Download - Power Point Big Book
OLEH
MARENI BT SUHAILI
KHADIJAH BT AUT
REZAOMI BT REFF
FAUZANA FILZAH BT ABD ROPA
RAHIMAH BT MALIKI
APAKAH BIG BOOK
SEBENARNYA?
Ciri utama buku tersebut selain daripada formatnya yang besar dan font yang jelas :
- ia ada gambar-gambar yang menarik ,
- perkataan yang tidak banyak, ringkas
dan berulang-ulang
setiap buku mempunyai jalan cerita yang mudah untuk difahami oleh pembaca kanak-kanak
Dengan plot cerita yang mudah dan gambar-gambar yang bersaiz besar serta berwarna-warni, kanak-kanak akan tertarik untuk membaca buku tersebut.
KENAPA MENGGUNAKAN
BIG BOOK?
Membolehkan aktiviti kelas literasi dilaksanakan
=> susah jika guru menggunakan buku yg saiz biasa utk dibaca dengan kanak2 seramai 25 org.
=> dgn format yg besar, semua orang boleh melihat, membaca dan melibatkan diri dgn aktif
Satu Big Book yg baik boleh menyumbang keseronokan kpd slot literasi di samping menjadikan pengalaman membaca itu menggembirakan dan bermakna.
1. Menyeronokkan pengalaman membaca
2. Membantu murid memahami buku 3. Mengenalkan murid kepada pelbagai
jenis bahan membaca 4. Memberi peluang kepada guru
memberi contoh bacaan yang baik 5. Melibatkan murid secara aktif
6. Menyediakan contoh teks yang baik untuk digunakan oleh murid
7. Membolehkan guru meransang murid untuk bercakap
8. Menggalakkan murid berinteraksi dengan teks dan visual
9. Murid seronok membaca di dalam suasana yang tidak tertekan
• Mempunyai tema yang mudah, menarik dan sesuai
• Mempunyai mesej, pengajaran dan nilai-nilai murni
• Latar belakang yang sesuai• Jalan cerita yang mudah• Bahasa mudah• Dapat memperkaya kosa kata
• Melibatkan watak yang dapat dikaitkan dengan kanak-kanak
• Dapat melibatkan kanak-kanak secara tidak langsung
• Jelas , gambar dan illustrasi yang menarik
Membaca bersama melibatkan guru dan murid membaca dan ulang membaca buku yang mempunyai teks bersaiz besar.
Guru dan murid duduk bersama mengadap buku besar.
Guru tunjuk tulisan dan membaca. Murid boleh ikut membaca bersama.
Membaca bersama ialah satu langkah untuk membantu murid melihat bagaimana membaca.
Murid membaca mengikut contoh guru.
Sebelum memulakan cerita, guru perlu menunjukkan buku kepada murid-murid dan membacakan judul serta pengarangnya
Semasa bercerita, guru hendaklah memegang buku dan halakannya kepada murid-murid.
Pegang bahagian bawah buku. Boleh tunjuk ayat-ayat dengan jari
telunjuk ketika membaca. Bimbing murid-murid berfokus kpd jari.
Sebaik-baiknya buku diletakkan di tengah,
di sisi atau di sebelah kiri pembaca. (lebih senang kalau buku diletak pada easel – supaya “hands free”)
Beritahu murid-murid mengapa BIG BOOK tersebut dipilih
Baca judulnya, pengarangnya. Berbual-bual dgn mereka tentang apa
yang ada di kulit buku tersebut, tentang gambar, warna, teks dll.. yang boleh dilihat pada kulit.
Bertanya dgn murid berkaitan apakah agaknya BIG BOOK ini?
Baca mengikut nada dan intonasi membaca yang betul
Tarik perhatian murid-murid kepada jari telunjuk anda dan tunjukkan perkataan demi perkataan bersama dgn sebutan.
=> menguasai konsep “kiri ke kanan” => dan juga “atas ke bawah”
• Ajar murid-murid hentian antara perkataan (spacing and separation)
Membaca dgn kadar yang sederhana (tidak sangat perlahan atau terlalu cepat)
Membaca dgn intonasi suara yg sesuai dgn jalan cerita.
( NOT ME! => intonasi marah, Boleh tolong saya? Tolonglah saya! =>berbeza
intonasi suara) Pada masa yg sama, ajar murid-murid maksud
tanda-tanda seruan ! ? )
Bertanya soalan dari masa ke semasa utk mendapatkan penglibatan aktif murid-murid:
=> Apa yang kita boleh lihat di sini? => Apa yang berlaku? => Pada pendapat anda kenapa ini
berlaku? => Apa akan terjadi selepas ini? => Bolehkah anda teka apa akan
berlaku seterusnya?
Gunakan “eye contact”. Gunakan gerak geri yang sesuai jika
perlu. Beritahu murid-murid bila sampai masa
utk membuka muka surat seterusnya. Beritahu mereka muka surat buku itu. Begitulah seterusnya …sehingga
memberitahu mereka kesudahan cerita itu.
Berbincang dgn murid-murid (ajaran, nilai-nilai …)
Dapatkan buku yang sama, saiz biasa supaya murid dapat membaca semula
Membuat aktiviti lanjutan yang berkaitan dgn cerita
Ibu bapa perlu diberitahu mengenai aktiviti membaca bersama.
Ada baiknya ibu bapa tahu bagaimana aktiviti ini dijalankan dan mengapa dijalankan.
Ibu bapa boleh diperkenalkan dengan aktiviti, dengan cara menjemput ibu bapa melihat sesi ini dijalankan di kelas.
Ibu bapa digalakkan meneruskan aktiviti membaca bersama dgn anak-anak mereka.
Jadikan pengalaman membaca suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menggembirakan untuk murid-murid anda.
Jadikan anda sebagai satu model membaca yang baik kepada murid-murid anda.