Download - PJM 3110 Tajuk 2 aleng
KONSEP, TEORI DAN FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUMDisediakan Oleh:Azieah Binti Ali Nur Ashwa Binti Johalim Siti Hamizah Binti Mohd Zain Dayang Siti Fairuz Binti Sulaiman
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANIKonsep dan Definisi Pendidikan Jasmani Brownnell dan Hagmen (1951) PJ sebagai ke semua pengalaman melibatkan pergerakan otot-otot besar yang menggalakkan kepada perkembangan dan tumbesaran yang optima.
Nixon dan Cozens (1952) PJ sebagai suatu fasa dalam proses pendidikan keseluruhan yang berkaitan dengan aktivitiaktiviti cergas melibatkan system otot-rangka dan pembelajaran hasil daripada penyertaan dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Wayman (1958) PJ adalah suatu fasa daripada pendidikan am yang berhubung dengan pembentukan dan latihan individu yang menyeluruh melalui aktiviti-aktiviti fizikal. Jenny (1961) Pendidikan jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal Terlibat dengan hasil-hasil pendidikan yang juga tidak bercorak fizikal.
Barrow (1971) Pendidikan jasmani dalam konteks Pengalaman Pendidikan Seluruhan (The Total Educational Experience). Menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan seluruhan dan berkait rapat dengan hal seumur hidup setiap individu.
Baley dan Field (1976) Satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organic, neuromuscular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih. Jewett and Nixon ( 1980). Physical education is most appropriately defined as that phase of the total process of education that is concerned with the development and utilization of the individuals voluntary, purposeful, movement capabilities, and with directly related mental, emotional and social responses.
Matlamat (goals) Pendidikan Jasmani Matlamat perkembangan jasmani (physical development objective) - Mempengaruhi semua bahagian pembangunan fizikal termasuk
perkembangan mental dan sosial (Jenny,1961). Matlamat perkembangan psikomotor (psychomotor development
objective) - Kecekapan motor membantu usaha bagi menguasai kemahiran dan kawalan motor yang baik. Matlamat perkembangan sosial dan hubungan manusia (social and
human relation objective) - Kewarganegaraan yang berkesan dan kecekapan kemasyarakatan.
Matlamat perkembangan mental dan emosi (Mental and psychoemosional objective) - Membantu membina kecerdasan melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecerdasan.
Tujuan (aims) Pendidikan JasmaniThe aim of organized physical education programs is to created an environment that stimulates selected movement experiences, resulting in desirable responses that contribute to the optimal development of the individuals potentialities in all phases of life. Untuk melatih minda Untuk membentuk intelek seseorang untuk menguasai pengetahuan prescribed bodies of knowledge
Untuk mempelajari konsep asas sesuatu disiplin Untuk membentuk sikap yang positif Untuk membentuk potensi seseorang supaya dapat menyertai dalam
ahli persatuan yang dinamik Untuk membentuk kuasa yang rasional Untuk membentuk kebolehan berfikir to develop the capacity to make wise decisions in order to become an effective citizen in the democratic processes upon which the free country depends Untuk mempelajari cara hidup sihat berpanjangan
Objektif Pendidikan Jasmani Dari segi Jasmani :
Memberi perhatian kepada usaha membentuk
satu sistem organ yang sihat melalui kegiatankegiatan jasmani yang cergas khususnya untuk membina kekuatan otot saraf, daya tahan otot saraf dan daya tahan kardiovaskular. Penglibatan dan penyertaan seseorang dalam kegiatan jasmani akan meningkatkan tahap kecergasan jasmani yang mana mempunyai implikasi terhadap peningkatan taraf kesihatan seseorang. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
Dari segi Psikomotor :
Membentuk suatu sistem saraf yang cekap.
Kecekapan motor perlu untuk membantu usaha bagi menguasai kemahiran motor asas, koordinasi dan kawalan motor yang baik.Perkembangan aspek ini penting untuk melakukan tugas-tugas harian dengan lebih cekap lagi. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri
Dari segi Hubungan Sosial dan Perkembangan
Emosi Melalui PJ kita dapat membentuk sikap, sahsiah dan tingkahlaku sosial yang diingini. Individu dapat menyesuaikan diri dan berinteraksi dalam masyarakat Memupuk dan menyemaikan sifat-sifat social seperti bekerjasama, semangat kesukanan, berdikari, kepimpinan dan disiplin diri. Membina daya tahan kendiri dari segi membina toleransi, sabar, timbang rasa di samping melatih mengawal emosi diri. Sebagai saluran untuk meluahkan perasaan, mengurangkan tekanan dan ketegangan yang dialami dalam kalangan masyarakat.
Dari segi Perkembangan Mental
Melalui PJ kita dapat mentafsir dan menganalisis
sesuatu situasi dan membuat keputusan dan tindakan yang wajar. Pengetahuan mengenai tubuh badan, pergerakan dan fungsi-fungsi yang berkaitan berasaskan prinsip sains dapat diaplikasikan ke dalam konteks pelajaran PJ. Mengaplikasi pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal.
Konsep Kurikulum Pendidikan Jasmani Kurikulum = rancangan suatu aktiviti pengajaran,
kandungan struktur suatu bidang yang menjurus kepada satu-satu bidang. Dengan kata lain, kurikulum adalah rancangan yang terususun, terancang dan besifat berterusan. Perancangan sesuatu kurikulum itu adalah diasaskan dari falsafah pendidikan, matlamat dan objektif bagi satu-satu bidang pendidikan. Konsep Pendidikan Jasmani boleh diibaratkan sebagai pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal. Ini bersesuaian dengan kenyataan Rosalind Cassidy dalam tahun 1927 yang merupakan pelopor dalam bidang Pendidikan Jasmani di Mill College, Califonia. Beliau melihat Pendidikan Jasmani sebagai satu pendekatan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada pendidikan kepada murid.
Beliau juga turut mengubah persepsi mengenai
Pendidikan Jasmani yang sebenarnya amat luas dan berupaya memberi sumbangan yang bermakna dan menyeluruh kepada manusia. Model yang boleh dikaitkan dalam pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal adalah model pembangunan (development model). Model ini merupakan model yang terancang dan berterusan ianya banyak mendominasikan sistem sekolah dan pembelajaran di abad ke 20.
klasifikasi Pendidikan Jasmani (Clark Herington, 1910)Pendidikan Organik (Organic Education) Pendekatan kepada pembangunan fizikal yang bertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang mampu meningkatkan keupayaan fizikal dalam diri individu melalui peningkatan pelbagai sistem organik dalam badan manusia. Pendidikan Karektor (Character Education) Pembangunan Mental atau kognitif bertumpu kepada pengumpulan maklumat danpengetahuan dengan keupayaan berfikir dan mentafsir maklumat. Pendidikan Psikomotor (Psycomotor Education) Pendekatan pembangunan motor yang bertumpu kepada kepentingan pergerakanfizikal yang lebih bermakna dengan penggunaan tenaga yang seminimum mungkin serta ianya dilaksanakan dengan efisyen, serta mengekalkan nilai estetika pergerakan. Pendidikan Intelektual (Intelectual Education) Pembangunan sosial bertumpu kepada membantu individu menyesuaikan diri dalam kumpulan, masyarakat dan persekitaran dan bertindak memainkan peranannya sebagai seorang ahli dalam satu masyarakat .
Matlamat Berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan
Jasmani Dan Kesihatan Rendah dan Menengah 1999 ( pengaruhdaripada Herington) dalam matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani di Negara kita. Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
ObjektifBerikut adalah matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia: Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal Membentuk sahsiah dan disiplin diri Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
PENGENALAN Kurikulum PJ dihasilkan bagi memenuhi
keperluan murid di pelbagai peringkat umur. Melahirkan murid yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani Berupaya membantu murid menjadi cergas, aktif
dan berpengetahuan
KURIKULUM Brubaker (1982) Kurikulum adalah apa yang
dialami oleh individu dalam sesuatu perkara. Taba (1962) Kurikulum sebagai isi kandungan
matapelajaran atau bidang tertentu yang dijadikan sebagai satu program pendidikan yang khusus dalam mana-mana institusi pendidikan. Ia juga dianggap sebagai sukatan (syllabus) untuk menyalurkan ilmu pengetahuan sebagaimana yang dirancangkan.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan
Pelajaran (1976) Segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan.
JENIS-JENIS KURIKULUM Kurikulum Tersurat merupakan sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak tertentu (Pusat Perkembangan Kurikulum). Kurikulum Tersirat kurikulum tidak formal
kerana ia dipelajari secara informal namun ia lebih berkesan untuk jangkamasa panjang.
OBJEKTIF KURIKULUM Menghasilkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Membentuk insan yang berupaya untuk berfikir
secara logis, analitis, kreatif, inovatif serta memiliki ilmu pengetahuan. Memperkembangkan potensi atau bakat dan
keupayaan setiap individu.
Menyediakan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menggalakkan untuk membolehkan pembelajaran maksimum tercapai. Membolehkan murid-murid mempelajari nilai-nilai
murini melalui pelbagai jenis matapelajaran. Menghasilkan individu yang berakhlak mulia serta
bersifat progresif.
Melahirkan insan yang beragama, mempunyai
kemantapan jiwa dan bersedia untuk berdikari. Melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu
pengetahuan dan berketrampilan agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Melahirkan individu yang memahami serta
menghayati cara hidup demokrasi. Memenuhi keperluan murid-murid terutamanya untuk
mengembangkan potensi atau bakat dan keupayaan mereka.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN KURIKULUM Faktor masyarakat
Faktor politik Faktor pembangunan negara Faktor perubahan sosial Faktor perancangan dan pelaksanaan kurikulum Faktor keperluan dan kehendak pelajar
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI Memberi penekanan kepada pembangunan
golongan kanak-kanak tanpa mengetepikan kanak-kanak kurang mahir dalam aktiviti sukan. Sekolah seharusnya mengajar kanak-kanak
tentang senaman seumur hidup.
Barrow (1971) meletakkan Pendidikan Jasmani
sebagai dalam konteks pengalaman pendidikan keseluruhan dan menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.
DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI Perkataan kurikulum berasal dari perkataan latin
currere yang bermaksud berlari. Berdasarkan maksud ini kita lihat hubungkaitnya
dengan aktiviti kecergasan dan jasmani.
Kurikulum boleh diertikan sebagai rancangan
suatu aktiviti pengajaran, kandungan struktur suatu bidang ataupun kursus yang menjurus kepada satu-satu bidang. Kurikulum adalah rancangan yang tersusun,
terancang dan bersifat berterusan.
Perancangan sesuatu kurikulum itu adalah
diasaskan dari FPK, matlamat dan objektif pendidikan. Merupakan suatu panduan tentang skop dan
kandungan matapelajaran yang dapat membantu guru merancang pengajaran Sebagai badan utama yang bergerak seiring
dengan objektif dan kaedah pengajaran yang akan memnuhi semua tuntutan objektif sesuatu kurikulum
KONSEP Pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal. Menurut Rosalind Cassidy (1927) Pendidikan
Jasmani sebagai satu pendekatan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada pendidikan murid. Pendidikan Jasmani yang sebenarnya amat luas
dan berupaya memberi sumbangan yang bermakna dan menyeluruh kepada manusia.
Clark Herington (1910) mengklasifikasikan PJ
kepada 4 fasa utama1. 2. 3. 4. Pendidikan organik Pendidikan Psikomotor Pendidikan Karektor Pendidikan Intelektual
Pendidikan Organik Pembangunan fizikal yang bertumpu kepada
aktiviti yang mampu meningkatkan keupayaan fizikal dalam diri individu melalui peningkatan pelbagai sistem organik dalam badan manusia.
Pendidikan Psikomotor Pendekatan pembangunan motor yang bertumpu
kepada kepentingan pergerakan fizikal yang lebih bermakna dengan penggunaan tenaga yang seminimum mungkin serta ianya dilaksanakan dengan efisyen, serta mengekalkan nilai estetika pergerakan.
Pendidikan Intelektual Pembangunan Mental atau kognitif bertumpu
kepada pengumpulan maklumat dan pengetahuan dengan keupayaan berfikir dan mentafsir maklumat.
Pendidikan Karektor Pembangunan sosial bertumpu kepada
membantu individu menyesuaikan diri dalam kumpulan, masyarakat dan persekitaran dan bertindak memainkan peranannya sebagai seorang ahli dalam satu masyakat
Pembentukan Kurikulum PJ Digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan
dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.
TUJUAN KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI Membantu individu mencapai pembangunan
perkembangan diri yang optimum dan memberi sumbangan kepada masyarakat. Memperkembangkan dan mengekalkan tahap
kecergasan fizikal yang sesuai untuk kesihatan dan memberi kesedaran kepentingan kecergasan.
HUBUNGKAIT Falsafah Pendidikan Jasmani Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan;
Suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu untuk menlahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERI berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Usaha FPK adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Matlamat Pendidikan Jasmani Matlamat utama aktiviti Pendidikan Jasmani ialah
meningkatkan dan membangunkan keupayaan murid dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif.
Bagaimana ia berhubungkait? Peningkatan dan perkembangan nilai-nilai sosial
seperti kerjasama, bertolak ansur, sabar, saling hormat-menghormati. Pembinaan dan pengembangan aspek mental dan intelek seperti tafsiran, kefahaman, pertambahan pengetahuan dan pengalaman. Mengembang dan menerapkan perubahan tingkahlaku dan disiplin seperti yakin kepada diri, taat setia, bertanggungjawab, memiliki nilai tentang kemasyarakatan.
Kepentingan PJ Dalam Kurikulum Sekolah Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal
dan kecergasan murid. Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid. Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya. Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup. Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh memperbaiki dan mempengaruhi gaya hidup.
Keseluruhannya PJ boleh diibaratkan sebagai agen pemangkin ke
arah memenuhi hasrat PPK yang bertumpu kepada pembangunan insan yang seimbang di aspek JERI. Selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dan menyeluruh dalam FPK, aspek-aspek penggabungjalinan, pengayaan dan penilaian diberi penekanan. Keberkesanan P&P bergantung kepada pengolahan teknik pengajaran guru dan penggunaan BBM secara berkesan.
Konsep Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran Pendidikan Jasmani atau kemahiran daripada matapelajaran yang lain.
Konsep Pengayaan
Program pengayaan perlu diberi penekanan dan
keutamaan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan latar belakang murid yang ketara berbeza dari pelbagai aspek seperti kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan dan pendekatan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kadkad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
Konsep Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi membantu guru menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses penilaian yang berterusan akan dapat membantu guru mengenalpasti jenis tindakan susulan yang perlu diambil kepada seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.
Melalui penilaian ini, guru seterusnya akan mudah
memilih jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi seseorang murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap kelemahan, pencapaian murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul pada aras yang lebih tinggi.
Gaya Hidup Sihat
Definisi Gaya Hidup Sihat Amalan tabiat yang meningkatkan tahap
kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan Boleh juga ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.
SenamanSenaman merupakan aktiviti terpenting untuk cara hidup yang sihat. Oleh hal demikian, disarankan supaya mengamalkan aktiviti ini bagi menjamin kesihatan diri. Senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, dan masa yang diambil ialah antara 20 hingga 30 minit setiap kali senaman. Antara faedah yang kita dapat ketika bersenam ialah tubuh badan menjadi cergas, dapat mengawal berat badan, membina stamina dan kekuatan, menguatkan kelenturan sendi, gerakan badan dan mencegah kecederaan, meningkatkan fungsi jantung, paruparu dan peredaran darah, menguatkan otot, tulang dan sendi, mengurangkan tekanan mental, dan sebagainya.
Pemakanan SihatDalam hal ini, pengamalan pengambilan makanan berpandukan kepada makan secara sihat. Mengikut piramid pemakanan, kita perlu makan paling banyak bijirin, produk bijirin, ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran, manakala makan secara sederhana ialah ikan, ayam, daging, kekacang, susu, dadih, dan keju juga. Bagi makanan yang mempunyai banyak lemak, minyak, garam, dan gula, perlu diambil dengan jumlah yang sedikit.
Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, zat-zat galian, dan lemak. Hal ini kerana kumpulan ini membekalkan makanan yang kaya dengan kalsium, zat besi, vatamin A, B kompleks, C, protein, dan gentian. Cara pemakanan yang sihat boleh menghindarkan daripada penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan darah tinggi.
Penjagaan Berat BadanSekiranya makan berlebihan kemungkinan mengundang penyakit jantung. Penyakit tersebut adalah berpunca daripada masalah permakanan, kegemukan, tekanan darah tinggi, kurang bersenam, tekanan perasaan, dan sebagainya. Kita perlu mengurangkan makan yang berlemak. Sebenarnya lemak merupakan sumber kalori yang padat. Pengambilan lemak yang berlebihan dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan menyebabkan kegemukan. Bagi mengelakkan risiko menjadi gemuk, kita perlu bijak memilih makanan mengikut keperluan badan. Makanan yang dimakan bukan sekadar untuk mengenyangkan perut sematamata tetapi makanlah demi kesihatan tubuh.
RehatRehat atau kesenggangan juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam menentukan gaya hidup seseorang. Rehat bermaksud suatu tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti sama ada aktiviti fizikal, mental ataupun aktiviti ringan. Ia boleh digunakan untuk mengurangkan rasa penat dan letih serta menghilangkan rasa lapar dan dahaga.( Shamsudin, Sharizad & Mohd Sofian,2002)
Jenis-jenis rehatRehat pasif : rehat tanpa melakukan pergerakan badan; tiada aktiviti regangan otot berlaku Tiga jenis rehat pasif yang berkesan adalah yang menggunakan latihan mental, pembayangan gambaran, istirehat jasmani. Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam kedudukan postur tubuh yang selesa.
Rehat aktif adalah salah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal yang masih melibatkan proses regangan dan kontraksi otot. Melakukan aktiviti-aktiviti senaman ringan seperti berjalan-jalan dan bersiar-siar di taman bunga bersama keluarga adalah contoh baik rehat aktif
Tidur Tidur pula ditakrifkan sebagai satu jangka masa di mana kita boleh melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya. Di dalam fasa ini, badan akan memperbaiki
kerosakan yang berlaku pada sel tubuh serta membantu membina sel baru. Kadar tekanan darah menurun dan kadar denyutan jantung rendah. Semasa tidur, keperluan oksigen menjadi rendah lalu menyebabkan pernafasan kita menjadi rendah. (Norlaila Hamima Jamaluddin, 2006).
Secara amnya, keperluan seseorang individu itu
untuk tidur secukupnya adalah berbeza: Bayi perlu tidur 16 jam sehari . Remaja memerlukan 7 jam tidur dan orang dewasa memerlukan 7 hingga 8 jam tidur .
Peringkat tidur
Stage 1 dan 2 adalah keadaan dimana proses tidur baru bermula, jantung mula perlahan dan suhu badan mula rendah. Di kala ini, bunyi perlahan masih boleh mengejutkan anda dari tidur. Stage 3 tidur anda lebih nyenyak. Di dalam keadaan ini, mata anda sudah tidak nampak apa-apa walaupun kelopak mata dibuka. Bunyi yang kuat sahaja boleh mengejutkan anda. Stage 4 fungsi badan lebih direhatkan.Pernafasan anda perlahan dan terkawal. Anda telah masuk ke peringkat tidur paling nyenyak. Stage 5 REM (rapid eye movement) -Peringkat inilah dipanggil MIMPI. Mata mula bergerak-gerak mengikut gelombang otak.Walaupun mata bergerak, badan kita tidak bergerak seolah-olah lumpuh. REM ambil masa di dalam 10 minit untuk kitaran pertama dan semakin lama setelah beberapa kitaran berlalu. Biasanya seseorang mengambil masa 2 jam untuk keseluruhan stage REM
Kebaikan tidur
Membantu badan berfungsi dengan baik untuk bekerja keesokan harinya. Meningkatkan daya ingatan. Memberi peluang badan memperbaiki kerosakan sama ada tisu, sel atau otot. Menghilangkan tekanan. Menghilangkan rasa penat dan mengantuk semasa membawa kenderaan.
Aspek psikologi dan Sosial Bersikap lebih terbuka iaitu berkongsi masalah
dengan orang lain boleh menguragkan beban perasaan Sikap berkawan mampu menceriakan hidup. Pemikiran positif mengurangkan tekanan.
DASAR SUKAN NEGARA
DASAR SUKAN NEGARA satu dasar sukan untuk semua yang merangkumi
sukan prestasi tinggi dan sukan untuk semua (I) dan digubal berlandaskan atas rasional yang mana segala kegiatan itu adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan yang diusahakan oleh Kerajaan terhadap seluruh rakyat.
Sukan prestasi tinggi adatah merujuk kepada
sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat Persekutuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan pemenang.
Massa (Sukan Untuk SemuaJ adatah merujuk
kepada aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalak penyertaan yang tebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingam. di peringkat kebangsaan/ Antarabangsa.
KELEBIHAN BERSUKAN Dari peringkat individunya, sukan ini
menyumbangkan kepada pembentukan sahsiah, kesedaran diri termasuk
semangat pertarungan; Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal; Penggunaan masa kesenggangan berfaedah dan bermakna; Pengurangan tekanan hidup moden Interaksi sosial yang bermakna Perkembangan kemahiran-kemahiran asas
Di peringkat masyarakat, sukan ini membantu
kepada Penggalakan pembinaan kualiti dan moral rakyat
yang sesuai dengan aspirasi nasional; Pewujudan environmen untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik di dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara; Peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti; Pencegahan jenayah remaja dengan peluangpeluang penggunaan masa lapang yang memanfaatkan.
Di peringkat Antarabangsa, sukan membantu
kepada Pencapaian kecemerlangan kepada peringkat yang
paling tinggi; Peningkatan maruah bangsa Pemupukan persahabatan
OBJEKTIF DSN membentuk sebuah masyarakat yang
sihat,berdisiplin dan bersatupadu menyediakan peluang-peluang dan kemudahankemudahan membangun dan meningkat pengetahuan dan amalan sukan Pencapaian cemerlang dalam bidang sukan peringkat tertinggi
STRATEGI & PELAKSANAAN Sukan massa dan sukan pre stasi tinggi adalah
pelengkap diantara satu sama lain, sebagai satu struktur yang berterusan (continuum). Pelaksanaan strategi ini melibatkan pihak-pihak awam, sukarela dan swasta bekerjasama sebagai satu kumpulan bagi faedah ahli-ahli sukan dan masyarakat keseluruhannya.
Aspek Perancangan program jangka panjang dengan struktur yang
baik untuk pembangunan ahli-ahli sukan, jurulatih - jurulatih, pentadbir-pentadbir dan pegawai pegawai sukan Dalam kes sukan prestasi tinggi, pertimbangan yang khusus perlu diberi kepada jenis-jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan yang sedia ada dan jenis-jenis sukan yang lebih sesuai kepada bentuk fizikal rakyat Malaysia.
Aspek Organisasi Pelbagai badan sukan hendaklah bekerjasama
dengan lebih erat lagi dengan Kerajaan Pusat dan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk membangunkan sukan dalam negara Satu jentera penyelaras yang menyeluruh dalam bentuk jawatankuasa tetap adalah perlu bagi menentukan perhubungan (rapport) yang lebih rapat di kalangan organisasi organisasi tersebut.
Majlis Sukan Negara: menyediakan jentera ini bagi sukan prestasi tinggi.
membantu dan menyelaras pembangunan sukan untuk
peningkatan prestasi ahli-ahli sukan dalam pertandinganpertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kementerian Belia dan Sukan: hendaklah mewujudkan satu jentera yang saran untuk
menyelaraskan program sukan massa. menggalakkan sukan massa dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan kepada konsep 'MALAYSIA CERGAS'.
Kementerian Pendidikan: Memperuntukkan masa yang cukup untuk pendidikan
jasmani bagi semua pelajar Menyelaraskan aktiviti sukan di sekolah-sekolah termasuklah pembinaan kualiti kepimpinan dalam sukan dan pendidikan jasmani dengan kerjasama dan sokongan Kementerian Belia dan Sukan , Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia serta Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan. Melatih guru yang berkebolehan mengajar pendidikan jasamani.
Menggalakkan sukan secara aktif di IPG dan politeknik,
manakala Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia pula akan menggalakkan aktiviti tersebut di IPT. Majlis Kebangsaan dan Sukan anggota-anggota
Kerajaan (MAKSAK) hendaklah menggalakkan dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam.
Majlis Olimpik Malaysia (sebagai badan induk
kepada semua persatuan sukan kebangsaan): Menggalakkan tujuan pergerakan Olimpik Bekerja rapat dengan Majlis Sukan Negara dalam hal pemilihan dan latihan ahli-ahli sukan untuk pertandingan antarabangsa yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Peranan badan-badan pengawal sukan
kebangsaan adalah menggalak, membangun dan memberikan peluang untuk penyertaan dan pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi jenis-jenis sukan yang berkenaan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Agensi-agensi Kerajaan yangberkenaan.
Strategi dan Pelaksanaan Dasar Sukan Negara
PERSONEL Personel yang bertauliah dan berpengalaman hendaklah dilantik bekerja di
semua peringkat, dalam organisasi-organisasi sukan, tempat kerja, sekolah sekolah dan institusi pengajian tinggi, bagi merancang, melaksana dan menilai program-program sukan dalam negara.
KEWANGAN Mewujudkan Satu Yayasan Sukan Kebangsaan bagi membiayai kegiatan-
kegiatan sukan prestasi tinggi dan sukan massa, di seluruh negara. sektor swasta dan dermawan-dermawan hendaklah digalakkan menubuhkan yayasan-yayasan sukan dan menaja kegiatan kegiatan sukan Semua sumbangan kepada Yayasan hendaklah dikecualikan dari cukai Persatuan-persatuan sukan hendaklah mempertingkatkan strategi pemasaran aktiviti-aktiviti
INSENTIF merangkumi penganugerahan, cuti, elaun-elaun hidup, pertandingan
insuran, perbelanjaan untuk latihan yuran pendidikan dan biasiswa-biasiswa Calon-calon yang mempunyai kehandalan dalam bidang sukan hendaklah diberi pertimbangan istimewa di dalam pengambilan untuk pekerjaan dan untuk kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi dengan syarat mereka mempunyai kelayakan akademik yang minimum yang disyaratkan dalam disiplin yang dipohon oleh mereka
Pengiktirafan dan insentif yang sewajarnya hendaklah diberi kepada pegawai-
pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang telah mewakili negara.
KEMUDAHAN Satu rangka tindakan 20 tahun (blueprint) berkenaan kemudahan- kemudahan
sukan berasaskan kepada strategi untuk kedua-dua bidang sukan pre stasi tinggi dan sukan massa, untuk semua lapisan komuniti termasuk orang-orang cacat, hendaklah disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan selepas berunding dengan agensi-agensi yang berkenaan dan juga persatuan-persatuan sukan Kementerian Belia dan Sukan hendaklah menyelaras perancangan dan pengagihan kemudahan-kemudahan utama sukan
Kerajaan-kerajaan Negeri masing-masing adalah bertanggung jawab bagi
merancang kemudahan-kemudahan sukan di peringkat negeri dan daerah. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi menyediakan Pelan-pelan Pembangunan Bandar-bandar Baru, Pembangunan Desa dan Tata atur Perumahan hendaklah merangkumi kemudahan-kemudahan sukan dalam pelan pelan mereka bagi mematuhi piawaian-piawaian dan spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan
Pihak berkuasa tempatan adalah digalakkan untuk membangunkan kemudahan
kemudahan sukan Peruntukan mengenai kemudahan-kemudahan sukan hendaklah dipertimbangkan sebagai sebahagian yang melengkapkan skim-skim perumahan Semua kemudahan-kemudahan yang hendaklah diselenggarakan dengan baik dan diperlengkapkan dengan sewajarnya Sektor-sektor perdagangan dan sukarela adalah diharapkan bagi melengkapi usaha-usaha Kerajaan dalam pembinaan kemudahan kemudahan sukan
AM Cukai-cukai dan eksais yang ada sekarang atas alat-alat sukan hendaklah
dikurangkan supaya ianya boleh dibeli dengan harga yang lebih murah bagi menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam bidang sukan. Bagi menyebarkan kesefahaman antarabangsa, dan juga untuk faedah ahli ahli sukan serta penggalakan pelancongan, badan- badan pengawal sukan peringkat kebangsaan digalakkan menjadi tuan rumah kepada pertandinganpertandingan antarabangsa..
Penggalakan dan pendidikan (untuk orang awam) dalam bidangsukan hendaklah
diuruskan dengan kerjasama media massa dan pelbagai organisasi yang terlibat dalam pembangunan sukan Sukan yang disifatkan sebagai satu manifestasi budaya rakyat hendaklah diberikan status yang sarna seperti senilukis, muzik, drama dan kesusasteraan yang diiktiraf sebagai disiplin akademik di universiti. Dengan hal yang demikian, institusi-institusi pengajian tinggi hendaklah memperuntukkan pengajian pendidikan jasmani yang merangkumi sukan, sebagai satu disiplin akademik
Institut Sukan Negara yang sekarang sedang dibina patutlah menjalankan
penyelidikan sains yang ada hubungkait dengan negara ini,memberi latihan kepada ahli-ahli sukan, jurulatih-jurulatih, pentadbir-pentadbir sukan dan lainlain personel yang berkaitan serta berfungsi sebagai pusat sumber sukan Setengah -setengah sekolah akan ditauliahkan sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan jenis-jenis sukan yang tertentu.
BIBLIOGRAFI & RUJUKAN Institut Pendidikan Guru Malaysia. Modul OUM
PJM3110 Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani. Shaifol Bahri Sulaiman, Norazhan Che Lan. (2007). Pengenalan Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd. http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/konsepdan-definisi-pendidikan-jasmani.html