Download - praktikal 2 batuan sce3110
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011
LAPORAN AMALI 1
Tajuk : Mengenal Pasti Batuan.
Tujuan : Mengenalpasti dan mengelaskan 6 jenis batuan mengikut spesifikasi.
Pengenalan :
Batuan merujuk kepada himpunan galian-galian dalam kumpulan-kumpulan batuan
seperti batuan igneus, enapan dan metamorfosis yang membentuk bahagian kerak
bumi atau litosfera yang biasanya dalam keadaan padu, padat dan keras.
Batuan igneus merujuk kepada batuan yang terhasil daripada penyejukan dan
pemejalan magma dan lava hampir permukaan ataupun di permukaan bumi.
Proses pembentukan batuan igneus :
Batuan igneus berasal daripada penyejukan dan pemejalan magma dan lava.
Suhu magma yang tinggi ( dalam lingkungan 700 ºC – 1 200 ºC ) dalam kerak
bumi menyebabkan batuan sentiasa dalam tekanan yang tinggi.
Apabila tekanan berkurangan secara tiba-tiba, batuan yang cair akan menular
keluar melalui celah-celah kerak bumi sebagai magma dan lava.
Penyejukan dan pemejalan magma dan lava akan menghasilkan pelbagai jenis
batuan igneus.
Penyejukan dan pemejalan magma dalam rekahan batuan akan menghasilkan
batuan igneus rejahan manakala penyejukan dan pemejalan lava di permukaan
bumi akan menghasilkan batuan igneus terobosan.
1
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011
Batuan enapan merujuk kepada batuan yang terbentuk secara berlapis-lapis akibat
daripada proses pemendapan, perekatan dan pemampatan serpihan batuan, kelodak,
pasir, lumpur dan cengkerang oleh agen-agen seperti air, angin dan gasier.
Pembentukan batuan enapan :
Bahan-bahan yang terdapat di dalam batuan enapan terhasil melalui
peluluhawaan batuan.
Bahan-bahan ini kemudiaannya diangkut dan dimendapkan di kawasan
tertentu oleh agen-agen pengangkutan seperti air yang mengalir, angin dan
glasier.
Bahan-bahan ini kemudiaannya dimendapkan secara lapisan demi lapisan.
Lapisan ini menjadi mampat melalui proses pemadatan dan perekatan.
Dalam proses pemadatan, lapisan enapan di lapisan atas akan menekan turun
lapisan bawah.
Akibat tekanan yang tinggi dari lapisan atas, bahan enapan yang halus seperti
pasir dan lempung akan melekat lalu membentuk batuan.
Batuan metamorfosis merujuk kepada batuan yang asalnya batuan igneus atau
enapan yang telah mengalami perubahan sama ada daripada segi tekstur dan
komposisi kimia atau kedua-duanya akibat daripada tekanan yang tinggi, dan suhu
yang tinggi.
Proses pembentukan batuan metamorfosis
Berasal daripada batuan igneus atau enapan yang bertukar kepada batuan jenis
lain melalui proses metamorforsis.
2
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011
Batuan bertukar kepada batuan lain akibat daripada haba dan tekanan yang
tinggi serta perubahan dalam susunan mineral batuan berkenaan.
Batuan metamorfosis berbeza daripada batuan-batuan lain dari segi struktur,
tekstur, warna dan kandungan mineral.
Terdapat dua cara proses metamorfosisma berlaku iaitu metamorfosisma
serantau dan metamorfosisma sentuhan.
Radas dan bahan :
Penimbang elektronik,silindir penyukat,bikar,piring petri,kanta pembesar,berus,6 jenis
batu,air.
Prosedur :
1. Sampel batu-batuan yang terdapat di sekeliling dibawa ke makmal.
2. Dengan menggunakan jadual 1 dibawah, perbezaan yang terdapat dalambatu-
batuan dibincangkan.
3. Dengan menggunakan hubungan antara jisim/isipadu, ketumpatan batuandicari.
4. Melalui data-data yang telah dikumpulkan, jenis batuan dinamakan.
5. Teknik-teknik lain untuk mengklasifikasi atau menamakan batuan digunakan.
3
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011
Keputusan :
Jadual 1 : Klasifikasi dan ciri-ciri batuan.
BIL JENIS BATUAN WARNA JISIM KETUMPATAN KILAUAN KEKERASAN LAPISAN TEKSTUR CORAK
1.
Igneus
Ungu kehitaman
17.5 g 15 cm³ √ Lembut Berlapis -Kasar-Segi bersudut
Sekata
2.
Enapan
Putih dan kelabu
11.5 g 4 cm³ X Keras Berlapis-Kasar-Berbatuan kecil-Segi bersudut
Tidak sekata
3.
Metamorfik
Putih 59.1 g 10 cm³ √ Keras Tidakberlapis
-Licin-Sfera tidak bersegi
Tidak sekata
Jadual 1 : Klasifikasi dan ciri-ciri batuan
4
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011
BIL JENIS BATUAN WARNA JISIM KETUMPATAN KILAUAN KEKERASAN LAPISAN TEKSTUR CORAK
4.
Igneus
Perang kelabu
13.8 g 7 cm³ √ Keras Tidakberlapis
-Batuan kecil timbul-Bersudut-Batu berongga
Tidak sekata
5.
Enapan
Merah jambu
berbintik
13.0 g 5 cm³ √ Lembut Berlapis -Berbintik hitam-Bersudut
Sekata
6.
Metamorfik
Oren kemerahan
3.7 g 3 cm³ √ Lembut Berlapis -Berbatuan kristal-Sfera bersudut
Tidak sekata
5
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011
Jadual 2 : Ketumpatan batuan
BIL JISIM (g) ISIPADU (cm³)JISIM (g)
ISIPADU (cm³)KETUMPATAN
(gcm¯³)
1. 17.500 15.000 17.50015.000
1.166
2. 11.500 4.000 11.5004.000
2.875
3. 59.100 10.000 59.10010.000
5.910
4. 13.800 7.000 13.8007.000
1.971
5. 13.000 5.000 13.0005.000
2.600
6. 3.700 3.000 3.7003.000
1.233
6
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011
Perbincangan :
Tiap-tiap batu-batan berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk
rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa
gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara
fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli
Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang
biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas
bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan
penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal
batu-batan yang terdapat di sekeliling kita.
Batuan pertama yang kami temui ialah batu igneus.Ianya berwarna ungu
kahitaman,bersifat lembut dan berlapis.Mempunyai tekstur yang kasar dan segi
bersudut.Jisim batu ini ialah 17.5 gram dan mempunyai ketumpatan 15 cm³.Batu kedua
ialah batu igneus.Ianya berwarna putih dan kelabu. Ianya tidak berkilau, keras dan
berlapis-lapis. Dari segi strukturnya, ianya kasar, berbatuan kecil dan seginya bersudut
serta ketumpatannya adalah 4 cm³. Batu yang ketiga dikenalpasti sebagai batu metamorfik,
ianya bewarna putih,berkilau, tidak berlapis, bertekstur licin dan sfera tidak bersegi. Ia
mempunyai ketumpatan 10 cm³.
Batu keempat adalah batu igneus dan berwarna kelabu kekuningan. Ciri-cirinya
adalah berkilau, keras dan tidak mempunyai lapisan. Teksturnya berbatuan kecil yang
timbul,bersudut dan berongga.ketumpatannya adalah 7 cm³.Batu kelima adalah
metamorfik, berwarna merah jambu serta mempunyai bintik-bintik hitam kecil. Ianya juga
berkilau,lembut dan mempunyai lapisan. Ciri-cirinya adalah berbintik-bintik hitam serta
bersudut. Ketumpatannya pula adalah 5 cm³.Batu yang terakhir ialah batu metamorfik yang
berwarna oren kemerahan. Ianya berkilau, lembut dan mempunyai lapisan. Ciri-cirinya
adalah berbatuan kristal dan bersudut sfera.Ketumpatannya pula ialah 3 cm³.
Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari
dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak
mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan
7
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011
logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu
digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini
tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat
dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium
dan magnesium. Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan
perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada
batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut
batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke
beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras.
Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-
sungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan enapan tidak berhablur dan
seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus.
Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara kejadiannya jika dibandingkan
dengan batuan lain, Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua
batu-batuan, baik batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan
metamorfosis. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut
di atas taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan
cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar,
batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi
grafit dan grafit menjadi berlian.
Kesimpulan :
Melalui proses ini maka dapat disimpulkan bahawa mineral memainkan peranan
utama dalam kehidupan dan taraf hidup manusia. Ia menjadi semakin penting dan pada
masa ini kita bergantung terhadap mineral dalam pelbagai perkara, dari pembinaan
bangunan pencakar langit hingga kepada pembuatan alatan elektronik teknologi
tinggi.Selain daripada itu batu-batuan ini juga menjadi penting kepada ahli-ahli geologi
terutamanya dalam menentukan umur bumi.
8
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011
JURNAL REFLEKSI
Assalamualaikum wbt .
Pertamanya, saya ingin memanjatkan jutaan rasa syukur ke hadrat Ilahi untuk
segala-galanya. Bagi semester kali ini, SCE 3110 Bumi dan Angkasa telah menjadi salah
satu subjek major yang dibimbing oleh seorang pensyarah iaitu Pn Badariah. Subjek ini
adalah salah satu subjek Sains yang berkaitan dengan kajian bumi dan angkasa.
Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk
menyiapkan kerja kursus yang memerlukan beberapa tajuk pengetahuan pedagogi isi
kandungan (PPIK) dan 3 laporan praktikal. Antara tajuk PPIK ialah 1) Mengenal Pasti
batuan. 2) Awan dan Cuaca dan 3)Laporan Bentuk Muka Bumi Setempat.
Tiga peringkat perlu dikuasai sepenuhnya bagi menyiapkan tugasan projek ini.
Peringkat pertama ialah pemerolehan ilmu dimana saya perlu mendapatkan sebanyak
mana maklumat berkenaan tajuk-tajuk dalam subjek ini. Kemudian, bagi peringkat kedua,
iaitu peringkat penguasaan ilmu. Peringkat ini adalah ketika menjalani amali secara
berkumpulan. Pemerhatian, mengumpul maklumat dan merekodkan pemerhatian dilakukan
sewaktu peringkat ini. Manakala bagi peringkat ketiga iaitu peringkat pemindahan ilmu,
bagaimana saya dan ahli kumpulan berbincang, menganalisis dan membuat keputusan
bagi menghasilkan pengurusan grafik berkaitan tajuk PPIK, laporan PPIK dan laporan
praktikal secara individu.
Tugasan PPIK memerlukan saya membuat amali dan menjawab soalan yang
berbentuk pedagogi. Setiap tajuk juga memerlukan maklumat yang telah di proses dalam
bentuk pengurusan grafik.
Bagi tugasan PPIK yang pertama iaitu mengenal pasti batuan. Saya menjawab
soalan yang diberi berdasarkan pengetahuan sedia ada dan hasil analisis daripada
maklumat yang telah dikumpulkan. Daripada tajuk ini, saya telah mempelajari tentang
jenis-jenis batuan yang terdapat di bumi kita. Aktiviti pemerhatian dijalankan supaya
pemerolehan ilmu itu lebih berkesan dan akan diingati. Selain itu, kaedah pelaksanaan
amali ini boleh memberi idea kepada saya untuk menjalankan aktiviti ini disekolah nanti.
9
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011
Tajuk kedua iaitu awan dan cuaca memberikan pengetahuan yang mendalam
berkenaan dengan jenis-jenis awan dan ciri-cirinya. Rekabentuk eksperimen itu dijalankan
secara visual dan perbincangan berikutan ketiadaan bahan untuk membuat perbandingan
mengenai jenis-jenis awan secara terperinci. Namun begitu, melalui perbincangan, idea
dan gambaran rekabentuk amali itu diperoleh. Oleh itu, pembelajaran secara berkumpulan
adalah salah satu stail pembelajaran yang berkesan.
PPIK terakhir iaitu laporan bentuk muka bumi setempat adalah kesinambungan
daripada tajuk sebelum ini. Bagi tugasan melaksanakan amali Sains, kami menjalankan
tugasan secara koperatif. Perbincangan dalam menganalisis data dijalankan bagi
membolehkan kami bertukar-tukar pandangan dan menerima pandangan rakan-rakan yang
lain. Namun begitu bagi tugasan menulis laporan , saya laksanakan secara individu.
Sepanjang amali yang ketiga kami mendapat pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang
berguna antaranya bentuk muka bumi kawasan kajian, jenis-jenis hidupan, keadaan sosio
ekonomi masyarakat setempat dan sebagainya.
Secara keseluruhannya, sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini, saya
dapati bahawa kelamahan dalam pengurusan masa memberi impak yang besar dalam
menghasilkan tugasan yang bermutu. Selain itu, kekurangan berinteraksi dengan orang
yang pakar seperti pensyarah pebimbing juga antara satu faktor, banyak keputusan dibuat
dalam keadaan yang masih ragu-ragu. Oleh itu, saya perlu lebih rajin untuk berjumpa
dengan pensyarah bagi membolehkan saya dibimbing dengan baik dalam melaksanakan
tugasan projek ini.
Selain itu bagi membendung masalah ini sentiasa berlaku, motivasi dalam diri dan
keyakinan terhadap diri sendiri dalam membuat tugasan awal adalah penting dan perlu
dilakukan. Pengurusan masa yang effisen boleh dibuat dengan menyediakan jadual waktu
belajar dalam buku rancangan peribadi. Sikap yang negatif seperti suka bertanggung
hendaklah diperbaiki supaya hasil yang bermutu dapat dihasilkan tanpa berlaku tekanan.
Bagi mengurangkan sikap bertanggunh, saya perlu sentiasa menulis ‘LIST-TO-DO’ supaya
saya sentiasa ingat dan buat perkara mengikut keutamaanya.
10
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011
Alhamdulillah, dengan kerjasama yang baik oleh setiap ahli kumpulan membolehkan
kami menyiapkan kesemua tugasan yang diperlukan pada masa yang telah ditetapkan.
Walaupun banyak masalah yang dihadapi, saya dan rakan berusaha untuk menyiapkan
kerja kursus ini dengan upaya yang ada. Setiap masalah dihadapi bersama dan sokongan
serta sikap tolong-menolong adalah nilai yang membantu kami menghasilkan tugasan ini
secara optimum. Banyak pengajaran yang diperolehi dari tugasan ini, antaranya ialah,
setiap masalah boleh diselesaikan dan kepentingan pengurusan masa. Selain itu,
pemikiran yang kreatif dan kritis dengan sikap menerima pandangan orang lain adalah
salah satu pengajaran yang dapat saya pelajari semasa menyiapkan tugasan ini. Oleh hal
yang demikian, saya cukup berharap agar tugasan ini diterima seadanya dan semoga ia
memberi manfaat kepada sesiapa sahaja.
Sekian, Terima kasih.
11
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011
Lampiran.
Struktur batuan diperhatikan dengan bantuan kanta pembesar.
Jisim batuan diambil dengan penimbang elektronik.
12
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011
Radas semasa isipadu batu diambil .
Batu-batuan yang telah dikumpul dari tempat yang berbeza.
13
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011
Rujukan :
Buku :
Rusly M. & Nurashikin A. (2006).Geografi Alam Sekitar Fizikal.Pearson Longman.
Selangor Darul Ehsan.
Internet :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Batuan_enapan
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT7l6NXkUYTOlvZBOwYLxiwATasLcwPm5V8VYsiVxKLpFXxE6pn
http://dzakibelajar.blogspot.com/2013/05/jenis-jenis-batuan.html
14