Download - Powerpoint tek.mak sr ( krt 3013)
TEKNOLOGI MAKLUMAT UNTUK SEKOLAH RENDAH ( KRT 3013)
TAJUK : PEMBUDAYAAN ICT DI SEKOLAH
NAMA : ARYATI BINTI ANUARNO MATRIK: 20112052375SESSI 2012/2013
PENSYARAH: PN HARNANI BT MAT ZIN
TEMA : BUAH-BUAHANTAJUK: Buah-Buahan Tempatan
FOKUS UTAMA
STANDARD 2.5 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat
KANDUNGAN dalam pelbagai bahan.
STANDARD
PEMBELAJARAN 2.5.1 Membaca dan memahami maklumat dalam bahan grafik denganbetul.
FOKUS SAMPINGAN
STANDARD
KANDUNGAN 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
STANDAR D 3.3.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata
PEMBELAJARAN terbuka dan tertutup dengan betul dan kemas.
PANTUN TEKA- TEKI
Penulis muda sedang berkarya
Suatu kisah di pagi raya
Rambutnya lebat merah warnanya
Isinya putih manis rasanya.
Selepas subuh pergi ke ladang
Singgah sebentar rumah Pak Long
Bentuk daunnya bagaikan pedang
Buahnya umpama pemukul gong
MENGENALI DAN MENAMAKANBUAH-BUAHAN
betik rambutan pisang
duriancempedakmanggis
PENJODOH BILANGAN
biji tangkaiulas
longgokikatgugus
PERBEZAAN PENJODOH BILANGAN
Contoh : Pisang
biji tandanSisir / sikat
CARA MEMBUAT JUS BUAH TEMBIKAI
Buah tembikai Potong kecil Kisar buah tembikai
Tuang jus dalamgelas
Jus tembikai siapuntuk diminum
Jus tembikai sedapdiminum dan berkhasiat
PRODUK DIHASILKAN DARIPADA BUAH-BUAHAN
Contoh : Pisang
Buahpisang
Kerepekpisang
Pengatpisang
Pisangsalai
Kekpisang
MENGENAL POKOK BUAH-BUAHAN
pisang betik
nanas rambutan
Cerita Buah-BuahanAku Seulas Nangka
Namaku nangka. Aku diperoleh di kebun Pak Mail. Aku sentiasabersama teman-temanku yang lain. Kami sering mengikut rentak angin.Jikaangin bertiup di sebelah kanan,maka ke kanan lah kami.Aku sentiasamembandingkan kecantikanku bersama teman-teman yang lain,maklumlahaku sangat cantik dan tiada ulat berani mendekatiku. Isiku juga sangat besardan tebal berbanding teman-temanku .Pada suatu hari, datang seorangpemuda ingin membeli ku dengan harga RM 13. Tuanku menjual ku kepadapemuda tersebut. Pemuda tersebut telah menyiat kulitku untukmendapatkan isiku.Pada malam hari, sedang aku dibuai mimpi yangindah.Ketika itu aku masih berada di dalam peti sejuk bersama temanbaruku seperti sayur, tauhu, cili dan lain-lain.Tiba-tiba, anak pemuda tersebutmengambilku lalu dibelek-beleknya aku dengan hati yang girang.Lalu akudibawa menuju ke ruang tamu di hadapan televisyen.Hatiku mula berasatakut kerana mungkin sudah sampai masaku.
Anak pemuda tersebut melihatku dengan perasaan membuak-buakingin memakan ku.Tetapi sebelum dia makan, dia sempat lagi mengambilgambarku.Ya, aku akui aku sangat cantik, isiku tebal dan warnaku bolehmenggoda sesiapa sahaja yang melihatku. Entah kenapa gambarkudiambil, aku tidak tahu dan aku bingung.Tetapi aku sempat memberi poseyang cantik.Tidak lama kemudian, aku semakin dekat dengan mulut anakpemuda itu.Aku semakin takut.Tetapi aku pasrah.AUCHHH!!! Itu perkataanyang keluar dari kerongkongku setelah anak pemuda tersebutmengigitku.Lama kelamaan, aku semakin kecil dan kecil.Dan akhirnya,tinggal lah biji ku sahaja.Tamatlah riwayatku sebagai buah nangka.
Lirik Lagu : Buah-BuahanB betik
C ciku
D duku dan durian
La la la la la la la la la la
Marilah kita makan
J jambu
L langsat
M mempelam dan manggis
La la la la la la la la la la
Rasanya sungguh manis
P pisang
R rambutan
N nanas dan nona
La la la la la la la la la la
Lepas makan baca doa
Lembaran Kerja
Susun huruf-huruf di bawah untuk
menamakan buah-buahan yang
ditunjukkan:
r a d i u n
b e i t a m k i
Lembaran Kerja
Cari buah yang tersembunyi
Jawapan Pantun Teka-Teki 1
rambutan
Jawapan Pantun Teka-Teki 2
nanas
Buah-Buahan Tersembunyi
Durian
Delima
Mangga
Nangka
Betik
RUJUKAN:
https://www.google.com.my/search?hl=en&newwindow=1&site=&source=hp&q=GAMBAR+buah-buahan+tempatan&oq=GAMBAR+buah-buahan+tempatan&gs_l=hp.3..0l5
Dokumen Kurikulum Standard SekolahRendah – Bahasa Malaysia KSSR Tahun 1
Selamat Berjaya……….