-
7/23/2019 Persepsi Pelajar Terhadap Penglibatan Aktiviti Kokurikulum.pdf
1/8
Kolokium Penyelidikan & Inovasi Wilayah Selangor 2014
1
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGLIBATAN AKTIVITI KOKURIKULUM
DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT
Nor Hidayah Binti Ahmad DamanhuriKolej Komuniti Hulu [email protected]
Yusmaria Binti Mohd YusoffKolej Komuniti Hulu Langat
Abstrak
Keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar dapatdihasilkan daripada kedua-dua pendidikan akademik dan bukanakademik. Kajian yang dijalankan bagi mengkaji persepsi pelajar
terhadap penglibatan kokurikulum adalah bertujuan untukpembangunan diri dalam kalangan mereka. Kaedah yangdigunapakai adalah berbentuk kualitatif yang mana borang
soalselidik digunakan sebagai pengumpulan data. Hasil dapatananalisis mendapati pelajar cenderung kepada bidang kokurikulum
yang membawa kepada penghasilan modal insan yang berkualiti.
Katakunci: kokurikulum, persepsi, modal insan
1.0 PENGENALAN
Pendidikan secara amnya ialah suatu proses yang
membentuk kebolehan dan sikap manusia. Pendidikan boleh
dibahagikan kepada pendidikan formal dan tidak formal.
Pendidikan formal diperolehi daripada hasil pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas, manakala pendidikan tidak formal
diterapkan apabila para pelajar terlibat di dalam aktiviti
kokurikulum atau aktiviti luar kelas. Kenyataan ini disokong
oleh Abdullah Sani Yahaya (2005) yang menyatakan bahawa
kokurikulum ialah segala aktiviti kurikulum yang dilakukan di
luar bilik darjah dan di luar waktu pelajaran formal. Aktiviti-
aktiviti kokurikulum ini juga di anggap sebagai aktiviti atau
program sokongan berfokuskan aktiviti bukan akademik.
Tambahan pula, ia banyak membantu dalam membentuk
sahsiah diri seorang pelajar seperti menghormati orang lain,
sikap bekerjasama, dan kemahiran komunikasi. Malah ia juga
merupakan gerak kerja yang bercorak pendidikan dan berupa
pengalaman pembelajaran. Ini kerana memiliki ketrampilan
akademik semata-mata bukan jaminan kepada graduan untukmendapat pekerjaan akibat daripada persaingan sengit di dunia
pasaran kerja hari ini (Azyani & Esa, 2012). Soft skills
sangat penting untuk membolehkan para pelajar bersaing
untuk menempatkan diri di alam pekerjaan.
Namun kebelakangan ini, kita sering menerima
aduan daripada majikan dan persatuan industri bahawa para
graduan kurang memiliki soft skills seperti etika kerja yang
positif, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan
kebolehan dalam membuat keputusan. Oleh itu, pelbagai
usaha telah dirancang oleh kerajaan bagi memastikan negara
mempunyai graduan yang berkemahiran, serba boleh dan
kebolehpasaran yang tinggi. Kolej Komuniti merupakan salah
satu institusi pendidikan telah menyambut baik seruan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan
memberikan tumpuan sepenuhnya dalam usaha
membangunkan modal insan yang holistik, lengkap dengan
pengetahuan dan kemahiran serta memiliki sikap, nilai dan
etika yang positif melalui pendidikan, latihan dan
pembelajaran sepanjang hayat.
Hasil dapatan Assain & Safar (2011) mendapati para
graduan lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris, berfikiran
sempit, tiada ciri-ciri kepimpinan, semangat berpasukan dan
tiada kemahiran berkomunikasi. Oleh itu,dengan melibatkan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum diharapkan dapat member
nilai tambah dalam pembentukan sahsiah diri. Ini disokong
oleh hasil dapatan kajian Haron et al(2010), melalui kegiatan
kokurikulum yang dilaksanakan ia dapat meningkatkan
disiplin pelajar, memupuk sikap positif, yakin diri dan berani.
Para pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL)
terlibat secara aktif dengan pelbagai aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan di sepanjang tahun. Kegiatan kokurikulum yang
dimaksudkan di sini berkaitan dengan kegiatan sukan, kelab/
persatuan dan pasukan unit beruniform. Kegiatan sukan yang
dianjurkan kepada para pelajar kolej komuniti seperti dart
bola jaring, badminton, petanque, boling, dan sepak takrawKelab/ persatuan yang aktif di kolej komuniti seperti kelab
pengguna, kelab keusahawanan, Br1sk, Stompers, dan kelab
rekreasi. Oleh itu, penyelidikan ini akan melihat sejauh mana
penglibatan pelajar dalam aktitiviti kokurikulum dapat
membantu pembangunan modal insan yang berkualiti.
2.0 PENYATAAN MASALAHMenurut Perangkaan Utama Tenaga Buruh Malaysia
(Mac, 2014), Malaysia mencatatkan kadar pengangguran 3.0%
pada bulan Mac 2014. Didapati kadar pengangguran jatuh
berbanding bulan sebelumnya, tetapi ia masih perlu dikaji
untuk mencari penyelesaian mengapa masalah pengangguran
masih wujud di Malaysia. Antara faktor utama yangmenyumbang kepada pengangguran adalah disebabkan oleh
graduan tempatan gagal memenuhi kehendak majikan atau
sesebuah organisasi. Bernama.Com (4, Mac 2014)
menyatakan antara punca-punca graduan tempatan tidak
ditawarkan pekerjaan oleh majikan adalah disebabkan oleh
kekurangan dalam kemahiran berfikir secara kritis, tiada
kemahiran komunikasi dan kurang keyakinan pada
kemampuan diri sendiri. Kemahiran-kemahiran tersebut tidak
diperolehi melalui pembelajaran formal di dalam kelas tetapi
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected] -
7/23/2019 Persepsi Pelajar Terhadap Penglibatan Aktiviti Kokurikulum.pdf
2/8
Kolokium Penyelidikan & Inovasi Wilayah Selangor 2014
2
dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti sampingan di kolej-
kolej atau pun universiti.
Sirat et. al (2010) menyatakan pengangguran di
Malaysia adalah disebabkan oleh sikap para graduan itu
sendiri. Tiga sikap negatif yang perlu dihapuskan dalam diri
para graduan adalah kurangnya inisiatif dalam mencari
pekerjaan, terlalu mengharapkan peluang pekerjaan dari sektor
kerajaan dan berpikiran negatif terhadap majikan. Oleh itu,
menjadi tanggungjawab setiap institusi pendidikan untuk
menerapkan sikap-sikap positif dalam diri setiap bakal
graduan mereka. Bersikap positif bukan sahaja mampu
mengubah seseorang individu bahkan membantu
pembangunan ekonomi sesebuah negara.
Hasil kajian, Zainal Abidin. R, Esa. A & Wan
Ahmad. W. M. R. (2008) mendapati sekolah sebagai medium
yang sesuai untuk memainkan peranan penting dengan
memberikan pendidikan secara tidak formal kepada komuniti
setempat untuk membangunkan modal insan dalam komuniti
setempat. Manakala A. Hassan. Z. (2007) dalam kajiannya
menerangkan 18 strategi yang perlu dilaksanakan dalam usaha
kearah pembangunan modal insan sektor pengajian tinggi
yang berkualiti dan bertaraf dunia. Antara strategi yang telahdibincangkan dalam kajian tersebut adalah dengan menyemak
semula kurikulum yang telah diaksanakan, membangunkan
kemahiran insaniah, dan menyediakan modul keusahawanan.
Dapat disimpulkan, hasil-hasil kajian sebelumnya
mendapati pelajar-pelajar yang terlibat secara aktif dalam
aktiviti-aktiviti kokurikulum mampu membantu pembentukan
disiplin para pelajar. Walaubagaimanapun, penglibatan pelajar
secara aktif dalam aktiviti kokurikulum kadangkala turut
mengganggu pembelajaran formal didalam kelas. Pelajar-
pelajar yang terlibat dengan Program Stompers misalnya
sering dijemput mengadakan persembahan diserata tempat dan
terpaksa meninggalkan kelas. Selain itu, latihan-latihan yang
diadakan setiap hari juga menuntut peruntukkan masadaripada para pelajar. Ketidakhadiran ke kelas menyebabkan
mereka akan ketinggalan dalam subjek yang dibincangkan
oleh pensyarah didalam kelas. Aduan turut diterima daripada
pensyarah-pensyarah subjek mengenai ketidakhadiran para
pelajar tersebut. Dapatan Adnan (2010) disokong oleh Adnan
(1990) dan Abu Bakar (1999) menyatakan pihak-pihak yang
tidak terlibat dalam aktiviti kokurikulum merasakan bahawa
aktiviti kokurikulum hanya membuang masa pelajar,
memerlukan peruntukkan kewangan yang banyak dan terlalu
banyak komitmen diperlukan.
Dalam kajian ini, permasalahan yang ingin dikaji
adalah melihat persepsi pelajar terhadap aktiviti luar bagi
pembangunan diri dalam kalangan mereka. Ramai pihak
beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak
membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana
aktiviti akademik dinilai.
3.0 OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi
para pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat dalam aktiviti-
aktiviti kokurikulum.
4.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini memfokuskan kepada para pelajar di Kolej
Komuniti Hulu Langat yang terdiri daripada pelajar yang
mengambil bidang penyejukan dan penyamanan udara (SPU)
akauntansi (SAK) dan teknologi maklumat (SAP).
Antara aspek-aspek yang diambilkira dalam
penyelidikan ini adalah berkaitan penglibatan pelajar dalam
kelab dan persatuan, penglibatan pelajar terhadap aktiviti-
aktiviti kolej, pelaksanaan aktiviti kokurikulum, sahsiah dan
peribadi pelajar, sikap pelajar dalam kerja berpasukan dan
kepimpinan pelajar.
5.0 KEPENTINGAN KAJIANKajian ini diharapkan menjadi panduan ataupun
rujukan kepada pihak-pihak yang tertentu samada secara
langsung atau tidak langsung. Hasil dapatan kajian akan
meningkatkan kesedaran kepada pihak-pihak institusi tentangfaktor-faktor yang membantu penerapan modal insan dalam
diri para pelajar. Selain itu, ia membantu para pelajar itu
sendiri untuk mempersiapkan diri dengan berusaha
membentuk modal insan berkualiti tinggi bagi memenuhi
kehendak bakal majikan pada masa akan datang. Kajian ini
juga memberi kesedaran kepada para pelajar bahawa
pendidikan tidak formal diluar kelas juga merupakan aspek
penting yang perlu dititikberatkan bagi membentuk modal
insan yang berkualiti. Diharapkan program-program luar kelas
akan mendapat sambutan daripada para pelajar secara
sukarela.
6.0 KAJIAN LITERATURAhmad Kassim M.K, Haris Z. & Yusof A. (2010)
mentakrifkan modal insan sebagai keupayaan individu untuk
melengkapkan diri mereka dengan nilai-nilai kemanusiaan
berlandaskan kepada syariat Islam. Jabatan Penerangan
Malaysia, di dalam Buku Rasmi Tahunan Malaysia 2006
menyatakan modal insan merupakan individu yang berilmu
berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi
beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin
dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil,
progresif, cekal dan berdaya saing.
Ishak M. & Zumrah A.R. (2008) mengkaji
pendekatan terbaik yang boleh digunapakai dalam usaha
membangunkan modal insan yang cemerlang. Mereka telah
mendefinisikan modal insan sebagai individu atau manusia
yang boleh dibentuk dan dibangunkan untuk manfaat diri
masyarakat dan negara. Menurut Dr Sargit Singh Gill (2006)
dalam penulisannya menerangkan modal insan sebagai
individu yang tidak bersifat individualistik tetapi bersifat
-
7/23/2019 Persepsi Pelajar Terhadap Penglibatan Aktiviti Kokurikulum.pdf
3/8
Kolokium Penyelidikan & Inovasi Wilayah Selangor 2014
3
sebahagian dariapda masyarakat Malaysia yang berilmu,
berkeyakinan, memiliki nilai yang murni dan moral yang
tinggi.
Mohd Fauzi Hamat dan Mohd Khairul Naim Che
Nordin (2012) dalam penulisan mereka tentang kepentingan
pembangunan modal insan di Malaysia telah mentakrifkan
modal insan sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh pekerja yang
menyebabkan mereka lebih produktif. Pembangunan modal
insan boleh dipupuk melalui pelaburan terhadap pendidikan,
latihan sebelum bekerja, latihan semasa bekerja, kesihatan,
dan penghijrahan.
Kajian-kajian lepas banyak membincangkan faktor-
faktor yang mempengaruhi pembangunan modal insan yang
berkualiti dikalangan para pelajar. Datuk Dr. Zulkefli bin A.
Hassan (2007) mencadangkan strategi yang boleh digunakan
untuk membantu pembangunan modal insan yang berkualiti
adalah merangkumi aspek pemantapan aspirasi, kepimpinan
dan hala tuju, penyelarasan undang-undang, pembangunan
tenaga pengajar, semakan semula kurikulum, dan
pengantarabangsaan IPT. Dr. Baharom Mohamad & Dr.
Mohamad Johdi Salleh (2009) dalam penulisan mereka
membincangkan kepimpinan pendidikan dalam pembangunanmodal insan. Mereka menyatakan pembentukan budaya
sekolah yang positif dan cemerlang melalui pengukuhan
aktiviti-aktiviti korikulum dan interaksi di dalam sekolah akan
melahirkan nilai-nilai cintakan ilmu, penyayang, prihatin,
tolenrasi dan perpaduan yang membentuk modal insan
berkualiti.
Ciri utama modal insan dan tenaga kerja sesebuah
negara berpendapatan tinggi adalah individu-individu yang
mempunyai kelayakan pendidikan tinggi bagi menyokong
pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang
tinggi dalam bidang teknikal dan professional serta paras
produktiviti yang tinggi (RMK-10). Bagi membentuk modal
insan yang cergas, kerajaan telah memperkenalkan dasar baruiaitu dasar 1Murid 1Sukan yang telah dilancarkan pada
Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia 2014.
Faktor kesihatan dan pemakanan seseorang akan turut
mempengaruhi cara seseorang individu itu berpikir. Oleh itu
gaya hidup yang sihat sangat penting dan ia mestilah dipupuk
sedari awal lagi.
YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam
ucapan beliau pada Perutusan Hari Pekerja (2006) menyatakan
pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan
akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan
kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan
dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang
kian meningkat.
7.0 METHODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mana
borang soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi
pengumpulan data. Ia merupakan kaedah pengumpulan data
secara formal dan lebih sistematik. Kumpulan sasaran yang
akan dikaji adalah para pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat .
Oleh itu, Kaedah Persampelan Mudah telah digunakan dalam
kajian ini, kerana ia merupakan kaedah yang paling sesuai. Ia
merupakan pensampelan yang paling asas bagi memastikan
setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk diambil
bagi mewakili populasi subjek yang dikaji.
8.0 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
Hasil dapatan kajian diperolehi melalui edaran
borang soal selidik yang diedarkan kepada para pelajar oleh
penyelidik. Kesemua data yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian Statistical Analysis of Data (SPSS)
versi 2.10 dan Microsoft Excel 2010. Secara keseluruhannya,
analisis data menggunakan analisis deskriktif bagi mencari
frekuensi, peratusan dan min. Jadual 1 digunakan bagi
mentafsir nilai min berdasarkan skala likert sebagai menjawab
setiap persoalan kajian yang telah diadaptasi daripada
(Wiersma, 1995).
Julat Min Tahap Kekuatan
1.002.33 Rendah
2.343.67 Sederhana
3.685.00 Tinggi
Jadual 1
8.1 (A) Latar Belakang Responden
Seramai
156 orang
responden
yang
terdiri
daripadapelajar
Sijil Kolej
Komuniti
(SKK) di
KKHL
telah menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan
Berikut adalah huraian analisis bagi latar belakang responden
berdasarkan kandungan soal selidik yang telah diedarkan
Maklumat mengenai jantina, umur dan program pengajian
atau kelas dilakukan untuk mengetahui latar belakang
responden.
8.1A (a) Jantina
Rajah 1: Bilangan responden mengikut jantina
Umur; 40
tahun; 00
50
100
150
40 tahun
Umur
U
-
7/23/2019 Persepsi Pelajar Terhadap Penglibatan Aktiviti Kokurikulum.pdf
4/8
Kolokium Penyelidikan & Inovasi Wilayah Selangor 2014
4
Latar belakang jantina
diperlukan bagi
mengenalpasti golongan
manakah yang lebih
banyak terlibat dalam
aktiviti kokurikulum.
Rajah 1 mendapati
kebanyakkan responden
yang terlibat adalah
terdiri daripada pelajar
lelaki iaitu seramai 121
orang (78%) manakala
pelajar perempuan
hanya seramai 22 orang
(22%). Ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki adalah
responden terbanyak untuk kajian ini.
8.1A (b). Umur
Rajah 2: Kategori umur responden
Menurut rajah 2 di atas, didapat seramai 135 orang pelajar
adalah berumur kurang atau bersamaan dengan 20 tahun.Manakala 21 orang pula terdiri daripada kategori umur antara
21-30 tahun. Dapatan umur menunjukkan responden kajian
terdiri daripada pelajar semester satu, dua, tiga dan empat
yang berumur kurang daripada 30 tahun.
8.1B Penglibatan Pelajar Dalam Kelab dan Persatuan
8.1B (a) Kategori Akademik
Rajah 3: Penglibatan Pelajar dalam aktiviti Kelab dan
Persatuan (Akademik)
Rajah 3 menunjukkan bilangan penglibatan pelajar bagi kelab
dan persatuan kategori akademik. Kelab Pengguna
mencatatkan bilangan yang terbanyak ahlinya iaitu sebanyak45 ahli berbanding Persatuan Pembimbing Rakan Siswa Siswi
(PRISS) iaitu sebanyak 35 ahli. Ini berkemungkinan
responden telah sedar akan hak-hak mereka sebagai pengguna
dan pengetahuan yang diperolehi boleh digunakan dalam
kehidupan seharian mereka. Walaubagaimanapun tidak kurang
pula bagi persatuan PRISS. Ahli persatuan ini boleh menjadi
seorang fasilitator yang bersikap terbuka, berempati dan
menjadi pendengar yang baik serta berkeupayaan untuk
membantu rakan.
8.1B (b) Kategori Sukan dan RekreasiRajah 4: Penglibatan Pelajar dalam aktiviti Kelab dan
Persatuan (Sukan dan Rekreasi)
Rajah 4 menunjukkan bilangan penglibatan pelajar bagi kelab
dan persatuan kategori Sukan dan Rekreasi. Kelab Mendak
mencatatkan bilangan yang terbanyak ahlinya iaitu sebanyak
84 ahli berbanding Kelab Indoor Games iaitu sebanyak 72
ahli. Dapatan menunjukkan pelajar lebih gemar kepada aktiviti
yang diadakan diluar bilik iaitu aktiviti yang dapat menguji
ketahanan jasmani mereka melalui pendakian Bukit Broga dan
aktiviti lasak yang lain. Lebih-lebih lagi ahli Kelab Mendak
terdiri
daripada
pelajar lelaki.
8.2 ANALISIS SKOR MIN
Analisis skor min digunakan bagi menjawab soalan kajian
yang diwakili oleh Bahagian C, D, E, F dan G dalam soalan
soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis untuk
mendapatkan nilai min bagi setiap bahagian.
Hasil Dapatan Analisis dalam Bahagian C
No Item Tahap Kekuatan
1 Saya selalu menyertai aktivitisukan dan bukan sukan yang
dianjurkan oleh kolej
3.46
2 Saya menyertai aktiviti kolej
dengan rela hati dan kerana
minat
3.81
3 Aktiviti sukan dan bukan sukan
mampu menyemai nilai dan
etika positif terhadap diri saya
3.94
4 Minat, bakat serta kemahiran
yang saya ada dapat disalurkan
melalui aktiviti kokurikulum
3.96
Purata Min 3.79
Jadual 2: Penglibatan Pelajar Terhadap Aktiviti KolejKateg0
50 3745
3935
Kategori Akademik
Kategori
Akademik
121;
78%
35;22%
Jantina responden
Lelaki
Perempuan
Kategori60708090
Kelab
MendakiKelab
Indoor
Games
84
72
Kategori Sukan dan Rekreasi
Kategori
Sukan dan
Rekreasi
-
7/23/2019 Persepsi Pelajar Terhadap Penglibatan Aktiviti Kokurikulum.pdf
5/8
Kolokium Penyelidikan & Inovasi Wilayah Selangor 2014
5
Berdasarkan Jadual 2, purata min secara keseluruhannya
berada pada tahap kekuatan 3.79 iaitu tahap tinggi. Item yang
mencatatkan tahap kekuatan paling tinggi adalah item 3
berbanding item 1. Ini menunjukkan bahawa melalui aktiviti
kokurikulum, minat, bakat serta kemahiran para responden
dapat disalurkan sepenuhnya bahkan aktiviti-aktiviti lain
contohnya jika responden mempunyai bakat menyanyi mereka
boleh membuat persembahan dalam pertandingan menyanyi
lagu patriotik untuk sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
kolej dan sebagainya. Walaubagaimanapun, ada juga
responden yang tidak berapa aktif serta jarang sekali
menyertai mana-mana aktiviti diluar bilik darjah.
Hasil Dapatan Analisis Bahagian D
No Item Tahap Kekuatan
1 Program seperti ceramah
motivasi dan kerohanian
mampu menjadikan saya
seorang yang mempunyai
keseimbangan rohani (sifat
kejiwaan dan kebatinan yang
baik)
3.87
2 Aktiviti kelab dan persatuan
mampu memberi kecerdasan
jasmani serta fizikal terhadap
diri saya
4.11
3 Mampu membina emosi yang
positif melalui semangat
bekerjasama dalam pasukan
4.08
4 Pengalaman yang saya lalui
mampu menjadikan saya
bersikap progresif dan berdaya
saing
4.10
4.04
Jadual 3: Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum
Jadual 3 menunjukkan hasil dapatan bagi pelaksanaan aktiviti
kokurikulum. Item 2 iaitu aktiviti kelab dan persatuan mampu
memberi kecerdasan jasmani serta fizikal terhadap diri
responden mencatatkan skor min yang paling tinggi
berbanding item 1. Hal ini menunjukkan bahawa aktiviti luar
kelas dapat memberi ketahanan mental dan fizikal serta
memberi peluang kepada mereka untuk mengamalkan gaya
hidup aktif dan sihat. Purata min juga mencatatkan nilai tahap
kekuatan dalam julat yang tinggi iaitu 4.04.
Hasil Dapatan Analisis Bahagian E
No Item Tahap Kekuatan
1 Mampu meningkatkandisiplin diri serta membentuk
akhlak mulia
3.92
2 Mampu menjadikan anggota
badan saya sihat dan cerdas
4.17
3 Berupaya
memperkembangkan
kecerdasan emosi saya ke
tahap yang lebih matang
4.03
4 Mampu memberi tumpuan
kepada daya berfikir secara
kritis dan kreatif
4.03
Purata Min 4.04
Jadual 4: Sahsiah dan Peribadi Pelajar
Analisis daripada Jadual 4 memperlihatkan item mampu
menjadikan anggota badan saya sihat dan cerdas
memperolehi julat min yang paling tinggi iaitu 4.17. Ini
kerana responden sedar akan pengamalan hidup sihat yang
akan membawa kepada kecerdasan mental dan fizikal
Manakala item mampu meningkatkan disiplin diri serta
membentuk akhlak mulia mencatat skor min yang paling
rendah iaitu 3.92. Purata keseluruhan dalam bahagian ini
adalah 4.04.
Hasil Dapatan Analisis Bahagian F
No Item Tahap Kekuatan
1 Mampu berbincang secara
terbuka dengan ahli
kumpulan
4.30
2 Mampu berinteraksi dengan
ahli kumpulan dengan baik
3.97
3 Melihat kepelbagaian
kekuatan dalam kalangan
ahli kumpulan sebagai
kekuatan diri
4.02
4 Mampu memimpin
kumpulan jika diperlukan
3.75
5 Mampu menjadikan
matlamat kumpulan sebagai
matlamat diri
3.93
6 Rasa bangga jika ahli
kumpulan mencapai
kejayaan
4.21
Purata Min 3.41
Jadual 5: Sikap Pelajar dalam Kerja Berkumpulan/Pasukan
Secara puratanya, skor min bagi Jadual 5 berada pada tahap
kekuatan sederhana dengan nilai 3.41. Walaupun begitu, sikap
responden yang mampu berbincang secara terbuka dengan ahlikumpulan memberi rekod skor min tertinggi sebanyak 4.30
jika dibandingkan dengan sikap pelajar dalam item 4 iaitu
3.75. Analisis ini menunjukkan para responden lebih bersikap
terbuka apabila melibatkan aktiviti yang memerlukan mereka
-
7/23/2019 Persepsi Pelajar Terhadap Penglibatan Aktiviti Kokurikulum.pdf
6/8
Kolokium Penyelidikan & Inovasi Wilayah Selangor 2014
6
berdiskusi. Akan tetapi masih ramai lagi responden yang
belum berkeyakinan untuk menjadi pemimpin sesebuah
kumpulan jika diperlukan.
Hasil Dapatan Analisis Bahagian G
No Item Tahap Kekuatan
1 Mampu menilai dan
menerima pendapat oranglain
3.94
2 Mampu menentukan perkara
mana yang utama
3.95
3 Sentiasa melakukan yang
terbaik untuk menyelesaikan
tugas dan tanggungjawab
3.99
4 Mampu menilai kekuatan dan
kelemahan diri
3.95
5 Berupaya menilai kesan
daripada setiap tindakan dan
keputusan yang dibuat
3.95
6 Mempunyai kemahiran
mengawal tekanan dengan
baik
3.86
7 Boleh bertoleransi dengan
ahli kumpulan yang berbeza
pandangan
3.96
8 Berupaya menilai diri dan
orang lain dengan baik
4.04
Purata Min 3.96
Jadual 6: Kepimpinan Pelajar
Menurut skor min dalam jadual 6, item 8 iaitu berupayamenilai diri dan orang lain dengan baik mempunyai julat min
tertinggi iaitu sebanyak 4.04. Ini menunjukkan bahawa
kebanyakkan responden mampu berfikiran positif serta kritis
dalam menilai diri serta individu lain. Item 6 pula
memperlihatkan nilai min paling rendah sebanyak 3.86. Ini
berkemungkinan responden masih perlu menambah ilmu
pengetahuan tentang kemahiran mengawal perasaan serta
bersikap sabar. Secara keseluruhannya purata min bagi
bahagian kepimpinan pelajar berada di tahap kekuatan tinggi
iaitu 3.96.
9.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
9.1 KESIMPULAN
Secara amnya, jika dilihat purata min bagi setiap bahagian
seperti dalam jadual 7, dapat digambarkan bahawa persepsi
pelajar terhadap aktiviti kokurikulum berada dalam tahap
kekuatan yang memberangsangkan kecuali tahap kekuatan
dalam bahagian F iaitu sikap pelajar dalam kerja kumpulan
atau pasukan berada dalam tahap kekuatan sederhana.
Bahagian Item Purata Min
C Penglibatan pelajar
terhadap aktiviti kolej
3.79
D Pelaksanaan aktiviti
kokurikulum
4.04
E Sahsiah dan peribadi
pelajar
4.04
F Sikap pelajar dalam kerja
berkumpulan atau
pasukan
3.41
G Kepimpinan Pelajar 3.96
Jadual 7: Purata min yang mewakili setiap bahagian
Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa para pelajar
minat dan cenderung untuk melakukan atau terlibat secara
aktif dalam kegiatan di luar bilik darjah seperti menyertai
aktiviti sukan seperti pemainan badminton, dart, aerobicdance serta aktiviti yang berbentuk ilmiah seperti menyertai
Bridge sukarelawan Brisk, kelab keusahawanan dan
sebagainya. Oleh hal yang demikian, soal pembangunan
modal insan dapat diterapkan dalam aktiviti seumpama ini
bagi menjadikan para pelajar bukan sahaja aktif dalam bidang
akademik, tetapi mempunyai kehidupan yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ini kerana kesemua
bahagian soal selidik yang diedarkan kepada pelajar
merangkumi empat perkara tersebut.
9.2 CADANGAN
Hasil daripada perbincangan dan kesimpulan di atas, terdapat
beberapa cadangan yang mungkin dapat meningkatkanpersepsi positif terhadap aktiviti kokurikulum oleh pelajar
KKHL terutamanya dalam membentuk sikap keyakian diri
pelajar dalam aktiviti kerja berkumpulan atau pasukan seperti:
1. Perancangan yang strategik oleh pensyarah yangmemegang kepimpinan kelab dan persatuan seperti
merancang projek, program serta anggaran
belanjawan supaya kelab dan persatuan dapat
bergerak aktif.
2. Perbanyakkan/pelbagaikan projek atau program yangbanyak memberi peluang kepada para pelajar untuk
menerajui sendiri pucuk pimpinan dalam aktiviti
berpasukan atau berkumpulan. Pensyarah digalakkan
menjadi pemerhati dan memimpin pelajar untuk
projek tertentu.3. Optimumkan potensi, bakat dan kelebihan yang ada
pada pelajar melalui aktiviti kokurikulum. Seiring
dengan itu, para pensyarah juga perlu dicungkil
kemahiran mereka disamping memberi latihan dan
-
7/23/2019 Persepsi Pelajar Terhadap Penglibatan Aktiviti Kokurikulum.pdf
7/8
Kolokium Penyelidikan & Inovasi Wilayah Selangor 2014
7
pendedahan agar mereka mahir dalam bidang
masing-masing. Oleh itu, para pelajar yang dipimpin
oleh pensyarah yang berkemahiran akan dapat
menghasilkan pelajar yang inovatif dan kreatif.
PENUTUP
Pembangunan modal insan sesorang pelajar bukanlah
hanya tertumpu kepada bidang akademik semata-mata.
Kokurikulum penting bagi melahirkan para pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek.
Malah, aktiviti diluar bilik darjah dapat membantu para pelajar
mempelajari soft skills seperti kemahiran berkomunikasi,
bekerja dalam kumpulan dan berfikiran secara kritis dan
kreatif akan membawa mereka kepada etika kerja yang
berkualiti apabila mereka bekerja kelak. Melalui kajian yang
telah dijalankan didapati para pelajar lebih banyak
memberikan jawapan yang positif terhadap aktiviti
kokurikulum. Ini bermakna persepsi pelajar terhadap aktiviti
kokurikulum di KKHL lebih banyak memberi impak yang
berguna bagi pembangunan diri mereka.
RUJUKAN
Abdullah Sani b. Yahaya (2005). Mengurus Hal Ehwal Pelajar. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Assain, F.A. & Safar, H.M. (2011). Penerapan Kemahiran Insaniah di Sekolah
Menengah Teknik: Satu Analisis Perbandingan.
Baharom Mohamad & Mohamad Johdi Salleh (2009). Pembangunan Modal
Insan Sebagai Satu Pelaburan Penting dalam Konteks Pembinaan Negara.
Prosiding Seminar Pembangunan Modal Insan 2009, Tema: KecemerlanganModal Insan.
BERNAMA (Mei, 25 2014). Kadar Pengangguran Susut Kepada 3 Peratus.http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Kadarpengangguransusutkepad
a3peratus/Article/index_html.Dicapai pada 27 Julai 2014.
Datuk Dr. Zulkefli Bin A. Hassan (2007). Isu dan Strategi ke arah
Pembangunan Modal Insan Sektor Pengajian Tinggi Bertaraf Dunia. Jurnal
Pengurusan Awam.
Dr Sargit Gill (2006). Hubungan Etnik d i Malaysia ke arah Pembentukan
Masyarakat Berintegrasi dalam Dr. Zaid Ahmad, et al., Hubungan Etnik.Selangor: Oxford Fajar. h. 203.
Haryati Shafii, Sharifah Meryam Shareh Musa & Zakila Abd Rahman (2009).Pembangunan Modal Insan ke arah Meningkatkan Kualiti Hidup
Masyarakat. International Conference on Human Capital Development
(ICONHCD 2009).
Hassan Adnan, Raja Roslan Raja Abd. Rahman (2010). Keberkesanan
Pelaksanaan Aktiviti Fizikal Terhadap Pembangunan Diri Pelajar: SatuTinjauan. Journal of Human Capital Development. Vol. 3, ms 119-132.
Kassim Mansur, Gusni Saat & Said Effendi (2009). Kajian Kes Pelabiran
Pendidikan Modal Insan di Kalangan Suku Kaum Sama-Bajau di Kota
Kinabalu: Halatuju dan Cabaran. Jurnal Kemanusiaan Bil. 14.
Maisarah Ishak & Abdul Rahim Zumrah (2008). Pendidikan Asas
Pembangunan Modal Insan. Prosiding PERKEM III, Jilid I, ms 327-331.
Mohd Fauzi Hamat & Mohd Khairul Naim Che Nordin (2012). TinjauanKepentingan Pembangunan Modal Insan Di Malaysia. Jurnal Al- Tamadun
Bil. 7(1), ms 75-89.
Mustapha Kamal Ahmad Kassim, Zahiah Haris@Harith & Abdullah Yusof
(2010). Pembangunan Modal Insan dan tamadun Islam dari Perspektif
Pendidikan Guru. Proceedings of the 4th International Conference on
Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI, Bandung Indonesia.
Noor Azyani A.Jalil & Ahmad Esa (2012). Kemahiran Menyelesaikan
Masalah Menerusi Aktiviti Kokurikulum (khidmat Masyarakat) Dalam
Kalangan Pelajar UTHM. Prosiding Seminar Pendidikan Pasca Ijazah dalamPTV kali ke-2.
Norhayati Baharin (2012). Faktor-faktor yang mempengaruhi Penganggurandi Malaysia. Prosiding Perkem VII, Jilid I, ms. 209-227.
Perangkaan Tenaga Buruh, Malaysia (2014)http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/emplo
yment/2014/LF_Jan_2014BM.pdf.Dicapai pada 15 Ogos 2014.
Ramlan Bin Zainal Abidin, Dr. Ahmad Bin Esa & Prof. Dr. Wan Mohd
Rashid Bin Wan Ahmad (2008). Pendidikan Sepanjang Hayat: Isu, Cabaran
dan Peranan Sekolah Membangun modal Insan dalam Komuniti SetempatSeminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2008, UTHM.
Rosli Bin Zainuddin, Diana Binti Jais & Norizzati Binti Abd Latif (2013).
Kupasan, Perbincangan dan Cadangan Pelaksaan Program di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) dalam Menangani Akhlak dan Sikap Negatif Pelajar.
Diges PMS Bil. 4.
Wiersma W (1995). Research Methods in Education: An Introduction
Boston: Allyn an Bacon
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Kadarpengangguransusutkepada3peratus/Article/index_htmlhttp://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Kadarpengangguransusutkepada3peratus/Article/index_htmlhttp://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Kadarpengangguransusutkepada3peratus/Article/index_htmlhttp://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/employment/2014/LF_Jan_2014BM.pdfhttp://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/employment/2014/LF_Jan_2014BM.pdfhttp://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/employment/2014/LF_Jan_2014BM.pdfhttp://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/employment/2014/LF_Jan_2014BM.pdfhttp://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/employment/2014/LF_Jan_2014BM.pdfhttp://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Kadarpengangguransusutkepada3peratus/Article/index_htmlhttp://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Kadarpengangguransusutkepada3peratus/Article/index_html -
7/23/2019 Persepsi Pelajar Terhadap Penglibatan Aktiviti Kokurikulum.pdf
8/8
Kolokium Penyelidikan & Inovasi Wilayah Selangor 2014
8