PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM
TERHADAP PERANAN HARTA WAKAF DALAM PEMBANGUNAN
UMMAH : SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI UTM
SITI FATIMAH BINTI AB HAMID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TERHADAP PERANAN HARTA WAKAF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH :
SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI UTM
SESI PENGAJIAN : 2008 / 2009 SAYA : SITI FATIMAH BINTI AB HAMID
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD _______________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
ALAMAT TETAP : SAYED MAHUSSAIN BIN SAYED AHMAD LOT 1585, KAMPUNG JAL KECHIK, Nama Penyelia 16210 TUMPAT, KELANTAN.
Tarikh : 12 November 2008 Tarikh : 12 November 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
i
PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM
TERHADAP PERANAN HARTA WAKAF DALAM PEMBANGUNAN
UMMAH : SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI UTM
SITI FATIMAH BINTI AB HAMID
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER, 2008
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Islam (Pengajian Islam)”
Tandatangan : ....................................................................
Nama Penyelia : UST SAYED MAHUSSAIN BIN SAYED AHMAD
Tarikh : NOVEMBER, 2008
iii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : .
Nama Penulis : SITI FATIMAH BINTI AB HAMID
Tarikh : NOVEMBER, 2008
iv
DEDIKASI
Khas Buat:
Bonda & Ayahanda Yang Disayangi
Siti Ramlah Binti Jusoh & Ab Hamid Bin Minal
Terima Kasih Yang Tidak Terhingga, Pengorbanan, Dorongan Dan
Sokonganmu Yang Telah Membakar Semangat Perjuanganku,
Tidak Akan Kulupakan Hingga Akhir Hayatku,
Insyaallah...Akan Kubalas Segala Jasa-Jasamu...
Untuk Suami Tercinta...
Muhd Hakim Hailwani Bin Abdul Aziz
Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Di Atas Kasih Sayang Yang Diberikan..
Pengorbanan Dan Doronganmu Tidak Kulupakan..
Untuk Adik-Adikku..
Kalian semua adalah harapanku….
Didiklah diri menjadi insan yang soleh dan solehah…
Buat Penyelia Yang Dikagumi
Ustaz Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad
Syukran Jazilan Di Atas Tunjuk Ajarmu Dan Ilmu Berguna Yang Diberikan..
Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan..
Buat Pensyarah-Pensyarah PPIPS Dan Fakulti Pendidikan Yang Disanjungi
Terima Kasih Atas Bimbingan Dan Didikan Yang Diberikan..
Nasihat Dan Teguran Kalian Akan Ku Jadikan Pedoman
Buat Bekalan Di Masa Hadapan..
Sahabat-Sahabat Seperjuanganku..
Kerana Ilmu Kita Bertemu, Kerana Perkenalan Persahabatan Terjalin
Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Dan Mewangi Selamanya
Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama..
Terima Kasih Atas Segalanya......
v
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w.,
ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi’in, tabi’- tabi’in serta seluruh umat Islam
sekalian. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya, laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dengan
sempurna.
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia
yang disegani, Ustaz Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad atas segala nasihat,
dorongan dan bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan di sepanjang proses
menyiapkan laporan PSM ini. Kesediaan beliau meluangkan masa juga menjadi
pendorong kepada penyelidik untuk terus berusaha ke arah melengkapkan projek ini.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Pusat
Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial (PPIPS) atas tunjuk ajar yang diberikan
selama ini. Terima kasih juga kepada kakitangan Fakulti Pendidikan, UTM,
Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Perpustakaan Utama, UM atas segala bantuan
yang diberikan sepanjang penyelidik mendapatkan bahan rujukan.
Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat tahun akhir Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam) sesi 2008/2009, terima kasih atas segala bantuan,
sumbangan, kerjasama dan sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini.
Akhir kata, saya berbesar hati untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam
menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Semoga apa yang dilaksanakan ini
mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Amin.
Wassalam.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui persepsi pelajar Fakulti Pendidikan
bagi Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap harta
wakaf dan peranannya dalam pembangunan ummah dan pembangunan tanah wakaf
dalam aspek perkembangan ekonomi umat Islam di Malaysia. Pemilihan sampel
secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 58 pelajar telah dipilih sebagai
responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dan set soal selidik yang
mengandungi 36 soalan telah diedarkan kepada responden serta dianalisis secara
diskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Perisian Statistical
Package For Social Science (SPSS) Versi 12.0 digunakan untuk menganalisis data.
Dapatan data dipersembahkan dalam bentuk jadual. Nilai kebolehpercayaan soal
selidik ini ialah a = 0.876. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan
persepsi pelajar SPI terhadap konsep harta wakaf berada pada tahap tinggi iaitu 4.11.
Diikuti persepsi pelajar SPI terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan
ummah berada pada tahap tinggi iaitu 4.07. Kemudian, kefahaman pelajar SPI
terhadap pembangunan tanah wakaf dalam aspek perkembangan ekonomi umat Islam
di Malaysia berada pada tahap tinggi iaitu 3.85. Sebagai maklum balas kepada kajian
yang telah dilakukan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada
beberapa pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian
lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
vii
ABSTRACT
This study was conducted by Education Faculty student's undergoing Degree
Programme Science and Education (Islamic Learning) on Wakaf Properties and its
role in the ummah development and development on Wakaf Properties for Islamic
economic development in Malaysia. The random sampling technique was applied
and 58 students was chosen as respondents. This study was conducted by quantitative
method and a sets of questionnaires contains 36 questions were distributed to the
respondents. A descriptive analysis was used to get frequency value, percentage and
mean. Statistical's Software Package For Social Science (SPSS) Version 12.0 was
applied to analyse the data, which was presented in tabular form. Reliability value of
this questionnaire stood at 0.876. In conclusion, the maximum value on the concept
of Wakaf Properties based on Student SPI is 4.11 while the SPI maximum value for
role of Wakaf Properties stood at 4.07. On the other hand, the student’s
understanding about Wakaf Properties in aspect of Islamic economy development
increased up to level 3.85. As responding to the investigation, the researcher would
give some suggestions for relevant autorities to take an action, and the further
research should be suggest to the future study.
viii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.7 Skop Kajian 13
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Persepsi 14
1.8.2 Pelajar SPI 14
ix
1.8.3 Harta Wakaf 14
1.8.4 Pembangunan Ummah 15
1.9 Kesimpulan 15
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Definisi Harta 17
2.2.1 Definisi Harta dari Sudut Bahasa 17
2.2.2 Definisi Harta dari Sudut Istilah 17
2.2.3 Pembahagian Harta 18
2.3 Definisi Wakaf 21
2.3.1 Definisi Wakaf dari Sudut Bahasa 21
2.3.2 Definisi Wakaf dari Sudut Istilah 22
2.3.3 Definisi Wakaf menurut Empat Mazhab 23
2.3.3.1 Mazhab As-Syafie 23
2.3.3.2 Mazhab Hanafi 24
2.3.3.3 Mazhab Hanbali 26
2.3.3.4 Mazhab Maliki 27
2.4 Dalil Pensyariatan Wakaf 28
2.4.1 Dalil dari Al-Quran 28
2.4.2 Dalil dari As-Sunnah 30
2.5 Rukun Wakaf 34
2.5.1 Pewakaf 34
2.5.1.1 Baligh, Berakal dan Merdeka 34
2.5.1.2 Berkelayakan untuk Bersedekah 34
2.5.1.3 Dilakukan dengan Kemahuannya 36
2.5.2 Harta yang Diwakafkan (mauquf) 36
2.5.2.1 Hendaklah ia Suatu Benda yang
Tertentu 36
2.5.2.2 Hendaklah ia Dimiliki oleh
Orang yang Berwakaf 37
x
2.5.2.3 Hendaklah ia boleh Digunakan
Selama-lamanya 37
2.5.2.4 Hendaklah ia Halal 38
2.5.3 Penerima Wakaf 38
2.5.3.1 Penerima Khusus sama ada
Seorang ataupun Lebih 38
2.5.3.2 Penerima tidak Khusus 39
2.5.4 Akad Wakaf (ucapan orang yang
berwakaf) 40
2.5.4.1 Jenis Lafaz Akad 40
2.5.4.2 Syarat-syarat Lafaz Wakaf 41
2.6 Syarat-syarat Wakaf 42
2.7 Jenis-jenis Wakaf 43
2.7.1 Wakaf Zurri (wakaf khas) 43
2.7.2 Wakaf Khairi (wakaf am) 44
2.8 Hukum Wakaf 44
2.9 Hikmah Pensyariatan Wakaf 45
2.10 Perbezaan Wakaf dengan Sedekah Biasa 47
2.11 Peranan Harta Wakaf 47
2.11.1 Dari Sudut Agama 47
2.11.2 Dari Sudut Sosial 51
2.11.3 Dari Sudut Ekonomi 55
2.11.3.1 Taburan Tanah Wakaf
Negeri-Negeri 58
2.12 Kajian Lepas 66
2.13 Kesimpulan 71
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 72
3.2 Reka Bentuk Kajian 72
3.3 Lokasi Kajian 73
3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 73
xi
3.5 Instrumen Kajian 75
3.6 Kajian Rintis 77
3.7 Prosedur Kajian 78
3.8 Analisis Kajian 79
3.9 Kesimpulan 79
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 80
4.2 Analisis Data Bahagian A 81
4.2.1 Jantina Responden 81
4.2.2 Umur Responden 82
4.2.3 Tahun Pengajian Responden 82
4.2.4 Penginapan Responden 83
4.2.5 Sekolah Terdahulu Responden 83
4.2.6 Tahap Pendidikan Tertinggi Responden 84
4.3 Analisis Data Bahagian B 85
4.3.1 Analisis Data Berkaitan Persepsi Pelajar
SPI Terhadap Harta Wakaf 85
4.3.2 Analisis Data Berkaitan Persepsi Pelajar
SPI Terhadap Peranan Harta Wakaf
Dalam Pembangunan Ummah 90
4.3.3 Analisis Data Berkaitan Kefahaman Pelajar
SPI Terhadap Pembangunan Tanah
Wakaf Dalam Aspek Perkembangan
Ekonomi Umat Islam Di Malaysia 95
4.4 Analisis Pecahan Konstrak 101
4.4.1 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Satu 101
4.4.2 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Dua 102
4.4.3 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Tiga 103
4.5 Kesimpulan 104
xii
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 105
5.2 Perbincangan 106
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 106
5.2.2 Perbincangan Item Soalan Bagi Setiap Objektif 108
5.2.2.1 Objektif I 108
5.2.2.2 Objektif II 112
5.2.2.3 Objektif III 117
5.3 Rumusan 120
5.3.1 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Konsep
Harta Wakaf 121
5.3.2 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Peranan
Harta Wakaf Dalam Pembangunan Ummah 121
5.3.3 Kefahaman Pelajar SPI Terhadap
Pembangunan Tanah Wakaf Dalam Aspek
Perkembangan Ekonomi Umat Islam
Di Malaysia 122
5.4 Cadangan 123
5.4.1 Institusi Pengajian Tinggi 123
5.4.2 Pusat Pengajian Islam dan
Pembangunan Sosial (PPIPS) 124
5.4.5 Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) 124
5.5 Kajian Lanjutan 124
5.6 Kesimpulan 125
BIBLIOGRAFI 126
LAMPIRAN 132
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 2.1 Taburan Hartanah Wakaf Johor 59
Jadual 2.2 Taburan Hartanah Wakaf Melaka 60
Jadual 2.3 Taburan Hartanah Wakaf Perak 61
Jadual 2.4 Taburan Hartanah Wakaf Pulau Pinang 62
Jadual 3.1 Jumlah Populasi dan Responden 74
Jadual 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 75
Jadual 3.3 Skala Likert 76
Jadual 3.4 Klasifikasi Item Mengikut Persoalan Kajian 76
Jadual 3.5 Klasifikasi Item Mengikut Nilai Positif dan Negatif 77
Jadual 3.6 Peringkat Mata Nilai 79
Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 81
Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 82
Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 82
Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Penginapan 83
Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Sekolah Terdahulu 83
Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan
Tertinggi 84
Jadual 4.7 Taburan Skor Bagi Item 1 85
Jadual 4.8 Taburan Skor Bagi Item 2 86
Jadual 4.9 Taburan Skor Bagi Item 3 86
Jadual 4.10 Taburan Skor Bagi Item 4 87
Jadual 4.11 Taburan Skor Bagi Item 5 87
Jadual 4.12 Taburan Skor Bagi Item 6 88
Jadual 4.13 Taburan Skor Bagi Item 7 88
xiv
Jadual 4.14 Taburan Skor Bagi Item 8 89
Jadual 4.15 Taburan Skor Bagi Item 9 89
Jadual 4.16 Taburan Skor Bagi Item 10 90
Jadual 4.17 Taburan Skor Bagi Item 11 90
Jadual 4.18 Taburan Skor Bagi Item 12 91
Jadual 4.19 Taburan Skor Bagi Item 13 91
Jadual 4.20 Taburan Skor Bagi Item 14 92
Jadual 4.21 Taburan Skor Bagi Item 15 92
Jadual 4.22 Taburan Skor Bagi Item 16 93
Jadual 4.23 Taburan Skor Bagi Item 17 93
Jadual 4.24 Taburan Skor Bagi Item 18 94
Jadual 4.25 Taburan Skor Bagi Item 19 94
Jadual 4.26 Taburan Skor Bagi Item 20 95
Jadual 4.27 Taburan Skor Bagi Item 21 95
Jadual 4.28 Taburan Skor Bagi Item 22 96
Jadual 4.29 Taburan Skor Bagi Item 23 96
Jadual 4.30 Taburan Skor Bagi Item 24 97
Jadual 4.31 Taburan Skor Bagi Item 25 97
Jadual 4.32 Taburan Skor Bagi Item 26 98
Jadual 4.33 Taburan Skor Bagi Item 27 98
Jadual 4.34 Taburan Skor Bagi Item 28 99
Jadual 4.35 Taburan Skor Bagi Item 29 99
Jadual 4.36 Taburan Skor Bagi Item 30 100
Jadual 4.37 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Satu 101
Jadual 4.38 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Dua 102
Jadual 4.39 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Tiga 103
xv
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
% - Peratus
* - Item Negatif
Cet - Cetakan
Ed - Edisi
et.al - Dan lain-lain
JAIN - Jabatan Agama Islam Negeri
Jld - Jilid
JWZH - Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
K11 - Kolej 11
K16 - Kolej 16
K17 - Kolej 17
K9 - Kolej 9
KDSE - Kolej Datin Seri Endon
KRP - Kolej Rahman Putra
KTDI - Kolej Tun Doktor Ismail
KTF - Kolej Tun Fatimah
KTHO - Kolej Tun Husain Onn
n - Sebahagian Responden
SBP - Sekolah Berasrama penuh
Sdn. Bhd - Sendirian Berhad
SMA - Sekolah Menengah Agama
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Pengajian Islam
SPSS - Statistical Package For Social Science
STS - Sangat Tidak Setuju
xvi
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
UIA - Universiti Islam Antarabangsa
UM - Universiti Malaya
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Borang Soal Selidik 132
B Surat Kebenaran Fakulti
Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia 138
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kehidupan di dunia merupakan jambatan menuju akhirat yang bersifat kekal
untuk selama-lamanya. Sebagai manusia beriman hendaklah mencari sebanyak
mungkin bekalan yang berbentuk amal ibadat dan seterusnya berperanan sebagai
khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi. Sebagaimana firman Allah
s.w.t :
آفره وال رض فمن آفر فعليههو الذي جعلكم خالئف في األ
الكافرين يزيدمقتا وال آفرهم عند ربهم إاليزيد الكافرين
خساراآفرهم إال
Maksudnya: “Dialah yang menjadikan kamu orang-orang yang
berkuasa di muka bumi silih berganti; oleh itu sesiapa yang kufur
ingkar maka balasan kufurnya itu akan menimpa dirinya sendiri;
2
dan orang-orang yang kafir, kufurnya tidak menambahkan mereka
di sisi Tuhan mereka melainkan kemurkaan dan kehinaan; dan juga
orang-orang yang kafir itu, kufurnya tidak menambahkan mereka
melainkan kerugian jua.”
(Surah al-Faatir 35 : 39)
Allah s.w.t telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian yang
mempunyai akal fikiran, roh, jasad, hati, perasaan serta nafsu untuk menunaikan
amanah dan tanggungjawab. Oleh itu, Allah s.w.t telah menyediakan pelbagai
ciptaanNya di dunia ini yang terdiri daripada harta benda dan makhluk sama ada di
bumi, di udara atau di dasar laut. Semuanya untuk kemudahan dan kepentingan umat
manusia. Segala kurniaan Allah s.w.t ini hendaklah digunakan menurut lunas-lunas
Islam. Sebagaimana manusia diberi hak untuk memiliki harta, mengumpulkannya,
mengembangkannya dan menggunakannya, tetapi mereka hendaklah dipandu dan
dikawal oleh undang-undang Islam. Walaupun demikian, pemilik hakiki harta
tersebut adalah Allah s.w.t dan manusia hanyalah pemegang amanah dan
pentadbirnya sahaja ( Ghazali bin Haji Abd. Rahman, 2004).
Amalan kebajikan merupakan satu bentuk ibadat yang sangat digalakkan oleh
Islam. Amalan tersebut terdapat dalam pelbagai jenis seperti berjihad di jalan Allah
s.w.t, tolong-menolong, bersedekah (dengan membelanjakan harta di jalan Allah
s.w.t), berdakwah (mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan
kemungkaran) dan sebagainya. Allah s.w.t menjanjikan ganjaran yang besar bagi
hambaNya yang melakukan amalan kebajikan sebagaimana yang terkandung dalam
firman Allah s.w.t :
3
حبة أنبتت سبع مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله آمثل
والله يضاعف لمن يشاء والله آل سنبلة مئة حبةسنابل في
واسع عليم
Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang
membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti biji
benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu
pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah s.w.t akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan
Allah s.w.t maha luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu
pengetahuanNya.”
(Surah al-Baqarah 2 : 261)
Firman Allah s.w.t :
يا أيها الذين آمنوا ارآعوا واسجدوا واعبدوا ربكم وافعلوا
الخير لعلكم تفلحون
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, ruku'lah serta
sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada
Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-
amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”
(Surah al-Hajj 22 : 77)
Antara amalan kebajikan yang sangat dituntut oleh syara’ ialah amalan
berwakaf. Ia adalah bertujuan peribadatan dan kebajikan serta salah satu cara untuk
4
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Wakaf juga termasuk dalam amal kebajikan
yang pahalanya tidak akan terputus-putus yang diberikan oleh Allah s.w.t, selama
barang yang diwakafkan itu masih digunakan oleh orang ramai dan dimanfaatkan
oleh mereka.
Terdapat pelbagai jenis harta yang boleh diwakafkan untuk kepentingan umat
Islam. Harta yang hendak diwakafkan mestilah boleh memberi manfaat kepada
sesiapa yang menggunakannya. Ini bermakna, pewakaf tidak dibenarkan
mewakafkan harta yang tidak dapat memberi faedah kepada pengguna seperti
mewakafkan sepasang pakaian yang telah terkoyak yang tidak dapat digunakan lagi,
barang yang telah rosak, barang atau makanan yang haram dan seumpamanya.
Wakaf tersebut adalah tidak sah di sisi syara’. Antara harta yang boleh diwakafkan
ialah masjid, surau, bangunan, perpustakaan, hospital, rumah, tanah, perkuburan,
sejadah, buku-buku ilmiah dan sebagainya.
Harta kekayaan merupakan satu perkara yang amat penting di sisi Islam.
Dalam konteks ekonomi, harta atau modal adalah faktor pengeluaran yang mampu
bertambah jika sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Oleh sebab itu Islam
menggalakkan umatNya supaya mewakafkan sebahagian daripada harta yang
dimiliki ke jalan Allah s.w.t. Amalan wakaf ini antara lainnya menunjukkan bahawa
harta itu tidak boleh dihabiskan, tetapi hendaklah dilaburkan dan hasilnya digunakan
untuk manfaat umat manusia. Salah satu cara dilaburkan ialah untuk kegunaan
masyarakat. Memandangkan kepada kepentingan amalan wakaf ini, adalah menjadi
tanggungjawab kepada semua umat Islam membangunkannya. Ia mampu memberi
sumbangan besar ke arah pembangunan ekonomi dan sosial umat Islam yang lebih
baik.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Harta wakaf adalah harta amanah orang Islam yang disebut dengan jelas di
bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri bahawa Majlis Agama
Islam adalah satu-satunya pemegang amanah bagi semua wakaf sama ada wakaf khas
atau wakaf am (Siti Mashitoh Mahamood, 2008).
Amalan wakaf ini telah lama dipraktikkan dan menjadi sebahagian kehidupan
masyarakat Islam semenjak kemasukan Islam ke rantau ini lagi. Kemasukan Islam
dan perkembangannya ke rantau ini telah menyemarakkan lagi sifat pemurah di
kalangan masyarakat Islam yang nyata amat terpuji. Kesan-kesan amalan wakaf
orang-orang terdahulu yang masih dapat kita lihat hingga ke hari ini antaranya ialah
tapak dan Masjid Kampung Hulu di Melaka, Masjid Sultan Abu Bakar di Johor,
Masjid Kampung Laut di Kelantan, sebahagian buku-buku di perpustakaan UKM
dan sebagainya (Baharuddin Sayin, Asmak Hj. Ali & S. Salahudin Suyurno, 2006a).
Lazimnya wakaf ketika itu berlaku secara lisan dengan disaksikan oleh
beberapa orang yang amanah. Pengurusannya begitu mudah dan masyarakat akur
dengan hukum-hakam yang bersangkutan dengan wakaf. Mana-mana harta dan hasil
wakaf khas akan digunakan untuk wakaf khas dan mana-mana wakaf am serta
hasilnya akan digunakan untuk kebajikan Islam secara umum. Jarang sekali berlaku
salah faham, pencerobohan, pecah amanah atau tuntutan kembali harta wakaf oleh
ahli waris sekalipun amalan ini dilakukan secara lisan. Pemegang amanah yang
dilantik dan ditugaskan sebagai pengurus biasanya terdiri daripada mereka yang
mempunyai sifat amanah dan disegani oleh masyarakat setempat seperti alim
ulamak, imam, ketua kampung, penghulu dan sebagainya (Baharuddin Sayin, et.al,
2006a).
Terdapat sesetengah daripada harta wakaf telah didaftarkan atas mereka
sebagai pemegang amanah. Tidak kurang jumlahnya harta-harta wakaf yang
6
langsung tidak didaftarkan sebagai wakaf, sebaliknya masih kekal atas nama
pewakaf. Ada juga antara harta wakaf yang direkodkan oleh pemegang amanah
sebagai harta wakaf tetapi nama pewakaf masih tercatit pada surat hak milik.
Berlakunya keadaan ini adalah disebabkan ketiadaan undang-undang atau sistem
yang mewajibkan agar semua harta wakaf dapat didaftarkan sebagai wakaf. Di
samping itu, sikap sesetengah pemegang amanah yang tidak peka ketika itu untuk
mendaftarkan atau membuat catitan untuk tujuan rekod peringatan tentang harta-
harta yang telahpun diwakafkan. Keadaan sedemikian berlarutan sehingga
tertubuhnya Majlis Agama Islam Negeri-negeri (Baharuddin Sayin, et.al, 2006a).
Terdapat belbagai jenis dan bentuk harta wakaf yang boleh dibangunkan atau
dimajukan bagi kepentingan umat Islam untuk menikmati manfaatnya. Ia mampu
membela nasib golongan yang kurang bernasib baik. Harta wakaf yang dimaksudkan
adalah seperti pembinaan hospital, perpustakaan, masjid, surau, tanah, pakaian dan
sebagainya. Antara harta wakaf yang menjadi perhatian dalam kajian ini ialah tanah.
Menurut Kamus Dewan (2002), tanah membawa maksud lapisan bumi yang di atas
sekali. Ia merupakan harta yang turun temurun dari satu generasi ke satu generasi
yang lain. Malah, ia diperlukan oleh manusia untuk pelbagai kegunaan seperti untuk
mendirikan rumah, bangunan, bercucuk tanam dan seumpamanya. Ini bertepatan
dengan pendapat Fadilah Mohd. Taufek & Kamsiah Hj Sirat (1987), bahawa tanah
adalah keperluan asasi kepada manusia dimana ia diperlukan untuk apa jua jenis
kegiatan.
Tanah merupakan harta yang sangat bernilai dan besar faedahnya kepada
sesiapa sahaja yang mampu membangunkannya atau menghidupkannya dengan cara
yang betul. Pengkaji melihat tanah mempunyai faedah yang besar dalam tiga aspek
iaitu dari segi agama, ekonomi dan sosial umat Islam. Yang mana harta tanah ini
mampu mendekatkan diri seseorang pewakaf kepada Allah s.w.t. Ia juga dapat
memberi pulangan yang besar dari sudut ekonomi umat Islam sekiranya tanah
tersebut dibangunkan dengan pelbagai aktiviti ekonomi, contohnya dengan
menjadikan tanah tersebut sebagai tanah pertanian, perladangan, perkilangan dan
seumpamanya. Manakala dari sudut sosialnya, pengkaji melihat ia dapat
7
mengeratkan silaturrahim, mengikis sifat sombong dan bangga diri dengan harta
yang dimiliki dan seumpamanya di kalangan umat Islam.
Walaupun kita sedari, bahawa amalan wakaf tersebut dapat memberi belbagai
kesan positif kepada pewakaf dan penerima wakaf, namun harta wakaf yang ada
pada hari ini ada sebahagiannya tidak dimajukan untuk pembangunan yang
mendatangkan manfaat kepada umat Islam. Begitu juga sering kali timbul pelbagai
isu dan masalah apabila harta wakaf ingin dibangunkan seperti dihalang oleh
pemegang amanah harta wakaf dan sebagainya. Ini disebabkan kurang kefahaman
tentang konsep wakaf itu sendiri dengan mempersoalkan bagaimana cara dan bentuk
ia dibangunkan atau dimajukan. Permasalahan-permasalahan inilah yang menjadi
penghalang kepada pelaksanaan pembangunan harta wakaf yang ada di Malaysia
khususnya.
Isu tentang pengurusan pelaburan wakaf di negara kita banyak dibincangkan
dan sehingga kini belum ada satu mekanisma yang sesuai untuk mengembangkan
harta wakaf ini. Wakaf adalah aset penting dalam membangunkan umat Islam bukan
sahaja dari sudut keagamaan dan sosial malah juga membabitkan pembangunan
sumber ekonomi. Masih terdapat 36,000 hektar tanah wakaf di seluruh negara yang
boleh dibangunkan secara komersial dan diberi tambah nilai agar hasilnya dapat
digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan umat Islam bersama (Berita Harian, 11
Jun 2007).
Menurut Nik Mohd Zain Nik Yusof (1989), Timbalan Ketua Pengarah Tanah
& Galian Persekutuan, terdapat tanah-tanah wakaf yang diletak di bawah jagaan
Yang di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri-Negeri.
Kebanyakan negeri tidak mengetahui dengan tepat akan kedudukan tanah-tanah
berkenaan oleh kerana tidak mempunyai rekod-rekod yang dikemaskini.
8
Pembinaan Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
yang dibangunkan atas tanah wakaf milik majlis itu di kawasan segi tiga emas Jalan
Perak, Kuala Lumpur membuka dimensi baru bagi pembangunan tanah-tanah wakaf
di Malaysia. Idea penubuhan ini dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 27 Mac 2004, negara bakal menyaksikan
pelbagai projek komersial dibangunkan di atas tanah-tanah wakaf untuk
kemaslahatan umat. Tugas itu dipikul oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JWZH)
(Utusan Malaysia, 6 Julai 2007). Ia sekaligus mengikis tanggapan adat dalam
masyarakat bahawa tanah wakaf hanya boleh dibangunkan untuk membina masjid,
surau, perkuburan dan rumah anak-anak yatim.
Menurut Dr. Ahmad Hidayat Buang, Pengarah Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya, tidak semestinya wakaf harta dibangunkan untuk masjid dan
surau. Ia boleh digunakan untuk tujuan lain seperti bangunan atau kompleks
perniagaan asalkan ia bermatlamat kebaikan untuk umat (Utusan Malaysia, 19 Jun
2007).
Malah, beliau berpendapat ada beberapa sebab mengapa pembangunan tanah
wakaf ini sukar. Antaranya tanah wakaf itu berselerak. Kajian di Melaka mendapati
tanah tersebut kadang-kadang terletak di tepi jalan, tepi rumah dengan saiz yang agak
kecil iaitu kira-kira 0.2 hektar. Yang kedua, ia melibatkan masalah hukum. Kalau
mengikut mazhab Syafie, kita tidak boleh mengubah niat pewakaf. Kalau pewakaf
kata hendak membina masjid, hanya itu yang boleh dibuat. Masalah ketiga ialah dari
segi perundangan. Kadang-kadang tanah terlibat berstatus tanah pertanian. Jadi untuk
menukar status ini memakan masa yang panjang selain ada yang tidak boleh dipecah
milik (Utusan Malaysia, 19 Jun 2007).
Menurut Abu Bakar Manat (2007) kebanyakan tanah wakaf terletak di lokasi
yang kurang strategik, tidak ekonomik dan tidak begitu berpotensi untuk dimajukan.
Namun begitu, ada juga tanah wakaf yang begitu strategik dan terletak di pusat
bandar tetapi masih tidak dibangunkan. Menurut Hasnol Zam Zam Ahmad (2007)
9
pula, menyatakan kedudukan sebahagian besar tanah-tanah wakaf di luar kawasan
bandar, pusat pertumbuhan atau koridor pembangunan menjadikan tanah-tanah
wakaf seperti terpenjara. Cabaran utama yang perlu diatasi adalah membebaskan
tanah-tanah wakaf tersebut daripada terus terpenjara. Selagi tanah-tanah wakaf
tersebut tidak dapat dibebaskan, selagi itulah institusi wakaf tidak akan mendapat
manfaat sebenar yang diharapkan.
Selain itu, isu wakaf sering dikaitkan dengan tapak masjid dan tanah
perkuburan, walaupun konsep wakaf dalam Islam lebih luas. Malah, umat Islam
digalakkan mewakafkan wang tunai dan saham sebagai suatu ibadat kerana ia lebih
praktikal dengan keadaan semasa. Wakaf dalam bentuk itu lebih mudah disalurkan
kepada mereka yang layak berbanding tanah yang memerlukan modal untuk
dimajukan. Keadaan ini menyebabkan banyak tanah wakaf di seluruh negara gagal
dimajukan kerana Majlis Agama Islam Negeri tiada modal membangunkan tanah itu
(Berita Harian, 30 Mei 2007).
Tanah wakaf tidak dimajukan untuk tujuan pembangunan. Hal ini berlaku
kerana masih ada halangan menyekat kelancaran usaha membangunkan tanah ke
tahap optimum termasuk isu berkaitan perundangan, pendaftaran pemilikan dan
ketiadaan maklumat lengkap tentang harta wakaf (Berita Harian, 30 Mei 2007).
Masalah perundangan yang berkaitan dengan tanah wakaf, masalah penyusunan
semula struktur organisasi pentadbiran wakaf dan yang penting ialah mewujudkan
rekod maklumat hartanah wakaf berpusat perlu diselesaikan segera (Berita Harian,
11 Jun 2007).
Wakaf hanya dilaksanakan secara lisan. Pewakaf tidak menyempurnakan
proses pindah milik yang diperlukan khususnya berkaitan dengan tanah dan
bangunan. Apa yang berlaku adalah nama pewakaf masih kekal di dalam suratan hak
milik hartanya sehingga dia meninggal dunia. Justeru, pihak waris akan menuntutnya
sebagai harta peninggalan si mati memandangkan tiada bukti yang jelas mengenai
wakaf yang dibuat oleh pewakaf ketika hidupnya (Berita Harian, 4 September 2006).
10
Isu-isu yang telah dinyatakan merupakan isu yang berkisar dalam Majlis
Agama Islam Negeri, tetapi tidak sampai kepada pengetahuan masyarakat. Yang
mana kebanyakan masyarakat tidak didedahkan dengan permasalahan sebenar yang
berlaku berkaitan harta wakaf
1.3 Pernyataan Masalah
Melalui latar belakang masalah tersebut. Jelaslah kepada kita bahawa masih
lagi terdapat isu-isu yang berkaitan dengan tanah wakaf yang terbiar tanpa
dimanfaatkan dan diusahakan bagi kepentingan umat Islam. Selain itu, timbulnya
kesulitan dalam pentadbiran harta wakaf seperti kekurangan modal untuk
membangunkannya oleh Majlis Agama Islam Negeri. Ada juga kes-kes yang terikat
dengan undang-undang tanah, seperti menukar status tanah dan tanah yang tidak
boleh dipecah milik. Masyarakat hari ini tidak memahami tentang konsep dan
peranan harta wakaf. Begitu juga dengan pelajar Institusi Pengajian Tinggi hari ini
tidak memahami tentang konsep dan peranan harta wakaf.
Oleh kerana tidak terdapat banyak kajian dibuat, maka kajian ini dilakukan
untuk mengetahui apakah persepsi dan tahap kefahaman pelajar Institusi Pengajian
Tinggi Awam khususnya pelajar Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam) UTM, Skudai, Johor tentang konsep dan peranan harta wakaf
dalam pembangunan ummah.
11
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut :
1.3.1 Untuk mengetahui persepsi pelajar Program Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Pengajian Islam) UTM terhadap konsep harta wakaf.
1.3.2 Untuk mengetahui persepsi pelajar Program Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Pengajian Islam) UTM terhadap peranan harta wakaf dalam
pembangunan ummah.
1.3.3 Untuk mengetahui kefahaman pelajar Program Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Pengajian Islam) UTM terhadap pembangunan tanah wakaf
dalam aspek perkembangan ekonomi umat Islam di Malaysia.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah persepsi pelajar Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam) UTM terhadap konsep harta wakaf ?
1.5.2 Apakah persepsi pelajar Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam) UTM terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan
ummah ?