Download - PERSEPSI PELAJAR CEMERLANG BIOLOGI TERHADAP
PERSEPSI PELAJAR CEMERLANG BIOLOGI TERHADAP KEPENTINGAN PENGGUNAAN VISUAL MELALUI
BUKU TEKS DALAM PEMBELAJARAN BIOLOGI
Wan Hanim Bt Wan Yahya @ Wan Abdullah
Master of Science (Learning Sciences)
2015
Pusat Khidmat MakJumat Akadem"k UNlVERsln MALAYSIA SARA\VA~
PERSEPSI PELAJAR CEMERLANG BIOLOGI TERHADAP KEPENTINGAN PENGGUNAAN VISUAL MELALUI BUKU TEKS
DALAM PEMBELAJARAN BIOLOGI
WAN HANIM BTWAN YAHYA @ WAN ABDULLAH
Projek yang dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat untuk mendapatkan Sarjana Sains di Fakulti Sains K~gnitif dan Pembangunan Manusia.
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
(2015)
Pusat Khidmat Maklumat Akademit UNIVERSm MALAYSIA SARA' VAK
EXCELLENT BIOLOGY STUDENTS' PERCEPTIONS ON THE IMPORTANCE OF VISUAL AIDS IN TEXT BOOK IN LEARNING BIOLOGY
WAN HANIM BT WAN Y AHY A @ WAN ABDULLAH
This project is submitted in partial fulfilment of the requirements for Master of Science
(Learning Sciences)
Faculty of Cognitive Sciences and Human Development UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
2015
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS Gred: A JUDUL : PERSEPSI PELAJAR CEMERLANG BIOLOGI TERHADAP
KEPENTINGAN PENGGUNAAN VISUAL MELALUI BUKU TEKS DALAM PEMBELAJARAN BIOLOGI
SESI PENGAJIAN : 2014/2015
Saya WAN HANIM BT WAN Y AHY A @ WAN ABDULLAH
mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
** sila tandakan (..J )
D (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT
kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
D (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh TERHAD
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
/o TIDAK TERHAD
(WAN HANIM BT W . Y AHYA @ W . ABDULLAH) (PROF MADYA DR
Alamat Tetap: SL 12, PRC GARDEN, JAL~N MA TANG-BA TV KA W A, 93250 KVCHING, SARA W AK
' )"'-o , {'t {,Tarikh : 05 JUN 2015 Tarikh: 5" J-------=~~~'/r---------
Catatan: *Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Jjazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda *Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD.
Projek bertajuk 'PERSEPSI PELAJAR CEMERLANG BIOLOGI TERHADAP KEPENTINGAN PENGGUNAAN VISUAL MELALUI BUKU TEKS DALAM PEMBELAJARAN BIOLOGI' telah disediakan oleh WAN HANIM BT WAN YAHYA @ WAN ABDULLAH dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Sarjana Sains ( Sains Pembelajaran)
Diterima untuk diperiksa oleh:
(PROF MADY A DR. HAS EE
Tarikh:
Gred
A
The project entitled 'EXCELLENT BIOLOGY STUDENTS' PERCEPTIONS ON THE IMPORTANCE OF VISUAL AIDS IN TEXT BOOK IN LEARNING BIOLOGY' was prepared by WAN HANIM BT WAN Y AHY A @ WAN ABDULLAH and submitted to the Faculty of Cognitive Sciences and Human Development in partial fulfillment of the requirements for a Master of Sc ience (Learning Sciences)
Received for examination by:
(ASSOC PROF DR HASBEE HJ USOP)
Date:
Gred
-----
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
Grade :
Please tick ('~)
Final Year Project Report D
Masters D PhD D
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the 5 day of June 2015 .
Student's Declaration:
I, WAN HANIM BT WAN YAHYA @ WAN ABDULLAH, 14030149, FACULTY OF COGNITIVE SCIENCES AND HUMAN DEVELOPMENT hereby declare that the work
entitled, PERSEPSI PELAJAR CEMERLANG BIOLOGI TERHADAP KEPENTINGAN PENGGUNAAN VISUAL MELALUI BUKU TEKS DALAM PEMBELAJARAN BIOLOGI is my original work. I have not copied from any other students' work or from any
other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.
5 June 2015 ..... Wan Hanim bt Wan Yahya @ Wan Abdullah (14030149)
Supervisor's Declaration:
J ASSOC. PROF. DR. HASBEE USOP hereby certifies that the work entitled, PERSEPSI PELAJAR CEMERLANG BIOLOGI TERHADAP KEPENTINGAN PENGGUNAAN VISUAL MELALUI BUKU TEKS DALAM PEMBELAJARAN BIOLOGI was prepared by
the above named student, and was submitted to the "FACULTY" as a * partial/full fulfillment for
the conferment of MASTER OF SCIENCE (LEARNING SCIENCES), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said dent's work
Received for examination by: ____ Date: -r-/~ / )-o/~f J
(Assoc. Prof. asbee Usop) """"""'=-___
I declare this Project/Thesis is classified as (Please tick (..J)) :
D CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
oRESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where research was done)*
Q]OPEN ACCESS
Validation ofProjectfIhesis
I therefore duly affirmed with free consent and willingness declared that this said Project/Thesis
shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abide interest and rights as follows:
• This Project/Thesis is the sole legal property of University Malaysia Sarawak (UNIMAS).
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitize the content to for the Local Content Database.
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.
• No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes sole property ofUNIMAS.
• This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except wit~ UNIMAS permIssIon.
Student's s ignature _-=L_0....;..tf_~_,-/ft,.__Jl._~_--_<,,--_ _
(5 June 2015) ( 'S/ Current Address:
SL 12, PRC GARDEN, JALAN MATANG-BATU KAWA, 93250 KUCHING, SARAWAK
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and
restriction.
[The instrument was duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
Supervisor's signature: ----7"'~~$O--
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat I1ahi kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya menyiapkan kajian
bertajuk Persepsi Pelajar Cemerlang Biologi Terhadap Penggunaan Visual melalui Buku Teks
dalam Pembelajaran Biologi ini mengikut masa yang telah ditetapkan. lusteru itu, setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Profesor Madya Dr Hasbee Usop yang telah
menyelia, membimbing serta memberi nasihat sepanjang menyiapkan penyelidikan ini . Selain itu,
ribuan terima kasih juga diucapkan kepada En. Mohd Hafizan bin Hashim kerana turut membantu
dalam menjayakan kajian ini . Tanpa bimbingan dan panduan yang diberikan, tidak mungkin saya
dapat menyiapkan kajian ini dengan sempurna.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada seluruh warga SMK Matang laya khasnya
Pengetua, rakan-rakan guru terutama Pn. Zalinah Kamsani dan pelajar-pelajar yang sentiasa
memberi kerjasama, bantuan dan dorongan sehingga kajian ini selesai . lutaan terima kasih turut
diucapkan kepada rakan seperjuangan di Universiti Malaysia Sarawak yang sentiasa memberi
semangat dan tunjuk ajar, semua informan yang terlibat dalam penyelidikan ini yang sangat
membantu sepanjang proses pengumpulan data dan seterusnya kepada pihak Kementerian
Pendidikan atas tawaran biasiswa yang diberikan.
Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada seluruh ahli keluarga,
terutama suami tercinta Mohamad Nadzrull Wahid dan anak-anak tersayang kerana terus kekal
berada di sisi memberi perangsang dan semangat sepanjang saya melengkapkan penulisan tesis
Inl.
Segala kerjasama, bantuan, dorongan, pengorbanan semua pihak sentiasa dikenang dan
amat saya hargai . Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas segala jasa dan budi kalian
semua. Wassalam.
Wan Hanim Wan Yahya @ Wan Abdullah lun 2015
Pusat Khidmat MakJumat AkademP UNIVERSm MALAVSIA S WJ\ a"_
KANDUNGAN
Halaman Penghargaan Kandungan 11
Senarai ladual lV
Abstrak lX
Senarai Rajah v
Abstract x
Bab 1 Pendahuluan 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Kajian 3 1.2 Penyataan Masalah 5 1.3 Objektif Kaj ian 6
1.3 .1 ObjektifUmum 6 1.3.2 Objektif Khusus 6
1.4 Soalan Kajian 7 1.5 Kepentingan Kajian 7 1.6 Batasan Kajian 8 1.7 Definisi Istilah 9
Bab2 Kajian Literatur 2.0 Pengenalan 13 2.1 Penggunaan Visual dalam Teori 14
Pembelajaran Kognitif 2.2 Kepentingan Penggunaan Visual Melalui 16
Buku Teks 2.3 Impak Penggunaan Visual dalam 18
Perribefajaran 2.4 Penggunaan Visual dalam Pembelajaran 20
Sains 2.5 Kesimpulan 22
Bab3 Kaedah Kajian 3.0 Pengenalan 23 3.1 Rekabentuk Kajian 23 3.2 Populasi, sampel dan persampelan 24 3.3 Instrumen Kajian 26 3.4 Prosedur Pengumpulan data 30 3.5 Teknik Penganalisaan data 31 3.6 Kesimpulan 32
ii
,...--....".-,----
Bab 4
Bab 5
Dapatan Kajian 4.0 Pengenalan 4.1 Profil Demografi Informan 4.2 Anal isis dan perbincangan soalan pembukaan 4.3 Soalan kajian 1 4.4 Soalan kajian 2 4.5 Soalan kajian 3 4.6 Kesimpulan
Perbincangan, Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan 5.0 Pengenalan 5.1 Perbincangan Hasil Kajian 5.2 Rumusan Kajian 5.3 Cadangan 5.4 Kesimpulan
Rujukan
Lampiran
Halaman
33 33 37 43 49 56 62
63 64 79 81 82
83
87
iii
SENARAI JADUAL
Jadual3.1 25
Taburan data bagi informan mengikut jantina dan sekolah.
Jadual3.2 27
Taburan item dalam soal selidik mengikut bahagian.
Jadual4.1 34
Taburan data mengenai maklumat latar belakang demografi informan.
Jadual4.2 35
Taburan informan mengikut Jantina
Jadual4.3 35
Taburan informan mengikut umur
Jadual4.4 36
Taburan informan mengikut sekolah menengah terakhir
Jadual4.5 37
Taburan informan mengikut gred Biologi dalam SPM 2014
iv
SENARAIRAJAH
Rajah 3.1 31
Langkah-Iangkah pengumpulan data
Rajah 4.1 43
Kepentingan penggunaan visual melalui buku teks dalam pembelajaran biologi
pelajar.
Rajah 4.2 44
Kepentingan penggunaan visual terhadap pembelajaran pelajar
Rajah 4.3 46
Kepentingan penggunaan visual terhadap minat pelajar
Rajah 4.4 47
Kepentingan penggunaan visual sebagai sumber rujukan pelajar
Rajah 4.5 49
Masalah yang di hadapi oleh pelajar dalam penggunaan bahan visual di dalam
buku teks Biologi .
Rajah 4.6 50
Masalah kualiti gambar dalam penggunaan bahan visual di dalam buku teks
Biologi
Rajah 4.7 51
Masalah saiz dalam penggunaan bahan visual di daJam buku teks Biologi
Rajah 4.8 52
Masalah peJabelan dalam penggunaan bahan visual di dalam buku teks BioJogi
Rajah 4.9 53
Masalah warna dalam penggunaan bahan visual di dalam buku teks Biologi
v
Rajah 4.10 54
Masalah pada keterangan teks dalam penggunaan bahan visual di dalam buku
teks Biologi.
Rajab 4.11 56
Jenis visual dalam buku teks membantu dalam meningkatkan kefahaman Biologi
pelajar
Rajah 4.12 57
Persepsi pelajar terhadap keberkesanan gambar foto dalam membantu
meningkatkan kefahaman Biologi pelajar
Rajah 4.13 59
Persepsi pelajar terhadap keberkesanan rajah dalam membantu meningkatkan
kefahaman Biologi peJajar
Rajah 4.14 61
Persepsi pelajar terhadap keberkesanan graf dalam meningkatkan kefahaman
Biologi pelajar
Rajah 5.1 64
Kepentingan penggunaan visual melalui buku teks dalam pembelajaran biologi
pelajar.
Rajah 5.2 65
Kepentingan penggunaan visual terhadap pembelajaran biologi pelajar
Rajah 5.3 66
Kepentingan penggunaan visual terhadap minat pelajar
Rajah 5.4 67
Kepentingan penggunaan visual sebagai sumber rujukan pelajar
vi
Rajah 5.5 68
Kepentingan penggunaan visual bagi tujuan pemerhatian pelajar
Rajah 5.6 69
Masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan bahan visual di dalam
buku teks Biologi
Rajah 5.7 70
Masalah kualiti gambar dalam penggunaan bahan visual di dalam buku teks
Biologi
Raj ah 5.8 71
Masalah saiz bahan visual dalam penggunaan bahan visual di dalam buku teks
Biologi
Rajah 5.9 72
Masalah pelabelan dalam penggunaan bahan visual di dalam buku teks Biologi
Rajah 5.10 73
Masalah bagi aspek warn a pada bahan visual di dalam buku teks Biologi
Rajah 5.11 74
Masalah berkaitan keterangan teks dalam penggunaan bahan visual di dalam
buku teks Biologi
Rajah 5.12 75
Jenis visual di dalam buku teks paling berkesan dalam membantu meningkatkan
kefahaman Biologi pelajar
Rajah 5.13. 76
Persepsi pelajar terhadap keberkesanan gambar foto dalam membantu
meningkatkan kefahaman Biologi pelajar
vii
77
78
Rajah 5.14.
Persepsi pelajar terhadap keberkesanan rajah dalam membantu meningkatkan
kefahaman Biologi pelajar
Rajah 5.15
Persepsi pelajar terhadap keberkesanan graf dalam membantumeningkatkan
kefahaman Biologi pelajar
viii
ABSTRAK
PERSEPSI PELAJAR CEMERLANG BIOLOGI TERHADAP KEPENTINGAN PENGGUNAAN VISUAL MELALUI BUKU TEKS DALAM PEMBELAJARAN
BIOLOGI
Wan Hanim Bt Wan Yahya @ Wan Abdullah
Tujuan umum kajian ini dijalankan adalah untuk menmJau persepsi pelajar-pelajar cemerlang Biologi terhadap kepentingan penggunaan visual melalui buku teks terhadap pembelajaran Biologi di peringkat sekolah menengah di Malaysia. Kajian telah dilaksanakan ke atas lapan orang informan yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang iaitu gred A+ dan gred A dalam subjek biologi pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang lepas. Lapan informan terbabit merupakan bekas pelajar bagi tiga buah sekolah di sekitar Daerah Padawan yang terdiri daripada SMK Matang Jaya, SMK Tunku Abdul Rahman dan SM Sains Kuching. Kaedah penyelidikan bagi kajian ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian kes dan menggunakan soal selidik terbuka sebagai instrumen mengumpul data. Dapatan kajian mendapati semua informan berpendapat bahawa penggunaan visual di dalam buku teks Biologi sangat membantu pelajar dalam memahami fakta dengan lebih baik. Selain itu, melalui bantuan visual seperti rajah, gambarfoto dan graf, terutama bagi visual yang berwarna turut dapat menarik minat serta perhatian pelajar untuk terus membaca maklumat (teks) dengan lebih lanjut. Hasil penyelidikan ini turut menunjukkan para informan telah memilih rajah dan graf sebagai bahan visual paling berkesan dalam membantu meningkatkan kefahaman Biologi pelajar. Kesimpulannya, melalui dapatan kajian ini, diharap dapat dimanafaatkan oleh semua pihak khasnya para pelajar serta guru agar proses pengajaran dan pembelajaran Biologi dapat berlaku dengan lebih berkesan. Seterusnya turut menjadi panduan dan sumber rujukan maklumat yang berguna kepada Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia, para pendidik dan penyeUdik lain yang berminat menjalankan kajian dalam bidang yang sarna.
ix
_---~-.J,..----__r----__==__---------- ------~----
ABSTRACT
EXCELLENT BIOLOGY STUDENTS' PERCEPTIONS ON THE IMPORTANCE OF VISUAL AIDS IN TEXT BOOK IN LEARNING BIOLOGY
Wan Hanim Bt Wan Yahya@ Wan Abdullah
This study aims to explore the excellent students' perceptions on the importance of visual
aids in the Biology textbooks in learning Biology as a subject in the selected secondary schools in
the state of Sarawak, Malaysia. This study was carried out on eight informants who achieved
excellent grades in their Biology paper that is grade A + and A in Siji/ Pelajaran Malaysia (SPM)
2014. The informants involved in this study are from three secondary schools. These schools are
Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul
Rahman dan Sekolah Menengah Sains Kuching in Pada11Jan District in the state of Sarawak,
Malaysia. This study employed a qualitative approach through case studies and open-ended
questionnaires for data collection purposes. The findings of this study indicates that, the use of
colourful illustrations in the Biology textbooks are very helpful in helping them in better
understanding the lesson contents besides it can help them to enhance their interests in reading
the textbooks. To teachers and students in secondary schools it is also hope that, the findings of
this research paper is ofgreat help to them in supporting teaching and learning activities in the
classrooms. To the Ministry ofEducation Malaysia, educators and future researchers it is hope
that this research finding may prOVide useful information to them to further research in the
related fie Ids.
x
BABI
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Sains merupakan satu bidang yang merangkumi beberapa elemen penting termasuklah
pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni yang amat membantu dalam
membentuk seseorang yang mampu membuat keputusan yang bijak bagi menyelesaikan
masalah dalam kehidupan harian. Selain itu, sains juga merupakan satu proses yang
mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah yang membolehkan murid memahami
alam sekeliling mereka. Melalui pengetahuan sams, pelajar dibimbing untuk
menghubungkaitkan fakta kepada konsep, mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu sedia
ada dan seterusnya mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian, (Spesifikasi
Kurikulum Biologi Tingkatan 5, 2013). Oleh sebab itu, pendedahan konsep sains penting bagi
merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan seramai mungkin pelajar aliran sains
mengikut nisbah 60:40 iaitu bagi setiap dua pelajar aliran sastera terdapat tiga peJajar aliran
sains untuk membantu Negara ke arah pembangunan dalam sains dan teknologi (Saradha dan
Nirmala Dewi, 2005).
Walau bagaimanapun, lanya amat sukar dikuasai di kalangan pelajar kerana ianya
melibatkan penyiasatan terhadap fenomena yang kompleks, abstrak dan tidak boleh dikaji
secara langsung,(Johari, Hasniza & Yusof, 2007). Malah menurut dapatan Cimer (2011); Lu
Wei Wang (2012), perkara ini turut menjadi salah satu faktor kepada penurunan minat pelajar
1
terhadap subjek sains serta menjelaskan berkaitan masalah pelajar yang sering mengasingkan
diri daripada penglibatan dalam subjek sains, (Kamisah, Zaraton & Lilia, 2007). Ketiadaan asas
yang kukuh dalam sains menyebabkan pelajar gagal untuk mengaplikasikan amalan saintifik
dalam kehidupan mereka seperti ketika membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Banyak kajian mendapati amalan saintifik seringkali diabaikan dalam membina
penyclesaian dalam kehidupan akibat kelemahan mereka menguasai konsep saintifik (Johari et
aI., 2007). Menurut Azean dan Zaidatun (2008), amalan sikap saintifik seperti belajar untuk
berfikir melalui penggunaan imej visual seperti rajah, gambar rajah, gambar dan graf mampu
mempertingkatkan pencapaian sains. Rentetan dapatan ini, lohari et al. (2007) telah
menyarankan agar kemampuan belajar melalui penggunaan visual perlu dipertingkatkan dalam
kalangan pelajar bagi membentuk seorang pelajar yang berupaya menerangkan fenomena
fizikal di persekitarannya secara mendalam. Amalan sikap saintifik yang haTUs diterapkan
kepada pel ajar adalah; I) pelajar-pelajar perlu mampu menerangkan perhubungan antara
pelbagai visual (contohnya, daripada bentuk 2D kepada 3D, graf kepada carta serta jadual
kepada histogram), 2) pelajar mampu menggunakan visual dan ciri-cirinya untuk menyokong
hujah, membina inferens dan membuat sesuatu ramalan terhadap fenomena yang diperhatikan,
3) memastikan pelajar mampu memilih visual dan menerangkan mengapa ianya penting bagi
sesuatu konteks.
SeJain daripada itu, lohari et aI., (2007) tUTUt !11endapati proses pembeJajaran amat
memerJukan kemampuan seseorang untuk memahami, mentafsir, menghubung dan membina •
orientasi antara pelbagai fenomena dan perwakilan visual seperti gambar, rajah, lakaran dan
simbol. MaJah kemampuan ini juga, amat diperlukan bagi mempelajari sesuatu melalui
pembacaan buku teks yang berasaskan gambaran maya yang lazimnya dalam paparan dua
dimensi . Perkara ini tUTUt disokong oleh NorAzean dan Zaidatun (2008) yang mendapati masih ,:,
ramai bersetuju bahawa gam~ar rajah mampu menyampaikan, menerangkan dan menghuraikan
2
makJumat tertentu yang sukar difahami. HasiJnya, perkara ini dapat merangsang dan
menggalakkan proses kognitif daJam kaJangan pelajar dan seterusnya membantu para peJajar
untuk memahami isi kandungan pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan.
1.1 Latar Belakang Kajian
Menurut Aszoura (2007), kebanyakan pelajar menganggap sams merupakan mata
pelajaran yang sukar untuk dipelajari dan kurang diminati . Melalui dapatan Cimer (2011),
terdapat banyak konsep atau tajuk daJam Biologi seperti, pengangkutan air di dalam tumbuhan,
sintesis protein, respirasi dan fotosintesis, mitosis dan meiosis, konsep pewarisan berdasarkan
Mendel, serta kejuruteraan genetik sukar difahami oleh pelajar di peringkat sekolah menengah.
Malah kajian yang dijalankan oleh Takkaya et aI., (2001) seperti yang dipetik dari Cimer
(201 1) turut menyokong perkara yang sarna. Begitu juga dengan dapatan oleh Maria dan
Roszelina (n.d.), pelajar menunjukkan kefahaman yang semakin berkurang terhadap tajuk-tajuk
osmosis seperti proses osmosis, pergerakan rawak molekul dan kepekatan larutan. Hal ini
mungkin berlaku kerana guru dan pelajar masih tidak dapat memahami dan "melihat" konsep
yang bersifat abstrak ini dengan baik. Perkara ini telah menyebabkan pelajar kurang
bermotivasi untuk mempelajari Biologi. Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran yang
berkesan adalah perIu bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaan serta pemahaman
mereka terhadap sesuatu konsep dan seterusnya memupuk minat peJajar terhadap sains.
Dalam hal yang berkaitan, terdapat kajian-kajian yang telah menunjukkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (multimedia) dapat mewujudkan
persekitaran pembelajaran baru dan kesan positif kepada pelajar, namun, dakwaan yang
menyatakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia adalah berkesan pada
hakikatnya, tidak menyeluruh kepada segenap lapisan pelajar termasuklah pelajar yang lemah
pencapaian akademik yang dilabelkan sebagai pelajar berisiko. Justeru, dapatan kajian tentang
3
penggunaan multimedia di dalam kelas adalah lebih baik berbanding kaedah tradisional ke atas
pencapaian dan sikap pelajar, hakikatnya masih lagi belum jelas dan tidak menyeluruh seperti
yang dinyatakan oleh kebanyakan dapatan kajian sebelum ini , (Azura, Zakaria, Hasan &
Bahaman, 2009). Malah, melalui kajian yang dijalankan oleh Johari dan Siti Norazlina (2010);
Zaidatun dan Lim (2010), mereka mendapati faktor kekurangan kemudahan peralatan komputer
terutama di sekolah luar bandar dan faktor masa sekiranya terlalu kerap menggunakan
komputer, silibus mata pelajaran tidak akan dapat dihabiskan seperti mana yang telah
dirancangkan juga menyebabkan guru mengehadkan penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Manakala Tay (2010) dalam kajiannya pula, menegaskan
bahawa buku teks adalah antara bahan pengajaran dan pembelajaran yang paling penting dan
senng digunakan sebagai sumber pemerolehan ilmu pengetahuan. Tambah beliau, dalam
konteks pendidikan di Malaysia, buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas
utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang dalam pelaksanaan
kemahiran bersepadu sekolah rendah (KBSR) mahupun di sekolah menengah (KBSM). Bukan
itu saja, dapatan dari Tay (2010) yang turut menunjukkan guru, murid, ibu bapa dan pegawai
Kementerian Pendidikan Malaysia berpendapat bahawa buku teks membantu murid dalam
persediaan menghadapi peperiksaan. Mereka juga berpendapat bahawa buku teks digunakan
untuk memahami pengajaran guru, membuat kerja rumah dan sebagai sumber rujukan utama
peperiksaan.
Selain daripada itu, dengan merujuk kepada bahagian pendahuluan Buku Teks Biologi
KBSM Tingkatan 5, penulis buku teks turut menyediakan gambar foto yang berkaitan dengan
kandungan bab dan disertai dengan soalan induksi untuk mencetus minda murid. Selain itu,
kandungan buku teks juga dilengkapkan dengan gambar foto yang menarik serta diselitkan
dengan ciri-ciri seperti Sudut info, Bio akses. Ringkasan serta Aplikasi Biologi bagi menarik
minat pelajar menggunakannya. Bahkan menurut Bahagian Buku Teks, Jabatan Sekolah (2008)
4
Pusat Khidm . UN
seperti yang dipetik dari Tay (2010), telah menyimpulkan beberapa peranan buku teks sebagai
menyarnpaikan maklumat mata pelajaran, memberi pengalaman sosialisasi yang sarna bagi
mengintegrasikan masyarakat, menyediakan bahan fizikal kepada masyarakat untuk kenai
kurikulum, sekolah dan bilik darjah, serta memastikan keseragaman pelaksanaan kurikulum
bagi seluruh pelajar sekolah di bawah kerajaan Malaysia. Oleh sebab demikian, penyelidik
lebih berminat dalam mengkaji kepentingan penggunaan visual di dalam buku teks sebagai
sumber pengajaran dan pembelajaran berbanding penggunaan visual melalui bahan
pembelajaran yang lain.
1.2 Pernyataan Masalah
Melalui pemerhatian dan pengalaman penyelidik mengajar subjek Sains dan Biologi
selama lapan tahun, keadaan yang sentiasa menjadi perhatian sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran Biologi di sekolah adalah masih rarnai pelajar yang kurang memanfaatkan
bahan visual dalam buku teks seperti rajah, gambar foto dan graf sebagai sumber maklumat
utama yang dapat membantu mereka untuk lebih memahami sesuatu isi pelajaran. Malah, kesan
dari kurangnya mengaplikasi sikap saintifik ketika pembelajaran sains di sekolah,
menyebabkan pelajar kurang memahami konsep pembelajaran dan mudah lupa dengan apa
yang telah mereka pelajari . Perkara ini tUTUt disokong oleh Maria & Roszelina (n.d) yang
menjelaskan apabila terdapat pelajar yang mempersoalkan bagaimana pergerakan air dari
kawasan yang berkepekatan air yang tinggi ke kawasan berkepekatan air yang rendah di dalam
proses osmosis, didapati pelajar menghadapi masalah dalam memahami konsep osmosis
tersebut disebabkan guru hanya menyampaikan pengetahuan tersebut dalam bentuk syarahan.
Malah, konsep abstrak ini turut diajar dengan menggunakan pendekatan orientasi peperiksaan
iaitu melalui hafalan tanpa memberi penekanan kepada pelajar untuk memahami konsep
osmosis itu sendiri terlebih dahulu. Ketidakfahaman ini menunjukkan bahawa pelajar sains ini
tidak dapat membina perwakilan mental terhadap konsep abstrak sains tersebut.
5
Seterusnya, di Malaysia, penyelidikan yang telah dibuat berkaitan penggunaan visual
sebagai bahan bantu pembelajaran telah mula dijalankan secara meluas dari pelbagai bidang.
Narnun demikian, kajian-kajian tersebut tidak tertumpu kepada penggunaan visual di dalam
buku teks. Bahkan am at sedikit kajian berkaitan penggunaan visual dijalankan khusus
berkenaan subjek Biologi. Sebaliknya, kajian-kajian yang dilaksanakan oleh penyelidik seperti
Ahmad Nazir (2006) seperti dipetik dari Lu Wei Wang (2012); lohari et aI., (2007); Lee
(201 2); Widad dan Lee (2004) lebih tertumpu kepada bidang teknikal dan matematik. Oleh
yang demikian, fokus penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar-pelajar
cemerlang Biologi terhadap kepentingan penggunaan visual melalui buku teks terhadap
pembelajaran Biologi di peringkat sekolah menengah di Malaysia.
1.3 Objektif Penyelidikan
1.3.10bjektifUmum
Kajian ini dijalankan bagi memnJau persepsi pelajar cemerlang biologi terhadap
kepentingan penggunaan visual melalui buku teks dalam pembelajaran Biologi.
1.3.2 Objektif Khusus
I. Mengkaji kepentingan penggunaan visual melalui buku teks dalam pembelajaran
Biologi pelajar.
2. Mengenal pasti kekurangan atau kelemahan.visual dalam buku teks Biologi
sepanjang pelajar menggunakan buku tersebut.
3. Mengenal pasti jenis visual dalam buku teks paling berkesan dalam meningkatkan
kefahaman Biologi pelajar.
6