan utama pameran
adalah antara lainnya bagi
menggalakkan orang awam mencintai
sains serta mengenali peranan
Jabatan Kimia Malaysia dengan lebih
mendalam.
19
21. Saya ingin sekali lagi merakamkan
penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Pengarah serta semua
pegawai dan kakitangan JKMC
Kuching, Sarawak atas komitmen
mereka dalam menjayakan program
ini.
22. Terima kasih saya ucapkan kepada
semua pihak yang terlibat dalam
program-program tersebut. Seperti
diketahui YB Menteri MOSTI amat
menggalakkan semua jabatan agar
20
terlibat secara aktif dalam program
sebegini.
Tuan/Puan,
[PROGRAM CSR UNIT OSH-MARA]
23. Pada 5 April 2016, Unit OSH Jabatan
Kimia Malaysia dengan kerjasama
Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah
menganjurkan Program
Tanggungjawab Sosial Korporat
(CSR) mengenai Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan di Sekolah.
21
24. Program ini telah diadakan di Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala
Kubu Bharu, Selangor yang telah
dihadiri oleh Pegawai Bahagian
Pemantauan dan Inspektorat MARA
Ibu Pejabat, Ketua Pelajar MRSM,
Guru, Pembantu Makmal sekolah
MRSM dan pensyarah institut latihan
di bawah kendalian MARA.
25. Fokus program adalah memberi
pendedahan maklumat tentang
keselamatan dan kesihatan
22
penggunaan bahan kimia yang
terdapat di sekolah, penggunaan dan
pemakaian PPE dengan betul dan
juga pemeriksaan terhadap kebuk
wasap yang telah dijalankan oleh
juruteknik higien Jabatan.
Hadirin sekalian,
[PUSPANITA : EVENING TEA PARTY]
26. Pada 8 April yang lalu, Puspanita
Kimia telah menganjurkan program
“Evening Tea Party with Puspanita” di
23
Shah Village Hotel. Majlis yang telah
disempurnakan oleh Puan Fathilah
binti Ismail, Pengerusi Puspanita
Kimia ini telah dihadiri oleh 151 orang
ahli.
27. Walau saya tidak menghadiri majlis
ini, namun yang saya dengar, majlis
ini berlangsung dengan amat meriah
sekali. Program ini telah berjaya
mencapai objektifnya iaitu
mengeratkan hubungan antara ahli.
24
[PUSPANITA : PERTANDINGAN BOLA
JARING]
28. Untuk makluman semua, Puspanita
Kimia telah dilantik sebagai Biro
Sukan Puspanita MOSTI. Biro
tersebut telah berjaya menganjurkan
pertandingan persahabatan Bola
Jaring di antara agensi-agensi di
bawah MOSTI pada 16 April 2016
yang lepas.
29. Pemilihan pemain bola jaring
PUSPANITA MOSTI telah di buat hasil
25
daripada pertandingan ini dan salah
seorang pemain bola jaring Jabatan
Kimia Malaysia iaitu Puan Siti Hajar
binti Hussin telah terpilih dan telah
meneruskan pelawanan di peringkat
PUSPANITA Kebangsaan. Beberapa
ahli PUSPANITA turut terlibat dalam
penganjuran Karnival Sukan Tahunan
PUSPANITA Kebangsaan tersebut.
Tahniah diucapkan!
26
[KELAB : EKSPEDISI GUNUNG NUANG]
30. Pada 23 April yang lepas, Kelab
Sukan & Kebajikan Kimia telah
mengadakan suatu Ekspedisi Gunung
Nuang, Hulu Langat yang disertai oleh
21 orang kakitangan Jabatan Kimia
Malaysia. Ekspedisi tersebut diketuai
oleh En. Khairul Faizi bin Yusoff,
Penolong Setiausaha Biro Sosial.
Ekspedisi bermula pada 8.00 pagi dan
berakhir 4.30 petang.
27
31. Program sebegini amat digalakkan
bagi menyahut seruan kerajaan bagi
menjalani hidup yang lebih sihat dan
cergas. Saya mengesyorkan agar
program sebegini dapat dijalankan
dengan lebih kerap.
Hadirin yang dihormati sekalian,
[SAMBUTAN HARI PEKERJA]
32. Sambutan Hari Pekerja peringkat
kebangsaan telah diadakan pada 1
Mei lepas di Putra World Trade Centre
28
(PWTC) di Kuala Lumpur dan telah
disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri
Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia dengan
tema “Pekerja Berkemahiran
Penggerak Ekonomi”.
33. Tarikh 1 Mei merupakan satu tarikh
yang tidak asing lagi kepada kita
semua khususnya warga pekerja di
seluruh dunia. Mungkin ramai
daripada kita sudah maklum bahawa
tarikh 1 Mei ini dipilih daripada kisah
29
‘May Day’ yang berlaku di United
States pada 1 Mei 1886 apabila
Kesatuan Pekerja meminta supaya
tempoh bekerja dipendekkan kepada
8 jam sehari. Sejak daripada itu,
pelbagai cadangan dan keputusan
dibuat sehinggalah satu resolusi
dicapai di mana kini kebanyakan
negara di seluruh dunia menyambut
Hari Pekerja, sebagai menghargai
usaha dan penat lelah pekerja dalam
usaha membangunkan negara. Untuk
kisah penuh saya sarankan tuan-tuan
30
dan puan-puan membuat pembacaan
sendiri.
34. Hari Pekerja sebenarnya
mengingatkan kita betapa besarnya
sumbangan para pekerja ke atas
pembangunan negara. Pekerja adalah
tonggak kemajuan, kemakmuran dan
keharmonian sesebuah negara. Tanpa
pekerja, terutamanya pekerja yang
dedikasi dan produktif, tidak mungkin
kita akan mencapai kemajuan dan
kemakmuran seperti yang dinikmati
31
sekarang ini. Justeru, kita harus
melihat sambutan Hari Pekerja ini
sebagai wadah bagi menghargai
sumbangan seluruh warga pekerja
dalam memacu pembangunan negara
ke arah kamajuan dan kemakmuran.
Hadirin sekalian,
[PENUTUP]
28. Sebelum mengakhiri ucapan saya
pada pagi yang berbahagia ini, saya
mengambil kesempatan mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Pekerja
32
2016 kepada semua warga kerja
Jabatan Kimia Malaysia. Semoga
tema pada tahun ini “Pekerja
Berkemahiran Penggerak Ekonomi”
akan menjadikan kita pekerja yang
lebih kreatif, berinovatif serta
berkemahiran ke arah mencapai taraf
negara berpendapatan tinggi selaras
dengan konsep 1Malaysia: Rakyat
Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan. Inshaa Allah...
33
Akhir kata, dengan semangat 1Malaysia dan
1KIMIA saya akhiri ucapan saya pada pagi
ini dengan lafaz
Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.