Download - Projek Perkembangan Kanak-Kanak
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
1/34
Konsep Perkembangan Kanak-kanakSantrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan
dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada
peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Menurut Dr. Ragbir Kaur
(2008), perkembangan didefinisikan sebagai perubahan-perubahan sistematik
yang berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah
kematiannya. Perubahan-perubahan ini adalah perubahan kualitatif yang
berlaku secara progresif dalam diri manusia.
Mengikut Mok Soon Sang (2009), perkembangan merupakan satu
proses yang berterusan daripada peringkat lahir hingga peringkatkematangan. Perubahan tingkah laku mental merupakan konsep
perkembangan asasnya. Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan
merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih
baik dari segi pemikiran, rohani, etika dan sosial.
Karl E. Garrison pula menyatakan bahawa perkembangan terhasil
daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan
pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur,
kemahiran tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut
beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. D.S. Wright dan Ann
Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam
warisan hayat iaitu baka dan organisasi kepada struktur organism dalam
keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.
Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang
benar-benar serupa, semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut
susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Kesimpulannya
perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang
sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan tersebut
adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda
hidup sehingga ke akhir hayatnya.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
2/34
Prinsip-prinsip Perkembangan Kanak-kanakMenurut Mok Soon Sang (2009), proses perkembangan berlaku
mengikut aturan. Pertumbuhan berlaku dengan berdasarkan dua arah iaitu
dari kepala ke kaki, cephalocaudal dan dari tengah ke tepi, proximodistal.
Perkembangan dan pertumbuhan ini sebenarnya adalah saling berinteraksi.
Sebagai contohnya, pertumbuhan jasmani atau fizikal yang kurang sihat
boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.
Perkembangan dan pertumbuhan sebenarnya boleh dibahagikan
kepada beberapa peringkat seperti peringkat pralahir (prenatal) iaitu ketika
dalam kandungan selama 9 bulan, peringkat bayi iaitu ketika berumur 0hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak ketika berumur 2 hingga 3 tahun,
peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun,
peringkat akhir kanak-kanak iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun, peringkat
awal remaja ketika berumur 11 hingga15 tahun, peringkat pertengahan
remaja iaitu ketika berumur 16 hingga18 tahun, peringkat akhir remaja ketika
berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat dewasa ketika berumur 21 hingga 60
dan peringkat tua selepas berumur 60 tahun keatas. Perubahan dari segi
bentuk fizikal dan tingkah laku saling berkait dengan proses perkembangan.
Ini bermakna, perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental
dan sosial.
Manakala bagi Haliza Hamzah, Joy N. Samuel (2010), terdapat lima
prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama ialah proses
perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya, seseorang bayi pada
peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak dengan
mengikut kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Proses perkembangan
bayi adalah sama dalam semua peringkat melainkan bayi yang lahir awal,
mungkin akan lambat dalam beberapa aspek. Perkembangan juga bermula
daripada konkrit kepada abstrak terutamanya dalam perkembangan kognitif
dan bahasa.
Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan
beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya,
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
3/34
seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar
menggunakan jarinya. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih
dahulu sebelum beransur ke pertumbuhan otot-otot halus.
Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan
perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Hal ini
berlaku dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berlaku secara
berterusan daripada lahir sehingga meninggal dunia. Dalam proses
perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada.
Pada setiap peringkat, kanak-kanak akan mendapat kemahiran yang tertentu.
Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk
mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.
Prinsip asas yang keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan
adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk
setiap individu. Contohnya, setengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur
10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini adalah
salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang
kita dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah.
Prinsip perkembangan yang seterusnya adalah hasil interaksi di antara
kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi
yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk,
berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik.
Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi
dan memerlukan usaha.
Sehubungan dengan itu, mereka menyatakan bahawa proses
pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangan potensi
yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf
anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi
dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
4/34
Faktor-faktor yang MempengaruhiPerkembangan Kanak-kanak
Faktor Baka:
Pengaruh genetik atau baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan
manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel (1822-1889)
di Austri. Menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor, faktor yang mempengaruhi
perkembangan terbahagi kepada dua, iaitu faktor endogen dan faktor
eksogen, manakala bagi Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel pula baka dan
persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak.
Menurut Haliza Hamzah dalam buku Perkembangan kanak-kanak
untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, baka merujuk kepada ciri-ciri
biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-
anaknya mereka. Tambahan pula, trait yang diwarisi anak-anak daripada ibu
bapa mengandungi gen-gen tersebut. Maka, ia akan menguasai
perkembangan manusia dan adalah unik dan berbeza bagi setiap individu.
Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan
dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut, misalnya saiz dan bentuk
badan, ketinggian, rambut dan warna mata. Di sini pengaruh genetik
memainkan peranan penting apabila ibu bapa tinggi, anak-anak mereka juga
mengalami perkembangan yang pesat dan agak tinggi daripada kanak-kanak
sebaya mereka.
Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai
perkembangan manusia dan akan memberikan sifat unik bagi setiap individu.
Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Kajian ahli-ahli
psikologi telah membuktikan baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang
menyebabkan perbezaan kadar perkembangan manusia. Pengaruh genetik
dikenali sebagai gen yang menentukan baka atau ciri keturunan.
Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada
prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering
mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
5/34
mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak
yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu
bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan
bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan cepat marah.
Faktor Persekitaran
Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah
persekitaran. Faktor ini merujuk kepada pengalaman sebelum dan selepas
lahir seseorang individu. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan
dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan
keadaan emosi ibu. Pemakanan, taraf sosio ekonomi, tahap pendidikan
keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan
persekitaran dunia menyumbang kepada pengalaman selepas kelahiran
seseorang individu.
Urie Bronfenbrenner seorang ahli psikologi Amerika menjelaskan
kanak-kanak sebagai hasil interaksi di antara alam persekitaran dengan
kanak-kanak tersebut. Menurut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989)
persekitaran kanak-kanak terdiri daripada satu set sistem sosial yangkompleks dan saling berinteraksi. Menurut beliau, persekitaran individu terdiri
daripada 5 lapisan sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem,
makrosistem, dan kronosistem. Teori Ekologi Bronfenbrenner menegaskan
kepentingan persekitaran dan kesannya kepada perkembangan kanak-kanak.
Lapisan Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana
kanak-kanak mempunyai interaksi secara dan menghabiskan paling banyak
masa. Contohnya interaksi kanak-kanak di dalam keluarga iaitu dengan ibu
bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta guru terlibat dalam
proses perkembangan kanak-kanak. Keluarga terutamanya ibubapa
merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang
kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat, mereka mempunyai pengaruh
besar ke atas tingkah laku kanak-kanak.
Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan
mikrosistem yang lain. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
6/34
mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain.Sebagai contoh,
keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti
seseorang individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai
masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan
menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah
tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka. Mengikut Bronfenbenner juga,
kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi
dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-
kanak yang kekurangan peluang.
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak
melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam
persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut.
Maksudnya di sini, pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi
orang lain. Sebagai contoh, persekitaran sekolah dengan pasar raya. Kaedah
pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh
tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan
sosial kanak-kanak tersebut.
Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipengaruhi
oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah
masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock, 2008). Di sesetengah
negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi
peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting berbanding kaum
wanita. Hal ini kerana wanita sentiasa dianggap sebagai kaum yang lemah.
Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam dalam suatu
tempoh masa. Misalnyakanak-kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada
permainan berteknologi selaras dengan arus perubahan serta pembangunan
sesebuah negara seperti permainan internet, memuat turun maklumat melalui
internet dan sebagainya. Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu,
mereka hanya bermain permainan yang bersumberkan alam sekitar seperti
wau, gasing dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, pembangunan
sesebuah negara memberi implikasi yang besar kepada perkembangan
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
7/34
kanak-kanak dari banyak aspek. Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke
hadapan serta berpandangan jauh.
Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling
berinteraksi antara satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi
perkembangan individu, maka setiap individu memang tidak dapat dinafikan
mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
8/34
Perkembangan Fizikal dan Kognitif
Peringkat Kanak-Kanak
Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu
perkembangan fizikal (pertumbuhan fizikal akan terhenti apabila seseorang
mencapai kematangan). Perkembangan adalah aspek perubahan yang
dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran
masa.
Perkembangan Fizikal Peringkat Kanak-Kanak:
Pekembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar
pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan
perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa pembesaran
kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan,
menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih
kompleks.
Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanaksecara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung,
perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan
sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam
sukan atau permainan. Sekiranya kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing,
ia mungkin akan disingkirkan oleh rakan-rakannya. Ini akan mempengaruhi
keyakinan terhadap dirinya dan seterus mempengaruhi perkembangan
personalitinya.
Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi
asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
9/34
Data dan Perbandin gan:
Jadual 1: Ujian Perkembangan Fizikal Bagi Murid Tahun 1
0
20
40
60
80
100
120
140
Tinggi Saiz Kepala Pinggang
Ukuran(cm)
Data
Perkembangan Fizikal (Tinggi dan SaizKepala) Bagi Tahun 1
Leng Xiang Yu
Cheng Yu Kang
24
25
26
27
2829
Berat Badan
Ukuran(Kg)
Data
Perkembangan Fizikal (Berat Badan)
Bagi Tahun 1
Leng Xiang Yu
Cheng Yu Kang
Nama Tinggi(cm)
Berat(Kg)
Pinggang(cm)
Saiz Kepala(cm)
1 Leng Xiang Yu 126.00 26.00 61.00 50.30
2 Cheng Yu Kang 124.50 29.00 63.00 50.30
Purata 125.25 27.50 62.00 50.30
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
10/34
Jadual 1, Graf 1.1 dan graf 1.2 di atas menunjukan data ujian
perkembangan fizikal bagi murid Tahun 1 yang merangkumi tinggi, berat, saiz
kepala dan pinggang. Antara murid yang telah saya memilih adalah Leng
Xiang Yu (Leng) dan Cheng Yu Kang (Cheng). Kedua-dua murid ini diambil
daripada kelas yang sama iaitu Kelas 1M. Daripada jadual di atas, jelasmenunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi kedua-dua murid tersebut dari
segi ketinggian, keberatan, saiz kepala dan ukuran pinggang.
Dari segi ketinggian, Leng mempunyai ketinggian yang lebih tinggi
sedikit iaitu sebanyak 1.50 cm berbanding dengan Cheng. Ketinggian Leng
dan Cheng adalah 126.00 cm dan 124.50 cm. Ini menjadikan purata
ketinggian murid tahun 1 adalah 125.25 cm. Dalam aspek ini, kami boleh lihat
bahawa ketinggian Leng dan Cheng adalah disebabkan oleh faktor genetik.
Menurut siasatan, kedua-dua ibu bapa Leng sangat tinggi. Oleh itu, dari segi
baka, Leng juga akan lebih tinggi sedikit berbanding dengan Cheng yangberbaka daripada kedua ibu bapa yang sederhana.
Dari segi berat badan dan ukuran pinggang pula, Cheng mmberikan
data yang lebih tinggi dengan Leng. Berat badan Cheng dan Leng adalah 26
Kg dan 29 Kg. Manakala ukuran pinggang mereka adalah 61.00 cm dan
63.00 cm. Ini menjadikan purata berat badan mereka adalah sebanyak 27.50
kg, manakala purata bagi ukuran pinggang mereka adalah sebanyak 62.00
cm. Keadaan ini disebabkan oleh faktor persekitaran. Biasanya, anak yang
berbaka tinggi akan lebih berat berbanding dengan anak yang lebih rendah.
Ini disebabkan keberatan tulang yang lebih berat. Walaupunbagaimanapun,Cheng lebih ringan dan kurus dari segi keberatan yang rendah dan ukuran
pinggang yang kecil berbanding dengan Cheng.
Berdasarkan situasi ini, ia disebabkan oleh faktor persekitaran. Cheng
merupakan anak yang berkeluarga sederhana. Sekira berbanding dengan
Cheng yang berkeluarga kaya, segi pemakanan Cheng adalah sangat cukup
dan berkhasiat berbanding dengan Leng. Oleh itu, saiz Cheng akan lebih
besar daripada Leng. Dari Cheng patutlah makan makanan yang lebih
seimbang bagi mengelakkan Obesiti. Ini akan menjejaskan keshatannya.
Dari segi saiz kepala, Leng dan Cheng mencatatkan saiz kepala yang
sama iaitu 50.30 cm. Dengan mendapat purata 50.30, saya boleh katakana
saiz kepala begi semua kanak-kanak yang berumur 7 adalah lebih kurang
sama dengan purata saiz kepala yang saya dapat.
Kesimpulannya, perkembangan fizikal kanak-kanak 7 tahun adalah
hampir sama tetapi atas sebab faktor genetik dan faktor persekitaran iaitu dari
segi pemakanan telah membezakan perkembangan mereka.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
11/34
Jadual 2: Ujian Perkembangan Fizikal Bagi Murid Tahun 6
Graf menunjukkan perkembangan fizikal dengan mengukur ketinggian dan
saiz kepala kedua-dua murid bagi Tahun 6.
Graf menunjukkan perkembangan fizikal dengan ukuran berat badan bagi
kedua-dua murid Tahun 6.
0
20
40
60
80
100
120
140
160
180
Tinggi Saiz Kepala Pinggang
Ukuran(cm)
Data Perkembangan Fizikal
Perkembangan Fizikal Bagi Murid Tahun 6
Ooi Chin Boon
Hah Kok Huai
0
20
40
60
80
Berat Badan
Ukuran(K
g)
Axis Title
Perkembangan Fizikal (Berat Badan)Bagi Tahun 6
Ooi Chin Boon
Hah Kok Huai
Bil. NamaTinggi
(cm)
Berat
(Kg)
Pinggang
(cm)
Saiz Kepala
(cm)
1 Ooi Chin Boon 164.00 70.00 87.00 62.00
2 Hah Kok Huai 151.50 33.00 59.00 56.50
Purata 157.75 51.50 73.00 59.25
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
12/34
Jadual 2, graf 2.1 dan graf 2.2 di atas menunjukan data ujian
perkembangan fizikal bagi murid Tahun 6 yang merangkumi tinggi, berat,
ukuran pinggang dan saiz kepala. Murid yang terlibat dalam ujian ini adalah
Ooi Chin Boon (Ooi) dan Hah Kok Huai (Hah) . Kedua-dua murid ini diambil
daripada kelas yang sama iaitu kelas 6A. Daripada jadual di atas, jelasmenunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi ketiga-tiga murid tersebut dari
segi tinggi, berat,saiz kepala dan saiz badan.
Dari segi ketinggian, Ooi adalah lebih tinggi berbanding dengan Hah.
Ketinggian Ooi adalah 164.00 cm manakala Hah adalah 151.50 cm. Jurang
perbezaan ketinggian mereka adalah 12.5 cm. Dari segi barat badan pula,
Ooi mencatatkan data 70.00 Kg tetapi Hah hanya mencatatkan berat badan
33.00 Kg. Ini menunjukkan perbezaan dari segi berat badan yang sangat
besar. Perbezaan mereka adalah sebanyak 37 Kg. Pada masa yang sama,
ukuran pinggang bagi Ooi dan Hah ialah 62.00 cm dan 56.50 cm.berdasarkan data ini, Ooi adalah lebih tinggi, lebih berat dan lebih gemuk
berbanding dengan Hah.
Sebenarnya, bagi kanak-kanak yang berumur 12 biasanya tidak begitu
tinggi dan berat seperti Ooi. Oleh itu, pemerhatian telah dijalankan. Mengikut
siasatan, Ooi merupakan anak yang berkeluarga kaya. Kedua-dua ibu bapa
Ooi adalah sangat tinggi dan bersaiz badan besar. Di samping itu, Ooi
mengamalkan sikap pemakanan yang kurang sihat. Ooi suka makan
makanan seperti KFC, coklat, mee goreng, nasi goreng dan makanan lain
yang berlemak. Atas faktor baka dan persekitaran telah menjadikanperkembangan fizikal Ooi berbeza dengan kanak-kanak berumur 12 yang lain.
Hah turut merupakan anak yang berkeluarga kaya. Ketinggian kedua-
dua ibu bapa Hah adalah sederhana manakala ibu bagi Hah adalah lebih
gemuk. Walaupun Hah juga sangat gemar makan KFC dan coklat seperti Ooi,
tetapi dia tidak makannya selalu. Ini disebabkan ibubapanya jarang beli dan
tidak membenarkannya makan makanan yang kurang berkhasiat. Dari sini,
saya boleh nampak bahawa atas faktor baka, Hah tidak dapat
memperkembangankan ketinggian fizikalnya seperti Ooi.
Walaubagaimanapun, Hah tidak gemuk seperti ibunya. Atas faktor
persekitaran dengan amalan makanan yang baik telah menjadikan Hah
tumbuh dalam keadaan dan kesihatan yang baik.
Ooi haruslah mengamalkan amalan makanan yang lebih sihat seperti
mana yang diamalkan oleh Hah. Hanya dengan amalan pemakanan yang
baik, barulah Ooi dapat mencapai ke tahap tertinggi perkembangan fizikal
dengan tubuh badan yang sihat.
Dari segi saiz kepala,Ooi dan Hah masing-masing mencatatkan saiz
kepala 62 cm dan 56.5 cm dan menjadikan purata saiz kepala bagi kedua-
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
13/34
dua responden adalah 59.25 cm. Saiz kepala Ooi lebih besar disebabkan
badannya yang besar.Dengan saiz kepala yang lebih besar barulah dapat
mengimbangakan saiz badan yang lebihbesar.
Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak pada tahap ini
mengalami proses perkembangan fizikal secara berbeza-beza disebabkan
oleh faktor baka dan persekitaran.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
14/34
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Menurut Nani, M. dan Rohani,A. (2007), dalam bukunya Panduan
Kognitif Kanak-kanak Prasekolah(cetakan ketiga), kognitif merujuk kepada
intelek atau pemikiran ( Spodek dan rakan-rakan 1987). Perkembangan
kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses
maklumat. Dengan kata lain ia adalah suatu proses memperkembangkan
daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.
Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau
proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka
perkembangan kognitf kanak-kanak adalah berkait rapat dengan
perkembangan otak mereka serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan
sebaya yang lebih berpengalaman. Hal ini bermaksud, perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak dan sensori
motor(fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu
perkembanagn sosial.
Perkembangan kognitif juga merujuk kepada kebolehan individu untuk
berfikir, memberi pendapat, memahami serta mengungati perkara-perkara
yang berlaku di persekitaran masing-masing.
Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap
pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran
kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang
seterusnya.
Secara holistiknya, perkembangan kognitif boleh ditakrifkan sebagai
proses peningkatan keupayaan fikiran, pengetahuan dan keintelektualan
seorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai
aktiviti penyelasaian masalah, memahami, menganalisa dan membentuk
pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman baru yang
dilaluinya.
4.1 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Mengikut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Mok Soon
Sang(2009), perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat
peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra-Operasi (2-7
tahun), Peringkat Konkrit (7-12 tahun) dan akhir sekali ialah Peringkat
Operasi Formal (selepas 12 tahun).
Bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun, mereka berada pada tahap
ketiga berdasarkan teori Piaget yang dikenali sebagai tahap operasi konkrit
iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini,
kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada
tahap praoperasi.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
15/34
Pada ketika ini, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak
mengendahkan keperluan orang lain akan beransur hilang kerana pada
peringkat ini kanak-kanak akan bersifat lebih matang dan terbuka serta bakal
menempuhi peringkat seterusnya iaitu awal remaja. Selain itu, Jean Piaget
berpendapat bahawa kanak-kanak akan mengalami pemusatan perhatianterhadap satu-satu perkara, mereka mula memperoleh konsep transformasi,
menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsang.
Pada peringkat ini, perasaan ingin tahu kanak-kanak mula meningkat dan
gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang
lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan
mereka mula menerima pendapat orang lain.
Mengikut Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), kanak-kanak
akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya
kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit
sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan
konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padanan. Mereka juga faham
akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun,
kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul
tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan,
makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep
yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan
sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa
kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas
objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses
pemikirannya sendiri.
Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung lima
konsep yang asas, iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan
akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang
individu.
Skema merujuk kepada kebolehan atau pengalaman individu yang
dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi untuk
melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan,
bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali
sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa,
memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang,
kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan.
Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak
menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan
menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
16/34
Adaptasi pula merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan
di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai
kecenderungan semulajadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari
dengan kehendak persekitaran.
Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap
tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau, perubahan
daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku
apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah
kepada pengalaman yang relevan.
Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru
diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku
membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada
pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang
baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan
menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus
merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan
yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".
Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif
mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat
menyesuaikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan
kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatuproses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang
tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya
dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
Menurut Nani, M. dan Rohani,A. (2007), terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Pertama, faktor
persekitaran fizikal. Kewujudan alat permainan binaan seperti blok dan lego
akan menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dan inovatif. Faktor kedua
ialah persekitaran emosi. Persekitaran emosi negatif dapat mengganggu
perkembangan kognitif kanak-kanak. Faktor ketiga pula ialah persekitarankomunikasi. Persekitaran komunikasi amat penting dalam menggalakkan
keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
17/34
4.2 DATA DAN PERBINCANGAN
Ujian Kognitif bagi Murid Berumur 7 Tahun
Jadual 3.1: Ujian Kuantiti Air bagi Murid Tahun1
Bil. NamaSebelum Air Dituang Selepas Air Dituang
Sama Tidak Sama Sama Tidak Sama
1 Leng Xiang Yu
2 Cheng Yu Kang
Jadual 3.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang telah
dijalankan ke atas murid tahun 1 ataupun murid yang berumur 7 tahun. Dalamujian ini, pada mulanya, kuantiti air yang sama dimasukkan ke dalam dua
bekas plastik yang sama. Murid tersebut perlu menyatakan adakah kedua-
dua bekas air tersebut mempunyai kuantiti air yang sama ataupun tidak.
Kedua-dua murid menyatakan bahawa kuantiti air dalam bekas tersebut
adalah sama.
Kemudian, salah satu air dalam bekas plastik itu dimasukkan ke dalam
botol kaca yang mempunyai saiz yang panjang dan tirus. Kedua-dua orang
murid dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air dalam bekas dan botol
yang berbeza saiznya itu adalah sama ataupun tidak. Dalam ujian ini,
seorang daripada kedua-dua murid itu, Leng telah menyatakan kuantiti air
dalam kedua-dua bekas tersebut adalah tidak sama manakala satu orang
murid lagi, Cheng pula menyatakan bahawa kuantiti air adalah sama.
Dalam hal ini, hanya satu murid iaitu Cheng yang dapat menjawab
ujian ini dengan betul. Ini menunjukkan Leng belum menguasai prinsip
identity. Dalam prinsip identiti, Cheng sudah boleh mengetahui bahawa
sekiranya tiada kuatiti yang ditambah atau dikurangkan, maka kuatiti air
tersebut tetap sama walaupun dimasukkan ke dalam bekas yang berbezasaiznya. Perkembangan kognitif Cheng telah mencapai peringkat operasi
konkrit. Biasanya murid dalam peringkat pra operasi ini lebih bersifat intuitif
iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang
nampak jelas dan nyata.
Mengikut Piaget Conservative Task, murid-murid lebih tertumpu
kepada keadaan fizikal (paras air yang rendah) daripada konsep yang lebih
abstrak (isipadu cecair). Murid-murid juga tidak dapat melaksanakan
transformasi dangan melihat isipadu cecair sebagai isipadu cecair yang baru
dan bukan yang lama. Mereka turut tidak dapat melakukan proses balik
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
18/34
semula secara mental iaitu membalikkan proses kepada asal dengan
menuangkan air kepada bekas yang lama semula.
Kesimpulannya, murid berperingkat pra operasi (2-7 tahun) masih tidak dapat
menguasai konsep pengekalan. Mereka tidak dapat menguasai tiga-tiga
prinsip identity, prinsip ganti rugi (compensation) dan prisip keterbalikan.
Menurut Piaget, kanak peringkat ini bersikap egosentrik. Mereka melihat dan
memahami persekitaran melalui perspektif mereka sendiri. Oleh itu, saya
boleh mengatakan bahawa Cheng merupakan kanak yang sangat pandai.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
19/34
Jadual 3.2: Ujian Kuantiti Plastisin bagi Murid Tahun 1
Bil. Nama
Sebelum Plastisin
Dipanjangkan
Selepas Plastisin
Dipanjangkan
Sama Tidak Sama Sama Tidak Sama
1 Leng Xiang Yu
2 Cheng Yu Kang
Jadual 3.2 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti plastisin yang
dijalankan ke atas murid yang berumur 7 tahun. Dalam ujian ini, dua biji
plastisin yang berbentuk bulat dan sama saiz telah digunakan. Dua biji
plastisin tersebut diletak dalam barisan yang sama dan menunjukkannya
kepada kedua-dua murid tersebut. Murid-murid akan menentukan sama ada
dua biji plastisin tersebut adalah sama panjang ataupun tidak. Daripada ujian
yang dijalankan ke atas kedua-dua murid-murid, mereka menjawab bahawa
dua utas tali yang disusun dalam dua baris yang sama seperti mana yang
direkodkan dijadual 3.2.
Seterusnya, sebiji plastisin itu telah ditekan dan dipanjangkan,
kemudiannya murid diminta untuk menentukan sama ada kedua-dua plastisin
yang berbeza bentuk adalah sama banyak atau tidak. Hasilnya, Leng
menyatakan bahawa kedua-dua plastisin tersebut tidak sama banyakmanakala Cheng menyatakan kedua-dua plastisin tersebut adalah sama
banyak.
Daripada ujian plastisin ini, didapati bahawa hanya Cheng yang boleh
menjawab dengan betul. Ini menunjukkan Cheng boleh menguasai prinsip
identiti manakala Leng masih gagal untuk menguasai prinsip identity.
Dalam aktiviti ini, Cheng telah berjaya menguasai konsep tiga prinsip.
Perkembangan kognitif Cheng boleh dikatakan sudah mencapai tahap
peringkat operasi konkrit. Manakala Leng masih dalam perkembangankognitif yang berperingkat pra operasi.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
20/34
Jadual 3.3: Ujian Pecahan Biskuit bagi Murid Tahun 1
Bil. Nama
Sebelum Biskuit
Dipecahkan
Selepas Biskuit
Dipecahkan
Sama Tidak Sama Sama Tidak Sama
1 Leng Xiang Yu
2 Cheng Yu Kang
Jadual 3.3 menunjukan butiran mengenai ujian pecahan biskuit yang
telah dijalankan ke atas murid tahun 1 ataupun murid yang berumur 7 tahun.
Dalam ujian ini, pada mulanya, tiga keping biskuit digunakan. Ketiga-tiga
biskuit dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A terdapat satu keeping
biskuit manakala Kumpulan B terdapat dua keping biskuit. Murid dikehendaki
membandingkan kuantiti biskuit yang ada dalam kedua-dua kumpulan
tersebut. Kedua-dua murid menyatakan bahawa kuantiti biskuit dalam kedua-
dua kumpulan adalah tidak sama.
Kemudiannya, biskuit Kumpulan A telah dipecahkan kepada dua.
Semua biskuit diletakkan pada barisan yang sama lalu menanya mereka
sama ada kedua-dua kumpulan tersebut mengandungi kuantiti biskuit yang
sama sekarang. Dalam ujian ini, Leng mengatakan bahawa kedua-dua
kumpulan biskuit terdapat kuantiti yang sama manakala Cheng mengatakan
kuantiti biskuit dalam kedua-dua kumpulan adalah berbeza. Dalam ujian ini,
Cheng telah berjaya menjawabnya dengan betul.
Daripada ujian pecahan biskuit ini, didapati bahawa hanya Cheng
yang boleh menjawab dengan betul. Ini menunjukkan Cheng boleh
menguasai prinsip identiti manakala Leng masih gagal untuk menguasai
prinsip identity. Dalam aktiviti ini, Cheng telah berjaya menguasai konsep tiga
prinsip. Perkembangan kognitif Cheng boleh dikatakan sudah mencapai
tahap peringkat operasi konkrit. Manakala Leng masih dalam perkembangan
kognitif yang berperingkat pra operasi.
Kesimpulannya, perkembangan kognitif Cheng adalah lebih cepat
berbanding dengan perkembang kognitif Leng. Oleh itu, saya boleh membuat
satu rumusan bahawa Cheng lebih cerdik berbanding dengan Leng. Ini
disebabkan dengan perkembangan kognitif Cheng lebih matang.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
21/34
Ujian Kognitif bagi Murid Berumur 12 Tahun
Jadual 4.1: Ujian Kuantiti Air bagi Murid Tahun 6
Bil. NamaSebelum Air Dituang Selepas Air Dituang
Sama Tidak Sama Sama Tidak Sama
1 Ooi Chin Boon
2 Hah Kok Huai
Jadual 4.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang
dijalankan ke atas responden tahun 6. Dalam ujian ini, dua bekas air yang
sama dan satu bekas air yang berbeza digunakan. Pada mulanya, kuantiti air
yang sama dimasukkan ke dalam dua bekas yang sama saiz. Murid-murid
dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air tersebut adalah sama ataupun
tidak. Hasilnya, kedua-dua orang murid iaitu Ooi dan Hah menyatakan
bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Jawapan
mereka direkodkan seperti dalam jadual.
Kemudian, salah satu bekas yang berisi air tadi dituangkan ke dalam
botol yang mempunyai saiz yang berlainan iaitu tirus dan panjang. Muriddikehendaki menentukan sama ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas itu
adalah sama ataupun tidak. Dalam ujian ini, kedua-dua murid tahun 6 ini
menyatakan bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah
sama. Mereka turut menjawab dengan memberikan sebab. Mereka
menyatakan demikian kerana kuantiti air tidak akan berubah walaupun
dimasukkan ke dalam mana-mana bekas.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-
11 tahun ) sudah dapat menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun
dimasukkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berbeza jika tiada
penambahan kuantiti kepada air tersebut.
Dalam ujian ini, jelas membuktikan bahawa kedua-dua murid itu telah
pun menguasai prinsip identity, ganti rugi dan keterbalikan. Dalam prinsip
identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada
bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
22/34
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
23/34
Jadual 4.2: Ujian Kuantiti Plastisin bagi Murid Tahun 6
Bil. NamaSebelum Dipanjangkan Selepas Dipanjangkan
Sama Tidak Sama Sama Tidak Sama
1 Ooi Chin Boon
2 Hah Kok Huai
Jadual 4.2 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti plastisin yang
dijalankan ke atas murid-murid tahun 6. Dalam ujian ini, dua biji plastisin yang
berbentuk bulat sama saiz telah digunakan. Pada mulanya, dua biji plastisin
disusun dalam barisan yang sama dan kemudiannya murid akan menentukan
sama ada dua biji plastisin yang berbentuk bulat tersebut adalah sama
panjang ataupun tidak. Jawapan yang diberikan oleh murid-murid akan
direkodkan. Daripada ujian yang dijalankan ke atas kedua-dua murid ini,
mereka menjawab bahawa kedua-dua biji plastisin ini adalah sama besar.
Seterusnya, sebiji plastisin akan ditekan dan dipanjangkan. Murid
diminta untuk menentukan sama ada kedua-dua plastisin itu terdapat kuantiti
yang sama atau tidak. Didapati bahawa, kedua-dua murid menyatakan
bahawa kuantiti kedua-dua plastisine adalah sama walaupun bentuknya telah
ditukar. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11
tahun ) sudah mampu menentukan bahawa kedua-dua plastisin adalah sama
kuantitinya walaupun bentuknya telah diubah.
Kesimpulannya, daripada ujian kuantiti plastisin ini, terbukti bahawa
kedua-dua murid ini telah menguasai prinsip-prinsip seperti yang terkandung
dalam konsep pengekalan. Kedua-dua murid ini telah menguasai konsep
prinsip ganti rugi. Mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan
diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
24/34
Jadual 4.3: Ujian Pecahan Biskuit bagi Murid Tahun 6
Bil. NamaSebelum Selepas
Sama Tidak Sama Sama Tidak Sama
1 Ooi Chin Boon
2 Hah Kok Huai
Jadual 4.3 menunjukan butiran mengenai ujian pecahan biskuit yang
telah dijalankan ke atas murid tahun 6 ataupun murid yang berumur 12 tahun.
Dalam ujian ini, pada mulanya, tiga keping biskuit digunakan. Ketiga-tiga
biskuit dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A terdapat satu keeping
biskuit manakala Kumpulan B terdapat dua keping biskuit. Murid dikehendaki
membandingkan kuantiti biskuit yang ada dalam kedua-dua kumpulantersebut. Kedua-dua murid menyatakan bahawa kuantiti biskuit dalam
Kumpulan A dan B adalah tidak sama.
Kemudiannya, biskuit Kumpulan A telah dipecahkan kepada dua.
Semua biskuit diletakkan pada barisan yang sama lalu menanya mereka
sama ada kedua-dua kumpulan tersebut mengandungi kuantiti biskuit yang
sama sekarang. Dalam ujian ini, Ooi dan Hah turut mengatakan bahawa
kedua-dua kumpulan biskuit terdapat kuantiti yang berbeza. Mereka
mengatakannya berbeza kerana biskuit dalam Kumpulan A tetap sama
walaupun ia telah dipecahkan. Ini disebabkan separuh biskuit dan separuhbiskuit masih hanya terdapat satu biskuit. Kedua-dua murid telah berjaya
menjawabnya dengan betul.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit (7-
11 tahun), sudah boleh menentukan bilangan biskuit adalah tak sama
walaupun selepas salah satu keeping biskuit dipecahkan menjadi dua. Beliau
menyatakan bahawa, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit ini sudah
boleh menguasai konsep pengekalan (conservation).
Daripada ujian ini, saya dapat simpulkan bahawa kedua-dua muridtelah mencapai peringkat Operasi Konkrit dan telah menguasai prinsip identiti
seperti yang terkandung dalam konsep pengekalan (conservation). Dalam
prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah
atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah tetap sama walaupun
bentuknya atau susunannya berubah.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
25/34
IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK
Kajian tentang perkembangan kanak-kanak memberikan implikasi terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Awal Kanak-Kanak (2-6 Tahun)
Awal kanak-kanak biasanya bermula daripada dua hingga enam tahun.
Pada peringkat ini, pertumbuhan fizikal perlahan jika dibanding dengan
pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak tersebut. Ketinggian kanak-
kana pada peringkat ini dua kali ketinggiannya semasa lahir dan berat
badannya mungkin empat kali ganda. Otot-otot kasar sudah berkembang
tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan sempurna. Kajian
menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak perempuan pada peringkat
ini lebih cepat daripada kadar perkembangan kanak-kanak lelaki.
Perubahan dalam kebolehan psikomotor ini mengikut aturan, misalnya
seorang kanak-kanak boleh berlari terlebih dahulu sebelum dia boleh belajar
bermain menggunakan kasut roda. Kadar perubahan dan kebolehan
psikomotor dipengaruhi oleh genetik. Misalnya jika kebolehan berjalan
berlaku awal untuk kedua-dua ibu bapa maka anaknya juga akan dapat
berjalan pada peringkat awal.
Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas.
Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana
yang perlu. Bantuan yang berlebihan akan menggalakkan pergantungan
kanak-kanak kepada ibu bapa atau guru dan menimbulkan perasaan kurang
yakin untuk melakukan sesuatu dengan sendiri.
Kanak-kanak juga akan merasai saat kepuasan sekiranya berjaya
melakukan sesuatu dengan sendiri. Kanak-kanak berkembang pada tahap
yang berbeza. Elakkan daripada membanding antara kanak-kanak. Kanak-
kanak agak aktif pada peringkat ini. Guru boleh menyediakan aktivit-aktiviti
seperti bermain bola dan berlari. Aktiviti-aktiviti yang disediakan mesti
mengambil kira perkembangan otot, khususnya otot-otot kecilnya yang belum
sempurna.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
26/34
Kanak-kanak (7-12 tahun)
Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan
tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini.
Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak
penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada
peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti.
Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 hingga
10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kana-
kanak lelaki mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12
tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun.
Pada umumnya, kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada umur sebelas tahun
apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih
kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas
yang diberi oleh kepada mereka.
Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah
mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar
bermainan alat-alat muzik seperti piano dan biola, menjahit, mengait
membina model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan olahraga. Kanak-
kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan lasak misalnya permainan
bola sepak di padang.
Implikasi kepada pengajaran dan pembelajarandalam kelas.
Kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti
seperti melukis dan mewarna kerana mereka sudah pun mengalami
perkembangan otot-otot halus. Perkembangan otot-otot harus ini membantu
mereka untuk menggenggam sesuatu dengan kemas dan kuat.
Selain itu, ibubapa dan guru boleh melibatkan kanak-kanak dalam
aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenang, gimnastik untuk
menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap.
Menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki misalnya
bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak-kanak
perempuan misalnya bola jaring dan bola baling.
Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai serta seimbang perlu
diterapkan kepada kanak-kanak. Dalam lingkungan umur ini mereka perlu
disajikan dengan makanan yang mampu memberikan tenaga kepada mereka
kerana kanak-kanak di antara 7-12 tahun ini sangat aktif bergerak dan
bermain. Jadi, mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk mejalankan
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
27/34
aktiviti-aktiviti tersebut. Walaubagaimanapun, sifat pemakanan kanak-kanak
perlulah dijaga oleh ibubapa.
Menurut Gorbin dan Lindsey (1994), kecergasan fizikal boleh
dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kecergasan fizikal berlandaskan
kesihatan dan psikomotor. Pada tahap usia ini kemahiran psikomotor halus
menjadi lebih baik dan cekap.
Kebiasaannya, dalam usia kanak-kanak ini, perbezaan saiz, berat
badan dengan rakan sebaya boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah
penyesuaian diri seseorang individu. Jika diperhatikan, dalam sebuah kelas
akan terdapat perbezaan yang ketara dari segi ketinggian, berat dan bentuk
badan pelajar. Terdapat murid yang gemuk dan kurus serta murid yang tinggi
dan rendah. Kebiasaanya, sebuah kelas akan mengandungi pelbagai etnik
pelajar yang berbeza dari aspek bentuk fizikal. Jika diperhatikan, kaum cina
mempunyai kulit yang cerah, bermata sepet manakala kaum melayu
mempunyai kulit yang sedikit gelap berbanding kaum cina dan kaum india
mempunyai kulit yang gelap. Namun perbezaan fizikal mengikut kaum
merupakan ciri-ciri universal dan diterima umum. Kanak-kanak tidak
merasakan perbezaan kaum menggangu kehidupan mereka seharian.
Sebaliknya, perbezaan fizikal dari segi saiz badan seperti kanak-kanak yang
mempunyai saiz badan yang besar, gemuk, pendek dan sebagainya.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
28/34
6.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK
Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun
mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkritkepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang
sedia ada kepada pengalaman baru, dan daripada kasar kepada halus
mengikut perkembangan fizikal individu.
Mengikut Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), pembelajaran
merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan
kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah
struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaranyang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada
motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakan mereka melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Mengikut Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif:
konstruktivisme) dalam buku Mok Soon Sang(2009) menyarankan dan
mengaturkan langkah-langkah pengajaran yang berdasarkan implikasi Teori
Pembelajaran Kognitif Piaget.
Langkah pertama yang perlu dilakuakn oleh guru berdasarkan kajian mereka
ialah merancang sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk pelajar.
Langkah kedua ialah menimbulkan dan menggerakkan tindak balas pelajar,
dan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak
balasnya. Langkah seterusnya ialah dengan memberi kerja tugas yang
berkaitan bagi pemindahan pembelajaran supaya mereka dapat
mengaplikasikan apa yang diajar kedalam penyelesaian masalah. Langkah
terakhir ialah dengan membentuk kumpulan yang mengandungi pelajar yang
hampir sama peringkat perkembangan kognitif mereka, agar membolehkan
pelajar yang berada di peringkat perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar
pelajar di bawah perkembangan kognitif yang rendah.
Mengikut implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget pula guru
boleh menggunakan bahan yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep yang
lebih kompleks. Penggunaan bahan berbentuk 3D, rajah, carta dan
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
29/34
pengalaman pelajar itu memberi peluang pelajar bersedia ke arah
pembelajaran yang lebih komples.
Aktiviti seperti memberi peluang kepada pelajar mencari alternatif dalam
menyelesaikan masalah dan membuat hipotesis sendiri. Sebagai contoh,
dalam kelas Pendidikan Seni Visual guru boleh memberikan peluang kepada
murid untuk menghasilkan catan dengan menggunakan teknik yang difikir
sendiri oleh murid.
Selain itu, kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat kepada fakta-
fakta dengan cara membiarkan murid meneroka dan mengkaji konsep itu
sendiri. Sebagai contoh, murid-murid boleh berfikir mengapa terjadinya siang
dan malam. Melalui cara ini, sistem pembelajaran akan lebih menarik dan
pasti menghiburkan para pelajar.
Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari
dan di terokai oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami.
7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
7.1.1 RUMUSAN
Selepas mengkaji dan memahami pelbagai teori serta pandangan ahli-ahli
psikologi terkenal, saya dapat merumuskan bahawa perkembangan individu
adalah bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa.
Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan melalui
peredaran masa menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu.
Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju
kearah tertentu serta dijangkakan.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
30/34
Perkembangan individu sebenarnya dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu faktor baka
dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala
persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang
maksimum. Perkembangan adalah satu pertalian saling berhubung dengan
bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmanidan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza dimana semua
kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.
Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat sebelum
lahir(prenatal), bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.
Tambahan pula, pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi
selepas lahir dari semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan
satu -satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar dari
kebiasaan Walaupun kerajaan telah menyediakan program - program bagi
mengawasi perkembangan kanak -kanak , usaha -usaha ini tidak akan
berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa tentang peranan mereka dalam
mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka.
Oleh hal yang demikian, setiap pihak perlulah memberi kerjasama dalam kita
mendidik anak bangsa kita yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara kita.
Jika dari kecil lagi anak-anak sudah terbiar, sama-sama kita fikir dan
renungkan apakah nasib yang akan menimpa mereka kelak.
7.1.2 CADANGAN
Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan proses perkembangan kanak-
kanak. Setelah menyedari dan mengetahuai faktor baka dan persekitaran
adalah amat penting dalam membentuk fizikal dan mental kanak- kanak yang
baik, jadi pertama sekali, peranan ibu bapa adalah amat penting dalam
mendidik dan melatih anak- anak mereka untuk menjalani gaya hidup yangsihat.
Selain itu, ibu bapa perlu memberikan peluang kepada anak- anak mereka
untuk meningkatkan perkembangan kendiri agar mereka mempunyai
kemahiran yang lebih tentang menguruskan diri sendiri. Komunikasi antara
ibu bapa dan anak- anak harus terjalin agar anak- anak lebih yakin untuk
berkomunikasi dengan orang lain pula.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
31/34
Di samping itu, kanak-kanak perlu didedahkan untuk bersosial bersama-sama
anak-anak jiran ataupun anak-anak penduduk kawasan perumahan. Ia
bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka untuk bergaul
dengan rakan sebaya, mengamalkan gaya hidup yang sihat, sekaligus dapat
melatih komunikasi yang berkesan antara mereka dengan rakan- rakan yanglain. Dengan cara ini, kanak- kanak akan mempelajari bagaimana untuk
bersosial dengan betul dan sihat.
Aktiviti yang dilakukan oleh kanak- kanak juga perlu mendapat pengawasan
daripada ibu bapa. Ia bukan bererti mengongkong tetapi sebagai ibu bapa,
mereka harus mengambil berat tentang anak- anak mereka.
Untuk mempertingkatkan potensi anak -anak , ibu bapa perlu mempunyai
sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh membantu
mempengaruhi perkembangan anak mereka dengan lebih mendalam lagi
terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya.
Dengan ini , ciri -ciri positif yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan
dirangsang untuk mencapai kecemerlangan.
Bukan itu sahaja, langkah lain yang boleh dilakukan untuk membantu
perkembangan kanak- kanak ialah guru haruslah peka dengan kebolehan dan
minat murid- murid. Komunikasi dan interaksi yang baik dengan murid dapat
membantu guru mengetahui kebolehan dan minat mereka. Dengan cara ini,kendiri positif dapat ditingkatkan dalam diri murid. Apabila mereka menyedari
keupayaan diri mereka, maka keyakinan diri akan meningkat. Ini
membolehkan mereka menjalin persahabatan dengan individu di
persekitarannya, berinteraksi dengan baik, gaya percakapan, cara bertindak
dan tingkah laku yang baik.
Guru juga perlu mengetahui perkembangan emosi kanak-kanak supaya dapat
mengenalpasti kebolehan kanak-kanak apabila mengetahui tahapperkembangan mereka. Guru juga dapat mengenali setiap kanak-kanak dan
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
32/34
menyediakan rangsangan yang sesuai untuk kanak-kanak. Melalui
mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak dapat membantu guru untuk
memperkembangkan sosioemosi kanak-kanak dan membawa mereka kearah
kejayaan dan kesejahteraan.
Sebagai seorang pendidik, meneliti perbezaan fizikal murid-murid adalah
sangat penting kerana pendidik perlu melihat potensi dan kekurangan murid
dan dapat melaksanakan proses pengajaran mengikut tahap muridnya.
Pengaruh perbezaan individu dari aspek fizikal mampu mematikan minat dan
masa depan murid-murid (Sheldon, 1992). Dengan mengetahui perbezaan
fizikal individu akan membantu guru mengawal dirinya supaya tidak
menyinggung hati dan perasaan muridnya.
Cadangan seterusnya, guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Seperti yang sedia maklum, strategi pengajaran terbahagi
kepada 3 jenis iaitu, pemusatan guru, pemusatan murid, pemusatan bahan
dan latihan. Pemilihan strategi adalah fleksibel dan mengikut kesesuaian dan
keadaan semasa murid. Guru yang pandai memilih strategi pengajaran akan
menjadikan proses P&P menarik dan berkesan.
Seterusnya, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran. Antara
kaedah mengajar yang biasa diamalkan ialah kaedah kumpulan, kooperatif,
inkuiri, kuliah dan sebagainya. Pemilihan kaedah pengajaran yang tepat akan
menjadikan proses P&P lebih menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana,
murid-murid mempunyai persepsi yang berbeza terhadap kaedah pengajaran
yang digunakan oleh guru mereka. Justeru, guru perlu bijak melihat
kecenderungan murid agar proses pembelajaran sentiasa menjadi sesi yang
menarik.
Selain itu, guru perlu merancang variasi penyampaian. Guru seharusnya
menggunakan segala kebolehan dan bakat yang dikurniakan contohnya
bermain muzik, bercerita dan sebagainya. Selain itu, guru perlu bijak
mengawal intonansi suara agar murid-murid sentiasa terhibur. Satu
peringatan kepada guru ialah, mereka perlu sentiasa memastikan tahap
kemampuan pelajar terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran. Bagi
murid yang cerdas, guru perlu membimbing dalam proses pengkayaan ilmu
manakala bagi pelajar yang lembap guru perlulah sentiasa membimbing dan
melakukan aktiviti asas dan mudah untuk memudahkan mereka memahami
pembelajaran yang disampaikan.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
33/34
Di samping itu, guru perlulah sentiasa merancang objektif pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk menyelaraskan objektif pengajaran
mengikut tahap kemampuan pelajar. Bagi pelajar yang pintar, objektif
pembelajaran seharusnya lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang lemah.
Dengan adanya perancangan dan kajian yang teliti berkenaan dengan tahap
perkembangan fizikal dan kognitif pelajar, maka proses pengajaran dan
pembelajaran akan berjalan dengan baik dan objektif pengajaran dan
pembelajaran akan dapat dicapai dengan jayanya.
Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam membentuk
perkembangan kanak- kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan yang
stabil dan sempurna dan seterusnya kanak-kanak ini akan menjadi asetnegara yang paling bernilai.
-
7/27/2019 Projek Perkembangan Kanak-Kanak
34/34
BIBLIOGRAFI
Lepat. (2009, JULY 15).Psikologi Perkembangan: Konsep
Perkembangan Kanak-kanak. Rujuk pada 2011, 21 Mac dari:
http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/psikologi-perkembangan-
konsep.html
Indah. Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-kanak. Rujuk pada
2011, 22 Mac dari:
http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/konsep-dan-prinsip-
perkembangan-kanak.html
Long. (2009, 10 April). Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-
kanak. Rujuk pada 2011, 22 Mac dari:
http://notapismp.blogspot.com/2009/04/konsep-dan-prinsip-
perkembangan-kanak.html
Haliza Hamzah. Joy N. Samuel. (2009). Perkembangan Kanak-kanak
Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2009): Perkembangan Kanak-kanak. Selangor :
Multimedia Sdn. Bhd.
Aried. (2009, Oktober 27). PKK (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK).
Rujuk pada 25 Mac dari laman web:
http://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/pkk-perkembangan-kanak-
kanak.html
http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/psikologi-perkembangan-konsep.htmlhttp://rujuknota.blogspot.com/2009/07/psikologi-perkembangan-konsep.htmlhttp://rujuknota.blogspot.com/2009/07/psikologi-perkembangan-konsep.htmlhttp://rujuknota.blogspot.com/2009/07/psikologi-perkembangan-konsep.htmlhttp://rujuknota.blogspot.com/2009/07/psikologi-perkembangan-konsep.html