Download - Prinsipal Mikroekonomi
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
1/22
BBEK1103
1
ISI KANDUNGAN
1.0 Jenis-jenis Sistem Ekonomi. 3 7
2.0 Masalah Asas Ekonomi... 8 - 11
3.0 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi 12 15
4.0 Kelebihan dan Kelemahan.. 16 20
5.0 Kesimpulan.. 21
Rujukan 22
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
2/22
BBEK1103
2
1.0 JENIS-JENIS SISTEM EKONOMIPenyelidikan mengenai bagaimana masyarakat menggunakan sumber yang terhad
untuk memenuhi sumber yang tidak terhad adalah ditakrifkan sebagai ekonomi,
( Munzarina Ahmad Samidi et al., 2011 ). Menurut Khalidah Khalid Ali et al. ,
(p:12, 2008), ekonomi juga merupakan satu kajian sosial yang mengkaji mengenai
kekurangan dan pilihan. Terdapat empat jenis sistem ekonomi yang mempunyai
ciri-ciri yang tersendiri.
1.1 Sistem Ekonomi Tradisional
Sistem ekonomi tradisional merupakan sistem ekonomi yang tertua dan
berpengaruh di mana kegiatan ekonomi yang melibatkan tradisi turun temurun
yang berlaku dalam sesebuah masyarakat dan telah menjadi nilai setempat
( Munzarina Ahmad Samidi et al., 2011 ). Sistem ekonomi ini juga dikenali
sebagai ekonomi sara diri. Kegiatan ekonomi ini dijalankan secara bersama untuk
mendapat kepentingan bersama kerana segala barang serta keperluan yang
diperlukan dipenuhi oleh masyarakat itu sendiri dengan kata lain ia diatur olehmasyarakat itu sendiri. Dalam sistem ini tugas pemerintah adalah memberikan
perlindungan iaitu pertahanan serta menjaga tertib umum. Contohnya dapat dilihat
di Kedah di mana kebanyakan penduduknya menjalankan kegiatan ekonomi
berdasarkan tradisi nenek moyang mereka berbanding dengan keperluan pasaran
iaitu dengan menanam padi sebagai sumber pendapatan utama.
1.1.1 Ciri-ciri Sistem Ekonomi Tradisional
Terdapat beberapa ciri yang mewakili sistem ekonomi tradisional iaitu sistem ini
masih terikat dengan tradisi di mana masyarakat melakukan kegiatan ekonomi
berdasarkan tradisi yang diamalkan oleh nenek moyang mereka yang dianggap
sebagai perkara yang perlu disambung dan dikekalkan. Selain itu, ciri lain adalah
sistem ini tidak memerlukan modal yang besar hanya sekadar pertukaran barang
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
3/22
BBEK1103
3
atau perkhidmatan seperti sistem barter. Dalam sistem ekonomi ini tidak wujud
pembahagian kerja di antara masyarakat kerana masing-masing bekerja dengan
cara sendiri untuk menampung hidup masing-masing. Selain itu, masyarakatnya
mengamalkan cara hidup berkelompok dan berkeluarga kerana merekamemerlukan antara satu sama lain. Tanah merupakan salah satu sumber
kehidupan dan pendapatan mereka di mana mereka menggunakannya dengan
bercucuk tanam.
1.2 Sistem Ekonomi Pasaran Bebas / Kapitalis
Sistem ini juga dikenali sebagai sistem ekonomi kapitalis atau laissez faire.
Menurut Khalidah Khalid Ali et al.,(p:15, 2008), mendefinasikan bahawa sistem
ekonomi pasaran bebas adalah satu sistem ekonomi yang tidak ada campur tangan
kerajaan, individu atau sektor swasta mempunyai kebebasan dalam menjalankan
aktiviti ekonomi yang hendak dilakukan. Setiap keputusan ekonomi yang dibuat
berdasarkan keperluan pasaran.. Dalam sistem ini kuasa pasaran bebas dan
mekanisme harga yang menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang
dan perkhidmatan dan sebagainya. Sistem ekonomi ini bermatlamatkan
keuntungan, kewangan dan kebendaan berasakan pemilikan harta sendiri atau
perniagaan dan bagi individu atau syarikat yang mempunyai modal atau hartamereka mempunyai hak dan kebebasan menjalankan perdagangan. Contoh negara
yang mengamalkan sistem ekonomi tersebut adalah Amerika Syarikat
1.2.1 Ciri-ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas / Kapitalis
Sistem ekonomi pasaran bebas ini mempunyai beberapa ciri iaitu matlamat
pengguna adalah untuk mendapat kepuasan yang maksimum manakala pengeluar
pula mendapat keuntungan yang maksimum. Dalam sistem ini, sumber ekonomi
bebas dimiliki oleh individu atau pihak swasta dan tiada campur tangan oleh
kerajaan dan mereka berhak untuk memilih, memindah milik atau
menggunaknnya untuk kegiatan ekonomi . Dalam sisitem ini tiada sebarang cukai
yang akan dikenakan oleh pihak kerajaan kepada mereka dan kerajaan tidak akan
memberi sebarang subsidi terhadap barang atau perkhidmatan. Selain itu, dalam
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
4/22
BBEK1103
4
sistem ini pengguna mempunyai kuasa yang agung dan dianggap sebagai raja
dimana pengeluar akan mengeluarkan sesuatu barang atau perkhidmatan mengikut
kehendak pengguna. Sistem ekonomi ini juga mempunyai ciri mementingkan diri.
Pengguna serta pengeluar juga bebas untuk membuat keputusan masing-masingyang berkaitan dengan ekonomi dan mereka juga bebas untuk bersaing bagi
kepuasan dan keuntungan masing-masing. Antara ciri lain adalah setiap harga
barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan ditentukan melalui mekanisme harga.
1.3 Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Sistem ekonomi ini dilakukan oleh pihak kerajaan atau pemerintah secara berpusat.
Wujudnya sistem ini disebabkan ketidakstabilan dalam sistem ekonomi bebas dan
bertujuan untuk mewujudkan satu sistem ekonomi yang stabil. Kerajaan
mempunyai kuasa sepenuhnya untuk membuat perancangan serta keputusan
mengenai ekonomi untuk faedah masyarakat, (Khalidah Khalid Ali et al., p:15,
2008). Dan jika terdapat sebarang masalah yang berkaitan dengan ekonomi pihak
kerajaan atau agen-agen ekonomi sahaja akan menyelesaikan masalah tersebut dan
pengguna atau pengeluar tidak mempunyai kuasa atau hak. Segala sumber-sumber
atau hak milik perorangan tidak boleh diakui kerana dikuasai oleh kerajaan dan tiada
individu atau perniagaan yang dapat berusaha bebas dalam kegiatan ekonomi keranasemuanya telah diatur oleh kerajaan. Terdapat beberapa negara yang menerapkan
sistem ekonomi tersebut mengamalkan ideologi komunis atau sosialis seperti China,
Korea Utara dan Cuba.
1.3.1 Ciri-ciri Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Sistem ekonomi ini berlandaskan beberapa ciri iaitu semua faktor pengeluaran
seperti buruh, tanah, modal dan usahawan adalah dimiliki oleh kerajaan. Pengguna
atau pengeluar tidak mempunyai hak terhadap sumber-sumber tersebut dan sumber
kekayaan adalah milik negara. Sistem ini mengutamakan kebajikan masyarakat di
mana tanggungjawab kerajaan adalah untuk mengurus ekonomi negara adil dan
saksama serta tiada yang terasing mengikut golongan kaya atau miskin. Matlamat
pengguna untuk mendapat kepuasan yang maksimum terhadap sesuatu barang atau
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
5/22
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
6/22
BBEK1103
6
supaya persaingan tersebut adil dan sihat. Campur tangan kerajaan adalah dalam
kegiatan ekonomi. Selain itu, ciri sistem ekonomi ini adalah penentuan harga di
mana setiap barangan keperluan yang dikeluarkan mestilah ditentukan oleh pihak
kerajaan demi menjaga kebajikan masyarakat. Manakala bagi harga sesuatu baranganatau perkhidmatan yang tidak ditentukan oleh pihak kerajaan akan ditentukan oleh
mekanisme harga. Pihak kerajaan pula akan mengeluarkan barangan yang gagal
dikeluarkan oleh pihak swasta berdasarkan mekanisme harga demi menjaga
kebajikan masyarakat dan mengawal pasaran supaya pihak swasta mengeluarkan
barangan atau perkhidmatan yang bermanfaat kepada masyarakat. Dalam sistem
ekonomi ini, pengguna, pihak swasta dan pihak kerajaan mempunyai matlamat yang
tersendiri. Bagi pengguna mereka menginginkan kepuasan yang maksimum, pihak
swasta menginginkan keuntungan yang maksimum dan pihak kerajaan pula ingin
memaksimumkan kebajikan masyarakat.
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
7/22
BBEK1103
7
2.0 MASALAH ASAS EKONOMI
Berikutan kehendak manusia yang tidak terhad terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan serta pemilikan faktor-faktor atau sumber-sumber pengeluaran yang
terhad telah menimbulkan beberapa masalah ekonomi seperti kekurangan, pilihan
dan kos lepas. Kesan daripada masalah ini wujudnya pula masalah asas ekonomi
iaitu apakah barang yang perlu dikeluarkan, bagaimana barang akan
dikeluarkan, dan untuk siapa barang itu dikelarkan. Berikut merupakan masalah
asas ekonomi bagi dua buah negara iaitu Amerika Syarikat yang mengamalkan
sisitem ekonomi pasaran bebas/kapitalis dan Malaysia yang mengamalkan sistem
ekonomi campuran.
2.1 Amerika Syarikat dan Masalah Asas Ekonomi
Amerika Syarikat merupakan antara sebuah negara yang mengamalkan sistem
ekonomi pasaran bebas/kapitalis. Semua sumber atau faktor pengeluaran dimiliki
oleh pegguna atau pengeluaran tanpa campur tangan kerajaan dan bebas dari
dikenakan cukai. Mereka juga bebas untuk membuat keputusan dan bersaing demi
mencapai matlamat yang diinginkan iaitu mencari kepuasan dan keuntungan yangmaksimum. Sesiapa sahaja bebas untuk menjalankan kegiatan ekonomi dengan
syarat mempunyai sumber dan modal tanpa ada halangan. Namun di sebalik
sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara ini terdapat beberapa masalah asas
ekonomi yang dikenal pasti iaitu:
a) Apakah barang yang hendak dikeluarkan?
Masalah ini dialamai oleh pengeluar di Amerika Syarikat. Di negara ini segala
barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan haruslah menepati permintaan dan
kehendak masyarakat. Jika pengguna mahu sesuatu barang yang berkualiti dengan
harga yang murah maka pengeluar harus akur dengan permintaan itu kerana
pengguna dianggap sebagai raja. Hal demikian menjadi masalah bagi pengeluar
untuk memenuhi kehendak pengguna kerana pemilikan sumber atau faktor
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
8/22
BBEK1103
8
pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan yang terhad. Pengeluar
terpaksa berhutang untuk memenuhi kehendak pengguna dan hal ini telah
membuktikan bahawa Amerika Syarikat merupakan negara yang memiliki hutang
yang paling banyak di dunia, (Bernama, 2011). Pengeluar juga berhadapandengan masalah pilihan di mana mereka harus membuat pilihan yang dianggap
paling baik untuk memuaskan kehendak pengguna walaupun terpaksa melepaskan
sesuatu yang dianggap boleh diperolehi iaitu kos lepas.
b) Bagaimana barang hendak dikeluarkan?
Setelah pengeluar memutuskan apa barang yang hendak dikeluarkan, pengeluar
juga berhadapan dengan masalah bagaimana untuk mengeluarkan barang tersebut.
Dengan kekurangan sumber dan faktor pengeluaran serta perlu menepati citarasa
pengguna dalam menjaga kualiti barang yang dikeluarkan, sukar untuk pengeluar
menghasilkan barang yang berkualiti dengan penghasilan kos yang rendah dan
minima tanpa keuntungan yang maksimum. Kekurangan sumber teknologi juga
mengakibatkan pengeluar sukar menghasilkan barang tersebut. Pengeluar terpaksa
mencari jalan sedaya mungkin untuk mengatasi kekurangan ini supaya
membolehkan barang atau perkhidmatan yang diminta dapat dikeluarkan.
c) Untuk siapa barang itu dikeluarkan?
Apabila pengeluar ingin mengeluarkan sesuatu barang dikeluarkan, timbul pulamasalah untuk siapa barang tersebut dikeluarkan. Maksudnya siapa yang akan
menikmati faedah dari barang tersebut. Adakah barang yang dikeluarkan hanya
untuk orang kaya atau mampu diperolehi oleh orang miskin. Pengeluar perlu tahu
setiap barang yang di keluarkan bergantung pada kuasa beli pengguna dan perlu
membuat pilihan yang tepat dan jika tidak pengeluar akan rugi dengan tidak pasti
siapa yang akan membeli barang atau perkhidmatan tersebut. Contohnya jika
permintaan terhadap barangan elektrik di Amerika Syarikat meningkat tetapi
sumber atau faktor terhad maka pengeluar akan mencari kekurangan tersebut
walaupun terpaksa mengambilnya dari negara luar. Ini telah menyebabkan kos
pengeluaran meningkat dan semestinya harga barang tersebut akan meningkat. Di
sini pengeluar perlu tahu untuk siapa barang tersebut dikeluarkan. Dan jika barang
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
9/22
BBEK1103
9
tersebut mahal maka rakyat yang kurang mampu tidak dapat membelinya
walaupun itu adalah sebahagian daripada keperluan dan permintaan mereka.
2.1 Malaysia dan Masalah Asas EkonomiMalaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi
campuran yang merupakan campuran dari sistem ekonomi pasaran bebas/kapitalis
dan sistem ekonomi perancangan pusat/sosialis. Di Malaysia, individu dan pihak
swasta mempunyai hak terhadap sumber atau faktor pengeluaran tetapi tetap
dikawal oleh kerajaan dengan undang-undang yang telah ditetapkan. Peletakan
harga barang ekonomi ditentukan oleh mekanisme harga manakala barangan
keperluan akan ditentukan oleh kerajaan untuk menjaga kebajikan masyarkat.
Namun kerajaan akan memantau dan mengawal harga barang ekonomi supaya
ianya tidak melebihi dari harga pasaran. Pihak swasta bebas bersaing untuk
memuaskan keuntungan tetapi tetap dikawal oleh kerajaan supaya ianya
persaingan yang sihat dah adil. Cukai dikenakan dan kerajaan mengeluarkan
subsidi dan mengeluarkan barang yang perlu dan gagal dikeluarkan oleh pihak
swasta. Sistem ekonomi ini dianggap adil kepada semua tetapi terdapat juga
masalah yang dikenal pasti. Sistem ekonomi ini juga mempunyai mepunyai
masalah asas iaitu:
a) Apa barang yang hendak dikeluarkan?
Malaysia yang mempunyai jutaan penduduk yang masing-masing sememangnya
mempunyai permintaan yang tersendiri. Tetapi berikutan masalah kekurangan
sumber dan faktor pengeluaran yang dihadapi, pihak swasta dan kerajaan sukar
untuk memenuhi permintaan tersebut dan mereka tidak pasti apakah barangan
yang perlu dikeluarkan. Contoh permintaan yang tinggi terhadap kereta selepas
era kemerdekaan tetapi dengan kekurangan sumber pengeluaran Malaysia tidak
dapat memenuhi permintaan tersebut dan pihak swasta dan kerajaan tidak pasti
apa barang yang hendak dikeluarkan berdasarkan permintaan tersebut.
b) Bagaimana barang hendak dikeluarkan
Jika pengeluar telah mengenal pasti apa barang yang hendak dikeluarkan, mereka
berhadapan dengan satu lagi masalah iaitu bagaimana barang tersebut hendak
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
10/22
BBEK1103
10
dikeluarkan. Masalah ini terjadi bergantung kepada siapa yang mengeluarkannya.
Jika pihak swasta yang mengeluarkan barang tersebut maka mereka mestilah
menggunakan teknologi yang meminimumkan kos dan memikrkan keuntungan
yang maksimum manakala jika kerajaan yang akan mengeluarkan barang tersebut,kerajaan sendiri yang akan memilih teknik apa yang akan digunakan tanpa
memikirkan tentang kos pengeluaran kerana kerajaan tidak mengutamakan
keuntungan tetapi kebajikan masyarakat.
c) Untuk siapa barang itu dikeluarkan
Masalah ini berkaitan dengan siapa yang akan menggunakan dan memperolehi
faedah daripada barang yang dikeluarkan. Bagi barang ekonomi, pihak swasta
harus mengikut keluk permintaan di mana mereka harus tahu siapa yang meminta
dan siapa yang sanggup mengeluarkan wang untuk membeli. Berbeza dengan
barang awam yang dikeluarkan oleh kerajaan, kerajaan yang akan menetukan
siapa yang akan memperolehi dan menikmati faedah dari barang tersebut seperti
Syarikat Perumahan Negara yang telah menetapkan untuk membina rumah hanya
untuk golongan yang berpendapatan rendah.
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
11/22
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
12/22
BBEK1103
12
Pengeluar berperanan penting dalam menyelesaikan masalah ini sejajar dengan
matlamat mereka untuk mendapat keuntungan yang maksimum. Pengeluar akan
memastikan bahawa wujudnya keluk permintaan terhadap sesuatu barangan yang
akan dikeluarkan dan pengusaha tidak akan mengeluarkan barang jika tiada keluk permintaan. Dengan adanya keluk permintaan ini pengeluar yakin bahawa
pengguna sememangnya sanggup membeli barangan tersebut dan matlamat untuk
mencapai keuntungan yang maksimum boleh tercapai. Jika pengeluar telah
menetapkan apa barang yang hendak dikeluarkan, maka pengeluar harus
menggunakan teknik pengeluaran dan teknologi yang cekap dengan melibatkan
kos pengeluaran yang minima. Dengan itu, pengeluar akan dapat menghasilkan
keluk pengeluaran bagi sesuatu barang
c) Penyelesaian kepada masalah untuk siapa barang atau perkhidmatan
tersebut dikeluarkan?
Penyelesaian bagi masalah ini bergantung kepada kewujudan keluk permintaan
iaitu di mana wujudnya permintaan sesuatu barang daripada penguna. Pengeluar
akan mengeluarkan barang tersebut kepada mereka yang mempunyai kuasa beli
iaitu mereka yang mempunyai pendapatan atau wang dan sanggup
menggunakannya untuk membeli barang tersebut. Tanpa wujudnya permintaan,
sesuatu barang tidak akan dikeluarkan kerana takut tiada yang membelinya danmerugikan pengeluar.
2.2 Penyelesaian masalah asas ekonomi sistem ekonomi campuran di Malaysia
Segala masalah asas ekonomi yang berlaku dalam sistem ekonomi campuran di
Malaysia dikatakan dapat diselesaikan oleh pihak swasta dan kerajaan. Berikut
merupakan penyelesaian terhadap masalah-masalah tersebut.
a) Penyelesaian kepada masalah apakah barang atau perkhidmatan yang akan dikeluarkan?
Penyelesaian kepada masalah ini juga ditentukan oleh permintaan dari pengguna,
pihak swasta dan kerajaan. Secara umumnya, barang atau perkhidmatan dalam
sistem ini boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu barang ekonomi atau
barang awam. Bagi barang ekonomi, pihak swasta akan menentukan
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
13/22
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
14/22
BBEK1103
14
mempunyai kuasa beli dengan sanggup membayar untuk mendapatkan barang
tersebut. Berlainan pula dengan barang awam, kerajaan yang akan menentukan
untuk siapa barang tersebut dikeluarkan berdasarkan sesuatu barang atau
perkhidmatan yang akan dikeluarkan, (Ngu HS & Md Zyadi Md Tahir, 2009).Contohnya seperti di Malaysia, kerajaan telah membina sebuah klinik kesihatan di
perkampungan Orang Asli dengan tujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat
setempat. Kerajaan telah menentukan bahawa perkhidmatan tersebut telah
diberikan kepada penduduk di kawasan tersebut. Dan penyelesaian terhadap
masalah ini dapat diselesaikan.
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
15/22
BBEK1103
15
4.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHANBerikut merupakan kelebihan dan kelemahan sistem ekonomi pasaran
bebas/kapitalis dan sistem ekonomi campuran.
4.1 Kelebihan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas / Kapitalis
Terdapat beberapa kelebihan yang dapat dilihat dalam sistem ekonomi ini yang
menjanjikan kebebasan individu dan kumpulan yang tinggi dalam pasaran
berbanding sistem ekonomi yang lain. Berikut adalah kelebihan dalam sistem
ekonomi ini.
a) Kebebasan dalam pasaran
Sistem ini membolehkan apa saja faktor atau sumber pengeluaran dimiliki oleh
individu atau pihak swasta itu sah secara mutlak tanpa adanya campur tangan
kerajaan dan mereka berhak unutk menggunakan sumber atau faktor pengeluaran
tersebut dalam apa juga kegiatan ekonomi yang dijangka dapat menghasilkan
keuntungan kepada mereka. Mereka juga bebas untuk memilih dan membuat
keputusan untuk memaksimumkan kepuasan dan keuntungan mereka. Pendapatanyang mereka miliki juga bebas dari kutipan cukai dan secara tidak langsung
mereka akan mendapat keuntungan yang maksimum.
b) Wujudnya persaingan untuk maju dan kualiti barang yang bermutu tinggi
Kebebasan individu atau pihak swasta dalam kegiatan ekonomi akan mewujudkan
persaingan untuk lebih maju dikalangan mereka dalam menghasilkan sesuatu
barang atau perkhidmatan yang menjadi permintaan pengguna. Dengan adanya
banyak persaingan ini maka kualiti barang yang dihasilkan adalah bermutu tinggi
bagi merebut kepuasan pelanggan, (Ngu HS & Md Zyadi Md Tahir, 2009).
Contohnya di Amerika Syarikat permintaan kepada penggunaan telefon mudah
alih semakin meningkat dan banyak syarikat bersaing untuk menghasilkannya.
Persaingan ini telah membuatkan Syarikat Apple telah menghasilkan telefon
pintar yang canggih dan berkualiti iaitu iphone yang mendapat sambutan seluruh
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
16/22
BBEK1103
16
dunia sekaligus menjadikan syarikat itu menduduki tempat teratas dengan
mengatasi pesaingnya (AFP,2013).
c) Penentuan harga dan pertumbuhan ekonomiPenentuan harga bagi setiap barang di pasaran ditentukan oleh individu itu sendiri
atau mekanisme harga bukannya ditentukan oleh kerajaan. Pengeluar bebas untuk
meletak harga bahkan mereka bebas meletakan harga yang tinggi melebihi harga
pasaran untuk memaksimumkan keuntungan mereka. Secara tidak langsung
pengeluar akan mendapat keuntungan daripada harga sesuatu barang atau
perkhidmatan yang telah ditetapkan itu sekali gus meningkatkan pertumbuhan
ekonomi negara dengan menggunkan keuntungan tersebut untuk melabur dan
sebagainya.
4.2 Kelemahan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas / Kapitalis
Terdapat juga beberapa kelemahan yang terdapat dalam sistem ekonomi ini,
antaranya adalah:
a) Taburan pendapatan yang tidak seimbang dan kuasa monopoli
Sistem ini dilihat terlalu bebas dan akan menyebabkan berlakunya taburan
pendapatan yang tidak seimbang di dalam negara dan wujudnya golongan yangkaya dan ada golongan yang miskin. Golongan yang kaya akan menindas
golongan yang miskin dengan barang yang dikeluarkan dijual dengan harga yang
tinggi dan tidak mampu dibeli oleh golongan yang miskin ini. Ini telah
menyebabkan berlakunya ketidakadilan pada semua dan kebajikan rakyat
diabaikan kerana tiada campur tangan kerajaan. Bagi firma-firma yang besar pula
akan menggunakan kuasa monopoli iaitu menguasai pasaran dan menindas firma
yang kecil demi untuk memaksimumkan keuntungannya.
b) Masalah penawaran barang awam
Kebebasan pasaran telah mengakibatkan sistem ini tidak dapat menyelesaikan
masalah yang berkaitan penawaran barang awam seperti perkhidmatan
keselamatan, penyediaan jalan raya di kawasan luar bandar, sekolah, penyediaan
lampu jalan dan sebagainya. Ini kerana pihak swasta tidak dapat memastikan
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
17/22
BBEK1103
17
bahawa pengguna yang mendapat faedah dari penggunaan barang tersebut dapat
atau tidak dapat membayar penggunaan tersebut kepada pengeluar. Mereka tidak
membiayai pengeluaran barang awam tersebut kerana perkara tersebut tidak
menguntungkan mereka kerana matlamat utama mereka adalah untuk memaksimumkan keuntungan mereka.
c) Kesan-kesan negatif
Akibat kebebasan pasaran dan pengeluaran yang tidak terkawal dalam sistem ini
telah menyebabkan berlakunya kesan-kesan negatif yang akan memberikan impak
yang buruk terhadap masyarakat dan negara seperti pencemaran yang akan
meyebabkan penyakit berbahaya dan akan menjejaskan tingkat kebajikan rakyat
bahkan masyarakat yang menanggung kesan dari keuntungan yang mereka
perolehi. Selain itu kesan ini dapat dirasai oleh pekerja bawahan serta buruh di
mana tenaga dan perkhidmatan mereka tidak diperlukan kerana firma akan
mengeluarkan barang mengikut permintaan dan tujuan mereka untuk
memaksimumkan keuntungan mereka sahaja dan hal tersebut akan menyebabkan
berlakunya pengangguran di negara tersebut. Selain itu, apabila masalah
pengangguran ini semakin meningkat maka masalah jenayah juga turut
meningkat.
4.3 Kelebihan Sistem Ekonomi Campuran
Terdapat bebrapa kelebihan yang ada dalam sistem ekonomi campuran ini antaranya
ialah:
a) Kebebasan dalam pasaran
Pengguna atau pengeluar bebas untuk memiliki sumber atau faktor pengeluaran.
Pengguna juga bebas untuk membuat keputusan untuk memenuhi kepuasan yang
maksimum manakala pengeluar pula bebas membuat keputusan untuk mengeluarkan
sesuatu barang atau perkhidmatan dan keputusan yang dibuat berdasarkan tujuan
sebenarnya untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum. Pengeluar juga bebas
untuk menentukan harga bagi setiap barang ekonomi yang dikeluarkan berdasarkan
mekanisme harga, (Ngu H.S & Md Zyadi Md Tahir, (2007).
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
18/22
BBEK1103
18
b) Penawaran barang awam dan kebajikan masyarakatDalam sistem ekonomi ini, penawaran barang awam tidak diketepikan lagi kerana
kerajaan yang memainkan peranan untuk mengeluarkan setiap permintaan terhadap
barang awam tersebut. Kerajaan turut memberi subsidi terhadap sektor-sektor atau
barang demi menjaga kebajikan terhadap masyarakat seperti di Malaysia, kerajaan
memberi subsidi kepada penggunaan bekalan elektrik, petrol, gula dan sebagainya.
Kebajikan masyarakt juga terpelihara apabila penentuan harga setiap barang yang
dikeluarkan ditentukan dan dipantau oleh kerajaan supaya harga yang ditetapkan tidak
melebihi harga pasaran yang ditetapkan dan membolehkan pengguna yang kurang
mampu untuk memperolehi barang tersebut.
c) Taburan pendapatan yag seimbang dan kestabilan ekonomi
Dengan adanya campur tangan kerajaan dalam sistem ini, taburan pendapatan rakyat
di negara ini akan menjadi seimbang kerana kerajaan mengenakan dasar cukai dan
subsidi. Tiada lagi perbezaan golongan dan rakyat yang tertindas. Kestabilan ekonomi
juga akan kukuh kerana campur tangan kerajaan yang berperanan sebagai penstabil
ekonomi apabila berlakunya kemelesatan ekonomi dalam di negara denganmewujudkan dasar-dasar kewangan. Contohnya Malaysia mengalami kemelesetan
ekonomi pada tahun 1997-1998 , dengan campur tangan kerajaan dan beberapa
strategi untuk menangani masalah ini akhirnya ekonomi Malaysia kembali
stabil,(Arkib,1998).
4.4 Kelemahan sistem ekonomi campuran
Sistem ekonomi campuran ini juga mempunyai beberapa kelemahan antaranya:
a) Kurang memaksimumkan keuntungan
Pihak swasta kurang memaksimumkan keuntungannya kerana terbatas dengan
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam pasaran contohnya
seperti penetapan harga yang tidak boleh lebih dari harga yang telah ditetapkan.
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
19/22
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
20/22
BBEK1103
20
5.0 KESIMPULAN
Berdasarkan penerangan mengenai sistem ekonomi pasaran bebas/kapitalis dan
sistem ekonomi campuran di atas, dapat disimpulkan bahawa sistem ekonomi
campuran lebih baik digunakan dalam sesebuah negara kerana adanya campur
tangan kerajaan dalam kegiatan ekonomi. Dengan adanya campur tangan ini pihak
swasta dan kerajaan yang bekerjasama dalam mengeluarkan barang dan segala
kegiatan ekonomi terkawal. Campur tangan kerajaan ini juga dapat menjaga
kebajikan masyarakat dan tiada penindasan bagi rakyat yang kurang
berkemampuan. Berbanding pula dengan sistem ekonomi pasaran bebas yang
tiada campur tangan kerajaan dan segala keputusan mengenai kegiatan ekonomi
adalah bebas serta berlakunya penindasan terhadap golongan yang kurang mampu
dan miskin. Selain itu, sistem ekonomi campuran lebih baik daripada sistem
ekonomi pasaran bebas/kapitalis kerana akan mewujudkan taburan pendapatan
yang seimbang dan keseimbangan ekonomi dengan adanya bayaran cukai dan
juga subsidi dari kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang berpendapatanrendah. Dan kerajaan juga memainkan peranan sebagai penstabil ekonomi apabila
berlakunya kemelesetan ekonomi dan pihak swasta tidak perlu bimbang kerana
adanya kerajaan sebagai penyelamat. Sistem ekonomi campuran juga lebih baik
dari sistem ekonomi pasaran bebas/kapitalis kerana dalam sistem ini akan
melaksanakan penawaran bagi barang atau perkhidmatan awam manakala bagi
sistem ekonomi pasaran bebas/kapitalis, penawaran untuk barang awam
diketepikan kerana tidak mendatangkan keuntungan bagi mereka.
(4291 patah perkataan)
-
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
21/22
BBEK1103
21
RUJUKAN
AFP, (2013). Apple ungguli segmen telefon mudah alih di AS.[Online]. Available:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Appleunggulisegmentelefonmudahal
ihdiAS/Article/ . [10.2.2013].
Arkib, (1998). Menangani kegawatan ekonomi. [Online]. Available :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0325&pub=Utusan_Mal
aysia&sec=Rencana&pg=ot_03.htm . [ 11.2.2013].
Khalidah Khalid Ali, (2008). Business management: A Malaysian Perspective.
Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Mohd Azrone Sarabatin, (2010). Sekolah tak siap ganggu pelajar. [Online]. Available:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sekolahtaksiapganggupelajar/Article
/. [11.2.2013].
Munzarina Ahmad Samidi et al., (2011). Principles of Microeconomics
Microeconomics I. Open University Malaysia: Centre for Instructional Design
And Technology.
Ngu H.S & Md Zyadi Md Tahir, (2007). Teks Pra-U STPM Matrikulasi : Mikroekonomi.
Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.
Normaz Wana Ismail, (2009). Pengenalan kepada ekonomi. Selangor: Arah Pendidikan
Sdn.Bhd.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AppleunggulisegmentelefonmudahalihdiAS/Article/http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AppleunggulisegmentelefonmudahalihdiAS/Article/http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AppleunggulisegmentelefonmudahalihdiAS/Article/http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_03.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_03.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_03.htmhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sekolahtaksiapganggupelajar/Article/http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sekolahtaksiapganggupelajar/Article/http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sekolahtaksiapganggupelajar/Article/http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sekolahtaksiapganggupelajar/Article/http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sekolahtaksiapganggupelajar/Article/http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_03.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_03.htmhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/AppleunggulisegmentelefonmudahalihdiAS/Article/http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AppleunggulisegmentelefonmudahalihdiAS/Article/ -
7/28/2019 Prinsipal Mikroekonomi
22/22
BBEK1103
22
___________, (2011). Ulasan Pasaran: Krisis hutang jejas pasaran. [Online]. Available:
http://www.bharian.com.my/articles/UlasanPasaran_Krisishutangjejaspasaran/Art
icle/ . [19.2.2013].
http://www.bharian.com.my/articles/UlasanPasaran_Krisishutangjejaspasaran/Article/http://www.bharian.com.my/articles/UlasanPasaran_Krisishutangjejaspasaran/Article/http://www.bharian.com.my/articles/UlasanPasaran_Krisishutangjejaspasaran/Article/http://www.bharian.com.my/articles/UlasanPasaran_Krisishutangjejaspasaran/Article/http://www.bharian.com.my/articles/UlasanPasaran_Krisishutangjejaspasaran/Article/