PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM KERJA AMALI
MATA PELAJARAN VOKASIONAL ( MPV ) DI DUA BUAH SEKOLAH
MENENGAH AKADEMIK DI DAERAH KUALA SELANGOR
RADZIAH BINTI ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM KERJA AMALI
MATA PELAJARAN VOKASIONAL ( MPV ) DI DUA BUAH SEKOLAH
MENENGAH AKADEMIK DI DAERAH KUALA SELANGOR
RADZIAH BINTI ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI 2004
iii
DEDIKASI
Sekalung Ucapan Untuk:
Ayahanda dan Bonda yang dikasihi Kedua Mertua yang disayangi
Serta seisi keluarga Doa dan restu kalian menjadi sumber inspirasi buatku
Suami yang tercinta
Mohd.Fuad bin Nordin Dorongan serta pengorbanamu menjadi sumber kecekalanku untuk tabah
Mengharung lautan nan penuh cabaran
Buat anak-anak pengikat kasih Mohd.Farizuan Mohd.Fadzilah
Mohd.Faeez Muhammad Ferdaus
Keriangan kalian menjadi penyambung cita-citaku
Ya Allah, Berkatilah usahaku selama ini
Ku pohon rahmat Mu Syukur atas segala yang Kau limpahkan
Kepada ku …..Amin…..
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka dapat pengkaji
menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Dikesempatan ini, pengkaji ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr.Yahya
bin Buntat selaku pensyarah pembimbing di atas bimbingan, nasihat dan tunjukajar
sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Pengkaji juga amat menghargai kesabaran,
kerjasama dan tumpuan yang telah diberikan oleh beliau sehingga terhasilnya kajian
ini. Sesungguhnya banyak ilmu telah diperolehi hasil daripada bimbingan beliau.
Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor , Pengetua-pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam
program MPV yang telah sudi memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha
pengkaji menjalankan kajian di sekolah mereka.
Juga ucapan ditujukan kepada semua rakan seperjuangan yang banyak
membantu memberi pendapat dan pandangan yang membina. Akhir sekali
penghargaan ini juga turut diabadikan untuk mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.
WASSALAM
ABSTRAK
Amali Mata Pelajaran Vokasional penting untuk memberi pendedahan kepada
pelajar mengenai topik yang diajar. Kajian diskreptif ini bertujuan untuk mengetahui
persepsi pelajar terhadap kerja amali Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Persoalan
kajian adalah (1) Apakah tanggapan pelajar terhadap pengaruh minat dalam kerja
amali Mata Pelajaran Vokasional, (2) Apakah tanggapan pelajar terhadap pengaruh
persekitaran dalam kerja amali Mata Pelajaran Vokasional dan (3) Apakah tanggapan
pelajar terhadap pengaruh latar belakang pelajar dalam kerja amali Mata Pelajaan
Vokasional. Enam puluh empat orang responden diambil sebagai sampel dari dua
buah sekolah menengah di daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Dapatan
kajian dianalisa dalam statistik kekerapan dan peratus. Hasil analisis menunjukkan
bahawa pelajar-pelajar mempunyai tanggapan yang positif kepada ketiga-tiga
persoalan kajian iaitu pengaruh minat, pengaruh persekitaran dan pengaruh latar
belakang pelajar dalam kerja amali Mata Pelajaran Vokasional. Enam cadangan
kajian dikemukakan bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini.
vi
ABSTRACT
Practical work in Vokasional Subject is very important to give an exposure
to the students’ perception towards practical in Mata Pelajaran Vokasional (MPV).
This descriptive investigation was meant to find outs students’ perceptons towards
the practical work in this subject. The three aspects of this project are ; (1) What is
the students’ perception and interest about the practical work of Vokasional Subject
(MPV), (2) What is the students’ perception of the influence of environment in
practical of Vokasional Subject ( MPV ) and (3) What is the student’s perception
an the influence of their parents in the practical work of Vokasional Subject ( MPV ).
64 respondent from two secondary schools in Kuala Selangor as the sampel for the
research. The finding of the research were analyzed and presented in mode and
percentage. The result of the analysis indicated that student’s have given positive
perception towards the three research questionaire. Six suggestions were given to
increase the student’s performance in the practical of work for the Vokasional
Subject.
vii
ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 10 1.4 Objektif Kajian 11
viii
1.5 Persoalan Kajian 11 1.6 Rasional Kajian 12 1.7 Kepentingan Kajian 12 1.8 Skop Kajian 14 1.9 Terminologi Dalam Kajian 14
1.9.1 Persepsi 14 1.9.2 Mata Pelajaran Vokasional 15 1.9.3 Pelajar 16 1.9.4 Sekolah Menengah Akademik 17 1.9.5 Pengaruh 17 1.9.6 Keluarga 17
BAB II SOROTAN KAJIAN 18 2.1 Pengenalan 18 2.2 Program MPV 19
2.2.1 Objektif Program MPV 20
2.2.2 Penawaran dan Pelaksanaan Program MPV 20
2.2.3 Perihal Dan Status Program 21
2.2.4 Bahan-bahan Kurikulum 22
2.3 Pengaruh Minat Terhadap Pembelajaran MPV 28
2.4 Pengaruh Persekitaran Sekolah 29 2.5 Pengaruh Ibubapa 31
2.6 Ringkasan 32
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN 34 3.1 Pengenalan 34 3.2 Rekabentuk Kajian 34 3.3 Populasi Kajian 35 3.4 Persampelan Kajian 35 3.5 Tempat Kajian 36 3.6 Instrumen Kajian 37 3.7 Kaedah Menjalankan Kajian 38 3.8 Kaedah Analisis Data 40 3.9 Kajian Rintis 41
BAB IV ANALISIS DATA 43
4.1 Pengenalan 43
4.2 Profil Responden 44
4.2.1 Analisis Data Latar Belakang Responden 44
4.3 Analisis Data Persoalan Kajian 1 48
4.4 Analisis Data Persoalan Kajian 2 54
4.5 Analisis Data Persoalan Kajian 3 60
4.6 Kesimpulan 65
x
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 67
5.1 Pendahuluan 67
5.2 Rumusan 67
5.3 Perbincangan 71
5.3.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 72
5.3.1.1 Responden Mengikut Sekolah 72
5.3.1.2 Responden Mengikut Bangsa 72
5.3.1.3 Responden Mengikut Jantina 73 5.3.1.4 Responden Mengikut
Keputusan KH dalam PMR 73
5.3.2 Bahagian B: Persoalan Kajian 74
5.3.2.1 Persoalan Kajian 1 74
5.3.2.2 Persoalan Kajian 2 75
5.3.2.3 Persoalan Kajian 3 78
5.4 Cadangan 79
5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Pelajar 80 5.4.2 Cadangan Kepada Pihak Keluarga 80 5.4.3 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 81 5.4.4 Cadangan Kepada Pejabat Pendidikan Daerah 81 5.4.5 Cadangan Kepada Pihak Swasta 82 5.4.6 Cadangan Kepada Pihak Guru 82
5.5 Saranan Kajian Lanjutan 83
5.6 Penutup 84
xi
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 86
LAMPIRAN A - E 89
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKASURAT 2.1 Senarai MataPelajaran Vokasional Dan Cadangan Tahun
Perlaksanaan ( Tahun 2002 – 2005 ) 23
2.2 Senarai Sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran
Vokasional ( MPV ) Di Sekolah Menengah Akademik Bagi Perlaksanaan Tahun 2002 Bagi Negeri Selangor 24
2.3 Senarai Sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran
Vokasional ( MPV ) Di Sekolah Menengah Akademik Bagi Perlaksanaan Tahun 2003 Bagi Negeri Selangor 25
2.4 Senarai Sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran
Vokasional ( MPV ) Di Sekolah Menengah Akademik Bagi perlaksanaan Tahun 2004 Bagi Negeri Selangor 26
3.1 Jumlah Populasi Mengikut Sekolah 36
3.2 Senarai Soalan Dalam Borang Soal Selidik Bahagian B 37
3.3 Skala Likert 38 3.4 Julat Persetujuan 41 4.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 44 4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45 4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 45 4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan KH Dalam PMR 46 4.5 Taburan Responden Mengikut Komponen KH Yang Diminati 47 4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Keluarga 47
xiii
4.7 Analisis Terhadap Pengaruh Minat Dalam Kerja Amali MPV 51 4.8 Taburan Responden Mengikut Sekolah dan Matapelajaran Terhadap Pengaruh Minat Dalam Kerja Amali MPV 54 4.9 Analisis Terhadap Pengaruh Persekitaran Dalam Kerja Amali
MPV 57
4.10 Taburan Responden MengikutSekolah dan Mata pelajaran
Terhadap Pengaruh Persekitaran Dalam Kerja Amali MPV. 59 4.11 Analisis Terhadap Pengaruh Latar Belakang Pelajar Dalam
Kerja Amali MPV 62
4.11 Taburan Responden Mengikut Sekolah dan Mata Pelajaran
Terhadap Pengaruh IbuBapa dan Keluarga Dalam Kerja Amali MPV65.
4.12 Persepsi Pelajar Terhadap Pengaruh Dalam Kerja Amali
Mata Pelajaran MPV 66
xiv
SENARAI SINGKATAN
KPM Kementerian pendidikan Malaysia PPK Pusat Perkembangan Kurikulum KHB Kemahiran Hidup Bersepadu SKK Sekolah Ke Kerjaya MPV Mata Pelajaran Vokasional LTK Latihan Tempat Kerja JPN Jabatan Pendidikan Negeri PMR Peperiksaan Menengah Rendah
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT A Borang Soal Selidik 90 B Dapatan Kajian Rintis 100 C Surat Kebenaran Menjalankan
Penyelidikan Kem Pendidikan Malaysia 111 D Surat Kebenaran Menjalankan
Penyelidikan Jabatan Pendidikan
Negeri Selangor 114
E Pengesahan Pusat Pengajian 117
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dekad ini, kemajuan dan pembangunan sesebuah masyarakat dan negara
adalah sangat bergantung kepada perkembangan teknologi dan industri. Justeru itu,
adalah sangat perlu sistem pendidikan yang ada dibentuk selari dengan perkembangan
teknologi pada masa kini bagi mencapai wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara perindustrian. Ianya telah disarankan oleh Perdana Menteri
Malaysia,Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad pada tahun 1990. Konsep ini meletakkan
matlamat negara maju berteraskan perindustrian tinggi yang hendak dicapai oleh
negara Malaysia dalam tempoh 30 tahun.
Malaysia telah mula mengalami perkembangan perindustrian dan memerlukan
gunatenaga mahir untuk perkembangan ekonomi. Perindustrian yang semakin rumit,
perkembangan dan pertukaran teknologi yang pesat dan persaingan antarabangsa
memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran, berpelajaran dan terlatih untuk
menjalankan kerjanya dengan lebih berkesan. Kekurangan kemahiran boleh menjadi
penghalang besar terhadap pengeluaran dan pertumbuhan ekonomi. Untuk mencapai
hasrat dan cita-cita ini, kerajaan memperuntukkan berjuta-juta ringgit setiap tahun di
dalam sektor pendidikan.
2
Sekolah vokasional dengan rancangannya yang mengabungkan pendidikan dan
latihan adalah sebaik-baik dan semurah-murah cara bagi memenuhi keperluan
pekerjaan tertentu dalam negara di samping memberikan peluang untuk memperbaiki
kedudukan dalam industri pada masa akan datang. Walaupun disedari bahawa
peranan pendidikan vokasional mempunyai tugas penting dalam kemajuan ekonomi
negara kita dan ada petanda baik dan menggalakkan, namun begitu sikap dan
tanggapan negatif terhadap pendidikan vokasional masih juga terdapat di kalangan
masyarakat kita.
Bagi merealisasikan wawasan 2020 itu, maka sistem pentadbiran di Malaysia
turut mengalami pelbagai perubahan yang berlaku. Pendidikan Teknik dan
Vokasional juga mengalami paradigma yang akan merealisasikan wawasan tersebut
bagi menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian sekali gus negara maju. Pada
23 Jun 1999, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penawaran mata pelajaran
Teknologi Industri berdasarkan memorandum bertajuk “Perluasan Program Teknikal
Dan Vokasional” yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan. Memorandum ini
bertujuan bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan vokasional
akibat dari kepesatan ekonomi negara. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memperkenalkan Mata Pelajaran Vokasional di sekolah menengah akademik. Ia
adalah merupakan satu program yang menjadi kesinambungan kepada mata pelajaran
teknikal di sekolah akademik iaitu mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
Menurut Jayagree ( 1992 ), terdapat sungutan pihak industri berhubung dengan
kekurangan pekerja mahir dan separa mahir adalah satu masalah besar negara kita.
Ramai pelajar yang telah tamat persekolahan mereka tidak berminat bekerja dengan
sektor industri kerana mereka tidak mempunyai kemahiran.
Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan penting dalam
memperkembangkan Pendidikan Teknik dan Vokasional agar ianya dapat membantu
Malaysia merealiasasikan hasrat wawasan 2020 yang bermatlamatkan seperti berikut:
3
1. Membantu negara dalam proses pembangunan dan pemodenan industri
melalui program pendidikan Teknik dan Vokasional yang mengeluarkan
tenaga manusia terlatih serta berpengetahuan teknikal.
2. Menyediakan pendedahan asas bagi membolehkan pelajar melanjutkan
pelajaran dalam bidang teknologi.
3. Memperkembangkan minat dikalangan pelajar dalam bidang sains dan
teknologi.
4. Memperkembangkan sikap bekerja yang positif , bertanggungjawab dan
berdisiplin dikalangan pelajar.
Objektif Mata Pelajaran Vokasional adalah untuk memberi pengetahuan dan
kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan teknologi yang terlibat
seperti pendawaian elektrik, pemasangan paip, membuat perabot dan sebagainya.
Pengetahuan dan kemahiran ini dapat membantu pelajar dalam mendapatkan
pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang diperolehi dan juga suatu usaha
memupuk minat kepada pelajar untuk memulakan pekerjaan sendiri secara kecil-
kecilan . Mata pelajaran ini juga akan memberikan peluang kepada pelajar yang
betul-betul berminat meneruskan latihan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Ini selaras dengan hasrat untuk menyusun semula masyarakat yang progresif
dan berorientasikan sains dan teknologi seperti termaktub dalam Rukun Negara dan
Falsafah Pendidikan Negara yang telah dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan
Datuk Dr. Wan Mohd Zahid ( Berita Minggu , 1990 ) yang mana pelajar seharusnya
diberi peluang yang sama rata mengikuti kursus pendidikan yang mempunyai semua
unsur teknologi dan keusahawanan. Ianya selaras dengan pendapat yang menyatakan
wujudnya kombinasi dunia pekerjaan dengan pendidikan di sekolah adalah perlu
( Fatimah Hamid Don, 1984 ).
Program Mata Pelajaran Vokasional merupakan sekumpulan mata pelajaran
berteraskan kemahiran yang ditawarkan di sekolah menengah akademik pada
4
peringkat tingkatan empat dan lima. Program ini menawarkan 22 mata pelajaran yang
dikelompokkan dalam lima bidang usaha iaitu binaan, pembuatan, teknotani, ekonomi
rumah tangga dan aplikasi komputer. Penawaran pelbagai mata pelajaran ini
dirancang berperingkat-peringkat mulai tahun 2002 hingga tahun 2005. Bagi fasa 1,
lapan mata pelajaran ditawarkan mulai tahun 2002 iaitu :
- Pembinaan Domestik
- Membuat Perabot
- Seni Reka Tanda
- Menservis Peralatan Elaktrik Domestik
- Rekaan dan Jahitan Pakaian
- Katering dan Penyajian
- Landskap dan Nurseri
- Tanaman Makanan
Mata Pelajaran Vokasional ( MPV ) adalah asas kepada perkembangan
perindustrian , maka kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar
terhadap pengaruh dalam kerja amali MPV di Sekolah Menengah Akademik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Demi untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara yang
maju menjelang tahun 2020, maka adalah perlu mempertingkatkan lagi mutu
pendidikan yang sedia ada di Malaysia khususnya pendidikan vokasional. Pendidikan
vokasional yang dirancang oleh kerajaan adalah bertujuan untuk mendidik dan
memberi latihan dari segi kemahiran, akademik, amali di samping kehendak rohani
5
dan jasmani.
Program Sekolah Ke Kerjaya ( SKK ) yang mula dilaksanakan pada tahun
1998 dengan tujuan untuk meluaskan peluang belajar kepada pelajar-pelajr lemah
disamping memperolehi pengetahuan dan kemahiran bolehguna melalui pengalaman
di tempat kerja kini telah digantikan dengan program lain.
Langkah KPM menggantikan program SKK ini adalah kerana ketiadaan
sukatan pelajaran yang menyebabkan Latihan Tempat Kerja ( LTK ) yang diikuti oleh
pelajar adalah di luar kawalan sekolah. Melalui LTK ini, pelajar-pelajar bebas
mengikuti sebarang bentuk latihan yang disediakan oleh pihak industri kerana mereka
tidak dibekalkan dengan kemahiran semasa di sekolah. Disamping itu ketiadaan
penilaian terhadap latihan yang diikuti oleh pelajar semasa menjalani LTK
menyukarkan pihak sekolah untuk mengetahui sejauhmana pelajar memperolehi
kemahiran semasa menjalani LTK. Oleh itu hanya pihak industri yang terlibat sahaja
yang mengetahui sejauhmana kemahiran yang dimiliki oleh pelajar berkenaan. Ini
menyukarkn pelajar untuk mendapatkan pekerjaan daripada majikan yang lain apabila
mereka tamat mengikuti program ini.
Bagi meneruskan pendidikan vokasional di sekolah akademik di peringkat
menengah atas dan membuka peluang yang lebih baik kepada pelajar yang lemah,
KPM telah menggantikan program SKK kepada program MPV. Matlamat program
MPV adalah untuk melahirkan pelajar berkemahiran dalam bidang usaha yang relevan
dan bermakna bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan, memulakan
perniagaan atau meneruskan latihan di peringkat yang lebih tinggi. Program ini
bukan sahaja disasarkan kepada kumpulan pelajar yang lemah tetapi juga yang
mempunyai pencapaian sederhana rendah dalam PMR.
6
Menurut Ainon Abdullah ( 1994 ) dalam keadaan sekarang, sistem pendidikan
negara kita memberikan pelbagai maklumat kepada pelajar. Belajar bererti menerima
dan menyimpan maklumat tersebut untuk dikeluarkan semula dalam dewan
peperiksaan. Kegiatan belajar di dalam sistem sekarang adalah kegiatan pasif dan
reaktif. Kementerian Pendidikan Malaysia kini telah memperkenalkan Mata Pelajaran
Vokasional di sekolah menengah akademik bagi memastikan pelajar akan menjalani
satu proses pembelajaran yang lebih aktif dan proaktif.
Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata
pelajaran ini adalah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
dirancang bagi mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara
dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang MPV.
Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah
akademik. Persediaan awal ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga
pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin
meningkat seperti pembinaan bangunan , automatif, elektrik elektronik, perabot,
komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan
dan haiwan, perlandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman dan perkhidmatan
penjagaan.
Dalam kurikulum MPV tumpuan diberi kepada kemahiran dalam kerja amali.
Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan
dalam mata pelajaran ini.
Memberikan pelajaran kemahiran asas membolehkan mereka bertindak dan
mengendalikan hidup secara produktif dalam dunia teknologi dan pandangan yang
kompleks dan sentiasa berubah ( Shahril Marzuki 1991 ). Objektif mata pelajaran ini
telah diterangkan dengan jelas dalam buku Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah
7
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 , MPV yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia . Antara objektif-objektif tersebut
adalah untuk membolehkan pelajar :-
1. Membuat latihan amali mengikut modul yang disediakan.
2. Melakar dan mentafsitr
3. Mengenal pasti dan menyediakan bahan kerja.
4. Menggunakan dan menyenggara alatan dan mesin kerja
5. Membuat kerja kemasan
6. Membuat anggaran kos.
7. Mengamalkan peraturan keselamatan dan etika kerja.
8. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan berkomunikasi dengan
berkesan.
Antara objektif-objektif program MPV adalah : ( Pusat Perkembangan
Kurikulum , Mei 2003 )
• Memberi peluang yang luas kepada pelajar memilih matapelajaran
mengikut minat dan bakat mereka.
• Membekalkan kemahiran vokasional terutamanya kepada pelajar
yang cenderung dalam ketukangan tangan.
• Memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah
menengah akademik.
• Sebagai persediaan awal bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dan
separa mahir dalam perindustrian Negara.
Daripada objektif tersebut, kejayaan atau kegagalan sesuatu kurikulum yang
diperkenalkan tidaklah bergantung kepada pihak kementerian sahaja, pelbagai pihak
mempunyai peranan masing-masing termasuklah guru, pelajar, ibubapa dan
masyarakat.
8
Bagi menentukan kejayaan sesuatu kerja amali, pelajar merupakan elemen
terpenting sekali, yang mana penilaian kejayaan sesuatu pengajaran dibuat ke atas
sejauh mana berlakunya perubahan tingkah laku terhadap pelajar. ( Newable D
Cannon 1989 ) memperkatakan pengajaran menggunakan strategi projek memberi
kesan yang mendalam kepada pelajar dalam memahami sesuatu pembelajaran kerana
kerja-kerja praktikal dan amali ialah komponen penting dalam pembelajaran yang
berteraskan sains dan teknologi.
Minat pelajar terhadap kerja amali merupakan faktor penting dalam
menentukan kejayaan pembelajaran mata pelajaran vokasional. Ini kerana minat dan
kecenderungan manusia memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
pencapaian pembelajaran seseorang. ( Abu Zahari Abu Bakar, 1988 ). Minat yang
telah dibangkitkan dalam sesuatu bidang mata pelajaran mungkin dapat membuat
pelajar terus berfikir dalam lapangan itu sehinggalah dia menguasai mata pelajaran
tersebut. ( Crow & Crow 1980 ).
Pengaruh persekitaran juga turut memainkan peranan dalam menentukan
kejayaan sesuatu pembelajaran yang bercorak kerja amali disamping kurikulum itu
sendiri. Diantara pengaruh persekitaran yang paling hampir dengan pelajar adalah
guru-guru, rakan-rakan serta keadaan fizikal sesebuah bengkel bagi kerja amali.
Pendidikan guru berhubung rapat dengan keadaan sesuatu masyarakat. Ia akan
turut berubah apabila timbulnya perubahan dalam masyarakat. Guru merupakan orang
terpenting dalam membentuk dan mencorakkan sikap pelajar. Sikap dan nilai-nilai
positif perlu ditunjukkan oleh seorang guru dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Ini akan mewujudkan minat seseorang pelajar dalam pembelajaran.
Menurut Ismail Adnan ( 1989 ) seseorang guru biarpun telah mempunyai latihan dan
kelayakan yang cukup dari mana-mana maktab atau institusi, namun ia tidak dapat,
sekiranya belum lengkap mewujudkan sebarang perubahan dalam dirinya untuk terus
berfungsi dengan membentuk sikap dan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang
9
diajarnya. Pulling and Young ( 1982 ) merumuskan bahawa peranan guru adalah
luas, termasuk sebagai pembimbing dan pemimpin dalam masyarakat adalah cukup
berkesan dalam sistem pendidikan semasa.
Bagi memastikan program MPV ini mencapai matlamatnya, adalah penting
untuk memastikan bahawa sekolah yang terlibat mempunyai kemudahan fizikal yang
menjurus kearah keselesaan pelajar bagi melakukan kerja amali MPV. Kemudahan
dan alat kelengkapan yang sesuai seperti kemudahan bengkel, pembekalan perabot,
mesin dan peralatan yang sesuai dengan keperluan mata pelajaran ini akan
membolehkan pelajar-pelajar menjalankan kerja amali dengan selesa dan selamat.
Oleh itu kemudahan dan alat kelengkapan adalah penting kerana seandainya ia tidak
dapat disediakan dengan lengkap, maka matlamat untuk memberikan kemahiran
kepada pelajar tidak akan tercapai..
Rakan-rakan sealiran juga penting bagi membentuk satu kumpulan yang dapat
menjalankan program MPV dengan jayanya. Walaupun mereka dikumpulkan dalam
kelompok pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang lemah dan sederhana,
namun kerjasama dalam mengendalikan program MPV ini amat diperlukan. Program
ini cuba memenuhi kehendak pelbagai pihak seperti pelajar, ibubapa, guru, sekolah
dan pihak industri. Penerimaan dalam mata pelajaran akademik agak menyukarkan
mereka, namun program MPV ini dijangka dapat memberikan mereka perubahan dari
segi pengetahuan dan kemahiran yang mudah diterima bagi memastikan mereka
mendapat lebih banyak kemahiran berkaitan industri apabila tamat persekolahan
kelak.
Ibubapa pula tidak dapat dinafikan adalah insan yang paling hampir dalam
hidup anak-anak. Anak-anakyang berjaya adalah terdidik daripada kedua ibubapa
yang mengambil berat tentang anak-anak mereka. Dorongan dan galakan yang kuat
akan memberikan kesan jangka panjang kepada anak-anak. Seperti firman Al-quran
bermaksud ;
10
“ Jangan kamu bersikap lemah dan jangan kamu bersedih hati, padahal
kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang
yang beriman”.
( Ali-Imran : 139 )
1.3 Pernyataan Masalah
Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional memainkan peranan yang amat
penting di dalam pembangunan masyarakat sesebuah negara yang sedang membangun
seperti Malaysia. Langkah kerajaan mendirikan banyak pusat pengajian dan latihan
kemahiran membuktikan betapa pentingnya institusi ini untuk melatih tenaga mahir
dan separa mahir bagi membantu perkembangan industri di dalam melahirkan sebuah
negara yang berteknologi tinggi dan mempunyai daya saing di peringkat
antarabangsa.
Dalam Mata Pelajaran Vokasional ( MPV ), kerja amali merupakan 70%
daripada keseluruhan mata pelajaran yang diajar. Pelajar didedahkan dengan pelbagai
aktiviti menjurus kepada kerja amali di industri. Pendedahan ini bagi meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran pelajar supaya mereka lebih bersedia dan meningkatkan
keyakinan diri apabila menceburkan diri di bidang industri sebenar.
Fenomena ini telah menarik minat penyelidik untuk mengetahui persepsi
pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali tersebut. Kajian yang dilakukan adalah
untuk meninjau sejauhmanakah pengaruh tersebut dapat mempertingkatkan keyakinan
dan kemahiran mereka dalam kerja amali MPV. Pelajar biasanya akan melakukan
sesuatu dengan lebih baik disebabkan sesuatu pengaruh samada oleh minat, rakan
sebaya, guru-guru, keadaan fizikal tempat kerja ataupun keluarga.
11
1.4 Objektif Kajian
Kemahiran adalah asas kepada perkembangan industri dan mata pelajaran
vokasional merupakan mata pelajaran baru yang membuka peluang kepada pelajar
untuk mempelajari bidang-bidang kemahiran yang berkaitan dengan gerak kerja
teknikal. Para pelajar seharusnya bersedia supaya tidak ketinggalan dalam
menyesuaikan diri dengan kerja-kerja yang melibatkan kemahiran, pengetahuan dan
pengalaman.
Menyedari hakikat inilah, maka kajian dilakukan untuk :-
1. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap dalam kerja amali MPV.
2. Mengetahui persepsi pelajar terhadap persekitaran dalam kerja amali MPV.
3. Mengenalpasti peranan ibu bapa dan keluarga pelajar dalam kerja amali MPV.
1.5 Persoalan Kajian
Adalah diharapkan dengan kajian yang telah dijalankan ini , beberapa
persoalan dapat diperjelaskan serta menjadi panduan untuk pelajar, guru dan KPM
dalam menyelesaikan sebarang permasalahan dalam kerja amali MPV pelajar.
Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini adalah :-
1. Adakah minat mempengaruhi dalam kerja amali pelajar.
2. Adakah persekitaran mempengaruhi dalam kerja amali pelajar.
3. Adakah ibu bapa dan keluarga pelajar mempengaruhi dalam kerja amali.