PERSARAAN
• Memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang seseorang anggota yang telah dicurahkan kepada Kerajaan dengan penuh taat setia, dedikasi dan amanah;
• Berbentuk suatu ikatan ke atas anggota-anggota agar mereka terus berkhidmat dengan Kerajaan;
• Memberi jaminan saraan hidup kepada anggota-anggota setelah mereka bersara dari perkhidmatan Kerajaan;
• Memberi saraan hidup kepada orang-orang tanggungan anggota-anggota yang telah meninggal dunia sama ada semasa di dalam perkhidmatan Kerajaan atau selepas mereka bersara; dan
• Mewujudkan suatu bentuk Skim Pampasan yang terbuka kepada anggota-anggota yang dikehendaki bersara atau meninggal dunia akibat mengalami kecederaan atau menghidap penyakit kerana terdedah kepada bahaya-bahaya tertentu ketika menjalankan tugas-tugas rasmi mereka.
SKIM PENCEN
Non-Contributory di Pihak Pekerja
Skim Pencen Keluarga
Ada Penyelarasan Pencen
Ada Kemudahan Rawatan Perubatan
Skim Pencen ‘TERBAIK’
BUKAN HAK MUTLAK
• Pencen, ganjaran atau faedah persaraan lain yang diperuntukkan di bawah undang-undang pencen bukanlah merupakan hak mutlak seseorang anggota. Seseorang anggota hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam undang-undang pencen untuk melayakkannya menerima faedah persaraan
•Akta Pencen 1980 (Akta 227)
•Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 (Akta 239)
Undang-Undang Berkaitan
•Undang-Undang Pencen •Perintah Am •Peraturan Perkhidmatan •Skim Perkhidmatan •Pekeliling Perkhidmatan •Surat Pekeliling Perkhidmatan •Arahan-Arahan Lain
TERTAKLUK KEPADA
• Seseorang anggota berpencen yang bersara atau dibersarakan dari jawatan (bukan meletak jawatan atau dibuang kerja)
• Kelayakan bagi mendapat faedah terbitan bagi kes kematian dalam perkhidmatan pula ialah anggota meninggal dunia, sekurang-kurangnya telah disahkan dalam perkhidmatan
KELAYAKAN MENDAPAT
FAEDAH PERSARAAN
Seorang pegawai
tetap
Telah disahkan
dalam jawatan
Tidak memilih
skim KWSP
Genap tempoh selama tidak
kurang daripada 3
tahun perkhidmatan
yang boleh dimasuk kira
Pegawai di mana terdapat
penyusunan semula organisasi
bagi maksud menghasilkan
lebih kecekapan boleh
dibersarakan dari perkhidmatan.
Seksyen 10(5)(c)
Akta 239
Persaraan Atas Sebab Penyusunan Semula
Organisasi
Pegawai di mana jawatan yang disandangnya
dihapuskan boleh dibersarakan dari
perkhidmatan.
Seksyen 10(5)(b) Akta 239
Persaraan Atas Sebab Penghapusan Jawatan
Pegawai yang kesihatannya
tidak memuaskan
boleh dibersarakan atas
sebab kesihatan
Seksyen 10 (5)(a) Akta 239
Persaraan Atas Sebab Kesihatan
Pada hari seseorang pegawai
mencapai umur 55/56/58/60 tahun
mengikut pelantikan/opsye
n umur bersara yang dipilih
Seksyen 10(1)
Akta 239
Persaraan Kerana Mencapai Umur
(55/56/58/60)
JENIS PERSARAAN - PAKSA
Pegawai yang dilantik pada atau selepas
12.04.1991 boleh dibersarakan jika terbukti mereka
memberi maklumat lisan/bertulis/bersumpa
h/dokumen secara palsu, silap, tidak
lengkap atau mengelirukan bagi
maksud pelantikan ke dalam perkhidmatan
awam.
Seksyen 10(5)(f) Akta 239
Persaraan Atas Sebab Memberi Maklumat Palsu Bagi Maksud Pelantikan Pegawai Ke Dalam
Perkhidmatan Kerajaan
Pegawai yang dilantik pada atau selepas
16.05.1986 boleh dibersarakan atas
sebab ini dan tidak akan dibayar faedah persaraan mengikut
seksyen 23A Akta 227
Seksyen 10 (5)(e) Akta 239
Persaraan Kerana Memperoleh Kewarganegaraan Asing Atau Dilucutkan Kewarganegaraan
Malaysia
Persaraan ini adalah bagi kes-kes di mana
seseorang pegawai telah ditamatkan
perkhidmatan demi kepentingan awam
(Penamatan di bawah Peraturan- Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatertib) 1993
Seksyen 10 (5)(d) Akta
239
Persaraan Atas Sebab Pekerjaan Pegawai Telah Ditamatkan Demi Kepentingan Awam
JENIS PERSARAAN - PAKSA
Seseorang pegawai disifatkan telah
bersara sekiranya pegawai berumur
kurang daripada 45 tahun bagi
perempuan atau 50 tahun bagi lelaki
yang dilantik oleh atau dengan
kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat
dalam mana-mana pertubuhan.
Seksyen 13 Akta 239
Persaraan Setelah Dilantik Untuk
Berkhidmat Dalam Pertubuhan
Seseorang pegawai berpencen boleh mengemukakan
permohonan persaraan pilihan
apabila atau selepas mencapai umur 40
tahun. Bagi maksud pemberian
faedah persaraan, pegawai hendaklah telah berkhidmat
sekurang-kurangnya 10
tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira
Seksyen 12(1) Akta 239
Persaraan Pilihan
Menteri boleh mengkehendaki
seseorang pegawai supaya bersara atas
kepentingan perkhidmatan
pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan pada
mana-mana peringkat umur
Seksyen 11(b) Akta 239
Persaraan Demi Kepentingan
Perkhidmatan Awam
Menteri boleh mengkehendaki
seseorang pegawai supaya bersara atas kepentingan negara
pada mana-mana peringkat umur
Seksyen 11 (a) Akta 239
Persaraan Atas Sebab Persaraan Atas Alasan Kepentingan Negara
PERSARAAN DENGAN KEHENDAK KERAJAAN DENGAN PERSETUJUAN ANGGOTA
PERSARAAN PILIHAN
(SEK.12,AKTA 239)
• Umur >40 tahun
• Tempoh perkhidmatan >10 tahun yang boleh kira
• Seksyen 9 Akta 239 melayakkan pemberian faedah persaraan
PEMBAYARAN PENCEN • Jika seorang pegawai dilantik
sebelum 12.4.1991, bila mencapai umur 45 tahun bagi: • Seorang pegawai perempuan; dan • Seorang pegawai perkhidmatan
Bomba berpangkat rendah dan ke bawah:
• Pada umur 50 tahun bagi pegawai lelaki selain di atas yang dilantik sebelum 12.4.1991.
• Bagi pegawai lelaki/perempuan dilantik pada/ selepas 12.4.1991, pencen bulanan akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.
PERMOHONAN DIKEMUKAKAN DALAM TEMPOH 9 BULAN DARI TARIKH BERSARA
(DOKUMENTASI)
• Surat permohonan bakal pesara dengan menyatakan sebab-sebab bersara.
• Surat sokongan Ketua Jabatan. • Pengesahan bebas tatatertib / mahkamah /
SPRM. • Laporan harta. • Pengesahan ikatan kontrak. • Satu salinan kenyataan perkhidmatan dan
cuti. • Salinan kad pengenalan awam • Borang JPA.BP.HRMIS01 (Urusan Persaraan
dan Pencen) - diisi dengan lengkap.
Permohonan dipertimbangkan jika ada sokongan KJ
Untuk jawatan kritikal – Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan persaraan tersebut tidak akan menjejaskan perjalanan perkhidmatan awam
Oleh sebab ianya satu kemudahan, kelulusan boleh ditarik balik sebelum berkuatkuasa tanpa sebarang sebab.
Jika kelulusan belum diperolehi:
- jangan tinggalkan perkhidmatan sebelum kelulusan
- Sekiranya anggota meninggalkan perkhidmatan tanpa sebarang cuti maka tindakan tatatertib boleh diambil.
PROSEDUR KELULUSAN
ASAS PERTIMBANGAN
Sekiranya kelulusan tidak diperolehi pada tarikh yang dipohon, tarikh baru yang difikirkan sesuai akan diberi.
Sekiranya kelulusan telah diperolehi dan tarikh persaraan belum berkuatkuasa, permohonan menarik balik Persaraan Pilihan hanya boleh dipertimbangkan jika mendapat sokongan Ketua Jabatan.
Sekiranya anggota tersebut sedang dalam tindakan tatatertib/ prosiding mahkamah yang boleh berkeputusan ianya dibuang kerja atau disabitkan kesalahan dan tarikh persaraan belum berkuatkuasa maka, surat kelulusan persaraan pilihan adalah terbatal dengan sendirinya. Adalah menjadi tanggung jawab Ketua Jabatan untuk memaklumkan kepada BSM dengan kadar segera.
## Notis perletakan jawatan tidak boleh ditukar dan digantikan dengan Persaraan Pilihan
Layak bagi pegawai yang telah disahkan dalam jawatan.
Keputusan persaraan atas sebab kesihatan adalah bergantung kepada keputusan Lembaga Perubatan
KEADAAN YANG BOLEH DIHADAPKAN K E LEMBAGA PERUBATAN
[PERINTAH AM BAB F (1974) ] & PP BIL.10/1995
• Semua cuti sakit tahunan telah habis dan masih tidak sihat
• Pegawai perubatan berpendapat tidak ada harapan sembuh
• Mengambil cuti 45 hari setahun, 3 tahun berturut-turut
• Kesiuman otak dan kesihatan tubuh badan diragui • Pegawai perubatan mengesahkan sakit tibi, kusta
atau barah. • Tercedera semasa bertugas dan bukan dengan
kecuaiannya.
Anggota berpencen yang bersara atau dibersarakan di bawah undang-undang pencen layak menerima faedah-faedah persaraan seperti:
Ganjaran Perkhidmatan
Pencen Perkhidmatan
Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
Kemudahan Rawatan Perubatan
Pemberian yang dibayar secara sekaligus
Formula pengiraan
7.5 % × jumlah genap bulan perkhidmatan yang dimasuk kira x gaji yang akhir diterima.
CONTOH: Tempoh Perkhidmatan = 380 bulan Gaji Akhir = RM3,396.14 sebulan Ganjaran = 7.5% × 380 bulan × RM3,396.14 = RM96,789.99
PENCEN YANG DIBAYAR KEPADA PESARA KERAJAAN MERUPAKAN PENCEN PEKERJAAN
(OCCUPATIONAL PENSION)
Kadarnya bergantung kepada:
- Tempoh Perkhidmatan yang boleh diambilkira; dan
- Gaji Hakiki yang terakhir
Formula pengiraan
1/600 × jumlah genap bulan perkhidmatan yang dimasuk kira × gaji yang akhir diterima
• Terhad kepada maksimum 360 bulan perkhidmatan (tertakluk kepada pencen
maksimum 3/5 daripada gaji akhir)
CONTOH: Tempoh Perkhidmatan = 380 bulan Gaji Akhir = RM3,396.14 Pencen =1/600 ×380 bulan ×RM3,396.14 = RM2,150.89 (Tertakluk kepada 3/5 gaji akhir) = RM2,037.68 sebulan
PERATURAN 3(1) (A) PERATURAN-PERATURAN PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUATKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1990
• Seseorang anggota yang mempunyai tempoh perkhidmatan selama 360 bulan atau lebih akan mendapat pencen maksimum terhad kepada 3/5 (60%) dari gaji hakiki yang akhir diterima.
PENCEN MAKSIMUM
• Bersara atas sebab kesihatan • Bersara atas sebab penswastaan agensi kerajaan • Pegawai berpencen yang meninggal dunia dalam
perkhidmatan yang kurang daripada 120 bulan (10 tahun)
PENCEN MINIMUM
MAKLUMAT UMUM MENGENAI PENCEN
(Amaun pencen tidak kurang dari 1/5 daripada gaji
terakhir)
MAKLUMAT UMUM MENGENAI PENCEN
Pencen akan dihentikan jika pesara:
1. Dijatuhkan hukuman penjara atau disabitkan hukuman mati.
(Seksyen 23 Akta 239)
Atau;
2. Memperoleh kewarganegaraan lain (berkuatkuasa ke atas anggota yang dilantik pada atau selepas 16.5.1986)
(Seksyen 23A Akta 239)
PEMBERHENTIAN PENCEN
Pemberian ganjaran dan pencen boleh ditarik balik, ditahan atau dikurangkan jika didapati pemberian itu adalah akibat daripada tidak mengetahui fakta-fakta yang sengaja disembunyikan yang boleh menyebabkan anggota itu dibuang kerja.
(Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990)
PENARIKAN, PENAHANAN DAN PENGURANGAN PENCEN
Pembayaran pencen boleh digantung selama mana tempoh pesara dilantik semula sebagai pegawai tetap dalam perkhidmatan awam
(Seksyen 26 Akta 239)
PENGGANTUNGAN PENCEN
PERTANYAAN & KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI :
ROHAYA ISMAIL
EKSEKUTIF KANAN (PENTADBIRAN
4150
NOOR AZIMA ABDUL RAHMAN
PEMBANTU TADBIR N22
5163
SITI AMIRA MUHAMAD
PEMBANTU TADBIR N19
5163
UNIT ELAUN, SARAAN DAN PRESTASI,
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,
JABATAN PENDAFTAR (KKL)