Download - PIRAMID MAKANAN SEIMBANG
PIRAMID MAKANAN SEIMBANG
PENDIDIKAN JASMANIObjektif : Membolehkan murid memahami konsep pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian mereka
PengenalanPiramid makanan merupakan panduan bagi
memilih makanan secara sihat. Makanan yang
dimakan seharian perlu diambil dalam kuantiti yang
besar daripada kumpulan makanan di bahagian
bawah Piramid, dan paling sedikit daripada
kumpulan makanan di bahagian atas. Piramid
Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan
kepada lima kumpulan berasaskan kepada
kandungan zat dan fungsinya.
Kesan
Tabiat makan yang buruk
mengakibatkan : 1. Keadaan yang
memudaratkan · kegemukan
2. Menghadapi beberapa risiko
penyakit · penyakit jantung · kencing
manis · tekanan darah tinggi ·
kerosakan gigi · beberapa jenis kanser
Pencegahan
Makanan sihat adalah pelbagai jenis makanan yang segar dan sempurna dari semua kumpulan makanan tanpa berlebihan lemak, kolestrol, gula dan garam. Diet sihat adalah penting untuk membekalkan nutrien dan kalori yang penting. Makanan yang sihat juga mempunyai kandungan serat yang tinggi. Kepentingan serat :-
1. Melawaskan air besar 2. Mengurangkan · Sembelit · Penyakit usus ·
Buasir3. Mengurangkan risiko · Penyakit jantung
· Menu yang baik untuk kesihatan merangkumi :
1. Pemilihan dari pelbagai jenis makanan.
2. Jumlah makanan yang cukup untuk memenuhi keperluan badan.
3. Makanan yang dijarakkan dengan baik sepanjang hari.
4. Makanan yang mampu diperolehi.
5. Cara masak yang berbeza dan sedap.
6. Dihidangkan dengan menarik dan lazat.
Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah bahagian penting dalam
makanan seimbang. Sayur dan buah juga merupakan sumber utama zat-
zat makanan seperti : · Karbohidrat (tenaga) · Serat · Vitamin
terutamanya A, C dan E · Mineral terutamanya kalsium. Sayur-sayuran
dan buah-buahan tidak mengandungi kolestrol dan ianya juga sangat
rendah kandungan lemak, natrium dan kalori.
Disamping itu ianya dapat : ·
Menjadi snek yang senang disediakan
Menghilangkan dahaga dan rasa lapar
Merangsang dan melawaskan sistem
penghadaman
Membantu mencegah sembelit
Mengurangkan risiko penyakit-penyakit
sistem penghadaman dan beberapa jenis
kanser.
Aras 4 (Makanan paling sedikit)
Aras 3 (Makanan sederhana: 2-3 sajian)
Aras 2 (Makanan banyak)Sekurang-kurangnya 5 sajian
Aras 1 (Makanan lebih banyak)Sekurang-kurangnya 9-12 sajian
sekian