-
7/23/2019 Personaliti Lima Faktir-Pengaruhnya Terhadap Nilai Peribadi Asas Dalam Kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (1)
1/13
1
Personaliti Lima Faktor: Pengaruhnya terhadap Nilai Peribadi Asas dalam Kalangan
Pegawai Tadbir Diplomatik
Siti Rohana Ayop
Fatimah wati Halim
Mohamad Irwan Ahmad
Zulanefa Zulkepli
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Personaliti merupakan satu indikator penting dalam dunia pekerjaan pada hari
ini.Personaliti yang positif mampu melahirkan pekerja yang mempunyai nilai-nilai positif
yang melibatkan emosi, kognitif serta tingkah laku dan ini seterusnya menyumbang kepada
pelbagai aspek keberkesanan prestasi.Maka kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh faktor
personaliti terhadap nilai peribadi asas dalam kalangan pekerja. Kajian ini melibatkan
seramai 113 orang responden yang dipilih menggunakan teknik persampelan mudah dan
bertujuan dalam kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang mengikuti Seminar
Psikologi dalam Perundingandan seminar Human Governance/ Good Governance.Dalam
usaha pengumpalan maklumat dan data, sebanyak tiga alat pengukuran digunakan iaitu
maklumat demografik bertujuan menilai ciri-ciri homogen responden, Soal Selidik
International Personality Item Pool (IPIP) bertujuan mengukur personaliti lima faktor iaitu
keterbukaan, kehematan, ekstraversi, kepersetujuan dan neurotisme dan Soal Selidik Nilai
Peribadi Asas digunakan untuk mengukur nilai-nilai kerja murni yang dimiliki oleh pekerja.
Data yang peroleh dianalisis menggunakan perisian statistik iaitu SPSS21 untuk menguji
hubungan dan pengaruh di antara pemboleh ubah.Keputusan mendapati faktor
keterbukaan, kehematan dan kepersetujuan secara dominan mempengaruhi nilai peribadi
asas secara positif dan signifikan.Hal ini menjelaskan bahawa pekerja yang memiliki ketiga-
tiga faktor personaliti tersebut mampu membentuk serta memiliki nilai peribasi asas yang
positif dalam mempengaruhi keberkesanan prestasi pekerjaan mereka. Sebaliknya, dua
faktor lain iaitu ektraversi dan neurotisme tidak mempengaruhi nilai peribadi asas pekerja.
Dapatan ini menjelaskan bahawa faktor personaliti amat signifikan dalam aspek pemilihan
pekerja serta penyediaan latihan-latihan yang sewajarnya dalam membentuk pekerja agar
mempunyai nilai peribadi asas yang positif dan berkesan seterusnya mempengaruhi
pelbagai aspek keberkesanan prestasi.
Kata kunci: personaliti, keterbukaan, kehematan, ekstraversi, kepersetujuan, neurotisme
dan nilai peribadi asas
-
7/23/2019 Personaliti Lima Faktir-Pengaruhnya Terhadap Nilai Peribadi Asas Dalam Kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (1)
2/13
2
PENGENALAN
Dalam era pembangunan dan globalisasi ini, sumber manusia merupakan faktor yang
paling penting dalam menjayakan sesebuah organisasi sama ada di sektor awam mahupun
sektor swasta. Kejayaan sesebuah organisasi antara lain bergantung kepada mereka yang
berperanan sebagai pekerja yang dapat berfungsi secara optimum bagi mencapai matlamat
organisasi. Ramai pakar dalam bidang pengurusan menitikberatkan kajian mengenai
perlakuan individu sebagai satu isu yang penting dalam memahami semua bentuk
perlakuan dalam pengurusan dan organisasi. Oleh itu, elemen-elemen yang ada dalam diri
seseorang pegawai tidak seharusnya dipandang mudah oleh pihak pengurusan kerana
mereka inilah yang akanmembawa organisasi jauh ke puncak ataupun
sebaliknya.Tambahan lagi, dalam era teknologi maklumat masa kini, setiap organisasi perlu
mengekalkan dan menambah nilai mutu perkhidmatan mereka untuk memudahkan
persaingan dalam globalisasi ini.
Nilai peribadi asas boleh ditakrifkan sebagai nilai kerja murni.Nilai kerja merupakan
persepsi, sikap dan pendapat terhadap faktor-faktor yang berkaitan dengan kerja, pekerjaan
dan persekitaran kerja (Pennings, 1970).Ia boleh dianggap sebagai pedoman kepada pekerja
dalam dunia pekerjaan yang boleh dilihat melalui tingkah laku kerja, kehendak dan
motivasi serta prestasi dan pencapaian kecemerlangan. Di samping itu, beberapa aspek
yang berkaitan dengan nilai kerja ialah cara berhubungan dengan pekerja dengan individu
lain dalam persekitaran kerja, rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap kerja serta daya
inovatif bagi merekacipta sesuatu yang baru (Wollack et. al., 1971). Oleh itu, nilai kerja
mempunyai peranan yang besar dan merupakan unsur penting dalam meningkatkan
prestasi dan kecemerlangan kerja, seterusnya merealisasikan matlamat organisasi.
Dalam konteks pekerjaan, nilai adalah sesuatu yang menjadi dasar yang menjadi panduan
kepada kehendak seseorang. Hal ini kerana seseorang individu itu akan membentuk satu
sikap terhadap kerjanya berdasarkan bagaimana dia menilai kerjanya. Nilai bukanlah
sesuatu yang diwarisi sebaliknya ia terhasil daripada pelbagai faktor dan situasi yang
dilalui oleh individu di sepanjang kehidupan melalui interaksi dan identifikasi individu
-
7/23/2019 Personaliti Lima Faktir-Pengaruhnya Terhadap Nilai Peribadi Asas Dalam Kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (1)
3/13
3
dengan pelbagai agen atau model sosialisasi yang terdapat dalam persekitaran kerja,
masyarakat dan keluarga (Super, 1962).
Nilai-nilai dan etika perkhidmatan awam sangat penting kerana elemen tersebut akan
menentukan arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkahlaku
anggota Perkhidmatan Awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah mereka sebagai
pekerja negara, memberikan penyatuan dan penyelarasan di antara anggota-anggota
Perkhidmatan Awam sebagai institusi utama yang membuat sumbangan kepada
pembangunan tamadun masyarakat, dan standard mutlak bagi mendorong anggota
Perkhidmatan Awam berkhidmatan dengan ikhlas dan berkesan (Nilai dan Etika Dalam
Perkhidmatan Awam, 1990).
Nilai-nilai ini merupakan serampang utama yang akan melahirkan kecemerlangan amanah
dan tanggungjawab yang dijalankan oleh setiap anggota Perkhidmatan Awam. Di samping
itu, nilai dan etika kerja juga menyumbangkepada kesinambungan idealisme dan motivasi
sesebuah institusi sepanjang masa kepada ahli-ahli yang saling berganti mengikut edaran
masa (Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, 1990). Justeru itu, sesebuah masyarakat
mestilah menggariskan panduan kepada rakyatnya untuk dihayati nilai-nilai dan etika-etika
yang murni yang akan menjadi obor hidup bermaruah dan berakhlak.
Jika dilihat kini, terdapat segelintir penjawat awam tidak mengikut etika dan nilai yang
telah digariskan dalam perkhidmatan mereka.Walaupun telah banyak dasar, program dan
arahan-arahan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan, namun masih tidak wujud
sepenuhnya penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni dalam kalangan penjawat
awam (Yusof Pon dan Zaheruddin Othman, 2010).Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui
kes rasuah yang melibatkan penguasan kastam baru-baru ini.Dimanakah nilai kerja murni
yang digariskan dalam perkhidmatan awam terus diamalkan oleh para pegawai
perkhidmatan awam? Krisis nilai akan terus berlaku selagi kekuatan materialisme
mengatasi kekuatan moral dan longgarnya prinsip-prinsip kerohanian anggota
Perkhidmatan Awam (Malek Shah 2002).Perkara seperti ini seharusnya dipandang serius
berikutan daripada banyak rungutan dan komen dari aspek nilai dan etika kerja
perkhidmatan awam. Untuk itu, pihak pengurusan dan pegawai-pegawai khususnyaPegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) perlu memahami konsep nilai kerja dalam usaha
-
7/23/2019 Personaliti Lima Faktir-Pengaruhnya Terhadap Nilai Peribadi Asas Dalam Kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (1)
4/13
4
mengubah pegawai bagi memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam pengurusan
mereka. Hal ini demikian kerana PTD merupakan salah satu daripada skim perkhidmatan
awam yang melaksanakan pentadbiran bagi Perkhidmatan awam Malaysia iaitu menjadi
pemimpin di dalam kebanyakan organisasi perkhidmatan awam sama ada di peringkat
Kerajaan Pusat, Negeri mahupun Tempatan (Nazlina, 2012).
Selain itu, memiliki Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang mempunyai personaliti yang
berkualiti amat penting kerana mereka menjadi nadi serta tulang belakang kepada
perkhidmatan awam.PTD juga menjadi jentera pentadbiran atau kuasa eksekutif dalam
melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala objektif dan
matlamat negara (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).Sekiranya pegawai PTD tidakdiuruskan dengan sebaik mungkin, ini akan memberikan kesan buruk kepada
perkhidmatan awam. Oleh itu, kewujudan PTD yang mempunyai personaliti yang baik
amat diperlukan bagi mengelakkan pandangan negatif masyarakat dan meningkatkan nilai
kerja mereka.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memainkan peranan yang penting
dalam memilih pegawai PTD yang terbaik.
Personaliti adalah penyusunan sistem pemikiran dan fizikal yang berkembang dan berubah-
ubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan di dalam diri seseorang (Gordon Allport,
1961).Personaliti juga merupakan susunan pola-pola tingkahlaku manusia yang bersesuaian
mengikut kehidupan mereka (Mischel, 1981).Personaliti membolehkan seseorang individu
itu efektif untuk berinteraksi dan bersosial kerana mereka dilihat sebagai seseorang yang
mempunyai personaliti yang menarik, teruk atau langsung tiada personaliti (Hergenhahn
dan Olson, 1999).
Ketidakserasian antara personaliti dan persekitaran dengan bidang tugas kerja akan
menyebabkan individu tersebut kurang bermotivasi dan tidak bersungguh-sungguh dalam
menjalankan tugas yang telah ditetapkan kepadanya (Holland, 1973). Persekitaran yang
tidak serasi akan menggalakkan individu meninggalkan persekitaran kerja yang sedia ada
atau mengubahsuai sikap mereka terhadap kerjaya tersebut, ini akan menyebabkan
kegagalan mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan oleh pihak organisasi terhadap
individu tersebut (Spokane, 1985).
-
7/23/2019 Personaliti Lima Faktir-Pengaruhnya Terhadap Nilai Peribadi Asas Dalam Kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (1)
5/13
-
7/23/2019 Personaliti Lima Faktir-Pengaruhnya Terhadap Nilai Peribadi Asas Dalam Kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (1)
6/13
6
Pendekatan integratif yang menggabungkan teori-teori tret, tingkah laku dan kontingensi
mampu untuk merungkai kekurangan dan kelompongan tersebut
Bagi menjawab persoalan-persoalan yang wujud dalam kajian ini, beberapa objektif khusus
dalam kajian ini ialah mengenal pasti hubungan di antara personaliti lima faktor dengan
nilai peribadi asas dalam kalangan pegawai tadbir diplomatik, mengenal pasti pengaruh
personaliti terhadap nilai peribadi asas pegawai tadbir diplomatik dan melihat perbezaan
antara tret personaliti dan nilai peribadi asas dalam kalangan pegawai tadbir diplomatik.
METOD KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian survei menggunakan kaedah kuantitatif di mana data kajian
dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini melibatkan seramai 150
orang responden yang dipilih dalam kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dari Gred
M41 hingga M54 yang berkhidmat di pelbagai daerah menggunakan teknik persampelan
rawak bertujuan. Data dikutip semasa responden sedang menyertai seminar Teknik
Membuat Keputusan Berkesan dan seminar Human Governance/Good Governance di
Putrajaya.Dalam usaha memungut data, sebanyak tiga alat pengukuran berkaitan
digunakan iaitu maklumat demografik untuk menilai ciri-ciri homogen responden,
International Personality Item Pool (IPIP) dan soal selidik Nilai Peribadi Asas.
Soal selidik International Personality Item Pool (IPIP).Soal selidik ini dibina oleh Goldberg
(1998). Alat pengukuran ini digunakan bertujuan mengukur jenis personaliti yang dimiliki
oleh responden melalui 50-item dengan 5 dimensi atau faktor personaliti iaitu keterbukaan,
kehematan, ekstraversi, kepersetujuan dan neurotisme. Setiap dimensi menngandungi
sebanyak 10 item. Skala ini dimarkat menggunakan skala Likert 5-poin iaitu 1= Sangat
tidak setuju,2= Tidaksetuju,3= Neutral,4= Setujudan 5= Sangatsetuju.Skala ini
memiliki kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang baik iaitu dari 0.67 hingga 0.83 bagi
kesemua dimensi (Lim & Ployhart, 2004).
Skala Nilai Peribadi Asas. Skala ini dibina Fatimah wati Halim (2013) berdasarkan kepada
nilai-nilai peribadi asas penjawat awam, INTAN (1991) dan digunakan bertujuan mengukur
-
7/23/2019 Personaliti Lima Faktir-Pengaruhnya Terhadap Nilai Peribadi Asas Dalam Kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (1)
7/13
7
nilai peribadi asas yang dimiliki oleh responden. Ia diukur melalui 74-item dengan 12
dimensi iaitu amanah, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, berdisiplin, berkerjasama, bersih,
tekun, bersederhana, interpersonal, komitmen dan berfikiran kritis. Setiap dimensi memiliki
sebanyak 6-item di bawahnya kecuali bagi dimensi ikhlas dan komitmen di mana masing-
masing memiliki 7-item.
Data dianalisis menggunakan SPSS 21 untuk menguji hubungan dan pengaruh di antara
pemboleh ubah.Ujian tersebut melibatkan penggunaan analisis korelasi Pearson dan regresi
pelbagai untuk menghasilkan analisis inferensi.Manakala analisis kekerapan dan peratus
dilakukan untuk mendiskripsikan maklumat demografik responden kajian.
KEPUTUSAN
Jadual 1 menunjukkan latar belakang maklumat demografi bagi 113 orang
responden.Berdasarkan kepada jadual dibawah, seramai 41 (36.3%) orang responden terdiri
daripada lelaki dan selebihnya sebanyak 71 (63.7%) orang responden adalah perempuan.
Kebanyakan responden adalah dalam lingkungan umur 30-34 tahun iaitu sebanyak 54
(47.8%) orang, di ikuti oleh responden yang berumur antara 25-29 tahun iaitu seramai 26
(23.0%) orang, 35-39 tahun seramai 19 (16.8%) orang, dan 40-44 tahun seramai 11 (9.7%)
orang. Selebihnya, seramai 2 (1.8%) orang responden berumur 50-54 tahun dan 1 (0.9%)
orang berumur antara 45-49 tahun. Bagi bangsa responden pula, majoriti responden terdiri
daripada bangsa melayu iaitu seramai 96 (85.5%) orang, diikuti oleh bangsa cina seramai 9
(8.0%) orang dan bangsa India seramai 7 (6.2%) orang. Selebihnya, seramai 1 (0.9%) orang
responden terdiri daripada lain-lain bangsa. Bagi agama pula, majoriti responden beragama
Islam iaitu seramai 97 (85.5%) orang, diikuti oleh agama Buddha iaitu seramai 9 (8.0%)
orang dan agama Hindu seramai 7 (6.2%) orang.
-
7/23/2019 Personaliti Lima Faktir-Pengaruhnya Terhadap Nilai Peribadi Asas Dalam Kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (1)
8/13
8
Jadual 1Maklumat Demografik Responden
Demografi Frekuensi Peratus (%)
Jantina LelakiPerempuan 4172 36.363.7
Umur 25 - 29 tahun
30 - 34 tahun
35 - 39 tahun
40 - 44 tahun
45 - 49 tahun
50 - 54 tahun
26
54
19
11
1
2
23.0
47.8
16.8
9.7
0.9
1.8
Bangsa Melayu
CinaIndia
Lain-lain Bangsa
96
97
1
85.5
8.06.2
0.9
Agama Islam
Buddha
Hindu
97
9
7
85.8
8.0
6.2
Objektif pertama kajian ini adalah untuk melihat hubungan di antara lima faktor personaliti
dengan nilai peribadi asas. Berdasarkan kepada Jadual 2 yang menunjukkan keputusan
korelasi antara pembolehubah personaliti keterbukaan, kehematan, ekstraversi,
kepersetujuan dan neurotisme dan nilai peribadi asas, keputusan mendapati faktor
personaliti keterbukaan (r=0.441, k< 0.05), kehematan(r=0.496, k< 0.05), ekstraversi (r=.233, k
0.05). Oleh yang demikian, hanya personaliti keterbukaan, kehematan, kepersetujuan dan
ekstrovert sahaja yang berhubungan dengan nilai peribadi asas pegawai PTD.
-
7/23/2019 Personaliti Lima Faktir-Pengaruhnya Terhadap Nilai Peribadi Asas Dalam Kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (1)
9/13
9
Jadual 2 Matrik Korelasi di antara Personaliti dengan Nilai Peribadi Asas
Nilai Peribadi Asas 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
Keterbukaan (1)
Kehematan (2) .419**
Ekstraversi (3) .396** .318**
Kepersetujuan (4) .474** .380** .390**
Neurotisme (5) -.380** -.170 -216* -.196*
Nilai Peribadi Asas total (6) .441** .496** .233* .409** -0.40
Amanah (7) .306** .302** .117 .271** -.041 .673**
Bertanggungjawab (8) .375** .445** .267** .313** -.047 .743** .528**
Ikhlas (9) .265** .322** .051 .219* -.038 .685** .352** .382**
Dedikasi (10) .275** .365** .174 .256** -.156 .655** .198* .474** .313**
Berdisiplin (11) .370** .430** .171 .453** .004 .849** .547** .608** .493** .461**
Bekerjasama (12) .327** .276** .231* .250** .047 .792** .546** .468** .452** .504** .731**
Bersih (13) .358** .428** .226* .350** -.010 .781** .385** .553** .526** .583** .604** .496**
Tekun (14) .272** .418** .168 .272** .024 .761** .410** .465** .443** .608** .595** .550** .565**
Bersederhana (15) .409** .314** .162 .329** -.087 .710** .492** .470** .556** .298** .544** .495** .519** .412**
-
7/23/2019 Personaliti Lima Faktir-Pengaruhnya Terhadap Nilai Peribadi Asas Dalam Kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (1)
10/13
10
Objektif kedua kajian ini adalah menganalisis regrasi pelbagai dengan personaliti
keterbukaan, kehematan, ekstraversi, kepersetujuan dan neurotisme sebagai peramal manakala
nilai peribadi asas pula sebagai pembolehubah tetap. Keputusan dalam jadual 3 menunjukkan
model signifikan dengan R= 0.357, F=11.896, k < 0.001. Hal ini bermakna kesemua peramal
meramal secara signifikan terhadap nilai peribadi asas dimana =0.278, t= 2.819, k < 0.05 bagi
keterbukaan, =0.343, t= 3.880, k < 0.001 bagi kehematan dan =0.187, t= 2.014, k < 0.05 bagi
kepersetujuan.
Jadual 3: Keputusan Regrasi Pelbagai Bagi Personaliti Keterbukaan, Kehematan, Ekstraversi,
Kepersetujuan Dan Neurotisme Terhadap Nilai Peribadi Asas
Model
Standardized
CoefficientsStandard
Errort k
Beta
Constant 1.624 0.107
Keterbukaan 0.278 2.819 0.006
Kehematan 0.343 3.880 0.000
Ektrovert -0.025 -0.287 0.774
Kepersetujuan 0.187 2.014 0.047
Neurotisme 0.155 1.848 0.067
PERBINCANGAN
Keputusan menunjukkan terdapat hubungan antara personaliti dengan nilai peribadi asas dalam
kalangan PTD.Hal ini menunjukkan gabungan tret-tret personaliti ini menjadikan pekerja ini lebih
menyerlah dalam penampilan dan keperibadian.Hal ini mampu menjadi kayu ukur kepada nilai
kerja yang mereka tunjukkan.Secara keseluruhannya, tret keterbukaan fikiran berhubungan
dengan nilai kerja menunjukkan bahawa PTD ini bersifat sederhana, komited, dedikasi dan
praktikal.Selain itu, tret kehematan juga berhubungan dengan nilai peribadi asas.Keputusan ini
selari dengan kajian yang dilakukan oleh Tan Sew Lee & Azlina Mohd. Kosnin (2006), Mohd. Aziz
Mohd Din (2003) dan Ali Suradin etc. (2007) bahawa wujud hubungan yang positif dan signifikan
antara faktor personaliti kehematan dengan nilai kerja.Kehematan didapati mempunyai hubungan
dengan semua jenis pekerja (Barrick & Mount 1991; Salgado 1997), maka tidak hairanlah bahawa
kehematan juga menjadi faktor utama yang mempengaruhi nilai kerja PTD dalam kajian ini.
-
7/23/2019 Personaliti Lima Faktir-Pengaruhnya Terhadap Nilai Peribadi Asas Dalam Kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (1)
11/13
11
Kajian-kajian sebelum ini juga membuktikan bahawa faktor kehematan dilihat mampu meramal
ciri amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi, berdisiplin, berkerjasama, tekun, bersih,
bersederhana, interpersonal dan komitmen yang menjadi komponen kepada nilai kerja berasaskan
tugas yang baik dalam semua bidang pekerjaan. Ali Suradin et al. (2007) pula menyatakan bahawa
personaliti kehematan juga menjadi faktor yang kuat mempengaruhi nilai kerja individu
walaupun berada dalam persekitaran yang mencabar.Individu yang memiliki ciri ini juga
dikatakan komited terhadap tugas, tidak mudah berputus asa, bermotivasi, bermoral dan mampu
berdaya saing (Costa, McCrea & Dye 1991).Hal ini menjadikan faktor Kehematan penyumbang
utama kepada kualiti dan kecemerlangan PTD dalam kajian ini.
Dapatan kajian menunjukkan personaliti ekstrovert mempunyai hubungan yang signifikan
dengan nilai peribadi asas.Kajian tempatan mendapati bahawa faktor ekstrovert mempunyai
hubungan dengan nilai kerja khususnya dalam bidang latihan (Ali Suradin, etc, 2009).Sebaliknya,
faktor personaliti neurotisme tidak mempunyai hubungan dengan nilai peribadi asas
PTD.Umumnya, faktor neurotisme tidak mampu mempengaruhi nilai kerja subjek kajian ini
mungkin disebabkan oleh aspek nilai, kepercayaan dan budaya yang dipegang. Kajian di Barat
tentang neurotisme dalam budaya Jepun juga didapati kurang kongruen dalam meramal prestasi
kerja walaupun menggunakan prosedur dan alat ukuran yang sama (Norman dlm Fatimah Wati,
2010).
Keputusan kajian ini juga mendapati bahawa PTD yang mempunyai ciri kepersetujuan
mempengaruhi nilai kerja mereka. Dimensi kepersetujuan merujuk kepada individu yang
amanah, murah hati, lembut hati, sopan dan tingkah laku prososial lain. Ciri ini merupakan satu
kualiti yang perlu ada pada seorang PTD yang baik.Mereka adalah orang yang bertanggungjawab
berkhidmat untuk orang awam.Ciri-ciri tersebut boleh menjadi agen yang melahirkan individu
yang mengamalkan nilai kerja yang tinggi.
Keputusan analisis regrasi mendapati personaliti mempengaruhi nilai peribadi asas secara positif
dan signinifikan iaitu sebanyak 35.7 peratus dengan varians.Hanya personaliti kehematan,
keterbukaan fikiran dan kepersetujuan sahaja yang mempengaruhi nilai peribadi asassecara
signifikan.Kehematan merupakan ciri personaliti yang paling dominan dalam semua bidang
pekerjaan (Barrick & Mount 1991; Salgado 1997) maka tidak hairanlah jika faktor ini juga menjadi
peramal yang baik kepada nilai kerja dalam kajian ini.
-
7/23/2019 Personaliti Lima Faktir-Pengaruhnya Terhadap Nilai Peribadi Asas Dalam Kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (1)
12/13
12
KESIMPULAN
Tret-tret personaliti yang ada ini jelas membuktikan bahawa personaliti kehematan, keterbukaan
fikiran dan kepersetujuan mampu menjadi peramal yang baik kepada nilai peribadi asas dalam
kalangan subjek kajian ini dan mempengaruhi nilai kerja mereka.Faktor-faktor psikologi yang
telah wujud dalam diri setiap individu mampu memberikan kesan terhadap tingkah laku individu
tersebut tanpa disedari.Faktor-faktor psikologi ini perlu terus dikaji bagi memberikan manfaat
yang berguna kepada setiap individu. Mengenalpasti personaliti individu mampu membantu
individu tersebut untuk memilih pekerjaan yang lebih sesuai dengan diri mereka dan mereka akan
merasa lebih gembira serta berpuas hati dengan pekerjaan mereka. Tret personaliti sering
dikaitkan kepada nilai kerja pekerja perlu diutamakan dalam mempertimbangkan permohonan
calon pekerja baru.
RUJUKAN
Ali Suradin, Abdul Rashid, Azmanirah Ab Rahman, Maziana Muhammad, Nurfirdawati Hanafi &
Nor Sofurah Faiz. (2007). Sikap, Personaliti dan Nilai Kerja Pelatih Semasa Latihan
Mengajar dari Aspek Pembimbing dan Penyelia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. BatuPahat: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Allport, G. W. (1961). Pattern And Growth In personality. New York: Gulf Publishing.
Barrick M. R., Mount, M. K. & Judge T. A. (2001). The FFM Personality Dimensions And Job
Performance: Meta- Analysis. International Journal Of Selection and Assessment. 9: 9 30.
Costa, P. T., Jr., McCrae, R. R., & Dye, D. A. (1991). Facet scales for Agreeableness and
Conscientiousness: A revision of the NEO Personality Inventory. Personality and Individual
Differences.12: 887 898.
Fatimah wati Halim, Iran Herman & Arifin Zainal.(2011). Ujian Personaliti Sebagai Peramal
Pemilihan Pekerja Dalam Sektor Awam.Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam
Malaysia. 6: 79 104.Fatimah wati Halim & Iran Herman.(1997). Hubungan Nilai Kerja, Prestasi Kerja dan Kualiti
Kehidupan Bekerja di Kalangan Pekerja Sektor Awam dan Swasta.Jurnal Psikologi
Malaysia. (11): 97 117.
Hergenhanhn, B.R. and Olesen, M.H. (1999). An Inroduction to Theories of Personality. Ed. Ke-5.
New Jersey: Prentice Hall Publishing.
Goldberg, L. R. (1990). An Alternative Description of Personality: The Big Five Factor Of
Structure.Journal of Personality and Social Psychology. (59): 1216 1229.
Goldberg, L. R. 1992. The Development of Makers for The Big Five Factor Structure.Psychology
Assessment. 4 (1): 26 42.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1991). Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Ed.ke-2. Kuala Lumpur: Penerbit Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
-
7/23/2019 Personaliti Lima Faktir-Pengaruhnya Terhadap Nilai Peribadi Asas Dalam Kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (1)
13/13
13
Lim, B., & Ployhart, R. E. (2004). Transformational leadership: Relations to the five-factor model
and team performance in typical and maximum contexts. Journal of Applied Psychology.
89(4): 610 621.
Mohd Aziz Mohd Din. (2003). Hubungan Nilai Kerja Dengan Trait Personaliti Guru Sekolah
Rendah Di Negeri Kelantan.Jurnal Pengurusan dan Ekonomi.
Malek Shah Mohd. Yusoff.(2002). Globalization and Human Resource Development in the
Malaysian Public Service.Unpublished article, Public Service Department, Malaysia.
Mischel, W. (1981). Introduction to Personality.International Thomson Publishing.
Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam.(1991). Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Malaysia. Kuala Lumpur.
Nazlina Ahmad. (2012). Gaya Kepimpinan dan Hubungannya dengan Motivasi Pencapaian dan
Komitmen Organisasi dalam Kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Wilayah
Persekutuan Putrajaya.
Pennings, J. (1970). Work-Value Systems of White-Collar Workers.Administrative Science
Quarterly. 15(4): 397 405.
Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.www.spa.gov.my/ [14 Mac 2013]
Robbins, S.P. dan Judge, T.A. (2013). Organizational Behavior. Essex: Pearson Education Limited.
Super, D. E. (1962). The Structure of Work Values in Relation to Status, Achievement, Interest and
adjustment. Journal of Applied Psychology.60 : 57 64.
Salgado, J. F. (1997). The Five Factor Model of Personality and Job Performance in The European
Community.Journal of Applied Psychology. 82 (1): 30 32.
Spokane, A. R. (1985). A Review of Research on Person-Environment Congruence in Hollands
Theory of Careers (Monograph).Journal of Vocational Behaviour. 26: 306 343.
Tan Sew Lee & Azlina Mohd. Kosnin. (2006). Pengaruh Personaliti Ke Atas Kepuasan Kerja Dan
Stres Kerja Guru. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Yusof Pond & Zaheruddin Othman.(2010). Seminar Antarabangsa Pembangunan Wilayah
Ekonomi, Perundingan dan Pentadbiran Malaysia dan Indonesia, 79 Jun 2010, Tiau,
Indonesia.Pembangunan Integriti Di Malaysia.Kolej Undang-undang Kerajaan & Pengajian
Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia.
Wollack, S., Goodale, J. G., Whitjing, J. P. & Smith, P. C. (1971).Development Of The Survey Of
Work Values.Journal of Applied Psychology.55 (4): 331 338.
Artikel ini telah dibentangkan di Seminar Psikologi Malaysia Menjana Kesejahteraan Psikologi
Insan anjuran Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA) di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada
29 Disember 2014.
http://www.spa.gov.my/http://www.spa.gov.my/