PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP MAKANAN
BERLOGO HALAL
SAHILAH BINTI MOHD RODZI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP MAKANAN
BERLOGO HALAL
SAHILAH BINTI MOHD RODZI
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
( Pengajian Islam )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Maha Suci Allah dan segala pujian hanya untukNya, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih,
Dengan RedhaNya Atas Segala ketentuanku, Selawat dan Salam Buat Junjungan Mulia,
Nabi Muhammad s.a.w, Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia,
Dari Kegelapan Kepada Cahaya.
Kajian ini didedikasikan khas buat insan-insan yang banyak membantu, memberi semangat dan dorongan yang tidak terhingga…
Ayahanda & Bonda...
Mohd Rodzi Hj Abdullah & Rosnani Hj Saad Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu,
Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu Tidak akan kulupakan
Menjadi kekuatan dan semangatku... Untuk menuju puncak kejayaan
Buat adik-beradikku yang dikasihi.. Perjalanan kita masih jauh…..Berjuanglah hingga ke akhir hayat
Agar kebahagiaan di akhir noktahnya Semoga keakraban kita kekal selamanya
Buat Pensyarah-pensyarah PPIPS dan Fakulti Pendidikan yang disanjungi Terima kasih atas bimbingan dan didikan
Nasihat dan teguran kalian akan aku jadikan pedoman buat bekalan di masa hadapan..
Buat Sahabat-sahabat seperjuangan
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga... Atas jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian
Segala suka duka kita bersama Pahit manis kita lalui
Tak mungkin kulupakan Dan moga Rahmat Ilahi
Sentiasa mengiringi kehidupan kita
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w.,
ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi’in, tabi’-tabi’in serta seluruh umat Islam
sekalian. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya, laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dengan
sempurna.
Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abdul
Basit selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing, mendorong dan
memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian
Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan
sokongan. Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu
menyumbangkan idea dan bahan sampingan.
Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan
mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan hasil kajian ini
memberi manfaat kepada semua pembaca.
v
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar tahun tiga Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap makanan berlogo halal. Selain
itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti pandangan pelajar berkaitan faktor-
faktor yang diberi penekanan dalam pemilihan makanan serta kepentingan pemilihan
makanan berlogo halal. Seramai 112 orang responden dalam kalangan pelajar tahun
tiga Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor telah terlibat dalam kajian ini. Set soal
selidik mengandungi 30 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara
deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan
perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 15.0. Nilai
kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α = 0.817. Analisis data dinyatakan dalam
bentuk jadual. Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberi
persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan
persepsi pelajar terhadap makanan berlogo halal adalah tinggi dengan nilai min 4.41.
Manakala min bagi faktor-faktor yang diberi penekanan dalam pemilihan makanan
adalah 4.10 dan min bagi kepentingan pemilihan makanan berlogo halal ialah 4.69.
Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu
untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut
dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to investigate the perceptions of third year
students’ in educational faculty, University Technology of Malaysia on “halal”
labeled food. Besides that, the aims of this research are also to identify students’
perceptions on the factors of foods selection and the importance of choosing halal
labeled food. 112 Muslim students from third year, Faculty of Education, UTM were
used as the respondents. A set of questionnaire which contained 30 items was
distributed to the respondents and was analyzed descriptively to obtain the
frequency, percentage and mean using by Statistical Package for Social Science
(SPSS) version 15.0 software. The validity value of the research instrument was α=
0.817. The data analysis is shown in tables. Overall, findings from the study showed
that the respondents provided positive perception towards the aspects of the study.
Research shows that result of the students’ perception towards halal labeled food is
high with mean 4.41. While, mean of the students’ perception towards the factors of
food selection is 4.10 and the mean of the importance of halal’s food label selection
is 4.69. At the end of the study, the researcher had proposed several suggestions to
the related parties to ensure full attention was paid towards the studied problems.
Suggestions for further research were also being proposed for further research in the
future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI GAMBAR xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI SIMBOL xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Persepsi 10
1.8.2 Pelajar 10
1.8.3 Makanan 10
1.8.4 Logo 10
1.8.5 Halal 11
1.9 Penutup 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Latar Belakang Logo Halal 13
2.3 Peranan Sijil Dan Logo Halal 20
2.4 Prosedur Permohonan Sijil dan Logo Halal
JAKIM
21
2.4.1 Pemohon Yang Layak 21
2.4.2 Syarat-Syarat Pemohon 22
2.4.2.1 Syarikat Pengeluar/Rumah
Sembelihan/Premis Makanan
22
2.4.2.2 Yuran Pensijilan 22
2.4.3 Syarat Penggunaan Sijil
Pengesahan Halal Dan Logo Halal
24
2.5 Isu-Isu Berkaitan Dengan Logo Halal 25
2.6 Faktor-Faktor Yang Diberi Penekanan Dalam
Pemilihan Makanan
28
2.6.1 Logo Halal 28
2.6.2 Kandungan Makanan 29
2.6.3 Harga 32
2.6.4 Jenama 32
2.6.5 Minat 32
2.6.6 Suci Dan Bersih 33
ix
2.6.7 Sistem Piawaian 33
2.6.8 Panduan Dalam Pemilihan
Makanan Halal
34
2.7 Kepentingan Pemilihan Makanan Halal 35
2.7.1 Mengembangkan Nilai-Nilai
Kerohanian
35
2.7.2 Dapat Beribadah Dengan Sempurna 36
2.7.3 Dimakbulkan Doa Oleh Allah 37
2.7.4 Menghindarkan Diri Dari Penyakit 38
2.7.5 Mudah Untuk Melakukan Amalan-
Amalan Kebaikan
39
2.7.6 Terhindar Dari Melakukan Maksiat 41
2.8 Kajian Lepas 41
2.9 Penutup 44
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 45
3.2 Rekabentuk Kajian 45
3.3 Tempat Kajian 46
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 46
3.5 Instrumen Kajian 47
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 47
3.5.1.1 Soal Selidik 47
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 49
3.6 Analisis Data 50
3.7 Prosedur Kajian 52
3.8 Kajian Rintis 52
3.9 Kajian Sebenar 53
3.10 Jangka Masa Kajian 54
3.11 Penutup 54
x
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 55
4.2 Analisis Data Bahagian A 55
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut
Umur
56
4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut
Jantina
56
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut
Kursus
57
4.2.4 Latar Belakang Responden
Mengikut Sekolah
58
4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut
Kelayakan
59
4.3 Analisis Data Bahagian B 59
4.4 Analisis Data Bahagian C 65
4.5 Analisis Data Bahagian D 71
4.6 Analisis Keseluruhan 75
4.7 Penutup 83
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 84
5.2 Perbincangan 84
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang
Responden
85
5.2.2 Mengenalpasti Persepsi Pelajar
Terhadap Makanan Berlogo Halal
86
5.2.3 Mengenalpasti Persepsi Pelajar
Terhadap Faktor-Faktor Yang Diberi
Penekanan Dalam Pemilihan Makanan
89
xi
5.2.4 Mengenalpasti Kepentingan Pemilihan
Makanan Berlogo Halal
92
5.3 Rumusan 94
5.3.1 Rumusan Mengenalpasti Persepsi
Pelajar Terhadap Makanan Berlogo
Halal
94
5.3.2 Rumusan Mengenalpasti Persepsi
Pelajar Terhadap Faktor-Faktor Yang
Diberi Penekanan Dalam Pemilihan
Makanan
94
5.3.3 Rumusan Mengenalpasti Kepentingan
Pemilihan Makanan Berlogo Halal
95
5.4 Cadangan 95
5.4.1 Universiti Teknologi Malaysia 95
5.4.2 Pusat Pengajian Islam dan
Pembangunan Sosial (PPIPS)
96
5.4.3 Jabatan Agama Islam Malaysia
(JAKIM)
96
5.4.4 Kementerian Penerangan Dan Penyiaran 97
5.4.5 Kementerian Pelajaran Malaysia 97
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 97
5.6 Penutup 98
BIBLIOGRAFI 99
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Yuran Industri bagi tempoh 2 tahun 23
2.2 Ciri-ciri Industri 23
2.3 Kadar yuran rumah sembelihan mengikut saiz
premis bagi tempoh 2 tahun
23
2.4 Saiz premis rumah sembelihan 24
3.1 Jumlah Populasi mengikut Kursus 46
3.2 Pengkelasan nombor dalam skala Likert 49
3.3 Klasifikasi item berdasarkan objektif kajian 49
3.4 Skala pemeringkatan likert untuk min 51
3.5 Nilai skor min 51
4.1 Taburan responden mengikut umur 56
4.2 Taburan responden mengikut jantina 56
4.3 Taburan responden mengikut kursus 57
4.4 Taburan responden mengikut sekolah 58
4.5 Taburan responden mengikut kelayakan 59
4.6 Taburan skor min bagi item satu 60
4.7 Taburan skor min bagi item dua 60
4.8 Taburan skor min bagi item tiga 61
4.9 Taburan skor min bagi item empat 61
4.10 Taburan skor min bagi item lima 62
xiii
4.11 Taburan skor min bagi item enam 62
4.12 Taburan skor min bagi item tujuh 63
4.13 Taburan skor min bagi item lapan 63
4.14 Taburan skor min bagi item sembilan 64
4.15 Taburan skor min bagi item sepuluh 64
4.16 Taburan skor min bagi item sebelas 65
4.17 Taburan skor min bagi item dua belas 65
4.18 Taburan skor min bagi item tiga belas 66
4.19 Taburan skor min bagi item empat belas 66
4.20 Taburan skor min bagi item lima belas 67
4.21 Taburan skor min bagi item enam belas 67
4.22 Taburan skor min bagi item tujuh belas 68
4.23 Taburan skor min bagi item lapan belas 68
4.24 Taburan skor min bagi item sembilan belas 69
4.25 Taburan skor min bagi item dua puluh 69
4.26 Taburan skor min bagi item dua puluh satu 70
4.27 Taburan skor min bagi item dua puluh dua 70
4.28 Taburan skor min bagi item dua puluh tiga 71
4.29 Taburan skor min bagi item dua puluh empat 72
4.30 Taburan skor min bagi item dua puluh lima 72
4.31 Taburan skor min bagi item dua puluh enam 73
4.32 Taburan skor min bagi item dua puluh tujuh 73
4.33 Taburan skor min bagi item dua puluh lapan 74
4.34 Taburan skor min bagi item dua puluh sembilan 74
4.35 Taburan skor min bagi item tiga puluh 75
4.36 Rumusan dapatan kajian untuk mengenalpasti
persepsi pelajar terhadap makanan berlogo halal
75
4.37 Rumusan dapatan kajian untuk mengenalpasti
persepsi pelajar terhadap faktor-faktor yang
diberi penekanan dalam pemilihan makanan
78
4.38 Rumusan dapatan kajian untuk mengenalpasti
kepentingan pemilihan makanan berlogo halal
81
xiv
SENARAI GAMBAR
NO. GAMBAR TAJUK HALAMAN
2.1 Logo Halal JAKIM 17
2.2 Logo Halal JAIN/MAIN 18
xv
SENARAI SINGKATAN
Bil Bilangan
FP Fakulti Pendidikan
FPPSM Fakulti Pembangunan Dan Pengurusan Sumber Manusia
HDC Halal Industry Development Corporation
JAIP Jabatan Agama Islam Negeri
JAKIM Jabatan Agama Islam Malaysia
KPDNHEP Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
KS Kurang Setuju
MAIP Majlis Agama Islam Negeri
MS Malaysian Standard
PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
PPIM Persatuan Pengguna Islam Malaysia
S Setuju
s.a.w sallallahu alaihi wasallam
S.W.T Subhanahu Wa Taala
SPA Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Awam
SPC Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kimia
SPE Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kejuruteraan Elektrik
SPF Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik
SPH Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kemahiran Hidup
SPI Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Pengajian Islam
SPJ Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kejuruteraan Jentera
SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Kimia
SPL Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Bahasa Inggeris
SPM Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik
xvi
SPN Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains
SPP Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik
SPS Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains Sukan
SPT Sarjana Muda Sains dan Komputer serta PendidikanMatematik
SPSS Statistical Package of Social Science
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
SWT Subhanahu Wa Ta’ala
TS Tidak Setuju
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
UM Universiti Malaya
UTM Universiti Teknologi Malaysia
YAB Yang Amat Berhormat
xvii
SENARAI SIMBOL
a = Alpha
% = Peratus
r = Regresi
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Memohon Senarai Bilangan Pelajar Bumiputra Tahun Tiga
(Fakulti Pendidikan)
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dunia kini semakin pesat dengan pelbagai kemudahan dan kemajuan
teknologi. Seiring dengan itu, pelbagai barangan telah diperkenalkan untuk
kemudahan dan kesenangan setiap manusia dalam menjalani kehidupan harian.
Walau bagaimanapun tidak semua barangan yang diperkenalkan dapat digunapakai
oleh setiap manusia.
Isu kesucian sesuatu produk atau perkhidmatan adalah sensitif kepada
masyarakat Islam. Bagi umat Islam, sebarang isu berkaitan dengan persoalan halal
dan haram adalah perlu diberi perhatian secara serius. Oleh kerana kepercayaan
Islam dibentuk oleh ajaran Islam itu sendiri, maka tiada apa pun yang boleh
dipandang remeh (Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 2006 : 5).
Islam telah menetapkan supaya setiap umatnya memakan makanan halal
sahaja. Ini dijelaskan dari firman Allah iaitu:
2
ÏN≡ uθäÜ äz (#θãèÎ6 ®K s? $Y7 Íh‹ sÛ Wξ≈ n=ym ÇÚ ö‘ F{ $# ’ Îû $£ϑÏΒ (#θè=ä. â¨$ ¨Ζ9 $# $yγ •ƒ r'̄≈ tƒŸωuρ
î⎦⎫ Î7 •Β Aρ߉tã öΝ ä3 s9 … çμ ¯ΡÎ) 4 Ç⎯≈ sÜ ø‹ ¤±9 $#∩⊇∉∇∪
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada
di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah
syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang
nyata bagi kamu”.
( Surah al-Baqarah 2:168 )
Sehubungan itu, pemilihan makanan halal dan baik perlu diambil berat oleh
setiap umat Islam. Ini bertujuan memastikan makanan yang digunakan itu tidak
memudaratkan manusia itu sendiri. Selain itu, setiap makanan yang dipilih juga
perlu dijamin bersih dan suci mengikut hukum syarak (Utusan Malaysia, 5 Mei
2008).
1.2 Latar Belakang Masalah Isu tentang produk dan makanan halal sering kali didengar pada masa kini
dan menimbulkan pelbagai masalah kerana Islam hanya membenarkan umatnya
untuk memilih, memakan dan melakukan perkara yang baik dan dibenarkan sahaja.
Firman Allah:
(#θè=ä. uρΟçFΡ r& ü“Ï% ©!$# (#θà) ¨?$# uρ 4 $Y7 Íh‹ sÛ Wξ≈ n=ym ãΝ ä3 x%y—u‘ $£ϑÏΒ©!$# ª!$#
šχθãΖÏΒ÷σ ãΒ ⎯ Ïμ Î/ ∩∇∇∪
Maksudnya: “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan
Allah kepada kamu, Iaitu yang halal lagi baik, dan
bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu
beriman”.
( Surah al-Maidah 5 : 88 )
3
Dalam ayat di atas jelas menunjukkan Islam hanya membenarkan umatnya
memilih dan memakan makanan yang halal dan baik sahaja.
Umat Islam dituntut mengikut syariah Islam yang telah mengatur kehidupan
manusia ini dengan lengkap dan sempurna. Melengkapi segala aspek kehidupan
manusia sehinggalah kepada pemilihan makanan untuk manusia itu sendiri juga perlu
berlandaskan syariat al-Quran dan al-Sunnah.
Prinsip halal adalah salah satu perkara yang sangat dititikberatkan dalam
pemilihan makanan mengikut syariah Islam. Prinsip halal ini secara umumnya
melibatkan dua perkara. Pertamanya, bagaimana sesuatu benda itu diperolehi dan
kedua adakah zat atau barangan itu sendiri halal atau sebaliknya dari segi syariat
Islam (Utusan Malaysia, 5 Mei 2008).
Keprihatinan pengguna Islam memilih barangan yang halal, bersih dan suci
kini semakin terserlah. Oleh kerana itu, perkataan 'Halal', tidak kira bagaimana
bentuknya samada dalam jawi atau rumi, mempunyai tarikan terutama kepada
pengguna-pengguna beragama Islam. Bagaimanapun, peniaga-peniaga bukan Islam
nampaknya mendapat formula mudah untuk menarik pelanggan Islam, iaitu hanya
dengan meletakkan tanda tersebut di premis mereka. Taktik tersebut ternyata
berkesan. Kedai makan yang mempunyai tanda 'Ditanggung Halal', dikunjungi
ramai oleh pembeli dan pengguna Islam. Tidak menghairankan sekiranya logo halal
tersebut ditampal dan dipamerkan di merata tempat, baik di restoran eksklusif,
mahupun di warung di tepi jalan (http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel)
Logo halal sebenarnya adalah ‘lesen’ besar kepada pengusaha makanan.
Pernah dilaporkan seorang pengusaha kuih bulan yang menggunakan logo halal pada
makanan itu membuat keuntungan RM16 juta setahun, bagaimanapun selepas status
logo berkenaan dipertikaikan, perniagaannya merosot 75 peratus. Dalam
keghairahan pengusaha makanan berlumba-lumba mempromosikan produk halal,
pasti wujud kepincangan (http://produkhalal.wordpress.com/).
4
Utusan Malaysia, 6 Februari 2009 menyatakan bahawa kopitiam atau kedai
kopi yang diusahakan oleh masyarakat cina semakin mendapat tempat di kalangan
sesetengah penduduk Islam di negara ini. Persoalannya sebagai seoarang muslim,
adakah diteliti terlebih dahulu status halal makanan dan minuman yang dimasukkan
ke mulut? Kelihatannya dewasa ini tidak ramai yang mengambil berat tentang
persoalan tersebut. Mungkin yang penting bagi mereka ialah apa yang dimakan
mengenyangkan dan menyelerakan. Tindakan sesetengah pengusaha kopitiam
menggaji pekerja Islam di premis mereka adalah suatu usaha yang patut dipuji tetapi
ia belum menjamin aspek halal yang dituntut dalam Islam. Mereka seharusnya
prihatin dengan keperluan umat Islam untuk mendapatkan makanan halal lagi suci.
Bermula daripada kopi yang disajikan sehinggalah kepada aspek kebersihan pinggan
mangkuk perlu selari dengan kehendak syarak. Begitu juga dengan barangan seperti
mee, daging salai, rempah-ratus dan lain-lain yang diimport daripada luar Negara
seperti Taiwan, Hong Kong dan China turut diragui kehalalannya (Utusan Malaysia,
6 Februari 2009).
Lebih membimbangkan lagi apabila logo halal Jabatan Agama Islam
Malaysia (JAKIM) ‘tiruan’ digunakan dengan meluas semata-mata untuk melariskan
barangan dan mengaburi mata pengguna Islam yang tidak prihatin. Pengusaha
kopitiam seharusnya mendapatkan pengikhtirafan sijil halal daripada JAKIM
mahupun Majlis Agama Islam Negeri sebagai usaha untuk menarik lebih ramai
pelanggan Islam ke permis mereka. Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan
serius memandangkan di sesetengah kopitiam, 70 peratus pengunjung adalah
penganut Islam (Utusan Malaysia, 6 Februari 2009).
Selain daripada itu, perkara lain berkaitan dengan hal ehwal Islam ialah
dikaitkan dengan ketidakseragaman, penganugerahan logo halal. Ini kerana selain
logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis
Agama Islam Negeri-Negeri juga berkuasa untuk mengeluarkan label halal untuk
digunakan pada produk atau sesebuah premis (Abdul Malek Hussin, 1998:14). Ini
menimbulkan kekeliruan kepada pengguna Islam dan terdapat juga pihak-pihak
tertentu yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan singkat dengan meniru logo
halal dan meletakkan pada premis atau produk mereka (Siti Rosni Mad Hashim,
5
2007:15). Selain kedua-dua logo itu, terdapat juga pengeluar produk makanan yang
mengeluarkan logo halal mereka sendiri, tidak kurang juga restoran-restoran yang
mempamerkan perkataan seperti Bismillah menandakan makanan yang mereka jual
adalah halal (Utusan Malaysia, 14 Februari 2003).
Penggunaan tanda `Halal' atau `Ditanggung Halal' merupakan petunjuk
keseluruhan hasil keluaran premis pembuatan, penyediaan dan penjualan adalah halal
untuk orang Islam. Penggunaan petunjuk yang menandakan sesuatu hasil itu halal
tertakluk di bawah Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasan Halal) 1975
dan Perintah Dagangan (Penanda Makanan), 1975. Penandaan makanan dengan logo
halal dapat meyakinkan pengguna Islam terhadap produk makanan yang ingin dibeli.
Sungguhpun begitu, penyelewengan sesetengah pengusaha makanan terhadap
penggunaan logo halal bertujuan menarik perhatian pengguna dan melariskan jualan
mereka kepada pengguna Islam semakin berleluasa. Akibatnya kepercayaan umat
Islam terhadap pihak yang berkuasa semakin berkurangan dengan tindakan-tindakan
yang tidak diambil dengan sewajarnya. Di samping itu juga, lambakan makanan
import daripada luar negara banyak terdapat di pasaran sama ada dari segi produk
makanan yang telah diproses atau belum. Ia termasuklah daging yang diimport,
makanan dalam tin atau makanan yang telah diproses seperti daging burger, sosej
dan sebagainya (Siti Rosni, 2007:3).
Pada tahun 2004, terdapat satu kes yang melibatkan isu logo halal yang mana
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesan lemak dan daging babi dalam
produk keluaran beberapa syarikat pengeluar kuih bulan, walaupun tertera logo
‘Halal’ dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada bungkusannya.
Penyelaras Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata pihaknya mendapati
perkara itu selepas menjalankan siasatan berdasarkan aduan pengguna Islam yang
meragui kesahihan logo berkenaan. Katanya, hasil pemeriksaan di beberapa pasar
raya terkemuka di ibu kota mendapati kuih bulan yang mempunyai tanda halal turut
dijual bersama kuih bulan berinti daging babi. Siasatan juga mendapati, syarikat
pengeluar mulanya memohon sijil dan logo halal daripada JAKIM untuk
mengeluarkan dua atau tiga produk kuih bulan halal, tetapi mencampuradukkan
pelbagai bahan tidak halal seperti minyak, daging dan lemak babi untuk
6
menghasilkan beberapa kuih bulan perisa lain sebelum memasarkannya
menggunakan logo halal (Berita Harian, 30 September, 2004).
Selain daripada itu, masyarakat Islam di negara ini juga gempar apabila
media mendedahkan dua kilang pengeluar sosej menggunakan sarung kulit sosej
daripada usus babi diserbu dan diarah tutup selama dua minggu berkuat kuasa serta
merta. Kedua-dua tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983
kerana tidak menjaga kebersihan dan Seksyen 15 Akta Perihal Dagangan 1952
membabitkan penggunaan sijil halal yang tamat tempoh (Berita Harian, 15 Mac
2005). Sebelum ini, media pernah memaparkan pelbagai taktik digunakan
pengusaha makanan bukan Islam cuba menarik pelanggan Islam mengunjungi premis
mereka termasuk meletakkan ayat suci al-Quran di dalam premis dan mengupah
pekerja asing memakai pakaian berimej Muslim seperti wanita bertudung dan
sebagainya (http://produkhalal.wordpress.com/).
Daripada fakta di atas jelas menunjukkan keadaan ini sangat
membimbangkan terutamanya bagi umat Islam untuk menggunakan produk-produk
yang berada di pasaran. Jadi penggunaan logo halal yang diyakini perlu
dikuatkuasakan untuk menjamin kesucian sesuatu barang terutamanya dari segi
makanan.
1.3 Penyataan Masalah
Di Malaysia, terdapat pelbagai produk yang berada di pasaran seperti produk
makanan, minuman, alat solek dan sebagainya mempunyai tanda atau logo halal baik
dalam tulisan jawi atau rumi dan mempunyai pelbagai rupa dan bentuk yang berbeza.
Isu yang ingin diperkatakan di sini ialah adakah umat Islam peka dengan dengan
setiap logo halal yang dipaparkan sewaktu memilih dan membeli barangan makanan
yang mereka kehendaki ataupun umat Islam tidak ambil peduli dengan isu tersebut.
Selain itu, umat Islam kini juga terdedah dengan pelbagai barangan terutamanya
makanan yang dicampur dengan benda-benda haram yang dilarang oleh syarak.
7
Melihat kepada permasalahan ini, penyelidik merasakan satu kajian perlu
dilakukan kepada pengguna-pengguna Islam untuk mengetahui sejauhmana tahap
pengetahuan mereka terhadap isu yang berlaku pada umat Islam kini. Adakah isu
yang melanda umat Islam kini dianggap penting atau sebaliknya. Jadi di sini,
penyelidik menjalankan kajian kepada pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan (FP),
Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi
pelajar terhadap makanan berlogo halal dan faktor-faktor yang diambil kira dalam
memilih produk makanan yang ingin dibeli di samping kepentingan yang dapat
diperolehi apabila memilih makanan halal. Adakah dengan isu yang melanda umat
Islam kini dijadikan sebagai panduan dan pengajaran kepada mereka dalam memilih
sesuatu produk barangan yang mereka kehendaki.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah:
1.4.1 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap makanan berlogo halal .
1.4.2 Mengenalpasti persepsi pelajar tentang faktor-faktor yang diberi
penekanan dalam pemilihan makanan.
1.4.3 Mengenalpasti kepentingan pemilihan makanan berlogo halal.
8
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan bagi kajian ini ialah:
1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap makanan berlogo halal?
1.5.2 Apakah persepsi pelajar tentang faktor-faktor yang diberi penekanan
dalam pemilihan makanan?
1.5.3 Apakah kepentingan pemilihan makanan berlogo halal?
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu dan memberi manfaat serta
faedah kepada semua pihak terutamanya:
1.6.1 Kepekaan pelajar yang beragama Islam dalam mengamalkan hukum
halal dan haram.
1.6.2 Memberi kesedaran kepada masyarakat Islam untuk memilih
makanan berlogo halal dalam kehidupan seharian.
1.6.3 Membantu individu dan masyarakat dalam mengatasi ketidakpastian
pengambilan makanan berlogo halal dalam kehidupan seharian.