Download - Program -Program Pendidikan Khas
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
1/18
E. PROGRAM PROGRAM UNTUK MURID MURID KEPERLUAN KHAS
Di sekolah yang kami menjalankan kajian terdapat beberapa program yang dijalakan
untuk murid murid yang manghadapi masalah pembelajaran.
Berikut adalah program program yang dijalankan :
1. Program Pendidikan Khas
2. Rancangan Makanan Tambahan
3. Program Susu Sekolah
4. Program Vitamain 1Malaysia
F. POSEDUR ATAU PROSES PROGRAM YANG DIJALANKAN
1. Program Pemulihan Khas
Definisi
Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan
kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) yang kompleks disebabkan oleh faktor
persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. (Jabatan
Pendidikan Khas, KPM, 2008 )
Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-
murid yang menghadapi masalah atau kesukaran dalam menguasai satu-
satu kemahiran membaca, menulis dan mengira.(Panduan Am KBSR - 1982)
Murid Pemulihan Khas
Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan
oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif. (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
2/18
Rasional
PPK dijalankan di sekolah adalah kerana bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah kelas
agak menyukarkan guru untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan.
Majoriti kelas KBSR pada masa ini mempunyai bilangan murid antara 35-45 orang. Hal ini
berlawanan dengan konsep kelas kondusif yang seharusnya mempunyai bilangan murid antara
25-30 orang sahaja.
PPK pada dasarnya bertujuan untuk memastikan murid-murid menerima layanan individu
mengikut kadar perkembangan kognitif mereka.
Kumpulan Sasaran
Program Pemulihan Khas dijalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam
kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau
terencat akal.
1) Masalah pembelajaran akibat :
a) ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
b) sering tidak hadir ke sekolah
c) cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
d) leka dan lambat
2) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran :
a) masalah peribadi
b) masalah psikologi
c) kurang kecerdasan (lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan)
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
3/18
PEMULIHAN DALAM KSSR
Program LINUS (Literasi dan Numerasi) bagi murid tahap 1 mula diperkenalkan pada tahun2010. Matlamat Program LINUS ialah semua murid kecuali murid berkeperluan khas menguasai
asas literasi dan numerasi setelah 3 tahun mengikuti pendidikan rendah tahap 1 di akhir tahun
2012.
Murid-murid pemulihan khas mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan murid-
murid lain yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas.
Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan
tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.
Antara ciri-ciri murid pemulihan khas adalah seperti berikut:
1) Emosi dan Tingkahlaku
Mempunyai perasaan rendah diri dan risau.
Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka.
Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran.
Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru.
Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
Bersikap pasif.
Malas
2) Sosial
Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu
kawan-kawan.
Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
4/18
Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri.
Hyper aktif.
3) Kesihatan
Tidak bertenaga serta kurang zat makanan.
Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
Lemah gerakan motor-kasar dan halus.
Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
Kurang menjaga kebersihan diri.
4) Kesediaan Belajar
Belum bersedia untuk belajar.
Perbendaharaan kata kurang.
Lemah pemahaman. Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
Kurang matang IQ tidak seimbang dengan umur hayat.
5) Pengamatan
Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak.
Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
Lambat mengelaskan benda atau nombor.
Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
Tidak dapat menyelesaikan masalah.
Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
5/18
Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif.
Lemah pergerakan dan perbuatan.
Lemah daya pemikiran/ingatan.
Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari.
Sukar untuk membuat kenyataan am
Tugas - Tugas Guru Pemulihan Khas
Berikut adalah di antara tugas-tugas Guru Pemulihan Khas:
Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas
1. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang
telah ditetapkan.
2. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenalpasti murid-murid yang
memerlukan pengajaran pemulihan.
3. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan,
ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat
lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar
belakang murid.
4. Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta
menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan mengadakan latihan perkembangan
staf di peringkat sekolah atau daerah.
5. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid- murid.
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
6/18
Peranan GPK Dalam Program LINUS
Salah satu subbidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan ialah Literasi
dan Numerasi (LINUS). Matlamat LINUS iaitu untuk memastikan semua murid yang
tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan
numerasi.
Bagi memastikan sub-NKRA ini mencapai matlamatnya, murid LINUS Tegar, iaitu yang
tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2, akan dibimbing oleh Guru Pemulihan Khas.
Justeru itu, Guru Pemulihan Khas perlu mengajar murid LINUS Tegar selain daripada
murid-murid pemulihan Tahun 2 dan Tahun 3. Murid yang menguasai konstruk 3-7
dalam BM dan 3-9 dalam Matematik, akan dipulihkan oleh guru-guru BM dan Matematik.
Guru Pemulihan Khas hendaklah mengajar murid LINUS Tegar tidak melebihi 15 orang
pada setiap sesi pembelajaran selepas Saringan 2 dilaksanakan. Walau bagaimanapun,
semua Guru Besar hendaklah memastikan jumlah masa mengajar yang ditetapkan bagi
Guru Pemulihan Khas adalah tidak kurang dari 900 minit dan tidak melebihi 1020 minit
seminggu (termasuk waktu persediaan).
.
Senarai Semak Tugas-Tugas GPK
1) Instrumen/Ujian yang dijalankan
1. Mengumpul maklumat murid Pemulihan Khas (Borang Pencalonan Murid)
2. Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik BM (Lisan, Bertulis, Praktik)
3. Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik MT
4. Menjalankan Ujian Pelepasan IPP2M
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
7/18
5. Merekod dan menganalisis Ujian-ujian yang dijalankan kepada murid
6. Menjalankan tindakan susulan ke atas murid (berjumpa/berbincang dengan ibu
bapa)
7. Mengusulkan murid menjalani pemeriksaan doktor
8. Mengumpulkan rekod ujian/peperiksaan murid dalam arus perdana
9. Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir/mesyuarat dari semasa ke
semasa tentang masalah murid
10. Melapor pencapaian murid kepada pihak pentadbir/ mesyuarat dari semasa ke
semasa
2) Pengurusan Fail dalam Pemulihan Khas
1. Menyedia/ melengkapkan Fail Induk dan diletakkan di pejabat pentadbiran
sekolah 06/04/013
2. Fail Guru 06/04/013/01(Melengkapkan segala maklumat guru/sijil kursus)
3. Fail Maklumat Program 06/04/013/02 (Melengkapkan carta organisasi/ AJK/
Pekeliling/Takwim/Borang/ Jadual waktu kelas)
4. Fail Surat Menyurat 06/04/013/03 (Surat-surat dari sekolah/PPD/JPNS/KPM)
5. Fail Minit Mesyuarat 06/04/013/04 (Surat panggilan/agenda mesyuarat/minit
mesyuarat)
6. Fail Murid 06/04/013/05(Senarai nama murid/borang pencalonan)
7. Fail Diagnostik BM&MT 06/04/013/06 (Ujian Diagnostik BM-
Lisan/Praktik/Bertulis, Ujian Diagnostik MT
8. Fail Pelepasan BM&MT 06/04/013/07 (Ujian IPP2M/Ujian Pelepasan MT dan
lain-lain)
9. Fail Analisa Ujian 06/04/013/08 (Borang Rekod Ujian Diagnostik BM/MT/ Ujian
& Peperiksaan dalam arus perdana)
10. Fail Lembaran Kerja 06/04/013/09 (Lembaran kerja BM & MT)
11. Fail Kertas kerja 06/04/013/10 (Kertas kerja/ pamplets/ laporan program)
12. Fail LINUS 06/04/013/11(Maklumat LINUS/
13. Fail Individu murid
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
8/18
3) Pengurusan Program LINUS
1. Menyedia/ melengkapkan Fail LINUS 06/04/013/011
2. Menjadi AJK program LINUS di sekolah
3. Memahami keperluan/masalah murid dalam menguasai Konstruk 1 & Konstruk 2
4. Merancang aktiviti P&P yang sesuai bagi Konstruk 1 & Konstruk 2
5. Mengadakan pertemuan/perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga murid
6. Tindakan susulan kepada murid untuk menjalani pemeriksaan doktor
7. Menyediakan BBM yang sesuai dengan keperluan murid
8. Membuat pemerhatian ke atas murid samaada di dalam/ di luar kelas.
9. Latihan bertulis disediakan sesuai dengan kebolehan murid
Sudut - Sudut Pembelajaran Di Dalam Kelas Pemulihan Khas
Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas, edisi percubaan, 2008,
terdapat 6 ruang di dalam kelas Pemulihan Khas iaitu:
1. Ruang pengurusan
2. Ruang P&P
3. Ruang multimedia
4. Ruang bahasa
5. Ruang Matematik
6. Ruang pengamatan
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
9/18
Jadual waktu
Program Pemulihan Khas yang mempunyai jumlah murid Tahun 2 dan Tahun 3 kurang 15
orang
Tahun Murid Bahasa
Melayu
Matematik Jumlah
WaktuSeminggu
Guru Catatan
Tahun
1
Murid LINUS
Tegar(tidak
menguasai
konstrak 1&2)
12 7 19 Guru Pemulihan
Khas
Murid 4 -5
orang
Tahun
2 dan 3
Murid
Pemulihan
Khas
8 7 15 Guru Pemulihan
Khas
Murid
maksimum
15 orang
Murid LINUS tegar yang berada dalam Program LINUS tahun 1, hendaklah diajar oleh GuruPemulihan Khas. Kaedah gabung kelas antara murid pemulihan / murid LINUS boleh
dijalankan (maksimum 15 orang murid)
Program Pemulihan Khas di SJKC dan SJKT (Guru Melayu sebagai Guru Pemulihan
Khas)
Tahun Murid Bahasa
Melayu
Matematik Jumlah
Waktu
Seminggu
Guru Catatan
Tahun1
Murid LINUSTegar( tidak
menguasai
konstrak 1&2)
12 Diajar olehGuru
LINUS
12 Guru PemulihanKhas
Murid 4 -5orang
Tahun
2
Murid
Pemulihan
Khas
11 Diajar oleh
guru
matematik
11 Guru Pemulihan
Khas
Murid
maksimum
15 orang
Tahun
3
Murid
Pemulihan
Khas
11 Diajar oleh
guru
Matematik
11 Guru Pemulihan
Khas
Murid
maksimum
15 orang
Mata pelajaran Bahasa Melayu untuk LINUS Tegar hendaklah diajar oleh Guru Pemulihan Khas
dan mata pelajaran Matematik akan diajar oleh Guru LINUS (Matematik). Kaedah gabung
kelas juga boleh dilaksanakan.
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
10/18
2. PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid
yang terlibat supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Program ini diharap dapat memastikan
pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah
baik selain membantu murid mendapat makanan yang seimbang.
Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada
Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana Menteri
(JPM). AMP merupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan usaha kesihatan,
pertanian dan pendidikan. Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada murid
sekolah rendah dan kawasan luar Bandar. Mulai awal 1980an, apabila Kementerian Pelajaran
Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan program, ia telah diperluaskan menjadi
criteria utama pemilihan murid.
Kriteria pemilihan
Murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan
bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.
Kadar dan Peruntukan
Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM 1.80 sehari
bagi murid di Semenanjung dan RM 2.05 sehari bagi Sabah, Wilayah Persekutuan dan
Sarawak mulai 1 Mac 2007. Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran dan
tidak mengambil kira keperluan perkhidmatan, bahan api dan minuman. Program ini
dilaksanakan sepanjang 190 hari persekolahan dalam setahun.
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
11/18
Strategi Perlaksanaan
Jawatankuasa RMT akan memilih pembekal makanan yang bertanggungjawab
mengurus bekalan bahan, menyedia dan menghidang makanan, membersih peralatan serta
tempat hidangan. Sekolah akan memilih 5 atau 10 menu daripada senarai 20 menu yangdisediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menu ini diulangi setiap minggu atau dua
minggu mengikut cita rasa setempat, kemampuan bekalan bahan makanan dan sesuaian
dengan peruntukan kewangan. Dari segi proses penyediaan makanan, 95% sekolah di
Semenanjung dikendalikan oleh pihak kantin dan makanan akan dinikmati oleh murid beberapa
minit sebelum waktu rehat
3. PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)
Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang
berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat
makanan seimbang semasa berada di sekolah.
Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan
murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan
kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid
meminum susu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah
rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan
kurang, iaitu RM 800 per kapita.
PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia.
Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai
tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri.
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
12/18
Program ini mengandungi dua skim iaitu:
a. Skim Susu Bayaran melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada
secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.
b. Skim Susu Percuma melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yangdipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia
dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau
sukarela.
Objektif Program:
i. Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam Skim
Susu Bayaran
ii. Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi yang
rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma
iii. Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan
bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.
iv. Mengurangkan perbelanjaan sector awam melalui penglibatan agensi sector swasta.
v. Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung
dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran.
vi. Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan
pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.
4.PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA
TUJUAN
Tujuan garis panduan ini ialah untuk menggariskan kaedah pemberian multivitamin dan mineral
di sekolah rendah dan akan digunakan oleh pentadbir/ guru sekolah dalam melaksanakan
Program Vitamin 1Malaysia kepada murid sekolah. Garis panduan ini hendaklah juga dibaca
bersama Buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah, Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2005 serta Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010 Rancangan Makanan
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
13/18
Tambahan di Sekolah Rendah yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian
Pelajaran Malaysia, rujukan KP(BKEW)(PK)1587/A-4(26) bertarikh 15 Julai 2010.
1. Rasional
Kanak-kanak yang terbantut (stunted), menghadapi anemia (kurang zat
besi), kelaparan atau kurang pengambilan makanan yang seimbang
cenderung kepada pencapaian akademik dan fungsi kognitif serta
kehadiran ke sekolah yang rendah (Taras H., 2005).
Di Malaysia, pada tahun 2006, 15% (495,000) kanak-kanak berumur 7-12 tahun
yang terbantut dan 10% (283,000) kanak-kanak pula mempunyai berat badan
susut (wasted) (NHMS III, 2006). Kajian juga menunjukkan 20% kanak-kanak
bawah 6 tahun dan 20% remaja 12-19 tahun mengalami anemia atau
kekurangan zat besi (MOH, 2000., Foo et. al., 2004).
Kekurangan vitamin dan mineral yang sering berlaku dalam kalangan kanak-
kanak kurang zat makanan yang dilaporkan ialah kekurangan vitamin A, kalsium,
zat besi dan zink.
2. Keperluan Vitamin
Kanak-kanak memerlukan vitamin dan mineral bagi mencapai pertumbuhan dan
pembesaran yang optima. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan
kesihatan dan pencegahan penyakit. Mengikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia
2005, (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2005), dalam sehari, kanak-kanak
berumur 7 hingga 12 tahun memerlukan 500-600 ug vitamin A (Retinol Equivalent),
700-1000 mg kalsium, 9-15 mg zat besi dan 5.8-9 mg zink.
Lazimnya, kanak-kanak mendapat cukup vitamin melalui pengambilan makanan yang
seimbang. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sukar mendapat makanan
seimbang secara tetap setiap hari disebabkan oleh faktor seperti pendapatan keluarga
yang rendah, pengambilan suplemen multivitamin dan mineral dapat membantu
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
14/18
meningkatkan pengambilan dan seterusnya taraf pemakanan mereka. Selain itu,
suplemen vitamin dan mineral juga diperlukan oleh kanak-kanak yang cerewet atau
memilih makanan (picky eaters), sedang sakit atau baru pulih dari sakit.
3. Strategi
Pendekatan yang digunakan ialah pemberian multivitamin dan mineral dalam bentuk
tablet yang boleh dikunyah. Strategi ini dapat mengatasi masalah kekurangan vitamin
dan mineral dalam kalangan murid dari keluarga berpendapatan rendah. Dari segi
pelaksanaan, program ini diintegrasikan ke dalam Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) di Sekolah. Oleh yang demikian, ia menambah nilai program tersebut dan tidak
membebankan pihak sekolah.
4. Objektif Program
Untuk memberi multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah terutama
daripada golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki taraf pemakanan.
5. Liputan Program
Semua murid yang memenuhi kriteria pemilihan dari Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia.
Cara Pemberian
i. Kekerapan
Pemberian vitamin di sekolah dengan kekerapan 1 biji untuk 3 kali
seminggu.
ii. Dos (Bilangan tablet)
Bilangan tablet untuk setiap murid adalah mengikut jadual yang
disediakan oleh pembekal seperti di dalam spesifikasi (Lampiran 3). Ia
adalah berdasarkan kandungan vitamin dan mineral untuk memenuhi
keperluan harian mereka.
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
15/18
Rumusan
Program pemberian multivitamin dan mineral dijangka dapat meningkatkan taraf
pemakanan murid sekolah rendah yang disasarkan dan membantu meningkatkan
tumbesaran agar dapat mencapai potensi akademik mereka.
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
16/18
LAMPIRAN
BUKU BUKU PROGRAM PEMULIHAN KHAS
BUKU PANDUAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
17/18
PROGRAM SUSU SEKOLAH
PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA
-
7/29/2019 Program -Program Pendidikan Khas
18/18
RUJUKAN
1. www.moe.gov.my/bpkhas/forums/index.php?Surat Siaran Pemulihan Khas dan LINUS.
2. sekolah.mmu.edu.my/skayermolek/pmlhn_khas.htmProgram Pemulihan Khas
3. www.moe.gov.my/my/rmtRANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT).
4. www.ppdtimurlaut.edu.myindex.php...garis panduan pelaksanaan. program vitamin 1malaysi di sekolahrendah.
kementerian kesihatan malaysia. oktober 2011.
5. www.moe.gov.mymypssProgram Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan
Makanan Tambahan (RMT).
Isi Kandungan
E. PROGRAM PROGRAM UNTUK MURID MURID KEPERLUAN KHAS
F. PROSEDUR ATAU PROSES PROGRAM YANG DIJALANKAN
1. Program Pendidikan Khas2. Rancangan Makanan Tambahan
3. Program Susu Sekolah
4. Program Vitamain 1Malaysia
Lampiran gambar
Rujukan