Transcript
Page 1: Perkasa diri dengan suntik motivasi - · PDF filemempunyai cahaya mata. Menceritakan lebih lanjut, beliau berkata: ... Encik Abdul Majid Abdul Salam, berdikari menjalani latihan fisioterapi

HARYANI [email protected]

BAHAGIAN kanan tubuh EncikAbdul Majid Abdul Salam lumpuhselepas beliau dilanda angin ahmar se-kitar 2008.

Tangan kanannya terkulai kakudengan warga senja itu berusaha se-daya upaya melatih tangan kirinyamenyuap makanan atau menulis, se-suatu yang masih payah dilakukan.

Pertuturannya juga kurang jelaspada awal penyakit itu melanda teta-pi kini lebih mudah difahami sesiapayang bersembang dengannya berkatasuhan pakar terapi pertuturannya.

Sayu mata memandang bekas juru-jual berusia 60 tahun itu bergerak se-kitar pekarangan Hospital Ren Ci diBukit Batok Street 52 itu dengankerusi roda bermotornya.

Bagaimanapun, beliau sering mey-

akinkan sesiapa sahaja termasukpenulis sendiri dengan kata-kata posi-tif:

“Tak apa, biar saya berdikari.”Semangatnya yang ingin melaku-

kan segalanya sendiri, keceriaan dankesediaan membantu pesakit lain diHospital Ren Ci adalah faktor yangmembuatnya dicalonkan bagiAnugerah Pesakit Berinspirasi Sing-Health 2016.

Pekerja sosial perubatan, Cik NurSahara Kamsani, yang mencalonkan-nya berkata:

“Kami sendiri teruja dan terdo-rong melihat keberanian, daya tahandan kesungguhan Encik Majid. Be-liau selalu menawarkan dirinya bagimembeli sarapan, makan malam atau

keperluan pesakit lain di ke-dai kopi berhampiran.

“Dalam keadaannya sakit,beliau sentiasa ceria dan terusmenikmati kehidupan danmenghargai kebebasan berg-erak dengan kerusi roda ber-motornya. Beliau terdorongsetelah melihat teman baikn-ya di Ren Ci pulang kepangkuan keluarga selepas be-ransur sihat.”

Encik Abdul Majid yangmempunyai masalah tulangbelakang dan pernah terlan-tar di katil hospital selepassatu pembedahan pada 2011juga menghidap kencing ma-nis dan gout.

Hospital Ren Ci pula men-jadi tempatnya berteduh se-jak enam tahun lalu setelah is-terinya meninggalkannya ker-ana teruji dengan bebananpenyakit itu. Mereka tidakmempunyai cahaya mata.

Menceritakan lebih lanjut,beliau berkata:

“Bekas isteri saya mu-ngkin stres dengan penyakitsaya. Kerap kali dia akan bis-ingkan saya di depan khalay-ak ramai. Maka kalau hatinyatak senang menjaga saya, leb-ih baik saya lepaskan sahaja.

“Saya tak mahu memaksadan tak boleh mudah putusasa. Berdikari adalah cara se-baiknya. Apabila kita sakitpun, kita tak boleh ikutkan ra-sa malas bersenam ataumemulihkan diri.

“Berat badan sayamencecah sehingga 115 kilo-gram. Di kala sakit dahulu,saya perlukan tiga orangmembantu saya beralih darikerusi roda ke kerusi alat se-naman atau katil.

“Sekarang, apabila seba-hagian badan saya kuatkembali, hanya seorang sa-haja diperlukan membantumengalihkan saya.”

Encik Abdul Majid men-jalani latihan fisioterapi seban-yak tiga kali seminggu. Sena-man turut dilakukan sendiridi atas katil.

Adik dan anak saudaranyaakan datang menjenguknyatermasuk membawanya ber-jalan-jalan sewaktu HariRaya.

“Masa saya di Ren Ci di-habiskan dengan cuba mem-bantu pesakit lain. Kalaumereka payah berbual, sayatolong ambilkan air. Saya ter-haru dan bangga dapat tolongorang.

“Saya hanya harap kesuli-tan kewangan saya dalammembeli dan bertukar gantibateri kerusi roda dapat diata-si. Maklumlah, saya banyakbergerak. Bateri cepat habis,”ujarnya lagi.

KERUSI roda bermotor yang menemaniEncik Ahmad Hisham Abdul Rahim ke sana si-ni dipanggilnya kereta BMW.

Apabila bersembang dengannya, penghunirumah jagaan The Singapore Cheshire di Se-rangoon Garden Way ini penuh dengan muti-ara kata motivasi dan falsafah bernas.

Berpegang teguh pada pepatah Inggeris,‘What doesn’t kill you makes you stronger’(apa jua ujian mencabar yang tidak sampaimembunuh anda, akan membuat anda lebihkuat), Encik Ahmad Hisham, 43 tahun, meng-harungi hidup dengan penuh tabah.

Meskipun diuji dengan penyakit sklerosisberbilang (sejenis penyakit sistem saraf yangmenyebabkan pelapik bersalut sel sarafdalam otak dan saraf tunjang rosak), beliautetap bersemangat dengan amanah barunyasebagai penceramah motivasi bertauliah danpendidik bebas.

Encik Ahmad Hisham bekerjasama de-ngan temannya dan jurulatih di syarikat Lan-guage Mega, Encik Haneef Khee, dengan pel-an menawarkan khidmat runding cara buat us-ahawan dalam masa terdekat.

Beliau juga pernah menyampaikanperkongsian motivasi buat kumpulan pelajar.

Semangat positifnya itu terpancar se-hingga beliau dinobatkan pemenang Anuger-ah Pesakit Berinspirasi SingHealth 2016kelmarin.

Anugerah tersebut diterimanya daripadaMayor Daerah Central Singapore, Cik DenisePhua, di bangunan Academia, Hospital BesarSingapura (SGH).

Encik Ahmad Hisham, yang diserang skle-rosis berbilang pada usia belia, dicalonkan Ke-tua Jabatan Jurupulih Pekerjaan di SGH, CikLeila Ilmami Nasron.

Dalam keadaannya hampir lumpuh daripa-da paras bawah leher, Encik Ahmad Hishammasih gigih memburu ilmu dan mengikutikelas malam bagi Diploma Kelayakan TenagaKerja (WSQ) dalam Pendidikan Orang Dew-asa dan Lanjutan

Beliau memiliki ijazah Pentadbiran Pernia-gaan daripada Universiti Western Sydneydan turut mengikuti kursus kepimpinan danpengurusan manusia di Institusi Kaplan Si-ngapore.

Ketika ditemui di SGH baru-baru ini, En-cik Ahmad Hisham, anak bongsu 10 beradik,berkata:

“Rasa reda bahawa ini ujian Tuhan mem-buatkan saya menerima keadaan saya seada-nya tanpa menyerah kalah dan berdukacita.

“Saya selalu yakin ada hikmah di sebaliksetiap kesulitan. Dahulu, saya aktif bermainsquasy, berlari-lari anak dan bermain bola se-pak.

“Selepas penyakit sklerosis berbilang me-landa, lengan saya jadi lemah. Saya terin-cut-incut berjalan. Ambil peperiksaan SijilAm Pelajaran (GCE) Peringkat ‘A’ sebagai ca-lon persendirian pun berat kerana tiada yangdapat memahami tulisan saya yangherot-berot.”

Kulitnya sering dilanda kudis berulang den-gan kekejangan sendi pula kerap terasa terma-suk ketika wawancara ini diadakan.

Sejak 2006, Encik Ahmad Hisham me-netap di rumah jagaan The SingaporeCheshire agar tidak memberatkan anggota ke-

luarganya dalam urusan memandikan ataumemberi rawatan rapi buatnya.

Bekas pekerja pentadbiran yang mengen-dalikan urusan perakaunan pejabat ini pernahberdepan dengan diskriminasi majikan yangtidak meyakini kebolehannya.

Namun kecekalan menjadi basahan hidupsebab beliau masih mampu berfikir dan ber-tukar-tukar fikiran dengan orang sekelilingdan tidak kekok menambah rangkaian ke-nalan.

Sempat juga diciptanya teori motivasi Ahingga H (huruf gantian bagi lapan perkataanpositif dalam bahasa Inggeris) yang menjadisandaran hidupnya.

Perkataan itu ialah acceptance (menerimadiri seadanya); belief (percaya pada kebole-han diri); courage (keberanian keluar daripa-da keselesaan); determined (bertekad bulatmencapai cita-cita); emotion (kawal emosiyang menjejas semangat); faith, friends, fami-ly, Facebook (kepercayaan, teman bermutu,sokongan keluarga, ingatan teman Face-book); gratitude (rasa terima kasih) dan happi-ness (pilih untuk gembira).

“Walaupun kesihatan saya diragut, setiapkemajuan diri dan keupayaan saya mem-perkasa orang lain menggembirakan saya.

“Saya ingin miliki pendapatan tetap, ber-dikari dan menikmati hidup sepenuhnya tan-pa dicerut kerisauan tentang penyakit saya.Saya ingat nilai-nilai yang diterapkan arwahibu bapa saya. Itulah pemangkin semangat,”ujarnya.

Kata Cik Leila pula:“Perjalanan Hisham memberi saya satu la-

gi dimensi pada pepatah ‘tiada yang mustahildalam hidup ini’. Kemajuannya mungkin per-lahan tetapi beliau membuktikan tiada yangmustahil. Bertahun lamanya beliau mengatasiketidakupayaannya yang bertambah haridemi hari tapi beliau tidak pernah putus asa.’’

SAMBIL menjaga suami yang ter-lantar sakit di Hospital Bright Visionkerana barah otak, Cik Salmah Ab-dullah sambil-sambil menggubahbunga fabrik sempena majlis perkah-winan anak sulungnya bulan depan.

Kuntuman bunga yang berwar-na-warni itu turut menjadi penawarbuat pesakit lain yang diselubungikesuraman dek penyakit kronikyang dideritai.

Secara tidak langsung, itulah sece-bis sumbangan yang dapat Cik Sal-mah salurkan kepada orang lain se-dang hatinya remuk redam dan bim-bang menangani penyakit suamin-ya, Encik Azman Ahmad, yang kianhari kian mencemaskan.

Pada 26 Disember lalu, EncikAzman, bekas pekerja pengirimandi syarikat DHL, meninggal duniapada usia 52 tahun.

Hasratnya meraikan ulang tahunperkahwinan ke-26 bersama isteritercinta di samping melihat anak-nya, Encik Muhammad Iskandar, 26tahun, ke jenjang pelamin tahun ini,tidak kesampaian.

Namun keampuhan semangatsang isteri menjaganya hingga keakhir hayat diiktiraf menerusiAnugerah Pengasuh BerinspirasiSingHealth 2016 kelmarin.

Ketika ditemui Gah! di rumah-

nya sekitar Admiralty Link, Cik Sal-mah, 50 tahun, cukup sebak serayaberkata:

“Suami adalah segala-galanyabuat saya. Kami bertemu pada usia20-an tahun sebagai rakan sekerja.

“Beliau seorang penyayang, buatsegalanya untuk saya dan amat pent-ingkan masa bersama keluarga.

“Apabila berat badannya turunmendadak pada Ramadan 2012 danpergerakannya mula perlahan, kamijangkakan ada yang tak kena.

“Pengesahan doktor bahawa adatumor di otaknya membuatkan hatisaya berkecai bagai kaca terhempaske lantai. Hospital jadi rumah keduabuat saya dan anak-anak.”

Menangani Encik Azman yang di-landa serangan sawan secara tiba-ti-ba termasuk ketika mereka beradadi dalam lif merupakan antara caba-ran yang dihadapi Cik Salmah.

“Arwahnya tinggi besar orang-nya. Saya nak angkat dan pindah-kan beliau sendiri dari satu tempatke tempat lain tak larat kalauanak-anak tiada.

“Jika tidak kerana situasi itu den-gan saya memerlukan bantuan juru-rawat, saya tidak akan biarkan diatinggal di Hospital Bright Vision... se-baliknya, akan menjaganya sendi-ri,” jelas Cik Salmah.

Menemani suami sepanjang hari

hingga 9 malam di hospital mungkinmenimbulkan tekanan tambahan.Tulang belakangnya juga terasa sak-it dan ototnya lenguh tetapi beliauterus menggagahi setiap ujian den-gan tabah.

Beliau meredakan stres denganmenghasilkan mufin.

Tetapi satu perkara yang pasan-gan suami isteri itu sepakat tidaklakukan ialah menampakkan kesedi-han masing-masing agar terus mem-beri semangat buat satu sama lain.

“Saya tidak mahu menunjukkankepada arwah Azman yang saya ra-puh dan tak mampu tangani penyak-itnya dan amanah menjaganya.

“Beliau juga tidak berkongsikesedihan dan penderitaannya yangtidak berkesudahan.

“Saya hanya tersentuh dengankata-kata terakhirnya kepada saya.Katanya, ‘Saya minta maaf, sayatidak boleh hidup lama bersamaawak. Saya akan pergi dulu. Sayatahu saya punyai keluarga yangrukun tapi saya tak sempat lalui se-muanya bersama’,” kata Cik Sal-mah lagi.

Kelegaan buat suri rumah iniialah beliau memiliki anak bongsu,Cik Nur Aziemah, 20 tahun, pelajarpoliteknik, yang berdikari mengu-ruskan urusan pendidikannya sendi-ri di kala bapanya sakit.

Semangat tidak lumpuhbantu pesakit lain

Perkasa diri dengansuntik motivasi

Menyemai ‘bunga cinta’hingga akhir hayat suami

LAPORAN

CEKAL WALAU SAKIT DAN DITINGGAL ISTERI: Pesakit angin ahmar, kencing manisdan gout, Encik Abdul Majid Abdul Salam, berdikari menjalani latihan fisioterapi denganmenggunakan hanya tangan kirinya yang masih berfungsi, sambil diperhatikan pekerjasosial perubatan, Cik Nur Sahara Kamsani. – Foto TAUFIK A. KADER

PENCINTA ILMU: Encik Ahmad Hisham Abdul Rahim memiliki ijazah jarak jauh pentadbiranperniagaan daripada Universiti Western Sydney dan Diploma WSQ dalam Pendidikan OrangDewasa dan Lanjutan, malahan masih lagi mengikuti kursus kepimpinan dan pengurusan manusiadi Institusi Kaplan Singapore. – Foto SINGHEALTH

Tidak mudah patah sayap apabila diuji dengan penyakit yang melanda diri sendiri atau orang tersayang, mereka memastikan kehidupanhari esok tetap penuh dengan keceriaan. Ikuti wawancara wartawan kami dengan dua pemenang Anugerah Pesakit BerinspirasiSingHealth dan seorang penerima Anugerah Pengasuh Berinspirasi SingHealth yang menerima pengiktirafan mereka kelmarin.

SEBAK MASIH TERASA: Cik Salmah Abdullah meluangkan masa menggubah bunga yang diperbuat daripada kain, sepanjangmenjaga suaminya, Allahyarham Azman Ahmad menderita barah otak di Hospital Bright Vision. – Foto TAUFIK A. KADER

12 Berita Minggu | 17 April 2016

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Top Related