Download - Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
1/21
SUMBER :http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html
1.PERKEMBANGAN KURIKULUM PSV DI MALAYSIA.
PENDAHULUAN.
Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai mata
pelajaran yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mata pelajaran ini
merentasi kurikulum. Pendidikan Seni Visual (PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan
melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan daya
kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.
Pendidikan Seni Visual pernah dikenali sebagai mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan
Tangan.Setelah beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan keperluan semasa, maka
mata pelajaran tersebut telah ditukar menjadi Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun
diperkenalkan,ia telah diubah pula menjadi Pendidikan Seni Visual atas kesedaran masyarakat
terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan.Perubahan ini sesungguhnya amat
sesuai sekali kerana Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak atau
visual dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni tari, seni teater, seni sastera, senimempertahankan diri atau seni fotografi.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,
memperkembang keperibadian,memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan
alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada
keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan
memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran,
penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka
menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting dalam membantu murid membina
keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL.
Perbincangan tentang perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia tidak
dapat lari dari perbincangan tentang perkembangan sistem pendidikan di Malaysia itu sendiri kerana
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.htmlhttp://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.htmlhttp://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.htmlhttp://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html -
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
2/21
Pendidikan Seni Visual mempunyai rentetan sejarah yang seiring dengan perkembangan sistem
pendidikan di Malaysia. Ianya meliputi peringkat sebelum merdeka, awal merdeka, selepas merdeka
sehinggalah sekarang. Ianya juga sangat berkait rapat dengan kelahiran institusi seni dan
kemunculan pertubuhan seni lukis serta perkembangan seni halus di Malaysia.
Pendidikan Sebelum Merdeka.
Sebelum kedatangan kuasa penjajah, pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal
dan tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada ketika itu
berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan
kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraf tangan
serta perintis dalam bidang pertanian,perikanan dan pemburuan. Pendidikan Melayu yang awal
menekankan pengajaran al-Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis, dan mengira (3M) dan
diadakan di peringkat yang rendah sahaja. Jika ada anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan
ingin menyambung pelajaran, maka mereka terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di
bandar.
Tujuan utama Sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke-19 dan awal abad ke-20
adalah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa dan mewarisi kemiskinankeluarga. Oleh itu, pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa Melayu dihadkan kepada
empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat
mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak dalam
kalangan masyarakat Melayu.
Berdasarkan Laporan Winstedt, Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran
tahunan Negeri-negeri Selat 1885 adalah; Cukup untuk kehendak-kehendak biasa budak-budak
Melayu, yang kelak akan menjadi pemandu kereta lembu, penanam padi dan nelayan. Tujuan
kerajaan bukanlah untuk mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan baik. Pelajaran untuk
orang Melayu tidak boleh melewati batasan, kerana ia akan menimbulkan kesulitan nanti. Pada
tahun 1916, Laporan Winstedt memperkemas sistem pendidikan rendah di Tanah Melayu. Sekolah
Melayu dan maktab mengajar subjek lukisan. Anyaman diletakkan di bawah subjek Sains Pertanian.
Selain itu, Laporan Winstetd (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat)
mencadangkan;Lukisan adalah mustahak untuk Latihan yang amat baik memerhati alam yang
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
3/21
didapati darinya, dan ia dapat menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid dan melatih mereka
ketepatan dan kecermatan. Dan ia menyesuaikan mereka dengan kerja-kerja mandur. Ia patut
dimestikan dalam darjah 3 dan 4 dan menyediakan subjek Kerja tangan seperti membuat bakul.
Pada awal abad ke-20, bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan
Menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada
tahun 1905, tetapi sekolah ini khas untuk golongan bangsawan sahaja. Pada tahun 1922, Maktab
Perguruan Sultan Idris ditubuhkan bagi memberi latihan perguruan dan semua wajib mempelajari
kesemua subjek termasuk lukisan, pertanian dan pertukangan. Komponen subjek Pendidikan Seni
diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain. Sukatan
Pelajaran yang digunakan ialah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi
tahun pertama.Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan
buluh. Kerjakerja tahun pertama disambung pada tahun kedua dan penggunaan rotan dan buluh
adalah lebih meluas lagi pada tahun ketiga. Buku teks yang digunakan ialah Kita Rajah-rajah
Anyamanoleh guru anyaman Mr.W.Olanguera.
Pada tahun 1929, guru-guru Melayu telah menggunakan Kitab Pedoman Guru Penggal
Kedua untuk mengajar pelbagai subjek termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-
sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu. Kitab Pedoman Guru Penggal 1 (1928) danPenggal 2 (1929) yang disusun oleh O.T.Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku
pertama yang ditulis di Malaya mengenai kaedah mengajar subjek Lukisan dan Pertukangan
Tangan.Buku ini sangat penting pada masa itu kerana kaedah mengajar Pendidikan Seni yang
dirancang dari unsur-unsur yang senang sehinggalah kepada yang lebih susah. Pada tahun 1930,
sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari iaitu pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Antara
subjek yang diajar ialah Karangan, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam, Sejarah Melayu, Kesihatan, Lukisan,
Menganyam dan berkebun dan Senaman. Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem
Persekolahan Melayu lebih mirip kepada kampung. (anjuran R.O.Winstedt).
Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka.
Selepas Perang Dunia Kedua,perkembangan politik negeri China, India, dan negara jiran
mengalami banyak perubahan. Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat
kediaman mereka. Kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum
dalam pendidikan. Orang Melayu mula mendesak supaya kerajaan membaiki mutu pendidikan di
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
4/21
sekolah-sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran. Sebuah
jawatankuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes. Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal
tahun 1951. Laporan ini mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa
berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utamanya. Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur-ansur kepada sekolah
kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh
orang Cina. Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah memburukkan lagi pertikaian kerana menyokong
konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu,bahasa Inggeris dan bahasa Cina sebagai
bahasa pengantar.
Pada Tahun 1960, Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur telah ditubuhkan bagi
membentuk guru-guru pakar dalam bidang masing-masing antaranya menawarkan kursus
Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Guru Kelas Buta dan Cacat Pendengaran,
Kaunseling dan Kerjaya, Teknologi Pendidikan dan sebagainya. Sebenarnya maktab ini
merupakan sebuah sekolah seni lukis dan juga maktab latihan perguruan. Peter Harris telah
mengendalikan kurikulum Jabatan Pendidikan Seni bagi latihan guru pada tahun 1961. Antara
kakitangan awal MPIK ialah Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau , Lee Loo For, Cheong
Lai Tong dan Jolly Koh. Peter Harris kemudiannya diambil Alih oleh Syed Ahmad Jamal dan
seterusnya oleh Yeoh Jin Leng. Aspekaspek kepakaran seni halus seni grafik dan kraftangandiberi penekanan. Sukatan Pelajaran yang ditawarkan ialah Catan, Seni Halus, Seni Arca, Seni
Seramik, Seni Tekstil (Batik), Seni Anyaman/Tenunan. Antara guru dan pelukis keluaran MPIK
ialah Ahmad Khalid, Redza Piyadasa, Othman Mansur, dan Ismail Hashim. Bagi guru cemerlang,
mereka ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara. (sekitar 60-
an).
Pada tahun 1960 juga, satu jawatankuasa telah mengkaji semula implementasi dasar
pendidikan di bawah Ordinan Pendidikan 1957 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib.
Penyata Rahman Talib itu telah mengesyorkan; Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun
dan menaikkan had umur berhenti sekolah dari 9-15 tahun. Memberi pelajaran percuma kepada
kanak-kanak di semua aliran sekolah mulai 1962, membanyakkan kemudahan pendidikan teknik dan
vokasional, mengadakan pendidikan Agama Islam dan Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring
dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar
kepada sistem pendidikan di Negara ini. Justeru, Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah
diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-murid dalam
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
5/21
KLSR ialah Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal
Tempatan, Tata Rakyat, Jawi, Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan Pendidikan
Jasmani dan lain-lain.
Perkembangan Pendidikan Selepas Merdeka.
Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menggubal dasar baru pendidikan. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan ini, murid-murid daripada
darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai subjek
wajib dan subjek elektif.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah memainkan peranan yang positif dalam
memperkembang Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap
kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan.
Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan
isi kandungan subjek tersebut. Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawall
pertengahan abad ke -19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan
memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf (Carline,(1968) dalam
Ibrahim Hassan melalui karya Md. Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Pemasalahan Kurikulum PendidikanSeni Visual).
Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR
sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974-1979 oleh jawatankuasa yang diketuai oleh Dr. Mahathir
Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR. Laporan yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati
KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum yang baru. Implikasinya ialah,
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1982. Namun begitu, pada tahun
1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu,
KBSR yang dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, subjek-subjek yang sedia ada telah mengalami
perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan termasuklah Pendidikan Seni
Visual.
Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada melengkapkan
perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
6/21
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
7/21
Kepentingan Mata Pelajaran PSV kepada Guru.
i. Melahirkan guru yang kreatif, peka, berketrampilan dan professional.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia,kepentingan mata pelajaran PSV dapat ditinjau daripada dua
aspek iaitu kepentingannya kepada pendidik itu sendiri dan juga kepentingannya kepada pelajar dan
negara .Antara kepentingan PSV kepada seorang pendidik ialah dapat melahirkan guru yang
kreatif,inovatif,peka,berpesonaliti yang berketrampilan dan professional.
Menurut Lernardo da Vinci iaitu seorang seniman,jurutera,anatomis dan saintis menyatakan bahawa
dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru
yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional. Guru
yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian dan tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih
yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat
membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-
kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan
lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.
ii. Membantu guru memahami diri dan persekitaran.
Selain itu, PSV juga dapat membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan
pembelajaran. Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni
visual,muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkaitkan semua benda dalam alam
ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan
perpindahan pembelajaran.
iii. Lebih mudah mencapai objektif.
Seterusnya, melalui PSV juga seseorang guru itu lebih senang mencapai objektif atau
matlamat. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran lain membantu dalam
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Quadrant Concept (1999) oleh Herrmann
menunjukkan perkembangan otak kiri dan otak kanan, menyatakan bahawa seni membantu
pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutamanya untuk guru agar mereka dapat
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
8/21
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Justeru, dengan pengetahuan
tentang keistimewaan seni,guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan
pembelajaran.
iv. Mempelbagaikan teknik dan strategi.
Di samping itu,guru juga dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pengajaran dan
pembelajaran melalui PSV. Dalam Teori Pelbagai Kecerdasan, Howard Gardner (1983) mengesyorkan
bahawa terdapat lapan jenis kecerdasan tetapi kebanyakan sekolah memberi penekanan terhadap
kecerdasan linguistik dan matematik sahaja. Kecerdasan lain mungkin akan hilang. Teori ini
menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum.Ini kerana manusia
memperoleh pengetahuan melalui pelbagai kecerdasan dan juga melalui pelbagai teknik pengajaran.
Oleh itu guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk
menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran. PSV menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni
perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran
asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa
ditegaskan.
Kepentingan Mata Pelajaran PSV kepada Murid.
i. Memupuk kreativiti Kanak-kanak.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan
manusia. Antara kepentingannya ialah PSV dapat memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat semulajadi
kanak-kanak memerlukan perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari,
perkembangan seni tampak kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali. Sebelum remaja,
kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak iaitu peringkat manipulative (2-5
tahun), peringkat melakar simbol-simbol (5-9 tahun) dan peringkat pra-remaja (10-13 tahun).
Berdasarkan kajian, perkembangan seni ini berlaku pada setiap kanak-kanak. Perbezaan mungkin
timbul berdasarkan faktor persekitaran, bimbingan berterusan daripada keluarga atau latar belakang
pendidikan. Melalui prosesproses lakaran ini, tahap mental kanak-kanak akan berkembang. Oleh
itu, proses membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina dengan baik. (Laura
Chapman,1978).
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
9/21
ii. Memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar.
Apabila seseorang pelajar telah meningkat remaja sekitar 10-15 tahun, pengetahuan tentang
seni semakin bertambah. Seseorang pelajar mulai cenderung untuk mencipta sesuatu bentuk
dengan lebih baik. Sekiranya mendapat bimbingan yang betul tentang seni, maka tahap kematangan
kreativitinya akan berkembang.Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965) peringkat ini merupakan
peringkat yang paling konflik dan genting kerana berlakunya persaingan. Pelajar yang lemah akan
mengalami tekanan untuk memilih bidang seni sebagai bidang utama dalam proses membesar
mereka. Sekiranya tidak dibimbing dan diberi penerangan yang betul, kemungkinan minatnya
terhadap seni akan terkubur. Berbanding dengan pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat yang
positif, mereka akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan subjek seni ini. Begitulah
pentingnya mata pelajaran PSV dalam sistem pendidikan di Malaysia.
iii. Pengalaman optima pembelajaran PSV meningkatkan keyakinan diri.
Pengalaman yang diperoleh melalui pembelajaran seni boleh membawa kepada keyakinan diri
dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, PSV dapat membina keupayaan bagi
menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melaluiseni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka
dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi
emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan
warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka
minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.
iv. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh
Mata pelajaran PSV juga dapat menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
Kreativiti semulajadi akan merangsang proses pembelajaran dan pengajaran. Ini menjurus kepada
keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni banyak dikaitkan dengan personaliti,
sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap,
keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat
memupuk disiplin diri. Mengukuhkan esteemkendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
10/21
v. Mengaplikasikan informasi secara berkesan-Belajar Cara Belajar.
Penggabungjalinan bidang seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak
kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan.
Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri.
Justeru, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi.
Pemerolehan ilmu seni dapat membantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu
mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubung kait idea dengan objek dan di antara
pemikiran dengan perlakuan kita.
Kepentingan Mata Pelajaran PSV kepada Negara.
i. Melahirkan tenaga professional dalam pelbagai bidang.
Sebagai sebuah Negara yang sedang membangun, kita amat memerlukan ramai tenaga
profesional. Jurutera, arkitek, doktor, saintis dan peguam merupakan bidang kerjaya yang amat
diperlukan oleh Negara. Akibat kekurangan itu, kita terpeksa mengimport dari luar Negara. Dalam
bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagimemilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk memenuhi keperluan Negara,
pelajar yang memilih bidang ini juga boleh merancang untuk membentuk satu profesion baru.
Menjadi seniman sepenuh masa contohnya. Walaupun Negara kita masih baru dalam bidang
ini,namun telah terdapat ramai seniman yang mampu hidup mewah dengan menjadikan seni
sebagai satu profesion.
ii. Memupuk sifat kecintaan terhadap seni dan estetika.
Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni dapat dijadikan teras
kepada pembentukana masyarakat. Seni ini boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat
yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Pada hari ini, melalui sebuah agensi kerajaan, kita melihat
beberapa agenda penting disambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti dan perayaan dianjurkan oleh
kerajaan dengan pelbagai bentuk kebudayaan. Antaranya Program Tahun Melawat Malaysia anujran
Kemementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
11/21
Selain daripada itu, terdapat pelbagai program lain yang dianjurkan bertujuan untuk
menarik para pelancong. Program seperti ini wajar diadakan dan dipergiatkan lagi. Namun apa yang
penting di sini ialah penglibatan masyarakat masih lagi tidak menyeluruh, terutamanya kesan
penghayatan terhadap aktiviti yang dijalankan itu. Keghairahan kerajaan menganjurkan pertunjukan
kebudayaan dan kesenian diharapkan tidak mengabaikan nilai estetika dan moral yang menjadi aset
penting dalam pembangunan negara.
Gejala sosial yang berlaku hari ini, sedikit sebanyak berkait rapat dengan aspek penghayatan
estetika. Estetika wajar dijadikan asas dalam aktiviti seni sama ada dari aspek pembangunan insan,
pembangunan rohani dan jasmani, perkembangan dan bimbingan dalam kehidupan seharian.
Kefahaman masyarakat terhadap kepentingan seni ini wajar diperbetulkan. Tanggungjawab
mendidik masyarakat ke arah memahami kepentingan seni ini, bukanlah terletak di bahu guru
Pendidikan Seni Visual semata-mata tetapi kepada semua anggota masyarakat.
iii. Memupuk perasaan sayang akan seni dan warisan dalam masyarakat.
PSV sangat penting bagi memupuk perasaan sayang akan seni dan warisan dalam masyarakat.
Masyarakat kita memang kaya dengan warisan budaya. Sebut sahaja keperluan harian yang
digunakan di rumah kita.Pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunanatau tekstil, hamparan tikar mengkuang atau pandan, anyaman kelarai, seni rumah binaan kayu atau
kampung, seterusnya seni budaya sopan santun dan adat istiadat. Seni warisan ini sebenarnya
semakin terpinggir dan hampir dilupakan. Tidak ada lagi orang yang akan menghulurkan tepak sirih
apabila menyambut tetamu atau hamparan tikar mengkuang di ruang tamu. Kehidupan moden yang
dialami hari ini telah melupuskan semua warisan ini.Justeru, melalui PSV adalah diharapkan agar
perasaan sayang akan seni dan warisan ini akan terus dipupuk dan tidak hilang ditelan zaman.
iv. Melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri.
Akhir sekali, PSV juga amat penting dalam sistem pendidikan kita khususnya bagi melahirkan
masyarakat yang memiliki jati diri. Budaya menunjukkan bangsa.Kata bidalan ini jelas menunjukkan
bahawa sesebuah masyarakat itu perlu meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang
tinggi dalam masyarakatnya. Mengekalkan kebudayaan supaya dikenali dan dihormati bukanlah satu
tugas yang mudah. Kita boleh mengesan sessuatu bangsa melalui perkembangan budayanya.
Masyarakat yang mempunyai jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan seni, budaya dan
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
12/21
warisannya.Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu masyarakat akan kepentingan nilai seni
dan estetika.Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi.Sekolah dan
institusi pengajian tinggi merupakan tempat yang paling wajar.Peranan murid,. guru, atau pensyarah
dan pihak Kementerian Pendidikan amat penting untuk merealisasikan perkara ini.Semua ahli
masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang adak kepentingan untuk
menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah cita-cita yang murni.
PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN MATA PELAJARAN PSV
i. Guru PSV sebagai pelaksana dalam kurikulum yang telah diselaraskan.
Dalam mencapai matlamat PSV dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,peranan
guru amat penting terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru PSV hendaklah
sentiasa melaksanakan kurikulum yang telah diselaraskan dan mengamalkan konsep 5P dalam
pengajaran dan pembelajaran. Konsep 5P merupakan aspek yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan
serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan
dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran,
penyerapan pengetahuan, penerapan nilai, pemulihan dan pengayaan;
Penggabungjalinan.
Penggabungjalinan ialan satu proses yang menggabungjalinkan pelbagai bidang kemahiran
dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan
menyeluruh. Pengabungjalinan ini bertujuan membantu murid dalam penguasaan pelbagai
kemahiran secara serentak dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya dapat
meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, lebih menarik minat
pelajara terhadap pengajaran dan pembelajaran, menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih bermakna kepada murid-murid dan memberi ruang serta peluang bagi pertumbuhan dan
perkembangan murid-murid secara seimbanga dan menyeluruh.
Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam
satu mata pelajaran, penggabungjalinan kemhairan daripada mata pelajaran lain dan
penggabungjalinan merentas kurikulum.Penggabungjalinan pelbagai kemahiran melibatkan
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
13/21
kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, berfikir, melukis, mewarna dan lain-
lain. Contohnya guru meminta pelajar melukis lima buah -buahan tempatan, kemudian mewarna
buah-buahan tersebut. Oleh itu, pelbagai kemahiran dapat diterapkan dalam aktiviti tersebut
antaranya ialah kemahiran berfikir, melukis dan mewarna. Kemahiran utama yang guru tersebut
perlu fokuskan ialah kemahiran melukis iaitu objektif utama pengajaran dan pembelajaran manakala
kemahiran yang digabungjalinkan dengan kemahiran utama ialah mewarna dan berfikir.
Bentuk penggabungjalinan seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada mata
pelajaran lain. Penggabungjalinan bentuk ini amat penting untuk meningkatkan kemahiran murid.
Contohnya bagi mata pelajaran Kajian Tempatan pelajar perlu mengenali peta Malaysia. Oleh itu,
pelajar perlu melukis dan mewarna peta Malaysia mengikut nama-nama negeri yang terdapat dalam
Malaysia. Kemahiran dalam PSV seperti melukis dan mewarna digabungjalinkan dalam mata
pelajaran Kajian Tempatan.
Akhir sekali, bentuk penggabungjalinan merentas kurikulum. Penggabungjalinan ini melibatkan
kemahiran belajar untuk belajar,kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran pelbagai kecerdasan dan kemahiran generik. Penggabungjalinan
merentas kurikulum bermaksud penggabungjalinan kemahiran di luar pembelajaran. Contohnya
dalam menghasilkan kraf tangan, pelajar haruslah berfikir secara kreatif dan kritis bagaimana hendakmenghasilkan kraf yang menarik.
Penyerapan.
Penyerapan pengetahuan pula adalah proses menyebatikan dan menyatupadukan
pengatahuan atau unsur isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran
yang diajar. Penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukan kemahiran. Antara
kelebihan penyerapan pengetahuan dalam PSV ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya. Selain itu,
aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih produktif dan efektif. Seterusnya dengan
pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain akan menjadikan murid lebih
ceria, bersemangat dan progresif. Akhir sekali, murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu
yang dipelajarinya dengan penyerapan, hubungkait dengan pengetahuan daripada mata pelajaran
lain. Dalam mata pelajaran PSV, guru boleh menambahkan ilmu pengetahuan dari mata pelajaran
lain dengan mnceritakan serba sedikit tentang sejarah Seni Visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
14/21
esei. Oleh itu, guru tidaklah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran mewarna dan melukis
sahaja.
Penerapan nilai-nilai murni.
Penerapan nilai-nilai murni ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum
dan gerak kerja kokurikulum.Penyerapan nilai-nilai murni berlangsung melalui dua pendekatan iaitu
pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit. Melalui pendekatan implisit, guru-guru secara tidak
langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya guru berpakaian bersih dan kemas menjadi contoh
kepada para pelajar. Pendekatan secara eksplisit pula ialah mengadakan suatu peraturan, arahan
dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan. Penerapan secara eksplisit
adalah lebih terancang, dengan matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas. Dalam
konteks PSV, guru tersebut boleh meminta sekumpulan pelajar mengemas bilik seni sekolah. Secara
tidak langsung ini dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, ambil berat dan sikap
toleransi.
Pengayaan.
Pengayaan ialah satu aktiviti yang lebih mencabar keboleham pelajar di samping menambahminat dan pengalaman pelajar yang seterusnya dapat membantu pelajar ke arah perkembangan dan
bakat diri. Pengayaan juga dapat membuat pelajar berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai
sikap berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta
melahirkan daya keativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.
Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang untuk pelajar mengembangkan minat, daya
kreativiti, sifat ingin tahu, kepimpinan serta daapat melibatkan diri dalam membuat keputusan
untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat. Dalam mata pelajaran PSV, guru boleh mempelbagaikan
aktiviti pembelajaran mengikut bidang-bidang tertentu untuk meningkatkan minat pelajar dalam
mata pelajaran PSV. Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar supaya
pelajar dapat melahirkan daya kreativiti tersendiri.
Pemulihan.
Pemulihan pula bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Melalui pendidikan
pemulihan pelajar yang lemah dapat diasuh dan diberi tumpuan yang lebih berbanding pelajar-
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
15/21
pelajar lain. Contohnya dalam PSV pelajar yang kurang berkemahiran dalam melukis akan diajar
mengikut teknik-teknik yang sesuai secara berulang kali. Pelajar juga turut diberikan peluang untuk
mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat untuk mencuba sehingga
ke tahap yang lebih maju.
ii. Guru PSV sebagai pengurus.
Selain dari mengamalkan konsep 5P dalam pengajaran dan pembelajaran, guru PSV juga
perlulah memainkan peranan dalam pengurusan terutamanya dari segi menghasilkan ruang atau
bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada pelajar. Ini kerana kekuatan PSV di
sesebuah sekolah terletak kepada guru PSV itu sendiri dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio PSV.
Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang
melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan
perkembangan persepsi dan daya intuisi.Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat
diselaraskan dan pemupukan minat terhadap PSV dapat dikembangkan. Sebagai seorang pengurus,
guru PSV juga perlu merancang dan mengurus proses pengajaran dan pembelajaran termasuk
menggariskan matlamat pembelajaran, merancang strategi yang sesuai serta mengurus tingkah laku
pelajar, mentaksir serta menilai hasil pembelajaran. Guru PSV juga perlu menguruskan bahan bantu
pengajaran dan pembelajaran, bertanggungjawab ke atas bahan dan peralatan, serta menjalankanaktiviti luar.
iii. Guru PSV sebagai pembimbing.
Selain pengurus, guru PSV juga perlu menjadi seorang pembimbing demi menjayakan dan
memantapkan lagi mata pelajaran PSV. Para pelajar hendaklah dibimbing dengan sepenuh
perhatian. Sekiranya pelajar menghadapi sebarang masalah dalam menguasai kemahiran, maka
guru hendaklah mengadakan aktiviti pemulihan bagi membantu pelajar tersebut menguasai
kemahiran. Bagi pelajar yang telah menguasai kemahiran, guru berperanan melaksanakan aktiviti
pengukuhan dan pengayaan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.
iv. Guru PSV sebagai pemudah cara.
Guru PSV juga berperanan sebagai pemudah cara. Guru hendaklah melaksanakan pengajaran
berteraskan ansur maju dan mengelolakan aktiviti pembelajaran mengikut tahap kebolehan pelajar.
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
16/21
Sebagai pemudahcara, guru perlu memudahkan pemahaman pelajar tentang konsep yang diajar
dengan mengaitkannya dengan situasi sebenar dalam kehidupan pelajar. Guru juga perlu
menerapkan pemahaman, penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti
melalui imaginasi dan konsepsi murid.
v. Guru PSV sebagai motivator.
Di samping itu, guru PSV juga berperanan sebagai motivator yang menjalankan aktiviti bina
semangat dan membentuk keyakinan diri pelajar. Guru PSV juga bertanggungjawab dalam
pemupukan minat pelajar dalam bidang artistik sepaya pelajar berkeinginan untuk menghasilkan
karya-karya yang bersifat lakaran dan memperlihatkan kepentingan konsep seni visual. Guru juga
seharusnya berusaha untuk merangsang dan menggalakkan pelajar ke arah kecemerlangan diri,
membawa perubahan kepada diri pelajar, memberi dorongan dan bimbingan dan membantu pelajar
dalam menyelesaikan masalah sosio dan emosi pelajar. Guru-guru juga perlulah membantu pelajar
menghadapi cabaran masa depan dalam Pendidikan Seni Visual.
vi. Guru PSV sebagai inisiator.
Akhir sekali,guru PSV juga boleh memainkan peranan sebagai inisiator dalam pengajaran danpembelajaran PSV. Guru boleh merangsang pemikiran murid yang bercapah, mengemukakan soalan
yang mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis, menyokong aktiviti penyelesaian masalah,
menyarankan kolaboratif dan koperatif melalui kerja kumpulan. Guru PSV juga perlu menggalakkan
pelajar-pelajar melaksanakan pemerhatian aktif, interaksi yang kreatif dengan alatan serta aspresiasi
seni.
Sesungguhnya, peranan guru PSV amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran PSV di sekolah. Ketrampilan, kewibawaan dan komitmen guru
merancang, mengurus, melaksana, menilai dan membuat penambahbaikan dalam keberkesanan
pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan.
AKTIVITI PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL.
Bagi memantapkan isi kandungan mata pelajaran PSV, selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan maka pelbagai perubahan telah dilakukan terhadap sukatan pelajaran dan
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
17/21
kandungannya termasuklah dari segi aktiviti pembelajarannya. Aktiviti Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah terdiri daripada empat bidang utama iaitu:
i. Melukis dan membuat gambar.
Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan
menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan
komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian
bahan dan teknik yang diaplikasikan rajah 1.1 menunjukkan teknikteknik tersebut. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan
pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti
menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai-bagai alat dan bahan untuk menghasilkan
gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu perkembangan pelajar dari aspek
psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar. Rajah 1.1 :
menunjukkan teknik menggambar yang sering digunakan di bilik darjah (Rujuk Lampiran).
ii. Membuat rekaan dan corak.
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untukmenghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.Corak dan rekaan tersebut
boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan,kraf dan
sebagainya.Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.Corak ialah struktur susunan ulangan
berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas.Seringkali corak didapati daripada;alam
semula jadi,bahan buatan manusia ,geometri dan rupa barangan kraf tradisional.
Jenis susunan corak pula terdiri daripada penuh, turun satu suku, turun tiga suku, turun separa,
sisik ikan selang seli, tampak dam dan tampak catur, siku keluang, pucuk rebung, orgee, batu-bata,
tunggal, berpusat, sendeng, berombak, jidar, berjalur, dan cerminan. Teknik corak pula terdiri
daripada dua jenis iaitu yang dibuat secara terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada
kesesuaian motif dan tujuan corak itu dihasilkan. Rajah 1.1. dan 1.1 menunjukkan corak-corak
tersebut.
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
18/21
iii. Membentuk dan membuat binaan.
Membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan persepsi pelajar tehadap aspek
seni dari segi bentuk, ruan, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut,pelajar
dapat memahami denngan lebih jelas apabila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu
model. Bidang kegiatan ini juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan
teknik penghasilan. Ini member peluang kepada pelajar berinteraksi secara aktif dengan alat dan
bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.Bidang membentuk dan membuat binaan di
sekolah rendah merangkumi arca timbul, arca asemblaj, arca bergerak, arca stabil, model, diorama,
boneka, topeng dan origami.
Tema dan subjeknya pula meliputi alam semulajadi, perasaan dalaman, khayalan dan
imaginasi si pelukis, aliran dan tema sejagat serta keperluan dan pengalaman harian.
iv. Kraf tradisional.
Kraf tadisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni
yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang
diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.Antara jenis-jenis kraf termasuklah alatdomestik,alat permainan,alat mempertahankan diri,batik,seni tekat,tembikar,anyaman, kelarai dan
ukiran. Rajah 1.1 menerangkan tentag apa yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti kraf
tradisional. (Lampiran)
APRESIASI SENI.
Apresiasi seni merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran PSV. Apresiasi
seni adalah proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek pengetahuan, membuat
pertimbangan, penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni. Apresiasi seni juga
menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional terhadap karya seni. Menjalankan proses
apresiasi seni sebenar tidak sukar kerana proses ini boleh diumpamakan sebagai memberi
penghargaan terhadap karya seni. Menurut Ecker (1966), pendekatan apresiasi seni dapat
memberikan penghargaan yang menyeronokkan terhadap karya seni, dilakukan secara naratif dan
tersusun untuk memahami sesuatu karya seni. Ia mencakupi aspek pengetahuan, penilaian,
diskriminasi, dan juga kesedaran emosi terhadap karya seni.
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
19/21
Pendekatan ini juga diperlukan untuk memberikan penilaian estetika dan artistik untuk setiap
karya seni yang dihasilkan. Apabila seseorang itu menjalankan proses apresiasi seni, proses ini tidak
akan menyentuh soal-soal berkaitan betul atau salah interpretasi individu tersebut mengenai karya
seni, kerana tujuannya adalah untuk memahami karya melalui apa yang dilihat secara lansung.
Seabolt (2001) menjelaskan bahawa aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi
mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni pula merujuk kepada aktiviti menghayati seni
dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi
mengenai seni.
Di samping itu, konsep dan pelaksanaan apresiasi seni juga bertujuan untuk membina
tatabahasa visual dan meningkatkan daya estetik seseorang. Pengalaman estetik akan meningkat
kerana proses ini juga mendedahkan seseorang itu dengan bahasa tampak yang membantu
menyelami perasaan penghasil karya. Apresiasi seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni
menghargai rasa dan perasaan seniman (Johari Abdul Hamid, 2004). Apresiasi seni terbahagi kepada
enam peringkat iaitu peringkat analitikal,peringkat penerangan, konteks dan skop, aspek assosiasi,
aspek kritikal dan aspek hubungan baik.
Pada peringkat analitikal,aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek
seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau seniman karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya, gaya,medium yang digunakan, teknik dan fungsi karya. (Rujuk Lampiran). Pada peringkat penerangan
pula, terdapat tiga peringkat. Peringkat penerangan Literari digunakan ke atas karya seperti potret,
lanskap, lukisan objek dan lain-lain. Contohnya, karya Monalisa menggambarkan seorang wanita
yang sedang terukir senyum di bibirnya. Penerangan literari ini terbahagi pula kepada dua bahagian
iaitu penerangan teknikal dan penerangan formal yang melibatkan penggunaan teknikal dan bahan
oleh pengkarya serta struktur fizikal seperti aspek warna,garisan,jalinan,bentuk,rupa dan lain-lain.
Sesungguhnya, peranan apresiasi seni dalam PSV sangat penting. Apresiasi seni juga memberi
pengalaman kepada pelajar mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam
pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Tanpa apresiasi seni, pelajar tidak dapat
membuat pertimbangan yang penting apabila melihat karya seni sama ada seni lukis, seni reka atau
bidang seni visual yang lain. Apresiasi seni juga dapat membantu seseorang daripada membuat
penilaian yang singkat atau yang pendek sebelum membuat penilaian atau kritikan yang munasabah.
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
20/21
HASIL KERJA MURID.
Mengapakah hasil kerja murid perlu dipamerkan? Jika hendak dipamerkan, apakah pula
kriteria pemilihan hasil kerja yang hendak dipamerkan tersebut? Inilah dua persoalan penting yang
perlu diambil kira oleh seseorang guru PSV yang berwibawa.
Persoalan penting dalam mempamerkan hasil kerja murid adalah bagaimana hendak memilih
hasil kerja untuk dipamerkan. Kriteria pemilihan hasil kerja murid perlu melihat kepada dua perkara
iaitu dari sudut pedagogi dan juga nilai estetik. Pemilihan perlu melihat kepada aspek pedagogi yang
melihat kepada keberkesanan dan penyampaian proses dan kaedah menghasilkan karya
tersebut.Faktor nilai estetik dilihat dari sudut pencapaian objektif penghasilan karya tersebut sama
ada ianya dihasilkan bertujuan untuk kelihatan cantik atau sebaliknya. Murid-murid gemar melihat
karya mereka dan karya rakan-rakan mereka dipamerkan untuk tatapan umum. Murid-murid
merasakan komitmen dan usaha yang mereka telah sumbangkan bagi menghasilkan karya tersebut
diberi penghargaan. Atas dasar inilah, hasil kerja murid amat perlu dipamerkan.
Sungguhpun ruang yang terdapat pada papan buletin pameran sangat terhad, guru perlu bijak
untuk mengatur dan merancang giliran dan membuat pilihan yang bijak dalam pemilihan karya
supaya pameran tersebut mencerminkan satu tanda aras yantg perlu dicapai oleh murid. Hasil karyamurid yang dipamerkan memberikan mereka satu rangsangan yang mendalam terhadap keupayaan
mereka (Koster,2001). Murid menitikberatkan soal kualiti hasil karya dan cuba untuk menghasilkan
yang terbaik supaya karya yang dihasilkan terpilih untuk dipamerkan. Dalam erti kata lain, usaha
mempamerkan hasil karya oleh guru dapat dijadikan satu bentuk motivasi kepada murid. Guru juga
perlu melihat hasil karya murid sebagai satu proses memantau prestasi selain membantu murid
mencapai tahap yang dikehendaki.
RUMUSAN.
Setelah meneliti sejarah perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual dari zaman
sebelum merdeka, selepas merdeka sehingga kini maka jelaslah kepada kita bahawa mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual telah diletakkan di tempat yang sewajarnya berdasarkan keperluannya pada
masa kini. Kalau dahulu tujuan kerajaan bukanlah untuk mewujudkan segelintir pemuda yang
berpendidikan baik atau sekadar untuk menjadi mandur sahaja kini segalanya telah
berubah.Kurikulum persekolahan kebangsaan kini mendukung hasrat mulia Negara bagi
-
8/12/2019 Perkembangan Kurikulum Psv Di Malaysia
21/21
menyediakan pendidikan yang bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan masa hadapan. Adalah
diharapkan dengan adanya penyemakan semula kurikulum Pendidikan Seni Visual, maka tiada lagi
suara-suara sumbang yang mempertikaikan keupayaan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan
kefahaman cetek yang mengatakan bidang seni tidak menjanjikan kerjaya yang baik dapat
dihapuskan.
Kepentingan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
Ianya bukan sekadar keperluan dalam meningkatkan kreativiti murid-murid malahan mampu
memberikan sumbangan untuk pembangunan negara dengan menghasilkan ramai tenaga
profesional seperti jurutera, arkitek, doktor, saintis atau seniman yang mempunyai daya kreativiti
yang tinggi. Tambahan pula, dengan lahirnya guru-guru Pendidikan Seni Visual yang mempunyai
bakat serta efektif, proaktif dan mempunyai kualiti peribadi yang tinggi akan meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Keterampilan, kewibawaan dan
komitmen guru merancang, mengurus, melaksana, menilai dan membuat penambahbaikan dalam
keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah
kecemerlangan.