Produk TETTRO, bumbung gelas yang boleh direnggang atau digerakkan menerima sijil
pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai bumbung gelas yang boleh direnggang
terbesar di Malaysia
INHOME Engineering Works Sdn Bhd (Inhome), syarikat yang terbabit dengan penghasilkan produk
seperti gril untuk kegunaan rumah, pagar dan fabrikasi pagar memperkenalkan produk terbarunya
Retractable Roof (bumbung yang boleh direnggang) menerusi jenama TETTRO.
Produk TETTRO Terima Sijil Malaysia Book Of RecordsOleh Editor Prebiu.com - April 28, 2019
Pengerusi Inhome Engineering Works Sdn Bhd, Datuk Mazlan Sabli (dua dari kanan) menerima sijil pengiktirafan MalaysiaBook Of Records (MBOR) daripada Pengarah Pembangunan Perniagaan MBOR, Jwan Heah Yeow Hooi (kiri sekali) sambildisaksikan oleh ADUN Ampangan Dr Mohamad Rafie Ab Malek dan Ketua Pegawai Eksekutif Inhome Engineering Works SdnBhd, Terry Chong (kanan sekali) di Seremban, Negeri Sembilan
Pengerusi Inhome, Datuk Mazlan Sabli berkata, pengenalan produk itu adalah hasil kajian dan
tinjauan syarikat yang mendapati, kebanyakan bangunan, pusat agama, dewan komuniti
memerlukan atap yang lebih praktikal.
“Kami menjalankan program pembangunan dan penyelidikan (R&D) ke atas bumbung yang boleh
ditarik atau direnggang secara �eksibel pada harga yang berpatutan.
“Kami mendapat penyelesaian dengan menghasilkan bumbung (Retractable Roof) dan ini dilakukan
oleh bahagian khas yang ditubuhkan syarikat untuk menyediakan kemudahan kepada pelanggan
mendapatkan produk pada harga yang berpatutan, berketahanan dan berkualiti,” katanya.
ADUN Ampangan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek (tengah) menekan butang sebagai simbolik merasmikan produk TETTRObumbung gelas direnggang terbesar di Malaysia sambil disaksikan oleh Pengerusi Inhome Engineering Works Sdn Bhd, DatukMazlan Sabli (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Inhome Engineering Works Sdn Bhd, Terry Chong (kanan)
Produk itu dilancarkan di Taman PJ Perdana, Seremban Negeri Sembilan oleh Ahli Dewan
Undangan Negeri Ampangan, Dr Mohamad Ra�e Ab Malek.
Pada majlis itu, Inhome turut menerima sijil pengiktirafan daripada Pengarah Pembangunan
Perniagaan Malaysia Book Of Records (MBOR), Jwan Heah Yeow Hooi.
Bumbung atau atap yang boleh ditarik dan direnggang ini menggunakan jenama TETTRO dan
dalam bahasa Itali, ia membawa maksud Tetto Retratile.
Kejayaan menghasilkan bumbung ini mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book Of Records
(MBOR) sebagai bumbung gelas ditarik atau direnggang terbesar di Malaysia.
Bumbung ini memiliki pelbagai fungsi seperti sensor hujan yang boleh dikawal menggunakan alat
kawalan jauh, isyarat operasi yang boleh menggunakan pelbagai bunyi seperti ciapan burung, bunyi
desiran air, lagu, lampu LED yang boleh ditetapkan mengikut mood atau kehendak pelanggan.
Dalam kata lain, bumbung ini boleh ditempah mengikut citarasa dan kehendak pelanggan dengan
menggunakan bahan berdasarkan bajet dan kesesuaian pelanggan.
Ketika ini syarikat sedang melaksanakan sistem ini untuk tujuan rekabentuk dalaman seperti siling
dalaman yang boleh memaparkan imej, menutup kolam renang, platform mudah alih seperti
pentas dan bumbung seperti mana yang kita dapat lihat pada bumbung yang dibina di Masjid
Nabawi, di Madinah.
Produk ini adalah 100 peratus buatan Malaysia dengan menggunakan bahan dan kandungan
tempatan sepenuhnya. Produk ini direka dan dibangunkan sendiri oleh kakitangan yang muda,
dedikasi serta inovatif.
TETTRO memiliki jaminan struktur selama 5 tahun dan jaminan produk 2 tahun. Ia termasuk
sistem, pencahayaan dan prestasi. Untuk tahun pertama, sebanyak dua kali pemeriksaan dan
servis akan dilakukan dan seterusnya setiap enam bulan.
Bagi tahun kedua pula, pemeriksaan percuma atau servis akan hanya dilakukan sekiranya produk
TETTRO menghadapi masalah dalam sistem, struktur dan masalah pada lampu.
TETTRO turut memerlukan penyelenggaraan secara berkala seperti pembersihan, aplikasi gris,
perlindungan kebocoran (jika ada) dan penggantian alat ganti jika diperlukan. Caj bagi
penyelenggaraan berkala adalah pada kadar minima.
Inhome Engineering Works Sdn Bhd turut merancang melebarkan operasi fabrikasi ke zon industri
dimana Sime Darby adalah pemaju utama yang akan membangunkan kawasan perindustrian
berteknologi tinggi dikawasan seluas 11,600 ekar sebagai permulaan.
“Kami mahu menerokai peluang untuk bersama-sama mengembangkan operasi dalam usaha
meraih peluang dalam perniagaan ini. Kami juga sudah membuka cawangan di Johor Bahru untuk
mempromosikan produk khususnya TETTRO,” katanya lagi.
Mazlan berkata, pihak syarikat berasa bangga dengan pengenalan produk TETTRO ini pada harga
yang berpatutan dan memiliki ciri-ciri produk import yang dihasilkan sepenuhnya di negara ini.
Mengenai syarikat
Inhome Engineering Works Sdn Bhd yang ditubuhkan pada Mei 2013 bermula dengan kerja-kerja
menghasilkan gril untuk kegunaan rumah, pagar dan fabrikasi pagar.
Bermula daripada sebuah bengkel kecil dibawah pokok sebelum mengembangkan operasi
sehingga berjaya membuka sebuah kilang fabrikasi menghasilkan atap, bumbung kaca dan
bumbung yang boleh direnggangkan di Cheras, Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web www.myinhome.com.my
Inhome Engineering Works Sdn Bhd
3A, Jalan KPB 18,
Kawasan Perindustrian
Balakong,
43300 Seri Kembangan,
Selangor, Malaysia.
Tel: 03-8964 0083
017-775 3383