Download - PJK BERLOMPAT
Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani
Tarikh
: 20 September 2014Hari
: RabuMasa
: 8.00- 8.30 pagiKelas
: 3 TerbilangBilangan murid : 35 orang [ 22 lelaki, 13 perempuan ]
Modul
: Kemahiran pergerakan
Tajuk
: Olahraga AsasSubtajuk
: Pergerakan lokomotor melompat dengan mendukung belon.Standard Pembelajaran1.2.1 Melakukan pergerakan melompat.
2.2.1 Menyatakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
5.2.1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam Pendidikan Jasmani.
Objektif pembelajaran :
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat ;1.Melakukan kemahiran melompat dengan cara yang baik, betul dan selamat untuk menjaga postur badan yang baik.
2.Melompat berat dan ringan mengikut tahap kebolehan.a. Memahami keperluan kecergasan fizikal seperti kepantasan, ketangkasan dan kekuatan.3.Melompat ke sisi mengikut tahap kebolehan.a) Menggalakkan diri untuk bermain pada tahap keupayaan taktikal
Psikomotor
a. Skip sambil memutar gegelung melalui seluruh badan.2. Kognitif
a. Menyatakan tugas daripada lima postur yang betul semasa melompat
3. Afektif
a. Menyahut cabaran dengan menjadi kumpulan terbaik semasa menjalankan aktiviti
melompat dengan belon.b. Mempamerkan kesediaan membantu rakan yang lemah semasa aktiviti stesen
dijalankan.
Pengalaman sedia ada : Murid-murid telah didedahkan dengan kemahiran berjalan dengan pelbagai arah dan kelajuan pada kelas sebelum ini.Nilai :
Kerjasama, berdikari, berhati hati dan keyakinan.Elemen Merentasi Kurikulum :
Kreativiti dan Inovasi Bahan bantu mengajar :BilAlatanSpesifikasiJumlah
1SkitalDigunakan untuk mengasingkan zon dan bagi murid murid berlompat berliku liku.20
2Kad nomborDigunakan untuk mempamerkan skor setiap kumpulan.4
3BelonBelon yang berisi air untuk melompat bersama oleh pelajar.30
4BakulDigunakan untuk menyimpan belon oleh pelajar.4
5Gelung30
Strategi utama : Pembelajaran secara konstruktivisme.Fasa
(Masa)Aktiviti/GayaFokus
PembelajaranOrganisasiCatatan
Permulaan
( 3 Minit)Memanaskan
Badan:
Permainan Kecil :
Lompat lompat dalam dimensi berbezaRujuk Rajah 1, 2, Dan 3.Cara Bermain :
Aktiviti 1: Melompat Dan Mendarat
Melompat dengan kedua-dua belah kaki dan sebelah kaki.
Mendarat dengan kedua-dua bela.
Apabila wisel berbunyi murid akan menukar lompatan.
Aktiviti 2 : Melompat Pelbagai Arah
Melakukan lompatan mengikut arah mata angin; utara, selatan, timur dan barat.Aktiviti 3: Melompat Sungai
Melompat parit.
Melompat sungai. Melompat mengikut arahan guru.Fokus pengajaran hari ini adalah murid berkebolehan melakukan aktiviti ketangkasan melompat dengan pelbagai arah dilakuan dengan betul.
Rujuk
Rajah 1Rujuk Rajah 2
Rujuk Rajah 3
Perkembangan
(10 minit )
Aktiviti 1 :
Larian PiramidLangkah-langkah :
Murid dalam 4 kumpulan kecil.
Setiap kumpulan berada pada skital mengikut warna Merah, kuning, hijau dan biru..
Murid di semua skital harus mlompat lompat seperti kangaru dengan membawa sebiji belon yang berisi air . Murid di skital mengikut warna melompat sepantas mungkin pantas sambil membawa belon berisi air dengan berlompat lompat secara berliku liku dii sekeliling skital. Para murid di skital berlompat lompat sseingga sampai ke penghujung bakul serta meletakkan belon berisi air di dalam bakul tanpa pecah..
Ulang sehingga semua murid melengkapkan lompatan di sekelilingi skital.
Rujuk
Rajah 4Rujuk Rajah 5Semasa berlompat dengan belon: Lompat sambal memegang belon yang berisi air tanpa jatuh.
Pandang ke hadapan.
Kepala tidak digoyang-goyangkan
Ayun tangan berselang dengan kaki dan bergerak pada garisan yang lurus.
Angkat lutut dan kaki tinggi semasa berlompat..
Kemuncak
(7 minit)Permainan kecil
melompat sambil bergerak ke hadapan dan pelbagai arah:
(a) melompat ke dalam dan ke luar gelung rotan.
(b)melompat sambil mengubah ke arah lompatan.
(c)melompat seperti kanggaru.
(d)melompat anak sungaiLangkah :
Murid berlompat anak di dalam barisan berlima-lima.
Murid di belakang memecut barisan dan berada di hadapan.
Setiap kali murid yang memecut telah sampai ke hadapan barisan maka murid yang terakhir dalam barisan akan memecut ke hadapan barisan .
Lakukan bergilir-gilir hingga ke garisan penamat.
Rujuk
Rajah 6Kekalkan jarak
Antara murid ketika berlompat.
Menaakul :
Bagaimanakah pergerakan kamu semasa berlompat ke arah yang berlainan?
Penutup
( 7 minit )
Menyejukkan badan :
Seni kinestetikPergerakan badan menerusi lagu Kanan dan kiri Lirik lagu :
Lirik lagu Mari Bergerak
Tepuk tangan, petik jari
Goyang pinggul dan pusing kiri
Cari kawan, hulur tangan
Beri salam dan pusing kanan
Ke depan ke belakang
Pimpin tangan dan pusing kawan
Ke depan ke belakang
Pimpin tangan dan pusing kawanUlang 2x
PerbincanganPermainan hanya akan dimulakan selepas guru meniupkan wisel permulaan.Pemain perlu berada di kawasan masing masing.
Jika ada pelajar yang masuk ke dalam zon lain atau ke dalam kawasan yang tidak boleh dimasuki , maka wisel akan dibunyikan supaya bermula dari kawasan semula.
Pemain boleh menggunakan apa apa cara untuk seperti melompat parit, melompat sungai, melompat kangaroo dan sebagainya.Pada permulaan permainan, setiap kumpulan akan diberikan 10 mata masing masing. Bagi setiap belon yang dipecahkan oleh ahli kumpulannya satu markah akan dipotong. Manakala, bagi setiap belon yang berjaya dimasukkan ke dalam bakul satu mata akan ditambah kepada markah kumpulan tersebut.Permainan akan tamat apabila guru meniupkan wisel pnamat.
Kumpulan yang berjaya mengumpul 5 belon atau lebih pada akhir permainan akan mendapat 5 markah bonus.