Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.
1. (A) "Ibu, ini Jamilah, kawan baik saya. Dia cerdik dan aktif dalam sukan." Kata Rosnah kepada ibunya. (B) "Ibu ini Jamilah, kawan baik saya, Dia cerdik dan aktif dalam sukan." Kata Rosnah kepada ibunya. (C) "Ibu ini Jamilah kawan baik saya, Dia cerdik dan aktif dalam sukan." Kata Rosnah kepada ibunya. (D) "Ibu, ini Jamilah! kawan baik saya. Dia cerdik dan aktif dalam sukan." Kata Rosnah kepada ibunya.
2. (A) "Menarik lukisan ini, Kamukah yang melukisnya?" tanya Cikgu Kamil. (B) "Menarik lukisan ini. Kamukah yang melukisnya?" tanya Cikgu Kamil. (C) "Menarik, lukisan ini. Kamukah yang melukisnya?" tanya Cikgu Kamil. (D) "Menarik lukisan ini? Kamukah yang melukisnya." tanya Cikgu Kamil
3. (A) Zambri! Mengapakah kamu tidak menghadiri mesyuarat Kelab Komputer semalam! tanya Rahim. (B) Zambri? Mengapakah kamu tidak menghadiri mesyuarat Kelab Komputer semalam? tanya Rahim. (C) Zambri, mengapakah kamu tidak menghadiri mesyuarat Kelab Komputer semalam? tanya Rahim. (D) Zambri, mengapakah kamu tidak menghadiri mesyuarat Kelab Komputer semalam! tanya Rahim.
4. (A) Wahai! Rakan-rakan sekalian. Tabahlah menghadapi dugaan ini dan jangan sekali-kali kamu berputus asa. (B) Wahai, rakan-rakan sekalian! Tabahlah menghadapi dugaan ini dan jangan sekali-kali kamu berputus asa! (C) Wahai rakan-rakan sekalian. Tabahlah menghadapi dugaan ini dan jangan sekali-kali kamu berputus asa. (D) Wahai rakan-rakan sekalian! Tabahlah menghadapi dugaan ini dan jangan sekali-kali kamu berputus asa.
5. (A) Kak kita balik dulu, biar Jimi tengokkan mak, kata Ajwa. (B) Kak, kita balik dulu. Biar Jimi tengokkan mak, kata Ajwa. (C) Kak. Kita balik dulu. Biar Jimi tengokkan mak, kata Ajwa (D) Kak, kita balik dulu biar Jimi tengokkan mak, kata Ajwa.
6. (A) Pasar Raya Ocean mengadakan jualan murah sempena ulang tahun pembukaannya yang ke10. (B) Pasar Raya Ocean mengadakan jualan murah Sempena Ulang Tahun pembukaannya yang ke-10. (C) Pasar Raya Ocean mengadakan jualan murah sempena ulang tahun pembukaannya yang ke-10. (D) Pasar Raya Ocean mengadakan JUALAN MURAH sempena Ulang Tahun pembukaannya yang ke-10.
Nama:.. Tarikh/Hari:..Salin semula ayat dengan memasukkan tanda baca yang betul.
1.mengapakah kamu menangis
__________________________________
2.rosita membeli pensel pemadam dan pembaris di koperasi
__________________________________________________________________
3.abang membela seekor ayam yang dipanggil si jalak
__________________________________________________________________
4.emak menghadiahkan saya seutas jam tangan jenama citizen
__________________________________________________________________
5.dolah dan harun adik beradik
________________________________________________________________6.mereka tinggal di taman sejati indah
_______________________________________________________________
7.mereka belajar di sekolah kebangsaan taman sejati
______________________________________________________________8.mereka belajar di kelas tahun satu cerdik
__________________________________________________________________
9.nama guru kelas mereka ialah cikgu norman
__________________________________________________________________
10.cikgu norman ada sebuah kereta iaitu proton persona
__________________________________________________________________
11.di manakah cikgu norman tinggal
__________________________________________________________________
12.apakah cita-cita dolah dan harun
__________________________________________________________________