Download - Persediaan Guru Cemerlang
-
Oleh Pn. Hajah Serina bt Sauni
Pengetua Cemerlang JUSA C
-
Sediakan Profil Peribadi yang menjelaskan bidang tugas dan kedudukan anda di dalam carta organisasi sekolah.
Bidang Tugas
Akademik Kokurikulum Tugas-tugas
Khas CD Inovasi
-
Sediakan ringkasan Jadual Waktu tugas untuk 3 tahun kebelakangan
Contoh:
Sediakan dan pamerkan Fail Pengajaran dan Pembelajaran yang terbaik
Tahun Subjek Tingkatan
2007 BM 1
2008 BM 3
2009 BM 3 dan 4
-
Ketengahkan kaedah mengajar yang paling kerap digunakan, seperti berpusatkan pelajar, Cooperative Learning, Multiple Intelligences, integrasi ICT , contextual, masteri dan constructivism.
Nyatakan impak pendekatan dan strategi anda. Contohnya data keputusan pelajar yang dibantu dan data keputusan peperiksaan seperti PMR dan SPM.
-
Tunjukkan bahawa anda tahu pendekatan yang terbaik untuk pelajar anda dan kenapa.
Cuba sertakan penilaian atau soal-selidik pendekatan pengajaran anda.
Kajian juga boleh dimasukkan, terutamanya untuk menyatakan kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan.
-
Penglibatan anda seharusnya membayangkan peranan dan sumbangan anda
Nyatakan pencapaian
Sertakan laporan dan gambar sebagai dokumentasi
-
Senaraikan tugas-tugas khas yang dipertanggungjawabkan
Senaraikan sumbangan atau pencapaian
Sertakan dokumentasi seperti laporan, post-mortem dan gambar
-
Sertakan dokumentasi inovasi dalam bentuk CD
Sertakan inovasi seperti Suntikan Akhir, yang membantu atau memberi kesan positif berkaitan subjek yang diajar
-
Lampirkan surat pekeliling berkaitan persediaan buku pengajaran dan pembelajaran
Pastikan isi kandungan fail p&p mengikut senarai semak yang telah disediakan
-
Lampirkan senarai nama pelajar, markah peperiksaan, TOV, ETR
Pastikan Jadual Waktu, Sukatan Pelajaran, Rancangan Mengajar Tahunan yang tepat dilampirkan
-
Persediaan Penyampaian Penutup
Butir-butir am Pengetahuan lepas Isi pelajaran /kemahiran Objektif pelajaran Sumber pengajaran-pembelajaran Penerapan nilai
Set Induksi Perkembangan - Isi Perkembangan - Isi Pelajaran - kemahiran - Strategi pengajaran-pembelajaran - Penerapan nilai
Jenis dan cara penutup Aktiviti susulan Refleksi mesti bertulis tangan. Merupakan pemerhatian, penilaian atau penambaikan Pengubahsuaian rancangan
-
Persediaan Sebelum
Persediaan untuk Semasa P&P
Persediaan untuk Selepas P&P
-
Persediaan minda
Menyediakan sampel buku latihan, buku kerja, fail kursus atau portfolio pelajar yang telah disemak, dikemaskini dan yang terkini.
Pastikan komen yang diberikan adalah komen yang membina
-
Latihan kendiri (Rehearsal)
Sediakan rancangan mengajar harian
Sediakan pelajar berikan tajuk dan/atau soalan yang akan digunakan
Kawalan kelas kebersihan, disiplin dipastikan
Hafal nama pelajar
-
Mesti ada Set Induksi
Prosedur pengajaran dan pendekatan harus menepati objektif pembelajaran
Gunakan teknik menyoal yang berkesan dan jenis soalan yang menjana fikiran soalan terbuka (meliputi soalan mudah dan kompleks)
-
Buku Log Latihan dan bimbingan Mentor / Pengetua
Fail P&P semasa dan 2 tahun kebelakangan
Rekod markah subjek
Inovasi dan karya guru, CD
Contoh kerja pelajar, contoh latihan pelajar dari tidak baik ke cemerlang
Rekod bimbingan khas pelajar
-
Fail ko kurikulum, Disiplin
Pamerkan sijil, trophy, gambar, keratan surat khabar
Fail tugas-tugas khas, setiausaha PIBG,
Bukti penglibatan luar, MSSM, PSKPP, Toastmaster Club
Anugerah APC, pingat