-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
1/140
MODUL PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
PIM 3101
PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, PERSIARAN APEC,CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
Berkuat kuasa pada Jun 2011
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
2/140
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dansaintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjungwarisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2011Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidakada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapamengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dandengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulisdaripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian PelajaranMalaysia.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
3/140
ii
Cetakan Jun 2011Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAANPELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUTPENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGIMENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN.
MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHANPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAMTERSEBUT.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
4/140
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan GuruI
Panduan Pelajar vi - viii
Pengenalan ix
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 : Sejarah Pendidikan Islam Zaman
Rasulullah dan Khulafak Ar- Rasyidin
1.1 Sinopsis
1.2 Hasil Pembelajaran
1.3 Kerangka Tajuk
1.4 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam
1.4.1 Zaman Rasulullah SAW
1.4.2 Pendidikan Islam di Madinah
1.3.3 Pendidikan Islam Zaman KhulafakAr Rasyidin
1 - 8
Tajuk 2 : Perkembangan Pendidikan Islam di
Malaysia
2.1 Sinopsis
2.2 Hasil Pembelajaran
2.3 Kerangka Tajuk
2.4 Perkembangan Pendidikan Islam di
Malaysia
2.4.1 Zaman Kerajaan Melayu Melaka
2.4.2 Zaman Penjajahan
2.4.3 Sistem Pendidikan Pondok
2.4.4 Pendidikan Islam Selepas
Merdeka
2.4.5 Institusi Pendidikan Islam di
Malaysia Selepas Merdeka
9 21
KANDUNGAN MUKA SURAT
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
5/140
ii
Tajuk 3 :Asas-asas Pembinaan Kurikulum
Pendidikan Islam Sekolah Rendah
3.1 Sinopsis
3.2 Hasil Pembelajaran
3.3 Kerangka Tajuk
3.4 Konsep dan Matlamat Pendidikan Islam
3.5 Pendidikan Islam dan Sarjana Islam
3.6 Matlamat Pendidikan Islam
3.7 Bidang Pendidikan Islam
3.8 Falsafah Pendidikan Islam
22- 36
Tajuk 4: Analisa Perbandingan Kurikulum Lama danKurikulum Baru Pendidikan Islam SekolahRendah.
4.1 Sinopsis
4.2 Hasil pembelajaran
4.3 Kerangka Tajuk
4.4 KLSR dan KBSR
4.5 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
4.6 Pengenalan KSSR
37-56
Tajuk 5: Analisis Kandungan Sukatan Pelajaran danHuraian Sukatan Pelajaran.
5.1 Sinopsis
5.2 Hasil pembelajaran
5.3 Kerangka Tajuk
5.4 Matlamat Pendidikan Islam Sekolah Rendah
5.5. Objektif Pendidikan Islam
5.6 Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam Sekolah Rendah
5.7 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan
Islam
57-73
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
6/140
iii
Tajuk 6: Penggunaan Buku Teks dan Buku Panduan
Guru
6.1 Sinopsis
6.2 Hasil pembelajaran
6.3 Kerangka Tajuk
6.4 Konsep Buku Teks
6.4.1 Keberkesanan Buku Teks :
6.5 Buku Panduan Guru
6.5.1 Fungsi Buku Panduan Guru
Tajuk 7: Pengenalan Pendidikan Islam j-QAF
7.0 Sinopsis
7.1 Hasil pembelajaran
7.3 Kerangka Tajuk
7.4 Pengenlan Program j-Qaf
7.4.1 Konsep Program j-Qaf
7.4 2 Objektif Program j-Qaf
7.4.3 Kepentingan program j-Qaf
7.5 Pelaksanaan j-Qaf
80-92
Tajuk 8: Pengenalan Model-Model Program j-QAF
8.1 Sinopsis
8.2 Hasil pembelajaran
8.3 Kerangka Tajuk
8.4 Pengenalan Model-Model j-QAf
8.4.1 Model KelaS Pemulihan Jawi
8.4.2 Model 6 Bulan Khatam al-Quran
8.4.3 Model Tasmik al-Quran
93- 109
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
7/140
iv
Tajuk 9:Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasidan Model Kem Bestari Solat
9.1 Sinopsis
9.2 Hasil pembelajaran
9.3 Kerangka Tajuk
9.4 Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi
9.4.1 Takrif
9.4.2 Matlamat
9.4.3 Objektif
9.4.4 Strategi Pelaksanaan
9.4.5 Agihan Tugas
9.4.6 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran
9.4.7 Penilaian
9.5 Konsep Program Bestari Solat
9.5.1 Konsep
9.5.2 Objektif
9.5.3 Langkah-langkah pelaksanaan
9.5.4 Jawatankuasa Pelaksana
9.5 5 Peruntukan Kewangan
9.5.6 Lantikan Fasilitator
9.5.7 Cadangan Jadual Aktivitii
9.6 Penutup
94-120
Tajuk 10: Pelaksanaan Program Pendidikan IslamEnam Bulan Pertama Tahun Satu
10.0 Sinopsis
10.1 Hasil pembelajaran
10.3 Kerangka Tajuk
10.4 Program Pendidikan Islam Enam Bulan10.4.1 Objektif
10.4.2 Kumpulan Sasaran dan Waktu
121-128
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
8/140
v
Pembelajaran
10.4.3 Langkah Pengajaran
10.4.4 Tindakan Susulan
10.4.5 Harapan
Bibliografi 129
Panel Penulis Modul 130
Ikon Modul 131
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
9/140
vi
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan
pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkinkembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahunmeninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arahkendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untukmenguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentangpembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan araspencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini denganmudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagaipeluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
SASARAN KURSUS
Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan InstitutPendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah ProgramPensiswazahan Guru (PPG).
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jampembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalahseperti dalam Jadual 1:
PANDUAN PELAJAR
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
10/140
vii
* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.
SUSUNAN TAJUK MODUL
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajukbergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingatsemula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentangapa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebihmembantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda ataumenyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda bolehberbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat
masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agarpada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.
Aktiviti-aktiviti Pembelajaran
Agihan Jam pembelajaran
Mengikut Kredit Kursus
3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit
Tanpa
Amali
(3+0)
Ada
Amali
(2+1)
(1+2)
(0+3)
Tanpa
Amali
(2+0)
Ada
Amali
(1+1)
(0+2)
Tanpa
Amali
(1+0)
Ada
Amali
(0+1)
Membaca modul
pembelajaran dan
menyiapkan latihan /
tugasan terarah / amali
70 60 70 62 70 65
Menghadiri kelas interaksi
bersemuka (5 kali)
10 10 5 5 5 5
Latihan Amali* - 10 - 8 - 5
Perbincangan Atas Talian 7 7 5 5 5 5
Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15
Ulangkaji 10 10 10 10 5 5
Amali/Peperiksaan 2 2 2 2 2 2
Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
11/140
viii
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaanbertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan jugaperbincangan
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dandiri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi keperpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiripembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membacamodul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengirasasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahamipembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
12/140
ix
Pengenalan
Modul ini membincangkan mengenai Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam
Pendidikan Rendah di Malaysia. Kursus ini mencakupi tajuk sejarah Pendidikan
Islam di zaman rasulullah, zaman khulafak dan selepasnya, zaman sebelummerdeka dan selepas merdeka. Perbincangan dilanjutkan dengan menyentuh
aspek matlamat, falsafah dan objektif pembinaan kurikulum Pendidikan Islam di
Malaysia dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR).
Bidang-bidang pengajian seperti Asuhan Tilawah al-Quran, Asas Ulum
Syar`iyyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Jawi. Bidang-bidang pengajian
tersebut diterjemahkan dalam bentuk Buku Teks yang memerlukan para guru
memahami fungsi, kepentingan dan kemahiran-kemahiran yang terkandung di
dalamnya. Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia dimantapkan lagi dengan
pengenalan pelaksanaan program j-QAF yang merupakan program sokongan
dan pemantapan kepada pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam. Bagi
memantapkan pelaksanaan program j-QAF, lima model telah disediakan oleh
pihak Kementerian Pelajaran iaitu;
i. Model Kelas Pemulihan Jawi
ii. Model 6 bulan Khatam al-Quran
iii.Model Tasmik al-Quran
iv.Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi, dan
v. Model Kem Bestari Solat
Modul ini diagihkan kepada 10 tajuk-tajuk kecil. Setiap topik disusuli dengan
pengenalan ringkas mengenai topik berkenaan, pernyataan hasil pembelajaranm
kerangka tajuk dan isi pembelajaran. Setiap pelajar kehendaki membaca isi
pembelajaran berkenaan dan dikehendaki menyelesaikan soalan-soalan tugasan
yang disediakan. Para pensyarah perlu memastikan soalan-soalan perbincangan
dikuasai oleh pelajar dengan baik. Secara tidak langsung, aktiviti sebegini akan
memantapkan kefahaman pelajar berkaitan topik yang dibincangkan.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
13/140
(KOD DAN NAMA KURSUS)
TAJUK 1 (TAJUK KURSUS)
SINOPSIS HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI) KERANGKA TAJUK-TAJUK ( dengan peta minda yang sesuai
seperti contoh di bawah)
KANDUNGAN ISI(Panduan: aktiviti-aktiviti boleh disediakan untuk membantu pelajar
memahami tajuk tertentu, dan 2 latihan ( pengetahuan dan aplikasi)boleh diberikan pada akhir modul untuk menguji kefahaman pelajar.
Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuksemakan melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG.Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagaibahan bukti. Aktivit dan latihan yang diberi perlu mengambil kirabeban pembelajaran pelajar.)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CATATAN:
1. ISI PELAJARAN SETIAP TAJUK PERLU MELIPUTI 4 PERKARA DI ATAS.2.
LAYOUT SETTINGMENGIKUT KETETAPAN YANG BERIKUT:a) FONT : ARIAL
b) SAIZ FONT: TAJUK UTAMA 14SUB TAJUK 12
ISI KANDUNGAN 12
c) SPACING : 1.53. BOLEH MENGGUNAKAN IKON YANG DILAMPIRKAN.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
14/140
viii
Nama Kursus : Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahKod : PIM 3101
BilanganInteraksi
Tajuk/TopikKandungan
JamKredit
Catatan
1Pendaftaran Dan
Taklimat11 Jun 2011
2
Topik 1:PerkembanganPendidikan Islam
Zaman Rasulullah s.a.w
Pendidi Islam Di Madinah
Zaman Khulafa al-Rasyidin 6
25 Jun 2011Topik 2:PerkembanganPendidikan Islam diMalaysia Hingga kini
Zaman Sebelum Merdeka
Zaman Kerajaan Melayu
Melaka
Zaman Penjajahan
Sistem PendidikanPondok
Zaman Selepas Merdeka Institusi Pendidikan Islam
di Malaysia SelepasMerdeka
6
3
Topik 3: Asas-AsasPembinaan KurikulumPendidikan IslamSekolah Rendah.
Kurikulum Pendidikan Islam
Konsep
Matlamat
Falsafah
2
30 Julai 2011Topik 4: AnalisaKurikulum Lama danKurikulum BaruPendidikan IslamSekolah Rendah danPengenalan Kurikulum
Standart SekolahRendah.
Kurikulum Lama Sek Rendah
Pengenalan
Pengurusan Bilik DarjahKLSR
Ciri-ciri bilik darjah tradisi
Pengujian dan Penilaiandalam KLSR
Kurikulum Baru Sek Rendah
Matlamat dan ObjektifKBSR
Prinsip dan Ciri KBSR
Pelaksanaan KBSR Pengurusan Bilik Darjah
KBSR
Pengujian dan penilaiandalam KBSR
Fokus dan Struktur KBSR
Kekuatan danKelemahan KBSR
Pengenalan KSSR
4
AGIHAN TAJUK
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
15/140
ix
BilanganInteraksi
Tajuk/TopikKandungan
JamKredit
Catatan
4
Topik 5: Analisiskandungan SukatanPelajaran dan HuraianSukatan PelajaranPendidikan IslamKBSR
Sukatan PelajaranPendidikan Islam
Matlamat
Bidang
Huraian Sukatan Pelajaran
Matlamat
Kandungan
Fokus
6
20 Ogos 2011
Topik 6: PengenalanBuku Teks dan BukuPanduan Guru dankaitan dengan sukatanpelajaran
Konsep Buku Teks
Keberkesanan Buku Teks
Buku Panduan Guru
Fungsi Buku Panduan Guru
Keberkesanan BukuPanduan Guru
6
5
Topik 7: PengenalanPendidikan IslamProgram j-QAF
Objektif
Konsep
Matlamat
Kepentingan j-QAF
Pelaksanaan Program j-QAF
3
24 Sep 2011
Topik 8: PengenalanModel-model dalamprogram j-QAF
Model Kelas Pemulihan JawiModel 6 bulan Khatam AlQuranModel Kelas Tasmik KhatamAl Quran
4
6Topik 9: Model-modeldalam program j-QAFdan pelaksanaannya
Model Peluasan Bahasa ArabKomunikasiModel Kem Bestari Solat 2 1 Okt 2011
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
16/140
x
BilanganInteraksi
Tajuk/TopikKandungan
JamKredit
Catatan
Topik 10: PelaksanaanProgram PendidikanIslam Enam BulanPertama Tahun Satu
Latarbelakang ProgramKonsep Program
Objektif
Kumpulan Sasarandan WaktuPembelajaran
Langkah PengajaranTindakan Susulan
Harapan
6
JUMLAH 45
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
17/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
122
BIBLIOGRAFI
Abdullah Basmih, (1985) Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al QuranBahagian Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur
Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, (1991) Kursus Qari dan Qariah , Cetakan ke 18,Terbitan Pustakan Aman Press , Kota Bharu, Kelantan
Ahmad Mohd. Saleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi ( 1997),Shah Alam , Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ahmad Mohd. Saleh, Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan PedagogiPendidikan untuk KPLI (2008) Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar sdn. Bhd.
Ahmad Mohd Salleh Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam, (2011)Edisi Kedua, Shah Alam , Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Ee Ah Meng, Pedagogi 1 , Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah ( Semester 1 )( 1997 ) Shah Alam, Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah,( Semester 1 ) ( 1996 ), . Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti, Sdn. Bhd.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Buku Panduan Dasar, Perlaksanaan danPengurusan Kurikulum j-QAF (2004).
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. J-QAF: Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan KoKurikulum (2004).
Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam SekolahRendah
Kementerian Pendidikan Malaysia,Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan IslamSekolah Rendah.
Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan IslamSekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa danPustaka.2002
Kementerian Pendidikan Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran PendidikanIslam Sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah. Dewan Bahasadan Pustaka 2002.
Kementerian Pendidikan Malaysia, Buku Teks Pendidikan Islam, Tahun 1- 6
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
18/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
123
Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan KPLI ( semester 1 ) ( 1999 ), Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd..
Mok Soon Sang , Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan (1994),Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa ( KL ) SDn. Bhd .
www.sabah.edu.my
www.ppdhl.net/v2/images/10/_Panduan_Pelakasanaan_B.Arab
www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdfail
www.4shared.com/file/f/buku_Panduan_Pelaksanaan_Model.html
www.bpi.edu.my
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
19/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
124
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
20/140
IKON
Rehat
Perbincangan
Bahan Bacaan
Buku Rujukan
Latihan
Membuat Nota
Senarai Semakan
Layari Internet
Panduan Pengguna
Mengumpul Maklumat
Tutorial
Memikir
Tamat
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
21/140
PIM3101
PengenalanKurikulumPendidikanIslam(SR)
16
PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARANPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH)PIM3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
NAMA KELAYAKAN
Dr NORIATI BINTI A. RASHIDKetua Penolong PengarahUnit KurikulumBahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
Kelulusan:PhD.(Sosiolinguistik), UMSarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UMB.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UMDip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM
EN. OTHMAN BIN LOMANUnit KurikulumBahagian Pendidikan GuruKementerian Pendidikan Malaysia
Kelulusan:B.A (Hons). (Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah), UKM.Sijil Guru Perguruan Khas (Qiraat dan
Tarannum) IPIS.Sijil Perguruan Asas IPIS
Pengalaman:Penolong Pengarah Unit Kurikulum (PraPerkhidmatan Sekolah Rendah).Pensyarah IPG 4 tahun.Guru Kelas Khas Kemahiran al-Quran 4 TahunGuru Sekolah Menengah 16 TahunGuru Sekolah Rendah 2 Tahun
DR RIDZUAN BIN AHMADPensyarahInstitut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul HalimJalan Kuala Ketil08000 Sungai PetaniKedah Darul Aman
Kelulusan:Ph.D ( Pengajian Islam),USMM Ed. (Pengurusan dan Pentadbiran), UTM
B.A. Hons. (Pengajian Islam), Uni Al-Azhar,KaherahDip. Pendidikan (Pendidikan Islam), MPI
Pengalaman:Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan MoralIPSAH (13 tahun)Panel Penggubal Kurikulum Pengajian/Pendidikan Islam KPLI (R), KPLI(j-QAF), danKDPM SABKPanel Penggubal Modul LPBS/KDC KPLI (R), KPLI(j-QAF) dan KDPM SABK
PN HJH AFIFAH BT ABU BAKAR
PensyarahInstitut Perguruan GuruKampus Sultan Abdul Halim08000 Sungai PetaniKedah Darul Aman
Kelulusan:
M. Ed. USM (1999)B.A. Hons. (Pendidikan Islam), UM (1988)Pengalaman:Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan MoralIPSAH (17 tahun)Guru Sekolah 6 tahunPanel Penggubal Modul LPBS/KDC-KPLI (R),KPLI(j-QAF), KDPM SABK.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
22/140
PIM3101
PengenalanKurikulumPendidikanIslam(SR)
16
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
23/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
1
TAJUK 1 SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH
SAW DAN ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN
1.1 Sinopsis
Pelajar-pelajar yang dikasihi
Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 1. Tajuk-tajuk dalam unit ini
membincangkan tentang perkembangan Pendidikan Islam di zaman Rasulullah SAW.
Bermula dari kebangkitan baginda di Mekah, kemudian berhijrah ke Madinah
sehinggalah kewafatan baginda saw merangkumi pusat penyebaran ilmu, peringkat
pengajian, institusi pengajian, method pengajian dan kurikulum. Diteruskan pada zaman
Khulafa al-Rasyidin dimana Pendidikan Islam berkembang luas ke serata alam dalam
pelbagai bidang.
1.2 Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Menghuraikan sumber metodologi dan pusat Pendidikan Islam pada zamanRasulullah
ii Anaslis kurikulum zaman Rasulullah SAWiii Menjelaskan metodologi, sumber dan pusat Pendidikan Islam pada zaman
Khulafa al Rasyidin.iv Menganaslis kurikulum zaman Khulafa al-Rasyidin.
1.3 Kerangka Tajuk
Pendidikan Islam Padazaman Rasulullah SAW
SEJARAHPENDIDIKAN ISLAM
PADA ZAMANRASULULLAH SAW
Pendidikan Islam padazaman Khulafa al-Rasyidin
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
24/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
2
1.4 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam
1.4.1 Zaman Rasulullah SAW
Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah SAW. memperlihatkan tahap-tahap kemajuan,
pemikiran yang berubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikantersebut memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan Islam yang
berteraskan tauhid dengan pendidikan jahiliah arab yang berasaskan pemikiran logik
dan matlamat keduniaan semata-mata.
Perbincangan mengenai pendidikan Islam pada peringkat ini, merangkumi skop
perkembangan Pendidikan Islam pada period Makkiyah berlaku secara rahsia, dan
period Madiniyyah iaitu pada tahap terbuka. Bagaimanapun pemikiran pendidikan yang
berlangsung pada zaman Rasulullah SAW. adalah berkisar di sekitar pembentukanindividu mukmin dalam rangka pembentukan masyarakat Islam dan bukan seperti
pemikiran pendidikan yang berlangsung dalam falsafah pendidikan moden yang ada
sekarang.
Ibn Khaldun meriwayatkan sebelum kedatangan Islam penduduk Semananjung Tanah
Arab adalah buta huruf, hanya sebilangan kecil sahaja di antara mereka yang tahu
membaca dan menulis. Menurutnya orang yang belajar menulis di Hirah ialah Sufyan
bin Umaiyyah dan mempelajarinya dari Aslam bin Sidrah, Menurut sejarah orang yang
mula-mula mengajar menulis dan membaca sebagai satu mata pencarian di Tanah Arab
ialah seorang yang berasal dari Wadi al-Qura. Ia telah berusah memberi pelajaran
kepada beberapa orang penduduk negeri itu. Semenjak dari itulah tersibarnya
kemahiran tulis menulis dan membaca di Semananjung Tanah Arab, bagaimanapun
proses perkembangan tersebut berlaku secara lambat, sehinggalah kedatangan Islam.
Kedatangan agama Islam membawa perubahan besar terhadap bidang ilmu
pengetahuan dan pendidikan terutama mengenai pelajaran tulis menulis dan membaca.
Situasi demikian adalah menurut inspirasi al-Quran sebagai wahyu Allah yang mula-
mula kepada RasulNya. Perintah membaca seperti dalam wahyu pertama
perintah Allah supaya menulis dan membaca adalah untuk melepaskan diri mereka
daripada kongkongan kejahilan dan kemunduran dalam semua bentuk kehidupan.
Menerusi pembacaan atau pemilikan ilmu manusia dapat melibatkan diri dengan
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
25/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
3
pelbagai proses kemajuan dan kematangan seperti proses pengenalan (cognition)
ingatan (memory) pengamatan (perception) pengucapan (verbalization) pemikiran
(reasoning) daya kreatif (creatibity) dan sebagainya untuk mencapai kesempurnaan dan
kebahgian.
Pembacaan juga dapat menyingkap tabir kejahilan, yang sentiasa menghalang manusia
bagi mengenal Tuhan yang sebenar. Dengan membaca manusia sudah didorong
kepada rasa ingin tahu atau ingin memahami hakikat kejadian yang sebenar.
Berkeyakinan terhadap Tuhan yang Maha Esa Pencipta Alam, dapat mengenali dan
menginsafi diri sendiri. Menerusi pembacaan atau berilmu merupakan alat yang unik
bagi mencapai tahap iman yang sebenar yang boleh mendorong kepada melaksanakan
tanggungjawab untuk mencapai kebahagian hakiki di dunia dan di akhirat. Bagi
menyelaras dan memantapkan penyibaran Islam yang berasaskan aqidah, syariah dan
akhlak Rasulullah SAW. dipertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
dan pendidikan Islam kepada umatnya. Baginda bertanggungjawab menyampaikan
ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam kepada umatnya. Sebagai langkah pertama
baginda memperkenalkan pembacaan al-Quran dan asas-asas di samping pelajaran
tulis menulis dan membaca sebagai alat utama bagi mencapai ilmu pengetahuan. Al-
Quran sebagai sumber pertama dikuatkan lagi dengan penafsiran yang dilakukan sendiri
oleh baginda Rasulullah SAW. yang berupa percakapan, perbuatan dan pengakuan.
Tahap pendidikan di peringkat awal kebangkitan berlaku semasa di Makah bermula
dengan pengajaran al-Quran khusus kepada kaum keluarga baginda. Hasil daripada
usaha ini Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah telah memeluk
agama Islam dan meyakini ketauhidan Allah.
Di kalangan sahabat baginda yang menerima terus pengajaran daripada baginda
Rasulullah SAW. ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Melalui perantaraan Abu Bakar,
Islam mula berkembang dengan penerimaan aqidah tauhid oleh Uthman bin Affan,Zubair bin al-Awwam, saad bin Abi Waqqas, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin
Ubaidullah, Abu Ubaidah bin Jarrah, Arqam bin Abi al-Arqam, Fatimah binti al-Khattab,
Said bin Zaid al-Adawi dan lain-lain. Pertambahan penganut Islam telah mewujudkan
suatu bentuk pendidikan yang mula tersusun. Rumah baginda menjadi pusat
pendidikan pertama dan selepas itu rumah Arqam bin Abi Arqam. Rasulullah
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
26/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
4
menyampaikan setiap wahyu yang diterimanya kepada para sahabat dan kaum
muslimin tanpa disembunyikan, seperti firman Allah SWT;.
Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadaengkau daripada Tuhan engkau, kiranya engkau tidak melakukan demikian,maka tidaklah engkau menyampaikan risalahNya.
( al-Maidah :67)
Strategi pembelajaran yang dilakukan ketika itu dengan mendengar kuliah daripada
Rasulullah SAW. sendiri secara talaqqi dan musyafahah. Pembelajaran berlaku secara
hafazan iatu menghafaz ayat-ayat al-Quran yang dibacakan dan melalui tunjuk cara.
Seterusnya baginda menyuruh umat Islam atau para sahabat mempraktik, mengamal
dan menghayati isi pelajaran tersebut. Sebagai seorang rasul dan guru telah mendidik,
melatih dan memandu pengikut-pengikutnya dengan penuh mesra dan perasaan kasih
sayang. Beliau mendidik dan memandu mereka bukan sahaja dari segi pengetahuan
(kognitif) malah dari segi sikap, peribadi dan tingkahlaku dengan memperlihatkan
contoh-contoh dan tauladan yang dilakukannya sendiri.
Selepas turun surah al-Hijr (rujuk ayat 94);
Ayat tersebut memerintahkan Rasulullah SAW. menyebarkan Islam secara terang-
terangan, bermula dari sini pendidikan Islam dilakukan secara umum kepada seluruh
lapisan masyarakat. Pusat pendidikan Islam terbuka luas meliputi lorong-lorong, pasar,
kawasan perumahan dan disekitar Kaabah. Kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih
tertumpu kepada pembentukan aqidah tauhid, kerana itu isi pelajaran yang disampai
oleh baginda tertumpu kepada penolakan adat istidat, kepercayaan dan cara beribadat
kaum jahiliah yang mensyirikkan Allah SWT. Pada tahap ini juga perkembangan
pendidikan Islam tersebar ke Habsyah, Jaafar bin Abi talib menerangkan kepada Raja
Habsyah iaitu Najasyi berkaitan dengan Islam dan membaca al-Quran di hadapannya.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
27/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
5
1.3.2 Pendidikan Islam di Madinah
Perpindahan Rasulullah SAW. ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa
perubahan dan pengertian yang besar terhadap penyibaran dan kestabilan agama
Islam. Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar kepada memenuhi tuntutan
perundangan dan perhubungan antarabangsa. Institusi pendidikan Islam memilih
masjid sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di Masjid dan
dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Fungsi masjid mengikut termenologi Islam adalah
sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal
yang berhubung dengan aktiviti ibadat, pelajaran dan pendidikan. Al-Abrasyi
menyatakan Rasulullah SAW. menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat belajar
mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat. Situasi masjid lebih bebas
dan sesuai sebagai tempat belajar. Rasulullah SAW. telah mendirikan sebuah surau
yang bersambung dengan masjid tersebut, dikenali sebagai al-suffah. Merupakan
sebagai sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan lebih sistematik.
Matapelajarannya termasuklah al-Quran. Asas agama (Aqidah, syariah, akhlak) khat,
sejarah, bahasa. Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan rohani dan jasmani
yang menjadi keperluan kepada individu dan masyarakat.
Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk
Rajah 1: Struktur Pendidikan Islam di Madinah
i. Pendidikan umum di jalankan oleh Rasulullah SAW. atau para sahabat daripada
Struktur Pendidikan Islam di Madinah
Pendidikan Umum Pendidikan Khusus
Pendidikan Institusi
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
28/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
6
Khulafa al-Rashidun. Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian pidato
selepas sembahyang fardu atu selepas sembahyang jumaat. Kurikulum nya
merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti
menunggang kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.
ii. Pendidikan khusus: pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang
diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira tempat
atau masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar as-
Siddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah di antar orang yang sering mendapat
pendidikan khusus berupa tunjuk ajar secara langsung.
iii. Pendidikan Institusi: Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat
Madinah. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendiakawan Islam pada
masa selanjutnya.
1.3.3 Pendidikan Islam Pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin
Modul ini akan membincangkan sejarah pendidikan Islam pada zaman pemerintahan
Khulafa al-Rashidin (11H/623M 40H/661M) yang diperintah oleh empat orang sahabat
Rasulullah SAW. bertindak sebagai Uli al-Amr memelihara kesetabilan dan keselamatan
negara bahkan memberi penekanan yang begitu intensif terhadap perkembangan ilmu
pengetahuan dan pendidikan Islam. Para sahabat telah menumpukan perhatian
mendidik disamping pada masa yang sama mentadbir negara.
Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644 Masihi) seluruh
Semenanjung Tanah Arab, Parsi, Sham dan Mesir serta beberapa wilayah Islam yang
ditakluki, tidak terdapat sebuah kampong pun di daerah tersebut melainkan
dibangunkan masjid sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat pelajaran dan
pendidikan Islam.
Pusat pentadbiran Khulafa al-Rashidin masih lagi dibuat di Madinah sebagai lanjutan
pusat pentadbiran Nabi SAW. Pada zaman ini para sahabat nabi seperti Abdullah bin
Umar, Zaid bin Thabit dan lain-lain masih aktif menyambung perjuangan Rasulullah
SAW dalam bidang keilmuan Islam khasnya Fekah dan Tauhid. Bersumberkan al-
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
29/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
7
Quran dan ajaran sunnah Nabawi, para sahabat meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran kepada kaum muslimin.
Tahun-tahun pemerintahan khulafa al-Rashidin dipenuhi dengan pelbagai cabaran
seperti masalah arridah, ancaman Quraisy Makkah, Rom, Parsi, Yahudi dan kaum
Nasrani, bahkan juga ancaman dari dalam yang dibuat oleh kaum munafikin. Semua
masalah itu dapat diatasi bahkan proses pendidikan Islam semakin berkembang luas ke
serata alam dalam pelbagai bidang serta lahir pula tokoh-tokoh ilmu yang terbilang pada
zamannya.
Para sahabat yang terdiri daripada Sayidina Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali adalah
orang yang mewarisi risalah Rasulullah SAW. Mereka bukan sahaja menyambung
usaha-usaha yang telah diatur oleh Rasulullah SAW bahkan melangkau lebih jauh lagi
ekoran pertambahan umat Islam dan keluasan wilayah Islam.
Sebagai contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H 13H) di samping
memelihara keutuhan negara dari berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar orang-
orang munafik dan musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian berat terhadap
perkembangan ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja menggalak umat Islam supaya
mempelajari dan menghayati al-Quran dan al-Sunnah bahkan bertindak mengumpul dan
menulis semula ayat-ayat al-Quran di dalam sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab suci
al-Quran dapat diedarkan ke seluruh wilayah Islam yang terletak jauh dari wilayah
pentadbiran kerajaan Islam Madinah.
Manakala khalifah Umar al-Khattab memberi perhatian yang sama terhadap
perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Ahli-ahli sejarah menyatakan,
seluruh Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan
Islam pada masa pemerintahannya. Dikatakan tidak terdapat sebuah desa pun yang
tidak didirikan masjid dan surau sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat
pelajaran dan pendidikan Islam. Beliau memberi penekanan yang serious terhadap ilmupengetahuan yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping
menekankan ilmu pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang,
menunggang kuda memanah, matematik dan kemahiran berfikir (mantik). Galakan
tersebut dapat dilihat melalui perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah,
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
30/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
8
anataranya dengan menyebut: Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda
dan riwayat-riwayat yang baik dan syair-syair yang indah.
Begitu juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan
mengenai pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabat-
sahabat untuk menulis dan membukukan al-Quran. Dengan usaha beliau itu, dapat
menyelamatkan pembacaan al-Quran mengikut Rasm Uthmani.
Rajah: Peringkat Pendidikan Islam di zaman khulafa al-Rashidin dan Umaiyah
Anda boleh rehat kemudian sila teruskan pembacaan
Peringkat PendidikanFormal Informal
MenengahRendah Menengah
Kuliah TinggiTempat Rumah MasjidAwam Sahabat
Membaca Al-QuranMenulis TafsirMembaca al-Quran HadithHafazan Fiqh AqidahFardu Ain AkhlakSastera Syariat
Sukan
Kurikulum
Kurikulum
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
31/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
9
anda untuk unit seterusnya
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
32/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
121
TAJUK 10 Pelaksanaan Program Pendidikan Islam Enam
Bulan Pertama Tahun Satu
10.1 Sinopsis
Pelajar-pelajar yang dikasihi
Semoga anda terus bersemangat untuk mengkaji dan memahami isi pelajaran
dalam topik-topik berikutnya. Dalam tajuk ini, beberapa aspek penting yang
membincangkan kandungan Pendidikan Islam dalam kurikulum lama iaitu KLSR
( Kurikulum Lama Sekolah Rendah) dan kurikulum baru yang dikenali sebagai
KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah). Kurikulum Pendidikan Islam diMalaysia terus dimantapkan melalui KSSR ( Kurikulum Standart Sekolah
Rendah).
10.2 Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Menghuraikan latar belakang pelaksanaan Program Pendidikan Islam
Enam Bulan Pertama.
ii Menjelaskan objektif dan kumpulan sasaran pelaksanaan ProgramPendidikan Islam Enam Bulan Pertama.
iii Menghuraikan langkah-langkah dan prosuder pelaksanaan ProgramPendidikan Islam Enam Bulan Pertama.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
33/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
122
10.3 Kerangka Tajuk
10.4 Latar belakang Pelaksanaan Program Pendidikan Islam Enam Bulan
Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR dan
KBSM pada 21 Januari 1994 telah bersetuju supaya murid tahun satu sekolah
kebangsaan diberi penekanan Pendidikan al-Quran dengan menggunakan
kaedah Iqra` dalam jangka masa 6 bulan mulai sesi persekolahan 1994/1995.
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siaran KP.5206/3/60 Jld.3 (4)
yang dikeluarkan pada 1 Mac 1994 telah memaklumkan pelaksanaan kaedah
Iqra` dalam tilawah al-Quran di sekolah. Dalam jangka masa 6 bulan tersebut
murid-murid hendaklah dipastikan dapat menguasai bacaan al-Quran.
Pada tahun 2003 sedikit perubahan dari segi pelaksanaan Jawi dan al-Quran
KBSR dan KBSM dilakukan. Mengikut surat siaran (JAPIM) 5206/4/4.1 Jld. 2 (4)
bertarikh 3 Januari 2003 telah memaklumkan beberapa mekanisma baruperlaksanaan tersebut antaranya:
Murid tahun satu diberi tumpuan khusus dalam 6 bulan pertama
persekolahan. Guru hendaklah memberi tumpuan khusus kepada
penguasaan kemahiran menulis dan membaca Jawi dan al-Quran.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
34/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
123
Selepas 6 bulan guru boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Satu
yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.
Dalam tempoh ini juga perkara-perkara yang berkaitan Rukun Iman,
Rukun Islam dan Solat hendaklah diajar seperti biasa manakala bahagian
Adab dan Akhlak Islamiah diajar secara merentas.
Selepas 6 bulan pertama persekolahan guru hendaklah melaksanakan
pemulihan dan pengayaan secara berterusan.
Untuk murid tahun 2 dan seterusnya serta sekolah menengah aktiviti
pemulihan dan pengayaan Jawi dan al-Quran dibuat secara berterusan di
semua peringkat rendah dan menengah.
Tulisan Jawi digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam dan ujian serta peperiksaan Pendidikan Islam di
peringkat sekolah.
Aktiviti-aktiviti khusus, latih tubi dan kerja rumah serta sebarang bentuk
pertandingan dan sebagainya melibatkan tulisan jawi di peringkat bilik
darjah dan sekolah dilaksanakan bagi memperkukuh dan meningkatkan
penguasaan kemahiran tersebut.
10.4.1 Objektif
Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam dengan mempastikan setiap murid
menguasai kemahiran al-Quran dan Jawi terutama di peringkat awal
persekolahan.
Murid-murid dapat menguasai bacaan al-Quran dalam masa 6 bulan
pertama tahun satu.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
35/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
124
Penguasaan bacaan al-Quran melalui kaedah Iqra`, sekaligus membantu
murid-murid dapat membaca dan menulis jawi dengan fasih dan betul.
Murid-murid tidak akan rasa dibebani dengan sukatan pelajaran yang
berat di peringkat ini.
Program ini disertakan dengan program transisi Pendidikan Islam agar
murid-murid tidak menghadapi kejutan budaya.
Panduan ini diharapkan dapat membantu guru merancang pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam untuk 6 bulan pertama tahun satu
mengikut surat siaran yang diedarkan.
10.4.2 Kumpulan Sasaran dan Waktu Pembelajaran
Kumpulan sasaran ialah semua murid tahun satu sekolah kebangsaan
dan sekolah jenis kebangsaan bermula tahun 2003.
Masa yang diperuntukkan dalam waktu pembelajaran seminggu adalah
seperti berikut:
i. Asas Ulum Syariah ialah 30 minit (1 waktu)
ii. Pelajaran Jawi ialah 60 minit (2waktu)
iii. Asuhan Tilawah al-Quran (Iqra`) ialah 90 minit (3waktu)
Pelajaran Jawi diajar dengan menggunakan Buku Sayang jawi 1, Buku
Sayang Jawi 2 dan Buku Kemahiran Menulis yang disusun mengikut
Sukatan Pelajaran Jawi KBSR.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
36/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
125
10.4.3 Langkah Pengajaran
Guru mengenalpasti murid di dalam sesuatu kelas dari segi kuantiti, kualiti
pencapaian murid dan latar belakang keluarga secara rambang.
Guru hendaklah merangka strategi pengajaran dengan mengenalpasti
satu kaedah yang akan digunakan seumpama kaedah berkumpulan atau
individu. Jika sekiranya bilangan murid adalah kecil, adalah lebih
berkesan digunakan pendekatan pengajaran secara individu. Tetapi
sebaliknya jika murid melebihi kuantiti yang sewajarnya guru boleh
mengenalpasti murid yang mahir untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran boleh berasaskan taburan pengajaran dan
pembelajaran yang dicadangkan dalam panduan ini.
Penilaian pertama terhadap pencapaian murid hendaklah dilakukan
selepas tiga bulan pengajaran dijalankan. Penilaian ini hendaklah
menggunakan borang penilaian yang dilampirkan.
Guru mesti membuat analisis pencapaian murid dan seterusnya
merangka strategi sehingga tempoh 6 bulan berakhir.
Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam
tempoh tersebut, pemulihan mesti dijalankan agar tidak ada pelajar yang
cicir.
Selepas tamat tempoh 6 bulan satu lagi bentuk penilaian keseluruhan
hendaklah dibuat bagi mengenalpasti semua pelajar dapat membaca al-
Quran dengan baik, membaca dan menulis jawi dengan betul dan fasih
serta beradab.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
37/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
126
10.4.4 Tindakan Susulan
Pemantauan berterusan Sektor Pendidikan Islam dan Moral negeri bagi
memastikan program ini berjalan lancar dan dapat mencapai tahap
kejayaan yang diharapkan. Pemantauan ini adalah bertujuan memberi
bimbingan kepada guru-guru dan membuat penambahbaikan dari aspek
pelaksanaan.
Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri juga dikehendaki menyediakan
laporan lengkap yang menunjukkan prestasi guru dan murid serta
kekangan-kekangan yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Laporan tersebut hendaklah dihantar ke Bahagian Pendidikan
Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Guru mestilah menyediakan laporan lengkap prestasi pencapaian murid
dalam Tilawah al-Quran, Pelajaran Jawi dan perkembangan lain. Contoh
borang maklumat prestasi murid dilampirkan. Laporan tersebut hendaklah
dihantar kepada Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral dan salinan kepada Sektor Pendidikan Islam
dan Moral Negeri.
10.4.5 Harapan
Mudah-mudahan usaha murni semua pihak termasuk guru akan membuahkan
hasil yang diharapkan. Kegigihan guru-guru menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran amat diharapkan. Malah kejayaan program ini banyak bergantung
kepada semangat dan motivasi para guru yang berdedikasi. Peranan Jurulatih
Utama (JU) hendaklah distrategikan bagi memaksima penyaluran dan
penyampaian maklumat kepada semua guru-guru Pendidikan Islam.
Pemantauan JPN juga secara berterusan amat perlu bagi mengesani masalah-
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
38/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
127
masalah semasa pelaksanaan dan berusaha untuk menanganinya secara
berkesan..
Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit inidengan jayanya!.
1. Bincangkan sejauhmanakah keberkesanan program j-QAF Model Perluasan
Bahasa Arab Komunikasi di sekolah anda.
2. Jelaskan bagaimana Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi dapat
membantu meningkatkan kemahiran berbahasa Arab di kalangan anak didik
anda.
3. Bincangkan dalam kumpulan , bagaimanakah peranan anda sebagai guru
Pendidikan Islam dalam membantu guru-guru j-QAF melaksanakan program
Kem Bestari Solat di tempat anda bertugas.
4. Sebagai seorang guru Pendidikan Islam yang berpengalaman anda perlu
membuat suatu analisa program Pendidikan Islam enam bulan pertama tahun
satu dan perbandingannya dengan program j-QAF enam bulan pertama khatam
Al Quran.
LATIHAN & TUGASAN
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
39/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
128
RUJUKAN
Abdullah Basmih, (1985) Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al QuranBahagian Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur
Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, (1991) Kursus Qari dan Qariah , Cetakan ke 18,Terbitan Pustakan Aman Press , Kota Bharu, Kelantan
Ahmad Mohd. Saleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi ( 1997),Shah Alam , Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ahmad Mohd. Saleh, Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan PedagogiPendidikan untuk KPLI (2008) Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar sdn. Bhd.
Ahmad Mohd Salleh Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam, (2011)Edisi Kedua, Shah Alam , Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Ee Ah Meng, Pedagogi 1 , Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah ( Semester 1 )( 1997 ) Shah Alam, Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah,( Semester 1 ) ( 1996 ), . Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti, Sdn. Bhd.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Buku Panduan Dasar, Perlaksanaan danPengurusan Kurikulum j-QAF (2004).
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. J-QAF: Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan KoKurikulum (2004).
Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam SekolahRendah
Kementerian Pendidikan Malaysia,Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan IslamSekolah Rendah.
Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan IslamSekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa danPustaka.2002
Kementerian Pendidikan Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran PendidikanIslam Sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah. Dewan Bahasadan Pustaka 2002.
Kementerian Pendidikan Malaysia, Buku Teks Pendidikan Islam, Tahun 1- 6
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
40/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
129
Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan KPLI ( semester 1 ) ( 1999 ), Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd..
Mok Soon Sang , Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan (1994),Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa ( KL ) SDn. Bhd .
www.sabah.edu.mywww.ppdhl.net/v2/images/10/_Panduan_Pelakasanaan_B.Arabwww.fp.utm.my/ePusatSumber/pdfailwww.4shared.com/file/f/buku_Panduan_Pelaksanaan_Model.htmlwww.bpi.edu.my
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
41/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
130
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
42/140
T
3.0
Sem
topik
men
Isla
perk
peng
di M
3.1
Padai
ii
iii
iv.
3.2
JUK 3
Sinopsis
ga anda t
topik berik
enai konse
mengenai
ra-perkara
gubalan ku
laysia.
Hasil pe
akhir tajuk
Menghur
Menghur
Menjelas
Mengena
Kerangk
K
Asas-AsaSekolah R
rus bersem
tnya. Dala
p, matlamat
matlamat d
tersebut
rikulum Pen
belajaran
ini, pelajar-
ikan konse
ikan matla
an falsafah
l kompenen
Tajuk
onsep
Pembinaendah.
angat untu
tajuk ini,
dan falsaf
n falsafah
elah menj
didikan Isla
elajar dihar
p atlamat d
at Pendidi
dan hasrat
pembentuk
PE
22
n Kurikul
mengkaji
beberapa
h Pendidik
endidikan I
di kerang
untuk dig
apkan dapa
n falsafah
an Islam d
pengubalan
an Kurikulu
KURIKUL
NDIDIKA
Matla
Pengenalan K
m Pendidi
dan mema
spek penti
n Islam. P
Islam turut
ka utama
unakan oleh
t:
Pendidikan
ri perspekti
Kurikulum
pendidika
UMISLAM
mat
urikulum Pend
kan Islam
ami isi pe
ng yang m
ndapat-pen
ibincangka
dalam pe
sekolah-se
Islam.
f Sarjana Isl
Pendidikan
n Islam di
PIM 31idikan Islam (
lajaran dal
mbincangk
dapat sarja
. Berasask
mbinaan d
kolah Rend
am.
Islam.
alaysia.
Falsafah
01R)
m
an
na
an
an
ah
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
43/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
23
3.3 KONSEP DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan dalam bahasa Arab disebut tarbiah, yang pada asalnya membawa makna;
pertambahan, perkembangan dan ketinggian. Perkataan tarbiah berasal dari kata kerja
rabba yang antara maknanya ialah; memperbaiki (islah), memimpin dan mentadbir.
Menurut ahli bahasa, tarbiah bererti membangun sesuatu secara tahap demi tahap
menuju kepada kesempurnaan. Salah satu dari nama Allah ialah ar-Rab kerana yang
mengawal, mengislah, mentadbir dan mengarahkan makhluk kepada kesempurnaan.
Semuanya ini merupakan inti daripada pendidikan. Oleh sebab itu Rabbul Alamin
ditafsirkan sebagai Murabbil Alamin (pendidik seluruh Alam) dan Allah s.w.t. ialah
Pendidik Yang Teragung. Jadi perkataan tarbiah mengandungi dua unsur terpenting;
iaitu pertambahan dan perbaikan (Islah) hingga ke tahap kesempurnaan.
Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting sekali. Ia
menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada Islam dan merupakan satu
ibadat yang besar. Kedudukan dan kepentingan pendidikan itu amat jelas apabila kita
meneliti ayat al-Quran yang pertama diturunkan . Ia tidak dimulai dengan perintah yang
berhubung perkara lain seperti ibadat, tetapi dimulakan degan perintah yang berhubung
dengan pendidikan.
Firman Allah S.W.T.
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; bacalah, dan TuhanmuYang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarmanusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-`Alaq : 1-5)
Islam tidak melihat pendidikan daripada skop yang sempit. Ia tidak terbatas pada
pendidikan duniawi semata-mata, tetapi meliputi dua lapangan iaitu dunia dan akhirat.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
44/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
24
Dalam hubungan ini, Abud (1985) menyatakan bahawa Islam telah membahagikan ilmu
kepada dua kumpulan yang besar. Pertama ialah fardu ain yang dituntut ke atas setiap
orang supaya mengetahui dan mempelajarinya dalam melaksanakan suruhan agama.
Kedua, ilmu fardu kifayah iaitu ilmu yang mesti kepada individu tertentu seperti ilmu
pertukangan, kemahiran, perniagaan, kedoktoran, ekoonomi, kimia, fizik, pembuatan
senjata dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ilmu yang kedua ini menjadi fardu ain
apabila tiada seorang pun muslim dalam masyarakat itu yang mempelajarinya.
Konsep pendidikan yang bersatu (unified) ini berdasarkan kepada konsep ilmu yang
bersepadu (integrated) yang merupakan keistimewaan Islam. Ia berlawanan sekali
dengan aliran pemikiran yang memisahkan ilmu kepada dua bahagian yang tidak dapat
didamaikan, iaitu disebut sebagai theology dan science atau religious knowledge di
Barat.
Pembahagian yang bertentangan ini tidak dapat berlaku dan tidak dibenarkan berlaku
dalam teori pendidikan Islam. Menurut Mohd. Kamal Hassan (1981) isi kandungan
theology dan science dalam Islam tidak bercanggah antara satu sama lain, malah ia
bersifat saling melengkapi dan kedua-duanya lahir daripada pandangan yang satu, iaitu
tauhid. Dalam pendidikan ini, walaupun terdapat beberapa pembahagian ilmu seperti
ilmu aqidah, syariah dan akhlak, namun ia tetap berada dalam satu lingkaran konsep
bersepadu yang membawa keseimbangan antara akal dan wahyu.
3.4 Pendidikan Islam Mengikut Sarjana Pendidikan Islam
Untuk menggambarkan pengertian Pendidikan Islam, dikemukakan beberapa definisi
yang dikemukakan oleh para sarjana Islam. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Khurshid Ahmad (1973) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai
satu latihan aqliah, jasmaniah dan ruhiyah bertujuan melahirkan manusia; yangberkebudayaan tinggi, sanggup melaksanakan tanggungjawab sebagai insanyang baik dan warganegara yang berguna.
2. Miqdad Yalchin (1977) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai
proses melaksanakan falsafah Pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnyadalam bidang pembinaan, pembentukan dan pemasyarakatan seseorang selarasdengan keperibadian yang digariskan oleh falsafah supaya sahsiah Islamiah
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
45/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
25
dapat terbentuk dalam setiap tindak tanduk, tingkah laku dan sikap seseorangmuslim, walau bila dan di mana sahaja berada.
3. Hassan Langgulung (1979 ) menegaskan, pendidikan membawa erti:
merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu dalammasyarakat melalui berbagai-bagai proses. Proses-proses itu pengajaran, latihandan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkanpengetahuan dari seorang ke seorang dan latihan ialah membiasakan dirimelakukan sesuatu pekerjaan bagi memperoleh kemahiran sementara prosesindoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan olehorang lain. Ketiga-tiga proses tersebut berjalan serentak dalam masyarakatprimitif atau moden.
3.5 Matlamat Pendidikan Islam
Setiap sistem pendidikan mempunyai matlamatnya. Sistem pendidikan bukan Islam
menjurus kepada melahirkan warganegara yang baik, untuk mencapai matlamat tersebut
adalah berbeza antara sesebuah negara dari segi falsafah dan kreteria tersendiri
berasaskan latar belakang sejarah masyarakat, kebudayaan dan sempadan negara.
Sejak akhir-akhir ini muncul pelbagai usaha daripada para penyelidik untuk menentukan
matlamat am pendidikan sesuai dengan makna yang difahami daripada nas-nas al-Quran
dan hadith dan daripada sejarah pemikiran dan pendidikan Islam. Matlamat pendidikan
Islam adalah lebih luas dan syumul, ia bertujuan mewujudkan warganegara yang baik
dan melahirkan insan saleh yang tidak mengenal batas masa, negeri, bangsa sebaliknya
menuju kepada Allah dan alam akhirat. Bagi mencapai martabat insan saleh mestilah
mempunyai sifat taqwa; firman Allah s.w.t. pada ayat:
Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa.
(al-Hujurat : 13)
Manusia yang bertaqwa ialah orang yang sebenarnya mengabdikan diri kepada Allah
s.w.t. seperti firman Allah s.w.t.;
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
46/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
26
"Sesungguhnya tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali beribadat kepada Ku"
(al-Dhariyyat: 56)
Ibadat yang dimaksudkan di sini ialah merangkumi setiap perbuatan, pemikiran dan
perasaan yang pada keseluruhannya ditujukan untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.
dengan menjaga sempadan yang diredhaiNya dan menjauhkan diri dari segala yang
dimurkaiNya. Objek pendidikan ialah manusia, merupakan makhluk yang mempunyai
tiga unsur utama yang saling berkait antara satu dengan lain iaitu jasad, akal dan roh.
Akal Ruh
Jasad
Rajah 1: Menunjukkan hubungan di antara jasad, ruh dan akal.
Untuk menjaga kepentingan ketiga-tiga unsur tersebut, perlu diwujudkan aktiviti
pendidikan. Tujuannya ialah untuk memberi kemahiran-kemahiran asas kepada individu
sama ada lelaki atau pun perempuan. Oleh itu, segala usaha untuk membentuk watak
manusia sebagai khalifah di bumi dianggap pendidikan menurut pandangan Islam.
Kelayakan manusia sehingga dilantik menjadi khalifah adalah kerana ia mempunyai
beberapa ciri istimewa seperti:
i. Fitrah : hakikat semula jadi manusia yang baik, bersih dari dosa.
ii. Roh: Unsur yang membezakannya dengan makhluk lain.
iii. Kebebasan kemahuan: dapat menerima dengan kemahuannya sendiri
akan amanah yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk-makhluk lain.
iv. Akal: Membolehkannya membuat pilihan betul atau salah.
Matlamat bolehlah diertikan sebagai tujuan atau objektif terhadap sesuatu perkara yang
ingin dicapai. Sesuatu sistem yang akan dilaksanakan mestilah memenuhi matlamat
yang telah dirancang. Prof. Dr. A. Athiyah al-Abrasyi menjelaskan matlamat pendidikan
Islam seperti berikut:
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
47/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
27
Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidupdengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurnaakhlaknya, teratur pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap dalamkerjanya, bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan
lisannya serta tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik..
Berdasarkan ungkapan di atas, matlamat pendidikan Islam seperti berikut:
i. Mempersiapkan warganegara yang baik.
ii. Membentuk manusia memiliki keperibadian yang unggul
iii. Membekalkan anak didik dengan ilmu pengetahuan
iv. Mendidik manusia ke arah kecemerlangan rohani dan jasmani
v. Membentuk akhlak yang sempurna sebagai manusia yang ideal
vi. Kebolehan dan kecekapan dalam kerja supaya dapat hidup bahagia
Menurut al-Ghazali matlamat pendidikan ialah:
Untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bukan untuk memperolehi kedudukan,bermegah-megah dan berlumba-lumba.
Beliau menekankan matlamat pendidikan Islam yang paling utama ialah untuk
membuang segala kejahilan diri sehingga individu tersebut dapat mengenali Pencipta
dan matlamat ilmu yang sebenar membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada Allah.
Jadi, tujuan pendidikan yang selain daripada taqarrub ilallah adalah tidak tergolong ke
dalam objektif pendidikan Islam.
Ibn Khaldun pula menekankan tujuan keilmuan Islam sebagai tujuan pendidikan Islam itu
sendiri. Katanya ada dua tujuan iaitu:
i. Tujuan Keagamaan.
Pendidikan mestilah membawa individu tersebut kepada mengenal Tuhannya,
dapat beramal untuk akhirat dan dapat menunaikan hak-hak Allah yang menjadi
kewajipan kepadanya.
ii. Tujuan Keilmuan.
Iaitu membawa seseorang kepada kemahiran yang membolehkan individu
tersebut untuk menghadapi kehidupan dunianya.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
48/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
28
Apabila kita lihat keterangan di atas, jelas menunjukkan bahawa Ibnu Khaldun
menjelaskan matlamat pendidikan adalah untuk menjaga kepentingan hidup di dunia dan
di akhirat, dapat mengimbangkan kedua-duanya sebagai satu panduan hidup manusia.
Ahmad Saleh Jamja'an dalam Naquib al-Attas (1984) mengungkapkan matlamat
pendidikan Islam sebagai:
The aim of Muslim education is the creation of the good and righteous manwho worships Allah in the true sense of the term, builds up the structure
of his earthly life
Kita harus ingat bahawa Islam sebagai al-din yang merangkumi segala aspek
penghidupan, kerana itu matlamat pendidikannya juga tentulah suatu yang ideal, iaitu
untuk memperbaiki hidup di dunia mengikut tujuan hukum syarak. Ini kerana Islam itu
sendiri bertujuan untuk menuju kepada kesempurnaan hidup.
Mengikut Dr. Muhammad Fadhil al-Jamaly (1966) merumuskan matlamat pendidikan
Islam seperti berikut:
i. Memperkenalkan kepada manusia statusnya di kalangan makhluk dantanggungjawab masing-masing dalam hidup mereka di dunia.
ii. Memperkenalkan kepada manusia tentang interaksinya dalam masyarakat dantanggungjawab mereka d tengah-tengah sistem masyarakat manusia.
iii. Memperkenalkan manusia dengan makhluk (alam semester) dan membimbingnyauntuk mencapai hikmah Allah dalam penciptaan alam semesta dan memungkinkanmanusia menggunakannya.
iv. Mengajak manusia mengenali Tuhan pencipta alam dan mendorong untukberibadah kepadanya.
Al-Buthi menyenaraikan matlamat pendidikan Islam secara umumnya kepada tujuh
matlamat berikut;
i. Mendapat keredaan Allah dengan menjauhi kemurkaan dan siksaan Nya sertamengabdikan diri dengan keikhlasan keranaNya. Tujuan ini dianggap indukdaripada semua tujuan pendidikan Islam.
ii. Meningkatkan taraf akhlak masyarakat berdasarkan agama yang diturunkan olehAllah untuk membimbing manusia ke arah yang diredai olehNya.
iii. Memupuk rasa cinta kepada tanahair, diri sendiri dan masyarakat berdasarkanagama Islam untuk membimbing masyarakat ke arah yang diredai olehNya.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
49/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
29
iv. Memupuk rasa cinta kepada tanahair, diri sendiri dan masyarakat berdasarkan
ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan mengajar manusia akan nilai-nilai dan akhlak yang mulia.
v. Mewujudkan ketenangan jiwa di samping memiliki aqidah yang teguh, penyerahan
dan kepatuhan yang ikhlas semata-mata kepada Allah s.w.t.
vi. Memelihara bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran dan sebagai wadahkebudayaan dan unsur-unsur kebudayaan Islam yang paling menonjol.Menyebarkan kesedaran agama yang sebenar dan menunjukkan hakikat Islamsebagai agama yang suci dan agong.
vii. Meneguhkan perpaduan rakyat untuk keamanan tanahair dengan menyatupadukanmereka dalam satu barisan melalui usaha-usaha menghapuskan perselisihan,bergabung dan bekerjasama dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan kepercayaanIslam yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Kesimpulannya, dalam konteks terkini matlamat pendidikan Islam mempunyai empat
halatuju iaitu:
i. Melahirkan insan kamil yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Orang yangberiman dan beramal soleh telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. dengan kejayaan didunia dan di akhirat.
ii. Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang sempurna, berakhlak muliadan bertanggung jawab kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agamakerana Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith yangbermaksud:
Setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin. Tiap-tiap kamubertanggungjawab ke atas pimpinannya. Pemerintah adalah pemimpin, makaia bertanggungjawab ke atas rakyat. Seorang lelaki adalah pemimpin, makaia bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Manakala seorangperempuan itu pula adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap ahlirumahnya, suaminya dan anaknya. Orang gaji adalah penjaga hartabendanya, maka ia adalah bertanggungjawab terhadap harta tersebut. Tiap-tiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadappimpinannya."
iii. Menanamkan semangat cintakan Allah agar dapat melaksanakan segala suruhandan meninggalkan segala laranganNya. Gemar kepada amal ibadat khusus yangberpusat di masjid. Patuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. Menghormatiulamak, ibu bapa, orang yang lebih dewasa dan menjamin kebebasan beragamadikalangan orang yang bukan Islam.
iv. Mengembangkan bakat intelektual secara bebas dan demokrasi kepada kadar yangpaling maksimum. Ini semua berdasarkan bimbingan wahyu untuk mencetuskan
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
50/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
30
manusia dan menguasai alam ini untuk kebahagian, kemakmuran dankesejahteraan manusia sejagat.
Inilah sebahagian daripada matlamat umum pendidikan Islam yang telah digariskan oleh
sarjana-sarjana Islam. Manakala matlamat khas adalah merupakan perubahan-
perubahan yang diingini yang termasuk dalam matlamat umum pendidikan. Dengan lain
perkataan, gabungan pengetahuan, penampilan pola-pola tingkah laku, sikap, nilai dan
kebiasaan yang terkandung dalam matlamat akhir pendidikan yang mana tanpa
terlaksananya matlamat akhir dan umum tidak sempurna perlaksanaannya.
Saleh Samak (1980) menyenaraikan matlamat khas dalam pendidikan Islam seperti
berikut:
i. Mengajar murid-murid didikan agama supaya mengenal Tuhan yang menjadikanlangit dan bumi, memberikan kehidupan dan nikmat dan menyediakan balasan
baik dan jahat di dunia dan akhirat.
ii. Mendidikan jiwa murid-murid sehingga mencetuskan kesedaran beragama yangmendalam dalam jiwa mereka.
iii. Mendidik jiwa murid-murid supaya beramal dengan akhlak yang terpuji sejak kecildi samping memandu mereka supaya menghargai kemuliaan tingkah laku danberamal dengan tuntutannya.
iv. Menunjukkan murid-murid bahawa semua ajaran agama, baik dari suruhan ataularangan, adalah bertujuan untuk kebaikan diri seseorang dan faedahnyaterpulang kepada masyarakat. Tujuannya adalah untuk menghindarkankejahatan dan perkara yang mudarat bagi diri individu dan masyarakat.
v. Menambahkan pengetahuan murid-murid tentang kelebihan-kelebihan hukumagama yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Hadith.
vi. Memupuk kecenderungan ke dalam jiwa murid-murid perasaan suka mempelajarial-Quran dan membacanya. Mengajar mereka membaca al-Quran dengan betultentang bunyi, baris dan tempat berhenti.
vii. Mengajar hadith-hadith nabi supaya murid-murid mendapatkan pengajaran darisegi kesopanan, adab dan tingkahlaku.
viii. Mengamalkan teladan yang baik daripada biografi Rasulullah s.a.w. , parasahabat dan pahlawan-pahlawan Islam yang berjasa.
3.6 Bidang Pendidikan Islam:
Hakikatnya dasar utama pendidikan Islam ialah menjauhkan diri daripada menyekutukan
Allah, seperti yang difahami dari nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya agar tidak
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
51/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
31
menyekutukan Allah. Perbuatan syirik merupakan punca segala maksiat, dan tidak ada
pada diri orang yang syirik sifat-sifat mulia dan kehalusan budi. Untuk menjayakan
wawasan tersebut, berasaskan al-Quran dan al-Sunnah kurikulum pendidikan Islam
dijelmakan melalui dua komponen kurikulum iaitu ;
Ulum al Syariah
Pendidikan Al Quran
Kedua komponen ini mempunyai objektif dan falsafahnya bagi melahirkan penghayatan
dan pengamalan Islam pada individu muslim. Bidang-bidang yang dicakupi melalui dua
komponen di atas ialah :
a. Pendidikan Akidah
Ini merupakan pendidikan paling penting bagi pendidikan terhadap kanak-kanak Islam
berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Setiap anak yang dilahirkan adalah mengikut fitrah, ibu bapalah yangmenjadikan ia majusi, nasrani atau yahudi."
Tujuan pendidikan keimanan ini ialah untuk mendidik anak-anak daripada kecil lagi
dengan pendidikan keimanan, dapat memahami Islam sebagai al-din setelah mereka
dewasa. Mengakui ke Esaan Allah serta mengakui kebesaran dan kekuasaanNya.
Pendidikan keimanan dalam pengertiannya yang lebih luas bukan sahaja
menitikberatkan idea tentang ke-Esaan Allah tetapi juga memberi pengertian terhadap
konsep ilmu, ilmu menurut Islam bersifat sepadu. Memahami konsep tauhid dalam
bentuk ilmu pendidikan membawa kita kepada kefahaman bahawa wujud pembahagian
atau pemisahan antara ilmu mengenai alam sains dan ilmu akhirat (agama) menerusi
konsep tauhid juga kita dapati dalam Islam wujudnya kesepaduan yang harmoni antara
peranan wahyu, ilham, akal dan indera di dalam epistemology Islam.
Manusia sebagai makluk Allah adalah fitrahnya berinteraksi dengan Allah sebagai
Khaliqnya, dengan sesama manusia dan alam. Maka sewajarlah diri manusia
diperlengkapkan dengan ilmu-ilmu atau pengetahuan serta nilai-nilai yang memampukan
dia berbuat demikian dengan akhlak yang sebaiknya, serta syakhsiah yang seimbang
samada ketika menghadapi Allah atau ketika bermuamalah sesama manusia atau ketika
manfaatkan kurniaan Ilahi.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
52/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
32
b. Pendidikan Akal
Salah satu dari aspek-aspek pendidikan yang terpenting ialah mendidik akal
sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah SWT dalam ayat pertama surah al-Alaq.
Pendidikan akal dalam ayat yang dijelaskan berlaku dalam keadaan akal yang sentiasa
menerima bimbingan Tuhan. Akal juga merupakan satu unsur yang paling mulia dan
berharga bagi manusia, dengan adanya fungsi akal ini proses pendidikan dapat berlaku
dalam diri manusia. Pendidikan Islam menekankan kepentingan mengisi dan melatih
akal manusia dengan nilai-nilai ketuhanan (ilmu tauhid), penekanan yang tidak seimbang
boleh melahirkan insan yang tempang, tidak sepadu atau tidak seimbang, yang kosong
jiwanya. Kerana itu kanak-kanak wajib disedarkan akan kewajipan mendekatkan diri
kepada Allah.
c. Pendidikan Jasad
Memberi pendidikan dalam menjaga kesihatan tubuh badan agar terhindar dari segala
jangkitan penyakit.
d. Pendidikan Akhlak/Moral
Kepincangan peribadi generasi muda di negara Islam selalu menjadi bahan perbahasan
pemikir-pemikir Islam. Di Malaysia masalah yang sama juga menjadi bahan
perbincangan yang terpenting berhubung dengan isu-isu pendidikan semasa. Antara
kepincangan yang menonjol ialah keruntuhan akhlak dan penolakan nilai-nilai tradisi
bangsa dan agama serta kecenderungan untuk menerima segala nilai baru tanpa
mengira sama ada ia serasi dengan agama Islam atau tidak. Ini berlaku kerana aliran
liberalisme dan sekularisma yang mendasari sistem pendidikan yang diamalkan tidak
mampu menerapkan secara serentak nilai-nilai ilmu, budi pekerti, keluhuran dan
kemuliaan dalam diri manusia.
Seluruh aktiviti yang terlibat dalam proses pendidikan adalah berupa pembinaansyakhsiah manusia berakhlak mulia. Pendidikan ini berasaskan tarbiyah imaniyah
kerana sekiranya anak-anak yang dididik dari kecil supaya beriman dengan Allah s.w.t.
terutama menghayati aspek muraqabah yang diharap akan melahirkan akhlak mulia.
Kepentingan aspek ini dapat dilihat daripada beberapa hadith yang bermaksud:
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
53/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
33
" Daripada hak seorang bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan adab dannamanya"
(H.R. Baihaqi)
" Tidak ada satu pemberian dari seorang bapa yang lebih baik daripada adab".
(H.R. Tarmizi)
e. Pendidikan Wujdan
Mendidik rohani agar dapat menjalinkan ikatan pertalian yang erat antara manusia
dengan Pencipta dalam semua keadaan dan membebaskan diri manusia daripada
memperhambakan diri kepada kebendaan.
f. Pendidikan Kesihatan
Memberi didikan agar anak-anak menghargai kesihatan serta menjaga kesihatan mental
dan fizikal untuk melahirkan insani muslim yang kuat bagi melaksanakan amanah Allah.
3.7 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi di dalam pendidikan,
kerana bentuk manusia yang ingin dilahirkan adalah bergantung kepada falsafahnya.
Pendidikan diertikan oleh cendikiawan sebagai pemindahan nilai-nilai dari generasi ke
generasi samada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai ini adalah ditentukan oleh
falsafahnya yang disogokkan melalui sistem pendidikan.
Sarjana Pendidikan Islam mentafsirkan falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yangmenentukan tujuan akhir, maksud, objektif, nilai dan cita-cita yang telah ditentukan
terlebih dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan dalam proses pendidikan.
Hasan Langgulung (1986) menyatakan falsafah Islam yang telah meletakkan seluruh
prinsip dan norma yang meliputi keseluruhan skop pendidikan. Al-Syaibani (1979)
menjelaskan, falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang dirancangkan dengan hikmah
TUNGGU !!! sebelum anda meneruskan pembacaan ke topik seterusnya,Sila pastikan anda telah mencatat isi penting topik di atas..
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
54/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
34
untuk menjadikan proses pendidikan dan usaha pendidikan bagi suatu bangsa.
Pendidikan juga menyiapkan generasi muda dan warganegara umumnya supaya
beriman kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukan oleh Nya.
Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah
hidup Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam bidang pendidikan. Falsafah
Pendidikan Islam menentukan keseluruhan tujuan akhir kehidupan dunia akhirat tercapai
dengan jayanya. Falsafah Pendidikan Islam menegaskan bahawa manusia ialah makhluk
Allah dan manusia mempunyai batasan dalam tindakannya. Oleh itu pendidikan ini
merupakan satu aliran falsafah yang berbentuk keagamaan, berusaha menanam
keimanan manusia kepada Allah s.w.t. dalam usaha membangunkan manusia sebagai
insan ciptaan Allah, dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi
dalam keadaan tunduk dan patuh kepadanya.
Sebelum membincangkan hubungan Falsafah Pendidikan Islam dengan falsafah
pendidikan umum hendaklah disedari bahawa falsafah Pendidikan Islam mempunyai
sumbernya yang khusus iaitu al Quran dan al Sunnah. Falsafah pendidikan umum pula
bersumberkan penyelidikan dan pengalaman manusia semata-mata. Walau bagaimana
pun keduanya mempunyai perhubungan atau persamaan dalam beberapa segi yang
berkaitan dengan proses pendidikan.
Perhubungan yang jelas ialah kedua-duanya berusaha mencari dan mendapatkan
hakikat kebenaran yang berkaitan dengan proses pendidikan. Ianya juga sentiasa
membahaskan dan meramalkan tentang perkara yang mungkin mengarah, mengukuh
dan membantu memperkemaskan lagi sistem pendidikan. Falsafah pendidikan umum
juga sama dengan falsafah Pendidikan Islam dalam matlamatnya untuk melahirkan insan
yang baik, berakhlak dan harmonis di samping mempunyai keupayaan untuk membina
manusia yang berguna kepada masyarakatnya.
Walau bagaimanapun berdasar sumber yang khusus, Falsafah Pendidikan Islam lebih
unggul dan mantap kerana falsafah ini bersumberkan al Quran dan al Sunnah yang
diwahyukan oleh Allah. Falsafah pendidikan umum hanya berasaskan pemikiran,
penyelidikan dan pengalaman manusia yang terbatas dan akan berubah dari semasa ke
semasa mengikut citarasa masing-masing. Di samping itu juga, matlamat falsafah
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
55/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
35
Pendidikan Islam juga lebih unggul dan menyeluruh, yang bertujuan untuk melahirkan
insan yang mulia dan mampu mencapai kebahagiaan bukan sahaja di dunia malah di
akhirat kerana falsafah Pendidikan Islam mengkaji kebenaran dan meletakkan sesuatu
pada yang berhak. Falsafah Pendidikan Islam amat diperlukan bagi tujuan pendidikan
Islam;
I. Membantu merancang pendidikan untuk melahirkan pemikiran yang sihatterhadap proses pendidikan
II. Menjadi asas terbaik untuk menilai sistem pendidikan negara dalam ertikata yangmenyeluruh
III. Membentuk asas pendidikan khususnya dalam kaedah pengajaran di sekolah,universiti dan institusi pendidikan yang lain.
IV. Membina suatu identiti sendiri bagi sistem pendidikan negara dengan wujudnya
nilai Islam dalam perkembangan kebudayaan dan masyarakat.
V. Menyelesaikan krisis dan masalah yang timbul dalam sistem pendidikan.
Keperluan untuk menyatakan falsafah pendidikan Islam secara tersurat mula disedari
oleh Jawatankuasa Pengubal Sukatan/kurikulum Pendidikan Islam KBSR. Beberapa siri
perbincangan cendekiawan Islam telah diadakan. Hasilnya pernyataan Falsafah
Pendidikan Islam KBSR dirumuskan seperti berikut:
"Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, bagi
membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hambaAllah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat,alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraanabadi di akhirat."
(Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia )
Penyataan falsafah ini menegaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran di dalam
mata pelajaran pendidikan Islam memberi penekanan kepada :
a. Ilmu dan pengetahuanb. Kemahiran atau amalanc. Menghayati Islamd. Membentuk sikape. Membentuk pandangan hidup atau pemikiran Islamf. Tanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negarag. Mewujudkan kebaikan di duniah. Mencapai kesejahteraan abadi di akhirat.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
56/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
36
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam yang berlandaskan al-Quran dan al Sunnah
dalam membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup hamba Allah
(pelajar) yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam
sekitar dan Negara ke arah mencapai kebahgian di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat.
Bersifatdinamik
Mengimbangiantara dunia &
akhirat
Bersifatsejagat
Bersifatterbuka
Bersifat
membentukakhlak
SesuaidenganajaranIslam
Cirri-CiriFalsafah
PendidikanIslam
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
57/140
T
4.0
Sem
topik
men
telah
Kurik
Kurik
pena
buda
(Kuri
4.1
Padai
ii
iiiiv
4.2
JUK 4
Sinopsis
ga anda t
topik berik
enai kons
menjadi ke
ulum Lama
ulum Pendi
mbahbaika
ya kreatif d
ulum Stan
Hasil pe
akhir tajuk
Menghur
Menjelas
MenganaMengen
Kerangk
Analisa PPendidika
rus bersem
tnya. Dala
p, matlama
rangka uta
Sekolah Re
dikan Islam
. Selaras
n inovatif, k
art Sekolah
belajaran
ini, pelajar-
ikan konse
an skop da
lisis kandunl pasti elem
Tajuk
LSR
erbandingn Islam Se
angat untu
tajuk ini,
t dan falsa
a dalam p
ndah (KLS
di Malaysi
engan per
urikulum P
Rendah).
elajar dihar
p, matlamat
n bidang ku
gan kurikulen-elemen
KURIKUL
37
n Kurikulolah Rend
mengkaji
beberapa
fah Pendidi
nggubalan
) dan Kuri
a telah mel
embangan
ndidikan Isl
apkan dapa
dan falsafa
rikulum Pen
m lama daenambaika
M PEN
KBS
Pengenalan K
m Lamaah.
dan mema
spek penti
kan Islam.
kurikulum
kulum Baru
alui bebera
sains dan
am terus di
t:
h Pendidik
didikan Isla
kurikulumn yang terd
IDIKANI
urikulum Pend
an Kuriku
ami isi pe
ng yang m
Perkara-pe
Pendidikan
Sekolah Re
pa fasa pe
teknologi,
antapkan
n Islam.
m.
baru Pendidapat di dala
LAM
PIM 31idikan Islam (
lum Baru
lajaran dal
mbincangk
kara terse
Islam sama
ndah (KBS
antapan d
enggalakk
elalui KS
ikan Islam.m kurikulum
KSSR
01R)
m
an
ut
da
).
an
an
R
.
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
58/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
38
4.3 Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR)
4.3.1 Pengenalan
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai
kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah
dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh
Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan
bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah
dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan dasar pendidikan
awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah
mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang
mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu,
perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi
pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.Seterusnya pada
tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah
Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masing-
masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua sekolah.
Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga
tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga
(1971-1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem
pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula
merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia
Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosialyang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah
memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial,
kebudayaan dan politik , menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik
dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta
melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun
-
8/2/2019 PIM3101 Pen Gen Alan Kurikulum Pendidikan Islam SR
59/140
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
39
agama. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan
pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan
ekonomi serta untuk me