Download - Permintaan mikroekonomi
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
1/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
79
BAB 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
1.0: PERMINTAAN
1.1: HUKUM PERMINTAAN
1.1.1: Definisi dan hukum permintaan.
Permintaan adalah merupakan satu perkara asas dalam ekonomi.
Untuk memahami konsep asas tentang permintaan, cuba kita lihat kelakuankita sebagai seorang pengguna apabila kita inginkan sesuatu barang. Ambil
keadaan berikut;
Katakan kita ingin makan buah rambutan, tetapi kita tidak mem-punyai buah tersebut di rumah. Lihat apa yang akan kita lakukan.
Langkah 1: Oleh sebab di rumah tidak mempunyai rambutan, makauntuk mendapatkannya, kita akan pergi ke pasar buah mungkin kita
akan pergi ke pasar malam, atau ke pasar buah di pecan.
Langkah 2: Sampai di pasar buah, kita akan mencari gerai buah yang
ada menjual buah rambutan.
Langkah 3: Apabila kita sampai ke gerai buah yang menjualrambutan dan berjumpa tuanpunya gerai ini, apakah soalan yang
pertama kita tanya kepada tuanpunya gerai ini? Sudah pasti bahawa
kita akan tanya harga sekilogram rambutan tersebut.
Langkah 4: Apabila tuanpunya gerai tersebut memberitahu harga
sekilogram ialah RM5.00, Jawapan yang sepontan terkeluar darimulut kita ialah mahal. (iaitu harga sekilogram sebanyak RM5.00
adalah mahal). Ini bererti bahawa kita akan merunggut bahawa harga
yang diberitahu oleh tuanpunya gerai yang rambutan berharga
RM5.00 sekilogram adalah mahal.
Langkah 5: Tindakan selanjutnya secara segaja atau tidak segaja kita
akan mengambil satu biji rambutan tersebut dan kita akan
mencubanya atau merasanya. Iaitu kita cuba sama ada rambutan
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
2/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
80
itu manis (sedap) atau masam (tidak sedap). Mengapa kita cuba
merasakan rambutan tersebut? Ini kerana kalau manis dan sedap,maka kita akan membuat keputusan untuk membelinya, sebaliknya
kalau masam (tidak sedap) kita akan membuat keputusan untuk tidak
membuat pembelian tersebut.
Persoalannya ialah mengapa kalau rambutan itu manis dansedap kita akan membelinya dan sebaliknya jika rambutan tersebut
masam (tak sedap) kita akan memutuskan untuk tidak membelinya?
Langkah 6: Jika mendapati bahawa rambutan itu adalah manis dan
sedap, kita akan mengatakan bahawa kita akan membelinya.Mengapa kita membuat keputusan untuk membelinya? Sama kita
sedar atau tidak, bahawa apabila kita yakin bahawa rambutan itu
sedap, maka kita akan mengatakan bahawa rambutan tersebut akan
memberi kepuasan kepada kita. Jika rambutan tersebut masam(tidak sedap), kita akan membuat keputusan untuk tidak membeli
rambutan tersebut. Mengapa kita berbuat demikian? Jawapannya
ialah kita yakin bahawa rambutan yang masam dan tak sedap ini,rambutan ini tidak akan memberi sebarang kepuasan kepada kita.
Langkah 7: Selepas kita yakin bahawa rambutan ini akan memberikepuasaan, kita akan membuat keputusan untukmembelinya. Maka
apa yang akan kita lakukan sekarang ialah kita akan melakukan
proses tawar-menawar, iaitu di mana kita akan meminta kepada
tuanpunya gerai ini untuk menurunkan harga harganya. Contohnyakita akan bertanya boleh tak rambutan ini di jual pada harga RM2.00
sekilogram?
Persoalanya sekarang mengapakah kita ingin mendapatkan
rambutan itu pada harga RM2.00 sekilogram? Jawapan kepadatindakan ini ialah kalau harga murah (RM2.00) (iaitu lebih murah
berbanding dengan RM5.00), kita akan membeli dengan kuantitiyang banyak. Dalam lain perkataan, oleh sebab rambutan ini adalah
sedap dan kita akan mendapat kepuasaan darinya, maka kalau harga
tinggi, iaitu RM5.00 sekilogram, maka kita akan membeli hanyadengan kuantiti yang sedikit sahaja, katakan 1 kilogram sahaja.
Tetapi kalau harganya rendah, seperti RM2.00 sekilogram, maka kita
akan membeli dengan kuantiti yang lebih banyak mungkinsebanyak 4 kilogram.
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
3/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
81
Semua tingkah laku kita di atas dilakukan oleh kita sendiri dan kita
tidak akan merujuk kepada sesiap sahaja baik kepada ibu, bapa, adek,abang dan sebagainya. Semua tingkah laku ini kita lakukan sendiri.
Maka berdasarkan tingkah laku yang diterangkan di atas, kita boleh
rumuskan bahawa kelakuan seorang pengguna boleh dilukis seperti di
gambar rajah 2.1. Dalam gambar rajah 2.1 ini ditunjukkan pada hargaRM5.00, kuantiti rambutan yang diminta ialah 1 kilogram dan apabila harga
pada tingkat RM2.00, kuantiti rambutan yang diminta ialah 4 kilogram.Maka jika kita sambongkan titik A dan titik B, kita akan memperolehi satu
keluk yang mencerun ke bawah dari A ke B.
Rajah 2.1: Keluk permintaan bagi rambutan.
Apa yang kita boleh buat keputusan dari kelakuan pengguna ini ialah
kalau harga sesuatu barang itu tinggi (mahal), pengguna akan membeli
dengan jumlah kuantiti yang sedikit sahaja. Tetapi jika harga barang
tersebut rendah (murah) maka pengguna ini akan membeli dengan kuantiti
yang banyak.
Maka berdasarkan hurian di atas, maka kita boleh pertama,mendefinisikan bahawapermintaan adalah merupakan satu perhubungan di
antara harga dengan kuantiti yang diminta bagi satu barang atau
perkhidmatan, dan perhubungan ini adalah berbentuk negatif. Andaian yangutama dalam perbincangan ini ialah
Harga (RM)
5.00
2.00
0 1 4 Kuantiti
A
B
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
4/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
82
a. pengguna tersebut mestilah rasionalb. pengguna ini mempunyai objektif untuk memaksimumkan
kepuasaannya.
Kedua, wujud hukum permintaan yang mengatakan pengguna akan
meningkatkan kuantiti yang dimintanya apabila harga barang tersebutmenurun dan sebaliknya akan menurunkan kuantiti yang diminta apabila
harga barang tersebut meningkat.
1.2: Hurian hukum permintaan dalam bentuk persamaan.
Berdasarkan kepada kelakuan kita di ats, kita boleh mengambil
kesimpulan bahawa kuantiti rambutan yang diminta oleh seorang pengguna
adalah bergantung kepada harga rambutan itu sendiri. Atau kita boleh
menulis hokum permintaan ini dalam bentuk persamaan matematik sepertiberikut;
Qd = f(P) .. (1)
Persamaan (1) menyatakan bahawa kuantiti barang yang diminta
(Qd) iaitu rambutan, adalah bergantung kepada harga (P) rambutan itusendiri. Ini bererti bahawa pembolehubah harga (P) adalah merupakan pem-
bolehubah bebas (independent). Sementara pembolehubah kuantiti yang
diminta (Qd) adalah pembolehubah tidak bebas (dependent). Dalam lain
perkataan, harga mestilah berubah dahulu, barulah kuantiti yang diminta(Qd) boleh berubah.
Secara khusus, persamaan (1) boleh ditulis seperti berikut;
Qd = a - b(P) .. (2)
di mana a dan b adalah dua parameter baru.
Persamaan (2) menunjukkan bahawa;
i. Jika barang itu diberi secara percuma, iaitu apabila nilai P adalahsama dengan 0, jumlah kuantiti yang diminta bagi barang ini
ialah sama dengan nilai a.ii. Tanda negatif ( - ) dalam persamaan (2) ini menunjukkan
bahawa perhubungan di antara kuantiti yang diminta (Qd)
dengan harga adalah secara songsang (negatif). Ini bererti
apabila nilai harga (P) meningkat, kuantiti yang diminta (Qd)
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
5/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
83
akan menurun, dan sebaliknya jika nilai harga (P) menurun,
kuantiti yang diminta (Qd) akan meningkat.
1.1.3: Hurian hukum permintaan dalam bentuk jadual.
Persamaan (2) akan dapat dilihat dengan lebih jelas jika ia di persem-
bahkan dalam bentuk jadual. Untuk membentuk jadual ini, nilai-nilai a dan bdigantikan dengan nilai angka seperti berikut;
Qd = 10 2(P) .. (3)
iaitu a = 10 dan b = 2.Apabila kita beri nilai ke atas pembolehubah P, dari 0 hingga ke 5, persama-
an (3) akan menghasilkan Jadual 2.1 berikut:
Jadual 2.1Permintaan rambutan
P 0 1 2 3 4 5
Qd 10 8 6 4 2 0
Di mana P ialah harga rambutan dan Qd ialah kuantiti rambutan yang di
minta oleh pengguna ini.
Jadual 2.1 menunjukkan jika harga rambutan ini adalah kosong (P =
0), rambutan ini adalah percuma, jumlah kuantiti yang diminta ialah
sebanyak 10 kilogram, dan apabila harga ini meningkat, iaitu daripada
RM1.00 hingga RM5.00 sekilogram, kuantiti yang diminta akan menurundaripada 8 kilogram hinggalah ke kosong (tidak membeli langsung)
1.1.4: Hurian hukum permintaan dalam bentuk gambar rajah.
Selanjutnya, Jadual 2.1 di atas boleh dilukis dalam bentuk gambar
rajah. 2.2. Gambar rajah ini menunjukkan keluk permintaan bagi sesuatubarang, seperti contoh di atas ialah rambutan, adalah mencerun ke bawah dari
kiri ke kanan. Iaitu pada harga RM5.00 sekilogram, jumlah kuantiti yang
diminta ialah kosong, dan apabila harga barang ini turun ke RM4.00
sekilogram, kuantiti yang diminta ialah sebanyak 2 kilogram, dan seterusnyaapabila harga ini menurun lagi ke RM3.00m kuantiti yang diminta ialah
sebanyak 4 kilogram, apabila harga barang ini terus turun, kuantiti yang
diminta akan terus meningkat, dan apabila harga barang ini mencapai 0, iaituia diberi percuma kepada pengguna, kuantiti yang diminta ialah sebanyak 10
kilogram.
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
6/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
84
Rajah 2.2: Keluk permintaan rambutan
Gambar rajah 2.2 ini menunjukkan bahawa keluk permintaan satubarang itu adalah mencerun ke bawah dari kiri, atau disebut juga sebagai
mencerun negatif. Ini memberi implikasi bahawa pada harga yang tinggi,
kuantiti yang diminta oleh pengguna adalah rendah, dan apabila hargarendah, kuantiti yang diminta oleh pengguna adalah tinggi.
1.2: Mengapa keluk permintaan bercerun negatif?
Persoalan yang timbul sekarang ialah mengapa keluk permintaan ini
mencerun ke bawah dari kiri ke kanan, atau dalam lain perkataan, mengapa
keluk permintaan ini mencerun negatif? Terdapat beberapa perkara yangboleh menerangkan mengapa keluk permintaan ini berbentuk demikian.
i. kesan pendapatan dan kesan penggantianii. teori utiliti sut berkurangan.
Harga
(RM) 5.00
4.00
3.00
2.00
1.00
0 1.00 2.00 3.00 4.00 5.00 Kuantiti
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
7/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
85
1.2.1: Kesan pendapatan dan kesan penggantian.
Kewujudan keluk permintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke
kanan ini boleh diterangkan dengan melihat dari segi kesan pendapatan dan
kesan penggantian.
Kesan pendapatan:
Apabila harga sesuatu barang itu berubah, bererti secara langsungkita akan mendapati bahawa pengguna ini akan mengalami perubahan dalam
pendapatan benarnya dan seterusnya kuasa membeli mereka. Pendapatan
benar ini diperolehi dengan membahagikan jumlah pendapatan dengan hargabarang.
Pendapatan benar = Pendapatan wang . (4)
Harga barang
Sebagai contoh, katakana Amir mempunyai wang sebanyak RM10.00, dan
beliau ingin membeli rambutan. Jika harga rambutan ini berubah, kesannyake atas wang benar atau pendapatan benar Amir juga akan berubah, iaitu
seperti di Jadual 2.2.
Jadual 2.2
Kesan perubahan harga rambutan
ke atas pendapatann benar
Harga rambutan sekilogram Pendapatan benar
RM10.00 RM10.00 = RM1.00
RM10.00
RM5.00 RM10.00 = RM2.00
RM5.00
RM2.00 RM10.00 = RM5.00RM2.00
Berdasarkan kepada Jadual 2.2 di atas, dapat dilihat jika harga ram-butan di tahap RM10.00 sekilogram , pendapatan benar Amir adalah bernilai
RM1.00 sahaja. Apabila harga rambutan ini di tahap RM5.00 sekilogram,
pendapatan benar Amir akan meningkat kepada RM2.00. Seterusnya apabilaharga rambutan ini berada di tahap RM2.00 sekilogram, pendapatan benar
Amir akan meningkat kepada RM5.00. Dalam lain perkataan, apabila harga
rambutan ini merosot daripada RM10.00 ke RM5.00, nilai pendapatan benar
Amir telah meningkat dari RM1.000 ke RM2.00, iaitu meningkat sebanyak2 kali ganda. Seterusnya jika harga rambutan ini menurun ke RM2.00,
pendapatan benar Amir akan meningkat sebanyak 5 kali ganda. Ini bererti
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
8/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
86
apabila harga rambutan ini menurun, kuasa beli pengguna akan meningkat.
Maka dengan kenaikan pendapatan benar ini, pengguna akan mampu untukmenaikkan kuantiti yang diminta ke atas barang tersebut.
Kesimpulan dari perbincangan di atas ialah salah satu faktor yang
menyebabkan keluk permintaan ini mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
ialah disebabkan oleh kesan pendapatan. Kesan pendapatan ini menerangkanapabila harga sesuatu barang itu berubah, pendapatan benar dan seterusnya
kuasa beli pengguna juga akan berubah. Dari contoh di atas, apabila hargasesuatu barang itu menurun, pendapatan benar pengguna akan meningkat dan
seterusnya kuasa beli pengguna juga akan meningkat. Dengan peningkatan
kuasa beli ini pengguna akan menaikkan permintaan ke atas barang tersebut.Sebaliknya berlaku, jika harga satu barang itu meningkat, pendapatan benar
dan seterusnya kuasa beli pengguna akan menurun dan mereka akan
menurunkan permintaan ke atas barang tersebut.
Kesan penggantian.
Kesan penggantian berlaku apabila harga sesuatu barang berubahberbanding dengan barang lain, maka terdapat kecenderungan pengguna
untuk merubahkan corak perbelanjaannya dengan meningkatkan pembelian
ke atas barang yang lebih murah. Sebagai contoh, katakan Amir denganjumlah wang yang dimiliki (katakan sebanyak RM20.00) mampu untuk
membeli 2 barang, iaitu rambutan dengan mangga.
Jadual 2.3
Keadaan asal (sebelum berlaku
perubahan harga)
Keadaan selepas berlaku perubahan
harga
Harga rambutan:RM4.00/kg
Kuantitirambutan
diminta: 2 kg
Harga rambutan:RM2.00/kg
Kuantitirambutan
diminta: 7 kgHarga mangga
RM3.00/kg
Kuantiti mangga
diminta: 4 kg.
Harga mangga:
RM3.00/kg
Kuantiti mangga
diminta: 2 kg
Jumlah perbelanjaan:
(RM4.00 x 2 kg) + (RM3.00 x 4 kg)
= RM8.00 + RM12.00 = RM20.00
Jumlah perbelanjaan:
(RM2.00 x 7kg) + (RM3.00 x 2 kg)
= RM14.00 + RM6.00 = RM20.00
Berdasarkan kepada Jadual 2.3, katakan pada peringkat asal, harga
rambutan ialah RM4.00 sekilogram dan harga mangga aialah RM3.00 sekilo-
gram. Dengan wang sebanyak RM20.00 yang dimiliki, Amir membeli 2
kilogram rambutan dan 4 kilogram mangga. Jumlah perbelanjaan bagirambutan dan mangga ini ialah sebanyak RM20.00. Ini juga bererti bahawa
Amir telahpun menggunakan semua wang atau faktor yang dimilikinya.
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
9/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
87
Sekarang katakan harga rambutan turun kepada RM2.00 sekilogram
dan harga mangga tetap pada RM3.00 sekilogram. Ini bererti sekarang telahberlaku perubahan harga ke atas rambutan, dan harga mangga tetap tidak
berubah. Dengan perubahan harga rambutan ini, Amir telah merubahkan
corak perbelanjaannya dengan membeli lebih banyak rambutan, iaitu dari 2
ke 7 kilogram, dan menurunkan pembelian mangga dari 4 ke 2 kilogram.
Jumlah perbelanjaan Amir masih tetap sebanyak RM20.00. Tetapi apa yangberlaku di sini ialah apabila harga rambutan menjadi semakin murah, Amir
telah menggantikan perbelanjaannya ke atas mangga (harga mangga tidakberubah) dengan meningkatkan perbelanjaan ke atas rambutan (dimana harga
rambutan telah menurun) dan ke atas menurunkan perbelanjaannya mangga..
Jumlah kesan pendapatan dan kesan penggantian.
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, kita boleh membuatkesimpulan daripada perubahan harga sesuatu barang ke atas kuantiti yang
diminta seperti di jadual 2.4:
Jadual 2.4:
Julah kesan pendapatan dan kesan penggantian ke atas
permintaan rambutan.
Perubahan harga
rambutan
Kesan
pendapatan
Kesan
penggantian
Kesan ke atas
permintaan
rambutan
Turun Naik Naik Naik
Naik Turun Turun Turun
1.2.2: Teori utiliti sut berkurangan
Teori kedua yang boleh menerangkan mengapa keluk permintaan
mencerun ke bawah dari kiri ke kanan ialah melalui teori utiliti sut ber-
kurangan.
Untuk memahami konsep teori utiliti sut ini, cuba anda lihat bagai-
mana kelakuan anda apabila anda bermain bola sepak atau bola jaring. Jikaanda bermain bola sepak atau bola jaring ini selepas 30 atau 90 minit,
apakah yang anda alami? Sudah pasti anda akan merasakan sangat haus atau
dahaga. Anda akan berlari ke tepi padang dan berebut-rebut untuk men-dapatkan air untuk diminum. Gelas air yang ke berapakah yang akan rebut?
Sudah pasti gelas air yang pertama. Mengapakah gelas yang pertama yang
anda rebut? Ini kerana anda sangat harus atau dahaga, dan pada anda bahawa
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
10/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
88
gelas yang pertama ini akan memberi nilai kepuasan yang sangat tinggi
sekali.
Selepas anda minum gelas air yang pertama, anda akan merasa lega
sedikit. Jika anda maseh merasa haus atau dahaga lagi, anda akan mengambil
gelas air yang kedua untuk anda minimu. Sekarang kita lihat bagaimanakah
kelakuan anda pada masa anda mengambil gelas air kedua ini? Adakah andamasih berebut-rebut seperti mana anda lakukan tetakala anda cuba
mendapatkan gelas yang pertama tadi? Jawapannya sudah pasti bahawakelakuan anda adalah berbeza. Kalau di gelas pertama anda berebut-rebut
dengan kawan-kawan, tetapi pada gelas kedua, anda tidak akan berebut lagi,
anda akan merasa lebih relax. Kalau ditanya mengapa anda tidak berrebut-rebut seperti anda lakukan di gelas pertama? Jawapan anda ialah sekarang
anda sudah kurang haus atau kurang dahaga. Seterusnya bagi mendapatkan
gelas yang ketiga, keempat dan kelima, anda akan berkelakuan lebih relax
dan perlahan-lahan dan tidak berebut-rebut seperti anda mendapatkan gelaspertama tadi, anda akan boleh memberi laluan kepada kawan-kawan anda
yang belum lagi mendapat air minumannya.
Kelakuan yang saya bincangkan di atas adalah merupakan kelakuan
bagi seorang yang aktif menjalankan aktiviti sukan atau yang bekerja keras
seperti buruh yang menggunakan tulang empat keratnya. Oleh yang demikiankita semua, sebagai seorang manusia, akan berkelakuan yang sama. Jika anda
dapat menerima hakikat bahawa kelakuan anda adalah seperti di atas, maka
perbincangan yang berkaitan dengan teori utiliti sut berkurangan akan
menjadi sangat mudah.
1. Mengapa sebaik sahaja kita menamatkan aktiviti bersukan, kita akanberrebut-rebut untuk mendapatkan gelas air yang pertama? Jawa-pannya ialah kita merasa sangat dahaga.
2. Apabila kita merasa sangat dahaga, maka kita akan mendapatibahawa kesan dari meminum air gelas pertama ini, kita akanmemperolehi kepuasan, atau dalam istilah ekonomi di sebut utiliti.
Maka kepuasan atau utiliti yang terima dari gelas air pertama ini
adalah sangat tinggi nilainya. Atau kita boleh mengatakan bahawakepuasan atau utiliti yang kita terima dari gelas air pertama ini
adalah yang tertinggi sekali. Ini kerana pada masa tersebut kita
adalah sangat harus atau sangat dahaga. Maka jika boleh memberinilai ke atas kepuasan atau utiliti ini secara kadinal, kita akan beri
nilai dengan angka yang tinggi sekali.
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
11/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
89
3. Selepas kita minum gelas air yang pertama tadi, apa yang kita dapatipada diri kita ialah rasa dahaga kita akan berkurangan. Walaupunpada masa itu kita masih lagi dahaga atau haus, tetapi darjah
kedahagaan kita adalah lebih rendah berbanding dengan kes gelas air
pertama tadi. Maka untuk mendapatkan gelas air kedua, kita bolehlah
bersabar dan memberi laluan kepada kawan-kawan kita yang belum
mendapat air lagi.
4. Oleh sebab darjah kedahagaan kita telahpun berkurangan, maka nilaikepuasaan atau utiliti yang kita perolehi dari gelas yang kedua ini
adalah lebih rendah dibandingkan dengan nilai kepuasan atau utiliti
yang kita perolehi dari gelas air pertama tadi.
5. Seterusnya jika kita terus mengambil atau meminum gelas-gelas airseterusnya, kita akan dapati bahawa setiap tambahan gelas air yang
kita minum, kita akan dapati bahawa nilai kepuasan atau utiliti yangkita perolehi adalah semakin kecil atau semakin rendah bagi
setiap tambahan gelas air yang kita minum.
6. Jika kita berterusan meminum air yang telah tersedia di tempat rehattadi, kita akan dapati bahawa sampai satu tahap, bahawa gelas air
yang terakhir kita minum ini tidak akan memberi sebarang kesankepada kita. Dalam dalam istilah ekonomi, gelas air yang terakhir ini
memberi nilai kepuasan atau utiliti sama dengan kosong.
Kelakuan yang telah dibincangkan di atas akan dialami oleh semua orangakan mengalaminya.
Perbincangan di atas boleh diterangkan dalam bentuk teori utiliti sutberkurangan.
Andaikan kita boleh memberi nilai kuantitatif (kadinal) kepada utiliti
atau kepuasan yang diterima oleh ahli sukan di atas hasil dari penggunaan airminimuman yang dibuatnya. Maka kita membentuk jadual nilai kepuasan
atau utiliti yang dihasilkan di atas seperti dalam Jadual 2.5.
Berdasarkan kepada Jadual 2.5, terdapat 2 konsep utiliti yang perlu
kita fahami.
i. Jumlah utiliti, iaitu merupakan jumlah utiliti ataukepuasan yang diperolehi daripada penggunaan beberapa
unit barangan dalam contoh di atas ialah gelas air yang
diminum. Seperti Jadual 2.5, jumlah utiliti bagi
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
12/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
90
penggunaan 1 gelas air pertama ialah 100, penggunaan dua
gelas pertama ialah 150, 3 gelas ialah 180 dan seterusnya.ii. Utiliti sut, iaitu sumbangan yang diberi dari penggunaan
satu unit tambahan kepada jumlah utiliti. Dalam lain
perkataan utiliti sut adalah perubahan jumlah utiliti kesan
daripada perubahan satu unit pengunaan sesuatu barang.
Jadual 2.5
Jumlah utiliti dan utiliti sut
Kuantiti gelas air yang
diminum
Jumlah utiliti (TU) Utiliti sut (MU)
0 0
100
1 100
50
2 150
30
3 180
20
4 200
10
5 210
0
6 210
Berdasarkan kepada Jadual 2.5, kita dapati bahawa hasil dari
penggunaan gelas air pertama, jumlah utiliti yang diperolehi ialah sebanyak100 unit. Ini bererti bahawa sumbangan (utiliti sut) gelas air pertama kepada
jumlah utiliti yang diperolehi oleh pengguna ini ialah 100 unit. Seterusnya
apabila pengguna ini menggunakan 2 gelas air, jumlah utiliti yang diperolehioleh pengguna ini ialah sebanyak 150 unit. Ini bererti bahawa gelas air ke-2
telah memberi utiliti (utiliti sut) sebanyak 50 unit, iaitu 150 100.
Seterusnya jika pengguna ini terus menaikkan gelas air yang diminumnya,kita dapati bagi penggunaan 3 gelas air, jumlah utiliti yang diperolehi ialah
sebanyak 180, dan utiliti sut bagi gelas air ke-3 ialah sebanyak 30 unit, iaitu
180-150. Bagi penggunaan 4 gelas air, jumlah utiliti yang diperolehi ialah
sebanyak 200 dan utiliti sut yang disumbangkan oleh gelas ke-4 ialahsebanyak 20 unit, iaitu 200 180. Bagi penggunaan 5 gelas air, jumlah utiliti
yang diperolehi ialah sebanyak 210 unit, dan utiliti sut bagi gelas ke-5 ialah
sebanyak 10 unit, iaitu 210 200. Bagi penggunaan 6 gelas air, jumlah utilitiyang diperolehi ialah 210 unit. Ini bererti gelas ke 6, memberi utiliti sut
sebanyak 0. Dalam lain perkataan, gelas ke 6 tidak memberi sebarang
tambahan kepada utiliti pengguna ini.
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
13/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
91
Kesimpulan yang kita boleh buat berdasarkan Jadual 2.5 dan jugahurian di atas ialah;
i. apabila pengguna meningkatkan penggunaan sesuatu barang,kita dapati bahawa jumlah utiliti akan terus meningkat sehingga
sampai satu tahap bahawa jumlah utiliti ini akan mencapai tahapyang maksimum. Dari Jadual 2.5, tahap maksimum jumlah utiliti
ini ialah dari penggunaan 5 gelas air.ii. Apabila pengguna ini meningkatkan penggunaan sesuatu barang
itu secara berterusaan, kita akan dapati bahawa sumbangan bagi
setiap unit tambahan penggunaan akan memberi tambahan utilitiatau utiliti sut yang semakin rendah atau menurun. Seperti Jadual
2.5, gelas air pertama memberi sumbangan sebanyak 100 unit,
gelas air ke-2 sebanyak 50 unit, ke-3, 30 unit, ke-4 sebanyak 20
unit, ke-5 sebanyak 10 unit dan ke-6 sebanyak 0 atau tiadatambahan.
Maka dari perbincangan di atas kita akan dapat menjelaskan denganapa yang dimaksudkan oleh teori utiliti sut berkurangan. Teori ini
menyatakan apabila seorang pengguna menggunakan sesuatu barang
secara berterusan, setiap unit tambahan penggunaan barang ini akan
menghasilkan utiliti yang semakin berkurangan.
Perkaitan di antara keluk permintaan dengan teori utiliti sut berkurangan
Untuk menerangkan perkaitan keluk permintaan dengan teori utiliti
sut berkurangan, kita cuba berbalik kepada contoh anda terlibat dalam
bermain bola atau bersukan seperti yang dinyatakan di atas.
1. Dalam contoh di atas, air yang anda rebut selepas bermain bola ataubersukan adalah diberi secara percuma. Maka kita akan hanyaberebut untuk mendapatkan gelas air pertama, ke-2 dan seterusnya.
2. Sekarang dalam keadaan ke 2 ini, kita andaikan bahawa air tersebutbukan diberi secara percuma, tetapi kita dikehendaki membayaruntuk mendapatkannya, dan air ini dijual secara lelong. Maka
apabila kita tamat bermain dan berlari ke gerai yang berada di tepi
padang tadi, apa yang akan dilakukan oleh tuanpunya gerai air ialahia akan melelong air tadi. Maka ia akan bermula dengan meletakkan
harga air tersebut pada paras RM0.50 segelas. Maka tuanpunya gerai
akan mendapati bilangan yang bersetuju membeli gelas air pertama
ini adalah ramai sekali. Maka langkah ke-2, tuanpunya gerai air
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
14/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
92
tersebut akan menaikkan harga lelongan air tersebut ke paras
RM0.70, atau RM0.80, atau RM0.90 atau RM1.00. pada paras hargaRM0.70, RM0.80 dan RM0.90 masih ramai lagi mereka yang
sanggup membayarnya. Dan apabila sampai pada paras harga
RM1.00 segelas, di dapati hanya seorang sahaja yang sanggup
membayarnya.
3. Persoalannya mengapakah hanya seorang sahaja yang sanggupmembayar gelas air pertama ini pada harga RM1.00, dan yang laintidak?
4. Kalau kita bertanya pada diri kita sendiri atau kepada rakan-rakankita yang lain, apakah asas yang menyebabkan kita sanggup sesuatu
barang itu pada harga tertentu, jawapan yang akan diberi ialah nilai
kepuasan yang kita akan terima dari barang tersebut.
5. Berbalik kepada contoh mengapakah anda sanggup membayarRM1.00 bagi gelas air yang pertama, jawapannya ialah bahawa
anda adalah benar-benar kehausan (dahaga yang amat sangat),dan nilai kepuasan atau utiliti yang anda akan terima adalah
sangat tinggi iaitu bernilai 100 unit. Maka dengan nilai 100 unit,
anda sanggup membayar pada harga RM1.00.
6. Bagaimana pula dengan gelas air yang ke-2? Adakah anda sanggupmembayar pada harga RM1.00? Sudah pasti anda akan menjawab
bahawa anda tidak akan membayar pada harga RM1.00. Mengapatidak? Jawapannya ialah kerana anda tidak sedahaga seperti gelas
pertama tadi? Dalam istilah ekonomi ini bererti bahawa selepas anda
minum air gelas pertama tadi, sekarang anda kurang dahaga. Denganini kepuasan atau utiliti yang anda terima dari penggunaan air gelas
ke-2 ini adalah lebih rendah berbanding dengan gelas pertama. Makaoleh sebab kepuasan atau utiliti yang anda terima dari air gelas ke-2
ini adalah lebih rendah berbanding gelas pertama, maka kesanggupananda membayar air bagi gelas ke-2 ini adalah lebih rendah ber-
banding dengan gelas pertama. Katakan anda boleh memberi nilai
bahawa kepuasan atau utiliti yang anda terima dari air gelas ke-2 iniialah 50 unit sahaja, maka harga yang sanggup anda bayar bagi air
gelas yang ke-2 ini hanyalah pada tahap RM0.50 sahaja.
7. Begitulah seterusnya bagi air gelas ke-3. Oleh sebab padapenggunaan gelas air ke-3 ini akan memberi kepuasan atau utiliti
yang lebih rendah berbanding dengan air bagi gelas ke-2. Katakan
kepuasan atau utiliti yang diterima dari gelas ke-3 ini ialah 30 unit,
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
15/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
93
maka anda akan hanya sanggup membayar sebanyak RM0.30 sahaja
bagi mendapatkan gelas ke-3. Jika harga yang ditawarkan adalahlebih tinggi dari RM0.30, katakan RM0.40, maka anda tidak akan
membayarnya.
8. Seterusnya bagi gelas ke-4, kepuasan atau utiliti yang diterimaadalah lebih rendah berbanding dengan gelas ke-3, (iaitu disebabkansetelah anda meminum 3 gelas air di atas, maka anda merasakan
anda kurang dahaga lagi) maka harga yang anda sanggup bayarmestilah kurang daripada RM0.30. Jika anda memberi nilai bahawa
utiliti yang anda terima dari gelas air ke -4 ini hanyalah 20 unit
sahaja, maka anda akan sanggup membayar sebanyak RM0.20 sahajabagi mendapatkan gelas ke-4 ini.
9. Bagi gelas ke-5, utiliti yang anda perolehinya hanyalah sebanyak 10unit, maka untuk mendapatkan air gelas ke-5 ini anda hanya akansanggup membayar sebanyak RM0.10 sahaja.
10.Bagi air gelas ke-6, oleh sebab selepas meminum 5 gelas air di atas,anda tidak lagi dahaga, maka anda tidak akan memerlukan air lagi.
Dengan ini bererti bahawa gelas air ke-6 tidak akan memberi
sebarang kepuasan atau utiliti lagi. Maka anda tidak akan sanggupmembayar sebarang harga bagi mendapatkan air gelas ke-6 ini. Anda
akan hanya menerima air gelas ke-6 ini jika anda mendapatkannya
secara percuma.
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
16/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
94
Keseimbangan pengguna ke atas satu barang
Berdasarkan kepada hurian kelakuan anda sebagai pengguna di atas,secara teori, kita boleh membuat kesimpulan bahawa pengguna akan berada
pada tingkat keseimbangan jika beliau membayar pada
Harga = Utiliti sut
Seperti dihurian di atas keseimbangan ini akan dicapai seperti yang
ditunjukkan oleh Jadual 2.6.
Jadual 2.6;
Keseimbangan pengguna bagi penggunaan satu barang
Bilangan gelas air Utiliti sut yang diterima
oleh pengguna
Harga yang sanggup
dibayar
1 100 RM1.00
2 50 RM0.50
3 30 RM0.30
4 20 RM0.20
5 10 RM0.10
6 0 Percuma
Pak Mat melelong air sirap kepada pemain bola Kolej
Teknologi Alpha
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
17/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
95
Seperti yang telah diterangkan di atas dan diringkaskan dalam Jadual
2.6, kita dapati bahawa apabila pengguna mengunakan semakin banyak airminuman, utiliti yang diterima dari setiap tambahan gelas yang adalah
semakin kecil atau berkurangan. Misalnya bagi gelas pertama, utiliti yang
diterima ialah 100 unit, gelas ke-2, utiliti yang diterima ialah sebanyak 50
unit, seterusnya ke-3, ke-4, ke-5 dan ke-6, utiliti yang diterima oleh
pengguna masing-masing ialah 30, 20, 10 dan 0. Maka harga yang sanggupdibayar oleh pengguna ialah RM1.00 bagi air gelas pertama, RM0.50 bagi
gelas ke-2, RM0.30 bagi gelas ke-3, RM0.20 bagi gelas air ke-4, RM0.10bagi gelas air ke-5 dan percuma bagi gelas air ke-6.
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, maka kita boleh membinajadual permintaan bagi air minuman ini seperti di Jadual 2.7.
Jadual 2.7
Jadual permintaan bagi air minuman
Harga
(RM)
seunit
1.00 0.50 0.30 0.20 0.10 Percuma
Kuantiti
(gelas) 1 2 3 4 5 6
Jadual 2.7 boleh menghasilkan keluk permintaan pengguna bagi air
minuman seperti yang di tunjukkan oleh gambar rajah 2.3. Seperti di gambar
rajah 2.3, jika harga tersebut ialah RM1.00 segelas, maka pengguna ini akan
membeli sebanyak 1 gelas sahaja. Jika harga air itu bersamaan denganRM0.50 segelas, pengguna ini akan membeli sebanyak 2 gelas. Seterusnya
jika harga air ialah sebanyak RM0.30 segelas, maka pengguna ini akan
membeli sebanyak 3 gelas. Jika harga air ini ialah RM0.20 segelas, maka
pengguna ini akan membeli sebanyak 4 gelas. Seterusnya jika harga di parasRM0.10, pengguna akan membeli sebanyak 5 gelas, dan air ini diberi secara
percuma, pengguna ini akan menggunakan 6 gelas.
Maka jika sambungkan titik-titik A, B, C, D, E dan F seperti di
gambar rajah 2.3 ini, kita akan memperolehi keluk permintaan bagi air
minuman ini. Dapat dilihat di gambar rajah ini, bahawa berdasarkan teoriutiliti sut berkurangan, kita akan memperolehi keluk permintaan yang
mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Sekali lagi keluk permintaan ini
menerangkan apabila harga tinggi, kuantiti yang diminta oleh penggunaadalah rendah, dan apabila harga rendah, kuantiti yang minta adalah tinggi
atau banyak. Keluk permintaan di atas adalah merupakan keluk permintaan
bagi seorang individu pengguna.
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
18/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
96
1.3: PERBEZAAN ANTARA KELUK PERMINTAAN INDIVIDU
DENGAN KELUK PERMINTAAN PASARAN
1.3.1: Keluk permintaan individu
Keluk permintaan yang ditunjukkan oleh gambar rajah 2.3 adalah
merupakan keluk permintaan individu. Berdasarkan hurian di atas, kelukpermintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan adalah keluk
permintaan anda selepas anda bersukan. Keluk ini menunjukkan
perhubungan di antara harga dengan kuantiti gelas air yang dibeli oleh anda.
Bentuk keluk permintaan ini bagi setiap individu tidak semestinya
sama, walau bagaimana pun ia tetap mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.Perbezaannya ialah ada di antaranya akan lebih landai dan ada juga yang
akan lebih curam. Bentuk keluk-keluk permintaan ini adalah bergantung
kepada nilai utiliti yang diterima oleh setiap individu ini.
1.3.2: Keluk permintaan pasaran
Keluk permintaan pasaran pula adalah jumlah keluk-kelukpermintaan bagi setiap individu di pasaran tersebut. Contohnya, jika dalam
pasaran tersebut terdapat 100 orang pengguna, maka keluk permintaan
Harga
(RM) 1.00
0.50
0.30
0.20
0.10
0 1 2 3 4 5 6 Kuantiti gelas
Rajah 2.3: Keluk permintaan abgi air minuman
A
B
C
D
E
F
Keluk permintaan
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
19/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
97
pasaran ini adalah merupakan kombinasi semua keluk-keluk permintaan bagi
100 orang pengguna di pasaran tersebut.
Pembentukan keluk permintaan pasaran
Dalam menjelaskan keluk permintaan pasaran ini, cuba kita
mengambil contoh bagi sebuah pasaran keropok lekor yang terdiri 4 orangpengguna Azah, Hana, Eizzah dan Amir. Jumlah permintaan bagi setiap
individu ini ditunjukkan oleh Jadual 2.8.
Jadual 2.8
Jumlah permintaan pasaran keropok lekor
Harga
(RM)/kg
Kuantiti keropok lekor yang diminta (kg)
(1)
Azah
(2)
Hana
(3)
Eizzah
(4)
Amir
(5)
Jumlah
(6)
5.00 1 4 0 0 5
4.50 2 6 0 0 8
4.00 3 8 0 0 113.50 5 11 0 0 16
3.00 7 14 1 0 22
2.50 9 18 3 0 30
2.00 12 22 5 1 40
1.50 15 26 6 2 49
1.00 20 30 7 3 60
Jadual 2.8 menunjukkan jadual permintaan bagi 4 orang pengguna
yang terdiri daripada Azah, Hana, Eizzah dan Amir. Ruang-ruang 2, 3, 4,dan
5 menunjukkan jadual permintaan keropok lekor bagi setiap pengguna yangberkenaan. Misalnya pada harga RM5.00 sekilogram, Azah meminta
sebanyak 1 kg, Hana sebanyak 4 kg, sementara Eizzah dan Amir pula tidak
meminta sama sekali. Maka pada harga RM5.00 sekilogram, jumlah kuantiti
keropok lekor di pasaran ialah sebanyak 5 kg. Pada harga RM2.00 pula,Azah meminta sebanyak 12 kg. Hana sebanyak 22 kg, Eizzah sebanyak 5 kg
dan Amir sebanyak 1 kg. Ini bererti bahawa jumlah kuantiti yang diminta di
pasaran adalah sebanyak 40 kg. Ini menunjukkan bahawa Jadual 2.8 kuantitikeropok lekor yang diminta oleh setiap individu pengguna dan juga pasaran
bagi setiap tingkat harga.
Berdasarkan kepada hurian di atas, maka kita boleh mendefinisikan
permintaan pasaran diperolehi dengan mencampurkan semua kuantiti yang
diminta pada setiap tingkat harga oleh setiap pengguna yang terdapat dalam
pasaran ini. Maka berdasarkan kepada Jadual 2.8, kita mendapati bahawa
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
20/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
98
jumlah permintaan pasaran ialah pada tingkat harga RM5.00 sekilogram,
ialah 5 kg, pada harga RM4.50 ialah 8 kg, pada harga RM4.00 ialah 11 kg,pada harga RM4.00 ialah 16, seterusnya pada harga RM1.00 jumlah kuantiti
yang diminta di pasaran ialah sebanyak 60 kg.
Secara gambar rajah, pembentukan keluk permintaan pasaran boleh
ditunjukkan oleh gambar rajah 2.4.
_____________________________________________________________
Seperti di gambar rajah 2.4, untuk memudahkan penganalisaan, kita
katakana bahawa pasaran barang mempunyai 2 orang pengguna yangmembuat permintaan, dan keluk permintaannya di tunjukkan oleh gambar
rajah 2.4 (a) dan 2.4 (b). Pada tingkat harga Po, individu (a) memintasebanyak OK2 unit, dan individu (b) meminta sebanyak OK4 unit. Makajumlah kuantiti yang diminta di pasaran pada harga Po ini ialah sebanyak
OK2 + OK4 = OK6 unit. Pada tingkat harga P1 pula, individu (a) meminta
sebanyak OK1 unit dan individu (b) pula meminta sebanyak OK3 unit. Makajumlah kuantiti di pasaran adalah bersamaan dengan OK1 + OK3 = OK5
unit. Maka dengan mencampurkan kuantiti yang diminta oleh setiap individu
di pasaran, maka kita akan memperoleh keluk permintaan pasaran D3, seperti
di gambar rajah 2.4. Seperti mana keluk permintaan individu, keluk permin-taan pasaran juga akan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
HargaHarga
P1
Po
P1
Po
P1
Po
0 K1 K2 0 K3 K4 0 K5 K6 Kuantiti
(a) (b) keluk permintaan pasaran
Rajah 2.4: Pembentukan keluk permintaan pasaran
DoD2 D3
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
21/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
99
1.4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN.
Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi permintaan sesua-
tu barang. Di antaranya ialah;
i. Harga barang itu sendiriii. Harga barang lainiii. Pendapataniv. Cita rasav. Pendudukvi. Musim(i) Harga barang itu sendiriSeperti mana yang telah dibincangkan di atas, bahawa keluk permintaan
bagi sesuatu barang itu adalah menerangkan perhubungan di antara kuantiti
yang diminta dengan harga barang tersebut.
Rajah 2.5: Kesan daripada perubahan harga barang itu sendiri
Seperti di gambar rajah 2.5, keluk D adalah menunjukkan kelukpermintaan bagi satu barang, katakan rambuatan. Pada tingkat harga RM4.00
sekilogram, jumlah kuantiti yang diminta ialah sebanyak 2 kilogram. Tetapi
apabila harga rambutan ini berubah menjadi RM2.00 sekilogram, kelukpermintaan ini menunjukkan kuantiti diminta telah meningkat kepada 6
kilogram.
Harga
(RM)
4.00
2.00
0 1 2 3 4 5 6 Kuantiti
D
A
B
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
22/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
100
Gambar rajah 2.5 ini menunjukkan bahawa apabila berlaku peru-
bahan pada harga barang itu sendiri, maka berlakulah perubahan ke ataskuantiti diminta oleh pengguna ini. Ini bererti bahawa perubahan kuantiti
diminta ini berlaku di atas keluk permintaan yang sama (keluk permintaan
itu sendir)i. Oleh sebab keluk permintaan ini mencerun ke bawah dari kiri ke
kanan, maka apabila harga tinggik, kuantiti diminta akan rendah atau
sedikit dan sebaliknya apabila harga rendah, kuantiti diminta akan tinggiatau banyak.
Berdasarkan kepada penerangan di atas, dapat dilihat bahawa
perubahan harga barang itu sendiri akan merubahkan kuantiti diminta bagi
barang tersebut. Perubahan ini berlaku di atas keluk permintaan individuyang sama dan tidak menyebabkan keluk permintaan itu bergerak ke kiri
atau ke kanan.
Selain daripada harga barang itu sendiri, terdapat faktor-faktor lainyang boleh mempengaruhi perubahan permintaan ke atas sesuatu barang.
Faktor-faktor ini ialah seperti harga barang lain, pendapatan, cita rasa, dasar
kerajaan, penduduk dan musim. Kesan daripada perubahan faktor-faktor iniakan menyebabkan perubahan keluk permintaan dan ini ditunjukkan oleh
pergerakan keluk permintaan itu ke kanan atau ke kiri.
(ii) Harga barang lain
Permintaan bagi satu barang boleh juga dipengaruhi oleh harga
barang lain dan ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis.a. Barang pengganti
b. Barang penggenap
A. Barang pengganti.
Dua barang itu akan disebut sebagai barang pengganti jika pengguna
hanya perlu menggunakan salah satu daripada dua barang tersebut bagimecapai objektifnya, Sebagai contoh dua barang pengganti ini ialah teh dan
kopi.
Dalam analisis keluk permintaan, jika kejatuhan harga barang B akan
menyebabkan penurunan ke atas permintaan barang A, dan sebaliknya
kenaikan harga barang B telah menyebabkan kenaikan permintaan barang A,maka kita akan mengatakan bahawa barang A dan B ini adalah dua barang
pengganti. Ini kerana, kenaikan atau kejatuhan dalam permintaa terhadap
barang A ini adalah disebabkan oleh kenaikan atau kejatuhan harga barang
B. Contoh yang biasa digunakan bagi menjelaskan barang ini ialah teh dan
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
23/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
101
kopi. Ini kerana kedua-dua barang ini boleh memberi kepuasan yang sama.
Jika berlaku penurunan harga teh di pasaran, kuantiti teh yang diminta akanmeningkat dan ini akan menyebabkan permintaan ke atas kopi menurun. Ini
kerana pengguna akan menggantikan penggunaan kopi kepada teh, sebab
harga teh telah menjadi semakin murah.
mamanaaamanananananannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
nnnmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Rajah 2.6: Keluk permintaan bagi dua barang pengganti
D
Do D1
Har aHarga
Po
0 To T1 Kuantiti 0 Ko K1 Kuantiti
(a) Teh (b) Kopi
Gambar katon menunjukkan orang minum
kopi dan teh
P1
Po
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
24/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
102
Gambar rajah 2.6(a) adalah keluk permintaan bagi teh.Tingkat hargaasal bagi teh ini ialah di Po dan kuantiti teh yang diminta oleh pengguna di
pasaran ialah sebanyak OT1. Apabila berlaku kenaikan dalam harga teh di
pasaran, katakan ke P1, kuantiti teh yang diminta di pasaran akan berku-
rangan menjadi OTo. Oleh sebab teh dan kopi memberi kepuasan atau utiliti
yang sama kepada pengguna, kenaikan harga teh di pasaran telah men-yebabkan pengguna mengurangkan permintaan ke atas teh (yang ditunjukkan
oleh penurunan kuantiti teh dari OT1 ke OTo) dan menggantikannya kepadapenggunaan kopi. Gambar rajah 2.6(b) adalah keluk permintaan bagi kopi.
Seperti di gambar rajah 2.6(b), keluk permintaan kopi yang asal ialah di
tunjukkan oleh keluk Do. Pada harga Po, kuantiti kopi yang diminta olehpengguna di pasaran ialah sebanyak OKo. Tetapi apabila berlaku kenaikan
harga teh di pasaran, pengguna akan menggantikan penggunaan teh kepada
kopi, maka dengan tiada perubahan dalam harga kopi keluk permintaan
kopi telah bergerak ke kanan, iaitu ke keluk D1. Maka apa yang berlaku dipasaran kopi ialah dengan kenaikan harga teh dari Po ke P1, pengguna akan
menurunkan kuantiti teh yang diminta dan menggantikan penggunaannya
kepada kopi. Maka keluk permintaan kopi akan bergerak ke kanan. Makadengan tingkat harga kopi di Po, kuantiti yang diminta telah meningkat ke
OK1. Maka kita boleh mengatakan bahawa kenaikan dalam permintaan ke
atas kopi ini adalah disebut sebagai perubahan permintaan.
B. Barang penggenap.
Dua barang itu disebut sebagai dua barang penggenapjika pen-
gunaannya mestilah digunakan secara bersama. Dalam analisis keluk
permintaan, jika kejatuhan harga barang B akan menyebabkan kenaikandalam kuantiti barang A yang diminta, dan sebaliknya kenaikan harga barang
B akan menyebabkan kejatuhan dalam kuantiti barang A yang di minta,maka barang A dan B adalah merupakan dua barang penggenap. Ini kerana
perubahan permintaan ke atas barang A adalah disebabkan oleh perubahandalam harga barang B. Perhubungan antara dua barang A dan B ini adalah
kerana kedua-dua barang ini mestilah diminta bersama. Contoh yang biasa di
gunakan ialah pen dan dakwat, kasut kiri dengan kasut kanan, roti denganjem dan sebagainya.
Gambar rajah 2.7 (a) adalah merupakan keluk permintaan bagi roti,dan gambar rajah 2.7(b) adalah merupakan keluk permintaan bagi jem. Harga
roti yang asal ialah di Po, dan berdasarkan kepada keluk permintaan roti Do,
kuantiti yang diminta oleh pengguna di pasaran ialah sebanyak OR1, seperti
di gambar rajah 2.7(a). Apabila harga roti meningkat ke P1, kuantiti roti yang
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
25/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
103
diminta telah menurun ke ORo. Dengan penurunan kuantiti roti yang diminta
maka kesannya ke atas pasaran jem adalah seperti di gambar rajah 2.7(b).Jika keluk permintaan jem yang asal ialah di keluk Do, maka pada harga jem
di Po, kuantiti jem yang diminta ialah sebanyak OJo. Tetapi disebabkan oleh
kenaikan harga roti, yang mana telah menyebabkan pengguna mengurangkan
penggunaan roti, maka permintaan ke atas jem juga akan merosot. Kemero-
sotan dalam permintaan jem ini adalah ditunjukkan oleh pergerakan kelukpermintaan jem ke D1. Dengan ini pada tingkat harga jem yang asal iaitu di
Po, kuantiti jem yang diminta sekarang telah menurun ke OJ1.
(a) (b)Rajah 2.7: Permintaan bagi dua barang penggenap
Harga Harga
P1
Po
D
Po
D1 Do
0 Ro R1 Kuantiti 0 J1 Jo Kuantiti
Roti Jem
Gambar katon orang makan roti dengan
jem
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
26/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
104
Seperti di gambar rajah 2.7(b), kejatuhan dalam kuantiti jem yang
diminta adalah disebut sebagaiperubahan permintaan. Ini kerana perubahandalam kuantiti jem yang diminta bukan disebabkan oleh perubahan dalam
harga jem itu sendiri tetapi disebabkan oleh perubahan harga barang lain
(roti).
(iii) Pendapatan
Satu daripada faktor penting yang mempengaruhi permintaan sesuatubarang ialah pendapatan pengguna. Jika pendapatan meningkat, pengguna
akan menaikkan permintaan ke atas kebanyakan barangan. Ini adalah
disebabkan bahawa kenaikan pendapatan akan menyebabkan kenaikan kuasabeli pengguna.
Rajah 2.8: Kesan dari kenaikan pendapatan ke atas permintaan
Seperti di gambar rajah 2.8, kenaikan pendapatan pengguna akanmenyebabkan peningkatan dalam kuasa beli pengguna dan ini akan menye-
babkan keluk permintaan sesuatu barang itu bergerak ke kanan, iaitu dari Do
ke D1. Ini bererti pada setiap tingkat harga, pengguna akan meningkatkankenaikan kuantiti yang diminta. Contoh yang dapat di lihat di Malaysia ialah
apabila kerajaan mengumumkan pemberian bonus kepada kakitangannya,
apa yang kita dapat lihat di pasaraya ialah berlaku kenaikan jumlah pen-
gunjung dan mereka akan berbelanja sakan. Begitu juga kesannya ke ataspermintaan kereta, iaitu apabila berlaku kenaikan pendapatan (seperti
kenaikan gaji dikalangan kakitangan kerajaan pada tahun 2008), kita dapati
bahawa permintaan ke atas kereta baru telah meningkat dengan mendadak,iaitu ramailah dikalangan pegawai kerajan yang membeli kereta baru untuk
Do D1
Harga
Po
0 Ko K1 Kuantiti
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
27/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
105
kegunaannya dan ahli keluarganya. Jadi kalau dulu (sebelum kenaikan gaji)
sebuah rumah hanya memiliki sebuah kereta sahaja, tetapi selepas kenaikangaji ini, terdapat banyak rumah yang memiliki dua buah kereta.
(iv) Cita rasa
Cita rasa pengguna akan mempengaruhi pilihan pengguna ke atas
sesuatu barang. Di zaman moden ini cita rasa ini sangat dipengaruhi olehkegiatan pengiklanan. Syarikat-syarikat akan membelanjakan sejumlah wang
yang besar untuk mengiklankan keluarannya. Sebagai contoh perang iklan
di kalangan syarikat-syarikat komunakasi seperti Celcom, Maxis dan DiGi,telah memenuhi media elektronik dan cetak. Semua kegiatan iklan ini adalah
untuk mempengaruhi cita rasa pengguna kepada lebih menyukai keluaran-
nya. Apabila cita rasa pengguna ini meningkat, maka keluk permintaan ke
atas keluaran (barang) tersebut akan bergerak ke kanan seperti dalam gambarrajah 2.8, iaitu dari Do ke D1. Ini bererti pada setiap tingkat harga kuantiti
yang diminta akan meningkat.
Sebaliknya jika cita rasa pengguna ini menjadi tidak suka kepada
sesuatu barang, maka keluk permintaan ke atas barang tersebut akan bergerak
ke kiri, iaitu dari D1 ke Do (seperti digambar rajah 2.8). Ini bererti padasetiap tingkat harga jumlah kuantiti yang diminta akan berkurangan.
Contohnya, cita rasa rakyat Malaysia menonton filem di panggpng wayang
telah merosot berbanding dengan zaman 1960 dan 70an, dan ini telah
menyebabkan banyak panggong wayang yang terdapat di bandar-bandartelah tutup. Pada zaman sekarang rakyat Malaysia boleh menonton filem di
televisyen atau melalui tayangan viedo. Oleh yang demikian pada hari ini,
panggong-panggong wayang hanya terdapat di bandar-bandar besar sahaja.
(v) Penduduk
Permintaan juga boleh dipengaruhi oleh saiz dan struktur pendudukdi sesebuah negara itu. Misalnya pada hari ini bilangan penduduk Malaysia
telah meningkat kepada lebih dari 27 juta (tahun 2010). Dengan kenaikan
bilangan penduduk yang ramai ini, kesan yang jelas kita dapat lihat ialahkenaikan permintaan ke atas sektor perumahan. Misalnya jika sebuah rumah
yang berharga RM47,000 pada tahun 1980, pada tahun 2009 rumah yang
sama tekah bernilai RM200,000. Kenaikan harga rumah ini adalahdisebabkan oleh keluk permintaan rumah telah bergerak ke kanan.
Bergitu juga perubahan struktur penduduk juga boleh mempengaruhi
permintaan sesuatu barang. Pada hari ini oleh sebab bilangan orang tua telah
-
7/29/2019 Permintaan mikroekonomi
28/28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4
Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya
www.drhamzaid.com
106
meningkat dengannya, maka permintaan ke atas perkhidmatan perubahan
telahpun meningkat. Ini dapat dilihat pada hari ini dengan wujudnya hospital-hospital swasta yang begitu cepat demi memenohi permintaan dari gulungan
ini. Dalam lain perkataan dengan kenaikan bilangan orang tua di Malaysia,
keluk permintaan perubatan telah bergerak ke kanan, dan oleh sebab pihak
kerajaan tidak dapat memenohi permintaan ini, maka sektor swasta akan
masuk ke pasaran dan menyediakan perkhidmatan ini.
(vi) Musim
Musim juga boleh mempengaruhi permintaan sesuatu barang. DiMalaysia, apabila datang musim hujan, kita akan melihat bahawa permintaan
ke atas payong telah meningkat. Ini bererti bahawa pada musim hujan
permintaan ke atas payong akan bergerak ke kanan. Selepas musim hujan,
permintaan ke atas payong akan menurun dan ini akan ditunjukkan olehpergerakan keluk permintaan ke atas paying bergerak ke kiri (seperti di
gambar rajah 2.8). Pengaruh faktor musim ini adalah jelas berlaku di negara-
negara Eropah, kerana negara-negara tersebut mengalami 4 musim dalamsetahun, iaitu musim sejok, bunga, daun luruh dan musim panas. Keempat-
empat musim ini akan memerlukan pakaian dan keperluan hidup yang ber-
beza-beza.